Begitu banyak dugaan yang diterima oleh pelakon dan pelawak, Pian Cecupak apabila dikatakan menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu.
 
Menceritakan keadaan dirinya kepada akhbar Sinar Harian, Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafiq Abdul Rahman terpaksa menahan kesakitan apabila bahagian dalam kedua-dua belah telinganya membengkak menyebabkan pendengarannya terganggu. 
 
Selain itu, Pian juga dilihat oleh jiran sekeliling berkelakuan seperti orang kurang siuman apabila sering menangis dan bercakap seorang diri hingga terpaksa menerima rawatan secara moden dan tradisional. 
 
Tidak mahu menyalahkan sesiapa, Pian menganggap kejadian yang berlaku adalah balasan Allah SWT untuk dirinya di atas perbuatan lalu yang pernah melakukan perubahan pada wajah.
 
Semoga kesihatan Pian bertambah pulih dan dapat mengharungi hari-hari mendatang dengan lebih ceria.


sumber : mediahiburan