Tuesday 31 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


18sx - Gambar Aksi Hyosung Secret Dedah Payudara Di Konsert

Posted: 30 Jan 2012 01:12 AM PST

 

Hyosung yang merupakan seorang leader kumpulan K-Pop, Secret tampil sangat seksi. Dirinya mengenakan gaun glamour putih dengan belaha di dadanya, sehingga kelihatan seperti dirinya mempamerkan payudara seksinya.

Sesekali dirinya tampak membongkok sehingga buah dadanya nampak semakin jelas kelihatan.







Secret di wakili oleh Jeon Hyosung, Jung Hana, Song Jieun dan Han Sunhwa. Mereka melakukan penampilan pertama pada tahun 2009 dengan melancarkan single I Want You Back. Mereka menghasilkan dua album mini pada 2010 berjudul Secret Time dan Madonna. Baru pada 2011 mereka menghasilkan album penuh berjudul 'Moving in Secret' dengan lagu andalan Love is Move.



credit to infospesial

Aizat Hilang Laptop Di AJL26

Posted: 29 Jan 2012 10:41 PM PST



Finalis Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), Aizat Amdan dan abangnya, Anas Amdan merayu kepada sesiapa yang 'terambil' atau ternampak komputer riba milik mereka yang hilang agar memulangkannya kembali.

Aizat dan Anas sanggup menghadiahkan dua buah komputer riba baru kepada sesiapa yang mengembalikan MacBook Pro tersebut memandangkan komputer riba itu mengandungi pelbagai maklumat dan hasil kerja mereka.

"Aduh nak nangis. Bukan sebab kalah tapi sebab laptop kena curi. Tolong la wahai rakyat Malaysia. Bagi balik laptop aku.. Dalam laptop tu ada semua lagu-lagu baru yang aku sayangi. Please la sape yang curi. Aku nak balik..Ya Allah..Tolong la bagi balik..Please return my laptop! My life's work is inside my Macbook pro 15.

"Special nye laptop aku. Macbook Casing bawah bawah dia warna hitam mmg takleh bukak.. Siapa2 yang nampak.. Tolong la pulangkan balik..kami sanggup bagi 2 laptop baru. What a shitty day," rayu Anas yang dipetik dari laman sosial Twitternya.

Aizat turut merayu kepada pencuri berkenaan agar memulangkan MacBook Pro milik Anas dan sebuah kamera Canon DSLR 60D milik Alif Amdan.

"Sesiapa yg ambik atau ternampak laptop mcbook pro AnasAmdan dlm stadium putra please pulang balik. Byk kerja hidup kami ada dlm laptop macbook pro dan camera canon tu.

"Tolong sesiapa yang ambik dr dressing room saya, pulangkan. Kalau sesiapa ternampak org yg disyaki masuk dressing room sy sepanjang AJL26 berlansung tolong beritahu," mohon Aizat pula di Twitter miliknya.

Komputer riba berjenama MacBook Pro 15" itu adalah milik Anas yang diletakkan di dalam bilik persalinan Aizat untuk AJL26 semalam dan dipercayai bilik tersebut telah dipecah masuk oleh seseorang sehingga menyebabkan adik beradik penyanyi itu kehilangan beberapa barang peribadi mereka.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Ketua Polis Negara meninggal dunia di London ?

Posted: 29 Jan 2012 10:19 PM PST


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan khabar angin bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah meninggal dunia di London.

"Khabar angin itu yang menyatakan Ketua Polis Negara telah meninggal dunia di London adalah tidak berasas sama sekali," kata PDRM melalui laman sosial Facebook.

Ia berkata Ismail dalam keadaan baik dan berada di London bagi lawatan kerja bersama polis United Kingdom.- Bernama

Raja Farah urus bisens keluarga

Posted: 29 Jan 2012 10:17 PM PST


Sudah lama tidak melihat kemunculan si cantik ini di kaca televisyen mahupun di layar perak.

Selepas mendirikan rumah tangga, karier Raja Farah sebagai pelakon dilihat semakin malap bukan kerana tidak mendapat tawaran berlakon, tetapi wanita ini sibuk menguruskan perni-agaan keluarganya.

Sebaik sahaja mengetahui kelibat pelakon ini sering dilihat di Metro Point Kajang, Zass mengintai peluang untuk bertemu si cantik ini.

Benarlah seperti dikhabarkan, pelakon Aku Masih Dara ini sudah bergelar ahli perniagaan.

Dilihat semakin berseri-seri, Raja Farah yang mesra disapa Farah mengakui dirinya kini lebih bahagia dengan kerjaya baru yang semakin diminati.

Pun begitu, pelakon ini memberitahu, kecintaannya terhadap bidang lakonan tidak pernah padam, cuma masanya kini lebih banyak dihabiskan di kafe Snogurt bagi membantu bapanya menguruskan perniagaan.

Mendengar nama kafenya sahaja, sudah terdetik di fikiran pastilah ia mempunyai kaitan dengan trend pema-kanan sekarang iaitu yogurt sejuk beku ataupun frozen yogurt (froyo).

Menurut Farah, kafe Snogurtnya itu menyediakan froyo sebagai sajian utama sesuai dengan kehendak pasaran sekarang yang gemar menjadikan yogurt sebagai makanan sampingan.

Teruja bercerita mengenai karier barunya itu, Farah memberitahu telah lama memendam hasrat untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan.

Umpama pucuk di cita ulam mendatang, impian Farah itu terlaksana apabila pada pertengahan tahun lalu, ayahnya menyuarakan ingin mencari satu perniagaan untuk dibuka.

"Peluang itu tidak saya lepaskan apabila ayah memberitahu ingin membuka satu bisnes keluarga sebaik sahaja dia bersara Julai tahun lalu.

"Justeru itu, saya mula mencari perniagaan bersesuaian dengan kehendak pasaran sekarang sekali gus menepati modal yang kami peruntuk," katanya yang mengambil masa lebih dua bulan untuk membuat keputusan memilih Snogurt.
Pilih jadi francaisi

Sedar dirinya kurang pengalaman dalam menguruskan bisnes, Farah mengambil keputusan memulakan perniagaan francaisi.

Setelah mengambil kira beberapa faktor, akhirnya Farah mencadangkan bisnes Snogurt kepada ahli keluarganya.

"Sebaik sahaja ayah memberitahu untuk membuka perniagaan, saya telah meninjau beberapa bisnes francais yang ada di negara ini. Saya rasa lebih selamat untuk kami memulakan perniagaan francais memandangkan francaisor kami boleh memberi tunjuk ajar menjalankan bisnes ini.

"Alhamdulillah, setelah menimbang kira beberapa perkara, kami sekeluarga bersetuju unmembuka Snogurt kerana saya rasa mudah dan senang menguruskan perniagaan makanan ini. Lagi pula, saya belum ada keyakinan membina tapak perniagaan sendiri," katanya.

Mengambil masa tiga minggu untuk melakukan pengubahsuaian kedai, kafe Snogurt milik Raja Farah dan keluarga dibuka pada 30 Disember tahun lalu.

Belum pun cukup sebulan beroperasi, kafenya itu menerima sambutan menggalakkan biarpun brand Snogurt masih baru di negara ini.

"Ada juga di kalangan pelanggan yang datang tidak pernah mencuba froyo. Jadi inilah masanya untuk saya memperkenalkan froyo kepada mereka kerana seperti kita tahu yogurt rasanya masam.

"Saya akan mencadangkan perasa manis atau masam mengikut apa yang mereka mahukan," katanya yang menerima kunjungan pelanggan berbangsa Melayu, Cina dan India.

Menurut Farah, hampir setiap hari dia berada di kafe tersebut bagi memudahkan peminat yang ingin berjumpa dengannya.

"Ada juga di kalangan pelanggan datang ingin bergambar dan berbual-bual dengan saya. Jadi, saya rasa tiada salahnya untuk meluangkan masa dengan mereka.

"Pada pendapat saya, inilah masanya untuk saya meminta komen daripada mereka mengenai perniagaan saya ini," katanya lagi.


Suami beri dorongan

Lebih setahun mendirikan rumah tangga bersama Megat Bashirun Qayyum Datuk Zakaria, Farah bersyukur dikurniakan suami yang begitu memahami minatnya.

Tambah pelakon yang berusia 24 tahun ini, minatnya kepada bidang perniagaan sedikit sebanyak didorong oleh suaminya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

"Sewaktu awal perkahwinan, saya sering mengikut suami berjumpa client dan kadangkala menghantar tender kepada pelanggan. Bermula dari situ, saya seronok bergiat dalam bidang ini.

"Tambahan pula, keluarga saya memang merancang membuka bisnes keluarga. Jadi, peluang yang ada tidak ingin kami sia-siakan," katanya.

Mengulas mengenai kesukaran meluangkan masa dengan keluarga dan kerjaya, Farah berkata, tumpuannya kepada keluarga tidak pernah terganggu biarpun sibuk menguruskan perniagaan.

"Biasanya jika tiada penggambaran, saya akan pergi ke kafe pada awal pagi dan pulang sekejap ke rumah pada waktu tengah hari bagi menguruskan kerja-kerja rumah.

"Selepas selesai, saya akan datang balik ke kafe dan pulang semula ke rumah selepas Isyak untuk makan malam bersama suami. Kadangkala, suami akan datang ke kafe untuk menjenguk perjalanan bisnes di sini," katanya yang kini mengurangkan aktiviti seni bagi memberi tumpuan kepada bisnes.

Bercerita mengenai lokasi kafenya yang terletak di Kajang, Farah berkata, dia dan suami sengaja memilih Kajang memandangkan lokasi tersebut berhampiran dengan tempat tinggal mereka.

Farah tidak menolak tanggapan statusnya sebagai selebriti membantu menaikkan nama perniagaannya terutama di kalangan peminatnya sendiri.


Mesra dengan pelanggan

Menyedari pentingnya pelanggan untuk mengembangkan lagi perniagaannya itu, Farah menerapkan kepada kakitangannya untuk beramah mesra dengan pelanggan.

Perkara itu turut dipraktikkan oleh pelakon yang berasal dari Shah Alam ini sendiri apabila setiap kali ada pelanggan datang ke kafenya, dia mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan selamat datang kepada pelanggan.

"Pada saya, dengan beramah mesra dapat membuatkan mereka senang untuk datang ke kedai kita.

"Pengalaman sebagai pelanggan sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan ini membantu saya mengetahui apa kehendak pelanggan yang sebenar," katanya.

Selain menerapkan amalan mesra, Farah turut mementingkan kebersihan kafe yang baginya merupakan teras utama untuk pelanggan berkunjung makan di situ.

"Saya juga kerap menasihatkan kakitangan saya untuk mengamalkan membaca selawat setiap kali memotong buah ataupun membuat bancuhan untuk froyo," katanya.

Namun, Farah mengaku kadangkala dirinya terlepas pandang dengan beberapa aspek lain kerana sibuk menguruskan hal di dapur.

Mujurlah ada ibunya yang kadangkala turut datang ke kafe untuk membantu Farah menguruskan bisnes.

Seperti yang dikatakan oleh Farah, perniagaan yang diuruskan itu merupakan bisnes keluarga, jadi tidak hairanlah kadangkala, ayahnya juga akan turut berada di situ bagi memantau perjalanan bisnes tersebut.

Menurut Farah, sekiranya perniagaan yang satu ini menunjukkan perkembangan yang baik, dia berkemungkinan akan membuka satu lagi cawangan Snogurt yang lain.

AJL26, Mungkin Yang Terakhir - Faizal Tahir

Posted: 29 Jan 2012 10:13 PM PST



Penyanyi Faizal Tahir nekad membuat keputusan untuk tidak lagi menyertai sebarang pertandingan nyanyian termasuklah Anugerah Juara Lagu pada tahun depan.

Penyanyi yang berjaya meraih tempat ketiga pada AJL26 pada malam Ahad itu berkata, sudah sampai waktunya untuk dia mengundur diri dari sebarang pertandingan dan lebih fokus dalam kerjaya seni muziknya.

"Bermula hari ini saya tidak akan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian lagi termasuklah AJL pada tahun depan. Mungkin tahun ini merupakan AJL terakhir saya.

"Sudah tiba masanya saya merancang secara teliti mengenai karier dan keluarga. Kali ini, biar kekuatan muzik yang menentukan dimana tahap saya," katanya yang ditemui selepas pertandingan AJL26, di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Tambah Faizal, keputusan itu juga dibuat memandangkan jadual kerjaya seninya yang semakin padat dan ia juga memberi peluang kepadanya agar dapat membahagikan masa bersama keluarganya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Karma itu menafikan keputusan tersebut dibuat disebabkan dia tidak pernah menjuarai AJL sejak menyertainya pada tahun 2007.

"Saya dah agak orang akan berkata begitu. Setiap anugerah yang diperoleh, itu adalah satu kejayaan yang cukup besar buat saya. Begitu juga dengan kemenangan saya hari ini (Ahad).

"Selain keluarga dan album, saya mempunyai misi lain yang perlu ditunaikan dimana saya sedang merancang untuk muncul dengan konsert sulung saya sendiri," tegasnya.

Bagaimanapun, tambahnya, dia tetap akan hadir ke acara tahunan itu bagi memberi sokongan kepada rakan-rakan artis yang menyertai pertandingan tersebut.

Sementara itu, pada persembahannya menerusi lagu Karma dalam AJL26 malam Ahad, Faizal telah membuat gimik dengan membakar sebuah piano.

Ditanya, tidakkah dia risau sekiranya muncul kontroversi baru mengenai rasa kurang senang segelintir pemuzik tanah air mengenai gimiknya itu, Faizal tidak kisah jika ada yang mengkritik.

"Itu sekadar gimik. Bagaimanapun, saya harap hal tersebut tidak akan menjadi isu besar nanti," selorohnya ringkas.-mstar-

Hafiz Juara AJL26, Gondol RM45,000

Posted: 29 Jan 2012 09:59 PM PST



Lagu Awan Nano dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Dengan kemenangan Awan Nano ciptaan komposer M.Nasir dan penulis lirik, Budi Hekayat, nyanyian oleh Hafiz telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Awan Nano telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet), Karma (Faizal Tahir), Penakut (Yuna) dan Sedetik Lebih (Jaclyn Victor).

Tiga Suara

Diikuti dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Beribu Sesalan (3 Suara), Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque), Sungai Lui (Aizat), Kisah Hati (Alyah) dan Gadis Semasa (Yuna).

Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin serta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh 3 Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Karma ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok nyanyian Faizal Tahir yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Alyah

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Persembahan 12 finalis AJL25 diadili seramai 30 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Johan Nawawi, Cat Farish, Ajai, Dimas (Hujan), Taja (Meet Uncle Hussein), Fauzi Marzuki dan Azmeer selaku ketua juri.

Penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Sementara itu, bagi kategori yang baru diperkenalkan, Anugerah 'Juara Mobile'bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Sedetik Lebih, ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.

Pertandingan bertemakan air yang menterjemahkan simbolik aliran dan prestasi industri muzik tempatan itu dihoskan oleh gandingan tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad.

Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor Awie, Datuk Shiela majid dan Jamal Abdillah untuk persembahan pembukaan, manakala nyanyian Black, Azlan & The Typewriter dan Hazama pula pada segmen interlud dengan iringan muzik orkestra bimbingan pemuzik hebat Datuk Ramli MS. -mstar-

"Pembantu Peribadi Punca Hubungan Retak" - Shahrizal Jaszle

Posted: 29 Jan 2012 09:51 PM PST



Pelakon kontroversi, Shahrizal Jaszle mendedahkan keretakan hubungannya dengan Miera Leyana adalah disebabkan oleh fitnah yang dilemparkan oleh bekas pembantu peribadinya kepada kekasihnya itu.

Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shah Jaszle berkata, cakap-cakap kurang enak mengenai hubungannya dengan Miera timbul apabila dia mengambil keputusan memecat pembantunya itu baru-baru ini.

"Hubungan saya dan Miera sebelum ini dalam keadaan baik malah kami merancang untuk berkahwin tetapi masalah timbul apabila saya memecat bekas pembantu peribadi kerana tidak tahan dengan sikapnya yang malas bekerja.

"Kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya itu, dia telah menfitnah saya dengan pelbagai dakwaan sehingga menyebabkan Miera termakan dengan kata-katanya," ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, ketika kejadian dia tidak berada di tanah air kerana sedang menjalani penggambaran di Australia dan hanya mengetahui mengenai kekecohan itu sekembalinya dia ke sini.

"Saya terkejut apabila mendengar pelbagai cerita buruk mengenai diri saya sehingga tidak tahu sebab sebenar Miera marahkan saya.

"Namun setelah berjumpa dan bercakap dengannya barulah saya mendapat tahu punca sebenar," katanya.

Dalam pada itu, Shahrizal berkata, dia telah bersemuka dengan bekas pembantunya itu dan individu tersebut mengakui telah menfitnah dirinya kerana marah dipecat.

Shahrizal memberitahu, dia kecewa apabila seseorang yang pernah dia percaya dan bantu ketika dalam kesusahan telah melakukan perkara sedemikian kepadanya.

"Dia adalah seorang bekas banduan dan tiada siapa yang ingin mengambilnya bekerja. Saya telah memberinya peluang untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa dia boleh berdikari selepas keluar daripada penjara.

Mira Liyana.
 
"Tetapi peluang yang diberikan disia-siakan begitu sahaja apabila gagal melaksanakan tugas diberikan kepadanya sehingga memaksa saya memecatnya.

"Saya langsung tidak sangka tindakan saya itu telah menyebabkan dia menikam saya dengan cara yang paling dashyat," ujarnnya.

Sementara itu, Shahrizal berkata, ekoran pelbagai dakwaan termasuk mengatakan dirinya seorang kaki perempuan telah menyebabkan kekasihnya itu merajuk dengannya gara-gara termakan kata-kata bekas pembantu peribadinya itu.

Ujarnya, sikap Miera yang mudah terguris dan merajuk ditambah dengan hasutan daripada rakan-rakan yang menyuruh dia meninggalkan dirinya telah menyebabkan kes berkenaan bertambah parah.

"Sehingga kini dia masih merajuk dengan saya dan mahu dipujuk. Saya juga telah menjelaskan tentang kedudukan sebenar tetapi dia belum menerima sepenuhnya.

"Apa yang boleh saya katakan walaupun kami tidak putus tetapi hubungan kami berada di tahap yang agak sukar dan kami masing-masing sedang memperbaikinya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shahrizal memberitahu dia tidak berhasrat untuk mencari pembantu peribadi baru kerana lebih selesa menguruskan kerjaya seninya sendiri.

"Masa ada pembantu dulu pun semua perkara saya lakukan sendiri tanpa mengharapkannya jadi rasanya ia akan kekal begitu," katanya.-mstar-

Miera Leyana Tawar Hati Untuk Berbaik Semula Dengan Shahrizal Jaszle

Posted: 29 Jan 2012 09:47 PM PST



Pelakon Miera Leyana menganggap hubungannya dengan Shahrizal Jaszle yang baru berusia lima bulan itu berada pada tahap kritikal apabila pelakon lelaki tersebut didapati telah berlaku curang terhadapnya.

Miera berkata dia memperolehi bukti terhadap kecurangan Shahrizal sehingga menyebabkan pintu hatinya telah tertutup untuk berbaik kembali dengan aktor filem Azura itu.

"Saya selesa bersendiri dan berenggang dengan Shahrizal buat masa ini. Saya mendapati dia tidak berlaku jujur dan curang terhadap saya.

"Hati saya bagai sudah retak dan berkecai untuk berbaik semula dengan selepas beberapa kali dipermain-mainkan oleh dia," katanya kepada mStar Online, di sini.

Ketika ditanya adakah dia memberikan peluang kepada aktor kacak itu, Miera berkata dia berasa tawar hati dengan sikap Shahrizal yang dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk memulihkan kemelut tersebut.

"Sejak kami mula bergaduh kira-kira dua minggu yang lalu, sudah berkali-kali dia datang memujuk dan meminta maaf tapi saya tidak nampak kesungguhannya untuk memulihkan kekusutan antara kami.

"Mengapa saya perlu memberikan peluang lagi jika dia tidak pandai untuk menghargai kepercayaan saya selami ini?" katanya dalam nada kesal.

Miera berkata pada waktu ini, dia lebih selesa bersendiri dan berserah kepada Tuhan dalam menentukan perjalanan hubungan cinta mereka.

"Saya akui masih sayangkan. Namun, selepas apa yang berlaku saya redha dan berserah sahaja kepada Tuhan, jika ada jodoh antara kami, saya terima seadanya," katanya.

Dalam pada itu, Miera yang baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri sebanyak 13 episod, Mulanya Di Sini ini bakal terlibat dalam filem terbaru Mamat Khalid berjudul Amir dan Lokman Ke Laut.

"Selepas filem Apokalips X dan Rentaz, saya akan kembali bekerja di bawah arahan Mamat Khalid dalam filem terbarunya Amir dan Lokman Ke Laut.

"Dalam filem aksi komedi itu, saya memainkan watak kekasih kepada ketua gangster. Ia dijangka memulakan penggambaran pada 30 Januari ini di Ipoh, Perak," katanya.-mstar-

"Kami Adalah Kawan Baik" - Johan As'ari & Nabila Huda

Posted: 29 Jan 2012 09:45 PM PST



: Pelakon drama Pelangi Kasih, Johan As'ari dan Nabila Huda yang didakwa sedang hangat bercinta tampil menafikan dakwaan mengaitkan diri mereka berdua.

Menurut Nabila, mereka berkawan baik sejak sama-sama berlakon dalam drama bersiri tersebut dan memberitahu dirinya selesa berkawan dengan Johan.

"Kami tiada apa-apa hubungan istimewa tetapi telah menganggap Johan sebagai rakan baik kerana terdapat pelbagai persamaan antara kami dan tidak lebih dari itu," ujarnya kepada mStar Online.

Nabila berkata, dia menganggap gosip berkenaan sebagai perkara biasa kerana kebetulan mereka digandingkan di dalam drama sama memegang watak suami isteri.

Ujarnya, hubungan baik mereka tercetus apabila dia ingin menyesuaikan diri bersama pelakon gandingannya itu supaya tidak kekok semasa penggambaran.



"Johan pada asasnya adalah seorang pemalu tetapi apabila mula rapat dengannya kami sebenarnya mempunyai perangai yang sama iaitu kelam kabut tambahan pula kami mempunyai bintang sama iaitu Sagittarius," katanya.

Sementara itu, Johan berkata, Nabila adalah seorang pelakon yang cukup peramah dan merendah diri telah membuatkannya berasa selesa berkawan dengan pelakon berstatus ibu tunggal itu.

Katanya, Nabila seorang yang senang diajak berbual dan mereka saling memahami antara satu sama lain.

"Saya seorang yang pemalu malah ketika mula-mula bertemu dengan Nabila saya memanggilnya dengan gelaran 'kakak' dan dia memarahi saya memanggilnya dengan gelaran itu.

"Dia juga banyak membantu saya di lokasi penggambaran terutamanya banyak babak melibatkan kami dan nyata dia bukan seorang pelakon yang lokek ilmu," ujarnya.

Ditanya kemungkinan hubungan mereka lebih daripada sekadar kawan pada masa hadapan, Johan berkata dia menerima ketentuan itu sebagai jodohnya jika ia terjadi.

Nora Danish Bercinta Dengan Penuntut Kolej ?

Posted: 29 Jan 2012 09:43 PM PST



Pelakon jelita, Nora Danish menolak dakwaan kononnya dia sedang hangat bercinta dengan seorang penuntut kolej swasta yang jauh lebih muda darinya.

Nora berkata, tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali dan dia memberitahu tidak pernah mengenali mana-mana lelaki yang masih menuntut di kolej.

"Saya langsung tidak tahu menahu mengenai lelaki yang dimaksudkan kerana tidak pernah kenal mana-mana penuntut kolej apatah lagi untuk bercinta," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai berita perkahwinan bekas suaminya dengan pelakon Fasha Sandha, Nora memberitahu dia tidak hak untuk bercakap mengenai perkara berkenaan kerana ia bukan urusannya.

Nora bagaimanapun berkata, jika perkara berkenaan benar dia gembira untuk kedua-dua pasangan itu dan berharap mereka akan bahagia.

"Saya hanya boleh mendoakan semoga mereka bahagia dan selebihnya saya tiada hak untuk bercakap atau komen mengenai keputusan mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nora berkata jadualnya tahun ini padat dengan pelbagai tawaran berlakon dan tiada masa untuk memikirkan soal perkahwinan.

Nora memberitahu dia kini sedang sibuk di lokasi drama Jujur Aku Dayus selain beberapa drama bersiri lain dan tawaran filem yang perlu menjadi perhatiannya.

"Banyak undangan lakonan yang diterima sehingga terpaksa menolak kerana tidak mahu membuat pelbagai kerja dalam satu masa sehingga menyusahkan pihak lain.

"Bagaimanapun tahun 2012 adalah tahun yang baik untuk saya kerana pelbagai tawaran datang," ujarnya.-mstar-

Letak harga, lupa daratan

Posted: 29 Jan 2012 09:40 PM PST


LAMA juga menyusun jadual untuk mengadakan sesi fotografi bersama kedua-dua pucuk muda yang tengah panas mendapat sambutan. Akhirnya ia dapat dilaksanakan baru-baru ini dan Butik Old Blossom Box Store, Shah Alam menjadi lokasi 'penyatuan' mereka. Sesi sembang yang penuh santai, ditebak soalan berkisar karier dan gosip-gosip liar yang melingkari diri masing-masing dijawab silih berganti.

Anzalna Nasir yang mula-mula dihidu melalui program pencarian bakat bersama Neelofa menghiasi satu persatu drama bersiri di kaca televisyen, bermula dengan Suria Di Cordoba, Ramadan Terakhir, Ajaibnya Cinta dan terkini, Gemersik Kalbu.

Dalam pada menyusun strategi dalam dunia lakonan, Anzalna tidak terlepas daripada gosip suatu ketika dulu yang mengaitkan dirinya dengan teman lelaki Miera Liyana, Shahz Jaszle. Kemudian, beberapa bulan sebelum ini Anzalna dikatakan nekad mendedahkan hubungan cinta dengan seorang mahasiswa.

Tidak lari daripada kontroversi sampingan, Anzalna baru-baru ini dikatakan sudah besar kepala dan berani menolak tawaran berlakon dalam sebuah filem. Benarkah?

Berbalik pada kisah seorang peserta daripada program realiti nyanyian Mentor pula Aiman Hakim Ridza, kini juga kian mendapat tempat di hati pengarah dan penerbit drama.

Setelah muncul dalam drama Kitab Cinta, dia kini meluaskan empayar lakonan menerusi drama bersiri Vanilla Coklat yang baru memulakan siaran di TV3. Adakah protege Rahim Maarof itu sudah lupa daratan atau lupa akan platform dirinya sebelum ini memandangkan namanya terus pudar daripada bidang seni suara?

Anzalna tolak tawaran filem?

Soal besar kepala dan berani tolak tawaran berlakon filem membuatkan gadis manis itu tersentak! Ditanya mengapa dia sudah berani berbuat sedemikian, Anzalna, 24, membidas dakwaan yang telah tersebar di laman-laman sosial dan internet.

"Saya tak pasti filem mana yang dimaksudkan sebab tidak banyak tawaran filem yang saya terima, mungkin ketika saya menerima tawaran itu saya baru habis shooting filem TyIcKooUns bersama aktor Aaron Aziz dan Bront Palarae.

"Selepas melalui penggambaran filem itu bersama otai-otai yang cukup berbakat, badan saya lebam-lebam dan saya masih terkejut dengan watak yang berjaya saya lakonkan itu, bagi saya watak itu memang berat.

"Jadi, saya masih belum bersedia untuk memikul karakter yang sarat dengan aksi memandangkan saya pun seorang yang penakut, tambahan pula semasa uji bakat mereka, saya tidak sempat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan," jelas Anzalna.

Berkenaan bayaran yang diletakkan penerbit filem, katanya tiada sebarang masalah kerana dia masih baharu dalam industri dan tidak berbaloi untuknya meletakkan harga tinggi untuk bayaran lakonannya.

Watak perempuan yang terlampau baik, penggoda dan ganas sudah dijayakannya dalam lakonan terdahulu. Anzalna yang baru saja ditawarkan berlakon dalam sebuah drama bersiri seram mengakui teruja untuk mempersembahkan bakatnya.

"Jika diberikan peluang mana mungkin saya akan tolak tawaran berlakon drama yang mencabar kebolehan saya, mungkin genre seram salah satu medium terbaik untuk saya mempertaruhkan bakat," tambahnya yang juga bakal terjun ke bidang pengacaraan tidak lama lagi.

Mengenai kisah cinta Anzalna dengan seorang mahasiswa yang dipanggil Hanif pula, perkenalan enam bulan dan keberaniannya membawa teman lelaki ke beberapa majlis adakala menimbulkan cakap-cakap belakang.

"Saya selesa dengan dia, dari segi layanan dan tanggungjawab dia sebagai seorang teman saya puji. Tiada niat secebis pun untuk menunjuk-nunjuk teman lelaki. Ini lebih baik daripada menjadi buah mulut orang dan rasanya saya tidak hipokrit untuk sembunyikan siapa teman saya," ujar anak kedua daripada lima beradik itu.


ANZALNA dan Aiman dilihat mempunyai potensi besar untuk menjadi pelapis pelakon baharu jika mereka terus konsisten dan tidak terlalu banyak kontroversi.




Aiman sisihkan nyanyian

Lupa daratan setelah keluar daripada program Mentor 5 dan melupai dunia seni suara yang pernah memperkenalkan Aiman kepada umum? Itu isu yang ditimbulkan jejaka yang sedap mata memandang ini.

Membalas kenyataan itu, Aiman, 22, membuktikan dia kini masih setia dengan dunia seni suara tempat dia bermula.

"Bidang nyanyian adalah bidang yang saya ingin teruskan. Saya kini baru saja usai merakam sebuah lagu duet dengan Almy Nadia untuk sebuah drama di Astro dan kini sedang dalam proses mengeluarkan single pertama dan mengumpul material," jelasnya yang mempunyai simpanan lagu yang diciptanya sendiri.

Berlakon tidak pernah diimpikannya, malah setelah membintangi drama Kitab Cinta bersama pelakon hebat, Fazura dan kini menjadi muka utama drama Vanilla Coklat bersama Izara Aishah, Aiman akui dia masih mentah!

"Memang saya minat sangat bidang lakonan, tak pernah terlintas untuk terlibat pun. Saya penggemar filem dan apabila mendapat tawaran berlakon daripada Erma Fatima saya terus terima.

"Sejauh mana saya boleh pergi, saya akan buat dan pastinya bidang lakonan dan nyanyian akan berjalan seiringan," katanya yang ingin memperbaiki lebih banyak aspek ekspresi wajah.

Mempertaruhkan wajah semata-mata untuk menapak dalam industri, kata Aiman kelebihan sebenarnya ramai orang yang belum nampak.

"Daripada Mentor lagi saya rasa tidak puas dan apa yang ditonjolkan di atas pentas adalah bukan diri saya yang sebenar, itu bukan yang saya mahukan.

"Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, jika bersandarkan pada wajah semata-mata sampai bila? Saya akan buktikan suatu hari nanti Aiman sebenar akan keluar dari diri saya," ujarnya yang tidak terlintas untuk menutup periuk nasi orang dalam bidang lakonan.

Aiman bakal terlibat dengan telefilem Platform yang bakal memulakan penggambaran pada bulan Februari ini dan terkini sedang menjalani penggambaran bersama telefilem 560 Hari Mencari Cinta. -kosmo-

Shahrizal curang! - Miera Liyana

Posted: 29 Jan 2012 09:37 PM PST

 
HUBUNGAN cinta Shahrizal dan Miera diuji dengan kewujudan orang ketiga.


MEREKA pernah mengumumkan bercinta. Itu momen manis kisah cinta yang terjalin antara Miera Liyana dan Shaz Jaszle atau kini lebih dikenali sebagai Shahrizal.

Namun setelah beberapa bulan menjalin hubungan cinta, ikatan cinta mereka itu kini dikatakan sedang berada di ambang peleraian. Miera dan Shahrizal didakwa sudah bergaduh!

Puncanya, Shahrizal yang didakwa curang! Dia dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain yang juga seorang pelajar jurusan perubatan.

Meira menitipkan maklumat mengenai perkara itu ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini, malah dia mengakui hubungannya dengan hero filem Azura 2012 itu kini berada dalam situasi tidak menentu.

Kosmo!: Adakah benar Miera dan Shahrizal sedang bergaduh seperti yang digembar-gemburkan baru-baru ini?

MIERA: Memang benar hubungan kami sekarang dalam situasi yang sangat sukar dan agak renggang. Bagi saya, itu adalah sesuatu perkara normal sekiranya pasangan kekasih bergaduh dan itulah yang kami alami. Kalau boleh saya tidak mahu menyalahkan sesiapa terhadap apa yang berlaku. Mungkin ini adalah disebabkan usia kami yang masih muda, tetapi sudah menjalinkan hubungan cinta.

Betulkan Shahrizal memang mempunyai wanita lain dan curang kepada Miera?

Baru-baru ini ada seseorang telah bertemu dengan saya dan menceritakan segala-galanya termasuklah hubungan Shahz dengan gadis berkenaan. Namun, saya tidak mahu mendedahkan identiti individu tersebut.

Bagaimana Miera boleh mudah percaya dengan apa yang telah diceritakan itu?

Saya akui pada mulanya sukar untuk mempercayainya memandangkan saya memang sedar ramai yang tidak menyukai hubungan saya dengan Shahz. Bagaimanapun, setelah saya tanya sendiri pada Shahz, akhirnya dia mengaku mempunyai hubungan dengan gadis yang dimaksudkan.

Adakah Shahrizal cuba menghubungi Miera untuk meminta maaf terhadap kesilapan yang dilakukannya itu?

Boleh dikatakan agak kerap juga dia menghubungi saya, tetapi hanya sesekali sahaja saya jawab panggilannya. Sekarang ini biarlah saya tenangkan fikiran dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Apa pun yang terjadi saya hanya anggap ini adalah sebagai satu dugaan yang cukup besar dalam hubungan percintaan kami berdua. Bagi saya perbuatan curang ini adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dimaafkan dan dilupakan sama sekali.

Benarkah dia ada meminta maaf kepada Miera menerusi laman sosial Twitter?

Memang dia ada berbuat demikian dengan harapan saya membaca permintaan maafnya itu apabila saya tidak mahu menjawab panggilannya. Lagipun saya memang selalu mengemaskini status laman Twitter saya.

Namun, tindakan yang cuba dilakukannya itu memang saya tidak suka kerana masalah peribadi tidak perlulah dihebahkan kepada semua orang. Sepatutnya dia haruslah fikir dahulu sebelum berbuat demikian. Saya anggap tindakannya itu seperti agak kebudak-budakan. Pada usia yang mencecah 25 tahun, dia perlu menjadi lelaki dewasa dan saya mahukan seorang lelaki matang untuk menjadi teman hidup saya.

Jadi, apakah status hubungan anda berdua sekarang?

Buat masa ini agak sukar untuk saya terangkan status hubungan kami, cuma perasaan sayang dan cinta terhadap dia masih lagi ada. Mungkin saya memerlukan masa untuk menilai semula tentang hubungan ini. Lagipun saya tidak mahu terlalu banyak membuat kenyataan kerana tidak mahu mengaibkan kekasih saya. Walaupun apa yang dia lakukan terhadap saya ini sangat mengguris hati dan perasaan saya.

Adakah pergaduhan kamu berdua ini sekadar gimik memandangkan filem Azura 2012 lakonan Shahrizal akan ditayangkan tidak lama lagi?

Gimik? Rasanya kami tidak perlu berbuat demikian memandangkan masing-masing sudah bertapak kukuh dalam industri ini.

Apakah projek terbaharu Miera sekarang?

Ketika ini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod iaitu Mulanya Di Sini untuk siaran RTM. Kemudian saya akan terbabit pula dalam sebuah filem arahan Mamat Khalid yang berjudul Amir Dan Lokman Ke Laut dan ia merupakan filem lakonan saya yang kelima. -kosmo-

Demi Moore derita

Posted: 29 Jan 2012 09:36 PM PST


RUPA-RUPANYA penderitaan yang dialami Demi Moore selepas berpisah dengan suaminya, aktor Ashton Kutcher memang begitu berat. Terkini, Demi Moore terpaksa dikejarkan ke hospital kerana penyalahgunaan ubat-ubatan.

Menurut laporan Dailymail, penyebab Demi Moore dimasukkan ke hospital disebabkan anoreksia dan penyalahgunaan ubat-ubatan.

Ketika ini, aktres berusia 49 tahun itu dikhabarkan sedang menjalani rawatan intensif untuk memulihkannya dari anoreksia dan pengaruh ubat di dalam tubuhnya.

"Dia pengsan selepas mengalami kekejangan. Dia memang tidak menjaga kesihatannya sejak akhir-akhir ini sehingga berat badannya menurun secara drastik. Demi sedang menjalani rawatan anareksia dan pelbagai perkara lain yang menyebabkannya kekejangan," ujar salah satu sumber yang terdekat dengan aktres itu.

Kebelakangan ini, berat badan Demi memang menurun secara drastik dan seolah-olah menuju kepada tahap yang membimbangkan. Perkara itu terjadi sejak berita skandal suaminya tersebar. Tidak tahan dengan keadaan tersebut, Demi akhirnya mengambil keputusan bercerai dengan Ashton pada November 2011 tahun lalu. Saat ini, kedua-duanya masih dalam proses perceraian.

Ironinya, ketika Demi sedang terbaring tidak berdaya di hospital, Ashton ternyata sedang berhibur bersama kawan-kawannya di Brazil. Bintang Two And A Half Men itu dilihat sedang menghadiri konsert Bruno Mars di negara tersebut. -kosmo-

Pameran festival keranda bentuk unik

Posted: 29 Jan 2012 09:33 PM PST


PARA pelawat melihat keranda berbentuk kasut balet.



LONDON - Satu pameran tentang pelbagai bentuk keranda unik bagi memenuhi permintaan orang ramai apabila mereka meninggal dunia diadakan di London.

Pelbagai bentuk keranda seperti kapal terbang, gerabak kereta api lama, biola dan singa dipamerkan yang dihasilkan oleh pembuat keranda Crazy Coffins yang beribu pejabat di Nottingham, Britain.

"Saya tidak berfikir bahawa tiada benda yang kami tidak boleh lakukan," kata Pengarah Urusan Crazy Coffins, David Crampton.

"Para pelanggan merupakan pereka, kami hanya membuat apa yang mereka mahu.

"Kami menyatakan kepada mereka (para pelanggan), terdapat satu pilihan terakhir," katanya.

Firmanya itu membuat keranda dalam pelbagai bentuk seperti bot Viking, kereta Rolls-Royce, papan luncur dan layang-layang. - AFP

Tiga Wanita Tanpa Baju Ditangkap

Posted: 29 Jan 2012 09:30 PM PST


DUA wanita separuh bogel cuba memanjat pagar manakala seorang rakan mereka memegang kad menuntut keadilan ekonomi dekat lokasi Forum Ekonomi Dunia di Davos kelmarin.



DAVOS, Switzerland - Tiga wanita dari pertubuhan pembela hak asasi wanita, FEMEN ditangkap polis kerana mendedahkan payudara semasa menunjuk perasaan di lokasi Forum Ekonomi Dunia yang disertai beberapa pemimpin dunia di sini pada Sabtu lalu.

Dua daripada mereka ditangkap polis semasa cuba memanjat pagar ke sebuah resort yang menjadi lokasi forum tersebut berlangsung.

Mereka yang menuntut keadilan ekonomi dunia hanya memakai seluar panjang tanpa baju walaupun cuaca amat sejuk. - Agensi/AFP

Elak Bertemu Korea

Posted: 29 Jan 2012 07:12 PM PST


ATAS kertas, Malaysia diletakkan selaku pilihan kelima pada kempen kelayakan Piala Thomas 2012.Empat pasukan - China, Korea Selatan, Jepun dan Indonesia bakal menjadi halangan utama Malaysia pada kempen kelayakan Piala Thomas 2012 yang akan berlangsung di Macau bulan depan.

Menjelang majlis undian kelayakan Piala Thomas 2012 yang berlangsung hari ini, ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek tanpa berselindung berharap anak-anak buahnya dapat mengelak menentang Korea Selatan berbanding China, Jepun mahupun Indonesia di peringkat suku akhir nanti.

Hanya empat pasukan terbaik dari kelayakan Zon Asia layak bersaing pada pusingan akhir di Wuhan, China bermula 20 hingga 27 Mei depan.

CHINA, Korea Selatan, Jepun dan Indonesia.

Empat pasukan ini yang dijangka menjadi halangan utama Malaysia bagi memburu slot ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 di Wuhan, China Mei depan.

Mahu atau tidak, skuad negara terpaksa menerima hakikat bahawa salah satu lawan yang bakal menanti mereka dalam saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan di Macau bulan depan adalah di antara empat pasukan tersebut.

China tampil sebagai pilihan pertama, diikuti Korea Selatan (kedua), Jepun (ketiga) dan Indonesia (keempat) yang mana keempat-empat pasukan tersebut akan dipecahkan dalam empat kumpulan berasingan.

Ia sekali gus meletakkan skuad negara tiada pilihan, selain perlu berdepan salah satu daripada empat pasukan tersebut dalam saingan peringkat kumpulan.

Dalam saingan peringkat kumpulan, peluang skuad negara untuk mara ke peringkat suku akhir sebagai naib juara kumpulan tampak cerah berdasarkan reputasi pasukan-pasukan lain yang turut mengambil bahagian pada kempen kelayakan kali ini.

Namun, skuad negara perlu cuba menamatkan saingan peringkat kumpulan sebagai juara jika tidak mahu berdepan laluan getir pada peringkat suku akhir.

Atas kertas, jika diletakkan satu kumpulan dengan China dan skuad negara hanya mampu bergelar naib juara sahaja, mereka berkemungkinan akan berdepan Korea Selatan, Jepun dan Indonesia pada peringkat suku akhir dan begitu juga sebaliknya.

Ini kerana, baik China, Korea Selatan, Jepun dan Indonesia, pasukan-pasukan tersebut dijangka mudah untuk bergelar juara kumpulan.

Bagi ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek, andai diberi pilihan, beliau tidak mahu skuad negara berdepan Korea Selatan di peringkat suku akhir.

Rashid berkata, Korea Selatan mampu menjadi pemusnah kepada harapan skuad negara berbanding China, Jepun dan Indonesia untuk mara ke peringkat separuh akhir, sekali gus menempah slot automatik ke pusingan akhir.

"Korea Selatan ada dua pasangan beregu yang kuat jika dibandingkan dengan skuad negara. Daripada situ sahaja mereka berkemungkinan boleh mendapat dua mata dan hanya perlukan satu mata sahaja lagi dalam acara perseorangan bagi mengesahkan kemenangan.

"Jika berdepan China pula, skuad negara sebenarnya masih ada peluang untuk menang. China tidak menghantar barisan pemain terkuat mereka pada kempen kelayakan kali ini, jadi kita masih ada peluang.

"Begitu juga jika berdepan Jepun dan Indonesia. Peluang untuk menang 50-50. Berdepan dua pasukan tersebut, satu mata daripada acara perseorangan sudah pasti memihak kepada skuad negara menerusi Datuk Lee Chong Wei.

"Manakala untuk perseorangan kedua, ketiga dan beregu pertama dan kedua kekuatannya adalah seimbang," kata Rashid.

Hanya empat pasukan terbaik dari kelayakan Zon Asia layak bersaing pada pusingan akhir di Wuhan, China bermula 20 hingga 27 Mei depan.

Bagaimanapun, andai China berjaya bergelar juara pada kempen kelayakan, pasukan kelima terbaik akan layak ke pusingan akhir. -kosmo-

Kim Swee: Khairul Fahmi bukan 'anak emas'

Posted: 29 Jan 2012 07:10 PM PST


KHAIRUL FAHMI sentiasa berfikiran positif setiap kali diberi amanah menjaga gawang skuad negara.


"APEX (Khairul Fahmi Che Mat) bukan 'anak emas' skuad Olimpik negara, sebaliknya saya akan melayan kesemua pemain sama rata, jadi tuduhan itu jelas tidak berasas."

Demikian tegas pengendali skuad bawah 21 tahun negara, Ong Kim Swee berhubung tiada sebarang tindakan yang dikenakan terhadap Khairul Fahmi yang 'gagal dikesan' semasa latihan hari pertama skuad itu di Wisma FAM, Kelana Jaya Rabu lalu.

Kim Swee berkata, pihaknya sentiasa bertolak ansur dan mendengar segala masalah yang dihadapi setiap pemainnya termasuk Khairul Fahmi, selain tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman.

"Dalam kes Apex, semua sudah sedia maklum bahawa ia hanya satu salah faham dan dia bukannya suka-suka ponteng menjalani latihan.

"Jasa Apex bersama skuad negara juga cukup besar, jadi janganlah menyangkakan dia 'anak emas' semata-mata tidak berdepan sebarang hukuman berhubung tindakannya (tidak menjalani latihan) sebelum ini," kata Kim Swee kepada Kosmo!

Sebelum ini, Khairul Fahmi mengakui 'terkeliru' mengenai jadual latihan pasukan kebangsaan menjelang pertemuan menentang Bahrain dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C pada 5 Februari depan.

Difahamkan, Hero Malaya itu terikat dengan komitmen bersama majikannya, Kelantan sebagai persediaan berdepan Kuala Lumpur bagi aksi Liga Super di Kota Bharu malam kelmarin. Kelantan menang 3-0 dalam pertemuan itu.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata, kesemua pemain yang tidak membarisi skuad Harimau Muda A termasuk Khairul Fahmi, Mohd. Zubir Azmi dan Muslim Ahmad (Terengganu), K. Gurusamy (Selangor), Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan), Ahmad Fakri Saaraini (Felda United), Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS) dan Wan Amirzafran Wan Nadris (Harimau Muda B) kembali menjalani latihan semalam sebelum berlepas ke Manama pada 1 Februari depan.

Bagaimanapun, jelasnya, kedudukan pemain-pemain terbabit masih belum terjamin sepenuhnya apabila beliau hanya akan membawa 21 pemain sahaja ke Manama, sekali gus menyaksikan sekurang-kurangnya empat pemain akan digugurkan.

"Saya mementingkan prestasi semasa pemain tidak kira sama ada mereka pemain Harimau Muda ataupun tidak.

"Justeru nama-nama pemain yang digugurkan dijangka diketahui selepas aksi persahabatan menentang Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil Selasa ini (esok)," katanya. -kosmo-

Hukum Potong, Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang!

Posted: 29 Jan 2012 06:50 PM PST



SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.

Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.

Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu. -metro-

Sara 1M beri pulangan RM13,000

Posted: 29 Jan 2012 06:45 PM PST


NOH (tiga dari kanan) merasmikan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) Peringkat Negeri Selangor sambil diperhatikan oleh Hamad Kama (dua dari kanan) di Tanjung Karang, Kuala Selangor semalam.



KUALA SELANGOR - Sebanyak 100,000 isi rumah yang membuat pelaburan melalui Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1M) dijangka memperolehi pulangan pelaburan sekurang-kurangnya RM13,000 selepas tempoh lima tahun pinjaman.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, pulangan pelaburan itu akan diperoleh sekiranya mereka tidak membuat sebarang pengeluaran.

"Bukan sahaja kadar bayaran bulanan yang rendah, RM84 mereka turut mendapat insentif bulanan sebanyak RM134 dalam bentuk unit-unit tambahan.

"Dalam masa lima tahun, jika mereka tidak mengeluarkan pelaburan yang dibuat, isi rumah ini akan dapat sekurang-kurangnya RM13,000 selepas lima tahun," katanya. -kosmo-

Al-Quran dibuang dalam guni

Posted: 29 Jan 2012 06:41 PM PST


 Inilah sebahagian naskhah al-Quran yang dibuang di Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut, Pahang semalam.



JERANTUT – Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.

Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.

Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan. -kosmo-

No comments: