Friday 6 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


PANAS! Janda Meletop Malaysia !

Posted: 05 Jan 2012 10:43 AM PST


Bila dengar bab cerai-cerai ni, artis Malaysialah paling juara. Setelah bercinta bagai nak rak dan majlis perkahwinan pula dilangsungkan hingga mencecah sehingga ratusan ribu, akhirnya ia tidak mampu bertahan lama.

Namun, semua itu adalah ketentuan Tuhan yang Maha Esa. Sebagai manusia biasa kita terpaksalah menerimanya dengan hati yang redha.

Sungguhpun begitu sudah jadi lumrah, bila saja artis wanita kita sudah memegang title janda, ada saja tempias cerita-cerita atau gosip yang tak sedap didengar. Lebih-lebih lagi jika mereka dikaitkan dengan suami orang atau VVIP.

Jom kita tengok siapa janda meletop kita: -


Rozita Che Wan



Dikenali sebagai janda meletop No. 1 kerana memiliki bentuk badan mengiurkan dan paras rupa yang tiada tandingannya. Sehinggakan ramai jejaka-jejaka dan VIP ingin mendekati si cantik manis ini. Suami Dato' Siti Nurhaliza iaitu Dato Khalid Mohd Jiwa pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan kaka kepada pelakon Ayu Raudhah ini. Namun, sepertimana Ayu, perasaan Rozita nampaknya lebih terpaut dengan si pemain bola sepak.

 
Nora Danish



Pelakon comel yang kecil molek ini mula menjanda setelah melahirkan anak pertamanya Rayqal, yang kini sudah pun menjangkau umur satu tahun. Hingga kini, Nora masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Fasha Sandha pernah mengganggu-gugat rumahtangga yang pernah dibina bersama Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 38.


Natasha Hudson



Model dan pelakon berdarah kacukan ini terpaksa menjanda sebanyak dua kali selepas bercerai dengan Datuk Shahrin Zahari, 28. Perceraian yang pertama bersama seorang usahawan bergelar Faiz. Kini, Natasha dilaporkan sudah pun mempunyai pengganti. Siapa si dia ini?

 
Abby Abadi



Bekas anggota kumpulan Elite ini pernah bercerai dalam waktu yang singkat bersama Norman Hakim akibat kehadiran orang ketiga. Demi anak-anak, mereka kemudian telah rujuk semula. Namun, selepas Norman dicekup berkhalwat dengan pelakon muda, Memey Suhaiza pada tahun lalu, rumahtangga mereka sudah tdak diselamatkan lagi. Akhirnya Abby Abadi memohon cerai daripada Norman dan masih menjada sehingga kini.

 

Sarimah Ibrahim



Tidak ada angin tidak ada ribut, rumahtangga Sarimah atau Kak Mah dengan jejaka kelahiran Australia, Amir Andrew Browning nampaknya hanya mampu bertahan selama 3 tahun saja. Sejak itu, Kak Mah hanya dilihat menumpukan perhatian dengan kerjaya pengacaraanya.


Dayang Erema



Perkahwinan penyanyi Erema pernah mencetuskan kontroversi kerana dia sanggup mengahwini penulis lirik bernama Jamaludin Sulik atau Seri Bayu dalam keadaan yang cacat demi kerana cinta. Namun, akhirnya Erema mkenuntut cerai daripada Seri Bayu dengan alasan sudah tiada persefahaman lagi.

 
Farah Ashikin



Hanya setahun lebih berkahwin dengan Dr Fariz Yahya, penyanyi Farah Ashikin akhirnya menjada Penyanyi Farah Asejak tahun 2008 lagi. Mereka pernah tinggal berasingan selama 3 bulan dalam usaha untuk memulihkan krisis rumahtangga mereka tetapi ia nampaknya tidak berjaya.

 
Fauziah Latiff



Penyanyi yang bersuara lunak yang pernah mencetuskan zaman kegemilangan pada era 80-an sudah pun menjada sebanyak 2 kali. Menerusi perkahwinan pertama, perkahwinannya dengan anak saudara Sultan Selangor hanya mampu bertahan selama 3 tahun saja.

Bersama Johan Indot, perkahwinannnya hanya dapat dipertahankan selama 10 tahun saja. Namun menerusi Johan, Fauziah dikurniakan 2 cahaya mata lelaki.


Siti Nordiana




 

Pada awalnya, ramai yang tidak setuju dengan keputusan Siti Nordiana untuk mengahwini pelakon dan model Faizal Yusof yang selama ini dilabel sebagai playboy. Namun, atas dasar cinta, perkahwinan mereka diteruskan. Sejak itu, gosip tentang hubungan Faizal bersama wanita lain sering tersebar. Akhirnya setelah dikurniakan anak yang menjangkau setahun lebih, rumahtangga Siti Nordiana dengan Faizal tidak dapat diselamatkan lagi.


Nurul 




Di mana ada Nurul, di situ ada Ajai. Tak hairanlah jika mereka digelar Nurul Ajai. Lebih-lebih lagi selepas tampil sebagai pasangan duet suami isteri yang cukup berjaya seperti rakan mereka, Kris Dayanti dan Anang. Namun, semua itu hanya tinggal kenangan. Setelah bercerai yang kononnya disebabkan kehadiran orang ketiga, Nurul lebih senang digelar Nurul Abd Wahab. Baru-baru ini juga, Nurul turut dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan seorang jejaka Mat Salleh.


sumber : murai.com.my

Top 10 Filem Tempatan Dengan Kutipan Tertinggi 2011

Posted: 05 Jan 2012 09:45 AM PST



KUALA LUMPUR, 29 DIS 2011: Tahun 2011 nyata merupakan tahun yang amat positif buat penggiat filem tempatan apabila dilihat daripada segi kutipan tiket yang diterima untuk filem yang ditayangkan.

Hampir 42 filem tempatan telah ditayangkan sepanjang tahun ini bermula dari Januari sehingga Disember dan daripada jumlah tersebut, enam daripadanya mencatat kutipan yang amat memberangsangkan apabila memperoleh keuntungan lebih daripada RM5 juta.

Skop Production Sdn BHd dilihat antara pendominasi utama carta pecah panggung untuk tahun ini apabila dua filemnya, KL Gangster dan Khurafat telah menyumbangkan keuntungan hampir RM20 juta kepada syarikat hak milik Datuk Yusof Haslam itu.

Tidak kurang hebatnya ialah filem-filem terbitan Metrowealth (MIG), syarikat produksi milik David Teoh seperti Kongsi , Bini-Biniku Gangster serta Alamak Toyol turut menghuni carta kutipan tertinggi.

Tumpuan juga harus diberikan kepada pencapaian filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang kini dikatakan telah mencapai kutipan sehingga RM10 juta dan masih ditayangkan. Adakah Ombak Rindu akan berjaya mengatasi kutipan tertinggi yang kini dipegang filem KL Gangster? Sama-sama kita nantikan dan sementara itu, kita lihat dulu senarai 10 filem tempatan yang berjaya dengan kutipan tertinggi.



1) KL Gangster (RM11.74 juta)


Filem arahan Syamsul Yusof yang ketika ini memegang rekod sebagai filem melayu dengan kutipan tertinggi dalam sejarah. Filem lakonan Aaron Aziz dan Adi Putra berkisar permusuhan dunia samseng di Kuala Lumpur ini telah mencatat kutipan RM11.74 juta dan Syamsul Yusof sendiri telah diiktiraf sebagai Pengarah Terbaik untuk arahannya dalam filem ini dalam FFM24. Kejayaan KL Gangster membuktikan filem aksi kini mula mendapat perhatian peminat filem tempatan yang masa satu ketika dahulu dipenuhi genre seram.



2) Ombak Rindu (RM11.2 juta)

Masih ditayangkan ketika ini namun pencapaiannya mencatat kutipan RM10 juta setelah dua minggu ditayangkan adalah satu pencapaian yang luar biasa hebatnya. Filem arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Fauziah Ashari. Menceritakan tentang kehidupan seorang gadis bernama Izzah yang yatim piatu yang kemudiannya jatuh cinta dengan seorang lelaki kaya bernama Hariz. Juga merupakan genre baru yang menarik minat filem tempatan ke panggung setelah sebelum ini dikuasai genre seram.



3) Hantu Bonceng (RM8.53 juta)

Filem komedi seram nampaknya masih lagi mempunyai daya tarikan kuat untuk penonton ke pawagam. Hantu Bonceng diarahkan oleh Ahmad Idham, satu nama yang tidak dapat dipisahkan dengan kutipan box-office. Elemen komedi, aksi dan seram memang tidak dapat dipisahkan dengan pengarah ini dan sekali lagi dia menyuntik elemen tersebut ke dalam Hantu Bonceng. Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans digandingkan di layar perak untuk filem yang berkisar mat rempit diganggu hantu wanita yang pernah kemalangan bersamanya. Pastinya Ahmad Idham sudah pastinya tersenyum dengan kutipan lebih RM8 juta untuk filem tersebut.



4) Kongsi (RM8.09 juta)
Shaheizy Sam, itulah nama utama yang menjadi penyebab untuk menarik penonton ke panggung ketika ini. Bintang paling popular itu dilihat sebagai elemen utama untuk Kongsi arahan Farid Kamil mencatat kutipan RM8.09 juta. Kongsi berkisarkan seorang pembunuh upahan dari Thailand yang memegang misi untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia dan tidak dinafikan filem yang mempunyai wajah Shaheizy berpeluang cerah untuk berjaya mencatat kutipan box-office.



5) Khurafat (RM8.08 juta)

Khurafat merupakan filem kedua paling berjaya arahan Syamsul Yusof untuk tahun 2011 ini. Ditayangkan seawal bulan Januari dan mencatatkan kutipan lebih RM8 juta. Lantas penggiat filem dan pihak media melihat ia sebagai penanda aras kepada satu perkembangan positif. Dilakonkan oleh Syamsul sendiri bersama Liyana Jasmay, keunikan jalan ceritanya serta imej seram yang begitu efektif menjadi penarik utama penonton ke panggung.



6) Hikayat Merong Mahawangsa (RM6.5 juta)

Filem Terbaik untuk Festival Filem Malaysia ke 24. Filem epik sejarah yang berkisar tentang Merong Mahawangsa yang membentuk kerajaan utama Langkasuka ini diterbitkan KRU Studio dan diarahkan Yusry Abdul Halim. Walaupun berjaya mencatat kutipan RM6.5 juta, ramai yang mengganggap filem ini sepatutnya mencatat kutipan jauh lebih baik dan setimpal dengan bajetnya yang besar. Setiap elemen sama ada daripada segi kostum, prop dan efek kesan khas sememangnya mengkagumkan malah boleh dikatakan setanding dengan kualiti antarabangsa.



7) Nur Kasih The Movie (RM4.93 juta)

Asalnya sebuah drama bersiri TV, namun populariti yang tinggi menyebabkan Nur Kasih diadaptasi ke dalam bentuk filem pula. Hebatnya kisah cinta Adam dan Nur Amina yang menjadi ikutan buat peminat telah membolehkan Nur Kasih The Movie arahan Kabir Bhatia mencatat keuntungan RM4.93. Lebih penting, nama Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan Fizz Fairuz kini telah menjadi nama besar dalam industri hiburan di atas kejayaan siri Nur Kasih tersebut.



8) Bini-Biniku Gangster (RM4.71 juta)


Gandingan Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Yana Samsudin dalam Adnan Sempit sememangnya dilihat ada chemistry dan mungkin atas dasar itulah mereka bertiga digandingkan sekali lagi dalam filem Bini-Biniku Gangster. Hasilnya, filem arahan Ismail Bob Hashim ini berjaya mengutip RM4.71 juta dan siapa sangka, filem yang menceritakan kisah seorang lelaki beristeri dua, namun tidak mengetahui yang kedua-dua isterinya itu adalah ketua gangster untuk kumpulan masing-masing adalah hasil garapan skrip oleh Yana Samsudin sendiri.



9) Karak (RM4.28 juta)


Merupakan percubaan pertama KRU Studio menerbitkan filem bergenre seram dan buat pertama kalinya, juara Akademi Fantasia 8, Shahir muncul di layar perak. Inisiatif Yusry Abdul Halim untuk menterjemahkan kisah urban legend di lebuhraya Karak seharusnya dipuji dan tidak lengkap sesebuah filem KRU itu jika tanpa efek kesan khas yang hebat. Karak berjaya mengutip RM4.28 juta dan genre seram dilihat masih merupakan pilihan utama untuk penonton ke panggung.



10) Alamak Toyol (RM3.74 juta)

Alamak Toyol diarahkan Ismail Bob Hashim dan dilakonkan oleh Along dan Angah dari Raja Lawak. Baru saja ditayangkan November lalu dan kutipannya dilihat memberangsangkan dengan keuntungan mencecah RM3.74 juta. Kisah dua orang perompak yang melatih toyol belaan mereka mencuri ini sarat dengan komedi ringan dan sepertimana juga genre seram, genre komedi masih merupakan elemen utama penonton di Malaysia.


sumber : murai.com.my

David Beckham Lancar Koleksi Pakaian Dalam

Posted: 05 Jan 2012 09:30 AM PST


Bintang bola sepak terkenal dunia, David Beckham mengorak langkah dengan melancarkan koleksi pakaian dalamnya sendiri hasil kolaborasi bersama H&M. Koleksi pakaian ini akan mula berada di pasaran pada 1 Februari ini dan boleh didapati di 1800 gedung H&M seluruh dunia.

Antara pakaian yang terdapat dalam koleksi ini adalah 'brief', 'boxer', T-shirt dan juga pakaian tidur yang semuanya dijual dengan harga yang berpatutan bermula daripada USD12.95 hingga USD29.95 sahaja.

Difahamkan Beckham akan melancarkan koleksi terbaru pada setiap musim bagi disesuaikan dengan keadaan cuaca dan keselesaan pemakai.


sumber : media hiburan

Bedways - 2011 (BRRip - Mediafire Link)

Posted: 05 Jan 2012 03:56 AM PST



Release Date: 21 June 2011 (USA)
Genre: Drama | Music | Romance
Stars: Miriam Mayet, Matthias Faust and Lana Cooper
Quality: BluRay 720p
Format: Matroska (.mkv)
Size: 600 MB
Video: 1280 X 960




..::Part 1::..
..::Part 2::..
..::Part 3::..

Password

MediafireHBO.COM


OR



..::Part 1::..
..::Part 2::..
..::Part 3::..
..::Part 4::..


OR




..::Part 1::..
..::Part 2::..
..::Part 3::..

Password

AmoviesZ.com

Hollywood Sex Wars - 2011 (Mediafire Link)

Posted: 05 Jan 2012 02:37 AM PST



..::Part 1::..
..::Part 2::..

Password

loadzoom.com


OR



..::Part 1::..
..::Part 2::..

Password

MediafireHBO.COM

Amaran! Bahaya Upload Gambar di Facebook

Posted: 05 Jan 2012 02:26 AM PST

Perhatian, kepada semua pengguna Facebook (FB) beringatlah dan berfikirlah terlebih dahulu sebelum korang upload gambar di FB, sebabnya korang lihat sendirilah apa yang terjadi kepada sorang pengguna FB ni... sungguh menyayat hati...

http://4.bp.blogspot.com/-djpsp4xBdF0/TuZbXwLMHPI/AAAAAAAAB4o/dr34vSxAJl0/s400/1071a.jpg

Lihatlah sendiri hasilnya di bawah.....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v















P/s : so,awek2 berani ker letak pic korang yg seksi2 tue..yg tutup semua,bagus la..hehehehe..fikir la byk kali sebelum nk upload apa2 kat fb tue erk.. 

sumber : syok.org

Songlap - 2011 (DVDRip - Mediafire Link)

Posted: 05 Jan 2012 02:17 AM PST


Genre: Action | Drama
Runtime: 96 min
User Rating: 7.8/10 (7 users)
Country: Malaysia
Language: Malay
Subtitle: None


..::Part 1::..
..::Part 2::..
..::Part 3::..

Password

kakidownload.com


OR



..::Part 1::..
..::Part 2::..

credit to kuryu

Clash Of Empires:Battle For Asia - 2011 (BRRip - Mediafire Link)

Posted: 05 Jan 2012 02:14 AM PST



(Merong Mahawangsa Versi English)

STARS………..: Stephen Rahman Hughes, Dato Haji Rahim Razali, Khir Rahman
ViDEO……: 1280 x 720
AUDiO………..: AAC | 48 Kbps
FORMAT………: MKV
RUNTiME………: 1h 49mn
GENRE………..: Action | Adventure
ENODER………..: Sayfull
SOUrCE………..: 720p.BluRay.x264-METH


..::Part 1::..
..::Part 2::..
..::Part 3::..
..::Part 4::..

Real Steel - 2011 ( BRRip - Mediafire Link )

Posted: 05 Jan 2012 02:10 AM PST


Set in the near future, where robot boxing is a top sport, a struggling promoter feels he's found a champion in a discarded robot. During his hopeful rise to the top, he discovers he has an 11-year-old son who wants to know his father.


..::Part 1::..
..::Part 2::..
..::Part 3::..
..::Part 4::..
..::Part 5::..

ENGLISH SUBTITLE

p/s : sub bahasa apa ntah,tp boleh off..utk VLC user sahaja..ambik VIDEO..pastu SUBTITLE TRACK..pastu click DISABLE..settle..


OR



..::Part 1::..
..::Part 2::..
..::Part 3::..
..::Part 4::..

ENGLISH SUBTITLE

Password

loadzoom.com


OR



..::Part 1::..
..::Part 2::..
..::Part 3::..
..::Part 4::..

ENGLISH SUBTITLE

Password

hnmovies.com


OR



..::Part 1::..
..::Part 2::..
..::Part 3::..
..::Part 4::..

ENGLISH SUBTITLE

Barely Legal - 2011 (Mediafire Link)

Posted: 05 Jan 2012 02:04 AM PST


Release Date................: 26 July 2011
Genre...................: Comedy
Cast.....................: Jeneta St. Clair, Lisa Younger and Melissa Johnston
Quality..............: DVDRip
Source...............: DVDRip XviD-NYDIC
Complete name...............: Barely.Legal.2011.DVDRip.x264.350MB.Hnmovies.mkv
Format........................: Matroska
File size ..................: 350 MiB
Duration.....................: 1h 31mn
Overall bit rate.....................: 534 Kbps


..::Part 1::..
..::Part 2::..

Password

hnmovies.com


OR



..::Part 1::..
..::Part 2::..
..::Part 3::..
..::Part 4::..

Konsert Reunion Akhir Akademi Fantasia - 2011 (Mediafire Link)

Posted: 05 Jan 2012 01:58 AM PST


Sinopsis: Saksikan Konsert Reunion yang menyatukan hampir ke semua artis-artis Akademi Fantasia di atas satu pentas. Juga, persembahan dari pengacara kesayangan Aznil Hj Nawawi dan tenaga-tenaga pelajar yang turut memeriahkan konsert ini.


..::Part 1::..
..::Part 2::..
..::Part 3::..

Password

kakidownload.com

Datin Ghairah - 2011 (Mediafire Link)

Posted: 05 Jan 2012 01:55 AM PST


Release Date: 8th December 2011 (Showtimes)
Language: Malay
Running Time: 89 mins
Genre: Comedy
Director: Sabree Fadzil
Cast: Faizal Hussein, Maria Farida, Aaron Aziz
Local Distributor: Metrowealth

SCREENSHOT



..::Part 1::..
..::Part 2::..

Password

kakidownload.com


OR



..::Part 1::..
..::Part 2::..

credit to kuryu

Ombak Rindu - 2011 (Mediafire Link)

Posted: 05 Jan 2012 01:48 AM PST


SK tak tahu la cerita nie best ker tak..tp dh sampai box office,best la kot..bg kaum hawa la..klu ada org laki tengok pun,pasal Lisa Surihani jer..tak pun nak jaga hati awek sendiri..kang tak dpt tengok,merajuk pula..hehehehehehe..cpt download erk sebelum link mati..

Genre: Drama | Romance
Runtime: 125 min
User Rating: 9.1/10 (14 users)
Country: Malaysia
Language: Malay
Subtitle: None

SCREENSHOT



..::Part 1::..
..::Part 2::..
..::Part 3::..

Password

kakidownload.com


OR



..::Part 1::..
..::Part 2::..

credit to kuryu

Video Sesi Temuramah Wartawan Tempatan Bersama Nur Amalina Melalui Skype

Posted: 04 Jan 2012 09:22 PM PST


Baru-baru ini, bermula jam 5.17 petang, sekumpulan wartawan tempatan berada di rumah ibu pelajar cemerlang 17A1 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri bagi mendengar sendiri jawapannya terhadap semua isu yang tersebar di media sosial.

Perbualan melalui sidang video Skype lebih sejam sangat mesra malah penuntut Universiti Edinburgh, United Kingdom itu menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.

Kini berusia 24 tahun, gadis yang lahir pada 7 Disember ini sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar tempatan semalam; genap setahun selepas kisahnya dipaparkan mengenai dakwaan dia gagal dalam pengajiannya di luar negara (read here) dan pulang senyap-senyap ke rumah ibunya.

Khabar angin itu bagaimanapun tidak benar. Sekali lagi, minggu ini, kisah gadis pintar ini hangat diperkatakan.
Media sosial sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan tentang isu gambar Nur Amalina mengenakan 'legging' yang diambil dari arkib foto akaun Facebook miliknya.

Mungkin ini harga yang perlu dibayar menjadi seorang ikon yang cemerlang dalam pendidikan sehingga menjadi rutin tahunan yang perlu dihadapi keluarganya.

Sebelum mendengar penjelasan Nur Amalina, perkembangan terkini gadis ini harus diberi perhatian kerana kini turut terlibat dalam menyediakan kertas penyelidikan untuk dimuatkan dalam jurnal perubatan di Eropah.

Apa yang membanggakan, selain pengajian perubatan, Nur Amalina yang memperolehi keputusan cemerlang, turut ditawarkan mengambil ijazah tambahan dalam bidang farmakologi dalam tempoh setahun berbanding empat tahun.

Pastinya bukan mudah untuk bergelut dengan dua ijazah apatah lagi di negara asing. Berikut adalah cerita Nur Amalina:


Sesuai dengan anugerah sebagai pelajar cemerlang, Nur Amalina juga bijak menangani isu yang menyelubunginya dan tak mudah melatah. Langkah pertama dilakukan ialah menghubungi ibunya, Sabariah Hasaan bagi mendapatkan nasihat.


Ini pula penjelasan Nur Amalina terhadap isu foto 'legging' dan bersama rakan lelaki yang tersebar luas di internet. Antaranya foto yang tersebar adalah koleksi peribadi dan diambil tanpa kebenarannya dengan niat tidak baik termasuk untuk mengaibkannya:


Menganggap dirinya sebagai seorang yang ekspresif dalam fesyen, ia tidak pula dianggap sebagai lesen untuk dia melampaui batas. Legging itu tampak seperti mendedahkan kulitnya, walhal ia dibeli oleh ibunya.


Nur Amalina turut dikecam kerana didakwa melucutkan tudung sebaik menjejakkan kaki di perantauan. Ramai menganggap Nur Amalina sengaja menanggalkan tudung bagi menyesuaikan diri dengan negara Barat. Seeloknya, kita dengar apa justifikasi Nur Amalina:


Menurut Nur Amalina, dia bersedia untuk menerima teguran yang diberikan untuk dijadikan panduan serta bimbingan hidupnya namun biarlah ia dilakukan secara berhemah. Dia turut memohon agar semua foto milik peribadinya dibuang dari internet kerana ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi mengaibkan apatah lagi jika yang melihatnya tidak menerima gambaran sebenar dan lebih jelas.


Nur Amalina melanjutkan pengajian ke United Kingdom sejak lapan tahun lalu bagi menduduki peperiksaan A Level melalui tajaan Bank Negara Malaysia.

Disebalik khabar angin berniat negatif mendakwa pelajar itu sudah pulang ke Malaysia kerana gagal dalam penganjiannya pada 2009, Nur Amalina terus memperolehi pelbagai kecemerlangan dalam bidang yang dipelajarinya. Antaranya:

June – sekarang:
Medical Research Intern
Edinburgh Breast Unit WGH & Cancer Research UK, Edinburgh

Feb – May 2010
ERASMUS Research Intern
CHDR, The Netherlands

Aug – Sept 2009
District Medical Officer
Meru District Hospital, Tanzania
Bertugas di wad bersalin, pediatrik, HIV dan kecemasan.

Pada ketika kita mencemuh tentang betapa tidak Islamnya Nur Amalina, dia turut melakukan khidmat masyarakat mengajar Bahasa Inggeris bukan di kondominium mahupun banglo berkolam renang, sebaliknya di Orphanage, Tanzania dan Zanzibar, pada 2009.

Dia juga mengajar bahasa yang sama sejak 2008 hingga kini di Bergamo Scuole Elementare, Itali.

Bagi kerja kerja penyelidikan, Nur Amalina kini giat menyiapkan draf bagi bab terakhir kertas "Reproductive: Obstetrics and Gynaecology" in ABC of Medically Unexplained Symptoms 2011/2012

di bawah seliaan Dr Andrew Horne, Consultant Gynaecologist, Royal Infirmary of Edinburgh, University of Edinburgh.

She is writing a book chapter on medically unexplained symptoms in obstetrics and gynaecology, which involved chronic pelvic pain, dyspareunia and vulvodynia.

Sementara kita semua hanya hebat menulis di blog/twitter/facebook seperti aku, Nur Amalina juga

dalam proses menyiapkan manuskrip untuk satu terbitan dalam Journal of Clinical Oncology bagi kajiselidik "The resection of lymph nodes and the consequences in survival rate of patients with breast cancer (2011/12)" di bawah pengawasan Prof Mike Dixon, Professor of Surgery and Consultant Surgeon, Edinburgh Breast Unit, Western General Hospital.

Kredit sepenuhnya kepada laman blog Hazrey.

Hafiz Dan Adira Sudah Putus Cinta!

Posted: 04 Jan 2012 08:43 PM PST


Gosip terbaru yang aku baca di melvister.com adalah berkenaan dengan pasangan yang dulunya hangat bercinta iaitu Hafiz AF7 dan Adira AF8 sudah pun putus. Punca keretakan hubunga mereka tidak pula mereka nyatakan. Sila baca kenyataan yang diluahkan oleh Hafiz dan Adira selepas ini.


Menurut hafiz:
Tidak dinafikan saya dan Adira kini tiada hubungan serius lagi sejak beberapa bulan lalu. Tetapi kami masih berkawan seperti biasa. Cuma tidak rapat seperti sebelum ini. Kami bukan tidak serasi, cuma ada beberapa perkara yang tidak menyebelahi kami. Apa punca keputusan ini dibuat, biarlah menjadi rahsia. Ianya terlalu peribadi untuk dikongsi. Jadi, untuk menjaga imej masing-masing, biarlah hanya saya dan Adira sahaja yang tahu. Apa pun, kami masih berkongsi cerita dan masalah sekiranya diperlukan. Keputusan ini juga dibuat atas dasar menghormati permintaan Adira yang ingin diberi ruang untuk dia fokus dalam kariernya sekarang.Tambahan pula, saya jenis lelaki yang tidak pandai memainkan hati dan perasaan wanita. Jadi, apa sahaja yang baik untuk hubungan kami, saya akan lakukannya
Menurut Adira:
Jujur saya katakan, sepanjang berkenalan, kami tidak pernah ada masalah. Pada saya, Hafiz seorang penyayang dan sentiasa buat saya ceria. Hafiz juga rapat dengan keluarga saya. Apa pun, saya jadikan lagu duet kami, Ombak Rindu sebagai kenangan paling manis antara kami sampai bila-bila. Jika suatu hari nanti, ada jodoh kami, saya terima dengan hati terbuka


sumber : HK

PANAS! Gambar Datuk Siti Nurhaliza Diraba Peminat?

Posted: 04 Jan 2012 08:20 PM PST


Berita gempar ini aku baru dapat dari satu kawan dari blog jiwang. 

Mula-mula aku pun tak percaya, tapi bila tengok sendiri gambar yang dihantar ni, baru aku yakin sangat yang cerita ni adalah benar belaka.

Mungkin cerita ni tak diheboh-hebohkan sebab bagi menjaga aib siti sendiri, tapi akhirnya tersebar juga gambar yang disembunyikan selama ni. 

Untuk pengetahuan semua gambar yang dipaparkan ni tidak dapat dipastikan, bilakah gambar ini dirakam dan dimana. ianya diambil.


Kami tergelak sendiri melihat aksi nakal yang dilakukan oleh orang utan ni. Untunglah orang utan tu kan?

p/s hehe...Jangan marah yer Datuk Siti, gurau jer... :-D

Ally Iskandar – Farah Lee Nikah 20 Januari Ini?

Posted: 04 Jan 2012 07:26 PM PST


KUALA LUMPUR – Jika pasangan Yusri – Lisa Surihani sudah mengumumkan tarikh pernikahan pada 23 Februari ini, pasangan Scha Al-Yahya – Awal Ashaari pula pada pertengahan tahun ini, pasangan "low profile" Ally Iskandar dan Farah Lee masih lagi menjadi teka-teki.

Bagaimanapun, khabar angin yang bertiup kencang di kalangan rakan-rakan media TV3 begitu kuat terasa sehingga sampai ke telinga pemilik blog hiburan terkenal , Rotikaya.com.

Menurut laman blog itu, rakan-rakannya di TV3 sudah menerima jemputan mulut dari Ally Iskandar sendiri dan majlis perkahwinannya dengan Farah Lee bakal berlangsung pada 20 Januari ini.

Perkhabaran itu turut dikuatkan lagi dengan spekulasi di kalangan pengunjung forum Cari.com yang hangat memperkatakan mengenai teka-teki perkahwinan selebriti TV3 tersebut.

Bagaimanapun, Ally Iskandar masih tidak mengumumkan jawapannya secara rasmi mengenai status pertunangan atau perkahwinan sebagaimana yang heboh diperkatakan itu.

Ally Iskandar pernah mengikat tali pertunangan dengan Nur Aishah Zainal pada 11 Februari tahun lalu, namun tidak bertahan lama apabila dilaporkan putus tunang lima bulan kemudian pada 30 Jun tahun yang sama.

Menurut Ally, pertunangannya dengan Nur Aishah tidak dapat diselamatkan ekoran tiada keserasian dan tiada berlaku sebarang pertelingkahan besar pun antara mereka.

Tidak berapa lama kemudian, Ally Iskandar dikatakan intim dengan seorang gadis yang masih bergelar mahasiswi di luar negara yang bernama Farah Lee yang juga merupakan anak angkat kepada keluarga pengacara Raja Lawak, Zizan.

Namun, Ally dikatakan malu-malu untuk mengaku hubungannya dengan Farah dan bijak menyembunyikan percintaan mereka dari media hiburan tempatan.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Tuan Guru Nik Aziz Nasihat Apex Kahwin Cepat

Posted: 04 Jan 2012 07:23 PM PST


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan pemain bola sepak yang sedang mencipta nama Khairul Fahmi Che Mat supaya cepat melangsungkan perkahwinan bagi mengelak terlibat dengan gejala sosial sehingga boleh menjejaskan nama baik dan masa depan kariernya.

Beliau berkata Islam mengajar umatnya supaya berkahwin kerana dengan cara itu dapat mengelak daripada terjebak dengan gejala tidak sihat yang ditegah agama Islam.

Nik Aziz berkata demikian kepada pemberita selepas majlis kesyukuran naik rumah baru sumbangan kerajaan Kelantan kepada penjaga gol kebangsaan berusia 22 tahun itu ekoran kejayaannya mengharumkan nama negeri dan negara dalam sukan bola sepak.

Beliau berkata sebelum ini, kerajaan negeri memperkenalkan program perkahwinan 'gerbang Az-ziwaj' dengan menawarkan bantuan RM1,000 kepada golongan remaja yang kurang mampu sebagai belanja mas kahwin bagi menggalakkan mereka berkahwin cepat.

Katanya, atlit juga perlu menjauhkan diri daripada pengaruh dadah bagi mendapat kekuatan luar biasa dalam mengejar kejayaan kerana ia bukan sahaja boleh merosakkan kesihatan malah menjejas masa depan mereka.

Kerajaan Kelantan menghadiahkan sebuah rumah di Pengkalan Chepa bernilai kira-kira RM200,000 kepada Khairul Fahmi, yang membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 ketika menentang Indonesia.

Semalam, beliau dilaporkan tersenarai dalam kategori Penjaga Gol Terbaik Asia 2011.

Sebelum ini, kerajaan negeri menghadiahkan sebuah rumah kepada pelajar miskin pintar, Nik Nurmadihah Nik Mohd Kamil, yang mendapat kejayaan cemerlang 20A dalam peperiksaan SPM pada 2008.

Nik Aziz berkata Kelantan akan terus memberi sumbangan hadiah kepada rakyatnya yang cemerlang dalam sesuatu bidang dan mampu mengharumkan nama negara serta negeri ini.

Katanya, mereka yang berjaya Nik Nurmadihah dan Khairul Fahmi boleh menjadi idola kepada golongan muda.

- Bernama

Juliana Evans Menangis Tinggalkan Tanah Air

Posted: 04 Jan 2012 07:06 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon jelita Juliana Evans,23, mengakui amat sedih dan menitiskan air mata kerana terpaksa meninggalkan tanah air selama dua tahun untuk menyambung pelajarannya di University of Michingan, Amerika Syarikat.

Juliana mengakui amat sedih kerana terpaksa melupakan karier lakonannya semata-mata untuk memberi tumpuan terhadap pengajiannya peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa di negara itu.

"Memang saya terlalu sedih sekarang ini kerana terpaksa melepaskan kerjaya lakonan buat seketika. Lebih memilukan apabila terpaksa meninggalkan keluarga dan kawan-kawan karib saya.

"Rasa berat hati sangat nak tinggalkan semua dan saya masih tak boleh menerima hakikat yang saya terpaksa berjauhan dengan orang yang saya sayangi," katanya ketika dihubungi mStar Online din sini, Rabu.

Ketika panggilan dibuat, Juliana sudah pun berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke negara berkenaan.

Bagaimanapun dia nekad untuk meneruskan pengajiannya itu demi mengukuhkan taraf kehidupannya pada masa akan datang nanti.

Malah bidang komunikasi massa itu jugaa bertujuan untuk dia mendalami dan mengembangkan lagi bakat seni yang dimiliki.

"Kerjaya lakonan tidak mungkin boleh kekal lama. Justeru itu saya perlu belajar mendalami ilmu seni dari segi pengurusan produksi pula.

"Saya ingin belajar cara pengurusan di belakang tabir. Insya-Allah, kelas saya akan bermula pada minggu depan.

"Malah saya percaya, suasana dan rakan baru akan banyak mempengaruhi saya untuk menjadi seorang yang lebih matang ," ujarnya yang akan mencari mana-mana peluang untuk bekerja sebagai model sambilan di negara tersebut.

Sementara itu, anak kacukan Melayu-Inggeris ini berharap penggiat seni dan para peminat tidak terus memadamkan namanya dalam ingatan masing-masing kerana tempoh "kehilangannya" hanyalah untuk tempoh dua tahun.

"Memang semestinya saya akan merindui dunia kehidupan artis dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua media yang telah menaikkan nama saya sehingga ke tahap dikenali ramai. Semoga kita dapat berjumpa kembali," katanya mengakhiri perbualan untuk menaiki pesawat.

NS Yoonji pilih seksi

Posted: 04 Jan 2012 05:35 PM PST


BAKAL muncul dengan mini albumnya dalam masa terdekat, penyanyi NS Yoonji memilih konsep seksi sebagai transformasi fesyen terkininya.

Menerusi gambar yang dimuat naik di dalam laman peribadinya pada 3 Januari lalu, Yoonji dilihat memakai kemeja putih bersama stoking hitam yang menampakkan bentuk kakinya yang panjang. Dia juga menukar warna rambutnya daripada hitam kepada warna perang.

Malah dia juga tampil seksi dan mengejutkan di dalam klip video single pertamanya, The Reason I Became a Witch.


Transformasi seksinya itu mendapat reaksi positif daripada peminat. Ramai yang memuji penampilan baharunya yang mengatakan dia nampak hebat.

Salah seorangnya menulis komen di laman tersebut yang berbunyi: "Walaupun kamu hanya memakai kemeja putih, tapi kamu nampak hebat. Sangat teruja untuk menanti kamu melancarkan album ini nanti."

Album mini yang diberi judul Neo Spirit itu mula dilancarkan di Korea pada hari ini. -kosmo-

Gambar rajah jantung manusia tahun 1812

Posted: 04 Jan 2012 04:29 PM PST

 
GAMBAR menunjukkan lakaran jantung manusia dalam jurnal New England Journal of Medicine pada 1 April 1812.


LONDON - Satu lakaran dalam jurnal New England Journal of Medicine yang bertarikh 1 April 1812 menunjukkan gambar rajah jantung manusia.

Gambar rajah itu disiarkan menerusi artikel berjudul Cases of Organic Diseases of the Heart and Lungs yang dihasilkan oleh John C. Warren.

Jurnal itu diasaskan dua abad lalu oleh dua doktor dari Boston dengan idea bahawa sains akan dapat memberi panduan dalam rawatan perubatan. - Agensi

Istana ais buatan manusia

Posted: 04 Jan 2012 04:28 PM PST

BENTUK istana ais yang terdapat di Silverthorne, Colorado kelmarin.

COLORADO, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah istana ais dipamerkan kepada pengunjung di sini yang mengandungi laluan pejalan kaki dan terowong.

Istana itu tidak mempunyai struktur sokongan dengan ketinggian mencecah sembilan hingga 12 meter.

Menurut akhbar dalam talian SummitDaily.com, struktur ais itu dihasilkan oleh seorang artis, Brent Christensen.

Dia menggunakan 11.35 juta liter air untuk membina istana tersebut.

Air itu digunakan untuk menghasilkan 4,000 dan 8,000 isikel pada setiap hari.

Isikel ialah kepingan ais runcing yang terbentuk daripada pembekuan air yang menitis. - Agensi

Gaji PM Singapura RM5.31 juta

Posted: 04 Jan 2012 04:25 PM PST

GAMBAR fail menunjukkan barisan Kabinet Singapura bergambar selepas mereka mengangkat sumpah pada 21 Mei tahun lalu.




SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima saranan sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh pemerintah bagi mengurangkan gajinya, para menteri Kabinet dan Presiden negara berkenaan.


Saranan tersebut melibatkan pemotongan sekurang-kurangnya satu pertiga gaji menteri-menterinya yang berjumlah jutaan dolar, menurut dokumen tangga gaji baharu semalam.

Walaupun pemotongan tersebut dibuat, menteri di Singapura kekal antara menteri yang menerima gaji termahal di dunia.

Pemotongan gaji itu pernah dijanjikan oleh Hsien Loong bagi meredakan kemarahan rakyat selepas pilihan raya umum 2011 berlangsung.

Hsien Loong sendiri akan menerima gaji berjumlah AS$1.69 juta (RM5.31 juta) setahun iaitu pengurangan sebanyak 36 peratus berbanding sebelumnya.

Jumlah tersebut bagaimanapun kekal menjadi gaji tertinggi dalam kalangan pemerintah sesebuah negara di dunia.

Sebagai perbandingan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menerima gaji AS$400,000 (RM1.25 juta) setahun.

Obama merupakan Presiden yang mempunyai 312 juta penduduk dan merupakan negara paling kuat berdasarkan kekuatan ketenteraan dan ekonomi.

Gaji Presiden Singapura pula akan dipotong sehingga 51 peratus kepada Sg$1.54 juta (RM3.76 juta) setahun manakala menteri Kabinet yang baharu dilantik akan menerima separuh gaji Perdana Menteri.


LEE HSIEN LOONG


Gaji menteri pemerintah akan dikurangkan sebanyak 37 peratus setahun kepada SG$1.1 juta (RM2.68 juta).

Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang menerima gaji AS$543,500 (RM1.7 juta), Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda sebanyak AS$513,000 (RM1.6 juta) dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard memperoleh gaji AS$379,000 (RM1.19 juta).

Gaji Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy ialah AS$302,000 (RM949,185), Canselor Jerman, Angela Merkel mendapat gaji AS$296,000 (RM930,327) dan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang memperoleh gaji AS$222,000 (RM697,745).

Gaji para pemimpin Singapura melonjak dalam tahun 1990-an apabila ia menjadikan purata gaji tertinggi sektor swasta di pulau itu sebagai tanda aras.

Langkah pemotongan gaji tersebut membayangkan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP).

PAP yang memerintah Singapura sejak negara itu berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965 mencatat prestasi buruk pada pilihan raya 2011.

Undi yang diterima PAP semasa pilihan berkenaan berkurangan sebanyak 60 peratus sekali gus bilangan undi terendah yang pernah dicatat parti pemerintah itu.
- Agensi

Tukang tilik ramal Obama kalah

Posted: 04 Jan 2012 04:23 PM PST

ANTONIO VAZQUEZ menunjukkan kad yang digunakannya semasa menilik nasib bagi tahun 2012 di bandar raya Mexico kelmarin.

BANDAR RAYA MEXICO - Seorang ahli nujum terkenal Mexico, Antonio Vazquez meramalkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan tewas pada pilihan raya Presiden 2012 dan dua lagi pemimpin negara rantau Amerika Latin akan menghidap kanser, menurut ramalan tradisi sempena Tahun Baru kelmarin .

Dikenali dengan gelaran Brujo Mayor, Vazquez membuat ramalan tersebut pada satu upacara sihir di bandar Catemaco, timur laut Mexico.

Dia berkata, Presiden Venezuela, Hugo Chavez yang mendakwa telah sembuh daripada kanser yang dihidapinya akan kembali menghidap penyakit berkenaan dengan kali ini, keadaannya akan menjadi lebih teruk.

Selain Chavez, Presiden Argentina Cristina Kirchner, Presiden Brazil Dilma Rousseff, bekas pemimpin Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dan Fernando Lugo dari Paraguay Fernando turut disahkan menghidap kanser sejak beberapa tahun lalu.

Pada bulan lalu, Chavez menyatakan bahawa wabak kanser dalam kalangan pemimpin berhaluan kiri Amerika Latin berpunca daripada komplot jahat AS.

Berjanggut putih panjang, Vazquez bagaimanapun mendakwa penyakit yang dihidapi para pemimpin berkenaan berasal daripada sihir yang ditujukan terhadap mereka.

Vazquez turut meramal parti politik tempatan, Parti Institusi Revolusi (PRI) yang memerintah Mexico sejak lebih 70 tahun dahulu hingga tahun 2000 akan kembali berkuasa dengan calonnya, Enrique Pena Nieto akan memenangi pilihan raya Presiden pada Julai depan.

Dia membuat semua ramalan itu berdasarkan tilikan kad tarot dan pemerhatian bintang-bintang.

Mendakwa tilikannya adalah 80 peratus tepat, Vazquez pada tahun lalu pernah meramalkan nilai mata wang euro akan lemah dengan negara-negara membangun kembali dihimpit kemelesetan ekonomi.

Beliau bagaimanapun tersilap apabila menilik bahawa seorang pemimpin Amerika Latin akan dibunuh pada tahun lalu.

Sementara itu, bekas Gabenor Negeri Massachusetts, Mitt Romney dan Rick Santorum mendahului lima ahli politik Parti Republikan pada penggundian awal di negeri Iowa bagi memilih calon Republikan pada pilihan raya Presiden 2012 bagi menentang Obama daripada Parti Demokrat.

Selain Romney, ahli-ahli politik Republikan yang bertanding dalam pemilihan tersebut ialah Ron Paul, Newt Gingrich Jon Huntsman, Rick Perry dan seorang ahli politik wanita, Michele Bachmann. - Agensi

No comments: