Friday 3 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Selena Gomez Akui Beruntung Berasmara Bersama Justin Bieber

Posted: 01 Feb 2012 11:26 PM PST


Selena Gomez menunjukkan sisi yang lebih dewasa di majalah Cosmopolitan edisi Mac 2012. Ia mendedahkan perasaannya soal hubungan asmara yang ia jalani dengan Justin Bieber. Selena mengaku bersyukur mempunyai kekasih seperti Justin.


http://www.wowkeren.com/images/news/120202-selena-gomez-di-majalah-cosmpolitan-02.jpg

"Aku seperti gadis 19 tahun kebanyakan," tutur Selena dalam wawancaranya. "Apabila anda jatuh cinta, kamu akan memberikannya sepenuh hati dan hanya ingin nonton filem atau jalan-jalan. Senormal mungkin yang aku boleh. Aku merasa beruntung mencari seseorang yang mempunyai pandangan seperti itu juga."


http://www.wowkeren.com/images/news/120202-selena-gomez-di-majalah-cosmpolitan-01.jpg

Selena membandingkan kisah asmaranya tersebut dengan bekas kekasihnya dulu. Ia mengaku, saat itu merasa telah membuang masa. Penyanyi "Hit the Lights" ini merasa pengorbanannya itu tidak setanding dengan hubungan yang didapati.

http://www.wowkeren.com/images/news/120202-selena-gomez-di-majalah-cosmpolitan-03.jpg

"Aku pernah mempunyai hubungan yang harus kusembunyikan dan itu bukan pilihanku. Aku harus keluar dari pintu yang berbeza menaiki kereta berasingan dan hal gila yang lain," lanjut Selena. "Aku merasa saat itu sudah mensia-siakan hidupku."

sumber : wowkeren

Video Thor Selamatkan Captain America Di Dalam Filem 'The Avengers'

Posted: 01 Feb 2012 10:57 PM PST



Baru-baru ini video terbaru petikan kisah superhero "The Avengers" tersebar. Video tersebut memaparkan perjuangan beberapa superhero untuk menyelamatkan bumi, di antaranya adalah Thor (Chris Hemsworth), Captain America (Chris Evans), Hulk (Mark Ruffalo) dan Black Widow (Scarlett Johansson).

Namun petikan tersebut lebih banyak menunjukkan aksi Thor sebagai penyelamat. Diceritakan saat itu musuh baru memporak-perandakan bumi. Captain America yang berusaha melawan tak dapat mengatasinya. Akhirnya Thor datang menyelamatkan dengan palu sakti miliknya.

Sekadar maklumat, "The Avengers" menceritakan tentang aksi tujuh pahlawan super untuk mnyelamatkan Bumi. Ketujuh pahlawan itu adalah Thor, Captain America, Hulk, Black Widow, Iron Man (Robert Downey Jr.), Hawkeye (Jeremy Renner) dan Nick Fury (Samuel L. Jackson). Dikisahkan keselamatan global terancam dengan hadirnya kekuatan jahat terhebat yang belum pernah ada.

Film arahan pengarah Joss Whedon ini diterbitkan Kevin Feige dan Alicia gelernt. Sedangkan naskahnya ditulis oleh Zak Penn. Para pelakon lain dalam filem tersebut antara lain Tom Hiddleston (Loki), Clark Gregg (Phil Coulson), Cobie Smulders (Maria Hill) dan Lou Ferrigno (pengisi suara Hulk). "The Avengers" boleh disaksikan di pawagam mulai Mei akan datang.


Semak videonya berikut:




Zizan dan Ahmad Idham Perjelaskan Hubungan Dingin

Posted: 01 Feb 2012 08:13 PM PST



Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyangkal dakwaan dia berkecil hati dengan pelakon dan pengacara Zizan Razak kerana menolak tawaran membintangi teater muzikal Mael Lambong yang dijadualkan berlangsung pada Mac depan di Istana Budaya (IB).

Ahmad Idham berkata sebagai individu yang mengenali Zizan sebelum pelawak itu menyertai bidang seni lagi, dia berasa terkejut kerana penolakan tersebut tidak disampaikan secara terus oleh Zizan tetapi menerusi pihak pengurusannya.

"Sebagai pengarah profesional, tidak timbul isu saya berkecil hati atau marah dengan keputusan Zizan yang enggan menerima pelawaan saya untuk teater Mael Lambong yang dirancang pada hujung tahun lalu.

"Itu adalah hak dia cuma dia menolak tawaran tersebut pada saat-saat akhir selepas memberi persetujuan secara lisan ketika perbincangan diadakan sebelum ini.

"Itu pun, bukan datang daripada mulutnya sendiri tetapi menerusi pihak pengurusan," katanya yang ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Besar Kepala

Enggan merumitkan keadaan, Ahmad Idham berkata apa yang lebih membimbangkannya jika Zizan sudah berubah sikap seperti yang didakwa segelintir pihak kerana ia boleh menjejaskan kerjayanya seperti sebelum ini.

"Dia pernah didakwa berlagak, besar kepala dan tiada komitmen dalam kerja sebelum ini sehingga menyebabkan kerjayanya terumbang-ambing seketika.

"Mujurlah selepas dia bekerjasama dengan saya dalam filem Hantu Bonceng, populariti dan namanya kembali meningkat pada tahap dia berada sekarang.

"Saya sayangkan dia seperti seorang adik. Saya bimbang jika kesilapan pihak pengurusannya membuat keputusan dan percaturan jadual seni Zizan akan membawa dia ke ambang kejatuhan semula," katanya dalam nada kesal.

Apabila ditanya adakah susulan penolakan Zizan itu memaksa pihaknya menggantikan teater muzikal itu kepada Gerimis Mengundang pada saat-saat akhir, Ahmad Idham berkata ia tiada kaitan kerana pementasan teater Mael Lambong hanya dirancang secara lisan tanpa ada hitam dan putih.

"Slot untuk pementasan teater muzikal di IB pada Mac depan memang sudah disediakan untuk kami. Namun, tiada pengesahan dan hitam putih bahawa kami akan mementaskan Mael Lambong di sana.

"Tidak timbul isu pementasan Gerimis Mengundang adalah sebagai ganti selepas Zizan enggan menyertai Mael Lambong," katanya.


Zizan Razak

Tidak Berubah Sikap - Zizan

Sementara itu, pengacara program Raja Lawak itu pula berkata keengganannya untuk menyertai pementasan muzikal berkenaan tiada kena-mengena dengan dakwaan dia sudah berubah sikap dan besar kepala.

"Saya menolak pelawaan tersebut kerana tidak boleh memberikan komitmen pada tarikh yang dirancang itu. Daripada saya paksa diri untuk bersetuju tetapi akhirnya tidak dapat beri komitmen, lebih baik saya tolak daripada awal.

"Adalah tidak adil untuk menuduh saya sudah berubah sikap hanya kerana saya menolak tawaran projek itu," luahnya.

Zizan berkata penolakan tawaran tersebut tidak dilakukannya secara terus kerana dia sudah menyerahkan segala urusan kerja kepada pihak pengurusan.

"Saya tidak pernah memberikan persetujuan dan tiada hitam dan putih dalam perjanjian itu. Ia hanya perancangan secara lisan semata-mata.

"Apabila membabitkan urusan kerja, saya lebih selesa serahkan ia pada pengurusan kerana saya membayar mereka untuk mengawal selia jadual seni saya," luahnya.

Menjawab dakwaan hubungan mereka menjadi dingin selepas insiden tersebut, Zizan berkata berdasarkan pengamatannya perkara itu tidak berlaku kerana mereka masih berbual mesra apabila bertemu khususnya pada pentas Raja Lawak musim keenam yang kini berlangsung pada setiap malam Jumaat di Pusat Penyinaran Asia (Astro).

"Saya tidak tahu pula kalau ada orang kata kami sedang berperang dingin. Apa yang saya lihat Idham bersikap seperti biasa setiap kali kami bertemu. Mungkin itu hanya dakwaan kosong," katanya.

Selain Hantu Bonceng, Zizan akan muncul dalam dua lagi filem arahan Ahmad Idham iaitu Jangan Pandang-Pandang dan Mael Lambong. -mstar-

Masalah Cinta, Yana Samsudin Tegur Pierre Andre

Posted: 01 Feb 2012 08:06 PM PST



Pelakon Liyana Samsudin berharap pengarah filem Pierre Andre tidak menganggap masalah cinta yang dihadapinya dengan seorang kerabat diraja Terengganu bukannya satu pembalasan Tuhan.

Liyana atau mesra dengan disapa Yana berkata, Pierre tidak seharusnya bersikap begitu kerana setiap yang berlaku adalah ujian daripada Allah.

"Kita bukan Tuhan untuk menilai nasib manusia tetapi tidak wajar untuk Pierre menyalahkan dirinya dengan masalah cinta yang melanda dia buat masa ini. Apa yang berlaku itu mungkin ada hikmahnya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Pieere dalam sebuah portal hiburan mendakwa masalah cinta yang berlaku di antara dia dengan seorang kerabat diraja Terengganu pada ketika ini mungkin satu balasan Tuhan selepas dia memutuskan hubungan cintanya degan Yana suatu ketika dahulu.

Pierre turut mendakwa, kerabat diraja Terengganu yang dikenalinya sejak empat tahun lalu itu mungkin sudah tawar hati terhadapnya apabila enggan menjawab panggilan telefon serta membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas bekerja di Singapura.

Ujar Yana, keretakan hubungannya dengan Pierre suatu ketika dahulu mungkin kerana tiada jodoh tetapi mereka tidak pernah bermusuh sebaliknya dia sentiasa mendoakan pelakon itu berada dalam keadaan baik serta bertemu jodoh dengan wanita yang sesuai.


Pierre Andre.

"Kami sama-sama muda dan mempunyai impian yang ingin dikejar. Kami berpisah tanpa sebarang konflik malah saya masih baik dengan Pierre dan ibunya (pelakon Khatijah Tan)," katanya.

Bagaimanapun kata Yana, pada peringkat awal mereka memutuskan ikatan percintaan, dia sedikit bingung dengan kejadian tersebut kerana berasa kehilangan orang yang benar-benar rapat dalam hidupnya.

"Saya tidak mempunyai sesiapa selain Pierre dan dia adalah lelaki paling rapat dengan saya. Malah saya terlalu bergantung kepadanya tetapi keputusan untuk membawa haluan masing-masing telah mengajar saya erti berdikari," ujarnya.

Yana yang mahu masalah cinta Pierre tersebut tidak mengganggu emosinya berharap bekas kekasihnya itu bertambah kuat menghadapi ujian tersebut dan tidak menyalahkan sesiapa.

Sementara itu, ditanya adakah kemungkinan dia akan bercinta kembali dengan Pierre, Yana memberitahu perkara itu tidak mungkin berlaku.

Katanya, dia ingin menumpukan perhatian terhadap kerjayanya yang sedang berkembang dan tidak mahu memikirkan mengenai soal lelaki buat masa ini.

"Bukan sahaja Pierre, mana-mana lelaki juga tidak akan menjadi pertimbangan dalam diri saya buat masa ini kerana saya ingin menumpukan perhatian terhadap kerjaya," ujarnya.

Jamal Tolak Khabar Angin Nikah Waktu Terdekat

Posted: 01 Feb 2012 08:01 PM PST



Penyanyi popular Jamal Abdillah mengakui tidak terdesak untuk berkahwin lagi dalam masa terdekat selepas hampir lima tahun menduda.

Jamal, 53, berkata pada waktu ini dia berasa selesa menjalani kehidupan secara bersendirian tanpa isteri atau kekasih kerana sentiasa ditemani oleh dua anak lelakinya Osama Yamani, 11, dan Ahmad Zaki Yamani yang berusia enam tahun.

"Saya belum terfikir untuk mencari teman hidup atau isteri buat masa ini. Alhamdulillah, saya selesa bersendirian di samping dua anak saya," katanya yang ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai dakwaan kononnya dia kini berkawan dengan seseorang, Jamal menolak khabar angin itu sambil menegaskan dia sibuk menumpukan perhatian pada kerjaya dan dua anaknya sahaja.

"Dakwaan itu tidak betul kerana saya masih sendiri sehingga hari ini. Saya belum bersedia untuk mencari pengganti.

"Saya sibuk dengan pelbagai tanggungjawab dan kerjaya seni dan tiada masa untuk bercinta," katanya.

Jamal pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali iaitu bersama Basariah Abdul Latiff, Nor Aina Yusuf dan Fatimatuzahra Samad.

Penyanyi berpengalaman hampir 33 tahun dalam seni suara ini bercerai dengan Fatimatuzahra Samad pada 15 Mei 2007 dan dikurniakan anak lelaki Ahmad Zaki Yamani.

Anak sulungnya Osama Yamani pula adalah daripada perkahwinan keduanya.

Terbaru, penyanyi yang sedang popular dengan lagu Aku Maafkan Kamu (menampilkan Malique) ini bakal terlibat dalam majlis makan malam amal Mutiara Kasih anjuran SNZ Event Management dan A&A World Vacation.

Ia bakal berlangsung pada 12 Februari depan pukul 8 malam di JB Expo, The Regency Hotel, Johor Bahru, Johor. -mstar-

Chomel Fana Tidak Bercinta Dengan Bos Di KRU

Posted: 01 Feb 2012 08:00 PM PST

Chomel Fana selesa dengan status solo demi perkembangan kerjaya seninya.


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Chomel Fana mengakui tidak lagi menjalinkan hubungan istimewa dengan Naib Presiden Produksi KRU Media, Russell Mark Rodrigues seperti yang pernah didakwa sebelum ini.

Chomel atau nama sebenarnya Noorhanis Farhana Shaharuddin, 26, bagaimanapun berkata hubungan yang bersemi selama empat bulan itu hanya sebagai teman rapat.

Hakikatnya dia menghormati lelaki kacukan Australia-Portugis itu sebagai ketua di bahagian penerbitan program yang di acarakannya iaitu Carta Blockbuster di KRU TV.

"Kami memang pernah akrab sebelum ini selama kira-kira empat bulan. Bagaimanapun, saya menganggap hubungan itu sebagai teman rapat dan tidak sampai ke tahap bercinta seperti yang didakwa.

"Secara kebetulan pula dia adalah ketua bahagian produksi program yang saya hoskan iaitu Carta Blockbuster di KRU TV, sebab itu kami rapat," katanya kepada mStar Online.

Chomel dan Russell pernah intim selama empat bulan
Ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya dia bernaung di bawah KRU Music kerana hubungan itu, Chomel berkata dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana dia terlebih dahulu disunting oleh KRU sebelum Russell menyertai syarikat berkenaan.

"Kalau ada yang mendakwa saya dibawa masuk ke KRU kerana kronisme maka dakwaan itu adalah tidak tepat," katanya.

Mengakui dia kini selesa bergerak solo, Chomel berkata keutamaannya kini adalah untuk mengembangkan kerjaya seni, selain memantapkan lagi namanya di persada hiburan tanah air.

"Lebih selesa solo dan tiada teman istimewa kerana saya boleh fokus pada kerjaya yang sedang berkembang.

"Saya juga sudah menceburi bidang nyanyian menerusi lagu 'single' berjudul BFF ciptaan Edry Abdul Halim dan mahu mempromosikan lagu itu secara meluas," katanya. -mstar-

Jennifer Lopez Menangis Rindukan Anak

Posted: 01 Feb 2012 07:57 PM PST



JIKA sebelum ini Jennifer Lopez kelihatan ceria, dia baru-baru ini dilihat sedang menangis ketika bercakap menerusi telefon miliknya.

Dailymail melaporkan ketika kejadian kekasih Casper Smart ini sedang duduk di balkoni hotel penginapannya di Miami dan menitiskan air mata ketika asyik berbual melalui telefon.

Menyedari kelibatnya sedang diperhatikan oleh paparazi, dia segera bangun dan masuk ke dalam bilik hotelnya.

Namun tanda tanya mengenai kejadian itu terjawab apabila penyanyi lagu Love Don't Cost A Thing tersebut menjelaskan dia menangis kerana sedang berbual dengan anak perempuannya, Emme.

Jennifer yang ditemu bual dalam program The Today Show berkata, dia begitu rindukan anaknya yang berusia tiga tahun.

"Sudah beberapa hari saya tidak bertemu dengannya membuatkan air mata menitis ketika bercakap dengannya," ujar bekas isteri penyanyi Marc Anthony itu. -mstar-

Miley Cyrus Cedera Tulang Belakang

Posted: 01 Feb 2012 07:47 PM PST



LONDON: Penyanyi dan pelakon Miley Cyrus mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang badannya selepas membuat percubaan untuk melakukan lipatan ke hadapan dalam rutin gimnastik.

Laman web contactmusic.com. melaporkan, penyanyi berusia 19 tahun itu mendapat kecederaan tersebut apabila pergerakan untuk melipatkan badannya ke arah hadapan telah menyebabkan keretakan pada tulang tongkeng.

"Tulang tongkeng saya retak ketika melakukan rutin gimnastik melipatkan badan ke hadapan di atas sofa.

"Kesakitan ini sama seperti anda tersandung pada bantal dan patah tangan. Hanya saya merasainya," kata penyanyi itu di akaun Twitternya. - IANS

Video Payudara Hwayoung T-ara Terkeluar Semasa Menari

Posted: 01 Feb 2012 07:29 PM PST


Video ini memaparkan saat payudara Hwayoung T-ara terlihat semasa menari di pentas bagi mempromosikan lagu terbaru mereka 'Lovey Dovey'.

Jom kita saksikan!!!

PANAS! Payudara Hwayoung T-ara terkeluar semasa di pentas

Posted: 01 Feb 2012 07:05 PM PST




KUMPULAN T-ara yang dianggotai Hwayoung telah memenangi anugerah buat kali ketiga dalam program Inkigayo, namun pada episod ke-29 program itu baru-baru ini satu kesilapan besar telah berlaku.

Ketika melakukan persembahan secara langsung dengan mendendangkan lagu Lovey Dovey di pentas, Hwayoung secara tidak sengaja telah mendedahkan payudaranya ketika membuat tarian solonya.


Namun para peminatmenyalahkan pereka kostum Hwayoung kerana perkara itu terjadi disebabkan kesilapan kostum itu.

Bagaimanapun, agensi kumpulan T-ara, Core Contents Media belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut. -kosmo-

Bangunan gergasi AS terdapat kecacatan

Posted: 01 Feb 2012 06:50 PM PST

GAMBAR menunjukkan bangunan One World Trade Centre yang sedang dalam pembinaan di New York pada Isnin lalu. - AFP

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Agensi yang membina bangunan One World Trade Centre bagi menggantikan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) yang runtuh akibat serangan pengganas pada 11 September 2001 di sini menyatakan kelemahan dalam reka bentuk bangunan menyebabkan pihaknya terpaksa menampung kos tambahan berjumlah ratusan juta dolar, lapor agensi berita AP.

Pada Isnin lalu, akhbar Wall Street Journal melaporkan kos pembinaan bangunan One World Trade Center kini mencecah AS$3.8 (RM11.5 bilion), AS$700 juta (RM2.1 bilion) lebih tinggi berbanding anggaran asal pada 2008.

Agensi yang membina pencakar langit baharu berkenaan, Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey kelmarin memberitahu, dek pemunggahan barang di bawah One World Trade Center tidak dapat disiapkan mengikut jadual bagi membolehkan penyewa memindahkan peralatan mereka ke dalam menara setinggi 104 tingkat itu dan setinggi 541 meter.

Masalah itu berpunca daripada stesen sementara yang dibina untuk laluan bawah tanah Pihak Berkuasa Pelabuhan Trans Hudson.

Stesen sementara itu tidak dapat dirobohkan bagi membina dek pemunggahan itu sehingga stesen tetap Pihak Berkuasa Pelabuhan Trans Hudson siap dibina.

Namun, menurut Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, pihaknya yakin dapat menyiapkan One World Trade menjelang 2013.

Bangunan berkembar WTC runtuh selepas dua pesawat yang dirampas pengganas merempuh bangunan berkenaan sehingga mengakibatkan lebih 3,000 orang mati. - Agensi

Mitt Romney kini kian hampir tentang Obama

Posted: 01 Feb 2012 06:26 PM PST



TAMPA, Amerika Syarikat (AS) - Mitt Romney semakin hampir mewakili Parti Republikan dalam pilihan raya Presiden hujung tahun ini selepas beliau menewaskan pencabar terdekatnya, Newt Gingrich dalam pengundian parti berkenaan di negeri Florida.

Kemenangan itu sekali gus menjadikan Romney yang merupakan seorang jutawan hampir menjadi calon Parti Republikan untuk menentang Presiden AS, Barack Obama dalam pilihan raya Presiden pada November depan.

Penggundian empat penjuru kelmarin menyaksikan Romney memperoleh 46 peratus undi berbanding 32 peratus undi Gingrich.

Dua lagi pesaing iaitu bekas Senator negeri Pennsylvania Rick Santorum dan ahli Kongres Texas, Ron Paul masing-masing memperoleh 13 peratus dan 7 peratus undi.

Dengan kemenangan tersebut, Romney memperoleh semula momentum politiknya selepas tewas kepada Gingrich dalam pengundian di negeri Carolina Selatan pada 21 Januari lalu.

Gingrich yang merupakan bekas Speaker Dewan Perwakilan bagaimanapun berikrar untuk meneruskan perjuangannya dalam menentang Romney.- Agensi

Facebook jual saham

Posted: 01 Feb 2012 06:24 PM PST



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Lapan tahun selepas penubuhannya, gergasi rangkaian sosial Facebook bakal mengemukakan permohonan tawaran awam bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka.

Menurut laporan media tempatan, Facebook yang mempunyai lebih 800 juta pengguna dijadualkan mengemukakan prospektus untuk tawaran awam awal (IPO) kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS seawal pagi semalam.

Berita berhubung permohonan IPO oleh Facebook didedahkan akhbar Wall Street Journal pada minggu lalu, lapor agensi berita AFP.

Menurut akhbar berkenaan, syarikat berpangkalan di Palo Alto, negeri California itu merancang mengumpulkan sebanyak AS$10 bilion (RM30.4 bilion).

Namun, sasaran AS$10 bilion itu dikurangkan kepada hampir separuh dalam beberapa laporan baharu yang disiarkan kelmarin dalam akhbar The New York Times dan International Financing Review.

Namun, Facebook yang diterajui bilionair muda, Mark Zuckerberg tidak mendedahkan bilangan saham atau senarai harga tawaran awam tersebut. - Agensi

Puak asli aneh berkeliaran di tebing sungai di tenggara Peru

Posted: 01 Feb 2012 06:21 PM PST


 GELAGAT beberapa orang asli Mashco-Piro yang berada di tebing sungai Madre de Dios, di tenggara Peru dirakamkan menerusi teleskop oleh seorang pengembara Sepanyol, Diego Cortijo pada 16 November tahun lalu tetapi didedahkan Survival International kelmarin.



LIMA - Pihak berkuasa Peru menyatakan, mereka sukar membendung orang luar daripada mendekati satu kumpulan suku kaum pribumi hutan Amazon di Amerika Latin yang mula berkeliaran di tepi tebing sungai selepas mereka terasing daripada peradaban manusia.

Puak itu dikenali sebagai Mashco-Piro, kumpulan kecil orang asli berkenaan mula berkeliaran di tebing sungai sebuah hutan yang popular dalam kalangan pelancong sejak tahun lalu.

Tingkah laku mereka mengelirukan ramai saintis.

Adalah dipercayai bahawa kemunculan suku Mashco-Piro itu adalah disebabkan pencerobohan hutan oleh pembalak serta bunyi bising pesawat yang terbang rendah dari kawasan eksplorasi minyak dan gas asli di sekitarnya.

Setakat ini, suku kaum Mashco-Piro dipersalahkan berhubung kejadian serangan anak panah terhadap orang ramai yang berada di tebing sungai berkenaan di negeri Madre de Dios, tenggara Peru apabila puak berkenaan muncul buat pertama kali pada Mei tahun lalu.

Pada bulan berikutnya, sebilah anak panah menusuk jantung seorang penduduk pribumi tempatan, Nicolas "Shaco" Flores yang sudah lama menjalin hubungan baik dengan suku kaum Mashco-Piro.

"Kini sukar buat kami untuk mengetahui punca suku kaum Mashco-Piro keluar dari rimba kerana satu-satunya individu yang dapat bertutur dengan mereka sudah mati," kata seorang pakar arkeologi Sepanyol, Diego Cortijo.

Pada Selasa lalu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Survival International menyiarkan gambar-gambar orang asli Mashco-Piro berkeliaran di tebing sungai tersebut.

Sehingga kini dipercayai terdapat beberapa ratus orang asli Mashco-Piro hidup di hutan Taman Negara Manu di Peru. - Agensi

Jutawan bola sepak negara

Posted: 01 Feb 2012 06:00 PM PST



JAKARTA – Masa depan penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bersama kelab Pelita Jaya FC terjawab semalam.Seperti dijangka, pemain kelahiran Kajang, Selangor itu secara rasmi menyambung kontrak selama dua tahun lagi dengan kelab tersebut.

Kontrak dua tahun itu menawarkan pakej bernilai lebih RM2 juta termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten Pelita Jaya FC.

Nilai kontrak baharu itu bertambah sekali ganda berbanding kontraknya sebelum ini yang berakhir kelmarin (31 Januari 2012).

Pengumuman mengenai lanjutan kontrak Safee dibuat oleh Pelita Jaya FC di Jakarta semalam pada majlis yang turut dihadiri Pengurus Besar Pasukan, Iwan Budianto, Pengurus Pasukan, Lalu Mara dan Safee sendiri.

Pengurus Safee, Zakaria Rahim berkata, dalam kontrak baharu itu, Safee juga akan menerima pakej tambahan image rights di mana pihak kelab akan mengusahakan untuk Safee mendapat commercial endorsement bagi pelbagai produk di seluruh Indonesia daripada syarikat-syarikat yang memerlukan imej Safee bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran.

Safee juga akan diberi peluang bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila ada peluang dan sesuai dengan tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara berkenaan.

Selain Pelita Jaya FC, kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus, termasuklah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisyen dua di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab remaja di Uruguay.

Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti lima kelab di liga Brazil, antaranya Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda, termasuk Ajax Amsterdam FC.

"Pelita Jaya Cronus pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana England iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikannya di sana, namun mereka masih mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kelab dan pengurusannya di sana," kata Zakaria.

Beliau berkata, Safee juga dilantik sebagai Duta Sekolah Sepak Bola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia dan Akademi Sepak Bola milik Pelita Jaya, di mana pengurusan Safee sedang berbincang untuk pemberian saham pemilikan akademi itu demi masa depan Safee.

"Akademi ini sudah mempunyai 600 pelajar di Jakarta sahaja dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia. Kelab juga bersedia untuk membantu Safee memulakan perniagaan di Indonesia apabila beliau tamat bermain dengan Pelita Jaya atau menamatkan karier profesionalnya nanti," kata Zakaria.

Pengurus Safee itu berkata, keputusan yang dibuat oleh Safee untuk terus bermain dengan Pelita Jaya adalah satu keputusan yang telah diteliti semasak-masaknya setelah mengambil kira pelbagai aspek dan risiko.

Selain Pelita Jaya, Safee juga mendapat beberapa tawaran lain antaranya Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand, empat pasukan dari Malaysia antaranya Kelantan, Negeri Sembilan, Johor FC dan Johor selain pasukan Selangor yang sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja untuk Safee kembali ke pangkuan mereka.

Safee juga mendapat tawaran daripada pemilik Cardiff City FC untuk bermain di sana tetapi harus melalui proses bermain bersama kelab di Eropah yang mempunyai afiliasi dengan Cardiff City untuk tempoh sekurang-kurangnya satu tahun terlebih dahulu.

Selain itu Safee juga pernah mendapat tawaran untuk menjalani ujian bersama lima kelab di Jerman antaranya Eintract Frankfurt, SG Dynamo Dresden, namun, atas faktor kecederaan dan mengutamakan persiapan pasukan kebangsaan untuk memulakan kempen Pra Piala Dunia 2011 pada ketika itu, Safee terpaksa melupakan peluang keemasan itu, walaupun masih menyimpan cita-cita untuk bersama salah satu kelab di Eropah satu hari nanti. -kosmo-

Tolong bersabar - Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah

Posted: 01 Feb 2012 05:58 PM PST


 PEMAIN Kedah (jersi hijau) masih belum menemui rentak ketika saingan Liga Super sudah melalui lima perlawanan setakat ini.



KEDAH semakin tenat, tetapi Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak tetap merayu agar penyokong mereka bertenang.

Kedah kini berada dalam kelompok terbawah saingan Liga Super dan kedudukan tersebut mula mencemaskan penyokong fanatik skuad Hijau Kuning itu.

Menurut Azizan, tempoh saingan Liga Super masih panjang dan beliau yakin Kedah mampu kembali ke kedudukan terbaik liga setelah segala masalah dan kelemahan pemain dapat diatasi.

Katanya, beliau memahami masalah yang dihadapi pasukan itu ekoran penggantungan ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan sehingga menyebabkan pemain kehilangan pembimbing sekali gus menjejaskan prestasi mereka.

"Radhi (Mat Din) dan Ahmad Sobri (Ismail) pun sudah boleh membimbing pasukan selepas tempoh penggantungan mereka tamat.

"Wan Jamak belum boleh melatih, malah duduk tepi padang pun tidak boleh, namun setelah tempoh hukuman berakhir, masalah serta kelemahan dalam pasukan akan dapat diatasi dan Kedah mampu kembali ke kedudukan terbaik,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Alor Setar semalam.

Kedah ketika ini terbenam di dasar liga dengan hanya mengutip dua mata hasil seri dua kali.

Desakan penyokong turut kedengaran yang menuntut Datuk Khazali Din berundur daripada jawatan sebagai pengurus pasukan skuad Hijau Kuning itu.

Mengulas tuntutan penyokong itu, Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukkan Khazali dalam menguruskan pasukan.

Katanya, sekiranya Khazali berundur dari jawatan pengurus pasukan, penggantinya akan turut menghadapi nasib dan desakan sama daripada penyokong.

"Dia (Khazali) bukan jaringkan gol tetapi orang lain yang main bola. Saya berpuas hati dengan Khazali tetapi anak-anak buah dia tidak dapat menunjukkan prestasi baik, apa boleh buat.

"Insya-Allah apabila menang balik (Kedah) ada pula pihak yang rayu Khazali dikekalkan,'' katanya.

Azizan memberitahu, kalah atau menang dalam permainan bola sepak adalah biasa termasuk melibatkan kelab ternama dunia.

"Manchester United pun kalah kepada Liverpool baru-baru ini. Barcelona dulu berada di tempat pertama liga tetapi kini diambil alih pula oleh Real Madrid.

"Jatuh bagi sesebuah pasukan itu bukan tidak bagus tetapi itulah bola sepak. Bola yang bergolek,'' katanya.

Menyentuh sekumpulan penyokong yang mahu memboikot perlawanan Kedah di Stadium Darulaman, Azizan berkata: "Itu terserah kepada penyokong."

Keputusan memboikot oleh Ultras Kedah yang dianggotai lebih 1,000 ahli setelah kecewa dengan kelemahan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang gagal membentuk satu pasukan mantap bagi saingan Liga Super 2012.

Wan Jamak digantung tujuh perlawanan kerana didakwa mengkritik mutu pengadilan ketika Kedah seri 1-1 menentang Perak pada aksi terakhir Kumpulan A saingan Piala Malaysia pada 28 September tahun lalu.-kosmo-

Gempar! Ular sawa kenyang ditangkap

Posted: 01 Feb 2012 05:40 PM PST


 ANGGOTA JPAM menunjukkan ular sawa yang ditangkap di sebuah kebun getah di Felda Kepis, Kuala Pilah semalam.



KUALA PILAH - Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) daerah ini berjaya menangkap seekor ular sawa batik sepanjang enam meter selepas ia gagal meloloskan diri akibat terlalu kenyang di ladang getah Felda Kepis, dekat sini semalam.

Reptilia seberat 130 kilogram itu ditemui dalam keadaan tidak bergerak selepas membaham mangsanya yang tidak diketahui.

Ketua Operasi JPAM daerah, Khairul Anuar Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.45 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian bersama empat anggota.

Katanya, mereka mengambil masa 15 minit untuk menangkap ular tersebut berikutan reptilia itu berada di tempat sempit sehingga menyukarkan pergerakan anggota JPAM yang turut dibantu penduduk kampung berkenaan.

"Ketika ditangkap, ular berkenaan agak agresif. Kami juga percaya ular itu telah lama mendiami ladang tersebut berdasarkan tempat aliran keluar masuknya," katanya dengan menambah, reptilia itu terpaksa dibawa keluar menggunakan jengkaut disebabkan saiznya yang begitu besar. -kosmo-

Angkara berebut lelaki, gadis dibelasah

Posted: 01 Feb 2012 05:35 PM PST


NOOR yang cedera selepas dibelasah 15 pelajar perempuan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar semalam.



KANGAR – Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini teruk 'dikerjakan' sekumpulan 15 pelajar perempuan lain gara-gara pertelingkahan berebut teman lelaki sehingga mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital.

Dalam kejadian antara pukul 5 hingga 6 petang kelmarin berhampiran sekolah itu yang terletak dekat sebuah taman perumahan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Noor, 15, mendakwa dia ditampar, dipukul dan dipijak oleh kumpulan pelajar tersebut yang mengamuk selepas menuduhnya merampas kekasih mereka.

Serangan ganas itu berlaku ketika mangsa baru keluar dari sekolah untuk pulang dengan menunggang basikal selepas selesai mengikuti latihan sukan.

Kumpulan pelajar perempuan itu didakwa sudah menunggu mangsa sebelum mereka terus membelasahnya. Pada masa itu mangsa yang tinggal di Pangsapuri Sena kira-kira 500 meter dari sekolahnya dalam perjalanan pulang seorang diri.

Setelah puas dikerjakan hampir 15 minit, Noor yang dalam kesakitan terpaksa mengagahkan diri mengayuh basikal pulang ke rumah. Kejadian malang yang menimpanya tidak dimaklumkan kepada ibunya.

Bagaimanapun, pada pukul 12 tengah malam, mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital oleh ibunya setelah dia muntah-muntah.

Mengimbas kejadian itu, Noor memberitahu, pertelingkahan tersebut berpunca apabila dua orang daripada kumpulan pelajar perempuan yang dikenalinya itu mendakwa dia mempunyai hubungan dengan teman lelaki mereka.

"Saya beritahu saya tiada apa-apa hubungan namun kedua-dua pelajar itu tidak berpuas hati dan terus menarik rambut dan memukul saya sebelum rakan lain ikut serta membelasah saya," kata pelajar itu ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.

Noor, anak kedua daripada tiga beradik, baru sebulan belajar di SMK Perlis itu setelah berpindah dari Sungai Petani, Kedah bagi mengikuti ibunya yang bekerja di kedai makan di sini. Mangsa telah pun kematian bapa.

Katanya, dia langsung tidak menyangka kumpulan pelajar terbabit akan bertindak bagaikan orang hilang akal apabila tergamak membelasahnya sehingga dia hampir terjatuh ke dalam longkang.

"Malah ketika itu ada dua remaja lelaki iaitu teman lelaki kepada dua pelajar yang menuduh saya menjalin hubungan dengan kekasih mereka.

"Namun, kedua-dua remaja lelaki itu termasuk seorang yang bersekolah di sekolah sama dengan saya tidak membantu menjelaskan keadaan sebenar, sebaliknya kedua-dua lelaki itu turut menonton dan bersorak apabila melihat saya dibelasah.

"Hanya tiga pelajar perempuan dalam kumpulan itu yang saya kenal termasuk dua pelajar yang menuduh saya mempunyai hubungan dengan kekasih mereka. Ketiga-tiga pelajar itu sebaya dengan saya dan sama kelas dengan saya," ujarnya.

Naik bot, tunggang kuda pony percuma seminggu

Posted: 01 Feb 2012 05:33 PM PST


ORANG ramai mengambil peluang menaiki bot secara percuma di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan perkhidmatan menaiki bot dan menunggang kuda pony secara percuma di Taman Tasik Titiwangsa di sini kepada orang ramai selama seminggu bermula semalam mendapat sambutan menggalakkan.

Orang ramai mula berpusu-pusu ke kawasan rekreasi itu seawal pukul 8 pagi untuk menyertai aktiviti itu yang diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Seorang pengunjung, Azmi Jaafar, 41, berkata, walaupun sering meluangkan masa bersama keluarga di tasik berkenaan, mereka tidak pernah menaiki bot di situ.

"Langkah DBKL ini baik dan sangat dialu-alukan kerana ramai yang tidak pernah melakukan aktiviti yang ada di sini seperti menaiki bot dan menunggang kuda.

"Jadi, peluang yang ada ini akan membolehkan orang ramai menjalankan aktiviti ini tanpa perlu memikirkan soal bayaran," katanya kepada Kosmo!.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

Tema sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini adalah Rakyat Bersatu, Wilayah Persekutuan Maju.

Nuramalina Mohsin, 14, pula berkata, dia dan rakan-rakannya yang memang meminati aktiviti air tidak melepaskan peluang tersebut yang disifatkannya seperti 'bagaikan bulan jatuh ke riba'.

Katanya, walaupun tawaran itu akan berakhir pada 7 Februari ini, mereka tetap gembira kerana bukan mudah untuk mendapat peluang seperti itu.

"Kalau boleh biarlah aktiviti ini dilanjutkan kerana ramai lagi pelajar seperti saya yang meminati aktiviti air tetapi tidak mempunyai wang yang banyak untuk menyertainya," katanya. -kosmo-

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)

Posted: 01 Feb 2012 05:25 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-kNQVR66ER44/TyjMDGZM1jI/AAAAAAAADuw/PJ6QOxUkKBk/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPusat%2BPemeriksaan%2BKenderaan%2BBerkomputer%2B%2528PUSPAKOM%2529.gif

We expect you to deliver an exceptional level of service and quality to our customers. We will provide training and opportunities to develop your expertise. As part of our expansion plan, we invite suitable candidates to apply for the following positions :

1. Personal Assistant to CEO
2. Safety, Health & Environment (SHE) Executive
3. Legal Executive
4. Assistant Manager/Senior Executive Communications
5. Unit Head/Senior Executive SOP
6. Senior Training Executive
7. Contracts & Procurement Executive
8. Analyst Programmer
9. Maintenance Technician
10. Customer Relations Executive
11. Investigation & Surveillance Executive

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS

How to Apply:-
Please submit your application to us, clearly indicating the position that you are applying for at the top left corner of the envelope.

By mail to :
Link
Human Resource Division,
PUSPAKOM Sdn. Bhd.,
Level 3, Wisma DRB-HICOM,
No. 2, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1,
40150 Shah Alam, Selangor.

Tel : 603 - 2052 7474
Faks : 603 - 2052 7427

Or by email to : recruitment@puspakom.com.my or puspakoms@gmail.com

Closing Date: 5 Feb - 15 Feb 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Puncak Niaga Malaysia Sdn Bhd

Posted: 01 Feb 2012 05:20 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-V9qiHgxocyg/TyjMC_ykFtI/AAAAAAAADuo/b3fJEgpfAQE/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPuncak%2BNiaga%2BMalaysia%2BSdn%2BBhd.jpg

As one of the major players in the water industry in Malaysia, we are gearing ahead to fulfill our vision, to be leading and dynamic integrated water services company in Malaysia and other regions.

For those who share our vision and determination and are willing to give their best, we offer a challenging working environment, competitive pay, stability, career growth, great benefits and a rewarding experience.

1. Chargeman
2. Manager Health, Safety & Quality Management

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS & APPLY ONLINE

How to Apply:-
If you got what it takes to be part of this esteemed organization, please APPLY ONLINE by submitting your resume together with current and expected salaries and recent passport-sized photograph (n.r.).

(Only shortlisted candidates will be notified for interview)

Closing Date: 25 February 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON)

Posted: 01 Feb 2012 05:18 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-qTkaIUgk6zs/TyjMC6fh2ZI/AAAAAAAADuY/u7TvTBUArjo/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPerusahaan%2BOtomobil%2BNasional%2B%2528PROTON%2529.jpg

PROTON - Automobile technology that's the pride and symbol of Malaysian innovation and dedication.

Driven by the spirit of achievement, we have pioneered evolution of the Malaysia automotive industry for over a decade.

We are preparing ahead now, with a view to take on the world. We will be breaking new grounds, opening new markets, delighting new customers.

The challenge ahead goes to a new team of young professionals. We are looking for Out-of-the-box thinkers with a daring spirit, high energy, unmatchable enthusiasm, great passion for results.... the sort who can say "I think therefore I exist".
1.       Executive, Account & Admin
2.       Senior Executive, R3 Operations
3.       Executive, Recruitment
4.       Executive, Human Resource IT
5.       Engineer - Vehicle Cost Reduction
6.       Manager, R3 Showroom
7.       Executive, ISO & Quality Assurance (Miyazu)
8.      Engineer, Project Management (Miyazu)
9.       Engineer, Body-in-White (Miyazu)
10.   Engineer, Quality Management (Miyazu)
11.    Engineer, Simultaneous Engineering (Miyazu)
12.    Senior Executive, Internal Audit
13.    SAP Basis Administrator
14.    Managing Director (Based in Iran)
15.    Engineer Powertrain
16.    Manager, Secretarial - Group Secretarial & Compliance
17.    Lead Counsel - Group Legal, Secretarial & Compliance
18.   Executive, Corporate Performance
19.    Junior Secretary
20.   Executive Group Quality
21.    Engineer - Production Engineering Painting

CLICK HERE TO JOBS REQURIEMENTS & APPLY ONLINE

How to Apply:-
Interested candidates, apply online or please submit a comprehensive resume providing details on past achievements, aspirations and extra curriculum activities and a recent passport sized photograph to:

Head of Resourcing
HR Services
Group Human Resources
PROTON Holdings Berhad
Hicom Industrial Estate, Batu 3
P.O Box 7100, 40918 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan


E-mail : recruit@proton.com

All applications will be treated in the strictest confidence.
Only shortlisted candidates will be notified.

Closing Date: 4 February - 2 March 2012

Pelajar bunuh diri kerana bosan hidup

Posted: 01 Feb 2012 05:13 PM PST



ASHLEY menyiarkan gambar pistol pada laman Twitternya, tidak lama sebelum bunuh diri.
ASHLEY menyiarkan gambar pistol pada laman Twitternya, tidak lama sebelum bunuh diri.

HOUSTON: Seorang pelajar popular membunuh diri selepas rayuannya kepada ratusan rakan online untuk mendapatkan bantuan tidak dihiraukan.

Pelajar sekolah menengah, Ashley Duncan, 17, menulis,: "Saya akhirnya memperoleh pistol" dan kemudian memuat naikkan gambar senjata itu. Pistol berkenaan dipercayai digunakannya untuk membunuh diri tidak lama kemudian.

Ia menyusuli beberapa siri tulisannya dalam Tumblr dan Twitter, tempat dia bercerita mengenai membunuh diri, mempersoalkan erti kehidupan dan berkata dia dalam keadaan sengsara.

Antara tulisannya berbunyi: "Kehidupan tidak ada harganya jika kamu tahu atau sudah tahu bagaimana rasanya ingin mati setiap saat, minit, jam, hari, minggu bulan dan tahun. Dengan itu, anda boleh merasai seperti saya. "Saya mungkin tidak perlu bergelut dengan masalah kewangan tetapi saya bergelut dengan emosi dan mental dan saya percaya ia pergelutan paling teruk.

"Jadi saya tertanya mengapa bukan menjadi pilihan saya untuk mati sekarang? Kehidupan saya sengsara.

"Satu hari nanti, saya tidak akan ada di sini lagi dan ia akan menjadi hari paling gembira dalam hidup saya. Saya bosan dengan kehidupan ini.

"Tuhan seolah-olah mendera saya dengan membiarkan saya hidup. Satu-satunya perkara yang membuat saya gembira sudah berlalu. Saya sengsara." 'Perkara' yang dirujuknya itu tidak jelas tetapi tulisannya sebelum ini membayangkan hubungan cintanya dengan seorang rakan terputus.

Dia menulis: "Saya kecewa. Saya tidak akan bergantung kepada orang lain untuk memulihkan hati saya. Ia sudah musnah." Ashley, pemain bola tampar berbakat dikatakan pelajar popular di Sekolah Menengah Bellaire sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Pershing kerana mahu menamatkan persekolahannya lebih awal. Semalam, Ashley, yang selama ini dilihat sebagai remaja periang, berjalan ke persimpangan Braes Forest Drive dan Portal Drive dan menembak dirinya.

Rakannya di Bellaire berkata mereka menyangka tulisannya itu hanya jenaka.

"Saya tidak memberi tumpuan kerana dia sering bergurau. Saya tidak pernah menyangka dia serius," kata Theresa Sosa. - DM

Alza SR, Terbaru Keluaran Perodua

Posted: 01 Feb 2012 05:08 PM PST


SELEPAS pengenalan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, kini Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) tampil mempertaruhkan Perodua Alza Smart Ride (Alza SR) yang lebih menarik dengan sasaran jualan 400 unit sebulan.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pihaknya percaya dapat mencapai jumlah yang disasarkan itu dan ia adalah sebanyak 13 peratus daripada jualan bulanan Alza.


"Perodua komited mengeluarkan varian yang mampu milik bagi memenuhi harapan semua pelanggan dan pengguna boleh mendapatkan model yang mereka inginkan di mana kami cuba tampilkan pada Alza SR.

"Pengenalan varian Alza SR akan menjadikannya lebih mampu milik bagi pengguna di Malaysia yang mencari atau menaik taraf kepada kenderaan yang lebih luas," katanya.

Menurutnya, pelanggan Perodua juga menyukai fungsi serta kebolehan yang terdapat pada Alza dan mereka tidak keberatan jika terdapat beberapa ciri yang dikurangkan berbanding dengan model standard atau varian yang lain. "Bagaimanapun ia tidak bermakna kami tidak menitikberatkan keselamatan dan estetika Alza SR. "Alza SR ini juga adalah sebuah kenderaan yang praktikal dan boleh dipercayai, malah Alza SR direka untuk pemilik yang bijak mencari fleksibiliti dan kebebasan ketika memandu," katanya.

Beliau berkata, model Alza adalah MPV yang paling digemari dengan mencatat 81,000 unit jualan sejak ia dilancarkan pada November 2009.

Sementara itu, Alza SR akan mula dipamerkan di 178 bilik pameran Perodua di seluruh negara bermula hari ini dengan harga antara RM53,013.50 dan RM56,513.50 atas jalan. Ia didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu perak berkilau, Putih Ivory dan warna baru Ungu Mystikal.

Manakala bagi pelanggan yang memilih untuk ciri brek tangan dipasang, Perodua juga menjadikannya boleh didapati dalam varian Alza SR Automatik. -metro-

USF-Hicom Sdn Bhd Sasar Jual 240 Spyder

Posted: 01 Feb 2012 04:56 PM PST

CUBA SENDIRI...Ahmad Zahid mencuba motosikal Spyder pada majlis pelancarannya di Shah Alam, semalam.

USF-Hicom Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh DRB-Hicom, melancarkan BRP Can-Am Spyder Roadsters (Spyder), motosikal beroda tiga berkuasa tinggi pertama di dunia, sekali gus mengunjurkan jualan sebanyak 240 unit bagi tahun kewangan 2012 bermula Mac ini.

Ketua Pegawai Operasi USF-Hicom, Mohd Iqbal Shaharom berkata, pihaknya yakin mencapai sasaran itu berdasarkan sambutan baik pelanggan menerusi tempahan sebanyak 50 unit kenderaan itu setakat ini.


"Sehingga sebelum Mac ini, kami jangkakan mampu menjual 120 unit Spyder. Kami optimis untuk mencapai sasaran jualan didorong minat tinggi pelanggan di seluruh negara.

"Malah, sebelum pelancaran, kami sudah menerima 50 tempahan dan yakin ia akan terus meningkat selepas ini. Bagi 2012, kami sasarkan untuk menjual antara 18 dan 20 unit sebulan," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran di Glenmarie, Shah Alam, semalam.

Majlis pelancaran itu, disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Pengerusi DRB-Hicom, Datuk Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza berkata, DRB-Hicom sangat berbangga kerana bukan saja memperoleh hak untuk menjual motosikal berkenaan, malah dibenarkan untuk memasangnya di kilang milik kumpulan di Gurun, Kedah.

"Motosikal ini dipasang di kilang kami, mengikut piawaian industri dan kami memastikan ia mencapai kualiti yang sepatutnya," katanya.

Motosikal berkenaan didatangkan dalam dua model iaitu Roadster Sport (RS) dan Roadster Touring (RT). -metro-

No comments: