Thursday 12 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Gambar Datuk Siti Norhaliza Sambut Hari Lahir Di Dubai Bersama Datuk K

Posted: 10 Jan 2012 11:46 PM PST


Sedar atau tidak, setiap 11 Januari Malaysia sebenar'nya meraikan ulang tahun kelahiran seorang lagenda nyanyian – Siti Nurhaliza.

Hari ini, Utusan Malaysia jadikan wajah Siti Nurhaliza sebagai muka hadapan sisipan HITS & saluran History Channel bakal menyiarkan satu dokumentari khas tentang perjalanan karier nyanyian insan bergelar Siti Nurhaliza.

Penyanyi nombor satu Malaysia ini kini berada di Dubai bersama suami, Datuk K untuk meraikan hari istimewa di'sana.

Boleh kita lihat bagaimana bahagia'nya wajah Dato' Siti Nurhaliza bercuti bersama orang tersayang dan juga teman teman rapat sempena ulangtahun kelahiran beliau ke 32. Seperti biasa, kami tertanya apakah hadiah istimewa daripada Datuk K tahun ini?

Selamat hari lahir Dato' Siti Nurhaliza daripada kami di Rotikaya HQ. Beberapa keping gambar kiriman empunya badan melalui akaun Twitter rasmi beliau dari Dubai, UAE selepas ini. Enjoice!



sumber : rotikaya

Tumblr - Ruang Terbaik Untuk Orang Yang Paling Kreatif Di Dunia

Posted: 10 Jan 2012 10:40 PM PST

Tumblr is home to the most creative people in the world


Tumblr adalah sebuah perkhidmatan tumblelog percuma yang membenarkan pengguna untuk mencatat tidak hanya tulisan, tetapi juga membenarkan pengguna untuk mencatat gambar, quote, video, chat, audio, dan link. Ciri-ciri tumblr yang membenarkan para pengguna untuk mencatat gambar biasa digunakan oleh para pengguna tumblr untuk membuat photoblog. Terdapat ciri khas yang ada pada laman tumblr iaitu, pengguna tumblr boleh membuat blog yang bersifat peribadi. Postingan tersebut hanya boleh dilihat oleh pengguna itu sendiri atau pengguna lain yang dilantik atau dipilih oleh pengguna yang mempunyai akaun tersebut untuk boleh melihat blog peribadi ini. Pengguna boleh melihat kiriman tulisan, gambar, quote, video, chat, audio, dan link melalui laman tumblr.com


Sejarah

Pada tahun 2007, seorang pengusaha internet muda yang bernama David Karp telah mencipta Tumblr. Dia menciptakan tumblr di Jepun pada saat dia berumur 19 tahun. kemudian setelah mencipta tumblr tersebut, dia juga mencari sebuah kata baru yang akan digunakan pada perkhidmatan tumblr iaitu "Tumblelog". Tumblelog mempunyai erti iaitu bentuk pendek dari blogging atau mengarah ke dalam bentuk MiniBlog. Pada tumblelog, perkhidmatan ini hanya boleh menghantar satu kalimat pendek saja, berbeza dengan blog-blog yang ada. David Karp kagum dengan bentuk baru blogging ini, kemudian dia berkata akan menunggu untuk salah satu platform blog yang sudah siap agar para pengguna boleh menetapkan sebuah platform. Tetapi, selepas satu tahun lamanya hal tersebut tidak berlaku juga. kemudian David karp sendirilah yang akhirnya turun tangan untuk menyelesaikan platform blog tersebut. Inkarnasi saat Tumblr dilancarkan pada tarikh 1 November dan versi beta telah dilancarkan beberapa bulan sebelumnya.


Kelebihan

Perbandingan Tumblr terletak pada kesederhanaannya. Pengguna dapat memposting melalui panel control yang memiliki tombol untuk berbagai jenis posting (teks, video, audio, foto, link, quote dan chat), tetapi juga dapat memposting dari sebuah bookmarklet di dalam browser pengguna, instant messenger, telepon selular atau desktop widget. Secara keseluruhan, tumblr memeliki kemudahan yang sama dengan blog-blog online lainnya, dalam hal sign up dan posting. Namun, Tumblr memiliki menu pilihan dalam memposting seperti, text, foto, video, quotes, link, chat dan audio. Pengguna juga dapat melakukan re-blog yang artinya mendiskusikan postingan dari blog orang lain. Selain itu kita dapat melakukan updates status pada situs jejaring sosial melalui tumblr, Tumblr juga dapat mengelompokkan foto yang pengguna posting ke dalam tumblr.

Cara memposting cukup mudah. Setiap kali pengguna melihat sesuatu yang menarik secara online, pengguna dapat mengklik dengan cepat "Share on Tumblr". Hasil yang di dapatkan pengguna setelah mengklik "share on tumblr" ialah rentetan bervariasi tentang media link serta text yang menunjukkan gambar atau video yang telah pengguna posting ke dalam tumblr. Kemudian yang berikutnya pengguna tumblr dapat membuat satu tumblr atau membuat satu untuk setiap subyek agar dapat lebih banyak berbagi dengan pengguna lain. Berikutnya ialah dengan direktori berdasarkan tag dan wilayah geografis, para pengguna tumblr dapat menjelajahi account tumblr milik pengguna lain yang berbeda daerah asal bahkan berbeda negara sekalipun melalui Tumblr negara asal yang pengguna miliki.


Kekurangan

Jika Pengguna menulis pada bagian artikel atau tulisan dan kemudian pengguna ingin menyisipkan foto ke dalam artikel atau tulisan tersebut maka, pengguna harus melakukan salin-tempel URL dari foto yang ingin dimasukkan ke dalam artikel atau tulisan, dan juga ikut disertai dengan dimensi dari foto yang akan dimasukkan ke dalam sebuah artikel atau tulisan. Cara ini membuat pengguna menjadi sedikit kerepotan. Foto yang telah di posting ke dalam tumblr juga tidak dapat diberi komentar oleh pengguna dan para pengguna tumblr lainnya. Kemudian para pengguna tumblr hanya dapat memposting satu kalimat singkat saja. Hal itu membuat pengguna tidak dapat menuliskan secara lebih isi dari tulisan pengguna. Kemudian tidak adanya pengorganisasian link untuk link yang telah pengguna posting, seperti link tentang wordpress atau blogspot, Pengorganisasian link harus dilakukan secara manual dan tidak ada pages khusus untuk mengorganisasi link yang telah diposting ke dalam tumblr untuk di diskusikan.


Aplikasi Tumblr pada iPhone






credit to wikipedia.org

Gempar! Salih Yaacob Hampir Bercerai Dengan Isteri Kedua

Posted: 10 Jan 2012 09:37 PM PST

Bukan senang untuk menjaga seorang isteri apatah lagi kalau ada 4 orang seperti Abang Salih Yaakob kita ini. Artikel yang dipetik dari blog beautifulnara telah megeluarkan satu artikel berkenaan keretakan rumahtangga Abg SY kita ni dengan isteri keduanya iaitu puan Norraha. Rupa-rupanya di sebalik kebahagiaan yang nampak di luar, namun hakikatnya rumah tangga SY dengan, Norraha Ahmad (44 tahun) hampir musnah. Mari kita dengan ulasan dari SY berkenaan perkara ini...

SY dan Isteri Kedua serta Anak-anak

Punca keretakan rumah tangga dengan isteri keduanya ini tak lain tak bukan wujudnya individu luar yang menghasut dan menanam perasaan benci. Kata SY:-

Bukan mahu mendabik dada tetapi sebagai seorang lelaki yang mengamalkan poligami, saya tidak berbohong kepada isteri-isteri saya apabila mahu berkahwin buat kali keempat. Saya bersyukur dikurniakan isteri yang memahami. Tapi…sayangnya ketika saya baru melayari bahtera keempat, rumah tangga saya dengan isteri kedua hampir musnah! Sebenarnya setiap perkahwinan baru memang ada dugaannya. Namun perkahwinan keempat dugaannya amat besar kerana saya hampir bercerai dengan Raha disebabkan hasutan seseorang yang di luar daripada hidup kami. Sebagai suami kepada empat orang isteri dan ayah kepada 11 orang anak, hidup saya hanya untuk membahagiakan mereka.

Dan individu tersebut memang cekap untuk menghancurkan hubungan SY dan isteri keduanya kerana muncul sebagai seorang sahabat dan dapat bermalam lagi.

Saya tidak pernah mengharapkan bantuan orang lain kerana urusan kerjaya dan seni saya diuruskan oleh isteri kedua dan keempat. Sayangnya, kemunculan individu berkenaan yang datang bagaikan sahabat sehingga bermalam di rumah isteri-isteri saya sanggup menabur fitnah dan menghasut mereka. Jika sekali dua mungkin ia tidak berjaya, tetapi hati seorang wanita memang rapuh. Walaupun pada mulanya ia keras tetapi akhirnya, Raha kalah dan kami hampir bercerai,

SY sebenarnya sudah berputus asa dan hanya berserah kepadaNya untuk memberikan keputusan yang terbailk":-

Sedih hati saya kerana jiwa Raha kosong. Dalam hatinya tidak ada setitik pun kasih sayang terhadap saya kerana yang ada hanyalah kebencian yang membara. Ketika itu, saya hampir putus asa namun saya berbalik kepada takdir Tuhan dan sebagai suami yang masih sayangkannya saya tidak mahu mengaku kalah dan sentiasa berdoa. Alhamdulillah, akhirnya Raha tersedar dan kasih sayang kami bertaut semula

Kini SY sedang dalam proses untuk membeli empat unit kondominium untuk kempat-empat isterinya. Kondo itu pula akan menyaksikan mereka berempat duduk bersebelahan. Ini pasti memudahkan lagi SY untuk memantau aktiviti isteri-isterinya.

Sama-samalah kita mendoakan SY sentiasa bahagia di sampaing kempat-empat isterinya yang tercinta. Dan kalau boleh, silalah buka kelas untuk mengajar lelaki-lelaki yang bercita untuk kahwin lebih daripada satu. Mereka memerlukan mentor seperti Abang SY. Hehehe...Jangan marerrr...:D




sumber : www.beautifulnara.com

Pengakuan Mat Rempit - Insaf Selepas Dengar Ceramah Ustaz Azhar Idrus

Posted: 10 Jan 2012 09:23 PM PST


Kisah ini hanyalah satu kisah daripada kisah-kisah golongan anak muda yang berubah setelah mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus. Admin sendiri pun kagum dengan ustaz. Tengok sajalah countdown 2012 tempoh hari. Walaupun tanpa hebahan di media, namun berjaya menarik lebih 70 ribu hadirin yang kebanyakannya gologan anak muda. Jom kita baca kisah ini sama-sama.

Sebagai MAT REMPIT berjaya…aktiviti malam aku sering dipenuhi dengan aktiviti berlumba mutor dan menghuru harakan bandar kuala terengganu sambil bawak awek(minah rempit). Bagi aku itu adalah satu bentuk hiburan yang amat menyeronokkan dan kene dengan jiwa remaja. Siang malam..HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh, no plat BGH 12**. Awek ku DENGAN free hair dan pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap malam. Namun aku bersyukur kerana tidak terjebak dengan DOSA ZINA(hampir TERJEBAK) dimana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dengan NAFSU serakah. Mungkin Allah S.W.T masih sayangkan aku.



SERIUS aku mengaku 24 tahun hidup, aku memang dop kenal tikor sembahyang…apatah lagi nok GIsurau bala atau majlis ilmu..JAUH…Ayoh ngan MOK aku dop tahu nok buat mende(buntu).. bebelan MOK dan penampOr singgang AYOH jadi rutin harian aku ..BUKAN niat aku untuk membuka AIB aku ATAU sesiapa…tapi hanya sekadar BERKONGSI dengan saeng2..

. Aku mula KENAL dengan Ustaz Azhar pada awal 2008. CERITANYE.. Aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah Ustaz yang dipasang di VCD Player oleh AYOH. Mase tu aku dup dalam bilik..Ayoh aku sengelen(sengaja) pasang kuat…nok cyco aku..NOK SUH AKU DENGOR.. Aku masih ingat lagi AYAT Ustaz Azhar yang MENARIK perhatian aku untuk terus mendengar kuliah beliau(padahal selama ni,,,dop pernah seumur hidup..aku minat Kuliah agama yang mengantuk dan bosan…jiwa rempit la SANGAT)..KATA USTAZ AZHAR…

" Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker,,jadi mende2 pown..dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju…Islam dop sekat…asalkan time semayang,,mung sembahyang…time gi surau…mung gi surau…NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda…KUDA zaman lening mutorsikal r.."
satu agi.."Mung nok bawok orang puan atah mutor dop saloh..BULEH…tapi dengan syarat…mung letok ayah orang puan tu tengoh2…"HAHA

Jadi mat rempit dop saloh!!..selama ni mat rempit sokmo(selalu) dicop sebagai musuh utama negara..JAHAT…dop layok buat NATU(MENANTU)..tak dop Mase depan..PERAGUT…Punoh..TAPI tiba2 seorang Ustaz KABO(beritahu) bahawa jadi MAT REMPIT dop saloh…tapi kene semayang…kene gi sura bala( surau dan balai)..BULEH TAHAN GOK USTAZ NI..lawok spontan dan contoh2 hok Ustaz beri memang kena dengan situasi..MUDOH PAHAM..aku jadi ketagih..Aku CARI video Ustaz Azhar dari member2…aku bluetooth..letak dalam Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo) .Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku share bagi ker AWEK aku…Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar Kuala Terengganu…Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)…batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) . Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu…aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh…sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20..masyuk..huhu..mungkin gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh..siap SPONSER minyak 2T agi bulan2..selama ni dop bau laa…Hok paling aku suke…awek aku pakai tudung doh..name yer Fatin (bukan name sebenor..tapi memang COMEL r boh..tengok ayat r..haha) …siap paka baju kurung sokmo..dop NGEPONG doh mutor ngam aku…sebab aku kate ker dyer…lau mung nok nek mutor ngam aku..mung kene ajok AYOH mung etek..hahaha. Sebab Ustaz Azhar kabo..nok couple dop saloh..asalkan kene niat nok uat BINI ..pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r..jangan jupe tempat tak dop orang…sebab mung nok uat bini kam…kene jage r MARUAH bakal bini mung…InsyaAllah..2/4/2012..aku nok nikoh dengan dia…jeput mari belake neh…rumah depan Keda Sabasun..hahaha

GituLA serba sedikit kisoh aku…PENANGAN USTAZ AZHAR..memang sangat hebat..bayangkan pok sedare aku( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar…kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar…siap dapat kawin dengan ustazah agi…dapat pulop kerje sedap…BERKATnya kalu saeng ngan ULAMA'…berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah hasil penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario(sekadar sebut beberapa nama)…akhir kata..JOM GI KULIAH…kikikiki…

dop seke pando gok aku uat karangan…spm..BM cukup2 makan..mitok maaf banyak kalu dop paham..

Ya Allah Ya Tuhanku…banyok dosaku PadaMu ya Allah…Aku Mohon Keampunanpu YaAllah…Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini…setelah Engkau beri petunjuk..tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah…Matikanlah aku dalam iman…AMIN(mohon sahabat doakan)

sumber: http://pascawanganpulaukerengga.blogspot.com / wowberita.org

Gabungan Aksi, Komedi Kehebatan 'The Great Magician'

Posted: 10 Jan 2012 08:22 PM PST

 The Great Magician menemui penonton bermula pada 12 Januari 2012.


Filem: The Great Magician (Mandarin)

Genre: Aksi/Komedi

Lakonan: Tony Leung, Zhou Xun, Lau Ching Wan

Pengarah: Derek Yee

Tarikh Tayangan: 12 Januari 2012

MELIHAT daripada poster filem dan genrenya, mungkin ramai menyangka ia adalah sebuah filem aksi yang sarat dengan babak-babak pertarungan antara dua pahlawan bagi menegakkan keadilan.

Tambahan pula ia dilatari dengan zaman semasa empayar China yang sarat dengan pelbagai konflik.

Tetapi pandangan itu adalah silap kerana The Great Magician adalah sebuah filem komedi yang lucu dan mampu mencuit hati penonton disebalik pelbagai aksi debaran yang dipaparkan.

Pengarahnya, Derek Yee bijak mengimbangi plot ceritanya yang menggunakan latar zaman 20-an mempunyai helah tersendiri bagi memberikan jalan cerita itu menarik terutamanya terhadap gandingan pelakon Tony Leung dan Lau Ching Wan sebagai daya penarik filem ini.

Karisma mereka sebagai pelakon berpengalaman berjaya ditonjolkan dengan baik oleh Derek sehingga membuatkan penonton menunggu dengan penuh sabar pengakhiran kedua-dua watak tersebut.

Keyakinan terhadap watak yang dipegang oleh Tony juga menjadi apabila dia perlu melakukan pelbagai aksi sebagai seorang ahli silap mata dengan bantuan teknik pengimejan berkomputer (CGI) yang kemas.

Filem ini mengisahkan mengenai kisah cinta tiga segi antara seorang ketua perang yang kejam, ahli silap mata dan gadis yang menjadi rebutan antara kedua-dua lelaki tersebut.

Lei lakonan Lau Ching Wan jatuh cinta terhadap Liu Yin (Zhou Xun) walaupun telah mempunyai enam orang isteri dan telah berusaha pelbagai perkara untuk wanita itu jatuh hati kepadanya.

Liu Yin bagaimanapun setia menunggu kekasih lamanya, Zhang Xian (Tony Leung) untuk kembali daripada Eropah namun penantiannya itu hampa yang akhirnya telah menyebabkan dia menjadi tahanan kepada Lei yang ingin memperisterikannya.

Sehingga suatu hari, Zhang Xian telah muncul kembali sebagai seorang ahli silap mata yang hebat dan mempunyai motif untuk memusnahkan Lei sekali gus mendapatkan kembali Liu Yin ke dalam tangannya.

Zhang Xian telah menggunakan kepakarannya dalam ilmu sihir dan silap mata untuk memusnahkan Lei demi mendapatkan kembali kekasih hatinya.

Sementara itu, tidak banyak yang boleh dikatakan mengenai pelakon Zhou Xun yang memegang watak sebagai Liu, kerana dia hampir tidak mempunyai apa-apa yang boleh dilakukan dalam filem ini.

Wataknya tidak berjaya memberi impak kepada penonton kerana paparan mengenai kesedihannya yang menunggu kekasihnya berlarutan sehingga ke akhir filem.

Kesan khas filem ini juga tidak mengecewakan dan boleh dikatakan tiada cacat cela selain aspek sinematografinya yang dihasilkan dengan kemas dan sempurna.

The Great Magician secara kesimpulannya adalah tidak rugi ditonton kerana ia mampu membuatkan penonton ketawa sepanjang masa dan ia juga bukan filem aksi seperti mana sering dipaparkan. -mstar-

Zaquan Minta Rita Rudaini Tidak Sebar Fitnah

Posted: 10 Jan 2012 08:09 PM PST

Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak

Bintang bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak menasihati kakak iparnya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar tidak menyebarkan fitnah kononnya dia telah melakukan perkara tidak baik terhadap seorang wanita.

Zaquan berkata tuduhan yang ditulis dalam entri Twitter milik Rita itu adalah sebagai satu ugutan yang bertujuan untuk memalu serta menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.

"Terlalu banyak tuduhan berbaur negatif yang dia (Rita) lemparkan kepada saya. Terus terang saya katakan, dengan apa yang ditulis dalam Twitter itu sebenarnya berbaur ugutan kepada saya.

"Sudahlah ibu dan ayah saya tidak sihat, jika mereka dapat tahu tentang hal ini, mereka pastinya kecewa," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, malam Selasa.


Inilah entri Rita Rudaini yang ditulisnya pada petang Selasa menyelar individu tertentu.

Perbalahan antara mereka tercetus apabila masing-masing dilihat mengeluarkan kenyataan sinis melalui laman sosial tersebut walaupun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan.

Dalam entri Twitter Zaquan, suami kepada pelakon Ayu Raudhah ini meluahkan rasa kecewa terhadap seorang individu yang tidak pernah pulang ke rumah untuk menjenguk mertua.

Malah Zaquan meminta individu berkenaan tidak mencari masalah dengan sikapnya yang dilihat semakin melampaui batas.


Zaquan Adha bersama isterinya, Ayu Raudhah.




Zaquan Adha meluahkan perasaan marah dalam Twitter miliknya pada entri petang Selasa.


Tambah Zaquan melalui Twiter terbabit, jika dia menjadi "batu api" dalam kemelut yang melanda keluarga, ia adalah disebabkan keinginan dia untuk menyelamatkan abangnya daripada seseorang yang dianggap kejam.

Dalam pada itu menurut Zaquan, dia enggan memberi komen tentang perbalahan antara mereka kerana risau jika isu tersebut akan memburukkan lagi keadaan dan keluarga.

"Saya tak mahu komen tentang perbalahan kami ini. Orang ramai boleh menilai sendiri dengan apa yang ditulis dalam entri Twitter saya itu.

"Tuduhannya sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar dengan dakwaannya itu. Kerana itu, saya membalas setiap apa yang dituduh," kata Zaquan.

Bagaimanapun, Zaquan mengakui dia menyesal dengan entri tersebut yang boleh mengundang suasana "panas" terhadap individu yang dimaksudkan.

Sementara itu dalam entri Twitter milik Rita Rudaini pula, pelakon itu sekali lagi menyelar pihak tertentu yang cuba mencampuri urusan rumah tangganya sehingga tahap kesabaran dia telah hilang.

Rita dalam entri petang Selasa menulis pelbagai perkara sensitif tanpa menyebut nama individu yang dimaksudkan termasuklah mengisytiharkan "perang" bagi "membongkar" rahsia yang disimpannya.

"Jantan macam tu tak boleh dibiarkan... dia nak sangat malukan saya, meh kita start the game," katanya.

Rita yang juga isteri kepada kembar Zaquan iaitu Aidil Zafuan dalam Twitter berkenaan turut berkata, seseorang yang hendak meruntuhkan masjid (merujuk kepada rumah tangganya) akan menerima balasan daripada Allah.

Kata Rita lagi, pihak yang membuat tuduhan kepadanya telah beberapa kali melakukan kejahatan sehingga diberi balasan dengan musibah patah kaki.

mStar Online beberapa kali menghubungi Rita lewat malam Selasa untuk mendapatkan komen mengenai kekecohan yang berlaku tetapi pelakon itu tidak mengaktifkan telefon bimbitnya.-mstar-

Azza Elite Kecil Hati Dituduh Sorok Tarikh Kahwin

Posted: 10 Jan 2012 07:53 PM PST

Sama cantik, sama padan. Azza bersama bakal suaminya, seorang pramugara AirAsia. Foto ihsan Azza.

Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) tidak berniat untuk menyembunyikan tarikh perkahwinannya dengan pramugara AirAsia, Azlan Zulaily yang dijangka berlangsung pada 1 April depan.

Sebaliknya, Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zawari, berkata penjelasan yang diberikan kepada media sebelum ini telah di manipulasi oleh segelintir pihak sehingga menimbulkan salah faham.

"Saya akui berkecil hati apabila kisah perkahwinan saya di manipulasi oleh segelintir pihak yang mendakwa saya sengaja menyembunyikan tarikh perkahwinan daripada pengetahuan umum.

"Sebagai selebriti yang sudah 17 tahun berkecimpung dalam bidang ini semestinya saya faham bahawa artis adalah milik masyarakat.

"Namun dalam hal berkaitan perkahwinan, banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum saya sewenangnya mencanangkan perkara besar ini kepada khalayak," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Azza berkata walaupun dia terguris dengan dakwaan kononnya dia sengaja mencari publisiti murahan menerusi pengumuman perkahwinan itu, ia tidak membangkitkan kemarahan kepadanya.

"Kenyataan-kenyataan yang saya keluarkan melalui akaun Twitter sebelum ini bukanlah kerana saya marah atau melenting dengan tuduhan yang dilemparkan itu.

"Ia hanya teguran ikhlas buat pihak yang tidak bertanggungjawab agar mereka menyedari bahawa saya juga mempunyai perasaan dan perlukan privasi. Apa-apa pun, saya reda dan bersabar dengan tuduhan itu," katanya.

Mengulas lanjut, Azza yang kini berusia 34 tahun berkata, alasan sebenar di sebalik keengganannya untuk mengumumkan tarikh perkahwinan sebelum ini adalah kerana dia, bakal suami dan pihak keluarga masih lagi mencari tarikh terbaik yang bersesuaian dalam takwim Islam.

"Perkahwinan ini adalah perkara yang suci dan satu tuntutan. Mengapa saya perlukan gimik atau publisiti untuk perkahwinan saya sendiri?

"Hakikatnya, kami sekeluarga masih lagi mencari tarikh terbaik sebelum mengumumkannya. Ia membabitkan banyak pihak termasuklah soal penajaan juga," katanya yang merancang sebuah majlis perkahwinan yang ringkas dan sederhana.

Azza yang menjalin hubungan dengan Azlan sejak setahun yang lalu berkata, keterbukaan dan keikhlasan pemuda berusia 20-an itu menerima dia seadanya membuatkan dia tidak ragu-ragu untuk melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua.

"Saya rasa pilihan pada kali ini adalah tepat, insya-Allah. Walaupun tempoh perkenalan kami singkat, saya yakin dengan keikhlasan dan kejujurannya menerima saya sebagai Azzarima dan bukannya seorang artis.

"Dia (Azlan) rapat dengan keluarganya. Sikap itu meyakinkan saya bahawa dia boleh menjaga saya dengan baik. Anak saya juga menerima Azlan dengan hati terbuka," katanya.

Terdahulu, pelakon yang bergelar ibu tunggal selama enam tahun ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce (Ehsan) pada 14 Februari 2001 di Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan bercerai pada pertengahan November 2004.

Mereka memiliki seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang berusia tujuh tahun. Azza yang aktif berlakon dan memenuhi pelbagai undangan nyanyian bakal muncul dengan 'single' terbaru berjudul Boleh Jalan tidak lama lagi -mstar-

Zara Jadi Pengubat Kesedihan Safura

Posted: 10 Jan 2012 07:45 PM PST

Zara Nur Aisyah
Penyanyi Safura Yaacob menganggap kelahiran bayinya pada 3 Januari lepas sebagai satu rahmat selepas kehilangan anak tersayang, Nur Aisyah Mariam.

Safura selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.33 kilogram yang diberi nama Zara Nur Aisyah di Pusat Perubatan Universiti Malaya kira-kira pukul 4.32 petang.

"Alhamdulillah, Zara dilahirkan dengan selamat. Suami (pelakon Sharonizam Noor) pula sangat gembira dengan kelahirannya sehinggakan dia menitiskan air mata.

"Cuma Zara mempunyai sedikit masalah penyakit kuning dan kami perlu berulang alik ke hospital selang tiga hari bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Justeru itu saya tidak boleh berpantang mengamalkan jamu kerana ia boleh mengganggu pemprosesan susu badan saya," ujarnya yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Nur Aisyah Mariam meninggal dunia pada September tahun lalu akibat demam berpanjangan pada usia tiga tahun.



Shahronizam, Yusoff dan Safura

Selain Zara dan Mariam, Safura mempunyai seorang lagi anak iaitu Yusoff Firdaus hasil perkahwinannya dengan Sharonizam.

Hasil perkahwinan terdahulu, pelakon wanita itu turut mempunyai tiga orang anak iaitu Nurul Natasha, 17, dan Muhammad Daniel Khaqim, 11.

Safura menambah, kehadiran Zara diibaratkan seperti penyeri hidup mereka sekeluarga lebih-lebih lagi bayi tersebut mempunyai iras-iras wajah Mariam.

"Sejak pemergian Mariam, rumah kami sedikit sunyi kerana masih lagi belum menyesuaikan diri tanpanya. Zara merupakan anugerah Allah yang sangat bermakna untuk kami.

"Dalam pada itu, saya akan berehat seketika daripada sebarang aktiviti selama empat hingga lima bulan untuk menjaga Zara," katanya. -mstar-

Haiza Mengaku Guna Populariti Zain Saidin

Posted: 10 Jan 2012 07:41 PM PST

Haiza mengakui populariti Zain merupakan strategi untuk melonjakkan lagu terbarunya

Penyanyi, Haiza mengakui mengambil kesempatan terhadap populariti Zain Saidin untuk melonjakkan semula namanya apabila menawarkan pelakon lelaki tersebut membintangi klip video lagu terbarunya berjudul Semalam.

Haiza berkata, kemunculan pelakon Kiah Pekasam yang hangat dikaitkan dengan aktres Rozita Che Wan itu salah satu strategi pemasaran untuk menarik perhatian penonton menyaksikan klip video lakonan mereka sekali gus dapat memperkenalkan single terbarunya kepada peminat.

"Jika ingin mengatakan saya menggunakan Zain atas sifat peribadi semata-mata ingin melonjakkan kembali nama saya di mata peminat, ia adalah tidak benar.

"Tetapi jika bercakap dari aspek strategi pemasaran ia memang tidak dinafikan kerana perkara itu akan memberikan faedah kepada kami berdua dari segi publisiti," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Haiza berkata, kolaborasinya dengan Zain bermula apabila dia mengenali pelakon itu dalam sebuah pertandingan boling dan daripada situ mereka berbincang untuk bekerjasama dalam klip video Semalam.

Ujarnya, Zain seorang yang peramah dan begitu komited dalam melunaskan tanggungjawab diberikan tanpa memberi sebarang masalah.



"Mula-mula saya segan juga untuk bekerjasama dengan dia tetapi sifatnya yang ramah dan komited dalam kerja telah membuatkan saya selesa semasa di set penggambaran.

"Dia adalah antara pelakon generasi muda yang berpotensi untuk terus kekal lama dalam industri seni walaupun sedang melalui pelbagai kontroversi terutamanya membabitkan cinta," ujarnya.

Dalam pada itu, Haiza berkata, kesuraman stesen radio yang enggan memutarkan lagunya juga menjadi pendorong untuk dia menggunakan pelakon popular tersebut menjadi model klip video berkenaan.

"Sebaik mana pun lagu yang dihasilkan jika tidak mendapat perhatian dan kerjasama daripada stesen radio tiada guna juga. Sebagai seorang penyanyi yang telah 17 berkecimpung dalam dunia hiburan, saya perlu cepat dalam memikirkan idea-idea baru dan bergerak sendiri untuk tampil dengan perkara segar bagi menarik minat pendengar," ujarnya.

Haiza menambah, klip video itu akan dilancarkan sepenuhnya bersama-sama single nyanyiannya pada 28 Januari ini sempena Malam Gemerlapan Haiza di Hotel Prime City, Kluang Johor.

Katanya, selain lagu Semalam ciptaan Nawfas dan lirik Mawar Putih itu, album terbaru Haiza akan turut memuatkan lagu Marilah Padaku ciptaan Audi Mok dan Omar K.

"Ia akan dijual dengan harga istimewa iaitu RM15 dan pembeli yang mendapatkan album itu pada majlis itu nanti turut menerima kalendar sebagai hadiah," ujarnya.


Pengarah klip video "Semalam", Shuhaimi Lua (kanan) sibuk memberikan arahan kepada Zain dan Haiza.

Sementara itu pemilik Tanah Beris Filem Production, Shuhaimi Lua Abdullah yang juga pengarah klip video tersebut berkata, Semalam mengisahkan seorang wanita yang berangan-angan untuk memiliki seorang lelaki kacak dalam tetapi tidak kesampaian.

Ujarnya, kedua-dua artis tersebut dapat melakonkan adegan yang diberikan dengan baik kerana keserasian mereka selain keupayaan Zain untuk menjadi pelakon serba boleh.

"Zain tidak banyak kerenah. Untuk adegan menari, dia tidak mengambil masa yang lama mempelajarinya. Dengan beberapa kali tunjuk ajar, dia sudah dapat menguasai lakonan yang saya inginkan," jelasnya.

Ajai Enggan Melatah Isu Bergambar Dengan Bukan Isteri

Posted: 10 Jan 2012 07:31 PM PST



KUALA LUMPUR: Komposer terkenal, Mohd Faizal Maas atau Ajai menganggap, penyebaran foto yang membabitkan dirinya dengan mana-mana wanita bukanlah satu perkara yang memerlukan dia untuk melatah.

Ujar Ajai, dia merasakan gambar tersebut tidak menggambarkan perlakuan negatifnya ataupun dapat menjatuhkan reputasinya sebagai seorang komposer.

"Sebenarnya saya pun tak tengok lagi foto tersebut. Kawan-kawan saya yang bagi tahu. Tapi berdasarkan kontroversi-kontroversi saya yang lebih kurang sama isunya dahulu, saya berpendapat, ia tidak menjejaskan karier atau menunjukkan sisi buruk tentang saya," katanya yang ditemui pada pelancaran single lagu pertama artis baru naungan Wake The Baby, Alvin Anthon di Red Box, Sogo, di sini, Selasa.

Ajai diminta mengulas laporan sebuah akhbar Ahad lalu yang melaporkan perihal penyebaran foto seorang komposer dengan wanita yang tidak dikenali.

Mengiakan lelaki pada foto berkenaan adalah dirinya, Ajai berkata tiada sebab untuk dia melenting tentang hal remeh itu.

Tambah Ajai, dia hanya akan bergambar dengan wanita yang dianggap rapat dengannya sahaja memandangkan dia mempunyai ramai kenalan.

"Saya faham, diri ini kepunyaan masyarakat dan saya tidak menyalahkan sesiapa pun tentang hal ini.

"Ia sedikit pun tidak mengganggu kerjaya, diri dan keluarga saya. Tanyalah isteri saya (Liza Ilias) dia pun faham dengan kontroversi seperti ini dan tak hairan pun.

"Lainlah kalau foto itu menunjukkan saya bercium dan berbogel ataupun kena tangkap khalwat. Tapi ia sekadar foto biasa sahaja," selorohnya.

Sementara itu Liza pula berkata dia belum melihat foto tersebut tetapi tidak kisah jika ia diperkatakan umum kerana yakin suaminya bukan seperti yang digambarkan segelintir pihak.

"Saya tak kisah dengan penyebaran foto tersebut. Lagipun setakat ini Ajai tidak pernah tidak pulang ke rumah," katanya. -mstar-

Aeril Zafril Gementar Kerana Tiz Zaqyah

Posted: 10 Jan 2012 07:29 PM PST


Pelakon kacak, Aeril Zafril, mengakui gementar apabila digandingkan dengan pelakon Tiz Zaqyah menerusi filem Cinta Kura-Kura yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 1 Mac depan.

Aeril,24, berkata, perasaan gugup itu timbul kerana Tiz adalah seorang aktres popular dan mempunyai ramai peminat berbanding dirinya yang masih membina nama sebagai seorang pelakon.

"Terus terang saya katakan pada awalnya memang malu nak berhadapan dengan Tiz ketika mula-mula tiba di set penggambaran Cinta Kura-Kura.

"Bagaimanapun saya tidak mahu perasaan itu menghantui diri saya kerana peluang berlakon dengannya bukan datang setiap hari.

"Keramahan Tiz dan sifat rendah dirinya telah membuatkan saya selesa dengannya sekali gus kami dapat bekerjasama dengan baik di lokasi," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sesi penggambaran filem itu di Hotel Palm Spring di sini pada Selasa.

Aeril memberitahu, usia mereka yang sebaya telah memberikan lagi keserasian semasa bersama-sama menjayakan filem arahan Nizam Zakaria itu.

"Umur kami sama. Era kami juga sama dan kami boleh berkongsi pelbagai perkara dan memahami antara satu sama lain," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pengalaman bekerja di bawah produksi KRU Studios dan pengarahnya, Aeril berkata dia rasa bertuah dapat bekerjasama di bawah label tersebut.



Dia tidak berfikir panjang ketika ditawarkan berlakon dalam filem itu tambahan pula peluang berkenaan datangnya daripada produksi yang telah membina nama dengan pelbagai kejayaan.

"Bodohlah saya jika menolak tawaran daripada KRU Studios dan sebagai pelakon baru ini saya perlu merebut peluang dan langsung tidak memikirkan mengenai bayaran," ujarnya.

Cinta Kura-Kura mengisahkan Nani seorang gadis ceria (lakonan Tiz) yang mempunyai seekor kura-kura sebagai binatang peliharaan bernama Nico.

Nico mempunyai kelebihan iaitu boleh bercakap dengan manusia dan perpindahan Nani ke kawasan perumahan baru telah memperkenalkannya dengan seorang jejaka, Adam (Aeril).

Adam pula adalah satu-satunya manusia yang boleh bercakap dengan Nico (Zizan Razak) dan telah jatuh cinta dengan jiran barunya itu tetapi Nico tidak menyukai Adam dan mula mensabotaj hubungan mereka dengan pelbagai perkara.

Selain Aeril, Tiz dan Zizan, Cinta Kura-Kura turut dibarisi oleh pelakon seperti Fara Fauzana, Fizz Fairuz dan Sy8 (Usop Wilcha).-mstar-

Snoop Dogg Ditahan Kerana Miliki Ganja

Posted: 10 Jan 2012 07:25 PM PST


PENYANYI rap terkenal, Snoop Dogg dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas didapati memiliki dadah jenis ganja dalam bas yang digunakan untuk jelajah konsertnya pada Sabtu lalu.

Daily Mail melaporkan Snoop ditangkap di Sierra Blanca setelah seekor anjing pengesan telah mengesan sejumlah dadah berkenaan dalam bas tersebut.

Ketika itu rombongan berkenaan sedang berhenti berehat di sebuah lokasi sebelum dihampiri oleh pasukan polis yang membuat rondaan di kawasan itu pada pukul 3 pagi.

"Semasa melakukan rondaan, anjing pengesan itu telah tercium bau dadah dari arah bas terbabit dan siasatan lanjut dilakukan bagi mengesan dadah itu," kata sumber polis.

Tambah sumber itu lagi, dadah berkenaan dijumpai pada bahagian belakang bas dan turut ditemui beberapa botol ubat yang berisi rokok dipercayai mengandungi dadah.

Terbukti menyimpan dadah secara terlarang di dalam bas, Snoop atau nama asalnya Calvin Broadus C, mengaku bahawa dadah tersebut miliknya dan dia ditahan di balai polis untuk siasatan lanjut.-mstar-

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON)

Posted: 10 Jan 2012 07:00 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-0BFs-Re2fUE/TwueheyftWI/AAAAAAAADMI/YyWajVyc3AM/s1600/Jawatan%2BKosong%2BEdaran%2BOtomobil%2BNasional%2BBerhad%2B%2528EON%2529.gif

We continue to grow and prepare oursleves for a more liberalised market. In view of today's compettive and rapidly changing business condition, we have embarked on a proactive strategy that is focused on building customer loyalty and mobilizing its human resources. We are looking for people who are result oriented, fast-paced, committed, enthusiast, mature and can work as a team to join us a

1. ASSISTANT MANAGER - PROCUREMENT & ADMINISTRATION
2. EXECUTIVE - INFORMATION TECHNOLOGY (SAP BASIS)

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS & APPLY ONLINE

Should you be interested please send your application online to the Company
not later than 15 - 23 January 2012.

Closing Date: 15 Jan - 23 Jan 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Telekom Malaysia Berhad (TM)

Posted: 10 Jan 2012 06:47 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-fITJAb8hG2Q/Twuegi6bLHI/AAAAAAAADLg/nWamp3ohcnw/s1600/Jawatan%2BKosong%2BTelekom%2BMalaysia%2BBerhad%2B%2528TM%2529.jpg 

Telekom Malaysia Berhad, DBA TM, is the largest integrated solutions provider in Malaysia, and one of Asia's leading communications companies, with a market capitalisation of RM13.9 billion and a workforce of 26,629 employees. Established as the Telecommunications Department of Malaya in 1946, it was privatised in 1987, and listed on Bursa Malaysia in 1990. Subsequent growth led to a demerger in 2008 of TM's mobile and fixed services, allowing the company to focus more intently on its core businesses of Internet and multimedia, data and fixed-line services.

Position Level

General Manager - 1 Vacancies
Assistant General Manager - 4 Vacancies
Manager - 9 Vacancies
Senior Executive - 1 Vacancies
Junior Executive - 2 Vacancies
Fresh / Entry Level - 1 Vacancies
Non - Executive - 4 Vacancies
Executive - 8 Vacancies

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS AND APPLY ONLINE

Closing Date: 20 Jan 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Pusat Pentadbiran Negeri Perak

Posted: 10 Jan 2012 06:45 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-OzANGuF9Iys/TwuegqgbwyI/AAAAAAAADLs/CYQ-XQzC4Q8/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPusat%2BPentadbiran%2BNegeri%2BPerak.gif

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk memohon jawatan untuk ditempatkan di Pusat Pentadbiran Negeri Perak. Keutamaan diberikan kepada anak negeri Perak.

1. Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J1
2. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F1
3. Juruteknik Perancang Bandar dan Wilayah Gred JA3
4. Juruteknik Komputer Gred FT4

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan Borang permohonan berserta salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Resume dan sekeping gambar berukuran passport ke alamat seperti di bawah. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup iklan akan ditolak.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.


Tarikh Tutup Permohonan Pada 20 Januari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Posted: 10 Jan 2012 06:42 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/-j9Fz8RZQwts/TwnEFg1G7HI/AAAAAAAADHI/DYxDU6bG0-8/s1600/Jawatan%2BKosong%2BLembaga%2BPembangunan%2BLangkawi%2B%2528LADA%2529.png

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
2. PEGAWAI TADBIR GRED N41
3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
4. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E27
5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUNBORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang diisyaratkan dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan serta disahkan.

2. Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-

Pengurus Besar
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN

(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

Tarikh Tutup Permohonan Pada 22 Januari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

Posted: 10 Jan 2012 06:41 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-1KDJnzi1Ua4/TwnEFlaBWrI/AAAAAAAADHY/9rt1zzplpCg/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPerbadanan%2BMuzium%2BMelaka%2B%2528PERZIM%2529.png

Peluang kerjaya bagi warganegeri Melaka yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk memohon jawatan di Perbadanan Muzium Melaka.

1. KURATOR GRED S1-1
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N4-1
3. PEMBANTU OPERASI GRED N5-1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan yang boleh didapati secara PERCUMA daripada Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Kompleks Warisan Melaka, Jalan Kota, 75000 Melaka pada waktu pejabat atau sila layari laman web PERZIM: www.perzim.gov.my untuk mendapatkan Borang Perjawatan, maklumat syarat lantikan dan cara memohon. Tarikh akhir untuk mendapatkan borang di PERZIM pada 16 Januari 2012.

b) Setiap permohonan jawatan hendaklah menggunakan satu Borang Perjawatan sahaja.

c) Semua permohonan hendaklah menyertakan salinan ijazah, diploma, sijil atau dokumen berkaitan yang disahkan mengikut kelayakan yang disyaratkan.

d) Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan surat pengesahan dari Ketua Jabatan, salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.

e) Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat apabila mengemukakan permohonan.

Permohonan hendaklah sampai kepada :

PENGURUS BESAR
PERBADANAN MUZIUM MELAKA
KOMPLEKS WARISAN MELAKA JALAN KOTA,
75000 MELAKA.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 19 Januari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Posted: 10 Jan 2012 06:38 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-Pfdv3v7_t-8/TwnEGIMzdCI/AAAAAAAADHg/V8JhLSwGrP4/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPercetakan%2BNasional%2BMalaysia%2BBerhad%2B%2528PNMB%2529.jpg

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) merupakan sebuah syarikat percetakan yang kukuh dan dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan. PNMB telah dikorporatkan pada tahun 1993. Sehubungan dengan perkembangan syarikat, kami mempelawa kepada seluruh warga Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan seperti berikut :-

1. KETUA PENGAWAL KESELAMATAN (PENYELIA)
2. EXECUTIVE IT

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
Calon-calon yang berminat dialu-alukan untuk mengemukakan resume lengkap termasuk :
• Tanggungjawab bagi jawatan sekarang
• Gaji semasa dan gaji yang dipohon
• Gambar berukuran passport
• Sijil-Sijil Akademik dan dokumen-dokumen yang berkaitan temasuk Penyata Gaji terkini.

Kepada hr@printnasional.com.my sebelum 20 Januari 2012

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dimaklumkan.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 20 Januari 2012

Eksentrik Erykah Badu

Posted: 10 Jan 2012 06:34 PM PST


 
ERYKAH BADU


DILAHIRKAN dengan nama Erica Abi Wright, wanita ini terkenal menerusi nama pentasnya, Erykah Badu. Seorang pejuang muzik R&B dan soul sehingga diberi gelaran Ratu Neo Soul, Erykah tidak asing bagi penggemar muzik aliran itu. Namanya cukup besar sejak muncul dengan album perdana pada tahun 1997, Baduizm dan terakhir muncul dengan album kesembilan, Out My Mind, Just In Time Tour.

Lebih menjadikan dia terkenal, muzik yang dibawa diterjemah dengan imej eksentrik yang ditonjolkan sehingga ia sempat menjadi ikutan peminat-peminatnya.
Sedar akan pengaruh tersendiri yang ada dalam diri komposer, penyanyi dan pelakon eksentrik ini, pihak Pineapple Concerts Sdn. Bhd. berani membuka pintu membawa Erykah mengadakan persembahan sulungnya di Malaysia, malah yang pertama juga diadakan di Asia dalam konsert yang diberi nama Erykah Badu Live in Kuala Lumpur 2012.

Bakal diadakan pada 28 Februari ini di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Pengarah Urusan Pineapple Concerts, Razman Razali memberitahu pihak mereka tidak teragak-agak membawa penyanyi itu ke Kuala Lumpur kerana profil kariernya yang cukup baik sepanjang dia terbabit sebagai anak seni.

"Dia memiliki keunikan tersendiri. Mungkin dia tidak pernah mendominasi pasaran muzik komersial secara besar-besaran, bagaimanapun karyanya mempunyai pengaruh tersendiri dan dianggap antara yang terbaik dalam aliran muziknya, Neo Soul.

"Dia seorang legenda dan tidak rugi untuk melihat dia membuat persembahan secara live - satu pengalaman yang barangkali sukar untuk diperoleh lagi kelak," ujarnya.

Kini tiket konsert tersebut telah mula dijual di semua rangkaian Rock Corner & Victoria Music atau hubungi talian 603 8775 4666. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.pineappleconcerts.com. -kosmo-

Sharnaaz istimewa buat Shila

Posted: 10 Jan 2012 06:32 PM PST


PENYANYI Shila Amzah, 21, tidak pernah mengaku bercinta dengan mana-mana lelaki yang dikaitkan dengannya sebelum ini. Justeru agak luar biasa apabila dia mengakui dirinya sangat selesa bersama dengan aktor Sharnaaz Ahmad, 26, dan hubungan mereka pula kini melepasi status hanya kawan.

Pengakuan berani mati Shila yang ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini membuktikan memang benar ada sesuatu yang istimewa sedang berlaku antara dirinya dan Sharnaaz.

Malah akuinya, hubungan mereka mendapat restu ibu bapa Shila serta diketahui oleh keluarga Sharnaaz di Pulau Pinang juga.

Keterbukaan Shila itu cukup mengejutkan kerana dia memang dikenali cukup berahsia mengenai soal peribadinya. Mungkinkah Sharnaaz lelaki yang dicintai Shila sepenuh hati dan bakal dinikahinya sehingga membuatkan dia terbuka apabila berbicara bab cinta?

Jika Sharnaaz dalam kenyataannya kepada Kosmo! semalam tidak mengakui mahupun menafikan Shila adalah kekasih hatinya, tetapi disyaki sememangnya kekasih hatinya daripada gelak tawanya apabila ditanya adakah Shila kekasih hatinya, apa pula kata Shila?

"Kalau kata bercinta saya rasa masih terlalu awal tetapi kami sudah melepasi proses berkawan.

Cuma kami belum putuskan apa-apa dalam hubungan kami. Tengoklah apa yang akan jadi. Saya memang cukup selesa dengannya sebab dia jenis yang cukup menjaga saya dan ini semua perkara baharu buat saya.

"Saya sedar orang sekeliling tahu apa yang sedang berlaku antara saya dan Sharnaaz, saya tidak kisah. Kalau sebelum ini saya tidak mengaku bercinta kerana semua itu memang gosip semata-mata macam mana saya ingin mengaku. Kali ini saya mengaku sebab memang saya berkawan dengannya dan tiada apa yang perlu disembunyikan kerana masing-masing masih solo," akui Shila.

Hubungan Shila dan Sharnaaz sama seperti rakan artis biasa, namun penglibatan Sharnaaz dalam klip video lagu Patah Seribu merapatkan lagi hubungan mereka sekitar bulan Ogos tahun lalu.

Ungkap Shila lagi, Sharnaaz bukan jenis lelaki hipokrit.

"Dia jenis tidak kawal macho, dia menjadi diri dia sendiri dan itu persamaan antara saya dengannya. Saya suka lelaki yang begitu. Masalahnya kami berdua suka cakap lepas dan kadangkala terlupa yang saya tidak boleh cakap begitu dengannya, jadi sekarang kami sedang belajar untuk tidak melukakan hati masing-masing," tutur Shila sambil tertawa.

Tiada sebarang dendam

Meskipun sedang dilamun cinta, Shila mengerti risiko besar yang menantinya apabila dia secara terbuka mengaku sedang berkawan rapat dengan Sharnaaz yang juga artis sepertinya kerana banyak tekanan yang perlu dihadapinya terutama jika hubungan itu tidak mempunyai kesudahan yang baik.

"Memang timbul kebimbangan apabila bercinta sesama artis sebab itu saya sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Saya ambil tahu tentang apa yang berlaku di luar sana (artis bercinta sesama artis) bukan menjaga tepi kain orang tetapi belajar daripada kesalahan orang lain. Semua orang melakukan kesalahan apabila kesalahan itu diperbesarkan oleh peminat dan media akan membuatkan saya lemas.

"Sebab itu kami tidak putuskan apa-apa dalam hubungan kami setakat hari ini, kami tidak mahu terburu-buru. Apa sahaja yang Allah tetapkan kami terima dengan reda, tidak ada sebarang dendam. Buat masa sekarang kami memang suka dengan kahadiran masing-masing," ucap Shila yang turut mendapat sokongan peminat dalam hubungannya bersama Sharnaaz.

Selepas melakukan penggambaran klip video lagu Patah Seribu, kesinambungan daripadanya adalah telemovie dengan judul yang sama akan muncul di kaca televisyen pada bulan Februari ini. Menariknya, Shila dan Sharnaaz turut berlakon dalam telemovie yang diarahkan oleh Michael Ang itu.

Dalam pada Shila mengambil sikap untuk berhati-hati dalam jalinan hubungannya bersama Sharnaaz itu. tercetus kontroversi apabila kedua-duanya dikatakan tidak berdisiplin dan asyik bermesra di set penggambaran drama tersebut.

Tegas Shila: "Saya rasa sepanjang bekerja dengan produksi telefilem Patah Seribu, saya tidak timbulkan sebarang masalah kerana sebagai pelakon baharu saya turutkan sahaja kata pengarah untuk memberikan hasil yang terbaik.



"Kalau kata saya dan Sharnaaz tidak berdisiplin itu satu isu yang sangat luas, tidak berdisiplin daripada segi apa, saya mahu tahu. Sebelum penggambaran bermula memang kami mungkin nampak mesra untuk mewujudkan mood kerana sudah dalam telefilem itu kami bercinta. Mungkin orang luar yang lihat tidak faham kerja kami. Bagi saya gosip seperti ini sesuatu yang normal."

Jatuh cinta

Pertama kali berlakon dalam Patah Seribu telah membuatkan Shila jatuh cinta bukan sahaja kepada pasangan lakonannya tetapi juga terhadap bidang lakonan itu sendiri. Tetapi akui Shila dia menghadapi masa yang sukar untuk benar-benar menjiwai watak dalam telefilem itu.

"Nak cakap senang memang tidak boleh sebab berlakon memang susah bagi saya. Lakonan sesuatu yang baharu, sebelum ini kalau saya menghayati watak cuma dalam lagu tetapi kali ini depan kamera dan memerlukan lontaran emosi yang kuat.

"Kalau menyanyi, dalam masa 30 minit saya sudah boleh balik tetapi berlakon mengambil masa yang lama bukan sahaja untuk persiapan set penggambaran tetapi juga persiapan mental dan fizikal saya sendiri," katanya mengenai penggambaran yang memakan masa selama tujuh hari itu.

Shila menerima tawaran untuk berlakon dalam Patah Seribu kerana katanya tidak ramai pencipta lagu dapat terlibat dalam naskhah ciptaan mereka sendiri yang divisualkan, selain tarikan Sharnaaz serta pengarahnya.

"Saya cipta lagu, saya menyanyikan lagu itu dan saya berlakon dalam telefilem yang jalan ceritanya ada kaitan dengan lagu saya, peluang ini bukan datang selalu sebab itu saya terima. Tambahan, lakonan dapat cabang dalam bidang seni juga.

"Selain itu Sharnaaz dan pengarahnya Michael Ang antara sebab saya berlakon telefilem ini. Ia lakonan pertama saya, jadi saya perlukan orang yang dekat dengan saya untuk memberi tunjuk ajar dan saya yakin dengan kemampuan mereka untuk membantu saya," tutur Shila.

Bagaimanapun tutur Shila dia tidak akan sesekali meminggirkan bidang nyanyian untuk beralih kepada lakonan kerana baginya nyanyian tetap berada di carta nombor satu buat dirinya.

"Memang saya tidak akan beralih kerjaya. Tetapi kalau mendapat tawaran yang kena pada waktunya dan wataknya sesuai dengan saya, mungkin saya akan terima kerana saya memang suka berlakon," luahnya. -kosmo-

Messi Pemain Terbaik Dunia FIFA Ballon d'Or 2011

Posted: 10 Jan 2012 06:28 PM PST


 WAJAH-WAJAH Messi ketika memenangi trofi FIFA Ballon d'Or (dari kiri) tahun 2011, 2010 dan 2009.



ZURICH, Switzerland - Lionel Messi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia (FIFA Ballon d'Or) 2011 dalam satu majlis gala di Zurich kelmarin.

Ini adalah kali ketiga bintang Barcelona itu memenangi gelaran berprestij yang dianugerahkan kepada pemain-pemain bola sepak terhebat di dunia.

Messi, 24, berjaya mengatasi pencabar terdekatnya dari Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan dari Barca, Xavi.

"Ia suatu kepuasan peribadi," kata Messi.

"Ini kali ketiga saya memenanginya. Ia suatu penghormatan yang luar biasa. Saya mahu berterima kasih kepada semua orang yang terlibat, rakan sepasukan saya, jurulatih, fisioterapis, Pep Guardiola dan semua orang di Barcelona.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada skuad kebangsaan Argentina," katanya.

Messi muncul pemain kedua selepas presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini yang memenangi anugerah berkenaan buat tahun ketiga berturut-turut.

Penyerang Argentina itu juga sebaris dengan Platini, Johan Cruyff dan Marco van Basten sebagai pemain yang menjulang gelaran tersebut sebanyak tiga kali.

Anugerah itu diperkenalkan pada 2010 selepas Ballon d'Or bergabung dengan anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA yang ditentukan menerusi undian daripada jurulatih, kapten skuad kebangsaan dan wartawan bola sepak yang dipilih oleh majalah bola sepak Perancis.

Sementara itu jurulatih Barca, Guardiola pula dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Dunia FIFA.

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson pula menerima pengiktirafan Anugerah Khas Presiden FIFA di atas sumbangannya selama 25 tahun di Old Trafford.

Lima pemain Barca tersenarai dalam Kesebelasan Utama FIFPro 2011 iaitu Dani Alves, Gerard Pique, Andres Iniesta, Xavi dan Messi.

Real Madrid pula mempunyai empat wakil iaitu Iker Casillas, Sergio Ramos, Xabi Alonso dan Ronaldo, manakala dua pemain United, Nemanja Vidic dan Wayne Rooney melengkapkan senarai tersebut. - AFP

Lesen kenderaan automatik Mei ini

Posted: 10 Jan 2012 06:15 PM PST


 WALAUPUN opsyen transmisi automatik bakal memudahkan calon lulus ujian memandu, lesen mereka kelak hanya terhad untuk memandu kenderaan transmisi yang sama sahaja.



IPOH - Kementerian Pengangkutan memberi opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.

Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, jika calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperoleh lesen kelak.

"Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan Magnum IT Sdn. Bhd. kepada 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini semalam.

Katanya, menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.

"Sudah tentu ada (tindakan). Semuanya sudah jelas dan pemandu yang ada lesen automatik tidak dibenarkan pandu (transmisi) manual.

"Jika mahu, mereka mesti ambil lesen manual untuk memandu kenderaan kedua-dua transmisi," katanya. -kosmo-

Batu Yang Disangka Emas, Adalah Palsu

Posted: 10 Jan 2012 06:12 PM PST


 ORANG ramai terus sibuk mencari logam berharga yang disangka emas di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU - Jabatan Mineral dan Geosains negeri mengesahkan logam yang disangka emas di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini sebenarnya sejenis mineral tidak berharga yang dikenali sebagai pyrite.

Walaupun ia mempunyai kilauan keemasan, warna pyrite atau juga dikenali sebagai 'emas tipu' akan bertukar hitam jika dileburkan atau selepas menjalani ujian asid.

Pengarahnya, Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, pihaknya telah meninjau lokasi penemuan logam tersebut pagi semalam dan membuat kajian terhadap sampel yang diambil dari situ.

"Perbezaan paling ketara antara pyrite dan emas ialah emas mempunyai kilauan lebih ketara.

"Kami tidak pernah mengetahui di kawasan ini ada emas kerana kebiasaannya, ia hanya dijumpai di kawasan-kawasan tertentu contohnya di sekitar Mersing yang terkenal dengan gelaran 'Jaluran Emas'," katanya ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo-

Kerabat diraja Johor palsu dijel

Posted: 10 Jan 2012 06:05 PM PST


 
ASMADI yang dijatuhi hukuman penjara kerana menyamar dan menipu di Mahkamah Majistret Kulaijaya semalam.


KULAIJAYA – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku salah terhadap dua pertuduhan iaitu menyamar sebagai kerabat diraja Johor untuk menipu mangsa bagi mendapatkan tanah kurniaan dan anugerah gelaran Datuk daripada Sultan Johor.

Asmadi Nordin, 49, dari Kampung Pasir, Johor Bahru yang bekerja sebagai ejen kutipan dana bagi Kejohanan Badminton Piala Sultan-Sultan didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 7 Oktober hingga 11 November pada tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengaku sebagai kerabat diraja Johor menipu mangsa seorang lelaki sehingga mangsa itu membuat bayaran sebanyak RM8,000 bagi mendapatkan darjah kebesaran serta tanah kurniaan daripada Sultan Johor yang akan memberi sumbangan dan hadiah sempena Hari Keputeraan Sultan Johor.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Pejabat Syarikat Myna Printing Sdn. Bhd., Taman Bintang di sini antara 7 Oktober hingga 7 November tahun lepas.

Bagi pertuduhan kedua, Asmadi didakwa memperdaya mangsa dengan mengaku sebagai kerabat diraja Johor sehingga mangsa menyerahkan wang RM30,000 bagi tujuan mendapatkan darjah kebesaran bergelar Datuk dari Sultan Johor.-kosmo-

Pencuri kucing didenda RM11,000

Posted: 10 Jan 2012 06:03 PM PST


 
ISMA (kiri) dan Tuan Muhammad yang dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam atas tuduhan mencuri kucing parsi.


KUALA TERENGGANU - Gara-gara mencuri lapan ekor kucing parsi, seorang penganggur didenda sebanyak RM11,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Abdul Hayyi Salim mengenakan hukuman tersebut selepas tertuduh, Muhammad Isma Amirull Ismail, 19, mengaku mencuri kesemua kucing tersebut dalam tiga kejadian pada Disember lalu.

Tertuduh dari Kampung Batu Putih, Chendering di sini didenda sebanyak RM3,000 bagi tuduhan pertama dan denda RM4,000 untuk setiap pertuduhan kedua dan ketiga.

Bagi tuduhan pertama, Muhammad Isma bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa mencuri tiga ekor kucing jenis parsi berharga RM1,500 milik Mohd. Zamri Ibrahim, 53, di Lot 1931, Jalan Mawar 8, Taman Permint, Chendering di antara pukul 11 malam dan pukul 3.15 pagi, 29 Disember lalu.

Dua hari kemudian, tertuduh sekali lagi bersama seorang rakan, Tuan Muhammad Azwan Tuan Ali, 18, didakwa mencuri tiga lagi ekor kucing milik Mohd. Zamri berharga RM1,500 di tempat sama di antara pukul 11 malam hingga pukul 6 pagi. -kosmo-

No comments: