Friday 20 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Megan Fox dan Lindsay Lohan Berebut Watak Elizabeth Talor

Posted: 19 Jan 2012 07:02 AM PST



Megan Fox dan Lindsay Lohan dikhabarkan bakal melakonkan watak Elizabeth Taylor dalam filem yang sementara ini diberi judul ELIZABETH & RICHARD: A LOVE STORY ini.

Masih belum diketahui apakah Megan Fox tertarik pada peranan yang ditawarkan rangkaian televisyen Lifetime ini tapi yang pasti ada sumber yang mengatakan bahawa Lindsay Lohan bercita-cita mendapatkan peranan ini juga.

Alasannya jelas kerana Lohan mahu orang-orang cepat melupakan kes yang menimpa dirinya sepanjang tahun 2011 lalu.

"Saya sudah sempat berunding dengan Lindsay Lohan dan pengurusan dan saya juga sudah sempat bertemu beberapa pelakon lain, termasuk Megan Fox," ujar Larry Thompson, executive producer projek ini.

"Proses pemilihan ini sangat serius. Rasanya seperti sedang menguji para bangsawan Hollywood saja," kata Larry seperti diberitakan ContactMusic.com.

Filem ini tidak hanya membincangkan Elizabeth Taylor namun akan lebih membincangkan kisah kasih antara Liz dan Richard Burton.

Filemnya sendiri khabarnya akan mula pengambaran musim bunga nanti di Canada.-infospesial-


(Gambar) Jurutera Termuda Microsoft Arfa Karim Randhawa, Meninggal Dunia

Posted: 19 Jan 2012 06:41 AM PST


Arfa Karim Randhawa, pakar komputer termuda yang dimiliki Microsoft, meninggal dunia di usianya yang masih muda 16 tahun.

Remaja genius asal Pakistan tersebut meninggal akibat serangan epilepsi. Pengasas Microsoft, Bill Gates membiayai rawatan Karim selama ini. Gates mengatakan bahawa kematian Karim adalah sebuah kehilangan besar bagi dunia. Genius seperti Karim sangat jarang, dan orang seperti dia mampu mencipta teknologi yang mengubah dunia.

Upacara pemakaman Karim dilakukan pada hari Ahad di Lahore sebelum jenazahnya dibawa ke kampung halamannya di Desa Ram Dewali, Faisalabad, Pakistan, untuk dikuburkan.

Sejumlah orang penting, termasuk para Menteri dan ahli politik, kelihatan bersama teman-teman sekolah Karim menghadiri upacara dan memberikan sokongan kepada pihak keluarga.

Laporan dari media tempatan, Karim mengalami koma pada tarikh 22 Disember 2011 akibat serangan epilepsi. Dia dirawat di rumah sakit tentera di Lahore dan harus menggunakan alat penyokong pernafasan di ICU. Hari Sabtu lalu, Karim mengalami pendarahan di tenggorokannya.

Walaupun awalnya keadaan Karim dijangka akan pulih, namun kenyataannya doktor tidak boleh menyelamatkan nyawanya.

Karim dikenali di dunia teknologi kerana menjadi orang termuda yang menerima sijil sebagai jurutera profesional dari Microsoft. Karim mendapatkan sijil itu pada tahun 2005 ketika dia masih berusia sembilan tahun.

 
 





 credit to infospesial

PANAS! Gambar Model Taiwan Charmian Chen 'The Monkey Girl' Membuat Implan Payudara

Posted: 19 Jan 2012 06:01 AM PST


Charmian Chen gadis seksi asal Taiwan kembali membuat heboh dunia maya lagi, dengan beredarnya foto dirinya sedang melakukan pembedahan plastik yang tersebar di internet.

Wanita dengan gelaran Monkey Girl yang ia dapat setelah kejadian kembennya dipelorotkan monyet Bali beberapa waktu lalu ini benar-benar serius ingin mempopularkan dirinya sendiri sebagai ikon Seks Taiwan.

Dirinya pun melakukan pembedahan plastik untuk membesarkan payudara dan mengecilkan pahanya. Namun jadi soalan adalah kenapa gambar-gambar jalannya operasi tersebar luas begitu saja.

Dipetik dari May Daily, banyak pihak yang menilai aksi Charmian ini adalah sebahagian dari promosi, demi menghantarkannya menuju populariti. Ini kerana, bagi warga Taiwan, pembedahan plastik umumnya adalah sangat rahsia, sehingga tidak pernah diterbitkan kepada umum. Namun yang dilakukan oleh Charmian sungguh di luar dugaan.

Terlepas dari kontroversi tersebut, Monkey Girl ini boleh dikatakan adalah Dewi Sex baru Taiwan, kerana telah bersikap berani menerbitkan operasi plastik yang dijalaninya. Selain itu hal unik lain adalah adanya tatu ganja yang ada pada tubuh model yang sama pelajar College of Commerce of Taiwan Chengchi University ini.

Nama Charmian mula jadi sorotan saat dia melakukan lawatan ke kawasan Sacred Monkey Forest di Ubud Bali pada bulan Oktober 2011 lalu. Di sana dia bertemu dua monyet kurang ajar yang menggerayangi dan bahkan sampai membuat kembennya melorot. Alhasil, payudaranya pun terlihat jelas di depan awam.

Foto Operasi Implan Payudara Charmian Chen 'The Monkey Girl'



Safee Sali Bakal Berhijrah Ke Kelab Thailand ?

Posted: 18 Jan 2012 11:29 PM PST


Ketika karier Safee Sali di Pelita Jaya masih samar ekoran status Liga Super Indonesia (ISL) yang masih belum mendapat kata putus, juara liga Thailand 2010, Muang Thong United mungkin menjadi pilihan terbaru buat Safee Sali jika mahu meneruskan kariernya di luar negara.

Menurut pengurus peribadi Safee, Zakaria Rahim, dia dihubungi wakil Muang Thong yang cukup berminat mahu mendapatkan penyerang Harimau Malaya itu. "Kelab Muang Thong ada menyatakan minat untuk mendapatkan Safee Sali cuma ia hanya secara lisan dan belum ada tawaran secara rasmi. Sebenarnya perbincangan ini sudah lama berlangsung termasuk mengenai gaji dan nilai kontrak yang akan ditawarkan kepada Safee, cuma ia belum melangkah ke tahap serius.

"Jika mereka mengemukakan tawaran rasmi, saya mahu tengok dahulu bila pintu perpindahan pemain akan dibuka supaya Safee tidak perlu menunggu terlalu lama untuk bermain, " kata Zakaria ketika dihubungi, semalam.

Musim lalu, Muang Thong menamatkan saingan liga bola sepak di tempat ketiga dan mara ke saingan suku akhir Piala AFC. Bertambah menarik, Safee mungkin bergandingan dengan bekas bintang Liverpool dan England, Robbie Fowler yang merupakan pengurus, merangkap pemain selain diperkuatkan tiga pemain import dari Ivory Coast.

Liga Thailand membenarkan penggunaan lima pemain import bagi setiap pasukan. Buat masa kini, Muang Thong hanya diperkuatkan empat pemain import dan masih ada satu kekosongan buat bekas pemain Selangor itu jika berminat berhijrah ke sana. Salah sebuah majalah bola sepak Thailand mendedahkan Muang Thong berminat menjadikan Safee Sali sebagai pengganti bekas pemain Fulham dan Queens Park Rangers (QPR), Zesh Rahman dari Pakistan.

Mengenai isu terkini ISL, Zakaria berkata, tiada sebarang keputusan dinyatakan oleh Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) terhadap status beberapa kelab ISL walaupun diberi tempoh sehingga 10 Januari untuk menyertai Liga Perdana Indonesia (IPL).

"Tiada sebarang tindakan oleh PSSI selepas tarikh yang diberikan dan saya yakin kemelut di ISL boleh diselesaikan tanpa menjejaskan karier Safee di Pelita, " katanya.-melayukini.net-

Ayumi Hamasaki Bercerai Atas Alasan Gempa Bumi

Posted: 18 Jan 2012 11:15 PM PST


Penyanyi popular Jepun, Ayumi Hamasaki dilaporkan akan memfailkan cerai terhadap suaminya, Manuel Schwarz, warganegara Austria selepas mengumumkan berita ini di dalam laman web rasminya.

Lebih menarik, Ayumi memberi alasan perceraian ini adalah disebabkan oleh gempa bumi yang selalu melanda Jepun, menyebabkan dia tidak sanggup untuk mengikut suaminya itu berhijrah ke Amerika Syarikat kerana bimbangkan keselamatan keluarganya di Jepun.

Japanese singer Ayumi Hamasaki and Austrian actor Manuel Schwarz have been married for just over a year.

Hal ini menimbulkan perbalahan antara mereka berdua sehingga pasangan ini tidak bersua muka untuk satu jangka masa yang lama.

Perkenalan mereka bermula apabila Manuel menjadi model untuk klip video 'Virgin Road' nyanyian Ayumi pada Ogos 2010 sebelum berkahwin pada 1 januari 2011 di sebuah gereja di las Vegas. -mediahiburan-

Bayi Seperti Ikan Duyung Di Indonesia

Posted: 18 Jan 2012 09:46 PM PST



MAUMERE (Indonesia): Seorang wanita, Maria Elizabeth dari Kampung Garam, Daerah Kota Uneng di Wilayah Sikka, kelmarin, melahirkan seorang anak perempuan yang mempunyai kaki seperti ikan duyung.

Walaubagaimanapun, bayi pelik yang diberi nama Maria Oktaviani itu meninggal dunia pada jam 5 petang hari yang sama.

Menurut Maria, ketika usia kandungannya masuk tiga bulan, dia bermimpi seekor ikan duyung datang kepadanya.

Dalam mimpi itu, ikan duyung itu berjanji kandungan Maria akan membawa rezeki yang melimpah untuk keluarganya dengan beberapa syarat.

Yang pertama, Maria mesti menamakan anaknya itu Puteri Duyung. Kedua, setelah dilahirkan, bayi itu mesti disimpan di dalam bekas. Manakala syarat ketiga, Maria tidak boleh menceritakan perjanjian mereka kepada sesiapa pun.

Kata Maria, sekiranya syarat itu dilanggar, seorang daripada anggota keluarganya akan menjadi korban.

Menurut Maria, dalam mimpi itu, dia telah menolak permintaan untuk menamakan anaknya Puteri Duyung.

"Dalam mimpi itu, kami bertengkar di tepi pantai. Dia meminta saya menamakan anak saya Puteri Duyung tetapi saya menolak. Saya kata dia ikan dan kami manusia," cerita Maria.

Menurut Maria, dia telah menceritakan mimpinya itu kepada suaminya kerana ketakutan.

Mereka juga telah sepakat untuk menamakan anak mereka 'Maria Oktaviani' sekiranya bayi perempuan dan 'Mario Oktaviano' sekiranya bayi lelaki.

Cerita Maria lagi, ikan duyung itu cuba untuk menyakinkan dia supaya tidak takut dan berkata bahawa anak dalam kandungannya itu akan membawa rezeki untuk mereka sekeluarga. – Agensi

PANAS! Pendedahan Seks Liar Britney Spears

Posted: 18 Jan 2012 07:05 PM PST


LOS ANGELES: Britney Spears berdepan dengan dakwaan panas sebuah buku yang menjanjikan pendedahan sensasi mengenai kehidupan seks liar penyanyi terbabit.

Bekas pengawal Britney, Fernando Flores, berkata dia sedia menceritakan aksi seks liar penyanyi berkenaan ketika konsert jelajah Toxic dua tahun lalu.



Mendakwa menerima kontrak berjuta-juta ringgit dengan sebuah penerbit buku, Flores, 31, berkata buku berkenaan akan dilancarkan sempena perkahwinan Britney dengan Jason Trawick, 40.

Ia adalah perkahwinan ketiga Britney setakat ini.


Menurut bekas polis itu, Britney memiliki selera seksual besar dan tanpa batas.

"Saya pernah mendengar cerita mengenai aksi seksnya bersama dua yang lain secara serentak serta pelbagai pengalaman yang boleh menyebabkan bulu roma anda terpacak.


"Dia memiliki ramai penari muda dan kelihatan menarik sepanjang siri konsertnya dan keadaan boleh menjadi tidak terkawal.

"Di sana mereka mengadakan pesta arak, dadah dan sesi berahi serta pelbagai aktiviti lain," katanya.
Flores menceritakan kepada kawannya bagaimana Britney berfoya-foya dengan sekumpulan wanita.

"Saya ada dalam bilik mandi Britney ketika ternampak gambarnya bersama beberapa wanita dalam keadaan berahi.

"Kata Britney, gambar itu dirakam ketika dia mengadakan siri konsert dan keadaan menjadi tidak terkawal," katanya.

Flores bekerja untuk Britney, 30, pada 2010 dan kini menyaman penyanyi terbabit atas tuduhan serangan seksual.

Kata Flores, Britney secara berulang kali berbogel di depannya dan cuba mengajaknya ke ranjang.

Flores memulakan saman itu pada 2010 dan dijadual didengar di mahkamah tahun ini. - TS

Jom Jelajah Blog Farah Lee, Bakal Isteri Ally Iskandar

Posted: 18 Jan 2012 06:47 PM PST


Farah Lee, tetiba je nama blogger dan pelajar ini disebut-sebut ramai. Tak mustahil blog Farah Lee yang juga pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal di Korea Selatan ini akan meletup.


Farah Lee, gadis manis berasal dari Terengganu ini mula mendapat perhatian kerana dia merupakan gadis yang berjaya memikat hati Ally Iskandar setelah pertunangan Ally sebelum ini putus di tengah jalan, dan sekarang ini dia dan Ally akan berkahwin pada 20 Januari 2012

Keluarga Besar Farah Lee.

Mari singgah ke blog Farah Lee, ada sesuatu yang menarik di sana. Dan pasti ramai akan terpikat dengan cara penyampaian dan isi yang ada di dalam blog tersebut.

Blog Farah Lee (klik)

sumber : http://www.hasrulhassan.com

Saya Terima Abang Ally Sebab Dia Matang - Farah Lee

Posted: 18 Jan 2012 06:38 PM PST



KUALA TERENGGANU: "Saya terima abang (Ally Iskandar) sebab dia dapat terima dan hormat keluarga saya seperti keluarganya sendiri, malah keluarga saya juga dapat menerimanya dengan hati terbuka," kata Nurfarahin Romli, 23, bakal isteri pengacara terkenal TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36.

Menurut penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Incheon, Korea Selatan yang akan menamatkan pengajiannya Disember ini, dia pertama kali bertemu bakal suami dan keluarganya sehari selepas dia bertudung iaitu pada 20 Ogos tahun lalu bersamaan 20 Ramadan apabila diajak adik Ally Iskandar yang juga kenalannya sejak sekolah menengah berbuka puasa bersama abangnya di sebuah restoran di bandar raya ini.


"Saya sudah lama kenal kewujudan abang sebagai pengacara TV3, tetapi ketika itu saya tidak endah sangat sehingga adiknya mengajak saya bertemu abang dan dari situ bermula cinta pandang pertama.

"Walaupun umur kami berbeza 13 tahun, tetapi saya tidak kisah sebaliknya beruntung kerana dia lelaki matang dan lebih penting dapat membimbing saya yang baru berhijrah memakai tudung selepas menunaikan umrah tahun lalu," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Atas Tol, di sini, semalam. -hmetro-

Ada Pihak Iri Hati, Abby Abadi Terkena Sihir

Posted: 18 Jan 2012 06:27 PM PST



Pelakon Abby Abadi mendakwa ada pihak cuba menutup periuk nasinya dengan menghantar sihir sehingga menyebabkan badan-badannya menjadi sakit.

Selain itu kata Abby, perutnya juga sakit sehingga tidak mampu berjalan, sukar untuk tidur dan sakit pinggang yang teruk ketika sedang sibuk dengan penggambaran drama dan rakaman single lagu barunya, Aku Tak Mahu.

"Sebelum mendapat tahu terkena buatan orang, saya telah ke hospital sebanyak dua kali pada November lalu untuk mengesan penyakit saya itu tetapi doktor berkata saya tidak mempunyai sebarang masalah.

"Kemudian, barulah saya membuat rawatan secara tradisional pula dengan pelakon Ashraf Muslim. Memang waktu itu keadaan tubuh badan begitu teruk tetapi saya tetap gagahkan diri kerana mempunyai komitmen dengan penggambaran drama Pelangi Kasih dan Mulanya Di Sini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Abby, semasa mendapatkan rawatan secara alternatif itu, dia diberitahu terkena buatan orang oleh pihak-pihak yang iri hati dengannya.

Dia tidak menyangka ada orang yang berniat jahat terhadapnya sedangkan dia tidak pernah pun cuba untuk menyakiti hati orang lain.

Bagaimanapun, ibu tunggal beranak tiga ini berkata, dia bersyukur kerana penyakit misterinya itu beransur pulih dan masih lagi mengamalkan perubatan tradisional itu.

"Alhamdulillah, saya beransur pulih. Bagaimanapun, benda sihir ini akan datang balik jika kita tidak berjaga-jaga.

"Saya pun tak tahu siapa yang sanggup melakukan perkara buruk ini. Biarlah pihak yang mengenakan saya itu mendapat balasan daripada Allah di atas perbuatannya itu," ujar Abby.



Terkilan dengan Zul

Sementara itu, mengenai hubungannya dengan bekas kekasih, Zul Ariffin, Abby mengakui mereka tidak lagi kerap berhubung seperti dahulu.

Cuma Abby sedikit terkilan apabila pelakon itu telah membuat kenyataan kepada sebuah portal pada Rabu yang dia tidak lagi memikirkan tentang dirinya. Namun Abby tidak pasti adakah Zul benar-benar bermaksud sedemikian ataupun tidak.

Ujar Abby, sukar untuk dia mengulas berkenaan dengan kenyataan pelakon lelaki yang semakin meningkat naik itu apabila terdapat dua komen yang berbeza yang dinyatakan Zul sebelum ini.

"Entahlah, saya pun tak tahu nak cakap apa sebab dia memberikan kenyataan yang berbeza. Pada mulanya, dia cakap, masih lagi sayang dan mengingati saya dan sekarang, lain pula ceritanya.

"Bagaimanapun, saya tak dapat nafikan bahawa perasaan sedikit terkilan itu ada," tuturnya.

Dalam pada itu, Abby dan Zul masih lagi berhubung kerana terdapat urusan yang masih lagi belum selesai di antara mereka.

"Memang ada beberapa perkara yang saya tidak boleh jelaskan di sini yang masih belum selesai di antara kami.

"Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan bukan? Alhamdulillah walaupun dilanda pelbagai masalah, saya masih lagi menerima tawaran lakonan dan mengacara. Malah tahun ini saya buat 'comeback' dengan muncul lagu Aku Tak Mahu, ciptaan Edry Abdul Halim," katanya. -mstar-

Dituduh 'Berlakon' Dalam Kes Samun, Wardina Panggil Penulis Blog

Posted: 18 Jan 2012 06:25 PM PST


Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menjemput penulis blog Ruang Bicara Faisal (RBJ) menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau pun kisah benar.

Wardina berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh penulis blog tersebut seperti yang diminta.

"Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.

"Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Antara petikan menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com mempersoalkan kejadian samun Wardina.
 
Wardina diminta mengulas tulisan RBJ menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com yang mempersoalkan kononnya dia memperbesar-besarkan kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya semata-mata untuk menagih simpati orang ramai bagi mendapatkan publisiti.

Penulis blog itu juga mempertikaikan tindakan Wardina yang mendakwa berada dalam keadaan trauma tetapi sempat meminjam komputer milik jiran untuk menulis kejadian yang berlaku menerusi Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Wardina berkata, dia tidak berasa terkesan dengan tulisan tersebut sebaliknya menganggap penulis blog itu terlalu mempunyai banyak masa untuk menulis pelbagai cerita mengenai orang lain.

Wardina berkata, dia juga tidak risau dengan pandangan masyarakat yang membaca entri tersebut kerana percaya mentaliti masyarakat di negara ini sudah cukup bijak untuk menilai sama ada kejadian tersebut benar atau tidak.

"Mungkin ada segelintir pihak akan terpengaruh dengan entri tersebut dan memikirkan perkara negatif mengenai diri saya, tetapi saya percaya itu hanya mewakili segelintir pihak sahaja.

Wardina Safiyah bersama suaminuya, Ikhwan Johari menunjukkan barang yang diselongkar oleh perompak dalam kejadian pecah masuk di rumah mereka pada 12 Januari lalu. foto: BERNAMA 
 
"Rakan-rakan dan keluarga tahu apa yang sebenarnya yang berlaku dan pada tahap ini itu sudah memadai," ujarnya.

Sementara itu, Wardina berkata, penulis blog tersebut sepatutnya menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan berfaedah sebagai bahan bacaan supaya dapat mengembangkan minda masyarakat.

Katanya, walaupun kejadian samun yang berlaku terhadapnya mendapat liputan luas tetapi ia telah membuka mata banyak pihak supaya menjadi lebih berhati-hati dalam menjaga keselamatan keluarga.

"Ada perkara yang lebih penting untuk saya fikirkan daripada melayan karenah orang sebegini yang nyata hanya membuang masa," ujarnya.

Pada 12 Januari lalu, Wardina mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila rumahnya dimasuki tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat milik beliau sebelum mengarahkan semua anggota keluarga Wardina berkumpul.

Mohon Maaf
Sementara itu pihak mStar Online memohon maaf kepada Wardina terhadap kesilapan informasi berhubung pemilik blog berkenaan dan ia bukannya ditulis oleh Tun Faisal Ismail Aziz seperti laporan awal artikel ini.

Arrora Salwa Jawab Tuduhan Enggan Bayar Hutang

Posted: 18 Jan 2012 06:23 PM PST



Penyanyi yang popular dengan lagu Ahmad, Arrora Salwa menolak dakwaan yang mengatakan dia enggan membayar sejumlah wang yang dipinjamnya sehingga diburu oleh seseorang.

Sebaliknya, Arrora atau nama sebenarnya Salwa Md. Razak, 27, berkata wang berjumlah RM1,400 itu telah dipinjam oleh bekas pembantu peribadi yang tidak lagi tidak lagi bekerja dengannya.

"Biarlah saya berterus-terang, isu hutang itu memang benar tetapi bukan saya yang berhutang. Wang itu dipinjam oleh bekas pembantu peribadi saya dengan individu berkenaan ketika dia masih bekerja dengan saya.

"Kalau hendak tahu, saya memecat pembantu peribadi itu pun kerana banyak masalah yang ditimbulkan. Apabila pemiutang itu meminta wang tersebut, pembantu peribadi saya menuding jari ke arah saya kononnya saya pula yang berhutang dan enggan melunaskannya," katanya kepada mStar Online.

Arrora yang juga bekas Lans Koperal dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini, berkata walaupun pemiutang terbabit datang menemuinya untuk menuntut wang berkenaan, dia enggan melayan permintaan tersebut kerana urusan itu tidak melibatkan dirinya.

"Saya akui individu itu terus memburu saya dan meminta wang tersebut sehingga kini. Namun, saya menegaskan kepadanya saya tidak akan bayar wang itu kerana ia tidak melibatkan diri saya," tegasnya.

Ketika ditanya mengenai reaksinya berhubung dakwaan tersebut, Arrora berkata dia tidak langsung berasa tertekan atau malu kerana mengetahui kebenaran di sebalik fitnah yang timbul itu.

"Dakwaan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Tiada apa yang perlu saya sembunyikan atau berasa takut. Sesiapa yang bertanyakan hal ini, saya akan bercerita perkara yang sebenar.

"Lagipun, saya adalah bekas anggota polis yang sudah dilatih dengan ketahanan mental dan emosi dalam menghadapi perkara seperti ini, mungkin sebab itu saya tidak berasa tertekan dengan apa yang berlaku," katanya.

Bercerita perkembangan kerjaya, Arrora berkata dia kini mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila ditawarkan untuk membintangi filem berjudul 14 Kerat arahan Baldev Singh.

Katanya, dalam filem yang turut dibintangi oleh Fouziah Gous, Siti Saleha dan Zamarul Hisham itu, dia memainkan watak sebagai pegawai polis bernama Inspektor Sofia.

"Saya berasa seronok dengan peluang berlakon filem kerana secara kebetulan pula saya memegang watak pegawai polis seperti kerjaya lama.

"Saya tidak berdepan kesulitan untuk menjiwai watak dan gerak tubuh sebagai seorang polis kerana sudah terbiasa," katanya yang merancang untuk mengeluarkan lagu 'single' kedua tidak lama lagi.-mstar-

Diandra Arjunaidi Bersedia Hadapi Kontroversi

Posted: 18 Jan 2012 06:22 PM PST



KUALA LUMPUR: Penyanyi baru, Diandra Arjunaidi, 20, sudah bersiap sedia untuk melalui sebarang kontroversi pada masa akan datang dan tidak kisah sekiranya dia hilang kebebasan seperti remaja lain.

Diandra berkata, dia faham, apabila bergelar penyanyi secara profesional, dirinya akan menjadi milik masyarakat dan dia akan berjaga-jaga dalam setiap langkah yang dibuat.

"Saya faham, apabila bergelar seorang artis, terlalu banyak cubaan dan dugaan yang akan dilalui, terpulang kepada diri masing-masing. Lebih-lebih lagi tentang imej berpakaian, semua itu saya dah bersedia.

"Kalau nak kata hilang kebebasan, ia bukanlah satu isu yang besar kerana sebelum ini pun saya jarang keluar rumah melainkan mempunyai kerja-kerja nyanyian atau sekali sekala melepak di kedai mamak bersama rakan-rakan," kata penyanyi Yuna Room Records (YRR) ini.

Tambah penyanyi yang baru sahaja melancarkan album pertamanya, Diandra Arjunaidi ini, dia berharap agar peminat muzik tempatan dapat menerima karyanya itu.

Dalam pada itu, Diandra berkata dia gembira apabila melihat ramai wanita yang mula mempelajari gitar sebagai permulaan untuk menceburkan diri dalam bidang muzik.

"Sekarang ini perempuan bermain gitar merupakan satu 'trend' lebih-lebih lagi daripada kalangan remaja. Mereka akan bermain gitar dan merakamkan nyanyian untuk dimasukkan ke dalam laman Youtube.

"Saya juga baru sahaja belajar bermain gitar dan sekali sekala, saya akan membawa gitar bersama ketika membuat persembahan nyanyian.

"Bagi saya, ia satu perkara yang sangat 'cool' kerana menunjukkan industri muzik kita semakin berkembang," ujarnya.

Album sulung Diandra yang memuatkan sebanyak tujuh buah lagu seperti Angkasa, Things We Don't Say, Remember, Happy, Entitled, White Lines dan You kini sudah berada di pasaran. -mstar-

Amir Jahari Artis Pertama Aizat Amdan

Posted: 18 Jan 2012 06:03 PM PST



KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aizat Amdan memperluaskan kerjaya seninya apabila memilih bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-9, Amir Jahari untuk bernaung di bawah syarikat pengurusannya iaitu Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd (KGE).

Aizat berkata, pemilihan Amir dibuat adalah disebabkan kebolehan penyanyi berusia 20 tahun itu mencipta lagu dan menulis lirik sendiri selain bakat nyanyiannya yang menyerlah.

"Saya yakin dia mampu pergi jauh kerana bakat dan semangat ditunjukkan begitu menarik perhatian saya tambahan pula kebolehannya menulis dan mencipta lagu," ujarnya pada majlis memperkenalkan Amir dan pelancaran album Urusan Aizat Amdan VCD Karaoke di sini Selasa lalu.

Aizat berkata, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu juga turut mengingatkan dia kepada dirinya suatu ketika dahulu yang mahu mencari tapak dalam industri.

Ujarnya, beberapa persamaan antara mereka turut menarik minat penyanyi lagu Sungai Lui itu untuk mengambilnya sebagai artis di bawah label KGE.

"Masa mula-mula saya tengok Amir, dia terus mengingatkan saya kepada diri saya pada satu ketika dahulu yang ingin mencari tapak sebagai seorang penyanyi.

"Perkara itu juga membuatkan hati saya terdetik untuk mengambilnya sebagai artis naungan dan membantunya menjadi seorang penyanyi yang berkaliber," katanya.

Dalam pada itu, Aizat berkata, selain menerbitkan album untuk penyanyi tersebut, KGE juga mempunyai agenda lain untuknya.

Ujarnya, kebolehan Amir menulis lirik dan mencipta lagu akan digunakan sebaik mungkin dalam mencipta lagu untuk artis lain.

"Sehingga kini sudah beberapa artis bersetuju untuk menggunakan lagu ciptaannya dalam album terbaru mereka seperti Afdlin Shauki dan Adibah Noor," katanya.

Amir Jahari.
 
Sementara itu, Amir ketika ditemui berkata, walaupun pernah mendapat tawaran daripada syarikat rakaman lain tetapi dia mengambil keputusan untuk bersama KGE kerana berasa selesa dengan pihak pengurusan syarikat itu.

Amir berkata, dia juga bersyukur dapat bernaung di bawah label tersebut kerana Aizat memberikannya peluang untuk berkarya tanpa sekatan selain persefahaman antara mereka.

"Kalau di tempat lain mungkin saya tidak dapat seperti mana saya dapat di sini tambahan pula saya artis baru.
"Aizat juga banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menjadi seorang penyanyi dan komposer yang baik," ujarnya.

Pada majlis sama, Aizat turut melancarkan album karaoke berjudul "Urusan Aizat Amdan VCD Karaoke" khas buat peminat yang mahu menyanyikan lagu-lagunya.

Album tersebut mengandungi 10 buah lagu seperti Susun Silang Kata, Sungai Lui dan beberapa tajuk daripada album terdahulu seperti Hanya Kau Yang Mampu, Kau Aku dan Lagu Kita.

"Album VCD Karaoke ini dilancarkan berdasarkan kepada permintaan peminat yang sering bertanya kepada saya mengenainya. Saya berharap peminat akan suka seleksi lagu dalam VCD ini selain dapat menyanyi di rumah," ujarnya.

Tambahnya setakat ini album tersebut boleh didapati secara dalam talian di www.aizatamdan.com atau mana-mana lokasi penyanyi itu membuat persembahan. Ia dijual dengan harga RM15. -mstar-

Michelle Williams Tolak Dakwaan Anak Beyonce Berwajah Hodoh

Posted: 18 Jan 2012 05:59 PM PST

Michelle Williams.

BEKAS anggota kumpulan Destiny Child's, Michelle Williams memberitahu anak rakan baiknya, Beyonce sangat cantik ketika melawat mereka baru-baru ini.

Michelle juga menyangkal dakwaan mengatakan bahawa anak Beyonce dan pasangannya, Jay-Z berwajah hodoh.

"Blue sangat cantik seperti ibunya dan tidak masuk akal dakwaan yang dibuat sesetengah pihak mengatakan anaknya hodoh," ujarnya kepada Daily Mail.

Dalam pada itu, Kelly Rowland ketika ditanya mengenai Blue enggan mendedahkan sebarang maklumat kerana merasakan ia adalah hak peribadi pasangan itu.

"Adalah lebih baik biar mereka sendiri yang menunjukkan anak mereka kepada umum apabila mereka sudah bersedia," ujarnya. -mstar-

Megan Fox, Lindsay Lohan Berebut Peranan Kisah Elizabeth Taylor

Posted: 18 Jan 2012 05:57 PM PST

Megan Fox.


WALAUPUN masih belum memulakan sesi penggambaran, filem berkisar mengenai kisah cinta mendiang Elizabeth Taylor sudah pun dilanda kontroversi.

Dua bintang popular Hollywood, Lindsay Lohan dan Megan Fox dikhabarkan berebut untuk mendapatkan peranan utama dalam filem yang diberi judul Elizabeth & Richard: A Love Story itu.

Pihak pengurusan filem itu bagaimanapun memberitahu keputusan mengenai pemilihan pelakon akan ditentukan oleh pihak mereka tanpa campur tangan daripada orang lain.

"Pihak kami telah pun berunding dengan Lindsay dan Megan selain beberapa artis yang berkemungkinan mendapat peranan tersebut," kata Larry Thompson, Penerbit Ekskutif filem berkenaan.

Lindsay Lohan.

Dalam pada itu, sumber terdekat Lindsay berkata, pelakon Mean Girls itu terdesak untuk mendapatkan watak utama itu kerana ingin melonjakkan kembali namanya yang tercalar beberapa tahun kebelakangan akibat kontroversi.

Filem tersebut bakal memulakan penggambaran pada musim panas di Kanada dan akan menekankan kisah percintaan primadona itu dengan Richard Burton. -mstar-

Sakinah sombong dengan media?

Posted: 18 Jan 2012 05:50 PM PST


 
SHARIFAH SAKINAH


TARIKAN utama telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang arahan Michael Ang yang disiarkan di Astro Ria baru-baru ini sudah tentu gandingan pelakon remaja jelita Malaysia, Elfira Loy dan pelakon kacak Indonesia, Randy Pangalia. Namun, turut mencuri perhatian ialah karakter Kinah iaitu rakan baik kepada karakter Alyah lakonan Elfira.

Watak anak orang kaya yang agak kebodohan, terutama apabila bercakap bahasa Inggeris secara sembrono atau lebih dikenali dengan istilah 'berterabur' begitu menyerlah sehingga berjaya mencuit hati dan mencuri tumpuan penonton. Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan pelakon yang memerankan karakter Kinah itu.

Kinah sebenarnya telah direalisasikan oleh pelakon Sharifah Sakinah, adik kepada Sharifah Norazleenda dan Sharifah Shahira. Sebenarnya bukan mudah buat Sakinah untuk menjadikan namanya dikenali dalam bidang lakonan dan pengacaraan semudah kedua-dua orang kakaknya itu.

Namun apa sudah jadi selepas namanya kini dikenali gara-gara watak Kinah itu? Muncul cerita-cerita negatif tentang pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Al-Khaired Syed Abu Bakar itu.

Dia dikatakan mula menunjuk belang dan bersikap sombong apabila menolak untuk melakukan sesi fotografi dengan pihak media. Sebelum ini juga, Sakinah pernah dilanda kontroversi apabila dikatakan bergaduh dengan pelakon Julia Ziegler kerana menyebarkan cerita tidak benar tentang pelakon itu.

Ada penjelasan tersendiri daripada Sakinah, 23, yang ditemui pada sidang akhbar memperkenalkan barisan pelakon filem Ular terbitan KRU Studios di Cyberjaya baru-baru ini.

Kosmo!: Bagaimanakah kontroversi antara Sakinah dan pelakon Julia Ziegler terjadi. Khabarnya Sakinah menjaja cerita Julia kononnya dia melakukan perbuatan tidak elok dengan seorang kru produksi sebuah drama?

Sakinah: Memang sebelum ini saya dan Julia ada krisis sedikit. Dia mendakwa saya menyebarkan fitnah tentang dia kepada orang lain. Perkara itu sudah berlalu.

Sakinah memang terkenal dengan watak yang agak kebodohan dalam drama atau telefilem. Kenapa memilih watak-watak tersebut atau memang serasi dengan Sakinah ke?

Saya bukan bawa watak bodoh tetapi sebenarnya lebih kepada watak lurus dan komedi. Saya suka bawa watak sebegitu dan seboleh-bolehnya tidak mahu bawa watak komedi seperti orang lain bawa. Saya mahu cipta sesuatu kelainan. Saya juga ada bawa watak serius iaitu perempuan psiko dalam telefilem Penjara.

Telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang berjaya melonjakkan nama Sakinah dan watak Sakinah dalam telefilem itu begitu diminati ramai. Komen?

Sebenarnya watak saya dalam telefilem itu membosankan tetapi saya cuba warnakan watak tersebut. Saya tiru gaya seorang jurusolek artis yang suka cakap dalam bahasa Inggeris berterabur. Saya berbincang dengan Michael Ang untuk jadikan watak saya sebegitu dan dia bersetuju.

Dengarnya setelah Sakinah mula mendapat tempat dalam industri seni, Sakinah mula berlagak sombong tidak mahu melakukan sebarang sesi fotografi dengan pihak media. Benarkah begitu?

Sejujurnya saya tidak berniat untuk berlagak sombong dengan mana-mana pihak media yang meminta untuk mengadakan sesi fotografi. Sebenarnya, saya tidak mahu disebabkan kurang gemar bersolek dan mendandan rambut. Disebabkan itu, saya menolak untuk melakukan sebarang sesi fotografi. Memang sikap saya tidak suka bersolek. Kalau boleh dalam drama juga saya tidak mahu bersolek.

Walaupun publisiti itu penting untuk seorang artis menaikkan nama tetapi saya lebih selesa begini dan menganggap bidang lakonan sebagai punca rezeki dan kepuasan daripada mengejar populariti.

Anda banyak dilihat berlakon di bawah arahan Michael Ang. Adakah anda seorang pelakon kegemarannya? Khabarnya anda tanpa segan silu pernah menghubungi Michael meminta watak dalam drama atau telefilem arahannya?

Memang saya banyak menerima tawaran lakonan di bawah syarikat Cube Film milik pengarah Michael Ang. Dia banyak bagi peluang kepada saya dan rakan-rakan lain berlakon di bawah drama arahannya. Memang saya ada hubungi dia tanya jika ada watak yang bersesuaian dengan diri saya. Michael bukan sahaja merangkap pengarah tetapi sudah menjadi kawan baik saya. Saya tidak pernah merasakan diri sebagai pelakon kegemarannya. Selain saya, Elfira Loy, Didie Alias, Marsha Londoh dan Sharifah Shahora juga banyak menerima tawaran lakonan daripada Michael.

Boleh cerita sedikit mengenai watak Sakinah dalam filem Ular?

Dalam filem Ular saya bawa watak sebagai Lyn, seorang wanita yang gedik. Lyn mempunyai kawan baik iaitu Amy lakonan Zarina Anjolie. Akhirnya, kami mati akibat dimakan ular. Namun, karakter kami tidak membuatkan penonton menyampah sebaliknya akan kasihan dengan nasib yang menimpa kami di penghujung filem tersebut. -kosmo-

Winter Sonata ke pentas teater

Posted: 18 Jan 2012 05:45 PM PST


 
CHOI JI WOO


TIDAK dapat dinafikan drama bersiri popular Winter Sonata merupakan perintis terhadap kegilaan peminat drama terhadap drama Korea.

Sehingga ke hari ini, drama cinta lakonan Choi Ji Woo dan Bae Yong Joon itu masih kekal di carta pertama drama Korea yang harus ditonton meskipun selepas 10 tahun drama itu ditayangkan.

Pada 14 Januari lalu, aktres Choi Ji Woo yang memegang watak wanita utama sebagai Jeong Yoo Jin telah meraikan ulang tahun ke-10 drama tersebut sambil memberi semangat kepada barisan pelakon untuk teater muzikal Winter Sonata yang diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Yoon Suk Ho.

"Sebagai aktres yang membawakan watak utama dalam Winter Sonata satu memori yang tidak dapat dilupakan. Malah, sehingga ke hari ini saya masih ingat beberapa dialog yang dilontar dalam drama Winter Sonata.

"Apabila melihat drama yang sama dipentaskan ke pentas teater dan ia sebuah teater yang berjaya, saya rasa sungguh bangga kerana saya juga sebahagian daripada Winter Sonata," ucapnya.

Pementasan muzikal Winter Sonata mendapat sambutan yang hangat meskipun setiap watak dalam pementasan itu dilakonkan oleh pelakon yang lain.-kosmo-

Wanita menari beramai-ramai sebagai tanda protes

Posted: 18 Jan 2012 05:42 PM PST


 SEJUMLAH wanita menari dalam satu tunjuk perasaan di Baitulmuqaddis kelmarin.



BAITULMUQADDIS - Lebih 200 wanita menari di sini kelmarin dalam satu tunjuk perasaan bagi menentang diskriminasi terhadap mereka di tempat awam.

Mereka menari mengikut rentak lagu nyanyian penyanyi terkenal, Adele yang berjudul Rolling in the Deep.

Sebuah pembesar suara memperdengarkan lagu tersebut di jalan Ben-Yehuda.

Majlis itu dianjurkan oleh sebuah persatuan pelajar Universiti Hebrew, lapor akhbar Jerusalem Post semalam.

Seorang pengarah aktiviti sosial persatuan itu, Inbar Admon menyatakan pihak pemerintah dan pengurusan bandar Baitulmuqaddis perlu mengatasi isu bagi memisahkan golongan wanita daripada lelaki di tempat awam.

Admon menyatakan, poster-poster yang mempamerkan model wanita pernah ditanggalkan daripada jalan-jalan raya di sini.

Menurutnya, beberapa wanita muda turut diludah dan diganggu di sini menyebabkan tunjuk perasaan itu diadakan. - Agensi

Team Gayat Helicam - Satu Fenomena Dalam Pemibikinan Video

Posted: 18 Jan 2012 05:34 PM PST



KELAINAN idea dan inspirasi ketika menghasilkan sesuatu karya video mahupun imej pegun di pasaran perkhidmatan multimedia sudah tentu mampu menarik perhatian orang ramai.

Apatah lagi, apabila ia dijalankan oleh kumpulan pengkarya kreatif yang mempunyai daya imaginasi tinggi, hasilnya tentu meninggalkan impak bermakna buat kelompok pelanggan yang disasarkan.

Ia tidak terbatas kepada penghasilan video atau imej pegun perkahwinan sahaja malah kreativiti tersebut boleh diguna pakai dalam pelbagai aspek penggambaran dan acara seperti majlis korporat, pelancaran produk, pembikinan video muzik dan sambutan majlis hari jadi.

Menyedari kepentingan ini, CST Production yang cukup terkenal dalam penghasilan video menggunakan kamera refleks lensa tunggal (DSLR) melangkah setapak lagi apabila memperkenalkan Team Gayat Helicam dalam pembikinan video dan pengimejan pegun.

Pengasas dan Pengarah CST Production, Rosli Mohamed, 31, berkata, dia memperkenalkan Team Gayat Helicam dalam pembikinan video dan pengimejan pegun untuk memberikan kelainan serta pembaharuan kepada pelanggan-pelanggannya.

"Team Gayat Helicam merupakan sebahagian daripada cabang CST Production yang menawarkan rakaman sudut tinggi kepada para pelanggan.


GAYAT Helicam kelihatan seakan-akan piring terbang mahkluk asing mengundang tanda tanya kepada orang ramai.


"Buat masa ini, saya dibantu dua lagi rakan iaitu Syed Kechik Syed Mahadi, 41, dan Mohd. Fadhli Badarudin, 34, dalam pengendalian jentera serba canggih ini," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Sungguhpun perkhidmatan Gayat Helicam itu baru sahaja diperkenalkan pada bulan Oktober tahun lalu, tetapi ia sudah mencuri tumpuan khalayak ramai apatah lagi ketika penggambaran dilakukan di tempat umum.

Ia terbukti apabila Kosmo! melihat beberapa kenderaan dan orang ramai sanggup berhenti semata-mata ingin melihat Gayat Helicam beraksi semasa sesi fotografi dilakukan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Secara jujur, idea untuk menggunakan oktokopter ini telah dilontarkan pada tahun 2007 lagi untuk memastikan terdapat kelainan dalam pembikinan karya CST Production.

"Bagaimanapun, akibat kekangan kewangan, ia terpaksa ditangguhkan untuk mengumpul dana terlebih dahulu bagi merealisasikan impian ini," ujar lelaki yang meminati jentera kawalan jauh itu.

Rosli menambah, sebuah Gayat Helicam tersebut boleh mencecah kira-kira RM60,000 sehingga RM70,000 malah pelbagai kajian dan penyelidikan telah dilakukan sebelum mula menggunakan jentera udara berkenaan.

Katanya lagi, dia dan dua orang lagi rakannya mengambil masa kira-kira sebulan untuk mempersiapkan oktokopter tersebut agar dapat beroperasi dengan baik.

Teknologi penstabil

Dalam pada itu, Syed Kechik menambah, Gayat Helicam menggunakan teknologi penstabilan giro.

"Pada kebiasaannya, teknologi ini digunakan dalam pengendalian kapal terbang dan helikopter. Kita menggunakan teknologi ini kerana apabila berada di awangan oktokopter ini perlu mempunyai penstabil untuk memastikan setiap rakaman video ataupun imej pegun tidak bergoyang.

"Tatkala berada di udara sudah tentu ada angin dan membuatkan oktokopter tersebut bergoyang. Dengan penggunaan teknologi giro ini, ia dapat memastikan kamera yang diletakkan di Gayat Helicam berfungsi dengan baik sekali gus memastikan kualiti rakaman," ujarnya.


SKRIN rata penyiaran digunakan untuk melihat visual di udara yang dirakam Gayat Helicam.


Dia memberitahu, penstabilan dan gegaran merupakan dua aspek penting yang perlu diambil perhatian apabila melakukan penggambaran.

Tambahnya, perancangan teliti juga amat penting sebelum melakukan sesuatu rakaman kerana jentera itu mempunyai masa yang terhad apabila berada di udara.

"Apabila Gayat Helicam beroperasi, bateri hanya mampu bertahan selama kira-kira 10 hingga 12 minit sahaja membuatkan mereka perlu memastikan setiap masa tersebut digunakan sepenuhnya.

"Kami menggunakan dua biji bateri litium polimer atau dikenali sebagai li-po. Sebiji berkenaan mempunyai kapasiti 15 voltan sahaja dan ia boleh dicas semula.

Kalau diperhatikan pada rangka binaannya, Gayat Helicam tersebut kelihatan seperti sotong yang mempunyai lapan kaki.

Syed Kechik yang bertindak sebagai juruterbang Gayat Helicam menambah, kerangka jentera berkenaan diperbuat daripada kombinasi gentian karbon dan keluli ringan.

"Ia bagi memastikan jentera berkenaan kuat dan ringan apabila terbang di awangan. Lapan kipas yang terdapat pada Gayat Helicam pula diperbuat daripada plastik.

"Pemilihan kipas plastik bertujuan untuk keselamatan kerana apabila menggunakan Gayat Helicam kita akan melakukan penggambaran di tempat umum dan sebagainya. Kalau menggunakan kipas gentian karbon ia sudah pasti akan mengundang bahaya," tegasnya lagi.

Pengendalian

Sementara itu, Mohd. Fadhli Badarudin, 34, berkata,
pengendalian jentera berkenaan memerlukan tiga tenaga kerja bagi melancarkan rakaman dilakukan di ruang udara.

"Dua orang akan mengendalikan kawalan jauh iaitu digital dan analog manakala seorang lagi bertindak sebagai pengarah memantau skrin rata rakaman.

"Kawalan jauh digital diguna pakai semasa mengendalikan Gayat Helicam. Analog pula dilakukan untuk mengawal kamera digital yang diletakkan pada jentera berkenaan," katanya.

Bagi memperoleh visual, Mohd. Fadhli memberitahu, penggunaan sistem pemancar dan penerima diguna pakai untuk melihat rakaman yang bakal dilakukan melalui skrin rata.

Terdapat dua pilihan penggunaan skrin rata iaitu siaran ataupun menggunakan tablet bagi memudahkan lagi sesi penggambaran.

Perancangan

PERANCANGAN teliti perlu dilakukan sebelum memulakan penggambaran.


Rosli menambah, penggunaan Gayat Helicam tidak terhad kepada fotografi dan videografi tetapi boleh digunakan termasuk dalam pemantauan trafik, pemantauan keselamatan semasa bencana alam, pemetaan dan banyak lagi keperluan lain mengikut keadaan.

Katanya, perkhidmatan Gayat Helicam ditawarkan bermula pada harga RM3,000 ke atas. Ia bergantung kepada situasi penggambaran yang akan dilakukan kelak.

CST Production juga sedang dalam penyelidikan dan pembangunan untuk membikin helicam yang mampu menampung berat lebih tinggi untuk melebarkan lagi sayap dalam bidang berkenaan.

Untuk keterangan lanjut mengenai Gayat Helicam boleh melayari laman web cstproduction.com atau www.facebook.com/cstproduction. -kosmo-

Perkahwinan Mewah Selebriti

Posted: 18 Jan 2012 05:29 PM PST


Jika sudah namanya selebriti popular, apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi perhatian ramai termasuklah acara bersejarah dalam hidup mereka iaitu perkahwinan.

Segala persediaan daripada lokasi majlis sehinggalah barang hantaran yang terletak di atas dulang, semuanya menjadi perhatian, tambahan jika selebriti yang berkahwin itu terkenal atau berkahwin sesama artis dan kedua-duanya popular.

Walaupun terkenal dan mempunyai duit simpanan yang banyak di dalam bank, kebanyakan mereka memilih untuk melangsung perkahwinan secara sederhana.

Namun, kesederhanaan perkahwinan mereka tetap luar biasa daripada pandangan mata umum. Pakej wajib yang pasti ada dalam setiap perkahwinan artis terkenal, pakaian yang direka khas oleh pereka fesyen terpilih, lokasi yang mewah dan unik serta barisan penaja majlis yang berderet-deret.

Bertuah sungguh menjadi selebriti terkenal sehingga majlis perkahwinan pun ditaja, siapa yang mahu menolak tuah. Bagai orang mengantuk disorong bantal, pelawaan untuk proses penjimatan itu selalunya diterima dengan baik oleh mereka.

Rezeki terpijak Memey

SEPANJANG tahun lalu menyaksikan puluhan selebriti tempatan menamatkan zaman bujang masing-masing dan antara yang paling menjadi perhatian sudah tentunya majlis perkahwinan pasangan kontroversi Norman dan Memey Suhaiza yang bernikah pada 24 September tahun lalu.

Mana tidaknya, majlis resepsi yang berkonsep New York di Kuala Lumpur mendapat tajaan sebanyak RM12 juta termasuk sepasang kasut daripada pereka kasut terkenal dunia Datuk Jimmy Choo dan Rafflesia.

Bukan itu sahaja, majlis pernikahan dan persandingan mereka di kediaman keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, juga mendapat tajaan beberapa pihak seperti pelamin dan pakaian pengantin. Kos keseluruhan penajaan untuk kedua-dua majlis sebanyak RM12,050,000.

Akui Memey, dia memang mengimpikan sebuah majlis yang besar dan indah kerana itu, selain mendapat penajaan, dia juga mengeluarkan wang poketnya sendiri sebanyak RM50,000.

"Memang secara jujur saya mengaku yang saya inginkan sebuah majlis yang besar, meriah dan terbaik. Sebab itu saya berehat daripada berlakon selama sebulan sebelum majlis perkahwinan sehingga demam-demam membuat persiapan.

"Bukan tidak boleh buat secara kecil-kecilan, tetapi saya fikir jumlah tetamu yang datang termasuk pihak media, jadi saya ingin sebuah majlis yang terbaik yang boleh dikenang oleh saya dan juga tetamu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan saya sangat berpuas hati dengan majlis perkahwinan saya," katanya.

Memey menjelaskan, dia bersyukur kerana dilimpahi oleh banyak penaja yang sudi untuk menaja majlis perkahwinannya kerana mengikut perancangan asal penajaan tidak termasuk dalam agendanya.

"Mula-mula rancang majlis, tajaan tidak termasuk dalam agenda tetapi dalam masa perancangan, banyak pula yang menawarkan tajaan.

"Bagi saya tidak salah, saya boleh jimat duit dan dalam masa yang sama pihak penaja dapat promosikan produk mereka, situasi menang-menang.

"Dilabel antara perkahwinan mewah, saya tidak berbangga diri, cuma bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan majlis bersejarah saya," ujarnya.

Salah satu busana pengantin Memey yang direka oleh pereka tersohor dunia, Vera Wang turut dipamerkan di Muzium Negara.


MAJLIS perkahwinan Nabil dan Nazirah dibanjiri kira-kira 7,000 tetamu.


Fantasi perkahwinan Nabil

SELAIN Memey, majlis perkahwinan pelakon dan pelawak popular Ahmad Nabil Ahmad, 29, dan pasangannya seorang bekas pramugari, Nazirah Ayub, 24, juga menarik perhatian dengan konsep Fantasi Wonderland yang berlangsung di I-City, Shah Alam, Selangor.

Pasangan yang bernikah pada 30 September tahun lalu itu melangsungkan majlis resepsi pada 2 Oktober di I-City Shah Alam dengan dibanjiri lebih kurang 7,000 tetamu melebihi jangkaan awal sebanyak 5,000 tetamu sahaja.

"Niat saya bukan mahu jadikan majlis perkahwinan saya sebagai Wedding Of The Year, tetapi saya inginkan kelainan untuk kenangan diri sendiri.

"Saya memang suka taman permainan, isteri saya mahu konsep dalam taman tetapi saya rasa sudah ramai orang buat konsep yang sama. Warna-warni dan ceria lebih dekat dengan jiwa saya," ujarnya yang kini muncul dengan filem Bujang Terlajak bersama Johan dan Apek.

Sama seperti selebriti lain, Nabil juga tidak ketinggalan ditawarkan penajaan untuk majlis perkahwinannya tetapi tidaklah sampai jutaan ringgit.

Kos keseluruhan majlisnya yang dirancang selama empat bulan itu menelan belanja sebanyak RM177,000 dan kos penajaan hanya separuh daripada jumlah tersebut, iaitu sebanyak RM88,500, manakala selebihnya menggunakan wang Nabil sendiri.

"Mula-mula rancang saya mahu jemput 500 ke 800 orang sahaja yang dekat dengan saya sebab saya sedar yang saya bukannya asal anak orang kaya, jadi majlis perkahwinan tidak perlulah besar-besaran.

"Selepas jumpa perancang majlis perkahwinan, saya rasa apa salahnya tambah sedikit duit lagi untuk nampak cantik dan lain daripada yang lain.

"Sebab itu kami pilih I-City, rasanya belum pernah orang buat majlis kahwin di sana. Tempat terbuka, senang orang nak datang termasuk peminat yang datang mahu bergambar. Tidak sangka pula yang datang melebihi ramalan, seramai 7,000 orang, apa makanan yang ada saya hidangkan sahaja, maaf jika ada yang tidak sempat makan," tuturnya yang inginkan anak secepat mungkin.


KASUT yang digayakan Ezlynn untuk majlis resepsi perkahwinannya ini ditaja oleh Neelofa.


Majlis kahwin Ezlynn RM15 juta
SATU lagi pasangan yang melangsungkan perkahwinan penuh mewah adalah penyanyi Ezlynn, 31, dan suaminya yang juga pengurus peribadinya Adam Fahmy Shamsudin, 36.

Majlis pernikahan yang berlangsung pada tanggal 20 November tahun lepas di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur itu sahaja sudah cukup mewah dan umpama majlis resepsi.

Kemudian pada 11 Januari lalu, pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis resepsi bernilai RM12 juta di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur tajaan Rafflesia.

Tanggal 20 Januari iaitu esok, pasangan ini sekali lagi diraikan dalam sebuah resepsi di Dewan Bukit Damansara, Kuala Lumpur dan kos keseluruhan untuk ketiga-tiga majlis mencecah RM15 juta dan mereka hanya mengeluarkan duit sendiri sebanyak RM20,000 sahaja.

"Semua majlis ada tajaan, saya rasa bersyukur sangat sebab bila ada penaja saya tidak membazir. Saya bantu promosi produk, saya pun dapat kelebihan dengan dapat sebuah majlis yang eksklusif.

"Saya tidaklah mahu bertanding perkahwinan siapa paling besar dan mewah dengan selebriti lain. Sudah rezeki datang ketika perancangan majlis dibuat saya terima sahajalah.

"Kalau ikutkan saya mahu buat kecil-kecilan sahaja. Saya tidak mahu kerana buat majlis perkahwinan yang besar, saya berhutang, ada penaja, saya lebih jimat," katanya yang menyarungkan kasut tajaan pelakon Neelofa yang merupakan pereka kasut tersebut pada majlis resepsinya yang pertama itu.-kosmo-

No comments: