Sunday 22 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Video Izwan Pilus Meninggal Dunia - Rakaman Suasana Sekitar Di Hospital

Posted: 21 Jan 2012 02:34 AM PST



Video Izwan Pilus Meninggal (credit to Harian Metro)





Gambar Sekitar Pengebumian Arwah Izwan Pilus

Posted: 21 Jan 2012 04:21 AM PST

Pesanan Terakhir Izwan Pilus Minta Aril Jaga Ibu Bapa


Penyanyi Khairil Azam Pilus atau Aril memberitahu tidak dapat melupakan pesanan abangnya, Allahyarham Khairil Izwan Pilus, 33, supaya menjaga ibu dan ayah mereka.

Selain amanat itu, Izwan pernah memarahi Aril yang masih tidak tahu melipat baju kira-kira tiga minggu lalu itu.

"Semua ini berlaku dengan begitu pantas. Saya tak sangka abang (Izwan) pergi secepat ini. Masih terngiang-ngiang di telinga saya apabila dia memberi kata-kata akhir yang dia sayangkan saya dan meminta saya untukmenjaga mak dan ayah.

"Malah tiga minggu sebelum meninggal, dia ada memarahi saya kerana tidak tahu melipat baju. Katanya; 'Kau ni bila nak pandai lipat baju'?Nak tunggu aku mati ke baru nak belajar?'," katanya sebak.

Izwan meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat sini kira-kira pukul 6.15 petang Jumaat, akibat terkena jangkitan kuman dalam darah dan virus kencing tikus yang serius.


Izwan Pilus Meninggal Dunia



Orang ramai hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Izwan Pilus. Foto ihsan Maya (Matahari)

Mengimbas tentang karakter Izwan, kata Aril yang merupakan bintang Akademi Fantasia ke Tujuh (AF7), penyanyi itu seorang yang bersifat pelindung dan selalu membantu keluarga ketika dalam kesusahan. Malah Izwan begitu bijak dalam menguruskan hal keluarga.

Dalam pada itu, Aril dan abangnya itu turut merancang untuk menghasilkan sebuah single duet bersama, namun impian itu tidakkesampaian.

"Nampaknya impian kami untuk menyanyi berduet tidak tercapai dan saya pun tak pasti apa yang perlu dirancang selepas ini memandangkan abang dah tak ada," ujarnya ringkas.



Ketika di hospital, lebih daripada 100 orang termasuklah keluarga, rakan-rakan artis dan pihak media memenuhi kawasan bilik mayat untuk melihat Allahyarham buat kali terakhir.

Penyanyi Farhan (AF) yang datang bersama tunangnya berkata, dia terkejut dengan berita kematian teman akrabnya itu.

"Walaupun sedih dengan pemergiannya, saya reda dengan ketentuan Ilahi. Sekurang-kurangnya saya adalah orang yang terawal datang ke hospital untuk melihatnya buat kali terakhir.

"Memang perasaan saya sangat sedih kerana kami telah mengharungi pelbagai kenangan pahit dan manis bersama sejak berkenalan pada pertandingan nyanyian Bintang RTM pada tahun 2004.

"Dia seorang yang begitu baik dan suka menyakat rakan-rakannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat," kata Farhan.

Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Kencana Devi pula berkata, sehingga kini dia masih lagi tidak dapat menerima kehilangan Izwan kerana usia yang terlalu muda.

"Susah untuk saya terima tentang pemergiannya. Berdasarkan apa yangsaya tahu, Izwan seboleh-bolehnya tidak mahu menyakiti hati sesiapa dan kerana itu dia dikelilingi ramai teman hari ini," ujarnya.

Selain Farhan dan Kencana, antara selebriti yang melawat Allahyarham di hospital ialah Farawahida, Zed Zaidi, Akim dan Hafiz (AF), Azza (Elite) dan Roslan Shah.

Izwan merupakan finalis Bintang RTM 2004 telah menghasilkan album "Erti Kasih" yang memuatkan lagu "Kembali Senyum", sebuah lagu saduran yang dipetik daripada drama "Full House" dari Korea Selatan.

Dia juga aktif menjadi pengacara untuk beberapa program terbitan RTM.

Terdahulu jenazah Allahyarham yang di bawa pulang ke kampungnya pada Jumaat selamat dikebumikan kira-kira pukul 10.30 pagi Sabtu, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang Gubah, Jasin, Melaka. -mstar-

Gambar Akim AF7 Di Waktu Zaman Persekolahan

Posted: 21 Jan 2012 03:22 AM PST

Ni gambar Akim di waktu persekolahan dulu, rasanya waktu itu Akim sudah pon mempunyai peminat dikalangan pelajar perempuan aka kawan-kawan persekolahannya. Nampak dari gambar sahaja dah tahu, Akim seperti nya 'goodboy' punya orang. Sekarang tak usah kata la, lagi ramai peminat Akim ni kan. Boleh la gak dijadikan kenangan gambar-gambar persekolahan Akim ni.







credit to izyan

Anis Aneesa Bertunang Dengan Lelaki Iran

Posted: 21 Jan 2012 02:53 AM PST



KUALA LUMPUR: Penyanyi Anis Aneesa mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan dari Iran, Ali Hedayati (Alex) dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Hotel Quality, di sini, malam Jumaat.

Bercerita tentang perkenalannya dengan lelaki berusia 32 tahun itu, Anis atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 25, berkata dia berasa yakin untuk menerima lamaran kekasihnya itu kerana berasa selesa dan selamat setiap kali bersama.


Anis Aneesa bersama tunangnya, Ali Hedayati (Alex).

"Kalau diikutkan kami baru sahaja berkenalan kira-kira enam bulan yang lalu di satu majlis sambutan hari lahir seorang kawan saya.

"Tempoh perkenalan kami yang singkat tidak menjadi isu atau halangan kerana saya yakin dan percaya dengannya.

"Sikap penyayang dan mengambil berat dalam dirinya itu menepati kriteria lelaki yang saya cari," katanya yang ditemui selepas majlis pertunangan itu, di sini.

Penyanyi lagu Qasidah Cinta ini berkata mereka hanya bertunang untuk tempoh yang singkat dan sudah merancang untuk bergelar suami isteri kira-kira enam bulan selepas itu.

"Buat apa hendak tangguh lama-lama ikatan pertunangan jika kami sudah bersedia untuk berkahwin.

"Umur saya juga akan mencecah 26 tahun pada tahun ini. Saya sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri," katanya.

Diusik pula tentang keistimewaan Anis di matanya, Alex berkata faktor bahasa, budaya dan bangsa yang berlainan tidak menjadi isu kerana dia tertawan dengan kelembutan dan latar belakang penyanyi itu yang rapat dan mengutamakan keluarga.

"Saya senang dengan sikapnya yang baik, bersopan-santun dan mengutamakan keluarga," katanya.Pada majlis yang bertemakan malam Arab/Maghribi itu, pasangan tersebut mengenakan sepersalinan pakaian tradisional Melayu berwarna merah.

Selain dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan rapat pasangan itu, majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis termasuklah Ayati Tasrip, Yantzen dan ramai lagi. -mstar-

Ogy Maafkan Johan (Raja Lawak) Tetapi Tetap Saman

Posted: 21 Jan 2012 02:45 AM PST



Pelakon dan pengacara popular, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy menyatakan sudah memaafkan Johan (Raja Lawak) yang dianggap telah mengaibkannya ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia Ke 24 (FFM24) tahun lalu.

Ogy berkata, sebagai seorang wanita Islam, dia tidak membenci Johan malah telah memaafkan pelakon komedi itu yang menggunakan namanya sebagai bahan lawak dengan niat mempersendakannya.

Ogy berharap pengacara muda itu mempelajari kesilapan yang telah dilakukan.

"Bagaimanapun, berkenaan dengan tindakan saman itu (terhadap Johan) , saya serahkan sepenuhnya kepada peguam saya.

"Apa-apa pun, saya dah okey tentang hal ini. Cuma dia harus belajar daripada kesilapannya supaya tahu mana yang patut atau tidak ketika mengacara bersama pasangan mengikut kesesuaian.

"Tidak kira sama ada pasangan yang kita mengacara bersama itu lebih berusia atau tidak, kita perlu menghormatinya. Johan seorang yang berbakat besar tetapi dia perlu gunakan bakatnya dengan betul dan kenal majlis itu apakah kata-kata yang sesuai sewaktu mengacara.

Tambah Ogy, kerana kata-kata sinis juga, ia bukan sekadar menyinggung perasaan orang malah boleh 'mencacatkan' sesebuah majlis yang dikendalikan.

Beberapa minggu selepas FFM24, Ogy telah membuat kenyataan kepada beberapa media akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Johan kerana mempersendakan arwah ibu bapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.

Ogy juga menyifatkan kata-kata Johan ketika mengacara bersama adalah kurang ajar serta satu penghinaan di mana dia tidak mampu untuk bertolak ansur dengan sikap biadab itu.

Sementara itu, Ogy yang kini bakal menjadi mentor bagi program realiti 'Mentor' tidak lama lagi begitu berkobar-kobar untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik kepada "protegenya".

"Sepatutnya uji bakat untuk mencari protege saya pada 4 Februari ini tetapi saya ingin membuat usaha saya sendiri dengan mencari bakat-bakat baru di beberapa universiti.

"Kalau boleh saya mahu mencari protege yang mempunyai ilmu seni muzik dan sedikit sebanyak memudahkan saya untuk mengajar. Malah saya juga akan membuat kelas tambahan buat protege yang dipilih nanti," ujarnya. -mstar-

'ON AIR' : Peserta Jangan Pakai Selipar - Aznil

Posted: 21 Jan 2012 02:38 AM PST



Pengacara Azni Nawani menasihati orang ramai yang berhasrat menjadi pengacara menerusi uji bakat bagi rancangan ON AIR, tidak memakai selipar sebaliknya perlu menghiaskan diri agar kelihatan menarik.

Aznil yang juga ketua juri berkata, jika mereka hadir dengan imej tersebut, ia secara tidak langsung menampakkan keperibadian yang tidak serius untuk bergelar seorang pengacara.

"Saya agak sedih kerana ramai peserta yang diiji bakat di Pulau Pinang pada 14 dan 15 Januari lalu gagal kerana mereka tidak bersedia dengan imej yang menarik dan kelihatan eperti tidak serius untuk menceburkan diri dalam bidang ini," katanya kepada mStar Online dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Tambah Aznil peserta juga diingatkan supaya tidak meniru gaya pengacara sedia ada sebaliknya perlu tampil dengan imej bersahaja tetapi meyakinkan.

Selain itu katanya, gaya seperti seorang pakar motivasi dan juga pendebat juga perlu dielakkan kerana ia tidak menepati kehendak program berkenaan dalam mencari pengacara pelapis.

"Saya melihat sambutan orang ramai untuk bergelar pengacara amat baik. Di Pulau Pinang, lebih 200 orang hadir untuk sesi berkenaan tetapi sayangnya mereka tidak bersedia," ujarnya.



Bagaimanapun agak menarik perhatian menurutnya, kehadiran juri jemputan, Datin Seri Normala Shamsudin pada sesi itu ternyata telah memberikan semangat kepada orang ramai untuk memberanikan diri untuk diuji bakat.

Program ON AIR ini akan memilih masing-masing tujuh wanita dan lelaki yang akan ditempatkan di lokasi terpilih bagi menjalani kursus yang telah ditetapkan dalam usaha memantapkan mereka untuk bergelar pengacara televisyen.

Peserta bertuah akan diberi tunjuk ajar, pendedahan serta tugasan tertentu selama 10 minggu yang berlandaskan format televisyen iaitu berita, majalah dan hiburan.

Juara bakal menandatangani kontrak sebagai 'Artis Residen Astro' selama tiga tahun dan pelbagai hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kelak.

Selain bertindak sebagai juri, Aznil yang dibantu oleh pengacara Suhaimi Sulaiman juga bertanggungjawab untuk melatih dan membimbing para peserta menjadi seorang pengacara yang versatil.

Selepas Pulau Pinang, pihak produksi akan mengunjungi tiga buah lokasi lain seperti berikut:-

Johor Baru: The Puteri Pacific - (21 & 22 Januari)

Sarawak: Merdeka Palace, Kuching - (28 & 29 Januari)

Kuala Lumpur: Pusat Penyiaran Asia (Astro), Bukit Jalil - (4 & 5 Februari)

Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi uji bakat dibuka dari pukul 9 pagi hingga 1 petang.

Peserta lelaki atau perempuan tidak kiralah sama ada bujang atau berkahwin mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 30 tahun.

Mereka perlulah berkebolehan bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik selain berpersonaliti menarik.

Para peserta perlulah membawa salinan kad pengenalan, resume dan sekeping gambar berukuran 4R. -mstar-

Dain Said Tidak Kesal Filem Kisah Mona Fendey Dibekukan

Posted: 21 Jan 2012 02:26 AM PST

Dain Said mahu fokus pada filem Bunohan yang akan ditayangkan di pawagam bermula 8 Mac depan.

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Bunohan Dain Iskandar Said tidak menyesal filem pertama arahannya Dukun yang diterbitkan enam tahun lalu dibekukan daripada tayangan gara-gara kontroversi.

Dain berkata sebagai pengarah yang hanya dibayar gaji untuk mengarah filem itu, dia tidak berhak untuk mengulas lanjut tentang isu filem yang dikatakan memaparkan kisah pembunuhan ahli politik Malaysia, Datuk Mazlan Idris oleh bomoh bernama Mona Fandey.

"Soal filem itu ditayangkan atau tidak berada di luar kawalan saya. Saya hanya diminta untuk mengarahkannya dan tiada sebarang kuasa untuk mengulas lanjut tentang apa juga kontroversi atau pandangan orang ramai tentang nasib filem itu.

"Secara peribadinya, tidak timbul isu menyesal atau terkilan tetapi saya bersedih kerana masyarakat tidak berpeluang untuk menonton lakonan hebat para pelakonnya termasuk Umie Aida dan Faizal Hussein," katanya dalam satu pertemuan bersama mStar Online.

Difahamkan keluarga Allahyarham Mona Fendey kurang senang dengan penerbitan filem itu dan berhasrat mengambil tindakan mahkamah jika ia ditayangkan kepada umum.

Dain berkata apa yang menjadi keutamaannya kini adalah untuk memandang ke hadapan dan memikirkan tentang peluang dan sambutan filem terbarunya, Bunohan apabila ia ditayangkan pada 8 Mac depan.

"Filem Bunohan bagaikan bayi saya kerana ia bukan saja ditulis dan diarahkan oleh saya, malah ia diterbitkan oleh syarikat produksi saya Apparat Films.

"Besar harapan saya filem ini diterima oleh penonton kerana ia bukan sahaja sebuah filem yang sarat dengan kisah dan budaya, ia juga diimbangi aksi dan lakonan para pelakon yang berkaliber," katanya.

Bunohan berkisar tentang hubungan tragik dan kasih sayang adik-beradik dan konflik bersama bapa mereka yang uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan itu telah mendorong tiga saudara ini ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan.

Sekalipun belum menjengah pawagam tempatan, filem lakonan Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim ini sudah mendapat perhatian secara meluas di merata festival filem di luar negara termasuklah di Toronto, Kanada, Rotterdam, Belanda dan Taipei, Taiwan. -mstar-

Johnny Depp & Vanessa Paradis Berpisah

Posted: 21 Jan 2012 02:24 AM PST

 Johnny Depp dan kekasihnya, Vanessa Paradis. - Foto REUTERS


NEW YORK: Aktor Johnny Depp dilaporkan sudah berpisah dengan kekasihnya, Vanessa Paradis.

Depp mula bercinta dengan penyanyi Perancis itu sejak 1998. Mereka yang menetap di bahagian selatan Perancis mempunyai dua anak Lily-Rose, 12, dan Jack yang berusia sembilan tahun.

Menurut laporan People.com, pencapaian luar biasa aktor itu dalam bidang lakonan telah menimbulkan ketegangan pada rumah tangga mereka sehingga dipercayai mereka tinggal berasingan.

"Sepanjang tempoh tujuh tahun yang diambil Vanessa untuk mengeluarkan beberapa album dan filem, Depp juga sibuk dengan watak Captain Jack Sparrow (bagi filem francais filem Pirates of the Caribbean sehingga merenggangkan mereka," kata satu sumber. - IANS

Avril Lavigne & Brody Jenner Nafi Putus Cinta

Posted: 21 Jan 2012 02:19 AM PST



PASANGAN selebriti Avril Lavigne dan Brody Jenner menegaskan mereka belum lagi putus cinta seperti yang didakwa oleh kebanyakkan pihak media.

Menurut laporan laman portal Contactmusic, pasangan ini telah membuat kenyataan menerusi akaun Twitter masing-masing mengatakan perhubungan mereka masih lagi baik seperti biasa.

"Saya benar-benar terkejut dengan semua berita palsu itu. Avril masih lagi dengan ku dan dia merupakan wanita yang paling rapat. Saya cintakannya," kata Brody pada entri Twitter miliknya.

Kemudian, Avril pula membalas, "Aku juga cinta kamu @BrodyJenner."

Terdahulu, pasangan ini dikhabarkan putus cinta gara-gara aktiviti muzik Avril yang begitu padat sehingga menyebabkan mereka jarang bertemu.

Sepanjang percintaan mereka. Avril telah membuat tatu pada bahagian kanan dadanya tertulis nama Brody manakala saudara Kim Kardashian itu pula membuat tatu nama Avril pada bahagian lengannya.

Avril juga pernah menyatakan ingin berkahwin lagi walaupun pernah melalui pengalaman pahit bercerai dengan ahli kumpulan Sum41, Deryck Whibley. -mstar-

Taylor Swift & Zac Efron Dikatakan Sedang Bercinta?

Posted: 21 Jan 2012 02:17 AM PST



SELEPAS melalui dugaan kegagalan cinta, dua selebriti popular Taylor Swift dan Zac Afron dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan cinta.

Menurut laporan Dailymail, kedua-dua mereka telah dilihat mesra saat menikmati makan malam di sebuah restoran Itali, Los Angeles, malah mereka menaiki kereta Zac bersama-sama.

Sepanjang makan malam bersama, bekas kekasih Vanessa Hudgens itu melayan Taylor dengan penuh santun dan mereka tampak seperti baru sahaja memulakan perhubungan cinta itu.

Bintang High School Musical ini pernah menyatakan Taylor seorang wanita cantik dan manis manakala Taylor pula mengatakan Zac seorang lelaki yang luar biasa.

Bagaimanapun, terdapat sumber lain mengatakan Taylor dan Zac masih lagi berkawan seperti biasa.

"Sebenarnya Zac dan Taylor sudah lama berkawan dan pada hari mereka menikmati makan malam bersama, kedua-duanya telah melakukan aktiviti beriadah.

"Walaupun saling memuji antara satu sama lain, mereka bukanlah satu pasangan yang serasi," ujar sumber berkenaan.-mstar-

Transformasi Toyota Avanza

Posted: 20 Jan 2012 06:56 PM PST


SEWAKTU pengenalannya pada Oktober 2004, jentera tujuh tempat duduk jenama Jepun ini tidak mengambil masa lama untuk menjadi popular. Hanya selepas setahun diperkenalkan, Toyota Avanza sudah menjadi model jualan terbaik kenderaan bukan nasional di negara ini.

Lebih menarik lagi apabila gelaran tersebut berjaya dipertahankan oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) itu selama tiga tahun berturut-turut. Inilah antara produk terlaris UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota).


BAHAGIAN belakang Avanza kini lebih menarik perhatian.

Generasi pertama Avanza berada dalam pasaran selama tujuh tahun. Angka jualannya sudah melepasi paras 140,000 unit. MPV tersebut terus meraih sambutan menggalakkan kerana faktor mampu miliknya.

Namun, senario itu mula berubah apabila dua pengeluar kenderaan tempatan iaitu Proton dan Perodua memperkenalkan produk masing-masing, sekali gus menggugat monopoli Avanza.

Biarpun berada dalam kategori berlainan iaitu nasional dan bukan nasional, kemasukan model Proton Exora dan Perodua Alza memberi pilihan baharu kepada kalangan pengguna. Kedua-dua MPV itu dilihat menjadi antara penyebab jumlah jualan Avanza menurun. Ditambah dengan pengenalan model MPV daripada pesaing Toyota lain yang turut ingin berkongsi pasaran MPV tempatan.

Proton Exora diperkenalkan pada tahun 2009, manakala Perodua Alza menyertai persaingan pada 2010. Kedua-dua model itu sememangnya membantu mengembangkan lagi segmen MPV di negara ini. Malah, firma penyelidikan dan perunding antarabangsa, Frost & Sullivan menyifatkan tahun 2009 dan 2010 sebagai tahun penting buat segmen MPV.

Penurunan jualan Avanza bukan sahaja kerana kemunculan produk-produk daripada pesaingnya, tetapi turut disebabkan oleh wajah lama Avanza. Konsumer sudah pastinya tertarik dengan produk baharu. Apatah lagi pada harga mampu milik.

Rekaan ala-ala kotak Avanza telah ditamatkan minggu lalu. Pembedahan kosmetik dilakukan oleh Toyota Motor Corporation (TMC). Hasilnya, Avanza generasi kedua dizahirkan. Avanza kini nampak lebih moden, sporty dan dinamik.

REKAAN papan pemuka yang minimalis dan praktikal.

Ketua Jurutera TMC, Kaoru Hosokawa memberitahu model itu dibangunkan bersama TMC dan UMW Toyota hasil maklum balas pelanggan. Sebelum terlupa, Avanza baharu diimport terus dari Indonesia. Ia tidak lagi dikeluarkan di kilang Perodua di Rawang, Selangor.

Rupa hadapan Avanza diubah. Paparan tiga dimensi diserapkan pada bahagian bonet. Bampar baharu dan set lampu hadapan dengan gril baharu menjadikannya lebih kemas. Perkara sekecil alat semburan air cermin hadapan juga telah dialih kedudukannya.

Kurang berat

Cermin hadapan jentera itu dicondongkan lagi untuk kelihatan sedikit lebar dan semakin sporty. Cermin sisi ditambah dengan lampu isyarat membelok. Pembuka pintu bahagian luaran ditukar kepada jenis grip. Tiada lagi pembuka pintu gaya van.

Bahagian belakang Avanza lama yang agak lesu akhirnya dilucutkan. Kali ini, set lampu belakang baharu, spoiler bumbung dengan lampu brek ketiga dan sensor undur dipasang padanya. Model baharu juga sudah ada pemegang pintu but.

BUTANG kawalan audio pada stereng memudahkan pemandu untuk fokus kepada pemanduannya.

Berat badan Avanza berjaya dikurangkan di antara 15 kilogram (kg) sehingga 20kg bergantung pada varian. Bukan dikurangkan besi pada badannya, sebaliknya Avanza menggunakan keluli tegangan lebih tinggi. Material polipropilena pada bampar juga membantu meringankan jentera itu. Meskipun begitu, ketegaran tubuhnya tetap dikekalkan.

Masuk sahaja ke dalam MPV tu, bahagian dalamannya kelihatan seperti sebuah kereta. Paling ketara ialah stereng tiga jejari yang lebih kecil jika dibandingkan model sebelumnya. Pencahayaan kabin juga lebih terang dan menenangkan.

Tema warna hitam menyelubungi bahagian dalaman. Papan pemuka dua tona menerima rekaan semula yang mana semua fungsi antaramuka ditempatkan pada bahagian tengah. Instrumen meter 3D berlatarbelakang warna oren pula dihiasi lingkaran krom.

Aspek keselesaan amat penting untuk sesebuah MPV. Jadi, tidak hairanlah jika ruang kabin model itu turut ditambah baik. Panjangnya bertambah di antara 10 hingga 15 milimeter. Malah barisan tempat duduk telah dicondongkan sedikit.

Turut diubah ialah tempat duduk barisan ketiga yang dipisahkan kepada menjadi dua buah kerusi. Ruang but lebih luas dengan faktor condong tempat duduk dan peluasan ruang kabin. Pelbagai ruang simpanan barangan kecil disediakan dalam kabin kenderaan.

Terdapat dua pilihan enjin iaitu 1.3 liter dan 1.5 liter yang kemudiannya dikembangkan menjadi empat varian 1.3E, 1.5G, 1.5E dan 1.5S. Avanza mengguna khidmat enjin spesifikasi Euro 4 dan ditala untuk dipadankan dengan kualiti petrol di Malaysia.

GUGUSAN meter yang kelihatan lebih bagus dan cantik berbanding model sebelumnya.

Antara keunikan Avanza ialah ia masih mengekalkan pacuan roda belakang. Menurut Hosokawa, kelebihan itu membolehkan Avanza mencapai radius pusingan minimum 4.7 meter, peneraju dalam kelas tersendiri. Kelebihannya, lebih mudah sewaktu meletak kenderaan atau mengemudi di laluan sempit.

Tambahan lain membabitkan stereng kuasa elektrik yang hanya menggunakan tenaga sewaktu stereng dipusingkan. Kadar bunyi dan getaran pula dikurangkan dengan aplikasi bahan penebat bunyi. Soal keselesaan pemanduan dikatakan semakin baik dengan adanya sistem ampaian baharu.

Presiden UMW Toyota, Ismet Suki memberitahu sebanyak 710 unit Avanza sudah ditempah di antara bulan Disember lalu sehingga 10 Januari 2012. Sasaran jualan tahun ini ialah di antara 8,800 sehingga 9,000 unit.

Ismet menyifatkan tahun 2012 sebagai tahun menarik buat Toyota. Sebabnya empat model baharu akan diperkenalkan, di samping penambahbaikan model-model sedia ada. Antara yang disebut-sebut ialah model Prius C menjelang Februari nanti. Sama-sama kita nantikan. -kosmo-

Sihir vokal Adele

Posted: 20 Jan 2012 06:44 PM PST



IRONI, Adele Laurie Blue Adkins atau nama pentasnya Adele bukan nama asing. Dia telah berada dalam industri muzik dunia lima tahun lalu. Malah menerusi debut berjudul 19, Adele juga sempat menerima empat pengiktirafan platinum di United Kingdom.

Namun hanya tahun lalu, namanya semakin menjadi sebutan. Baru ramai yang tercari-cari siapa pemilik vokal lunak dengan alunan cukup matang dan tersendiri di sebalik single Rolling In The Deep yang termuat di dalam album dengan judul 21.

Pada waktu itulah, baru mereka temui pemiliknya, si Adele, penyanyi dengan potensi luar biasa yang baru berusia 23 tahun.

Dilahirkan di Tottenham, London, England, Adele hanya dibesarkan oleh ibunya, seorang pereka perabot.

"Saya tak pernah kenal siapa bapa saya dan dia tidak berhak membuat kenyataan mengenai saya!," ujar Adele sedikit bengang saat disinggung tentang identiti bapanya yang sebelum ini muncul di sebuah akhbar tabloid Britian dan mengaku bahawa dia anaknya.

Sebaliknya, apa yang dia tahu, hanya ibunya yang wujud dalam kehidupan dia sejak 23 tahun lalu.

Bersama ibunya juga dia menikmati mimpi yang kini menjadi realiti. Mula menyanyi seawal usia empat tahun dan sudah sedar bahawa dia memiliki vokal yang begitu hebat, Adele terpengaruh untuk menjadi penyanyi kerana begitu meminati grup Spice Girls.

Grup tersebut yang telah membuat dia mengenali muzik sebelum sekitar usia 14 tahun, cintanya beralih kepada muzik jenis R&B dan mula jatuh hati dengan muzik alunan Aaliyah, Destiny's Child dan Mary J. Blige.

"Namun Pink adalah penyanyi yang telah membuat saya benar-benar mahu menjadi seperti mereka (penyanyi). Saya melihat dia menyanyikan lagu Missundaztood. Ia persembahan yang cukup memukau," ujarnya yang kemudian mengikuti pengajian di BRIT School for Performing Arts & Technology di Croydon pada tahun 2006.

Tamat pengajian, dia yang lebih berminat untuk menjaga bahagian A&R berharap dapat membantu seseorang melancarkan album dan karier mereka.

Sebaliknya, Adele yang kemudian terjebak menjadi penyanyi dan terkenal kini apabila seorang rakan memuat naik lagu nyanyiannya di laman Myspace.

Waktu itu, dia telah memberi dua buah lagu di laman PlatformsMagazine.com. Pada masa yang sama, dia merakamkan tiga buah lagu untuk projek kelas dan diberikan kepada seorang rakan sebelum rakannya itu memuat naik di Myspace dan Adele kemudian dihubungi syarikat rakaman XL Recordings untuk dilamar menjadi artis.

"Pada awalnya saya curiga dengan lamaran tersebut kerana saya hanya mengetahui Virgin Records sebagai syarikat rakaman. Saya pergi ke pertemuan dengan pihak XL Recordings dan membawa seorang rakan untuk menemani saya selepas itu, termeterai perjanjian antara kami," ujar Adele tertawa kecil mengenang kembali perjalanan seninya.

Mencapai sukses

Tidak mengambil masa yang lama, maka lahirlah album perdana yang diberi judul 19. Ia adalah lambang usianya sewaktu dia membikin naskhah tersebut.

Menerusi 19, Adele menjadi sebutan dengan single berjudul Chasing Pavements. Dia menerima banyak pencalonan termasuk Anugerah Mercury Prize dan Artis Wanita Terbaik UK dan Artis Baharu Terbaik dalam Q Awards.

Untuk mengukuhkan tapak sebagai penyanyi, Adele kemudian mengikat kontrak bersama Columbia Records dengan kerjasama XL Recordings untuk menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Ternyata percaturan tersebut berhasil. Namun dia sendiri yang menghancurkan karier yang baru ingin berkembang apabila membatalkan sesi jejalahnya hanya kerana takut meninggalkan kekasih!

"Saya fikir waktu itu saya terlalu takut untuk kehilangan dia (bekas kekasih). Saya tidak berfikir panjang dan terus membatalkan jelajah itu," katanya yang bagaimanapun mula sedar bahawa perbuatannya silap.

Menyedari kesilapan, dia menebus kembali dengan konsisten terhadap karier.

Maka lahirlah 21 pada tahun lalu yang telah meledakkan namanya di seluruh dunia. Single Rolling In The Deep dan Someone Like You begitu digilai. Album ini turut membuat namanya tersenarai di dalam Guinness Book Of World Records sebagai artis solo wanita yang telah menjual albumnya sebanyak lebih tiga juta unit setahun hanya di UK!

SAHAM Adele kini memuncak naik. Khalayak lebih menghargai bakat luar biasanya dan melupakan bentuk fizikalnya yang gempal.

Mengaku pada awalnya dia tidak mahu meletakkan judul 21 untuk album yang telah mengiktiraf namanya sebagai salah seorang pemenang anugerah tertinggi Grammy kerana bimbang dilabel tidak kreatif. Bagaimanapun perkara itu dibuang jauh.

Alasan Adele: "Selepas saya membaca semula ulasan tentang album 19 yang dahulu, saya kembali memilih 21 sebagai judul album kerana berasa 21 adalah usia yang matang. Secara peribadi, saya sendiri melihat kematangan saya dalam tempoh dua tahun itu. Malah saya fikir untuk menjadi seperti keterlaluan adalah lebih baik daripada mencuba untuk menjadi terlalu cerdik."

21 kemudian diisi dengan banyak untaian berkaitan hati yang patah akibat putus cinta dengan kekasihnya. Melabelkan bekas kekasihnya sebagai seorang yang berseni namun tidak romantik, Adele bagaimanapun mengakui lelaki itu banyak membantu dia menjadi wanita yang lebih matang.

Ditanya adakah album merupakan medium terbaik untuk mencurah rasa, jawab Adele: "Secara peribadi saya tidak tahu dengan pendapat orang lain, tetapi saya hanya mahu menjadi jujur. Kadangkala ia bergantung kepada emosi saya."

Menyentuh mengenai perjalanan kariernya yang cukup sukses pula, Adele mengatakan dia tidak mahu ambil pusing terhadap situasi yang berlaku sekarang.

Katanya: "Saya tidak membaca laporan tentang saya. Saya kira, pada masa kini, elok kalau saya terus membuat apa yang telah saya mulakan tanpa mahu mengambil kira apa yang orang perkatakan tentang saya kini. Jadi saya hanya membuat muzik seperti orang tidak mempedulikan saya sebelum ini."

Cipta rekod

Menerusi siri konsert jelajahnya yang bermula pada 21 Mac hingga 25 September tahun lepas, Adele telah muncul di serata Eropah dan Amerika Utara.

Namun, salah satu konsert secara langsung yang paling berbekas di hati peminat-peminatnya sudah tentu konsert yang berlangsung di Royal Albert Hall, London pada 22 September tahun lepas itu.

Sementelah konsert itu telah dirakamkan bukan sahaja dalam bentuk cakera padat tetapi juga cakera digital (DVD) yang kini boleh didapati di pasaran Malaysia RM65.90 (versi import) dan RM45.90 (versi tempatan).

Antara lagu-lagu yang terkandung dalam album Adele Live at the Royal Albert Hall itu termasuklah hit Set Fire To The Rain, Someone Like you dan Rolling in The Deep.

Pada hari pertama ia dilancarkan di pasaran Amerika Syarikat pada 29 November tahun lepas, DVD Adele Live at the Royal Albert Hall terus meraih kedudukan juara carta jualan DVD yang diaudit Nielsen SoundScan yang mana ia terjual sebanyak 96,000 unit.

Seminggu kemudian, ia mencipta rekod baharu carta dengan menjadi DVD terlaris yang terjual sepanjang tahun 2011. Kejayaan itu sungguh manis buat Adele kerana album, 21 dan single, Rolling in The Deep sebelum ini masing-nasing dinobatkan sebagai album dan single terlaris 2011.

Ini menjadikan Adele mencipta rekod Nielsen SoundScan sebagai artis pertama di dunia yang meraih album terlaris, single terlaris dan DVD terlaris untuk tahun yang sama.-kosmo-

Amerika Syarikat tutup laman Megaupload

Posted: 21 Jan 2012 06:42 AM PST


LAMAN web Megaupload.


Megaupload.com Website ordered to close by the U.S.

MCLEAN, Amerika Syarikat (AS) - Salah sebuah laman perkongsian fail yang popular di dunia, Megaupload.com telah ditutup.

Pengasas laman itu dan beberapa pegawai syarikat laman berkenaan dituduh menyediakan kemudahan kepada berjuta-juta muat turun filem, muzik dan kandungan lain secara haram.

Satu pendakwaan oleh pihak berkuasa AS kelmarin menuduh laman berkenaan menyebabkan para pemilik hak cipta kerugian sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Menurut Jabatan Keadilan AS dalam satu kenyataan, Kim Schmitz atau lebih dikenali sebagai Kim Dotcom, 37, yang merupakan pengasas Megaupload.com dan kini Ketua Pegawai Inovatif laman itu serta tiga lagi kakitangan laman berkenaan telah ditangkap kelmarin di New Zealand atas permintaan beberapa pegawai AS.

Schmitz merupakan seorang jutawan Jerman.

Yayasan Perbatasan Elektronik yang mempertahankan hak kebebasan bersuara dan digital di online menyatakan dalam satu kenyataan bahawa: "Pelaksanaan prosedur jenayah antarabangsa seperti ini ke atas isu dasar-dasar Internet telah menetapkan satu contoh duluan yang menggerunkan."

"Jika AS boleh menangkap seorang rakyat Belanda di New Zealand berhubung satu dakwaan hak cipta, apakah yang akan berlaku seterusnya?"

Laman Megaupload adalah unik bukan hanya kerana ia mempunyai kandungan muat turun yang besar tetapi juga kerana ia mendapat sokongan daripada selebriti berprofil tinggi, pemuzik dan penerbit kandungan yang kerap menjadi mangsa pelanggaran hak cipta serta cetak rompak.

Sebelum laman itu ditutup, ia mendapat sokongan daripada bintang realiti televisyen AS, Kim Kardashian, penyanyi Alicia Keys dan Kanye West dan beberapa selebriti lain.

Syarikat Megaupload itu menyenaraikan suami Keys, Swizz Beatz yang merupakan seorang pemuzik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Namun, Beatz yang berkahwin dengan Keys pada 2010 tidak dinamakan dalam pendakwaan itu. - Agensi

Monyet pupus ditemui semula di Borneo

Posted: 20 Jan 2012 06:22 PM PST


 
GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan beberapa ekor monyet Miller's Grizzled Langur yang disangka telah pupus di hutan Wehea, Borneo.



JAKARTA - Sekumpulan saintis yang bekerja di hutan tebal Indonesia menemui semula spesies monyet besar berwarna kelabu yang jarang dilihat dan dipercayai telah pupus.

Mereka keliru menemui monyet berkenaan yang dikenali dengan nama Miller's Grizzled Langur di luar kawasan yang menjadi habitat primat berkenaan.

Haiwan tersebut ditemui selepas kumpulan saintis tersebut memasang sejumlah kamera pada Jun tahun lalu dengan harapan dapat merakamkan imej harimau bintang, orang utan dan hidupan liar lain di beberapa kawasan di Hutan Wehea, timur Borneo.

"Kami semua sungguh gembira apabila mendapati monyet ini masih wujud dan juga ia ditemui di Wehea," kata seorang saintis berkenaan, Brent Loken.

Monyet yang memiliki mata sembap, hidung dan bibir merah jambu itu suatu ketika dahulu banyak terdapat di timur laut Pulau Borneo selain Pulau Sumatera dan Jawa serta Semenanjung Malaysia.

Namun spesies itu dipercayai pupus sejak beberapa tahun lalu selepas banyak kawasan hutan telah diteroka untuk tujuan pertanian dan perlombongan. - Agensi

Kubur untuk si mati yang amat miskin

Posted: 20 Jan 2012 06:11 PM PST


 SEBANYAK 30 buah keranda yang mengandungi mayat orang miskin dikebumikan dalam sebuah lubang kubur di kawasan perkuburan Homewood Memorial Gardens, Homewood pada Rabu lalu.



HOMEWOOD, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 30 mayat yang merupakan orang paling miskin kerana tidak mempunyai wang untuk membiayai kos pengebumian sendiri telah dikebumikan dalam sebuah lubang kubur di kawasan perkuburan Homewood Memorial Gardens pada Rabu lalu.

Tiada seorang pun rakan atau saudara si mati yang datang untuk menyaksikan pengebumian itu.

Situasi ekonomi yang sukar di AS menyebabkan terdapat peningkatan pengebumian orang yang amat miskin termasuk di Chicago dan di kawasan sekitarnya. - AFP

Rita mahu jawab surat Zafuan

Posted: 20 Jan 2012 05:43 PM PST


 AIDIL ZAFUAN dan Rita Rudaini bersama dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.



SHAH ALAM - Isu surat tuntutan yang diterima pelakon, Rita Rudaini Mokhtar daripada suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak baru-baru ini sebenarnya bukanlah mengenai spekulasi perceraian mereka tetapi ia sebaliknya melibatkan isu anak-anak mereka

Peguam Syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang ditemui di Mahkamah Syariah di sini, semalam berkata, surat bertarikh 11 Januari lalu itu diterima Rita Rudaini, 36, kelmarin.

Bagaimanapun beliau berkata, surat tersebut hanya akan dijawab selepas perayaan Tahun Baru Cina nanti kerana ia memerlukan perbincangan lebih mendalam bersama anak guamnya.

"Saya perlu berbincang lagi bersama Rita, (surat itu) tidak timbul isu penceraian antara mereka, apa yang terbaik adalah sama-sama fikirkan kebajikan anak-anak," katanya selepas dilantik Rita Rudaini bagi menjawab tuntutan terhadap anak-anaknya oleh Mohd. Aidil Zafuan di sini semalam.

Mohd. Zaidi hadir bersama Rita Rudaini di Mahkamah Syariah di sini kira-kira pukul 3.15 petang untuk mendaftarkan kes mereka berhubung tuntutan tersebut.

Mohd. Zaidi bagaimanapun memberitahu, tuntutan yang dibuat Mohd. Aidil Zafuan tidak perlu didedahkan kerana ia lebih kepada perbincangan keluarga.

"Dalam hal ini, beberapa isu perlu diperbetulkan kerana lebih kepada persepsi akibat daripada unsur-unsur lain dan ia tidak boleh didedahkan buat masa ini bagi meredakan keadaan kedua-dua belah pihak," katanya.-kosmo-

Tragedi maut tiga beranak

Posted: 20 Jan 2012 05:23 PM PST


 
ABDUL GAFFAR (kanan) melihat keadaan kereta Proton Perdana yang remuk hingga mengakibatkan tiga daripada enam sekeluarga maut di Kuala Kangsar, Perak semalam.


KUALA KANGSAR - Seorang anggota polis trafik yang selalu mengendalikan kes kemalangan maut semalam tergamam apabila mendapati tiga daripada enam ahli keluarganya mati serentak selepas kereta jenis Proton Perdana yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler membawa muatan gelung plat besi semalam.

Kejadian pukul 1.15 pagi di Kilometer 253, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora dekat sini mengakibatkan M. Letshumy, 77, anak perempuannya, A. Espury, 60, dan cucunya, R. Naren, 5, mati di tempat kejadian.

Pemandu kereta itu, Dr. S. Ambiggan, 26, dan dua penumpang lain, A. Maruthayee, 53, dan S. Veneswaran, 11, pula cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan.

Ambiggan dan Veneswaran merupakan cucu Letshumy manakala Maruthayee ialah anak wanita warga emas itu.

Difahamkan, sebelum kejadian enam sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kampung Benggali, Butterworth, Pulau Pinang selepas menghadiri upacara perkahwinan A. Priyanayagi, 42, iaitu anak ketujuh Letchumy di Flat Sungai Besi, Kuala Lumpur. -kosmo-

No comments: