Thursday 9 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Video Jaringan Gol Bahrin vs Malaysia Kelayakan Olimpik London 2012

Posted: 08 Feb 2012 10:03 AM PST


Bahrain vs Malaysia [2-1] Kelayakan Olimpik 2012
Bahrain 2-1 Malaysia

Kelayakan Olimpik 2012

5 Februari 2012

PINTU ke London sudah tertutup buat skuad kendalian Ong Kim Swee selepas tewas 2-1 kepada Bahrain, lewat malam tadi dalam saingan kelayakan Olimpik 2012 di tempat lawan.
Video Bahrain 2-1 Malaysia | Kelayakan Olimpik 2012









sumber : sokernet.com

Perak rampas pendahulu Liga Super dari Kelantan

Posted: 08 Feb 2012 09:45 AM PST


PERAK merampas kedudukan pendahulu Liga Super daripada Kelantan selepas mencatatkan kemenangan tipis, 2-1 ke atas Sarawak di Stadium Ipoh, Perak malam tadi.

Dua gol tuan rumah dijaringkan oleh pemain importnya dari Slovakia, Michal Kubala pada minit ketujuh dan Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri pada minit ke-26 sebelum pemain import lawan Vedran Muratovich menjaringkan gol saguhati menerusi sepakan penalti lapan minit kemudian.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad Seladang yang sebelum ini menduduki tangga ketiga untuk menerajui carta liga daripada Kelantan dengan mengumpul 15 mata selepas mengharungi enam perlawanan.

Kelantan jatuh ke tangga kedua selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Jiran mereka, Terengganu turut mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Selangor PKNS di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Gol tuan rumah dijaringkan oleh pemain importnya kelahiran dari Liberia Francis Forkey Doe pada minit ke-37 sebelum Mohd Helmi Remeli menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat sembilan minit kemudian.

Selangor dan Johor FC turut menuruti jejak langkah Kelantan dan Terengganu selepas mencatatkan keputusan seri di gelanggang sendiri.

Gergasi Merah terikat 1-1 ketika menentang Lions XII dari Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan Shahril Ishak membuka tirai jaringan untuk pasukan pelawat pada minit ke-43 sebelum K Gurusamy menyamakan kedudukan bagi skuad Red Giants pada minit ke-45.

Johor FC pula diikat oleh Felda United, 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Mohd Syazwan Zainon pada minit ke-82 sebelum penyerang pasukan pelawat Mohd Azrul Ahmad menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Negeri Sembilan pula mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman,Paroi.

Pasukan pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan penyerang mereka Zairo Anuar Zailani pada minit ke-36 sebelum skuad Rusa membalas dengan dua gol menerusi jaringan pemain import mereka Jean Effa Owona pada minit ke-44 dan Mohd Shakir Ali pada minit ke-65.

Kedah akhirnya berjaya meleburkan dua rekod kekalahan mereka sebelum ini, selepas menewaskan Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat, Melaka menerusi jaringan tunggal penyerangnya, Mohd Khyril Muhymeen pada minit keenam.-sokernet.com-

Keputusan Terkini Liga Super 8 Februari 2012

Posted: 08 Feb 2012 09:29 AM PST


Perlawanan liga super 2012 diteruskan dengan perlawanan yang ke 6.
Berikut adalah jadual dan keputusan liga super 8 februari 2012.

Masa [ Home ] Gol [ Away ] Status
8.45 mlm
 KUALA LUMPUR
 0  -  1 
KEDAH
 -
8.45 mlm
TERENGGANU
 1  -  1 
PKNS FC
 -
8.15 mlm
SABAH
 0  -  0 
KELANTAN
-
8.45 mlm
JOHOR FC
 1  -  1 
FELDA UNITED
-
8.45 mlm
N.SEMBILAN
 2  -  1 
T-TEAM
-
8.45 mlm
PERAK
 2  -  1 
SARAWAK
-
8.45 mlm
SELANGOR
 1  -  1 
LIONSXII
-


Sumber : illustrasiaku

Cara Setting / Install Arabic Keyboard Language Dalam Windows 7

Posted: 07 Feb 2012 11:09 PM PST



Di sini saya ingin share cara untuk install Arabic Keyboard Language pada Komputer anda bagi Windows 7

Step 1: Buka Control Panel dan cari Region and Language

Click Region and Language
Jika tidak jumpa, anda tukar 'View by: Small Icon' di sudut kiri Control Panel
 Step 2: Selepas Klik, anda klik pada Keyboard and Languages > dan Klik pada Change keyboards


Step 3: Apabila keluar seperti di bawah ni Klik pada 'Add'


Step 4: Kemudian Cari Arabic (Saudi Arabia) tick pada Keyboard Arabic (101) dan tekan OK

Selepas semua ini selesai anda boleh gunakan Arabic Keyboard and Language tersebut.
Untuk gunakannya Tukar EN > AR :

**Untuk Windows Xp anda memerlukan CD Windows. 
sumber : pendidik2u

PANAS! Gambar Anak Datuk K Sedang Bersosial Bersama Kekasih

Posted: 07 Feb 2012 07:31 PM PST

Wahhh….memang panas bila jadi anak orang kenamaan, tambahan pula penyanyi no.1 negara iaitu Dato' Siti Nurhaliza. Kini tersebar pula gambar mesra anak tiri beliau bersama kekasihnya. Nak komen ape pun tak tau. Just bagi sedikit info dari info yang diperolehi. Sejauh mana kebenarannya, jom layan…..





sumber gambar : beautifulnara.com

Beyonce Knowles Tampil Pertama Kali Selepas Bersalin

Posted: 07 Feb 2012 06:43 PM PST



Setelah kisah kelahiran Blue Ivy Carter yang menghebohkan media, banyak yang menantikan kemunculan Beyonce Knowles. Kini dia pun melangkah di hadapan umum di New York. Penampilan itu adalah yang pertama kalinya selepas bersalin.

Beyonce hadir di acara amal yang diadakan di Carniage Hall, Senin (6/2). Tubuhnya masih tetap langsing dan ia terus menebar senyum. Di sana dia menyokong Jay-Z yang juga tampil menyanyi, termasuk membawakan lagu "Glory".

Penyanyi lagu "Run the World (Girls)" itu tampil cantik dalam balutan gaun merah rancangan Alice Temperly. Penampilannya itu disempurnakan dengan beg tangan Alexander McQueen dan kasut Christian Louboutin.

Sebelum bersalin, Beyonce tidak pernah tampil di awam. Beliau pernah menyampaikan ucapan duka cita di blog rasminya saat penyanyi legenda, Etta James, meninggal. Beyonce sangat bersedih dan mengaku menyanyikan lagu Etta menjadikannya lebih kuat. -wowkeren-

Misi Maria Sharapova

Posted: 07 Feb 2012 06:17 PM PST


MARIA Sharapova mahu menjadikan Sukan Olimpik London sebagai satu daripada sasaran utamanya tahun ini selepas tidak beraksi di Beijing empat tahun lalu akibat kecederaan.

Pemain di ranking ketiga tertinggi di Russia memena-ngi tiga gelaran Grand Slam tetapi tidak pernah bertanding di Olimpik.

Foto
   
Foto


"Mewakili negara di sana adalah satu penghormatan besar bagi saya," kata Maria. "Saya tidak sabar beraksi di gelanggang rumput.

Wimbledon adalah sasaran utama saya setiap tahun.

"Apatah lagi Olimpik akan menyusul dua minggu selepas itu dan saya tidak pernah menyertainya, ia sesuatu yang ingin saya sertai sejak kecil lagi. Sebagai seorang atlet di Russia, itulah impian dan matlamat terbesar."

Maria tidak dapat beraksi di Sukan Olimpik Beijing 2008 berikutan kecederaan bahu.

Biarpun tewas 3-6,0-6 kepada Victoria Azarenka dalam perlawanan akhir kejohanan Grand Slam bulan lalu, Maria mengharapkan kempennya di Terbuka Australia akan menjadi batu lonjakan kepadanya untuk meraih satu lagi kejohanan utama tahun ini.

"Saya tidak beraksi dalam kejohanan kompetitif sejak beberapa bulan lalu dan menyertainya dengan kecederaan buku lali, keputusan di Australia itu boleh dikatakan memuaskan," kata Maria.

Maria cedera buku lali kirinya, September lalu dalam Kejohanan Pan Pacific
di Tokyo. Kecederaan itu menyebabkan dia terpaksa menarik diri daripada Terbuka China dan kemudiannya Kejohanan WTA di Istanbul selepas dua kekalahan.

"Melangkah ke final sudah menghampiri impian saya," kata Maria. "Jelasnya, anda mahu menjadi antara yang menjulang trofi tetapi ia tidak seperti itu.

"Tuah dan keyakinan mungkin dapat membantu. Ia tidak datang sekali.

Ia mengambil banyak masa untuk memperbaiki mutu permainan.

"Bagi tahun ini, saya masih mempunyai banyak peluang dan berharap dapat mencapainya." -hmetro-

Liyana Jasmay Sudah Sedia Jadi Isteri

Posted: 07 Feb 2012 06:08 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi muda, Liyana Jasmay sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan memberi tempoh masa menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan atau dalam masa dua tahun lagi.

Liyana berkata, walaupun baru berusia 23 tahun, dia yakin dirinya semakin matang untuk melangkah ke gerbang perkahwinan lebih-lebih lagi jika memperoleh suami yang dapat mendorong kerjaya seninya.

"Benar, saya sudah bersedia untuk berkahwin dan tak mahu lagi melalui sesi percintaan seperti dahulu. Saya seriklah nak bercinta lama-lama. Bukannya apa, akhir sekali tiada apa-apa pun di penghujungnya.

"Andai kata ada yang berkenan jumpalah mak dan ayah saya dahulu, kemudian berkenalan dahulu dalam masa beberapa bulan. Jika selesa, maka bolehlah teruskan apa yang patut.

"Namun, diakui, saya memerlukan seseorang yang menyayangi diri ini. Tak senang duduk dibuatnya jika tiada cinta," selorohnya.

Tambah Liyana, dia akui, sejak berkecimpung dalam dunia perniagaan dengan mempunyai syarikat produksi miliknya, Mermaid Studios, dia dapat merasakan dirinya semakin matang daripada segi pemikiran.

Dia juga semakin memikirkan tentang masa hadapan, kehidupan dan karier.

"Mungkin ramai yang menganggap saya ini masih lagi kebudak-budakan. Tetapi pendedahan yang saya terima sejak menyertai industri seni tempatan sejah berusia sembilan tahun membuatkan saya cepat matang.

"Tambah pula, ketika di lokasi penggambaran, saya sering bergaul dengan golongan dewasa," katanya.

Dalam pada itu, Liyana kini semakin aktif dalam bidang penerbitan drama selepas mendapati telefilem terbitan pertamanya berjudul Tudung Tweet mendapat perhatian ramai terutamanya golongan remaja.

"Saya mendapati golongan remaja sekarang kurang menonton drama-drama atau filem-filem tempatan. Kadang-kala rasa geram pula bila mereka (remaja) berkata cerita-cerita tempatan yang dihasilkan tak "urban".

"Justeru itu, saya mengambil langkah menerbitkan telefilem atau drama berbentuk "urban" yang dapat menarik semula golongan remaja supaya meminati karya-karya ciptaan tempatan.

"Setakat ini saya sedang memberi fokus untuk penerbitan telefilem berjudul Paris Masuk Kampung dan Fixie- Fixie," ujarnya.-mstar-

Hafiz (AF7) Tepis Dakwaan Telah Temui Pengganti Adira

Posted: 07 Feb 2012 06:06 PM PST



PETALING JAYA: Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, menepis tuduhan gambar dia bersama seorang gadis yang tersebar di Internet adalah teman wanitanya.

Hafiz berkata, buat masa ini dia enggan memikirkan soal cinta atau mencari pengganti baru selepas putus cinta dengan penyanyi Adira baru-baru ini.

"Gadis dalam gambar tersebut adalah kawan saya dan kami saling mengenali hati budi masing-masing, tetapi belum sampi ke tahap bercinta lagi.

"Saya harap orang tidak membuat sebarang spekulasi lagi berkaitan tentang hal cinta. Lagipun saya agak fobialah nak bercinta," selorohnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Tambah Hafiz lagi, sebagai tanda hormat terhadap gadis berkenaan, dia enggan mendedahkan nama individu yang dilihat begitu mesra dengannya itu.

Hafiz bersama seorang gadis yang dikatakan baru sahaja menjalinkan hubungan cinta dengannya.

"Jujur saya katakan, saya tak berani nak bercakap tentang soal cinta apatah lagi mahu dedahkan namanya.

"Nanti orang ingat saya sengaja mahu cari publisiti memandangkan ABPBH2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) dah nak dekat. Macam-macam pula pandangan negatif yang bakal saya terima nanti.

"Berkenaan dengan gambar itu, saya tahu ada yang tidak senang dengan saya dan cuba menyebarkannya kepada umum. Bukan apa, saya tidak pernah meletakkan gambar-gambar sebegitu dalam akaun laman sosial milik saya," ujarnya.

Sementara itu, selain turut memperoleh vokal terbaik dalam AJL-26, Hafiz kini sibuk merakamkan lagu terbarunya berjudul Deklamasiku, ciptaan Kuncidemak dan Isduliza.

Hafiz memberitahu, lagu yang berkonsepkan balada tersebut amat bermakna kerana lirik yang ditulis itu menceritakan tentang perjalanan kehidupannya dalam mencapai kejayaan sehingga ke hari ini.

"Deklamasiku berkisar tentang kehidupan saya tentang keluarga, cinta dan karier. Saya harap para peminat dapat menerima lagu ini yang akan disiarkan tidak lama lagi.

"Selain tiu, saya juga sedang mempelajari cara menulis lirik dengan baik daripada Isduliza," tuturnya yang turut merancang untuk menyambung pelajarannya secara sambilan dalam masa terdekat ini. -mstar-

Liza Abdullah Terkilan Disindir Bolot Tawaran Berlakon

Posted: 07 Feb 2012 06:04 PM PST

SEDONDON... Liza Abdullah bersama anak sulungnya Zulhaffiz Zarriq.

KUALA LUMPUR: Pelakon Liza Abdullah mengakui agak terkilan dengan sindiran sesetengah pihak yang seolah-olah melihat dia seperti membolot tawaran berlakon kerana kerap muncul di televisyen sejak kebelakangan ini.

Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah,48, berkata, walaupun tidak mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang serius namun jauh di sudut hatinya agak terasa apabila dipersendakan sedemikian.

"Saya harap janganlah ada orang yang buruk sangka kepada saya apabila melihat saya kerap muncul di televisyen. Semua itu secara tidak sengaja. Penggambaran setiap drama dilakukan berbeza tetapi tidak sangka pula kadang-kadang ia disiarkan secara serentak di kebanyakan stesen televisyen," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Antara drama lakonan Liza yang sedang ditayangkan pada ketika ini ialah BFF dan Vanila Coklat di TV3 serta Bukan Aku dan Ku Sangka 2 Rupanya 3 untuk RTM.

Dalam masa yang sama dia turut sibuk menjalani sebuah penggambaran drama seram serta tiga buah filem terbitan MIG Production.

Liza memberitahu, antara faktor dia mendapat banyak undangan berlakon sejak kebelakangan ini kerana mengamalkan disiplin diri yang tinggi serta tidak menimbulkan masalah kepada pihak produksi.

Jelas Liza, selama 30 tahun penglibatannya dalam dunia seni, faktor itu telah mendorong untuk dia mendapat peluang berlakon walaupun ketika pelakon-pelakon baru semakin ramai mewarnai dunia seni tanah air.

"Saya tidak pernah timbulkan masalah dengan mana-mana pihak. Mungkin dengan cara itu orang mudah untuk berurusan dengan saya."Syukurlah kerana ia akhirnya memberikan kesenangan kepada saya apabila tawaran berlakon tak putus-putus saya terima. Syukur kepada Allah," katanya.

Ditanya siapakah lelaki tinggi lampai yang sering dilihat bersamanya Liza memberitahu, individu berkenaan adalah anak sulungnya Zulhaffiz Zarriq Zolkefli,23, yang merupakan pelajar dalam bidang perniagaan antarabangsa di sebuah kolej di sini.

Selain Zulhaffiz Zarriq, Liza turut memiliki tiga lagi anak iaitu Nur Naffiz Syahiddah,19, Zulsyahmi Naqib,10, dan Zulsyahmi Afif,8.

"Saya harap tak timbul pula gosip mengatakan saya intim dengan lelaki muda pula lepas ni ya," selorohnya. -mstar-

Najua, Cucu P.Ramlee Hasilkan 'Single'

Posted: 07 Feb 2012 06:03 PM PST

Najua P.Ramlee

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Najua P.Ramlee akan meneruskan legasi datuknya, Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan kemunculan single terbaru yang masih lagi dalam pembikinan.

Najua atau nama sebenarnya, Najua Nasir berkata, dia ingin membawakan muzik berkonsepkan broadway, sama seperti lagu-lagu yang sering dibawakan dalam pementasan teater.

"Sebelum ini saya biasa dengan kerjaya berbentuk pementasan seni teater, muzikal terutamanya. Jadi saya fikir, lebih elok jika lagu single pertama saya berbentuk broadway.

"Saya harap kelainan itu dapat diterima peminat-peminat muzik tempatan. Andai kata ia menjadi tarikan, saya akan meneruskan usaha penghasilan single kedua dan seterusnya muncul dengan sebuah album," katanya.

Najua adalah anak kepada Nasir iaitu anak tunggal P.Ramlee hasil perkahwinannya dengan Junaidah Daeng Harris.

Tambah graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini, dia berharap kemunculannya dengan lagu terbaru ini tidak mendapat kritikan kononnya dia ingin menumpang populariti P.Ramlee.

Sementara itu, dia bersyukur kerana mendapat pembiayaan penuh daripada Indonesian Arts And Culture Scholarship untuk menyambung pengajian kursus jangka pendek di negara itu dalam masa terdekat.

"Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk mengambil kursus jangka pendek dalam bidang seni ini dan akan mengaplikasikannya dalam kerjaya seni saya nanti.

"Selain itu, saya juga ingin membuktikan mampu berjaya dengan usaha sendiri tanpa membabitkan nama keluarga," ujarnya ringkas.

Brad Pitt & Angelina Jolie Akhirnya Setuju Berkahwin

Posted: 07 Feb 2012 06:01 PM PST

Brad Pitt dan Angelina Jolie sudah berkasih selama tujuh tahun.

SELAMA tujuh tahun bersama, pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt kerap dikatakan a mahu segera berkahwin. Malangnya sehingga kini, masih belum pasti sejauh manakah kebenaran perkara itu.

Menurut laporan Dailymail pasangan selebriti itu sedang membuat persiapan untuk berkahwin pada musim bunga ini yang dijadualkan di kampung halaman Brad, iaitu di Springfield, Missouri, Amerika Syarikat.

Pada majlis perkahwinan mereka nanti, Brad dan Jolie mahu elemen budaya tempat kelahiran anak-anak mereka diterapkan dalam acara tersebut seperti Kemboja (tempat lahir Maddox), Vietnam (Pax), Ethiopia (Zahara), Namibia (Shiloh) dan Perancis (Vivienne dan Knox).

Brad dan Jolie sering meluangkan masa bersama anak-anak walaupun sibuk dengan kerjaya seni masing-masing.

Bagaimanapun, majlis tersebut tidak akan melibatkan upacara keagamaan memandangkan kedua-dua pasangan selebriti itu tidak beragama.

"Majlis perkahwinan mereka akan diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga dan teman rapat sahaja.

"Mereka tidak mahu perkahwinan mereka menjadi medan perniagaan media, sebaliknya mahu ia dilangsungkan secara privasi sahaja," kata sumber.

Sebelum ini, Brad pernah membuat kenyataan kepada umum bahawa keenam-enam anak mereka seperti memaksa untuk segera menjadi suami isteri yang sah. -mstar-

Miley Cyrus Kecam Media Kerana Demi Moore

Posted: 07 Feb 2012 05:58 PM PST

Miley Cyrus

WALAUPUN sering menjadi bahan berita di media cetak mahupun elektronik mengenai perilaku nakalnya, ramai yang tidak sedar penyanyi dan aktres Miley Cyrus mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.

Baru-baru ini Miley turut campur tangan mengenai perihal aktres Demi Moore yang semakin dikecam media mengenai penyakit misterinya selepas bercerai dengan aktor muda, Ashton Kutcher.

Menurut laporan Radar Online, Miley telah melayangkan kritikan menerusi akaun Facebook miliknya terhadap kebanyakan pihak media yang sering memburukkan para selebriti dan menampakkan golongan artis ini seperti orang bodoh.

Kenyataan tersebut diungkap oleh gadis berusia 19 tahun itu selepas melihat Demi Moore sering menjadi bahan berita sensasi di laman-laman akhbar dan portal media sejak dimasukkan ke hospital pada dua minggu lalu.

"Sepatutnya mereka (media) perlu memberikan ruang buat Demi memandangkan, tahun lalu dia telah melalui detik-detik yang amat menyukarkan. Bagaimana mereka boleh menulis cerita mengenai seseorang yang tidak dikenali dan hanya pada dasar sumber dan gambar semata-mata?

"Para media membuatkan semua orang di Hollywood nampak lemah, bodoh dan aneh. Mentang-mentang dia (Demi) adalah antara artis Hollywood, jadi adakah dia mesti terlibat dengan dadah? Tak semua orang yang mengambil dadah!" tegas Miley dalam entri Facebook miliknya. -mstar-

Nora Danish tak kemaruk cari jodoh

Posted: 07 Feb 2012 05:52 PM PST


 NORA mengakui baru semalam dia meraikan harijadi ibu Jejai.


PELAKON cantik manis Nora Danish Mohd Hanif, 29, sering sahaja berdepan dengan gosip-gosip nakal mengenai kisah peribadinya. Ada sahaja yang ingin menyelak diari kehidupan ibu tunggal jelita itu sejak dia bercerai dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 35, pada tanggal 12 Ogos 2008.

Satu persatu gosip mengenai dirinya keluar di dada akhbar. Daripada cerita mengenai bekas suaminya Jejai menghadiahkannya kereta mewah baru-baru ini, gosip percintaannya dengan kerabat yang berasal dari Terengganu dan terkini dengan pemain bola sepak kacak Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23.

Kosmo! berjaya menghubungi Nora Danish semalam dan seterusnya merungkai segala gosip yang membelenggu diri ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, itu.

Kosmo!: Baru-baru ini timbul cerita mengenai Nora Danish dan Apek saling berbalas Twitter dan mesej di Facebook. Malah, Nora juga pernah bertemu dan berkenalan dengan Apek? Benarkah?

NORA: Selepas gosip itu keluar saya menerima terlalu banyak mesej dan panggilan bertanyakan hal saya dan Apek. Saya terkilan kerana berita mengenai saya dan Apek saling berkenalan dan pernah bertemu sama sekali tidak benar. Saya cuma bangga dan menghormati dia sebagai pemain bola sepak yang bagus. Saya simpati dengan nasib Apek kerana sering dikaitkan dengan ramai wanita termasuk diri saya sedangkan perkara tersebut tidak benar.

Kenapa Nora cakap berita mengenai Apek dengan beberapa wanita yang pernah muncul di dada-dada akhbar tidak benar? Adakah Nora benar-benar mengenali Apek?

Satu persatu cerita mengenai dia dengan wanita itu dan ini timbul. Selepas itu, timbul kenyataan wanita atau Apek menafikannya. Nampak sangat cerita itu tidak benar dan ada orang yang cuba menjatuhkan reputasi dia sebagai pemain bola sepak Malaysia.

Jadi, bagaimana gosip mengenai Nora dan Apek boleh timbul jika ia tidak benar?

Orang yang menulis atau yang menyebarkan cerita itu sengaja mereka-reka cerita. Malah, mereka tidak pernah tanya saya sendiri mengenai perkara itu. Saya jarang tengok perlawanan bola sepak tetapi bila saya tengok perlawanan sengit dan hebat Malaysia menentang Indonesia saya terus minat. Daripada situ, saya mula kenal Apek dan Safee Sali sebagai pemain bola sepak yang bagus. Selepas itu, saya ada tulis Tweet mengenai dua pemain itu. Malah, pernah pergi bersama teman-teman menonton perlawanan bola sepak Malaysia menentang Singapura pada 28 Julai lalu. Mungkin, daripada situ mereka mula menyebar cerita sedangkan saya dan Apek tidak pernah berkenalan dan bertemu.

Selain cerita itu, baru-baru ini Kosmo! dapat tahu Jejai ada membeli sebuah kereta mewah untuk Nora. Benarkah?

Ini juga cerita yang tidak benar sama sekali. Saya tidak menerima kereta mewah daripada dia (Jejai). Memang kami masih berhubung dan hubungan kami rapat walaupun sudah bercerai. Jadi, saya ada minta pandangannya mengenai kereta kerana saya tahu dia mahir mengenainya. Malah, saya ada minta tolong dia tempah kereta untuk saya tetapi saya yang akan membayarnya bukan dia. Namun, selepas uji pandu kenderaan tersebut, saya tidak jadi membelinya kerana merasakan kenderaan tersebut kecil berbanding kereta yang saya bawa sekarang.

Kereta jenis apa yang Jejai tempah dan apakah jenis kenderaan yang digunakan Nora sekarang?

Tak payahlah saya beritahu kereta apa yang ditempah Jejai itu. Sekarang saya memandu kenderaan Mercedes Benz ML.

Jadi, jika bukan dengan Apek, Nora bercinta dengan siapa sekarang ini?

Saya tidak terburu-buru ingin mencari jodoh. Malah, saya tidak mahu fikir lagi mengenai hubungan cinta. Apa yang penting sekarang adalah keluarga dan kerjaya.

Maaf bertanya. Fasha Sandha dengan Jejai khabarnya akan berkahwin sekitar bulan April ini di Jakarta, Indonesia. Apa komen Nora?

Maaf, saya tak mahu komen mengenai mereka.

Khabarnya hubungan Nora dengan bekas mertua juga begitu baik sehingga kini. Malah, Kosmo! dapat tahu Nora meraikan hari jadi bekas ibu mertua, Puan Sri Noor Ashikin Raja Abdullah hari ini (semalam)?

Ya, saya meraikan harijadi ibu Jejai tadi (semalam) di Restoran Pegaga, Hulu Klang, Selangor. Hari jadi dia pada bulan Januari lalu tetapi saya meraikannya pada hari ini (semalam). Saya juga membawa ibu saya bersama-sama.

Boleh Nora ceritakan mengenai perkembangan kerjaya terkini?

Saya baru sahaja habis menjalani pengambaran telefilem Jujur Aku Dayus bersama pelakon Beto Kusyairi untuk slot Cerekarama 11 Februari ini. Memang sudah lama saya teringin berlakon di samping Beto dan peluang itu kini tiba. Selepas bercuti rehat dari 5 hingga 15 Februari ini saya akan ke lokasi penggambaran filem Aku Terima Nikahnya yang menggandingkan saya dengan pelakon Adi Putra. Alhamdulillah, tawaran lakonan datang tak putus-putus malah saya banyak menerima watak berat berbanding dulu yang lebih kepada watak-watak gadis comel dan periang. -kosmo-

Rita enggan hipokrit

Posted: 07 Feb 2012 05:51 PM PST


SIAPA yang mahu kisah rumah tangga menjadi berita utama akhbar dan media, namun itulah rencah yang harus ditelan aktres jelita Rita Rudaini Mokhtar, 36, apabila bernikah dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25.

Bahagia yang diharapkan, air mata menjadi peneman. Rita yang ditemui di kediamannya pada hujung minggu lalu mengakui hati wanitanya terguris dan menangisi apa yang berlaku terhadap rumah tangganya.

"Tipulah kalau saya kata saya tidak pernah menangis atau bersedih dengan apa yang berlaku. Saya menangis untuk lepaskan segala beban yang ada di dalam hati.

"Selepas itu saya boleh berfikir dengan selesa dan rasional. Jika saya pendam, kepala saya lagi berserabut. Setiap orang yang berkahwin mengharapkan kebahagiaan tetapi mungkin sudah ini bahagian saya yang diberikan Allah. Saya terima dan laluinya dengan reda," katanya sambil memangku anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia tiga tahun.

Bukan sekali tetapi kali ini sudah kali kedua rumah tangganya dilanda ribut sebegini. Pada Oktober 2010, Aidil membuat tuntutan hak penjagaan kekal terhadap anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin dan permohonan perintah isteri kembali taat (nusyuz) yang turut difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban.

Kemudian pada 20 Januari lalu, selepas Aidil keluar dari rumah mereka, Rita telah menerima surat tuntutan berhubung anak-anak mereka daripada Aidil dan kini perkara itu telah diserahkan kepada peguam yang dilantik oleh Rita. Sebelum itu, Rita terlebih dahulu telah 'berperang' di Twitter dengan kembar Aidil, Zaquan Adha yang juga suami kepada aktres Ayu Raudhah.

Biasa hidup berdiikari
Meskipun bertimpa-timpa masalah rumah tangga dan hubungan bersama keluarga mertua melanda Rita, namun ibu kepada Aidit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang baru berusia sembilan bulan itu kekal tabah mengharungi segala pahit manis kehidupan berumah tangga.

"Apapun masalah, tidak kisahlah rumah tangga atau masalah lain, besar atau kecil masalahnya, saya kena hadapi dan selesaikan dalam keadaan yang tenang.

"Saya sudah biasa hidup berdikari, sendirian dan tidak bergantung kepada orang lain, jadi saya boleh terima. Pengalaman yang lepas-lepas saya jadikan pengajaran dan panduan untuk saya," ujarnya yang popular dengan filem Mami Jarum.

Disoal di manakah dia mencari kekuatan untuknya terus berdiri dan menghadapi segala cabaran yang datang, balasnya sambil merenung panjang: "Kekuatan adalah diri saya sendiri dan bila ada anak, kekuatan itu bertambah.

"Saya kini bukan sahaja perlu tabah untuk diri sendiri tetapi juga anak-anak yang memerlukan perhatian saya kerana mereka masih kecil. Saya tidak mahu masalah saya dan suami menjejaskan anak-anak."

RITA dan Aidil bersama anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin.

Sebelum bernikah dengan Aidil, Rita pernah bergelar janda selama tujuh tahun. Andai kata kemelut rumah tangganya tidak surut dan berakhir dengan perceraian sudah bersediakah Rita untuk hidup sekali lagi tanpa suami di sisi?

Lama termenung memikirkan jawapan yang tepat barangkali, jawab Rita: "Saya seorang yang berdikari, apa sahaja yang berlaku saya akan memandang ke depan dan tidak akan sesekali toleh ke belakang.

"Tidak ada orang yang berkahwin mahu bercerai, tetapi saya bersedia dan kekal positif dengan segala kemungkinan yang ditentukan Allah. Harapan saya hanya satu, walaupun apapun yang terjadi, saya hanya ingin yang terbaik untuk saya dan anak-anak, itu sahaja."

Hampir sebulan Aidil tidak pulang ke rumah, kata Rita yang tinggal bersama dua anaknya bersama seorang pembantu rumah, dia tidak pernah menghalang suaminya berjumpa anak-anak kerana sehingga kini mereka masih pasangan suami isteri.

"Walau apa yang terjadi, Aidil pada mata saya tetap seorang ayah yang baik, dia memang sangat sayangkan anak-anak dia," tuturnya.

Sikap terbuka

Apabila rumah tangganya dilanda badai, Rita tidak mengambil sikap berdiam diri, sebaliknya dia cukup terbuka dalam memberi kenyataan kepada pihak media.

Impaknya, satu Malaysia tahu rentetan rumah tangganya. Rita bukan sengaja mencari kontroversi, apatah lagi kisah yang dipaparkan media adalah kisah rumah tangganya sendiri.

Bagaimanapun, Rita mempunyai sebab untuk berbuat demikian, sebabnya dia enggan hipokrit dengan dirinya dan juga orang di luar sana.

"Saya artis, orang kenal saya. Kalau saya sembunyikan perkara sebenar, lambat-laun orang tahu juga. Saya bercakap benda yang betul, daripada perkara ini keluar daripada mulut orang lain adalah lebih baik keluar daripada mulut saya sendiri, faktanya lebih tepat.

"Memang benar orang kata saya buka aib sendiri tetapi kalau itu perkara yang betul dan benar-benar terjadi kenapa saya harus sembunyikan. Akhirnya orang akan tahu juga, lainlah kalau saya ini bukan artis, saya berkahwin atau bercerai dan apa sahaja yang berlaku pada saya tiada siapa yang ambil peduli tetapi hakikatnya bukan begitu," bicaranya lagi.

Masalah rumah tangga yang dihadapinya sedikit sebanyak mengganggu emosinya. Sungguhpun begitu, Rita memastikan masalah itu tidak mengganggu kerjaya seninya.

"Memanglah bila bekerja emosi saya melayang daripada masalah yang saya hadapi. Masalah tidak akan pergi tetapi harus diselesaikan, sebab itu saya harus kekal positif.

"Tetapi bila bekerja, saya tidak akan mencampurkan masalah peribadi dengan kerjaya. Bagaimana besar masalah saya, kerja tetap kerja kerana itu sumber rezeki saya," katanya yang akan terlibat membintangi drama Dan Bila Esok dalam slot Azalea di TV3. -kosmo-

Jururawat dapat kembar empat

Posted: 07 Feb 2012 05:42 PM PST


NORBAZILAH dan Mohd. Sazalee memangku empat bayi kembar mereka di Taman Sri Mas, Muar semalam.



MUAR - Penantian sepasang suami isteri untuk menimbang cahaya mata sejak tiga tahun lalu berbaloi apabila mereka tanpa dijangka dikurniakan bayi kembar empat.

Norbazilah Amin, 27, dan suami, Mohd. Sazalee Mohd. Hilal, 35, mendapat kembar empat tidak seiras itu yang dilahirkan pada 14 Oktober tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Bayi kembar empat itu terdiri daripada tiga perempuan iaitu Sherlea, Seliesha, Shazrica dan seorang lelaki Shazrick, yang semuanya dilahirkan tidak cukup bulan.

Menceritakan pengalaman mengandung dan melahirkan keempat-empat bayinya, Norbazilah yang bekerja sebagai jururawat di PPUM berkata, dia terpaksa mengambil cuti setahun sepanjang tempoh itu.

"Ia berikutan keadaan kesihatan saya yang tidak menentu dan dalam tempoh itu saya terpaksa berulang-alik ke PPUM serta mendapat pengawasan rapi daripada doktor.

"Saya juga tidak boleh makan dan hanya boleh minum untuk mengalas perut yang lapar, akhirnya saya bersalin menerusi pembedahan pada usia kandungan mencecah tujuh bulan empat hari," katanya ketika ditemui pada majlis cukur jambul bayi kembar itu di rumah ibu bapanya di Taman Sri Mas di sini semalam.

Norbazilah yang tinggal di Petaling Jaya berkata, kesukaran itu bermula pada minggu ke-10 kehamilan sehingga saat untuk bersalin dan selepas itu melalui pula pengalaman baru menguruskan empat bayi sekali gus.

"Pada mulanya saya agak kelam kabut kerana anak-anak saya akan terjaga bergilir-gilir selang 10 minit setiap seorang untuk minum susu," katanya.

Mereka memperoleh bayi kembar empat itu selepas menjalani rawatan permanian berhadas (IUI) di PPUM selepas tiga tahun tidak dikurniakan cahaya mata.

Katanya, doktor sebelum itu memberitahu potensi untuk hamil melalui IUI hanya 10 peratus tetapi amat terkejut apabila dia dimaklumkan mengandung bayi kembar empat. -kosmo-

15,000 penduduk terputus gas memasak

Posted: 07 Feb 2012 05:32 PM PST


 OSMAN menunjukkan stor simpanan tong gas yang kosong di sebuah premis di Felda Lepar Utara 3, Jerantut semalam.



JERANTUT – Lebih 15,000 penduduk di Gugusan Felda Lepar Utara di sini menghadapi kesukaran untuk memasak selepas bekalan gas memasak di kawasan tersebut terputus sejak tiga bulan lalu.

Masalah itu dipercayai berpunca daripada kekurangan bekalan gas memasak dari depot di Lembah Klang manakala pembekal di bandar lain enggan menghantar gas memasak ke kawasan itu dengan jumlah yang kecil.

Ketua Kampung Felda Lepar Utara 3, Osman Shaari, 46, berkata, senario dialami penduduk di situ bermula sejak tiga bulan lalu dan keadaan semakin kritikal bermula Disember tahun lepas.

"Bekalan gas memasak daripada pembekal di Bandar Tun Razak, Jengka yang terakhir dihantar ke kawasan ini adalah pada awal tahun ini.

"Kita memohon pembekal di bandar Jerantut menghantar bekalan gas memasak tetapi mereka enggan berbuat demikian kerana di luar kawasan operasi mereka," katanya di sini semalam.

Peneroka Felda Lepar Utara 8, Sulaiman Nayan, 62, pula berkata, masalah bekalan gas memasak terputus turut menjejaskan pendapatan peniaga kedai makanan di kawasan itu.

"Peniaga terpaksa menghentikan operasi mereka berikutan ketiadaan bahan api itu di pasaran," katanya.

Sementara itu peniaga kedai makan, Fatimah Jaafar, 48, berkata, dia terpaksa berbelanja lebih untuk memperoleh gas memasak di bandar Jerantut yang terletak sejauh 80 kilometer dengan Gugusan Felda Lepar Utara.

"Harga satu tong gas seberat 12 kilogram dijual RM23.50 tetapi ia melambung kepada RM24.70 satu tong akibat kekurangan bekalan dan ia menyusahkan penduduk di sini," katanya. -kosmo-

Nora Danish simpati nasib Apek

Posted: 07 Feb 2012 05:25 PM PST



KUALA LUMPUR - Pelakon Nora Danish Mohd. Hanif, 29, melahirkan rasa simpati dengan nasib pemain bola sepak kacak, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, kerana sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuk dirinya.

Nora ketika dihubungi Kosmo! semalam juga menafikan dakwaan dia dan Apek saling berbalas pesanan di Twitter atau Facebook dan pernah keluar bertemu janji.

"Saya simpati dengan nasib dia (Apek) kerana sering sahaja dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuklah saya.

"Satu demi satu cerita mengenai dia dengan beberapa wanita keluar tetapi semua berita tersebut tidak benar dan nampak sangat ada orang yang cuba menjatuhkan dia," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! pada Ahad, 5 Februari lepas pernah melaporkan di ruangan gosip Diva mengenai Nora dan Apek pernah bertemu dan berkenalan.

Berita ini juga boleh merosakkan reputasi dia sebagai pemain bola sepak yang bagus.

"Berita mengenai saya saling berbalas Twitter dan mesej di Facebook Apek juga tidak benar. Saya cuma bangga dan menghormati dia sebagai pemain bola sepak yang bagus," ujarnya.

Terowong dalam laut runtuh di Jepun

Posted: 07 Feb 2012 05:08 PM PST


BEBERAPA penyelam dan anggota penyelamat menyelam ke dalam terowong dalam laut di loji penapisan minyak di Kurashiki, Jepun semalam.



TOKYO -Para penyelam mula mencari lima pekerja yang hilang dalam air yang keruh di dalam sebuah terowong yang runtuh di salah sebuah loji penapis minyak semalam, kata Jabatan Bomba Tokyo.

Ketika kejadian, seramai enam pekerja berada di dalam terowong dalam laut yang dalam pembinaan di Kurashiki semasa ia runtuh.

Namun, menurut seorang jurucakap Jabatan Bomba Tokyo, seorang daripada mereka sempat keluar.

Jurucakap tersebut berkata, mangsa yang terselamat itu menyatakan air memasuki dan memenuhi terowong.

Mangsa itu memberitahu, dia mendengar suara orang yang menyatakan bahaya dan tinggalkan terowong menyebabkannya memanjat tangga sehingga ke permukaan yang selamat.

Kemalangan itu berlaku di loji penapisan Mizushima 550 kilometer ke barat Tokyo.

Kerja-kerja mencari mayat dijalankan kira-kira 90 minit sebelum ditamatkan ekoran keadaan para penyelam tidak dapat melihat dengan jelas dalam terowong tersebut.

Menurut jurucakap jabatan tersebut, terowong itu berbentuk U dan sedalam 30 meter. - AFP

Daya ingatan perokok lelaki menurun

Posted: 07 Feb 2012 05:06 PM PST



WASHINGTON - Lelaki yang menghisap rokok akan mengalami penurunan daya ingatan berbanding lelaki yang tidak merokok, menurut satu kajian yang dilakukan para penyelidik Universiti Kolej London.

Namun, menurut kajian itu yang disiarkan di Amerika Syarikat kelmarin, wanita yang merokok tidak akan mengalami penurunan daya ingatan.

Kajian itu melibatkan lebih 5,000 lelaki dan 2,100 wanita dalam perkhidmatan awam Britain yang mula dijadikan bahan kajian semasa mereka berumur 56 tahun dan perkembangan otak mereka diikuti selama 25 tahun. - AFP

Profesor cipta enjin baharu carian Internet

Posted: 07 Feb 2012 05:01 PM PST


profesor Massimo Marchiori menunjukkan enjin carian Volunia yang diciptanya di Universiti Padua, Itali kelmarin.



ROM - Seorang profesor sains komputer dari Itali, Massimo Marchiori melancarkan enjin carian Internet dan rangkaian sosial media baharu Volunia kelmarin.

Marchiori memberitahu, beliau berharap laman web dengan fungsi dua dalam satu itu akan dapat mencabar populariti enjin carian Amerika Syarikat (AS), Google.

Mengulas tentang enjin cariannya, beliau berkata, Volunia boleh digunakan untuk melihat komponen laman web tertentu bagi mencari tajuk pilihan dengan lebih cepat selain berinteraksi dengan pengguna lain yang kebetulan melihat laman web sama.

"Laman web umpama tempat tinggal. Di situ bukan sahaja terkandung maklumat tetapi juga manusia. Dimensi sosial laman web sudah pun ada, ia cuma perlu diterbitkan," katanya semasa melakukan demonstrasi penggunaan enjin berkenaan.

Menurut Marchiori, beliau percaya fungsi yang terdapat pada Volunia akan menjadi fungsi biasa pada semua enjin carian utama termasuk Google dan Yahoo tidak lama lagi.

Mengambil masa empat tahun untuk mencipta Volunia, Marchiori dipuji ramai komentator Itali kerana sanggup meninggalkan kerjaya lumayan di AS untuk kembali bekerja di Itali walaupun dengan gaji bulanan serendah 2,000 euro (RM7,905). Dia yang berusia 42 tahun mengajar di Universiti Padua di timur laut Itali.

Laman web berkenaan yang memiliki hak cipta AS dilancar kepada sebilangan pengguna terpilih kelmarin sebelum digunakan dengan lebih meluas dalam 12 bahasa termasuk Bahasa Arab, Inggeris, Jepun dan Rusia dalam masa beberapa hari lagi. - AFP

Ikan Araipaima diternak secara komersial di Peru

Posted: 07 Feb 2012 04:58 PM PST


LIMA - Sejenis ikan gergasi yang hidup di Sungai Amazon, Paiche diternak secara komersial di Peru bagi memenuhi permintaan tinggi di pasaran tempatan dan luar negara.

Isi Paiche yang rendah lemak dan tanpa pencemaran raksa menjadikan ia popular dalam kalangan penggemar ikan dari Amerika Syarikat (AS) hingga ke Eropah.

Paiche yang boleh membesar sehingga mencapai berat 100 kilogram dengan panjang lebih 2.5 meter sekali gus menjadi antara ikan terbesar di dunia dan makanan utama penduduk pribumi sejak zaman dahulu.

Kini, ikan itu diternak oleh sebuah syarikat di Peru, Amazone untuk tujuan komersial selain memulihara spesies berkenaan daripada pupus.

"Ia bagus untuk dimakan, rasa ikan ini enak hampir seperti rasa ikan siakap putih tetapi dengan tekstur yang lebih lembut," kata Jose Duarte yang bekerja sebagai cef restoran Itali, Taranta di Boston, AS.

Lebih popular dengan nama ikan Arapaima, Paiche adalah sejenis ikan maging.

Menurut beberapa orang cef, isi paiche mudah dilapah dan tidak mudah hangit apabila dimasak kerana kandungan kalogen ikan ini yang tinggi. - Reuters

5,000 khemah untuk peserta teknologi maklumat

Posted: 07 Feb 2012 04:56 PM PST

DERETAN khemah untuk para peserta Parti Kampus di Anhembi Park, Sao Paulo kelmarin.  

 SEJUMLAH peserta mengambil bahagian dalam Parti Kampus di Anhembi Park, Sao Paulo kelmarin.

SAO PAULO, Brazil - Kira-kira 5,000 khemah didirikan pada majlis Parti Kampus Kali Ke-5 yang diadakan di Anhembi Park di sini.

Khemah itu didirikan untuk menjadi tempat tinggal para peserta yang menghadiri acara teknologi maklumat berkaitan dengan seni digital, robotik dan permainan komputer.

Acara itu berlangsung 24 jam selama tujuh hari sejak kelmarin. - Agensi

Pawang minum darah ayam jantan

Posted: 07 Feb 2012 04:49 PM PST


RUSDI JAM TONI menghirup darah daripada seekor ayam jantan pada perarakan festival Cap Goh Meh di Jakarta kelmarin.



JAKARTA - Seorang pawang tempatan bernama Rusdi Jam Toni dari Sambas menghirup darah seekor ayam jantan semasa festival Cap Goh Meh di sini kelmarin.

Seorang lagi pawang yang dikenali sebagai Fasidami menyemburkan darah ayam jantan selepas dia menghirupnya daripada haiwan itu.

Cap Goh Meh merupakan hari penutup sambutan Tahun Baru Cina. - AFP

No comments: