Sunday 29 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Reza Tinggalkan Era Demi Patung Studio

Posted: 28 Jan 2012 06:30 AM PST



Selepas enam tahun mengabdikan diri dalam bidang penyampaian radio, deejay radio dan bintang Akademi Fantasia, Reza Mohamed akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti rehat menjelang 2012.

Walaubagaimanapun keputusan yang diambil itu, bukanlah untuk berehat semata-mata, tetapi untuk memberi laluan kepada peluang perniagaan yang baru diceburinya iaitu studio tarian miliknya, Patung Studio yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Selangor.

"Saya sudah mula tidak ke udara di segmen Petang di Era sejak awal Disember lalu. Sebenarnya saya sudah lama terfikir untuk berehat, tetapi kali ini saya tidak berfikir panjang walaupun sepatutnya kontrak saya tamat pada Ogos tahun ini.

"Saya tiada masalah apa-apa pun dengan pihak pengerusan Era. Cuma saya terasa selama saya bersama Era pun saya banyak melakukan kerja-kerja lain seperti memenuhi undangan menjadi pengacara majlis dan hos bagi sesebuah program.

"Jadi masa saya sangat terhad. Tambahan pula saya baru sahaja membuka Patung Studio selepas Hari Raya Puasa yang lalu.

"Jadi demi untuk menjaga kualiti kerja, saya mengambil keputusan untuk berhenti rehat dan mengorbankan kerjaya penyampai radio untuk seketika sehingga perniagaan saya stabil," katanya yang ditemui selepas sidang media Pilih Kasih 3, petang semalam.

Mula beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam, Reza akui masanya kini lebih banyak dihabiskan di studio jika tidak memenuhi undangan pengacara majlis atau sebagainya.

"Pada awalnya, rasa janggal juga bila sudah tidak berada di dalam konti untuk ke udara seperti dulu. Tetapi lama kelamaan, saya sudah terbiasa dan seronok pula. Malah, kini saya rasa masa saya lebih terisi apabila waktu saya bermula dari awal pagi hingga malam.

"Dalam studio saya ini terdapat beberapa kelas tarian yang akan diajar oleh penari-penari yang berpengalaman.

"Kelas tarian yang diadakan sangat menarik kerana saya menyediakan kelas tarian daripada tradisional sehinggalah tarian moden.

"Sesuai untuk golongan anak-anak kecil hinggalah orang dewasa," tambahnya lagi.

Selain sibuk dengan studio tarian miliknya sendiri, Reza memberitahu kerjayanya sebagai pengacara atau hos program akan terus berkembang kerana bakal mengendalikan dua program hiburan iaitu Pilih Kasih 3 dan Propaganza.

"Alhamdulilah, rezeki saya dalam bidang pengacaraan semakin murah tahun ini. Saya dipilih untuk menjadi dua hos untuk dua program serentak.

"Selain mengacarakan program realiti, Pilih Kasih 3 untuk RTM, saya juga bakal mengenadalikan program informasi hiburan untuk Astro Ria iaitu Propaganza.

"Saya harap dapat memberikan yang terbaik untuk kedua-dua progam yangs saya rasa agak besar buat saya," luah bekas hos Kata Kau itu.

Kedua-dua program yang dikendalikan oleh Reza bakal bersiaran mulai Februari ini. -murai-

Fahrin Ahmad Mahu Fokus Sebagai Penceramah

Posted: 28 Jan 2012 06:27 AM PST



Kesempatan bertemu pelakon dan model kacak, Fahrin Ahmad di Hutam Lipur Sungai Tua, semalam memberi kesempatan portal murai.com.my untuk bertanyakan mengenai perkembangan terbarunya.

Jelas jejaka berbadan tegap itu, memasuki 2012 dia mahu meluaskan lagi kariernya sebagai seorang penceramah motivasi.

Apatah lagi, pengalamannya yang pernah terlibat secara tidak lansung dalam bidang itu telah membuatkan dia kini lebih cenderung untuk terjun ke dunia berbeza itu.

Menurut Fahrin, dia sememangnya minat mengajar, bagaimapun tidak berpeluang kerana kekangan masa untuk menyambung hasratnya itu.

"Memandangkan saya berasal dari keluarga yang terdiri daripada pendidik, minat itu tumbuh dengan sendirinya.

"Oleh kerana itu, program Misi 12 ini sedikit sebanyak telah memberi peluang kepada saya untuk berkongsi pengalaman dan nasihat buat para pelatih.

"Walaupun saya tidak terlibat dalam aktiviti harian mereka, namun jika ada masa terluang asay akan turun padang menjenguk mereka," katanya mengulas lanjut mengenai pembabitannya sebagai hos bagi rancangan realiti terbaru terbitan Astro bertajuk Misi 12.

Berbeza dengan program realiti yang lain, objektif utama Misi 12 adalah untuk memberikan transformasi dan merubah masa depan kepada 12 orang remaja terpilih.

Kesemua mereka diberikan peluang kedua untuk membuktikan mereka juga boleh melakukan sesuatu yang membanggakan sama ada buat diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat.

Mereka akan dilatih dibawah tiga orang mentor dan enam orang tenaga pengajar sepanjang tujuh minggu program ini berlansung.

Terdiri daripada tujuh orang pelatih lelaki dan lima orang pelatih perempuanyang berumur diantara 19 hingga24 tahun, mereka bakal mengikuti kelas yang telah disusun khas di bawah seliaan penasihat yang datang dari pelbagai latar belakang.

Berbicara tentang kisah peribadinya, dia yang sudah lama tidak dikaitkan dengan mana-mana wanita seperti biasa cuba untuk mengelak pertanyaan yang menjurus ke arah itu.

" Sekarang saya masih single dan juga available. Masih mencari, tetapi belum bertemu lagi dan kalau boleh mahu cari orang biasa. Lebih senang." jawapnya ringkas mengenai status dirinya.

Tambahnya lagi, dia bukan mahu berahsia tetapi dia lebih tenang dan selesa dengan keadaan sekarang.  Dalam pada itu portal murai.com.my sempat mendapatkan Fahrin untuk mengetahui aktiviti terkininya kerana sejak akhir-akhir ini dia seperti menjauhkan diri daripada industri hiburan.

"Sebenarnya saya terlalu sibuk. Alhamdulillah rezeki pada tahun 2012 sangat murah.

"Saya masih sibuk berlakon drama dan yang terbaru bakal ditayangkan ialah Seindah Sakura di mana saya bergandingan bersama Fasha Sandha membawa watak seorang guru.

"Selain itu juga, saya turut terlibat di dalam animasi berjudul Saladin yang bakal ditayangkan sempena Maulidur Rasul nanti.

"Suara saya akan digunakan untuk watak utama animasi tersebut iaitu Saladin." Ulas Fahrin mengenai aktiviti seninya ketika ini.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan baru terbitan Astro, Misi 12 yang bakal menemui anda di saluran Astro Ria (saluran 104) bermula pada 7 Februari depan. -murai batu-

Imej Baru Cynthia Nixon, Bintang Sex And The City

Posted: 28 Jan 2012 06:23 AM PST



Salah seorang bintang daripada siri popular Sex and The City, telah mengejutkan ramai pihak dengan penampilan terbarunya.

Muncul dalam rancangan temubual Live! With Kelly bersama hos Kelly Ripa dan hos jemputan Mary J. Blige baru-baru ini, Cynthia atau Miranda Hobbes menerusi wataknya dalam siri dan filem Sex and The City, bercerita tentang perubahan ekstrem yang berlaku pada dirinya.

Tidak lagi bergaya anggun dengan rambut merah atau jingga seperti mana yang dapat dilihat menerusi siri popular Sex And The City atau di laluan karpet merah, Cynthia kini memilih berkepala botak.

Menurut Cynthia penjagaan untuk individu yang berambut botak tidak semudah yang disangkakan kerana dia harus merapikannya setiap hari.

"Ianya amat leceh, saya harus cukur kepala saya setiap pagi" katanya lagi sambil berseloroh dalam program bual bicara berkenaan baru-baru ini.

Tapi mengapa aktres yang berusia 45 tahun berkenaan mengambil keputusan drastik untuk mengubah penampilannya?

Bukan kerana suka-suka, sebaliknya dia cukup teruja dengan watak yang bakal dilakonkannya untuk pementasan Broadway berjudul Wit yang bakal bermula tidak lama lagi dan Cynthia mengambil keputusan untuk membotakkan kepalanya.

Wit mengisahkan Vivian Bearing, seorang profesor dalam bidang kesusasteraan yang didiagnosis dan telah menghidap kanser.

Cynthia juga dikatakan terlalu menjiwai watak itu kerana dia membayangkan dirinya juga yang pernah bertarung dengan kanser pada 2008.

Namun dia juga tidak menolak dakwaan bahawa tindakan dia membotakkan kepala itu adalah keputusan yang bersifat peribadi.

"Saya selalu mahu mencuba sesuatu yang baru dan lihatlah bagaimana hasilnya. Kali ini saya cukup menggemarinya." Ulas Cynthia mengenai perubahan terkini pada dirinya itu.
Bagaimana dengan peranannya sebagai Miranda dalam Sex and The City?

Kerana ada yang mengatakan pihak HBO telah menawarkan watak itu kepada Sarah Bernhard namun aktres itu menolak tawaran tersebut.

Bagaimana pula dengan siri tersebut tanpa figura berambut pendek perang yang sentiasa ceria itu? Adakah benar dia akan meninggalkan tiga orang temannya di dalam siri tersebut? Kita tunggu dan lihat saja nanti. -murai batu-

PANAS! Gambar Isteri Harith Iskandar Seksi Dedah Perut

Posted: 28 Jan 2012 06:17 AM PST

Harith Iskandar yang berkahwin pada Jun 2010 yang lalu dengan serang doktor dan model sambilan, Jezamine Lim kini dikhabarkan akan menimang anak sulung mereka tidak lama lagi. Ini dibuktikan dengan sesi photoshoot pasangan berkenaan baru-baru ni. Saat ini Jezamine Lim hamil untuk beberapa hari/minggu lagi sebelum bersalin. Sesi ini adalah saat-saat buat kenangan untuk si anak satu masa nanti.

gambar sammy khoo photografie

Kad Perkahwinan Lisa Surihani, Yusry

Posted: 28 Jan 2012 06:13 AM PST


Ini adalah jemputan paling simple bagi pasangan yang dikatakan paling mendapat perhatian ramai. Siapa lagi Lisa Surihani dan Yusry KRU yang akan diijab kabulkan pada 26 Feb ini. Tak tahulah kenapa begitu simple banget kad perkahwinan mereka, sekurang-kurangnya buatlah sesuatu yang kelainan, nanti boleh gak orang jadikan kenangan atau simpanan. Takpe la, mane-mane je, asalkan boleh dibacakan. Hehe.




sumber : izyan

PANAS! Skandal Shah Rukh Khan - Prinyka

Posted: 27 Jan 2012 10:49 PM PST




HANYA menggunakan tiket gelaran ratu cantik dunia yang diperolehinya pada tahun 2000, menjadikan langkah Priyanka Chopra yang juga seorang model cukup mudah untuk menjadi salah seorang aktres terkenal Bollywood.

Tidak hanya menjual rupa paras jelitanya di layar perak tetapi juga bakat lakonannya yang mendapat pujian ramai pengkritik filem.

Lakonannya dalam filem Andaaz yang melayakkan aktres yang kini berusia 30 tahun merangkul anugerah Pelakon Wanita Baharu Terbaik pada Anugerah Filmfare pada tahun 2003.

Seiring dengan kejayaannya sebagai aktres, nama Priyanka juga tidak henti dikaitkan dengan aktor terkenal Bollywood.

Selepas putus cinta dengan aktor, Harman Baweja, Priyanka dikaitkan dengan aktor Akshay Kumar, Shahid Kapoor dan gosip yang sedang hangat diperkatakan di Bollywood kini adalah, skandal cinta antara Priyanka dan aktor terkenal, Shah Rukh Khan.

Priyanka dilihat berada di pejabat aktor itu pada pukul 3 pagi baru-baru ini. Kedua-duanya mengaku berada di pejabat itu. Bagaimanapun, menafikan yang mereka sedang bercinta sebaliknya menjelaskan mereka sedang menjalani latihan selaku pengacara majlis untuk anugerah Zee Cine yang berlangsung pada 21 Januari lalu di Macau.

Priyanka membalas segala spekulasi itu dengan memberi kenyataan di laman sosial Twitter miliknya: "Bosan! phew.. Menggelikan hati. Sebenarnya saya menjadi pengacara buat pertama kali, harap semua latihan yang dilakukan berbaloi."

Imej bersih Shah Rukh Khan sebagai lelaki berkeluarga buat pertama kalinya tercalar. Dia membalas jawapan yang sama di Twitternya dengan menulis: "Menuju ke Macau untuk anugerah Zee Cine. Menjalani latihan dengan Priyanka Chopra, penulis dan penari sebagai persediaan untuk menjadi pengacara majlis. Harap semuanya berjalan dengan lancar."

Meskipun masing-masing telah memberi kenyataan, namun, skandal cinta Shah Rukh Khan bersama Priyanka membuatkan isteri aktor itu, Gauri cemburu dan tidak senang duduk.

Kenyataan terdahulu Priyanka ini mungkin membuatkan Gauri menghembuskan nafas lega.


KEINTIMAN antara Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra telah mencetuskan spekulasi kononnya mereka bercinta.



"Saya rasa cinta datang dengan sendirinya. Perkara berkenaan hati tidak boleh dimanipulasi. Saya sentiasa terbuka apabila bercinta, kerana saya rasa bangga apabila jatuh cinta.

"Bagaimanapun, saya tidak akan mempunyai hubungan cinta dengan lelaki yang telah berkeluarga. Saya percaya pada karma, jika saya bertanggungjawab merosakkan perkahwinan seseorang, perkara yang sama akan berlaku pada saya kemudian hari," ujarnya yang berlakon dalam filem Don dan Don 2 bersama Shah Rukh Khan.

Memiliki kecantikan, populariti dan kekayaan tidak membuatkan Priyanka mudah untuk jatuh cinta, hakikatnya hati wanitanya sukar untuk dimiliki oleh lelaki.

"Saya seorang wanita yang inginkan seseorang yang mampu membuatkan saya percaya tiada apa lagi yang penting selain diri saya di dunia ini. Lelaki itu mestilah seorang yang budiman tidak kiralah jika dia seorang pelakon, doktor atau apa sahaja pekerjaannya.

"Tetapi saya seorang yang sukar untuk jatuh cinta dan saya tidak pernah menggoda lelaki sehinggalah lelaki itu berjaya mencairkan hati saya," katanya.

Enggan berbogel

Sepanjang bergelar aktres, wanita kelahiran Jamshedpur, Jharkand, India, itu telah berlakon sebanyak 43 buah filem. Satu rekod yang cukup cemerlang buatnya, kini dia sedang menjalani penggambaran filem Krrish 3 untuk tayangan 2013.

Berbicara mengenai kerjayanya selaku seorang model dan aktres, jelas Priyanka yang pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera perisian atau pakar psikologi penjenayah, dia masih berpegang pada prinsip dalam hal mendedahkan tubuh di layar perak.

"Saya tidak kisah untuk bercium dalam filem tetapi saya tidak selesa untuk berbogel. Memang fakta, unsur seks melariskan filem. Saya akan lakukan adegan panas mengikut skrip tetapi masih ada hadnya.

"Melihat perjalanan kerjaya saya, memang diri saya cukup bertuah. Saya tidak akan sesekali menjual jiwa saya untuk mendapatkan watak dalam filem. Jika seorang aktres terpaksa tidur dengan seseorang untuk mendapatkan watak, ia tidak berbaloi langsung," balasnya.

Mengakui masih terdapat penerbit yang mengambil kesempatan terhadap pelakon baharu, kata Priyanka dia banyak memberi nasihat kepada pelakon baharu bagi menggelakkan perkara tidak diingini berlaku.

"Sejak dahulu lagi, saya mengamalkan prinsip, tidak akan berjumpa dengan penerbit atau pihak produksi selepas pukul 8 malam.

"Jika terpaksa juga, saya akan membawa ibu bapa saya bersama. Jika mereka tidak suka cara kerja saya, itu masalah mereka. Saya seorang yang mempunyai prinsip dalam bekerja, saya bukan wanita murahan sebaliknya seorang aktres.

"Setakat hari ini, apabila saya tiba di set penggambaran saya akan memberi fokus seratus peratus dan tiada siapa yang berani mengganggu terutama ketika waktu saya menjalani penggambaran," ulasnya kini sedang hangat dengan filem Agneepath yang mula ditayangkan di pawagam pada 26 Januari lalu.

Terbit album

Tidak hanya berlakon, Priyanka yang sudah lama mengidamkan untuk bergelar seorang penyanyi bakal melancarkan album sulungnya dijangka akan berada pada tahun ini, manakala lagu single pertamanya akan ke udara di corong radio pada musim panas ini.

PRIYANKA tidak akan berbogel di dalam filem. Katanya, dia seorang pelakon bukan wanita murahan.



Album yang memuatkan lagu dalam bahasa Inggeris sepenuhnya itu masih dalam proses pembikinan dan album tersebut dirakamkan di Los Angeles pada tahun lalu.

Sungguhpun begitu terdapat kebimbangan di hati aktres ini terhadap kerjaya baharunya itu.

"Saya menulis lirik dalam album sulung saya dan saya bimbang privasi diri saya akan hilang kerana semua lirik itu ditulis berdasarkan pengalaman saya.

"Sebahagian lagu telah siap dirakamkan. Saya berharap semuanya berjalan lancar, saya telah berusaha keras untuk album ini," katanya yang berkongsi pengurus dengan penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga.

Menjadi penyanyi tidak semudah disangka meskipun Priyanka sering menyanyi secara miming dalam setiap filem lakonan.

"Ya, saya mengambil kelas vokal. Saya bergelar seorang pelakon selama 10 tahun dan kini apabila menjadi penyanyi saya perlu bermula daripada bawah. Banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menyanyi dengan baik," luahnya.

Priyanka tidak ada sebarang perancangan untuk menyumbangkan suara di dalam filem lakonannya kerana sibuk dengan album yang akan dipasarkan di peringkat antarabangsa itu.

Maia tolak tudung

Posted: 27 Jan 2012 10:47 PM PST


 
MAIA ESTIANTY


BARU-BARU ini penyanyi Maia Estianty yang juga bekas isteri Ahmad Dhani dikhabarkan bakal mengubah penampilannya dengan mahu bertudung, sekali gus melupakan terus bidang nyanyian.

Bagaimanapun, sewaktu ditanya oleh para wartawan sebaik sahaja berakhir acara MNC TV pada Isnin lalu, penyanyi berkenaan menafikan dia akan berubah dari segi penampilan dan bersara.

"Sama ada saya akan bertudung itu rasanya belum tiba masanya lagi. Bagi saya sebelum ubah penampilan diri, apa yang lebih penting harus mengubah dulu sikap dan hati perlulah ikhlas untuk berubah.

"Bukan tidak pernah terfikir untuk menjalani perubahan, tetapi saya harap masanya akan tiba suatu hari nanti. Lagipun, melihatkan ibu yang sangat rajin sembahyang dan kerap mengikuti kelas agama, kini hidupnya menjadi lebih tenang," jelasnya.

Mengenai hasrat untuk bersara, Maia menganggap dunia nyanyian adalah lebih kepada satu hobi dan dia akan rasa lebih tertekan kalau tidak menyanyi. Buat masa ini dia mahu terus fokus kepada bidang yang diceburinya itu.

Bieber temui anak-anak Jackson

Posted: 27 Jan 2012 10:41 PM PST


 JUSTIN BIEBER (kanan) bergambar bersama anak Jackson, Paris (dua dari kanan), Blanket (dua dari kiri) dan Prince Michael di pekarangan Teater Graumen's Chinese di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber menyertai majlis mengabadikan bekas tapak tangan dan kaki Raja Pop, mendiang Michael Jackson (gambar kecil) di pekarangan Teater Graumen's Chinese di sini kelmarin.

Bieber, 18, menyertai anak-anak Jackson, Paris, 13, Prince Michael, 14, dan Blanket, 9, menghadiri majlis itu.

Anak-anak Jackson menggunakan sarung tangan dan kasut bapa mereka pada simen tersebut.

Selain anak-anak Jackson, kaum keluarga penyanyi tersebut termasuk abang penyanyi tersebut, Tito Jackson turut hadir.

Ibu Jackson, Katherine juga hadir.

Antara selebriti lain yang hadir ialah pelakon Chris Tucker, komposer Quincy Jones, ahli muzik, Melanie Fiona. Smokey Robinson.

Bieber turut berucap pada majlis itu selain bergambar dengan keluarga Jackson.

Jackson mati selepas jantungnya gagal berfungsi di rumahnya di sini pada 25 Jun 2009. - Agensi

Gingrich mahu bina pangkalan di bulan

Posted: 27 Jan 2012 10:40 PM PST


 CALON-CALON Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bertanding bagi mewakili Parti Republikan ialah Rick Santorum (kiri), Newt Gingrich (dua dari kiri) Mitt Romney (tiga dari kiri) dan Ron Paul yang berdiri semasa lagu kebangsaan AS diperdengarkan pada satu acara perdebatan di Jacksonville, Florida kelmarin.



WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Calon utama pilihan raya Presiden AS daripada Parti Republikan, Newt Gingrich mencetuskan perdebatan dengan mendakwa beliau akan membina sebuah pangkalan di bulan menjelang 2020 jika terpilih sebagai Presiden AS.

Beberapa pakar memandang sinis terhadap idea pemimpin berusia 68 tahun itu dengan menyatakan ia hanya satu jenaka.

Namun, idea beliau bukan sesuatu yang mustahil.

Pada 2006, Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas (NASA) mengumumkan pelan untuk mewujudkan koloni manusia di kutub selatan bulan sekitar tahun 2020 sebagai pangkalan untuk menjelajah sistem solar.

"Saya tidak mahu menjadi negara yang pertama sampai ke bulan tetapi kemudian berpaling seraya berkata, ini tidak penting, biar sahaja China mendominasi angkasa lepas, kita peduli apa?" kata Gingrich kelmarin semasa beliau mempertahankan rancangannya dalam satu debat Parti Republikan.

Selain Gingrich, turut bertanding untuk menjadi calon tunggal Presiden AS pada pilihan raya November depan daripada parti Republikan ialah bekas senator AS, Rick Santorum, bekas Gabenor Massachusetts, Mitt Romney dan anggota perwakilan yang mewakili Texas, Ron Paul.

Salah seorang daripada mereka yang menang dalam pemilihan Parti Republikan yang dijangka berakhir sebelum pertengahan tahun ini akan menentang Presiden Barack Obama yang mewakili Parti Demokrat. - Agensi

Pelacur terkenal jadi pereka fesyen

Posted: 27 Jan 2012 10:38 PM PST


 
ZAHIA DEHAR


PARIS - Setahun lalu, seorang pekerja seks Perancis berdarah Maghribi, Zahia Dehar menjadi tajuk utama akhbar apabila dia didakwa dibayar tiga bintang bola sepak Perancis untuk menjalin hubungan seks ketika dia masih di bawah umur.

Pendedahan tersebut nyaris memusnahkan kerjaya tiga bintang bola sepak iaitu Franck Ribery, 28, Karim Benzema, 23, dan Sidney Govou, 31.

Namun, nasib Zahia, 19, jauh lebih baik apabila dia kini bergelar model peragaan dan tidak lagi berkecimpung dalam aktiviti tidak bermoral itu.

Pada Rabu lalu, koleksi pakaian dalam dan musim panas serta bunga ciptaan Zahia diperagakan di pentas Palais Brongniart di sini sempena Minggu Fesyen Couture.

Palais Brongniat merupakan bekas Bursa Saham Paris.

Beberapa model memperagakan fesyen pakaian dalamnya itu di depan sejumlah tetamu.

Pada akhir peragaan itu, Zahia muncul di pentas dengan memakai pakaian dalam yang jarang. - Agensi

Batu zamrud sudah dipotong terbesar dunia dilelong

Posted: 27 Jan 2012 10:36 PM PST


 
REGAN REANEY melihat batu zamrud Teodara di Rumah Lelongan Western Star, Kelowna, British Columbia kelmarin.



KELOWNA, British Columbia - Seketul batu zamrud yang seberat 11.5 kilogram (kg) dan bernama Teodara akan dilelong pada minggu ini.

Batu zamrud yang bersamaan dengan berat 57,500 karat itu ditemui di sebuah lombong di Brazil dan telah dipotong menjadi seperti bentuk buah tembikai di India.

Ia akan dilelong di sini, Kanada pada hari ini.

Batu zamrud tersebut dijangka dilelong di antara AS$2 juta (RM6.07 juta) dan AS$2.5 juta (RM7.59 juta).

Selepas dipotong, ia menjadi milik seorang pemborong Regan Reaney yang membelinya pada 13 Januari lalu.

Sejumlah orang melihat batu zamrud itu semasa ia dipamerkan di Rumah Lelongan Western Star di sini. - Agensi

Misi hidup, mati skuad Kedah

Posted: 27 Jan 2012 10:29 PM PST


 KEDAH (jersi hijau kuning) tiada pilihan lain kecuali menang pada aksi menentang Johor FC malam ini bagi mengembalikan keyakinan mereka.



PERTEMUAN Kedah dengan Johor FC di Stadium Darulaman, Alor Setar malam ini ibarat hidup dan mati berikutan himpitan tekanan skuad Kenari yang masih gagal mencapai sebarang kemenangan selepas mengharungi empat perlawanan Liga Super musim ini.

Perlawanan itu juga pasti menjadi tumpuan penyokong dan pemain selain pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang sudah pastinya mengharapkan tuah berpihak kepada mereka.

Biarpun KFA meminta penyokong tidak gusar, sebaliknya memberi peluang kepada skuad Kenari meningkatkan aksi mereka, namun realiti yang mungkin tidak boleh dielakkan ialah tekanan akan terus memuncak jika kemenangan malam ini berpihak kepada lawan.

Pertemuan dua pasukan yang boleh dianggap 'final' itu bakal menjadi penentu bagi meredakan sedikit tekanan yang ditanggung Kedah atau sebaliknya.

Perlawanan ini juga 'menarik' kerana kedua-dua pasukan kepingin kemenangan untuk keluar daripada dasar carta liga.

Sebahagian penyokong Kedah sebelum ini juga mahu KFA bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi Kenari selain desakan pengurus pasukan, Datuk Khazali Din berundur daripada jawatannya.

Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Hasmadi Hamzah memberitahu, para penyokong bersikap tunggu dan lihat perkembangan prestasi pasukan itu, khususnya keputusan perlawanan menentang Johor FC.

Katanya, sekiranya tersurat Kedah tewas, dia percaya gelombang desakan penyokong kian memuncak selain bakal menyaksikan kemerosoton orang ramai ke stadium selepas ini.

"Kita terkilan kerana KFA gagal mendapatkan penyerang import berkualiti seperti Marlon Alex James (penyerang Angkatan Tentera Malaysia).

"Kononnya faktor usia dan kecederaan biarpun pemain itu dikatakan berminat menyarung jersi Kedah.

"Ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan yang masih dalam penggantungan diharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu kebangkitan Kedah kerana dia masih dapat memberi arahan di belakang tabir," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib menuntut pemain Kedah memberikan aksi terbaik dan komitmen tinggi bagi mencari kemenangan pertama musim ini.

Katanya, kemenangan itu mampu melonjakkan kedudukan Kedah ke tangga lebih baik kerana perbezaan mata yang kecil dengan pasukan lain.

"Kedah memiliki barisan pemain berkaliber dan komited untuk memperbaiki kelemahan, namun tidak boleh secara mendadak.

"Semua pihak yang sayangkan skuad Hijau Kuning perlu terus berada di belakang pasukan dan bersabar," katanya. -kosmo-

Laluan Malaysia Ke Piala Thomas / Uber Sukar

Posted: 27 Jan 2012 10:28 PM PST


 
CHONG WEI mengetuai cabaran Malaysia pada kelayakan Piala Thomas di Macau.


PELUANG skuad negara untuk mara sekurang-kurangnya ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas/Uber 2012 nampak semakin sukar.

Ini kerana, dalam saingan Piala Thomas, skuad negara sekadar diletakkan sebagai pasukan pilihan kelima berdasarkan kedudukan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam menjelang kempen kelayakan di Macau bulan depan.

Situasi itu sekali gus akan menyu- karkan laluan skuad negara untuk mengelak 'malapetaka' gagal buat pertama kalinya mara ke pusingan akhir apabila dijangka diundi bersama-sama China, Korea Selatan, Jepun dan Indonesia yang berada dalam kelompok empat pasukan pilihan.

China akan turun sebagai pilihan pertama, Korea (kedua), Jepun (ketiga) dan Indonesia (keempat).

Kedudukan sebagai pasukan pilihan ditentukan menerusi pungutan mata tertinggi berdasarkan ranking dunia setiap pemain yang bakal beraksi pada kempen kelayakan kali ini.

Meskipun laluan skuad negara dijangka sukar, namun ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek tetap optimis dengan peluang untuk meneruskan rentak kecemerlangan ke pusingan akhir.

"Mahu ataupun tidak, kita tidak boleh lari daripada berdepan salah satu pasukan yang berada dalam kelompok empat pasukan pilihan. Jika tidak diundi bersama-sama China, kita mungkin dalam kumpulan dengan Korea Selatan, Jepun ataupun Indonesia.

"Namun saya percaya, peluang skuad negara untuk ke pusingan akhir tetap ada.

"Jika dilihat berdasarkan pemain yang beraksi, China pun tidak menurunkan skuad terbaik kerana perseorangan utama mereka, Lin Dan dan beregu, Fu Haifeng-Cai Yun tidak beraksi pada kempen kali ini.

"Jika berdepan Korea Selatan, saya akui peluang sedikit sukar. Begitupun, Jepun dan Indonesia tidaklah kuat sangat berbanding dengan skuad negara," kata Rashid ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, apa jua situasi yang perlu dihadapi, jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei dan beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 'wajib' menyumbangkan mata buat skuad negara.

Sementara itu, situasi sama turut menyelubungi skuad wanita negara yang bakal beraksi dalam saingan Piala Thomas apabila diletakkan sebagai pasukan pilihan kesembilan.

Seperti diramal, China bakal tampil sebagai pasukan pilihan pertama diikuti, Jepun (kedua), Taiwan (ketiga), Thailand (keempat) dan Indonesia (kelima).

Berdasarkan format kejohanan, hanya empat pasukan terbaik dari kelayakan zon Asia layak bersaing pada pusingan akhir yang akan berlangsung di Wuhan, China pada 20 hingga 27 Mei depan.

Bagaimanapun, andai China berjaya bergelar juara pada kempen kelayakan kali ini, pasukan kelima terbaik akan layak ke pusingan akhir.

Ini kerana, China telah pun layak secara automatik atas tiket sebagai juara bertahan.

'Negara Tembok Besar' itu mengambil bahagian pada kempen kali ini adalah bagi tujuan mengumpul mata untuk layak ke Sukan Olimpik 2012 di Londo Julai depan.

Kempen kelayakan Piala Thomas/ Uber 2012 bakal berlangsung di Macau bermula 13 hingga 19 Februari depan.

Malaysia Tekad Benam Bahrain

Posted: 27 Jan 2012 10:26 PM PST


 KHAIRUL FAHMI akan menyertai latihan skuad Harimau Muda esok.



DALAM tempoh beberapa hari sahaja lagi, skuad Olimpik negara bakal membuat perhitungan semula dengan Bahrain pada aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia Kumpulan C, 5 Februari depan.

Dijangka 'terbang' ke Manama pada Rabu depan, sudah tentu anak-anak buah Ong Kim Swee mahu melupakan nestapa dijinakkan pasukan kendalian Salman Shareeda dengan keputusan 2-3 meskipun selesa mendahului dengan kelebihan dua gol pada pertemuan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, November tahun lepas.

Mungkin ada yang sudah lupa betapa skuad Olimpik negara seolah-olah diajar erti sebenar permainan bola sepak apabila tewas menerusi tiga gol pantas jaringan pemain gantian Bahrain, Saad Salah Al- Amer dan Isa Ahmed Muthanna (dua gol) pada penghujung babak kedua pada perlawanan itu.

Paling memeritkan, Harimau Muda tewas kepada pasukan pelawat yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua.

Dua gol cantik daripada permata muda negara, Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli dalam perlawanan itu juga seolah- olah tidak memberikan sebarang makna apabila mereka tewas, tambahan pula reputasi selaku juara bertahan Sukan SEA menewaskan musuh tradisi, Indonesia beberapa hari sebelum itu juga belum cukup untuk menghadirkan rasa gerun di hati pemain Bahrain.

Justeru, pemergian pemain muda negara ke sana kali ini pastinya bukan semata- mata mahu melengkapkan jadual perlawanan tetapi berdepan misi menebus semula maruah yang tercalar.

Buktikan kepada Bahrain betapa kekalahan kita tempoh hari hanyalah kerana faktor keletihan, dan kini tibalah giliran mereka pula untuk dimalukan.

Selain Bahrain, Malaysia juga tewas 0-2 dalam kedua-dua pertemuan menentang Jepun dan Syria sebelum ini, sekali gus menghuni tangga tercorot Kumpulan C tanpa sebarang mata.

Biarpun 'pintu' skuad negara menjejakkan kaki ke temasya Olimpik London kini dipotretkan tertutup rapat, Kim Swee sebaliknya masih belum mahu 'mengibarkan bendera putih' sebegitu sahaja dan yakin anak-anak buahnya mampu kembali bangkit mempamerkan aksi garang bagi membuktikan 'kejantanan' masing-masing.

"Sudah tentu saya melihat perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 peringkat Kumpulan Zon Asia dari sudut yang positif.

"Pasukan ini sudah didedahkan dalam beberapa perlawanan antarabangsa dan saya yakin mereka lebih bersedia.

"Selain pendedahan, mereka juga dapat menimba pengalaman yang cukup tinggi. Namun, kami belajar daripada kesilapan lalu dan bersedia untuk memberikan yang terbaik menjelang pertemuan menentang Bahrain," kata Kim Swee baru- baru ini.

Kehadiran semula penjaga gawang No.1 negara, Khairul Fahmi Che Mat yang kembali menyertai latihan meskipun 'gagal dikesan' sebelum ini juga pastinya melegakan Kim Swee.

Khairul Fahmi bersama tujuh lagi pemain bukan Harimau Muda iaitu Mohd. Zubir Azmi dan Muslim Ahmad (Terengganu), K. Gurusamy (Selangor), Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan), Ahmad Fakri Saaraini (Felda United), Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS) dijangka kembali menyertai latihan esok selepas membantu pasukan masing-masing menghadapi aksi Liga Super malam ini.

Wan Amirzafran Wan Nadris (Harimau Muda B) pula juga dijangka kembali semula ke pangkuan pasukan dengan kadar segera selepas membantu pasukannya berdepan USM FC bagi aksi Liga Perdana malam tadi.

Anak-anak buah Kim Swee juga bakal berdepan cabaran Gombak United di gelanggang lawan sebagai aksi pembuka tirai Liga Singapura (Liga S) di Stadium Jurong West antara 10 atau 11 Februari depan, dan ia dilihat sebagai detik penentu kemampuan pasukan negara untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok lima pasukan terbaik Liga-S musim ini. -kosmo-

Karier Jose Mourinho mula terancam

Posted: 27 Jan 2012 10:23 PM PST


 
MOURINHO kini berdepan dengan tekanan daripada majikannya yang mahu Real menjuarai Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara musim ini.


SEPANYOL - Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho harus memenangi trofi Liga Juara-Juara dan Liga Sepanyol musim ini jika merancang mahu kekal lebih lama di Santiago Bernabeu.

Kelab gergasi Sepanyol itu kini muncul sebagai pendahulu liga apabila mengatasi juara bertahan, Barcelona dengan kele- bihan lima mata.

Namun, Real ditunjuk pintu keluar daripada saingan Piala Raja Sepanyol kelmarin selepas tewas kepada Barcelona menerusi agregat 3-4 apabila terikat 2-2 pada aksi suku akhir kedua di Nou Camp.

Pada aksi suku akhir pertama di Santiago Bernabeu, Real gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2.

Presiden Real, Florentino Perez dilaporkan hilang sabar terhadap pengendali berbangsa Portugal itu yang sering kali mencipta kontroversi dengan pihak media, pasukan lawan dan pegawai-pegawai pasukan.

"Isu keputusan perlawanan tidak menjadi masalah tetapi ia mengenai reputasi kelab.

"Tiada siapa menyangkal dengan kebolehan Mourinho sebagai jurulatih yang hebat tetapi situasi kini menjadi semakin sukar.

"Perez membawa Mourinho untuk menjulang lebih banyak trofi.

"Jika Mourinho berjaya membuat demikian, ia mungkin akan dimaafkan. Namun jika tidak, ia akan memberikan kesan yang lebih buruk kepada Real dan kontroversi yang sering menyelubungi Mourinho," kata sumber Real. - Agensi

No comments: