Tuesday 10 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Kenapa Orang Tak Solat Boleh Berjaya dan Kaya?

Posted: 09 Jan 2012 01:15 AM PST


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.
Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

" Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku"

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, " Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?"
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

" Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa"
ALLAH menjawab,

" Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya"

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,



" Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…"

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. (scaniaz)

WordWeb - Software Terjemahan Bahasa Inggeris (English Translate)

Posted: 09 Jan 2012 12:59 AM PST

Daripada pengalaman saya, untuk mahir dalam Bahasa Inggeris, adalah lebih elok bila kita merujuk kepada kamus Inggeris-Inggeris berbanding dengan Inggeris-Melayu. Ini kerana ia akan melatih kita untuk membiasakan diri dengan struktur ayat serta bagaimana perkataan tersebut digunakan, bukan hanya sekadar terjemahan tersebut perkataan sahaja.

Untuk mencari makna sesuatu perkataan, biasanya kita menggunakan Google. Hanya taipkan 'define: perkataan' dan Google akan memaparkan maksudnya dalam Bahasa Inggeris.

Namun jika anda mahukan perisian yang boleh berfungsi tanpa sambungan Internet, gunakan WordWeb. Bukan sahaja ia lebih pantas, malah ia boleh dilancarkan dari mana-mana aplikasi lain dengan menekan kekunci: Ctrl + Klik kanan (pada perkataan yang anda ingin cari maknanya).


WordWeb adalah perisian kamus Inggeris ke Inggeris. Selain menerangkan maksud perkataan, ia juga memaparkan sinonim, antonim, serta perkataan yang hampir sama maksudnya (thesaurus).

PANAS! Isu Gambar Aksi Lucah - Marsha Mohon Maaf Kepada Umum

Posted: 08 Jan 2012 11:19 PM PST


SEJURUS reda kontroversi kononnya berkahwin secara rahsia di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang ternyata hanya gimik mengarut, bintang jelita Akademi Fantasia 3 (AF3), Marsha Milan Londoh atau Marsha, 25, mencetuskan kontroversi terbaru apabila dia tampil bergaya seksi melampau menerusi muka depan sebuah majalah gaya hidup dan hiburan, sekali gus beliau menerima kecaman hebat daripada orang ramai sehingga menjadi perdebatan dalam laman sesawang atau blog hiburan.

Sekalipun Marsha sudah acap kali dilabel gemar memberikan pose 'berani mati' sebelum ini, namun kemunculan beberapa foto panasnya menerusi majalah berkenaan dianggap keterlaluan sehingga ada tuduhan menyamakan aksi seksi pelakon dan penyanyi itu persis bintang pornografi!

Sekalipun Marsha bukan beragama Islam dan tidak menjadi kesalahan kepadanya memberikan aksi seumpama itu, namun kebanyakan peminatnya membabitkan orang Melayu beragama Islam termasuk kanak-kanak, justeru kerelaannya memberikan pose ghairah melampau seperti itu dianggap tidak menghormati nilai budaya Timur dan kesopanan, selain mengenepikan faktor sensitiviti yang selama ini harus dipelihara agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Selain itu, ruangan pojok Gayah Gebu terbitan Metro Ahad 24 Julai lalu turut memaparkan perihal seorang artis yang muncul dengan pose panas menerusi majalah berkenaan. Mengambil judul 'Gaya seksi bagai artis Hollywood' mendakwa seorang artis wanita bintang AF3 beraksi berani dengan beberapa adegan mengghairahkan di sebuah majalah.

Antara lain artikel berkenaan mendedahkan artis wanita bintang AF3 berpakaian mencolok mata tampil dengan beberapa pose panas melampau di sebuah majalah. Gaya artis itu berposing mengalahkan bintang dari Barat, sekali gus menyamakan aksi itu persis Maria Ozawa iaitu bintang terkenal pornografi yang mencipta nama di Jepun dan Amerika Syarikat!

Sekalipun artikel berkenaan tidak menyebut sebarang nama, ramai meneka tepat, artis wanita bintang AF3 itu ialah Marsha.
Rabu lalu, penulis berjaya menghubungi Marsha untuk memperoleh komen daripadanya.

"Saya sudah membaca artikel berkenaan, saya mengaku, ia ditujukan kepada saya. Sebenarnya saya malu apabila aksi saya dalam majalah berkenaan disamakan dengan Maria Ozawa…," kata Marsha pada awal perbualan tanpa berselindung.

Jelasnya, ketika fotografi diadakan, dia berpeluang melihat semua gambar yang dirakam dan baginya tak ada apa-apapun yang melampau, biasa saja. Namun, apabila foto berkenaan melalui proses 'cropping' dan disiarkan, Marsha mendakwa gambar berkenaan kelihatan amat lucah!

"Ada lagi baju yang lebih seksi, tapi hanya baju itu saja yang elok dan saya selesa mengenakannya. Apabila saya lihat gambar itu di skrin komputer, gambar yang dirakam itu diambil dari sudut long shot, tapi apabila foto berkenaan dicrop dan dilihat secara close-up, saya terkejut apabila ia kelihatan begitu lucah! Alamak, apa hal! Salah saya juga apabila tidak bertanya terlebih dulu, gambar mana yang nak disiarkan.

"Kini, apabila majalah berkenaan berada di pasaran, orang melihat gambar itu, saya menjadi mangsa kritikan dan kutukan. Mereka mendakwa, aksi seksi itu keterlaluan, sekali gus saya dikatakan tidak menjaga sensitiviti orang Melayu-Islam yang rata-ratanya adalah peminat saya.

"Disebabkan itu, dalam kesempatan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung apabila melihat pose yang dianggap keterlaluan itu.

"Saya sedar, apabila menjadi artis, sekalipun kita tidak melakukan apa-apa kesalahan, ada saja pihak yang membenci, tapi apabila berlakunya perkara seumpama ini, memberi lebih peluang kepada mereka untuk lebih membenci kita. Saya tak mampu berbuat apa-apa lagi, melainkan permohonan maaf yang saya harap boleh memberi ruang kepada saya memperbaiki kesilapan," katanya dalam nada kesal.

Katanya lagi, sebagai manusia, dirinya sering melakukan kesilapan. Marsha mengaku, dirinya tidak sempurna dan melakukan banyak perkara yang tidak disenangi tanpa sedar.

Apabila berasakan dirinya bukan beragama Islam, Marsha bebas berbuat apa saja apabila memikirkan perkara itu tidak menjadi satu kesalahan baginya, justeru adakah kerana faktor itu, dia tanpa berfikir panjang rela dan berani memberikan aksi ghairah seumpama itu?

Jelasnya, dia tidak pernah berfikir ke arah itu kerana apa saja pakaian yang digayakan perlu selesa, jadi asal saja pakaian yang dikenakan tidak kelihatan dirinya bogel, dia tidak keberatan menggayakannya.

"Sekalipun saya Kristian, tidak bermakna saya sewenang-wenangnya boleh berbuat apa saja, tak pernah terfikir begitupun. Lagipun, saya berkawan dengan ramai orang Islam. Terus-terang, apabila menjayakan fotografi berkenaan, saya tak sangka hasilnya boleh jadi seperti hari ini. Apa yang berlaku adalah di luar kawalan saya.

"Bagi saya, semua agama, termasuk Islam mahupun Kristian, mempunyai moraliti. Jadi, tidak bermakna, apabila saya beragama Kristian, hanya terbayang perkara yang negatif semata-mata. Semua agama mendidik supaya melakukan perkara yang baik. Tapi, apabila pose saya berikan kepada majalah berkenaan dianggap keterlaluan, itu yang sebenarnya mengundang ketidakselesaan kepada orang ramai," katanya penuh kesal.


sumber : informasi

PANAS! Gambar Wanita Dibogelkan Dalam Internet

Posted: 08 Jan 2012 11:11 PM PST



Beginilah sikap segelintir manusia yang tidak mempunyai akal kerana sanggup melakukan perkara yang tidak elok dimana mengedit gambar-gambar wanita dalam mode "x-ray" supaya kelihatan seakan-akan bogel..

Malah admin pun buleh dikatakan pandai dalam menggunakan software Photoshop ini tapi tidak lah sampai untuk berfikir dan explore sehingga ingin membuat seperti ini. Tetapi, inillah yang berlaku sekarang. Ada tools (editor x-ray) di dalam photoshop boleh membuat gambar anda berpakaian akan menjadi bogel.

So nasihat admin, jangan upload gambar yang senang untuk mereka-meraka mengedit gambar anda menjadi macam diatas…sebaiknya ambik gambar paras dada keatas dan jangan ambik gambar dengan pakaian warna putih kerana ini memudahkan mereka melakukan kerja seperti itu



sumber : paaduu.com

Jampi Pejal Payudara

Posted: 08 Jan 2012 11:02 PM PST

KOTA BHARU – Gabungan urutan 'overhaul', membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara pejal, punggung montok, hidung mancung serta dagu runcing.

Tidak menghairankan apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan golongan wanita VIP yang ghairah untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut 'overhaul'.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 50, menyediakan beberapa pakej dengan paling mahal RM400 untuk kecantikan seluruh tubuh, termasuk membuang kolesterol dan paling murah RM50 untuk kecantikan muka.

"Setiap manusia ada syaitan di badannya dan kerana syaitan itulah pelbagai keburukan berlaku kepadanya, seperti kelihatan tidak cantik dan berdepan pelbagai masalah.

"Justeru, kaedah rawatan yang saya lakukan adalah membuang terlebih dulu syaitan di dalam badan dengan menghembuskan sebutan Allah SWT, doa dan bacaan tertentu kepada pelanggan. – hmetro.com.my

7 Sebab Kenapa Badan Selalu Terasa Letih

Posted: 08 Jan 2012 10:51 PM PST



Korang selalu berasa letih dan tidak bermaya?Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum korang cuba menyalahkan cara hidup yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab lain ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan korang itu

Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.

Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.

Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.

Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.

Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?

'Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.

Sekiranya anda pengidap 'Sleep Apnea' doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.

Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.



sumber : informasi

Kemuliaan Wanita Hamil Dalam Islam

Posted: 08 Jan 2012 10:11 PM PST



1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : " Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? " (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.

(Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Kesilapan pertama : Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
1. Saidul (penghulu) Istighfar
2. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 8-9)
3. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 38)
4. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
1. Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2: 128)
2. Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
3. Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
1. menakutkan anak-anak dengan sekolah
2. menakutkan dengan tempat gelap
3. menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
4. menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
1. tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
2. terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Kesilapan keempat :
Menegur anak secara negatif
1. mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
2. membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda(intelektual).
Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra : Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka. Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesilapan ketujuh :
Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, ia itu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kesilapan kelapan :
Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.

Kesilapan ketigabelas :
Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak Sebagai ibu bapak kitalah yang akan disoal diakhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Karena itu, bersikap baik dan sabarlah dalam mendidik, karna hasil didikan itu harus dipertanggungjawabkan di akhirat kelak


sumber : informasi

Kesan Memakai Pakaian Dalam Semasa Tidur

Posted: 08 Jan 2012 09:45 PM PST


Melepaskan pakaian dalam' bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari. 'Melepaskan pakaian dalam' bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.

Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.

Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.

Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya 'Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras', menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.

Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.

"Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra," kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.

Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.

Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?

Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki.


 

Kredit : Informasi.my

Alat Penghalau Tikus, Nyamuk, Lipas, Lalat, Labah-labah dan Serangga

Posted: 09 Jan 2012 05:35 AM PST


Ultrasonic Pest Repeller (with LED Night Light & AC Outlet)

Say Goodbye to Rats, Mosquitoes, Cockroaches, flies, spiders and other insects or bugs from your home!

Bugs and insects are truly a constant annoyance in most of the home. Most people choose to combat the unwanted invasion with spray repellents and traps – but it can be hazardous to your health and yet quite messy. Sunbeam has solved both problems with the ultrasonic pest repellent. Using ultrasonic and electromagnetic waves, this silently repels unwanted vermin without leaving a nasty smell or mess · It's also easy to use - just plug it into any standard wall outlet and you are done!

  • No Insecticides
  • No Traps
  • No Poisons
  • Safe for your family and pets
  • Perfect for home and office, just plug in
  • Energy Efficient
  • LED night light with ON/OFF Switch
  • Additional AC Outlet, so no wasting of your AC outlet
  • Powerful; Effective range up to 60 square meters



PRICE : RM120

ORDER NOW!

Call @ Email

016-5554591 @ msis81@gmail.com

MAHKAMAH PUTUSKAN ANWAR IBRAHIM TAK BERSALAH

Posted: 08 Jan 2012 08:01 PM PST


SEBAK...Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan sebak selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik. Turut kelihatan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin membebas danmelepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.

"Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya ketika membacakan penghakiman.

Sementara itu pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II,Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden ketika ditemui berkata, mereka belummemutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Beliau berkata, mereka mempunyai 10 hari untuk berbuat demikian.

 Anwar Bebas Kini Tunggu Masa Untuk Ke Mumbai & Turki

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan dari tuduhan liwat oleh Mahkamah Tinggi di sini pagi ini kini sudah pastinya berasa lega dan hanya menanti masa untuk menaiki pesawat ke Mumbai atas jemputan cucu kepada Mahatma Ghandhi.

Sepanjang ceramahnya di seluruh negara sejak beberapa hari yang lalu, Anwar telah memberitahu para pendengarnya bahawa sebaik sahaja perbicaraan ini selesai beliau akan berangkat ke Mumbai untuk menghadiri satu program memperjuangkan demokrasi.

Anwar seolah-olah sudah mengetahui akan keputusan yang bakal diterimanya dengan berkata demikian.

Malah beliau menyatakannya dengan wajah yang tersenyum. Mungkin kes perbicaraannya yang pertama banyak memberi pengalaman dan indikasi apa yang boleh beliau jangkakan daripada keputusan mahkamah hari ini.

Selepas Mumbai, Anwar akan ke Ankara, Turki pada 12 Januari iaitu Khamis ini.

Beliau juga dengan rasa bangga mengumumkan kepada para pendengar ceramahnya bahawa kunjungannya ke Turki adalah atas jemputan Perdana Menteri Tayyip Endorgan yang menurut beliau adalah rakan baiknya.

Malah kata Anwar, Endorgan telah menawarkan Turki sebagai rumah kedua jika beliau mahu meninggalkan Malaysia.

"Tetapi saya tolak. Saya kata, lawan tetap lawan...," kata Anwar.

Di Turki, menurut Anwar beliau akan menyampaikan ucaptama bertajuk "Islam, Kebebasan dan Keadilan."

 Penyokong Anwar Bersorak Gembira Lepas Mengetahui Keputusan Mahkamah


Penyokong Anwar bersorak gembira selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 5,000 penyokong perhimpunan 'Bebas Anwar 901' melaungkan perkataan "reformasi" selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada pertuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari pada Isnin.

Keputusan itu diketahui seawal pukul 9.30 pagi.

Keadaan menjadi tegang seketika apabila seorang penyokong perhimpunan itu meluru keluar ke arah perkarangan luar kompleks mahkamah untuk memaklumkan berita itu.

Para penyokong masih berhimpun untuk menunggu Anwar keluar dari mahkamah.

Polis terpaksa mengeluarkan arahan kepada mereka supaya bertenang.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali kemudiannya mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui di luar mahkamah.

"Datuk Seri Anwar tidak bersalah. Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat yang hadir untuk berhimpun. Tolak BN, Hidup Rakyat," katanya.


sumber : mstar

Ezani Farhana Md Monoto juara Masterchef Malaysia yang pertama.

Posted: 08 Jan 2012 07:36 PM PST


Peserta Ezani Farhana Md Monoto, 26, berjaya menewaskan Wahidan Ag Supain dengan bergelar juara MasterChef Malaysia yang pertama pada pertandingan akhir program Masterchef, malam Ahad.

Kemenangan Ezani melayakkan dirinya untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta kontrak menerbitkan dan mengedarkan buku masakan sendiri.

Ezani berkata, usaha gigihnya sehingga terpaksa meninggalkan sementara kerjaya profesional sebagai seorang doktor gigi untuk terlibat dengan program realiti tersebut ternyata berbaloi apabila dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia yang pertama.

"Dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia musim pertama merupakan perasaan yang paling menakjubkan dan sesuatu tidak pernah disangka akan terjadi dalam hidup saya.

"Terlalu banyak yang saya pelajari sepanjang pertandingan ini terutamanya ilmu-ilmu kulinari daripada chef-chef terkemuka, pendedahan dunia kulinari, pengalaman memasak dalam pelbagai situasi.

"Bersaing dengan Wahidan pada peringkat akhir merupakan satu penghormatan yang amat besar kerana dia merupakan seorang tukang masak yang paling jujur dan hebat," katanya yang ditemui selepas tamatnya siaran episod terakhir,

Santapan Penamat yang ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) di Tapis Rouge, di sini.

Pada permulaan episod 'Santapan Penamat' ini, Ezani dan Wahidan perlu melakukan pemeriksaan bahan di dapur sebelum mencipta menu dan resipi terbaik mereka.

Sebagai kejutan, setiap finalis perlu memilih lima peserta 'Top 24' yang telah tersingkir untuk membantu mereka menyediakan juadah yang perlu mereka siapkan dalam tempoh tiga jam.

Peserta Wahidan telah memilih Amita, Zamir, Danial, Shariah dan Deena manakala Ezani memilih Ary Malik, Brian, Felix Azilah dan Imelda.

Kedua-dua pasukan perlu menyediakan menu lengkap termasuk pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut untuk dihidangkan kepada 40 orang tetamu.

Wahidan memilih untuk menghidangkan Udang dan Kekapis di Perap dengan Citrus (Pembuka Selera), Siakap Beromakan Sos Kantan dan Tuhau (Hidangan Utama) dan Fillo Kastard Krim Bersama Buahan Beri (Pemanis Mulut).

Manakala Ezani menghidangkan Salad Nusantara dengan Kekapis (Pembuka

Selera), Lamb Cutlets dengan Medley Sayur-Sayuran (Hidangan Utama) dan Kek Ubi

Bit Berempah (Spiced Beetroot Cake) (Pemanis Mulut).

Tetamu yang hadir pada episod ini sebahagian besar merupakan para chef profesional dan menilai makanan yang disediakan.

Dalam pada itu, 40 peratus markah manakala juri tetap yang dibarisi oleh Chef Joe, Chef Zubir dan Chef Riz pula melengkapkan baki 60 peratus markah.

Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Puan Azlin Reza Azmi berkata MasterChef

Malaysia telah mencipta fenomena di negara ini dan menjadi satu lagi

program terbaik dan menjadi pilihan utama penonton sepanjang 12 minggu tayangan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PANASONIC 'Cooking Magic' selaku penaja utama MasterChef Malaysia. Begitu juga kepada penaja bersama iaitu Hong Leong Bank, Jaya Grocer, Maggi, MyChef, NeuVida Omega-9 Cooking Oil, BHP Petronas, MPH Bookstore dan Scott.

"Sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak sepanjang penerbitan MasterChef Malaysia amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan" ujarnya.

Beyonce Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Posted: 08 Jan 2012 07:34 PM PST



PENYANYI Beyonce Knowles telah selamat melahirkan anak sulungnya pada tengah hari Ahad di hospital Lenox Hill, New York.

Menurut laporan E! Online, pasangan selebriti itu telah menamakan Blue Ivy Carter kepada anak perempuan mereka itu.

Difahamkan Beyonce telah mendaftar masuk ke hospital tersebut pada Jumaat lalu dengan menggunakan nama samaran, Ingrid Jackson.

Ternyata anak sulung Beyonce menjadi berita panas apabila melihatkan orang ramai telah menyerbu hospital berkenaan sehinggakan seluruh kawasan tingkat empat yang diduduki Beyonce dikawal ketat.

Malah doktor serta jururawat juga tidak dibenarkan masuk ke tingkat tersebut.

Sebelum ini terdapat beberapa kontroversi mengenai kandungan Beyonce yang dianggap palsu.

Beyonce dan suaminya, Jay-Z telah berkahwin pada April 2008 dan kelahira Ivy sudah lama dinanti-nantikan oleh pasangan tersebut.

Disamping itu, beberapa selebriti seperti Rihanna dan kelly Rowland turut memberi ucapan tahniah ke atas kelahiran bayi berkenaan. -mstar-

Mface guna populariti artis

Posted: 08 Jan 2012 05:41 PM PST

DATUK AC MIZAL menggunakan populariti 60 rakan artis yang lain menarik pengguna menggunakan laman sosial Mface selain mahu membantu menambah pendapatan rakan artis yang memiliki syer dengan laman tersebut.


SEIRING dengan perkembangan teknologi yang berlaku pada masa ini, penggunaan laman sosial dilihat sebagai medium utama serta menjadi alat komunikasi yang paling popular.

Bermula dengan era MySpace dan Friendster, kini laman sosial yang menjadi pilihan ramai adalah Facebook dan Twitter dengan pengguna yang sudah mencecah jutaan orang tanpa mengenal usia.

Laman sosial Facebook misalnya yang kini sudah memiliki sehingga 500 juta pengguna di seluruh dunia sehingga menjadikan pengasasnya Mark Zuckerberg sebagai antara manusia yang terkaya di dunia.

Melihat kepada perkembangan yang luar biasa itu, kini muncul pula laman sosial terbaharu ciptaan anak tempatan iaitu Mface yang diasaskan dan dipengerusikan oleh seorang pengacara popular iaitu Datuk AC Mizal.

Dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Hotel Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini, pengacara berkenaan berkesempatan untuk menjelaskan tentang laman sosial yang dihasilkannya itu.

Kosmo!: Boleh ceritakan sedikit tentang laman sosial ini?

DATUK AC MIZAL: Mface adalah sebuah laman sosial terbaharu dengan konsepnya yang hampir sama dengan kebanyakan laman sosial yang lain. Apa yang membezakannya cuma reka bentuk paparan laman antara sesuatu laman web itu. Namun, saya yakin Mface yang bermaksud Malaysian Face ini mampu menjadi tarikan kepada para pengguna di negara ini.

Bagaimana boleh timbul idea untuk menghasilkan Mface?

Sebenarnya idea ini mula ditimbulkan bersama seorang individu iaitu Tedy Teow yang juga rakan kongsi dan pengasas bersama laman sosial Mface. Saya akui kewujudan laman sosial ini adalah ilham daripada laman Facebook yang mana fungsinya pengguna boleh mengemaskini status, maklumat terkini dan gambar dengan orang ramai.

Dengar kata anda turut mengundang 60 orang artis untuk menjayakan Mface ini?

Inilah satu lagi kelainan yang cuba dilakukan untuk membezakannya dengan laman sosial yang lain. Apa yang ingin saya tekankan, 60 orang artis yang saya undang ini adalah pemilik bersama serta rakan kongsi kepada Mface.

Setiap artis yang diundang, secara automatik mereka akan diberikan sebanyak 100,000 unit syer. Jika pengguna Mface nanti sudah mencecah satu juta pengguna, ia akan disenaraikan di bursa saham Malaysia.
ANTARA 60 selebriti yang kini menyertai Mface, laman sosial yang diilhamkan dari laman sosial Facebook, khusus untuk rakyat Malaysia.


Bagaimana pemilihan artis ini dilakukan?

Kebanyakan artis yang terpilih adalah terdiri daripada rakan-rakan yang pernah bekerjasama dengan saya sebelum ini serta artis yang mempunyai peminat mereka yang tersendiri. Antara artis-artis tersebut seperti Afdlin Shauki, Zizan Razak, Amyza Adnan, Ezlynn, Linda Rafar dan Diana Rafar, Kumpulan Forteen, Serina Redzuan, Azza Elite dan ramai lagi.

Selain menggunakan populariti mereka untuk menjayakan Mface ini, saya juga memang berhasrat untuk membantu mereka menambahkan sumber pendapatan. Sekiranya laman sosial ini disenaraikan nanti, sudah tentu mereka mempunyai pendapatan sampingan berdasarkan setiap syer yang mereka miliki itu.

Apa pula kelebihan yang pengguna dapat sekiranya mereka mendaftarkan diri dengan Mface?

Untuk mendaftarkan diri sebagai pengguna Mface, sesiapa sahaja boleh mendaftar di laman sesawang www.mface.me tanpa dikenakan sebarang bayaran. Apa yang menariknya, kepada mereka yang aktif menggunakan laman sosial ini mereka diberi markah-markah tertentu.

Kemudian pada setiap minggu seorang pengguna yang mendapat markah tertinggi berpeluang untuk memenangi hadiah iPad 2. Ia adalah salah satu promosi yang kami jalankan dan akan berterusan selama tempoh enam bulan.

Bagaimana dengan tahap keselamatan untuk laman sosial ini?

Sememangnya pihak kami mahukan Mface bersih daripada segala unsur-unsur yang kurang baik seperti menggunakannya untuk memaki dan mengaibkan orang atau perkara yang membabitkan politik.

Buat masa ini, kami mempunyai beberapa orang petugas yang akan sentiasa membuat pemantauan sebagai langkah keselamatan. Sekiranya ada pengguna meletakkan status yang tidak sepatutnya, secara automatik status tersebut akan terus dipadamkan.

Adakah Mface mampu untuk menjana sumber pendapatannya sendiri?

Dalam kebanyakan laman sosial yang ada, penjenamaan adalah yang paling menjadi keutamaan. Dengan jenama yang kuat sudah tentu ia akan meningkatkan lagi jumlah 'traffic volume' yang menunjukkan sosial tersebut sering digunakan dan dilawati.

Untuk sumber pendapatan, semuanya kini bergantung kepada syarikat yang mahu mengiklankan produk-produk mereka menerusi Mface. Semakin ramai yang guna Mface, tidak mustahil iklan yang diperoleh menjadi semakin meningkat.-kosmo-

Keputusan kes liwat Anwar hari ini

Posted: 08 Jan 2012 05:13 PM PST


KUALA LUMPUR – Teka-teki berhubung kesudahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, empat tahun lalu bakal terjawab apabila Mahkamah Tinggi di sini dijangka membacakan keputusan perbicaraan hari ini.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah akan memberi keputusan pagi ini selepas meneliti dan mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak di akhir pembelaan sama ada akan membebaskan Anwar atau mensabitkan Ketua Pembangkang itu bersalah.

Sekiranya disabitkan bersalah, Anwar berhadapan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, Anwar masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 16 Mei 2011, Anwar, 65, diarah membela diri atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful, 27, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Mohamad Zabidin ketika memutuskan Anwar membela diri berkata, mahkamah tiada sebab untuk menolak segala bukti dan keterangan saksi yang dikemukakan pendakwaan berhubung penglibatan tertuduh dalam kes itu.

Beliau menerima keterangan dua pakar daripada Jabatan Kimia iaitu Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon mengenai kewujudan DNA Male Y iaitu DNA lelaki asing pada dubur Mohd. Saiful yang disahkan sebagai DNA Anwar.

Keputusan itu diperoleh hasil perbandingan sampel DNA berdasarkan tiga barang Anwar yang diambil dari dalam lokap Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur semasa Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol bekas air mineral kosong.

Bagaimanapun Anwar pada 22 Ogos 2011 mengambil langkah membela diri dari dalam kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah.

Tindakan itu menyebabkan keterangan Anwar rapuh dan kurang kukuh kerana pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden tidak berpeluang menyoal balas.

Pihak pembelaan yang diketuai Karpal Singh mengemukakan tujuh saksi termasuk dua pakar forensik dari Australia, Dr. Brian McDonald dan Dr. David Wells serta seorang pakar ortopedik dari Belanda, Dr. Thomas Hoogland bagi mempertikai bukti DNA.

Anwar sebelum ini pernah didakwa atas tuduhan serupa iaitu meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar pada 2000 namun selepas disabitkan bersalah dan menjalani hukuman penjara empat tahun, hukuman terhadapnya diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, Anwar mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos 2008 atas tuduhan tersebut.

Seramai 27 orang saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 3 Februari 2010 dengan saksi pertama ialah pengadu sendiri, Mohd. Saiful mendakwa diliwat oleh Anwar ketika menghantar fail yang tertinggal di pejabat.

Mohd. Saiful dalam keterangannya juga mendakwa tidak membuang air besar selama dua hari selepas kejadian sebelum membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008.

Pihak pembelaan sebelum ini beberapa kali memohon supaya tuduhan liwat itu diketepikan atas beberapa alasan termasuk alasan Mohd. Saiful dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif mempunyai hubungan sulit namun semuanya gagal.

Pihak pembelaan juga gagal mendapatkan laporan perubatan Anwar yang dibuat oleh doktor HKL.

Selain itu, usaha Anwar sebanyak tiga kali supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes tersebut turut ditolak oleh Mahkamah Tinggi. -kosmo-

Stephen Hawking sambut ulang tahun ke-70

Posted: 08 Jan 2012 05:02 PM PST


 
STEPHEN HAWKING duduk di pejabatnya di Universiti Cambridge, Britain pada 11 Disember tahun lalu.



CAMBRIDGE - Saintis Britain yang terkenal, Stephen Hawking menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-70 semalam.

Pakar-pakar sebelum ini meramalkan dia akan meninggal dunia lebih awal kerana menghidap penyakit motor saraf.

Hawking disahkan menghidap penyakit itu semasa dia berumur 21 tahun.

Ketika itu, dia diberikan masa hanya lima tahun untuk hidup.

Walaupun, dia menghabiskan banyak masa duduk di atas kerusi roda dan tidak mampu bercakap dengan sempurna, teori fiziknya mengenai rahsia dunia telah menjadikannya seorang yang popular.

Hawking bercakap dengan bantuan sebuah komputer.

Bagi meraikan ulang tahun kelahirannya, dia akan berucap kepada rakan-rakan dan kakitangan di Universiti Cambridge.

Pada 1974, semasa berumur 32 tahun, Hawking menjadi salah seorang felo termuda dalam Persatuan Diraja.

Lima tahun kemudian, dia menjadi Profesor Lucasian Matematik di Universiti Cambridge yang pernah dipegang oleh Issac Newton.

Bukunya yang terkenal ialah A Brief History of Time. - Agensi

Gambar The World Dubai - Pulau Buatan Berjalan Lancar di Dubai

Posted: 08 Jan 2012 04:59 PM PST


 PEMBANGUNAN dilihat dilakukan di salah sebuah pulau buatan di Dubai kelmarin.


DUBAI - Kerja-kerja pembinaan di pulau buatan manusia yang terletak di luar pantai Jumeirah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berjalan dengan lancar.

Sejumlah pulau buatan manusia itu mempunyai 300 pulau tiruan yang dibahagikan kepada empat kategori iaitu, rumah peribadi, hartanah, resort impian dan komuniti.

Ia dimajukan oleh syarikat pembinaan, Nakheel Properties.

Menurut syarikat itu, pulau pertama akan dibuka dalam tempoh terdekat dengan pelancaran Kelab Pantai Pulau Dunia.

Resort itu pada mulanya dijangka dibuka pada suku keempat 2011 tetapi kerja-kerja pembinaan projek tersebut ditangguhkan menyebabkan ia lewat disiapkan.

Resort eksklusif di pulau itu memerlukan seseorang ahli membayar sebanyak AS$10,890 (RM34,249) selama setahun. - Agensi







sumber : google

Duit syiling tahun 1793 dilelong RM4.34 juta

Posted: 08 Jan 2012 04:49 PM PST


 
GAMBAR menunjukkan bentuk depan dan belakang duit syiling satu sen Amerika Syarikat (RM0.03) yang dilelong pada harga RM4.34 juta di Florida kelmarin.


ORLANDO, Amerika Syarikat (AS) - Satu keping duit syiling satu sen (RM0.03) pada tahun 1793 dilelong pada harga AS$1.38 juta (RM4.34 juta) pada satu lelongan di Florida.

Seorang kakitangan firma Heritage Auctions, James Halperin memberitahu kelmarin bahawa nama orang yang membelinya tidak didedahkan tetapi dia merupakan seorang pengumpul duit.

Duit tersebut dibuat di Mint di Philadelphia pada 1793 iaitu tahun pertama AS menghasilkan duitnya sendiri.

Salah seorang pemilik awal duit tersebut ialah seorang ahli perbankan dari Baltimore, Louis E. Eliasberg, Sr.

Eliasberg diberi nama jolokan raja duit syiling sebelum kematiannya pada 1976.

Dia menyimpan koleksi yang mengandungi sekurang-kurangnya satu keping contoh duit syiling yang telah dikeluarkan oleh kilang syiling AS, Unites States Mint. - AP

Gambar Kapal kargo terputus dua

Posted: 08 Jan 2012 04:48 PM PST


 KAPAL kargo Rena terputus dua di Terumbu Astrolabe di luar perairan Pulau Utara, New Zealand semalam.



WELLINGTON - Sebuah kapal kargo yang mencetuskan bencana pencemaran maritim kerana terkandas di Terumbu Astrolabe di luar perairan Pulau Utara, New Zealand tiga bulan lalu akhirnya terputus dua dalam satu kejadian ribut semalam.

Badan kapal yang bernama Rena itu terputus dua yang berjauhan di antara 20 hingga 30 meter selepas dibadai ombak setinggi tujuh meter.

Minyak mula mengalir keluar dari kapal itu yang terkandas di terumbu tersebut sejak 5 Oktober tahun lalu.

Ia merupakan baki minyak yang terdapat dalam kapal tersebut selepas 350 tan minyak bocor dari Rena yang menyebabkan 1,300 burung mati.

Kapten kapal itu dari Filipina dan pegawai kedua kapal itu telah ditangkap dan berdepan dengan pelbagai dakwaan kerana menyebabkan ia terkandas dan mencetuskan bahaya kepada alam sekitar. - Agensi

Detik serangan harimau bintang

Posted: 08 Jan 2012 04:46 PM PST


 DUA orang membantu seorang lelaki yang diserang seekor harimau bintang di Guwathi, India kelmarin.


NEW DELHI - Seekor harimau bintang mencakar empat orang selepas haiwan itu sesat di Silphukhuri di Guwahati, timur laut India, menurut beberapa laporan semalam.

Insiden itu yang berlaku kelmarin apabila harimau tersebut memasuki sebuah rumah dan mula menyerang sejumlah penduduk di sebuah kawasan yang sibuk.

"Kami berasa terkejut apabila melihat seekor harimau bintang berada di dalam rumah dan kemudian haiwan berkenaan mula menyerang," kata seornag saksi, Nipu Das kepada agensi berita IANS.

Orang ramai melarikan diri dalam keadaan panik semasa insiden berkenaan berlaku.

Bagaimanapun, harimau itu kemudian ditembak dengan ubat pelali oleh satu pasukan hidupan liar.

Haiwan itu kemudian dihantar ke sebuah zoo.
SEJUMLAH orang menyaksikan seekor harimau bintang yang ditembak dengan ubat pelali di Guwahati, India kelmarin.

Pihak berkuasa menyatakan haiwan itu datang dari sebuah hutan di pinggir Guwahati.

Pemusnahan hutan di sekitar bandar-bandar di India telah menyebabkan sejumlah haiwan liar keluar dari habitat asal dan menyerang manusia.

Kejadian yang sama telah dilaporkan berlaku di Jammu dan Kashmir, Uttar Pradesh serta Haryana sejak beebrapa bulan lalu. - Agensi

Video Lee Chong Wei vs Lin Dan - Final Super Series Korea Open 2012

Posted: 08 Jan 2012 04:40 PM PST

 
CHONG WEI (kiri) menewaskan Lin Dan pada final Kejohanan Badminton Terbuka Korea semalam.


AKHIRNYA, badi dan mimpi buruk jaguh perseorangan negara apabila bertemu Lin Dan lenyap di gelanggang Korea.

Semalam, takhta juara pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea kembali ke genggaman pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei setelah mengalahkan seteru utamanya, Lin Dan.

Dengan keputusan 12-21, 21-18, 21-14, Chong Wei dipaksa bekerja keras sebelum menumpaskan jaguh dari China itu pada final acara perseorangan lelaki.

Kejayaan pemain berusia 29 tahun di Gimnasium Olimpik Seoul, Korea itu menyaksikan dia membawa pulang ganjaran bernilai AS$75,000 (RM235,875).

Lin Dan yang menang selesa 12-21 di set pertama tidak kekal lama apabila Chong Wei menemui rentak untuk 'mendiamkan' jagoan dari China itu dengan mengheretnya ke perlawanan ke set penentuan yang mengambil masa satu jam 16 minit.

Nyata, reaksi positif yang ditunjukkan dan semangat untuk membalas dendam yang membara, memberi impak ke atas kejayaannya untuk menumbangkan Lin Dan.

Sejak awal lagi, bahang pertembungan antara dua musuh tradisi ini amat terasa dalam keduanya mencari kemenangan dengan menjelangnya Sukan Olimpik Julai nanti.

Justeru, dengan gelaran juara pada awal tahun 2012, ia dilihat bukan saja membangkitkan semangat juara dunia itu dalam pemburuan pingat emasnya di Sukan Olimpik 2012 malah sebagai peringatan kepada jaguh-jaguh China lain termasuk Chen Long.

Malah, rekod perlawanan yang konsisten memperlihatkan Chong Wei masih mempunyai sentuhan berbisa untuk membenam pemain-pemain dari China yang selama ini sering menjadi halangan kepadanya.

Ini termasuklah skrip ulangan yang ditempuhi Chong Wei tahun lalu apabila terpaksa bertarung hebat untuk menewaskan bintang dari China, Du Pengyu dalam aksi separuh akhir kelmarin.

Sementara itu, Lin Dan, juara dunia empat kali yang menewaskan Chong Wei dalam empat daripada lima pertemuan sepanjang 2011, terlebih dahulu menunjukkan jalan keluar kepada pemain Jepun, Sho Sasaki dalam perlawanan separuh akhir kelmarin.

Dalam pada itu, bagi kategori beregu lelaki pula, pemain tuan rumah, Jae Sung Jung-Yong Dae Lee tumpas kepada pemain China, Chai Yun dan Fu Haifeng dengan keputusan 18-21 21-17 21-19.

Bagi perseorangan wanita, peserta China, Wang Shixiang mudah menumpaskan rakan senegara, Jiang Yanjioa 21-12 21-17.

Peserta China terus gah apabila meraih kejuaraan dalam kategori beregu wanita dengan kejayaan Tian Qing-ZhaoYunlei 21-18 21-13 ke atas Jung Eun Ha-Ming Jung Kim dari Korea.

Lee Chong Wei vs Lin Dan – Part 1 



Lee Chong Wei vs Lin Dan – Part 2








sumber : youtube

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad (KOOPJB)

Posted: 08 Jan 2012 04:28 PM PST

 http://2.bp.blogspot.com/-DGPy3rSifX8/TwceRkH2soI/AAAAAAAADGk/I61fJgzjmww/s1600/Jawatan%2BKosong%2BKoperasi%2BPegawai%2BKerajaan%2BDaerah%2BJohor%2BBahru%2BBerhad%2B%2528KOOPJB%2529.png

Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Sistem Maklumat
2. Juruteknik
3. Pembantu Eksekutif
4. Pembantu Am Rendah

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Borang-borang yang sempurna di isi hendaklah disertakan gambar berukuran pasport terkini dan juga SALINAN PHOTOSTAT Sijil Beranak, Kad Pengenalan, Sijil Keputusan Peperiksaan-Peperiksaan, Diploma atau Ijazah beserta salinan transkrip yang lengkap yang telah diakui salinan sah (Kumpulan A – Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan B – Kumpulan Sokongan I) dan dicatatkan nama jawatan berkenaan di penjuru kiri atas setiap sampul surat. [Sekiranya permohonan tidak disertakan syarat sepertimana yang di atas, pihak kami akan menolak permohonan tersebut].

2. Bagi kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil perlu mendapat pengiktirafan kelayakan diJabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui laman web interaktif JPA http://www.mqa.gov.my/ dan melampirkan bersama borang permohonan.

3. Pegawai-pegawai Koperasi yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Pengurus Koperasi.

PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:

Pengurus
Koperasi Pegawai Kerajaan Daerah Johor Bahru Berhad
Tingkat 3, Bangunan Kerjasama,
Jalan Dhoby,
80000 Johor Bahru,
Johor


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Encik Mohd Halme bin Md Samoin di talian 07-2230201/2201 atau 017-7600785

Tarikh Tutup Permohonan Pada 20 Januari 2012

Video Jaringan Dan Keputusan Penuh Manchester United Vs Manchester City - FA Cup 8 Januari 2012

Posted: 08 Jan 2012 09:18 PM PST


Manchester United 3 - 2 Manchester City


LONDON: Bakal Juara Piala FA England (FA CUP) musim ini, Manchester united menang 3-2 keatas Manchester City di Stadium Etihad dalam saingan pusingan ketiga Piala FA. Wayne Rooney meledak dua gol bagi membawa kemenangan dramatik Manchester United ke atas juara bertahan Piala FA musim lepas itu .

Perlawanam itu juga menyaksikan Manchester City terpaksa bermain 10 pemain selepas pertahanannya, Vincent Kompany dibuang padang kerana mengkasari Nani. Jaringan Rooney muncul pada minit ke-10, dua minit sebelum Kompany yang juga kapten City dibuang padang menerusi tandukan yang mengelirukan.

Danny Welbeck kemudian menambah derita Manchester City pada minit ke-30 menerusi sepakan bergaya akrobatik sebelum Rooney menambah gol ketiga Manchester United selepas sepakan penaltinya ditampan penjaga gol City, Costel Pantilimon.

Masuk separuh masa kedua, Manchester City cuba melakukan kebangkitan dengan jaringan Aleksandar Kolarov pada minit ke-48 menerusi sepakan percuma.

Pemain tengah lagenda Manchester United, Paul Scholes yang kembali beraksi selepas bersara dimasukkan menggantikan Nani tapi kesilapan hantarannya pada minit ke-59 membolehkan Sergio Aguero menyumbat gol pada minit ke-65 untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Kedudukan itu terus kekal sehingga wisel penamat apabila United terus mengamalkan permainan bertahan. Selepas ini dua pasukan sejiran ini akan bertandang ke Old Trafford pula untuk perlawanan timbal balik FA CUP England ini.





 




 
 
credit to www.oldtraffords.com

No comments: