Friday 10 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Adira Mengaku Yang Dia Memang Memeluk Anjing

Posted: 08 Feb 2012 07:45 PM PST

Isu pegang anjing oleh Adira semalam yang dipaparkan telah pun mendapat jawapan daripada mulut Adira sendiri. Dan Adira mengakui dirinya telah memeluk seekor anjing yang bukan miliknya. Seelok-eloknya janganlah pegang anjing, patung anjing bolehlah, tapi kena berfikir dahulu sebelum beli. hehe


"Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya,

"Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam,

"Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,

"Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu,

"Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,

"Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan,

"Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan," -Via

sumber : izyan.com

PANAS! Gambar Manohara Seksi Separuh Bogel Di Pub

Posted: 08 Feb 2012 07:42 PM PST

Manohara Odelia Pinot yang pernah dituduh ingkar/nusyuz dengan bekas suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra sehingga didakwa dirinya turut dirogol kini sudah pon menampakkan diri sebagai seorang yang 'luar biasa'. Luar biasa yang seperti apa? ala suka bersosial, maksudnya dia kini bebas mahu kemana sahaja dia kehendaki. Gambar dibawah adalah gambar terbaru miliknya, namun dia menafikan gambar berkenaan adalah hasil photoshop pihak tertentu, gambar dah cukup jelas, tak kan masih nak menafikan lagi, Manohara yang penuh misteri~



sumber : izyan.com

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Jabatan Tenaga Manusia ( 500 Kekosongan Seluruh Malaysia )

Posted: 08 Feb 2012 07:27 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-EsjD1QPL-pA/TzKRYN7wKvI/AAAAAAAAD5o/15MecsztXgM/s1600/Jawatan%2BKosong%2BJabatan%2BTenaga%2BKerja%2B%2528JTK%2529.jpg

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan seperti berikut bertaraf Kontrak di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) daripada Pelbagai Negeri (Seluruh Malaysia).

NAMA JAWATAN : Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi (N17)
STATUS : Kontrak 3 bulan
BIL KEKOSONGAN : 500 Seluruh Malaysia
TEMPAT KERJA : Di Pejabat Tenaga kerja Daerah atau Jabatan Tenaga Kerja Negeri

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
PERMOHONAN SECARA ONLINE

Cara Memohon:-
Untuk membuat permohonan, hendaklah melalui Portal JobsMalaysia (Kementerian Sumber Manusia) dengan membuat carian jawatan menggunakan kata kunci "Pembantu Tadbir Perkeranian" pada ruang Carian Segera untuk mendapatkan ketepatan carian bagi jawatan ini.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 29 Februari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Posted: 08 Feb 2012 07:25 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-XWwUkYoO3uc/TzKRYdAipRI/AAAAAAAAD50/CMP0pKyQvD0/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPertubuhan%2BBerita%2BNasional%2BMalaysia%2B%2528BERNAMA%2529.jpg

BERNAMA, the Malaysian National News Agency, the market leader in screen-based services, invites suitably qualified Malaysians to fill the following position of:

1. CUSTOMER SUPPORT EXECUTIVE

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS

How to Apply:-
Interested candidates are requested to write in with a detailed resume stating qualifications, work experience, current and expected salary, contact number together with a recent passport-sized photograph (n.r) BEFORE 15 February 2012 to:

Human Resource Manager
Malaysian National News Agency (BERNAMA)
Level 14 Wisma BERNAMA
No, 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

(Only shortlisted will be notified)

Closing Date: 15 February 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Kolej Universiti INSANIAH (KUIN)

Posted: 08 Feb 2012 07:24 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-ou0O_GKkrrY/TzIDsOqX0JI/AAAAAAAAD4U/INeCt7RkbCg/s1600/Jawatan%2BKosong%2BKolej%2BUniversiti%2BINSANIAH%2B%2528KUIN%2529.png

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan di INSANIAH HOLDINGS SDN BHD anak syarikat penuh Kolej Universiti INSANIAH

1. Ketua Pegawai Operasi

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
Calon-calon yang berminat bolehlah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada

Ketua Pegawai Eksekutif,
Insaniah Holdings Sdn Bhd,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Star,
Kedah


atau

email ke Insaniahholdings@gmail.com

Tarikh Tutup Permohonan Pada 15 Februari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Posted: 08 Feb 2012 07:22 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-MyCiGwTuyno/TzIDsohboGI/AAAAAAAAD4w/6nFOtwKmstc/s1600/Jawatan%2BKosong%2BUniversiti%2BTeknologi%2BMalaysia%2B%2528UTM%2529.jpg


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan dipelawa untuk memohon jawatan berikut :

1. PEGAWAI TADBIR (N1-1A)
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F2-1)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan UTM

b) Salinan sijil-sijil akademik, transkrip dan dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah disertakan semasa memohon.

Permohonan hendaklah sampai kepada :

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 UTM JOHOR BAHRU
JOHOR


Tarikh Tutup Permohonan Pada 13 Februari 2012

Maklumat lanjut sila hubungi Pn. Mahfuzah (07-5537838) atau Pn. Shariza (07-5537821).

Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat.

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)

Posted: 08 Feb 2012 07:21 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-9sNNv97EiZ8/TzIDsQylzII/AAAAAAAAD4c/CxBT-QS7xLI/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPerbadanan%2BBekalan%2BAir%2BPulau%2BPinang%2BSdn%2BBhd%2B%2528PBAPP%2529.gif

Water is a precious commodity which is essential for life. At Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), we consider continuous good water supply to be our key corporate social responsibility. We are committed to continuous improvement in support of sustainable development and a green environment. Our mission is to serve as a leading organisation in water supply. Join us for a rewarding career and take on challenges in the water supply industry positively, proactively and productively.

1. Clerical Officer (Finance)
2. SECRETARY (Internal Audit)

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS & APPLY ONLINE

How to Apply:-
Interested applicants are requested to apply online or write in with a detailed resume, starting present and expected salary, and a non-returnable passport-sized photograph to the following address:-

GENERAL MANAGER
PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG SDN BHD
LEVEL 32, KOMTAR 10000
JALAN PENANG, PULAU PINANG

(ATTN : HUMAN RESOURCE MANAGER)

Closing Date: 27 February - 9 March 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK)

Posted: 08 Feb 2012 07:19 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-uVCYvuB35jk/TzIDr6Il8LI/AAAAAAAAD4I/yGxxPhsoD5Y/s1600/Jawatan%2BKosong%2BIndah%2BWater%2BKonsortium%2B%2528IWK%2529.png

Indah Water Konsortium Sdn Bhd ("IWK") is a national sewerage company in Malaysia. IWK is wholly government-owned company which has been entrusted with the task of developing and maintaining a modern and efficient sewerage system for all Malaysians.

In 1994, the Federal Government awarded the company the concession for nationwide sewerage services which prior to that, was under the responsibility of local authorities. Since then, IWK has taken over the sewerage services from local authorities in all areas except the States of Kelantan, Sabah, Sarawak and the Majlis Perbandaran Johor Bahru.

Applications are invited from Malaysian citizens are eligible to apply for the following positions on or before the closing date specified:

1. PROJECT PLANNER/ SCHEDULER (Pusat Bandar Damansara)
2. MANAGER -PROCUREMENT (Pusat Bandar Damansara)
3. EXECUTIVE -PROCUREMENT (Pusat Bandar Damansara)
4. ADMIN. ASSISTANT (Pusat Bandar Damansara)
5. GIS TECHNICIAN - PLANNING (Pandan Indah)
6. CLERK (Pandan Indah)
7. LAB TECHNICIAN (Melaka)
8. LAB TECHNICIAN (Taiping)
9. PERSONAL DRIVER (Pusat Bandar Damansara)
...And many more vacancies more than 107 vacancies.

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS & APPLY ONLINE

Closing Date: 18 February 2012

Hafiz Anjur Majlis Kesyukuran Sempena Kejayaan 'Awan Nano'

Posted: 08 Feb 2012 07:18 PM PST

Hafiz (AF7)
 
KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Suip berkata penganjuran majlis kesyukuran bersempena kejayaan di Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepadanya.

Juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu berkata, idea penganjuran itu memang sudah dirancang sejurus kemenangan di AJL26 pada 29 Januari lalu.

"Saya memang sudah merancang untuk anjurkan majlis kesyukuran ini. Kebetulan pula pihak Astro selaku pengurusan juga bersetuju untuk turut serta.

"Majlis ini sebagai tanda penghargaan saya kepada semua pihak yang banyak membantu dan menyokong saya selama ini termasuklah komposer, teman-teman industri, peminat dan keluarga," katanya.

Penyanyi lagu Awan Nano itu ditemui selepas majlis berkenaan di Hotel Hilton, di sini, malam Rabu.

Selain ahli keluarga dan teman-teman rapat, majlis tersebut turut dihadiri komposer dan penulis lirik Awan Nano Datuk M. Nasir dan Budi Hekayat, komposer Aidit Alfian, penyanyi Herman Tino dan Aril Pilus, guru vokal Shafizawati Shariff dan petugas media. -mstar-

Nasir Bilal Khan Boikot Segelintir Pengarah

Posted: 08 Feb 2012 07:16 PM PST

Nasir Bilal Khan

KUALA LUMPUR: Pelakon Nasir Bilal Khan berkata mentaliti segelintir pengarah filem beragama Islam yang obses pada ideologi barat dalam berkarya membuatkan dia berasa tawar hati dan memboikot tawaran lakonan daripada mereka.

Nasir berkata sebagai karyawan beragama Islam, dia berasa terkilan dengan pandangan beberapa pengarah filem yang terlalu taksub untuk menghasilkan karya yang bertujuan untuk melekakan penonton semata-mata.

"Tidak perlu saya namakan siapa pengarah-pengarah tersebut. Segelintir mereka yang mempunyai mentaliti kebaratan ini hanya taksub untuk menghasilkan karya hiburan dan melalaikan penonton beragama Islam sahaja.

"Saya akui pernah bekerja di bawah arahan mereka sebelum ini tetapi kerana pandangan yang bertentangan itu, saya lebih selesa untuk tidak terlibat dengan golongan begini lagi.

"Beberapa tawaran lakonan daripada mereka saya tolak dengan baik. Saya tidak kisah atau berasa rugi pun apabila memboikot mereka," katanya kepada mStar Online.

Nasir berkata walaupun masih aktif berlakon dia lebih cenderung kepada projek drama atau filem yang memperjuangkan syiar Islam dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan sahaja.

"Sejak 10 tahun kebelakangan ini, saya cenderung bergerak atas landasan yang bersesuaian sebagai penggiat seni yang beragama Islam.

"Ibadah itu luas dan dalam berkarya juga kita boleh beribadah. Sebab itu saya hanya terlibat dengan projek filem atau drama yang meninggalkan kebaikan kepada masyarakat," katanya.

Menyentuh perkembangan seni, Nasir akan kembali dengan musim terbaru drama popular Tanah Kubur pada setiap Jumaat bermula 24 Februari depan.

Drama sebanyak 13 episod arahan Rashid Sibir itu akan disiarkan pada pukul 7.30 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106). -mstar-

Johan (Raja Lawak) Enggan Disamakan Dengan Din Beramboi

Posted: 08 Feb 2012 07:15 PM PST


Pengacara dan pelawak, Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28, menolak tanggapan segelintir pihak bahawa dia bakal menggantikan tempat populariti pelawak tersohor, Allahyarham Din Beramboi.

Johan berkata, dia enggan lawak yang dilakukannya dikatakan sama dengan Din yang pernah menjadi penyampai radio Era FM.

Sebaliknya dia ingin mewujudkan fenomena baru di kalangan para peminatnya.

"Saya tak mahu gantikan sesiapa termasuklah Allahyarham Din Beramboi kerana saya ingin memberikan satu pembaharuan dalam bidang komedi industri tempatan kita dan kalau boleh mahu mewujudkan satu fenomena baru buat masyarakat.

"Bagaimanapun, tak dinafikan, saya mengambil ilmu daripada pelawak-pelawak senior ini dengan belajar cara mereka memperoleh kejayaan yang besar," tegasnya.

Jozan

Tambah Johan, walaupun dia sering dikatakan antara pelawak muda yang hebat, Johan yang juga penyampai tetap di radio Era FM bagi slot Riuh Pagi Di Era bersama Ray dan Haniff berkata, sehingga kini di sukar menilai dirinya dalam setiap persembahan yang dilakukan.

Namun dia percaya nilaian atau kritikan daripada pemerhatian penonton adalah yang terbaik.

Dalam pada itu, dia sedar, membuat orang ketawa bukannya mudah lebih-lebih lagi jika pengikut setianya sudah tahu idea lawaknya sebelum ini, justeru itu ilham baru sangat diperlukan agar penonton tidak bosan dengannya.

"Saya seorang yang sukakan pembaharuan dan percaya penonton juga begitu. Jadi saya perlu mempelbagaikan lawak mengikut isu-isu semasa selain kehidupan masyarakat Malaysia yang terkini.

"Oleh itu, saya akan belajar apa sahaja untuk mengasah bakat termasuklah baru-baru ini saya dan Zizan telah ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengetahui penggunaan bahasa yang sesuai apabila berdepan dengan penonton kanak-kanak selain mengasah bahasa Malaysia saya," ujarnya.

Johan bergandingan dengan Zizan (Jozan) kini sedang sibuk dengan persembahan 'stand-up comedy' Lawak Ke Der yang telah pun memulakan pementasannya pada 3 Februari lalu.

Pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim pertama ini juga akan tampil dengan dua buah filem yang masih menunggu slot tayangan iaitu Berani Punya Budak dan Papadom 2. -mstar-

ND Lala Tidak Halang Shila Bercinta

Posted: 08 Feb 2012 07:13 PM PST

ND Lala

KUALA LUMPUR: Penyanyi ND Lala tidak pernah menyekat anaknya yang juga penyanyi Shila Amzah berkawan dengan mana-mana lelaki selagi ia mengikut landasan yang betul.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 50, berkata sebagai bapa, dia memberikan kebebasan dan ruang kepada Shila untuk menjalani proses normal yang dilalui oleh golongan muda-mudi.

"Fasa berkawan dan bercinta adalah perjalanan kehidupan biasa yang pasti dilalui oleh golongan muda-mudi.

"Selagi Shila mengikut landasan yang betul dan mengikut batas agama dan budaya, saya tiada halangan untuk dia berkawan dengan mana-mana lelaki," katanya kepada mStar Online.

Ketika ditanya berhubung kemesraan Shila dan pelakon Sharnaaz Ahmad yang dikatakan sering mencanangkan hubungan mereka di laman sosial Twitter, penyanyi lagu Diari YB itu berkata dia tidak boleh menghalang persepsi dan pandangan orang ramai mengenai senario itu.

ND Lala dan anaknya, Shila.

"Persepsi dan penilaian setiap orang tentang sesuatu perkara adalah hak mereka yang melihat.

"Orang boleh berkata apa sahaja tetapi sebagai bapa saya lebih mengetahui gerak-geri anak saya. Sama ada saya atau ibunya sentiasa ada di sisi Shila pada setiap masa.

"Setakat ini, tiada apa yang keterlaluan atau perkara pelik yang berlaku walau dengan sesiapa pun dia berkawan," katanya.

Sempat ditanya mengenai reaksinya mengenai hubungan Shila dan pelakon muda itu, ND Lala berkata:

"Sebagai manusia biasa, saya tidak boleh meramalkan apa yang akan berlaku pada hari esok dan tidak tahu ke peringkat mana hubungan mereka akan pergi.

"Saya tidak keberatan jika dia berkawan dengan sesiapa pun kerana ia adalah proses yang normal.

"Namun, keutamaannya kini adalah pada kerjaya dan keluarga terlebih dahulu kerana dia masih muda." -mstar-

Ary Malik Kembali Berlakon Selepas Lima Tahun Menyepi

Posted: 08 Feb 2012 07:11 PM PST

 
Ary Malik

PETALING JAYA: Pelakon Ary Malik, 41, kembali bergiat aktif dalam bidang lakonan selepas hampir lima tahun menyepi di persada seni tanah air.

Ary berkata, dia amat merindui suasana penggambaran lebih-lebih lagi sejak dia memberi fokus pada bidang perniagaan penerbitan program televisyen di bawah syarikat suaminya, Shahrul Bromo, di Singapura.

"Saya telah membuat keputusan untuk kembali ke tanah air selepas merasakan jiwa seperti kosong, mungkin kerana tinggal di negara orang, tak serupa seperti di negara sendiri.

"Sepanjang lima tahun berada di Singapura, saya dan suami menjalankan perniagaan menerbitkan pelbagai program televisyen di sana.

"Jujur saya katakan, waktu itu saya amat merindui untuk berlakon di samping rakan-rakan seperjuangan yang lain," katanya.

Selain kembali aktif di dunia seni lakonan, Ary juga sedang merancang untuk membuka sebuah perniagaan restoran memandangkan pelakon ini meminati bidang masakan.

Menjadi finalis 'MasterChef Malaysia' sehingga minggu ketujuh juga telah memberikan semangat untuknya meneruskan impian melakukan sesuatu di bidang masakan yang selama ini ia hanya dikongsi dengan keluarga dan teman-teman rapatnya sahaja.

"Selain impian mahu membuka sebuah restoran, saya juga ingin mempelajari selok-belok menerbitkan buku masakan, semua itu masih lagi dalam proses.

"Menyertai 'MasterChef' memberikan saya ilmu yang tak mungkin boleh didapati di luar sana.

"Dan menjadi finalis program itu sahaja menjadi pemangkin semangat saya untuk teruskan impian melakukan sesuatu di bidang masakan. Maklumlah, dulu saya hanya masak untuk keluarga dan teman-teman rapat dan sekarang ini, saya akan berkongsi masakan saya itu kepada semua," ujarnya

Dalam pada itu, sebagai seorang personaliti televisyen juga, menghasilkan rancangan memasak sendiri juga merupakan sebahagian daripada impian Ary. -mstar-

Foto Separuh Bogel Lindsay Lohan Kembali Tersebar

Posted: 08 Feb 2012 06:55 PM PST

 
Lindsay Lohan

SEJAK menandatangani kontrak menjadi model majalah Playboy, imej seksi Lindsay Lohan semakin diperkatakan dan terbaru, foto-foto seksi yang diambil oleh jurugambar Terry Richardson untuk majalah Playboy kembali tersebar luas di Internet.

Terbaru, foto yang berinspirasi Marilyn Monroe itu menunjukkan Lindsay memakai pakaian 'mini' dengan menunjukkan sebahagian asetnya.

Dalam foto tersebut, Lindsay sengaja menunjukkan payudara di sebelah kanannya dengan gaya memegang puntung rokok sambil beraksi nakal dengan seorang model lelaki di sampingnya.

"Lindsay Lohan sebagai aku... Aku sebagai Lindsay Lohan," demikian yang ditulis oleh Richardson di bawah foto tersebut.

Richardson masih lagi belum menjelaskan bagaimana foto yang telah diambil di Chateau Marmont, West Hollywood, Callifornia itu terlepas ke tangan individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Sebelum ini, Lindsay kerap bekerjasama dengan Richardson dalam pengambilan gambar potret. Bukan sahaja Lindsay, malah Lady gaga turut mendapatkan perkhidmatan kreativitinya itu.

Begitu juga dengan James Franco, foto bogelnya pernah diambil oleh juru foto berkenaan.-mstar-

Pierre Pilih Nurul Ekasari

Posted: 08 Feb 2012 06:53 PM PST



SEORANG pengarah yang bijak, dia perlu mengambil pengarah fotografi (DOP) dan pelakon yang bagus. Justeru, apabila digabungkan kedua-dua elemen itu bersama skrip yang bagus, ia akan memudahkan kerja anda sebagai seorang pengarah.

Itulah kata-kata pengarah terkenal Bollywood, Karan Johar yang dipegang oleh pengarah muda, Pierre Andre dalam menghasilkan filem.

Menurut empunya nama Mohd. Pierre Andre Nazarul Andre ini, menjadi pengarah dan membikin filem bukanlah perkara sukar.

Apa yang penting adalah bagaimana ingin memberi pemahaman kepada kru dan kumpulan produksi supaya faham dengan apa yang diinginkan agar apa yang perlu diingini dapat dilaksanakan dengan mudah.

Filem genre romantik komedi, Chantek merupakan filem terbaru arahan Pierre selepas kali terakhir dia muncul dengan buah tangan arahannya yang berjudul al-Hijab dari genre seram. Apa yang istimewa, Chantek menampilkan aktres dari Indonesia, Nurul Ekasari sebagai heroin di samping Pierre sebagai heronya.

"Dalam filem Chantek, saya memang mahukan wanita Indonesia untuk bawa watak ini. Bukannya saya tidak boleh mengambil pelakon Malaysia untuk bawakan watak orang Indonesia tapi, untuk kita menjiwai sebagai orang Indonesia harus mengambil masa yang lama.

"Akhirnya saya terpaksa ambil satu keputusan yang Nurul merupakan watak yang paling sesuai dan terbaik untuk watak Chantek. Dia juga berjaya menyempurnakan peranannya dan saya gembira Nurul ada di sini," ujarnya yang memilih berdasarkan kesesuaian watak Chantek itu sendiri.

Akui Pierre, jika di Malaysia dia pening kepala untuk mencari pelakon yang bagus untuk watak Chantek, namun di Indonesia pula, dirinya pening memilih kerana semua yang hadir ke uji bakat sangat berbakat.

Menurut Pierre lagi, apa yang dilihatnya ketika membuat sesi uji bakat di Jakarta selama tiga hari tersebut ialah disebabkan populasi rakyat yang ramai, pelakon yang hadir ke uji bakat harus menjadi yang terbaik disebabkan persaingan yang ada.

"Mengikut pengalaman saya, di Malaysia, bila saya buka sesi uji bakat yang hadir kebanyakannya tidak bersedia. Hadir dengan tangan kosong dan ada antaranya hanya ingin mencuba nasib semata-mata.




"Tapi, di Indonesia, mereka hadir dengan sangat bersedia. Raut wajah mereka yang telah disolek, lakonan serta semua persediaan dibuat untuk membuktikan merekalah orang yang layak untuk memegang watak tersebut.

"Jika di Malaysia, ingin lihat pelakon terkenal hadir memang jarang. Di sana, mereka tidak segan untuk menghadiri uji bakat walau sudah ada nama," cerita Pierre yang agak terkejut dengan bilangan kehadiran individu yang datang uji bakat untuk watak Chantek di Indonesia mencecah 700 orang.

Lambakan pelakon baharu

Berbekalkan pengalaman diri dalam bidang lakonan dan pengarahan, Pierre tidak menyembunyikan pendapat peribadinya dengan menegaskan bahawa sesi uji bakat adalah sangat perlu untuk menentukan kesesuaian pelakon dan watak yang dilakonkan.

Secara tidak langsung, Pierre mengakui yang sebahagian artis tempatan juga ada yang hadir ke sesi ujibakat dengan tidak membuat sebarang persediaan.

"Jika mahu memberi pendapat, kita di sini tiada sistem kerana kita hanya main langgar sahaja. Ini kerana, jika kerana mereka sudah terkenal mereka jarang mempedulikan tentang uji bakat. Uji bakat sebenarnya bukan bermaksud mahu tengok anda bagus atau tidak.

"Tapi itu sebenarnya adalah satu proses yang ingin melihat sama ada mereka sesuai atau tidak bagi watak yang ingin ditawarkan itu. Walaupun pelakon itu sangat bagus, namun tidak sesuai dengan watak, maka mereka tidak akan dipilih jua," tambah anak kepada aktres veteran, Khatijah Tan ini.

Bagi Pierre, dirinya memang masih baru di dalam industri hiburan tempatan. Jadi dia harus punya sistem dan juga merasakan dirinya kini sangat cerewet untuk memilih.

PIERRE dan Nurul Ekasari bersama barisan karyawan filem Chantek.

Selain itu juga, Pierre ingin melambakkan bilangan pelakon di Malaysia supaya punya banyak pilihan kelak dengan memberi peluang kepada pelakon-pelakon baharu di dalam industri.

Dalam itu menurut Nurul Ekasari pula, sebagai seorang warga Indonesia, sememangnya watak Chantek tidak terlalu berat bagi diri. Namun, apa yang mencabar dirinya sebagai pelakon baharu adalah untuk meniru suara lelaki untuk beberapa babak Chantek.

"Saya juga masih baru dalam industri hiburan di Indonesia. Memang mungkin watak ini tidak terlalu mencabar tapi untuk mengumpul pengalaman baharu, kita tidak boleh terlalu memililh," jelas Nurul yang baru punya dua tahun pengalaman berlakon.

Sebenarnya, Nurul mula melangkah menjadi pelakon setahun selepas tamat pengajiannya di universiti. Pemegang Sarjana Komunikasi Utama dalam Penyiaran ini melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan dengan membintangi sinetron KTP2 selain dua buah filem iaitu Bait Surau dan Soulquest serta empat buah telemovie.

Namun, Nurul menganggap Chantek adalah peluang keemasan buat dirinya untuk memperkenalkan bakat dirinya di Malaysia.

"Saya gembira kerana daripada ramai yang datang uji bakat bagi watak Chantek, saya yang terpilih. Walaupun saya orang baru dalam dunia lakonan, saya bersyukur kerana bakat saya dapat dilihat oleh produksi luar Indonesia. Ini satu peluang untuk saya memasarkan diri saya di Malaysia dan saya berharap dapat diterima ramai," tuturnya. -kosmo-

Janice Man nafi lesbian

Posted: 08 Feb 2012 06:48 PM PST



PADA sebuah pertunjukan fesyen yang berlangsung di Hong Kong baru-baru ini, acara tersebut telah dimeriahkan dengan kemunculan tetamu-tetamu istimewa dari kalangan selebriti ternama termasuklah Charlene Choi, Niki Chow, Jennifer Tse, Amanda S., Janice Man dan ramai lagi.

Dalam kalangan selebriti itu, Janice Man telah menjadi buruan wartawan bertugas pada acara itu. Ini kerana Janice sebelum ini dikatakan telah menjalinkan hubungan lesbian dengan salah seorang krew filem Nightfall yang juga seorang perempuan.

Tidak mengelak, Janice mengulas: "Krew filem Nightfall yang dikatakan kekasih lesbian saya itu adalah sahabat baik saya. Tidak lebih daripada itu.

"Saya banyak kawan baik dari kalangan perempuan. Jadi, adakah ia suatu kesalahan? Ini bukan pertama kali saya dituduh menjalinkan hubungan lesbian."

Tambahnya dalam nada tegas: "Apa yang ingin saya tekankah adalah saya bukan antihomoseksual tetapi saya tidak meminati kaum perempuan untuk dijadikan kekasih." -kosmo-

Azizulhasni, Fatehah curi tumpuan

Posted: 08 Feb 2012 06:38 PM PST


 AZIZULHASNI mempunyai misi mengutip satu pingat emas pada ACC 2012.
 
TUMPUAN peminat tempatan yang hadir menyaksikan saingan hari pertama Kejuaraan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 petang semalam lebih tertumpu kepada kelibat jaguh pecut negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa.
Kedua-dua pelumba ini berkayuh dalam acara pecut lelaki dan wanita elit di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras.

Azizulhasni yang turun dalam misi mengutip satu pingat emas dalam ACC 2012 kali ini, jelas tidak menghampakan apabila berjaya melepasi halangan pertamanya dengan menewaskan pelumba Iran pada pusingan suku akhir lelaki elit.

Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu akan beraksi pada separuh akhir hari ini.

Bagaimanapun, seorang lagi pelumba elit negara, Mohd. Edrus Yunos gagal ke separuh akhir apabila tewas kepada pelumba Jepun.

Sementara itu, Fatehah juga berjaya layak ke separuh akhir wanita elit setelah mengalahkan pelumba Taiwan, Wang Jin Ning pada suku akhir dan turun beraksi di separuh akhir hari ini.

"Saingan daripada pelumba Taiwan di suku akhir hari ini agak sengit tetapi saya tidak menggunakan sepenuh tenaga kerana mahu beri tumpuan kepada separuh akhir esok (hari ini).

"Saya bersyukur kerana berjaya melepasi peringkat ini dan akan cuba memberi yang terbaik pada separuh akhir nanti untuk layak ke final dan kalau boleh memenanginya esok (hari ini)," kata Fatehah semalam.

Namun seorang lagi pelumba wanita elit negara, Ju Pha Somnet terpaksa akur di suku akhir selepas tewas kepada pelumba dari China.

Dalam kategori wanita remaja pula, Ummi Hamimah Mohamad berjaya mara ke final selepas menang pada saingan separuh akhir.

Begitupun, Lauretta Eva Adrian pula gagal melepasi peringkat tersebut. -kosmo-

Hafiz Tewaskan Chong Wei

Posted: 08 Feb 2012 06:34 PM PST


 HAFIZ (kanan) menewaskan Chong Wei dalam satu perlawanan simulasi di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.



JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tewas mengejut kepada pemain perseorangan kedua, Muhamad Hafiz Hashim dalam satu perlawanan simulasi di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Pada aksi tersebut, Chong Wei yang merupakan pemain No. 1 dunia tewas 10-21, 21-23.

Kekalahan Chong Wei itu ternyata mencetuskan kebimbangan kerana dia diletakkan sebagai sandaran utama bagi membantu skuad negara menghadapi kempen kelayakan Piala Thomas di Macau yang bermula Isnin ini.

Bagaimanapun, bagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock, beliau menganggap kekalahan tersebut bukanlah suatu yang membimbangkan.

Sebaliknya, Seu Bock menjelaskan, kekalahan itu adalah disebabkan keletihan yang dialami Chong Wei sepanjang menjalani latihan pusat yang bermula sejak 30 Januari lalu sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan kali ini.

"Saya tidak mahu memberikan tekanan kepada Chong Wei dengan mengatakan yang dia perlu menang perlawanan hari ini (semalam).

"Selepas mengikuti jadual latihan yang padat, kamu sendiri boleh lihat yang dia beraksi dalam keadaan yang letih. Dia memberi tumpuan penuh terhadap latihan.

"Jangan hanya disebabkan perlawanan simulasi ini, Chong Wei perlu dikecualikan daripada menjalani latihan," kata Seu Bock.

Tambah Seu Bock, beliau memberi jaminan bahawa Chong Wei akan kembali berada pada tahap prestasi sebenarnya sebelum kempen kelayakan bermula.

"Masih ada beberapa hari lagi sebelum kempen kelayakan bermula. Saya yakin tidak akan ada masalah untuk Chong Wei beraksi pada tahap sebenarnya apabila kempen kelayakan bermula nanti," tambahnya.

Sementara itu, Seu Bock turut memuji persembahan yang dipamerkan Hafiz.

Jelas Seu Bock, Hafiz telah memberikan kelegaan buat skuad negara sekiranya dia boleh beraksi seperti perlawanan semalam pada kempen kelayakan nanti.

"Hafiz telah banyak menunjukkan peningkatan.

"Jadi, ia sedikit sebanyak tidak memberikan tekanan kepada Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (beregu utama lelaki) untuk menghadiahkan mata.

"Ini kerana, Hafiz telah buktikan yang dia juga mampu menyumbangkan mata," ujar Seu Bock. -kosmo-

FAM dedah nama pemain, jurulatih terlibat rasuah

Posted: 08 Feb 2012 06:31 PM PST


 
FAM bertindak menggantung Yusarman daripada sebarang aktiviti bola sepak seumur hidup.



KUALA LUMPUR - Segala teka-teki mengenai hukuman yang bakal dikenakan ke atas seorang ketua jurulatih dan 11 pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan 2011 yang didakwa terlibat dalam gejala rasuah akhirnya terjawab semalam.

Semua individu terbabit dilarang daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak tempatan antara setahun dan lima tahun kerana terlibat dalam skandal rasuah.

Penggantungan tersebut berkuat kuasa sejak 30 November tahun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, siasatan yang dilakukan Jawatankuasa Tatatertib badan induk sukan bola sepak negara itu ke atas pegawai dan para pemain terbabit mendapati terdapat unsur-unsur rasuah dan gejala mengatur perlawanan melibatkan pasukan berkenaan.

Kenyataan itu turut menyebut pemain dan pegawai Piala Presiden pasukan SDM Pulau Pinang, Johor MP Muar dan Terengganu T-Team 2010 turut digantung sementara sehingga mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang akan datang. -kosmo-

Gadis, Janda Jadi Pilihan

Posted: 08 Feb 2012 06:29 PM PST


NOOR RASHID (kiri) menunjukkan dadah yang disembunyikan dalam silinder piston kereta yang dirampas pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Sindiket pengedaran dadah didalangi warga Afrika kini memilih untuk merekrut keldai dadah dalam kalangan janda atau gadis-gadis yang bekerja di pasar raya atau berniaga secara kecil-kecilan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, modus operandi sindiket dadah itu adalah melantik wanita tempatan menjadi anggota sindiket dadah dan menyuruh mereka mencari keldai dadah lain di negara ini.

"Keldai dadah yang menjadi pilihan sindiket dadah masa ini adalah janda, gadis-gadis yang bekerja di pasar raya atau menjalankan perniagaan kecil sendiri," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, wanita-wanita yang bergaji kecil atau mempunyai masalah dalam kewangan diyakini lebih mudah direkrut menjadi keldai dadah.

Noor Rashid memberitahu, sepanjang tahun lalu, seramai 76 orang rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan dadah dan daripada jumlah itu 49 orang merupakan keldai dadah.

"Daripada 49 orang keldai dadah yang ditahan itu separuh daripada mereka merupakan wanita," katanya.

Beliau berkata, kesemua 49 keldai dadah ditahan di negara asing seperti China seramai 13 orang, Indonesia (13), New Zealand (10), Thailand (5), Singapura (3) dan seorang masing-masing Australia, Belanda, Argentina, Macau dan Pakistan.

Kata beliau lagi, keldai dadah itu tahu bahawa kandungan barangan yang dibawa mereka ialah dadah dan mereka secara sukarela menjadi keldai dadah kepada sindiket itu demi mendapatkan puluhan ribu ringgit.

Gempar! Lelaki Disangka Mati Rupanya Masih Hidup

Posted: 08 Feb 2012 06:28 PM PST


 ADI SAIFUL (kanan) menunjukkan pasport membuktikan bahawa dia ke Singapura kepada Azizah di Kampung Bukit Sawa, Marang semalam.



MARANG - Misteri kehilangan seorang lelaki selepas menonton perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dan Terengganu pada 11 Jun tahun lalu akhirnya terjawab.

Pada Ahad lalu, lelaki terbabit, Adi Saiful Che Kor, 27, pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Sawa di sini selepas lapan bulan menghilangkan diri kerana bekerja di Singapura.

Kemunculan semula lelaki itu melegakan seluruh ahli keluarganya selepas mereka dimaklumkan oleh beberapa bomoh bahawa Adi Saiful kononnya sudah meninggal dunia.

Mengimbau semula apa yang berlaku, Adi Saiful berkata, ketika itu dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuantan.

"Selepas tengok bola di Bukit Jalil (Stadium Nasional), saya balik semula ke Kuantan. Saya kemudian dapat kerja di Singapura melalui seorang ejen.

"Sebelum bertolak ke Johor Bahru menaiki bas kira-kira seminggu kemudian, telefon bimbit saya hilang dan saya bercadang menghubungi keluarga setelah bekerja di sana," katanya di sini semalam.

Sepanjang berada di Singapura, dia bekerja di sebuah kedai dobi dengan gaji bulanan sebanyak S$1,200 (RM2,800), namun dia tidak dibenarkan meninggalkan negara itu dalam tempoh enam bulan pertama. -kosmo-

Video Terlampau - Kakitangan KFC Tendang Pelanggan

Posted: 08 Feb 2012 06:23 PM PST


 RAKAMAN pergaduhan antara kakitangan KFC dengan seorang pelanggan yang berlaku di sebuah restoran makanan segera di Shah Alam baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan, seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC dalam satu kes pergaduhan baru-baru ini.

Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai.

Rakaman pergaduhan selama 28 minit itu kemudian dimuat turun ke laman perkongsian video, YouTube yang juga disiarkan di beberapa laman blog.

Difahamkan pergaduhan itu berlaku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam ekoran KFC cawangan tersebut didakwa telah kehabisan ayam.

Pelanggan tersebut yang marah telah meminta pihak KFC untuk memohon maaf namun tidak diendahkan sebaliknya kakitangan restoran itu telah menjerit ke arah pelanggan: "Kalau mau makan, buat sendiri lah."

Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.

Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu.


Saya belum bersara - Faizal AF4

Posted: 08 Feb 2012 06:17 PM PST

KUALA TERENGGANU - Tiga tahun menyepi daripada dunia hiburan benar-benar menguji ketabahan juara program realiti Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Faizal (gambar) sehinggakan ada pihak menganggap penyanyi dan pelakon kelahiran Marang, Terengganu itu sudah bersara.

Semalam, Faizal yang pernah berlakon dalam dua filem serta popular menerusi lagu Lihatlah tampil untuk memberi penjelasan mengenai kehidupan yang dilaluinya selama tiga tahun lalu.

Jelas Faizal atau nama penuhnya, Mohammad Faizal Ramly, 28, kehilangannya dalam dunia hiburan bukanlah disebabkan dia sudah bersara atau mahu mengelak daripada gosip yang menimpanya.

"Saya masih seperti dahulu dan masih seorang artis. Lagipun, tiada sebab untuk saya bersara daripada dunia hiburan kerana ia adalah periuk nasi saya," jelasnya kepada Kosmo! dalam pertemuan di Hotel Sumai di sini semalam. -kosmo-

Kos bangunan gergasi US naik RM12 bilion

Posted: 08 Feb 2012 04:53 PM PST


 
GAMBAR fail menunjukkan bangunan One World Trade Centre yang dalam pembinaan di New York pada 30 Januari lalu. - AFP



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Agensi yang membina bangunan One World Trade Centre bagi menggantikan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) yang runtuh pada 11 September 2001 akibat serangan pengganas telah membiarkan kos pembinaannya di luar kawalan.

Menurut juraudit pembinaan bangunan berkenaan kelmarin, kos pembinaan One World Trade Centre itu kini melambung dengan anggaran hampir AS$4 bilion (RM12 bilion) bagi tempoh empat tahun lepas.

Syarikat audit Navigant Consulting berkata, projek itu kini dianggarkan menelan kos sebanyak AS$14.8 bilion (RM44.4 bilion) iaitu 35 peratus lebih tinggi berbanding anggaran asal pada tahun 2008 hanya AS$11 bilion (RM33 bilion).

Pembinaan One World Trade Centre di sini dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey bagi menggantikan WTC yang runtuh akibat dirempuh dua pesawat yang dirampas pengganas.

Sementara itu, pengarah baharu Pihak Berkuasa Pelabuhan, Patrick Foye berkata, agensi berkenaan sedang mengambil berat cadangan daripada firma audit tersebut dengan serius. - Agensi

Syria bedil Homs lagi

Posted: 08 Feb 2012 04:52 PM PST


 
IMEJ yang dihantar oleh Jawatankuasa Kerjasama Tempatan di Syria semalam menunjukkan ramai penduduk Syria menghadiri pengebumian mangsa-mangsa yang mati dibunuh tentera Syria di Maart al-Noman, Idlib, Syria.



BEIRUT - Tentera Syria semalam mengebom kawasan kejiranan kediaman di pusat bandar Homs di negara itu buat hari kelima berturut-turut yang telah mengorbankan berpuluh-puluh orang.

Para aktivis yang menentang pemerintahan Presiden Syria, Bashar Al-Assad berkata, ia merupakan tindakan terakhir rejim itu untuk menawan kembali kawasan yang dikawal oleh para penentang.

Keganasan tersebut berlaku apabila rejim Bashar semakin dipinggirkan Barat ekoran keganasan pihak tentera ke atas para penentangnya.

Lima negara Eropah dan enam negara Teluk Arab telah menarik keluar duta masing-masing dari Damsyik, Syria manakala Amerika Syarikat (AS) telah menutup kedutaannya di Syria.

Namun, Bashar telah mendapat sokongan daripada Rusia kelmarin.

Sokongan itu ditunjukkan dengan lawatan Menteri Luar Rusia, Sergey Sergey Lavrov dan ketua perisikan negara, Fradkov Mikhail melawat negara tersebut.

Dalam perbincangan di Damsyik, Rusia mendesak satu penyelesaian terhadap krisis Syria yang melibatkan pembaharuan rejim Bashar dan dialog dengan pihak pembangkang tetapi bukan meminta Bashar meletakkan jawatan.

Bashar menyatakan Syria bertekad untuk mengadakan dialog kebangsaan dengan pembangkang dan tokoh-tokoh bebas.

Menurut Bashar, beliau bersedia untuk bekerjasama dalam usaha-usaha bagi meningkatkan kestabilan di Syria, lapor agensi berita SANA. - Agensi

No comments: