Thursday 2 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Alyah Buat Suntikan Demi AJL26

Posted: 01 Feb 2012 08:42 AM PST



Tiada siapa tahu akan keperitan penyanyi Alyah yang menanggung kesakitan demi menjayakan persembahannya di atas pentas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) pada malam Ahad lalu.

Di sebalik paduan vokalnya yang mendayu serta penampilannya yang menawan bersama busana rekaan Hatta Dolmat, Alyah berperang dengan kesengsaraan.

Bagi memastikan persembahannya malam itu mantap tanpa sebarang gangguan, perangkul Anugerah Persembahan Terbaik AJL26 itu sebenarnya telah mendapatkan suntikan doktor, sehari sebelum majlis berprestij itu berlangsung.

Semuanya gara-gara dia mengalami demam yang teruk selama seminggu sehingga dipercayai dapat menganggu konsentrasi serta kualiti persembahannya pada malam final berkenaan.

Dihubungi portal murai.com.my semalam, Alyah berkata dia terpaksa mendapatkan suntikan daripada pihak doktor bagi memastikan persembahannya terlaksana.

"Sudah seminggu sebenarnya Alyah demam dan kerana takut suara Alyah tidak keluar ketika di AJL, Alyah telah meminta doktor supaya memberikan suntikan.

"Doktor telah bersetuju. Bagaimanapun dia telah memberi tahu Alyah bahawa suntikan itu akan memberi kesan kepada kesihatan Alyah sehari selepas suntikan itu diberikan. Jadi mahu atau tidak, terpaksa Alyah ambil suntikan itu juga," jelasnya.

Ternyata memang benar.Ketika dihubungi , Alyah kedengarannya agak sukar mengeluarkan suara, malah juga enggan menjawab sebarang panggilan kerana mahu berehat.

"Tak mengapalah. Asalkan Alyah tidak mengecewakan peminat ketika membuat persembahan di AJL. Biarlah Alyah tahan rasa sakit sikit ini. InsyaAllah demam ini akan sembuh tidak lama lagi," katanya yang sentiasa positif.

Bercerita mengenai konsep persembahannya pada malam berkenaan, penyanyi kelahiran Gelang Patah, Johor itu telah mengeluarkan duit sakunya sendiri bagi memastikan konsep persembahan yang diimpikannya itu terlaksana.

Menggunakan khidmat dua selebriti popular, Remy Ishak dan Along Raja Lawak sebagai kekuatan persembahan Kisah Hati, penyanyi berusia 31 tahun itu telah menggunakan konsep fairy tale di mana Alyah telah memegang watak sebagai patung dari kotak muzik.

Dia telah mengeluarkan perbelanjaan melebihi wang kemenangannya (RM10,000) bagi mendapatkan set pentas yang indah meliputi pentas ala music box, lampu hiasan dan teknik pencahayaan yang memberangsangkan.

"Alhamdulillah, pihak TV3 banyak membantu merealisasikan impian Alyah. Tak sanga pula, dalam keadaan kesihatan Alyah yang tidak mengizinkan dan konsep persembahan yang ringkas itu telah berjaya membawa kemenangan kategiri persembahan terbaik.

"Ribuan terima kasih juga Alyah ingin ucapkan dengan kehadiran Along Raja Lawak yang telah berjaya membawa watak badut.

"Malah paling Alyah tidak sangka sekali, apabila Remy Ishak telah bersetuju untuk datang di saat akhir bagi menjayakan persembahan Alyah. Memang satu kemenangan yang tidak di sangka," katanya. -murai-

Video Karaoke 'I Need You' Single Terbaru Band Ungu

Posted: 01 Feb 2012 08:31 AM PST



Lagu-lagu band Ungu memang selalu menjadi hits dan laris. Sebelumnya, band ini tidak hanya mencipta lagu dengan bahasa Indonesia, namun bahasa Inggeris juga pernah dicuba meski tidak full. Dan kini Pasha, vokalis Ungu mendedahkan jika Ungu akan membuat single baru dengan full bahasa Inggeris yang berjudul 'I Need You'.

"Ini pertama kali lagu kami yang full bahasa Inggeris. Ini seperti bermain kata-kata," ujar vokalis Ungu Pasha ditemui saat syuting video klip di Hotel Bumi Wiyata, Depok, Selasa (31/1/2012) malam.

Single baru Ungu tersebut mempunyai nuansa lagu yang riang. Menurut Pasha cerita lagu tersebut sangat sederhana dengan lirik yang juga tak kalah mudah, sehingga mudah di hafal oleh para peminatnya. Dalam pembuatan video klipnya, Ungu memegang pengarah Upi dengan konsep menggabungkan futuristik dan alam.

"Kita seperti tinggal di dalam hutan tapi kami tinggal di dalam bilik yang moden dengan dikelilingi suasana yang asri," jelas Pasha.

Video Karaoke 'I Need You' - Ungu



Gambar Nabila Huda dan Hohan Asaari Disergah Di Panggung Wayang

Posted: 01 Feb 2012 06:40 AM PST

Bukan main mesra lagi anak Amy Search, Nabila Huda dengan Johan As'ari ketika disergah oleh wartawan dari portal GUA, bertempat di salah satu panggung wayang untuk menonton filem 'Bujang Terlajak'. Mereka berdua ni membintangi drama bersiri 'Pelangi Kasih' di TV3, dan juga sering tampil di mana-mana majlis bersama-sama. Kalau bercinta, baguslah, kami juga tumpang gembira, jangan buat penafian jerk, kami juga rasa bosan. Hehe.



credit to gua/izyan.com

Utama karier, jodoh menyusul - Fahrin

Posted: 31 Jan 2012 11:06 PM PST

SUDAH tiga tahun Fahrin menjalani kehidupan sendirian tanpa teman cinta.

WANITA mana yang tidak terpikat jika dapat bersua muka dengan figura berbadan sasa ini yang dilihat sempurna dari segi penampilan diri dan tidak kurang juga bakat lakonan, akan membuat si gadis tidak berganjak dari kaca televisyen apabila melihatnya berlakon dalam drama mahupun mengacara sesuatu majlis atau program.

Sering juga kita dengar kisah cinta jejaka yang bernama Fahrin Ahmad ini yang sering tidak kesampaian dan kecundang di tengah jalan.

Namun bagi Fahrin, semua itu merupakan takdir dan jodoh yang diberi oleh Tuhan. Tidak mahu memberi definisi serik mahupun fobia untuk bercinta, lelaki yang lebih mesra disapa sebagai Fahrin ini berkata, dia tidak mahu terlalu memberi tekanan pada diri tentang perkara berkaitan jodoh.

"Saya tidak mahu meletakkan sebarang tekanan pada diri saya. Pada saya, di usia begini, kematangan kita menilai juga sudah berbeza. Jika mungkin masa muda dahulu kita fikir mahu seronok dan sebagainya, namun kini, kita akan lebih realistik.

"Bagi saya, saya ingin mencari pasangan hidup yang kekal hingga akhir hayat dan beri keluarga yang baik. Setakat ini saya masih bujang dan belum ada sesiapa yang bertakhta di hati.

"Saya tidak serik dan sebagai seorang lelaki, pasti punya perasaan untuk berkahwin tapi seperti saya katakan tadi, tidak meletakkan sebarang tekanan," jelas Fahrin yang juga mengatakan bahawa menjari jodoh itu dianggap sebagai tanggungjawab diri sebagai seorang lelaki.

Namun, adakah selepas kecundang beberapa kali di alam percintaan membuatkan Fahrin serik dan menjadi seorang pemilih. Jawab Fahrin yang yang telah hidup bujang selama tiga tahun ini, jujur dirinya mengakui, dia tidak terlalu memilih tetapi, calon isterinya kelak akan dipilih di kalangan orang biasa dan bukannya dari kalangan selebriti mahupun orang yang dikenali.


FAHRIN menegaskan hatinya belum dimiliki sesiapa buat masa ini.

"Saya kenal dan berkawan dengan ramai wanita dan juga ada beberapa rakan dari kalangan pereka fesyen. Satu sahaja akan saya beritahu, jika saya punyai teman wanita, pasti semua orang akan tahu kelak. Kini, saya sedang fokus terhadap kerjaya saya dan Alhamdulillah, rezeki saya memang ada dan tidak pernah lekang," jawab Fahrin apabila ditebak persoalan mengenai kisah cintanya bersama seorang pereka fesyen.

Jurucakap motivasi

Selain selesa di dalam bidang lakonan dan pengacaraan, Fahrin juga sedang berjinak dengan bidang keusahawanan dan juga menjadi jurucakap motivasi. Walaupun ada sesetengah yang mungkin katakan Fahrin semakin 'hilang' dalam industri seni tetapi tidak bagi tuan punya badan.

"Pada tahun ini, karier saya masih di landasan yang betul dan kadangkala melebihi apa yang disangka. Cuma, saya sudah lama mahu ada perancangan lain selain aktif dalam bidang hiburan iaitu keusahawanan. Jadi, perkara tersebut terbatas kerana jadual dan komitmen jadual karier seni saya.

"Bagaimanapun, saya juga ada berjinak dalam bidang motivasi bersama rakan kongsi saya. Pada Disember tahun lepas, kami ada buat kajian tentang modul yang berjudul Perisai Buat Wanita. Ia adalah tentang peringatan buat kaum wanita dan remaja yang mudah terpedaya dengan tipu helah lelaki hingga terjadinya pelakuan jenayah, seperti keldai dadah dan sebagainya," tambahnya yang modul ini untuk kaum wanita dan gadis menilai dan jauhkan perkara tidak diingini.


FAHRIN dikelilingi 12 peserta program realiti Misi 12.


Bukan itu sahaja, rancak bercerita, Fahrin berkata, dia dan rakannya juga pernah bekerjasama dengan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah dan juga Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad dalam beberapa sesi motivasi.

Serius berbicara, kata Fahrin, dia bersama rakan telah membuat kajian tentang modul ini dan bagi dirinya untuk menerima tawaran ini adalah kerana ia merupakan perkara baharu dan berbeza kerana pengisiannya yang berasas dan disokong pula dengan masalah sosial yang melanda negara kini.

"Pertama kali lakukan modul ini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada bulan Disember tahun lepas dan seramai lebih 200 pelajar menghadirkan diri. Selain itu, kami juga ada terlibat dalam seminar IPAC (Ibu Bapa Prihatin Anak Cemerlang) di Shah Alam yang bergabung bersama Datuk Dr. Fadzilah Kamsah dan Dr. Asmadi.

"Jadi sekali lagi akan jalankan seminar tersebut pada bulan Jun ini yang sebelumnya diadakan juga pada Disember lepas dan telah menarik lebih 400 orang pelajar untuk sertainya," katanya yang menggunakan pengalaman diri yang boleh dikongsi sebagai modul pengajaran. -kosmo-

Penulis Lirik Awan Nano Ketua PKR Parit Sulong Rupanya…

Posted: 31 Jan 2012 10:54 PM PST



Muzik itu universal. Merentasi politik, ras dan keturunan.

Itulah yang sering kita dengar.

Bagi penulis, ada benarnya di situ.

Kalau betul muzik ada sempadannya di negara ini, pasti orang UMNO dah tak nak dengar lagu nyanyian orang Pas dan orang Pas 'confirm' pijak-pijak CD penyanyi UMNO.

Bercakap pasal perkara ini, rupa-rupanya lagu Awan Nano nyanyian Hafiz yang memenangi Anugerah Juara Lagu ke-26 kelmarin ditulis oleh Ketua PKR Cabang Parit Sulong, Johor, Nasmi Hashim.

Tetapi untuk makluman anda, Nasmi yang menggunakan nama pena Buddhi Hekayat bukanlah namu baru dalam bidang ini.

Sebelum Awan Nano, pemuda berusia 36 tahun ini pernah menulis lagu untuk kumpulan Spider berjudul 'Ajaib' dan banyak mempelajari tentang teknik penulisan lirik daripada arwah Loloq.

Beliau juga banyak menghasilkan karya-karya untuk kumpulan muzik bebas selain mengisi ruang Sastera Budaya, Berita Harian (1998-2001), portal Kakiseni dan Jalantelawi.com.

Nasmi bagaimanapun menegaskan nama pena Buddhi Hekayat yang digunakannya sekarang dalam bidang seni juga bukan bertujuan untuk menyembunyikan identitinya sebagai ahli politik daripada diketahui umum.

"Saya akan lebih aktif dalam bidang seni. Bukan sebab kecewa dalam politik, tapi saya rasa waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba," katanya ketika ditemubual portal berita Mstar.com.my.

Apapun penulis mengucapkan tahniah pada beliau atas kemenangan itu.

Bab dia orang PKR tu lantak dialahkan, ini negara demokrasi, hak masing-masing untuk menentukan parti mana yang difikirkan baik untuk memerintah negara tercinta ini.

Sebelum berpisah, apa kata kita layan lirik Awan Nano ni, puitis gak senikatanya kan? - Oleh SYAHRIL A. KADIR






Awan Nano
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
 

Cerita Di Sebalik ‘Surprise’ Remy Ishak Dalam AJL

Posted: 31 Jan 2012 10:46 PM PST



KUALA LUMPUR – Umum mengetahui penyanyi bagi lagu Kisah Hati, Alyah berjaya membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 selepas memenangi kategori Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) malam Ahad lalu.

Di sebalik tuah yang dibawa dalam lagu itu, ramai yang berpendapat kemunculan 'surprise' Remy Ishak dalam persembahan mantap Alyah itu juga telah menyumbang kepada kemenangannya.

Tapi, tahukah anda sebenarnya, kemunculan Remy di saat-saat akhir nyanyian Alyah adalah satu rancangan 'sulit' yang tidak diketahui sesiapa termasuk krew TV3 sendiri!

Memetik tulisan Remy di dalam blognya, http://dakamat.blogspot.com, tiada mana-mana pihak yang mengetahui dia akan muncul dalam persembahan Alyah walaupun pihak Media Prima sendiri.

"Sebenarnya tak ada siapa pun tahu yang aku akan muncul sebagai 'cameo' dalam persembahan Alyah pada AJL 26 yang baru berlangsung semalam.

"Orang-orang di Media Prima, 'crew' teknikal TV3 yang menjayakan AJL 26 malam tu pun tak tahu yang aku akan muncul dalam persembahan tu, cuma yang tahu pasal kewujudan aku adalah Alyah sendiri, tenaga kerja dan kawan-kawan dia je.

"Ini semua gara-gara Alyah sendiri, dia sendiri yang minta kami semua merahsiakan perkara ni.., nak buat 'surprise' katanya, nak aku keluar masa minit terakhir..," tulis Remy.

Menyifatkan rancangan 'rahsia' Alyah itu berjaya, Remy sempat mengucapkan penghargaan kepada penyanyi itu di atas kesudian menjemput dirinya bagi menjayakan persembahan dalam AJL26.

Sebelum ini, Alyah menjadi 'bahan' kritik oleh peminat-peminat Remy apabila 'berani' bergandingan dan melakukan aksi 'mesra' dengan aktor kacak itu dalam klip video Kisah Hati.

Mungkin ingin menarik perhatian peminat-peminat dan para juri, Alyah sekali lagi menggunakan cara yang sama untuk meraih kemenangan itu, siapa tahukan? Oleh NAIMAH SHAARI

Safee Sali Kekal Di Pelita Jaya

Posted: 31 Jan 2012 10:44 PM PST



Safee Sali hari ini telah menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama Pelita Jaya.

Pengurusnya, Zakaria Rahim mengumumkan bahawa kontrak itu termasuk pakej bernilai lebih RM2juta untuk selama 2 tahun termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Kelab dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.

Safee juga akan menerima pakej tambahan 'image rights' dimana pihak kelab akan mengusahakan untuk Safee mendapat 'commercial endorsement' bagi pelbagai product di seluruh Indonesia ini. Kelab Pelita Jaya juga akan mendapatkan syarikat-syarikat yang memerlukan imej Safee bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran.

Safee juga akan diberi peluang untuk bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila peluang dan ruangnya tiba dan bergantung kepada tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara tersebut.

Antara kelab yang dimiliki penuh oleh Pelita Jaya Cronus selain Pelita Jaya FC di Indonesia ialah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisi 2 di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab pembentukan pemain remaja di Uruguay.

Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti 5 kelab di liga Brazil yang antaranya adalah Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda yang antaranya ialah Ajax Amsterdam FC.

Pelita Jaya Cronus pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikannya disana. Namun, mereka masih lagi mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kelab dan pengurusannya disana.

Safee juga di lantik sebagai Duta Sekolah Sepakbola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia dan disamping itu juga, di Akademi Sepakbola milik Pelita Jaya, pengurusan Safee Sali sedang berbincang untuk diberikan saham pemilikan akademi tersebut untuk masadepan Safee.

Akademi ini sudahpun mempunyai 600 pelajar di Jakarta sahaja dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia. Kelab juga bersedia untuk membantu Safee memulakan perniagaan di Indonesia apabila beliau tamat bermain dengan Pelita Jaya atau menamatkan karier professionalnya nanti.

Keputusan yang dibuat oleh Safee Sali untuk terus bermain dengan Pelita Jaya adalah satu keputusan yang telah diteliti semasak-masaknya dan setelah mengambil kira pelbagai aspek dan risiko.

Selain Pelita Jaya, Safee juga ada mendapat beberapa tawaran lain antaranya Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand, 4 pasukan dari Malaysia antaranya Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, Johor FC dan Johor FA selain pasukan Selangor FA yang sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja untuk Safee kembali kepangkuan mereka.

Safee juga mendapat tawaran dari pemilik Cardiff City FC untuk bermain disana tetapi harus melalui proses bermain bersama kelab di Eropah yang mempunyai afiliasi dengan Cardiff City untuk tempuh sekurang-kurangnya 1 tahun dulu.

Safee juga pernah mendapat tawaran untuk menjalani ujian bersama 5 kelab di German antaranya Eintract Frankfurt, SG Dynamo Dresden. Namun, atas faktor kecederaan dan mengutamakan persiapan pasukan kebangsaan untuk memulakan kempen Pra Piala Dunia 2011 waktu itu, maka Safee terpaksa melupakan peluang keemasan tersebut, namun masih tetap menaruh cita-cita untuk bersama salah satu kelab di Eropah satu hari nanti.

Selain di German, nama Safee Sali juga pernah dikaitkan dengan beberapa kelab lain seperti Galatasaray dan PSG, namun tiada sebarang tawaran atau risikian rasmi yang dibuat oleh kelab2 tersebut seperti kelab-kelab yang disebut diatas. Nama Safee juga bermain di kalangan pemilik kelab di liga India, Vietnam dan Qatar. Safee juga telah ditawarkan untuk bersama Harimau Muda yang bermain di Liga Singapura.

Safee lebih mengambil sikap ingin bermain daripada ingin bersama. Mengetahui faktor umur yang menjadi kayu pengukur kebanyakan kelab, terpaksa Safee lebih mengutamakan peluang bermain untuk meningkatkan lagi tahap permainannya daripada peluang bersama kelab yang belum menjamin tempat untuknya malahan mungkin lebih memanaskan bangku simpanan atau lebih buruk lagi, diletakkan di pasukan liga simpanan kelab.

Di Pelita Jaya, selain pakej pendapatan dan kemudahan, Safee akan dapat lebih peluang bermain di setiap perlawanan yang mengandungi 10 pemain asing di atas padang (Liga Indonesia benarkan 5 pemain asing tiap pasukan) dari pelbagai negara dan kebanyakan mereka adalah bekas atau masih pemain negara masing-masing.

Safee juga adalah kapten kelab Pelita Jaya yang mana ia lebih jelas memberi peluang untuk Safee beraksi di setiap perlawanan. Safee merancang selagi diperlukan, beliau ingin berkelana dengan kerjaya bolasepaknya di luar Malaysia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Hanya selepas itu, barulah Safee akan memikirkan untuk kembali bersama pasukan di Malaysia, itupun jika masih diperlukan lagi. Ini semua adalah pengorbanan yang dibuatnya demi membantu pasukan negara dan demi menaikkan semangat anak-anak muda yang ingin berkerjaya di bidang bolasepak secara sepenuhmasa dan professional.

Kedatangan bekas jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Rachmad Darmawan lebih menyakinkan Safee untuk bersama kelab Pelita Jaya ini disamping digandingkan dengan penyerang sensasi Indonesia, Greg Nwongkolo dan bekas penyerang kebangsaan Montenegro, Alex Bajevski yang pernah beraksi di UEFA Champions League, kapten pasukan bawah 23 Indonesia, Egi Mergiansyah.

Walaubagaimanapun, Safee ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terutama media Malaysia dan FAM yang perihatin dengan kedudukannya disini lantaran permasalahan yang berlaku diantara PSSI dengan Liga Super Indonesia. Safee amat hargai segala pandangan dan kritikan serta saranan yang diberikan.

Zakaria Rahim berkata: "Safee juga ucapkan terima kasih kepada semua pasukan Liga Super di Malaysia yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya dan memohon maaf tidak dapat memenuhi tawaran mereka untuk kali ini.

"Namun, jika diberikan umur yang panjang dan murah rezeki, Safee akan pertimbangkan sebarang tawaran dari mana-mana pasukan dari Malaysia dimasa hadapan."

Menurut Zakaria lagi "Ini bukan bererti pintu untuk Safee kembali ke Malaysia sudah tertutup terus kerana dalam sukan professional, segalanya berkemungkinan dan Safee bersedia untuk bersama mereka jika keadaan memerlukan nanti.

"Juga terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan warga Malaysia di Jakarta dan seluruh Indonesia yang sentiasa menemaninya dan memberikan dorongan kepadanya untuk terus berjaya. Paling utama, terima kasih kepada pengurusan Pelita Jaya FC atas keyakinan mereka untuk meneruskan khidmatnya bersama kelab ini untuk selama 2 tahun lagi."

Safee juga memohon agar didoakan kejayaannya bersama Pelita Jaya FC dan akan pulang untuk bersama skuad Harimau Malaysia selagi tenaganya diperlukan oleh negara. – espnstar.my

Jangan Bandingkan Saya Dengan Ogy – Neelofa

Posted: 31 Jan 2012 10:41 PM PST



Pengacara jelita rancangan Nona, Neelofa berharap peminat-peminat bertimbang rasa mengkritik bakat dan kemampuan lakonannya dalam filem Azura 2012 yang memegang watak utama sebagai Azura.

Neelofa berkata dalam laporan mStar, berharap agar penonton tidak terlalu 'ekstrem' membanding-bandingkan lakonan Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dalam filem itu dengan pembawakan watak oleh dirinya.

Seperti sudah menjangkakan perbandingan pasti akan berlaku, dia tetap berharap penonton akan bersikap adil kepadanya kerana watak itu adalah percubaan sulungnya dalam dunia lakonan.

"Perbandingan lakonan saya dan Ogy adalah sesuatu yang sudah dijangkakan dari awal lagi apabila saya menerima tawaran ini.

"Sebab itu saya sudah bersedia untuk dikritik dan dinilai oleh penonton yang sudah menonton kedua-dua versi filem ini," kata Neelofa.

Sebagai pendatang baru dalam industri seni, tidak adil jika penonton menghukum atau memperlekehkan percubaannya menggalas watak itu tanpa memberikan peluang terlebih dahulu.

"Saya begitu sedar watak Azura sangat besar dan keramat kerana impak lakonan yang ditinggalkan oleh Ogy.

"Saya sudah berusaha untuk memberikan penghayatan terbaik tanpa asas dan pengalaman lakonan di dada.

"Tidak adil jika orang membandingkan lakonan saya dengan Ogy kerana beliau hebat dan berpengalaman berbanding pelakon baru seperti saya," katanya.

Malah, terdapat juga beberapa pihak yang mengatakan lakonan Neelofa di dalam filem itu adalah kurang berjaya kerana gagal dalam menghayati watak utama itu dengan penuh perasaan.

Menerima kritikan, cabaran dan kesulitan yang diterima untuk menggalas watak itu, Neelofa melihat semua itu dari sudut yang positif dan sangat berguna untuk perkembangan kerjaya lakonannya.

Selain Neelofa dan gandingannya Shahrizal Jaszle sebagai Zack, filem arahan Aziz M. Osman itu turut dibintangi Afdlin Shauki, Erma Fatima, Afida Es dan Nini Marlini.

Azura 2012 akan ditayangkan kepada umum bermula Khamis ini di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Oleh: NAIMAH SHAARI

‘Hantu Kak Limah’ Cedera Kena Samun!

Posted: 31 Jan 2012 10:39 PM PST



Pelakon watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika aktres berusia 55 tahun itu memandu Toyota Vios bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Puchong selepas tamat sesi penggambaran di Gombak.

Menurutnya, sebaik berhenti di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil yang bertukar merah, tiba-tiba dia terdengar dentuman pada bahagian kiri keretanya.

"Pada mulanya saya sangka kereta saya dilanggar. Pada masa sama, saya melihat dua lelaki bermotosikal memecut meninggalkan kawasan itu dan seorang daripada mereka memegang beg tangan saya.

"Kemudian, lengan kiri saya terasa pedih dan mendapati ia berdarah akibat terkena serpihan cermin kereta yang dipecahkan. Ketika itu baru saya sedar menjadi mangsa samun," katanya. (Harian Metro)

Skandal cinta, Johan, Nabila

Posted: 31 Jan 2012 10:33 PM PST


AKTOR muda Johan Ariff As'ari, 26, yang makin popular nampaknya tidak kering dengan gosip-gosip hangat. Setiap kali berlakon dalam drama, namanya pasti dikaitkan dengan heroin drama tersebut.

Selepas berpatah arang dengan aktres Izreen Aminda dan gosip kononnya bercinta dengan Fasha Sandha ketika berlakon dalam drama Cinta Elysa, terbaru Johan dikatakan intim dengan dengan aktres gandingan dalam drama yang sedang hangat ditayangkan kini, Pelangi Kasih iaitu Nabila Huda, 27.

Ketika Kosmo! bertemu dengan mereka pada majlis Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil, baru-baru ini terlihat jelas kemesraan dan keakraban mereka. Johan yang kini tampil dengan imej Botak kerana penggambaran filem Juvana tenang menjawab segala persoalan skandal cintanya, begitu juga dengan Nabila.

Kosmo!: Benarkah Johan kini sedang bercinta dengan Nabila?

JOHAN: Bercinta itu tidak tetapi bersahabat itu ya. Kami memang rapat sejak berlakon sebagai pasangan suami isteri dalam drama Pelangi Kasih.

Apa yang membuatkan Johan suka bersama dengan Nabila?

Kebetulan kami lahir pada bulan yang sama dan bernaung di bawah bintang yang sama iaitu Sagittarius, saya lahir pada 3 Disember, manakala dia 2 Disember, jadi perangai kami agak sama terutamanya, kelam-kabut. Dia macam saya, dan saya macam dia, cuma beza saya lelaki dan dia perempuan. Bila perangai sama, semua benda jadi mudah dan serasi. Dia sangat peramah dan selalu memberi nasihat dan tunjuk ajar pada saya. Setakat ini, dia antara kawan perempuan yang rapat dengan saya.

Setiap kali berlakon drama sudah menjadi tradisi Johan akan rapat dan mempunyai skandal dengan aktres yang digandingkan. Sengaja bikin skandal untuk gimik menaikkan rating drama atau memang benar bersahabat dengan Nabila?

Saya lebih selesa orang menilai saya kerana bakat lakonan bukannya gosip, tetapi perkara seperti ini di luar kawalan saya. Cinta dan berkawan tidak boleh dipaksa, apa yang mampu saya buat adalah berlaku jujur dan memang saya bersahabat dengan Nabila, itu bukan satu gimik. Saya rasa saya tidak salah untuk berkawan dengannya.

Jika ditakdirkan, bercinta dengan Nabila bagaimana?

Saya serah jodoh di tangan Allah, saya terima siapa sahaja yang ditentukan sebagai jodoh saya.

BAGI Johan, Nabila adalah merupakan versi perempuan dirinya.




SEMENTARA itu, Nabila yang duduk di sebelah Johan juga mengakui dia memang sedang berkawan rapat dengan Johan dan tidak menolak andai suatu hari nanti mereka ditakdirkan jatuh cinta.

Kosmo!: Johan kini kawan lelaki paling rapat Nabila?

NABILA: Ya, sepanjang berlakon belum pernah rapat dengan pelakon lelaki sepertinya, ini kali pertama saya jumpa orang seperti Johan dan saya bersyukur kerana dia menjadi kawan saya.

Bagaimana boleh rapat dengan Johan?

Kami berlakon sama dalam drama Pelangi Kasih, pada mulanya dia seorang yang pendiam dan sangat pemalu. Saya bimbang, jika kami tidak serasi di luar set penggambaran, nanti nampak kekok apabila berlakon. Jadi, saya yang mula menegurnya dan akhirnya kami rapat sehingga hari ini.

Kenapa suka berkawan dengan Johan?

Perangai kami sama, apabila kami berjumpa kami jadi diri sendiri, mungkin sebab itu kami senang berkawan. Dia kawan yang baik dan setakat hari ini tidak pernah ada kawan lelaki lain yang cukup rapat dengan saya selain Johan.

Johan di mata Nabila?

Dia seorang yang kelakar dan baik. Walaupun perangai kami sama tetapi ada banyak perkara yang terlalu bertentangan dengan saya seperti cara hidup kami yang berbeza. Saya sudah lama dalam bidang seni dan dia masih baru, ada perkara yang dia tahu dan saya tidak tahu, jadi kami banyak belajar antara satu sama lain.

Kalau kalian ditakdir bercinta dan ditemukan jodoh?

Apa yang saya tahu setakat hari ini hubungan kami tidak sampai tahap bercinta tetapi saya tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Saya tidak boleh halang jika perasaan itu timbul. Jodoh di tangan Allah, saya terima jika itu yang berlaku.

Ular sawa punca bilangan haiwan kurang

Posted: 31 Jan 2012 10:18 PM PST


 BEBERAPA penyelidik Universiti Florida memegang seekor ular sawa seberat 73.6 kilogram di Taman Negara Everglades, Florida pada 14 November 2009.



WEST PALM BEACH, Amerika Syarikat (AS) - Hasil satu kajian kelmarin mendapati populasi rakun, oposum, kucing hutan dan mamalia lain hampir pupus di Taman Negara Everglades, Florida dan kawasan sekitarnya kerana dibaham ular sawa bersaiz besar terutamanya ular sawa Burma.

Kajian tersebut yang disiarkan dalam Pembentangan Akademi Sains Kebangsaan kelmarin mendapati terdapat pengurangan drastik hingga 99 peratus dalam bilangan mamalia bersaiz sederhana di Everglades yang banyak dihuni ular sawa.

Menurut laporan berkenaan, kebanyakan ular sawa itu merupakan haiwan peliharaan yang dibuang kerana menjadi terlalu besar.

Saintis-saintis bimbang ular-ular sawa itu akan menjejaskan rantaian makanan di Everglades, negeri Florida sekali gus merosakkan imbangan alam sekitar dalam bentuk yang sukar untuk diramalkan.

"Kesan kemerosotan populasi mamalia ke atas keseluruhan ekosistem Everglades yang melangkaui sempadan taman negara adalah mendalam," kata seorang pengarang bersama kajian berkenaan dari Universiti Virginia Tech, John Willson.

Puluhan ribu ekor ular sawa Burma yang berasal dari Asia Tenggara, dipercayai hidup dan membiak dengan cepat kerana iklim panas lembap di Everglades.

Ular sawa Burma boleh membesar hingga 8 meter panjang dan berat lebih 90 kilogram dengan ia mampu membaham haiwan bersaiz besar termasuk buaya.

Perkhidmatan Taman Negara AS merekodkan sebanyak 1,825 ular sawa itu telah ditangkap di sekitar Taman Negara Everglades sejak tahun 2000.

Antara yang terbesar setakat ini adalah seekor ular sawa Burma sepanjang lima meter dengan berat sekitar 70kg dan sepanjang lima meter yang ditangkap pada awal bulan ini. - Agensi

David Hasselhoff sekali lagi lamar kekasihnya

Posted: 31 Jan 2012 10:16 PM PST


 DAVID HASSELHOFF melutut di depan kekasihnya, Hayley Roberts di menara Jambatan Pelabuhan Sydney semalam.



SYDNEY, Australia - Bintang drama bersiri Baywatch dan Knight Rider, David Hasselhoff semalam sekali lagi melamar kekasihnya, Hayley Roberts yang 28 tahun lebih muda daripadanya di menara Jambatan Pelabuhan Sydney.

Hasselhoff, 59, menghantar berita lamaran itu melalui akaun Twitternya tetapi membiarkan pengikutnya meneka bagaimana kekasihnya yang merupakan seorang pekerja kilang Wales dam berusia 31 tahun memberikan reaksi tentang lamaran perkahwinannya.

"Mencuba sekali lagi di menara Jambatan Pelabuhan Sydney. Apa yang anda fikir apa yang dia ucapkan?" kata Hasselhoff di Twitter dengan fotonya menunjukkan dia berada dalam dalam keadaan melutut di depan kekasihnya itu.

Satu lagi gambar menunjukkan dia berpelukan dengan kekasihnya itu di menara jambatan ikon Sydney itu.

Menurut laporan, Hasselhoff yang merupakan bapa kepada dua anak itu telah berkahwin sebanyak dua kali. Dia pernah melamar kekasihnya sebelum ini di bilik persalinan program pencarian bakat televisyen, Britain's Got Talent dan di puncak sebuah gunung di Cape Town, Afrika Selatan.

Hasselhoff berada di sini untuk penggambaran rancangan televisyen realiti, Celebrity Apprentice Australia. - AFP

Monteiro menang ratu cantik gemuk

Posted: 31 Jan 2012 10:13 PM PST


 BEBERAPA peserta pertandingan Ratu Cantik Tambahan Saiz termasuk Barbara Monteiro (kanan).



SAO PAULO, Brazil - Seorang wanita yang mempunyai tubuh yang gempal, Barbara Monteiro menang pertandingan Ratu Cantik Tambahan Saiz di sini kelmarin, lapor agensi berita AP.

Dia mewakili negeri Mato Grosso do Sul dalam pertandingan yang disertai sejumlah peserta termasuk ibu yang memiliki tubuh yang besar.

Dalam pertandingan itu, para peserta turut bertanding dengan memakai pakaian bikini. - Agensi

Gambar mumia berpenyakit kanser dipamerkan

Posted: 31 Jan 2012 10:11 PM PST

 
IMEJ mumia yang dikesan mempunyai kes penyakit kanser prostat.

LISBON, Portugal - Satu mumia yang mempunyai kes kanser prostat dan hidup pada zaman Mesir purba dipamerkan di sini sejak Isnin lalu.

Seorang profesor Amerika Syarikat dari Universiti Amerika di Kaherah, Mesir, Salima Ikram menyatakan, penemuan penyakit kanser prostat itu pada mumia berusia 2,200 tahun lalu itu menunjukkan penyakit tersebut berpunca daripada genetik dan bukan disebabkan alam sekitar.

Menurutnya, mumia itu adalah seorang lelaki berusia 40-an.

Mumia itu adalah yang kedua di dunia yang diketahui menghidap penyakit tersebut.

Menurut satu kenyataan universiti itu, kes penyakit itu yang paling tua adalah daripada tulang berusia 2,700 tahun yang merupakan milik seorang raja di Rusia. - Agensi

Djokovic fokus Terbuka Perancis, Sukan Olimpik

Posted: 31 Jan 2012 10:06 PM PST

 
DJOKOVIC yakin dengan kemampuannya untuk menjuarai gelaran Terbuka Perancis tahun ini.

BELGRADE - Juara Terbuka Australia, Novak Djokovic menegaskan fokus utamanya tahun ini adalah untuk memenangi gelaran pada Sukan Olimpik 2012 di London dan Terbuka Perancis.

Kejayaan merangkul trofi Terbuka Perancis bakal melengkapkan koleksi empat gelaran Grand Slam selepas Djokovic memenangi Terbuka Australia, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat.

Setakat ini, satu-satunya kejohanan yang masih belum dimenangi Djokovic adalah gelaran Terbuka Perancis selepas terkandas pada saingan separuh akhir buat kali ketiga berturut-turut tahun lalu.

"Kejohanan Grand Slam (Terbuka Perancis) dan Sukan Olimpik adalah keutamaan saya tahun ini," kata pemain No. 1 dunia itu semalam.

"Secara jujurnya, kemenangan di Roland Garros adalah keutamaan saya tetapi impian saya tidak berubah. Saya mahu memenangi semua kejohanan yang saya sertai.

Pemenang lima gelaran Grand Slam itu yakin dengan kemampuan untuk memenangi Terbuka Perancis.

"Saya berada di prestasi terbaik. Saya yakin, saya akan mara ke final," katanya.

Kemenangan di gelanggang tanah liat pada tahun lalu pada Masters di Madrid dan Rom telah melonjakkan keyakinan Djokovic untuk menjadi pemain pertama yang memenangi kesemua gelaran Grand Slam, empat gelaran major dalam tahun yang sama sejak Rod Laver dari Auatralia pada tahun 1969.

Selain itu, pemain berusia 24 tahun tersebut juga memberi fokus pada Sukan Olimpik dan menganggap ia sebagai kejohanan paling berprestij dalam sejarah sukan dunia.

"Semua pemain akan memberikan yang terbaik untuk menang (Sukan Olimpik)," kata pemain Serbia itu. - AFP

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Realistic Attraction Sdn Bhd

Posted: 31 Jan 2012 05:57 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-kHmBAQbSpKY/TyTQHqWXF-I/AAAAAAAADps/FvNh_Lt63Tw/s1600/Jawatan%2BKosong%2BRealistic%2BAttraction%2BSdn%2BBhd.jpg

Realistic Attraction Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh BCIC Holdings Sdn Bhd memerlukan calon untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

1. EKSEKUTIF PROJEK
2. EKSEKUTIF TEKSTIL TEKNOLOGI
3. PEMBANTU EKSEKUTIF PROJEK

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
1. Calon-calon yang berminat adalah dipelawa memohon dengan menyertakan :
- Salinan Sijil/Sekeping gambar berukuran passport/Resume (Butir-butir Peribadi)
- Permohonan hendaklah dihantar kepada :

Pengurus Realistic Attraction Sdn Bhd
Tingkat 1, Kompleks Dagangan Mahkota
Sektor 2, Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan

Tel : 09-573 9977

Tarikh Tutup Permohonan Pada 15 FEBRUARI 2012.

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Posted: 31 Jan 2012 05:42 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-QJFkk4MlkNQ/TyNwFhpvzII/AAAAAAAADoY/VkgwNw43Urg/s1600/Jawatan%2BKosong%2BAgensi%2BKaunseling%2B%2526%2BPengurusan%2BKredit%2B%2528AKPK%2529.png 

An Agency set up by Bank Negara Malaysia in April 2006 to provide financial education, credit counselling, and debt management services to individuals is urgently looking for dynamic and suitable candidates to take up the challenge as:

1. Manager Human Resource
2. Senior IT Executive
3. Credit Counsellor

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS & APPLY ONLINE

Closing Date: 24 February 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Posted: 31 Jan 2012 05:29 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-5MulxIUq4JE/TyMaqIme3aI/AAAAAAAADms/7yHfvga99xw/s1600/Jawatan%2BKosong%2BTentera%2BLaut%2BDiraja%2BMalaysia%2B%2528TLDM%2529.png

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa belia dan beliawanis tanahair untuk berkhidmat sebagai anggota TLDM peringkat rendah (Lain-Lain Pangkat) lelaki dan wanita di dalam pelbagai kepakaran dan cawangan.

Sila hadir di pusat pemilihan yang tercatat seperti Jadual Pemilihan. Waktu pendaftaran dibuka mulai jam 0830 pagi hingga 1000 pagi, permohonan tidak akan diterima selepas tamat waktu pendaftaran. Pemohon dikehendaki berpakaian sukan, baju 'T' berkolar, seluar panjang sukan, berkasut sukan dan berstokin.

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT & LOKASI JADUAL PEMILIHAN

a. Pemohon dikehendaki membawa bersama siil dan dokumen ASAL.Kad Pengenalan (MY Kad), Sijil Kerakyatan Malaysia (jika ada), Sijil Kelahiran Pemohon, Penyata/Sijil SPM/SPMV/SKM/PMR, Sijil Berhenti Sekolah (tamat tingkatan 5), Sijil Penglibatan Sukan/Persatuan dan Sijil Akademik lain.

b. Pemohon juga dikehendaki membawa bersama sekeping gambar terbaru berukuran passport (gambar tidak akan dikembalikan) dan sampul surat berukuran 16 sm x 32 sm bersetem RM1.00 beralamat sendiri.

c. Kepada pemegang Kad Pengenalan Sementara, kemasukan untuk menyertai ATM ditangguhkan sehingga pemohon memiliki MY Kad.

Tarikh Tutup Pemilihan Dijalankan 11 Februari - 28 Februari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Posted: 31 Jan 2012 05:23 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-_6vQI4XHyEo/TyE097uKgYI/AAAAAAAADls/WEL5iqrdjCA/s1600/Jawatan%2BKosong%2BInstitut%2BKefahaman%2BIslam%2BMalaysia%2B%2528IKIM%2529.jpg

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).

1. Pegawai Tadbir [Gred 41 (1-1)]
2. Juruteknik [Gred 17 (4-1)]
*Klik Nama Jawatan Untuk Syarat Kelayakan

Cara Memohon:-
1. Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-

a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR

(up: Bahagian Pentadbiran)
Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189

sebelum atau selewat-lewatnya pada 14/02/2012 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.

Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 14 Februari 2012

Ghaib lepas wuduk

Posted: 31 Jan 2012 05:14 PM PST


MELAKA: Seorang anggota tentera yang dijadual melangsungkan perkahwinan Mac depan hilang di jirat Cina, di sini, ketika dalam perjalanan mendapat rawatan tradisional akibat masalah kemurungan.

Ketika kejadian pada kira-kira jam 8 malam Ahad lalu, Lans Koperal Mohd Khairul Nizam Majid, 29, yang bertugas di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Bukit Beruang, dekat sini, dikatakan dalam keadaan separuh sedar ketika dibawa menaiki kereta oleh tiga rakannya.

Abangnya, Zamri Majid, 43, berkata, dia diberitahu oleh seorang daripada rakan Mohd Khairul Nizam, adiknya itu kelihatan murung dan gelisah kebelakangan ini.

"Pada petang hari kejadian, adik saya dibawa ke Telok Mas untuk mendapatkan rawatan perubatan Islam, namun selepas tiba di kem pada waktu Maghrib, dia kelihatan semakin gelisah dan resah.

"Tiga rakannya mahu membawa dia mendapatkan rawatan tradisional dan kira-kira jam 8 malam ketika dalam perjalanan, Nizam meminta kenderaan berhenti di stesen minyak di Sungai Putat untuk membuang air," katanya.

Bagaimanapun, kata Zamri, adiknya yang ketika itu memakai pakaian seragam tentera terus mengambil wuduk dan kembali menuju ke kereta, tetapi tidak memasuki kenderaan itu, sebaliknya terus berjalan ke arah jalan raya.

"Rakan yang menyedari tindakan pelik Nizam cuba mengejarnya, namun dia terus menuju ke arah jirat Cina terletak kira-kira 500 meter dari stesen minyak itu sebelum gagal dikesan," katanya.

Ibunya, Jamilah Mahadi, 66, berkata, dia dan suami, Majid Jadi, 74, dimaklumkan mengenai kehilangan anak bongsu daripada lapan beradik itu selepas empat anggota tentera terbabit datang ke rumahnya di Felda Sungai Kelamah, Negeri Sembilan, jam 5 petang kelmarin.

"Seorang daripada mereka bertanya sama ada anak saya ada pulang ke rumah sebelum saya terus menangis dan menghubungi anak lain apabila anggota berkenaan mengatakan Nizam hilang ketika dibawa menerima rawatan akibat kemurungan," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, dia hairan apabila dimaklumkan anak bongsunya gelisah dan menghadapi tekanan perasaan memandangkan sebelum ini tiada perubahan sikap ditunjukkannya ketika kali terakhir pulang ke kampung pada cuti Tahun Baru Cina, minggu lalu.

"Ketika itu dia kelihatan gembira, malah sempat membawa tunangnya membeli barang hantaran dan menempah pakaian perkahwinan.

"Dia memang pendiam, tetapi jika ada masalah pasti akan memberitahu saya.

"Malah, dia sempat menghadiri majlis tahlil di rumah tunangnya pada 23 Januari lalu sebelum pulang ke Kem Bukit Beruang pada keesokan hari," katanya.

Jamilah berkata, kali terakhir anaknya itu menghubunginya pada 24 Januari lalu menyatakan selamat tiba di kem, namun mulai bimbang apabila sejak hari itu tiada khabar berita dan panggilan telefon juga tidak dijawab.

Sementara itu, Pegawai Ops Bantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka, Mohd Kamil Hassan berkata, operasi mencari Mohd Khairul Nizam mula dilakukan jam 8.45 malam kelmarin membabitkan 60 anggota dan sehingga jam 9 malam tadi, dia masih belum ditemui. -metro-

No comments: