Wednesday 11 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Gambar Beyonce Bersama Anaknya Blue Ivy

Posted: 10 Jan 2012 07:38 AM PST

Akhirnya gambar penyanyi terkenal Beyonce dan anaknya Blue Ivy telah tersebar.
Walau bagaimanapun, gambar ini hanyalah gambar semasa dia di hospital.
Masih belum ada lagi gambar secara dekat dan jelas.
So, kepada semua peminat Beyonce, harap bersabar yer...:)

Gambar Beyonce Bersama Bayinya Semasa Di Hospital
Di bawah ini adalah artikel berkenaan kelahiran bayi Beyonce dan Jay Z yang dipetik dari laman web http://www.timeslive.co.za


Beyonce, Jay Z welcome baby Blue Ivy

Music royalty Beyonce and Jay-Z are the proud parents of a baby girl named Blue Ivy, media reports said Sunday, breaking the news of one of the biggest celebrity births in year

 Pop diva Beyonce, 30, gave birth by caesarian section on Saturday night in a private wing of the Lenox Hill Hospital in Manhattan with rapper Jay-Z, real name Shawn Carter, by her side, E! Online reported.

Initial reports had the baby's name as Ivy Blue, but those close to the couple confirmed later it was the other way around. The Houston Chronicle, Beyonce's hometown paper, was alone in spelling it Blu Ivy, without the "e".

The Twitterverse was abuzz as celebrities and fans alike delighted in news of the star couple's first child.

"Welcome to the world Blue! We love you already," Hollywood A-lister and close friend Gwyneth Paltrow wrote, before clearing up the name issue in a second tweet: "It's Blue Ivy Carter!"

"The most beautiful girl in the world," Beyonce's sister Solange Knowles tweeted, before adding, in another probable reference to the name mix-up: "Information that goes through the telephone, always gets delivered wrong."

Fellow pop diva Rihanna also weighed in on the momentous showbiz arrival, tweeting: "Welcome to the world princess Carter! Love Aunty Rih."

Beyonce checked into the hospital on Manhattan's Upper East Side late Friday under the name "Ingrid Jackson," renting out its entire fourth floor for $1.3 million, the New York Daily News reported.

People were seen bringing bags of food and wine into the hospital on Saturday night, apparently for celebrations, as security guards patrolled the perimeter.

Beyonce, who rose to fame in the late 1990s as the lead singer of R&B girl group Destiny's Child, now has had 12 top 10 pop singles in the United States as a solo artist and has sold more than 25 million albums worldwide.

She has also earned 16 Grammy Awards, three more than 42-year-old husband Jay-Z, who is regarded as one of the greatest rappers of all time and has sold approximately 50 million albums.

The pair collaborated on Beyonce's wildly popular single Crazy In Love.

Beyonce memorably revealed that she was pregnant at the MTV Video Music Awards in August, telling reporters during a red-carpet chat: "I have a surprise!" as she cradled her swollen belly.

Twitter-users fired off a record number of tweets per second following that announcement, and the popular micro-blogging site went wild again at Sunday's news.

A source told the Houston Chronicle that "Blue" is a tribute to Jay-Z's favourite colour and hugely successful "Blueprint" album franchise, while "Ivy" represents the roman numeral IV for 4.

Beyonce was born on September 4, her mother on January 4, Jay-Z on December 4, and the couple were married on April 4, 2008.


 credit to timeslive

Ombak Rindu : Original Video Clip dan MP3 beserta Lirik Lagu

Posted: 09 Jan 2012 11:51 PM PST

 Dapatkan MP3 Serta Video Klip Ombak Rindu Di Sini

Credit MP3 Kepada 4share.com


LIRIK LAGU DAN VIDEO


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku







Video OST OMBAK RINDU



Amalan dan Adab Bersolek Cara Islam

Posted: 09 Jan 2012 09:23 PM PST


Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar. Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.

Amalan:

Apabila menghadap cermin bacalah:

Selawat 3 X

Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.


Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan..


Mulut


Hidung


Mata


Dahi


Mulalah bersolek. Setelah selesai Baca Bismillahirahmanirahim Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke..
Mulut

Hidung


Mata


Dagu


Selamat beramal.. ;)


sumber : malastulis

Sewa Pasangan Secara Online Di China

Posted: 09 Jan 2012 08:55 PM PST


Wanita-wanita kesepian di China kini boleh mendapatkan kekasih sementara dengan harga yang sangat berpatutan. Di laman jual beli Taobao, harga menyewa seorang kekasih dibuka dengan harga 10 yuan. Layanannya sendiri agak teratur, dengan harga itu, rata-rata servis yang dibakal didapati adalah makan tengah hari selama 1 jam. Jika mahukan lebih dari itu, maka pembayarannya juga agak besar. Contohnya untuk menemani shopping selama satu jam, bayarannya akan meningkat menjadi 20 yuan.

Harga yang dianggarkan untuk booking penuh selama sehari di angka 100 yuan. Tapi ada juga yang memasang tarif jauh lebih tinggi dari itu. Contohnya Huang dari Guangdong, lelaki ini meletakkan harga sewa 500 yuan. Dengan catatan harganya boleh dirundingkan jika wanita yang mengupahnya benar-benar serius dan ingin menikahinya.

Motivasi lelaki-lelaki sewaan ini juga bervariasi, ada yang melakukannya untuk wang, dan ada juga yang melakukannya demi cinta.

Sumber : edisikini

Hukum Memakai Seluar Legging Dalam Islam

Posted: 09 Jan 2012 08:18 PM PST


Sekarang ini dah macam trend di mana ramai wanita yang suka mengenakan 'legging'?


Maaf, jangan tanya penulis mengenai maksud sebenar legging tetapi dalam bahasa pasar, bolehlah kita andaikan ia sejenis pakaian dalaman, ketat dan nipis yang melekat SETEPEK pada bontot, paha, betis dan kaki!


Walaupun nampak seksi, tapi penulis tengok ramai Muslimah bertudung yang suka menggunakan legging ni…bolehke dalam Islam?


Mungkin kita boleh dengar pandangan juara Imam Muda tempoh hari, Ustaz Asyraf dalam blognya;

Majoriti para ulama bersepakat dalam melarang wanita memakai pakaian yang ketat seperti 'legging'.


Ini kerana jelas daripada hadis Rasulullah SAW yang memberi gambaran larangan terhadap wanita yang menampakkan tubuh badan mereka walaupun berpakaian.


Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata :


"Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh".


Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :


1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.


2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).


3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.


Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnya?dengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata,?"Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerah?Qibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, maka?Rasulullah SAW bersabda, "Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagai?lapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak." Hadis riwayat Ahmad?(21279)


Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.

Hah, itu kata Ustaz Asyaraf.


Dan disebabkan seluar legging ini jugalah, timbul kontroversi apabila dua personaliti iaitu penyanyi Yuna dan pelajar cemerlang, Nur Amalina Che Bakri 'dikesan' pernah memakai seluar yang sama.


Yuna Pakai Seluar Legging


Apa kata Yuna dalam hal ini?


"Pasal pakai legging tu saya tidak rasa ia satu kesilapan. Saya pakai kerana saya rasa selesa dan bersesuaian dengan penampilan saya ketika itu. Saya pun tak sangka, peminat tidak suka. Walau bagaimanapun, isu ini sudah pasti membuatkan saya lebih berhati-hati pada masa hadapan.Saya sudah tahu apa yang peminat suka dan tidak suka. Tetapi, saya tidaklah kata tidak akan pakai lagi sebab kadang-kadang pakai skinny jeans pun orang ingat kita pakai legging. Saya sudah biasa dengan isu-isu begini dan saya percaya isu ini akan berlalu begitu sahaja," ujar Yuna


Nur Amalina Pakai Seluar Legging


Dan apa pula kata Nur Amalina?


"'Legging' itu pemberian ibu, dan gambar itu pun ibu yang tangkap ketika kami bercuti di Paris.

sumber : edisikini

Seram! Koleksi Teknik Seni Grafitti Pelik Dalam Tandas

Posted: 09 Jan 2012 07:53 PM PST

Kalau di Malaysia lukisan grafiti sering dilihat di bahagian dinding bangunan. Namun sedikit pelik di luar negara, mereka menggunakan dinding tandas sebagai tempat mempamerkan bakat grafiti. Sungguh luar biasa. 


Anda pasti pernah melihat tandas-tandas awam yang diconteng kan. Nampaknya "part time job" ini bukan setakat popular di negara kita, malah turut popular di negara barat. Toilet grafitti yang bermaksud coretan-coretan pada dinding yang menggunakan komposisi warna, garis, bentuk, dan volume untuk menuliskan kata, simbol, atau kalimat tertentu. Apapun, sila salurkan kekreativitian anda ke saluran yang betul ya. Jagalah kebersihan tandas awam kita dari sebarang noda.

Memang pelik jika tandas dibuat sedemikian rupa. He He..Jom kita lihat seni graffiti yang pelik tetapi kreatif ini.





sumber : Melayukini.net

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM & MUET Tahun 2012

Posted: 09 Jan 2012 07:14 PM PST

Bagi anda yang bakal menduduki 'peperiksaan besar' pada tahun ini, di sini saya kongsikan takwim peperiksaan tahun 2012





Jadual Perperiksaan Tahun 2012
 


* Takwim ini masih tertakluk kepada pindaan oleh pihak Lembaga Peperiksaan / Majlis Peperiksaan Malaysia.


sumber : kementerian pendidikan

Tak Kesah Suami Jadi Perempuan

Posted: 09 Jan 2012 06:52 PM PST



LONDON – Seperti kebanyakan pasangan suami isteri, Barry dan Anne Watson mahu memperbaharui ikrar perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, ketika ia akan dilangsungkan sembilan tahun kemudian, muncul perbezaan ketara – kali ini Barry muncul sebagai wanita bernama Jayne.

Tanpa mempedulikan perubahan itu, Anne tetap mahu meneruskan majlis berkenaan sebagai bukti cinta sejatinya.

Menceritakan pengalamannya, Jayne, 43, berkata pada peringkat awal Anne berang apabila diberitahu dia akan menjalani pembedahan menukar jantina.

Bekas pemandu bas itu berkata, rumah tangga mereka bermasalah kerana Anne menyangka dia menjalin hubungan dengan wanita lain.

"Sebaliknya, Anne tidak faham kerana sebenarnya saya yang mahu jadi wanita," katanya.

Selepas diberi penjelasan, katanya, Anne akhirnya bersetuju dengan keputusan menukar jantina itu.

"Anne bersedia mencintai saya sebagai Jayne, sekali gus memperbaharui ikrar sebagai cara terbaik membuktikan bahawa kami bahagia," katanya.

Sementara itu, Anne, 53, berkata dia sedih kerana 'kehilangan' Barry tetapi pada masa sama, ada aspek lain pada diri Jayne yang menarik perhatiannya.

"Kini kami duduk bersama dan berborak gembira mengenai rambut, pakaian dan mekap," katanya.

Mengenai majlis memperbaharui ikrar itu, Anne berkata, ia lebih istimewa berbanding detik perkahwinan mereka sebelum ini.

Katanya, dia gembira kerana Jayne kini lebih selesa dengan keadaan fizikal dirinya.

Sejak kecil Jayne memang menyedari dia mempunyai banyak perbezaan berbanding budak lelaki lain.

Di sekolah, katanya, dia gemar bermain dengan budak perempuan berbanding menghabiskan masa di padang bola sepak.

"Saya mula memakai pakaian ibu ketika dia tiada di rumah.

"Apabila saya menyarung semula pakaian lelaki, saya seperti kembali ke penjara," katanya. – TS

Batu Hablur Emas Dijumpai di Johor

Posted: 09 Jan 2012 06:50 PM PST


Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen. Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.

 
Rawi Ilias menunjukkan batu untuk membaiki jalan yang mengandungi hablur emas.

Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin. Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai gred terbaik.

Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diselaputi emas tulen. Idham Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas.

"Ada penduduk yang mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas dengan harga hingga RM15,000. Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu," katanya.

Suri rumah dari Stulang, Munawarah Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia serta suami mengumpul 40 batu bersalut hablur dipercayai emas. "Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan. Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu terbabit menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin. Sekiranya benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki," katanya.

Munawarah berkata, dia turut tahu berkaitan kesahihan yang dimaklumkan wakil kedai emas berkenaan dan berharap ia benar. Penduduk, Mohd Diah Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit. Menurut Diah, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu.-melayukini.net-

Tarikh Bayaran Gaji Bagi Penjawat Awam 2012

Posted: 09 Jan 2012 06:39 PM PST


KUALA LUMPUR – Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Jan ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan Isnin, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Jan ini.

"Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Jan 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Dis 2011 kepada 15 Jan 2012," katanya.

Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. – BERNAMA

Bayaran Gaji Penjawat Awam Bulan Januari 2012 Masih Berdasarkan SSM

Posted: 09 Jan 2012 06:32 PM PST



KUALA LUMPUR – Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Jan ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan Isnin, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Jan ini.

"Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Jan 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Dis 2011 kepada 15 Jan 2012," katanya.

Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. – BERNAMA

KL Gangster 2 : Aaron Aziz Cedera Di Lokasi!

Posted: 09 Jan 2012 06:25 PM PST

Pelakon super-duper terkenal, Aaron Aziz terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara babak stunt dalam filem KL Gangster 2.

Menurut portal Murai, Aaron memilih untuk melakonkan sendiri 'lagak ngeri' dalam salah satu babak dalam filem berkenaan.

Dek kerana tersalah 'landing', mamat tu terpaksa 'landing' di katil hospital!

Tetapi kepada ribuan peminat Aaron di luar sana jangan risau, ujian X-ray TIDAK menunjukkan kecederaan serius yang dialami pelakon kelahiran Singapura itu.

Dalam erti kata lain, tak sampailah patah tulang temulang pelakon hebat tersebut.

Apapun lebam-lebam jugalah badan dia khabarnya.

Agak-agaknya 'scene' apalah yang dia lakonkan sampai jadi macam tu?

Ni yang tak sabar nak tunggu KL Gangster 2 ni.

Yang pasti, kerja tu kerja lah jugak kan, harapnya Aaron kena ambil berat soal keselamatan apatah lagi dia bukanlah ada pengalaman sangat dalam buat kerja-kerja stunt sebegini

Bukan apa, malang tak berbau bro! – Oleh SYAHRIL A. KADIR

Keputusan Muet Akhir Tahun 2011 Khamis Ini

Posted: 09 Jan 2012 06:14 PM PST



KUALA LUMPUR – Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2011 akan dikeluarkan Khamis ini (12 Jan), demikian menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini.

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh berkenaan manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

"Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan menghantarkannya ke 15888, mulai jam 12.01 tengah malam 12 Januari ini dan melalui 'online' dengan melayari portal MPM, www.mpm.edu.my mulai 9 pagi tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Seramai 93,869 calon telah menduduki ujian itu di 943 buah pusat ujian di seluruh negara.

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET mereka, boleh membuat rayuan semakan semula dengan bayaran sebanyak RM70 dan tarikh tutup rayuan ialah 27 Januari ini. – BERNAMA

Neelofa Reka Kasut Persandingan Ezlynn RM20,000

Posted: 09 Jan 2012 06:09 PM PST

Neelofa bersama kasut perkahwinan Ezlynn yang direkanya sendiri dalam tempoh sebulan yang lalu.

PETALING JAYA: Majlis resepsi perkahwinan penyanyi Ezlynn pada 11 Januari ini bukan sahaja bakal bergemerlapan dengan berlian dan aksesori tajaan Rafflesia Pearl Wedding, malah ia tambah berseri apabila kasut penyanyi itu mendapat sentuhan rekaan khas pelakon jelita Neelofa.

Neelofa berkata dia menerima peluang untuk menghasilkan kasut bernilai RM20,000 itu daripada perunding perkahwinan Bill Bora yang memberikan platform untuk memperagakan kreativitinya dalam rekaan kasut.

"Pada awalnya, saya memang tidak pasti untuk menerima tawaran menghasilkan kasut perkahwinan Ezlynn kerana saya tidak pernah mereka kasut untuk majlis perkahwinan sebelum ini, apatah lagi untuk seorang selebriti.

"Kepercayaan yang diberikan itu menyuntik keyakinan kepada saya. Saya mengambil masa selama sebulan sejak Disember lalu untuk membuat kajian dan menyiapkan rekaan terbaik yang bersesuaian dengan tema musim luruh di Sepanyol itu," katanya kepada mStar Online selepas menghantar kasut tersebut untuk dicuba oleh Ezlynn, petang Isnin.

Bercerita lanjut, Neelofa berkata idea rekaan kasut tersebut diperoleh secara spontan ketika dia sedang mengelamun sebelum melelapkan mata pada minggu terakhir, Disember lalu.

"Sebelum ini, saya sudah melakukan beberapa draf dan pengubahsuaian pada rekaan kasut tersebut sehinggalah ilham muncul secara spontan sebelum saya masuk tidur pada satu malam, kira-kira dua minggu lalu.

"Selepas itu, saya mula melakukan pengubahsuaian terakhir sebelum menghantar rekaan muktamadnya kepada pengeluar dan siap dihantar kepada Ezlynn pada petang Isnin," katanya.

Ilham rekaan muktamad kasut bernilai RM20,000 ini muncul secara spontan sebelum Neelofa melelapkan mata pada satu malam, kira-kira dua minggu lalu.

Kasut berwarna emas yang menggabungkan renda, permata Rafflesia dan berlian Swarovski itu direka bentuk agar sepadan dengan baju pengantin rekaan tiga pereka muda iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd.

Majlis resepsi itu akan berlangsung pada Rabu ini di Hotel Crowne Plaza Mutiara dan bakal diserikan dengan paduan warna tema emas, kuning dan perang.

Ezlynn sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Adam Fahmi, 35, pada 20 November lalu dalam satu upacara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, di sini.

Sementara itu dalam perkembangan lain Neelofa mengakui berasa teruja mengendalikan Nona bersama Fara Fauzana pada Ahad lalu bagi menggantikan Vanidah Imran.

"Saya berasa seronok dengan pengalaman baru ini. Walaupun kami tidak bergandingan secara langsung sebagai pasangan pengacara, sekurang-kurangnya waktu-waktu yang terluang di antara rakaman program itu dapat saya gunakan untuk bertanyakan tip daripada Fara yang jauh lebih berpengalaman.

"Saya bertuah kerana Fara seorang pengacara yang tidak lokek ilmu dan banyak membantu dalam melancarkan pengendalian saya dalam program tersebut," katanya.

Dalam pada itu, duta produk kecantikan Avon ini juga sempat berkongsi kegembiraannya apabila tersenarai sebagai calon lima teratas bagi kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011), April depan.

"Saya tidak harapkan kemenangan, tersenarai dalam kategori ini pun sudah cukup menggembirakan bagi orang baru seperti saya," katanya.-mstar-

Tolak Sesi Fotografi Bukan Kerana Sombong - Sharifah Sakinah

Posted: 09 Jan 2012 06:01 PM PST



CYBERJAYA: Pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi, Sharifah Sakinah menyangkal dakwaan dirinya sombong apabila enggan memenuhi permintaan pihak media untuk melakukan sesi fotografi.

Sakinah, 22, berkata, keputusan itu bukan kerana dia meninggi diri tetapi sifatnya yang kurang gemar bersolek adalah punca utama dia menolak pelawaan tersebut.

"Sejujurnya saya tidak berniat untuk berlagak sombong dengan mana-mana pihak media yang meminta untuk mengadakan sesi fotografi tetapi adalah kerana sifat saya yang kurang gemar bersolek menyebabkan saya malas untuk memenuhi permintaan itu," ujarnya.

Sakinah berkata demikian kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran filem terbaru KRU Studios berjudul Ular di sini, Sabtu lalu.

Pelakon yang juga adik kepada pelakon Sharifah Shahira itu memberitahu, dia juga tidak kisah sekiranya kurang dikenali oleh masyarakat gara-gara sikapnya yang tidak suka muncul di mana-mana media massa.

Ujarnya, penglibatannya dalam dunia lakonan adalah kerana minat dan ingin mencari kepuasan dan menganggapnya sebagai punca rezeki dan bukan untuk popular.

"Walaupun publisiti itu adalah penting untuk seseorang artis dalam menaikkan nama tetapi saya lebih selesa begini dan menganggap berlakon sebagai punca rezeki dan bukannya untuk mengejar populariti," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan dia kini menjadi anak emas kepada pengarah drama berbakat, Michael Ang, Sakinah menolak tanggapan itu.

Sakinah berkata, dia tidak pernah merasakan dirinya sebagai anak emas pengarah tersebut namun tidak menolak dakwaan banyak bekerjasama dengan Michael.

Michael bukan sahaja seorang pengarah drama tetapi juga seperti kawan baik. Dia banyak memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan artis lain untuk bekerja di bawah drama arahannya.

"Mengenai anak emas rasanya tidak betul kerana banyak pelakon lain seperti Elfira Loy, Marsha, Didie Alias dan Sharifah Shahora yang sering bekerjasama dengannya," ujar Sakinah.

Dalam perkembangan lain, Sakinah berkata, selain bakal muncul dengan filem Ular arahan Jason Chong, dia juga baru selesai menjalani penggambaran drama Penjara dan akan ke set drama Di Sebalik Air Mata arahan Michael.

"Alhamdulillahlah, rezeki semakin mencurah-curah dalam dunia lakonan dan sudah pasti saya tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan," ujarnya. -mstar-

Yusry Tidak Kekok Berlakon Dengan Bakal Isteri

Posted: 09 Jan 2012 05:54 PM PST

Lisa dan Yusry berlakon bersama dalam filem Ular.

CYBERJAYA: Pengarah dan pelakon, Yusry Abdul Halim tidak berasa kekok digandingkan dengan bakal isterinya, pelakon Lisa Surihani dalam filem terbaru terbitan KRU Studios, Ular.

Yusry berkata, di dalam filem tersebut dia memegang watak sebagai jurukamera manakala Lisa sebagai wartawan dan bukan berperanan sebagai pasangan kekasih.

"Soal kekok tidak timbul kerana kami tahu untuk membatasi soal profesional dan peribadi dalam kerja. Jadi saya tidak merasakan berlakon bersama akan membawa masalah," ujarnya ketika kepada mStar Online.

Ular arahan Jason Chong mengisahkan Myra (Lisa Surihani) seorang wartawan jenayah yang digantung kerja telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau.

Myra yang ditemani jurukameranya, Remy (Yusry) tidak pernah menyangka tugasannya kali ini bukanlah satu tugasan biasa apabila percutian hebat yang dimenangi oleh 10 orang pemenang cabutan bertuah bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri.

Dalam pada itu, ditanya adakah dia akan mengambil peluang untuk mengenali bakal isterinya setelah dapat bekerja dan menghabiskan masa bersama-sama, Yusry berkata dia tidak perlu berbuat demikian kerana telah mengenali hati budi pasangannya itu.

Yusry berkata, Lisa juga telah cukup mengenalinya secara peribadi dan profesional apabila sering melawatnya di lokasi penggambaran filem Vikingdom.

"Rasanya kami tidak perlu menjadikan peluang berlakon bersama-sama ini sebagai peluang untuk mengenali hati budi masing-masing kerana telah pun memahami antara satu sama lain," ujarnya.

Sementara itu, Yusry berkata dia mengambil keputusan untuk berlakon dalam Ular bukan kerana bakal isterinya tetapi merasakan skrip dan jalan cerita filem itu yang menarik dan berbeza.

Tambahan pula katanya, dia tetap akan berada di lokasi penggambaran di Pulau Pangkor jika tidak berlakon dalam filem itu kerana terlibat sama bagi membantu Jason dari segi aspek visual kesan khas.

"Kali terakhir saya berlakon adalah filem Cicakman dan terbuka hati nak berlakon filem ini kerana jalan cerita dan skrip yang berbeza.

"Hampir seminggu juga saya memikirkan tawaran berlakon ini sebelum membuat keputusan," ujarnya.-mstar-

Brad Pitt Bertongkat Kerana Kecederaan Lutut

Posted: 09 Jan 2012 05:52 PM PST

 Brad Pitt (kanan) tampil bertongkat ketika menghadiri Festival Filem Antarabangsa Palm Springs, California, Amerika Syarikat pada 7 Januari lalu. Turut kelihatan kekasihnya aktres Angelina Jolie.


WASHINGTON: Pelakon Brad Pitt terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat akibat kecederaan pada bahagian lutut selepas terjatuh dari gunung ketika sedang mendukung anak perempuannya, Vivienne, baru-baru ini.

Aktor yang tampil bertongkat pada acara karpet merah Festival Filem Palm Springs ke-23 itu berkata kepada pemberita, dia mengalami kecederaan pada bahagian yang dinamakan ACL iaitu ligamen lutut yang menghubungkan bahagian femur dan tibia.

"Saya tergelincir ketika sedang menuruni bukit sambil mendukung anak perempuan Vivianne... pilihan yang ada ketika itu sama ada untuk menyelamatkan diri saya atau Vivianne," katanya yang dipetik majalah People.

Kekasihnya aktres Angelina Jolie berkata dia menyukai tongkat yang digunakan oleh Pitt dan mengakui kecederaan tersebut langsung tidak membatasi pergerakan aktor itu.

"Dia (Pitt) seorang lelaki yang tidak mudah mengalah," katanya.

Aktres itu turut mengesahkan bahawa anak perempuan mereka bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan daripada insiden itu.

"Vivie berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. - ANI

Saiful Bukhari Tenang dan Redha Dengan Keputusan Mahkamah

Posted: 09 Jan 2012 05:42 PM PST


KUALA LUMPUR – Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi apabila membebaskan bekas majikannya itu daripada tuduhan kes liwat yang dibuatnya tiga tahun lalu

" Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dgn ketentuaNya.  Akn trs tenang, doa, istiqamah & sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi," katanya dalam twitter miliknya.
Perbicaraan kes itu bermula pada 3 Februari 2010 iaitu kira-kira dua tahun tujuh bulan selepas Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.

Kes itu mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan ekoran pelbagai permohonan difailkan oleh Anwar sehingga berpuluh-puluh kali penangguhan telah dibenarkan oleh mahkamah.

Mohd. Saiful Bukhari dalam blognya turut mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan rakyat Malaysia terhadapnya sebelum ini. Dia juga meminta semua terus berdoa agar kebenaran membabitkan kes itu muncul. Dia turut menyelitkan sepotong ayat Al-Quran;

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)
 
Mohd. Saiful Bukhari turut menulis – Yang pasti, jika diambil nyawa, akan pergi dengan tenang, tiada lagi berhutang "Kebenaran" dengan sesiapa.

Dalam pada itu, dia juga berharap kesnya diadili hingga ke peringkat mahkamah atasan.

" Oleh itu, saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwaraya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan," katanya. - Oleh SYAHRIL A. KADIR

Kenyataan Rasmi Kerajaan Malaysia Berhubung Pembebasan Anwar

Posted: 09 Jan 2012 05:34 PM PST


KUALA LUMPUR – Malaysia memiliki badan kehakiman yang bebas dan keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan kerajaan tidak mempunyai pengaruh ke atas keputusan hakim.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, ia merupakan satu gelombang dalam perubahan demokratik berani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

" Gelombang terkini  itu akan membantu memperluaskan ketelusan dalam semua bidang kehidupan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan khas mewakili kerajaan Malaysia berhubung pembebasan Anwar di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi pagi tadi membuat keputusan tidak bersalah terhadap Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Hakim mahkamah, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan barisan pembelaan, mahkamah tidak dapat menjamin seratus peratus intergriti bekas DNA yang digunakan di dalam kes berkenaan.

Perbicaraan kes itu bermula pada 3 Februari 2010 iaitu kira-kira dua tahun tujuh bulan selepas Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.

Kes itu mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan ekoran pelbagai permohonan difailkan oleh Anwar sehingga berpuluh-puluh kali penangguhan telah dibenarkan oleh mahkamah. - Oleh SYAHRIL A. KADIR

Anwar Ternyata Bersih Dari Tuduhan Liwat

Posted: 09 Jan 2012 05:25 PM PST


KUALA LUMPUR – Integriti teknikal pada bukti Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan ternyata memberi kelegaan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila semalam dia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu di sebuah kondominium di ibu negara empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika membacakan penghakiman selama lima minit berkata, mahkamah tidak mempunyai bukti secukupnya untuk mensabitkan Anwar, 65, bersalah terhadap tuduhan dia meliwat Mohd. Saiful, 27.

"Selepas meneliti sepenuhnya bukti keterangan, mahkamah tidak boleh seratus peratus yakin berhubung integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu (Mohd. Saiful) tidak pernah terusik.

"Sehubungan itu, mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut," tegas beliau. -kosmo-

2012 - Tahun Mencabar Penjawat Awam

Posted: 09 Jan 2012 05:09 PM PST


 PEGAWAI dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri tekun mendengar amanat Muhyiddin di Dataran Perdana, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Tahun 2012 bakal menjadi tahun lebih mencabar buat penjawat awam dalam memastikan segala peruntukan, program serta dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, penjawat awam perlu menentukan peruntukan besar yang diputuskan dalam belanjawan negara tahun ini dapat diurus tadbir dengan baik.

"Dalam situasi tidak menentu, maka tugas dan tanggungjawab penjawat awam menjadi lebih utama dan penting. Tahun lepas penting juga tetapi tahun ini lebih penting," katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini semalam.-kosmo-

UPSI gantung pengajian Adam Adli tiga semester

Posted: 09 Jan 2012 05:06 PM PST


 ADAM ADLI menjawab soalan wartawan selepas digantung pengajian selama tiga semester oleh UPSI di Tanjung Malim semalam.



TANJUNG MALIM - Tindakan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang padah apabila dia digantung pengajian selama tiga semester semalam.

Penggantungan serta-merta itu diputuskan oleh lima panel Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UPSI yang dipengerusikan Naib Canselor, Prof Dr. Zakaria Kasa pada prosiding di Pusat Global, UPSI di sini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar berkata, pelajar jurusan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua itu disabitkan di bawah Kaedah 3(a) (i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah UPSI (Tatatertib Pelajar-pelajar 1999.

"Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati bahawa pelajar terbabit telah melakukan perbuatan menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri seperti dalam kedua-dua pertuduhan.

"Elemen dalam kedua-dua pertuduhan telah dibuktikan dan tindakannya telah merosak atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik UPSI selain ketenteraman atau keselamatan awam, moral dan kesopanan," katanya dalam satu kenyataan di sini. -kosmo-

Khalwat: Salim, Diayana didenda RM3,000

Posted: 09 Jan 2012 05:02 PM PST


 
SALIM ketika keluar dari Mahkamah Rendah Syariah di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan dikenakan denda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam setelah mengaku bersalah berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini April tahun lalu.

Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh dan pasangannya yang berusia 30 tahun selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Dalam penghakimannya, Nik Bukhari berkata, mahkamah berpuas hati dengan pengakuan secara sukarela yang dibuat kedua-dua tertuduh, namun perlu juga menitikberatkan masa dan kos yang dibazirkan sepanjang tempoh pertuduhan dijalankan.

"Kedua-dua tertuduh merupakan penjawat awam. Salim yang memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam perlu menunjukkan teladan yang baik dan bukannya mencemar imej jabatan masing-masing.

"Sehubungan itu, mahkamah memutuskan untuk memberi hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran kepada masyarakat luar agar tidak melakukan perkara yang sama dengan masing-masing dikenakan hukuman denda RM3,000 atau lima bulan penjara sekiranya gagal membayar denda," katanya.-kosmo-

Pelatih PLKN gemuk ada program khas

Posted: 09 Jan 2012 04:53 PM PST


 PELATIH Program Latihan Khidmat Negara melakukan aktiviti kembara halangan di Rimba Templer, Rawang, Selangor semalam.



KUALA LUMPUR - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan merangka sebuah program baharu bagi membantu pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mempunyai masalah obesiti.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, program bagi menurunkan berat badan itu antara penambahbaikan yang bakal dilakukan ke atas modul latihan fizikal JLKN pada tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya melantik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuat kajian bagi tujuan berkenaan.

"Modul bagi membantu pelatih PLKN yang menghadapi masalah obesiti akan dilaksanakan tahun ini sekali gus menjadikannya ia relevan dengan perubahan semasa," katanya.-kosmo-

Anak Diugut Ah Long Kerana Hutang Bapa

Posted: 09 Jan 2012 04:51 PM PST


 
SEE TECK menunjukkan gambar bapanya dan ugutan yang dibuat ah long di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Seorang jurujual dan dua adik-beradiknya terpaksa hidup dalam ketakutan sejak lebih enam bulan lalu selepas diancam ah long ekoran hutang bapanya yang berjumlah kira-kira RM10,000.

Su See Teck, 28, yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu mendakwa bapanya berhutang dengan lebih daripada lima ah long sejak awal tahun lalu ekoran tabiatnya yang suka berjudi.

"Selama ini kami tidak tahu yang dia berhutang dengan ah long sehinggalah dia menghilangkan diri pada Mei tahun lalu," katanya di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini baru-baru ini. -kosmo-

No comments: