Friday 13 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Pakar nuklear Iran dibunuh

Posted: 11 Jan 2012 02:49 PM PST


 ANGGOTA-ANGGOTA pasukan keselamatan Iran memeriksa kereta milik saintis nuklear, Mostafa Ahmadi Roshan yang meletup di luar sebuah universiti di Teheran semalam.


TEHERAN - Sebutir bom magnet yang dilekatkan pada sebuah kereta oleh seorang penunggang motosikal meletup di sebuah universiti di sini semalam sekali gus mengorbankan seorang saintis nuklear dan mencederakan dua yang lain, kata beberapa agensi berita Iran.

Individu yang terbunuh dikenal pasti oleh beberapa media sebagai Mostafa Ahmadi Roshan, seorang saintis dan pensyarah di universiti berkenaan.

Ketika kejadian, dia berada di dalam kereta terbabit bersama dua lagi penumpang.

"Pada pagi ini seorang penunggang motosikal melekatkan sebutir bom pada kereta Peugeot 405 yang kemudian meletup," kata timbalan gabenor wilayah Teheran, Safar Ali Bratloo seperti yang dipetik agensi berita ILNA.

Menurut Bratloo, Mostafa terbunuh manakala dua penumpang lain yang cedera dihantar ke sebuah hospital.

Agensi berita Fars melaporkan, Mostafa sedang bekerja dalam satu projek untuk membuat membran polimerik untuk mengasingkan gas.

Mostafa merupakan pakar kimia dan pengarah kemudahan pengayaan uranium Natanz di tengah Iran.

Sebelum ini, tiga saintis Iran lain terbunuh pada 2010 dan 2011 apabila kereta-kereta mereka diletupkan dalam situasi serupa.

Sekurang-kurangnya, dua saintis berkenaan terbabit dalam aktiviti nuklear.

Serangan-serangan itu dianggap pihak berkuasa Iran sebagai operasi pembunuhan yang dilakukan oleh agensi perisikan Israel Mossad dengan dibantu Amerika Syarikat. - Agensi

Steven Spielberg dedah rahsia kejayaan filemnya

Posted: 11 Jan 2012 02:47 PM PST

 
STEVEN SPIELBERG (kanan) bergambar bersama isterinya, Kate Capshaw pada majlis tayangan perdana filem arahannya, War Horse di Paris pada Isnin lalu.


PARIS - Pengarah filem terkenal, Steven Spielberg menghidap 'penyakit' membuat filem ketika berusia 12 tahun dan separuh abad kemudian, dia akan menjadi tidak tenteram jika tiada kisah menarik untuk dijadikan filem.

Spielberg mendedahkan masalahnya itu kepada peminatnya yang berada di dalam sebuah bilik di sebuah pusat filem di sini pada Isnin lalu.

Para peminatnya berdiri dan bertepuk tangan apabila pengarah tersohor Hollywood berkenaan muncul di pentas bagi menghadiri majlis tayangan filem terbaharunya, War Horse.

"Saya seorang pencerita," kata pengarah filem berusia 65 tahun itu.

"Sejak sekian lama, filem adalah segalanya dalam hidup saya dan tanpa kisah untuk disampaikan, saya akan menjadi gila.

"Tanyalah isteri dan anak-anak saya bagaimana situasi di rumah bersama saya tanpa sebarang filem untuk saya arahkan dalam masa terdekat. Saya merupakan seorang individu yang teruk untuk tinggal bersama," tambahnya.
"Saya murung, saya mundar-mandir di dalam rumah tanpa arah tujuan, saya menjadi sedih!" ujar Spielberg lagi.

"Apabila situasi seperti ini berlaku, keluarga saya akan segera menelefon studio perfileman saya dan berkata, adakah terdapat dalam fail, filem yang boleh diarahkan olehnya, tolonglah kami!"

Spielberg berkata: "Saya mula membikin filem semasa kanak-kanak kerana saya yang tidak memikirkan perkara lain yang lebih menyeronokkan untuk dilakukan.

"Apabila saya berusia 13 tahun, tidak ada apa yang menarik perhatian saya selain daripada mengambil kamera filem dan memberitahu kisah selama tiga dan empat minit."

Menurutnya, pada hari ini dia memperoleh tenaga dan terujaan yang sama semasa menghasilkan sebuah filem.
"Saya mengingati perasaan yang sama pada umur 12 dan 13 tahun, perasaan yang sama yang saya masih ada semasa saya menjangkau 65 tahun," katanya.

Diperkenalkan kepada para peminat filem menerusi filem aksi cemas, Duel pada 1971, Spielberg menceburi filem aliran utama empat tahun kemudian menerusi Jaws.

Sejak itu, Spielberg telah mengarahkan lebih 30 buah filem selain sejumlah produksi untuk televisyen seperti siri penyiasatan Columbo dan siri popular tahun 2001, Band of Brothers.

War Horse menceritakan kisah Joey, seekor kuda yang dibesarkan di pedalaman England yang terpaksa berpisah dengan tuannya, Albert selepas dihantar ke medan perang di Perancis semasa Perang Dunia Pertama.

Hampir dianggap ketinggalan zaman, War Horse menggarapkan kembara binatang kesayangan manusia dalam senario perang dahsyat digabungkan bersama permainan emosi yang melayakkan ia memperoleh pencalonan anugerah Golden Globe bagi kategori filem dramatik terbaik walaupun ramai pengkritik mempunyai pendapat berbeza tentang filem tersebut.

"Saya menangis apabila saya menonton filem ini," kata Spielberg tentang hasil kerja terbaharunya.
"Ia penceritaan yang terang dan jelas. Saya sukakan kisah yang tidak dibayangi simbolik atau metafora," tambahnya.

Apabila diminta oleh hos majlis berkenaan untuk memberikan nasihat kepada generasi baharu pembuat filem, Spielberg memberitahu, pengambilan pelakon merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan sesebuah filem.

"Perkara terbaik untuk filem anda adalah memilih pelakon yang tepat. Jika anda gagal berbuat demikian anda perlu bekerja keras 10 kali ganda kemudian.

"Apabila anda telah memilih barisan pelakon, dengar apa yang mereka ingin perkatakan, biar mereka melakukan kerja mereka. Kenapa anda memilih barisan pelakon berbakat jika anda tidak mengendahkan mereka? Anda perlu lebih banyak mendengar daripada bercakap." katanya lagi.

Menurut Spielberg, nasihat terbaik pernah diterimanya sebagai penerbit filem muda adalah daripada pengarah filem Perancis, Francois Truffaut yang dikenalinya dalam tahun 1970-an.

"Dia datang ke Mobile di negeri Alabama selepas menamatkan penggambaran filem Small Change dan berkata (kepada saya): Anda perlu bekerja bersama kanak-kanak," ujar Spielberg.

"Anda akan menjadi relevan dalam filem-filem anda," kata Spielberg apabila diminta mendedahkan rahsia kejayaannya.

"Inilah diri saya yang sebenar. Saya masih kanak-kanak itu (dirinya sendiri) dan tidak pernah berubah," jelas Spielberg. - AFP

Saintis dakwa dunia hampir kiamat

Posted: 11 Jan 2012 02:31 PM PST


 
ROPBERT SOCOLOW duduk dekat dengan jam kiamat di Washington D.C kelmarin.



WASHINGTON - Sekumpulan saintis menyatakan, dunia semakin hampir menuju kiamat.

Kumpulan Buletin Saintis Atom (BAS) mengumumkan kelmarin bahawa mereka telah menggerakkan jam kiamat lima minit sebelum tengah malam.

Kumpulan tersebut menyatakan tiada langkah yang mencukupi untuk menghentikan pertambahan bilangan senjata nuklear sebagai punca pergerakan jam berkenaan.

Jarum jam tersebut diletakkan enam minit sebelum tengah malam sejak dua tahun lalu.

Robert Socolow yang merupakan anggota BAS dan profesor kejuruteraan dan mekanikal Universiti Princeton menyatakan, dunia kini dalam keadaan kusut.

"Ramai orang mahu kehidupan yang lebih baik berbahagia daripada yang mereka alami kini," katanya. - AFP

Spesies Udang Pelik Ditemui Di Dalam Lubang Gunung Berapi

Posted: 11 Jan 2012 02:29 PM PST


PARIS - Lubang gunung berapi di sebuah lokasi rahsia di Laut Carribbean didapati mengandungi ribuan udang kecil yang tidak diketahui spesiesnya.

Menurut para penyelidik, lubang itu terdapat di selatan Kepulauan Cayman, lima kilometer di bawah permukaan laut.

Penemuan itu dibuat menerusi satu ekspedisi pada 2010 yang diketuai oleh seorang ahli geokimia marin Pusat Kelautan Kebangsaan Britain dan Jon Copley seorang ahli biologi di Universiti Southampton.

Mereka menggunakan sebuah robot kapal selam untuk meneroka lubang itu dan merakamkan gambar udang tersebut. - AFP

Gelagat penjaga singa laut

Posted: 11 Jan 2012 02:26 PM PST


 
SEORANG kakitangan memberikan makan kepada seekor singa laut di Zoo Tiergarten Schoenbrunn, Vienna kelmarin.


VIENNA, Austria - Seorang kakitangan yang ditugaskan memberikan makan kepada dua ekor singa laut di Zoo Tiergarten Schoenbrunn di sini memasukkan kepalanya ke dalam mulut seekor haiwan itu kelmarin.

Dia turut melihat apa yang terdapat di dalam mulut singa laut itu semasa haiwan tersebut berdiri di depannya meminta makanan. - Agensi

Solat Sunat Dhuha - Fadhilat, Pegertian dan Cara Mengerjakannya

Posted: 11 Jan 2012 02:20 PM PST



Ruang waktu dan waktu afdal

Pengertian Solat

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: "Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya." Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu' karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan 'rehat sebentar' setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.


Lafaz Niat Solat Dhuha

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"




Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Doa Selepas Solat Dhuha
Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.
.
Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.
.
Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan
.
*Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…


credit to azimashaary

No comments: