Saturday 11 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Missing 55 - 2011 (DVDRip Mediafire)

Posted: 09 Feb 2012 11:15 PM PST


Language: Japanese
Genre: Thriller, Pinku
Cast: Saotome Rui, Aikawa Yui, Maeda Yuki, Saya Kobayashi
Title: Missing 55 2011 DVDRIP MKV
Size: 374MB
Encoder: Team21
Source: Missing.55.2011.DVDRip.XviD-shinostarr

Monamour - 2006 (BRRip Mediafire)

Posted: 09 Feb 2012 11:09 PM PST


Release Name: Monamour.2006.720p.BluRay.x264-HD4U
Genre: Drama
iMDB Rating: 5.6/10
Directed by: Tinto Brass
Starring: Anna Jimskaia, Riccardo Marino and Max Parodi
Size: 523691787 bytes (499.43 MiB), duration: 01:38:19, avg.bitrate: 710 kb/s
Audio: aac, 48000 Hz, stereo (ita)
Video: h264, yuv420p, 1280×696, 23.98 fps(r)
Subtitles: English


..::Part 1::..
..::Part 2::..
..::Part 3::..

Password

AmoviesZ.com

The Legend of Siren XXX - 2011 (DVDRip - Mediafire)

Posted: 09 Feb 2012 11:05 PM PST


Directed by: Shintarô Ashizuka
Language: Japanese
Genre: Adult | Horror
Cast: Horiken, Kazuma Kudo, Marika, Ryûki Nishimoto
Title: Legend of Siren XXX 2011 DVDRIP MKV
Size: 299MB
Encoder: Team21

Gambar Penghasilan Kitab Al-Quran Terbesar Di Dunia

Posted: 09 Feb 2012 09:28 PM PST



Sebuah kitab suci Al-Quran yang dikatakan terbesar di dunia telah berjaya dihasilkan di ibu kota Afghanistan, Kabul dengan kerjasama Syarikat Reverra Ltd. (Italy). Ia seberat 1,102 paun dan mempunyai 218 muka surat kain serta kertas yang terikat di dalam penutup kulit yang diperbuat daripada 21 ekor kambing. Ia dibiayai Alhaj Sayed Mansoor Naderi. Al-Quran tersebut menggabungkan skrip emas dengan berjuta-juta titik kecil yang berwarna-warni, yang membentuk hiasan sangat simbolik di sekitar muka surat gergasi itu.

Seperti yang kita ketahui, Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad SAW melalui perantara Malaikat Jibrail. Al-Quran merupakan panduan hidup semua umat di atas muka bumi ini. Mari kita lihat gambar menarik naskah Al-Quran yang terbesar di dunia ini. Jom!













sumber : melayukini.net

Spesis Kambing Yang Suka Memanjat Pokok

Posted: 09 Feb 2012 09:25 PM PST



Kami yakin yang anda sebelum ini tidak pernah mendengar kambing boleh memanjat pokok. Namun kali ini kejadian pelik yang berlaku kerana beberapa ekor kambing pelik telah memanjat sebatang pokok Argan di Morocco untuk mencari makanan. Kambing-kambing ini sudah biasa memanjat pokok malah mampu menyesuaikan diri untuk berjalan di atas pokok. Pastinya sukar untuk membayangkan ia adalah salah satu haiwan yang berkuku "hoof".

Tambahan pula, najis kambing pelik itu mengandungi biji-biji benih yang digunakan oleh penduduk tempatan untuk dikisar dan dijadikan minyak. Yang lebih membimbangkan, minyak ini kemudiannya diperoses untuk menghasilkan beberapa kegunaan termasuk kuliner dan kosmetik. Anda mungkin menolak versi produk-produk yang dijual oleh petani tempatan ini. Untuk setiap botol berisi 1 / 4 liter minyak hadaman kambing ini anda boleh dapat dengan membayar dari 15 hingga 50 dolar. Lumayan tu!!

Kalau anda tidak percaya dengan gambar di bawah ini, boleh tonton video kambing pelik tersebut. He he..memang macam kambing hahaha.







sumber : melayukini.net

Bolehkah Wanita Melamar Lelaki Dalam Islam?

Posted: 09 Feb 2012 09:22 PM PST



Pasca musim alaf baru, masyarakat sibuk memperkatakan isu bila mana Perigi Mencari Timba. Melihatkan kononnya sebagai satu kesan jatuh martabat seseorang wanita itu. Dan ini bukanlah menjadi suatu fenomena baru yang mana si wanita kini lebih bersikap 'mencari' berbanding menunggu. Mencari dari sudut yang bagaimana?



Pada masa yang sama, kita turut dihidangkan dengan pelbagai kisah penceritaan humor kekeluargaan. Dan konsep cerita ada yang bersifatkan wanita bersikap 'i'm waiting for you'. Dan itu dilabelkan sebagai suatu perkara asas, dan menjadikan ia satu tradisi sejak nenek moyang kita lagi.

Apabila membuat satu tinjauan, kebanyakan wanita bekerjaya lebih bersikap optimis dalam cita-citanya. Itu yang membuatkan segelintir golongan mereka bersedia untuk di label sebagai 'andartu' mungkin. Benarkah? Kerisauan ibu bapa terutamanya menjadikan isu perigi mencari timba ini semakin hangat diperkatakan.

Selain itu, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan, apabila pihak wanita memulakan langkah dalam soal merisik. Secara lazimnya masyarakat mungkin akan memandang serong dan memberi tanggapan yang kurang baik. Oleh yang demikian ia seakan-akan menjadi suatu kemestian bila mana lelaki sahaja yang berhak untuk merisik mahupun meminang.

MENUNGGU ; TINDAKAN?

Mengimbas kembali sedutan kisah Nur Kasih yang begitu popular sehingga meningkatkan rating televisyen hampir jutaan penonton setiap minggu. Watak Nur Amina (Tiz Zaqyah) telah meminati Adam (Remy Ishak) sejak di bangku sekolah. Dan ia berlanjutan sehinggalah mereka mengikat tali pernikahan.

Namun, adegan ini melihatkan Nur Amina lebih bersikap 'menunggu' tanpa sebarang tindakan agresif. Maksud agresif di sini melulu dalam membuat sesuatu tindakan. Penantian Nur Amina ketika mana sudah mula 'jatuh hati' terbalas. Walaupun pada awalnya Adam tidak menaruh sebarang perasan terhadap isteri pertamanya.

Jika Nur Amina bersikap menunggu (non-active). Kita lihat pula kisah Sumpah Puteri Bunian yang dibintangi oleh pelakon popular Nora Danish dan Rizal Jaafar. Melihatkan watak Azeera (Elly Mazlein) sebagai wanita yang egois dan bersifat pendendam menaruh hati kepada Adam. Perasan cinta terhadap Adam (Rizal Jaafar) terlalu tinggi, sehingga mana dia sanggup berbuat apa sahaja. Mereka tetap berkawan dan akhirnya kata sepakat untuk sampai ke jinjang pelamin. Dan melihatkan Adam menampakkan bersahaja, berbanding Azeera kelihatan terlalu terburu-terburu. Walaubagaimanapun, perkahwinan antara Adam dan Azeera terpaksa dibatalkan gara-gara hadirnya seorang wanita bernama Hawa (Nora Danish). Ini membuatkan Azeera terlalu sedih.

MENCARI ATAU MENUNGGU ?

Perkara ini terlalu subjektif untuk diperbincangkan. Suka ingin saya sentuh dalam soal mencari. Apabila kita menyebut mencari sudah tentu ia dikaitkan dengan orang lelaki berbanding wanita. Itu mentaliti kita. Tetapi jika saya sebut secara realitinya bukan bagaimana pula?

Sedutan Babak Nujum Pak Belalang


"Cuba teka yang mana jantan yang mana betina?" Sambil menujukkan dua ekor itik.
"Ini senang sahaja
"Haaaa….."
"Jika ahli nujum mahu tahu yang mana jantan yang mana betina. Yang belakang itu adalah jantan yang depan itu adalah betina". Sambil menunjukkan dua ekor itik.
"Sebabnya…….?"
"Sudah menjadi lumrah dunia"

Dialog di atas jelas menunjukkan bahawa dalam membentuk sebuah pasangan perlulah bermula daripada diri seorang lelaki. Tidak dinafikan golongan lelaki lebih bersifat aktif dalam soal sedemikian. Tetapi sejauh manakah peranan wanita dalam aspek ini?

Inilah menjadi titik tolak persoalan yang tidak berkesudahan. Jika lelaki mencari, wanita pula tidak menghargai, jika wanita mencari lelaki pula tidak menghargai. Pokoknya masing-masing hanya bertepuk tangan sahaja. Apabila sentuh Timba Mencari Perigi, itu sudah perkara biasa walaupun terpampang di dada akhbar.

Ironinya, jika isu Perigi Mencari Timba, bagai ada suatu gelombang datang tidak berjemput.



Golongan wanita cukup pantang kononnya jika mereka dikaitkan dengan gelaran sedemikian iaitu perigi yang mencari timba. Mereka seolah-olah tidak mahu berada dalam permainan tersebut. Apabila golongan lelaki mengatakan hakikat jumlah wanita di bumi 1 : 4 kadang-kadang mereka menidakkan fakta. Inilah sebahagian tanda kecil hari kiamat. Mereka seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan. Jelasnya apabila kita melihatkan sesuatu acara mahupun program, bilangan tempat duduk lelaki hanya 1/4!! Namun golongan wanita akan memberikan jawapan kononnya golongan lelaki kini sibuk berpeleseran tidak tentu arah. Dengan gaya mat rempit mahupun sebagainya. Jangan marah naa..

KALIS CINTA ; Apabila Ego Menguasai Diri

Masih ingat lagi kisah Cerekarama Kalis Cinta? Mengisahkan seorang wanita berstatus dara yang terlalu mengejar pangkat dan kekayaan. Kejayaan mula dikecapi dan melupakan soal jodoh. Adakah kerana tiada seorang lelaki mahu mengambil hatinya? Sudah ramai jejaka tampil, namun hatinya tidak tertawan. Apabila ego menguasai diri. Sering mempersendakan kaum adam yang dilihat sebagai kelas bawahan dan tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap dirinya. Fikirkanlah jika benar.

KESIMPULAN ; CARILAH SELAGI MANA BOLEH MENCARI

Jika hadirnya seorang wanita bertandang


"Sudikah awak menjadi suami saya?"

Apa pandangan pertama kita? Apakah kita sudah menilai wanita ini dari sudut negatif? Ya, saya pasti mungkin menganggap perlakuan wanita tersebut dianggap suatu perkara yang kononnya 'memalukan'. Seperti yang saya nyatakan di atas sebentar tadi, situasi ini dianggap sebagai satu fenomena biasa terutama dalam masyarakat Melayu. Kononnya nenek moyang kita tidak membenarkan wanita memulakan langkah pertama dalam mencari pasangan. Jadi bagaimana wanita di luar sana? Ayuh langkah kaki kananmu =)

Sepanjang saya menulis artikel di atas, sedikit pun saya tidak menjatuhkan martabat seorang wanita. Salah faham mungkin berlaku di antara kita. Masih ingat lagi kisah risikan di antara Siti Khadijah dan Rasulullah SAW? Ketika itulah bermula kisah di mana Siti Khadijah menggunakan konsep orang tengah. Namun terdapat sedikit kekeliruan dalam sirah Nabawwiyah. Iaitu antara Nafisah bt Minyah ataupun Maisarah.

Inilah cara yang mungkin saya akan gunapakaikan (tersenyum).

Menggunakan konsep orang tengah adalah suatu jalan terbaik yang mana dapat mengurangkan sedikit 'malu' terhadap wanita terutamanya. Tetapi jangan disangka tiada lelaki yang pemalu. Siapa dia? Sayalah (bernada gurau).

Melayukini.net - dalam mencari pasangan perlulah kita sentiasa berusaha. Biarlah tanggapan orang sama ada Perigi Mencari Timba mahupun Timba Mencari Perigi. Yang paling penting soal usaha dalam mencari jodoh. Andai diri kita rupawan, jangan jadikan ia sebagai modal dengan sekadar menunggu di tepian. Berenanglah ke tengah selagi mana kita mampu. Namun andai kita tidak rupawan, usahlah menganggap diri kekurangan. Namun bentuklah suatu modal iaitu jati diri agar diri kita mudah disenangi. Tidak semua orang memandang kepada rupawan, oleh itu sematkan dalam diri, tanamkan dalam diri, soal jodoh perlu kita usaha tanpa bertepuk dahi.


Sumber: Meniti Jalan Inspirasi/melayukini.net

Gambar Kekasih Baru Ummi Nazeera

Posted: 09 Feb 2012 09:12 PM PST


KUALA LUMPUR – Selepas hampir tiga tahun menyepikan diri dari dunia seni dek kerana kisah hitam yang terjadi dalam hidupnya, kehidupan Ummi Nazeera kembali bersinar.

Terbaru, gambar-gambar peribadi milik Ummi yang dilihat mesra dengan seorang lelaki mula tersebar meluas di beberapa blog hiburan tempatan.

Menerusi blog Rotikaya.com, Ummi Nazeera dalam kenyataan baru-baru ini kepada pihak media mengakui kini sudah pun mempunyai kekasih hati yang dikenali sewaktu menuntut di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) Universiti.

Jejaka bertuah yang berjaya membuka pintu hati Ummi yang hanya dikenali sebagai Aizat dikhabarkan sudah pun tamat belajar di RMIT dan sedang menunggu Ummi pula menghabiskan kuliahnya sebelum bercadang untuk berkahwin memandangkan mereka berdua sudah pun berbicara mengenai perasaan masing-masing.

Beberapa tahun lepas, industri seni tanah air dikejutkan dengan kisah percintaan Ummi dan Remy Ishak yang berakhir dengan kisah yang tragik di mana Remy di dakwa telah bertindak 'ganas' terhadap Ummi.

Akibat dari kisah itu, Ummi seakan-akan merajuk dan membawa diri ke Australia untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Semoga Ummi akan meniti hari-hari bahagia bersama Aizat dan berharap agar mampu mengubat kekecewaan yang pernah dia alami dahulu.

Oleh: NAIMAH SHAARI


kekasih hati ummi nazeera

kekasih hati ummi nazeera
kekasih hati ummi nazeera
kekasih hati ummi nazeera
kekasih hati ummi nazeera
kekasih hati ummi nazeera

Gadis Serigala Risau Sampai Sekarang Belum Kahwin

Posted: 09 Feb 2012 09:09 PM PST



MUMBAI – Tiga wanita adik-beradik bimbang 'Sindrom Serigala Jadian' yang dialami bakal menyebabkan mereka sukar mencari suami.

Berdepan masalah penumbuhan bulu tidak terkawal, Savita, 23; Monisha, 18; dan Savitri, 16, mungkin menjadi anak dara tua gara-gara Hypertrichosis Universalis.

Mengikut nisbah, penyakit itu hanya dialami seorang daripada satu bilion penduduk dunia.

Menurut Savita, dalam keadaan begitu, perkahwinan adalah mustahil untuk mereka.

"Siapa yang mahu menjadi suami kepada seseorang yang mukanya dipenuhi bulu?" katanya.

Di kawasan perkampungan kecil di Sangli, wanita bujang tidak mempunyai banyak pilihan.

Hidup dalam serba miskin, keluarga terbabit ternyata tidak mampu menyediakan wang berjumlah RM21,500 untuk setiap seorang daripada mereka bagi menjalani rawatan laser membuang bulu berkenaan.

Ketika ini, adik-beradik malang itu hanya menggunakan krim membuang bulu untuk mengurangkan sedikit masalah berkenaan.

Bagaimanapun, kata Savita, ia hanya bertahan seketika apabila bulu di muka mereka kembali tumbuh dengan cepat.

"Dulu ketika bersekolah, pelajar di sana selalu mengejek saya dengan pelbagai gelaran dan enggan berkawan dengan kami," katanya.

Ibu mereka, Anita Sambhaji Raut, 40, berkata dia mempunyai enam anak, tetapi hanya tiga mengalami sindrom berkenaan.

Kata Anita, penyakit itu menurun daripada suaminya yang dikahwini secara paksa ketika dia baru berusia 12 tahun.

"Saya hanya menyedari suami saya itu mempunyai muka dan badan berbulu pada hari kami dikahwinkan.

"Keadaan itu sangat menakutkan saya," katanya.

Akibat penyakit itu, kata Anita, dia sentiasa berdepan dengan cercaan masyarakat setempat.

"Apabila saya membawa Savita keluar, orang kampung akan memanggil kami binatang atau ahli sihir," katanya.

Sementara itu, Monisha berkata, dia tetap berharap ada lelaki sudi menjadikannya sebagai isteri.

"Jika ada yang sesuai, saya akan terima, tetapi jika tidak, saya terpaksa terus berusaha menyambung hidup," katanya. – TS

Pippa Atasi Populariti Lady Gaga

Posted: 09 Feb 2012 09:06 PM PST



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Kate Middleton dan adiknya Pippa mengatasi populariti Lady Gaga dalam arena fesyen antarabangsa.

Kate yang merupakan isteri pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William dan memakai gelaran rasmi Duchess of Cambridge, mengungguli senarai perkataan paling popular dalam dunia fesyen untuk dua tahun berturut-turut sebaliknya, bintang pop, Lady Gaga gagal menyerlah.

Agensi Pemantau Bahasa Global (GLM) yang mengesan perkataan dan frasa utama dalam media elektronik serta sosial memberitahu kata fesyen paling popular untuk tahun 2012 adalah Duchess Effect.

Senarai berkenaan dikeluarkan ketika Minggu Fesyen Mercedes di sini yang menampilkan pertunjukan peragaan dan parti selebriti membuka tirainya.

Adik Middleton, Pippa yang menjadi pengapit pada majlis perkahwinan Duchess of Cambridge di London pada tahun lalu, turut berada dalam senarai GLM.

Perkataan Pippa's Bum yang bermaksud "Punggung Pippa" berada di tempat kelima senarai berkenaan susulan punggungnya yang seksi menjadi tumpuan media.

Pengaruh Duchess of Cambridge dalam dunia fesyen amat besar. Duchess of Cambridge boleh 'menjual' sesuatu pakaian hanya dengan memakainya di tempat awam.

Sebelum ini, fesyen baju panas yang pernah dipakai beliau habis dijual dalam masa cuma 24 jam. – Reuters

Ciptaan Terbaru - Seluar Jeans Wangi, Hanya Gores Dan Bau!

Posted: 09 Feb 2012 09:01 PM PST



Kajian mendapati ramai pengguna malas untuk mencuci seluar jeans mereka.

Seluar jeans adakalanya dipakai berhari-hari, malah lebih lama daripada itu, sebelum ia dibasuh.

Semua gara-gara kainnya yang agak tebal hingga menyukarkan proses mencuci terutama mereka yang tidak menggunakan mesih basuh.

Namun dunia fesyen dikejutkan dengan innovasi dan penciptaan yang sungguh kreatif daripada sebuah syarikat pengeluar jeans terkenal daripada Kanada.

Mereka berjaya mencipta jeans yang mempunyai haruman wangi….caranya mudah saja, hanya perlu gores dan bau!

Seluar jeans kreatif itu dikeluarkan oleh syarikat 'Naked and Famous Denim'.

Untuk permulaan, syarikat itu melancarkan seluar jeans yang mempunyai haruman Raspberry.

Menurut syarikat itu, mereka telah membuat kajian dengan mencuci seluar keluaran mereka sebanyak lima kali dan hasilnya jeans itu tetap berbau wangi.




Syarikat tersebut hanya menggunakan kain denim yang bermutu tinggi yang diimport dari Jepun

Ia akan dijual di pasaran dengan harga sekitar RM600 sehelai.Jika anda berminat, seluar jeans 'Scratch-n-Sniff' ini boleh dibeli dalam talian di alamat http://tateandyoko.com. – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Dang Suria Nafi Dirinya Kejam - Isu Kutuk Fizikal Peserta Uji Bakat

Posted: 09 Feb 2012 08:58 PM PST

PETALING JAYA – Pengacara, Dang Suria menyifatkan kritikan pedas yang diberikan kepada peserta-peserta yang mencuba nasib dalam rancangan On Air adalah tidak kejam kerana dia punya sebab-sebab tersendiri dan bukannya untuk memalukan mereka.

Dang Suria juga menjelaskan kritikan 'celupar' mengenai paras rupa dan fizikal yang diberikan adalah untuk kebaikan dan kepentingan kepada peserta-peserta yang mencuba nasib dalam rancangan itu.

Dia berkata apa yang dipertontonkan di dalam televisyen melalui saluran Astro Ria tidaklah seperti yang terjadi ketika sesi uji bakat sedang dijalankan sebaliknya rakaman itu banyak disunting untuk meningkatkan rating penonton.

"Biasalah dalam show business sesebuah program itu akan disunting untuk menampakkannya lebih menarik. Dan ya, saya nampak kejam dalam On Air, tetapi tak kisah tentang hal itu kerana ia adalah perkara normal dalam sesebuah penerbitan televisyen walaupun saya sebenarnya tidaklah sekejam seperti yang ditonton.

"Malah, anak perempuan saya marah dan menganggap saya seorang juri yang teruk ketika itu," kata Dang Suria seperti yang dipetik dalam Mstar.com.

Bagaimanapun, Dang Suria mengakui kritikan itu sedikit kasar dan dia enggan memberikan harapan palsu kepada para peserta yang berusaha mencuba dalam uji bakat tersebut.

Malah, Dang Suria mahukan kritikan itu menjadi pembakar semangat buat peserta-peserta supaya lebih memajukan diri jika ingin terbabit dalam dunia seni negara.

"Kadang kala, kebenaran adalah perkara yang menyakitkan. Saya hanya bercakap jujur kepada para peserta dan tidak mahu memberi harapan menggunung kepada mereka. Ini kerana, apabila kita cakap berlapik, jangan terkejut jika mereka (peserta) akan ke lokasi-lokasi lain untuk mencuba nasib lagi," kata Dang Suria.

Tambah pengacara popular itu, setiap peserta perlu menjalani kritikan dari awal lagi kerana apabila sudah menyertai dunia hiburan, mereka sekurang-kurangnya telah bersedia daripada segi mental dan fizikal apabila berdepan dengan sebarang cabaran.

Bukan itu sahaja, Dang Suria ingin mengingatkan kepada semua peserta bukan mereka sahaja yang akan dikritik oleh juri-juri yang ada sebaliknya juga akan dikritik dan dikecam oleh masyarakat yang memandang penampilan dan fizikal dahulu sebelum bakat.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, kritikan yang diberikan oleh Dang Suria sepatutnya tidak perlu dijadikan isu kerana pengacara itu sememangnya ditugaskan untuk membuat penilaian daripada segi penampilan.

Selepas rancangan uji bakat On Air disiarkan malam Rabu lalu, suasana menjadi kecoh apabila kebanyakan penonton-penonton bengang dengan kritikan 'celupar' yang dikeluarkan oleh Dang Suria yang secara terang-terang telah mengkritik fizikal dan rupa paras seorang peserta lelaki dan perempuan yang mencuba nasib dalam uji bakat itu.

Selain Dang Suria, pengacara Suhaimi Sulaiman, Normala Samsudin dan Aznil Nawawi turut ditugaskan sebagai juri dalam iji bakat On Air yang diadakan di beberapa lokasi terpilih sebelum ini.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Hukum ’SMS’ Ketika Khutbah Jumaat

Posted: 09 Feb 2012 08:54 PM PST


Kebiasaanya di setengah2 masjid sebelum khutbah jumaat, selalu diperingatkan supaya jangan berkata2 ketika khatib sedang berkhutbah berdasarkan hadis Rasulullah SAW kalau tak silap saya yang di riwayatkan oleh abu hurairah ra, kerana sia2 lah pahala jumaatnya.

Bagaimana pula dengan orang yang ber"SMS" ketika khatib sedang berkhutbah? Mintak penjelasan dari sheikh2 ahkam ttg perkara ini.

Wassalam

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih akhi Desaputra. Insyaallah, kami akan cuba menjawab sekadar kemampuan yang ada.

Benar kata akhi Desaputra, memang kita selalu diingatkan (bukan semasa khutbah Jumaat) melalui sebuah Hadith :

"yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.a), bahawa Nabi saw bersabda : Jika anda berkata kata kepada teman anda [dengan perkataan] "dengar!" sementara Imam sedang membaca Khutbah, anda telah laghw" – Riwayat al-Bukhari #892, Muslim #851.

Hadith ini mengingatkan kita bahawa melalaikan diri semasa khutbah bahkan menegur orang yang lalai (berkata-kata) didalam khutbah pun tidak dibenarkan semasa Imam sedang membaca khutbah. Begitulah adab yang diajar oleh Nabi saw kepada umatnya semasa menghadirkan diri mendengar khutbah Jumaat. Mendengar dengan khusyuk khutbah Jumaat ini adalah dituntut! Para jemaah diseru agar mendengar dengan baik ucapan/khutbah Imam dan mengambil tauladan didalamnya. Cuba kita lihat hadith yang selanjutnya yang lebih keras dari ucapan menegur orang daripada bercakap.

"Dari Abu Darda' berkata :"Nabi saw duduk diatas mimbar dan berkhutbah kepada manusia dan membacakan satu ayat. Ubai ibnu Ka'ab yang duduk disebelahku dan aku bertanya :'Ya Ubai, Bila diturunkan ayat tersebut? Beliau ENGGAN menjawab soalanku. Aku bertanyakan mengenai ayat tersebut lagi sekali dan dia tidak melayanku, dan aku bertanya lagi sekali kepadanya dan dia masih enggan bercakap denganku sehinggalah Nabi saw turun dari mimbar. Kemudian Ubai berkata kepadaku ,'Apa yang anda dapat pada hari Jumaat ialah melainkan LAGHW (cakap yang sia-sia)'. Setelah perginya Nabi saw, Aku pergi kepada beliau dan memberitahu apa yang berlaku, dan sabda beliau :'Ubai telah berkata Benar, Jika kamu mendengar Imam berkhutbah, maka dengarlah akan ia sehingga ia selesai" (Riwayat Ibn Majah #1111, Ahmad #20780. Dikelaskan sebagai sahih oleh Al-Busayri dan Sheikh Al-Albani didalam Tamaam Al-Minnah, ms 338)."

Bertanyakan mengenai AYAT pada hari Jumaat pun MEMBATALKAN PAHALA Jumaat, bagaimana pula mereka-mereka yang bercakap-cakap pasal hal dunia, perniagaan, berSMS dan sebagainya semasa Imam sedang berkhutbah?? Sudah tentu kita tahu jawapannya. Cuba kita renungkan baik-baik.

Malahan terdapat situasi dimana sekalipun kita tidak memahami apa yang disampai oleh Khatib (contohnya khatib membaca didalam bahasa asing eg: Arab, Urdu dsb), kita disuruh agar memberikan sahaja tumpuan kepada khatib yang membaca. Dibawah ini kami petik soalan yang dijawab oleh Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr[2].

————————————
Soalan:

Saya buat masa ini menetap di Afrika. Maka saya tidak tahu bertutur didalam bahasa mereka disana. Semasa khutbah Jumaat, saya tidak mendapat apa-apa daripadanya. Apakah yang harus saya lakukan ketika khutbah? Bolehkan saya membaca Al-Quran dan berzikir kepada Tuhan atau pun adakah perlu saya duduk mendengar kepada sesuatu yang tidak saya fahami?

Jawab Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr :

Alhamdulillah. Jika anda mendengarnya, walaupun anda tidak memahami apa-apapun, anda telah melakukan sesuatu yang baik, Insyaallah. Ada juga beberapa ulama' yang memberi keizinan kepada sesiapa yang tidak memahami bahasa khutbah tersebut dibenarkan mengisi masa mereka dengan zikir dan membaca Al-Quran, dengan syarat mereka tidak menganggu orang yang lain yang sedang mendengar Khutbah. Pandangan yang saya pilih ialah anda haruslah mendengar walaupun anda tidak memahaminya.

——————————————–

Bukan setakat bercakap sahaja yang dilarang, membaca al-Quran pun tidak digalakkan. Malah menurut ulama', menjawab SALAM dan mengucap Tashmit keatas orang yang bersin pun tidak dibenarkan semasa Imam sedang berkhutbah. Menurut Fatwa #4769 yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Buhuth Daa'imah[3] (8/242) :

"Tidak dibenarkan menjawab Bersin dan memulangkan Salam, semasa Imam sedang berkhutbah, dan ia sahih dikalangan pendapat Ulama! Sesungguhnya kedua-duanya adalah percakapan, dan ia dilarang semasa Imam sedang berkhutbah"

Adalah sunnah melihat kearah Imam semasa beliau membaca Khutbah. Ini terdapat didalam Hadith berikut :

Telah diriwayatkan bahawa Yahya ibnu Sa'ed Al-An asari berkata : "Adalah sunnah apabila Imam duduk diatas Mimbar pada hari Jumaat untuk semua hadirin memandang kearahnya"

Diriwayatkan oleh Naafi' bahawa Ibnu Umar menhabiskan tasbihnya sebelum Imam keluar, dan apabila Imam keluar, beliau akan memandang kearah Imam sebelum sempat Imam duduk.

(Al-Abani telah mengumpulkan Hadith-Hadith ini didalam al-Silsilat al-Sahiiah, # 2080)

Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz[4] :

"Semasa solat Jumaat, orang yang Mu'min hendaklah mendengar Khutbah Jumaat dengan Khusyuk dan Senyap sunyi, dan ia ditegah dari bermain batu di atas tanah atau selainnya. Jika seseorang memberi salam kepadanya, hendaklah ia memberi isyarat dengan menggunakan isyarat tanpa bercakap. Jika ia meletakkan tangan untuk bersalam, tanpa bercakap, ia dibenarkan. Dia harus memberitahunya selepas Khutbah bahawa dia tidak boleh melakukan perkara tersebut, sesungguhnya dibolehkan kepada seseorang yang masuk masjid semasa Imam sedang berkhutbah untuk menunaikan 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid, dan tidak memberi salam kepada sesiapa sehingga khutbah selesai., dan jika dia bersin, maka pujilah Allah (Alhamdulillah) untuk dirinya sendiri dan tidak menaikkan suaranya".

Jelas fatwa dari Sheikh Abdul Aziz bin Baaz yang sekali gus menjawab soalan yang anda nyatakan itu, maka "Adalah dikatakan telah lalai Jumaat seseorang itu jika semasa Imam sedang berkhutbah, ia sibuk menghantar mesej SMS melalui handphone". Bayangkanlah, bertanyakan mengenai ayat, menjawab bersin, menjawab salam yang selama ini sunnat, tidak digalakkan semasa khutbah, inikan pula menghantar SMS!. Ibnu Baaz mengatakan, sehingga mereka yang bemain-main dengan batu ditangan (handphone ke, GameBoy ke, PDA ke)semasa Imam berkhutbah pun ditegah, maka sudah tentu selain dari mendengar Khutbah dengan khusyuk, perkara-perkara lain adalah dilarang (secara umumnya).

wallahu' alam

-wassalam-

(sumber http://qasolatjemaah.blogspot.com)

No comments: