Wednesday 1 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


Senarai Pemenang Screen Actors Guild (SAG) Awards 2012

Posted: 30 Jan 2012 11:14 PM PST



Screen Actors Guild Awards (SAG Awards) kembali dijalankan di Los Angeles, California, 29 Januari 2012. Menurut agensi berita Reuters, filem 'The Help' berjaya mengalahkan pesaing terhebatnya 'The Artist' sebagai Filem Terbaik.

Mari kita lihat senarai pemenang-pemenang SAG Awards 2012

FILEM PERDANA

Persembahan Terbaik Aktor Lelaki Untuk Peranan Utama
JEAN DUJARDIN / The Artist

Persembahan Terbaik Aktres Wanita Untuk Peranan Utama
VIOLA DAVIS / The Help

Persembahan Terbaik Aktor Lelaki Untuk Peranan Pembantu
CHRISTOPHER PLUMMER / Beginners

Persembahan Terbaik Aktres Wanita Untuk Peranan Pembantu
OCTAVIA SPENCER / The Help

Persembahan Terbaik Untuk Barisan Pelakon Dalam Filem
THE HELP



 TELEVISYEN

Persembahan Terbaik Aktor Lelaki Dalam Filem Untuk Siaran TV atau  Mini Siri
PAUL GIAMATTI / Too Big to Fail

Persembahan Terbaik Aktres Wanita Dalam Filem Untuk Siaran TV atau  Mini Siri
KATE WINSLET / Mildred Pierce

Persembahan Terbaik Aktor Lelaki Dalam Siri Drama
STEVE BUSCEMI / Boardwalk Empire

Persembahan Terbaik Aktres Wanita Dalam Siri Drama
JESSICA LANGE / American Horror Story

Persembahan Terbaik AktorLelaki Dalam Siri Komedi
ALEC BALDWIN / 30 Rock

Persembahan Terbaik Aktres Terbaik Dalam Siri Komedi
BETTY WHITE / Hot in Cleveland


Persembahan Terbaik Barisan Pelakon Dalam Siri Drama
BOARDWALK EMPIRE

Persembahan Terbaik Barisan Pelakon Dalam Siri Komedi
MODERN FAMILY


Penghargaan Anugerah SAG  Untuk Barisan Pelakon Lagak Ngeri


Persembahan Lagak Ngeri Terbaik Untuk Barisan Pelakon Dalam Filem
HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS : PART 2


Persembahan Lagak Ngeri Terbaik Untuk Barisan Pelakon Dalam Siri TV
GAME OF THRONES


Anugerah Pencapaian Seumur Hidup

MARY TYLER MOORE


 credit to sagawards

5 Bahan Untuk Percepat Rambut Panjang

Posted: 30 Jan 2012 09:47 PM PST



Banyak yang setuju wanita berambut panjang kelihatan lebih seksi. Untuk memanjangkan rambut secara semulajadi memang harus sabar menunggu.

Trik agar rambut lebih cepat tumbuh adalah dengan merangsang rambut menggunakan bahan-bahan alami. Ingin tahu bahan-bahan apa saja yang boleh dimanfaatkan untuk memanjangkan rambut lebih cepat? Ini dia seperti dirangkum dari Beauty Hill.

1. Kulit Epal
Kulit epal mempunyai beberapa vitamin asas yang boleh meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala. Ketika peredaran berjalan lancar, maka akan berpengaruh baik pada pertumbuhan rambut.

Buah yang kaya polifenol ini dapat memerangi masalah rambut gugur. Kulit epal dapat menjadikan rambut lebih sihat dan bernutrisi. Cara rawatan, haluskan kulit epal, lalu oleskan pada rambut. Diamkan selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas sampai bersih.

2. Minyak Zaitun
Sejak nenek moyang dulu, minyak zaitun telah dipercayai sebagai rawatan mujarab untuk merawat rambut. Minyak zaitun tidak hanya dapat menghaluskan rambut, namun boleh meningkatkan proses pertumbuhan rambut.

Cara aplikasi minyak zaitun, titiskan 4 hingga 5 titis minyak zaitun setelah keramas, lalu pijatlah kulit kepala. Diamkan semalaman agar kandungan minyak zaitun diserap pada kulit kepala. Pada pagi harinya, cuci rambut hingga bersih.

3. Teh Hijau
Teh hijau sangat baik untuk meningkatkan pertumbuhan rambut. Kandungan antioksidan yang tinggi pada teh hijau membuat peredaran darah ke rambut menjadi lebih baik. Selain itu, teh hijau juga berfungsi untuk membuat pertumbuhan rambut lebih cepat dan sihat.

Cara rawatan adalah dengan menyeduh teh hijau, lalu balurkan pada kulit kepala dan seluruh rambut. Kemundian bungkus rambut menggunakan tuala, tunggu sehingga 20 minit, kemudian bilas sampai bersih.

4. Santan

Salah satu teknik yang paling popular digunakan untuk meningkatkan pertumbuhan rambut adalah aplikasi santan ke kulit kepala. Guna 300 hingga 500 ml santan ke kulit kepala dan rambut. Tutup rambut dengan tuala hangat dan diamkan selama 15 hingga 20 minit, bilas dengan air sejuk.

Dengan melakukan rawatan ini, rambut juga akan menjadi lebih lembut dan berkilat. Bila dilakukan secara teratur, dapat dilihat hasil yang ketara dalam pertumbuhan rambut. Lakukan proses ini tiga hingga empat kali dalam seminggu.

5. Telur

Cara lain untuk menumbuhkan rambut adalah dengan kuning telur. Guna kuning telur pada rambut dan kulit kepala. Kemudian, pijatlah kulit kepala selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, cuci rambut hingga bersih dengan menggunakan syampu, agar tidak meninggalkan aroma amis pada rambut. Ada baiknya, melakukan proses ini tiga hingga empat kali dalam seminggu.


credit to http://www.wolipop.com

5 Artis Cantik Korea Yang Mati Bunuh Diri

Posted: 30 Jan 2012 09:35 PM PST

Menjadi seorang selebriti belum tentu bahagia, pelbagai tekanan yang besar boleh membuat seorang selebriti kemurungan. Di Korea beberapa selebriti memutuskan untuk menamatkan tekanan tersebut dengan bunuh diri.

Merasa sudah mengeluarkan segala usaha untuk menjadi pelakon terkenal namun berakhir dengan hanya menjadi figuran membuat tekanan tersebut semakin besar.

Dari sekian banyak selebriti Korea yang bunuh diri, beberapa di antaranya mempunyai wajah cantik, namun tetap tidak boleh hidup. Inilah 5 di antaranya.

1. Lee Eun Joo



Lee Eun Joo lahir di Korea, 16 November 1980. Ia menamatkan hidup dengan menghiris nadi dan menggantung dirinya beberapa hari selepas lulus dari universiti, 22 Februari 2005. Di usianya yang ke-24 itu ia bunuh diri, dipercayai kerana insomnia setelah melakoni adegan bogel dalam siri 'The Scarlett Letter'.

Eun Joo yang berperanan dalam 10 filem dan 4 siri itu meninggalkan surat yang ditulisnya dengan darah bertulis, "Bu, aku minta maaf, aku mencintaimu. Aku ingin berbuat banyak. Meski aku hidup, aku tidak benar-benar hidup. Aku tidak mahu kecewa. senang punya wang, aku ingin wang. "

2. Jung Da Bin




Jung Da Bin bukan hanya popular di Korea tetapi juga di Taiwan. Namun pelakon cantik ini bunuh diri di pangsapuri kekasihnya dengan menggantung diri dengan tuala di bilik mandi. Jung Da Bin tewas 10 Februari 2007, hanya beberapa minggu sebelum ulang tahunnya yang ke-27.

Da Bin yang pernah membintangi video klip Baek Jiyoung 'Sarang Ahn Hae' itu diduga kemurungan berat sampai akhirnya memutuskan mengakhiri hidup.

3. Woo Seung Yeon



Pelakon Woo Seung Yeon memulakan kariernya sebagai model majalah dan bintang iklan. Ia khabarnya kemurungan berat setelah berkali-kali gagal dalam audisi. Seung Yeon ditemui tergantung di rumahnya di kawasan Jamsil, Seoul 28 April 2009.

Sebelumnya Seung Yeon sempat menghantar mesej ringkas pada saudara perempuannya untuk meminta maaf. Beliau juga menulis dalam buku hariannya, "Aku mencintai keluargaku. Maafkan kerana aku perlu pergi lebih dulu."

4. Jang Ja Yeon



Ang Ja Yeon dikenali dalam peranannya di drama fenomenal 'Boys Before Flowers' sebagai ahli trio pecinta F4 yang selalu menyeksa Geum Jan Di. Ja Yeon ditemui tergantung di rumahnya. Ia memutuskan menamatkan hidup setelah kemurungan kerana berkali-kali mengikuti audisi tapi tetap tak mendapat peranan utama.

Kes bunuh dirinya itu semakin meningkat naik kerana ia menulis 7 laman mengenai gangguan seksual yang dialaminya demi mendapatkan peranan. Dalam tulisannya, Ja Yeon juga menulis lebih daripada 20 nama besar di dunia hiburan dan pemimpin media yang pernah mengganggu atau menyiksanya secara fizikal.

5. Choi Jin Sil



Pelakon yang pernah meraih banyak penghargaan Choi Jin Sil ini bunuh diri di usianya yang ke-39. Meski kariernya berjaya, Jin Sil menjalani hidup yang rumit. Ia menjadi saksi hidup atas manajernya yang dibunuh oleh road manager-nya. Ia mengalami kekerasan dalam rumah tangga ketika hamil sampai akhirnya bercerai.

Jin Sil akhirnya menamatkan hidup dengan gantung diri di rumahnya di Seoul, meninggalkan dua anak. Setelah kematiannya, rakan sesama selebriti Korea membuat lembaga amal yang diberi nama 'The Choi Jin Sil Foundation'.

PANAS! Gambar Bikini Vanessa Hudgens Tertanggal di Depan Awam

Posted: 30 Jan 2012 09:28 PM PST



Vanessa Hudgens mengalami kejadian yang cukup memalukan, bikini yang dia kenakan tiba-tiba melorot saat berlibur di pantai
Hawaii.

Bintang HIGH SCHOOL MUSICAL ini membuat orang sekitar langsung terbeliak. Untung, Vanessa bergerak pantas dengan segera menutupi kedua-dua payudaranya dengan kedua-dua tangan. Berusaha tetap tenang, bahkan Vanessa sempat tersenyum menyembunyikan wajah merah padamnya.

Kekasih Austin Butler ini pun segera berlari ke tempat yang selamat untuk memasangnya kembali. Setelah selesai semua, Vanessa pun kembali tampil cantik dengan bikini tersebut serta berusaha bersikap seolah tak ada apa-apa.

Saat kejadian, kekasih Vanessa kelihatan menghilang saat insiden tersebut berlaku. Lawatan Vanessa ke Hawaii selain bercuti dirinya melakukan pengambaran untuk filem terbarunya JOURNEY 2: THE MYSTERIOUS ISLAND selama 10 hari.





sumber : infospesial

JoHaRa bikin Pagi Era semakin meletup!

Posted: 30 Jan 2012 09:11 PM PST



Setelah Aznil Nawawi atau Pak Nil meninggalkan segmen Riuh Pagi Era, pendengar setia stesen radio Era FM dihidangkan pula dengan slot baru iaitu JoHaRa Pagi Era.
JoHaRa ialah singkatan yang merujuk kepada nama tiga penyampai bagi segmen tersebut iaitu Johan, Haniff dan Ray.

Walaupun kolaborasi ini baru sahaja menjalankan tugasan mereka sejak 1 Januari lalu, ternyata gandingan ketiga-tiga penyampai ini berjaya menampilkan kelainan yang mampu memberi kejutan buat pendengar setia sekali gus menarik minat pendengar lain untuk memilih stesen tersebut.

Jika sebelum ini slot Pagi Di Era pernah dikendalikan nama-nama yang berpengaruh seperti Aznil, Allahyarham Din Beramboi, Kieran dan Khairil Rashid, kini tugas tersebut disandarkan pula kepada Johan untuk mengembalikan kegemilangan stesen radio itu.

Johan yang merupakan bekas peserta bagi program realiti Raja Lawak musim pertama kini sedang menjalani proses menyesuaikan dirinya dengan tugasan sebagai penyampai di konti bersama Ray dan Haniff yang lebih berpengalaman.

Menurutnya, walaupun sebelum ini dia tidak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar penyampai, tawaran yang diberikan tidak dilepaskan begitu sahaja.

Malah, Johan mengakui dirinya kini sudah jatuh cinta dengan kariernya itu.

"Walaupun saya tidak mempunyai sebarang pengalaman sebagai seorang penyampai, ianya tidak memberi sebarang masalah dengan kelebihan yang ada pada saya.

"Mujur saya seorang yang banyak bercakap dan ianya sedikit sebanyak dapat membantu saya menyesuaikan diri dengan kerja ini," katanya.

Johan yang dikenali dengan lawak spontannya itu juga menyatakan bahawa komitmen sebagai seorang penyampai yang mengendalikan segmen pagi tidaklah semudah yang difikirkan, tambahan pula dia juga merupakan seorang pelakon.

"Secara positif, saya memandang komitmen ini sebagai satu rutin harian yang mendisiplinkan diri. Walaupun terpaksa korbankan waktu rehat, saya masih lagi sayangkan karier ini," ujarnya.

Menyentuh tentang kerjasama bersama Ray dan Haniff, Johan menyatakan dia tidak mengambil masa yang lama untuk mewujudkan keserasian antara mereka.

"Saya selesa bekerja dengan mereka berdua dan toleransi yang ada membuatkan kami cepat mesra dan senang sepanjang berada di konti. Sebagai orang baru, banyak perkara yang saya belajar daripada mereka.

"Walaupun masih baru dalam bidang ini, saya akan lakukan yang terbaik supaya JoHaRa Pagi Di Era menjadi lebih mantap seterusnya dapat menaikkan nama stesen radio Era FM ke peringkat yang lebih baik," katanya.


Pengalaman mengajar Haniff


Berkongsi pengalaman perjalanan awal bergelar penyampai, Haniff Hamzah atau lebih dikenali sebagai Haniff menyatakan penglibatannya dalam bidang itu bermula dengan bertugas sebagai skuad X Fresh FM pada 2005.

"Saya mengambil keputusan untuk mencuba nasib sebagai penyampai di Era FM apabila mereka sedang mencari pengganti arwah Din Beramboi.

"Tak sangka saya terpilih dan peluang yang diberikan tidaklah saya sia-siakan begitu sahaja," ujarnya.

Pada 2010, Haniff memulakan tugasnya sebagai penyampai pada segmen pagi di Era FM bergandingan bersama Aznil dan Ray.

"Bekerja bersama Pak Nil sememangnya memberi saya banyak pengajaran dan pengalaman yang berharga dan dari situlah saya belajar sedikit sebanyak pengetahuan tentang bidang penyampai.

"Pak Nil yang berpengalaman dalam bidang ini sentiasa memberi kami tunjuk ajar dan kami amat selesa bekerja bersama beliau," katanya.

Menyentuh tentang segmen terbaru, JoHaRa Pagi Di Era, Haniff menyatakan ianya merupakan satu pengalaman baru dan kelainan yang dilakukannya bersama Ray dan Johan untuk meneruskan kegemilangan segmen pagi di stesen radio itu.

Katanya, sebagai kapten segmen itu, dia perlu mengawal dan memastikan semua yang dirancang berjalan dengan lancar bersama Ray dan Johan.

"Sebelum ke udara, perbincangan antara penyampai pagi akan diadakan supaya semuanya akan berjalan seperti yang dirancang.

"Setakat ini, saya dan Ray serta Johan telah berikan yang terbaik untuk menarik minat pendengar supaya terus setia bersama kami dan saya yakin segmen ini akan terus menceriakan pagi pendengar," katanya.

Haniff berkata, karakter berbeza yang dibawa oleh mereka juga telah memberi kelainan yang berupaya menceriakan segmen pagi itu.


Ray lakukan yang terbaik

Bagi Shahreza Mohd Shah atau Ray, pengalaman bertugas sebagai Skuad Era bermula 2005 banyak memberinya pendedahan untuk mendekati pendengar.

"Dua tahun saya bertugas sebagai Skuad Era serba sedikit mengajar saya untuk berinteraksi bersama pendengar dan dari situlah saya mula meminati bidang penyampaian radio.

"Pada 2008, saya pernah digandingkan bersama Haniff sebagai penyampai X Fresh FM dan kemudian pada tahun berikutnya kami menyertai Era FM," katanya.

Ray berkata, keserasian gandingannya bersama Haniff membuatkan mereka senang untuk bekerjasama dan selesa sepanjang bertugas di konti mahupun di luar konti.

"Pengalaman yang tidak akan saya lupakan adalah semasa mengendalikan segmen pagi bersama Haniff dan Pak Nil.

"Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada kami dan saya amat berbangga dapat bekerjasama dengan beliau yang menjadikan segmen kami lebih menarik," kata Ray.

Bagi JoHaRa Pagi Di Era, Ray berpendapat segmen tersebut sememangnya dapat memberi impak berbeza daripada segmen pagi sebelumnya.

Lebih-lebih lagi dengan kemunculan Johan yang sentiasa memberi keceriaan pada ruangan pagi itu.

"Maklum balas yang kami terima daripada pendengar sepanjang mengendalikan segmen ini amatlah positif, malah kami juga menerima banyak panggilan daripada pendengar baru.

"Ini telah membuktikan pendengar gembira dengan segmen ini dan kami akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk meneruskan kejayaan ini sehingga stesen radio Era FM menjadi stesen radio nombor satu di hati pendengar," katanya. -MH-

Senarai Pemenang Anugerah PPMH2011/2012 Media Hiburan

Posted: 30 Jan 2012 09:08 PM PST



Luar biasa! Itulah yang dapat digambarkan terhadap sambutan untuk Konsert Anugerah PPMH2011/2012 yang diadakan buat julung kalinya di pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam pada malam Sabtu lepas.

Lebih menarik, konsert ini telah menerima kehadiran hampir 10 rbu pengunjung yang rata-rata merupakan pembaca setia MH.

Acara dimulakan dengan acara karpet merah di mana sorakan dan laungan peminat mula kedengaran apabila artis kegemaran mereka muncul di karpet merah yang disediakan di sepanjang laluan menuju ke pentas utama.

Konsert yang bermula pada jam 9 malam itu menampilkan DiGi sebagai penaja utama dan diselang-selikan dengan penyampaian Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/2012 yang dibahagikan kepada 17 kategori.

Pengacara malam itu, Nabil Ahmad dan Dira Abu Zahar nyata berjaya menghidupkan suasana dengan celoteh dan lawak bersahaja mereka. Seterusnya majlis dimulakan dengan persembahan tarian daripada juara Showdown 2010, Wakaka Crew.

Konsert malam itu menampilkan persembahan hebat artis-artis popular tanah air seperti Zenny Salahudin, Nubhan, Dafi, Alif Aziz, Amir Jahari, Awi Rafael, Adira, Stacy, Sixth Sense dan penampilan istimewa Dato' Siti Nurhaliza yang menyanyikan dua lagu iaitu Moves Like Jagger dan Biarlah Rahsia.

Dalam pada itu, Anugerah PPMH 2011/2012 menyaksikan Aaron Aziz mengungguli dua kategori iaitu Anugerah Hot Papa dan Anugerah Selebriti Kacak dengan menewaskan calon-calon lain yang tidak kurang hebatnya.

Turut menggondol anugerah adalah Fazura (Anugerah Seksi Wanita), Rozita Che Wan (Anugerah Selebriti Jelita), Ziana Zain (Anugerah Hot Mama) dan ramai lagi.

Majlis itu turut dihadiri hampir 100 selebriti tanah air termasuk Fazura, Neelofa, Hans Isaac, Rozita Che Wan, Aaron Aziz, Shahz Jazle, Gambit Saifullah, Fizz Fairuz, Zain Saidin, Marsha, Kaer Azami, Izara Aishah, Dynas, Julia Ziegler, Syamsul Yusof, Rosyam Nor, Lisdawati dan Fauzi Nawawi.

Berikut adalah senarai penuh pemenang untuk Anugerah PPMH2011/2012 Media Hiburan;

1. Anugerah Ikon - Datuk Siti Nurhaliza

2. Anugerah Harapan - Yuna


3. Anugerah Selebriti Favourite - Shahizey Sam


4. Anugerah Selebriti Cekal - Abby Abadi


5. Anugerah Duda Hot - Yusry KRU


6. Anugerah Janda Hot - Nora Danish


7. Anugerah Selebriti Kacak - Aaron Aziz


8. Anugerah Selebriti Jelita - Rozita Che Wan


9. Anugerah Hot Papa - Aaron Aziz


10. Anugerah Hot Mama - Ziana Zain


11. Anugerah Selebriti Stylo - Stacy


12. Anugerah Rambut Menawan (Lelaki) - Gambit Saifullah


13. Anugerah Rambut Menawan (Wanita) - Fouziah Ghous


14. Anugerah Kulit Cantik (Lelaki) - Dafi


15. Anugerah Kulit Cantik (Wanita) - Erra Fazira


16. Anugerah Seksi (Lelaki) - Norman Hakim


17. Anugerah Seksi (Wanita) - Fazura


18. Anugerah Khas Media Hiburan - Datuk Yusof Haslam



sumber : media hiburan 

Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-26 Cecah 6.5 Juta Penonton!

Posted: 30 Jan 2012 09:05 PM PST


Anugerah Juara Lagu ke-26 sekali lagi berjaya menjadi acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah keseluruhan penonton tertinggi sebanyak 6.5 juta penonton.

Angka ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana saban tahun AJL menjadi salah satu program yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat setianya.

selain itu, jumlah tontonan secara online juga berjaya mencecah 118,884, sekaligus memecahkan rekod AJL25 pada tahun lepas iaitu 83,764 dengan peningkatan sebanyak 42%.

Anugerah Juara Lagu 26 nyata memberi impak besar dalam industri penyiaran tanah air dan kewibawaan anugerah ini seharusnya diberikan pujian agar terus sukses di masa akan datang. -MH-

Siti Nurhaliza Paling Seksi

Posted: 30 Jan 2012 08:58 PM PST



Dalam pada peminat juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz Suip meraikan kegembiraan atas kemenangan penyanyi berambut kerinting itu menerusi Anugerah Juara lagu ke-26, malam tadi, peminat tegar penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin turut sama melonjak riang apabila penyanyi itu dinobatkan sebagai Penyanyi Solo Wanita Terbaik dalam Intuned Music Awards 2011.

Lebih membanggakan, menerusi kategori ini, Siti berjaya menewaskan nama-nama besar dari Indonesia, Agnes Monica termasuklah bintang Hollywood seperti Christina Aguilera dan Avril Lavigne. Tambah unik, anugerah yang dianjurkan portal yang menyampai cerita terkini artis seluruh dunia iaitu Ituned.com turut melayakan artis kegemaran rakyat Malaysia itu meraih anugerah Penyanyi Wanita Paling Seksi.

"Tentang keputusan menang enam anugerah dalam anugerah intuned music ini, Siti berasa ia adalah satu penghargaan daripada para peminat Siti terutama sekali peminat di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Mereka adalah Sitizoners yang tidak jemu-jemu mengundi Siti.

"Bagi Siti, ia adalah permulaan yang baik untuk 2012 dan bukti bahawa peminat Siti tidak pernah jemu menyokong.

"Bagi kategori seksi, memang Siti dicalonkan dan tak sangka menang pula. Siti ambil kemenangan dalam kategori ini secara subjektif. Walaupun gelaran berkenaan agak panas, tetapi peminat yang memilih. Siti terima saja walaupun memang janggal rasanya bagi Siti," kata Siti.

Menerusi anugerah yang undiannya dibuat secara online ini, pelatun lagu Biarlah Rahsia itu dicalonkan untuk enam kategori.

Selain menang dua kategori Penyanyi Wanita Seksi dan Penyanyi Solo Wanita Terbaik, Siti juga menyapu bersih empat kategori yang lain iaitu Artis/Band pilihan, Album Terbaik, Muzik Video Pilihan dan Penggunaan Media Sosial Terbaik.

Sungguhpun anugerah ini tidak berlangsung secara besar-besaran, pencapaian Siti amat membanggakan kerana dia mampu bersaing dengan nama-nama besar dari barat serta dari artis-artis K-Pop. Syabas dan tahniah diucapkan buat Siti Nurhaliza .


Keputusan Penuh Intuned Music Awards 2011



Artis Pilihan


Siti Nurhaliza


Artis Solo Lelaki Pilihan

Kazuya Kamenashi


Artis Solo Wanita Pilihan

Siti Nurhaliza


Lagu Single Terbaik 2011

Super Junior (Bonamana)


Album Terbaik 2011

Siti Nurhaliza (All Your Love)


Kumpulan Terbaik Lelaki

Super Junior


Kumpulan Terbaik Wanita

Girls Generation


Artis Terbaik

Siti Nurhaliza


Muzik Abiliti Terbaik

Agnes Monica


Muzik Video Terbaik


Falling In Love


Artis Penggunaan Sosial Media Terbaik'

Siti Nurhaliza


Artis Baru Terbaik

Sexy Zone


Artis Lelaki Paling Seksi


Kazuya Kamenashi


Artis Wanita Paling Seksi


Siti Nurhaliza


sumber : murai

Jamal Abdillah Tak Diundang Tonton Azura 2012

Posted: 30 Jan 2012 08:54 PM PST



Lakonan raja pop negara, Jamal Abdillah menerusi filem Azura meninggalkan kesan begitu mendalam sehinggakan watak Zack dalam filem ini melekat kepada pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu.

Bagaimanapun, bermula 2 Februari ini, pelakon kontroversi, Shah Jaszle pula bakal dikenali dengan watak Zack menerusi filem Azura versi baru lakonannya bersama Neelofa.

Walaupun begitu, adakah Jamal bersedia dan menerima hakikat Shah Jaszle akan menggantikan tempatnya melalui watak Zack?

"Sebenarnya, pihak penerbitan filem Azura 2012 ada menawarkan saya watak dalam filem berkenaan. Mereka mahu saya melakonkan watak yang sama tetapi versi Zack yang sudah tidak menetap di sini. Namun, saya tolak dan tidak mahu melibatkan diri kerana saya memang sudah tidak mahu berlakon lagi.

"Saya rasa ianya merupakan satu pendekatan yang bagus bila Shah Jaszle melakonkan watak Zack.

"Sedikit sebanyak, ianya boleh mengingatkan masyarakat kembali kepada lakonan saya. Jadi bila orang ingat saya, ia adalah satu petanda yang baik.

"Terus-terang, saya tidak pun dijemput untuk menonton filem ini. Jadi kenapa perlu saya datang menonton pada malam gala kalau tidak diundang.

"Sejujurnya, saya pun tidak berminat untuk menonton filem ini di panggung kerana sejak dari dulu lagi saya tidak suka tonton wayang. Tak kisahlah filem Melayu atau pun barat," katanya.

Mengakui lebih suka menonton rancangan dokumentari dan berita nasional, Jamal berpendapat watak Zack yang dilakonkan Shah Jaszle sudah pasti amat berlainan dari Zack yang pernah dilakonkannya.

"Zack yang dulu seorang yang pandai menyanyi. Tambahan pula, lakonan saya pada masa itu lebih ke arah melodrama. Saya juga adalah seorang penyanyi yang menjadi pelakon.

"Berlainan sekali dengan Shah Jaszle yang memegang watak Zack hanya sebagai pelakon.

"Penonton sudah tentu akan nampak perbezaannya. Apa yang penting, dulu saya berlakon dengan ada melodi sekali," ujarnya.

Sementara itu, Jamal yang kini semakin sibuk dengan konsert solonya, memberitahu turut menerima banyak tawaran berlakon.

Namun, dia tetap akan menolak kerana sudah tidak berminat lagi untuk bergelar pelakon.-murai-

Mawi Bergelar Bapa Februari Ini

Posted: 30 Jan 2012 08:52 PM PST



Penyanyi, Mawi atau Asmawi Ani mengesahkan isterinya, Ekin atau Norashikin Rahmat bakal melahirkan cahaya mata sulungya pada penghujung bulan Februari ini.

Malah Mawi memberitahu kepada portal murai.com.my, usia kandungan isterinya sudah memasuki sembilan bulan dan bakal melahirkan cahaya matanya di Hospital An-Nur, Bangi.

"Alhamdulilah, kesihatan Ekin sangat baik dan kandungnya juga sihat. Dia kini berada di rumah kami bersama ibunya yang sanggup datang dari Johor sejak kandungan Ekin sudah masuk tujuh bulan.

"Malah, Ekin akan dijaga rapi oleh ibunya di rumah kami sehingga dia selesai berpantang nanti.

"Terus-terang, saya sangat teruja untuk menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga kami, walaupun saya dan Ekin sebenarnya sangat gementar untuk melalui saat melahirkan bayi pertama kami," luah Mawi.

Bercerita lebih lanjut mengenai keadaan isterinya tu, Mawi memberitahu dia sentiasa akan berjaga malam demi untuk menemani isterinya yang sukar tidur pada waktu malam.

"Kandungan Ekin kini sudah sarat dan disebabkan itu juga dia sukar untuk tidur pada waktu malam.

"Jadi bila malam, saya akan teman dan menunggunya dari jam 12 malam sehingga 3 pagi.

"Ekin akan mengambil masa untuk membetulkan posisi tidurnya kerana kandungannya sudah semakin membesar.

"Selepas Ekin dapat melelapkan mata kira-kira jam 3 pagi, barulah saya akan tidur kerana saya juga risau dan juga kasihan melihat keadannyanya," katanya lagi.

Mawi yang kini sudah pun membuat segala persiapan untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya itu, memberitahu sehingga kini dia dan Ekin masih tidak dapat memastikan jantina anaknya itu.

"Meskipun kami masih tidak dapat pastikan jantina bayi kami, namun segala persiapan dari segi pakaian dan barang-barang bayi sudah pun disediakan.

"Tidak kisahlah, lelaki atau perempuan yang penting bayi kami sihat," tambahnya lagi.

Selain sedang menanti kehadiran cahaya mata pertamanya, Mawi juga bakal muncul dengan single terbaru berjudul, Termolek pada penghujung Februari ini. -murai-

'Aku Tak Mahu' Bukan Mengenai Zul Ariffin - Abby Abadi

Posted: 30 Jan 2012 08:39 PM PST



Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menolak dakwaan lagu single terbarunya berjudul Aku Tak Mahu berkisar mengenai hubungan cintanya dengan pelakon muda, Zul Ariffin.

Abby ketika ditemui berkata, perkara itu adalah secara kebetulan dan dia memilih untuk merakamkan lagu tersebut kerana menyukai melodinya tetapi bukan liriknya.

"Tidak benar lagu berkenaan mengenai hubungan saya dengan Zul dan ia hanyalah kebetulan. Tambahan pula liriknya bukan dicipta oleh saya tetapi Edry.

"Sebelum merakamkan lagu tersebut, saya telah diberikan lima buah lagu dengan lirik bertemakan serupa tetapi memilih Aku Tak Mahu kerana sukakan melodinya yang berbeza daripada lagu yang sedia ada," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, ditanya mengenai hubungannya dengan bekas suami, Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza, Abby berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pasangan itu.

Abby berkata, dia sudah melupakan semua perkara yang telah berlaku di antara mereka tambahan pula dia langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan lagi terhadap Norman.

"Itu semua cerita lama dan hubungan kami kini berada di tahap baik, semuanya demi anak-anak yang sedang membesar," ujarnya ringkas.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Memey, Abby memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan wanita itu tetapi mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain.

"Rasanya adalah lebih baik begitu kerana tidak mahu menimbulkan apa-apa masalah," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kemenangannya pada malam Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/12 menerusi anugerah Artis Paling Cekal, Abby menjelaskan ia adalah sebuah penghargaan buat dirinya daripada peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepadanya.

Ujarnya, walaupun dirinya tidak secekal yang disangka tetapi dia tidak mahu menyerah kalah dan ingin terus berjuang demi masa depannya dan anak-anak.

"Pemilihan saya adalah mungkin berdasarkan daripada apa yang mereka lihat mengenai apa juga kejadian menimpa diri saya.

"Sejujurnya saya adalah manusia biasa dan ada ketikanya akan tumpas juga walau sekuat mana pun saya tetapi kelemahan itu tidak akan ditunjukkan kepada masyarakat," ujarnya.

Irma Hasmie Tidak Putus Asa Cari Jodoh

Posted: 30 Jan 2012 08:39 PM PST



Pelakon Irma Hasmie menjelaskan dia tidak pernah berputus asa dalam mencari jodoh buat dirinya selepas gagal dalam percintaan dengan pelawak Nabil.

Irma berkata, dia seboleh-bolehnya ingin segera mendirikan rumah tangga kerana usianya sudah mencecah 30 tahun.

"Walaupun saya seorang perempuan tetapi rasanya tidak boleh duduk berpeluk tubuh menunggu jodoh itu datang kerana kita perlu berusaha mencarinya.

"Tetapi masih belum sampai masa untuk bertemu dengan seseorang yang betul-betul sesuai dengan saya," ujarnya kepada mStar Online.

Irma juga tidak menafikan, mengenali seorang jejaka tetapi hubungan tersebut terputus kerana tiada keserasian.

Ujarnya, dia bagaimanapun tidak berputus asa dan akan terus mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan sebagai pembimbing hidupnya.

"Jika dulu sebelum berhijrah tumpuan dan kehendak adalah berbeza dan selepas memakai tudung juga berlainan.

"Bukan memilih tetapi hanya lebih berhati-hati tambahan pula dengan peristiwa lalu yang membuatkan diri ini serik," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai hubungannya dengan pereka fesyen, Ezuwan Ismail yang sentiasa menemaninya di majlis-majlis rasmi, Irma berkata hubungan mereka adalah sebagai kawan baik dan tidak lebih daripada itu.

Dia sentiasa bersama Ezuwan kerana pereka fesyen itu sering mereka baju untuknya bagi menghadiri acara-acara hiburan.

"Baju pertama yang direka oleh Ezuwan adalah untuk saya dan semenjak itu saya selesa menggunakan khidmatnya dan hubungan itu bertukar menjadi sebagai seorang kawan," katanya.

Bercakap mengenai perkembangan kerjaya, Irma berkata dia sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Jujur Aku Dayus di samping pelakon jelita, Nora Danish untuk siaran TV3.

Selain itu, dia juga baru selesai penggambaran drama berantai 26 episod berjudul Sepiluh Cinta yang bakal ditayangkan di saluran iTV.

"Alhamdulilah rezeki dalam bidang lakonan masih ada dan saya masih diterima dalam bidang ini," katanya.

Kaer Azami Nafi Sudah Bertunang

Posted: 30 Jan 2012 08:38 PM PST



Penyanyi yang popular dengan lagu Izinkan Ku Pergi, Kaer Azami menafikan dakwaan dia sudah bertunang dengan gadis pilihan hatinya.

Kaer berkata, laporan mengenai perkara itu adalah rekaan semata-mata namun tidak menafikan bakal mengikat tali pertunangan dengan gadis tersebut apabila telah bersedia.

"Jika benar saya sudah bertunang ia akan dikhabarkan kepada rakan-rakan media tetapi laporan itu adalah tidak tepat," ujarnya kepada mStar Online.

Diasak dengan pertanyaan mengenai individu yang telah mencuri hatinya, Kaer memberitahu dia mengenali wanita tersebut ketika melanjutkan pelajaran di Jakarta, Indonesia.

Kaer juga enggan mengesahkan identiti wanita itu sama ada warganegara Indonesia atau berasal dari negara ini.

"Apa yang boleh saya katakan kami telah kenal lama dan selebihnya apabila semuanya telah pasti saya akan dedahkan kepada media," katanya.

Dalam perkembangan lain, Kaer memberitahu dia mungkin bersara daripada bidang nyanyian kerana ingin memberikan tumpuan kepada perniagaan yang diusahakannya.

Kaer berkata, perniagaan yang diusahakan itu masih melibatkan bidang seni dan dia berharap dapat mencari bakat baru untuk diketengahkan di Indonesia.

"Sepanjang melanjutkan pelajaran di Indonesia, selain belajar saya juga turut aktif mencari kenalan dalam industri hiburan di sana.

"Apabila ada kenalan rasanya lebih mudah untuk membawa masuk bakat kita ke negara itu," ujarnya.

Di samping itu, Kaer memberitahu dia berhasrat untuk membuka sebuah butik di Kuala Lumpur dengan jenama Kazami yang sebelum ini rancak menerima tempahan dari Indonesia dan Filipina.

"Semasa di Jakarta saya tidak mempunyai kedai khusus untuk jenama itu tetapi berhasrat membuka sebuah butik di sini yang menjual pakaian lelaki," katanya.

Sementara itu, Kaer juga bakal menghasilkan album terbarunya yang dijangka berada di pasaran pada Mei depan.

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kedua ini memberitahu dia ingin memeriahkan kembali industri seni suara selepas lama menghilangkan diri.

"Album itu nanti akan menampilkan genre pop rock dan harap-harap ia akan disukai peminat," ujarnya.

Jamal Abdillah Akui Sukar Mencari Pengganti Malique

Posted: 30 Jan 2012 08:37 PM PST

Jamal Abdillah berasa sukar untuk mencari pengganti Malique berduet dalam lagu Aku Maafkan Kamu. - Foto oleh CAROL LEONG

KUALA LUMPUR: Penyanyi Jamal Abdillah mengakui berasa sukar untuk mencari pengganti penyanyi rap dan komposer Malique yang menjadi teman duetnya dalam lagu Aku Maafkan Kamu bagi memenuhi sebarang pertunjukan pentas.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 53, berkata keadaan itu disebabkan oleh keengganan Malique untuk tampil di tempat umum melainkan atas urusan yang penting.

"Saya akui agak sukar untuk menyampaikan lagu terbaru Aku Maafkan Kamu tanpa kemunculan Malique. Kerumitan ini saya hadapi setiap kali ingin menyampaikan lagu itu pada pertunjukan pentas.

"Malangnya dia enggan untuk turut serta atau muncul di depan khalayak jika tiada urusan yang benar-benar penting. Mahu tidak mahu, saya perlu mencari penyanyi rap lain yang boleh menjadi penggantinya," katanya.

Penyanyi yang mendapat jolokan Raja Pop itu ditemui mStar Online selepas sidang media majlis makan malam amal Mutiara Kasih yang diadakan di Saloma Bistro, di sini, Isnin.



Bagaimanapun, Jamal berkata usaha untuk mencari pengganti Malique masih menemui jalan buntu memandangkan tidak ramai penyanyi rap tanah air yang mempunyai kualiti dan teknik nyanyian rap seperti anggota kumpulan rap Too Phat itu.

"Saya ada bertanya kepada beberapa penyanyi rap yang lain tetapi masalahnya mereka tidak menepati kualiti dan teknik rap sebaik Malique.

"Kebanyakan penyanyi rap yang saya temui mempunyai teknik dan sebutan yang keras manakala Malique mempunyai cara sebutan perkataan yang lembut dan tersendiri," katanya.

Jamal berkata atas alasan yang sama, dia terpaksa menggunakan khidmat pelawak dan pengacara Zizan Razak bagi menggantikan Malique dalam klip video rasmi lagu berkenaan.

Dalam pada itu, Jamal berkata dia bakal terlibat dalam majlis makan malam amal Mutiara Kasih anjuran SNZ Event Management dan A&A World Vacation yang bakal berlangsung pada 12 Februari depan pukul 8 malam di JB Expo, The Regency Hotel, Johor Bahru, Johor.

Mengulas tentang majlis itu, Jamal berkata dia berasa teruja untuk mengadakan persembahan di hadapan peminat di bahagian selatan tanah air memandangkan tidak banyak aktiviti dan persembahan nyanyian yang diadakan di sana sebelum ini.

Jamal (tengah) bersama pengacara Dee (paling kiri) dan pihak penganjur majlis makan malam amal Mutiara Kasih.

"Kalau hendak dibandingkan, artis kita jarang berpeluang untuk mengadakan persembahan pentas dalam majlis amal di Johor berbanding di Kuala Lumpur.

"Saya berharap sayarikat-syarikat korporat dan para peminat di Johor tidak keberatan untuk membuat tempahan meja bagi majlis makan malam ini, di mana sambil anda berhibur anda juga dapat beramal," katanya.

Turut menampilkan penyanyi Rahmat Mega dan pengacara majlis Dee, tiket bagi pembelian meja yang berharga RM250, RM450 dan RM550 seorang boleh didapati dengan menghubungi 07-5569276, 019-7007187, 012-7232167 atau 017-7117961.

Sebahagian daripada hasil jualan tiket itu akan disumbangkan kepada Pertubuhan Rumah Orang-orang Tua Nur Ehsan, Kempas, Johor dan Sekolah Tahfiz Anak-anak Yatim Pandan, Johor.

Lisa Surihani Artis Paling Popular Di Facebook

Posted: 30 Jan 2012 08:35 PM PST



Pelakon Lisa Surihani masih lagi kekal mendahuli senarai artis Malaysia yang mempunyai jumlah pengikut yang paling ramai di laman sosial Facebook iaitu sebanyak 1,902,487.

Angka pengikut di Facebook bintang filem Ombak Rindu itu menerima saingan sengit daripada pelakon Scha Al-Yahya yang menduduki tangga kedua iaitu sebanyak 1,339,837 pengikut sekaligus membuktikan keutuhan Lisa sebagai antara bintang muda yang paling popular.

Lisa berkata, dia bersyukur kerana mempunyai pengikut yang ramai dan sebagai tanda penghargaan, dia akan berinteraksi dan berkongsi perkembangannya sekerap yang mungkin untuk peminat.

"Lazimnya, laman Facebook adalah medium untuk saya berkongsi perkembangan kerjaya manakala Twitter pula lebih bersifat peribadi untuk berkongsi pandangan dan kehidupan.

"Saya pun tidak sangka akan diikuti dengan jumlah peminat seramai itu. Apa pun, saya bersyukur kerana ramai yang ingin mengikuti perkembangan kerjaya saya.

"Kesibukan dengan tugasan ada kalanya menghalang saya untuk sentiasa berinteraksi namun saya tetap akan cuba mengemas kini perkembangan sekerap yang mungkin," katanya.

Bagaimanapun, perkembangan berleluasa media sosial ini juga tidak terkecuali daripada anasir-anasir negatif.

Kesan bergelar orang popular menjadikan dia berhadapan dengan pelbagai perkara buruk termasuklah menjadi mangsa pemalsuan identiti di medium itu.

Graduan Undang-Undang dari Aberystwyth University di Wales, United Kingdom ini boleh dikira sebagai salah seorang pelakon wanita tempatan yang paling popular sejak memulakan kariernya pada tahun 2007.

Selain Lisa dan Scha, pelakon Awal Ashaari menduduki di tangga ketiga dengan jumlah pengikut sebanyak 979,678 diikuti pula dengan Shaheizy Sam (932,412), Diana Danielle (862,557), Farid Kamil (658,595) dan Datuk Siti Nurhaliza (440,504). Sementara itu, Lisa juga masih lagi menjadi selebriti paling ramai pengikut menerusi laman Twitter miliknya dengan jumlah sebanyak 507,813 diikuti dengan Scha (273,916), Awal (243,501), Sam (347,501), Siti (286,150) Diana (121,103) dan Farid Kamil (48,636

Khasiat dan Kelebihan Habbatus Sauda

Posted: 30 Jan 2012 07:41 PM PST

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk Habbatus Sauda ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Pokok Habbatus Sauda


Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habatusssauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
"Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda' dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda' antara lain:

  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
 7 ciri-ciri utama Habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
  • Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
  • Polysaccharide
  • Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
  • Amino acid yang membentuk protein
  • Karotene iaitu sumber vitamin a
  • Kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Sumber: Wanita Sihat/melayukini.net

Durian Isi Merah, Pelik Dan Unik

Posted: 30 Jan 2012 07:35 PM PST


Selalunya kita tengok durian yang berisi biji warna kuning. Durian yang paling pelik pun ialah Durian Dalam Durian . Tetapi pernahkah anda melihat durian yang mempunyai isi buah yang bewarna merah? Ini bukan satu kejadian yang aneh. Pokok Durian Merah adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifik durian merah ialah Durio graveolens Becc. Di Sabah durian ini juga dikenali sebagai Durian Dalit. Rasa durian merah ini tidak sama dengan durian yang biasa dan rasanya lebih lemak. Juga terdapat dalam warna kekuningan, keorenan dan merah jambu juga ada. Masyarakat Dayak Kenyah memanggilnya sebagai durian daun, mungkin disebabkan lebar daun durian merah ni hampir selebar telapak tangan orang dewasa. Mari kita lihat gambar buah durian berisi merah. Jom!
 






Sumber Gambar: Google/melayukini.net

Hikmah Di Sebalik Mandi Wajib

Posted: 30 Jan 2012 06:51 PM PST

Mandi wajib adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. Hukum mandi wajib ataupun mandi junub adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.

 Hikmah Di Sebalik Mandi Wajib

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh. Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.

Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri. Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan, ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.
Tayammum Pengganti Mandi Wajib

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu' ( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu. Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. – Oleh: Dr Jamnul Azhar Hj Mulkan
Mandi Wajib Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Segala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya perlu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.

Al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.ha. meriwayatkan sebuah hadis mengenai cara Rasulullah SAW mandi dengan katanya yang bermaksud: "Apabila Nabi SAW mandi janabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya." (Hadis riwayat Muslim)

Menurut riwayat Muslim, "Kemudian Baginda mencurahkan air dengan tangan kanannya keatas tangan kirinya, lalu membasuh kemaluannya."

Munurut hadis di sisi al-Bukhari yang diriwayatkan dripada Maimunah r.ha. "Rasulullah SAW apabila mandi jenabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda menuang dengan tangan kanannya daripada tangan kirinya, lalu Baginda membasuh kemaluannya. Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk sembahyang. Kemudian Baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati dengannya pangkal-pangkal rambutnya. Kemudian Baginda mencurahkan air di atas kepala sebanyak tiga cebok tangannya ke seluruh badannya. Kemudian Baginda mencuci kedua-dua kakinya" (Riwayat Muslim). Wallahualam. -melayukini.net-

Gempar! Nyamuk Gergasi Menyerang Indonesia

Posted: 30 Jan 2012 06:29 PM PST


Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.

Bayangkan seekor nyamuk bersaiz tapak tangan kanak-kanak terbang mencari mangsa. Seram-seram.

Haiwan pelik tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk gergasi itu beramai-ramai.

Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan pelik tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk.

Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang nyamuk gergasi tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya.

"Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini," katanya kepada news.okezone.com.

Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk.

Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan. – AGENSI

Perkahwinan urusan Tuhan - Ramli MS

Posted: 30 Jan 2012 06:19 PM PST


RAMLI memohon supaya semua pihak memahami prinsip dirinya yang enggan berkongsi kisah peribadinya dengan masyarakat umum.




BELUM reda pujian menggunung diberikan kepada penyanyi Alyah impak vokal hebatnya dan kejayaannya membawa pulang trofi Anugerah Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-26, timbul pula khabar angin kononnya Alyah bakal dilamar dalam masa terdekat.

Orang yang didakwa bakal melamar Alyah itu bukan calang-calang orang tetapi pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS.

Bagi mendapatkan kepastian, Kosmo! bertanya sendiri kepada Alyah dan Ramli yang ditemui secara berasingan pada majlis Anugerah Juara Lagu ke-26 malam Ahad lalu di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur bagi menjawab semua persoalan.

Kosmo!: Benarkah Alyah dan Datuk Ramli MS bercinta dan bakal berkahwin dalam masa terdekat ini?

ALYAH: Berkenaan isu ini saya tidak mahu komen kerana saya bimbang takut tersalah cakap.

Alyah sedar atau tidak, isu percintaan antara Alyah dan Datuk Ramli MS menjadi bualan ramai?

Saya tahu sebab ramai yang bertanya, bila orang tanya saya hanya jawab apa yang saya mampu.

Adakah Alyah selesa andai bakal suami Alyah orang yang lebih muda atau tua?

Bagi saya, kalau kita sudah sayang orang itu dan sudah serasi, usia tua atau muda bukan lagi satu perkiraan. Asalkan kita selesa antara satu sama lain, itu sudah cukup.

Alyah terima andai jodoh hadir dalam masa terdekat?

Itulah yang saya mahu pada usia sekarang, 31 tahun. Jika orang itu memang jodoh saya, mestilah saya terima, semuanya kerja Allah. Umur saya bukannya muda lagi, tahun lepas bila jumpa rakan-rakan saya sering minta mereka doakan agar saya berkahwin tahun ini.

Maknanya Alyah akan kahwin tahun ini?

Saya tidak ada sebarang rancangan, tetapi jika sudah ditakdirkan saya tamatkan zaman bujang tahun ini, saya akan kahwin.

Lebih selesa bakal suami orang seni atau orang di luar bidang seni?

Kalau boleh saya mahu orang yang di luar bidang seni kerana inginkan sesuatu yang baharu tetapi kalau sudah ditetapkan jodoh saya bertemu dan berkahwin dengan orang yang sama bidang dengan saya, saya terima dengan hati yang terbuka.


ALYAH tidak menolak andainya ditakdirkan bertemu jodoh dengan sama ada lelaki muda atau lebih tua berbanding dirinya.


Sementara itu, Datuk Ramli MS sewaktu ditanya tentang spekulasi percintaannya dengan Alyah meminta jasa baik pihak media agar menghormati privasi dan prinsip dirinya.

Kosmo!: Betul ke Datuk didakwa akan melamar Alyah?

RAMLI MS: Perkara itu tidak betul sama sekali. Jangan menulis tanpa fakta kerana implikasi yang diperoleh itu berpanjangan.

Misalnya apabila berita tak benar itu ditulis, mak saya kecil hati. Dia tanya saya, "sampai hati kau nak kahwin tak beritahu mak," sementara anak saya pula terkejut dan bertanya, "are you getting married? (Awak nak kahwin?)." Benda-benda macam ini kita kena jaga, ia sensitif sebab tak wujud.

Tapi betul atau tidak Datuk bercinta dengan Alyah?

Saya tak suka bercakap tentang hal peribadi saya, apa lagi berkongsi dengan umum. Saya harap semua pihak menghormati prinsip saya dan tolong hentikan spekulasi yang akan memberi implikasi kurang baik kepada mana-mana pihak.

Datuk sudah berusia 52 tahun. Pernah berkahwin dan adakah berkahwin semula itu satu tabu untuk Datuk?

Perkahwinan ini urusan Tuhan. Kita sebagai manusia jangan suka meramal jodoh.

8 selebriti gila yoga

Posted: 30 Jan 2012 06:11 PM PST

 
LARA DUTA menjadikan yoga sebagai ritual hariannya.

SENAMAN yoga kini nampaknya semakin popular di kalangan selebriti Bollywood. Sudah semakin ramai yang mengamalkan senaman tersebut, termasuklah lapan orang selebriti terkenal yang antaranya mempunyai cakera padat (CD) khas senaman tersebut. Mereka terdiri daripada:

Neha Dhupia

Aktres ini kini dikatakan sedang semakin giat melakukan senaman yoga dan menjadikan senaman tersebut sebagai senaman utamanya kini. Dia juga selalu dilihat melakukan yoga di salah sebuah kawasan terkenal di Karnataka.

Sameera Reddy

Sameera Reddy juga dikatakan sedang jatuh cinta dengan senaman yoga. Dia giat melakukan senaman tersebut untuk mengekalkan tubuh badan langsing selain minda yang sihat.

Kangana Ranaut

Kemunculan Kangana dalam bikini baru-baru mengejutkan ramai peminat apabila melihat tubuh badannya yang semakin cantik. Ujar Kangana, rahsianya adalah senaman yoga dari jenis Pranayam yang sentiasa membuat dia rasa bertenaga.

Shilpa Shetty

Shilpa Shetty memang selalu dianggap sebagai pemilik badan terbaik selebriti Bollywood. Dia harus berterima kasih kepada senaman yoga yang menjadi amalannya. Shilpa kini muncul dengan DVD yoga yang diberi nama Shilpa's Yoga untuk dikongsi bersama peminat.

BIPASHA BASU

Geeta Basra

Semakin mendapat perhatian, Geeta Basra tahu cara bagaimana untuk membuat khalayak 'tidak lari' daripada terus memerhatikannya. Dia kini giat dengan rejim yoga untuk mendapatkan bentuk badan ideal sebelum muncul di dalam filem terkininya, Zila Ghaziabad.

Lara Dutta

Baru sahaja melahirkan anak, Lara Dutta tidak berselindung tentang rahsia kekal cantiknya. Dia memberitahu, senaman yoga yang diamalkannya banyak membantu dan sebab itu dia kini muncul dengan DVD Yoga Recovery and Rejuvenation.

Bipasha Basu

Seorang lagi selebriti yang dianggap sebagai penggila kesihatan, Bipasha Basu, baru sahaja dilantik menjadi duta bagi Sugar Free Natura. Dia sangat obses dengan senaman yoga jenis Suryanamaskar dan baru sahaja melancarkan CD Bipasha Basu Love Yourself.

Kareena Kapoor

Kareena Kapoor adalah seorang pengamal yoga yang setia. Dia menjalani rejim yoga yang berlainan untuk tubuh badannya. Untuk bahagian belakang badan, dia mengamalkan yoga jenis Bhujangasana, untuk kaki dia mengamalkan yoga Virabhadra dan Surya Namaskar untuk badan. -kosmo-

Filem Dragon Tattoo diharam di India

Posted: 30 Jan 2012 05:54 PM PST


AKTRES filem The Girl with The Dragon Tattoo, Rooney Mara (kiri) bercakap dengan Fincher (kanan) pada majlis tayangan perdana filem berkenaan di Tokyo, Jepun semalam.



MUMBAI - Studio Sony Pictures tidak akan menayangkan filem blockbuster, The Girl with The Dragon Tattoo di India selepas badan tapisan filem tempatan mahu beberapa adegan menampakkan punggung dalam filem berkenaan dikaburkan.

Filem Hollywood itu mengisahkan usaha seorang wartawan, lakonan Daniel Craig, mencari seorang wanita yang hilang selama 40 tahun.

Ia dijadual ditayangkan di India pada 10 Februari ini tetapi berdepan halangan Lembaga Pusat Persijilan Filem India (CBFC).

"Babak dedah punggung dan payu dara tidak dibenarkan di India," kata pegawai CBFC," J.P. Singh.

"Kami tidak bersetuju dengan beberapa adegan dalam filem The Girl with The Dragon Tattoo dan mahu adegan terbabit dikaburkan," tambahnya.

Sony Pictures di India dalam satu kenyataan yang dihantar kepada agensi berita AFP semalam menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur berhubung kandungan filem itu yang setakat ini memperoleh kutipan tiket AS$185 juta (RM565 juta) di seluruh dunia.

"Badan penapisan ini mendapati filem berkenaan tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum dalam bentuk asalnya," kata CBFC dalam satu kenyataannya.

Filem berkenaan diarahkan oleh David Fincher, pengarah Hollywood yang pernah mengarahkan beberapa filem pecah panggung seperti Fight Club dan The Social Network.

Ia diadaptasi daripada siri buku po pular nukilan penulis Sweden, mendiang Stieg Larsson.

Lebih 1,700 filem asing ditayangkan di India setiap tahun selepas mendapat kelulusan badan penapisan negara itu. - AFP

Filem The Help menang besar Screen Actors Guild

Posted: 30 Jan 2012 05:53 PM PST


BARISAN pelakon filem The Help bergambar di belakang pentas dengan anugerah persembahan terbaik pada Anugerah Persatuan Pelakon Layar Perak di Los Angeles kelmarin. Dari kiri Chris Lowell, Emma Stone, Octavia Spencer, Allison Janney dan Viola Davis.



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Filem yang memfokuskan hubungan kaum di AS, The Help meraih kemenangan besar apabila ia menggondol tiga kategori utama pada anugerah Persatuan Pelakon Layar Perak (SAG) yang berlangsung di sini kelmarin.

Pelakon filem itu, Viola Davis merangkul anugerah Aktres Terbaik manakala Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dimenangi Octavia Spencer dari filem yang sama.

Filem itu juga menggondol anugerah persembahan barisan pelakon keseluruhan terbaik.

"Saya hanya mahu menyatakan bahawa filem itu bukan hanya mengenai orang berwarna atau wanita. Ia mengisahkan mengenai kita semua," kata Spencer.

The Help mengisahkan seorang wartawan yang bercita-cita menulis sebuah buku yang mendedahkan isu perkauman yang dihadapi oleh pembantu rumah pada tahun 1960-an.

Sementara itu, filem bisu hitam putih, The Artist tidak pulang tangan kosong apabila Jean Dujardin diangkat sebagai aktor terbaik manakala aktor filem Beginners, Christopher Plummer memenangi kategori pelakon pembantu lelaki terbaik.

Anugerah SAG dilihat sebagai permulaan utama untuk ke majlis Oscars yang merupakan kemuncak anugerah Hollywood pada 26 Februari depan. - AFP

Larian paling mencabar di dunia

Posted: 30 Jan 2012 05:49 PM PST


SEJUMLAH orang menyaksikan peserta menyertai larian paling mencabar di dunia di Perton kelmarin.



PERTON, England - Seramai 6,000 orang menyertai larian paling mencabar di dunia di sini kelmarin dengan peserta dikehendaki menandatangani perjanjian bahawa pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kematian mereka.

Acara mencari lelaki paling berdaya tahan itu bermula sejak 1986 dan ia memerlukan para peserta berlari menempuh pelbagai halangan antaranya meredah api, berenang dalam lumpur, mendaki, berlari sambil membawa batang kayu dan meniarap di bawah kawat berdiri. - Agensi

Artis seni rancang hantar batu tahi bintang 4,000 tahun

Posted: 30 Jan 2012 05:48 PM PST


GAMBAR fail menunjukkan sebongkah batu tahi bintang berusia 4,000 tahun yang dipamerkan di Gancedo, wilayah Chaco, Argentina.



GANCEDO, Aregentina - Seorang artis seni Argentina, Nicolas Goldberg dan Guillermo Faivovich dari Perancis merancang satu projek untuk membawa sebongkah batu tahi bintang gergasi untuk dipamerkan di Kassel, Jerman pada September depan.

Batu tahi bintang itu kini dipamerkan di Gancedo, wilayah Chaco, Argentina.

Kedua-dua artis seni tersebut mahu membawa batu tahi bintang yang seberat 37 tan itu dari tempat ia dipamerkan kini.

Batu tahi bintang itu jatuh kira-kira 4,000 tahun lalu dan dikeluarkan dari lokasi tempat ia jatuh pada 8 Julai 1980 di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Piguen Nonralta. - AFP

No comments: