Thursday 19 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Salahkan doktor anak kudung

Posted: 18 Jan 2012 04:24 PM PST


 MOHD. HASMADI dan Umi Kalsum menunjukkan kaki kanan Nur Amani Nasuha yang telah kudung di rumah mereka di Kepong, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Impian sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata yang sempurna sifatnya tidak kesampaian selepas kaki kanan bayi perempuan mereka terpaksa dipotong tiga minggu selepas dilahirkan awal bulan lalu.

Walaupun reda dengan apa yang berlaku, ibu bapa bayi itu, Mohd. Hasmadi Mohd. Nor, 30, dan Umi Kalsum Baharuddin, 24, tetap terkilan kerana mereka mendakwa kakitangan Hospital Taiping yang merawat anak sulung mereka itu, Nur Amani Nasuha lambat bertindak sehingga menyebabkan pergelangan kakinya terpaksa dipotong pada 1 Disember lalu.

Mohd. Hasmadi berkata, kakitangan hospital mendapati jari kaki kanan Nur Amani Nasuha telah dijangkiti kuman dan bertukar menjadi biru seawal 19 November lagi.

"Pihak hospital mengambil masa dua minggu untuk memantau apa yang berlaku sehingga semuanya sudah terlewat dan kaki anak kami terpaksa dipotong.

"Kalau mereka cepat bertindak mungkin jari anak saya sahaja yang dipotong dan bukan pergelangan kaki, hancur luluh hati kami dibuatnya," kata Mohd. Hasmadi kepada Kosmo! ketika ditemui di rumahnya di Desa Aman Puri, Kepong di sini semalam.

Dia yang bekerja di kilang pemasangan kenderaan di sini memberitahu, Nur Amani Nasuha dilahirkan tidak cukup bulan pada 7 November tahun lalu di hospital itu dan ditempatkan di wad kerana masalah pernafasan.

"Saya lihat jururawat di situ mengambil sampel darah dan memberi suntikan antibiotik setiap hari di bahagian kaki kanan.

"Tapi pada 19 November, doktor memberitahu ibu jari serta dua jari lain kaki kanan anak saya bertukar biru akibat jangkitan kuman," ceritanya. -kosmo-

Ummi Hafilda dan Azwan Ali berdamai

Posted: 18 Jan 2012 04:21 PM PST


 AZWAN bersalaman dengan Ummi Hafilda tanda berdamai pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Setelah hampir tujuh tahun bersengketa, dua beradik, Ummi Hafilda Ali dan abangnya, Azwan Ali berdamai dan berjanji menerusi akuan bersumpah untuk tidak lagi melakukan perbuatan menghina, mengeji, mengaibkan dan melakukan serangan peribadi antara satu sama lain.

Pada satu sidang akhbar bersama di sini semalam, Azwan turut membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah menyinggung perasaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan keluarga menerusi komen negatif di laman sosial Twitter.

Bekas pengacara televisyen itu turut memohon maaf kepada pengikut Twitternya dan meminta mereka turut menghentikan segala kenyataan yang berunsur menghina, mengaibkan atau melakukan serangan peribadi terhadap mana-mana pihak.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawa mulai dari saat ini, 18 Januari 2012, saya tidak akan menghina, mengeji, mengaibkan dan melakukan serangan-serangan peribadi yang mungkin membawa kepada fitnah dahsyat terhadap Ummi Hafilda dengan segala perkataan kesat dan keji yang tidak sepatutnya dan sewajarnya keluar dari mulut seorang abang. -kosmo-

Roslin mengaku ada isteri baharu

Posted: 18 Jan 2012 04:18 PM PST

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Muhammad Roslin Hashim mengesahkan semalam bahawa dia telah berkahwin buat kali ketiga pada Disember tahun lalu.

Namun, ketika ditanya siapa suri hidup baharunya itu, Roslin enggan mendedahkannya.

Roslin, 36, membuat pengakuan tersebut semasa menjawab pertanyaan wartawan selepas selesai prosiding secara tertutup perbicaraan kes tuntutan ganti rugi perkahwinan yang dikemukakan terhadap bekas isteri pertamanya, Faizah Mohamad, 35, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

"Saya telah berkahwin buat kali ketiga pada tahun lalu," kata beliau ringkas selain enggan mengulas identiti pasangan hidupnya itu dengan alasan menghormati keluarga isteri.

Roslin bernikah kali pertama dengan Faizah pada 30 Januari 2009. Pasangan itu kemudian disahkan bercerai pada 12 Mei 2009 oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Penceraian itu dilakukan menerusi talak yang jatuh dalam kategori bain sughro (talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal).

Roslin menceraikan Faizah selepas 12 hari mereka bernikah.

Roslin dalam prosiding pengesahan perceraiannya turut bersumpah bahawa tiada hubungan kelamin dengan Faizah dalam tempoh 12 hari pernikahan mereka.

Perkahwinan keduanya dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Nurhayati Othman, 38, pada 9 Julai 2010.

Namun Roslin kemudian menceraikan Nurhayati 28 hari selepas pernikahan. -kosmo-

(Photo) Golden Globe Awards 2012 : Celebrities Red Carpet

Posted: 18 Jan 2012 04:34 AM PST


Check out exclusive red carpet looks from 2012 Golden Globe Awards. There were lots of beautiful ladies who scored some serious style points on red carpet at Golden Globes, held at the Beverly Hilton Hotel in Beverly Hills, California on January 15, 2012.

Jessica Alba, Salma Hayek, Nicole Richie, Reese Witherspoon and many more sizzling beauties walked the red carpet sporting breathtaking gowns and exquisite accessories. So, have a look at 2012 Golden Globe Awards best dressed celebrity list.

2012 golden globe awards best dressed celebrity
Sofia Vergara looked sensational in custom Vera Wang peacock strapless mermaid gown that showed off her killer hourglass figure to perfection. She accessorized her amazing red carpet gown with glittering Harry Winston jewelry.

2012 golden globe awards red carpet
Jessica Alba stunned in light lavender strapless gown with embellishment detailing and long train by Gucci. She teamed her exquisite gown with Giuseppe Zanotti satin platform pumps.

2012 golden globe awards gown
Mila Kunis flaunted her sexy look at 2012 Golden Globe Awards, wearing black one-shoulder chiffon gown from Christian Dior Spring 2012 collection. She accessorized her dramatic gown with luxurious Cartier jewelry.

2012 golden globe awards photos
30-year-old Natalie Portman looked beautiful in fuchsia strapless gown with gather detailing by Lanvin. She teamed her alluring gown with Jimmy Choo heels and Harry Winston jewelry.

2012 golden globe awards looks
Sarah Michelle Gellar showed off her unique fashion sense in strapless blue and white Monique Lhuillier ball gown. She added glittering jewel pieces from Bulgari and rocked sleek high ponytail hair 'do.

2012 golden globe awards dresses
Salma Hayek was spotted donning strapless floor-sweeping gown featuring metallic bodice and a black pleated sequined skirt by Gucci.

2012 golden globe awards best dressed
Hollywood actress, Angelina Jolie was clad in ivory one shoulder satin gown with red neckline and gathered detailing at the waist by Atelier Versace. 36-year-old actress teamed her gown with a pair of matching peep-toe pumps and carried a red clutch.

2012 golden globe awards celebrity look
Lea Michele donned a silver sheer and embellished gown with glitzy train from Marchesa Spring 2012 collection. Jimmy Choo shoes and Lorraine Schwartz jewelry; completed her show-stopping look.

celebrity at 2012 golden globe awards
Very gorgeous, Emma Stone was the star attraction on red carpet in plum and raspberry pleated chiffon gown with embroidered shoulders and plunging v-neckline by Lanvin.

golden globe awards 2012 pictures
Nicole Richie was one of the best dressed celebrities in silver sleeveless gown with an open back from Julien Macdonald Spring 2012 collection. She also donned a striking bouffant ponytail hair 'do and looked nothing less than amazing.

2012 golden globe awards celebrity gowns
Hottie Reese Witherspoon stepped out in red strapless Zac Posen Mermaid gown, accessorized with Fred Leighton jewelry. Reese teamed her jewel toned gown with a pair of Christian Louboutin shoes.

2012 golden globe awards style
The red carpet beauty, Kate Beckinsale wore a cream strapless fishtail gown with delicate crystal embellishment detailing by Roberto Cavalli. She wore her hair in chic big updo and looked exquisite.

2012 golden globe awards fashion
Sexy actress, Paula Patton shined on Golden Globes 2012 red carpet, sporting vibrant yellow strapless Monique Lhuillier gown. She donned Kwiat jewelry and Jimmy Choo heels with her bright gown.

2012 golden globe awards trends
English actress and occasional singer, Kate Winslet arrived donning black and ivory Jenny Packham gown. She paired her gown with Roger Vivier shoes and opted for Fred Leighton jewelry.

hollywood celebrity at 2012 golden globe awards
Evan Rachel Wood showcased her bold fashion in forest green feathered custom Gucci Premiere gown with deep neckline. Also, check out 2011 Golden Globe Awards .

2012 golden globe awards gowns
Dressed in pearl-embellished sleevless Givenchy gown, Jessica Chastain shined like a star at 2012 Golden Globe Awards. She added some sparkles with Harry Winston jewelry and looked alluring.

2012 golden globe awards dress
Jessica Biel, telanted American actress stepped out on red carpet in ivory lace gown with long sleeves and a train from Elie Saab Fall 2011 Couture collection.

2012 golden globe awards gallery
Glee star, Dianna Agron sizzled on red carpet, wearing red hot laser cut Giles Deacon dress. She teamed her dress with Casadei shoes and sported Fred Leighton jewelry.


credit to http://www.stylebistro.com/

PANAS! Baddrol Bakhtiar kini perhatian media

Posted: 18 Jan 2012 02:38 AM PST



Selepas kerjaya pejaga gawang gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bertambah-bertambah sehinggakan menjadi model untuk beberapa buah majalah, kini rakannya juga turut mengikuti jejak langkahnya menjadi superstar dalam dunia sukan, Baddrol Bakhtiar. Baddrol memang penyerang yang berbisa ketika berada diatas padang, walaupun susuk tubuh yang kecil tapi cukup berstrategi permainannya. Gambar Baddrol dalam majalah By'U edisi Februari 2012 kini heboh dipertontonkan. Apa tidaknya, siap jadi cover muka depan lagi tu...Cayalah bro...:)



sumber : izyan

Azwan Ali disiasat polis ugut bunuh Ummi Hafilda

Posted: 18 Jan 2012 02:06 AM PST



KUALA LUMPUR: Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.

Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.

"Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.

"Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis 'Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini…kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar'.

"Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan," katanya ketika dihubungi, semalam.

sumber: hmetro.com.my

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Posted: 18 Jan 2012 12:26 AM PST

http://4.bp.blogspot.com/-8pB12nsqvyg/TxZVVoP1pKI/AAAAAAAADbQ/9RJKl5XhW-8/s1600/Jawatan%2BKosong%2BTenaga%2BNasional%2BBerhad%2B%2528TNB%2529.jpg
Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia, yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dan memberikan perkhidmatan kepada lebih dari 7 juta pelanggan di Semenanjung Malaysia serta Sabah. TNB memainkan peranan penting dalam kemajuan negara, ekonomi serta kesejahteraan rakyat dengan menyediakan perkhidmatan yang berdaya harap dan efisyen.

Calon-calon yang berkelayakan adalah dijemput untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:-

1. Juruteknik Tingkatan Biasa (Perhubungan/Telekomunikasi)
2. Pentadbir Sistem/Juruteknik IT

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN ONLINE

Permohonan hendaklah dilakukan secara online. Permohonan tidak melibatkan permohonan online tidak akan dilayan dan ditapis.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 31 Januari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Yayasan Islam Pulau Pinang

Posted: 18 Jan 2012 12:24 AM PST

http://1.bp.blogspot.com/-GH59KwvsHHI/TxZC9KmgNFI/AAAAAAAADag/-D4uxemzhTU/s1600/Jawatan%2BKosong%2BYayasan%2BIslam%2BPulau%2BPinang.jpg

Applications are invited from Malaysian citizens who are qualified and dedicated Muslims to apply for positions as follows.

1. Finance Manager/Senior Finance Executive
2. Administration Manager/Senior Administration Executive
3. Business Development & Investment Manager
4. Clerk

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS & APPLY ONLINE

Closing Date: 15 February 2012

Golden Globes 2012: Winners List For Movies, TV Shows

Posted: 17 Jan 2012 11:57 PM PST


The 2012 Golden Globe Awards went as expected for the film nominees -- and defied all expectations when it came to TV winners.

For the big screen contenders, favorites "The Descendants" and "The Artist" took home the Best Picture awards, for Drama and Musical/Comedy, respectively. George Clooney and Jean Dujardin won the corresponding Best Actor awards. In the main actress categories, Meryl Streep and Michelle Williams both won for playing historical icons; Streep, for her turn as Margaret Thatcher in "The Iron Lady," and Williams for her role as Marilyn Monroe in "My Week With Marilyn."

On the TV side, "Homeland" won Best Drama Series, giving the freshman series a win over "Boardwalk Empire" and "Modern Family" repeated as Best Comedy. Not too unexpected, sure, but how about Best Actors: for Drama, Kelsey Grammer won for "Boss" and in Comedy, Matt LeBlanc won for "Episodes."

Meanwhile, Ricky Gervais was rather timid, getting in some fun digs at the HFPA and Kim Kardashian in his monologue, but largely avoiding the low hanging fruit: no Charlie Sheen, no Tom Cruise, hardly any divorce jokes outside of one mention in his monologue.

Here's the entire list of winners;
  • Best Actor, Drama: George Clooney, "The Descendants"
  • Best Actress, Drama: Meryl Streep, "The Iron Lady"
  • Best Actor, Musical or Comedy: Jean Dujardin, "The Artist"
  • Best Director: Martin Scorsese, "Hugo."
  • Best Actress, Musical or Comedy: Michelle Williams, "My Week With Marilyn."
  • Best Supporting Actor: Christopher Plummer, "Beginners."
  • Best Supporting Actress: Octavia Spencer, "The Help."
  • Best Foreign Language Film: "A Separation."
  • Best Animated Film: "The Adventures of Tintin."
  • Best Screenplay: Woody Allen, "Midnight in Paris."
  • Best Original Score: Ludovic Bource, "The Artist."
  • Best Original Song: "Masterpiece" (music and lyrics by Madonna, Julie Frost, Jimmy Harry), "W.E."
  • TELEVISION
  • Best Series, Drama: "Homeland," Showtime.
  • Best Series, Musical or Comedy: "Modern Family," ABC.
  • Best Actor, Drama: Kelsey Grammer, "Boss."
  • Best Actress, Drama: Claire Danes, "Homeland."
  • Best Actress, Musical or Comedy: Laura Dern, "Enlightened."
  • Best Actor, Musical or Comedy: Matt LeBlanc, "Episodes."
  • Best Miniseries or Movie: "Downton Abbey (Masterpiece)," PBS.
  • Best Actress, Miniseries or Movie: Kate Winslet, "Mildred Pierce."
  • Best Actor, Miniseries or Movie: Idris Elba, "Luther."
  • Best Supporting Actress, Series, Miniseries or Movie: Jessica Lange, "American Horror Story."
  • Best Supporting Actor, Series, Miniseries or Movie: Peter Dinklage, "Game of Thrones."

Click Here To See Photo of The Winner




credit to http://www.huffingtonpost.com

Video Flash Mob Malaysia Airlines, Memang The Best!

Posted: 17 Jan 2012 09:10 PM PST


Ini adalah video flashmod terbaik yang pernah dipertontonkan kepada umum dari MAS (Malaysia Airlines) kepada korang. Memang sesuatu yang menarik dan tak disangka-sangka. Memang bertuah la kepada penumpang yang sampai ketika itu di KLIA. Aksi Flashmod ni, makin mendapat perhatian sebab ianya sesuatu yang masih baru lagi, dan mungkin akan digunapakai secara meluas oleh selebriti tempatan.


 screenshot





Jom saksikan video menarik ini





credit to malaysia airlines / izyan

Komik Ombak Rindu Edisi 5 - Episod Milah Marah Izzah

Posted: 17 Jan 2012 10:25 PM PST



Ombak Rindu, filem genre cinta yang secara di luar dugaan mendapat sambutan yang sangat hangat dengan jumlah kutipan filem Ombak Rindu lebih dari RM10juta dari peminat filem tempatan, telah menjadi bualan semua. Di bawah merupakan komik parody filem Ombak Rindu yang dipetik dari babak dari filem Ombak Rindu itu sendiri. Babak ketika Maya Karin dan Lisa Surihani bersantai di tepi sawah. Kesinambungan dari babak pertama dahulu: (Komik Ombak Rindu Edisi 3). Jom kita tengok! Memang lawak komik Ombak Rindu ni. Bagi yang masih belum tengok:

1. Komik Ombak Rindu Edisi 1
2. Komik Ombak Rindu Edisi 2
3. Komik Ombak Rindu Edisi 3
4. Komik Ombak Rindu Edisi 4 
Komik Ombak Rindu Edisi1 Keluaran Melayukini.net
Nantikan Edisi 6

Komik Ombak Rindu Edisi 4 - Episod Mail Bunuh Diri

Posted: 17 Jan 2012 10:33 PM PST


Ombak Rindu, filem genre cinta yang secara di luar dugaan mendapat sambutan yang sangat hangat dengan jumlah kutipan filem Ombak Rindu lebih dari RM10juta (LINK) dari peminat filem tempatan, telah menjadi bualan semua. Di bawah merupakan komik filem Ombak Rindu yang dipetik dari babak dari filem Ombak Rindu itu sendiri. Babak ketika Maya Karin dan Mail berbual-bual di atas sampan tentang siapakah yang paling hensem pada mata Maya Karin. Jom kita tengok! Memang lawak komik Ombak Rindu ni. Bagi yang masih belum tengok:

1. Komik Ombak Rindu Edisi 1
2. Komik Ombak Rindu Edisi 2
3. Komik Ombak Rindu Edisi 3
Komik Ombak Rindu Edisi1 Keluaran Melayukini.net
Nantikan Edisi 5

Komik Ombak Rindu Edisi 3 - Episod Susah Sebur Huruf R

Posted: 17 Jan 2012 10:34 PM PST


Ombak Rindu, filem genre cinta yang secara di luar dugaan mendapat sambutan yang sangat hangat dengan jumlah kutipan filem Ombak Rindu lebih dari RM10juta dari peminat filem tempatan, telah menjadi bualan semua. Di bawah merupakan komik filem Ombak Rindu yang dipetik dari babak dari filem Ombak Rindu itu sendiri. Babak ketika Maya Karin dan Lisa Surihani berbual-bual di bawah wakaf di tepi sawah. Jom kita tengok! Memang lawak komik Ombak Rindu ni. Bagi yang masih belum tengok,  



Komik Ombak Rindu Edisi1 Keluaran Melayukini.net
Nantikan Edisi 4

Komik Ombak Rindu Edisi 2 - Episod Mail Mati Lemas

Posted: 17 Jan 2012 10:34 PM PST


Ombak Rindu, filem genre cinta yang secara di luar dugaan mendapat sambutan yang sangat hangat dengan jumlah kutipan filem Ombak Rindu lebih dari RM10juta dari peminat filem tempatan, telah menjadi bualan semua. Di bawah merupakan komik filem Ombak Rindu yang dipetik dari babak dari filem Ombak Rindu itu sendiri. Babak ketika Maya Karin terjatuhkan benda dan Si Mail terjun tidak timbul-timbul. Jom kita tengok! Memang lawak komik Ombak Rindu ni. Bagi yang masih belum tengok, Komik Ombak Rindu Edisi 1



Komik Ombak Rindu Edisi1 Keluaran Melayukini.net
Nantikan Edisi 3

Komik Ombak Rindu Edisi 1 - Episod Kaki Busuk

Posted: 17 Jan 2012 10:04 PM PST


Ombak Rindu, filem genre cinta yang secara di luar dugaan mendapat sambutan yang sangat hangat dengan jumlah kutipan filem lebih dari RM10juta dari peminat filem tempatan, telah menjadi bualan semua. Di bawah merupakan komik filem Ombak Rindu yang dipetik dari babak dari filem Ombak Rindu itu sendiri. Babak ketika Maya Karin membuka kasut Aaron Aziz (tuan Harris) ini amat melucukan. Jom kita tengok! Memang lawak komik ni. 


Komik Ombak Rindu Edisi1 Keluaran Melayukini.net
Nantikan Edisi 2

Appalam - Filem Terbaik Festival Filem India Malaysia

Posted: 17 Jan 2012 07:56 PM PST

Appalam Julang Afdlin Shauki

Tahniah diucapkan kepada pengarah filem berbakat besar, Afdlin Shauki apabila filem bahasa Tamil pertamanya, 'Appalam' telah dijulang sebagai Filem Terbaik di Festival Filem India Malaysia yang diadakan baru-baru ini.

Kejayaan di festival filem yang diadakan di Chennai, India pada 9 sehingga 12 Januari lalu tentunya pencapaian terbesar dalam karier Afdlin selaku pengarah filem ini.

'Appalam' menampilkan lakonan hebat Gana Pragasam, Raja Ilya, Jaclyn Victor, Haani Shivraj, Shashitharan, Sharifah Amani, Vassantha Kumaran, Iman Wan, Sathia, Gunseh, Maimon Talib dan Afdlin sendiri. Filem ini mengisahkan seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan keselamatan anak perempuannya terjaga. -Mediahiburan-

Gambar Kebakaran Di KL Sentral 18 Januari 2012

Posted: 17 Jan 2012 07:46 PM PST


Mungkin ramai yang berselimut empuk dan mendapat tidur yang lena, tetapi tidak kepada penduduk Kuala Lumpur sekitar bangunan KL Sentral apabila ternampak api kebakaran yang amat besar dan marak di atas kawasan utama KL Sentral. Tidak cukup dengan tragedi lantai runtuh di KL Sentral (LINK) beberapa bulan yang lalu, kini kebakaran besar yang berlaku sekitar pukul 4 pagi itu, dikatakan kelihatan di sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan berdekatan dengan KL Sentral (bangunan yang sama ke dengan yang runtuh dulu?).

Kebakaran itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di jalan-jalan yang menghala ke KL Sentral, manakala Jalan Brickfields pula telah ditutup terus oleh orang awam. Kebakaran besar di KL Sentral itu dapat dilihat berkilometer jauh dari tempat kejadian. Mari kita tengok gambar kebakaran KL Sentral dan ikuti beberapa tweet kebakaran yang telah direkodkan ketika kejadian kebakaran KL Sentral ini berlaku pada awal pagi tadi.

Gambar Kebakaran KL Sentral


sumber asal melayukini.net

Casing iPhone Berbentuk Pencuci Mulut

Posted: 17 Jan 2012 07:43 PM PST

Hanya di Jepun, susah nak cari penutup atau casing iPhone macam ni, tapi kalau dah jumpa mesti pelik kan, boleh prank kawan-kawan, semestinya nampak begitu real pencuci mulut di iPhone ni. Sedangkan ia hanyalah sejenis pencuci mulut untuk di makan. Eh kejap, boleh dimakan ke pencuci mulut iPhone ni???!! Jom kita tengok gambar kreatif pencuci mulut iPhone ni. Jom!




sumber : melayukini.net

Aktres Indonesia Valia Rahma Meninggal Dunia

Posted: 17 Jan 2012 07:36 PM PST


Pengacara dan aktres popular Indonesia, Valia Rahma meninggal dunia selepas sembilan hari koma akibat terbabit dalam satu kemalangan di Bali baru-baru ini.

Aktres filem 'Hantu Jeruk Purut' menghembuskan nafas terakhirnya di Rumah Sakit Denpasar, Bali pada 13 Januari selepas mengalami kecederaan dan pendarahan teruk di otaknya.

Valia yang sepatutnya memasuki usia 27 tahun pada 31 Januari ini memulakan kariernya sebagai seorang model diikuti dengan tawaran mengacara dan berlakon. Jenazah Valia telah dikebumikan di tanah perkuburan Tanah Kusir, Jakarta Selatan pada 14 Januari lalu.

Pemakaman Valia, TPU Tanah Kusir, Sabtu, 14 Januari 2012

Avril Lavigne, Brody Jenner Berpisah

Posted: 17 Jan 2012 06:53 PM PST



SETELAH beberapa tahun menyemai cinta bersama Brody Jenner, Avril Lavigne dilaporkan telah menamatkan hubungannya dengan abang tiri kepada bintang realiti, Kim Kardashian itu.

Menurut salah seorang sumber terdekat pasangan itu, keputusan untuk berpisah yang dibuat mereka adalah disebabkan keengganan Brody mendirikan rumah tangga dengan Avril.

"Avril ingin menamatkan hubungan cinta mereka dengan sebuah ikatan perkahwinan tetapi kekasihnya enggan berbuat demikian dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah.

"Masalah antara mereka juga telah lama berlaku sejak musim panas lalu tambahan pula Avril sibuk dengan jelajah konsertnya menambahkan kekusutan dalam hubungan mereka," ujar sumber tersebut.

Avril dan Brody mula berpacaran selepas penyanyi itu bercerai dengan suaminya, Deryck Whibley pada 2009. -mstar-

Shazrin (Ceplos) Bersyukur Walaupun Hanya Memegang Watak Jin

Posted: 17 Jan 2012 06:49 PM PST



Pelakon yang popular dengan drama bersiri Ceplos, Muhammad Shazrin Sazwan menjelaskan tidak kisah jika sering diberi watak sebagai jin atau hantu dalam drama atau filem.

Muhammad Shazrin sebaliknya berkata, dia bersyukur dengan peluang diberikan oleh penerbit drama atau filem dan menyifatkan sebagai rezeki dalam bidang lakonan.

"Saya tidak kisah sering dikaitkan dengan watak jin atau hantu kerana menerusi peranan itu yang telah mempopularkan diri saya terutamanya melalui siri Ceplos.

"Tiada ada sebab untuk saya merungut kerana itu adalah rezeki saya dalam bidang ini," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Bagaimanapun katanya, jika diberi peluang dia ingin membawa watak yang lebih mencabar seperti memegang peranan sebagai gengster, orang hilang upaya dan sebagainya.

Ujarnya, walaupun penglibatannya dalam bidang lakonan secara tidak sengaja tetapi setelah beberapa ketika melakukannya dia semakin cintakan bidang itu.

"Saya sebelum ini hanyalah seorang pembantu kepada jurukamera tetapi sejak berlakon saya semakin seronok dan mula mendalami selok-belok mengenai lakonan.

"Sudah tentu saya ingin mengembangkan sayap sebagai pelakon yang berkaliber dan berkebolehan memegang pelbagai watak," ujarnya.

Dalam pada itu, Muhammad Shazrin berkata, pengalaman membintangi filem pertamanya, Pak Pung arahan Fauzi Nawawi cukup mencabar kredibiliti sebagai pelakon.

Ujarnya, walaupun masih memegang watak jin dalam filem tersebut, tetapi menurutnya ia berlainan daripada sebelum ini kerana perlu memainkan peranan sebagai jin lembut.

"Susah sebenarnya nak membawa watak lembut kerana perlu membuat lenggok badan yang lemah gemalai dan gaya percakapan berbeza. Bagaimanapun Abang Fauzi banyak membantu dalam menghidupkan watak tersebut.

"Bagaimanapun saya seronok dapat memegang watak ini kerana ia memberi saya banyak pendedahan dalam teknik lakonan," ujarnya.

Selain dirinya, antara nama yang turut terlibat dalam Pak Pung adalah seperti Izreen Azmidar, Siti Saleha, Marsha Milan Londoh, Syawal, Jasmin Hamid, Datuk Eizlan Yusof, Saiful Apek, Lisdawati selain penampilan istimewa model popular, Amber Chia.-mstar-

Saiful Apek Lega - Tanggapan Isu Dadah Terhadapnya Semakin Lenyap

Posted: 17 Jan 2012 06:45 PM PST



Pelawak popular, Saiful Apek (Apek) mengakui berasa lega apabila sikap prejudis segelintir pihak di dalam industri hiburan terhadap dirinya sejak didakwa mengambil dadah hampir dua tahun lalu, semakin lenyap.

Menurut Apek, sebagai individu yang berdepan pertuduhan itu, dia tidak berasa terganggu selagi perbicaraan masih berlangsung dan belum terbukti bersalah.

"Alhamdulillah, kehidupan saya berjalan seperti biasa berkat sokongan berterusan daripada keluarga dan teman-teman rapat.

"Sikap prejudis segelintir pihak kepada saya sebelum ini juga beransur pulih kerana saya mendiamkan diri dan membiarkan undang-undang yang menentukannya," katanya yang ditemui selepas majlis pra-tonton filem Bujang Telajak Belum Terlanjur di sini, baru-baru ini.

Apek yang menolak dakwaan dia diharamkan daripada tawaran kerja, berkata sehingga kini dia masih menerima pelbagai tawaran lakonan daripada stesen televisyen dan menjadi pengacara di majlis-majlis korporat.

"Dakwaan saya diharamkan dan tidak mendapat tawaran lakonan adalah tidak benar kerana saya masih aktif seperti dulu.

"Buktinya, untuk tahun ini saja saya akan keluar dengan tiga filem baru, selain rakaman sitkom dan lagu 'single' baru berjudul Aletotoit bersama Bob Kuman, tidak lama lagi.

"Saya berharap orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum selagi saya belum terbukti bersalah," katanya.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kes perbicaraan berhubung tuduhan mengambil ganja itu, Apek berkata sebagai individu yang dituduh, dia tenang menghadapi pertuduhan berkenaan dan enggan mengalah selagi belum terbukti bersalah.

"Perbicaraan kes dadah ini masih berjalan dan hanya tinggal beberapa peringkat saja lagi sebelum keputusan diumumkan. Pada Februari depan, saya akan dipanggil untuk perbicaraan seterusnya.

"Memandangkan ia masih dalam peringkat perbicaraan, saya tidak boleh ulas lanjut," katanya.

Apek atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff, 43, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

Bagi kesalahan itu, pelakon yang bakal muncul dengan filem Bujang Telajak Belum Terlanjur pada 19 Januari ini didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang mempunyai tiga orang anak itu boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Turut didakwa di mahkamah sama ialah tiga rakan Apek, termasuk Pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, dan dua pekerja sambilan kru produksi itu, Shaiful Baharom, 24, serta Noremy Mohamad, 28.

Apek juga bakal muncul dalam filem Rock 2, Sofazr The Movie… Jiwa Kacau dan Hantu Air. -mstar-

Black Tidak Terkilan Dilarang Buat Persembahan Di Kelantan

Posted: 17 Jan 2012 06:41 PM PST

Black tidak berkecil hati dengan tindakan kerajaan Kelantan membatalkan kemunculannya di sana pada 23 Januari ini.
 
Juara Mentor musim ketiga, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, tidak berkecil hati dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan yang membatalkan kemunculannya pada Majlis 'Ladies Night' sempena program 'Kelantan's Got Talent' pada 23 Januari ini.

Black berkata, dia akur dengan keputusan tersebut dan akan terus menerima undangan kerajaan negeri berkenaan pada masa akan datang sekiranya diminta untuk mengadakan persembahan.

"Sejujurnya saya mengetahui mengenai perkara tersebut selepas diberitahu oleh bapa tentangnya kerana baru pulang dari Jakarta malam semalam (Isnin).

"Walaupun sedikit terkejut tetapi tiada sebab kenapa saya perlu melenting kerana ia bukan rezeki saya dan tidak akan serik untuk kembali ke sana mengadakan persembahan jika dijemput," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Ditanya mengenai persembahan tersebut, Black memberitahu dia tidak dimaklumkan secara terperinci mengenai persembahan yang turut menampilkan Akma (AF) kerana cuma hanya diberitahu oleh promoter ia adalah sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.

Black berkata, dia tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran itu kerana ia adalah sumber rezekinya sebagai penyanyi dan tidak menyangka ia mendapat tentangan daripada pihak kerajaan negeri.

"Kerja saya adalah seorang penyanyi dan sebarang jemputan nyanyian jika berkelapangan sudah tentu saya terima kerana itu adalah sumber pendapatan saya.

"Tetapi ia bukanlah satu isu besar dan saya langsung tidak berkecil hati dengan tindakan itu," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, pihaknya mengambil keputusan membatalkan kemunculan penyanyi itu sebagai menghormati kritikan dan pandangan orang ramai yang mempersoalkan kemunculan penyanyi berkenaan pada program yang dikhususkan untuk wanita.

Dalam perkembangan lain, Black memberitahu dia ke Jakarta bersama 60 peminat bertuah bersempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH) bersama-sama pelakon Fasha Sandha dan Nabil Raja Lawak.

Black berkata, pemergian mereka ke sana selama tiga hari bermula 13 Januari sehingga 16 Januari lalu.

"Seronok dapat berjalan-jalan dengan peminat di sana kerana itu adalah peluang kami sebagai artis untuk mendekati peminat," ujarnya.

Ditanya mengenai pencalonannya dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular, Black berkata, dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang dan menganggap ia sebagai bonus jika terpilih sebagai penerima anugerah dalam kategori itu.

Tumpuannya kini adalah kepada program jelajah ABPBH yang dapat mendekat dirinya dengan peminat dan memperkenalkan muziknya secara lebih meluas.

"Jika ada rezeki Alhamdulillahlah tetapi kalau tak menang pun tidak mengapa kerana yang penting saya dapat menyertai program jelajah ABPBH untuk bertemu peminat dengan lebih dekat," ujarnya.

Sementara itu, Black berkata, dia teruja bakal muncul dengan "single" baru duet bersama dua penyanyi iaitu Hazama dan Azlan The Typewriter selain berharap dapat mempersembahkan lagu yang masih belum diberi nama itu di majlis ABPBH nanti. -mstar-

BR1M - Bantu ringankan kos sara hidup

Posted: 17 Jan 2012 06:29 PM PST



KOMITMEN kerajaan dalam menyediakan kehidupan yang selesa untuk rakyat tidak mengenal sempadan politik dan kaum.

Begitu jugalah dengan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan secara berperingkat sejak 15 Januari lalu.

BR1M banyak menerima pujian dan kecaman kerana ia melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion. Bantuan itu dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah iaitu kira-kira 80 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah di negara ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Datuk Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah dalam satu temu bual menolak dakwaan kononnya bantuan di bawah BR1M itu diagihkan mengikut aliran politik.

"Dalam pemberian BR1M, mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah adalah layak tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang politik. Tidak wujud soal pilih kasih dalam pengagihan BR1M," katanya.

Ini terbukti apabila Kedah di bawah pimpinan pembangkang menjadi antara negeri yang menerima bantuan BR1M terbanyak.

BR1M benar-benar bermaksud untuk membantu rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup walaupun ia hanya merupakan pemberian satu kali.

"Mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah adalah golongan yang terjejas dengan keadaan inflasi tinggi berikutan mereka perlu membayar sewa rumah, kereta dan sebagainya.

"Kita andaikan begini, satu isi rumah puratanya lebih kurang 4.5 juta dan dibahagikan dengan jumlah rakyat negara ini, 28 juta. Kita akan dapat jumlahnya lebih kurang 6.2 juta isi rumah. Jumlah itu, kita bahagikan dengan mereka yang akan mendapat manfaat BR1M, 5.2 juta isi rumah dan kita akan mendapati lebih kurang 80 peratus daripada jumlah isi rumah di Malaysia mendapat manfaat BR1M.

"Maknanya, sebanyak 80 peratus daripada jumlah isi rumah negara ini, kerajaan telah berusaha membantu meringankan beban mereka tanpa mengira kepentingan politik," katanya.

Selain itu, keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang BR1M selama satu bulan sehingga 10 Februari ini bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak sempat memohon sebelum ini, jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat.

Sementara itu, mengenai kemungkinan berlaku penipuan dalam permohonan BR1M, Mohd. Irwan Serigar berkata, pihak kementerian sudah bersedia dan telah pun mengambil langkah proaktif.

Tambahan pula, ada suara mempertikaikan kejujuran pemohon apabila konsep pengisytiharan sendiri digunakan. Ada kemungkinan pemohon yang menerima pendapatan melebihi RM3,000 adalah hasil daripada pendapatan seperti rumah sewa turut memohon.

Maklumat sahih

"Selalunya kita kira pendapatan kasar. Sekiranya dicampur dengan pendapatan aset lain dan gaji sendiri, lebih RM3,000 memang dia tidak layak.

"Tetapi kami tahu akan ada orang yang menipu. Disebabkan itulah, kita buat verifikasi berperingkat dengan menjalinkan kerjasama dengan agensi, jabatan dan kementerian berkaitan.

"Lebih 15 agensi yang terlibat dalam proses verifikasi bagi memastikan maklumat yang diberikan sahih. Sebab utama mengapa kami menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) kerana sistemnya komprehensif dan mengandungi segala maklumat berhubung pembayar cukai," katanya.


PENDUDUK di sekitar Parlimen Bandar Tun Razak kelihatan gembira setelah menerima baucer BR1M pada majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1 Malaysia di Pejabat Barisan Nasional Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Kepada mereka yang menipu, tindakan mahkamah akan diambil. Sememangnya, bukan mudah menunaikan tanggungjawab dalam menyalurkan pemberian BR1M kepada rakyat dengan pelbagai cabaran termasuk tanggapan negatif terhadap niat dan keseluruhan proses pengagihannya.

Ada juga yang mempertikai sumber dana bagi BR1M terutama bila melihat pada keadaan ekonomi dunia yang tidak begitu memberangsangkan yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada pendapatan ekonomi negara.

Selain itu, cabaran menilai keikhlasan rakyat dalam mengisytiharkan pendapatan mereka, pengedaran borang dan pengagihan baucar tunai RM500 ke kawasan pedalaman turut sama menguji.

Menyentuh sama ada kementerian sudah bersedia menghadapi senario ketidakpuasan hati masyarakat yang dibangkitkan oleh mereka yang gagal atau ditolak permohonan mereka, Mohd. Irwan Serigar berkata, rayuan boleh dikemukakan.

"Kerajaan akan ambil tindakan sewajarnya. Kalau mereka benar-benar miskin dan layak, tidak sepatutnya mereka tercicir daripada menerima bantuan ini," katanya. Sehingga 10 Januari 2012, sebanyak 4,123,713 borang BR1M telah diterima di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 3,850,668 borang dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan.

Sebanyak 3,102,054 permohonan telah diluluskan. Semua pemohon BR1M dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos ataupun boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010.

Sementara itu, pensyarah kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Ghapa Harun menegaskan tindakan kerajaan itu patut diterima secara objektif atas kesedaran sudah menjadi kewajipan kerajaan untuk mengambil berat kebajikan rakyat.

Bagaimana dengan pandangan yang mengatakan pemberian itu bermotifkan politik? "Memanglah mungkin boleh dikatakan ada unsur-unsur politik tetapi itu soal kedua kerana ia merupakan bantuan yang wajar ketika kos hidup semakin meningkat.

"Walaupun RM500 bukanlah satu jumlah yang besar, tetapi ada faedahnya kepada golongan yang memerlukan iaitu mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah kerana sedikit sebanyak dapat menampung keperluan kehidupan," katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Abdul Ghapa berkata, kos sara hidup yang tinggi ketika ini tidak dapat dielakkan bagi setiap negara termasuk Malaysia yang kini dalam proses peralihan daripada berstatus sederhana kepada negara maju menjelang tahun 2020.

Ia berikutan ketidaktentuan harga barang peringkat global disebabkan faktor cuaca, bekalan, krisis ekonomi dunia termasuk penggantungan beberapa sumber makanan di negara lain, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup rakyat negara ini.

Kos sara hidup

Abdul Ghapa menarik perhatian bahawa dalam merealisasikan matlamat negara berpendapatan tinggi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi penekanan kepada transformasi politik dan ekonomi untuk membantu rakyat melalui proses peralihan ini.

Namun begitu, ia merupakan satu proses jangka masa panjang untuk melihat hasil daripada dasar berkenaan. Ditambah pula, dengan kemelut kos sara hidup yang meningkat, sedikit sebanyak proses peralihan ini memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Memahami akan keperitan golongan itu, Najib merasakan perlunya satu mekanisme dalam mengagihkan faedah yang diperoleh semasa pertumbuhan ekonomi yang dikecapi dalam proses menuju negara maju.

Menurut Abdul Ghapa, di sinilah terletaknya peranan BR1M sebagai satu mekanisme pengagihan.

"Ini dapat membuatkan tekanan yang dihadapi rakyat akibat transformasi yang dialami semasa proses peralihan itu, dikendurkan," katanya.

Pendekatan Najib dilihat mempunyai persamaan dengan usaha yang pernah dijalankan Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein pada era 1960-an dan awal 1970-an semasa inflasi melanda negara.

Seperti Najib, Tun Razak juga melaksanakan program transformasi ekonomi dengan pelaksanaan dasar pembangunan jangka panjang dan untuk menampung kelemahan, antaranya beliau memperkenalkan tindakan pembetulan jangka masa pendek.

"Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) yang dilancarkan Najib dilihat mempunyai persamaan dengan restoran rakyat yang diperkenalkan bapanya yang memberi jaminan harga makanan yang berpatutan," jelasnya.

Najib kata beliau, melangkah jauh dengan memperkenalkan KR1M (Kedai Rakyat 1Malaysia), Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sebagai program jangka pendek yang membolehkan faedah segera disampaikan kepada rakyat.– Bernama

Misteri pokok 3,500 tahun terbakar

Posted: 17 Jan 2012 05:22 PM PST


 
API membakar bahagian dalam pokok berusia 3,500 tahun di Longwood, Florida kelmarin.


LONGWOOD, Florida - Beberapa anggota bomba menyatakan sebatang pokok yang berusia 3,500 tahun terbakar dan tumbang di tengah Florida pada Isnin lalu.

Punca pokok sipres itu terbakar yang setinggi 36 meter dan diberi nama jolokan Senator itu masih tidak diketahui.

Namun, seorang pegawai bahagian perhutanan memberitahu akhbar Orlando Sentinel bahawa ia mungkin sengaja dibakar.

Menurut seorang jurucakap Jabatan Bomba Seminole, Steve Wright, pokok tersebut terbakar selama beberapa jam.

Dia berkata, api itu terbakar dari dalam pokok berkenaan.

Anggota-anggota bomba tiba pada pukul 5.50 pagi dan menggunakan hos sepanjang lebih 240 meter untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Wright berkata, satu bahagian pokok yang sepanjang enam meter tumbang pada pukul 7.45 pagi.

Beberapa pegawai taman hutan simpanan menyatakan pokok itu pernah mencecah ketinggian 50 meter sebelum bahagian atasnya 'dipotong' akibat puting beliung pada tahun 1925. - Agensi

No comments: