Saturday 28 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Video Dato' Siti Nurhaliza Tersilap Menyanyi di Malaysia Hari Ini..!!!

Posted: 27 Jan 2012 02:53 AM PST


Semalam ada Dato' Siti Nurhaliza dijemput ke MHI (Malaysia Hari Ini) bersama-sama kumpulan Rabbani bersempena konsert Maulud Nabi di Terengganu nanti. Yang ini tak perlu kupas panjang, memang ramai yang akang datang nanti. Dalam MHI semalam, Dato' Siti ada buat nyayian nasyid pada permulaan rancangan (video). Namun ada kesilapan sedikit teknikal ketika nyayian itu dilakukan. Namun Dato' Siti tetap mantain control ayu dan senyuman gitu ketika kesilapan itu berlaku. Kalau korang rajin tengok lah sampai habis video panjang ni.







sumber : izyan

Jom Kembalikan Nostalgia Hikayat Sang Kancil Dan Kawan-kawan (Mediafire)

Posted: 27 Jan 2012 02:23 AM PST


Korang ingat lagi tak Hikayat Sang Kancil dan Kawan-kawan yang selalu sangat ditayang di TV sekitar tahun 80an - 90an. Time tu bila saja keluar citer ni, mesti kita tunggu depan tv sampai habis. Tapi sekarang cerita teladan ni dah tak ditayangkan lagi dah kepada umum, maybe sebab tak sesuai dah kot.
Kekadang tu rindu jugak kan dengan cerita-cerita ni. Tambah-tambah plak, kalo boleh mesti kita nak sangat tunjuk kat anak-anak kita yang tak sempat tonton filem pendek ni kan. Oklah, untuk kali ni, aku nak share ngan korang nostalgia Hikayat Sang Kancil Dan Kawan-kawan untuk korang semua.

Hikayat Sang Kancil Dan Kawan-kawan

Jom Download - Koleksi Upin Dan Ipin (Version 2 - Mediafire)

Posted: 27 Jan 2012 02:11 AM PST



 
SEASON 1
 

SEASON 2
 

SEASON 3
 
AIR KOLAH, AIR LAUT

BASIKAL BARU

BERKEBUN

GOSOK JANGAN TAK GOSOK

KISAH 2 MALAM

KEMBARA KE PULAU HARTA KARUN
ISTIMEWA HARI IBU

KAMI 1MALAYSIA

SERONOKNYA MEMBACA

BERPUASA BERSAMA KAWAN BARU

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN

UPIN, IPIN APIN

JEJAK RAMBO

DIRI BERSIH BADAN SIHAT

KEMBARA KE PULAU HARTA KARUN

AMBIL GALAH TOLONG TUNJUKKAN

SAPY OH SAPY

SEASON 4
 
JUARA KAMPUNG

RAMADHAN KEMBALI LAGI
MENJELANG SYAWAL
RASA SAYANG
BILA BESAR NANTI
ANAK HARIMAU

KENANGAN MANIS

KISAH PISANG DAN CENGKERANG

KISAH RAJA PEMBURU

LAMA TAPI TAK BERHARGA

DEMI METRO-MILLENIUM

Jom Download - Koleksi Upin Dan Ipin (Version 1 - Mediafire)

Posted: 27 Jan 2012 02:05 AM PST

Upin dan Ipin yang mencecah usia lima tahun mula mengenali erti puasa dan ingin tahu tujuan dan faedah berpuasa seperti mana kanak-kanak Muslim lain yang sebaya dengan mereka. Opah dan Kak Ros sedia menerangkan erti dan tujuan berpuasa kepada mereka. Maka, inilah kali pertama adik-beradik kembar ini bersahur dan berpuasa.


Episod:
>>>Dugaan<<<
Sesungguhnya sukar bagi anak-anak muda seperti Upin dan Ipin yang cergas dan nakal berpuasa buat kali pertama. Mereka selalu terlupa ibadah puasa mereka apabila bangun pagi atau setelah bermain ketika cuaca panas terik, sehingga kawan-kawan mereka yang bukan Islam pun terpaksa mengingatkan mereka.


Episod: 
>>>Nikmat<<<
Tiba waktunya Upin dan Ipin berbuka puasa setelah mengharungi pelbagai dugaan pada hari pertama mereka berpuasa. Memang teruja dan tidak sabar mereka berdua menunggu saat menikmati hidangan lazat sempena malam berbuka puasa. Usaha puasa mereka akhirnya berhasil apabila mereka menikmati makanan sehingga kenyang. Selepas itu, kedua-dua mereka tertidur sambil terlupa rancangan untuk ke surau.


Episod: 
>>>Terawih<<<
Peluang Upin dan Ipin mengikut Opah dan Kak Ros ke surau untuk sembahyang terawih tercapai juga setelah beberapa hari berpuasa. Doa terawih sempena Ramadan ini seolah-olah menjadi peluang kanak-kanak bermain bersama kawan-kawan dan bukannya beribadah, tidak terkecuali Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka. Setelah berkongsi pengalaman berpuasa, mereka pun bermain juga. Akhirnya keseronokan kanak-kanak itu berakhir setelah Kak Ros mengarahkan mereka turut serta dalam sembahyang.
Opah cuba meyakinkan Upin dan Ipin bahawa ibadah puasa itu satu kewajipan yang akan diberi pahala oleh Allah setelah menamatkan riwayat. Adalah menjadi kebiasaan zaman sekarang bahawa ibu bapa memberi anak-anak duit sebagai ganjaran tanpa mengajar mereka menghayati erti puasa. Kawan-kawan Upin dan Ipin tiba di rumah adik-beradik itu untuk beraya bersama. Mereka semua yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama ini menikmati hidangan yang disediakan Opah. Setelah makan, mereka semua berkongsi pengalaman berpuasa sementara Opah yang sentiasa ada untuk memberi nasihat dan galakan kepada mereka untuk berpuasa pada tahun-tahun akan datang.

.:Setahun Kemudian 2008 MUSIM 2:.

Episod:
>>>Tadika<<<
Berlalunya setahun jagung sejak musim lalu, Upin dan Ipin sudah bersekolah di Tadika Mesra. Banyak juga kawan baru tetapi mereka masih bernakal lagi. Fizi dan Upin menarungkan labah-labah belaan mereka di kelas sebelum pelajaran bermula. Sewaktu belajar, Cikgu Jasmin mengingatkan ketibaan Ramadan, lalu Upin, Ipin dan kawan-kawan membincangkan pengalaman berpuasa mereka.
Upin dan Ipin teruja dan ingin tahu bila bermulanya Ramadan, maka mereka bertanya kepada Kak Ros, maka Kak Ros menerangkan mereka bahawa Ramadan bermula sebaik anak bulan kelihatan. Dengan rasa kagum akan pengetahuan baru ini, adik-beradik itu pun berjaga untuk mencari anak bulan malam itu, tetapi memanglah rancangan mereka tidak menjadi.


Episod:
>>>Adat<<<
Upin dan Ipin bertanya kepada neneknya mengapa Cikgu Jasmin tidak berpuasa. Kak Ros menjawab pertanyaan adik-adiknya itu dengan berkata bahawa perempuan diberi cuti oleh Allah kerana Allah sayangkan perempuan. Upin dan Ipin masih tidak percaya. Petang itu, neneknya memberi bekal untuk Upin dan Ipin beri kepada Tok Dalang. Upin bertanya kenapa; Neneknya menjawab bahawa itu adalah adat.


Episod: 
>>>Tamak<<<
Kak Ros membawa Upin & Ipin ke Pasar Ramadan untuk membeli makanan untuk berbuka puasa. Kak Ros memberikan duit kepada adik-beradik kembar itu untuk membeli satu barang sahaja, tetapi mereka terlebih beli ayam goreng sehingga cukup untuk memenuhi meja makan, sehingga setibanya waktu makan, mereka tidak terdaya untuk menghabiskan semua ayam yang dibeli mereka itu.
Upin dan Ipin menghayati erti Lailatul Qadr dari Opah. mereka bercadang untuk berada dalam surau selepas terawih untuk mengkaji al-Qur'an. Sementara itu, Ehsan dan Fizi tiba di surau lalu mengajak Upin dan Ipin bermain bunga api, tetapi adik-beradik itu menolak pelawaan mereka. Semenatara itu, kedengaran juga bunyi letupan mercun.
Rakan-rakan kelas Upin dan Ipin heboh pasal tangan Fizi yang berbalut, jadi Fizi menceritakan apa yang berlaku malam semalamnya. Mael pula didapati minum di khalayak ramai siang hari bulan puasa. Cikgu Jasmin pun masuk ke kelas dan membincangkan sebab dan manfaat berpuasa. Setelah kelas tamat semua pun bermaaf-maafan.

Upin dan Ipin mendesak agar Kak Ros dan Opah membeli baju baru untuk mereka sempena hari raya kelak, tetapi kecewa kerana Kak Ros enggan membeli baju baru. Di luar rumah, Upin & Ipin membincangkan persiapan raya bersama rakan-rakan. Apabila Fizi menunjuk-nunjuk baju barunya, Upin & Ipin berasa tertekan. Rupa-rupanya Kak Ros bukannya membeli, sebaliknya menjahit baju baru untuk adik-adik kesayangannya.


Episod: 
>>>Ketupat<<<
Opah mengajak Upin dan Ipin membantu menganyam ketupat bersama Kak Ros. Sambil menganyam, mereka berempat saling membincangkan khabar persiapan raya kawan-kawan mereka. Upin & Ipin bermain-main dengan membuat ketupat berbentuk lain. Kak Ros menegur mereka kerana cara mereka salah, tetapi diejek balik pula kerana ketupat bawangnya.
Dengan menceritakan kegiatan di surau tadi, Upin dan Ipin mengingatkan Opah agar membayar zakat fitrah. Mereka bertiga bergegas ke surau, tetapi surau sudah kosong, jadi mereka ke rumah Tok Dalang untuk membereskan kewajipan zakat mereka. Wang zakat diserahkan Opah ke tangan Tok, dan dari Tok ke tangan Upin jua. Sewaktu berkua puasa, Opah menceritakan tujuan membayar zakat fitrah iaitu sebagai memperingati golongan kurang bernasib baik sempena bulan Ramadan.
Sudah tiba malam raya, maka terawih diganti takbir. Upin dan Ipin tengah bermain bunga api tetapi disampuk Kak Ros menyuruh mereka menyediakan tikar. Lamanya masa yang diambil mereka untuk meratakan tikar sehingga Kak Ros terpaksa menegur mereka sekali lagi. Rupa-rupanya tikar ini sebagai alas penduduk kampung melatih takbir. Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin bertakbir di surau, dengan izin Opah.


Episod: 
>>>Pagi Raya<<<
Pada waktu pagi 1 Syawal, Upin dan Ipin bermaaf-maafan dengan Opah dan Kak Ros. Selepas takbir sesi pagi, mereka mengajak kawan-kawan ke rumah mereka untuk menikmati juadah raya. Ketika makan, Mael meluahkan rasa kesal kerana gagal memenuhi kewajipan berpuasa sepanjang Ramadan lalu, namun dimaafkan Opah jua asalkan dia tetap ada berbuat baik sepanjang bulan mulia itu.

Episod: 
>>>Berkat<<<
Upin dan Ipin membantu menghantar makanan ke rumah Tok Dalang. Setibanya di sana, Tok pun mengajak Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka mencuba hidangan istimewanya iaitu ketupat berbentuk lembu. Selepas itu, Tok memberikan duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir di rumahnya.


.:Upin Ipin Dan Kawan-Kawan MUSIM 3 :.
Hujan lebat menyebabkan Upin & Ipin kebosanan berdiam di rumah sahaja, tetapi mereka dididk oleh Opah bahawa hujan itu rahmat dari Tuhan. Senyap-senyap, Upin & Ipin merancang sesuatu yang memerlukan imaginasi, iaitu membayangkan diri mereka merupakan dua pahlawan yang hendak menyelamatkan Puteri Mei Mei dari genggaman Jarjit si lanun.
Ketika Hang Upin dan Hang Ipin berlawan pantun dengan Jarjit si lanun, mereka dicelah oleh serangan Kak Ros. Rupa-rupanya mereka berdua bermain kapal kertas di bilik mandi.
Mael, Ehsan, dan Mei Mei memperagakan basikal baru di hadapan Upin dan Ipin. Walaupun seronok kejar-mengejar namun Upin dan Ipin terpaksa memecut dengan kaki, jadi mereka pun dahagakan basikal sendiri.
Pada hari kemudian, Upin dan Ipin melawat Tok Dalang untuk memasang basikal baru yang khas untuk ditunggang mereka berdua. Kawan-kawan mereka tertarik dengan basikal itu sehingga Fizi yang tiada basikal lagi meminta Tok Dalang buat basikal baru.
Kak Ros melarang Upin dan Ipin bermain melainkan mereka turut membantu berkebun. Kawan-kawan Upin dan Ipin pun datang untuk menolong dan memberi tunjuk ajar kepada mereka berdua.
Upin dan Ipin dan kawan-kawan menemui siput, beluncas dan cacing di kebun. Upin dan Ipin mengejek Mael dengan haiwan-haiwan itu, sementara Mei Mei mengajar baik buruk setiap haiwan itu. Ros menyuruh adik-adiknya menyiram air baja pula, tapi mereka main lagi.
Upin dan Ipin tergamam kerana menggeruni doktor gigi yang hendak melawat tadika, jadi mereka cuba memperdaya Opah agar menyatakan tidak setuju dalam surat kebenaran, tetapi rancangan mereka digagalkan oleh Kak Ros.
Doktor gigi datang melawat, murid-murid semakin takut. Satu demi satu doktor gigi memanggil nama dari pembesar suara di van, murid-murid cuba mencari jalan untuk mencegah "gigi dicabut" pula, kecuali Mael yang menipu dengan menyatakan tidak dalam surat kebenaran.(Dengan cara Menggelar "Ye la nama saya kan Ismail bin Mail.)
Semua murid lega menjalani pemeriksaan gigi. Pada hari keesokannya, Doktor Ravi melawat bilik darjah untuk mengajar murid-murid menjaga kesihatan gigi. Mael tidak hadir, rupa-rupanya kerana sakit gigi.
Upin dan Ipin berkongsi perihal Cikgu Jasmin menegah anak-anak dari berada di luar pada lewat malam kerana ancaman hantu, tetapi Opah membetulkan kenyataan itu sebagai teladan kepada anak-anak agar balik ke rumah awal. Kak Ros mengingatkan adik-adiknya mengenai sebatang pokok kelapa condong yang "berhantu".
Di tadika, Mei Mei menceritakan kisah dirinya bertembung dengan (dipaparkan sebagai Jiang Shi) pada larut malam, rupa-rupanya dipetik dari tontonan DVD. Lepas cerita, Jarjit pula bermain-main hantu.
Hang Upin dan Hang Ipin berjaya menahan Kapten Jarjit dan konco-konconya. Puteri Mei Mei mendedahkan sehelai peta harta karun. Malangnya geng Jarjit terlepas dan menawan kapal Hang Upin dan Hang Ipin.
Hang Upin dan Hang Ipin menaiki perahu nelayan untuk mengejar lanun-lanun untuk merebut peta yang dirampas oleh Jarjit. Ketika mereka bergelut lagi, seekor burung gergasi datang mengganggu dan mencampakkan peta ke arah sebuah pulau.
Daripada berlawan, Puteri Mei Mei bercadang agar Hang Upin, Hang Ipin dan lanun-lanun Jarjit Singh berganding bahu, bersama-sama mencari harta karun di pulau. Mereka perlu bertanding dengan gergasi batu untuk mencapai harta karun buruan mereka.
Setelah mendengar penjelasan dari gergasi batu, Hang Upin, Hang Ipin, Kapten Jarjit dan lain-lain pergi ke arah perkampungan orang asli di sebalik gunung berapi walaupun ditegah gergasi itu. Setelah perjalanan mereka dimudahkan oleh gergasi batu secara senyap-senyap, mereka semua berjaya memasuki kubu orang asli. Di sana, Hang Upin dan Hang Ipin perlu mentafsir lakaran sejarah orang asli pada tembok kubu, kemudian memasang kepingan gambar batu bersama yang lain-lain untuk mencari laluan yang tersembunyi.
Hang Upin, Hang Ipin, Kapten Jarjit dan kawan-kawan berjaya menyiapkan teka-teki gambar untuk membuka laluan, tetapi mereka dihendap oleh seekor labah-labah gergasi. Ketika mereka semua berlari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri, Ehsan tersangkut pada sarang labah-labah besar yang melekit, lalu yang lain-lain terpanggil untuk membebaskannya sambil menumpaskan labah-labah itu.
Di tengah-tengah malam buta, Nelayan Ijat yang merebut pisang dengan monyet bertembung dengan seorang asli, lalu berkawan sesama. Ketika tidur di keliling unggun api, Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan terjaga oleh hendapan orang asli yang menyedari cerobohan mereka dari dulu. Kebanyakan daripada mereka terselamat kecuali Kapten Jarjit dan si nelayan Dzul yang diheret lalu dihumban ke dalam kurungan orang asli.
Pasangan Hang Upin, Hang Ipin dan lain-lain menyamar dengan memakai topeng-topeng besar dan berwarna-warni yang dipakai oleh orang asli, sebagai langkah penting untuk menyelamatkan Kapten Jarjit dan Nelayan Dzul, biarpun mudah diperhati oleh ratu orang asli yang tinggi. Malangnya, tugas Fizi untuk mengalih perhatian para pengawal lokap sebagai seorang tidak berjaya, maka mereka semua pun ditahan.
Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan semuanya dilantarkan pada sebuah jentera penggeletek yang digunakan sebagai alat soal siasat. Mujurnya Nelayan Ijat dan kawan orang aslinya sempat tampil untuk memberitahu ratu bahawa mereka semua itu ialah kawan-kawannya, jadi dilepaskan jua mereka semua lalu dijemput berjamuan mesra pada waktu malam. Pada keesokan harinya, sekali lagi Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan dimusuhi oleh orang asli kerana Jarjit sempat melarikan harta karun mutiara yang diburu-burunya selama ini.
Seluruh bilik darjah heboh membincangkan Hari Ibu yang menjelang, malangnya Upin dan Ipin tiada ibu tersayang. Opah menceritakan serba sedikit kisah ibu Upin, Ipin dan Ros sewaktu hidup.
Upin dan Ipin hendak bermain di rumah kawan, tetapi semua kawan-kawan sibuk mengemas rumah, membuat kek sempena Hari Ibu. Mei Mei sempat menjemput mereka meraikan Hari Ibu bersama. Kak Ros membawa Upin dan Ipin untuk menziarahi dan membersihkan kubur ibu mereka.
Upin, Ipin dan kawan-kawan leka bermain pistol mainan, sehingga Opah menyuruh mereka semua masuk ke rumah untuk mendengar kisah hidup Opah sewaktu zaman peperangan sebagai pengajaran kepada anak-anak agar bersyukur dengan keamanan negara zaman sekarang.
Opah memesan Upin, Ipin dan kawan-kawan untuk membawa makanan ke rumah Tok Dalang. Setibanya di situ, mereka memerhati Tok Dalang baru bermula mengecat bendera Malaysia. Apabila Tok Dalang berehat, kanak-kanak semua berganding bahu menyiapkan bendera.
Mei Mei dan Upin bergilir-gilir membacakan cerita Arnab dan Kura-kura kepada seluruh bilik darjah mengikut buku cerita, diikuti Mail yang begitu kecoh, berpura-pura sudah baca tetapi mereka-reka kesudahan cerita. Ijat dipanggil untuk menyambung cerita, tapi masih tak pandai membaca.
Ipin diminta untuk mehghabiskan cerita, selepas itu murid-murid menghayati pengajaran dari kisah arnab dan kura-kura. Sebuah perpustakaan bergerak dipandu ke tadika untuk menyemarakkan lagi minat membaca. Sayangnya, Ijat terpaksa mengambil kelas tambahan dari Cikgu Jasmin untuk belajar membaca.
Setiap murid meminjam sebuah buku dari perpustakaan bergerak. Waktu bermain, Upin, Ipin dan kawan-kawan membincangkan buku yang dipinjam. Mei Mei bermegah rajin membaca buku tanpa gambar, tetapi apabila mencuba buku yang dipinjam Ipin tak boleh pula. Rupa-rupanya tulisan Jawi, Tok Dalang bacakan untuk semua.
Di gerai Mael, Upin & Ipin bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan yang lain macam pelatnya, baru pindah ke mari hari kelmarin. Kemudian, mereka menyedekahkan ayam goreng yang dibeli mereka tadi kepada Tok Dalang ketika ada kerja pemasangan talian telefon dan internet di rumahnya.
Di tadika, gadis dari gerai Mael semalaman memperkenalkan dirinya sebagai Susanti, yang pindah bersama ibu bapanya dari Jakarta, Indonesia. Selepas waktu sekolah, Upin, Ipin dan Ehsan bergegas ke rumah Tok Dalang untuk menyaksikan kecanggihan Internet bersama cucunya Badrul.
Badrul dapat menghubungi bapanya yang sibuk di kota agar Tok Dalang boleh menegurnya dari jauh di kampung. Secara mengejut Tajul si bapa Badrul memutuskan talian, dalam masa singkat dia tiba di kampung. Susanti merindui suasana lebaran di negara asalnya, jadi kawan-kawan barunya di Kampung Durian Runtuh menjemputnya untuk menggunakan Internet untuk menghubungi orang-orang tersayang di sana.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, Upin, Ipin dan kawan-kawan menemui seekor kucing yang sendirian dalam semak. Ehsan geli dengan kucing, dan Fizi yang sudah membela banyak kucing tidak mampu menampung seekor dalam rumahnya. Oleh itu, Upin dan Ipin menjadi penjaga kucing itu yang diberikan nama Apin oleh mereka berdua, tetapi ditegah oleh Kak Ros.
Rupa-rupanya Kak Ros alah kepada bulu kucing. Mujurlah Opah membenarkan Upin dan Ipin membela Apin, dengan syarat bahawa anak kucing tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Walaupun diberi tempat tidur di ruang bawah rumah, sekali-sekala Apin mencuri masuk ke dalam rumah untuk mengusik kedua-dua pemiliknya. Tidak lama kemudian, Apin akhirnya bertemu semula dengan ibunya, maka Upin dan Ipin menjemput si ibu kucing tinggal bersama.
Ketika bermain sorok-sorok bersama kawan-kawan, Upin dan Ipin terserempak dengan Tok Dalang yang tengah mencari ayam jantan belaannya, Rembo. Kebetulan pula kawan-kawan lain mahu berhenti, oleh itu senanglah untuk Upin dan Ipin menolong Tok Dalang dengan penampilan dan kelengkapan detektif olok-olok mereka.
Sambil ditunjukkan gambar Rembo, Upin dan Ipin menemui sebelah kasut kanak-kanak di halaman rumah Tok Dalang. Selepas itu, mereka menyoal siasat kawan-kawan sendiri dengan berlagak penyiasat yang tegas: Fizi, Ehsan, Mael, tetapi tiada apa-apa petunjuk baru. Tok Dalang makin tawar hati, tetapi Detektif Upin dan Ipin tidak berputus asa begitu sahaja, apalagi baru menemui tapak kaki kucing.
Upin dan Ipin menyoal siasat pula Apin, selepas itu Kak Ros, tapi tidak banyak membantu, sekurang-kurangnya Rembo tidak menjadi makanan sesiapa. Tiga helai bulu ayam putih akhirnya menjadi petunjuk mutlak yang membawa mereka ke sebuah kampung berhampiran di mana Rembo terikut seekor ayam betina putih.
Selepas puas bermain, Upin dan Ipin bertemu dengan Susanti yang kembali ke Kampung Durian Runtuh dengan memakai topeng. Susanti mengajak mereka berdua untuk turut memakai topeng sebagai langkah mencegah penyakit. Di rumah, kak Ros pun mengingatkan adik-adiknya agar mandi sebelum makan. Pada hari keesokannya, seluruh tadika bertopeng, tetapi bukan semuanya melitup mulut.
Upin dan Ipin ditegur kerana memakai topeng lama yang koyak, hanya boleh dipakai sekali sahaja. Ketika waktu makan, walaupun ditegur kerana kurang menjaga kebersihan, Jarjit enggan mencuci tangan, tambahan lagi berani mengutip ketulan ayam yang tercicir di lantai tanpa disedari. Akibatnya, Jarjit sakit perut ketika bermain pada waktu petang, lalu terpaksa berehat di rumah pada hari keesokannya.
Ketika tengah bermain galah panjang, Upin, Ipin dan kawan-kawan tersampuk oleh keluhan Tok Dalang yang kedengaran tidak jauh. Rupa-rupanya Tok Dalang cuba menghalau seekor tupai dari mencuri buah di pokok rambutannya. Apabila ditanya kenapa tidak membiarkan tupai itu sahaja, jelas Tok Dalang, buah rambutan yang tumbuh di pokoknya adalah untuk dijual.
Mael bercadang untuk membantu Tok Dalang menjual hasil tanaman rambutannya. Pada keesokan hari, kawan-kawan Upin dan Ipin tiba di halaman rumah Tok Dalang sambil menunggu kedatangan kembar itu, lalu cuba memanjat pokok rambutan tersebut, sehingga datangnya Upin dan Ipin dengan sebatang galah buluh yang panjang sekali.
Upin dan Mael bersama-sama memegang galah, tapi sebiji rambutan pun tidak tercapainya. Tok Dalang meminjam galah itu untuk diubahsuai dengan gunting untuk memotong tangkai rambutan. Selepas itu, Tok Dalang dan kanak-kanak bersama-sama mengira hasil petikan rambutan dan membincangkan harga dan tempat jualan rambutan.
Atas pesanan Tok Dalang, Upin, Ipin dan kawan-kawan pergi ke tepi jalan untuk menjual rambutan, tetapi sepanjang berjam-jam menunggu, semuanya yang dilihat ialah kenderaan laju berlalu-lalang tanpa memberi perhatian kepada mereka, sehingga berhentinya sebuah lori yang dipandu oleh Ah Tong yang berminat untuk membeli rambutan mereka, itupun terpaksa tawar-menawar harganya. Selepas selesai berurus niaga, mereka hendak berkongsi pendapatan mereka dengan Tok Dalang, tetapi ditolak.
Muthu memesan Upin dan Ipin untuk membawa Sapy ke padang rumput untuk makan, memandangkan Rajoo tengah demam, jadi tidak dapat menemani Sapy hari ini. Di tengah-tengah jalan, Upin dan Ipin berehat sebentar untuk bermain kemuncup, tetapi mereka leka bermain terlalu lama sehingga Sapy berasa tersisih lalu enggan berganjak walaupun Upin dan Ipin habis bermain.
Pujukan Upin, Ipin dan kawan-kawan tidak berjaya menenangkan hati Sapy, sebaliknya Sapy lagi merajuk lalu melarikan diri dengan pentas. Mereka terpaksa menghabiskan sepanjang tengah hari mencari lembu kesayangan Rajoo itu. Lambat-laun. terpaksalah mereka semua berdepan dengan Muthu untuk memberitahu perkara sebenar, tetapi mujurlah Susanti sempat membawa Sapy balik ke tempat asalnya.

.:Upin Ipin Dan Kawan-Kawan MUSIM 4 :.
Fizi mengajak Upin dan Ipin untuk menyaksikan Ehsan bermain badminton bersama bapanya di rumah mereka. Bapa Ehsan mengajak Upin cuba bermain, tetapi Upin tidak reti. Sekembalinya di rumah, Upin dan Ipin bertanya jika Opah dan Kak Ros tahu apa-apa mengenai sukan badminton, dan Opah berpesan agar mereka bertanya kepada Tok Dalang. Pada hari keesokannya, Upin dan Ipin meminta Tok Dalang mengajar mereka bermain badminton.
Dengan berbekalkan dua batang raket lama dalam simpanannya, Tok Dalang melatih Upin dan Ipin bermain badminton sehingga tulang belakangnya menjadi sengal. Apapun, Upin dan Ipin sudah berupaya bermain badminton dengan sendiri walaupun hanya dilatih dalam separuh hari. Pada hari keesokannya, mereka membawa raket lama berian Tok Dalang untuk mencabar Ehsan. Upin bertanding dengan Ehsan dahulu, tetapi permainan tamat dengan patahnya kepala raket Upin yang melayang hingga terkena kepala Ehsan.
Apabila berlari balik ke rumah atas kejadian itu, Upin dan ipin dikejutkan dengan raket baru sebagai hadiah dari Kak Ros dan Opah. Tok Dalang tidak mengambil hati akan kerosakan raket lamanya. Pada hari keesokannya, Upin dan Ipin melawan Ehsan dan Fizi secara bergu. Perlawanan tamat dengan memihak kepada adik-beradik kembar itu, dengan set bulu tangkis baru sebagai ganjaran.
Orang-orang dewasa heboh berborak mengenai Piala Dunia di gerai Muthu, menyambut kedatangan Upin dan Ipin. Apabila ditanya pasukan mana dijangka menjuarai juara, Upin dan Ipin mengejutkan yang lain dengan menjawab Malaysia, walaupun tidak layak sekalipun ke temasya itu sendiri.
Cikgu Jasmin mengajar murid-murid yang heboh memperkatakan Piala Dunia, betapa jauh letaknya Afrika Selatan dari Malaysia, tetapi Piala Dunia boleh ditonton melalui kaca TV. Biarpun tidak berjaya meminta izin Kak Ros agar dapat menonton siaran langsung Piala Dunia di malam buta, Upin dan Ipin cuba mengesetkan jam loceng mereka ke pukul dua pagi untuk curi-curi menonton bola, tetapi tidak menjadi akhirnya.
Di bilik darjah, Upin dan Ipin melawan Fizi dan Ehsan dengan bermain bola sepak kertas, yang mana keratan kertas dijadikan "pemain" yang dihempap untuk "menendang bola". Pada petang kemudian, Upin dan Ipin menerima pelawaan Tok Dalang untuk menonton perlawanan pertama Piala Dunia bersama, dan akhirnya Opah merestuinya memandangkan hari keesokannya cuti.
Upin dan Ipin diajak oleh Ijat untuk bermain bola sepak olok-olok dengan tin minuman sebagai 'bola' untuk disepak di antara dua batang ranting yang ditegakkan atas tanah sebagai gol. Malam nanti, mereka berdua cuba menahan mengantuk untuk sempat menonton perlawanan Piala Dunia di gerai Muthu.
Sempena tayangan khas, Mael dan Sally turut membantu menghidangkan makanan kepada para penonton di gerai Muthu. Di hadapan layar lebar yang tengah menerima siaran iklan, Tok Dalang, Muthu dan Ah Tong terus berborak mengenai bola...sehingga perlawanan bermula. Pada pagi keesokan, bersusah payah Kak Ros mengejutkan Upin dan Ipin dari tidur yang tak cukup.
Akhirnya tin digantikan dengan bola yang sebetulnya, barulah dapat bermain dengan seronok, sehingga Upin dan Ipin dan kawan-kawan membayangkan diri mereka bermain sebagai pasukan kebangsaan di arena sebenar.
Selepas balik dari tadika pada hari sebelum bulan puasa, Upin & Ipin bergurau senda mencabar Kak Ros agar memasak ayam goreng secukup-cukupnya, jika tidak mereka enggan bersahur. Waktu petang nanti, kawan-kawan mereka membincangkan persediaan Hari Raya walaupun bulan puasa belum bermula.
Sempena bulan Ramadan yang menjelang, Upin, Ipin dan kawan-kawan memikirkan permainan yang sesuai untuk menghabiskan petang mereka. Jarjit mencadangkan baling selipar, dan leka sangat mereka bermain.
Atas pengaruh kawan-kawan mereka, Upin dan Ipin meminta Kak Ros mendapatkan baju raya baru sempena Hari Raya. Selepas waktu terawih di surau, Upin dan Ipin menjawab keraguan Kak Ros dan Opah dengan cerita orang kentut dalam surau. Pada pukul tiga pagi, Upin dan Ipin cuba membangunkan Kak Ros agar sempat untuk bersahur.
Ketika bersahur, Opah berpesan Upin dan Ipin untuk bersahur lambat sedikit supaya dapat pahala. Petang nanti, Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin memerah kelapa untuk dibuat dodol dengan mesin pemerah yang dipasang pada motosikal buruk, seronok sekali. Waktu berbuka puasa, Opah membetulkan salah faham Upin dan Ipin, bahawa berbuka mestilah cepat-cepat, lain dengan sahur.
Upin, Ipin, Fizi dan Jarjit tiba di halaman rumah Tok Dalang untuk membantunya dan Salleh dalam persiapan memasak dodol. Upin dan Ipin ditugaskan mengangkat kawah, membuka api dengan kipas, dan bergilir-gilir dengan Fizi dan Jarjit mengacau ramuan dodol dalam kawah panas. Sebaik sahaja siap, mereka terkilan dengan betapa kecil dodol yang mereka buat; Tok Dalang menjelaskan memang inilah hasilnya.

Password ~ koleksimelayuterbaik
Mail meminta Upin dan Ipin menjaga gerainya seketika, tetapi tidak dapat menunjuk ajar dengan betul-betul kerana bergegas untuk melegakan sakit perutnya. Tanpa bimbingan Mail, berpandai-pandailah mereka berdua menjual. Mereka tidak lupa memberi duit baki kepada pelanggan yang terbayar lebih, tetapi apabila mereka diminta tiga ketul ayam barulah mereka memikirkan sesuatu yang menyebabkan Mail kerugian – 'tiga seringgit'.

Episod:
>>> Menjelang Syawal ~ bahagian 1<<<
Dua hari sebelum lebaran, Upin dan Ipin hairan Opah tidak keluar untuk bersahur, kononnya sudah makan awal. Pagi nanti, Tok Dalang mengedarkan bungkusan dodol kepada kanak-kanak sebelum pergi beraya di Kuala Lumpur bersama anak cucunya. Waktu berbuka, sekali lagi Opah tidak kelihatan, dan terpaksalah Ros menjelaskan kepada Upin dan Ipin bahawa Opah tidak sihat. Maka Upin dan Ipin menjenguk Opah di bilik tidurnya, dan Opah memesan mereka agar berdoa demi kesejahteraannya.

Episod:
>>> Menjelang Syawal ~ bahagian 2<<<
Selepas siap mengurut-urut Opah yang kesakitan, Upin dan Ipin juga membantu Kak Ros mengemas rumah sampai bersih sempena Hari Raya. Di tengah-tengah kerja, mereka menerima panggilan dari Tok Dalang, tetapi tanpa sengaja mereka mengotorkan lantai yang baru dimop dengan kaki semata-mata untuk ke arah telefon.

Episod:
>>> Menjelang Syawal ~ bahagian 3<<<
Hari Raya sudah tiba sekali lagi, mujurlah Opah cukup sihat untuk beraya bersama cucu-cucu dan jiran tetangga tersayang. Keluarga Upin dan Ipin menyambut kedatangan semua rakan-rakan setadika mereka, kecuali Susanti yang pulang ke Jakarta untuk beraya. Upin dan Ipin boleh berhubung dengan Susanti menerusi telefon.

Episod:>>> Bila Besar Nanti ~ bahagian 1<<<
Cikgu Jasmin mengajar apa itu cita-cita, lalu menyuruh murid-murid agar melukis gambaran cita-cita masing-masing untuk kelas pendidikan seni keesokan harinya. Untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai topik ini, Upin dan Ipin bertanya kepada Kak Ros dan Opah.

Episod:>>> Bila Besar Nanti ~ bahagian 2<<<
Upin dan Ipin dimarahi Kak Ros kerana tergelak cita-cita Kak Ros menjadi doktor. Apapun, mereka tetap memikirkan cita-cita sendiri untuk dilukiskan pada hasil seni mereka untuk kelas esok. Pada pagi keesokannya, murid-murid memperdengarkan cita-cita mereka: Ehsan hendak menjadi tukang masak selebriti; Fizi hendak jadi pengumpul sampah demi kebersihan alam.

Episod:
>>> Rasa Sayang ~ bahagian 1<<<
Upin dan Ipin menghabiskan satu malam dengan persiapan untuk rombongan berkelah satu kelas yang tak sabar hendak mereka sertai pada hari keesokan, tetapi hampir terlupa pesan Cikgu Jasmin supaya membawa bekalan makanan dan air sendiri, tidak perlu membawa mainan.

Episod:>>> Rasa Sayang ~ bahagian 2<<<
Harinya sudah tiba, dan selepas kesemua 12 murid hadir, barulah rombongan murid-murid Tadika Mesra bertolak ke taman untuk berkelah, berarak sambil menyanyikan lagu rasa sayang, tetapi dalam nyanyian ada sahaja murid-murid yang bergurau sakan. Setibanya di tempat perkelahan, Ehsan selaku 'ketua kelas' tidak berapa menunjukkan sikap yang betul, seperti lalai dalam kiraan ahli mahupun bermalas ketika orang lain membuka kelah. Selepas itu, semua berkongsi makanan sambil bersembang tentang makanan.

Episod:>>> Rasa Sayang ~ bahagian 3<<<
Mail terpaksa dipujuk dari sikap kedekutnya supaya berkongsi ayam goreng yang dibawanya. Cikgu Jasmin pula membawa salad untuk dikongsikan, tetapi ramai yang kurang suka kecuali Mei Mei dan Devi. Oleh itu, Cikgu Jasmin menasihati murid-murid supaya mengurangkan makanan ringan kerana tidak menyihatkan badan, lantas berjaya memujuk mereka semua untuk mencuba salad yang berkhasiat. Perkelahan Tadika Mesra berakhir selepas bermain, dengan memungut sampah dan berkemas.

Episod:
>>> Kenangan Manis ~ bahagian 1 <<<
Kelas Cikgu Jasmin dipilih untuk bergambar istimewa bersama pengetua tadika sebagai tanda penghargaan sebagai kelas terbersih di Tadika Mesra. Sebaik sahaja pulang ke rumah, Upin dan Ipin disuruh oleh Kak Ros untuk mengemas bilik tidur mereka agar mereka meneruskan sikap murni yang membawa kepada kejayaan bilik darjah mereka.

>>> Kenangan Manis ~ bahagian 2 <<<
Ketika Upin, Ipin dan kawan-kawan menyaksikan Mei Mei dan Devi bermain batu seremban, Susanti muncul untuk memperkenalkan kamera segera kepada mereka. Pada pagi keesokan, Upin dan Ipin tergesa-gesa ke tadika supaya tidak terlewat untuk sesi bergambar, sampai mereka sanggup minum susu sahaja sebagai sarapan, tetapi lupa memastikan kebersihan kasut.

>>> Kenangan Manis ~ bahagian 3 <<<
Semua murid dalam kelas Upin dan Ipin sudah hadir, tetapi Cikgu Jasmin menggemparkan mereka dengan berita sedih bahawa sesi bergambar dibatalkan kerana pengetua tidak sihat. Mujurlah, Susanti membawa sekali kamera segeranya, supaya satu kelas masih dapat bergambar walau apa pun.

Episod:
>>> Kisah Pisang & Cengkerang ~ bahagian 1 <<<
Tok Dalang menceritakan kisah cubaan seekor monyet untuk menipu dua ekor kura-kura demi buah-buahan yang dicucuk tanam oleh kura-kura itu. Pertandingan buah-buahan gergasi di kampung bersebelahan menjadi peluang baik untuk sang monyet menipu adik-beradik kura-kura; untuk itu, ia hanya menjemput si adik kura-kura.

>>> Kisah Pisang & Cengkerang ~ bahagian 2 <<<
Adik kura-kura hanya pergi bersama monyet tanpa abangnya, tetapi mujurlah abang kura-kura mengikut secara curi-curi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Bermacam-macam helah yang digunakan oleh sang monyet untuk merampas buah-buahan sang kura-kura, tetapi semuanya tidak menjadi...

>>> Kisah Pisang & Cengkerang ~ bahagian 3 <<< 
Dengan meminta sahaja, monyet akhirnya merampas kantung buah-buahan kura-kura lantas menghabiskan semua isinya. Tiba-tiba, pemburu datang dan berjaya menangkap kura-kura sementara haiwan lain berlari, maka bergegaslah sang monyet untuk pergi menyelamatkannya. Sang monyet menawarkan diri untuk mengganti tempat sang kura-kura dalam ikatan demi buah-buahan simpanan pemburu, tetapi akhirnya sang monyet sendiri yang rugi.

Episod:
>>>Kisah Raja Pemburu (bahagian 1)<<<Jarjit Singh dimarahi oleh Saleh si pustakawan kerana kehilangan buku "Kisah Raja Pemburu" yang dipinjamnya dari perpustakaan bergerak. Oleh itu, Jarjit meminta pertolongan Penyiasat Upin dan Ipin agar mencari buku itu kembali, bermula dengan bayangan bahawa mungkin Ehsan dan Fizi pernah membaca sekilas buku Jarjit itu di gerai sewaktu buku itu baru dipinjam.

>>>Kisah Raja Pemburu (bahagian 2)<<<Ketika disoal siasat oleh Upin dan Ipin, Ehsan dan Fizi menjelaskan bahawa Jarjit masih memegang bukuya ketika berpisah dari mereka untuk bermain tenteng dengan Mei Mei, Susanti dan Devi. Kemudian, Upin dan Ipin menyoal Mei Mei, kebetulan Mei Mei memiliki senaskhah lagi buku "Kisah Raja Pemburu" yang dihadiahkan oleh ibunya. Jelasnya, Jarjit memang meletakkan buku itu di sebelah tenteng, kemudian mereka berempat bermain puas-puas sehingga tiba-tiba ditakutkan oleh seekor monyet.

>>>Kisah Raja Pemburu (bahagian 3)<<<
Upin dan Ipin menyoal siasat Ijat dan Dzul pula. Mengikut keterangan Ijat, dia tengah bertengkah dengan monyet yang mencuri pisangnya, apabila buku itu terjatuh dari dahan pokok. Monyet inilah yang mengambil buku Jarjit! Kemudian, Ijat menyerahkan buku itu kepada Cikgu Jasmin. Jadi, semua sudah tahu di mana letaknya buku Jarjit itu.

Episod:
>>> Lama Tapi Tak Berharga (Bahagian 1)<<<
Upin dan Ipin bermain motosikal olok-olok (yang diperbuat daripada penutup tin dan batang kayu) dan mengikut Ah Tong yang tengah berlaung-laung untuk membeli barang terbuang. Mereka bertiga di rumah Mei Mei untuk membeli surat khabar lama, dan di sinilah Upin dan Ipin belajar bahawa barang lama masih ada harganya. Mereka balik ke rumah semata-mata demi mencari barang lama yang boleh dijual, seperti majalah lama dan tin kosong.

>>> Lama Tapi Tak Berharga (Bahagian 2)<<<
Upin dan Ipin tengah mengosongkan tin susu yang hampir habis dengan makanan baki serbuknya, tetapi disampuk oleh Kak Ros yang mengisi semula tin itu. Mujurlah masih ada sebuah tin biskut kosong yang sempat dicari mereka, tetapi ia tidak mendatangkan harga yang lumayan, apabila Ah Tong hanya memberikan dua biji gula-gula kepada mereka. Upin dan Ipin menebus kekecewaan dengan bermain motosikal olok-olok, kemudian meminjam mainan mereka itu kepada Fizi dan Jarjit.

>>> Lama Tapi Tak Berharga (Bahagian 3)<<<
Malangnya, Jarjit leka bermain sehingga terlanggar batu lalu menyebabkan motosikal olok-olok Ipin habis rosak. Demi melupakan kejadian tadi, Mael mencadangkan supaya semua bergegas ke merata kampung untuk mencari barang terpakai daripada semua penduduk untuk dijual kepada Ah Tong. Malangnya, basikal Ah Tong sudah penuh dengan benda terpakai orang lain!

Episod:
>>> Demi Metromillenium (bahagian 1)<<<
Ketika semua kawan-kawan tengah bermain gasing, Ehsan muncul untuk memperagakan kostum Sarjan Husin 3000 yang baru dan mahal dan dibeli oleh bapanya. Sungguhpun tidak mampu membeli baju sedemikian, namun Upin dan Ipin mendapatkan kostum mereka sendiri dengan barang-barang terpakai di rumah, supaya mereka juga boleh bermain sebagai polis masa depan di Kota Metromillenium.

>>> Demi Metromillenium (bahagian 2)<<<Sarjan Upin dan Sarjan Ipin ditugaskan menyiasat kejadian pencerobohan di Pusat Janakuasa Petromileni. Mereka terpaksa berlawan dengan tiga ekor robot yang membuat kerja laku musnah dan mencuri untuk seorang penyangak yang berjambul ungu.

>>> Demi Metromillenium (bahagian 3)<<<Prof. Jarjit Singh menjelaskan kepada Sarjan Upin dan Sarjan Ipin, bahawa pihak Petromileni kecurian sejenis ciptaan berbentuk gasing yang bernama Leucadendron Vroom Vroom, yang dikhususkan untuk menjana bekalan tenaga elektrik seluruh kota Metromillenium; tanpa benda itu, maka satu kota hilang elektrik, melainkan ada penjana simpanan yang berbentuk hamster dalam bebola. Sarjan Upin dan Ipin mengimbas bangkai robot dengan kaca mata mereka untuk menghantar maklumat untuk diselidik oleh Ehsan dan Fizi.

>>> Demi Metromillenium (bahagian 4)<<<Dengan bantuan maklumat yang ditemui oleh pasukan Dr. Ehsan dan Fizi, Sarjan Upin dan Ipin boleh menjejak semula bagaimana robot-robot itu boleh memasuki Pusat Janakuasa dengan begitu mudah dan apa tujuan mereka berbuat demikian. Mereka teringatkan bagaimana mereka mematikan seekor robot itu dengan tercabut engkol di belakangnya, supaya Prof Jarjit boleh membayangkan siapa dalang di sebalik kecurian peranti seakan gasing itu.

>>> Demi Metromillenium (bahagian 5)<<<Berasaskan klu-klu yang dikupas setakat ini, Sarjan Upin dan Ipin bergegas ke sebuah kedai antik yang cukup mencurigakan. Rupa-rupanya di bawah kedai antik inilah tersembunyinya markas penyangak yang dicari-cari, iaitu Dr. Sally, seorang saintis yang disanjungi oleh pihak bandaraya pada suatu ketika dahulu, sehingga kecemerlangannya diatasi oleh Dr. Jarjit Singh dan diketepikan begitu sahaja. Dr. Sally mengurung Sarjan Upin dan Ipin dalam sangkar sambil menghidupkan mechanya yang dijana kuasa oleh peranti yang dicurinya.

>>> Demi Metromillenium (bahagian 6)<<<Sarjan Upin dan Ipin berjaya melepaskan diri daripada kurungan masing-masing, tetapi Dr. Sally sudah pun mengganas di kota dengan mecha gergasi yang dipandunya. Mereka berdua bertungkus lumus untuk mematahkan serangan jentera Dr. Sally sehingga berjaya ... sebelum Kak Ros memanggil mereka balik ke rumah.

.:Upin Ipin Dan Kawan-Kawan MUSIM 5:. 

>>> "Belajar Lagi..?" (bahagian 1)<<<
>>> "Belajar Lagi..?" (bahagian 2)<<<>>> "Belajar Lagi..?" (bahagian 3)<<<
Setelah diingatkan oleh iklan TV, Upin & Ipin membuat persiapan untuk tahun persekolahan baru dengan memastikan sama ada pakaian dan peralatan mereka masih elok. Mereka meminta Kak Ros supaya seluar koyak dan kasut buruk mereka diganti, tetapi Kak Ros menjahit seluar itu dan menyuruh adik-adiknya memutihkan kasut.
Pada hari keesokannya, Upin, Ipin dan kawan-kawan dikejutkan dengan bilik darjah yang baru diubah suai serba baru, dilengkapi tiga buah meja bulat besar yang boleh muat empat orang. Ini menyebabkan ramai murid yang merebut-rebut tempat duduk, sehingga Cikgu Jasmin terpaksa menentukan kedudukan mereka secara muktamad sebelum dia boleh menyampaikan taklimat tahun persekolahan baru dan mengedarkan buku-buku baru.
Hari pertama persekolahan kelas Cikgu Jasmin diserikan dengan permainan "teka siapa saya", yang mana para pelajar bermain secara berkumpulan dan cuba meneka apa yang diajuk oleh ahli kumpulan lain. Akhirnya, pada malam selepas pulang dari hari pertama, ketika Upin dan Ipin tengah membuat kerja rumah, Kak Ros meminta supaya buku-buku baru mereka dibalut supaya tidak rosak.

>>> Episod: Terbang Tinggi-tinggi <<<
Bahagian 1 - 3
pass~koleksimelayuterbaik

Sinopsis - Bahagian 1

Tok Dalang sedang menghiris buluh di halaman rumahnya, apabila dia tiba-tiba dikejutkan olehUpin dan Ipin sampai terpatah sehiris buluh yang dipegangnya. Mujurlah hirisan buluhnya masih banyak lagi. Apabila ditanya mengapa dia menghiris buluh, Tok Dalang menjelaskan bahawa itu adalah untuk membuat rangka layang-layang; kainnya juga disediakan. Kawan-kawan Upin dan Ipin pun datang ke rumah Tok Dalang kerana lama menunggu mereka berdua. Mereka semua tertarik oleh perbuatan Tok Dalang itu lalu merayu supaya diberi layang-layang. Walaupun berasa payah melayan kerenah mereka, namun Tok Dalang tetap mengajak mereka membuat layang-layang.
Kebanyakan layang-layang yang dibuatnya berbentuk daiman, tapi Upin terjumpa satu rangka layang-layang yang berbentuk lain. Tok Dalang menerangkan bahawa itulah bentuk wau. Ramai antara mereka melenguh kerana tidak dapat mengikuti arahan Tok Dalang membuat layang-layang lalu meminta orang tua supaya mengulanginya. Akan tetapi, Mei Mei cepat mempelajari apa yang diajar dan dapat menunjukkan layang-layangnya yang siap dengan lukisan sekali, lalu menyerahkan layang-layangnya kepada Tok Dalang untuk menunjukkan cara mengikat benang pemegang. Mail pula rajin-rajin membuat banyak layang-layang untuk dijual nanti, sampai menghabiskan semua buluh Tok Dalang.
Selepas mereka semua sudah siap membuat layang-layang (kecuali Mail yang asyik membuat banyak), mereka hendak mula bermain layang-layang di hadapan rumah Tok Dalang. Mujurlah Tok Dalang menyuruh mereka supaya pergi ke tempat lapang kerana kawasan perumahan banyak terpasang dawai elektrik; jika tersangkut, pemainnya boleh direnjat. Maka mereka semua pergi ke tempat lapang dan cuba melayangkan layang-layang mereka, tetapi itupun tidak berjaya kerana angin tiada. Hanya Mei Mei yang berjaya melayangkan layang-layangnya tetapi tidak kekal lama.

Sinopsis - Bahagian 2

Akhirnya, angin yang cukup sudah datang, barulah Upin dan Ipin dan kawan-kawan seronok menerbangkan layang-layang mereka tinggi-tinggi. Akan tetapi, mereka dikejutkan oleh layang-layang gergasi berbentuk paha ayam goreng milik Ipin yang mengalih perhatian penunggang basikal yang tidak dekat dengan tempat bermain mereka sehingga dia terbabas. Fizi mengambil kesempatan untuk beradu dengan Ehsan untuk melihat siapa yang boleh menerbangkan layang-layangnya lebih tinggi. Ehsan terleka berlumba dengan Fizi sehingga kehabisan benang, menyebabkan layang-layangnya terlepas ke angkasa dan boleh disambut balik lagi.
Tiba-tiba, seekor burung biru terlanggar layang-layang Fizi sehingga menyebabkan kedua-duanya jatuh ke tanah. Bukan sahaja layang-layang itu dah koyak, malah burung itu cedera dan tidak sedarkan diri. Upin, Ipin dan kawan-kawan berhenti bermain untuk membawa burung itu kepada Tok Dalang, dengan menyangka burung itu sudah mati. Apabila ditunjukkan burung itu, Tok Dalang yang berasa keletihan itu mengejutkan mereka dengan menyimpan burung itu dalam kopiahnya. Setelah diingatkan, barulah Tok Dalang sedar dan cuba membangunkan burung itu. Mujurlah burung itu masih hidup, maka Tok Dalang membawanya ke dalam rumah untuk dirawat, sambil menceritakan kepada kanak-kanak tentang amalan lama yang menakutkan tentang mematahkan kaki burung demi minyak batin yang tidak berperikemanusiaan.
Pada keesokan harinya, kanak-kanak berkumpul lagi untuk menunggu Tok Dalang menyiapkan layang-layang baru Ehsan dan Fizi. Burung itu berkicauan dalam sangkar sambil menunggu dirinya sembuh; apabila ditanya mengapa, Tok Dalang menerangkan bahawa burung itu sedang kelaparan.

Sinopsis - Bahagian 3

Tidak lama kemudian, Upin dan Ipin tiba di rumah Tok Dalang, lalu terlihat wau baru yang dibuat oleh orang tua itu. Mereka juga teringat akan burung yang cedera semalaman itu dalam sangkar, tetapi sangkar itu digantung terlalu tinggi hingga tidak boleh dilihat oleh mereka. Upin menyuruh Ipin mengalihkan bangku dalam rumah itu dekat dengan sangkar, tetapi Ipin masih tidak tercapai kelibat burung itu, lalu terjatuh dari bangku dan mematahkan wau Tok Dalang secara tidak sengaja. Tok Dalang dikejutkan oleh kekecohan Upin dan Ipin, lalu dikejutkan oleh kerosakan waunya, lalu meraung kesedihan hingga inginkan cucu baru.
Terkejut oleh kata-kata Tok Dalang, Upin dan Ipin cepat meminta maaf dan berjanji supaya mereka membuat satu lagi wau baru untuknya. Di tengah-tengah mereka bertungkus-lumus membuat wau baru untuk menceriakan semua ketua kampung itu, tiba-tiba Tok Dalang menghulurkan benang kepada mereka dan terus membantu mereka lagi. Rupa-rupanya dia acah sebentar tadi.
Kampung Durian Runtuh sedang mengadakan sebuah Pertandingan Wau yang menarik orang dalam dan luar. Tok Dalang membawa Upin dan Ipin ke tempat acara untuk membantunya melayangkan wau bulan yang dibuat oleh mereka bertiga bersama. Upin dan Ipin terpesona oleh kepelbagaian wau-wau yang dilayangkan di situ. Tok Dalang memperkenalkan jenis-jenis wau yang terdapat di situ satu demi satu, termasuk memerli "wau pemalas" yang dilayangkan oleh peserta yang berdiri dekat dengan mereka lalu menyebabkannya merajuk!

>>> Episod: Tersentuh Hati <<<

Bahagian 1-3
pass~koleksimelayuterbaik

Sinopsis - Bahagian 1

Upin dan Ipin masuk ke dalam dapur lalu berjumpa dengan Opah yang membawa sekantung kacang hijau, sementara Kak Ros sibuk memasak. Apabila ditanya, Opah menerangkan bahawa kacang hijau itu digunakan untuk membuat kuih putu kacang. Kak Ros menyuruh mereka membawa keluar sesuatu benda yang dilitupi kain di bawah tangga dapur. Sebaik sahaja mereka mengangkat kain itu, mereka dikejutkan oleh seekor katak yang menyorok di dalamnya selama ini, sehingga mereka hampir leka mengejarnya, sebelum sempat disuruh balik oleh Kak Ros.
Setelah disuruh oleh Kak Ros untuk mengangkat barang yang berupa tembikar batu di bawah tangga dapur, Upin dan Ipin cuba menunjuk-nunjukkan kelelakian mereka di depannya dan Opah, tetapi mereka bersusah-payah menyeret benda berat itu ke tepi Opah. Selepas itu, Opah memasang bahagian lain supaya lengkapnya "batu kisar" yang digunakan untuk mengisar kacang hijau menjadi serbuk. Setelah mengisar kacang secukupnya, Opah membenarkan Upin dan Ipin mencuba batu kisar. tetapi kemudian, mereka bermain-main pula dengan serbuk kacang sehingga bertaburan di dapur dan memarahkan Kak Ros. Opah menyuruh mereka pergi mandi pula, tetapi mereka masih berleka dengan semangat bermain dan berlumba-lumba ke bilik air...sehingga Ipin tersepak ambang pintu lalu terjatuh.

Sinopsis - Bahagian 2

Upin merengek dalam bilik tidur, walaupun Ipinlah yang kesakitan, kerana tidak dapat bermain dengan Ipin buat sementara waktu. Kaki kanan Ipin dibalut kerana cedera. Kak Ros membawakan susu panas untuk Ipin. Apabila ditanya mengapa tidak buat untuk Upin sekali, Kak Ros menjawab, Upin tidak sakit. Upin berbuat-buat sakit perut, tetapi Kak Ros tidak terpedaya.
Keesokan hari, Upin pergi ke tadika sendirian, lantas ditanya oleh kawan-kawan mengapa Ipin tidak datang sekali. Setelah memberikan penjelasan, mereka semua berpakat untuk melawat Ipin selepas waktu sekolah.
Sepulangnya di rumah, Upin terpaksa melayan kerenah Ipin yang menyuruh-nyuruh abangnya gara-gara kecederaan kakinya. Akhirnya kawan-kawan mereka datang seperti yang dijanjikan, membawa sekali makanan ringan khas untuk Ipin serta menulis pesanan cepat sembuh di atas balut kaki Ipin. Setelah mereka pergi, Upin sekali lagi melayan kerenah Ipin dan suka mengarah dan juga kedekut (kerana menganggap semua berian kawan-kawan itu untuknya sahaja). Akhirnya Upin tidak tahan lalu berjauhan dari Ipin, menyebabkan Ipin berasa insaf. Apabila mendengar satu lagi permintaan Ipin dengan nada yang kesedihan, Upin pun berpaling dan memapah adiknya keluar untuk melihat Upin bermain dengan kawan-kawan.

Sinopsis - Bahagian 3

Walaupun kaki Ipin belum sembuh, Upin membawa Ipin keluar bersiar-siar dengan basikal. Mereka berjumpa dengan kawan-kawan dekat pondok, lalu bercadang supaya mereka bermain sorok-sorok. Mula-mula, Ipin menjadi pencari, tetapi lambat-laun hilang seronok kerana tidak dapat bergerak cepat, lalu terus menyeru mereka keluar tanpa mencari seorang pun sendiri. Kemudian, Upin pula yang menjadi pencari, tetapi Ipin masih tidak puas kerana tidak sempat mencari tempat yang sesuai untuk menyorok setelah habis hitungan Upin, lantas mudah dijumpai oleh si pencari.
Sementara Upin mencari yang lain-lain, Ipin kebosanan duduk dalam pondok, sehingga dia dijenguk oleh seorang yang agak asing di kampung ini, seorang perempuan berkerusi roda memahami perasaannya lalu bersembang dengan Ipin. Setelah Upin dan yang lain berkumpul semula, mereka hairan melihat orang asing yang berbual dengan Ipin, lantas mendekatinya untuk berkenalan. Untuk menjawab kehairanan mereka yang kakinya tidak kelihatan cedera, pelawat itu menjelaskan bahawa dia terpaksa berkerusi roda kerana tidak boleh berjalan lagi seumur hidup disebabkan kemalangan zaman dahulu. Pelawat itu juga berpesan supaya menghargai pemberian Tuhan (kebolehan berjalan kaki) dan jangan mensia-siakannya dengan mencederakan diri.
>> Episod : Ikhlas dari Hati <<<
Bahagian 1-3
pass~koleksimelayuterbaik

Sinopsis Bahagian 1
Ketika tercari-cari kartun kegemaran mereka dalam intisari rancangan dalam akhbar, Upin dan Ipin ternampak huruf-huruf besar pada muka hadapan surat khabar yang memperihalkan kejadian tanah runtuh. Selepas itu, mereka bermain capteh dengan kawan-kawan apabila mereka terlihat kepulan asap yang berpunca dari rumah yang terbakar. Keesokan hari, barulah mereka tahu bahawa yang terbakar sampai ranap itu rumah Ijat!

Sinopsis Bahagian 2
Upin, Ipin dan kawan-kawan melawat Ijat di rumah bapa saudaranya untuk bertumpang simpati. Pada waktu sekolah yang tidak dihadiri oleh Ijat yang meratapi kehilangan tempat tinggal, datangnya seorang tetamu istimewa bernama To' Wan yang berucap kepada murid-murid betapa bernilainya wang walau syiling 10 sen pun kepada orang yang memerlukan.

Sinopsis bahagian 3
Ihsan ilham daripada ucapan To' Wan itu, Upin dan Ipin bercadang untuk mengadakan kutipan amal untuk Ijat sekeluarga. Dalam usaha murni itu mereka tidak gentar berdepan dengan warga yang tidak prihatin mahupun cuaca yang tidak mengizinkan, tetapi itupun sampai mengabaikan kesihatan diri. Setelah mereka berdua jatuh sakit, kawan-kawan mereka dan Kak Ros juga menyambung usaha mereka. Pada hari Ijat kembali bersekolah, dia dikejutkan dengan hadiah dan dermaan ikhlas daripada semua rakan-rakan sekelasnya.

>>> Episod: Kuih Untuk Opah <<<

Bahagian 1-3
pass~koleksimelayuterbaik
>>> Sinopsis Bahagian 1 <<<
Aidilfitri bakal menjelang, Kak Ros meminta Upin dan Ipin untuk membeli ramuan untuk dibuat kuih-muih sempena Hari Raya. Akan tetapi, perhatian adik-beradik kembar itu dialih oleh keasyikan mereka untuk bermain (mujurlah duit untuk membeli barang lupa diserahkan), dan kereta baru Salleh.
>>> Sinopsis Bahagian 2 <<<
Atas desakan Upin, Ipin dan kawan-kawan, Salleh membawa mereka ke berjalan-jalan dalam kereta barunya ke sebuah pekan di mana si kecil itu menyaksikan beraneka tempat dan benda yang tidak pernah dilihat oleh mereka di kampung. Akan tetapi, gelagat si kecil kadang-kadang membuat Salleh hilang tumpuan sehingga nyaris kemalangan.
>>> Sinopsis Bahagian 3 <<<
Upin dan Ipin tidak lupa untuk membeli ramuan kuih-muih yang dipesan oleh Kak Ros. Di kedai runcit, Mail menolong mereka untuk mencari barang-barang yang perlu dibeli itu, termasuk mencapai rak yang terlalu tinggi. Setelah membelinya, mereka dan Kak Ros bersama-sama membuat kuih-muih itu.

>>> Episod : Rindu Opah <<<
>>> Mediafire <<<
Bahagian 1-3
pass~koleksimelayuterbaik

>>> Sinopsis Bahagian 1 <<<
Upin dan Ipin membawa kuih raya yang dibuat semalam untuk dijual kepada kawan-kawan di tadika. Pada petang nanti, mereka terkejut apabila melihat Opah berkemas untuk pergi berumrah di Mekah lalu berasa sedih kerana akan beraya tanpa Opah di samping mereka.

>>> Sinopsis Bahagian 2 <<<
Dalam kerinduan mereka kepada Opah yang hanya pergi sementara, Upin dan Ipin diajak oleh Ehsan untuk berbuka puasa di surau. Pada waktu petang, Upin dan Ipin tidak sabar bergegas ke perkarangan surau untuk menolong menyiapkan hidangan dan hiasan sempena kenduri buka puasa.

>>> Sinopsis Bahagian 3 <<<

Hari Raya sudah tiba, dan kemuraman Upin dan Ipin terubat oleh majlis hari raya di rumah Ehsan, diikuti oleh satu malam bermain bunga api di depan rumah mereka sendiri bersama kawan-kawan, yang diserikan dengan satu kejutan istimewa, iaitu kemunculan Opah di kaca TV secara langsung dari Mekah untuk menyampaikan salam Aidilfitri kepada cucu-cucunya di rumah.

>>> Episod: Sakit ke? <<<

>>>Mediafire <<<
>>> Bahagian 1-3 <<<
>>> Sinopsis Bahagian 1 <<<
Upin, Ipin dan kawan-kawan gemuruh apabila mendapat tahu bahawa kempen bersunat akan diadakan. Mereka pergi berjumpa dengan Mail untuk mendengar kisah dia bersunat, tetapi Mail mengambil kesempatan untuk menakut-nakutkan mereka.

>>> Sinopsis Bahagian 2 <<<
Pada keesokan hari, Tok Dalang membawa Upin dan Ipin pergi ke surau untuk bersunat. Untuk melegakan rasa takut mereka, Tok Dalang menceritakan betapa seronoknya upacara bersunat pada zaman dahulu. Setibanya di surau, Upin dan Ipin sudah hilang ketakutan akan bersunat apabila berjumpa dengan kawan-kawan mereka.

>>> Sinopsis Bahagian 3 <<<
Mula-mula, Ijat melangkah masuk ke dalam bilik sunat, tetapi tiba-tiba berlari keluar dalam ketakutan, membuat budak-budak lain makin gemuruh. Seterusnya giliran Upin, tetapi pengalamannya dalam bilik sunat itu nyata tidak menyakitkan apabila dia bersembang dengan doktor sampai tidak perasan dirinya disunat.

>>> Episod:- Garang ke Sayang? <<<
Mediafire 1-3
pass~koleksimelayuterbaik
>>> Sinopsis Bahagian 1 <<<
Upin dan Ipin mengabaikan kasut sekolah mereka yang kotor untuk berseronok di kebun Tok Dalang. Di sana, mereka belajar bahawa pokok pisang hanya berbuah sekali dan perlu ditebang selepas berbuah. Sekembali mereka, mereka sudah tidak sempat mencuci kasut untuk sekolah esok kerana hari hujan menyukarkan kasut kering dengan cepat.

>>> Sinopsis Bahagian 2 <<<
Bilik darjah Upin dan Ipin menyambut kedatangan Guru Besar yang garang sebagai guru ganti Cikgu Jasmin. Guru Besar ini amat tegas dalam hal disiplin dan tidak teragak-agak untuk memarahi dan menghukum sesiapa yang tidak kemas atau tidak bersedia. Hampir semua murid dimarahinya kerana tidak membawa buku yang sepatutnya, membawa mainan, berkasut kotor dan berkuku panjang (kesalahan Upin dan Ipin) dan sebagainya.

>>> Sinopsis Bahagian 3 <<<
Upin dan Ipin tergamam mengenang detik dimarahi Guru Besar. Kak Ros dan Opah sekali lagi berpesan supaya mereka mencuci kasut mereka. Walaupun hari hujan lagi, mereka tetap bersihkan kasut, asalkan bersih untuk hari esok. Opah menjemput cucu-cucunya untuk memotong kuku sambil menceritkan kisah hidup Opah sewaktu berdepan dengan guru yang garang-garang belaka di bangku sekolah.


>>> Episod:- Sedia.... Mula!<<<
Mediafire 1-3
>>> Sinopsis Bahagian 1 <<<
Upin, Ipin dan kawan-kawan menyertai latihan pendidikan jasmani yang diadakan olLinkeh Cikgu Jasmin. Sesi pendidikan jasmani ini bermula dengan senaman, diikuti dengan bermain dengan alat-alat sukan. Ijat kurang berminat dengan senaman, tetapi beria-ria sangat untuk bermain. Ketika bermain tali loncat, kaki Ijat terseliuh lalu menyebabkan seluruh kelas menjadi kecoh di tengah padang.

>>> Sinopsis Bahagian 2 <<<
Di akhir waktu bersukan, Cikgu Jasmin mengumumkan bahawa Tadika Mesra akan menganjurkan pertandingan Sukaneka antara kelas dan berpesan supaya cukup berlatih. Di rumah, Upin dan Ipin mencari gelang-gelang getah untuk bermain sebagai "sukan" bersama kawan-kawan pada waktu bermain petang.

>>> Sinopsis Bahagian 3 <<<
Hari Sukaneka sudah tiba. Murid-murid Tadika Mesra dibahagikan kepada empat pasukan mengikut bilik darjah masing-masing, iaitu Aman (kelas Upin dan Ipin), Bahagia, Ceria dan Damai. Kelas Aman bersaing sengit dengan kelas-kelas lain dalam tujuh acara sukaneka yang beraneka ragam, sehinggalah kejuaraan keseluruhan ditentukan oleh seekor ulat.


>>> Episod:- Gelapnya... <<<
Mediafire 1-3
pass~ koleksimelayuterbaik

>>> Sinopsis Bahagian 1 <<<
Rumah tangga Upin dan Ipin dikejutkan oleh bil elektrik yang mahal sampai membuat Opah rebah. Kak Ros gusar dengan sikap Upin dan Ipin yang cenderung membuat tindakan yang membazir elektrik tanpa sedar.

>>> Sinopsis Bahagian 2 <<<
Di tengah-tengah masa Upin dan Ipin membuat kerja rumah, tiba-tiba bekalan elektrik terputus sampai semua rumah kampung gelap-gelita. Mujurlah Kak Ros membuka lilin supaya mereka boleh menyiapkan kerja rumah. Sebelum tidur, mereka mencari keseronokan dengan membuat wayang bayang-bayang dengan cahaya dari lilin.

>>> Sinopsis Bahagian 3 <<<
Keesokan hari di tadika, Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka berkongsi pengalaman sewaktu bekalan elektrik terputus. Ada yang tidak dapat menyiapkan kerja rumah, maka cikgu berpesan supaya mereke menyiapkan kerja rumah awal-awal sebelum bermain.

>>> Episod:- Jari Jemari Salleh <<<
Mediafire 1-3
pass~ koleksimelayuterbaik

>>> Sinopsis Bahagian 1 <<<
Kak Ros menyuruh Upin dan Ipin membawa barang kepada Salleh. Upin dan Ipin tertarik apabila mendapati bahawa Salleh sedang menjalankan perniagaan hantaran perkahwinan secara Internet.

>>> Sinopsis Bahagian 2 <<<
Atas desakan Upin dan Ipin, Salleh membawa mereka ke sebuah pusat beli-belah di pekan untuk menghantar hantaran-hantaran kepada para pelanggan.

>>> Sinopsis Bahagian 3 <<<
Pada hari kemudian, Upin dan Ipin serta Susanti menolong Abang Salleh dengan kerja menyiapkan barang-barang hantaran.


>>>Episod:- Cerita Kami<<<
Mediafire 1-3
pass~ koleksimelayuterbaik

"Sinopsis Cerita Kami (bahagian 1)" 
Upin, Ipin dan kawan-kawan leka bermain ular dan tangga sehingga mereka disuruh oleh Ehsan untuk menyiapkan latihan matematik sementara para guru bermesyuarat. Apabila Cikgu Jasmin datang, dia menyampaikan satu kejutan khas buat murid-muridnya.

"Sinopsis Cerita Kami (bahagian 2)" 
Murid-murid dikehendaki mengadakan persembahan "Kisah Gembala dan Serigala" di depan ibu bapa mereka sempena akhir tahun persekolahan. Yang mengejutkan, Ijat diberi watak pencerita, sementara Mei Mei tidak berpuas hati kerana mendapat watak biri-biri. Selepas waktu sekolah, mereka cuba membuat persiapan sendiri, tetapi Abang Salleh datang untuk menolong mereka semua dengan menempah busana yang cantik-cantik serta memperhalusi kemahiran Ijat bercakap. Mei Mei pun menerima watak biri-biri setelah dirangsang oleh kawan-kawannya.

"Sinopsis Cerita Kami (bahagian 3)" 
Pementasan Tadika Mesra dibintangi oleh Jarjit Singh sebagai gembala yang suka membuat panggilan palsu yang menyusahkan penduduk kampung, sehingga akhirnya dia menerima padahnya apabila Mail si serigala mengganas biri-birinya. Persembahan berakhir dengan nasihat Upin dan Ipin kepada penonton supaya jangan suka memperdaya.


>>>Episod:- Metrobot, Bergabung! <<<
Mediafire 1-3
pass~ koleksimelayuterbaik

Metrobot, Bergabung! (bhg 1)
Ehsan menjemput Upin, Ipin, Fizi dan Jarjit ke pusat Internet yang baru dibuka di kampung untuk menonton video Sarjan Husin di Internet. Sambil menonton, Upin dan Ipin membayangkan diri mereka di tempat wira kegemaran mereka itu yang bertarung dengan gerombolan robot berbentuk telur.

Metrobot, Bergabung! (bhg 2)
Data robot telur dihantar ke makmal polis dan didapati intinya ada persamaan dengan robot yang dibina oleh Dr. Sally. Oleh itu Sarjan Upin dan Ipin pergi ke penjara untuk memisit penjahat itu tentang kejadian robot telur.

Metrobot, Bergabung! (bhg 3) 
Setelah mendengar penjelasan Dr. Sally bahawa dia bukan pembuat robot telur, Sarjan Upin dan Ipin dipanggil untuk meleraikan satu lagi keganasan robot telur di bandar, tanpa menyedari bahawa dalang di sebalik robot itu berada di tengah-tengah huru-hara tersebut. Lebih rumit lagi, Dr. Sally telah pun terlepas dari penjara!

Metrobot, Bergabung! (bhg 4)
Sarjan Upin dan Ipin bergegas ke penjara untuk menyiasat bagaimana Dr. Sally terlepas dari penjara. Mengikut telahan Ipin, Dr. Sally dibantu oleh robot-robot ciptaannya. Setelah dibawa pulang ke markas, dia disambut oleh anak didiknya, iaitu Lisa yang sama berbakat dengannya.

Metrobot, Bergabung! (bhg 5)
Ipin mengimbau rakaman serangan dari cermin mata canggihnya untuk mencari seorang kanak-kanak perempuan yang mencurigakan. Setelah mengetahui bahawa gadis itu ialah anak didik Dr. Sally, Sarjan Upin dan Ipin dikejutkan oleh pengumuman daripada Dr. Sally kepada seluruh kota akan ancaman yang mendatang. Maka mereka bersama kawan-kawan bertindak dengan kenderaan serba baru.

Metrobot, Bergabung! (bhg 6)
Dr. Sally akhirnya muncul dengan robot gergasi barunya, maka Sarjan Upin & Ipin dan kawan-kawannya menggabungkan jentera-jentera mereka menjadi Metrobot untuk menumpaskan musuh mereka, sehingga telinga mereka dipulas oleh Kak Ros yang geram kerana terlepas waktu maghrib. Di meja makan, Opah dan Kak Ros menegur Upin dan Ipin supaya menggunakan Internet dengan baik dan tidak asyik bermain dan berseronok dengan teknologi tersebut.


Episod: 
>>>Marathon ~ bahagian 1<<<
>>>Marathon ~ bahagian 2<<<
>>>Marathon ~ bahagian 3<<<
>>>Marathon ~ bahagian 4<<<

Happy Feet Two - 2011 (DVDRip Mediafire)

Posted: 27 Jan 2012 01:10 AM PST

Happy Feet Two (2011) DVDRip 450MB

[TITLE]…………………….[ Happy Feet Two
[DIRECTOR]………………….[ George Miller
[RELEASE DATE]………………[ 18 November 2011 (USA)
[FORMAT]:…………………..[ Matroska (MKV)
[GENRE]:……………………[ Animation | Comedy | Family
[NO OF CDs]…………………[ 1
[FILE SIZE]:………………..[ 450 MB
[RESOLUTION]:……………….[ 848 x 352
[LANGUAGE]:…………………[ English
[SUBTITLES]:………………..[ None
[ORIGINAL RUNTIME]:………….[ 01:40:24
[SOURCE]:…………………..[ DVDR.DVDScr
[iMDB RATING]:………………[ 5.9


..::Part 1::..
..::Part 2::..
..::Part 3::..

Password

MediafireHBO.COM

The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1 (2011) (BRRip Mediafire)

Posted: 27 Jan 2012 01:01 AM PST

The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1 (2011) BRRip 750MB

Genre…………………..: Adventure | Drama | Fantasy
Stars…………………..: Kristen Stewart, Robert Pattinson and Taylor Lautner
Format………………….: MKV
Duration………………..: 1h 57mn
Video…………………..: 1280 * 536 @ 23.976 fps
Audio…………………..: AC3
Source………………….: 720p.soarks
Encoder…………………: scOrp

Lagu Terbaru Ariel 'Dara' Masuk Chart 5 Besar di Radio

Posted: 26 Jan 2012 09:15 PM PST



Setelah mengeluarkan video klip dari lagu berjudul Dara pada 10 Januari 2012 lalu, Ariel kini sedang berjaya dan disambut baik oleh para peminatnya. Terbukti single terbarunya tersebut masuk dalam 5 carta besar di sejumlah radio.

"Dilempar ke radio serentak di seluruh daerah Indonesia tarikh 10 Januari lalu. Kalau proses recording sudah lama, kerana ada prosedur yang harus kita ikuti dari Lapas dan Kanwil, dan itu sahaja sudah memakan cukup masa yang lama," ujar pengurus Ariel, Budi Soeratman. "Boleh dikatakan naik peringkatnya sampai saat ini, mungkin cukup bagus lah," tambahnya usai Press Conference PROmild Present: You Me at Six - Indonesia Tour 2012 di Bloeming Cafe, FX Senayan, Jakarta, Khamis (26/1/2012)

VIDEO KLIP Lagu Dara

Budi juga mengatakan jika selama Ariel di penjara akibat terjerat kes video porno itu, banyak mencipta lagu, tetapi kerana persoalan masa dan keadaannya yang masih mendekam di penjara Ariel menyelesaikan satu single. Single-single lain akan diproduksinya kembali saat nanti ia telah bebas dari penjara.

"Sebenarnya ada lumayan banyak, cuma kerana masa di dalam Rutan itu cuma punya waktu luang 5 jam sehari, jadi memang satu saja dulu," pungkasnya. -infospesial-

Peti Simpanan Gimnasium Sha`arin Dirompak

Posted: 26 Jan 2012 08:46 PM PST



Ada kalanya tak faham,bagaimana ada manusia yang sangat licik melakukan perbuatan terkutuk seperti mencuri atau memukul, walaupun di dalam situasi yang mana adanya ramai orang di sekeliling mereka.

Lebih menjadikan  hairan lagi, apabila ada individu yang sanggup mengambil kesempatan di tempat-tempat yang langsung tidak dijangka dan kesannya telah menyebabkan orang lain menanggung kesusahan.

Pengalaman yang agak mengejutkan telah terjadi kepada suami pelakon cantik molek, Yasmin Hani iaitu Sha'arin baru-baru ini, apabila locker atau peti simpanan barang miliknya di salah sebuah gimnasium terkemuka di ibu negara telah digeledah oleh individu tidak dikenali.

Apa yang ingin ketengahkan di sini, bukanlah sekadar menyatakan perasaan simpati dengan nasib yang dialami Sha'arin, tetapi kecuaian pihak gimnasium dalam menjaga keselamatan serta kebajikan penggunanya.

Kalau tak silap , kejadian mencuri atau memecah peti simpanan orang lain di dalam gimnasium bukanlah perkara baru dan kerana itu jugalah ianya tetap terjadi walau 'mungkin' penguat kuasaan telah dibuat.

Kurang faham, bagaimana kejadian curi di dalam gimnasium yang memiliki ramai pengunjung dan juga kakitangan tetap terjadi? Apatah lagi setiap peti simpanan yang berisi telahpun dinasihatkan dikunci dengan kunci pemilik masing-masing?

Di mana agaknya peranan sebenar pihak pengurusan gimnasium? Adakah mereka hanya bergoyang kaki atau menganggap kejadian curi ini sebagai sambil lewa saja?

Begitu jugalah situasi yang terjadi oleh Sha'arin apabila dia telah kehilangan dompet dan juga jam tangan istimewa pemberian Yasmin Hani. Khabarnya, jam tangan itu adalah hadiah hantaran sempena persandingan mereka tahun lalu.

Bagaimanapun daripada informasi yang dapat tahu, Sha'arin telahpun melaporkan kejadian itu kepada pihak polis agar tindakan selanjutnya dibuat.

Khabarnya juga, Yasmin yang turut berada di tempat kejadian kelihatan cukup tenang menangani situasi berkenaan kerana mereka sama sekali tidak menyangka dalam mereka sedang asyik bersenam, ada orang yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Apapun, nasihat kepada pengunjung gymnasium supaya bersikap hati-hati dan pilihlah kunci yang berkualiti tinggi, teguh dan uph, supaya pencuri licik di setiap bilik locker ibu negara tidak akan dapat menjalani aktiviti hina mereka dengan jayanya.

Mungkin juga boleh berkongsi petua di sini, agar mengelakan daripada menggunakan locker yang sama setiap kali ke gimnasium bagi mengelakan si pencuri sedar.

Malah elakan juga daripada menyimpan barangan beharga serta wang ringgit yang banyak di dalam peti simpanan berkenaan. -murai batu-

Ana Raffali Nikah Pada 25 Februari 2012?

Posted: 26 Jan 2012 08:37 PM PST



Penyanyi Ana Raffali dilaporkan akan bernikah dengan pengurus peribadinya yang dijadualkan pada 25 Februari depan.

mStar Online difahamkan, majlis akad nikah Ana atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, dengan pemuda yang dikenali sebagai Naim itu akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi.

Ana yang dihubungi mStar Online bagaimanapun enggan mengesahkan tarikh tersebut sebaliknya memberitahu akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara berkenaan selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang akan berlangsung Ahad ini.

"Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu, saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Bagi saya, biarlah semuanya selesai, barulah saya akan umumkan kepada semua.

"Apa–apa pun, saya mohon semua pihak bersabar dan tidak tersalah anggap dengan keputusan saya ini. Tunggu sehingga saya adakan sidang media perkahwinan dalam masa terdekat ini," katanya.

Kecil hati

Sementara itu Ana menyifatkan tuduhan kononnya dia mahu menyembunyikan majlis pernikahannya seperti yang dilaporkan adalah sesuatu yang tidak adil buat dirinya dan keluarga.

Dia mengakui berkecil hati dengan dakwaan tersebut, berkata pihaknya memang sudah merancang untuk mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan berita gembira itu.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sebaliknya apabila berita perkahwinan itu sudah tersebar dalam ruangan gosip sehingga disalah ertikan oleh segelintir pihak.

"Dakwaan (sembunyi perkahwinan) ini adalah tidak adil buat saya dan keluarga. Sudah tentu saya sebagai artis akan berkongsi berita baik ini apabila tiba waktu yang sesuai untuk saya umumkan.

"Masalahnya, saya sedang sibuk membuat persiapan untuk AJL26 pada Ahad ini. Saya dan keluarga sudah rancang untuk buat pengumuman perkahwinan selepas AJL selesai.

"Tidak sangka pula, berita itu sudah tersebar tanpa mendapatkan sebarang penjelasan atau pengesahan daripada saya terlebih dahulu," katanya.

Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku ini, berkata kesan daripada dakwaan itu memberikan gambaran yang tidak manis kepada dia sekeluarga.

"Apabila timbul cerita saya tidak jemput media dan rahsiakan perkahwinan, ia memberikan impak yang tidak baik kepada kami sekeluarga.

"Sampai hati pihak yang menyebarkan dakwaan itu. Ia seolah-olah menggambarkan yang kami tiada adab dan teruk sangat sehingga menyembunyikan berita baik ini daripada masyarakat," katanya.

Dalam pada itu, Ana kini sibuk membuat persiapan terakhir bagi lagu Kalau Berpacaran nyanyiannya bersama Sohaimi Mior Hassan dan Altimet yang akan bertanding dalam AJL26, malam Ahad ini. -mstar-

Putri Mardiana Tangguh Bertunang Bukan Kerana Hubungan Retak

Posted: 26 Jan 2012 08:35 PM PST



Pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin atau Nina, berkata pembatalan majlis pertunangannya dengan Mohd Hasnul Amril (Anol) yang sepatutnya pada Disember tahun lalu bukan berpunca daripada keretakan hubungan mereka.

Sebaliknya, aktres berusia 31 tahun ini berkata keputusan itu diambil selepas ahli keluarga kedua belah pihak memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan tanpa majlis bertunang.

"Selepas berbincang dengan keluarga, kami batalkan perancangan untuk bertunang pada Disember tahun lalu sebaliknya memilih untuk terus kahwin pada tahun ini bagi mengelakkan pembaziran.

"Tempoh di antara tarikh bertunang yang dirancang dan majlis perkahwinan kami pun mungkin tidak jauh mengapa tidak kami batalkan saja pertunangan dan terus berkahwin," jelasnya kepada mStar Online.

Nina menambah, mereka tetap akan berkahwin pada tahun ini namun masih belum dapat mengesahkan tarikhnya kerana sedang melaksanakan beberapa persiapan untuk majlis itu.

"Anol sudah tetapkan yang dia akan mengahwini saya pada tahun ini juga cuma kami belum boleh umumkan sebarang tarikh.

"Pada peringkat ini, kami sibuk dengan kerja masing-masing dan persiapan perkahwinan sedikit demi sedikit. Insya-Allah kami juga akan menjalani ujian HIV tidak lama lagi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nina mengakui perjalanan kariernya semakin baik dan stabil sejak bergerak sendiri tanpa pengurusan di bawah MIG Talents.

"Alhamdulillah, tawaran lakonan tidak pernah putus. Walaupun ada pihak yang meragui saya kononnya tidak boleh berdikari selepas keluar daripada pengurusan MIG, tanggapan itu adalah salah.

"Saya akui perlu bekerja keras dan ringan mulut dengan para penerbit dan orang industri. Keadaan itu sebenarnya mematangkan dan membuatkan saya lebih kuat daripada sebelum ini," katanya.-mstar-

Faezah Elai Tolak Aksi Ranjang, Berkemban

Posted: 26 Jan 2012 08:29 PM PST



Aktres Faezah Elai,30, tidak akan menerima mana-mana tawaran berlakon sekiranya watak yang diberi berkehendakkan dia melakukan aksi ranjang ataupun berkemban.

Faezah berkata, suaminya yang juga pengarah drama Heykal Hanafiah,39, melarang dia berbuat demikian atas kedudukannya sebagai wanita yang sudah berumah tangga.

"Suami saya ada bagi nasihat yang dia tidak mahu saya memegang mana-mana watak yang agak melampau seperti berkemban ataupun aksi-aksi di atas katil.

"Katanya, sebagai wanita yang sudah berkahwin, watak seperti itu tidak sesuai. Takut nanti saudara mara dan sesiapa sahaja akan memberi persepsi negatif," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Menurut Faezah, selain menghormati permintaan suami, hatinya sendiri tidak pernah terbuka untuk melakonkan watak itu kerana memahami kedudukannya yang sudah berumah tangga.

Sebelum ini pun jelasnya, dia tidak pernah menerima watak-watak sedemikian dan memilih untuk mengekalkan prinsip tersebut selepas berkahwin.

"Kalau nak ikutkan, sejak dulu pun saya tak pernah ambil watak yang melampaui batas. Apatah lagi selepas menjadi isteri orang.

"Saya tak nafikan suami saya akan menilai skrip terlebih dahulu sebelum membenarkan saya menerima mana-mana tawaran agar watak yang diberikan itu bersesuaian dengan status saya," ujarnya.

Ditanya mengenai cahaya mata selepas kira-kira empat bulan mendirikan rumah tangga, Faezah berkata buat masa ini mereka belum dikurniakan rezeki walaupun sudah beberapa kali mendapatkan nasihat daripada doktor.

Bagaimanapun perkara itu tidak memberi apa-apa tekanan kepadanya kerana dia percaya terhadap rezeki daripada Allah.

"Saya tahu, orang yang berkahwin memang memerlukan anak. Tapi kalau masih belum ada, ia bukan masalah sangat. Kita tunggulah dalam masa setahun ni. Kalau tak ada rezeki juga, mungkin saya akan dapatkan rawatan dengan lebih serius," jelasnya

Mengenai aktiviti selepas kahwin, Faezah banyak menerima tawaran berlakon termasuklah untuk telefilem terbaru berjudul "Bukan Hanya Sedetik" terbitan Global Station Sdn Bhd dengan memegang watak utama.

Dalam drama itu dia bergandingan bersama Aqasha dalam sebuah kisah kekeluargaan.

Sementara itu jelas Faezah, dia mulai risau dengan berat badannya yang bertambah sebanyak lima kilogram berbanding 45 kilogram sebelum ini.

Atas sebab itu dia berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan hanya mengambil nasi sekali sehari.

"Saya risau badan saya naik. Bukannya apa, di televisyen, nanti kita akan nampak besar. Sebab itulah saya kena pastikan badan saya normal macam dulu," katanya. -mstar-

Wanita Seperti Ibu Jadi Pilihan Leonardo Dicaprio

Posted: 26 Jan 2012 08:23 PM PST



LONDON: Aktor Leonardo DiCaprio berkata wanita yang paling ideal untuk menjadi pasangan hidupnya adalah seorang yang sempurna dalam segenap aspek seperti ibunya.

Pelakon filem J. Edgar yang sedang menjalinkan hubungan dengan model Erin Heatherton ini mengakui dia sering membandingkan semua kekasihnya dengan ibunya sendiri, Irmelin.

"Ibu saya adalah pusat kepada kehidupan saya. Saya mencari seorang wanita yang kuat, tabah dan jujur seperti ibu.

"Ciri-ciri itu yang harus ada pada pasangan hidup saya kelak," katanya seperti dipetik laman web contactmusic.com.

Sebelum ini, DiCaprio pernah bercinta dengan model Gisele Bundchen and Bar Refaeli. - IANS

Demi Moore Masuk Hospital Kerana Tekanan Emosi

Posted: 26 Jan 2012 08:20 PM PST



LOS ANGELES: Aktres Demi Moore telah dimasukkan ke hospital kerana tekanan emosi, keletihan dan beberapa masalah kesihatan.

Laman web tmz.com melaporkan aktres berusia 49 tahun ini dimasukkan ke hospital pada Isnin lalu selepas paramedik menerima panggilan daripada kediamannya.

Difahamkan, aktres itu sedang menjalani rawatan susulan profesional.

Alasan sebenar yang menyebabkan Moore dibawa ke hospital masih tidak diketahui.

Bagaimanapun wakilnya dalam satu kenyataan berkata: "Demi memutuskan untuk menerima rawatan dan bantuan secara profesional bagi mengatasi masalah tekanan yang dihadapinya.

"Dia terlalu keletihan dan sedang berusaha untuk memperbaiki tahap kesihatannya. Dia tidak sabar untuk kembali sihat dan bersyukur di atas sokongan keluarga dan rakan-rakan."

Aktres itu berhadapan dengan tekanan dan konflik selepas bercerai dengan suaminya yang juga pelakon, Ashton Kutcher pada hujung tahun lalu selepas enam tahun berkahwin. -IANS

Kereta Mercedes Vintage John Travolta Ditemui

Posted: 26 Jan 2012 08:17 PM PST



LOS ANGELES: Polis California akhirnya menemui semula kereta Mercedesvintage milik pelakon popular John Travolta yang dilaporkan hilang September lalu dengan tertangkapnya dua orang suspek.

Malangnya kereta itu ditemui semula dalam keadaan 'terburai'.

Mercedes-Benz 280SL yang dikeluarkan pada 1970 itu telah dicuri September tahun lalu selepas pelakon "Grease", "Pulp Fiction" dan"Saturday Night Fever" itu membiarkannya hanya untuk beberapa minit di Jalan Santa Monica, di sini, untuk mengunjungi bilik pameran kereta Jaguar.

Sebahagian aksesori kereta tersebut yang ditemui polis.

Selepas menerima beberapa maklumat daripada orang ramai, polis telah menahan Michael Green, 58, dan D.L. Rayford Jr., 52, yang merupakan ketua sindiket mencuri kereta-kereta mewah.

Mereka kemudiannya menemui kereta milik Travolta bersama-sama tujuh buah kereta curi yang lain.

Jurucakap Travolta, Richard Lewis memberitahu agensi berita AFP, kereta mercedes itu dianggarkan bernilai AS$35,000 atau mungkin lebih kerana ia adalah model vintage. -mstar-

Oscars 2012 Perkenal Sistem Undian Elektronik

Posted: 26 Jan 2012 08:15 PM PST

Anugerah Oscars bakal berlangsung pada 26 Februari depan.

LOS ANGELES: Penganjur Anugerah Academy (Oscars) berkata pada Rabu, mereka akan memperkenalkan sistem undian elektronik bagi memilih para pemenang bermula tahun depan sebagai satu pembaharuan kepada anugerah berprestij itu.

Selaku penganjur, The Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS) berkata pihaknya telah memeterai perjanjian pembelian sistem tersebut daripada sebuah firma yang mempunyai senarai pelanggan termasuklah Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan Kementerian Kehakiman Britain.

"Ini (sistem undian elektronik) adalah salah satu daripada langkah yang akan kami ambil bagi meningkatkan sistem undian yang lebih selamat dan bersesuaian, bermula pada tahun depan.

"Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan rakan niaga yang arif dan mahir dalam pembangunan sistem ini," kata Ketua Pegawai Operasi Academy Ric Robertson.

Pihak Academy yang mengumumkan senarai akhir pencalonan anugerah berkenaan pada Selasa mempunyai hampir 6,000 pengundi yang terdiri daripada penggiat industri filem, berbanding sistem pengundian Golden Globes yang terdiri daripada 80 wartawan asing.

Firma perakaunan PwC masih kekal sebagai badan yang bertanggungjawab menguruskan sistem perkiraan undian anugerah tersebut.

"Firma perakaunan Academy iaitu PwC yang bertanggungjawab dalam menyelia perkiraan setiap undi akan terus kekal sebagai badan yang mengira undian para juri.

"Bermula pada tahun depan, pihak Academy akan menjalankan sistem keselamatan yang lebih rapi dan proses ujian penerimaan pengguna," katanya.

Academy dilihat kerap mengubahsuai peraturan-peraturan berkaitan penjurian anugerah itu daripada masa ke semasa.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mereka telah menambah jumlah calon akhir bagi kategori Filem Terbaik daripada lima kepada 10. Namun, pada tahun ini, mereka memperkenalkan sistem penjurian yang lebih fleksibel yang menyaksikan senarai akhir kategori itu sebanyak sembilan filem.

"Kami berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh AMPAS untuk memperkenalkan sistem undian elektronik untuk Oscars bermula pada tahun depan," kata ketua Everyone Counts Inc, Lori Steele.

Anugerah yang akan berlangsung pada 26 Februari depan ini menyaksikan filem 3D arahan Martin Scorsese Hugo dan filem bisu The Artist mengungguli senarai calon. - AFP

Anne mahu kahwin lagi

Posted: 26 Jan 2012 08:09 PM PST


 
SUDAH berusia 28 tahun dan ibu beranak tiga, Anne masih banyak disogok dengan watak remaja kerana fizikal kecil dan sifat cerianya.


SEMAKIN kecil dan nampak muda daripada usianya, itulah ungkapan pertama yang terkeluar daripada mulut penulis saat bertemu dengan aktres Naszriah Ngasri atau nama pentasnya Anne Ngasri pada penggambaran drama muzikal Antara Kita, baru-baru ini.

Anne mengakui dia kini sedang berkawan dengan seseorang dan tidak menolak andai jodohnya untuk menamatkan zaman janda datang dalam masa yang terdekat.

Kosmo!: Mengapa badan semakin mengecil, berdiet atau ada masalah?

Anne: Ya, saya sedang berdiet, bukan makan hati ya. Sebelum ini berat saya bertambah dengan banyak selepas melahirkan anak ketiga, jadi saya tekad untuk kuruskan badan.

Anne bergelar janda pada usia 26 tahun, sudah tiga tahun hidup bersendirian, bila mahu menamatkan zaman janda?

Tipulah kalau saya cakap saya tidak berkawan dengan sesiapa, memang ada tetapi masih dalam peringkat berkawan. Andai, jodoh datang dalam masa terdekat saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tidak serik dengan perkahwinan tetapi setakat ini belum ada perancangan ke arah itu (perkahwinan).

Ada sebarang syarat untuk lelaki yang ingin menyunting Anne sebagai isteri?

Saya bukanlah orang cerewet tetapi lelaki itu haruslah seorang bertanggungjawab dan bersedia menerima diri saya seadanya kerana saya datang dengan pakej tiga orang anak. Saya tidak mahu minta lebih-lebih atau berkata saya tidak mahu lelaki seperti itu dan ini kerana selalunya yang tidak mahu itu yang akan kita dapat. Jadi, saya tidak kisah dan tidak meletakkan sebarang sasaran usia untuk menamatkan zaman janda.

Bagaimana dengan kehidupan Anne kini dan hubungan dengan bekas suami?

Alhamdulillah, saya bahagia dengan anak-anak. Walaupun kami sudah bercerai tetapi hubungan kami masih baik kerana anak. Saya yang menghantar anak saya Abdul Warits, 6, dan Abdul Wafri, 4, ke tadika setiap pagi, dan ayah mereka Wafi yang akan mengambil mereka pulang dari tadika setiap hari. Jika saya ada penggambaran drama, saya ada pembantu rumah yang akan menjaga anak, ibu saya dan bekas ibu mertua juga turut membantu untuk menjaga anak bongsu saya, Naszhara Afroza yang kini berusia dua tahun.

Meskipun sudah berusia 28 tahun, Anne sering diberikan watak gadis remaja sama seperti di dalam drama muzikal Antara Kita terbitan kakaknya, Darling Ngasri, NS Star Sdn. Bhd. Tidak bosankah melakonkan watak yang sama berulang kali?

Memang ramai yang cakap saya nampak macam budak-budak tetapi mereka tidak boleh menerimanya kerana saya ibu kepada tiga orang anak. Kelakar juga bila fikir balik tetapi sudah rezeki saya diberi kepercayaan oleh kakak saya sendiri untuk membawa watak gadis remaja, saya cuba lakukan yang terbaik.

Sukar atau tidak berlakon sebagai kekasih kepada penyanyi Alif Aziz yang jauh lebih muda daripada Anne?

Usia saya 28 tahun dan Alif, 21 tahun, memang jarak usia yang jauh tetapi apabila di set penggambaran kami boleh serasi. Saya juga minat dia selaku seorang peminat dan menariknya saya turut menyumbangkan suara untuk lima buah lagu dalam drama ini.

Paku bertaburan di jalan raya Jakarta

Posted: 26 Jan 2012 08:05 PM PST


SEORANG anggota sukarelawan menunjukkan paku-paku yang ditemui di sebatang jalan raya yang melekat pada peralatan magnetnya
di Jakarta pada 19 januari lalu.



JAKARTA, Indonesia - Taktik kotor sebahagian mekanik motosikal dan penukar tayar di sini yang menabur paku di atas jalan raya untuk mencari pelanggan menyebabkan orang ramai hilang sabar.

"Kalau si penjahat ini dapat saya tangkap, saya akan pastikan seluruh tubuhnya ditusuk paku," kata seorang pemilik teksi motosikal, Talib.

"Biar mereka telan paku-paku itu," kata seorang rakannya yang berusia 50 tahun, Sulaiman Daud.

Seorang jurucakap polis di sini, Rikwanto memberitahu, perbuatan sabotaj itu sudah berlaku selama bertahun-tahun.

"Mereka dicaj dua kali ganda lebih tinggi daripada harga biasa," tambah Rikwanto.

Menurutnya lagi, mekanik dan penukar tayar terbabit memperoleh pendapatan harian sekitar AS$22 (RM66.90), amat lumayan di Indonesia kerana hampir separuh daripada 240 juta rakyatnya bergaji kurang AS$2 (RM6) sehari.

Seorang pemilik bengkel, Darmito, 57, memulakan perniagaan menukar tayar di tepi sebatang jalan raya di sini dua bulan lalu untuk memenuhi permintaan tinggi daripada pelanggan.

Namun, katanya, dia tidak tahu tentang sindiket atau pihak yang melakukan kegiatan tersebut.

Pada bulan lalu, polis menangkap lapan orang yang disyaki melakukan jenayah berkenaan. - AFP

Apple miliki wang RM1.26 trilion

Posted: 26 Jan 2012 08:01 PM PST


SEBUAH telefon bimbit iPhone (kiri), komputer MacBook Air dan iPad dipamerkan di sebuah kedai Apple pada Selasa lalu.



NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Apple sekali lagi memintas Exxon sebagai syarikat AS paling berharga selepas ia mencatat suku kewangan yang mengagumkan.

Harga saham Apple Inc. meningkat enam peratus dalam dagangan tengah hari kelmarin untuk diniagakan pada harga AS$445.29 (RM1,354.35) sesaham dengan modal pengilang gajet iPhone dan iPad itu kini mencecah AS$415 bilion (RM1.26 trilion).

Ia jauh lebih besar daripada Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia yang berjumlah RM429.7 bilion setakat 15 November tahun lalu.

Sementara itu, saham Exxon Mobil Corp. turun satu peratus kelmarin kepada AS$86.52 (RM263) sesaham manakala modal syarikat pula berjumlah AS$414 bilion (RM1.21 trilion).

Apple pertama kali mengatasi ExxonMobil sebagai syarikat paling bernilai pada Ogos tahun lalu dengan kedua-duanya bersaing sengit sejak itu.

Dalam satu kenyataan pada Selasa lepas, Apple memberitahu, pendapatan bersihnya untuk suku kewangan terbaharu yang berakhir pada Disember tahun lalu meningkat lebih dua kali ganda manakala perolehan syarikat pula melonjak 73 peratus.

Apple mengetepikan syarikat perisian komputer, Microsoft Corp yang kini berada di tempat ketiga dengan modal AS$247 bilion (RM751.25 bilion) untuk menjadi syarikat terbesar AS pada 2010.

Apple menyatakan ia menjual 37.04 juta iPhone pada suku kewangan tersebut, meningkat 128 peratus berbanding setahun lalu manakala jualan komputer iPad pula meningkat 111 peratus kepada 15.43 juta unit.

Pada suku kewangan sama, Apple turut menjual 5.2 juta komputer meja Macintosh, meningkat 26 peratus.

Namun, jualan pemain muziknya, iPod menurun 21 peratus kepada 5.4 juta berbanding setahun lalu.

Sebelum ini, kematian pengasas bersama Apple, Steve Jobs selepas dia menghidap kanser pada 5 Oktober 2011 ketika berusia 56 tahun menimbulkan spekulasi bahawa jurutera-jurutera Apple gagal meneruskan legasi kejayaannya.

Tim Cook, 51, yang mengambil alih tugas Ketua Eksekutif Apple pada Ogos 2011 dalam satu kenyataan pada Selasa lepas bagaimanapun percaya kesinambungan tersebut akan dapat diteruskan. - Agensi

Spesies Ikan Baru Ditemui

Posted: 26 Jan 2012 07:57 PM PST


 
IKAN spesies Pseudacanthicus yang hidup bersama ikan piranha.


PARAMARIBO, Surinam - Sungai Sipaliwini di Surinam menempatkan spesies ikan baharu yang dikenali sebagai Pseudacanthicus.

Ikan itu ditemui oleh beberapa saintis yang bekerja dengan Program Penilaian Pantas Pemuliharaan Antarabangsa di sungai tersebut pada Ogos dan September 2010.

Keistimewaan ikan itu adalah kerana ia mempunyai perisai yang melindungi tulang.

Ikan itu hidup bersama dengan sejumlah ikan piranha menyebabkan ia perlu mempunyai pertahanan badan yang baik. - Reuters

Cardiff sasaran baharu Bellamy

Posted: 26 Jan 2012 07:53 PM PST


 
BELLAMY (tengah) muncul wira selepas membantu Liverpool mara ke final Piala Liga awal pagi semalam.



LIVERPOOL, England - Craig Bellamy meledakkan gol penyamaan pada separuh masa kedua untuk membantu Liverpool menempah slot ke final Piala Liga awal pagi semalam.

Meskipun terikat 2-2 dengan Manchester City pada aksi separuh akhir kedua di Anfield itu, skuad bimbingan Kenny Dalglish melayakkan diri selepas menang dengan agregat 3-2.

Pada pertemuan pertama di Stadium Etihad (11 Februari lalu), Liverpool menang 1-0.

Selepas membantu kemenangan Liverpool, Bellamy berazam untuk menewaskan bekas kelab di bandar kelahirannya, Cardiff City di final pada 26 Februari depan.

Bellamy, 33, memasang impian tersebut selepas membantu skuad bimbingan Kenny Dalglish itu mara ke pentas akhir pertama di Stadium Wembley dalam tempoh 16 tahun.

Selain itu, ia adalah perlawanan akhir pertama Liverpool dalam kejohanan utama sepanjang tempoh enam tahun.

Bellamy berkata, kejayaan menewaskan City itu adalah sesuatu yang menggembirakan.

Kini, dia meletakkan sasaran baharu untuk menewaskan bekas kelabnya, Cardiff.

Bellamy yang lahir di bandar Wales, menghabiskan masa sepanjang musim lalu di kelab Kejuaraan Liga itu selepas gagal mendapat tempat dalam kesebela- san utama skuad bimbingan Roberto Mancini.

"Malam semalam (kelmarin) saya menyaksikan Cardiff mara ke final dan saya berasa bangga dengan kejayaan tersebut," kata Bellamy yang meledakkan gol kelapan sejak kembali ke Liverpool buat kali kedua pada Ogos lalu.

"Ia bukan final yang menarik buat saya. Sungguh melucukan apabila bola sepak berakhir dengan cara seperti ini. Mara ke final adalah suatu kejayaan yang besar buat kami."

Liverpool tidak pernah beraksi di Stadium Wembley sejak Eric Cantona menjaringkan gol kemenangan 1-0 Manchester United pada final Piala FA 1996.

Bagaimanapun, skuad The Reds diletakkan selaku pasukan pilihan untuk memenangi trofi Piala Liga buat kali kelapan apabila bertemu Cardiff bulan depan. - Agensi

Haram hukum percaya ramalan kiamat

Posted: 26 Jan 2012 07:32 PM PST


 
ENTRI blog johneox.wordpress.com mengaitkan kemungkinan berlaku kejadian huru-hara pada tahun 2012. Gambar kecil mohamad shukri.



KUALA LUMPUR - Kiamat bukan satu teka-teki dan orang Islam ditegah daripada mempercayai sebarang teori ramalan mengenai perkara itu sebaliknya perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi detik itu.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perbuatan mempercayai ramalan hari kiamat adalah berdosa kerana tiada seorang pun di dunia ini mengetahui bilakah hari berlaku kiamat.

Menurut beliau, hari kiamat ialah perkara ghaib yang wajib dipercayai orang Islam kerana ia merupakan sebahagian daripada Rukun Iman dan disebut di dalam al-Quran.

"Nabi Muhammad sendiri pernah memberitahu umatnya perkara-perkara yang menandakan hari kiamat telah hampir tiba tetapi tidak menyatakan bila ia akan terjadi.

"Justeru, persoalan utamanya kini ialah bukan bila hari kiamat akan tiba tetapi apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk menyambut ketibaannya," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas entri blog johneox.wordpress.com yang bertajuk 2012: Tarikh Keramat Atau Kiamat yang disebarkan melalui Internet sejak kebelakangan ini. -kosmo-

Tiada puntianak di Menara Condong

Posted: 26 Jan 2012 07:24 PM PST


 
INILAH imej puntianak yang didakwa dirakam di Menara Condong Teluk Intan, Perak baru-baru ini.


TELUK INTAN - Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.

Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan.

Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.

"Wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.

"Saya kesal kerana penyebaran foto yang diragui keasliannya itu kerana ia boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sehubungan itu, Ibrahim berharap masyarakat umum dapat membuat penilaian dengan baik berhubung penyebaran imej puntianak terbabit dan tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut itu.

No comments: