Wednesday 18 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Keputusan Penuh Liga Super Malaysia 17 Januari 2012

Posted: 17 Jan 2012 08:08 AM PST



Hari ini 14 pasukan akan bersaing dalam mengharungi cabaran Liga untuk perlawanan ke-3.pasukan manakah yang akan membolot 3 mata penuh hari ini mari kita sama-sama nantikan.

Perlawanan pertama liga super musim 2012 ini telah berlangsung sebanyak 7 perlawanan pada 10 Januari 2012 kelmarin.perlawanan kedua pula pada 14 Januari 2012.

Berikut jadual dan keputusan perlawanan liga super 17 Januari 2012 hari ini.


Masa [ Home ]Jaringan [ Away ]Status
4.45 ptgFelda United 1 - 0 SelangorTamat
8.45 mlmT-Team 0 - 0 SabahTamat
7.45 ptgSingapura LionsXII 2 - 1 Kuala LumpurTamat
8.15 mlmSarawak 0 - 1 TerengganuTamat
8.45 mlmKelantan 2 - 1 Johor FCTamat
8.45 mlmPerak 2 - 1 Negeri SembilanTamat
8.45 mlmPKNS 0 - 0 KedahTamat

Video Gol Perak Vs Negeri Sembilan, Liga Super 17 Januari 2012

Posted: 17 Jan 2012 07:46 AM PST


Perak FA Negeri Sembilan FA
  • Liga Super 2012
  • Video Perak vs Negeri Sembilan
  • 17 Januari 2012
Keputusan Penuh Liga Super Malaysia 17 Januari 2012
Perak 2 - 1 Negeri Sembilan



Video Perak 2-1 Negeri Sembilan | Gol Free Kick Effa Owona






Video Perak 2-1 Negeri Sembilan | Gol Akmal Rizal (1)







Video Perak 2-1 Negeri Sembilan | Gol Akmal Rizal (2)





credit to sokernet

Gambar Penemuan Kubur Penyanyi Berusia 3000 Tahun di Mesir

Posted: 17 Jan 2012 06:19 AM PST



KAHERAH - Sebuah kubur penyanyi wanita berusia hampir 3,000 tahun di Lembah Diraja Mesir ditemukan ahli arkeologi Switzerland, menurut Menteri Barangan Purba, Mohammed Ibrahim, kelmarin.

Pasukan dari Universiti Basel Switzerland yang diketuai Elena Pauline-Grothe dan Susanne Bickel secara tidak sengaja menemukan kubur tersebut yang terletak dalam Karnak, berhampiran Luxor.

Difahamkan menerusi tulisan pada plak kayu yang ditemui dalam kubur itu, Nehmes Bastet, merupakan seorang penyanyi untuk dewa tertinggi Amon Ra semasa Dinasti ke-22 (945-712 Sebelum Masihi).

Nehmes juga merupakan anak perempuan Paderi Tertinggi Amon, jelas Ibrahim.

Penemuan itu amat penting kerana memaparkan Lembah Diraja juga digunakan sebagai tempat pengebumian individu-individu biasa dan sami-sami pada zaman dinasti itu, dan sehingga kini, kesemua kubur yang ditemui di lembah bersejarah itu mempunyai kaitan dengan keluarga diraja Mesir purba.

Cara Remove 'wensnadn.blogspot.com' from Facebook

Posted: 17 Jan 2012 05:56 AM PST


Baru-baru ni heboh satu program yang masuk melalui akaun facebook. Program tu sentiasa mengganggu pengguna sehinggakan pengguna tidak dapat menggunakan facebook seperti biasa. Ramai yang tercari-cari cara untuk remove program ini. Aku pun salah seorang yang tercari-cari bagaimana untuk remove program ini. Dan setelah diteliti balik, aku dapat juga cara untuk atasi masalah ni. OK, kepada korang semua, aku harap dengan artikel ini, dapatlah membantu korang untuk remove program yang entah dari mana datangnya ni yer...


Begini cara untuk remove 'wensnadn.blogspot.com'...

1) Kepada yang guna Mozilla Firefox --> Click Tools --> Click Add-Ons
    Kepada yang guna Internet Explorer ---> Click Manage Add-Ons --> Enable or Disable Add-Ons

2) Kepada yang guna Mozilla Firefox --> Click Extensions --> Remove file berbentuk Youtube Player
    Kepada yang guna Internet Explorer ---> Remove file berbentuk Youtube Player plug-in

Setelah remove, restart your browser

Selesai...

p/s Kepada yang berjaya remove, berilah credit pada blog ini sama yer...tak susah pun... just follow... :-)

Lady GaGa Kuasai Twitter dengan 18 Juta Follower

Posted: 17 Jan 2012 02:20 AM PST



Lady GaGa memang telah berjaya memecahkan rekod di Twitter dengan follower terbanyaknya, dan kini Followernya semakin melonjak, penyanyi eksentrik ini terus menguasai Twitter hingga kini Followernya mencapai angka hebat 18 juta, mengalahkan Justin Bieber yang mempunyai follower 16juta. Angka ini tentunya membuktikan bahawa Lady GaGa benar-benar menjadi idola masa kini.

"Aku tak percaya kalau aku sudah punya 18.000.0000 TwitterMonsters, really rad, padahal beberapa tahun lalu aku sama sekali tidak mempunyai follower," tulis GaGa di dinding twitternya pada Isnin (16/1/2012) kelmarin.

Bulan Ogos 2011 lalu, Lady GaGa mengumumkan bahawa Followernya masih mencapai angka 12 juta. Namun dalam masa yang singkat, jumlah follower GaGa terus berkembang dan semakin bertambah hingga kini meningkat sekitar 6juta follower.

Selain GaGa, selebriti lain yang juga popular di rangkaian sosial adalah Justin Bieber dan Britney Spears, walau tentunya tidak sehebat Lady GaGa. (infospesial)

Pinterest - Laman Social Media Terbaru dan Bakal Popular

Posted: 17 Jan 2012 01:45 AM PST


Persaingan rangkaian sosial semakin ketat. Para pemaju berlumba mencari dan mencipta penemuan baru dari generasi sosial media yang sedia ada agar dapat menarik minat para pengguna internet dan bergabung di dalamnya.

Beberapa laman hadir dengan idea dan pandangan yang fresh beberapa yang lain muncul dengan versi yang bersifat pembangunan dari yang sudah ada sebelumnya.


Pinterest sebuah laman rangkaian sosial berasaskan gambar atau imej yang dilancarkan pada akhir 2009 lalu dan baru rasmi dikeluarkan pada Ogos 2011 merupakan sebuah pendatang baru yang dijangka akan mendapat perhatian pada tahun ini.

Majalah Time memasukkan Pinterest dalam senarai 50 Laman Terbaik 2011 untuk kategori media sosial. Sementara Don Reisinger melalui tulisannya di cnet.com mengatakan is Pinterest the next big thing in social media?

Keunggulan Pinterest adalah membolehkan user bertindak sebagai seorang kurator yang dapat mengumpulkan semua foto atau gambar kesukaannya dari pelbagai laman rangkaian sosial dan aplikasi berdasarkan tema tertentu seperti, produk, tempat kegemaran, buku, style, makanan, rumah dan topik lain yang nantinya ditempatkan dalam sebuah board . Selain itu Pinterest juga boleh diintegrasikan dengan pelbagai laman rangkaian sosial, blog mahupun laman pribadiusernya.

Pinterest sendiri ibarat gabungan Flickr dan Facebook yang kemudian di posting ke Twitter, kerana di laman Pinterest juga terdapat istilah seperti wall, likes, comment, followers, pin dan Repin. Tetapi titik utama dari Pinterest adalah media visual di mana gambar atau imej merupakan asas utama agar perbualan boleh berlaku. Untuk membuat akaun di Pinterest, kamu harus mendapatkan jemputan terlebih dahulu dengan memintanya di http://pinterest.com/.


credit to infospesial

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)

Posted: 17 Jan 2012 12:52 AM PST

http://4.bp.blogspot.com/-LjpkzDnbr9c/TxS3AqwXScI/AAAAAAAADZw/g4DIX_Gm55Y/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPerbadanan%2BPembangunan%2BPulau%2BPinang%2B%2528PDC%2529.jpg

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang tersebut di bawah:-

1. Penolong Jurutera (Gred J29)
2. Juruteknik (Gred J17)
3. Pembantu Akauntan (Gred W17)
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Gred N17)
5. Pekerja Awam (Gred R1)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
(a) Borang permohonan boleh didapati daripada:-

Pengurus Kanan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
No. 1, Pesiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Tel: 04-6340111 Fax: 04-6448111

dengan bayaran tunai RM1.00 atau dalam bentuk Wang Pos RM1.00 (bayar kepada: PDC) dengan mengemukakan sampul surat berukuran 23sm x 11sm bersetem 50 sen dan beralamat sendiri.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

(c) Calon-calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan-Badan Berkanun/Kerajaan Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 22 Februari 2011

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Kolej Profesional Mara (KPM) Beranang

Posted: 17 Jan 2012 12:51 AM PST

http://4.bp.blogspot.com/-5EQ6gmmfq8s/TxS3A3FiDfI/AAAAAAAADZ8/Jv33vHh3wGk/s1600/Jawatan%2BKosong%2BKolej%2BProfesional%2BMara%2B%2528KPM%2529.gif

Calon-calon adalah dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut di Kolej Profesional MARA Beranang.

1. PENSYARAH

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
a. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan `Resume' yang mengandungi butiran berikut:-

a) Nama jawatan yang dipohon
b) Butir-butir Peribadi
c) No. Telefon / E-mel
d) Butir-butir Akademik
e) Pengalaman Kerja
f) Salinan Ijazah / Diploma / Sijil-sijil Kelulusan (Salinan hendaklah DISAHKAN BENAR)
g) Salinan Sijil Kelahiran
h) Salinan kad Pengenalan
i) Lain-lain Kelayakan yang disyaratkan

Permohonan hendaklah dihantar kepada

Pengarah
Kolej Profesional MARA Beranang
Lot 2333 Mukim Beranang
Jalan Kajang/Seremban
43700 Beranang
Selangor

No. Telefon : 03-87668935 / 36
No. Fax : 03-87668940

Tarikh Tutup Permohonan Pada 30 Januari 2012 Jam 9.00 Pagi.

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)

Posted: 17 Jan 2012 12:49 AM PST

http://3.bp.blogspot.com/-drtgg9BC79Y/TxQioTDbNXI/AAAAAAAADZA/vXb3CIQzusM/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPerbadanan%2BWakaf%2BSelangor.jpg

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon anak Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah.

1. Eksekutif Kewangan - Gred 41
2. Eksekutif Pentadbiran - Gred 41
3. Pembantu Eksekutif Perancang Tanah - Gred 17
4. Pembantu Eksekutif Teknologi Maklumat - Gred 17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Rekod Perkhidmatan Pegawai dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

2. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat.

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS), MAIS
Tingkat 10, Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam, Selangor.

No. Tel : 03-5514 3759/3758

Tarikh Tutup Permohonan Pada 31 Januari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Posted: 17 Jan 2012 12:48 AM PST

http://3.bp.blogspot.com/-QXUZB4VhTxM/TxQios-mSaI/AAAAAAAADZI/cMlpQcJDBIs/s1600/Jawatan%2BKosong%2BLembaga%2BKemajuan%2BKelantan%2BSelatan%2B%2528KESEDAR%2529.jpg 

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dengan sukacita mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) bagi memenuhi Visi dan Misi KESEDAR.

1. Pegawai Undang-Undang Gred L1-1
2. Penolong Akauntan Gred W2-1
3. Penyelia Rancangan Tanah Gred G4-1
4. Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat Gred N4-1
5. Pembantu Tadbir Gred N4-1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
a. Semua borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan disertakan salinan sah Kad Pengenalan, Sijil lahir, Sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk ijazah, Diploma – jika berkenaan) dan sekeping gambar berukuran passport.

b. Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan kenyataan perkhidmatan dan laporan nilaian prestasi terkini.

c. Sila sertakan 2 keping sampul surat ukuran 24cm x 11cm, berstem dan beralamat sendiri.

Sila kemukakan permohonan kepada :

PENGURUS
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
IBU PEJABAT KESEDAR
18300 GUA MUSANG
KELANTAN.

NO. TEL : 09-9132200
Email : kesgm@kesedar.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan Pada 30 Januari 2012

Gambar Seni Bayang Yang Sangat Unik

Posted: 16 Jan 2012 07:19 PM PST

Shadow Art By Kumi Yamashita

New York based artist Kumi Yamashita showed some creative shadow art. Checkout the awesome work from the artist.





















credit to http://www.news-world.us

Gambar Katie Holmes Tampil Seksi Dalam Iklan H. Stern

Posted: 16 Jan 2012 06:55 PM PST



Isteri kepada pelakon Tom Cruise, Katie Holmes tampil seksi dalam iklan terbaru untuk jenama barang kemas terkenal, H.Stern. Pun begitu, iklan yang menampilkan katie dengan gaya separuh bogel ini hanya akan digunakan untuk kempen di Amerika Syarikat sahaja.

Penampilan seksi Katie dalam iklan ini dilihat amat berlainan dengan imej yang selalu dibawa olehnya sebelum ini di mana lebih sopan dan tidak menjolok mata.

Pelakon berusia 33 tahun ini telah pun mempunyai seorang anak perempuan bernama Suri hasil perkahwinannya bersama Tom Cruise. -media hiburan-

Ummi Nazeera Akui Sudah Ada Kekasih

Posted: 16 Jan 2012 06:52 PM PST

ummi dan abangnya

Tiga tahun tanpa insan bergelar kekasih, akhirnya aktres yang mencipta nama menerusi drama 'Nur Kasih', Ummi Nazeera mengakui yang dia kini sudah punya kekasih hati.

Dia yang ditemui di lokasi penggambaran filem terbaru lakonannya 'Penanggal' di Kuala Kangsar semalam berkata;

"Ya, saya akui sudah punya kekasih. Dia orang Kuala Lumpur dan kami berkenalan ketika di Australia.

"Dia merupakan penuntut yang sama di mana saya belajar sekarang iaitu di Universiti RMIT, Melbourne, Australia. Cuma, dia baru sahaja menamatkan pengajiannya."

Menurut Ummi juga, jejaka berusia 26 tahun itu sudah mula berbicara soal kahwin dan masa depan mereka.

"Sebagai wanita, tidak manis untuk saya bercakap lebih-lebih soal ini. Di pihaknya, dia pernah bercakap soal masa depan perhubungan kami iaitu kahwin," kongsi Ummi.

Ditanya adakah kekasihnya itu mengetahui sejarah percintaannya bersama aktor Remy Ishak, jelas Ummi;

"Kami saling berkongsi fasal latar belakang dan apa sahaja mengenai kisah peribadi sebelum ini. Dia juga tahu saya pernah bercinta dengan siapa sebelum ini.

"Dan bila sudah saling mengetahui, kami sudah tidak akan bercerita atau mengungkit lagi berkenaan kisah silam." -mediahiburan-

Zul Ariffin Mengaku Tidak Pernah Ingatkan Abby

Posted: 16 Jan 2012 06:47 PM PST


Sewaktu sidang media pelancaran filem 'Penanggal', aktor berbadan sasa Zul Ariffin memberitahu yang dia masih berhubung dengan Abby Abadi meskipun ketika itu hubungan cinta mereka sudah berakhir.

Semalam, ketika ditemui di lokasi penggambaran filem berkenaan di Kuala Kangsar, Zul menjelaskan yang dia sudah tidak fikir langsung tentang kisah mereka malah jauh sekali tentang Abby.

"Jujur saya katakan, sekarang memang saya tidak fikir langsung berkenaan kisah yang terjadi dan juga tentang dia iaitu Abby.

"Sepanjang saya menjalani penggambaran filem ini saya lebih fokus dan melupakan semuanya," jelas Zul yang sudah tidak berhubung dengannya.

Melihatkan apa yang berlaku, ramai yang beranggapan Zul sudah lupa diri atau 'kacang lupakan kulit' sehingga mengambil keputusan untuk berpisah dengan ibu beranak tiga itu.

Sedangkan, jika diikutkan Abby yang banyak membantunya sehingga berada di tahap hari ini. Ditanyakan hal tersebut, jawab Zul;

"Kalau mahu kata saya kacang lupakan kulit tidak juga. Saya masih tidak popular seperti yang diperkatakan. Saya masih perlu bekerja keras untuk mencapai apa yang saya inginkan.

"Tidak dinafikan dia banyak membantu dari segi nasihat dan bimbingan. Selebihnya, saya berusaha sendiri. Dan bukan kerana dia saya dapat kerja atau tawaran berlakon." -mediahiburan-

Suasana Yang Jarang Kelihatan di Barat

Posted: 16 Jan 2012 06:42 PM PST

Iran Photography – Rarely Seen in the West
 
Outside of politics, this is a fascinating, enchanting world, rarely shown in all its color.


 Iran Photography   Rarely Seen in the West
"Armenian Church Maryam-e Moghadas (The Holy Mary)", photo by Peter Kerber

 Iran Photography   Rarely Seen in the West
"Woods of Mazanderan", photo by Zohreh Ghaemi
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
"Oroumieh Lake", photo by Hamid Sedghinejad
Good place for Star Wars pod racing:
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
"Saayeh khosh formations in Southern Iran", photo by Sizif
Switzerland? Not quite:
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
"A mansion in Uramanat" Photo: paveh2005
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
"Sobatan Village – Ardebil", photo by Ali Vakilirad
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
"A Stream in the Golestan Province", photo by Avahid
Majestic Daryaasaar mountains:
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
"In Alam Kooh Mountains", photo by MountainZone
Play of geometric forms inside the mosque:
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
"Emam Mosque – Isfahan", photo by Sergej Marsnjak
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
Akhavan Residence
500 BC. Gold Achaemenid Lion (Persian treasures) -
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
photo by Afra Zomorodian
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
255 Iran Photography   Rarely Seen in the West
Prayer niche at Isfahan Friday Mosque
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
"Golden doors of Shah-e Cheragh Shrine", photo by Shahram Razavi
325 Iran Photography   Rarely Seen in the West
Persian Miniature by Bagher Aghamiri
375 Iran Photography   Rarely Seen in the West
"Shahzadeh Gardens", photo by Shahram Razavi
Incredible bridge over Zaayandeh River in Isfahan, worthy to see our "Most Interesting Bridges"
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
Another awesome bridge: Trans-Iranian railway bridge, Mazanderan:
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
photo by Maziyar Pazouki
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
Karaj (Near Tehran), photo by Mohammad Reza Tavajjoh
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
"Oroomieh – NW Iran", photo by Mohammad Hamidi
Fortress of Babak Khorramdin – N.W. Iran:
(good place for a duel between Gandalf and Balrog)
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
"Sistan & Baluchestan province", photo by Bahram Emami
Snow in Tehran:
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
Tehran & the nearby mountains:
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
photo by Reza Babri
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
Mirrors have a special spiritual significance in Iranian culture. Newlyweds traditionally sit before the mirror, and the first things to bring into the new house must be the Holy Quran and the ornamental mirror:
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
"The Mirror Room", photo by Shahram Razavi
American cars are popular with collectors:
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
photo by Nima Masoumi
a stately pre-war Mercedes :
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
Tehran monorail is currently under construction:
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
258 Iran Photography   Rarely Seen in the West
Street propaganda & urban art -
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
(photos by Anwar)

Pizza "you can't refuse" – Goodfather:
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
Persian beauty:
126 Iran Photography   Rarely Seen in the West
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
Time reflects in intense eyes:
 Iran Photography   Rarely Seen in the West
(image credit: Zoghal)

credit to http://www.news-world.us

Citra Yunita Sari dicekup pesta dadah

Posted: 16 Jan 2012 06:21 PM PST



JAKARTA: Penyanyi dangdut, Citra Yunita Sari ditahan polis ketika sedang berpesta dadah, kata pegawai polis dari Balai Polis Metro Sawah Besar, Jakarta, semalam.

Citra ditahan bersama teman lelakinya, Foe Soekamto di dalam sebuah bilik di Big Apple Residence di Mangga Besar, Taman Sari, Jakarta Barat.


Anggota polis juga menemui sebutir pil ekstasi dalam tangan Foe Soekamto.

Selain itu, anggota polis turut menemui sebuah kotak plastik berisi alat pembakar, tiga buah bekas plastik mengandungi syabu dan sebuah bong. Mereka turut menemui sebuah botol arak kosong.


"Mereka didapati berpesta dadah di dalam bilik tidur," kata Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Kolonel Angesta Romano Yoyol.

"Setelah disiasat, mereka kini ditahan dalam lokap di Balai Polis Metro Sawah Besar. Kami telah melakukan ujian air kencing terhadap mereka berdua.

"Hasil ujian itu, Foe didapati negatif tetapi Citra positif dadah," kata Angesta.

Mereka akan didakwa di bawah Akta Dadah dan boleh dihukum hingga empat tahun penjara.

Polis bertindak hasil maklumat orang ramai yang mendengar bunyi bising dari bilik itu. - Detikhot

Tips To Install Weibo In English Version

Posted: 16 Jan 2012 06:00 PM PST

Now You Can Use Weibo In English. Here's How.



If you already have a Weibo account and use the iPhone app, converting to English is easy: just click on the "More" icon (更多) in the lower right corner of the app, then click on the "Settings" icon ! (设置) just at the top; then click on the "Language" icon (多语言环境) in the middle; hit "English" and you're done!

If you don't yet have a Weibo account: it's easiest to go first to the weibo.com website and make a new account, then download the Weibo app to your iPhone and then login via your email and password. The hardest part is registering if you don't know Chinese:

Step 1: Go To Weibo.com. On the right side of their screen is a big green button which you should click on. See the image below:

Weibo Sign Me Up

Step 2:  registering a new account. You can choose to get a confirmation via mobile phone or by email, but I think email is easiest. If your Chinese is nonexistent, I strongly recommend you use Google's Chrome browser both now and whenever you visit any Chinese website. The main reason is one of their awesome features; you can instantly translate any webpage with a click of the button. See the image below for the example on Weibo: click on "Translate" at top and the page becomes passable English. By the way, if you click and it says "error", keep clicking! It works almost 100% of the time.

Weibo Set Up Registration Page

OK, now we can see the instructions in English, as seen in the next image. Just follow the image below; the trickiest part is picking a strong password and a cool Weibo screen name. Once you are done, hit enter, follow the confirmation instructions in your email or mobile, and you're now on Weibo!

Weibo Registration Instructions in English
Weibo Registration Instructions in English

Step 3: Download the Weibo app to your device. This part is easy for anyone who has an iPhone/iPod Touch/iPad. Just go to your app store, search for "Weibo" and download the official app from Sina (it's probably listed in Chinese; their official app download page is here). When you open it for the first time, you have to enter your email address (the top field) and then your password (the second field), and then hit the left button. Then you follow the instructions above under "if you already have a Weibo account" to switch the app to English.

credit to http://www.myhealthbeijing.com

250 juta guna weibo

Posted: 16 Jan 2012 05:46 PM PST



BEIJING: China kini mempunyai lebih 500 juta pengguna Internet dan lebih separuh daripadanya menggunakan weibo, blogmikro yang menyamai Twitter yang dapat memintas badan penapisan negara itu, lapor data kerajaan, semalam.

Weibo yang menjadi platform popular untuk orang ramai meluahkan kemarahan terhadap ketidakadilan atau rasuah dan mengendali serta menyebarkan berita mengenai bantahan, menimbulkan cabaran kepada usaha kerajaan untuk mengawal informasi.

Hampir 56 juta rakyat China, hampir menyamai populasi Britain, menggunakan Internet buat kali pertama pada 2011, mencatat populasi Internet negara itu kepada 513 juta. China mempunyai lebih ramai pengguna Internet berbanding negara lain di dunia. Peningkatan bilangan pengguna menggunakan weibo amat dramatik, angka daripada Pusat Maklumat Rangkaian Internet China menunjukkan ia melonjak kepada 250 juta daripada 63 juta pada akhir 2010.

"Pihak berkuasa di China semakin bimbang dengan Internet kerana ia adalah medium penyebaran utama dan sangat sukar untuk dikawal," kata penyelidik Projek Media China yang berpangkalan di Hong Kong, David Bandurski. "Sejak 2005, tumpuan keseluruhan kawalan informasi beralih daripada media tradisional kepada Internet," katanya.

China kerap menyekat kandungan laman web yang dirasakan sensitif dari segi politik menerusi sistem penapisan meluas yang digelar 'Tembok Api Besar China' dan amat bimbang dengan kuasa Internet dalam mempengaruhi pendapat umum. Bagaimanapun, pengguna weibo mampu memintas kawalan itu dengan penghantaran semula informasi atau imej secepat tindakan pihak berkuasa menghalangnya.

Pengguna weibo dipercayai menyebarkan berita mengenai nahas kereta api laju Julai tahun lalu yang membangkitkan kritikan meluas terhadap kerajaan, kebanyakannya melalui Internet dan menimbulkan keraguan mengenai projek mahal itu. - AFP

Pampasan RM23j kepada lelaki zakar pendek

Posted: 16 Jan 2012 05:42 PM PST



EL CAJOUN: Seorang bekas kelasi diberi ganti rugi sebanyak AS$7.5 juta (RM23.25 juta) dalam satu kes kemalangan kereta di California yang menyebabkan kemaluannya menjadi pendek kira-kira 1.27 sentimeter.

Matthew Wall yang baru berkahwin mengalami kecederaan dan kerosakan saraf pada kemaluannya berikutan kemalangan pada 2007 itu.

Lelaki berusia 27 tahun itu menjalani pembedahan membetulkan zakarnya dan ia menyebabkan ia semakin pendek sebanyak 1.27 sentimeter berbanding sebelum kejadian.

Juri di mahkamah El Cajoun, memberikan ganti rugi kepadanya sebagai pampasan untuk kesakitan, penderitaan, kos perubatan serta kehilangan punca pendapatan yang dialaminya.. - Agensi

Siti Sarah Beri Tempoh Dua Bulan Untuk Tonjolkan Diri

Posted: 16 Jan 2012 05:35 PM PST

Siti Sarah dan suaminya, Shuaib.

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Sarah Raisuddin memberitahu masih belum bersedia untuk tampil di khalayak selepas melahirkan anak sulungnya, Uwais Alqarni pada 4 Disember lalu.

Sarah berkata, dia yang baru sahaja selesai berpantang sedang berusaha menurunkan berat badannya yang meningkat sehingga 75 kilogram semasa mengandung.

"Saya menjangkakan untuk mengurangkan berat badan sebanyak 30 kilogram dan sehingga kini telah berjaya mengurangkan sebanyak 15 kilogram. Saya sedang berusaha gigih untuk mengurangkan baki tersebut.

"Beri saya dalam masa dua bulan, Insya-Allah selepas ini akan muncul di khalayak," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Dalam pada itu, bercerita mengenai perkembangan dirinya sebagai seorang ibu, Sarah, 28, berkata, pengalaman mempunyai anak sendiri sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Sarah memberitahu dia dan suaminya, Shuaib masih dalam proses belajar menguruskan anak secara perlahan-lahan setiap hari dan menjelaskan pengalaman tersebut mematangkan mereka.

"Membesarkan seorang anak bukan tugas yang mudah kerana kita sebagai ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendidik mereka menjadi insan yang baik.

"Setiap hari saya belajar sesuatu yang baru apabila mempunyai anak dan saya cukup seronok tambahan pula suami sangat ringan tulang membantu menguruskan anak," ujarnya.

Sementara itu, Sarah berkata, dia terkejut dengan sikap suaminya yang begitu cekap dalam menguruskan Uwais terutamanya jika anak mereka meragam pada waktu malam.

Katanya, Shuaib bukan seorang yang mesra dengan kanak-kanak tetapi selepas Uwais dilahirkan sikap suaminya terus berubah dan tidak kekok mengendalikan anak mereka.

"Dulu kalau nak pegang anak orang bukan main takut kerana tak biasa dengan kanak-kanak tetapi selepas ada anak sendiri semua perkara dia ingin lakukan dan lagaknya seperti sudah biasa dengan karenah budak kecil.

"Sebelum pergi kerja juga, Shuaib akan memastikan semua keperluan anak telah disediakan," ujarnya.

Tambahnya, kehadiran Uwais juga telah mengeratkan hubungan mereka suami isteri dan lebih memahami antara satu sama lain.

"Kami kenal tidak lama sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dan tidak sampai setahun usia perkahwinan kami telah mendapat seorang anak.

"Kehadiran Uwais telah mengeratkan hubungan kami sebagai suami isteri terutamanya soal tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam membesarkan anak," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sarah berkata, dia masih belum dapat menggambarkan perasaannya apabila terpaksa meninggalkan Uwais ketika kembali bekerja nanti.

"Uwais menyusu badan dan mungkin agak sukar untuk meninggalkannya nanti. Sarah masih belum berfikir mengenai perkara berkenaan kerana begitu seronok menghabiskan masa bersama anak dan suami," ujarnya.-mstar-

Marsha Bernaung Di Bawah Syarikat Milik Dafi

Posted: 16 Jan 2012 05:33 PM PST



KUALA LUMPUR: Penyanyi Gadaffi Ismail Sabri atau Dafi memberitahu pelakon dan penyanyi, Marsha Milan Londoh kini berada di bawah pengurusannya iaitu Laugh Out Loud Entertainment yang baru beroperasi hampir dua bulan.

Dafi, 24, yang turut bergelar Pengarah Urusan syarikat tersebut berkata, keputusan mengambil Marsha adalah tidak sukar kerana dia telah mengenali rapat dengan artis jelita itu.

"Kami sudah berkawan lama dan rasanya lebih mudah bekerja dengan orang yang kita kenal baik.

"Tambahan pula Marsha memang sedang mencari pengurusan baru selepas tamat kontrak dengan Alibi Music," ujarnya kepada mStar Online.

Namun katanya, perbincangan telah dibuat terlebih dahulu antara kedua-dua belah pihak bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.

Dafi memberitahu, setakat ini syarikat miliknya telah merancang beberapa agenda untuk Marsha selain menguruskan jadual lakonan dan nyanyiannya.

"Marsha telah memberitahu apa yang dia inginkan dan apa yang perlu kami lakukan. Walaupun kami berkawan tetapi perniagaan harus diberi keutamaan supaya tidak menyusahkan kedua-dua belah pihak.

"Insya-Allah saya mampu menjalankan tugas sebagai pihak mewakilinya dan harap dapat memberikan kerjasama baik kepadanya," katanya.

Dalam pada itu, bercerita mengenai syarikat miliknya, Dafi berkata setakat ini dia baru mempunyai dua orang kakitangan dan berharap ia akan berkembang maju.

Dia menjadikan trio adik-beradik iaitu kumpulan KRU sebagai pemangkin semangat untuknya terus maju dalam industri hiburan sekali gus dapat menyumbang kepada lapangan yang diceburi itu.


Marsha Milan Londoh.

"KRU sentiasa menjadi idola saya dalam apa juga mereka lakukan dan sentiasa ingin mencontohi mereka baik dari sudut karier sebagai artis mahupun perniagaan. Saya mahu berjaya seperti mereka suatu hari nanti," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Dafi berkata dia bakal merakamkan kembali lagu daripada kumpulan R&B Amerika Syarikat iaitu 4PM berjudul Sukiyaki dalam Bahasa Malaysia.

Dafi berkata, lagu yang diberi tajuk Bila Cinta Tiada Lagi itu turut mendapat sentuhan komposer terkenal, Ajai untuk susunan dalam Bahasa Malaysia.

"Saya pernah membawa versi asal lagu tersebut pada persembahan teater Kenangan Mengusik Kalbu tahun lalu dan tertarik untuk merakamkannya dalam Bahasa Malaysia," ujarnya.

Tambahnya, lagu tersebut akan dijadikan single terbarunya yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, Dafi berkata, dia ingin mengurangkan aktiviti lakonan kerana ingin menumpu perhatian kepada dunia nyanyian dan perniagaan.

Ujarnya, tahun 2012 adalah untuk dirinya terus memajukan diri sebagai ahli perniagaan dan penyanyi selepas banyak menerima tawaran berlakon pada tahun lalu.

"Bukan tidak lagi minat berlakon tetapi rasanya dah terlalu banyak ambil tawaran pada tahun lalu. Jadi tahun ini ingin kembali tumpu pada nyanyian dan perniagaan," katanya.

Johan Raja Lawak Mahu Tambah Anak

Posted: 16 Jan 2012 05:31 PM PST

Johan (Raja Lawak)

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara Johan (Raja Lawak) meluahkan hasratnya untuk menumpukan lebih banyak perhatian kepada keluarga pada tahun ini memandangkan dia terlalu sibuk dengan jadual seni sepanjang tahun lalu.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28, berkata jika diizinkan Tuhan dia dan isterinya yang juga pelakon Rozlinawaty Ismail, 31, (Ozlyn Wati) merancang untuk menambah bilangan anak.

"Saya terlalu sibuk sepanjang tahun lalu sehinggakan waktu bersama keluarga begitu terhad. Pada tahun ini, saya mahu mengutamakan keluarga dan hanya memilih beberapa tawaran dan komitmen yang bersesuaian sahaja.

"Maklumlah, pada tahun lalu Ozlyn mengalami keguguran sebanyak tiga kali. Jika diizinkan, saya berhasrat untuk menambahkan bilangan anak, sekali gus mengembangkan keluarga kami," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Johan berkata sejak bergelar ketua keluarga, keutamaan dalam hidupnya kini adalah kepada keluarga. Justeru itu, Johan berkata dia sanggup bersusah payah dengan melakukan apa sahaja tawaran kerja demi kebahagiaan dan keselesaan mereka.

"Bagi saya, keluarga adalah segala-galanya. Biar saya tidur dan merempat di masjid sekali pun tetapi jangan anak isteri saya. Mereka berhak menikmati yang terbaik dalam segenap aspek kehidupan.

"Sebab itu, saya bekerja keras sepanjang tahun lalu untuk mengukuhkan ekonomi keluarga. Alhamdulillah, keadaan kami semakin stabil dan pada tahun ini saya mahu lebihkan masa bersama mereka," luahnya.



Johan mendirikan rumah tangga dengan Ozlyn pada 25 Julai 2009. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Sodiq Hainana yang kini berusia dua tahun.

Menyentuh perkembangan kerjaya, Johan kini bergelar penyampai tetap di radio Era FM bagi slot Riuh Pagi Di Era bersama Ray dan Haniff, pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6 hingga 10 pagi, bermula awal bulan ini.

Dia juga kembali mengacarakan musim keenam program Raja Lawak (RL6) di samping Zizan Razak yang bermula 13 Januari lalu.

Selain itu, Johan juga bakal muncul dengan filem terbaru, Bujang Telajak Belum Terlanjur arahan Prof Madya A Razak Mohaideen bermula 19 Januari ini.

Pemenang tempat ketiga RL1 ini juga akan tampil dengan dua buah filem yang masih menunggu slot tayangan iaitu Berani Punya Budak dan Papadom 2. -mstar-

Russell Brand Pindah Rumah Selepas Bercerai Dengan Katy Perry

Posted: 16 Jan 2012 05:29 PM PST

Russell Brand bersama bekeas isterinya juga penyanyi Katy Perry.

WASHINGTON: Pelawak British, Russell Brand dilaporkan sudah berpindah ke rumah baru di Los Angeles, selang beberapa minggu selepas bercerai dengan penyanyi Katy Perry.

Brand memfailkan perceraian dengan bintang pop itu pada 30 Disember 2010. Pasangan itu berkahwin pada 23 Oktober 2010 di India.

Menurut sumber, beberapa buah van dilihat berada di depan kediaman mewah pasangan itu di Hollywood Hills yang dipercayai untuk memindahkan barang-barang pelawak berkenaan.

Laman web Contactmusic.com memetik laporan Daily Mail, berkata Brand pulang ke Amerika Syarikat buat pertama kalinya selepas perceraian itu dan dilihat menuju ke rumah barunya yang terletak di kawasan bandar.

Susulan perceraian tersebut, ibu bapa Perry difahamkan ingin menjodohkan penyanyi yang popular dengan lagu The One That Got Away itu dengan bintang bola keranjang NFL, Tim Tebow. - ANI

Jessica Biel Tidak Pakai Cincin Tunang

Posted: 16 Jan 2012 05:24 PM PST

Jessica Biel.
 
KEHADIRAN aktres jelita, Jessica Biel pada majlis Anugerah Golden Globe ke-69 pada Ahad telah menimbulkan tanda tanya kepada semua yang melihat kelibat kekasih penyanyi, Justin Timberlake itu.

Jessica yang baru sahaja menerima lamaran kekasihnya itu tampil di permaidani merah tanpa mengenakan cincin pertunangannya.

Bagaimanapun ia bukan kali pertama pelakon itu tampil di khalayak tanpa cincin tersebut selain muncul bersendirian di majlis yang dihadiri.

Jessica juga enggan mengulas mengapa dia tidak menyarungkan cincin tersebut walaupun tindakannya itu memberikan tanggapan buruk terhadap hubungannya dengan Justin.

Khabar pertunangannya sebelum ini didedahkan oleh nenek Justin yang memberitahu cucunya itu melamar Jessica di atas pergunungan Jackson, Wyoming. -mstar-

Bayaran pengiring bintang

Posted: 16 Jan 2012 05:22 PM PST


 
KAREENA KAPOOR


UMUM sudah mengetahui tentang nilai tinggi yang dikenakan oleh bintang-bintang terkenal Bollywood tetapi bagaimana pula dengan bayaran yang dikenakan oleh para pengiring mereka kepada penerbit-penerbit filem?

Jawapannya adalah semakin popular bintang Bollywood tersebut, semakin tinggi bayaran yang dikenakan oleh pengiring-pengiringnya.

Menurut sumber kepada TOI, jika penerbit-penerbit menghabiskan sehingga mencecah angka crore untuk para pelakon, mereka perlu mengeluarkan antara Rs 25,000 hingga Rs 70,000 (RM1,500 hingga RM4,500) untuk pengiring pelakon bergantung kepada pelakon mana yang diiringi itu.

"Penata rias rambut terkenal seperti Aalim dan Adhuna Babani mengenakan bayaran sehingga RS 30,000 (RM1,800) sehari," ujar sumber itu.

Tambahnya: "Jika seseorang pelakon perlu menjalani sesi untuk latihan untuk stamina tubuh mereka, penerbit filem perlu mengeluarkan kos antara Rs 8,000 hingga Rs 10,000 (RM500 hingga RM600) sehari bagi bayaran jurulatih peribadi. Bayaran itu tidak termasuk untuk kos penginapan dan perjalanan jurulatih peribadi tersebut.

Pelakon gred A Bollywood seperti Shah Rukh Khan, Aamir Khan dan Akshay Kumar diketahui mengeluarkan duit dari poket sendiri untuk membayar khidmat sekuriti.

Kata sumber itu lagi: "Pengiring Amitabh Bachchan dan Shah Rukh Khan antara yang mengenakan bayaran paling tinggi. Di kalangan pelakon wanita pula, pengiring Kareena Kapoor, Katrina Kaif dan Bipasha Basu antara yang mengenakan bayaran yang tinggi."

"Namun, jika filem-filem yang dibintangi pelakon-pelakon tersebut gagal pecah panggung, pihak yang rugi teruk sudah tentu para penerbit filem."

No comments: