Monday 13 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Darah manis - Yusri dan Lisa

Posted: 12 Feb 2012 06:30 AM PST



Khabar gembira pasangan sejoli ini bakal mendirikan rumah tangga bukan sekadar spekulasi, kerana baik Lisa Surihani mahupun Yusry Abdul Halim, kedua-duanya memilih untuk mengadakan sidang media bagi berkongsi momen indah dengan semua pihak secara adil.

Disunting pada 23 Disember dan bakal mendirikan rumah tangga 23 Februari ini, gadis yang lahir pada 23 Mac ini menjelaskan bukan sengaja memilih angka 23 untuk dijadikan tarikh keramat, tetapi semua itu berlaku secara kebetulan.

Tidak seperti pasangan lain, Lisa mengakui belum lagi merasa darah gemuruh yang biasanya dialami bakal pengantin menjelang hari bahagia mereka, sebaliknya bersyukur kerana akan melalui kehidupan baru dengan seorang lelaki yang disifatkan melengkapi hidupnya.

"Kalau rasa debaran, gemuruh mungkin Lisa belum lagi merasai semua itu. Mungkin menjelang harinya kelak baru Lisa akan merasai semua itu. Malah semasa rombongan lelaki menghantar tanda pada Disember lalu, Lisa juga tidak gemuruh atau berdebar.

"Cuma Lisa bersyukur kerana dikurniakan bakal suami yang baik, bertanggungjawab, mengambil berat. Pendek kata, Lisa bersyukur kerana Yusry akan melengkapi hidup Lisa kelak," katanya.

Yusry banyak membantu

Menyentuh mengenai persiapan perkahwinannya, Lisa berkata, segalanya persiapan sudah memasuki fasa terakhir dan dia senang hati apabila Yusry turut mengambil bahagian dan memberi pendapat mengenai persiapan mereka.

"Biasanya kalau urusan persiapan, lelaki jarang ambil bahagian dan serahkan kepada pihak perempuan untuk membuat keputusan dan merencana segalanya. Tetapi berlainan dengan Yusry, dia banyak membantu dari A ke Z.

"Malah semasa perbincangan dengan perancangan perkahwinan, Yusry yang banyak bersuara. Kadang-kadang, Lisa beri pendapat manakala Yusry akan buat keputusan dan menyatakan pendapatnya apa yang sesuai, apa yang kami mahu.

"Tidak sekadar untuk majlis, Yusry juga dapat menjenguk dan memberi pandangannya dalam hal pengapit pihak perempuan dan Lisa rasa sangat senang hati bila bakal suami Lisa ambil berat tentang persiapan kami," katanya.

Lisa berkata, seperti yang pernah ditegaskan sebelum ini, dia mahu majlis berlangsung sederhana, tetapi meriah. Justeru, hanya dua pasangan baju yang akan direka untuk hari bahagianya itu iaitu sepasang untuk majlis akad nikah dan sepasang lagi untuk majlis resepsi.

"Sejak awal lagi, Lisa memang sudah katakan Lisa mahu serba sederhana. Jadi Lisa memang tak terfikir nak buat beberapa persalinan dan cukuplah sekadar baju akad nikah dan resepsi.

"Dari segi tema, kami tidaklah buat satu tema khusus, sebaliknya kami hadkan warna tema untuk baju dan pelamin. Kami juga memilih suasana French Vintage Inspired by Mary Antoinette untuk majlis resepsi," katanya.

Terus aktif

Dalam keterujaan bercerita mengenai persiapannya itu, Lisa tidak dapat menyembunyikan rasa rindunya terhadap arwah bapanya, Mohamed Mahbob yang meninggal dunia empat tahun lalu.

"Dalam menghitung detik hari bahagia, Lisa sering terfikir, kalaulah daddy ada, mesti lagi seronok. Malah semasa keluarga Yusry menghantar tanda, Lisa juga terfikir, kalaulah daddy ada, mesti daddy juga sukakan Yusry.

"Lisa memang sangat rindu kerana arwah daddy tak sempat melihat hari bahagia Lisa," katanya.

Enggan terus melayan perasaan, Lisa berkata, jika masih ada tawaran lakonan, dia tetap akan terus aktif dalam bidang seni. Malah Yusry juga sudah memberi pelepasan untuk dia kekal aktif selepas berkahwin.

"Lisa dan Yusry akan bercuti selama dua minggu selepas resepsi dan balik dari cuti kami sama-sama ada kerja yang perlu dilakukan.

Lisa terlibat penggambaran filem Tingkat Empat manakala Yusry akan sibuk dengan post produksi beberapa filem KRU yang akan ditayangkan, termasuk Vikingdom dan Ular.

"Tetapi jika selepas itu, ada tawaran menarik, Lisa tidak keberatan untuk terus aktif dalam bidang seni dan Lisa juga masih ada beberapa projek bersama Astro dan juga terikat bersama Digi, Garnier dan Sofy," katanya.-sinarharian-

Hijrah Ana Raffali Bertudung Demi Menjadi Muslimah Sejati

Posted: 12 Feb 2012 06:26 AM PST



Terkenal trademark berbaju kurung atau kebaya ketika mengadakan persembahan, penyanyi, Ana Raffali, yang sebelum ini tampil imej sopan kini semakin ayu apabila mengenakan hijab.

Pelantun lagu Tolong Ingatkan Aku ini membuat keputusan untuk bertudung litup pada sambutan Maulidur Rasul lalu.

Menganggap penghijrahannya itu bukan satu percubaan atau trend, Ana atau nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, menyifatkan keinginan bertudung lahir daripada hatinya sendiri.

Tambahnya, keputusan yang dibuat itu bukan disebabkan desakan keluarga atau orang terdekat, tetapi ia atas keinginan menjadi Muslimah lebih baik.

"Soal bertudung ini bukan satu perkara yang boleh dibuat main dan juga bukan merupakan percubaan atau fesyen. Ia timbul atas keinginan untuk cuba menjadi Muslimah lebih baik.

"Alhamdulillah, keputusan saya untuk bertudung menerima sokongan daripada keluarga dan orang terdekat.

"Malah, saya sudah mula mengenakan tudung semasa mengedarkan kad jemputan kahwin kepada bekas pensyarah di universiti. Jadi, keluarga mahupun bakal suami tidak terkejut dengan keputusan itu," katanya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 25 Februari ini.

Mengaku pernah berkongsi hasrat mengenakan tudung kepada ibunya, Ana berkata, keluarga dan bakal suaminya, Aznaim Abdullah, 30, tumpang gembira dengan perubahan dilakukan.

Menurutnya, sukar menggambarkan perasaannya ketika itu tatkala 'seruan' untuk penghijrahan tersebut berlaku.

"Apa yang boleh saya katakan adalah timbulnya satu dorongan atau keinginan yang begitu kuat untuk mengenakan hijab sewaktu tengah hari ketika saya hendak keluar makan," katanya yang ketika itu berada di studio bagi menyiapkan kerja-kerjanya.

Penyanyi yang berusia 27 tahun ini juga berhasrat mendalami lebih banyak ilmu agama selepas ini.

Berpendapat setiap insan akan melalui fasa peralihan dalam kehidupan mereka, Ana bersyukur menerima sokongan daripada bakal suaminya untuk berhijrah ke arah kebaikan.

"Sebelum ini pun, saya dan bakal suami sering berbincang mengenai perkara berilmiah bagi melengkapkan diri kami dengan ilmu.

"Insya-Allah selepas berkahwin, kami masing-masing akan terus mendalami ilmu agama bagi melengkapkan diri dan cuba menjadi lebih baik daripada sebelum ini," katanya yang semakin sibuk menyediakan persiapan untuk perkahwinan.


Debaran bergelar isteri

Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi untuk melangkah ke fasa baru dalam hidupnya. Bagaimanapun, Ana berharap segala perancangan untuk hari tersebut berjalan lancar.

Mengaku berdebar menunggu tarikh 25 Februari ini, Ana bersyukur kerana dibantu keluarga dan rakan terdekat dalam menyiapkan urusan perkahwinan.

"Alhamdulillah, persiapan majlis setakat ini berjalan lancar. Saya lebih tertumpu kepada persiapan hantaran untuk diberikan kepada bakal suami," katanya yang menyediakan sembilan dulang hantaran dengan warna tema perak putih untuk diberikan kepada pihak lelaki.

Mengambil keputusan untuk tidak bersanding, pasangan ini memilih untuk diraikan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. -sinarharian-

Gisele Bundchen Model Terkaya Dunia

Posted: 12 Feb 2012 06:15 AM PST



Model terkenal dunia, Gisele Bunchen yang juga bekas kekasih pelakon digilai ramai, Leonardo Di Caprio, berada di kedudukan ranking paling atas supermodel yang menjana pendapatan paling banyak menurut laporan yang dipetik dari sumber Dailymail.uk.com.

Gisele Bundchen berjaya menjana pendapatan sebanyak RM456 juta setahun hasil daripada rangkaian sandalnya, Ipanema yang terjual sebanyak 250 juta pasang hanya pada tahun 2010 dan juga kejayaan produk penjagaan kulit, Seeja, hartanah di Brazil dan rangkaian hotel miliknya.

Kedudukan kedua dan ketiga pula adalah menjadi milik Tyra Banks dengan memperoleh RM271 juta setahun serta Christie Brinkley berpendapatan sebanyak RM242 juta setahun.

Berikut adalah senarai penuh top supermodel berserta pendapatan mereka;

1.Gisele Bundchen, Brazil - RM456 juta
2.Tyra Banks, Amerika Syarikat - RM271 juta
3.Christie Brinkley, Amerika Syarikat - RM242 juta
4.Kate Moss, United Kingdom - RM238 juta
5.Heidi Klum, Jerman - RM214 juta
6.Elle Mcpherson, Australia - RM181 juta
7.Claudia Schiffer, Jerman - RM167 juta
8.Naomi Campbell, United Kingdom - RM148 juta
9.Milla Jovovich, Ukraine - RM109 juta
10.Adriana Lima, Brazil - RM105 juta
11.Daria Werbowy, Ukraine - RM90 juta
12.Helena Christensen, Denmark - RM86 juta
13.Natalia Vodianova, Rusia - RM71 juta
14.Doutzen Kroes, Belanda - RM62 juta
15.Eva Herzigova, Republik Czech - RM62 juta
16.Christy Turlington, Amerika Syarikat - RM52 juta
17.Linda Evangelista, Kanada - RM52 juta
18.Cindy Crawford, Amerika Syarikat - RM52 juta
19.Carolyn Murphy, Amerika Syarikat - RM48 juta
20.Stephanie Seymour, Amerika Syarikat - RM48 juta


sumber : MH

Wow! Aksi Lasak dan Berani Datuk Siti Menghunus Senjata

Posted: 12 Feb 2012 06:28 AM PST


Beginilah aksi dan lagak Datuk Siti Nurhaliza ketika menyertai latihan menembak Plantun Seni Rejimen Askar Wataniah (RAW) yang berlangsung di Kem Perdana Sungai Besi di sini, Khamis lalu.

Pihak Datuk Siti telah berbesar hati berkongsi rakman foto-foto eksklusif lagi menarik ini untuk tatapan pembaca setia portal murai.com.my.

Gaya Siti tidak ubah bagaikan srikandi yang cukup berani menghunus senjata M16.



Lihat sajalah, wajahnya cukup serius bermain senjata dan aura keberaniannya terserlah ketika melakukan beberapa aksi ketika meniarap dan berbaring di atas permukaan bumi yang berpasir.


Selain Siti, artis lain yang turut terbabit dalam Plantun Seni RAW iaitu Yana Samsudin, Mon Ryanti, Kamal Faridz, Epy Raja Lawak dan Mejar Mohd Nor Bon yang juga diberi peluang menembak buat kali kedua seperti yang disediakan dalam modul latihan. -murai-

Gempar! Whitney Houston Meninggal Dunia

Posted: 12 Feb 2012 05:46 AM PST

Industri muzik dunia dikejutkan dengan pemergian Ratu Pop, Witney Houston yang ditemui meninggal dunia di dalam bilik hotelnya, Baverly Hilton, California, sekitar jam 3.55 petang semalam. Tiada unsur jenayah dilaporkan, bagaimanapun siasatan masih dijalankan bagi mengetahui faktor kematiannya.

Membesar dengan mendengar lagu-lagu dendangan Ratu Pop, Whitney Houston, 48 telah memberi kita semua inspirasi menerusi setiap bait lirik lantunannya yang kekal segar dalam ingatan.

Itulah kehebatan Ratu muzik Pop antarabangsa, Whitney Houston yang telah dilaporkan meninggal dunia di hotel di Hotel Beverly Hilton, California pada 3.55 petang waktu tempatan.

Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah yang dilihat dan pihak masih lagi menyiasat faktor yang menyebabkan kematian Whitney Houston yang mengejutkan itu.

Beliau yang terkenal dengan suara yang hebat dan imej yang menunjukkan keagungan Whitney sebagai Ratu muzik Pop dunia sehingga dia terjerumus dalam pengambilan dadah dan sikap buruk yang sukar dikawal.

Namun beliau masih mendapatkan sokongan daripada peminat yang mahu membantu Whitney Houston menangani masalahnya itu.

Meninggalkan peminat yang begitu ramai diseluruh dunia pada usia 48, berita ini diratapi oleh mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan Whitney Houston.

Dapat dilihat dia menjadi trend di Twitter dan semua mereka terkejut termasuklah Twitter milik rakan artis seperti Mariah Carey yang menulis "She will never be forgotten as one of the greatest voices to ever grace the earth".

Penampilan terakhir Whitney yang dapat dirakamkan media ketika salah satu parti Grammy pada Khamis lepas.

Dia juga diberitakan telah menyanyi bersama Kelly Price dan ada beberapa foto yang dirakamkan dia menikmati persembahan terakhirnya itu.

Meninggalkan seorang anak gadis Bobbi Kristina, hasil daripada perkahwinannya dengan Bobby Brown, mereka didapati meluangkan masa bersama di sekitar Los Angeles sejak beberapa hari lepas.

Dengan album yang dilaporkan terjual sebanyak 170 juta unit di seluruh dunia, sudah cukup membuktikan dia tidak mungkin boleh diganti oleh mana-mana penyanyi.

Kejayaan di carta Billboard sebanyak tujuh kali secara berterusan pada 1980-an dengan lagu hit seperti Saving All My Love for You,How Will I Know dan Greatest Love of All menjadikan dia tiada tandingan.

Filem lakonannya The Bodyguard yang turut menampilkan runut bunyi judul yang sama telah menjadi antara 10 album yang mendapat penjualan paling tinggi diseluruh dunia yang menampilkan lagu I Will Always Love You.

Dia yang dibawa masuk ke industri oleh Clive Davis, produser muzik popular yang juga menjadi mentor kepada Whitney sentiasa memberi sokongan yang tidak henti kepadanya iaitu selama lebih 25 tahun.

Kehilangan terbesar selepas kematian Raja Pop, Micheal Jackson ini telah mencoretkan sebuah lagi kisah pemergian insan berbakat besar dalam industri muzik.

Eropah kembali ke Zaman Ais

Posted: 12 Feb 2012 12:51 AM PST



ANGKA kematian akibat cuaca sejuk melampau di seluruh Eropah meningkat kepada 540 orang pada musim sejuk mutakhir ini.

Banyak kematian dicatatkan dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini dan ia dikaitkan dengan suhu sejuk yang jatuh menjunam sehingga -39.4 darjah Celsius di beberapa negara seperti Ukraine dan Republik Czech.

Ekoran kesejukan melampau, sekurang-kurangnya 135 orang telah mati di Ukraine, Poland (82), Rusia (46), Bulgaria (32), Republik Czech (25), Lithuania (24) dan Serbia (16).

Jurucakap Kementerian Situasi Kecemasan Ukraine, Olena Didyuk berkata, masyarakat gelandangan menjadi golongan yang mencatatkan kematian paling tinggi.

"Cuaca terlampau sejuk, mereka pula tidak mempunyai pakaian dan tempat perlindungan yang baik.

"Kebanyakannya ditemui mati dalam timbunan salji tebal, di sungai yang sudah membeku dan dan di pekarangan rumah," kata Dudyuk.

Bagi pengemis dan gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal, stesen-stesen keretapi bawah tanah seperti yang terletak di bandar Kiev menjadi tumpuan sepanjang hari kerana mereka ingin memanaskan badan.

Tisu membeku

Selain itu, lebih daripada 3,000 khemah yang dilengkapi sistem pemanas dipasang di seluruh negara itu untuk menampung keperluan golongan tersebut.

Menurut Didyuk lagi, sehingga kini sudah lebih 2,000 orang ditempatkan di beberapa hospital di negara itu untuk diberi rawatan akibat hipotermia (kesejukan) dan frostbite atau reputan fros.

Penyakit berkaitan kesejukan melampau ini mudah terjadi apabila berlakunya pembekuan tisu dalam badan.

Memetik kenyataan penyelidik Patologi di Universiti Perubatan Georgetown, Amerika Syarikat, (AS), Dr. Melissa Conrad Stoppler, tangan dan kaki merupakan anggota badan yang mudah terkena reputan fros.

"Selain itu, bahagian tubuh yang terdedah seperti tetapi hidung, pipi, tulang kering, telinga, dan kornea mata juga berisiko," katanya dalam laman portal kesihatan, www.emedicinehealth.com.

Tambahnya, bahagian badan yang terjejas kerana radang dingin akan memberi rasa terbakar, menyucuk dan kebas.

BANYAK aktiviti kehidupan yang terbantut kerana cuaca sejuk yang melampau.


Lebih buruk, kecuaian dalam menguruskan kecederaan itu boleh menyebabkan kecacatan.

"Reputan fros boleh dikenali melalui sifatnya yang membengkak, kemerahan, rasa nyeri dan kuping putih pada kulit.

"Dalam keadaan ekstrem, tisu yang cedera akan mati dan kulit akan melepuh.

"Dapatkan rawatan segera di hospital atau cari kawasan yang boleh memberi kehangatan untuk mengelakkan reputan fros menjadi lebih teruk.

"Sebaik sahaja anda berada dalam bangunan, cara terbaik untuk memanaskan bahagian reput fros ialah dengan merendam anggota tubuh di dalam tab air sederhana panas 42 darjah Celcius," kata Stoppler.

Selain reputan fros, penurunan suhu badan secara mendadak yang disebabkan kehilangan haba terlalu banyak juga boleh menyebabkan kematian.

Keadaan yang dikenali sebagai hipotermia ini terjadi apabila tubuh sukar mengatasi tekanan yang dihasilkan oleh suhu dingin.

Gejala hipotermia boleh dilihat daripada tubuh yang menggeletar, kulit bertukar kelabu, degupan jantung lemah, tekanan darah menurun dan kekejangan otot.

Menurut portal kesihatan Pusat Perubatan Universiti Maryland, AS, apabila suhu badan menurun mendadak di bawah normal, ia akan melambatkan peredaran darah, pernafasan dan pergerakan sistem saraf.

Hipotermia sering berlaku secara berperingkat-peringkat, ada juga kes yang dilaporkan berlaku dalam masa beberapa minit sahaja.

Contohnya, sekiranya seseorang itu jatuh ke dalam air sejuk, badan akan kehilangan haba lebih cepat.

Hipotermia teruk juga boleh menyebabkan denyutan jantung tidak teratur sehingga membawa kepada kegagalan jantung dan kematian.
Teori Zaman Ais

SUHU bawah paras beku menukarkan salji kepada ais.




Sementara itu, saintis mikropalentologis di Balai Cerap Bumi Lamont-Doherty di Columbia University AS, George Kukla berpendapat, keadaan dialami Eropah kini menyamai zaman ais yang direkodkan kira-kira 115,000 tahun lalu.

Dalam temu bual panjang lebar dengan majalah Gelf, Kukla yang juga bekas profesor paleoklimatologi menjelaskan, apa yang berlaku adalah sangat serupa dengan masa tahun 115,000 lalu.

Paleoklimatologi ialah kajian tentang iklim pada masa geologi lampau yang melibatkan pentafsiran tentang mendapan glasier, fosil, data paleogografi, data isotop dan data sedimentologi.

"Apabila glasier bermula ratusan tahun dahulu, percaya atau tidak, glasier terakhir bermula dengan pemanasan global.

"Pemanasan global sentiasa mendahului Zaman Ais. Sejarah yang direkodkan menunjukkan teras ais berulang setiap 100,000 tahun atau lebih.

"Ahli sains terdahulu percaya Zaman Ais akan terbentuk secara perlahan-lahan dan mengambil masa berpuluh ribu tahun.

"Kini sesetengah penyelidik telah mendedahkan bukti mengejutkan bahawa Zaman Ais boleh tercetus dalam tempoh 10 tahun akan datang," katanya yang merupakan pelopor penyelidikan perubahan iklim yang dicetuskan oleh matahari.

Dalam temu bual yang berlangsung pada Mac 2011 itu, Kukla berpendapat, manusia perlu bersedia menghadapi Zaman Ais yang dijangka berlaku dalam masa kurang dari 10 tahun.

"Orbit mengelilingi matahari menjadi daya penggerak utama di sebalik pembentukan glasier pada Zaman Ais.

"Hubungan ini cukup jelas dan konsisten untuk dianggap sebagai sebab paling munasabah jika kita bakal berdepan dengan Zaman Ais," katanya.

Teori penyelidikan itu mungkin ada benarnya. Eropah kini bukan sahaja dicengkam kesejukan melampau tetapi dilitupi ais yang merencatkan pelbagai aktiviti kehidupan manusia.

Cuaca buruk melampau yang berlaku itu turut melumpuhkan sistem penerbangan dan pengangkutan air di timur Eropah.

KEBANYAKAN sungai di negara Eropah timur mula membeku dan berbahaya kepada kapal.


Terbaru, sungai paling sibuk di Eropah iaitu Sungai Danube kini terpaksa ditutup kepada semua pelayaran setelah ia membeku.

Sungai sepanjang 2,860 kilomter (km) yang merentasi 10 negara itu merupakan medium utama kepada pengangkutan air, perikanan dan industri pengairan.

Sebanyak 244 kapal tersadai di pelabuhan sungai yang mengalir ke Laut Hitam itu manakala pasukan penyelamat Ukraine di Croatia menyelamatkan anak kapal yang terperangkap dalam salji sejak Jumaat lalu.

Kaka kekasih dalam lagu Zizan

Posted: 12 Feb 2012 12:21 AM PST



DENDANGAN bait lagu cinta, bawa aku pergi, pacu laju-laju, kita lari dari realiti mudah sahaja masuk ke carta hangat dan mula intim sebagai halwa telinga. Pesona irama serta paduan suara itu pantas membidik rasa ingin tahu, siapa gerangan pemilik suara di sebalik nama. Zizan sudah cukup dikenali tapi regunya Kaka, masih dalam usaha menembusi tembok populariti.

Sepintas lalu, nama Kaka pasti dikaitkan dengan pemain bola sepak dan kalaupun gadis, pasti orangnya lincah atau berkarakter maskulin. Kaka tersenyum sambil cuba menahan bibir daripada ternganga lebar. Orangnya masih kelihatan manis walaupun pendakap gigi yang dipakainya sejak beberapa tahun itu masih melekat kemas.

"Dah lama saya pakai pendakap gigi," ujar Kaka tergelak saat diusik Zizan.

"Awak ni kan," sampuk Zizan berseloroh. Itu ayat menyakat oleh Zizan jika mahu kekasih dalam lagunya itu melentok lebih manja.

Canda antara Zizan dan Kaka kelihatan mesra, semesra nada R&B serta soul yang basah dalam lantunan Bawa Aku Pergi, judul yang menjadi debut penyatuan Kaka dan Zizan di pentas nyanyian.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, sudah menyanyi sejak kecil namun cuma tahun ini dia berpeluang merakam suara. Di sisi Zizan yang punya profil kukuh - pelawak, pelakon serta pengacara, Kaka tidak boleh lari daripada dituduh sebagai menumpang populariti.

"Saya tiada niat untuk menumpang populariti Zizan, kalau saya mahu menumpang populariti orang lain, sudah lama saya buat perkara itu. Kalau boleh, saya memang mahu berdiri sendiri tetapi 'lamaran' Zizan yang terlebih dahulu menyunting saya.

"Selama ini saya tunggu lagu yang sesuai. Bila Zizan nyatakan hajatnya, saya terima sebab sangat tertarik dengan melodi lagu berkenaan. Sekali dengar sahaja, terus melekat. Sesiapapun tidak menolak peluang baik," kata Kaka.

Menelaah Kaka secara harfiah, sepertinya wanita berusia 23 tahun itu ada sejarah tersendiri dalam arus muzik. Dia kemas menyimpan masa silamnya, pertalian yang mengaitkan dirinya dengan seseorang, satu nama besar dalam industri.

"Buat masa ini, biarlah orang kenal saya dengan nama Kaka, dengan lagu Bawa Aku Pergi. Siapa saya dan bagaimana saya masuk dalam dunia nyanyian, biarlah kolaborasi saya bersama Zizan yang menjadi titik mula," katanya ringkas, masih ragu-ragu penerimaan peminat muzik terhadap kemunculan sulungnya.

Mula menyanyi sejak berusia lapan tahun, cita-cita Kaka untuk meneruskan minat ke lapangan nyanyian arus perdana semakin serius usai tamat persekolahan.

"Tapi saya sedar, sebelum ini saya tidak cukup persediaan, tak yakin dengan penampilan saya," lenturnya perlahan, mengakui memiliki potongan badan yang sedikit berisi sebelum ini.

Bina empayar

Bekerja dengan Zizan dan Malique selaku komposer single berkenaan, Kaka mendakwa ia satu proses yang mengujakan. Banyak perkara yang ditelusuri, dipelajari, dan diserap masuk ke jiwa sebelum diluahkan ke dalam bait-bait yang cukup santai tetapi penuh jiwa.

"Zizan suka buat lawak, tak habis-habis mengusik sahaja kerja dia, dia buat semua orang tidak tertekan dan dapat bekerja dengan ceria. Sepanjang bekerja, kami tidak ada pengalaman pahit," kata Kaka yang merancang untuk muncul dengan single sendiri tapi bukan dalam tempoh terdekat.

Sebagai orang baharu katanya, dia mahu menilai pasaran terlebih dahulu. Biar orang kenal, barulah timbul rasa cinta, katanya.

Tiada siapa sangka anak muda kelahiran Terengganu yang dicungkil bakat melalui program Raja Lawak itu menyinar sejauh sekarang.

Tidak perlu lagi diperkenalkan sebagai pelakon dan pelawak, Zizan atau nama sebenar, Mohd. Razizan Abdul Razak semakin serius di pentas nyanyian. Duet bersama Dina menerusi lagu Selamat Tinggal, menjadi tiket kepada Zizan. Sementelah katanya, syarikat miliknya, Wirefame Entertainment yang ditubuhkan tahun lepas menjadi bukti kesungguhannya membina empayar sendiri.

"Ini bukan projek eksperimental tapi kebetulan saya memang sedang fokus untuk mengembangkan operasi syarikat dan ada artis bawah naungan sendiri.

"Nyanyian itu salah satu cabang seni dan tak salah untuk saya buat semua benda, semuanya untuk kekal stabil dalam bidang ini," ujar Zizan mengenai anjakan demi anjakan yang dilalui.

Dalam proses untuk menyiapkan klip video untuk lagu berkenaan, Zizan yang bakal muncul dengan filem terbaharunya Cinta Kura-Kura, pada Mac nanti yakin dengan keputusannya memilih Kaka sebagai teman duet.

LAMARAN Zizan satu bonus buat Kaka yang sedang mencari-cari produk awal untuk muncul sebagai penyanyi.


"Mulanya terfikir dan mencari-cari artis mana yang sesuai untuk menyanyikan lagu berkenaan, daripada ambil penyanyi yang sudah ada nama, baik saya cari artis baharu. Ada pula teman-teman yang petik nama Kaka, kata mereka, suara Kaka unik," cerita Zizan.

Tabah Zizan: "Nyanyian satu benda baharu yang sangat positif buat saya. Asalnya, saya bukan mahu jadi penyanyi, suara saya bukannya sedap sangat untuk menyanyi solo. Saya cuma nak jadi rapper dan suka bahagian 'rapping' sahaja, sebab itu saya memerlukan penyanyi lain untuk menyanyikan bahagian-bahagian lain."

Lawak Ke, Der?

Zizan pernah dikaitkan dengan pelakon Juliana Evans yang sedang menuntut di Amerika Syarikat. Jauh di mata namun pada sangkaan ramai mereka berdua ada pautan istimewa yang sedang istimewa. Tidak putus-putus dikatakan sedang bercinta, tidak bosankah Zizan dengan persoalan itu.

"Saya tak pernah bosan sebab orang lain yang bertanya, sebagai artis, saya cuma menjalankan tugas. Saya dan Juliana memang rapat, rapat sebagai kawan.

"Sampai sekarang, saya memang tiada kekasih, betul. Kalau ada, nanti saya cakap. Kalau kawan saya cakap kawan, kalau dah ada deklarasi nanti, saya beritahu," nakal cara Zizan meleraikan persoalan.

Sedang sibuk Raja Lawak musim keenam dan pementasan hari terakhir bersama Johan untuk Lawak Ke Der? di Istana Budaya, Zizan gembira dengan sambutan peminat. Katanya, biarlah sokongan itu berterusan untuk filem Cinta Kura-Kura pula.

"Watak saya cuma sebagai kura-kura, tapi lakonan semuanya hak penerbit sebab mereka yang buat animasi, saya cuma boleh besarkan karakter dengan dialog. Harap penonton terhibur."

"Saya sendiri memang jenis susah mahu puas hati dan ketawa dengan lawak sendiri, hanya Johan sahaja yang boleh buat saya ketawa," katanya.

Lancang Dang Suria bersebab

Posted: 11 Feb 2012 11:02 PM PST


 
SESI uji bakat On Air telah dilakukan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuching, Sarawak.



'DANG SURIA memang berani, dia jujur berkata benar dan tidak mahu memberi harapan palsu kepada peserta,' itu luahan peribadi Aznil Nawawi berhubung kontroversi yang tercetus gara-gara komen-komen Dang Suria yang dianggap bermulut lancang selaku juri pencarian peserta uji bakat On Air.

Khamis lalu, nama pengacara popular, Dang Suria Zainordin tiba-tiba memuncak dan menjadi bahan cemuhan penonton serta peminat yang menyaksikan episod pengenalan On Air. Ia disiarkan setiap Rabu, 9 malam di saluran Astro Ria bermula 1 Februari lalu.

Sebaik tamat siaran, penonton yang menyaksikan episod pengenalan kedua On Air semasa pencarian di Johor Bahru itu mula naik marah. Masing-masing menggunakan saluran Facebook, Twitter serta blog-blog mengecam pendekatan Dang Suria yang dianggap kasar, biadab serta mengkritik peserta hanya bersandarkan rupa paras dan penampilan fizikal.

Paling menyakitkan hati umum apabila Dang Suria menggunakan perkataan gemuk dan muka tidak kacak yang tidak sedap didengar ketika mengkritik penampilan peserta.

Selaku ketua juri serta mentor program pencarian bakat pengacara berkenaan, Aznil sendiri diminta memberi penjelasan.

Dang Suria dikecam para penonton akibat komen-komennya yang dianggap sangat negatif, anda sendiri berpendirian bagaimana?

AZNIL: Bila Dang Suria beri komen pasal gemuk dan tidak kacak, ia tidak habis di situ, tapi disunting maka jadilah seolah-olahnya Dang Suria hanya beri komen sebegitu sahaja. Itulah yang dikatakan program realiti. Apa jua implikasinya, saya yakin Dang Suria cukup sedar dengan setiap patah perkataan yang digunakan, dia sangat bersedia dengan impak yang sedang dihadapinya. Jika Dang dilihat hanya beri komen tentang penampilan sahaja, itu bukan silap dia, memang tugas Dang hanya komen aspek penampilan sebab saya sendiri akan nilai secara umum manakala Shuhaimi Sulaiman pula menilai tahap pemikiran peserta.

Pandangan anda terhadap penonton yang marahkan Dang Suria?

Penonton tempatan masih berada dalam situasi menafikan realiti. Mereka menidakkan sesuatu yang sebenarnya mereka sedari. Ada yang bagi contoh Oprah Winfrey boleh jadi terkemuka sedangkan fizikalnya gempal, tetapi itu sekarang walhal pada awal kerjaya beliau Oprah ialah seorang gadis yang sangat cantik. Mahu atau tidak, penonton tetap akan melihat penampilan dahulu. Sebab itulah On Air meletakkan syarat permohonan penampilan menarik yang membawa maksud kacak atau cantik.

Kontroversi pasti ada pro dan kontranya?

Ya. Saya lihat, positifnya On Air sedang diperhatikan, dinanti-nantikan dan mula diperkatakan. Sebagai program ciptaan baharu, On Air dapat lepasi tahap kebiasaan program-program sedia ada. Dari sudut lain pula, rasanya komen-komen lepas geram penonton di FB, Twitter serta blog-blog internet itu sebenarnya lebih celupar dan tidak bermoral malah lebih mengaibkan orang lain berbanding komen Dang Suria sendiri.

Jadi, adakah apa yang berlaku itu strategi atau gimik untuk tarik perhatian dan rating program?

Saya cuma boleh katakan: Teruskan menonton sebab banyak lagi kejutan yang akan kami tampilkan. Di hujung pencarian nanti, bukan rupa sahaja yang dinilai, ada yang berbadan gempal, gadis bertudung turut terpilih. Akhirnya On Air tetap akan cari bakat yang besar kalau sekadar cantik atau tampan tapi tanpa bakat, mereka tetap disingkirkan.

Bagaimana pula seandai gimik sepanjang pencarian ini akan membuatkan penonton meluat dengan On Air?

Saya tak fikir begitu sebab akan ada banyak emosi dan faktor yang akan membuatkan penonton jatuh cinta dengan On Air, akan ada klip-klip kehidupan peserta yang dekat dengan penonton akan kami paparkan.

Wawa sudah terkait gosip

Posted: 11 Feb 2012 10:58 PM PST


 
WAWA pilih Que Haidar, Erra Fazira dan Wan Maimunah sebagai rujukan utama untuk mengenal istilah seni lakon dalam acuan penerimaan dan pasaran bergelar pelakon di Malaysia.


SEJUJURNYA apabila melihat sendiri wajah Wawa Zainal, dia tidak memerlukan gosip atau strategi pemasaran melalui kontroversi. Sepasang lesung pipit di pipi dan keramahan semula jadi sudah menempatkan Wawa dalam kategori yang menyenangkan.

Bersahaja dan manja, apa yang perlu Wawa Zainal kekalkan adalah asuhan dan tunjuk ajar daripada tenaga produksi serta sutradara.

Baru-baru ini, pelakon baharu yang muncul dengan filem Sumpahan Kum Kum bersama Fezrul Khan dan Shima Anuar ini terhambat bercinta dengan pelakon terkenal Shaheizy Sam. Sudah memang sifatnya bersahaja, Wawa menjawab selamba:

"Memang saya teringin nak bercinta dengan dia. Tapi, bercinta hanya dalam filem."

Wanita muda dari Lahad Datu, Sabah itu memulakan langkah dalam bidang lakonan pada Ogos tahun lalu.

"Waktu itu saya datang Kuala Lumpur untuk makan angin sahaja. Tak sangka profil yang dihantar mendapat perhatian untuk diberi watak dalam drama bersiri remaja, Klik," katanya sambil memberitahu selama ini dia tidak pernah berlakon untuk mana-mana syarikat produksi.

Wajah yang sedap dipandang ini punya rezeki tersendiri. Daripada hanya mencuba nasib kemudian berlakon beberapa adegan untuk filem, kini dia sudah terbabit dengan enam buah filem. Antaranya ialah Ajinomoto, Budak Pailang, Hantu Dalam Botol Kicap, Seram Sejuk dan Tiga Temujanji.

"Syukur alhamdulillah kerana daripada pengalaman dan ilmu kosong tentang lakonan, saya diberikan peluang dan kepercayaan oleh sutradara," ujarnya manja.

"Dekat rumah, saya cakap seorang diri dan tengok balik lakonan saya. Itu cara saya menaikkan kualiti lakonan. Saya turut bertanyakan orang tentang lakonan saya," ujarnya Wawa atau nama sebenarnya, Nurhawa Zainal Abidin.

Wanita muda berusia 20 tahun ini juga terlibat dengan drama bersiri bertajuk Cinta Buat Emelda dan berlakon sebagai teman wanita pelakon Fizo Omar.

"Saya bawakan watak teman wanita yang betul-betul gilakan teman lelakinya. Zalida iaitu karakter saya memang obses dengan teman lelaki dan ini juga satu cabaran buat saya," ujarnya tentang lakonan dalam drama bersiri 24 episod tersebut.

Menamakan Que Haidar, Erra Fazira dan Wan Maimaunah sebagai rujukan utamanya, Wawa mengaku dirinya masih mentah soal lakonan.

"Saya masih muda, banyak lagi yang perlu dipelajari. Sekaranglah masanya untuk saya berusaha memantapkan skil lakonan," ucap pelakon manis ini.

Hanya sebutir pingat gangsa

Posted: 11 Feb 2012 10:32 PM PST


AZIZULHASNI (kanan) akan mengetuai cabaran negara dalam acara keirin lelaki elit di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras hari ini.



SKUAD Malaysia berjaya menambah satu pingat gangsa pada hari ketiga Kejuaraan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Pingat tersebut disumbang oleh Mohd. Hariff Salleh dalam acara scratch 10 kilometer (km) lelaki elit selepas ketinggalan kepada pelumba Taiwan, Chun Kai Feng (emas) dan Thurakit Boonratanathanakorn dari Thailand (perak) akibat tayar basikalnya pancit.

Sementara itu, Ju Pha Som Net pula sekadar menduduki tempat kelima dalam acara scratch 7.5km wanita elit.

Begitupun, skuad negara akan mempunyai enam wakil dalam acara keirin hari ini.

Pada aksi separuh akhir di sebelah pagi, Azizulhasni Awang dan Josiah Ng akan mengetuai cabaran dalam keirin lelaki elit biarpun kedua-keduanya terpaksa beraksi di pusingan repechages.

Dalam kategori wanita elit pula, hanya ratu pecut negara, Fatehah Mustapa sahaja yang berjaya mara ke separuh akhir, manakala seorang lagi pelumba, Ju Pha pula terkandas di pusingan repechages.

Muhd. Fauzan Nor Azman dan Malek Marcus McCrone pula berjaya membuktikan potensi mereka sebagai pengganti kepada Azizulhasni suatu hari nanti apabila kedua-keduanya berjaya mara ke separuh akhir keirin lelaki remaja.

Fauzan dan Malek berjaya melepasi pusingan pertama semalam dengan menduduki tempat kedua dalam saringan masing-masing di belakang pelumba negara Jepun.

Ummi Hamimah Mohamad juga berjaya merealisasikan hasratnya untuk beraksi di separuh akhir wanita remaja selepas menduduki tempat kedua.

Bagaimanapun, seorang lagi pelumba muda, Lauretta Eva Adrian gagal mengekori pencapaian rakan sepasukannya itu apabila gagal dalam pusingan repechages.

Saingan separuh akhir Keirin akan berlangsung sebelah pagi sebelum aksi final diadakan sebagai penutup tirai bagi acara trek ACC 2012.

Setakat ini skuad negara masih lagi mengumpul satu pingat emas, tiga perak dan enam gangsa dan berpeluang menambah kilauan emas hari ini dalam acara keirin.

Jangan menyibuk kes gaduh KFC I-City

Posted: 11 Feb 2012 06:19 PM PST

 
 
Polis semalam memberi amaran kepada pihak-pihak yang tidak berkaitan dengan kejadian pergaduhan di restoran KFC I-City, Shah Alam Isnin lepas supaya tidak campur tangan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, isu itu hanya membabitkan pelanggan dan syarikat restoran berkenaan.

"Pihak-pihak yang tidak terlibat dalam insiden itu tidak harus masuk campur atau cuba memanaskan keadaan dengan menghasut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rakan Cop Remaja anjuran Polis Pulau Pinang di Padang Kota di sini semalam.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang pelanggan dan pekerja restoran berkenaan disebabkan ketiadaan bekalan ayam goreng, namun ada yang mendakwa pergaduhan itu berlaku akibat timbulnya elemen perkauman.

Khalid berpendapat, perkara itu boleh diselesaikan secara rundingan tanpa campur tangan pihak-pihak yang tidak berkenaan.

"Sebenarnya polis juga tidak perlu campur tangan dalam hal ini kerana tiada yang cedera, melainkan ada orang yang cedera dan laporan polis dibuat," katanya.

Lelaki Uzbek cuba bunuh Obama

Posted: 11 Feb 2012 05:52 PM PST



WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki Uzbekistan yang tinggal di AS mengaku salah di mahkamah persekutuan negeri Alabama kelmarin kerana cuba membunuh Presiden Barack Obama.

Jabatan Kehakiman AS dalam satu kenyataan memberitahu, Ulugbek Kodirov (gambar), ditangkap dalam satu operasi rahsia semasa dia cuba mendapatkan bahan letupan dan senjata.

Pendakwaraya AS yang mengendalikan kes berkenaan, Joyce White Vance mengucapkan terima kasih kepada komuniti Islam di Birmingham, AS, kerana membantu pihak berkuasa mematahkan ancaman Kodirov.

Kodirov, 22, mengaku salah berhubung tuduhan memberikan bantuan material bagi aktiviti pengganas, mengancam membunuh Presiden AS dan memiliki senjata api oleh pendatang asing.

Dia mengaku pernah berhubung dengan "seorang individu yang dia percaya ialah anggota Pergerakan Islam Uzbekistan (IMU)," dan diarah oleh individu terbabit untuk membunuh Presiden Obama.

Jabatan Negara AS menganggap IMU sebagai pertubuhan pengganas.

Kodirov juga mengaku berbincang tentang komplot tersebut dengan seorang individu lain.

Individu kedua tersebut yang identitinya tidak didedahkan Jabatan Kehakiman, memperkenalkan Kodirov kepada seorang ejen perisik AS yang menyamar, bagi membeli senjata api.

Mereka bertemu di sebuah motel di Leeds, negeri Alabama pada Julai 2011. Kodirov membeli sepucuk mesingan M15-A1 dan empat bom tangan sebelum ditangkap.

Dia memasuki AS dari Uzbekistan dengan menggunakan visa pelajar pada Jun 2009. Pasportnya dibatalkan pada 2010 selepas dia gagal mendaftar di sebuah pusat pengajian tinggi AS. Pemuda itu tinggal secara haram di sebuah motel di Alabama semasa ditangkap.

Kodirov boleh dipenjara sehingga 30 tahun jika didapati bersalah atas semua tuduhan. - AFP

Pengebom Bali dedah cara buat bom 700 kg

Posted: 11 Feb 2012 05:51 PM PST


AMBAR fail 29 November 2011 menunjukkan suspek pengganas, Umar Patek diiring dua anggota polis Indonesia di sebuah mahkamah di Jakarta.



JAKARTA, Indonesia - Seorang militan Indonesia yang didakwa berhubung serangan pengganas di Bali pada 2002 memberitahu penyiasat, dia memencilkan diri selama beberapa minggu di sebuah rumah sewa untuk membina bom seberat setengah tan dengan menggunakan barangan dalam rumah termasuk senduk nasi, alat timbang dan sejumlah beg plastik.

Satu transkrip soal siasat Umar Patek yang diperoleh agensi berita The Associated Press (AP) menceritakan secara terperinci tentang komplot pengeboman di Bali beberapa hari sebelum Patek, yang pernah menjadi suspek pembuat bom paling dikehendaki di Asia Tenggara, dibicarakan di sini kerana peranannya dalam serangan ke atas sebuah kelab malam yang membunuh 202 orang pada 2002.

"Di sebuah bilik rumah sewa berkenaan, saya mula mencampurkan bahan-bahan yang telah disediakan," kata Patek.

"Selama tiga minggu, saya menjadikan campuran tersebut kepada serbuk hitam dengan bantuan Sawad (konconya). Saya menggunakan alat timbang yang biasa digunakan di kedai runcit, senduk nasi dan sejumlah beg plastik bekas untuk mengisi bahan letupan," tambahnya.

Patek yang dikenali sebagai lelaki peledak kerana kepakarannya menggunakan bahan letupan berkata, dia dan beberapa konco lain mengisi bom seberat 700 kilogram itu ke dalam empat kabinet dan meletakkannya di dalam sebuah van Mitsubishi L300 bersama sebuah bom rompi TNT.

Van berkenaan diletupkan di luar dua kelab malam popular di Pantai Kuta, Bali pada 12 Oktober, 2002.

Kebanyakan mangsa yang maut dalam serangan tersebut adalah pelancong asing.

Patek, 45, akan dibicara esok selepas sembilan tahun menjadi buruan pihak berkuasa. Dia melarikan diri ke Filipina sebelum ditangkap di bandar Abbotabbad, Pakistan pada Januari 2011. Pasukan komando Amerika Syarikat (AS), Navy Seals menembak mati ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama Bin Laden di bandar sama beberapa bulan kemudian. - Agensi

Video Kelantan vs Terengganu Perlawanan Liga Super 11 Februari 2012

Posted: 11 Feb 2012 05:40 PM PST

Kelantan vs Terengganu 2012
Kelantan vs Terengganu | Liga Super 2012




  • Video Kelantan vs Terengganu [2-1]





  • Liga Super 11 Februari 2012





  • Stadium Sultan Mohammad Ke-IV




  • Video Kelantan 2 - 1 Terengganu








    sumber : sokernet.net

    Video Kedah vs Sabah Perlawanan Liga Super 11 Februari 2012

    Posted: 11 Feb 2012 05:37 PM PST

    Kedah vs Sabah
    Kedah vs Sabah





  • Video Kedah vs Sabah [2-2]




  • Liga Super 11 Februari 2012



  • Stadium Darul Aman Alor Setar



    Video Kedah 2-2 Sabah



    sumber : sokernet.net

    Video Lions vs Negeri Sembilan Perlawanan Liga Super 11 Februari 2012

    Posted: 11 Feb 2012 05:35 PM PST

    Lions XII Negeri Sembilan FA
    Lions XII vs Negeri Sembilan
    • Video Lions XII vs Negeri Sembilan [3-1]
    • Liga Super 11 Februari 2012
    • Stadium Jalan Besar

    Lions XII 3-1 Negeri Sembilan



    sumber : sokernet.net

    Video PKNS vs Selangor Perlawanan Liga Super 11 Februari 2012

    Posted: 11 Feb 2012 05:34 PM PST

    PKNS FC vs Selangor
    PKNS FC vs Selangor
    • Video PKNS FC vs Selangor [2-0]
    • Liga Super 11 Februari 2012
    • Kelana Jaya

    Video PKNS FC 2-0 Selangor




    sumber : sokernet.net

    Kedudukan Terkini Carta Liga Super Malaysia 11 Februari 2012

    Posted: 11 Feb 2012 05:09 PM PST


    Perlawanan Liga Super semakin hangat. Setiap pasukan mula mendapat rentak dan terdapat keputusan yang agak mengejutkan pada perlawanan lalu. Adakah perlawanan pada minggu ini akan lebih menarik ? Kita saksikan kedudukan terkini carta liga super selepas perlawanan pada 11 Februari 2012


    Rank       Pasukan   P     M      S    K    J : B    +/-     Mata  
    1 Kelantan 7 5 2 0 13:49 17
    2 Perak 7 5 0 2 8:62 15
    3 Terengganu 7 4 1 2 9:54 13
    4 Lions XII 7 3 2 2 8:62 11
    5 Negeri Sembilan 7 3 2 2 11:101 11
    6 T-Team 7 3 1 3 11:65 10
    7 Johor FC 7 3 1 3 9:81 10
    8 Selangor 7 2 3 2 6:7-1 9
    9 Selangor PKNS 7 1 5 1 8:71 8
    10 Sarawak 7 2 2 3 8:80 8
    11 Sabah 7 1 4 2 6:8-2 7
    12 Felda United 7 2 1 4 6:9-3 7
    13 Kedah 7 1 3 3 4:11-7 6
    14 Kuala Lumpur 7 0 1 6 2:14-12 1

    P: Perlawanan M: Menang S: Seri K: Kalah J: Jaringan B: Bolos +/-: Beza Jaringan

    Tupai ungu cetus sensasi

    Posted: 11 Feb 2012 05:08 PM PST


     SEEKOR tupai berwarna ungu yang diperangkap Percy Emert dan isterinya Connie di taman milik mereka di negeri Pennsylvania.



    WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seekor tupai ungu yang dijerat sepasang suami isteri di AS mencetuskan sensasi di internet berhubung persoalan bagaimana haiwan tersebut mendapat warna pelik itu.

    "Kami pun tidak tahu. Namun, ia benar-benar berwarna ungu. Ada orang mendakwa kami mencelup warna tersebut tetapi secara jujur, kami menemui tupai ini dan ia ungu," kata Percy Emert yang menemui mamalia berkenaan bersama isterinya, Connie.

    Kata mereka, tupai itu memasuki perangkap pada Ahad lalu. Menurut laman web accuweather.com, pasangan berkenaan memasang perangkap di taman milik mereka di negeri Pennsylvania bagi melindungi burung peliharaan daripada haiwan pemangsa.

    Mengulas tentang fenomena tersebut, seorang ahli meteorologi AS, Dan Kottlowski berkata: "Tupai jantan itu mungkin telah terjatuh ke dalam cat ungu."

    Namun, pendapat tersebut disangkal oleh seorang komentator lain yang memberikan penjelasan lebih saintifik.

    "Warna ungu itu merupakan sebatian bromida yang dilihat pada spesies moluska dan jarang didapati pada haiwan darat.

    "Tupai tersebut memiliki terlalu banyak bromida dalam sistem badan, berkemungkinan besar kerana ia meminum air daripada sumber air dicemari bromida. Ini bermakna alam sekitar kita sudah tercemar dan ramai orang akan mendapat barah pundi kencing kelak," katanya.

    - AFP

    Keputusan Perlawanan Penuh Liga Super 11 Februari 2012

    Posted: 11 Feb 2012 04:56 PM PST


    Perlawanan Liga Super semakin hangat. Setiap pasukan mula mendapat rentak dan terdapat keputusan yang agak mengejutkan pada perlawanan lalu. Adakah perlawanan pada minggu ini akan lebih menarik ? Kita saksikan keputusan perlawanan tersebut..

    Keputusan Perlawanan Bolasepak Liga Super 11.2.2012


    Masa Home Team Away Team
    7.45 pm Lions XII 3 1 N.Sembilan
    8.15 pm Sarawak 2 1 Felda United
    8.45 pm Kelantan 2 1 Terengganu
    8.45 pm T-Team 2 0 Perak
    8.45 pm PKNS FC 2 0 Selangor
    8.45 pm Kedah 2 2 Sabah
    8.45 pm Kuala Lumpur 0 2 Johor FC

    Memalukan Nama Negara!

    Posted: 11 Feb 2012 04:37 PM PST


     SALAH seorang daripada kuartet 4x400 negara yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia ini disahkan positif ujian doping. Seorang lagi yang disahkan positif adalah atlet angkat berat.AHMAD SHABERY(gambar kecil)



    IMEJ sukan negara 'tercalar' selepas dua atlet didapati positif menggunakan bahan terlarang pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia tahun lalu.

    Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek antara individu yang berasa kecewa dengan tindakan atlet yang disahkan positif ujian doping itu.

    Ahmad Shabery berkata, perbuatan mengambil bahan larangan itu telah memberikan kesan buruk kepada imej sukan negara.

    "Saya amat dukacita terutamanya setelah memberi penghargaan pada majlis Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) lalu.

    "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang mengalungkan pingat kepada mereka tetapi perbuatan ini nyata memalukan negara.

    Dua atlet negara yang meraih pingat pada temasya Sukan SEA 2011 menerusi acara 4x400m dan angkat berat didapati positif ujian doping. -kosmo-

    Iklan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

    Posted: 11 Feb 2012 04:32 PM PST

    http://4.bp.blogspot.com/-1e4jEbpJKDU/TzUyeXtTYbI/AAAAAAAAD7Q/a6F5GETDud8/s1600/Jawatan%2BKosong%2BMajlis%2BPerbandaran%2BSubang%2BJaya%2B%2528MPSJ%2529.gif

    Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun keatas untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

    1. ARKITEK J1-1
    2. AKAUNTAN W1-1
    3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U2-1
    4. PENOLONG JURUTERA J2-1
    5. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W2-1
    6. PENOLONG JURUUKUR BAHAN J2-1
    7. AHLI MUZIK B3-1
    8. JURUTEKNIK AUDIO JA3-1
    9. JURUTEKNIK KOMPUTER FT4-1
    10. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN WILAYAH JA3-1
    11. PEMBANTU PENILAIAN W4-1
    12. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S4-1
    13. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U4-1
    14. PEMBANTU TADBIR (P/O) N4-1
    15. PEMBANTU OPERASI N5-1
    16. PEMBANTU AWAM H5-1
    17. TUKANG K2 (MEKANIK BENGKEL) H4-1

    MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
    MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

    Cara Memohon:-
    a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati di Kaunter Informasi Aras 1 Majlis Perbandaran Subang Jaya atau boleh didapati melalui internet: www.mpsj.gov.my.

    b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:-

    i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
    ii. Salinan Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.
    iii. Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara (jika yang berkenaan).
    iv. Transkrip keputusan peperiksaan semua semesta – (jika yang berkenaan).
    v. Sekeping Gambar ukuran pasport (Warna).
    vi. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

    c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan Mengikut Perintah Am Bab 'A' 21.

    d) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

    YANG DIPERTUA,
    MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
    PERSIARAN PERPADUAN, USJ 5,
    47610 SUBANG JAYA.

    (u.p. : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

    Tarikh Tutup Permohonan Pada 22 FEBRUARI 2012

    ( KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK NEGERI SELANGOR )

    Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

    Posted: 11 Feb 2012 04:27 PM PST

    http://1.bp.blogspot.com/-Ncfrrsvcd0g/TzUyeNMlEfI/AAAAAAAAD68/ocFHKvKItY8/s1600/Jawatan%2BKosong%2BLembaga%2BPembangunan%2BIndustri%2BPembinaan%2BMalaysia%2B%2528CIDB%2529.jpeg

    Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, well known as CIDB Malaysia is a statuary body under Minister Of Works, Malaysia was established in July 1994 to coordinate all activities in the industry and increase its competitiveness. CIDB's activities are focused on three main trusts ie : Training & Manpower Development, Construction Technology Development and Construction Business Development programmes.

    1. Quantity Surveyor
    2. Pegawai Hal Ehwal Ekonomi
    3. Senior Manager
    4. senior manager

    CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS & APPLY ONLINE

    How to Apply:-
    Interested applicants, apply online or submit a detailed resume stating working experience, current and expected salary, photo, e-mail address and contact number to :

    Ketua,
    Pusat IBS,
    Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia,
    Tingkat 1, Blok E, Lot 8,
    Jalan Chan Sow Lin,
    55200 Kuala Lumpur.


    Closing Date: 4 Mac - 9 Mac 2012

    Iklan Jawatan Kosong 2012 - Bank Negara Malaysia (BNM)

    Posted: 11 Feb 2012 04:22 PM PST

    http://1.bp.blogspot.com/-ZNJfKJYveYA/TzUyeVYwiUI/AAAAAAAAD7E/rDZvrFaaHQk/s1600/Jawatan%2BKosong%2BBank%2BNegara%2BMalaysia%2B%2528BNM%2529.jpg

    Bank Negara Malaysia, the national's central bank, plays a key role in economic development and in transforming the financial sector. In archieving these objectives, the Bank places significant emphasis on human capital development. We seek outstanding talents who have the attributes and competencies to join us for a fulfilling career in Bank Negara Malaysia.

    1. First Level Executive, IT Services Department

    CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS & APPL ONLINE

    Closing Date: 3 March 2012

    Iklan Jawatan Kosong 2012 - KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS)

    Posted: 11 Feb 2012 04:20 PM PST

    http://1.bp.blogspot.com/-13NWYEY4ymI/TzUyd_VSiyI/AAAAAAAAD6w/U7HHEBfIT4I/s1600/Jawatan%2BKosong%2BKL%2BAirport%2BServices%2BSdn%2BBhd%2B%2528KLAS%2529.gif

    KL Airport Services Sdn. Bhd. (KLAS) a subsidiary of DRB-HICOM Berhad is a GROUND HANDLING company operating at KLIA, Penang, Langkawi, Kota Kinabalu (Sabah) & Kuching, (Sarawak) Airports in Malaysia. KLAS provides ground handling services to foreign airlines and among the services include Passenger Handling, Ramp Handling, Cargo Handling, In-Flight Catering & Aircraft Maintenance & Engineering. We invite confident, experienced and highly motivated candidates to join us.

    Open Interview for position:

    1. PEMBANTU KESELAMATAN
    2. PEGAWAI BERTUGAS KAWALAN

    CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS & MORE DETAIL

    To candidates who are qualified and interested in joining us as a partner of our work, please come on the date, time and place as set out below:

    DATE: 15TH FEBRUARY 2012(WEDNESDAY)

    TIME: 9.00 AM TO 12.00 PM

    VENUE:
    KL AIRPORT SERVICES SDN BHD
    JALAN KLIA S6,
    SOUTHERN SUPPORT ZONE,
    64000 KLIA, SEPANG
    SELANGOR


    Anyone who can not attend, you must write-in application letter and CV with current ad Comprehensive expected salary, copies of relevant certificates and a recent passport size photgraph to the above address.

    Closing Date: 15 February 2012

    No comments: