Monday 30 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Doa Bertemu Jodoh Untuk Kaum Wanita

Posted: 29 Jan 2012 12:37 AM PST



Pernah dengar istilah anak dara tua (andartu), anak dara lanjut usia (andalusia), janda berhias dan sebagainya?

Sebenarnya penulis dan ramai pihak tidak begitu gemar hendak melabelkan seseorang wanita yang tidak berkahwin itu dengan pelbagai gelaran sedemikian.

Namun di sebalik pelbagai gelaran itu, kita kena terima hakikat, memang jumlah wanita yang belum berkahwin cukup ramai ketika ini

Ada pendapat mengatakan, antara punca wanita tidak berkahwin bukanlah kerana mereka lebih selesa hidup bersendirian daripada menanggung risiko dalam perkahwinan tetapi disebabkan tidak ramai lelaki yang layak dijadikan suami.

Sudahnya, suami orang juga yang diintai, lebih-lebih lagi suami misali, kerana mereka tentunya memikat hati banyak wanita.

Malah ada tinjaun menunjukkan, fenomena pelajar perempuan menguasai institut pengajian tinggi (IPT) dewasa ini telah mewujudkan semakin ramai golongan wanita yang enggan berkahwin.

Penulis difahamkan, yang merisaukan ramai wanita andartu ialah, masa berlalu, tetapi mereka tetap tidak mempunyai calon yang sesuai dan memahami diri mereka, dalam masa yang sama mereka juga takut untuk tangkap muat, bimbang kalau menyesal di kemudian hari.

Bagi Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Prof. Madya Dr. Anisah Abdul Ghani , dalam menghadapi tekanan hidup, apatah lagi ke atas golongan tanpa suami, maka menjaga hubungan dengan Allah adalah amat-amat diperlukan.

Ini kerana golongan sebegini sering dilempar dengan pelbagai tohmahan yang sudah pastinya menyentap dan mengguris hati kecil seorang wanita.

Ditambah pula dengan lemparan gelaran dan jolokan seperti 'janda berhias', 'janda meletup' 'andartu' dan 'andalusia' seperti yang disebutkan di awal tadi.

Padahal sepatutnya, golongan ibu tunggal harus dibela kebajikan dan dijaga sensitiviti mereka.

Besar kemungkinan juga, segelintir wanita yang tidak berkahwin itu bukannya memilih, jauh sekali menafikan sunnah Nabi.

Tetapi semua itu adalah dugaan Allah Yang Maha Mengetahui.

Sayangnya, itulah realiti masyarakat kita yang sesuka hati melabelkan seseorang itu tanpa meletakkan diri mereka ditempat si pulan itu.

Hakikatnya, lelucon yang berlebihan dan sindiran yang menyakitkan itu memberi kesan kepada mental, spiritual dan emosi individu yang dimaksudkan itu.

Tambah memburukkan keadaan apabila ada segelintir mengaitkan golongan sebegini dengan perlakuan maksiat dan tidak bermoral.

Meskipun tidak dinafikan ada kes sedemikian, namun punca utamanya bukanlah disebabkan oleh status mereka itu.

Lantaran itu, selagi individu yang terpaksa memikul bebanan atas tuduhan yang tidak berasas ini berpegang dengan pendirian setiap sesuatu itu adalah dengan kehendak-Nya, kata Anisah, mungkin tekanan ini dapat dikurangkan atau dijadikan penawar atau sebagai pemujuk hati.

Ermmm…menarik juga apa yang dikatakan pensyarah ini.

Apapun, alang-alang kita menyentuh bab ini, penulis ada terjumpa sepotong doa dalam laman web Darussyifa khusus untuk kaum wanita (seperti di atas) yang mengharapkan jodoh atau dipertemukan insan yang soleh sebagai teman hidup mereka.

Darussyifa ini merupakan satu pusat perubatan cara Islam yang cukup terkenal di negara ini yang diterajui oleh Datuk Dr. Haron Din.

Mana tahu dengan mengamalkan doa ini, akan dimakbulkan harapan dan seterusnya bertemu dengan jejaka idaman yang diidamkan, InsyaAllah

Selamat mencuba! – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Gambar Mayat Bayi Dibuang Ditemui Tanpa Kepala, Kaki

Posted: 29 Jan 2012 12:35 AM PST



AMPANG – Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan­ di Kuala Ampang.
.
"Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput," katanya.
.
Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.
.
"Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat," katanya. (Sinar Harian)

Bunyi Aneh Dari Langit Rupanya Bunyi Mesin Kelapa Sawit?

Posted: 29 Jan 2012 12:33 AM PST



Masih ingatkah kisah 'bunyi aneh dan menakutkan' dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu?

Ia mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post telah dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.

Lebih menggemparkan, bunyi yang sama juga sebelum itu dikatakan kedengaran di beberapa buah kawasan di dunia.

Malah ada pihak yang mula mengaitkannya dengan petanda awal kiamat.

Misteri mengenainya bagaimanapun bakal terjawab minggu depan apabila pasukan khas dari Agensi Angkasa Negara (AAN) selesai melakukan penyiasatan mereka.

Namun siasatan awal mendapati, ia mungkin hanyalah bunyi yang terhasil daripada mesin dari sebuah kilang kelapa sawit yang terletak di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadhillah Yusuf berkata, setakat ini pasukan yang ditubuhkan khas untuk menyiasat aduan berkenaan sedang bekerja keras untuk menyiapkan laporan mereka.

" Kita akan memeriksa frekuensi yang dihasilkan oleh mesin kelapa sawit itu sebelum dapat mengesahkan sama ia berpunca daripada alat tersebut atau sebaliknya," katanya.

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan.

Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)

HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Tasha nafi mabuk, ghairah

Posted: 29 Jan 2012 12:01 AM PST



DALAM hendak berseronok-seronok, melepaskan tekanan kerja dan meraikan hari ulang tahun kelahiran bersama kawan-kawan, pelakon Bunga April, Tasha Shilla tiba-tiba sahaja ditimpa bahana.

Rabu lalu, dia digembar-gemburkan beraksi liar, berparti serta menari ghairah ala-ala tarian tiang di sebuah kelab hiburan, Rootz Club di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Beberapa portal hiburan di internet mendakwa Tasha yang baru pulang dari Perth, Australia itu dilihat berseronok bersama kawan-kawannya, berparti serta asyik menari tanpa menghiraukan pengunjung lain di kelab berkenaan.

Mengiyakan dakwaan dia mengunjungi kelab hiburan untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-25 tahun ini, Tasha yang dihubungi Sensasi Bintang bagaimanapun melahirkan rasa terkilan kerana cerita itu telah ditokok tambah seolah-olah dia sengaja menimbulkan kontroversi.

SENSASI BINTANG: Jadi benarlah kamu ke Rootz Club pada malam 25 Januari lalu?

TASHA SHILLA: Ya benar tapi cerita mengatakan saya menari ghairah ala-ala tarian tiang itu tidak benar. Saya masih sedar siapa diri saya. Rasanya penulis itu yang tidak sedar apa yang telah ditulisnya tentang saya.

Kelab itu hanya memainkan muzik berentak R&B, kenapa pula saya tiba-tiba hendak menari ghairah dan istilah pole dancing yang digunakan juga tidak tepat, kerana saya hanya menari di lantai tari bersama kawan-kawan sedangkan pole dancing pula adalah tarian tiang.

Kamu marah dan terkejut dengan isu berkenaan?

Tak marah dan tak terkejut pun, cuma pelik seolah-olah ia ditulis dengan niat yang tidak baik.

Sebenarnya sebelum ke kelab berkenaan, saya agak keberatan memandangkan kelab itu sedikit 'panas' dan pernah membabitkan perihal artis sebelum ini.

Tapi sebab tak sanggup menolak pelawaan kawan-kawan, saya tetap datang walaupun sudah agak lewat, kira-kira pukul 1 atau 2 pagi.

Ketika itu saya dari lokasi penggambaran, jadi ada beberapa kru penggambaran juga dalam parti berkenaan.

Jadi kamu akan mengelak dan jauhkan diri dari kelab hiburan selepas ini?

Tidak sebab saya tidak mahu jadi hipokrit. Saya tidak akan meninggalkan kawan-kawan saya. Tapi saya tahu jaga diri, tahu batasan saya dan tidak akan sia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa saya.

Adik-beradik dan keluarga saya kenal saya jenis yang bagaimana. Saya juga tak salahkan media dalam hal ini.

Adakah kamu memang seorang yang suka bersosial?

Dulu sewaktu kerja di lapangan lain memanglah saya keluar malam, ke kelab jumpa kawan-kawan tapi keluarga akan tahu ke mana langkah saya.

Sekarang, bila sudah jadi pelakon, saya mahu bina kerjaya dan ingin fokus tapi sekali-sekala bila terima ajakan kawan-kawan, rasanya tak salah. Lagipun bukannya saya buat benda tak senonoh, bukannya saya mabuk, ambil alkohol atau minum arak.

Saya cuma suka layan muzik dan jumpa kawan tapi komitmen kerja dan disiplin masih nombor satu.

Kamu mabuk ke pada malam berkenaan?

Tak, memang tak mabuk, tak ambil minuman beralkohol pun. Malam itu juga bukan saya seorang artis yang ada di kelab itu, ada beberapa artis lain bersama kumpulan yang berlainan.

Mungkin sebab saya pelakon baharu yang tengah naik, tercalon pula dalam kategori Top 5 Artis Baharu untuk Anugerah Bintang Popular, jadi orang fokus pada saya.

Sekarang bayaran menjadi popular itu sudah mula memberi impak, apa komen kamu?

Saya baru hendak popular tapi syukurlah rezeki pun tidak pernah putus. Ada tawaran filem tapi tak boleh diteruskan sebab terikat dengan drama.

Sekarang saya sedang habiskan penggambaran drama bersiri untuk slot Akasia TV3, Atas Nama Cinta serta telemovie Landasan Cinta bersama Zeel Production.

Bulan Jun nanti ada satu lagi tawaran daripada Zeel. Saya akan menjalani penggambaran di India pula untuk drama Cinta Agra. Syukur sangat sebab lepas masuk bidang lakonan inilah baru saya dapat merasa untuk ke luar negara.

Yang buruknya pula?

Orang akan mula cari dan selongkar segala keburukan saya. Tapi tak apa, saya sudah bersedia dan tidak akan jadi manusia hipokrit. -kosmo-

Chae Young padam status Twitter

Posted: 28 Jan 2012 11:59 PM PST

KES komen dan status yang tidak sepatutnya dikongsikan kepada umum di laman Twitter semakin menjadi-jadi dalam kalangan artis di seluruh dunia.

Kes terkini melibatkan seorang pelakon Korea Selatan, Han Chae Young yang menghantar satu ucapan Tahun Baru Cina kepada peminatnya. Status itu kemudian terpaksa dipadamkan selepas dikecam peminatnya.

Kandungan Twitter itu berbunyi: "Selamat Tahun Baharu! Saya sedang memandu buat pertama kalinya ketika cuti hujung minggu. Saya berdoa agar setiap orang dirahmati dalam apa jua yang dilakukan pada tahun ini. Selalu ingat untuk menjadi lebih gembira dan sihat."

Sepintas lalu, status tersebut tidak sedikit pun mengundang masalah atau menimbulkan kemarahan bahkan ramai yang menyambut baik ucapan itu.

Malangnya, sekeping gambar yang dimuat naik bersama status tersebut telah mengundang kontroversi dan kritikan.

Bersama 'tweet' tersebut, pelakon filem Soul Mates itu memuat naik gambar yang memaparkan dia sedang memandu sebuah kereta mewah yang kelihatan seperti sebuah kereta Lamborghini.

Dia memadamkan status tersebut kerana banyak kritikan mengenai kereta mewah tersebut sehingga membuat Chae Young berasa sedikit tertekan. -kosmo-

Once enggan gabung Dewa 19

Posted: 28 Jan 2012 11:57 PM PST

KHABAR kononnya grup Dewa 19 bakal bergabung semula dalam sebuah konsert tidak diambil serius oleh bekas vokalis grup tersebut, Once.

Once atau nama sebenarnya, Elfonda Mekel mengaku tidak berminat untuk bergabung dalam konsert yang bakal diadakan itu.

"Saya tidak tertarik untuk bergabung kerana masih tidak tahu bila sebenarnya Dewa 19 dibubarkan," ujar Once ketika sesi pembikinan klip videonya bersama grup Gugun Blues Shelter.

Once keluar daripada Dewa 19 berikutan tiada lagi kegiatan seni grup yang digawangi oleh Ahmad Dhani itu.

Malah, Once berkata dia belum diberitahu tentang penggabungan semula tersebut.

Sebelumnya, dalam laman Twitter, Dewa 19 merancang melakukan konsert reunion pada 12 Jun tahun ini di Pusat Konvensyen Jakarta di Senayan.

Pengasuh saman Lindsay Lohan

Posted: 28 Jan 2012 11:55 PM PST


LINDSAY LOHAN



GARA-GARA melanggar lampu merah di kawasan pejalan kaki dan hampir melanggar seorang pengasuh bersama bayinya, Lindsay Lohan disaman oleh wanita itu.

Nubia Del Carmen Plaza mengemukakan saman itu atas alasan Lohan tidak memberhentikan keretanya iaitu model Maserati Gran Turismo yang disewanya biarpun dia nampak Plaza sedang melintas jalan.

Jelas Plaza, Lohan secara melulu terus memandu dan itu membuatnya trauma ketika menolak sebuah kereta sorong bersama seorang bayi di satu persimpangan di West Hollywood, New York.

Dikhabarkan, Plaza menuntut ganti rugi daripada Lohan meliputi kecederaan serius, kesakitan, penderitaan dan kesedihan yang dialaminya walaupun dia dan bayi itu tidak mengalami kecederaan.

Kejadian tersebut berlaku pada September 2010.-kosmo-

Godaan Aqasha

Posted: 28 Jan 2012 11:53 PM PST



JAHAT, nakal tapi romantik, itu karakter lelaki bernama Suffian yang sedang menambat hati penonton wanita dalam siri popular, Gemersik Kalbu ketika ini.

Barangkali pemegang watak yang manis itu, Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Akassya Rosli menyedari keadaan itu.

Saban waktu, setiap kali menjelang episod drama adaptasi novel itu disiarkan, mulalah papan kronologi pada akaun Twitter miliknya dipenuhi kata-kata pujian, baik peminat lelaki mahupun wanita.

Tidak kurang juga ramai yang tertawan dengan skil menggoda Aqasha.

Bukan sebelum ini lakonannya tidak menyengat, namun ia ketara saat drama adaptasi novel popular itu menjengah ke mata penonton.

"Kalau itulah yang disedari oleh penonton, saya hanya mampu ucapkan terima kasih kepada semua, terima kasih kepada pihak produksi, pengarah, skrip serta gandingan saya untuk lakonan berkenaan.

"Mungkin itu tandanya supaya terus memberi 'nilai' dalam setiap kerja saya," ujar pelakon yang disatukan dengan Ayu Raudhah dalam drama berkenaan.

Turut menyanyikan lagu tema, Obsesiku untuk drama romantik itu, kata Aqasha, walaupun mereka sama-sama sudah menjadi 'milik orang', keselesaan dan keserasian 'bercinta' dengan Ayu dapat dilenturkan sebaik mungkin.

"Kami pernah berlakon bersama sebelum ini. Tetapi bukanlah bergandingan. Jadi secara rasmi ini adalah kali pertama kami digandingkan bersama sebagai teraju utama.

"Sebenarnya tidaklah terlalu banyak babak yang memerlukan kami menunjukkan keintiman. Tetapi cabarannya tetap ada. Sewaktu babak tersebut, kami berdua beraksi secara profesional. Kami berpuas hati dengan hasil lakonan," katanya.

Bergelar bapa kepada bayi yang diberi nama Alehandra Ahmad, Aqasha berkata:

"Hidup saya semakin berbeza, tidak sama ketika hanya berdua dengan isteri. Saya lebih memahami tanggungjawab, bukan hanya sebagai seorang bapa dan suami, tetapi juga sebagai seorang lelaki.

"Baru kini saya tahu pengorbanan yang perlu dilakukan ibu bapa kita dalam membesarkan seorang anak.

"Yang pastinya, saya gembira dan sangat seronok setelah bergelar bapa selama empat bulan pertama ini kerana banyak yang saya dapat pelajari.

"Bukan sahaja karakter anak saya, tetapi setiap hari adalah suatu perjalanan," katanya.

Alehandra bermaksud pejuang bangsa, manakala Ahmad maknanya yang terpuji.

Mengharapkan yang terbaik untuk permata sulung itu, kata Aqasha: "Jadi saya berharap dia akan membesar menjadi seorang yang berguna kepada bangsa, agama dan negara."

Berbalik kepada Gemersik Rindu, selain Aqasha dan Ayu, ia turut diperkemaskan ramai lagi pelakon termasuklah Fazreen Rafi, Anzalna, Zain Saidin, Dian P. Ramlee, Khatijah Tan dan Watie Sadali.

Arahan Heykal Haniffah, drama berkenaan dapat disaksikan setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.

JANGAN MENGALAH

Posted: 28 Jan 2012 10:08 PM PST


 GANDINGAN Kien Keat (belakang) dan Boon Heong tetap diberi kepercayaan untuk menggalas cabaran negara pada pusingan kelayakan Piala Thomas bulan depan.James(gambar kecil)



MESKIPUN dilabel pasukan lemah serta mendapat kritikan negatif pelbagai pihak, Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj menggesa anak-anak buahnya agar tidak mengaku kalah sebelum turun ke gelanggang.

Beliau berkata, skuad Piala Thomas negara yang dibarisi antaranya pemain perseorangan No. 1 dunia Datuk Lee Chong Wei, bekas juara Seluruh England, Muhammad Hafiz Hashim dan beregu No. 6 dunia Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, skuad negara masih mempunyai peluang untuk layak ke pusingan akhir jika mereka bersikap positif serta menerapkan semangat juang untuk negara.

Selvaraj turut mengimbau pengalamannya mewakili Malaysia pada edisi 1976 kejohanan itu bersama seorang lagi legenda badminton negara, Datuk Punch Gunalan.

Beliau berkata, ketika itu skuad negara digelar 'Punch Babies' oleh media berikutan semua anggotanya masih muda dan dilihat tidak berpeluang melepasi pusingan kelayakan.

"Namun kita akhirnya berjaya ke pusingan akhir, malah mara ke final bertemu Indonesia. Walaupun kita kalah, tapi pasukan kita telah melakukan sesuatu yang di luar jangkaan," katanya.

"Jadi, saya harap pasukan ini juga tidak akan mengalah dan berjuang hingga ke saat akhir untuk negara," nasihat beliau kepada semua pemain negara.

Skuad Malaysia turut diwakili pemain perseorangan Liew Daren dan Mohd. Arif Abdul Latiff serta beregu Goh V.Shem-Lim Khim Wah dan Hoon Thien How-Teo Kok Siang yang akan memulakan latihan pusat esok di Bukit Kiara, disusuli latihan di Sabah dari 6 hingga 10 Februari.

Selvaraj berkata, misi utama beliau pada latihan pusat ialah menanamkan semangat berpasukan dan semangat juang untuk negara dalam diri setiap pemain.

"Jika dalam kejohanan sebelum ini mereka bermain untuk diri sendiri, sekarang kita mahu membasuh otak mereka yang mereka kini bermain untuk negara dan membawa harapan seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Pusingan kelayakan yang akan berlangsung di Macau pada 13 hingga 19 Februari merupakan ujian getir buat pasukan negara apabila mereka diramal berdepan empat pasukan terbaik berdasarkan ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) iaitu China, Korea Selatan, Jepun dan Indonesia. (Malaysia berada di kedudukan kelima) China yang telah pun layak secara merit ke pusingan akhir di Wuhan pada 20 hingga 27 Mei, turut mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan tanpa jaguh utamanya, Lin Dan. -kosmo-

GRO skirt paras punggung dicekup

Posted: 28 Jan 2012 10:04 PM PST


SEBAHAGIAN daripada GRO warga Vietnam dan Indonesia yang ditahan di sebuah pusat hiburan karaoke di Petaling Jaya semalam.



PETALING JAYA - Seramai 21 Pegawai Khidmat Pelanggan (GRO) warga Vietnam dan Indonesia yang memakai skirt paras punggung di sebuah pusat hiburan karaoke di Sunway Mentari di sini dicekup polis semalam.

Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, pusat hiburan itu diserbu selepas mendapat maklumat mengatakan premis tersebut mengupah wanita-wanita warga asing sebagai pelayan.

Selain itu, risikan polis juga percaya GRO terbabit bukan sahaja melayan pelanggan menyanyi malah memberi khidmat seks.

"Premis tersebut pernah diserbu sebanyak tiga kali tahun lalu.

"Kesalahan yang dilakukan adalah mengupah pekerja asing yang tidak mempunyai permit sah kerana siasatan polis mendapati mereka memegang pas lawatan sosial," katanya.-kosmo-

Gambar Tarzan Asli Di Afrika

Posted: 28 Jan 2012 10:02 PM PST

LASAK... jejaka berusia 24 tahun memilih kehidupan seperti Tarzan. 

DIA pernah menjadi pengawal keselamatan di sebuah kedai makan sebuah koperasi di Manchester, tetapi kini DeWet Du Toit sudah menjadi Tarzan.

Jejaka berusia 24 tahun itu menggantung pakaian seragamnya dan memakai seluar dalam bercorak kulit harimau bintang untuk mengayun dari pokok ke pokok seperti wira rimba yang dipujanya.

Taksub dengan wira rimba itu, DeWet menghabiskan masa berhari-hari untuk mengayun di hutan Afrika.

MAHIR... memburu dengan pisau, antara latihan yang dilakukan selama tiga hari seminggu di dalam hutan.


BIASAKAN DIRI... DeWet juga menjalani latihan untuk menjinakkan haiwan liar.

 TIDAK TAKUT... Dewet dengan rakan rimbanya.

BERBEZA... DeWet dibantu untuk menunggang gajah. Manakala dalam filem Tarzan, Johhny Weissmuller dengan mudah melompat ke atas gajahnya, Tantor.

 BERBEZA... DeWet dibantu untuk menunggang gajah. Manakala dalam filem Tarzan, Johhny Weissmuller dengan mudah melompat ke atas gajahnya, Tantor.

JINAK... DeWet mengusap cheetah ketika menjalani kehidupan seperti Tarzan.

Dan seperti karakter cerekaan itu, jejaka berusia 24 tahun itu menggunakan jalaran dan dahan pokok untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain di dalam hutan sambil melaung seperti Tarzan.

DeWet yang masih bujang berharap dapat mencari seorang 'Jane' yang sempurna untuk menemaninya menjalani kehidupan di rimba.

Jejaka bina badan yang menganggur itu mula tertarik dengan wira cerekaan rimba itu yang tinggal dengan monyet bernama Cheetah dalam filem asal ketika dia tinggal di Namibia dan bapanya pula ialah pengumpul komik dan buku Tarzan.

DeWet kini menghabiskan masanya membina badan dan meningkatkan deria untuk menyesuaikan diri dengan hidupan liar.

Dan dia menghabiskan tiga hari seminggu untuk mengayun dari pokok ke pokok, berenang merentasi sungai dan berlari mendaki gunung dekat dengan rumahnya di George, Afrika Selatan. Dia tinggal bersama-sama ibu bapanya, Ludolf dan Ida, masing-masing berusia 53 tahun dan kembarnya, Rudolph.
Latihan yang dijalaninya termasuk mengelak ular.

Anak petani itu berkata: "Saya mempunyai banyak persamaan dengan Tarzan. Rakan baik saya ialah seekor gajah bernama Shaka. Saya menghabiskan lebih banyak masa dengan monyet, kuda belang dan buaya berbanding manusia.

"Orang ramai mungkin berkata saya gila, tetapi saya tahu saya dilahirkan untuk melakukan ini." Dia menjelaskan: "Saya membuat pelantar di atas pokok untuk menjauhkan diri daripada menjadi mangsa harimau bintang dan ular di bawah. Memang saya kadangkala terasa begitu keseorangan. Saya berharap dapat menemui Jane untuk membantu saya menempuh masa di rimba." DeWet mengaku dia bukan yang suka berparti.

"Saya sudah pasti tidak akan mabuk. Saya lebih suka makan buah-buahan, termasuk yang tumbuh liar yang saya temui di hutan. Saya juga tahu serangga yang boleh dimakan. Saya akan memilih gadis istimewa untuk menyertai saya dalam hutan." Apabila tidak menjalani kegiatan dalam hutan, DeWet membantu bapanya, Ludolf, membina pagar di ladang mereka.

Pada 2006, DeWet dan kembarnya ke United Kingdom dan dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sana setelah menjadi pemandu penghantar barangan selama setahun.

Namun, buat masa ini, DeWet memasang impian untuk menjadi bintang dalam filem Tarzan akan datang.

Katanya: "Saya mula berlatih pada 2007 dan sejak itu banyak kemajuan yang saya capai. Baru-baru ini, saya berhubung dengan beberapa pihak dari Amerika Syarikat mengenai penyertaan saya dalam satu konvensyen Tarzan.

"Semua orang di sini bercakap mengenainya. Mereka teruja kerana sebelum ini mereka menyangka saya tidak akan berjaya melakukannya," kata DeWet. -metro-

Video Majlis Persandingan Roslin Hashim

Posted: 28 Jan 2012 09:44 PM PST


SEJOLI... Roslin dan isteri, Rahayu bersanding di majlis mereka, semalam.
SEJOLI... Roslin dan isteri, Rahayu bersanding di majlis mereka, semalam. 
AMPANG: "Saya harap sudah-sudahlah orang bercakap perkara tidak baik terhadap suami saya selepas ini," kata Rahayu Rosli, isteri kepada bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim yang ditemui pada majlis persandingan mereka di Ukay Perdana, malam kelmarin.

Rahayu, 24, berkata walaupun Roslin, 37, pernah dua kali gagal dalam perkahwinan, dia tetap yakin bekas pemain badminton nombor satu dunia itu lelaki terbaik pernah ditemuinya.

"Suami sudah menceritakan apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini dan perkara itu (kisah perceraian sebelum ini) tidak menjadi masalah kepada saya.

"Perkara terpenting ialah saya mengharap dan mendoakan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke anak cucu," katanya yang berasal dari Gombak, di sini.

Pasangan itu bernikah pada 28 Disember lalu dan melangsungkan persandingan sebulan kemudian dengan menjemput anggota keluarga serta sahabat terdekat.

Roslin sebelum ini mengaku berkahwin untuk kali ketiga tetapi 'mengunci mulut' ketika ditanya lebih lanjut demi menghormati keluarga isteri.



Bakar Balas Dendam - Motor, Teksi Hangus

Posted: 28 Jan 2012 09:38 PM PST



MUSNAH... 26 motosikal dan sebuah teksi musnah dalam kebakaran.
MUSNAH... 26 motosikal dan sebuah teksi musnah dalam kebakaran. 
 
PETALING JAYA: Angkara balas dendam dan pergaduhan antara dua kumpulan, sebanyak 26 motosikal dan sebuah teksi musnah dibakar di kawasan tempat letak kereta di Apartmen Desa Mentari, di sini, semalam, dipercayai berpunca daripada lontaran botol berisi petrol.

Insiden jam 4 pagi itu adalah kejadian kedua selepas yang pertama minggu lalu memusnahkan tiga motosikal di lokasi sama.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian itu disedari penduduk selepas mendengar jeritan jiran tetangga.

Katanya, Unit Penyiasat Kebakaran dan Forensik menyiasat punca kebakaran yang dipercayai akibat balas dendam dan pergaduhan antara dua kumpulan.

"Difahamkan, sebuah kenderaan dinaiki beberapa lelaki ke lokasi kejadian, kemudian melontarkan sesuatu yang dipercayai botol berisi petrol ke kawasan itu," katanya yang mengenal pasti kumpulan itu kerana pernah ditangkap sebelum ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Mangsa, P Sathi, 37, berkata ketika kejadian, dia sekeluarga tidur sebelum dikejutkan bunyi jeritan jiran tetangga yang memaklumkan kejadian.

Katanya, dia terkejut mendapati motosikal kesayangannya terbabit dalam kebakaran bersama 25 motosikal lain serta sebuah teksi.

"Sebaik turun, saya melihat semua motosikal dan teksi hanya tinggal rangka dan kami cuba memadam kebakaran namun tidak berjaya sebelum memanggil bomba.

"Nasib baik api dapat dikawal, kalau tidak ia mungkin merebak ke kenderaan lain yang diletak sebaris dengan motosikal kami," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Pemilik teksi, M Guru, 40, pula berkata, dia hanya mampu melihat teksinya musnah selepas api merebak dengan cepat kerana dipercayai dibakar dengan minyak petrol.

"Saya tidak tahu siapa melakukan perbuatan ini. Mungkin kerana orang luar sakit hati dengan seorang daripada kami.

"Kemusnahan teksi membuatkan saya buntu kerana hilang mata pencarian dalam sekelip mata," katanya yang mahu pihak berkuasa memantau kawasan itu kerana sering berlaku jenayah, termasuk curi kereta, motosikal dan gaduh.

Sedekah Sesat, Tahfiz Auta

Posted: 28 Jan 2012 09:35 PM PST



HELAH... remaja mengutip derma sambil menjual produk herba yang diragui. Gambar kecil, surat yang dijaja untuk mengutip derma.
HELAH... remaja mengutip derma sambil menjual produk herba yang diragui. Gambar kecil, surat yang dijaja untuk mengutip derma. 
SASARAN... remaja dibawa menggunakan van ke stesen minyak untuk mengutip derma.
SASARAN... remaja dibawa menggunakan van ke stesen minyak untuk mengutip derma. 
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ratusan anak yatim dan pelajar pusat tahfiz dikerah memungut derma bagi membiayai kegiatan menghidupkan semula ajaran sesat Azhar Wahab dengan berselindung di sebalik jualan amal di seluruh negara, terutama sekitar Lembah Klang.

Ajaran Azhar Wahab diwartakan sesat oleh sembilan majlis fatwa negeri, termasuk Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan secara berperingkat-peringkat sejak 1970.

Lebih mengejutkan, siasatan wartawan Metro Ahad mendapati murid dan pelajar pusat tahfiz di Kedah yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dibekalkan dua produk kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan cakera padat video (VCD) yang bukan saja tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), malah klip video dalam VCD terbabit jelas bertentangan dengan imej pelajar tahfiz.

Cara kumpulan terbabit kali ini dilihat lebih tersusun bagi mengelakkan kegiatan mereka mudah dikesan dan dikenakan tindakan, namun produk yang dijual kepada orang ramai untuk diminum atau disapukan pada badan boleh diragui kandungannya kerana tidak menepati piawaian.

Siasatan ke sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah berdasarkan alamat pada botol produk mendapati, premis itu hanya melakukan kerja membuat ais krim dan menjahit langsir.

Selain itu, identiti beberapa remaja perempuan yang mengaku pelajar pusat tahfiz turut diragui berikutan semakan wartawan di Kedah mendapati sekolah berkenaan hanya dihuni murid tahun satu hingga enam.

No comments: