Wednesday 8 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Shahrizat Mengaku Telah Mendapat Hidayah Dari Allah Untuk Terus Memimpin Wanita UMNO

Posted: 06 Feb 2012 11:20 PM PST

Di Kampung Bakar Bata, Beruas, Perak beberapa hari yang lalu dalam ucapannya Shahrizat mendakwa beliau telah mendapat hidayah ketika mengerjakan Umrah untuk terus memimpin Pergerakan Wanita UMNO/BN dalam menghadapi PRU13 yang akan datang.

Ini adalah umrah yang dilakukannya untuk kali ketiga dalam masa dua bulan.


Menurut Shahrizat di dalam video di bawah ini.. Scandal NFC yang melanda keluarganya adalah satu ujian dari Allah buat dirinya kerana selama ini beliau diberikan laluan mudah untuk memegang jawatan di dalam UMNO dan juga kerajaan.


"Rupanya Allah kata wahai Shahrizat! Aku nak uji, uja dan duga kau selaku Ketua, samada kau ada iman, ada ibadah, ada semangat .. betultak? Atau kau nak tumbang begitu saja…


Seterusnya lihat video ni..






Baguslah kalau dah diberikan hidayah.. tapi takkanlah Shahrizat diberikan Allah hidayah untuk terus memimpin Wanita UMNO kot..


Gambar-gambar dibawah ini mungkin membenarkan kata-kata Shahrizat bahawa beliau diberikan hidayah untuk terus memimpin Wanita UMNO.. tetapi mungkin tidak diberikan hidayah untuk mengenali apa yang haram dan apa yang halal menurut ajaran Al-Quran..


Ini gambar Zambry dikelilingi wanita BN..

"Andaikata kepala salah seorang dari kamu dicucuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik baginya dari menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (Riwayat At-Tabrani & Al-Baihaqi)


Ini pula gambar Sharizat sedang bersalaman dengan Zambry..



Shahrizat juga sedang bersalam dengan siapa entah.. yang pasti lelaki ini bukanlah suaminya..

"Dan sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya.Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?"surah Az-Zumar ayat 37


sumber : teropong-semalaysia

13 rekod dunia yang dipegang oleh bahtera Nabi Nuh A.S.

Posted: 06 Feb 2012 07:43 PM PST


1. Nabi Nuh Merupakan Nahkoda Tertua Di Dunia (berusia 600 thn)
Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun.

2. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Terbesar Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu
Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab dia meninggal pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir. Ia berkata bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan.

3. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia
Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.

4. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu
Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.

5. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Bertingkat Pertama Di Dunia (3 tingkat)
Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan. Tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, tingkat kedua ditempatkan manusia dan tingkat ketiga untuk burung-burung.

6. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Belayar Yang Tertinggi Dari Dasar Laut
Menurut Al Qur'an, bahtera Nuh telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat yang menunjukkan suatu gunung di wilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian selatan Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang oleh orang-orang Arab disebut sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir al-Mishbah).

7. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Anti-Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia
Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.
8. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Pertama Yang Berlayar Tanpa Kompas
Setelah bahtera itu disiapkan, Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.

9. Bahtera Nabi Nuh Dinakhodai Oleh Bukan Ahli Laut
Nabi Nuh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al-kitab, dan Al-Quran. Nabi Nuh a.s diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Dikatakan beliau tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.

10. Bahtera Nabi Nuh Adalah Satu-Satunya Kapal Dengan Penumpang Paling Sedikit Pertama Di Dunia
Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pegunungan Ararat, ia kemudian membangunkan satu kota di daerah Ararat (Qarda) disebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang yang beriman berjumlah 80 orang.

11. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengangkut Binatang Berpasangan Terbanyak Di Dunia
Nuh memiliki 4 anak laki-laki: Kan'an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya beliau sekeluarga (isterinya, ketiga anaknya, dan ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut.

12. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung
Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7.546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi diatasnya.

13. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengharungi Banjir Paling Lama Di Dunia
Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.
Sumber

Pelajar bawa jin masuk ke dewan periksa

Posted: 06 Feb 2012 07:00 PM PST


KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.



'Daun sirih hikmat' itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus 'cukup makan.'

Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

"Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.

"Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan," kata Azman ketika ditemui.

Mentor 5 : Faizal Tahir Tidak Bagi Muka

Posted: 06 Feb 2012 06:39 PM PST

Faizal Tahir mahu mencari protege yang mempunyai keyakinan diri selain vokal yang bagus.

PETALING JAYA: Penyanyi Faizal Tahir tidak memberi peluang untuk kali kedua kepada peserta yang mencuba nasib dalam uji bakat 'Mentor' musim ke-5 yang diadakan di Sri Pentas TV3 di sini pada Isnin.

Faizal berkata, dia perlu bersikap tegas daripada hari pertama uji bakat kerana tidak mahu mana-mana peserta yang mahu mengambil bahagian menganggap ringan dan mudah dalam mencapai cita-cita untuk bergelar seorang penyanyi.

"Walaupun mereka (peserta) mempunyai personaliti yang menarik, tetapi tidak boleh menyanyi serta tiada keyakinan diri, sukar untuk saya memilih mereka sebagai protege.


Faizal (kanan) bergabung tenaga dalam pencarian uji bakat bersama Audi Mok (tengah) dan pemuzik Genervie.

"Ini kerana, jika kita memberi peluang kedua dengan harapan dapat mengasah bakat atau personaliti mereka sedikit demi sedikit, maka ramai yang merasakan memasuki bidang nyanyian adalah sesuatu yang sangat mudah," katanya yang ditemui pada sesi uji bakat Mentor 5 sesi bagi pencarian protege Faizal Tahir.

Sepanjang uji bakat yang berlangsung dengan kehadiran kira-kira 600 orang, hanya sepuluh orang peserta sahaja dipilih untuk ke sesi saringan yang diadakan pada hari sama pukul 9 malam.

Menurut Faizal, bukan senang untuk dia 'turun padang' mencari protege yang sesuai

"Saya pernah melalui sesi uji bakat sebelum ini dan semestinya faham perasaan mereka apabila penyertaan mereka ditolak lebih-lebih lagi bagi yang menaruh harapan tinggi untuk terlibat dalam program ini.

Para peserta uji bakat Mentor 5.

"Bagaimanapun, saya hargai kehadiran mereka termasuklah ada yang sanggup datang dari jauh. Cuma dalam pemilihan ini, saya perlukan seorang yang berkeyakinan tinggi selain vokal yang bagus," ujarnya.

Walaupun akan terus menunaikan tanggungjawab sebagai mentor nanti, penyanyi lagu Karma ini tidak mahu meletakkan garisan di antara seorang mentor dan protege.

"Secara jujurnya, saya bukannya mencari anak didik, sebaliknya ingin membantu seseorang yang berbakat menunjukkan jalan mana yang harus dilalui untuk bergelar seorang penyanyi dan penghibur yang berkaliber," tegasnya. -mstar-

Jennifer Lopez Mahu Kekasih Jadi Bintang Filem

Posted: 06 Feb 2012 06:33 PM PST


PENYANYI Jennifer Lopez atau J.Lo enggan kekasihnya, Casper Smart hanya sekadar menjadi penari latar sahaja sebaliknya berharap lelaki itu dapat menjadi seorang bintang filem.

"Casper kini sedang belajar dengan J.Lo yang mahukannya menjadi seorang bintang filem yang hebat.

"Malah penyanyi itu berhasrat untuk berlakon dengan kekasihnya itu sebagai permulaan," kata sumber kepada Showbiz Spy.

Sebelum ini, J.Lo pernah muncul menerusi sebuah filem berjudul "Gigli" bersama bekas tunangnya, Ben Affleck.

Bagi penyanyi kelahiran The Bronx, New York ini, dia menganggap berlakon bersama kekasih lebih mudah dan selesa seperti yang dilakukannya sebelum ini bersama Ben dan Marc Anthony.

Dikhabarkan juga, pelantun lagu "Papi" ini sering memberi Casper USD10,000 (RM30,100) setiap minggu.

Lelaki itu turut dikatakan menjadi orang ketiga dalam punca penceraiannya dengan Marc.

Wang tersebut diberikan sebagai perbelanjaan makan dan minum Casper selain dapat membeli mainan buat anak-anaknya, Max dan Emme.

J.Lo juga berharap agar lelaki itu dapat menggunakan wang berkenaan sebaik-baiknya.

Dia juga agak dikatakan agak malu apabila terpaksa membayar keperluan kekasihnya itu dengan kad kredit selain tidak mahu pihak luar menilai lelaki berkenaan seorang yang tidak berwang. -mstar-

Anak Gadis Will Smith Botak Kepala

Posted: 06 Feb 2012 06:32 PM PST


PENYANYI muda, Willow Smith ternyata berani membuat kelainan imej apabila sanggup membotakkan kepalanya pada usia yang begitu muda.

Anak perempuan pelakon Will Smith yang berusia 11 tahun itu telah memasukkan foto menerusi akaun Twitter miliknya baru-baru ini.

Ramai yang sedar, penyanyi ini semakin hari semakin memendekkan rambutnya sejak tahun 2010.

Willow memaparkan wajah terbarunya itu menerusi akaun Twitter miliknya.



Menurut sumber, Willow inginkan perubahan yang matang agar peminat-peminatnya boleh berkembang bukan hanya daripada kalangan golongan remaja sahaja.

Ramai yang memuji keberaniannya itu tetapi ada pihak yang mempersoalkan dengan berkata jika pada usia muda dia berani membotakkan kepalanya, apa lagi aksi berani yang akan ditunjukkan apabila dewasa kelak?

Bagaimanapun, dia kelihatan comel dengan imej barunya itu. -mstar-

Zul Yahya Ambil Masa 6 Tahun Untuk Jadi Pengarah Filem

Posted: 06 Feb 2012 06:31 PM PST

Zul Yahya menjadi pengarah filem selepas enem tahun.

KUALA LUMPUR: Pelakon Zulkifli Yahya atau Zul Yahya, 42, berkata dia sanggup menunggu sehingga enam tahun untuk mendapat keyakinan bagi mengarahkan filem sulungnya, Usin UFO yang dijadual memulakan penggambaran pada April depan.

Pelakon drama Supermak itu berkata, hasrat dan perancangan untuk mengembangkan bakatnya ke bidang pengarahan sudah lama terpendam sehingga dia memperoleh waktu yang paling sesuai untuk melakukannya.

"Saya yakin dan bersedia pada kali ini selepas lima hingga enam tahun saya pendamkan hasrat untuk bergelar pengarah filem.

"Sebenarnya, banyak ilmu dan kemahiran kerja-kerja belakang tabir saya peroleh daripada produksi HVD sebelum ini selepas 20 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

"Saya kira waktu sekarang adalah masa terbaik untuk saya melakukannya memandangkan industri filem kita sedang berkembang dan mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat," katanya yang ditemui mStar Online, di Restoran Rebung di sini, Isnin.

Zul Yahya hidup bahagia bersama isteri, Siti Raihan dan tiga anak mereka.

Bercerita mengenai filem genre komedi dan futuristik itu, Zul yang turut bertindak sebagai penerbit berkata, dia merancang untuk menawarkan watak utama filem berkenaan kepada Shuib (Sepahtu) kerana kesesuaian watak dan populariti pelawak itu yang berada pada tahap sederhana.

"Saya merancang untuk menawarkan watak utama kepada Shuib kerana saya suka pada karakter, stail komedi dan imejnya yang tersendiri. Dia belum dikategorikan sebagai bintang pelawak besar atau terlalu popular tetapi dia mempunyai keunikan.

"Saya mahu gilap dia dan mengangkatnya ke satu tahap yang lebih tinggi, insya-Allah," katanya yang kini sedang melakukan persiapan 30 hingga 40 peratus proses pra-produksi filem itu.

Ketika ditanya mengenai kehidupan peribadi, Zul berkata selain cabang seni, dia turut menjalankan perniagaan barangan "bundle" dan restoran yang diuruskan oleh isterinya, Siti Raihan Mohd Rodzi.

"Selain membuat persiapan untuk mengarah, saya juga masih aktif berlakon lagi. Malah, saya juga menguruskan beberapa perniagaan "bundle" dan restoran.

"Cawangan terbaru restoran Beringin Cafe di Kuala Lumpur juga diuruskan oleh isteri saya," katanya.

Zul dan Siti Raihan berkahwin pada Disember 2007. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arissa Qaisara, 3, Akil Qayim, 2, dan Ariana Qalesya yang berusia lapan bulan. -mstar-

Anita Baharom Tak Percaya Orang Gaji

Posted: 06 Feb 2012 06:29 PM PST

Keluarga bahagia... Anita Baharom bersama suami dan dua anaknya.

KUALA LUMPUR: Pelakon Anita Baharom tidak lagi mempercayai orang gaji apabila empat orang daripada mereka cabut lari selepas beberapa bulan bekerja.

Kata Anita, dia melayan orang gajinya dengan baik termasuklah mengajar mereka cara menjaga anak tetapi kesemua orang gajinya itu cuba mengambil kesempatan terhadap kebaikannya.

"Saya ni nak kata garang, tidaklah. Tapi saya pelik dah empat orang gaji saya ambil, semuanya cabut lari. Mereka tak menghargai kebaikan yang saya berikan. Kerana perkara itu, saya tidak percaya kepada orang gaji lagi," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Restoran Rebung, Bangsar di sini, Isnin.

Anita berkata, dia lebih selesa menjaga dua anaknya iaitu Syifa Dhia Nurina,5, dan Mohamad Dhia Iskandar yang kini berusia tujuh bulan daripada membiarkan mereka diasuh oleh pembantu rumah yang tidak pandai buat kerja.

Kata Anita, anak-anak akan menjadi rapat dengan ibu dan bapa masing-masing kalau mereka sendiri yang memberi kasih sayang sepenuhnya daripada membiarkan anak-anak dibesarkan oleh orang lain.

Walaupun tidak bernasib baik kerana sering mendapat orang gaji yang selalu menimbulkan masalah tetapi dia bersyukur apabila hasratnya untuk tdiak mempercayai orang gaji itu menyebabkan kasih sayangnya terhadap anak-anak semakin bertambah.



"Syukurlah... saya dan suami dapat menguruskan rumah tangga dengan baik. Anak-anak pun rapat dengan kami kerana mereka dijaga oleh kami sendiri.

"Malah anak bongsu saya pula terlalu manja dengan saya. Kalau saya tidak ada, dia akan menangis tak henti-henti. Nak tidur pun mesti di bawah pelukan saya," katanya.

Anita memberitahu, buat masa ini dia terpaksa melupakan sekejap dunia lakonan kerana Mohamad Dhia Iskandar masih belum bercerai susu dengannya.

Mengakui walaupun merindui untuk kembali ke dunia lakonan, dia terpaksa memberi tumpuan kepada anaknya terlebih dahulu sebelum menerima mana-mana tawaran berlakon pada masa akan datang.

"Saya memang nak berlakon tetapi anak masih kecil. Bila dah besar sikit, mungkin saya boleh pertimbangkan tawaran. Tapi kalau ada watak-watak kecil ataupun untuk penggambaran iklan yang tidak memerlukan saya menghabiskan banyak masa di luar, saya boleh menerimanya," ujarnya.

Menurut Anita, walaupun lebih setahun berehat daripada dunia seni, dia bersyukur kerana rezeki untuk dia sekeluarga tidak pernah putus.

"Alhamdulillahlah... buat masa ini cukuplah untuk makan, pakai saya sekeluarga. Kalau dulu setiap bulan terpaksa keluarkan duit untuk bayar orang gaji tetapi sekarang ini tak perlulah nak buat macam tu lagi," katanya.

Anita yang juga isteri kepada petugas Astro iaitu Mohd Ismadi Ismail memberitahu, dia juga sedang berusaha untuk melakukan transformasi terhadap dirinya.

"Saya sedang bercita-cita untuk melakukan perubahan dalam diri saya. Apakah perubahan itu, saya tak boleh nak bagi tahu buat masa ini. Tunggu dan doa-doakanlah ya," katanya. -mstar-

Anak Angkat Pengubat Rindu Ziela Kepada Arwah Suami

Posted: 06 Feb 2012 06:27 PM PST

Ziela dan anak angkatnya Ibrahim Junid yang baru berusia dua bulan.

KUALA LUMPUR: Penerbit drama dan pelakon Ziela Jalil menyifatkan kehadiran anak angkat lelakinya bernama Ibrahim Junid Abdullah yang berusia dua bulan sebagai pengubat kerinduannya kepada Allahyarham suaminya Tan Sri Megat Junid Megat Ayub yang meninggal dunia pada 2008.

Megat Junid adalah bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ziela atau nama sebenarnya Norzilah Jalil, 42, berkata selepas hampir tiga tahun berusaha untuk mencari seorang anak angkat, dia akhirnya dipertemukan dengan bayi yang merupakan anak kepada salah seorang saudaranya.

"Sebenarnya saya sudah mula mencari anak angkat sejak 2008 lagi. Sebelum ini, dua kali usaha dan niat saya tidak kesampaian untuk mengambil anak angkat disebabkan beberapa masalah yang timbul pada saat-saat akhir.

"Syukur, pada pencarian kali ketiga ini, saya diberikan peluang oleh Allah untuk dipertemukan dengan Ibrahim yang dapat mengisi kesunyian dan penambah seri dalam kehidupan saya sekeluarga," katanya kepada pemberita pada majlis cukur jambul bayi tersebut di Restoran Rebung, Bangsar, di sini, petang Isnin.

Hasil perkahwinannya dengan Allahyarham, Ziela dikurniakan sepasang anak iaitu Puteri Julia Nabilah, 20, dan Megat Jufri Nasrullah, 18.

Ziela Jalil bersama Ibrahim Junid dan anak keduanya Megat Jufri pada majlis cukur jambul bayi itu di Restoran Rebung, Bangsar, Isnin.

Bercerita tentang pemilihan nama anaknya itu, Ziela berkata nama tersebut sudah menjadi pilihannya sejak dia mula merancang untuk mengambil anak angkat pada 2008 lagi.

"Ia adalah nama yang baik dan berilhamkan nama Nabi Ibrahim. Sejak saya mula-mula merancang untuk ambil anak angkat pada 2008 lagi, nama itu sudah ada dalam fikiran.

"Sejujurnya saya tidak kisah pun bayi lelaki atau perempuan. Apabila ditakdirkan saya bertemu bayi lelaki, saya kekalkan sahaja nama Ibrahim itu," katanya.

Berkongsi pengalamannya menjaga bayi tersebut, Ziela berkata dia langsung tidak berasa kekok atau penat untuk menguruskan Ibrahim sepenuhnya walaupun hampir 17 tahun tidak mempunyai anak kecil. "Sejak anak pertama saya, Julia dilahirkan lagi saya yang uruskan sepenuhnya bagi tempoh enam bulan pertama. Saya lakukan amalan yang sama juga pada Ibrahim selagi dia belum boleh menikmati makanan yang pejal.

"Cuma, pada masa ini saya sedang berusaha mengambil ubat untuk membolehkan saya menyusukan dia," katanya.

Ziela berkata majlis yang diadakan bersempena keberkatan sambutan Maulidur Rasul itu turut bertujuan untuk mengumumkan kepada masyarakat mengenai kehadiran Ibrahim dalam keluarganya.

"Selain acara cukur jambul ini, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan kepada masyarakat tentang kehadiran Ibrahim sebagai ahli keluarga baru kami.

"Sejak saya mula memeliharanya hampir dua bulan lalu, saya sering ditanya oleh orang ramai yang menyangka Ibrahim adalah cucu saya apabila terserempak di mana-mana.

"Saya berharap, pengumuman ini dapat meleraikan kekeliruan masyarakat," katanya.

Lebih 100 jemputan yang hadir termasuklah sanak keluarga, petugas media dan rakan-rakan artis seperti Datin Sofia Jane, Melissa Saila, Liza Abdullah, Mariani, Zul Yahya, Anita Baharom, Lydiawati dan Zarina Zainuddin. -mstar-

Apa Itu Penyakit Radang Sendi : Arthritis?

Posted: 06 Feb 2012 06:19 PM PST

Pernahkah anda mengalami rasa sakit di bahagian sendi badan. Radang sendi merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain dalam badan kita.



Penyakit Arthritis ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit Arthritis ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit radang sendi. Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit Arthritis ini berbanding kaum lelaki.

Apa Penyebab Arthritis?

Penyebab rheumatoid arthritis masih belum diketahui. Namun, diketahui bahawa rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun semulajadi sistem kekebalan tubuh tidak beroperasi dengan betul, sehingga sistem kekebalan tubuh menyerang rangkaian sendi yang sihat dan menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi seterusnya. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit Arthritis ini.

Apakah Saja Gejala Arthritis?


Permulaan rheumatoid arthritis membawa keletihan, rasa sakit, kekakuan, sakit, dan rasa sakit dan bengkak pada sendi bilateral terpencil. Rheumatoid Arthritis biasanya bermula di tangan, atau kaki dan juga akan mempengaruhi pergelangan tangan, beberapa sendi di tangan. Rheumatoid arthritis adalah juga ditemui di siku, bahu, leher, lutut, pinggul dan pergelangan kaki. Seiring waktu, radang sendi boleh rosak dan menyebabkan ciri-ciri lain seperti benjolan atau nodul di bawah kulit.

Siapa Yang Berisiko Terkena Arthritis?

Rheumatoid arthritis mempengaruhi lebih daripada 2 juta orang Amerika dengan lebih daripada 1 juta wanita berbanding dengan hanya lebih daripada setengah juta orang, Walaupun awal ini umumnya usia pertengahan, lebih umum ditemui pada orang tua. Rheumatoid arthritis juga telah ditemui pada kanak-kanak-kanak dan dewasa muda.

Diagnosis & Perubatan Arthritis

Dalam banyak kes, diagnosis awal dari rheumatoid arthritis dapat lebih mengawal penyakit ini. Rheumatoid arthritis adalah didiagnosis dengan pola gejala, sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal, x-ray dan ujian darah untuk Rheumatoid Factor, yang merupakan antibodi yang ditemui dalam darah 80% orang dewasa dengan Rheumatoid Arthritis. Pada waktu ini, ada beberapa ubat yang berkesan untuk rheumatoid arthritis. -melayukini.net-

Hukum Mengambil Gambar (Bidang Fotografi)

Posted: 06 Feb 2012 06:12 PM PST


Sejak akhir-akhir ini, ramai orang telah menceburi bidang fotografi dan menjadikannya sebagai satu pekerjaan sampingan. Bermula dengan era kamera DSLR, bidang ini dilihat mampu menjadi salah satu pekerjaan yang mampu meraih pendapatan yang tinggi. Ekoran daripada itu, ramai yang lupa bahawa setiap benda yang kita lakukan perlu mengikut syariat Islam. Di sini terdapat koleksi soal jawab mengenai hukum mengambil gambar fotografi terutamannya dalam majlis perkahwinan.



1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, "Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid" (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, "Ma haruma isti'maaluh, haruma ittikhaazuh" (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa', syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.



4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru).

Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).

Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba'een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu'man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, "Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya."

Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: "Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya." (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya. -melayukini.net-

Ngeri! Bayi Kunyah Kepala Ular Hampir Mati

Posted: 06 Feb 2012 06:06 PM PST

Seorang kanak-kanak berusia setahun sebulan yang masih tidak mengenal erti takut mengunyah kepala seekor ular sepanjang 30 sentimeter yang masuk ke dalam rumahnya di bandar Israel Utara Arab, demikian dilaporkan akhbar AFP jumaat lalu.

Ular yang malang sedang berkeadaan lunyai digigit oleh bayi

Ibu kanak-kanak lelaki itu yang terkejut menjerit sekuat hati sehingga mengejutkan jiran-jiran apabila melihat anaknya, Imad Aleeyan, yang hanya mempunyai enam batang gigi, didapati mengunyah kepala ular itu.

"Saya sedang membuat susu dan ketika masuk ke bilik, saya melihat kepala ular dalam mulutnya," kata ibunya, Ghadir Aleeyan yang tinggal di bandar Shefa Amr, 15 km timur bandar pelabuhan Haifa.

"Kami bergegas ke rumah Ghadir dan mendapati kanak-kanak itu sedang mengunyah kepala ular di dalam mulutnya. Ia benar-benar dahsyat dan menakutkan," kata ibu saudara kanak-kanak itu, Yasmin Shahin.

Seorang jiran yang tergesa-gesa datang ke rumah itu segera menarik ular yang setengah mati itu daripada mulut kanak-kanak lelaki dan membunuhnya. Kepala ular itu kelihatan cedera teruk ketika ditarik keluar. Ketika ular itu ditarik keluar, kanak-kanak itu mula menangis," tambahnya lagi.

Mereka dengan serta-merta memeriksa kanak-kanak itu untuk melihat sama ada terdapat apa-apa tanda-tanda gigitan dan segera membawa kanak-kanak itu ke hospital Rambam di Haifa .

Doktor mengesahkan kanak-kanak itu tidak mengalami apa-apa kecederaan dan tidak terkena racun ular. Doktor itu menyatakan bahawa ular itu benar-benar beracun tetapi kanak-kanak itu bernasib baik kerana ular itu biasa melepaskan racun pada musim sejuk.

Seorang pakar amfibia dan reptilia, Dr Boas Shacham,memberitahu AFP bahawa daripada gambaran imej-imej ular itu, didapati ia adalah sejenis ular syiling dalam kategori (hemorrhois nummifer), spesies bukan-berbisa yang menyerupai viper .

Ular kebiasaanya akan membesar sehingga 1.3 meter panjang dan doktor itu menyatakan bahawa ular yang digigit kanak-kanak itu adalah spesimen yang "terlalu muda".

"Ia mungkin tidak menggigit kanak-kanak itu kerana cuaca sejuk," kata Shacham yang merupakan ketua koleksi herpetologi di Universiti Hebrew Baitulmuqaddis. -melayukini.net-

Ratusan Jongkong Emas Bersepah Di Iraq Ditemui

Posted: 06 Feb 2012 06:02 PM PST

Beratus-ratus jongkong emas yang beharga lebih dari setengah billion ringgit dijumpai bersepak di negara Iraq akibat peperangan yang meletus.


Semua tau negara Islam Iraq telah diserang dan dijajah oleh Amerika Syarikat yang sehingga kini negara Iraq tidak pernah lagi kenal apa itu keamanan. Setiap hari kemusnahan dan kematian berlaku. Terkini, ratusan jongkong emas yang berharga berjuta-juta ringgit dijumpai bersepah-sepah di Iraq. Semacam sudah tidak lagi berharga, kelihatan jongkong emas itu kelihatan seperti batu bata untuk membuat binaan sahaja.







Sumber Gambar: Peribadi Informasi Malaysia Kini

Adi Putra syukur masih diterima

Posted: 06 Feb 2012 05:53 PM PST

Biarpun bukan berasal dari Malaysia, ia tidak sedikit pun menjadi penghalang buat aktor, Adi Putra mencipta nama dan meletakkan profilnya sebaris dengan pelakon Malaysia sedia ada.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan, peminat seakan lupa bahawa jejaka ini sebenarnya berasal dari Singapura dan sudah berjaya dalam industri seni di Malaysia.

Mempunyai daya penarik dan personaliti tersendiri, Adi Putra dilihat cukup selesa mencipta nama sejak mula bertapak dalam bidang lakonan sekitar tahun 2002.

Biarpun sudah mendirikan rumah tangga, nyata pelakon berkulit hitam manis ini masih mempunyai aura. Adi membuktikan status yang disandangnya tidak pernah menyekat rezekinya untuk terus bergiat aktif sebagai seorang pelakon.

Bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Adi Putra yang turut tercalon bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Drama Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular tahun 2011 kini sibuk menjalani penggambaran filem KL Gangster 2 bersama aktor tampan, Aaron Aziz.

Menurutnya, dia bersyukur kerana filem KL Gangster yang ditayangkan tahun lalu memberikan impak besar kepadanya sepanjang bergelar pelakon.

"Alhamdulillah, filem ini telah berjaya menaikkan nama saya menerusi watak Jai. Kepercayaan dan peluang yang diberikan pengarah, Syamsul Yusof untuk menjayakan filem ini memberikan ruang kepada saya untuk memberikan kelainan dalam setiap watak yang dibawa," katanya.

Melihatkan kepada penampilan barunya yang berambut perang mungkin ramai yang terkejut kerana Adi tidak pernah mewarnakan rambutnya seperti itu sebelum ini.

Ditanya kepada empunya diri mengenai perkara itu, Adi berkata, apa yang dilakukan hanyalah kerana kariernya semata-mata.

"KL Gangster 2 memerlukan saya kelihatan sebegini dan mungkin dengan penampilan ini akan menyerlahkan lagi watak Jai nanti. Saya harap ia mampu memberikan kelainan yang lebih dramatik," akuinya.

Cenderung watak romantis

Selain KL Gangster, kemunculan Adi menerusi drama bersiri romantis Tentang Dhia bersama aktres comel, Nora Danish turut meninggalkan kesan mendalam kepada peminat seni tanah air.

Menerusi watak Zikir, dia dilihat berjaya mewujudkan satu lagi fenomena baru dalam kalangan peminat wanita di negara ini.

Jauh berbeza dengan lakonan dalam KL Gangster, watak romantik dalam drama itu turut meletakkan dia sebagai salah seorang pelakon lelaki yang diminati masa kini.

Jelas Adi, dia berasa lebih serasi menjadi lelaki romantis kerana yakin watak seumpama itu mampu dijiwai dengan baik.

"Saya bersyukur kerana menerima banyak tawaran lakonan bagi menjayakan beberapa filem bertemakan romantis pada tahun ini.

"Tidak salah rasanya kalau saya katakan, saya suka membawa watak berunsur cinta. Tetapi ia tidak bermakna saya menolak untuk membawakan watak lain.

"Cuma saya cenderung melakonkan watak sebegini kerana cinta mempunyai maksud yang luas dan pelbagai," kata pencipta lagu tema Tentang Dhia yang bertajuk Dhia ini.


Hero tua?

Perkembangan industri seni semakin yang rancak turut melahirkan ramai pendatang baru dalam bidang ini dan rata-ratanya berusia di awal 20-an. Kebanjiran pelakon baru dalam industri seni bagaimanapun bukanlah halangan kepada artis senior seperti Adi menjadi pilihan pengarah serta penerbit bagi membintangi drama dan filem tempatan.

Ditanya adakah kehadiran pelakon-pelakon baru ini akan menenggelamkan pelakon lama sepertinya, Adi yang sudah mencecah usia 32 tahun berkata, dia tidak bimbang kerana ia bukanlah faktor utama pelakon sepertinya tidak mendapat perhatian.

"Saya tidak takut dipanggil hero tua kerana percaya setiap peluang dan tawaran yang diterima bersandarkan bakat yang ada dalam diri saya.

"Misalnya, aktor popular Bollywood Shah Rukh Khan masih mendapat tempat dalam industri seni di sana, walaupun sudah berumur.

"Saya akui bermula agak lewat dalam industri ini tetapi ia tidak mematahkan semangat untuk membuktikan saya mampu bertahan dan memberikan yang terbaik," katanya.

Cat Farish Dimasukan Ke ICU

Posted: 06 Feb 2012 05:47 PM PST



Baru-baru ini kami mendapat perkhabaran bahawa Cat Farish telah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) minggu lalu akibat tekanan darah tinggi dan berada wad selama beberapa hari.

Setelah beberapa hari, keadaan Cat sudah pun kembali stabil dan dibenarkan keluar dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa.

Wartawan Media Hiburan memberitahu berkesempatan bertemu Cat di AJL26 yang lalu dan ketika itu keadaannya ceria dan seronok bercerita projek terbarunya bersama 1MalaysiaTV. Semoga Cat sihat dan dapat meneruskan karier seninya.

6 Pengasuh Untuk Blue Ivy

Posted: 06 Feb 2012 05:43 PM PST



Demi memberikan kehidupan terbaik untuk anak sulung mereka, pasangan terkenal Jay-Z dan Beyonce telah mengupah sebanyak enam orang pengasuh untuk menjaga anak mereka, Blue Ivy.

Difahamkan, langkah ini diambil Beyonce bagi memberikan 'penjagaan terbaik' kepada anak kesayangan yang masih kecil.

Menurut sumber yang rapat dengan pasangan ini, selain dilimpahi dengan kemewahan dan barangan keperluan yang mahal, lampin yang dipakai Blue Ivy juga akan ditukar setiap jam bagi menjamin keselesaannya. -MH-

Lelaki Teruna Engaku Ada 14 Orang Anak

Posted: 06 Feb 2012 05:40 PM PST



AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki yang berusia 36 tahun mengaku bapa kepada 14 orang kanak-kanak meski pun tidak pernah melakukan hubungan seks.

Menurut laporan Daily Chilli, Trent Arsenault, pakar Teknologi Maklumat di San Francisco telah melakukan 'kerja-kerja amal' dengan mendermakan spermanya kepada pasangan yang tidak mempunyai anak selepas melancarkan laman web derma sperma miliknya pada tahun 2006.

Arsenault juga menjelaskan dia menggelarkan dirinya sebagai 'penderma seksual' dan sperma yang didermakan adalah 100 peratus tulen milik dirinya.

"Saya telah mencipta istilah 'penderma seksual' ini khas untuk diri saya. Malah, ia adalah 100 peratus milik saya dan dihasilkan dari 'tenaga saya sendiri' untuk diberikan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Jadi, saya tidak mempunyai perkara lain untuk dilakukan selain aktiviti sosial ini," kata Arsenault.

Selain itu, Arsenault telah mengaku dalam sebuah rancangan bual bicara, Anderson Cooper Chatshow, yang dirinya masih lagi teruna dan tidak pernah melakukan hubungan seks tetapi telah mempunyai anak seramai 14 orang hasil 'buatan' spermanya.

Di dalam rancangan itu juga, Arsenault telah dipertemukan dengan anak kandungnya, seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 23 bulan, Analise untuk pertama kalinya.

"Saya cuba untuk tidak terlalu emosi. Saya amat gembira bahawa dia sihat dan dikelilingi oleg orang-orang yang penyayang. Saya berharap dia mempunyai sifat belas kasihan seperti ibu bapanya sekarang," kata Arsenault.

Menurut media Amerika Syarikat (US), Arsenault telah diancam dengan hukuman satu tahun penjara dan denda sebanyak AS $ 100,000 (RM300, 000) pada Disember tahun lalu selepas The Food and Drug Administration (FDA) telah mendakwa dia gagal menggunakan alat pencegahan bagi mengelakkan tersebarnya penyakit serius sewaktu pemindahan sel tubuh manusia.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Tidak Adil?

Posted: 06 Feb 2012 05:38 PM PST



ALOR SETAR – Seorang bekas guru agama yang menyarai empat anggota keluarganya dekat sini, yang hidup mereka diibaratkan seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, sedih dan terkilan kerana permohonan untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gagal.

Kamaruddin Abdullah 66, yang tinggal di sebuah rumah usang di Kampung Batu 4 1/4 Jalan Sungai Korok, bersama ibunya Saadiah Saad, 83, adiknya Muhammad Sharifuddin, 59, dan anak perempuannya Solehah, 31, mengharapkan BR1M kerana mereka kini hidup hanya mendapat bantuan daripada saudara mara.

Beliau berkata permohonannya gagal kerana surat yang diterima menyatakan beliau tidak layak untuk mendapatkan BR1M.

"Kami memang sangat berharap untuk dapat BR1M kerana duit itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban kami sekeluarga, katanya yang pernah belajar dan mengajar di sebuah sekolah pondok," katanya sambil menambah bahawa beliau juga tidak pernah memohon dan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kamaruddin berkata tambah memeritkan apabila beliau dan Sharifuddin mengalami masalah pada kaki selepas terbabit dalam kemalangan yang berasingan tiga tahun lepas manakala Solehah pula menghidapi penyakit jantung berlubang dan memerlukan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) setiap bulan dan kadang-kadang lima kali sebulan.

Ketika ditemui di rumah mereka, Kamaruddin berkata selepas beliau terlibat dalam kemalangan itu, beliau tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana masalah pada kaki dan kesihatannya bertambah teruk selepas terlibat sekali lagi dalam kemalangan hujung tahun lepas.

"Mujurlah adik saya (Sharifuddin) boleh membantu keluarga dengan menyewa bendang orang bagi mencari sesuap nasi walaupun keadaannya juga tidak sempurna seperti orang lain, tetapi pendapatannya pun terjejas kerana padi sering diserang penyakit, selain bantuan daripada saudara mara", katanya

Kamaruddin berkata ibu mereka yang telah uzur, tidak mampu melakukan kerja-kerja berat di rumah dan tugas itu diambil alih oleh anaknya, Solehah tidak boleh terlalu kuat bekerja kerana penyakit jantungnya sering menyerang kalau beliau letih.

Beliau berkata setiap kali Solehah mendapatkan rawatan di Pulau Pinang, mereka terpaksa menyewa teksi dengan bayaran RM200 sehari kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri.

"Duit yang kami dapat hasil daripada zakat yang diberi oleh orang ramai akan kami simpan untuk kegunaan kos tambang dan rawatan Solehah selain menggunakannya untuk membeli keperluan dapur," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Sharifuddin di talian 019-5257479 atau melalui akaun Maybank Sharifuddin 152170046644. – BERNAMA

Tampil Ceritakan P’galaman Dirogol Bapa Sendiri

Posted: 06 Feb 2012 05:33 PM PST



London – Selepas 10 tahun menjadi mangsa perlakuan seks bapa sendiri, seorang wanita, Emma Frost, 22, akhirnya berjaya keluar dari kepompong hidup yang sukar itu dalam usaha membantu mangsa rogol yang lain di Britain.

Dia kini menjadi jurucakap untuk kempen `Sekat Rogol Sekarang' bagi menggalakkan mangsa rogol membuat laporan supaya penyerang mereka dikenakan tindakan undang-undang.

Ketika meceritakan penderitaannya, Emma berkata, dia dilayan oleh bapanya, Christopher Frost, 45, seperti seorang isteri dan selain dirogol, Emma juga terpaksa memasak dan mengemas rumah.

"Perlakuan menjijikkan itu bermula ketika saya berusia sembilan tahun.

"Saya ingat ketika kali pertama dia menyentuh saya, Selepas itu ia berlaku berulang kali sehingga beberapa tahun," katanya.

Jelas Emma, dia mengetahui perbuatan berkenaan adalah salah namun ketakutan menghalangnya untuk memaklumkan kepada orang ramai dan sejak itu dia mula ponteng sekolah dan bertindak mencederakan diri sendiri.

Selepas perangainya semakin liar, pihak sekolah tidak lagi mampu mengawalnya sehinggakan dia terpaksa dipelihara oleh ibunya pada 2001, beberapa minggu sebelum hari jadinya yang ke-12.

Ibu dan bapanya itu telah berpisah.

Emma berkata, walaupun dia didera secara seksual, namun dia tetap menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki, Graham sehinggakan Emma mengandung.

Apabila mengetahui dia mengandung, bapanya mula bimbang Emma akan meninggalkannya dan sejak itu dia mula merayu supaya anaknya itu terus menetap di rumah mereka bersama bayi berkenaan.

"Selepas melahirkan anak, saya terus tinggal di rumah itu kerana Graham sendiri tidak mempunyai tempat tinggal sendiri," katanya.

Emma kemudiannya memaklumkan kepada ibunya mengenai kejadian itu dan wanita berkenaan meminta Emma membuat laporan polis.

Pihak berkuasa kemudiannya menyiasat laporan tersebut dan Frost akhirnya ditahan.

Lelaki keji itu kini dipenjarakan seumur hidup sejak Disember lalu.-mynewshub-

Singapura Cipta Alat Ciuman Jarak Jauh

Posted: 06 Feb 2012 05:29 PM PST



Manusia telah dikurniakan akal dan fikiran yang mampu membezakan antara mereka dan haiwan.

Ada yang menggunakan akal fikiran ini dengan waras, ada yang sebaliknya.

Malah ada yang menggunakan kelebihan yang diberikan ini dengan membuat perkara yang pelik-pelik…malah ada yang tak terjangkau oleh fikiran.

Di Singapura, seorang pencipta Hooman Samani telah berjaya mereka bentuk sejenis alat untuk mencipta SUASANA BERCIUM menggunakan dua bibir tiruan yang bergerak!

Alat ini dinamakan sebagai 'Kissenger', iaitu gabungan perkataan Kiss dan Messenger.

Cara penggunaan alat ini mudah saja.

Pengguna akan mencium sejenis alat peranti pemancar yang bersaiz seperti bola lisut.

Peranti itu umpama bibir yang sangat sensitif pada sentuhan.

Untuk membolehkan alat Kissinger ini berfungsi, dua peranti alat berkenaan diperlukan bagi membolehkan proses ciuman jarak jauh itu berlaku.

Untuk itu, dua individu atau sepasang kekasih yang ingin bercium harus mencium alat tersebut pada masa yang sama atau secara serentak.




Yang 'potong stimnya' alat tersebut berbentuk muka khinzir, jadi lupakanlah hasrat anda untuk mencubanya kecuali anda sanggup melupakan seketika 'parasnya', sebaliknya berimaginasi kononnya ia bibir milik insan yang menjadi pujaan anda.

Apapun penciptaan alat ini tetap dianggap satu penciptaan yang hebat….apa kata anda, atau adakah anda juga termasuk dalam golongan yang ingin mencuba 'keberkesanannya'?

Heheheheh, tepuk dada tanya selera. – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Kepak Ayam Bahaya Untuk Wanita

Posted: 06 Feb 2012 05:26 PM PST



Secara saintifiknya, daging ayam mempunyai jumlah kolesterol yang tinggi untuk tubuh badan manusia. Tetapi, menurut Islam, daging ayam dapat memberikan banyak khasiat jika kita menjadikan daging ayam sebagai salah satu pemakanan kita.

Menurut Islam, dengan memakan daging ayam, ia dapat memudahkan sistem penghadaman serta membetulkan imbangan cecair dalam tubuh badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras.

Bagaimanapun, tahukah anda semua bahawa ayam juga dapat memudaratkan diri kita terutamanya bagi golongan perempuan?

Menurut satu kajian, ayam yang diternak pada hari ini telah disuntik dengan cecair steroid bagi mempercepatkan pertumbuhan supaya dapat memenuhi keperluan masyarakat yang menggunakan ayam dalam masakan.

Kebiasaannya, para penternak akan menyuntik cecair steroid di bahagian leher dan kepak ayam kerana di bahagian itu wujudnya kepekatan steroid yang tinggi yang sudah sedia ada.

Oleh sebab tindak balas steroid yang cepat selepas proses penyuntikan, ayam akan melalui proses tumbesaran dengan cepat dan boleh memenuhi kuantiti jualan yang banyak di pasaran.

Ramai yang diluar sana amat menggemari ayam lebih-lebih lagi di bahagian kepak kerana isinya yang lembut dan mudah untuk dikunyah.

Tetapi, pada hakikatnya, bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya kepada kesihatan seorang perempuan kerana steroid yang disuntik itu boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman atau dipanggil sista (cyst).

Apabila seseorang perempuan itu menghidapai pertumbuhan sista, sista yang terdapat di dalam tubuh badan akan menjadi semakin besar kerana dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Jika pesakit menghadapi sista, ketumbuhan itu dapat dikeluarkan melalui pembedahan, tetapi ketumbuhan sista akan kembali ada sekiranya pesakit itu mengamalkan semula tabiat memakan kepak ayam.

Malah, ia mempunyai kesan yang lebih bahaya terhadap hormon perempuan kerana steroid akan lebih bergerak aktif dalam membentuk ketumbuhan sista dalam tubuh perempuan.

Tak salah untuk kita makan ayam tetapi, eloklah dikurangkan supaya penyakit yang serius dapat dielakkan. Bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada golongan perempuan, seharusnya elok juga dielakkan untuk golongan lelaki. Ingat, mencegah lebih baik dari merawat.

Oleh: NAIMAH SHAARI
Foto : YUMNI HARUN

Starbucks Hadapi Ancaman Boikot

Posted: 06 Feb 2012 05:07 PM PST



Kemunculan kedai-kedai kopi dan kafe kaki lima 'berjenama' secara mendadak lebih sedekad lalu benar-benar mendapat sambutan di luar jangkaan apabila bilangan rangkaian kafe seumpama itu bertambah dengan kadar pesat di bandar-bandar besar seluruh negara.

Antara yang paling mendapat sambutan adalah Starbucks.

Bagaimanapun, ramai pihak yang tidak mengetahui satu perkara tentang Starbuck iaitu syarikat tersebut menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington baru-baru ini.

Seorang paderi, Steven Andrew yang juga Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) di California menggesa pengguna-pengguna Starbuck supaya memboikot syarikat minuman yang terkenal itu.

Andrew juga mendakwa penganut-penganut Kristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang dianggap telah menentang ajaran Tuhan.

"Starbucks boleh mengikut ajaran Syaitan jika mereka mahu, tetapi paderi-paderi akan membantu menyelamatkan penganut Kristian.

"Adakah anda di pihak Tuhan dan adakah anda sudi membantu AS dirahmati Tuhan?" kata Andrew.

Gesaan boikot yang dikeluarkan Selasa lalu oleh Andrew itu adalah sehari sebelum rang undang-undang tersebut dibentang di Dewan Senat Washington.

Malah, Institusi Paderi Kristian AS turut meminta penganut Kristian untuk menghentikan penyajian makanan dan minuman jenama itu di majlis-majlis dan kemudahan gereja.

Bukan sahaja Starbucks yang menyokong rang undang-undang perkahwinan sejenis itu, terdapat lebih dari 100 syarikat lain yang menyokong termasuklah Nike, Google dan Microsoft.

Jika rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Perwakilan minggu depan, Washington akan menjadi negeri ketujuh di AS yang mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Jerat Cinta Adira

Posted: 06 Feb 2012 05:01 PM PST



MENGIMBAS kembali beberapa bulan terkebelakang, kisah percintaan bekas juara Akademi Fantasia 7, Hafiz, dan salah seorang finalis Akademi Fantasia 8, Adira menyusup sayup perlahan ke telinga ramai.

Sehingga sampai satu masa isu Hafiz bertumbuk dengan seorang pengkid kecoh disebut-sebut dan kemudiannya pasangan Hafiz dan Adira akhirnya berpisah.

Timbul spekulasi ada individu ketiga dalam hubungan cinta Hafiz-Adira yang didakwa seorang pengkid sekali gus menjadikan punca perpisahan.

Kesal dan terkilan dengan kisah yang dijaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, Adira menegaskan perkara itu merepek dan buang masa.

"Rasanya isu ini nothing! Saya tak tahu orang dengki atau apa tapi setiap individu ada pendapat masing-masing.

"Saya berkawan dengan semua orang dan bagi saya perkara utama adalah kita sendiri tahu batasan dalam berkawan.

"Siapa yang cakap saya tak lurus itu melampau! Saya masih straight! (meminati kaum lelaki). Saya mahu lupakan perkara itu dan fokus kepada perjalanan karier saya yang masih jauh lagi," kata Adira ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Siti Adira Suhaimi, 21, hubungan antara dia, Hafiz dan pengkid yang bernama Zack itu sekarang kembali seperti sediakala.

"Saya tak nak ungkit benda lepas, perkara itu pun sudah selesai. Pasal pergaduhan itu tiada kaitan dengan saya. Mungkin mereka ada perselisihan faham sesama mereka.

"Buat masa sekarang tak ada masalah antara kami bertiga dan perkenalan saya dengan Zack cuma atas dasar kerja.

"Lagipun dia floor manager kepada banyak program yang saya dan Hafiz sertai. Berjumpa pun cuma ketika di set. Adalah tidak adil untuk menghukum saya atas sebab yang tidak munasabah," tegas Adira yang mahu isu itu tidak dibicarakan lagi.

Hafiz

Baru dinobatkan sebagai juara untuk anugerah muzik yang paling berprestij negara, Anugerah Juara Lagu, Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 20, mungkin membuka peluang kedua untuk menyulam cinta kembali bersama Adira.

Biar sebelum ini mereka menoktahkan perjalanan kasih dan sayang demi mengejar karier masing-masing, mungkin setelah kemenangan itu. Adira merasakan ada peluang yang lebih cerah untuk bersama.

"Kalau nak cakap pasal peluang, ada jodoh, adalah. Banyak yang belum dicapai dan sejujurnya kami masih mahu berusaha dengan lebih keras.

"Sebenarnya macam-macam boleh jadi, kalau ditakdirkan jodoh saya dengan orang lain, apa boleh buat?" ujarnya yang kini sudah mengenali keluarga masing-masing.

Sepanjang mengenali Hafiz sebagai seorang kekasih lebih setengah tahun, Adira menyifatkan jejaka itu seorang yang sangat baik, saling bersefahaman dan bukan insan panas baran.

Malah sehingga kini, Adira dan Hafiz masih berkawan cuma sedikit terbatas hanya atas dasar kerja.

"Tak ada apa yang berubah, kami masih rapat dan kami berhubungan atas dasar kerja. Setakat ini semua berjalan dengan lancar," noktah diletakkan mengenai hubungan cintanya.

Penangan Ombak Rindu


Sebagaimana sambutan peminat terhadap keunggulan naskhah filem Ombak Rindu, begitu jua tempias yang terkena kepada pelantun lagu runut bunyi filem itu, Hafiz mahupun Adira sendiri.

ADIRA enggan dikaitkan lagi dengan cerita dia bercinta sesama jenis.



"Ramai peminat saya apabila berjumpa panggil saya Adira Ombak Rindu, sama macam Hafiz. Kadangkala kalau jumpa di luar pun mereka suruh saya nyanyikan lagu itu," cerita gadis berketurunan Dusun itu.

Baginya, kekuatan dan keunikan lagu Ombak Rindu yang membuai-buai seperti mana filemnya merupakan rezeki baginya.

"Alhamdulillah, lagu Ombak Rindu merupakan rezeki bagi saya, apabila lagu itu keluar, ramai yang suka dan sering mendapat respons positif," katanya yang mula merakam lagu itu pada bulan Januari tahun lalu.

Selesa digandingkan dengan Hafiz, Adira mengakui bekas kekasihnya itu seorang penghibur berbakat dan mempunyai teknik nyanyian serta penghayatan yang terbaik.

Malah, Adira tidak menolak jika diberikan peluang untuk berduet sekali lagi.

Sakura single ketiga

Sakura, predikat yang amat sinonim dengan negara matahari terbit iaitu Jepun, begitu juga ciri-ciri utama dalam lagu ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Omar K itu.

Single ketiga Adira selepas Ilusi dan Ku Ada Kamu benar-benar mencirikan gubahan muzik berasaskan petikan peralatan muzik Jepun, koto.

"Lagu balada ini unik dari segi susunan muziknya. Berbeza daripada single pertama dan kedua, Sakura menceritakan sebuah kisah sedih mengenai seorang insan yang mendakwa kekasihnya yang sebenarnya mati itu curang kepadanya," singkap si gadis manis yang sekali sekala melatah apabila diusik itu.

Sakura yang dikeluarkan pada bulan Januari lalu dihidangkan bersama klip videonya yang berpakaian kimono.

Sementara itu, Adira juga kini sedang dalam proses mengumpul material untuk album pertamanya. Konsep album danjumlah lagu termuat masih dalam peringkat perbincangan. -kosmo-

Cabaran Chef Cilik Vanida

Posted: 06 Feb 2012 04:58 PM PST

BERGABUNG TENAGA. Dari kiri: Vanida Imran bersama Chef Andri Abdul Hadi (tengah) dan pakar nutrisi dari Danone Dumex (M) Sdn. Bhd. Nor Azah Mohd. Sidi menunjukkan jus buah-buahan yang menggunakan susu Dumex pada majlis pelancaran rancangan Chef Cilik di restoran The Bee, Solari Dutamas, Publica, Petaling Jaya pada minggu lalu.



SELEPAS meninggalkan program Nona, aktres terkenal Vanida Imran kembali ke lapangan pengacaraan. Kali ini, Vanida menjadi pengacara untuk program masakan keluarga Dumex Chef Cilik Komplete Nutri yang akan mula bersiaran pada 13 Februari depan.

Meskipun program Nona dan Chef Cilik merupakan program yang berbeza, namun menurut isteri kepada aktor Rashidi Ishak itu, kedua-dua program itu memberi satu pengalaman baharu kepadanya.

"Saya sangat seronok mengacarakan program Chef Cilik, ia sangat berbeza dengan Nona kerana program ini melibatkan kanak-kanak dan juga ibu bapa mereka.

"Kalau untuk Nona saya kena kawal diri dan nada suara juga dijaga tetapi dalam program ini, adakalanya saya harus menjerit kerana ia sebuah pertandingan masakan," katanya yang memotong rambut sebaik sahaja menamatkan tugas bersama Nona.

Vanida yang juga duta kepada produk Dumex memberitahu, cabaran utama yang harus ditanganinya dan juga pihak produksi adalah kanak-kanak.

Katanya bukan mudah untuk mengawal kanak-kanak yang berusia enam hingga 11 tahun ketika rakaman program dijalankan selama dua minggu.

"Biasalah kanak-kanak, mereka cepat bosan dan tidak boleh duduk diam. Sebab itu setiap kali rakaman, harus dilakukan dengan cepat jika tidak ada yang mata mula kuyu dan mula mengusik semua benda di sekeliling mereka.

"Ada masanya saya layan dan marah mereka seperti anak sendiri untuk memastikan mereka kekalkan mood untuk memasak," balasnya.

Uniknya ujar Vanida, daripada 27 pasukan yang berentap, kebanyakan kanak-kanak yang terlibat adalah kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

"Siapa kata kanak-kanak lelaki tidak boleh memasak kerana kebanyakan mereka yang menyertai program ini adalah lelaki, saya sendiri terkejut," ungkapnya.

Bercerita lanjut mengenai program Chef Cilik, Ketua Kandungan Jenama, Jualan Media Astro, Haris Ismail berkata, peserta program sebanyak 13 episod itu dipilih berdasarkan uji bakat yang dijalankan secara tertutup oleh pihak produksi.

Apabila ditanya, mungkinkah program ini diwujudkan kerana populariti program Junior Masterchef yang turut ditayangkan di Astro, kata Haris, Chef Cilik merupakan program yang berbeza sama sekali.

"Memang kedua-duanya program masakan tetapi, Chef Cilik menggabungkan tenaga, ibu, bapa atau abang bersama seorang kanak-kanak yang akan melalui cabaran menerusi empat segmen.

"Malah, selain sebuah pertandingan masakan, program ini amat menitikberatkan kandungan nutrisi yang terkandung dalam masakan mereka, secara tidak langsung ia dapat mendidik ibu bapa di rumah untuk memasak secara sihat buat anak-anak mereka," ujar Haris.

Masakan peserta akan dinilai oleh panel hakim yang terdiri daripada Chef Andri, pakar pemakanan Dumex, Nor'azah Mohd. Sidi dan tetamu selebriti seperti Dynas Mokhtar, Ako Mustapha dan Maria Farida.

Pemenang akan membawa pulang wang tunai RM20,000, kedua RM 15,000, manakala tempat ketiga RM10,000. Program Chef Cilik akan bersiaran setiap Isnin, pada pukul 10 malam di Astro Ria. -kosmo-

Anupama Verma rugi RM1.7 juta

Posted: 06 Feb 2012 04:57 PM PST


 ANUPAMA VERMA



AKTRES Anupama Verma memberitahu dia kerugian sebanyak Rs17 lakh (RM1.7 juta) selepas duitnya dilesapkan oleh dua orang kakitangan bank ICICI di India.

Bagaimanapun dua orang kakitangan tersebut kini telah diberkas polis.

Menceritakan kejadian tersebut, Anupama memberitahu, selepas menyimpan wang di dalam akaunnya pada Jun tahun lalu, dia kemudian keluar dari India dan tidak pernah memeriksa akaunnya itu.

Namun dia terkejut apabila menyedari duit simpananya sudah lesap selepas cek yang mahu diberikan kepada seseorang didapati adalah cek tendang.

"Saya ada memberi cek dalam jumlah yang agak banyak kepada seseorang namun cek tersebut didapati cek tendang dan ia terjadi sebanyak dua kali.

"Saya terkejut sebelum membuat laporan kepada pihak bank dan selepas disiasat, duit simpanan saya sudah kosong!,"ujarnya.

Kes tersebut kini masih berjalan dan tindakan akan diambil oleh pihak polis terhadap dua kakitangan bank ICICI yang terlibat melesapkan kesemua duit simpanan aktres tersebut. -kosmo-

No comments: