Tuesday 14 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Pemilik Payudara Kedua Terbesar Di Britain Semakin Risau…

Posted: 13 Feb 2012 07:04 AM PST



Memiliki payudara yang besar mungkin menjadi impian kebanyakan wanita hingga ramai yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk memastikan mereka memiliki aset seumpama itu.

Tidak cukup dengan menggunakan krim dan ubat-ubatan, malah ada yang sanggup menanggung risiko dengan membuat pembedahan memasukkan silikon dalam payudara masing-masing.

Tetapi bagi Rachel Aldana, dia semakin bingung dengan payudaranya yang semakin membesar dan membesar….sehingga kini ia sudah mencapai ukuran 30L!

Dia yang baru berusia 24 tahun mengakui, keadaan tersebut membuatkan dia semakin risau.

"Saya takut apa lagi yang akan terjadi selepas ini, kadangkala saya terfikir yang saya ini ibarat 'payudara berjalan'.

" Yang kelihatan menonjol cuma payudara saya," katanya pada Thesun.co.uk baru-baru ini.

Karena 'asetnya' itu, Rachel menjadi pemilik payudara alami terbesar kedua di Britain.

Sebelum ini seorang wanita berkulit hitam, Donna Jones mengejutkan ramai pihak kerana disahkan mempunyai payudara berukuran 40M.

Dalam pada itu, Rachel tidak dapat menyembunyikan kerunsingan mengenai keadaan dirinya itu.

"Saya khuatir tidak lagi mampu berjalan atau berdiri suatu hari nanti," ujarnya.

Menurut Rachel, keturunan keluarganya memang berpayudara besar.

Ibunya memiliki payudara berukuran 30K tapi akhirnya berjaya 'diperkecilkan' kepada saiz 30C melalui satu pembedahan.

" Terus terang, adalah satu seksaan kerana memiliki 'monster' ini," katanya.

Walaupun merasa terseksa karena sering mengalamai kesakitan di bahagian punggung, Rachel takut untuk menjalani pembedahan seperti mana yang dilakukan ibunya.

Ketika ditanya mengenai teman lelakinya, Rachel bersyukur kerana mempunyai kekasih yang cukup 'supportive'.

Dalam erti kata lain, kata Rachel, mempunyai payudara yang besar bukanlah satu isu buat kekasih kesayangannya itu. – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Nikah Rahsia, Jantina Anak Rahsia Pun Rahsia Juga - Bienda

Posted: 13 Feb 2012 06:59 AM PST

Bienda kini sarat mengandung yang telah pun mencapai usia lapan bulan hasil perkahwinannya dengan Kamarul Zariman Abdul Rahman dua tahun yang lalu yang dikatakan kontroversi kerana dibuat senyap-senyap tanpa sebarang komen kedua-dua suami isteri. Bagi setiap para ibu, tempoh lapan bulan itu sudah cukup untuk kita katakan bahawa kandungannya semakin matang.

Hajat untuk berbicara mengenai jantina bayi kandungannya juga menemui jalan yang sama. Ternyata, Bienda dan suami memilih jalan untuk berahsia atau tiada komen mengenai perkara itu meskipun sudah banyak pihak yang datang memujuk.


"Saya dan suami dah buat ujian imbasan (scan) dan kami ada jawapannya. Tapi maaflah, saya belum bersedia nak beritahu. Bukan apa, saya dan suami lebih suka jadikan ia satu kejutan. Biarlah bayi saya lahir dulu. Ketika itu semua orang akan dapat jawapannya bukanlah nak sorok sangat pun," kata Bienda yang mahu bermain teka teki. - izyan.com

Saya Bukan Ahli Pas – Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Feb 2012 06:56 AM PST



KUALA TERENGGANU – "Tidak. Saya tidak akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang," kata Ustaz Azhar Idrus.

"Saya akan terus buat kerja yang saya sedang buat sekarang (berdakwah) sampai mati," katanya lagi, lebih menekan berbanding ayat yang terawal untuk menafikan desas-desus konon beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kini tersebar desas-desus di sini, pendakwah berusia 48 tahun itu dikatakan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang.

Lebih mengejutkan, Az­har kemudian memberitahu: "Saya bukan ahli Pas."

"Memang, selama ini ramai orang ingat (anggap) saya ahli Pas. Kita berjemaah tapi saya tidak masuk mana-mana parti politik," tegasnya.

Penulis pojok, Cik Kiah Kepok menerusi ruangan 'Cuit-cuit Sikek' Sinar Harian 12 Januari lalu mengaitkan Azhar disebut-sebut akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang.

Antara lain kata penulis itu, nama pendakwah yang mempunyai ratusan ribu peminat di seluruh negara itu turut hangat diperkatakan di kawasan Ladang, tempat asal Azhar sendiri.

Sosok yang cukup dikenali dengan imej berjanggut lebat itu antara penceramah agama masa kini yang paling popular di negara ini terutama sejak berpuluh-puluh video klip kuliahnya dimuat turun menerusi laman Youtube.

Namun kata Azhar, pembabitannya dalam kerja dakwah sama sekali tidak bersandarkan kepada ma­na-mana kelompok politik termasuk Pas meskipun ramai yang melihat aliran dibawanya agak selari dengan perjuangan parti itu.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan sering kelihatan dalam program anjuran Pas.

"Dah orang jemput kita, kena pergilah. Tak kiralah Pas atau siapa. Umno pula kurang jemput saya ceramah," katanya dengan nada bersahaja ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Wan Esah, Seberang Baroh, di sini.

Dalam pada itu, Azhar turut menyuarakan rasa kecewannya apabila ada pihak tertentu termasuk parti politik yang menyalahgunakan namanya untuk menarik perhatian orang ramai supaya datang ke majlis mereka.

"Bukan Pas saja guna strategi seperti itu, parti pemerintah pun ada juga buat majlis yang saya tidak hadir tetapi disebut akan hadir. Memang ada yang hantar surat minta saya hadir tetapi belum sempat saya jawab, mereka sudah buat kain rentang tulis nama saya. Itu yang banyak berlaku sekarang," katanya. – SINAR HARIAN

Setiap Kali Ramsey Menjaringkan Gol, Pasti Ada Individu Terkenal Meninggal Dunia!

Posted: 13 Feb 2012 06:46 AM PST



Pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey kini berhadapan dengan dilema setiap kali menjaringkan gol.

Apa tidaknya, setiap kali dia berbuat demikian, pasti akan ada personaliti atau individu terkenal yang akan meninggal dunia…terbaru melibatkan penyanyi terkemuka, Whitney Houston.

Whitney meninggal dunia beberapa jam selepas pemain berusia 21 tahun itu berjaya menyumbatkan gol dalam perlawanan menentang Sunderland Sabtu lalu.

Walaupun cuma satu kebetulan, namun ia kini menjadi bahan lawak dalam internet dan media- media Britain.

Untuk pengetahuan anda, 'kebetulan' yang terjadi mula diperkatakan bulan Mei tahun lepas sewaktu Ramsey menjaringkan gol ke atas Manchester United.

Keeseokan harinya Osama Ben Laden dilaporkan berjaya dibunuh tentera Amerika Syarikat.

Sewaktu golnya berjaya menembusi gol pasukan Spurs Oktober lalu, tiga hari kemudian 'bos' Apple, Steve Jobs menemui ajal.

Sebulan selepas itu, Ramsey menjaringkan gol ke atas Marseille dalam Liga Juara-Juara. Nak tahu apa jadi? Esoknya Muammar Gadaffi pula meninggal dunia.

Segala 'kebetulan' yang berlaku menyebabkan seorang peminatnya telah menulis dalam satu ruangan forum. Katanya;

" Saya risau keadaan akan menjadi 'semakin tidak terkawal' kalau dia berjaya menjaringkan gol lagi,"

- Oleh SYAHRIL A. KADIR

Pakar Itali Menilai Perangai Wanita Melalui Bentuk Payudara?

Posted: 13 Feb 2012 06:41 AM PST

Seorang pakar penyelidik tentang sosiologi manusia di Rome, Itali menarik perhatian ramai pihak apabila mendakwa beliau mampu mengetahui sifat dan perangai wanita menerusi bentuk dan saiz payudara mereka.

Yang melucukan, pakar tersebut, Pieor Lorenzoni, mengklasifikasikan payudara wanita mengikut kategori buah-buahan seperti tembikai, nenas, pear dan sebagainya.

Menurut laporan akhbar Jerman, Bild, Lorenzoni turut memberikan tips dan panduan kepada golongan lelaki untuk mengetahui sifat sebenar wanita idaman mereka melalui 'keistimewaan' beliau itu.

Berikut adalah sifat dan perangai wanita mengikut kategori payudara sebagaimana yang dimaksudkan pakar dari Itali itu;



1. Tembikai : Wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh.

"Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama," katanya yang dipetik dari akhbar berkenaan.

2. Lemon : Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara.

"Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan," katanya lagi.

3. Nenas : Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik.

"Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya," jelas pakar itu.

4. Limau : Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik.

"Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah.

"Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks," kata Lorenzoni mengenai teorinya itu.

5. Oren : Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks.

6. Ceri : Wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.

7. Pear : Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama.

Tetapi, agak pelik apabila beliau menyatakan bahawa kebanyakan wanita dari kategori ini juga didapati kerap menduakan suami.

Biar apa pun, ia adalah sekadar teori pakar yang tidak dapat dipastikan kebenarannya oleh pakar-pakar sains dunia memandangkan ia terlalu subjektif dan dilihat lebih sebagai cubaan mencetus kontroversi mempopularkan diri pakar tersebut.

Meskipun ada juga yang percaya kepada teori tersebut, anda khususnya lelaki dinasihatkan agar tidak menjadikannya sebagai panduan untuk sewenang-wenangnya mengandaikan sifat dan perbadi wanita sebagaimana yang dinyatakan Lorenzoni. –Mynewshub.my

Najwa Latif Beli Kereta Perodua Myvi CASH!

Posted: 13 Feb 2012 06:27 AM PST


"Najwa mampu membeli sebuah kereta Perodua Myvi secara tunai kerana dia mempunyai pendapatan yang tinggi kerana banyak mendapat tawaran menyanyi di merata-rata tempat selepas lagu Cinta Mukabuku 'meletup' dalam radio dan televisyen.

"Sebab itu tidak hairanlah, Najwa seperti tidak menang tangan untuk menerima tawaran menyanyi di merata-rata tempat. Itu pun sebab dia masih lagi bersekolah dan akan mengambil peperiksaan SPM pada hujung tahun ini. Kalau tidak dia akan semakin sibuk.

"Saya dapat berita ini daripada pengurus baru Najwa. Sebelum ini, kerjaya Najwa diuruskan oleh kakaknya yang kini sedang belajar di UiTM Shah Alam. Mungkin kakak Najwa sibuk, itu fasal dia ambil pengurus baru," kata sumber itu panjang lebar. - mynewshub

Pengakuan Terbuka Hubungan Cinta Shila Amzah dan Sharnaaz

Posted: 13 Feb 2012 06:24 AM PST

Teka-teki mengenai kisah cinta pasangan artis Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah akhirnya terjawab apabila mengumumkan status hubungan cinta mereka. Pasangan tersebut yang ditemui pada pelancaran slot terbaru TV9, 9X baru-baru ini.

Sharnaaz berkata, mereka sebenarnya masih lagi baru bercinta secara rasminya sebelum Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas merasakan masing-masing memiliki keserasian dalam sesebuah perhubungan.


"Benar, kami sedang bercinta dan proses hubungan ini baru sahaja bermula. Shila seorang yang sangat memahami diri saya.

"Selain itu dia sering memberi sokongan dalam setiap perkara yang saya lakukan. Paling penting dia mampu membuat saya berasa tenang dalam apa jua keadaan," katanya. -Via / izyan.com

Senarai Pemenang Grammy Awards 2012

Posted: 13 Feb 2012 05:36 AM PST



Adele sebak ketika memberi ucapan selepas menerima anugerah Album Terbaik.

LOS ANGELES: Penyanyi British, Adele membawa pulang enam trofi pada Anugerah Grammy ke-54 termasuk Lagu Terbaik menerusi hitnya, Rolling in the Deep dan Album Terbaik, 21.

Adele, 23, juga memenangi Rekod Terbaik, Album Pop terbaik, Persembahan Vokal Terbaik dan Video Muzik Pendek Terbaik pada malam anugerah gilang-gemilang itu.

Dia mengalahkan calon popular lain seperti Lady Gaga, Bruno Mars, Katy Perry dan Foo Fighters.
Taylor Swift turut membawa pulang dua anugerah.

Pada acara itu, Adele turut mengadakan persembahan pertamanya menerusi lagu Rolling in the Deep selepas berehat selama beberapa bulan kerana menjalani pembedahan memperbaiki masalah tekak dan peti vokalnya pada November tahun lalu.

Kemunculannya di acara karpet merah juga turut ditunggu-tunggu oleh peminat kerana sudah lama tidak membuat kemunculan di khalayak.

Dalam pada itu, kumpulan rock terkenal Foo Fighters mengungguli kategori rock apabila membawa empat anugerah iaitu Lagu Rock Terbaik (Walk), Album Rock Terbaik (Wasting Light) , Persembahan Rock Terbaik (Walk) dan Persembahan Rock Metal Terbaik (White Limo).

Manakala kumpulan rock Bon Iver dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik tahun ini selain turut membawa pulang anugerah Album Alternatif Terbaik.

Sementara itu penyanyi country, Taylor Swift turut membawa pulang dua anugerah dalam kategori Country iaitu Persembahan Country Terbaik dan Lagu Country Terbaik menerusi lagu Mean.

Jennifer Hudson memberikan persembahan khas sebagai memperingati mendiang penyanyi terkenal Whitney Houston yang meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Antara pemenang lain pada majlis tersebut adalah Chris Brown menerusi kategori Album R&B Terbaik, Album Country Terbaik dimenangi oleh Lady Antebellum, Kolaborasi Rap Terbaik iaitu Kanye West, Rihanna, Kid Cudi & Fergie dengan lagu All of the Lights.

Dihoskan oleh penyanyi rap, LL Cool J, Anugerah Grammy turut memberikan penghormatan kepada diva terkenal, Whitney Houston yang meninggal dunia pada Sabtu lalu selain penyanyi R&B Jennifer Hudson membuat satu persembahan khas untuk lagenda tersebut.

Berikut adalah senarai penuh penerima Anugerah Grammy ke-54

Album Terbaik: 
Adele, 21

Rekod Terbaik: 
Adele, Rolling in the Deep

Lagu Terbaik: 
Adele, Rolling in the Deep

Persembahan Vokal Pop Solo Terbaik: 
Adele, Someone Like You

Album Pop Terbaik: 
Adele, 21

Video Muzik Pendek Terbaik: 
Adele, Rolling In The Deep.

Artis Baru Terbaik: 
Bon Iver

Persembahan Vokal Berkumpulan/Duo Terbaik: 
Tony Bennett & Amy Winehouse, Body and Soul

Album Alternatif Terbaik: 
Bon Iver, Bon Iver

Lagu Rock Terbaik: 
Foo Fighters, Walk

Album Rock Terbaik: 
Foo Fighters, Wasting Light

Persembahan Rock Terbaik: 
Foo Fighters, Walk

Persembahan Rock Metal Terbaik: 
Foo Fighters, White Limo

Album R&B Terbaik: Chris Brown, F.A.M.E.

Lagu R&B Terbaik: 
Cee Lo Green, Fool For You

Persembahan R&B Terbaik: 
Corrine Bailey Rae, Is This Love

Persembahan R&B Tradisional Terbaik: 
Cee Lo Green, Fool For You

Album Rap Terbaik: 
Kanye West, My Beautiful Dark Twisted Fantasy

Persembahan Rap Terbaik: 
Jay-Z dan Kanye West, Otis

Lagu Rap Terbaik: 
Jeff Bhasker, Stacy Ferguson, Malik Jones, Warren Trotter & Kanye West, All of the Lights

Kolaborasi Rap Terbaik: 
Kanye West, Rihanna, Kid Cudi & Fergie, All of the Lights

Album Elektronik Terbaik: 
Skrillex, Scary Monsters and Nice Sprites

Album Muzikal Teater Tebaik: 
Robert Lopez, Trey Parker & Matt Stone, The Book of Mormon

Album Latin Pop Rock/Urban Terbaik: 
Mana, Drama y Luz

Album Tropika Latin Terbaik: 
Cachao, Last Mambo

Album Country Terbaik: 
Lady Antebellum, Own The Night

Persembahan Solo Country Terbaik: 
Taylor Swift, Mean

Lagu Country Terbaik: 
Taylor Swift, Mean

Anugerah Pencapaian Hidup: 
Diana Ross

Whitney Houston Telefon Ibu Beberapa Minit Sebelum Mati

Posted: 13 Feb 2012 05:21 AM PST

 
BEVERLY HILLS: Diva, Whitney Houston yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan mukanya tersembam di dalam tab mandi berisi air di Hotel Hilton Beverly Hills, California, Amerika Syarikat Sabtu lalu,didapati bercakap dengan ibunya menerusi telefon, kira-kira 25 minit sebelum kematiannya.

Akhbar The Sun, UK, melaporkan, terdapat beberapa botol ubat yang mengandungi bahan penenang dan ubat tidur sepertimana yang digunakan oleh mendiang Michael Jackson telah ditemui di dalam bilik hotel, tempat Whitney menginap itu,

Sebelum itu pada waktu tengah hari, sepupu Whitney iaitu penyanyi jaz dan "soul" terkenal Dionne Warwick telah menelefon mendiang untuk bertanya tentang majlis koktel yang akan diadakannya sempena majlisAnugerah Grammy yang akan berlangsung pada Ahad malam waktu tempatan.

Kemudian pada jam 2.30 petang, Whitney telah masuk ke bilik mandi sementara pengawal peribadinya bernama Ray menunggu di luar bilik.

Selepas itu pada lebih kurang jam 3.15 petang, Whitney telah menelefon ibunya Cissy pula. Menurut ibunya itu, berdasarkan perbualan mereka, dia tidak mengesyaki sesuatu yang buruk.

Jennifer Hudson menyampaikan lagu "I Will Always Love You" sebagai mengingati kematian Whitney Hudson pada Anugerah Grammy ke 54 tahun di Los Angeles, Ahad.

Menjelang jam 3.43 petang, pengawal peribadi Whitney, Ray mula bimbang dan resah kerana Whitney yang sepatutnya sudah bersedia untuk satu rakaman televisyen di koridor hotel berkenaan bersama sebuah stesen televisyen masih belum keluar dari bilik mandinya.

Ray kemudiannya meminta salah seorang pendandan rambut Whitney yang juga stafnya memeriksa keadaan penyanyi itu.

The Sun melaporkan, pembantu penyanyi itu telah menjerit ketakutan sebaik sahaja menemui Whitney dalam keadaan mukanya tersembam di dalam tab mandi yang dipenuhi air dan kelihatan sudah tidak bernyawa.

Mereka kemudiannya cuba untuk memberi pertolongan cemas kepadanya.

Pasukan paramedik yang tiba beberapa minit kemudian turut memberikan bantuan kecemasan tetapi malangnya mereka juga gagal menyelamatkannya.

Pada pukul 3.55 petang, pasukan paramedik mengisytiharkan penyanyi pop terkemuka era 80-an dan 90-an yang berusia 48 tahun itu secara rasminya telah meninggal dunia.

Akhbar The Sun juga turut memetik beberapa orang saksi sebagai berkata, 48 jam sebelum kematiannya, Whitney telah didapati mabuk dan mengambil minuman keras dengan jumlah yang banyak. -mstar-

Ika Nabila Perjelas Dakwaan Minum Arak

Posted: 13 Feb 2012 05:14 AM PST



PETALING JAYA: Pelakon baru, Ika Nabila berkata dakwaan bahawa dia seorang peminum arak seperti dalam foto yang tersebar di internet merupakan satu fitnah semata-mata.

Ika menjelaskan air dalam gelas tersebut bukanlah minuman beralkohol sebaliknya ia adalah jus sparkling.

Ika yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) berkata, dia tidak pernah minum arak apatah lagi berkeadaan mabuk di depan khalayak seperti yang digambarkan pada foto berkenaan.

"Sebenarnya air dalam gelas tersebut adalah jus sparkling. Saya tak tahu macam mana gambar itu boleh tersebar kerana ia hanya dipaparkan dalam gambar profil mesej Blackberry (BBM) saya.

"Dan air itu bukanlah air arak seperti yang disangkakan. Malah, saya bersama Mimi Haris (penyanyi) ketika itu di sebuah pusat karaoke.

"Saya percaya ini perbuatan khianat individu yang tidak berpuas hati dengan saya," jelasnya yang dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Gambar Ika Nabila yang tersebar di internet. Foto Rotikaya.com

Ika berkata demikian ketika mengulas foto yang disebarkan oleh sebuah blog hiburan.

Dalam foto tersebut, Ika bersama rakan-rakannya termasuk Mimi Haris menghadiri sebuah parti sambil memegang gelas yang didakwa alkohol.

Tambah Ika, dia tahu walaupun telah memberikan penjelasan, masih ada orang yang akan percaya perkara yang tidak dilakukannya itu.

"Terpulanglah apa orang nak kata, yang penting saya telah membuat penjelasan dan tahu batas-batas sebagai seorang artis yang perlu dijaga.

"Saya tak tahu kenapa orang sekarang suka mengaitkan perkara-perkara yang tidak elok tentang saya.

"Bagaimanapun saya harus akur bahawa menjadi seorang artis, orang ingin tahu segala kerja dan peribadi kita," tuturnya.

Pelakon yang sedang meningkat naik itu kini menjalani penggambaran drama 'Apa Celop' yang bakal disiarkan pada 20 Februari nanti di TV3. -mstar-

Berlakon, Cara Johan As'ari Berdakwah

Posted: 13 Feb 2012 03:51 AM PST




Pelakon Johan Arrif As'ari, 26, meminta umum tidak memandang skeptikal terhadap kerjayanya sebagai seorang anak seni walaupun berkelulusan tahfiz di negara seberang.

Johan berkata, berdakwah tidak semestinya memerlukan dia memakai jubah atau berkopiah sebaliknya dia menjadikan tanda status pelakon sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej positif.

"Saya bukanlah hebat mana pun kerana hanya berjaya menghafal satu juzuk setengah kitab Al-Quran sahaja.

"Tetapi saya akan tetap berdakwah dengan cara yang tersendiri menerusi bidang lakonan yang saya ceburi. Itu niat yang dipegang, Harap-harap, orang luar tidak memandang skeptikal terhadap diri ini," tegasnya.

Johan yang juga merupakan finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) dalam kategori Artis Baru Terbaik merupakan pelajar Pondok Persantren As-Syuhada, Pasar Lubok Landai, Muara Bungo, Jambi, Indonesia pada tahun 2008 dan 2009.

Tambah Johan, sebagai seorang pelakon juga, dia tetap menjaga batasannya selain ingin berdakwah kepada golongan anak-anak muda yang leka dengan gejala-gejala sosial.

"Bayangkan, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak remaja kita dalam kelab malam jika berpakaian jubah? Sudah pasti mereka tidak akan layan. Justeru itu saya mahu mendidik mereka menerusi cara saya yang tersendiri.

"Insya-Allah, jika kita jujur, maka kita akan peroleh hasil seperti yang diinginkan," katanya lagi.

Sementara itu, Johan yang baru sahaja selesai penggambaran filem Juvana membuat keputusan untuk berehat untuk beberapa minggu bagi merehatkan badan yang sentiasa memenuhi tawaran lakonan sejak menjadi perhatian menerusi watak Botak dalam drama Juvana yang dilakonkannya pada tahun lalu.

"Sudah tiba masanya untuk saya berehat. Insya-Allah pada bulan Mac nanti saya akan bercuti ke Tokyo, Jepun.

"Kenapa Tokyo? Saya ingin mengenali dunia luar selain ingin merehatkan minda saya buat seketika," tuturnya. -mstar-

Farhan & Rashdan Kahwin Tahun Depan

Posted: 13 Feb 2012 12:49 AM PST

Selepas enam tahun bercinta, akhirnya, Farhan menjadi tunang kepada Rashdan. Foto UTUSAN
 
KUALA LUMPUR: Penyanyi Farhan Azizan, 28, dan Ahmad Rashdan Suhaimi, 28, akan melangsungkan pernikahan pada awal tahun depan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang diadakan di Cafe Flora, AmWalk, di sini, Ahad.

Farhan berkata perhubungan cinta yang agak lama iaitu selama enam tahun itu membuatkan dia dan Rashdan memutuskan untuk menjalinkan ikatan pertunangan sebelum meneruskan ke fasa perkahwinan.

"Buat masa ini, kedua-dua belah pihak keluarga telah bersetuju untuk melangsungkan pernikahan kami pada tahun hadapan, tetapi belum memilih tarikh yang sesuai.

"Majlis resepsi pula akan diadakan di dua tempat iaitu di rumah Rashdan di Kuantan dan Kuala Lumpur pula di pihak saya.

"Jangka masa setahun pertunangan ini dibuat kerana Rashdan baru sahaja memulakan kerjanya sebagai Pengurus Akauntan di syarikat Petronas dan dia ingin mengukuhkan kariernya dahulu sebelum bergelar suami," katanya.


Farhan bersama bakal ibu mertuanya, Faridah Hussin. Foto UTUSAN

Rashdan sebelum ini melanjutkan pengajiannya dan bekerja di United Kingdom (UK) selama tiga tahun.

Pada majlis tersebut, Farhan mengenakan busana rona kelabu dan ungu rekaan Syarakim.

Selain itu, bekas Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) itu turut menerima sebanyak lima dulang hantaran iaitu sirih junjung, kek cawan, potpurri, buah buahan dan wang hantaran permulaan (mengikut adat keluarga Farhan di Johor).

Manakala Farhan pula membalas tujuh dulang hantaran yang antaranya seperti sirih junjung, buah-buahan, kek, kek cawan, sejadah, coklat dan dua buah kitab Al-Quran.

Tambah Farhan, dia bersyukur apabila perhubungannya dengan Rashdan yang agak lama itu sudah hampir ke fasa perkahwinan walaupun melalui pelbagai dugaan cinta.

"Diakui, bukannya mudah apabila berjauhan, lebih-lebih lagi Rashdan berada di UK selama tiga tahun. Kami menggunakan pelbagai kemudahan untuk berhubung seperti menerusi SMS, Skype, BBM, Yahoo Messenger, Facebook dan sebagainya yang boleh membuatkan kami berkomunikasi.

"Malah kami pernah bergaduh sehinggakan tidak berhubung selama dua bulan, namun perhubungan kami kembali normal selepas Rashdan memujuk saya," selorohnya. -mstar-

Bekas Kekasih Tak Tahu Awi Rafael Buat Lagu Tentangnya

Posted: 13 Feb 2012 12:32 AM PST

Awi Rafael

PETALING JAYA: Penyanyi Awi Rafael memberitahu walaupun lagu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta mengisahkan tentang bekas kekasihnya di Australia begitu popular, namun sehingga kini wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu tidak tahu mengenai kewujudan lagu-lagu tersebut.

Awi yang tidak sangka lagu-lagunya kini menjadi pilihan penggemar-penggemar muzik tempatan berkata, dia berharap agar satu hari nanti bekas kekasihnya itu tahu tentang kewujudan lagu-lagunya itu.

"Ketika saya menetap di Australia dahulu, diakui, bekas kekasih saya itu adalah sebahagian daripada inspirasi buat saya mencipta lagu.

"Begitu juga dengan lagu Pulanglah, Bila Aku Jatuh Cinta dan yang terbaru, Bukankah Aku, ia sudah lama dihasilkan.

"Cuma yang peliknya, sehingga kini, bekas kekasih saya itu tidak tahu pun tentang kehadiran lagu-lagu ini, apatah lagi popular di industri muzik tempatan," katanya.

Bagaimanapun, tambah Awi, memandangkan dia kini kembali solo, ilham lagu-lagu yang dihasilkannya itu datang daripada teman-teman rapat yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang.

Ditanya pula adakah dia sudah pun menemui seorang wanita yang bertakhta di hati, kata Awi, dia enggan memikirkan tentang cinta buat masa terdekat ini.

"Setakat ini saya mempunyai ramai kawan, tetapi saya masih lagi solo, Saya ingin memberikan fokus sepenuhnya dalam kerjaya buat masa ini.

"Bagaimanapun, andaikata ada yang berkenan di hati, saya tidak menolak,"ujarnya. -mstar-

PANAS! Jennifer Lopez Berbogel Dalam Iklan

Posted: 13 Feb 2012 12:27 AM PST

Jennifer Lopez


PENYANYI sensasi, Jennifer Lopez kembali memanaskan dunia Hollywood apabila dia kembali dengan foto berbentuk 'provokatif'.

Jennifer atau nama singkatannya, J.Lo muncul tanpa seurat benang dalam sebuah foto bagi membintangi sebuah iklan minyak wangi jenama Glowing.

Ketika ditemubual bersama majalah Women's Wear Daily, juri American Idol itu mempromosikan produk tersebut dengan menunjukkan foto bogelnya itu.
Foto bogel Jennifer bagi mempromosikan minyak wangi 'Glowing'. Foto: www.aceshowbiz.com


"Glowing adalah satu produk minyak wangi yang semestinya disukai oleh ramai wanita kerana aromanya bersifat semula jadi.

"Minyak wangi ini juga tidak sama seperti yang sering saya pakai sebelum ini. Lebih sesuai jika saya menggelarkannya aroma yang seksi," kata penyanyi berusia 42 tahun itu.

Glowing akan mula berada di pasaran pada bulan Mei depan. -mstar-

‘Justin Bieber Terlalu Merendah Diri’ - The Wanted

Posted: 13 Feb 2012 12:11 AM PST

Justin Bieber


LONDON: Anggota kumpulan dari British, The Wanted memuji ahli kumpulan terbaru mereka Justin Bieber yang disifatkan sebagai individu yang merendah diri dan enggan mencampuri urusan lain walaupun berstatus bintang besar.

Laman web femalefirst.co.uk. melaporkan penyanyi sensasi berusia 17 tahun itu telah menyertai kumpulan tersebut.

Dalam pada itu vokalis kumpulan itu, Max George berkata kepada MTV: "Dia bukan jenis yang suka memberikan nasihat atau menunjukkan kehebatannya. Sikap itu menujukkan dia seorang yang rendah diri.

"Saya rasa dia mensyukuri setiap kurniaan yang diberikan kepadanya dan tidak menganggap dirinya sebagai seorang yang hebat.

"Kami tidak berbual tentang muzik, sebaliknya kami bercakap mengenai bola sepak atau bola keranjang." - IANS

Madonna Bakal Berduet Dengan Britney Spears Semula

Posted: 13 Feb 2012 12:10 AM PST

Aksi luar biasa Madonna pada separuh masa kejohanan Super Bowl, baru-baru ini.


WASHINGTON: Penyanyi Britney Spears dikhabarkan bakal berduet semula dengan penyanyi legenda Madonna dalam album terbarunya berjudul MDNA.

Laman web Aol.com melaporkan, berdasarkan pada sekeping gambar yang tersebar, di mana ia dipercayai kulit album terbaru Madonna, nama Spears kelihatan terpampang pada sebuah lagu berjudul Girls Gone Wild.

Madonna yang mendapat jolokan Ratu Pop itu turut bergandingan dengan Nicki Minaj dan MIA dalam sebuah lagu daripad album Give Me All Your Luvin, yang dipersembahkannya pada separuh masa pertama kejohanan Super Bowl, baru-baru ini.

Kolaborasi Madonna dan Spears telah mencetuskan kontroversi pada 2003 apabila mereka dilaporkan bercumbu di atas pentas pada anugerah VMA.

Pada 2008 pula, Spears telah menyertai siri jelajah album Madonna iaitu Sticky and Sweet di Los Angeles, Amerika Syarikat. - ANI

No comments: