Saturday 21 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Al-Fatihah : Izwan Pilus Meninggal Dunia 20 Januari 2012

Posted: 20 Jan 2012 09:44 AM PST


Berita mengejutkan dari satu blog media tersohor beautifulnara.com iaitu mengenai Izwan Pilus. Berita dari blog itu mengesahkan Izwan Pilus sudah pun meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang tadi. Berita ini telah disampaikan oleh adiknya Aril AF menerusi Twitter sebentar tadi.

izwan pilus meninggal dunia

Izwan Pilus dilahirkan pada 24 November 1979. Punca pemergian masih tidak dapat dikenalpasti. Semoga roh Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah.

Update 1: Di bawah ialah tweet terakhir daripada Allahyarham.
izwan pilus meninggal dunia


Update 2: Daripada beberapa sumber, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah (salah satu daripadanya). Nanti akan diupdate lagi untuk kesahihan sepenuhnya.

Update 3: Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.

Update 4: Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.

Update 5: Pada awal Disember lalu, Allahyarham dan adiknya (Aril AF) pernah dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan

Update 6: Gambar di bawah dikatakan gambar terakhir Allahyarham. Sejuk mata memandang.
 
izwan pilus meninggal dunia
Apa-apa pun, sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin~~

Gambar Majlis Akad Nikah Ally Iskandar Dan Farah Lee 20 Januari 2012 (10 Gambar)

Posted: 19 Jan 2012 07:32 PM PST


Majlis akad nikah perkahwinan ally iskadar dan farah lee berlangsung dengan lancar dan kini mereka sudah sah bergelar suami isteri. tahniah diucapkan kepada kedua mempelai kerana sudah pun membina sebuah masjid dan menjalankan kewajipan sebagai seorang muslim.

Hanya 2 kali lafaz, personaliti tv3 terkenal, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah bergelar suami kepada Nurfarahin Binti Romli, 22 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi.

Ally Iskandar segak bergaya mengenakan baju melayu putih telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.

Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.

Manakala, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Dianggar lebih 100 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan hadir bagi memeriahkan majlis pernikahan kedua-dua pasangan pengantin ini.

TERANGGANU

MASJID KRISTAL

FARAH LEE

ALLY ISKANDAR BERSOLAT

PERNIKAHAN.. IJAB DAN KABUL

TAHNIAH KEPADA ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

6yWYH GAMBAR NIKAH ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE 20 JANUARI 2012
XGPOZ GAMBAR NIKAH ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE 20 JANUARI 2012
BqiVP GAMBAR NIKAH ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE 20 JANUARI 2012



sumber : ohbulan/illustrasiaku

PANAS! Hani Gebu Terima Lamaran AR Badul

Posted: 19 Jan 2012 07:07 PM PST


KUALA LUMPUR, 19 JANUARI 2012: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Mungkin inilah perumpamaan yang boleh diberikan kepada ahli kumpulan Gebu iaitu Hani.

Walaupun penyertaan kumpulan Gebu melalui pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) di Astro Warna kurang mendapat perhatian, rezeki Hani atau nama penuhnya Haryani Othman untuk mengembangkan sayap di Malaysia bakal menjadi kenyataan.

Dimaklumkan, Hani yang baru saja berumah tangga dengan mendapat penajaan sepenuhnya sepanjang majlis bersejarahnya itu, telah disunting seorang pelakon, pengarah dan penerbit filem dari Malaysia.

Menurut sumber, Hani telah menerima lamaran untuk menjadi heroin untuk sebuah filem terbaru arahan AR Badul.

Wah, hebat betul Hani kerana berjaya memikat hati AR Badul untuk mengambilnya sebagai heroin.

Kalau tak silap , pelakon jelita Nasha Aziz juga pernah berlakon filem arahan AR Badul. Adakah Hani mempunyai aura serupa seperti Nasha? Tepuk dada tanya selera.

Sungguhpun  kurang pasti nama tajuk filem berkenaan, Hani sudah bersetuju untuk menandatangani kontrak perjanjian berlakon dalam filem berkenaan.

Difahamkan ketika ini pihak produksi AR Badul sedang sibuk menguruskan jadual serta permit istimewa untuk Hani berlakon di sini.

Bagaimanapun, dimaklumkan kebarangkalian Hani untuk menolak berlakon filem ini juga mungkin terjadi.

Kata kawan rapat Hani, sebaik saja tamat MLM, jadual Hani begitu padat dan dia juga adalah antara pelawak Singapura yang sedang popular buat masa sekarang. Macam-macam undangan dia perolehi.

Malah, selain berlakon dan melawak, Hani juga sibuk bertugas sebagai penulis skrip menerusi beberapa program TV hebat terbitan produksi Singapura.Tambah dahsyat, Hani juga menjadi salah seorang tulang belakang kepada kejayaan pengacara hebat Singapura iaitu Najib Ali.

Wah! tidak sangka rezeki Hani begitu murah. Itulah orang kata, gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya.

Jika benar Hani sah menjadi heroin filem itu, ia adalah satu rekod baru dari program MLM. Yelah, bukan saja rating MLM tinggi, malah ia mampu mengembangkan lagi bakat pelawak lama untuk terus berkarya. -murai.com.my-

Imej Serangga Micro 3D Menggunakan Mikroskop Elektron

Posted: 19 Jan 2012 06:49 PM PST



Serangga berasal dari kelompok haiwan Invertebrata, dan mempunyai bilangan spesis yang banyak. Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah.

Seorang sainstis bersara bernama Steve Gschmeissner juga merupakan seorang jurugambar dari Bedford mampu meningkatkan saiz serangga ini dengan lebih satu juta kali menggunakan mikroskop elektron pengimbasan. Keputusan yang diperolehi amat menakjubkan ialah rupa serangga dalam bentuk 3D! Subahanallah. Mari kita mengamati gambar menarik kepala serangga ini. Jom!






sumber : melayukini.net

Rita Rudaini Terima Surat Dari Peguam Suami

Posted: 19 Jan 2012 06:42 PM PST



KUALA LUMPUR – Rumahtangga pasangan selebriti hiburan dan sukan tanahair , Rita Rudaini – Aidil Zafuan, semakin kecoh diperkatakan apabila pelakon wanita itu mendakwa menerima sepucuk surat 'tidak masuk akal' dari suaminya.

Aidil yang keluar dari rumah sejak seminggu lalu telah menghantar surat tersebut menerusi peguamnya kepada Rita dan mengandungi tuntuan yang tidak wajar bagi isterinya itu.

"Saya terkejut membaca isi kandungan surat tersebut selepas diberikan oleh pengawal keselamatan rumah saya. Aidil membuat tuntutan yang tidak masuk akal langsung," kata Rita yang dipetik dari Mstar Online baru-baru ini.

Bagaimanapun, Rita enggan mendedahkan isi kandungan sebenar surat dari suaminya itu sebelum menyerahkan kepada peguam untuk meneliti maksud yang terdapat di dalamnya dari sudut perundangan terlebih dahulu.

Rita turut menjelaskan surat 'puaka' itu diterimanya melalui pengawal keselamatan di rumahnya ketika mahu keluar ke lokasi pergambaran sebuah telefilem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.

Krisis rumahtangga Rita dilaporkan berantakan setelah bergaduh besar dengan ipar duainya menerusi laman sosial Twitter sehingga menyebabkan Aidil mengambil keputusan untuk keluar dari rumah sejak seminggu lalu.

Rita turut memaklumkan kepada media bahawa suaminya tidak pulang-pulang sejak itu sehingga hari ini dan merayu agar Aidil pulang untuk menyelesaikan masalah mereka secara bijak menerusi perbincangan.

"Dia masih suami saya. Kami tidak bercerai pun. Kalau dia rindu anak, baliklah rumah. Buat apa nak tidur rumah orang. Kita kan ada rumah sendiri.

"Kalau ada yang tak kena, apa salahnya kita berbincang. Ini pula hantar surat yang tidak masuk akal langsung. Dalam hal ini saya akan mempertahankan hak saya kerana saya percaya, saya berada pada pihak yang benar," katanya lagi.

Menurut Rita, dia dimaklumkan suaminya yang bertindak keluar dari rumah menerusi sistem pesanan ringkas (sms) ketika berada di kampung bersama anak-anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 9 bulan, di Perlis.

Memanaskan lagi rumahtangga mereka apabila orang gaji di rumah Rita memberitahu bahawa adik kembar Aidil, Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah, dikatakan turut terlibat membantu Aidil mengemas barang-barang keperluan suaminya dirumahnya.

Rita sebelum ini mengaku kepada media bahawa hubungannya dengan Zaquan mahupun Ayu tidak pernah baik dari awalnya.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN.

Mayat Lelaki Hampir Reput Ditemui

Posted: 19 Jan 2012 06:36 PM PST



KULIM – Bau busuk yang mengganggu penduduk sebuah rumah pangsa di Taman Jati Blok C, di sini terjawab apabila pihak polis menemui mayat seorang lelaki hampir reput, di tingkat tiga kediaman berkenaan.

Anggota Unit MPV Balai Polis Kulim yang menerima panggilan daripada penduduk bagaimanapun terpaksa memecah pintu sebelum memasuki rumah berkenaan.

Dari siasatan yang dijalankan, mayat lelaki yang ditemui dalam keadaan terduduk di atas kerusi ruang tamu dikenali sebagai Manivannam Ganiasamy, 33.

Mangsa sudah berumah tangga dan mempunyai empat anak. Dia tinggal bersendirian kerana isterinya T Murugammah, 29, mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibunya di Block F di kawasan sama.

Ketua Balai Polis Kulim, Cif Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, isteri mangsa kecewa dengan sikap mangsa yang sering mabuk dan tidak mahu bekerja.

Menurutnya, rumah yang didiami mangsa sekarang ini milik isterinya tetapi dilelong bank kerana kegagalan mangsa membayar wang ansuran bulanan.

"Kali terakhir isteri mangsa menghantar makanan kepada mangsa pada empat hari lalu. Namun berlaku perselisihan faham.

"Bagaimanapun isteri mangsa hanya mengetahui mengenai kejadian menimpa suaminya setelah dimaklumkan oleh jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah mangsa, " katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim bedah siasat semalam dan punca kematian masih dalam siasatan. – SinarHarianOnline

‘Menyamar’ Sebagai Lelaki Untuk Meraba Gadis

Posted: 19 Jan 2012 06:34 PM PST

AUSTRALIA – Seorang gadis yang berusia 19 tahun telah menyamar sebagai remaja 'lelaki' dengan tiga identiti yang berbeza dengan tujuan untuk meraba-raba rakan perempuannya.

Gemma Barker yang melakukan penyamaran terbabit memakai baju seperti lelaki dan bertopi untuk memperdayakan dua orang gadis yang berumur 15 dan 16 tahun.

Anehnya, dua orang gadis tersebut terlalu percayakan Gemma dan terpedaya dengan profil diri yang ditunjukkan Gemma di laman sosial Facebook palsu miliknya.

Menurut laporan dari The Sun, Mahkamah Guildford Crown telah menyatakan pertuduhan terhadap Gemma di mana dia telah melakukan 'hubungan cinta' dengan gadis-gadis terbabit selama enam bulan termasuklah melakukan aksi cium, mendukung dan meraba.

Gemma telah diperkenalkan kepada ibu bapa dari salah seorang gadis terbabit namun, ibu bapa gadis tersebut juga tertipu dengan penyamarannya walaupun pernah berjumpa sebelum itu.

Bagaimanapun, penipuan Gemma berjaya dihidu oleh 'kekasih-kekasihnya' yang mengesyaki dia mempunyai identiti diri yang berbeza.

Aktiviti Gemma berjaya dikesan apabila dia mendakwa dirinya sebagai pelakon dan memuat naik gambarnya yang diambil bersama bintang ternama, Hollyoaks dan Kieron Richardson dan ditangkap oleh polis ketika sedang leka 'berlakon' seperti seorang pemuda.

'Kekasih-kekasih' Gemma terkejut apabila identiti sebenar 'teman lelaki' mereka terbongkar sewaktu diperiksa dan pakaian ditanggalkan oleh pihak polis di penjara dan mendapati dia adalah perempuan.

"Dia menyamar sebagai lelaki berusia 16 tahun hanya semata-mata untuk mempunyai hubungan seks dengan temannya," kata Pendakwa raya Ruby Selva.

Barker atau nama penyamarannya, Staines dan Surrey telah memberikan alamat emel dan nombor telefon bimbitnya kepada mangsa dan berusaha menyembunyikan identiti sewaktu di awal perkenalan.

Sementara itu, Gemma mengaku dengan tuduhan melakukan serangan seksual dan penipuan serta dalam proses menunggu keputusan psikologinya keluar dan akan dikenakan hukuman dua tahun penjara jika disabitkan kesalahan.

Hakim Peter Moss menyifatkan perlakuan Gemma ini sebagai kerja 'gila' dan 'bahaya'.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Harga Kereta Proton Perlu Lebih Murah

Posted: 19 Jan 2012 06:32 PM PST



KUALA LUMPUR – Rakyat negara ini perlu mendapat manfaat ekoran daripada penjualan Proton kepada DRB-Hicom, kata Eksekutif Kanan Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Medecci Lineil.

Medecci berkata, antaranya penjualan Proton wajar disusuli dengan penghapusan cukai dan duti seperti Duti Eksais, cukai jualan serta skim Permit Import (AP).

Dakwanya, langkah penghapusan cukai itu akan membolehkan pengguna menikmati harga kenderaan yang rendah dan mampu memberi model yang pelbagai.

"Sebagai contoh data yang dikeluarkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Refsa menyatakan bahawa rakyat Malaysia membayar harga yang amat tinggi akibat cukai-cukai ini.

"Kereta Gen 2 1.6L di Arab Saudi didakwa berharga sekitar RM40,000 sedangkan di Malaysia berharga RM60,000. Jika data ini benar, kenapa orang luar menikmati harga lebih rendah daripada rakyat Malaysia sendiri," dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, kata Medecci, penjualan Proton kepada DRB-Hicom harus dijadikan peluang sebaik mungkin untuk kerajaan melakukan perubahan struktur terhadap industri automotif negara.

Menurutnya, proses liberalisasi industri automotif tidak hanya melibatkan persaingan domestik Proton dan Perodua tetapi juga proses persaingan dan interaksi antara pengeluar kereta tempatan dan asing secara terbuka.

Ia juga melibatkan pembukaan kilang pembuatan kenderaan asing di Malaysia serta proses pemindahan teknologi dan kepakaran yang boleh mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan eksport, dakwanya.

Justeru, dakwa beliau, strategi pembangunan Proton harus berpaksikan kepada prinsip persaingan yang kompetitif di pasaran terbuka.

Dakwanya lagi, Proton hanya boleh berjaya jika ia dapat berdikari dalam pasaran terbuka, bersaing dan seterusnya meningkatkan mutu dan inovasi produk. -mynewshub-

Seni Graffiti Indahkan Kuala Lumpur

Posted: 19 Jan 2012 06:27 PM PST



PROVOKASI, propaganda dan elemen ganas merupakan gambaran tipikal segelintir masyarakat terhadap grafiti.

Sentimen tersebut menyebabkan pelukis grafiti dan pengikutnya dipinggirkan meskipun hakikatnya seni urban itu mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Bagaimanapun, ia bukan penghalang buat anak kelahiran Batu Pahat, Mohd Nazri Amran atau nama panggilan Bee, 28, yang membesar dengan pengaruh grafiti.

Nazri menunjukkan antara pencapaian kumpulannya apabila mendapat pengiktirafan 'Lukisan Grafiti Terpanjang' oleh Malaysia Book of Record.



"Kami mahu membuat grafiti yang cantik tetapi aktiviti ini masih dianggap sebahagian daripada vandalisme kerana melibatkan harta awam atau persendirian.

"Budaya grafiti masih baru di Malaysia menyebabkan sesetengah pihak sukar menerima kehadiran kami malah mengaitkannya dengan gejala sosial.

"Ini bukan soal vandalisme kerana kepuasan ini sebenarnya dapat mengindahkan dan mewarnai Kuala Lumpur," katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini.

Nazri berkata, antara isu grafiti adalah ketiadaan tempat untuk pelukis berkarya sedangkan mereka mahu ia menarik perhatian atau mudah dilihat oleh orang ramai.

"Maka tidak hairanlah terdapat grafiti di luar negara menggunakan pendekatan pergerakan pantas dengan melukisnya pada kenderaan seperti kereta api," katanya.
Grafiti yang berunsurkan karakter atau potret menarik perhatian orang ramai.

Nazri merupakan Pengarah Kreatif District, sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti rekaan grafiti, fotografi dan menjual pakaian jalanan.

Beliau juga mempunyai kumpulan grafiti PHBKLK dengan panggilan 'tag' grafiti Phobia yang turut disertai oleh Hafiz-Katun, Alfie-Bone, Iskandar-Siek, Aswad-Carpet, Shahqir-Kay, Ridwan-Dwane2, Saufi-Sopey, Saiful-Budean dan Naez-Datom.
Sebahagian daripada ahli Kumpulan PHBKLK sedang berbincang mengenai lakaran untuk projek grafiti.

Peluang perniagaan

Menurut Nazri, grafiti boleh disempurnakan dalam setengah hari namun bagi grafiti bersaiz besar atau memerlukan penelitian boleh menjangkau beberapa hari.

"Cabaran sebenar adalah tenik mengawal semburan dan melakukan kesilapan adalah perkara biasa namun boleh diperbaiki tanpa menjejaskan keseluruhan grafiti.

"Sama ada untuk membuat lakaran terlebih dahulu atau tidak, ia bergantung pada kreativiti seseorang pelukis itu atau melakukannya secara spontan," katanya.

Nazri berkata, grafiti bukan semata-mata menjadi platform untuk meluahkan perasaan atau mendapatkan kepuasan menerusi hasil seni mereka.

Selain memberi perkhidmatan rekaan grafiti, District turut membekalkan kelengkapan seni urban itu.

"Grafiti terbahagi kepada dua iaitu mendapat kepuasan dan boleh dijadikan sebagai peluang perniagaan. Masyarakat jangan melihat grafiti sebagai sesuatu yang sia-sia.

"Ini kerana kami turut menjana pendapatan berdasarkan tempahan membuat rekaan grafiti yang diterima malah melakukannya demi kebajikan," katanya.

Bagaimanapun bukan semua kumpulan grafiti mempunyai haluan yang sama kerana ada yang melukis tanpa berpandukan kreativiti sehingga mencacatkan pemandangan.

Ini katanya, menyebabkan persepsi masyarakat terhadap grafiti sebagai 'tangan-tangan nakal dan kotor' yang suka menconteng dinding tanpa hala tuju.

"PHBKLK tidak mahu menjadikan Kuala Lumpur seperti New York di Amerika Syarikat yang mempunyai terlalu banyak grafiti haram dan imej keterlaluan.

"Matlamat kami adalah mendapat kepuasan secara positif berdasarkan kreativiti namun pada masa yang sama mengindahkan persekitaran ibu negara," katanya.

Ubah persepsi

Penglibatan dalam festival seni urban KUL SIGN 2011 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedikit-sebanyak mengubah persepsi masyarakat terhadap grafiti.

Nazri berkata, DBKL memberi sokongan dari segi ruang untuk melukis grafiti manakala kami turut berkongsi idea bagaimana memantapkan budaya grafiti di negara ini.

"Tidak semestinya memerlukan bangunan baru untuk melukis grafiti tetapi dicadangkan penyediaan tempat tumpuan khusus bagi komuniti ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan DBKL, Tuan Idzawi Raja Ismail pula berkata, DBKL melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan pembangunan seiring dengan pemodenan bandar raya.

"Penganjuran KUL SIGN 2011 dilihat sebagai satu usaha untuk menangani gejala vandalisme namun tidak meminggirkan komuniti pelukis grafiti.

"Diakui bahawa grafiti itu adalah seni urban yang unik namun perlu dimanfaatkannya di kawasan yang dibenarkan tanpa memberi gangguan kepada orang awam," katanya.
Pada masa ini, Sungai Klang merupakan lokasi paling ideal untuk aktiviti grafiti.

Tuan Idzawi berkata, DBKL dari semasa ke semasa mengadakan pemeriksaan dengan memadam grafiti di ibu negara dan mengalihkan tumpuannya ke satu tempat khusus yang bersesuaian

"Pada masa ini, kami menjadikan tembok di sepanjang Sungai Klang sebagai tempat paling sesuai untuk aktiviti grafiti dan penggantian dilakukan secara berkala.

"Budaya grafiti masih baru di negara ini namun kesannya mampu mengindahkan Kuala Lumpur sekiranya ia dilakukan pada landasan yang betul," katanya.

Beberapa pelukis grafiti sedang menyiapkan hasil seni mereka di tepi Sungai Klang.
 
Festival KUL SIGN 2011 yang sepatutnya dijadualkan pada 17 dan 18 Disember lalu terpaksa ditangguhkan berikutan cuaca tidak menentu dengan kenaikan paras air Sungai Klang.

Tarikh baru bagi penganjuran tersebut akan diumumkan kelak.

Sham (Kamikaze) Sedih Difitnah Berkahwin Dua

Posted: 19 Jan 2012 05:48 PM PST


Bekas pemuzik yang kini bergelar pendakwah bebas, Sham (Kamikaze) menolak dakwaan terbaru yang mengatakan dia kononnya kini memiliki dua isteri selepas bernikah secara senyap-senyap di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang melampau, Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohamed Salleh, 36, berkata dia berasa sedih dan terkilan apabila khabar angin itu disebarkan sedangkan dia tidak lagi terbabit dalam dunia hiburan.

"Apabila saya mendapat tahu tentang cerita ini (berkahwin dua), saya berasa sangat sedih dan terkilan. Kalau dulu, sebelum saya 'berhijrah', saya fahamlah gosip begini adalah lumrah dunia artis.

"Namun, mengapa saya yang tidak lagi berkepentingan dalam dunia hiburan ini masih lagi menjadi sasaran gosip dan fitnah?" katanya kepada mStar Online, Khamis.

Sham berkata apa yang membimbangkan adalah persepsi masyarakat terhadap dirinya yang baru terbabit dalam bidang dakwah hampir setahun yang lalu.

"Saya bimbang apabila memikirkan pandangan dan reaksi masyarakat apabila cerita ini tersebar. Tidakkah orang yang menyebarkan cerita itu tahu menyebarkan fitnah adalah dosa besar?

"Bagaimana jika masyarakat menganggap saya menggunakan platform dakwah itu untuk kepentingan peribadi?" katanya.

Ditanya mengenai reaksi isterinya, Farazila Abdul Jabar apabila khabar angin itu mula tersebar, Sham berkata dia bersyukur kerana isterinya menerima berita tersebut dengan tenang dan rasional.

"Syukurlah isteri saya bukan jenis yang mudah melatah atau melenting. Namun, dia ada bertanyakan kesahihan dakwaan itu.

"Fitnah ini bukan sahaja menjejaskan reputasi saya, malah yang paling penting apakah perasaan isteri dan keluarga mertua saya apabila cerita saya bernikah secara sembunyi ini dicanangkan walhal ia tidak berlaku," katanya.

Sham yang juga bekas pemain gitar kumpulan rock Kamikaze kini bergerak aktif sebagai pendakwah bebas dengan memenuhi pelbagai jemputan ceramah di seluruh negara.

"Saya bukan sahaja menyampaikan ceramah dan ilmu agama secara lisan tetapi apabila ada permintaan, saya juga akan bermain gitar mengiringi lagu-lagu berunsur kerohanian.

"Alhamdulillah, saya berasa bahagia dengan kehidupan kini dan tidak pernah sekali pun berasa menyesal dengan kehidupan lampau," katanya yang merancang untuk menunaikan ibadah umrah pada Mei depan. -mstar-

Siti Nurhaliza Belum Terima Tawaran Berlakon Secara Rasmi

Posted: 19 Jan 2012 05:46 PM PST



Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin masih tidak menerima sebarang tawaran berlakon filem produksi Indonesia berjudul Kekuatan Cinta secara rasmi.

Siti berkata, dia hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui artikel yang diterbitkan oleh Agensi Berita Nasional (Bernama) bertarikh 11 Januari lalu.

"Saya hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui artikel yang keluar dan bukannya ada sebarang perbincangan antara kedua-dua belah pihak," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program Makan Malam Bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Rabbani di sini, Khamis. Terdahulu, Bernama melaporkan sebuah syarikat penerbitan filem Indonesia menyatakan minat untuk menawarkan Siti berlakon dalam filem tersebut.

Syarikat berkenaan, PT Kentfilms Production mahu menggandingkannya dengan pelakon top Indonesia, Nicholas Saputra dalam filem yang dirancang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Siti berkata berkata, dia masih samar sama ada untuk menerima undangan tersebut atau menolaknya.

"Jika dilihat daripada barisan pelakonnya ia cukup menarik tetapi masih banyak perkara yang perlu diambil kira seperti persediaan saya sebelum benar-benar untuk berkata ya kepada pihak tersebut.

"Bagaimanapun jika ada permintaan daripada pihak sana susah untuk saya bagi jawapan buat masa ini," ujarnya.

Sementara itu, Siti yang baru pulang daripada bercuti dengan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa memberitahu percutian tersebut adalah hadiah hari jadi untuknya daripada suami.

Siti berkata dia dan suami telah melawat ke tiga buah negara iaitu Maghribi, Marathus dan Dubai bermula 3 Januari lalu dan pulang ke tanah air pada 13 Januari lalu.

"Seronok sangat dapat ke negara-negara berkenaan kerana saya belum pernah berkunjung ke sana sebelum ini. Paling seronok ketika di Marathus kerana seni bina dan hiasan dalaman bangunannya cukup menarik," ujarnya.

Tambahnya, selain percutian itu dia juga turut diberikan sesuatu oleh suaminya namun enggan mendedahkan hadiah berkenaan kepada pihak media. Dalam perkembangan lain, siti memberitahu dia semakin bahagia melayari perkahwinan bersama suaminya selepas enam tahun berkahwin walaupun belum dikurniakan cahaya mata.

"Allah S.WT. ada peracangan tersendiri dan saya masih berpegang teguh kepada perkara itu. Insya-Allah jika ada rezeki saya, Tuhan pasti akan berikan," ujarnya.-mstar-

Wilma Kembali Berlakon Bukan Sebab Terdesak

Posted: 19 Jan 2012 05:45 PM PST



Pelakon Wilma Muhammad berkata keputusan untuk kembali berlakon selepas 11 tahun menyepi bukan kerana desakan hidup selepas kematian suaminya Mahir Effendi kira-kira setahun yang lalu.

Sebaliknya, aktres berusia 39 tahun ini berkata dia menerima tawaran untuk membintangi filem 1945 arahan Imran Ismail kerana skrip yang menarik dan syarat-syarat yang dipersetujui bersama dengan syarikat produksi, AAR Intelligent Sdn Bhd itu.

"Sebenarnya tiada istilah terdesak pun. Saya akui, tawaran berlakon dalam filem itu dapat menambahkan lagi pendapatan selain kerjaya saya sebagai eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta.

"Saya bersetuju untuk berlakon dalam filem itu kerana penerbitnya AAR Intelligent memenuhi syarat-syarat yang saya tetapkan termasuklah untuk saya kekal bertudung dalam filem itu.

"Saya sendiri tertarik dengan watak dan plot filem itu yang berbeza, selain mengenali pengarahnya Imran Ismail sejak dulu lagi," katanya yang dihubungi mStar Online, Khamis.

Dalam filem bergenre epik peperangan pada era Komunis di Malaya itu, Wilma memegang watak utama iaitu seorang srikandi bernama Tengku Suraya. Ia turut dibintangi Faizal Hussien dan Yang Kassim.

Wilma berkata sekalipun dia mempunyai pekerjaan tetap, bayaran daripada lakonan dapat menjana pendapatan yang lebih besar untuk ekonomi keluarganya.

"Kalau diikutkan, saya sudah menerima beberapa tawaran lakonan apabila saya mula keluar bekerja dan kerap berjumpa dengan ramai orang. Namun saya tolak kerana ingin menumpukan perhatian pada keluarga.

"Kini, apabila saya bergelar ibu tunggal, tidak dinafikan tanggungjawab menjadi semakin berat. Apabila datang tawaran ini, mengapa tidak saya menerimanya kerana pihak produksi bersetuju dengan syarat-syarat yang saya tetapkan.

"Malah, saya juga mendapat restu daripada anak-anak dan keluarga mertua. Syarikat saya bekerja juga fleksibel dan tiada halangan untuk melepaskan saya berlakon," katanya yang akan mengambil cuti selama dua bulan bermula Februari depan untuk penggambaran filem itu.-mstar-

'Panggilan Hangit' Tamat Bukan Kerana Elak Di Saman

Posted: 19 Jan 2012 05:43 PM PST



Stesen radio Hot FM menolak dakwaan terpaksa menghentikan segmen Panggilan Hangit selepas mendapat bantahan daripada seorang artis yang kurang senang dengan rancangan tersebut.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, penamatan segmen itu tiada kaitan dengan dakwaan tersebut tetapi sebaliknya stesen itu ingin melakukan perubahan sempena tahun 2012.

"Pihak kami telah membuat keputusan untuk merehatkan atau dalam erti kata lain, menghentikan segmen Panggilan Hangit buat sementara waktu berkuatkuasa pada hari ini (Khamis).

"Keputusan ini tiada kena mengena dengan aduan yang dibuat oleh seorang artis veteran yang terkena Panggilan Hangit kepada pihak atasan.

"Ia adalah gosip yang tidak benar. Malah kebanyakan artis begitu terbuka selepas 'terkena' dalam segmen ini.

"Sudah lima tahun segmen ini diperkenalkan dan tibalah masanya Hot FM melakukan perubahan baru pula," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Difahamkan seorang artis wanita veteran popular dikatakan berang selepas terperangkap dalam segmen berkenaan menyebabkan dia membuat aduan kepada pihak atasan stesen tersebut selain bercadang mengambil tindakan mahkamah.

Bagaimanapun tambah Seelan pihaknya masih belum memikirkan segmen sesuai yang akan menggantikan Panggilan Hangit dan masih di peringkat perbincangan mengenai pembaharuan yang akan dilakukan itu.

Walaupun menerima pelbagai respons daripada para pendengar Hot FM mengenai penamatan segmen tersebut, pihaknya tetap nekad dengan keputusan yang dibuat.

"Memang ramai pendengar yang tidak berpuas hati apabila mendapat tahu Panggilan Hangit ditutup. Sampaikan saya 'dikejar' dalam laman akaun Twitter saya supaya menjawab kenapa ia dihentikan.

"Saya juga berasa sedih dengan keputusan untuk menghentikan segmen ini yang merupakan kegemaran ramai. Tetapi perubahan perlu dilakukan untuk kebaikan semua," ujarnya.

Panggilan Hangit kendalian Fara Fauzana dan Faizal Ismail merupakan sebuah segmen yang diwujudkan untuk 'memerangkap' orang ramai apabila deejay bertugas akan membuat panggilan kepada individu tertentu dengan topik yang telah dirancang dengan tujuan untuk 'mengenanya'.

Pada pagi Khamis, pengumuman ringkas mengenai keputusan untuk menamatkan segmen itu telah dibuat oleh Faisal Ismail, Fara Fauzana, Usop Wilcha dan AG melalui program AM krew.

Antara artis yang pernah terkena dengan Panggilan Hangit ialah Lisa Surihani, Tomok, Jaclyn Victor, Wardina Safiyyah, Fauziah Ahmad Daud, Karam Singh Walia, Intan Ladyana, Akim dan Stacy. -mstar-

Hazama Terkilan Tidak Terlibat Dalam Klip Video 'Pokok'

Posted: 19 Jan 2012 05:41 PM PST



Penyanyi Hazama berasa terkilan kerana tidak terlibat dalam pembikinan klip video lagu Pokok, nyanyiannya bersama kumpulan Meet Uncle Hussein (MUH).

Hazama berkata, dalam klip video yang diarahkan oleh Ghaz itu, penyanyi lain iaitu Nubhan pula seolah-olah yang lebih menonjol sedangkan lagu dalam album itu adalah suaranya.

"Memang saya sedikit terkilan kerana tidak terlibat dengan klip video itu sedangkan pada mulanya saya difahamkan akan diberi peranan menyertainya.

"Bagaimanapun, ketiadaan saya mungkin disebabkan pihak pengurusan saya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dan MUH tidak mencapai persetujuan bersama dalam perbincangan berkenaan soal bayaran.

"Saya sebenarnya tidak kisah pun untuk bekerjasama dengan MUH walaupun tiada sebarang bayaran kerana mereka (MUH) adalah kawan-kawan saya," katanya.

Tambah Hazama, walaupun terkilan dengan hal tersebut, dia tidak menyalahkan sesiapa termasuklah MUH dan Nubhan yang dianggap sebagai rakan industri.

Dalam klip video berkenaan, Pokok divisualkan dengan barisan anggota kumpulan MUH sedang bermain alatan muzik masing-masing di bawah pokok.

Dan kemudiannya, paparan seorang doktor (Dira Abu Zahar) memegang bayi serta ustaz muncul daripada sebuah pokok lain pula.

Akhir sekali Nubhan pula yang muncul dengan berpakaian sut putih lalu mencapai mikrofon sambil beraksi menyanyikan lagu berkenaan.

Sementara itu, pengurus peribadi MUH yang dikenali sebagai Kimi berkata, klip video yang dirakamkan pada Ogos tahun lalu itu sepatutnya melibatkan Hazama.

Bagaimanapun gara-gara terdapat sedikit konflik daripada segi perancangan kerja, pihak MUH terpaksa mengambil Nubhan menggantikan tempatnya.

"Sama ada Hazama terlibat atau tidak dalam klip video ini, ia memang tidak menunjukkan siapa penyanyi sebenar sebaliknya beberapa karakter dalam klip itu sekadar dijadikan simbolik sahaja.

"MUH ingin menunjukkan kumpulan ini masih lagi boleh bergerak dengan penghasilan lagu-lagu yang berkualiti walaupun tidak mempunyai vokalis sendiri," tegasnya.

Tambah Kimi, MUH bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaru dan penyanyi undangan (sesionist) baru pada hujung bulan ini.-mstar-

Siti Nurhaliza, Rabbani Bergabung Sempena Maulidur Rasul

Posted: 19 Jan 2012 05:40 PM PST



Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin bakal berganding bahu dengan kumpulan nasyid terkenal, Rabbani untuk program bersempena sambutan Maulidurrasul 1433 Hijrah pada 5 Februari depan.

Siti berkata, sambutan yang akan diadakan dari 3-5 Februari depan di Kuala Terengganu itu akan terbahagi kepada karnival dan konsert bertemakan Muhammad Al Ameen bertempat di Taman Tamadun Islam dan sebuah persembahan eksklusif dirinya dan Rabbani di Ri-Yaz Heritage Resort & Spa.

"Program tersebut akan berlangsung selama tiga hari dengan malam kemuncaknya persembahan khas saya dan kumpulan Rabbani.

"Kelainannya pada persembahan di Taman Tamadun Islam itu nanti, saya akan menghiburkan orang ramai yang datang bukan sahaja dengan lagu-lagu bersesuaian dengan tema tetapi juga akan melakukan penceritaan berbentuk gurindam dan syair pada konsert itu nanti," ujarnya.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program Makan Malam Bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Rabbani di sini, Khamis.

Antara artis yang bakal turut serta dalam konsert yang bakal diadakan pada 4 Februari tersebut adalah Sabri Yunus, Najwa Latif dan Amy Search.

Tambahnya, program yang turut dirancang bersama-sama Rabbani Productions Sdn Bhd dan syarikatnya Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd(SNP) itu adalah kelangsungan kerjasama yang sebelum ini pernah memmbuat persembahan bersama di sambutan Maulidurrasul di Stadium Melawati Shah Alam tahun lalu.

"Sebelum ini saya dan Rabbani pernah bekerjasama dalam persembahan Maulidur Rasul di Stadium Melawati Shah Alam pada tahun lalu dan kali ini kami amat teruja kerana selain dapat bergabung dalam sebuah majlis yang sama, kami juga dapat bersama-sama mengagungkan Nabi Muhammad S.A.W. sempena hari keputeraan Baginda," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Rabbani Productions Sdn Bhd, Mohd Asri Ubaidullah berkata, bersempena dengan sambutan itu nanti, mereka akan turut menghasilkan sebuah lagu duet berjudul Muhammad Al Ameen.

Mohd Asri berkata, lagu tersebut sedang dalam proses rakaman dan akan diterbitkan sebagai sebuah 'single' untuk peminat mereka.

Bagi persembahan eksklusif Siti dan Rabbani ini, para peminat boleh mendapatkan tiket berharga RM175, RM275 dan RM500 dengan menghubungi Ri-Yaz Heritage Resort & Spa di talian 09-627 7888. -mstar-

Astrid Satriasari Tampil Lebih Feminin

Posted: 19 Jan 2012 05:38 PM PST



Penyanyi Indonesia, Astrid Satriasi, 30, mengakui mula melalui proses perubahan imej yang dilihat semakin feminin berbanding sebelum ini apabila berpenampilan 'ghotic'.

Astrid berkata, perubahan itu dibuat bersempena dengan kemunculan album ketiganya, Lihat Aku Sekarang yang telah pun dilancarkan di Indonesia pada Jun tahun lalu dan akan dilancarkan di negara ini dalam waktu terdekat.

"Penampilan terbaru ini dibuat seiring dengan umur saya yang sudah meningkat di samping kemunculan album baru ini yang membuatkan saya mahu kelihatan lebih feminin.

"Begitu juga dengan lagu-lagu yang dimuatkan dalam Lihat Aku Sekarang, ia ternyata menunjukkan perubahan ketara saya iaitu lebih matang dan penuh warna," katanya dalam temu bual menerusi sidang video di pejabat Universal Music di sini.

Tambah Astrid, walaupun perubahannya itu dilihat begitu ketara, dia optimis album itu mampu diterima umum.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album berkenaan ialah Curiga Lagi, Tentang Rasa, Lihat Aku Sekarang, Maaf Yang Tak Ada, Asik Aja, Bukan Waktunya, Sakit Hati Ini, Bukan yang Terbaik, Tak Ingin Dicintai, Tetap Perawan, Sampai Kapan dan Tak 100%.

Ujar anak kelahiran Surabaya ini, dia akan mempromosikan single pertamanya terlebih dahulu iaitu Tentang Rasa yang merupakan salah satu lagu kegemarannya.

Malah ia berjaya menjadi nada dering pemanggil (RBT) tertinggi di Indonesia selain menjuarai carta di beberapa buah stesen radio negara tersebut.

"Saya tidak meramalkan Tentang Rasa akan menjadi pujaan ramai di Malaysia tetapi saya benar-benar gembira lagu ini diterima semua," jelasnya.

Album Lihat Aku Sekarang diedarkan oleh Universal Music (Malaysia) dan penyanyi ini bakal mengadakan sebuah konsert bersama beberapa penyanyi lain dari negara itu pada Mac depan.-mstar-

Rihanna Dipercayai Hisap Ganja Kerana Patah Hati

Posted: 19 Jan 2012 05:36 PM PST



SEJAK berpisah dengan bekas kekasihnya, Chris Brown, penyanyi Rihanna dilaporkan telah terlibat dengan pengambilan najis dadah akibat terlalu kecewa.

Menurut sumber yang terserempak dengan penyanyi itu melihatnya berpakaian tidak senonoh sambil menghisap rokok dipercayai ganja. Dia dikatakan berjalan-jalan seorang diri di pantai Hawaii dalam keadaan seperti khayal.

Sehari sebelum itu juga, penyanyi lagu We Found love ini berparti sakan bersama rakan-rakannya dan dipercayai berada dalam keadaan khayal kerana menghisap dadah.

Rihanna juga sempat menulis di laman Twitter menggunakan lirik lagu penyanyi rap, Drake yang berkisar mengenai dadah.

"Kush rolled, glass full... I prefer better things!" tulisnya di laman sosial itu.-mstar-

Taylor Swift Mengaku Perasaan Cinta Buat Dirinya Bodoh

Posted: 19 Jan 2012 05:35 PM PST



PENYANYI Taylor Swift memberitahu perasaan cinta yang sangat mendalam kepada pasangannya telah menjadikan diri dia seorang yang bodoh.

Sebaliknya kata penyanyi lagu Love Story ini, dia berasa lebih bijak apabila tidak memberikan perhatian seratus peratus kepada pasangannya.

"Saya adalah seorang wanita yang bijak kecuali ketika jatuh cinta. Ketika itu saya akan menjadi seorang yang bodoh.

"Sebab itu juga saya tidak mempunyai kekasih dan tidak mahu berpacaran buat ketika ini," ujarnya kepada majalah Vogue.

Penyanyi muzik "country" ini pernah dikhabarkan bercinta dengan Joe Jonas, Taylor Lautner, John Mayer dan Jake Gyllenhaal.

Dia juga dikatakan sedang patah hati dengan penyanyi John Mayer dan masih mencintai penyanyi itu.

"Patah hati itu masih terasa tetapi ia memberikan inspirasi untuk album saya yang seterusnya.

"Satu-satunya cara untuk membuatkan aku lebih rasa baik adalah dengan meluahkan semua rasa sedih itu ke dalam lagi," ujarnya.-mstar-

Sikap Andaian Tanpa Usul Periksa Punca Kita Gagal

Posted: 19 Jan 2012 05:32 PM PST

ANAK-ANAK juga sering disogok dengan pemikiran kononnya subjek Sains dan Matematik adalah subjek yang sukar. - Gambar hiasan


SESI persekolahan sudah pun bermula. Ramai daripada kita kembali sibuk menghantar dan mengambil anak ke dan dari sekolah. Saban hari, kita juga mengharapkan kejayaan anak-anak, baik dalam bidang akademik atau sahsiah diri.

Bagaimanapun, harapan semata-mata tidak memadai untuk membuahkan kejayaan kepada mereka. Ada isu psikologi yang sesekali menyebabkan impian kita tergendala. Ia boleh berpunca daripada ibu bapa, guru-guru atau ahli masyarakat. Namun, hal ini jarang kita sedari.

Dalam kehidupan seharian, ada satu simptom yang selalu berlaku, walaupun kita mungkin tidak menyedarinya.

Ia berlaku dalam kognitif pemikiran kita. Simptom ini yang dinamakan sebagai nujuman penyempurnaan kendiri atau dalam istilah bahasa Inggeris, self fulfilling prophecy.

Simptom ini berlaku apabila kita meramalkan sesuatu tingkah laku terlebih dahulu. Kemudiannya, ia disusuli dengan tindakan-tindakan kita bagi membolehkan tingkah laku yang kita andaikan itu benar-benar berlaku.

Misalnya, Ali mengandaikan bahawa Abu ialah seorang yang sombong. Andaian tersebut menyebabkan setiap kali Ali terserempak dengan Abu, dia tidak akan bertegur sapa atau menghulurkan senyuman.

Pendidikan

Tentulah, Abu juga tidak akan menegur Ali juga kerana tidak ada wajah mesra daripada Ali. Hasilnya, Abu yang mungkin bukan seorang yang sombong, kemudiannya benar-benar menjadi individu yang sombong.

Pernahkah ini berlaku dalam hidup anda? Ia selalu berlaku tetapi kita tidak menyedarinya. Ia selalu terjadi, tetapi kita tidak mengetahuinya.

Bagaimana pula dalam konteks pendidikan anak-anak? Di sekolah, biasanya terdapat kecenderungan guru mengandaikan pelajar yang duduk di barisan belakang sebagai malas dan tidak berminat dalam pembelajaran. Sesekali mereka juga diandaikan sebagai pelajar yang nakal. Hasilnya, guru tersebut tidak memberi perhatian kepada pelajar di barisan belakang. Keutamaan hanya diberikan kepada pelajar di barisan hadapan. Disebabkan kurang perhatian, pelajar di barisan belakang kemudiannya benar-benar gagal dan menjadi mereka yang nakal.

Dalam keadaan bagaimanakah simptom ini berlaku?

Kita juga sering melihat anak-anak sekolah yang ponteng dan melepak di belakang bangunan atau kaki lima pusat beli-belah. Sesekali kita juga melihat mereka merokok atau melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Walaupun kita tahu bahawa anak-anak ini berkemungkinan ponteng sekolah, tetapi kita tidak menegurnya. Minda psikologi kita telah terlebih awal memberikan isyarat bahawa mereka ini anak-anak nakal dan tidak berminat dengan pelajaran. Masa depan mereka bakal binasa kerana kedegilan mereka.
 
GURU-GURU seharusnya memberi perhatian yang sama rata kepada semua pelajar di dalam kelas.- Gambar hiasan

Justeru tidak ada ahli masyarakat yang mengambil tahu, walaupun gejala ponteng ini hanya berlaku di belakang kawasan perumahan mereka, hasilnya pelajar tersebut benar-benar menjadi pelajar yang bermasalah. Mereka ini asalnya mungkin hanya sekadar suka-suka. Natijah daripada pemikiran kita tadi, mereka juga mungkin bermasalah pada kemudian hari.

Semua ini sebenarnya ialah reaksi psikologi yang selalu berlegar dalam kehidupan kita tanpa kita sedari.

Mata pelajaran Sains dan Matematik telah dianggap sebagai subjek yang sukar. Bahkan, kita selalu menyebutnya. Selain guru Sains dan Matematik, guru-guru lain juga menyebutnya.

Kurang minat

Pelajar-pelajar yang pernah gagal dalam Matematik dan Sains juga selalu menyebutnya. Terpedaya dengan mitos yang dikembangkan dalam masyarakat, anak-anak kita juga menyangka bahawa Sains dan Matematik ialah subjek yang sukar. Kesannya, mereka tidak berminat untuk mengulangkaji mata pelajaran tersebut.

Mereka juga yakin gagal dalam subjek tersebut. Lama-kelamaan, akibat kurang berminat dan tidak mengulangkaji, Sains dan Matematik yang asalnya mungkin sekadar subjek seperti subjek yang lain, menjadi mata pelajaran yang benar-benar susah. Mereka pula gagal.

Inilah sebenarnya kekangan minda yang selalu membantutkan kejayaan anak-anak kita di sekolah. Kita mengandaikan bahawa dengan menghantar anak-anak ke sekolah setiap hari, mereka akan membawa pulang sesuatu yang membahagiakan.

Namun, kita terlupa, adakalanya kita sendirilah yang meramal kegagalan mereka. Mudah-mudahan kita semua terhindar daripada simptom ini.-kosmo-

Facebook perkenal 60 aplikasi

Posted: 19 Jan 2012 05:16 PM PST


PENGARAH Platform Produk Facebook, Carl Sjogreen memberi penerangan mengenai aplikasi Timeline di restoran Twenty Five Lusk dan Lounge di San Francisco kelmarin.



SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat - Media rangkaian sosial gergasi, Facebook mengeluarkan berpuluh-puluh aplikasi kelmarin.

Aplikasi itu membolehkan para pengguna untuk mengkatalogkan semua aspek kehidpuan mereka daripada filem sehingga buku dan fesyen.

"Apa sahaja yang anda suka, apa juga cerita yang anda mahu ceritakan, anda boleh tambahkannya ke dalam ruang Timeline anda," kata Pengarah Platform Produk Facebook, Carl Sjogreen.

Sebanyak 60 aplikasi terlibat dalam kumpulan pertama penambahan tersebut yang disumbangkan oleh syarikat seperti Foodspotting, Rotten Tomatoes, Pinterest, TripAdvisor dan e-reader Kobo.

Salah satu aplikasi itu membolehkan pengesanan secara automatik dibuat bagi mengetahui buku yang telah habis dibaca atau memulakan pembacaan serta dihubungkan dengan pengguna Facebook lain yang membaca buku yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Pinterest, Ben Silbermann berkata, satu laman di Facebook itu membenarkan para pengguna untuk mewujudkan koleksi maya.

Menurutnya, para pengguna dengan mudah boleh meletakkan koleksi cenderamata Star Wars jika mereka mahu berbuat demikian.

Majlis penerangan aplikasi itu untuk media diadakan di restoran Twenty Five Lusk dan Lounge di San Francisco kelmarin di sini. - Agensi

Bersabung nyawa ke sekolah

Posted: 19 Jan 2012 05:14 PM PST


 
SEORANG pelajar, Sofiah (depan) memegang kayu jambatan yang runtuh untuk menuju ke sekolah di Kampung Sanghiang Tanjung semalam.


KAMPUNG SANGHIANG TANJUNG, Indonesia - Beberapa pelajar bersabung nyawa untuk pergi ke sekolah apabila mereka menggunakan sebuah jambatan yang hampir runtuh akibat banjir.

Banjir akibat paras air Sungai Ciberang naik menyebabkan satu bahagian jambatan tersebut runtuh.

Menurut agensi berita Reuters, jambatan itu dibina pada 2001.

Seorang pelajar, Sofiah menyatakan dia perlu berjalan selama 30 minit jika mahu pergi ke sekolah di Kampung Sanghiang Tanjung dengan menggunakan sebuah lagi jambatan.

Para pelajar itu sanggup berjalan dengan tangan mereka memegang kayu yang berlubang dalam keadaan mengiring semasa mereka menggunakan jambatan tersebut.

Kepingan kayu tempat kaki orang ramai berjalan di jambatan itu berada dalam keadaan senget dan sebahagiannya berlubang selepas ia runtuh akibat banjir. - Agensi

Wanita separuh bogel diheret polis

Posted: 19 Jan 2012 05:12 PM PST


SEORANG wanita separuh bogel diheret dua anggota polis di Kiev, Ukraine kelmarin.


KIEV - Polis Ukraine menangkap seorang wanita yang mendedahkan payudaranya dalam satu tunjuk perasaan di depan kediaman Duta India di sini kelmarin.

Dia merupakan anggota sebuah pertubuhan pembela hak asasi manusia yang dikenali sebagai Femen yang menunjuk perasaan yang disertai tiga lagi rakannya.

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi membantah tindakan India memperketatkan peraturan visa untuk kemasukan wanita dari negara-negara bekas Kesatuan Soviet.

Peraturan visa itu diperketatkan untuk menghalang wanita berusia di antara 18 hingga 40 tahun dari Ukraine, Rusia, Kazakhstan dan Kyrgyzstan memasuki India untuk menjadi pekerja seks.

Empat wanita dengan beraninya mendedahkan payudara mereka semasa suhu amat sejuk ketika berada di balkoni tingkat dua kediaman duta India. - Agensi

Guru terkejut akaun bank ada RM30.59 bilion

Posted: 19 Jan 2012 05:09 PM PST


KOLKATA, India - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).

"Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak," katanya.

Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).

Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.

Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.

"Kami cuba untuk memastikan apa yang silap," kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.

"Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai," tambahnya. - AFP

Waspada kawalan 'dangdut' Ju'a

Posted: 19 Jan 2012 05:04 PM PST


 
AZURA benteng terakhir skuad wanita Petra Jaya FC.


SIAPA SANGKA, terdapat cerita di sebalik kelincahan tonggak pertahanan Petra Jaya FC, Azura Ujang setiap kali beraksi di gelanggang futsal.

Mesra dengan panggilan Ju'a, gadis comel berusia 27 tahun itu rupa-rupanya cukup gemar berkaraoke lagu-lagu bergenre dangdut, selain menjadikan penyanyi, Amelina sebagai idolanya sejak kecil.

Menurut operator kilang itu, tekanan setiap kali beraksi di gelanggang futsal lazimnya diatasi dengan berkaraoke dengan rakan-rakan sepasukan setiap kali tamat sesi latihan.

"Saya memang suka lagu-lagu berunsurkan dangdut terutamanya lagu-lagu Amelina seperti Semakin Rindu Semakin Asyik dan Ah Rindu Lagi, dan ia menjadi pilihan saya setiap kali berkaraoke bersama rakan-rakan selepas menjalani latihan.

"Malah, saya juga gemar memasak berbanding hanya bermain futsal kerana saya memang kuat makan," selorohnya kepada Kosmo! semalam.

Azura bersama pasukannya, Petra Jaya FC dari Sarawak merupakan antara 444 pasukan dari 222 Parlimen seluruh negara yang bakal berentap pada Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012 yang akan membuka tirainya di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18 Putrajaya hari ini.

Menurut anak bongsu dari tujuh beradik itu, dia bersyukur apabila pembabitannya dalam sukan futsal sejak setahun lalu mendapat sokongan penuh keluarganya.

"Mengenai kejohanan ini, saya tidak mahu terlalu memikirkan sejauh mana pasukan kami akan pergi kali ini, sebaliknya hanya mahu menang satu perlawanan demi satu perlawanan terlebih dahulu.

"Di luar mungkin saya suka bergelek lagu dangdut, tetapi di dalam gelanggang saya akan berjuang habis-habisan merantai pergerakan penyerang lawan," katanya yang masih solo. -kosmo-

David Beckham kekal di LA Galaxy

Posted: 19 Jan 2012 05:02 PM PST



LOS ANGELES - Bekas kapten England, David Beckham menandatangani kontrak baharu selama dua tahun dengan kelab Amerika Syarikat, Los Angeles (LA) Galaxy kelmarin.

Beckham berkata, keputusan itu dibuat selepas keluarganya mahu terus menetap di negara tersebut dan dia berharap akan kekal di sana untuk satu tempoh yang panjang.

"Keluarga dan saya berasa gembira untuk terus menetap di sini dan kami teruja untuk berada di negara ini bagi satu tempoh yang panjang," kata Beckham.

Bekas pemain tengah Manchester United dan Real Madrid itu berkata, dia mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak baharu selama dua tahun bersama kelab Liga Bola Sepak AS (MLS) itu.

Sebelum ini, kontraknya selama lima tahun dengan kelab itu berakhir pada akhir bulan lalu.

"Ini adalah suatu keputusan yang penting buat saya," kata Beckham yang akan mencecah usia 39 tahun sebaik kontrak baharunya itu tamat.

"Saya memperoleh banyak tawaran dari beberapa kelab di seluruh dunia. Begitupun, saya tetap teruja untuk bermain di AS dan memenangi trofi bersama LA Galaxy.

Meskipun butiran terperinci kontrak tersebut tidak didedahkan, Beckham dijangka diberi kebenaran untuk meninggalkan saingan MLS bagi membolehkannya menyertai skuad Britain pada Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.

Beckham dilaporkan menolak tawaran kelab mewah Perancis, Paris-Saint Germain kerana isteri dan anak-anaknya seronok tinggal di Los Angeles.

"Saya terkejut apabila Beckham membuat keputusan untuk terus menyertai LA Galaxy, terutamanya apabila dia memperoleh banyak pilihan untuk meneruskan karier," kata pengurus besar dan jurulatih LA Galaxy, Bruce Arena.

"Saya merasakan dia adalah salah seorang pemain terbaik dalam MLS musim lalu dan kami tidak mungkin mencapai kejayaan tersebut tanpa kehadirannya.

"Kami memandang ke hadapan untuk mengulangi kejayaan itu musim ini bersama Beckham yang menyarung jersi LA Galaxy."

- AFP

No comments: