Saturday 4 February 2012

Budak Technician

Budak Technician


PANAS! Video Miley Cyrus Melakonkan Adegan Seks Perdana di 'LOL'

Posted: 03 Feb 2012 01:04 AM PST



Jika biasanya Miley Cyrus menampilkan sosok lugu sebagai Hannah Montana, kini dalam "LOL" ia mula menunjukkan kematangannya. Lionsgate Films mengeluarkan beberapa video terbaru filem tersebut di mana ia berperanan sebagai remaja pemberontak bernama Lola. Video-video itu memaparkan adegan seks perdana kekasih Liam Hemsworth itu.

Video itu menceritakan kenakalan-kenakalan Miley, termasuk berpesta liar, berhubungan seks dengan teman lelakinya, serta mencium gadis. Malangnya kesenangan Miley pun berakhir saat sang ibu (Demi Moore) datang lebih awal dan mengamuk apabila melihat bilik berselerak. Ia pun menjadi sangat marah apalagi saat mencari rokok dan kondom di bilik tersebut.

Bukan hanya itu saja, Demi menjadi runsing oleh Miley ketika ia tak sengaja mencari buku harian anaknya. Demi pun jadi tahu kenakalan-kenakalan Miley di belakangnya. Ia kelihatan sangat terkejut dan tak boleh menerima kenyataan tersebut.

Selain Miley dan Demi, filem itu juga dibintangi oleh Ashley Greene (Ashley), Thomas Jane, Gina Gersho dan Douglas Booth (Kyle). "LOL" yang diarahkan dan ditulis naskahnya oleh Lisa Azuelos ini dijadualkan keluaran Jun mendatang.

Lihat videonya yang berikut:








credit to wowkeren.com

Fauzi Nawawi Kena Tipu RM28.000?

Posted: 03 Feb 2012 12:51 AM PST

Fauzi Nawawi

Teater Semerah Padi sudah pun melabuhkan layarnya pada 31 Disember yang lalu. Namun ada udang disebalik mee yang perlu kita tahu. Baru-baru ini, Fauzi Nawawi meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap pihak produksi iaitu Keno Production kerana tidak membayar pekerja yang menjayakan teater Semerah Padi, namun juga turut mungkir janji. Tengoklah apa yang dinyatakan kat bawah ni, tak ker menjadi satu kepelikan yang nyata?




sumber : izyan.com

PANAS! Ciuman Ranjang Jessica SNSD dan Lee Dong-wook di 'Wild Romance'

Posted: 02 Feb 2012 07:05 PM PST



Beberapa waktu lalu beredar video adegan ciuman Jessica Girls 'Generation' dan Lee Dong-wook di serial "Wild Romance". Kini foto adegan mesra keduanya kembali muncul.

Jika sebelumnya Jessica dan Lee Dong-wook hanya berciuman saja, kali ini kedua-duanya beradegan lebih mesra. Dalam rangkaian foto terbaru "Wild Romance", kedua-duanya tampak berciuman di atas katil. Saat itu diceritakan Dong-wook (Mu Yeol) sedang mengingat kembali masa-masa saat ia dan Jessica (Jong Hee) masih pacaran dulu.

Mu Yeol bercerita pada temannya, bahawa ia hampir tidur dengan Jessica saat itu. Namun saat asyik berciuman, tiba-tiba kucing Jessica mengiau dan mereka pun berhenti berciuman.

"Wild Romance" berkisah tentang seorang atlit judo, Yoon Eun Jae, yang melakoni profesi sebagai bodyguard. Ia kemudian secara tidak sengaja bertemu dengan Park Mu Yeol, seorang ahli pasukan besbol yang sangat ia benci. Namun kerana suatu kejadian yang tak terduga Eun Jae lalu menjadi bodygurad Mu Yeol.

Serial ini ditulis naskahnya oleh Park Yeon Soo dan diarahkan pengarah Baek Kyung Soo. Serial tersebut juga turut dilakonkan oleh Lee Si Young ("Playful Kiss" -2010). Rencananya, "Wild Romance" akan dihasilkan dalam 16 episode dan telah tayang sejak awal Januari di stesen KBS. (wk / rs)

PANAS! Amanda Seyfried Disuruh Berbogel Sebagai Bintang Porno Dalam Filem 'Lovelace'

Posted: 02 Feb 2012 07:01 PM PST


Berperanan sebagai bintang porno di "Lovelace", Amanda Seyfried tahu bahawa ia pasti dituntut untuk beradegan ranjang dalam filem tersebut. Demi pendalaman karakternya, pelakon berusia 26 tahun itu pun melakukan pemerhatian dengan menonton sejumlah film porno. Namun, Amanda malah syok setelah menontonnya dan mengungkapkan tak akan mau bugil di filmnya itu.

Pasangan main Justin Timberlake di "In Time" itu mengaku terkejut kerana filem tersebut bahkan menunjukkan rambut kemaluan sang bintang porno. Kerana itulah, ia komited tak akan bertelanjang bulat meski nanti diminta melakukannya.

"Yang membuatku kaget adalah terlihatnya rambut kemaluan!" ujar Amanda dalam wawancaranya dengan majalah Glamour. "Aku yakin sekali tak akan mahu melakukan hal yang sangat frontal seperti itu di dalam sebuah filem, untuk alasan peribadi aku benar-benar tak mau menunjukkannya."

"Lovelace" merupakan filem biopik seorang pelakon porno terkenal, Linda Lovelace, yang kemudian menjadi aktivis anti pornografi. Ceritanya akan menumpukan pada kehidupan awal Linda ketika menjadi seorang pelakon porno yang dilatih oleh suaminya sendiri. Linda lalu memutuskan bercerai dan meninggalkan dunia tersebut.

Film arahan pengarah Rob Epstein dan Jeffrey Friedman ini telah memulakan syutingnya sejak Disember 2011. Bintang-bintang yang akan memeriahkan filem itu antara lain James Franco (bos majalah Playboy, Hugh Hefner), Sarah Jessica Parker (aktivis feminis Gloria Steinem), Sharon Stone (ibu Linda), Adam Brody (Harry Reems) dan Peter Sarsgaard (suami Linda ). (wk / rs)

Harith Iskander Mohon Maaf Tayang Perut Isteri

Posted: 02 Feb 2012 06:53 PM PST

Harith dan isterinya menanti saat bahagia untuk menerima cahaya mata pertama mereka
 
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.

Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya.

Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.

"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.

"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.

"Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua.

"Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi," ujarnya.

Sudah dapat restu keluarga

Sementara itu, pelawak yang bakal muncul dengan persembahan 'stand-up comedy' di Istana Budaya selama enam hari bermula Sabtu ini berkata, dia bersyukur kerana ibu dan bapa Jezamine yang sebelum ini tidak merestui perkahwinan sudah terbuka hati untuk menerimanya.

"Alhamdulillah, sudah setahun kami berdamai. Lagipun, sebelum ini saya tetap menganggap keluarga isteri macam keluarga sendiri.

"Saya faham perasaan mereka sebagai ibu bapa yang pastinya resah dan risau andai kata anak perempuan mereka tersalah pilih jodoh. Bagaimanapun, saya percaya, kehadiran cahaya mata kami nanti akan lebih mengeratkan lagi keakraban kami," ujarnya.

Harith telah mendirikan rumah tangga dengan Jezamine yang juga seorang doktor perubatan pada Julai 2010.

Radhi (OAG) Mahu Bersama Pengasih 'Sampai Mati'

Posted: 02 Feb 2012 06:51 PM PST

Radhi (OAG)
 
KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun menjalani pemulihan dadah di Rumah Pengasih di sini, penyanyi Radhi (OAG) membuat keputusan untuk menjadi sukarelawan di pusat pemulihan tersebut sehingga ke hujung nyawanya.

Radhi berkata dia ingin berbakti kepada rumah perlindungan itu yang banyak membantunya menjadi seorang yang bersih daripada najis dadah di samping ingin membimbing pelatih di pusat berkenaan.

"Saya dah nekad ingin membantu golongan ini (penagih) kerana tahu bukannya mudah untuk bersih 100 peratus daripada dadah lebih-lebih lagi apabila dikelilingi dengan orang yang mempunyai masalah sama.

"Justeru itu, saya akan kongsi pengalaman yang dilalui bersama mereka. Saya ingin menjadi contoh untuk orang yang bermasalah seperti yang pernah dialami oleh saya dahulu.

"Dan sekarang ini saya akan berada di Pengasih bermula dari hari Isnin hingga Jumaat manakala pada hari minggu saya akan meluangkan masa bersama ibu saya pula," katanya.

Tambah Radhi, dia telah menghasilkan sebuah lagu khas buat pusat pemulihan tersebut sebagai tanda penghargaannya kepada tempat yang telah banyak mengubah dirinya itu dan akan dimuatkan dalam album terbaru OAG nanti.

"OAG akan mengeluarkan sebuah single baru yang berjudul "Si Pengasih Muda" dan ia ditujukan khas buat warga Rumah Pengasih sebagai tanda penghargaan saya kepada mereka.

"Dalam pada itu OAG juga akan muncul dengan sebuah album baru dengan memuatkan 10 buah lagu yang antaranya seperti Di Bawah Satu Tanah Air, Ambisi, Limbo dan Tears Park," ujarnya.

Beritahu duda anak satu ini, lagu-lagu dalam album tersebut yang diciptakan oleh dia sendiri sepanjang berada di Pengasih.

Malah, yang membuatkan dia lebih selesa berada di pusat itu kerana kemudahan bermain muzik atau "jamming" turut disediakan

"Untuk kemunculan album baru OAG nanti, barisan ahli terdiri daripada orang baru di mana saya mengambil pemuzik dari kalangan pelajar-pelajar Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan).

"Bagaimanapun, saya akan pastikan ahli baru ini bersih daripada najis dadah," tegas Radhi.

Rashid Sibir Puas Hati Drama ‘Tanah Kubur’ Dilanjutkan

Posted: 02 Feb 2012 06:50 PM PST



KUALA LUMPUR: Pengarah drama bersiri popular Tanah Kubur (TK), Rashid Sibir berasa bangga kerana drama bertemakan keagamaan itu berpeluang untuk dilanjutkan ke musim ketiga ekoran sambutan baik daripada penonton.

Musim terbaru drama sebanyak 13 episod ini akan menemui penonton pada setiap Jumaat bermula 24 Februari depan.

Ia akan disiarkan pada pukul 7.30 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106).

Rashid berkata respons yang diterima berdasarkan rating tontonan yang mencecah 4.5 juta pada dua musim sebelum ini menunjukkan rancangan itu semakin diminati ramai kerana jalan cerita dan mesej yang diketengahkan.

"Saya sendiri tidak sangka respons penonton akan terus meningkat terhadap drama bersiri ini selepas dua musim ia ditayangkan.

"Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan. Saya bersyukur kerana drama ini diterima baik oleh masyarakat," katanya yang ditemui pada sidang media drama itu di sini, Khamis.

Rashid berkata sambutan yang memberangsangkan itu memberikan kepuasan walaupun dia pernah berhadapan dengan cabaran dan kesulitan ketika ia mahu diterbitkan pada awalnya.

"Daripada awal lagi ketika idea dan konsep drama ini mahu diterbitkan, kami berdepan penolakan dan prejudis stesen-stesen televisyen yang tidak yakin pada kandungan cerita bertemakan dakwah dan agama.

"Alhamdulillah ia disambut baik oleh Astro Oasis dan berjaya menarik minat penonton sehingga membolehkan ia disambung ke musim ketiga," katanya.

Ketika ditanya apakah kekuatan dan tarikan drama itu, Rashid berkata secara fitrahnya topik atau tema yang berkaitan ambang maut dan pengajaran digemari oleh masyarakat Melayu.

Justeru itu, Rashid berkata dia memanfaatkan sambutan yang baik itu dengan menerapkan elemen dakwah dan Islam dalam bentuk drama dan hiburan.

"Niat dan tujuan drama ini hanya untuk memberikan contoh dan pengajaran menerusi kisah-kisah yang dipaparkan dalam setiap episod. Setiap perbuatan kita sama ada yang baik atau buruk pasti ada balasannya.

"Saya berharap jangan ada pihak yang salah anggap mendakwa saya mahu tunjuk pandai untuk mengajar penonton mengenai dakwah pula," katanya.

Musim terbaru drama ini masih mengekalkan pelakon utama Nasir Bilal Khan sebagai penggali kubur bernama Tok Adi.

Selain itu, pada musim ketiga ini ia turut menampilkan pelakon-pelakon seperti Talha Harith, Hamidah Wahab, Johan As'ari, Liza Abdullah, Jalaluddin Hassan, Jimmy Shanley dan Syafiq Kyle.

Lady Gaga Amalkan Yoga 'Bikram'

Posted: 02 Feb 2012 06:47 PM PST



TIDAK boleh diragukan lagi, Lady Gaga telah mempengaruhi dunia kerana imej dan lagu yang ditonjolkan.

Namun ramai yang tidak tahu apakah rahsia kejayaan pemilik lagu Marry The Night lebih-lebih lagi dia cukup bertenaga ketika muncul dalam mana-mana persembahan.

Menurut laporan Dailymail, rahsia kejayaan Gaga disebabkan rutinnya membuat senaman Yoga 'Bikram' mengikut aturan jadual yang teratur.

"Gaga mempunyai susuk tubuh yang sangat istimewa kerana dia seorang yang sangat berdisiplin dalam penjagaan dirinya termasuklah latihan yoga yang dibuat.

"Pertama kali bertemu dengan Gaga, dia masih lagi dikenali sebagai Stefani Germanotta. Ternyata dia menggunakan bakatnya sebaik yang mungkin dengan stamina yang sentiasa bersedia untuk 'mewarnai' dunia," kata jurulatih Gaga, Tricia Donegan.

Difahamkan, Gaga telah melakukan senaman Yoga sejak tahun 2004 ketika dia masih belum popular.

Yoga Bikram adalah teknik senaman yoga yang dilakukan di bawah suhu 105 darjah Fahrenheit dan ia begitu popular pada sekitar tahun 1970-an selepas diperkenalkan oleh seorang guru bernama Bikram Choudhuy.

Senaman itu dilakukan selama 90 minit dengan berbagai postur badan untuk menguatkan stamina dan pernafasan.

Artis mendakwa dihentak dan dipukul suami

Posted: 02 Feb 2012 06:45 PM PST



KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.

Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.

Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.


Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.-metro-

‘Daun ketum untuk lembu’

Posted: 02 Feb 2012 06:42 PM PST

BANYAK...Mohamad Fakri (kanan) bersama anggotanya melihat daun ketum dalam yang dirampas di Sungai Jejawi.


SERI ISKANDAR: Helah seorang lelaki yang mendakwa konon daun ketum dalam plastik dibawanya untuk diberikan kepada lembu ternakan gagal memperdaya polis apabila ditahan, semalam.

Suspek berusia 57 tahun itu mendakwa konon daun ketum itu makanan berkhasiat untuk tumbesaran lembu ternakannya selain menggalakkan pembiakan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, suspek yang didesak akhirnya mengaku mahu menjual daun ketum itu kepada peraih tempatan dengan harga RM20 sekilogram.
"Suspek sebelum itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah yang melakukan Ops Tapis di sekitar Kampung Sungai Jejawi.

"Serbuan di rumah suspek dipercayai turut menyimpan daun ketum dalam stor sebelum menjualnya kepada peraih atau individu yang akan memprosesnya menjadi air khayal," katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati plastik berisi daun ketum seberat 71 kilogram ditemui disembunyikan dalam kereta miliknya iaitu dua di bahagian tempat duduk depan manakala tiga plastik lagi dalam but.


"Ketika serbuan, seorang lelaki berusia 26 tahun juga didapati singgah di rumah suspek untuk menghantar satu bungkusan plastik daun ketum seberat 10 kilogram.

"Polis percaya lelaki terbabit cuba menjual daun ketum itu kepada suspek yang bertindak sebagai 'orang tengah'. Daun ketum itu kemudian dijual kepada individu dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang serta beberapa lokasi lain," katanya.

Katanya, suspek mengaku memperoleh daun ketum itu daripada 40 pokok ditanamnya di belakang rumah selain dibeli daripada penduduk berhampiran.

"Ujian air kencing suspek juga mendapati dia positif dadah jenis ganja. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3), Akta Racun 1952 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Aliff Aziz tinggalkan Singapura

Posted: 02 Feb 2012 06:40 PM PST



DEMI mengembangkan kerjaya seninya, penyanyi remaja yang popular dengan lagu Sayang Sayang dan Kalau Cinta, Aliff Aziz, sanggup meninggalkan negara kelahirannya Singapura dan menetap di Malaysia bermula Januari lalu selepas menamatkan program khidmat negara selama dua tahun.

Di kala usia 21 tahun, Aliff sudah mula berdikari dan hidup seorang diri di Kuala Lumpur. Akuinya, meskipun terasa sunyi tanpa kehadiran keluarga, katanya, langkah berhijrah ke Kuala Lumpur merupakan keputusan yang tepat untuk kelangsungan kerjayanya.

"Memang terasa sunyi dan sedih juga bila teringatkan keluarga tetapi bagi saya keputusan ke Kuala Lumpur memang tepat dan tidak boleh ditangguhkan kerana dua tahun saya dalam program khidmat negara banyak perkara tertangguh. Sekarang saya memang berpusat di Kuala Lumpur seratus peratus.

"Sebelum ini saya berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Singapura tetapi sekarang tidak lagi. Saya hanya akan pulang ke Singapura setiap tiga bulan sekali. Kalau ikutkan jarak di antara Kuala Lumpur dan Singapura bukannya jauh sangat, jika saya rindu sangat dengan keluarga, saya boleh balik bila-bila masa bergantung pada jadual," katanya yang ingin membawa ibu bapanya ke Kuala Lumpur jika kerjayanya sudah stabil.

Tambahnya, bagi mengelakkan terasa sunyi, dia akan mengisi masanya dengan bekerja sahaja.

"Saya habiskan masa dengan bekerja, sebab tujuan utama ke Kuala Lumpur adalah untuk kerja. Jadi, saya harus fokus dan serius. Saya rasa sejak tinggal sendirian, saya semakin matang dan berdikari. Biarlah saya susah sekarang untuk saya senang pada kemudian hari.

"Alhamdulillah, keluarga saya faham dan memberi kebenaran meskipun terdapat kebimbangan di hati mereka. Ibu saya berpesan, tinggal di negara orang, harus ingat asal usul dan di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung," tuturnya.

Kontroversi fotonya sebelum ini benar-benar mematangkan dirinya, kini apabila tinggal sendirian ke mana sahaja langkah kakinya, Aliff lebih berhati-hati.

"Saya kena jaga tingkah laku dan saya akan berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara atau pergi ke mana-mana. Niat saya kini hanya untuk bekerja, jika berlaku juga kontroversi yang di luar jangkaan, kalau benar itu kesalahan saya, tidak boleh cakap apa lagi, memang saya kena tanggung sendiri," katanya tanpa cuba mengelak.
Tolak cinta


BERGABUNG. Dari kiri: Fara Fauzana, Bell Ngasri, Aliff Aziz dan Anne Ngasri berlakon bersama dalam drama komedi muzikal, Antara Kita.


Bohonglah jika tiada gadis yang ingin mendekati anak muda setampan Aliff. Bagaimanapun, jelas Aliff, kini dia lebih selesa berstatus solo, jika ada cinta di hatinya pun dia lebih selesa untuk berdiam diri daripada memberitahu seluruh dunia.

Alasannya, dia baru aktif di Malaysia dan banyak kerja yang harus dibereskan sebelum mengejar cinta.

"Kalau soal cinta, memang jauh lagi. Sekarang saya sedang seronok bekerja dan masih muda. Jika ada pun saya rasa lebih baik diam-diam sahaja. Walaupun sebagai artis, saya rasa bukan semua perkara saya harus kongsi dengan peminat, ada perkara yang harus saya simpan sendiri.

"Kalau saya kecoh-kecoh bercinta, lepas itu putus, perkara yang kecil akan jadi besar. Kalau sudah benar-benar mahu berkahwin, baru saya akan umumkan tetapi perkahwinan masih jauh dalam fikiran saya," tuturnya.

Walaupun sibuk dengan dunia seni, tersimpan jauh di sudut hati Aliff untuk menyambung pelajarannya seperti mana kebanyakan remaja seusianya tetapi dek kekangan masa hasrat itu tergendala buat sementara waktu.

"Kalau boleh saya memang nak sambung belajar, memang ada perancangan itu tetapi buat masa sekarang terlalu banyak kerja yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Jika boleh saya mahu sambung belajar di Malaysia dalam bidang kejuruteraan bunyi atau muzik," ulasnya.

Tegasnya, ilmu sangat penting buatnya kerana dia sedar populariti serta kelangsungan hayat kerjaya dalam bidang seni ada tarikh tamat tempohnya. Dia harus mempersiapkan dirinya dan melihat 10 tahun akan datang dia masih bekerja dalam bidang muzik.

"Muzik perkara nombor satu dalam hidup saya, apa sahaja yang saya lakukan harus ada kaitan dengan muzik. Jika saya tidak menyanyi lagi seperti hari ini, mungkin saya akan bekerja di belakang tabir dan menerbitkan lagu untuk orang lain," katanya.

Lakonan pertama

Selama bergelar penyanyi selain dalam video muziknya, Aliff tidak pernah berlakon. Kalendar 2012 Aliff dimulakan dengan penggambaran drama muzikal Antara Kita terbitan NS Star Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Darling Ngasri.

Tidak pernah merancang untuk berlakon apabila tawaran diberikan, Aliff ingin mencubanya kerana lakonan juga merupakan salah satu cabang dalam bidang seni.

"Memang saya tidak pernah berlakon dan tidak pernah ada latar belakang lakonan. Mula-mula memang rasa kekok tetapi apabila peluang sudah diberikan saya cuba buat yang terbaik. Saya menerima tawaran ini kerana ia sebuah drama muzikal dan sitkom.

WALAUPUN baru pertama kali berlakon, Aliff mendapat pujian daripada pengarah dan rakan pelakon lain kerana berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik.




"Pengalaman berlakon memberi saya pendedahan kerja seorang pelakon dan drama ini merupakan batu loncatan untuk saya ke bidang lakonan. Selepas berlakon, saya sudah jatuh cinta dengan bidang ini. Selepas ini jika ada tawaran yang sesuai saya akan menerimanya," balasnya.

Sungguhpun begitu, luah Aliff, bidang nyanyian tetap nombor satu buat dirinya kerana kerjayanya dimulakan dengan nyanyian, manakala lakonan jatuh di tangga kedua.

"Saya ingin cuba semua bidang yang berkaitan dengan seni, apa salahnya mencuba. Jika mendapat banyak tawaran lakonan, bidang nyanyian tetap diutamakan. Mana boleh saya tinggalkan bidang nyanyian yang sudah menjadi darah daging saya," katanya yang memegang watak Airil dalam drama Antara Kita.

Selepas menamatkan penggambaran drama, sepanjang Februari dia akan sibuk di studio untuk merakamkan album ketiganya yang dijangka berada di pasaran pada bulan Mac depan.

Album yang masih tidak berjudul itu memuatkan tujuh buah lagu dan tiga buah lagu minus one yang mendapat sentuhan komposer seperti Panji, Jimi (Sofaz) dan Azlan Abu Hassan.

"Lagu-lagu dalam album itu masih pop, sangat ringkas dan mesra telinga. Maknanya orang mudah menghafal lagu-lagu saya. Saya berterima kasih kepada peminat kerana walaupun sudah lama saya tidak muncul dengan lagu baharu, mereka masih mengingati saya dan lagu-lagu saya juga masih diputarkan di radio," ujarnya yang bernaung di bawah Sony BMG Malaysia. -kosmo-

PANAS! 3 beradik Kim berbogel

Posted: 02 Feb 2012 06:37 PM PST


 
DARI kiri, Kourtney, Chloe dan Kim Kardashian.


MUNGKIN bagi Kardashian bersaudara, baju tidak akan diperlukan untuk sebuah promosi seluar. Ini kerana yang dipromosi adalah seluar, bukannya baju dan mereka berasa berbogel pada bahagian atas badan adalah hal yang tepat untuk mempromosikan seluar!

Itulah yang dilakukan oleh tiga beradik Kardashian iaitu Kim Kardashian, Kourtney Kardashian dan Khloe Kardashian yang telah bersama mempromosikan seluar jeans terkini sebuah syarikat pakaian.

Menurut Dailymail, idea berani untuk tidak memakai baju itu datang daripada tiga bersaudara itu sendiri. Mereka berpendapat, adalah lebih indah jika mereka hanya memakai seluar tanpa pakaian.

Dalam gambar tersebut, Kim tampak duduk di atas sebuah tempat duduk tinggi warna putih dan membelakangi Khloe yang bersandar menghadap dinding. Kourtney pula berbaring di lantai dengan kaki diangkat selari hingga ke tempat duduk Kim.

Jika mengikut perancangan, seluar jeans itu sendiri memang dibikin untuk menunjukkan kecantikan tubuh si pemakai.-kosmo-

Wan Jamak Punca kemerosotan Kedah

Posted: 02 Feb 2012 06:34 PM PST


 WAN JAMAK masih menjalani penggantungan tujuh perlawanan dan belum boleh melatih skuad Kedah buat sementara waktu.



SETELAH prestasi hambar yang dipamerkan oleh pemain sebagai punca kemerosotan Kedah, kali ini kelemahan itu dihalakan pula kepada Wan Jamak Wan Hassan.

Ia berikutan penggantungan ketua jurulatih itu diakhir musim lalu yang membuatkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak sempat mencari jurulatih baharu bagi menguruskan pasukan.

Turut dipersalahkan oleh penyokong skuad Hijau Kuning ialah pengurus pasukan, Datuk Khazali Din yang didesak berundur daripada jawatan yang disandangnya.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, hukuman penggantungan tujuh perlawanan ke atas Wan Jamak merupakan punca utama berlaku kepincangan dalam pengurusan bola sepak Kedah.

"KFA terpaksa mengambil Mohd. Nidzam Adha (jurulatih skuad Piala Presiden) untuk membimbing Kedah buat sementara waktu sebelum Radhi (Mat Din) dan Ahmad Sobri (Ismail) yang tamat pengantungannya Sabtu lalu mengambil alih semula.

"Namun selepas Wan Jamak kembali, sekiranya tiada sebarang kemajuan dalam skuad Kedah, kita akan mengkaji dan menilai semula beberapa perkara bagi menyelesaikan masalah yang melanda pasukan ketika ini," katanya.

Bagaimanapun, menurut Hamdan, semua pihak termasuk pengurusan, pentadbiran dan pemain perlu bertanggungjawab berikutan prestasi hambar skuad Kedah.

"Saya merasakan tidak adil jika kita menuding jari kepada mana-mana individu tertentu kerana ini adalah usaha bersama.

"Saya memang mengambil serius perkara ini dan harus melakukan yang terbaik," katanya.

Wan Jamak digantung tujuh perlawanan kerana didakwa mengkritik mutu pengadilan ketika menyaksikan anak-anak didiknya sekadar seri 1-1 menentang Perak pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A saingan Piala Malaysia pada 28 September lalu.

Turut menerima nasib sama, Radhi yang merupakan penolong jurulatih dan jurulatih penjaga gol, Ahmad Sobri yang digantung empat perlawanan.

Dalam pada itu, Hamdan turut mempersoalkan persembahan hambar beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, Baddrol Bakhtiar, Mohd. Sabree Abu dan Amar Rohidan yang gagal membantu pasukan mencapai kemenangan.

Katanya, pemain tempatan mempunyai kualiti yang baik, namun persembahan mereka agak tumpul menyebabkan peminat hampa dengan permainan mereka.

"Bertambah malang, import Kedah pula tidak berkualiti sehingga menyebabkan mereka terpaksa digugurkan bagi mencari import baharu yang dapat membantu mengubah nasib pasukan," katanya.

Menurut Hamdan, KFA dalam mesyuarat baru-baru ini memutuskan untuk mencari dua pemain import baharu di bahagian serangan dan tengah bagi membantu memantapkan pasukan.

"Kami tidak mempunyai masalah dengan pemain berkaitan gaji dan kebajikan mereka, malah turut memberi insentif sekiranya mereka menang atau seri dalam perlawanan,'' katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, KFA menubuhkan satu pasukan pemantau yang terdiri daripada lima ahli bagi memantau prestasi pemain dan jurulatih serta turut memantau isu-isu berkaitan dengan bola sepak termasuk rasuah.

"Mereka terdiri daripada ahli Eksekutif KFA, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Misi tawan Bahrain bermula

Posted: 02 Feb 2012 06:32 PM PST


 
KHAIRUL FAHMI tetap diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai kapten.


MISI skuad bawah 21 tahun negara bagi membalas dendam ke atas Bahrain dalam aksi kelayakan pusingan akhir Olimpik 2012 Zon Asia peringkat Kumpulan C bermula apabila selamat tiba pukul 11 malam kelmarin (4 pagi waktu Malaysia semalam).

Tewas 2-3 kepada negara Asia Timur itu dalam aksi pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada November tahun lepas, anak-anak buah Ong Kim Swee kini sudah bersedia untuk memburu mata sulung setelah turut tewas 0-2 ke atas Jepun dan Syria dalam kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini.

Mereka bakal membuat perhitungan dengan anak-anak buah Salman Shareeda di Stadium Nasional Manama pada pukul 6.30 petang (11.30 malam waktu Malaysia) pada 5 Februari, dan hanya kemenangan sahaja dilihat berupaya membuka semula 'pintu' buat mereka menjejak kaki ke temasya Olimpik di London Ogos depan.

Paling utama, tiada lagi sebarang alasan yang boleh diberikan skuad Harimau Muda jika tewas kali ini berbanding faktor keletihan yang membelenggu pasukan itu dalam aksi pusingan pertama sebelum ini berdasarkan jadual perlawanan yang begitu ketat dengan temasya Sukan SEA yang menyaksikan negara berjaya mempertahankan pingat emas pada November tahun lepas.

Enggan menoleh ke belakang, Kim Swee juga kekal menaruh harapan kepada penjaga gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat yang kekal menjadi kapten menjelang pertemuan menentang Bahrain nanti.

"Saya tetap menaruh keyakinan terhadap Apex menjadi kapten pasukan, bagi saya sebarang spekulasi melucutkan jawatannya gara-gara isu salah faham tempoh hari tidak perlu dipanjangkan," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di Manama semalam.

Khairul Fahmi sebelum ini mencetuskan kontroversi gara-gara 'ponteng' hari pertama latihan ekoran mengakui 'terkeliru' mengenai perkara itu ketika membantu majikannya, Kelantan mengharungi saingan Liga Super baru-baru ini.

Empat pemain juga diketepikan daripada skuad ke Manama kali ini iaitu Syahrul Azwari Ibrahim, Muhammad Syazwan Tajuddin, Mohd. Shahril Saari dan Muhammad Izuan Mohd. Salahuddin.

Mengulas lanjut, Kim Swee menjelaskan bahawa, anak-anak buahnya bakal menjalani latihan ringan di gimnasium petang ini sebelum meneruskan latihan bagi menyesuaikan diri dengan keadaan padang.

"Latihan ini dilihat amat penting buat saya mengenal pasti percaturan taktikal terbaik buat pasukan.

"Faktor cuaca yang berangin gara-gara ribut pasir yang berlaku di Manama ketika ini juga dilihat bukan masalah besar buat pemain saya menyesuaikan diri di sini," katanya.-kosmo-

Pembuat bom dari Malaysia mati di Filipina

Posted: 02 Feb 2012 06:28 PM PST


SEORANG jurucakap Tentera Filipina, Kolonel Marcelo Burgos menunjukkan gambar Zulkifli Abdul Hir pada satu sidang akhbar di Manila semalam.



MANILA - Tentera Filipina mendakwa pihaknya telah berjaya membunuh tiga orang militan Islam paling dikehendaki termasuk seorang pembuat bom dari Malaysia, Zulkifli Abdul Hir (gambar) dalam satu serangan udara yang dibantu oleh penasihat tentera dari Amerika Syarikat (AS) semalam.

Serangan bom itu dilakukan menjelang subuh di sebuah pulau terpencil di bahagian selatan yang turut menyebabkan 15 orang ahli kumpulan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiah yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda terbunuh.

"Ini satu kemenangan besar. Tiga orang pemimpin kanan terbunuh. Ia akan memberi impak yang sangat besar terhadap kemampuan pengganas," kata seorang komander tentera wilayah Filipina, Mejar Jeneral Noel Coballes.

Pesawat-pesawat membedil pinggir sebuah kampung di pulau Jolo selepas sumber risikan memaklumkan bahawa kira-kira 30 militan berpangkalan di kampung berkenaan.

Tiada tentera darat dikerahkan dalam operasi tersebut.

Zulkifli yang juga dikenali sebagai Marwan merupakan seorang warga Malaysia yang didakwa menjadi orang kanan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah dan dalang beberapa siri serangan bom di Filipina.

Zulkifli juga dituduh menjadi pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia, sebuah kumpulan mirip Jemaah Islamiah yang mahu membentuk sebuah negara Islam di Asia Tenggara.

Pada tahun 2007, AS menawarkan wang sebanyak AS$5 juta (RM15 juta) sebagai ganjaran penangkapan Zulkifli, sekali gus menjadikannya antara orang yang paling dikehendaki oleh AS.

Dalam laman web Jabatan Negara AS yang memaparkan maklumat mengenai orang paling dikehendaki kerana aktiviti keganasan, hanya empat orang ditawarkan wang ganjaran tinggi.

Antaranya ialah Ketua Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri.

Pihak berkuasa Malaysia menyambut baik berita kematian Zulkifli.

"Kami mengalu-alukan berita kematian Zulkifli ketika pasukan keselamatan di rantau ini meneruskan usaha menentang militan sepertinya," kata Ketua Gerak Khas Malaysia mengenai keganasan, Ayob Khan Mydin Pitchay.

Tentera Filipina memberitahu antara yang terbunuh dalam serangan sama ialah Abu Pula, juga dikenali sebagai Doktor Abu dan Umbra Jumdail, salah seorang pemimpin utama organisasi militan Abu Sayyaf.

Abu Sayyaf didakwa melakukan serangan-serangan pengganas terburuk di Filipina termasuk meletupkan sebuah feri di Manila yang membunuh lebih 100 orang, selain banyak kes penculikan di kawasan terpencil di selatan yang dihuni majoriti penduduk Islam. - Agensi

Kembara ibu tunggal

Posted: 02 Feb 2012 06:26 PM PST



BERKELANA...Fazilah ketika ditemui di Masjid Al Bukhari.

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal yang hidup merempat dan mengemis bagi menghabiskan sisa-sisa kehidupan, mungkin mencatat rekod tersendiri apabila menjadikan tidak kurang 30 masjid di Lembah Klang sebagai tempat berkelana.

Mahu dikenali sebagai Fazilah, 59, bekas kakitangan awam itu berkata, dia memilih jalan hidup sedemikian selepas kematian suami pada 2009 dengan tinggal di masjid dan mengharapkan belas ihsan jemaah yang singgah menunaikan solat untuk mendapatkan sesuap nasi.


"Seperti orang lain, saya juga ingin memiliki rumah sendiri, tapi dengan keadaan sekarang jika ditakdirkan saya meninggal dunia di masjid, saya reda," katanya ketika ditemui di Masjid Al Bukhari, di sini.

Fazilah berkata, dia tidak mempunyai penyelesaian lain untuk mendapatkan wang bagi menyara hidupnya bersama seorang anak lelakinya berusia 34 tahun yang lembam dan tergolong dalam kategori orang kelainan upaya (OKU).

Menceritakan keperitan hidupnya, Fazilah berkata, semuanya bermula pada 2002 selepas rumah setinggan yang diduduki keluarganya di Kampung Bukit Botak, dekat sini, dirobohkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk projek pembangunan.-metro-

Calon Presiden Perancis Dilempar Tepung

Posted: 02 Feb 2012 06:23 PM PST


SEORANG wanita yang identitinya dikenali sebagai Claire Seguin (kanan) membaling tepung ke arah Francois Hollande di Paris kelmarin.



PARIS - Seorang wanita yang mendakwa dia diawasi polis dan nyawanya juga terancam bertindak mencurahkan tepung gandum ke atas calon utama pilihan raya Presiden Perancis kempen beliau di sini kelmarin.

Wanita berkenaan yang memperkenalkan diri di hadapan kamera televisyen sebagai Claire Seguin, 45, berlari ke atas podium tempat calon Presiden daripada Parti Sosialis, Francois Hollande yang berdiri untuk menandatangani 'kontrak sosial' sebagai simbolik sokongan beliau terhadap dasar perumahan untuk semua rakyat.

Hollande yang kini mendahului populariti Presiden Nicolas Sarkozy kekal tenang sepanjang insiden tersebut walaupun kaca mata, rambut dan pakaiannya dilitupi tepung gandum.

Beliau tetap meneruskan agendanya untuk bercakap mengenai pembaharuan dalam dasar perumahan negara selepas peristiwa memalukan itu berlaku.

Beberapa pegawai peribadinya kemudian menangkap Seguin dan menyerahkan wanita itu kepada polis.

Seorang anggota polis mengesahkan bahawa Sequin yang kini ditahan polis, membawa empat kilogram tepung gandum ketika kejadian.

Dia dipercayai bertindak demikian selepas menuduh ada pihak dalam Parti Sosialis cuba membunuhnya.- Agensi

Singa terlepas dari kurungan serang unta

Posted: 02 Feb 2012 06:18 PM PST


 
BEBERAPA pekerja zoo melihat seekor singa yang pengsan selepas ditembak dengan ubat pelali di Zoo Taman Satwa Jurug, Solo, Indonesia pada Selasa lalu.


SOLO, Indonesia - Seekor singa Afrika ditembak dengan ubat pelali selepas haiwan itu berjaya keluar dari kurungan di Zoo Taman Satwa Jurug di sini pada Selasa lalu.

Singa itu yang bernama Oni menyerang dan membunuh seekor unta sebelum dia ditembak dengan ubat pelali oleh pekerja zoo.- Reuters

Artis Kenya hasilkan kerja seni unik

Posted: 02 Feb 2012 06:15 PM PST


SALAH satu ciptaan Cyrus Kabiru.



NAIROBI - Artis seni Kenya, Cyrus Kabiru menunjukkan hasil kerja seninya yang menggunakan pelbagai objek untuk menghasilkan pelbagai reka bentuk bingkai seperti cermin mata. Cermin mata unik itu diberi nama c-stunners.

Dia menghasilkan kerja seni unik itu dengan menggunakan pelbagai serpihan barang yang ditemuinya semasa menuju ke studionya.

Kabiru mendapat ilham untuk menghasilkan kerja seni itu selepas mendengar cerita bapanya yang menyayangi cermin mata.

Bapanya telah dipukul oleh keluarganya kerana cermin matanya pecah. - AFP

RM6,500 hanya dapat plat kereta

Posted: 02 Feb 2012 06:13 PM PST

KESAL...Mohd Fazli menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

SHAH ALAM: Hasrat seorang pekerja kilang membeli kereta baru bagi memudahkan urusan sehariannya berakhir kekecewaan apabila dia diperdaya seorang jurujual kereta dalam kejadian di Seksyen 23, di sini, baru-baru ini.

Mangsa, Mohd Fazli Ambric, 27, berkata, dia berhasrat membeli Proton Saga berharga RM46,000 dan mengunjungi bilik pameran di Seksyen 23 bagi membuat urusan jual beli.

"Ketika di bilik pameran itu, saya dilayan jurujual dikenali sebagai Badrul Hisham untuk membuat tempahan yang memerlukan saya membayar RM500 secara tunai.

"Beberapa hari kemudian saya dimaklumkan bank sudah meluluskan pinjaman kereta itu dan saya diminta membayar pendahuluan RM6,000 bagi urusan dokumentasi. Wang itu diserahkan kepada jurujual terbabit dan diberi resit rasmi," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Mohd Fazli berkata, jurujual itu menjanjikan keretanya diperoleh selepas Tahun Baru Cina, namun perkara itu tidak ditunaikan, malah jurujual terbabit menghilangkan diri.


"Saya pergi ke premis itu untuk menuntut kereta yang dijanjikan, namun dimaklumkan jurujual terbabit sudah berhenti kerja sebelum Tahun Baru Cina. "Saya curiga dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, namun sekali lagi pergi ke premis berkenaan dan lebih mengejutkan saya apabila dimaklumkan jurujual itu mempunyai empat kes penipuan membabitkan penjualan kereta sebelum ini," katanya.

Selain itu, majikan jurujual terbabit mendakwa mereka tidak pernah mengetahui urusan jual beli keretanya dan enggan memberikan pampasan.

"Saya tak menyangka hanya mendapat nombor plat kereta. "Lebih menyedihkan resit yang diberikan kepada saya adalah palsu walaupun tercetak nama syarikat pengedar itu. Sungguh mengecewakan kerana saya bukan membuat urus niaga di kedai kopi, tetapi di bilik pameran," katanya.

Mohd Fazli yang kesal dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15 Ahad lalu.-metro-

FAM senarai Safee dalam Harimau Malaya

Posted: 02 Feb 2012 06:09 PM PST



TIDAK kira apa laporan negatif media Indonesia mengenai status Mohd Safee Sali ketika ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap akan memanggil penyerang sensasi itu menyertai skuad Harimau Malaya bagi dua aksi perlawanan antarabangsa menentang Arab Saudi dan Filipina di penghujung bulan ini.

Biarpun masa depan Safee bersama skuad kebangsaan masih belum dapat dipastikan berikutan keputusan pemain berusia 28 tahun itu menandatangani kontrak lumayan dua tahun bernilai lebih RM2 juta bersama kelab Pelita Jaya FC kelmarin, FAM menganggap Safee masih layak menyertai skuad kendalian Datuk K Rajagobal.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat sebarang hitam putih daripada badan induk bola sepak antarabangsa Fifa dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai larangan Safee mewakili negara kerana beraksi dalam liga yang dilabel haram oleh Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI), "Kami akan panggil Safee untuk mewakili negara bagi perlawanan persahabatan itu nanti. FAM tidak menerima sebarang surat daripada AFC ataupun Fifa yang memaklumkan Safee tidak boleh bermain," katanya ketika ditanya mengenai kedudukan Safee bersama skuad kebangsaan.

Safee tidak menyertai latihan pusat skuad kebangsaan ketika ini kerana terikat dengan perlawanan Liga Super Indonesia (ISL) bersama Pelita Jaya.

ISL pula dilabel sebagai liga 'pemberontak' oleh PSSI dan berkemungkinan akan diharamkan Fifa jika masalah itu tidak dapat diselesaikan hingga 22 Mac ini.

Sebelum ini badan induk bola sepak dunia itu dilapor sudah mengeluarkan surat kepada PSSI menyatakan mereka tidak mengiktiraf ISL kerana tidak mendapat kelulusan PSSI.

Berdasarkan keputusan itu semua pemain yang beraksi dalam ISL dilarang daripada menyertai mana-mana liga atau perlawanan antarabangsa membabitkan ahli gabungan Fifa.

Menerusi kenyataan Wakil Ketua Komisi Disiplin PSSI, Agus Saptono yang disiarkan dalam laporan terbaru portal berita Indonesia, Republika.co.id semalam, Safee tidak boleh mewakili negara kerana beraksi dalam ISL dan akan dikenakan tindakan jika melanggar peraturan Fifa itu.

Bagaimanapun Azzuddin yang diminta mengulas perkara itu berkata: "Saya tidak mahu membuat komen berdasarkan apa orang cakap (laporan media).

Mengenai perlawanan dengan Arab Saudi di Melbourne pada 24 Februari ini, beliau memaklumkan sudah menghantar surat susulan bagi mendapatkan pengesahan. -metro-

Saman Australia tidak jejas prestasi AirAsia

Posted: 02 Feb 2012 06:05 PM PST



GAH...Tony (lima dari kiri) bersama ahli lembaga pengarah Kumpulan AirAsia dan kakitangannya di hadapan pesawat Airbus A320 ke-100 di LCCT, semalam.

SAMAN yang difailkan Australia terhadap AirAsia X baru-baru ini tidak akan menjejaskan prestasi jualan syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu di negara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, saman itu adalah masalah teknikal yang kecil dan tidak menyebabkan sebarang perubahan terhadap kekerapan perkhidmatan syarikat penerbangan tambang rendah itu ke Australia.

"Saman yang dikemukakan itu hanya masalah teknikal kecil dan kami tidak menjangkakan ia akan mengganggu kekerapan penerbangan ke Australia," katanya.

Menurutnya, isu berkenaan dianggap terpencil kerana hanya membabitkan empat laluan daripada ratusan laluan AirAsia dan AirAsia X.

"Saman yang dikemukakan itu hanya membabitkan empat laluan saja berbanding jumlah keseluruhan laluan yang kami tawarkan dan pengurusan AirAsia X sudah membetulkannya," katanya selepas menyambut ketibaan Airbus A320 ke-100 Air Asia di Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang, semalam.

Awal bulan ini, kumpulan pemantau pengguna di Australia menyaman syarikat penerbangan tambang rendah itu kerana didakwa gagal mendedahkan harga penuh tambang untuk penerbangan dari Australia.

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat penerbangan itu pada hari yang sama eksekutifnya melancarkan tambang bagi laluan Sydney-Kuala Lumpur pada tambang sehala serendah AS$99 (RM319). Setakat ini, AirAsia X menawarkan laluan ke Gold Coast, Melbourne, Perth dan Sydney dan dijangka akan memperkenalkan laluan ke Adelaide.

Dalam pada itu, Fernandes berkata, pihaknya melabur kira-kira AS$25 bilion (RM75.4 bilion) bagi pembelian pesawat Airbus baru yang dijangka akan diterima bagi tempoh 10 tahun mulai tahun ini.

Ia membabitkan 300 pesawat Airbus A320 Neo bernilai AS$18 bilion (RM54.3 bilion) dan 75 pesawat Airbus A320 bernilai AS$7 bilion (RM21 bilion).

1,000 pekerja Facebook jadi jutawan

Posted: 02 Feb 2012 06:00 PM PST

ZUCKERBERG hanya memiliki kira-kira satu per lima daripada saham syarikat Facebook Inc.


SEBAHAGIAN daripada pekerja Facebook yang bakal menjadi jutawan menjadi penghias dokumen tawaran IPO dikemukakan Facebook Inc kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS.

SEBAHAGIAN daripada pekerja Facebook yang bakal menjadi jutawan menjadi penghias dokumen tawaran IPO dikemukakan Facebook Inc kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS.
LOS ANGELES: Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California.

Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan.

Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.
Tindakan itu dijangka menjadikan syarikat sangat berjaya itu bernilai sehingga RM300 bilion.

Syarikat yang mempunyai 3,000 pekerja itu berharap dapat menyenaraikan Facebook di bawah simbol FB di Pasaran Saham New York atau Pasaran Saham Nasdaq.

Dalam peraturan difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook Inc membayangkan harapannya untuk mengumpul sehingga AS$5 bilion (RM15 bilion) melalui IPO berkenaan dan ia adalah rekod baru untuk syarikat teknologi di pasaran saham selepas Google mencatatkan nilai RM5.73 bilion pada 2004.

Ia menjadi perubahan besar terhadap syarikat yang dijelaskan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, dalam dokumen berkenaan sebagai "pada peringkat awal tidak dicipta untuk menjadi syarikat." "Ia dibangunkan untuk menyempurnakan misi sosial - bagi menjadikan dunia lebih terbuka dan saling berhubung," katanya.

Zuckerberg juga menyatakan, mereka menanam budaya unik dan pendekatan pengurusan dikenali sebagai "Kaedah Penggodam." "Ungkapan 'penggodam' diberi gambaran negatif secara berlebihan dalam media sebagai seseorang yang menceroboh komputer.

"Hakikatnya, penggodaman bermaksud membina sesuatu dengan pantas atau mencuba batasan kemampuan diri," katanya.

Dokumen dikemukakan Facebook Inc juga mendedahkan beberapa fakta penting firma banyak berahsia itu, selain kawalan ketat Zuckerberg ke atas pelbagai aspek pengurusan syarikatnya.

Ketika semua pihak menyangka setiap penutur berbahasa Inggeris memiliki akaun Facebook, sebenarnya rangkaian itu baru meneroka 60 peratus pasaran di Amerika Syarikat, Britain dan paling popular di Chile, Turki dan Venezuela.

Dokumen itu menyatakan, mereka menyasarkan China kini mengharamkan Facebook sebagai pasaran besar selanjutnya, tetapi ragu mampu menyediakan dasar tapisan diterima kerajaan negara berkenaan. - DM

No comments: