Wednesday 4 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Shout Busuk.org - Perkhidmatan Terbaru 100 Peratus Dari Anak Tempatan

Posted: 03 Jan 2012 08:17 AM PST

Ok, untuk artikel aku yang terakhir malam ni, aku nak korang nilai sekejap, satu perkhidmatan yang seumpama dengan saybox, tagboard, atau chatterbox telah diperkenalkan oleh admin busuk.org.
Admin busuk kali ni telah memperkenalkan perkhidmatan ini selepas dia telah berjaya membuat satu blog ping untuk semua blogger-blogger di seluruh dunia mempromosikan artikel dan blog masing-masing. Dan kini Admin busuk.org tampil sekali lagi dengan perkhidmatan yang diberi nama Shout Busuk.org
Jom kita tengok apa yang istimewanya Shout Busuk.org ni.

 

Shout Busuk


Pihak busuk.org kini telah menyediakan perkhidmatan shoutbox yang percuma kepada anda semua.

Apa itu Shoutbox?
Mengikut definition daripada wikipedia, Shoutbox, atau juga dikenali sebagai saybox, tagboard, atau chatterbox adalah merupakan salah satu ciri yang seakan-akan seperti chat room untuk sesebuah laman web bagi membolehkan orang ramai meninggalkan mesej tanpa perlu mendaftar apa-apa dengan laman web tersebut.

Apakah ciri-ciri yang ada pada shoutbox busuk?
Antara ciri-ciri yang kami sediakan pada shoutbox kami ialah :

  1. Real-time chat - Maknanya anda tak perlu lagi nak refresh shoutbox anda setiap kali nak tengok mesej baru
  2. Custom smilies - Kami menyediakan hampir 100 bentuk emoticon smilies untuk anda. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan smiley anda sendiri dan boleh pilih sama ada ingin menggunakan bersama smilies kami ataupun menggunakan smilies anda sahaja.
  3. Customizable - Anda juga boleh customize color shoutbox anda mengikut color yang anda sukai atau bersesuaian dengan laman web anda
  4. Word filter - Tak suka dengan sesuatu perkataan? Anda boleh filter perkataan tersebut dan menggantikannya dengan perkataan yang lain.
  5. Ban system - Anda boleh menggunakan ban system kami untuk menghalang sesiapa sahaja daripada menggunakan shoutbox anda
  6. Online user counter - Memaparkan bilangan user online yang sedang menggunakan shoutbox anda
  7. FREE! - Dan yang paling penting sekali, shoutbox yang kami sediakan ini adalah percuma!
Daftar di sini

Taktik Baru - Khalwat Siap Bawa Anak Untuk ‘Cover Line’

Posted: 02 Jan 2012 09:25 PM PST


KLUANG – Seorang ibu yang membawa anaknya berusia setahun dicekup berkhalwat bersama pasangannya dalam satu Operasi Cegah Maksiat Ambang Tahun Baru di sebuah bilik hotel bajet di sini, lewat pagi semalam.

Malah, pasangannya yang berstatus duda yang turut membawa anaknya berusia lima tahun di dalam bilik berkenaan.

Pada awal siasatan, pasangan itu mengaku sebagai pasangan suami isteri, tetapi helah itu tidak menjadi selepas mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perkahwinan yang sah.

Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Kluang, Anuar Kosnin berkata, pasangan terbabit mengambil masa hampir 20 minit untuk membuka pintu.

"Sebaik pintu dibuka, duda berusia 29 tahun itu dilihat hanya memakai seluar pendek dan kemeja yang tidak berbutang, sementara ibu muda berusia 24 tahun itu memakai seluar ketat serta kemeja T di samping anak masing-masing yang tidur di atas katil.

"Mereka memberi alasan keletihan dan hanya singgah berehat di hotel berkenaan sebelum meneruskan perjalanan ke Batu Pahat dai Pahang.

"Bagaimanapun, mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat selepas mengaku tidak mempunyai ikatan sah suami isteri serta akan berkahwin tidak lama lagi," katanya kepada Sinar Harian, awal pagi semalam.

Dalam operasi yang dijalankan bersama anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Cawangan Penyiasatan Khas Kem Mahkota, tiga pasangan lain termasuk dua pasangan warganegara Indonesia turut ditahan.

Kesemua pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1)(a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor menasihatkan penduduk beragama Islam di daerah ini sentiasa menjaga maruah diri dan tidak hanya mengikut nafsu.

"Kita melakukan operasi sepanjang masa dan orang ramai boleh hubungi talian bebas tol 1800-88-3072 yang dibuka 24 jam bagi melaporkan kejadian maksiat di seluruh negeri ini," katanya. -my news hub-

Gambar Seksi Fasha Sandha Berpesta Sambut 2012 Bersama Kekasih

Posted: 02 Jan 2012 09:22 PM PST


KUALA LUMPUR - Kehangatan sambutan malam tahun baru 2012 masih terasa ekoran kekecohan di blog-blog hiburan terkenal tanahair mengenai pasangan kontroversi, Fasha Sandha dan Jejai, yang berpesta bersama malam itu.

Menghangatkan lagi, pasangan itu turut memuat turun gambar-gambar yang merakamkan detik-detik mesra mereka di laman sosial masing-masing sekaligus menunjukkan mereka tidak lagi menyembunyikan rahsia hubungan serius mereka kepada peminat.

Sebelum ini, pasangan itu sering menyembunyikan rahsia hubungan mereka dari media dan pendedahan hubungan cinta mereka ini menjadi tumpuan Rotikaya.com dan Beautifulnara.com untuk menghebahkan berita itu di laman web masing-masing.

Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli yang juga merupakan bekas suami kepada pelakon jelita, Nora Danish, tanpa segan silu lagi menggunakan ayat-ayat romantis kepada Fasha Sandha di laman Twitter miliknya.

"Are you ready sayang? ignore the haters, see u for new years eve. 2012 will bring us happiness (Sayang sudah bersedia? Usah pedulikan mereka yang membenci, jumpa nanti pada malam tahun baru. 2012 akan membawa kegembiraan kepada kita)," kata Jejai kepada Fasha Sandha di laman Twitternya.

Laman Twitter milik anak bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib itu pernah mencetus tanda tanya apabila wujud dakwaan nakal bahawa ia adalah akaun palsu yang didaftarkan Fasha Sandha untuk menyakitkan hati bekas isteri Jejai.

Bagaimanapun, Jejai menafikan dakwaan itu dan gambar-gambar yang dimuat turun olehnya di Twitter tersebut membuktikan bahawa akaun tersebut memang miliknya sejak Julai tahun lalu.

Selain itu, Fasha Sandha turut memuat turun beberapa keping gambar sambutan malam tahun baru 2012 bersama kekasihnya itu di laman Facebook miliknya, We Love Fasha Sandha.

Sebelum ini, Fasha Sandha dikatakan pernah menyerang Tiz Zaqyah yang menghubungi kekasihnya pada jam 4 pagi untuk keluar bersama dan memberi amaran kepada pelakon drama Nur Kasih itu agar tidak mengganggu kekasihnya.

Dengan menyiarkan gambar-gambar mesra bersama kekasih dan tidak lagi menyembunyikan hubungan cinta mereka kepada khalayak umum, Fasha Sandha dan Jejai dicadangkan agar mengekori jejak langkah beberapa selebriti yang mengumumkan akan mengakhiri zaman bujang mereka tahun ini.

"Abang Nara doakan semoga Jejai dan Fasha cepat-cepat mendirikan rumah tangga di tahun baru 2012 ini," kata Abang Nara, pemilik blog hiburan terkenal Beautifulnara.com.




Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Chelsea Kembali Pintas Arsenal

Posted: 02 Jan 2012 09:16 PM PST


CHELSEA kembali merampas tangga keempat Liga Perdana Inggeris daripada Arsenal selepas mereka berjaya menewaskan Wolves 2-1 di gelanggang lawan malam tadi, tatkala Arsenal pula tewas 1-2 kepada Fulham, awal pagi tadi.

Frank Lampard muncul wira Chelsea apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89 selepas gol pendahuluan Ramires (54) berjaya disamakan pemain Wolves, Stepeh Ward (84).

Dengan kemenangan itu, Chelsea kini mengumpul 37 mata selepas 20 perlawanan, satu mata mengatasi Arsenal.

Di Craven Cottage, Laurent Koscielny meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-21 sebelum mereka terpaksa beraksi 10 pemain selepas Johan Djourou dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-78.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Fulham yang akhirnya berjaya melakar kemenangan menerusi dua jaringan lewat Steve Sidwell (85) dan Bobby Zamora (90).

Tiga lagi perlawanan, malam tadi menyaksikan tuan rumah mengalami kekalahan iaitu Aston Villa tewas 0-2 kepada Swansea, Blackburn tewas 1-2 kepada Stoke manakala QPR turut tewas 1-2 kepada Norwich.

Hari ini, tiga lagi perlawanan menyusul iaitu Tottenham bertemu West Brom (3.45 pagi Rabu), Wigan bertemu Sunderland (3.45 pagi Rabu) dan Manchester City bertemu Liverpool (4 pagi Rabu).

Baki dua perlawanan bakal berlangsung esok iaitu Everton bertemu Bolton (4 pagi Khamis) dan Newcastle bertemu Manchester United (4 pagi Khamis). – mynewshub.my

Gambar Terkini Nur Amalina Che Bakri Pelajar Cemerlang SPM

Posted: 02 Jan 2012 07:21 PM PST

Gambar Nur Amalina Che Bakri pelajar cemerlang SPM 2005 kini sudah ubah imej kepada budaya timur dan seksi. Menurut beberapa kiriman gambar yang dikirim, Amalina sebagai ikon pelajar cemerlang SPM didakwa telah lupa budaya dan bangsa sendiri apabila menuntut di Universiti terkemuka di luar negara. Dulu, Amalina tampil dengan imej bertudung dan sopan, kini dia sudah berubah secara mendadak. Berikut adalah gambar Amalina pada waktu ketika dulu di Malaysia.


Dan dibawah ni pula adalah gambar Amalina ketika menuntut di Universiti luar negara.

Ada juga peminat yang turut menasihati Amalina agar balik ke pangkal jalan.


sumber : melvister.com

PANAS! Gambar Aaron Aziz Dan Isteri Bercium Mulut Semasa Bercuti Di Paris

Posted: 02 Jan 2012 06:19 PM PST

Buat pemula cerita untuk tahun 2012, Laman Media Popular OHBULAN! telah dikirim dengan sekeping gambar bahagia hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz bersama isterinya, Diyana Halik.

Berlatarbelakangkan Menara Eiffel, Paris, kedua-dua pasangan bahagia yang sama cantik dan sama padan dilihat berkucupan dan sama sekali menyangkal mana-mana gosip liar yang melanda Aaron Aziz sebelum ini.

Jika dilihat dari sudut lain, kami sendiri agak kagum dengan prestasi cemerlang Aaron Aziz yang jarang dilanda gosip liar. Namanya yang naik seiring dengan keuntungan pelbagai filem yang dilakonkan benar-benar menunjukkan bahawa bakat yang dimilikinya yang membawa nama Aaron Aziz di mata peminat.

Kepada Aaronators diluar sana, teruskan menyokong Aaron Aziz tidak kira dimana anda berada.(Ohbulan!)

Shila Amzah Lancar 2 Versi Klip Video Patah Seribu

Posted: 02 Jan 2012 06:12 PM PST


Penyanyi Shila Amzah telah pun melancarkan klip video untuk lagu popularnya, Patah Seribu. Dalam memberi kelainan, Shila tampil dengan dua versi klip video yang berlainan untuk tatapan peminatnya. Turut diselitkan sedutan daripada telefilem dengan tajuk sama yang turut menampilkan pelakon yang dikatakan sedang hangat bercinta bersama penyanyi ini, Sharnaaz Ahmad.




sumber : media hiburan

Reza Tinggalkan Era Kerana Sedikit Masalah

Posted: 02 Jan 2012 05:35 PM PST

Reza telah berkhidmat sebagai DJ Era FM selama lima tahun.

PETALING JAYA: Bekas penyampai radio Era FM, Reza Mohamed mengakui keputusannya meninggalkan stesen radio itu Disember lalu kerana mahu berehat selain tidak menolak mempunyai sedikit masalah apabila ada pihak tertentu yang kurang senang dengannya.

Reza berkata, semua orang menghadapi masalah di tempat kerja tetapi dia enggan mengulas perkara tersebut mengapakah keputusan itu dibuat.

"Di mana saja kita berada, tipulah kalau tiada masalah dengan tempat kita bekerja. Paling tidak pun orang lain yang sengaja mencari masalah dengan kita. Apa-apa pun, biarlah itu menjadi rahsia saya.

"Keputusan meninggalkan Era FM dibuat kerana saya mahu berehat seketika. Lagipun sekarang ini saya sibuk menguruskan Patung Studio, iaitu sebuah studio tarian yang ditubuhkan di bawah syarikat saya sendiri, Rezakey Management.

"Pada masa yang sama saya turut memenuhi undangan menjadi pengacara majlis," katanya kepada mStar Online, menerusi e-mel di sini, Isnin.

Ditanya adakah dia akan berpindah ke stesen radio lain, Reza enggan mengulasnya tetapi menjelaskan jangka masa rehatnya selepas menamatkan perkhidmatan di Era tidaklah terlalu lama.

Dalam pada itu Reza mengakui sepanjang lima tahun bekerja di Era, banyak kenangan dan pengalaman yang dipelajarinya.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang pernah bekerjasama dengan saya di AMP Radio Networks. Siapa tak sayang ERA? Berat juga hati nak tinggalkan stesen yang telah menjadi penyumbang besar kepada karier saya.

"Ramai juga yang tak tahu tentang pemergian saya ini. Para peminat sangka saya masih bekerja dan sedang bercuti. Ada yang rindu, sedih dan tentunya ada juga yang sedang tersenyum sambil bertepuk tangan," ujarnya sinis.

Bagaimanapun, Reza yang juga merupakan pengacara Kelab Pop itu percaya, ketiadaannya di Era tidak bermakna dia juga akan kehilangan para peminat, malah dia tidak menyesal dengan keputusan yang dilakukannya itu.

"Selain itu saya juga ingin perbaiki bakat yang ada untuk menjadi seorang penghibur yang bagus. Cuma saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 'guru-guru' yang telah banyak mengajar saya iaitu Nila Kurnia, Zainal Alam Kadir, Aznil Nawawi, Nana Mahazan dan ramai lagi," katanya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran telah mengesahkan Reza meletakkan jawatannya sebagai seorang penyampai radio stesen berkenaan.

Peletakan jawatan itu juga tiada isu berkaitan masalah dalaman mahupun disiplin.

"Pihak kami menghormati keputusan Reza dan setakat ini kami tiada sebarang masalah dengannya. Malah, pihak kami telah memilih Zahid (AF) sebagai penggantinya selepas membuat beberapa uji bakat pada Disember lalu.

"Andai kata dia ingin kembali kepada Era, pihak kami mengalu-alukan kedatangannya," kata Nazri.-mstar-

Britney Spears Mahu Majlis Perkahwinan Sederhana

Posted: 02 Jan 2012 05:29 PM PST

Britney Spears.

SELEPAS mengumumkan pertunangan dengan bekas pengurusnya pada awal Disember lalu, penyanyi Britney Spears memberitahu inginkan sebuah majlis perkahwinan sederhana dan ringkas yang dihadiri oleh kaum keluarga terdekat.

Majalah Touch Weekly melaporkan, Britney ingin mengadakan sebuah majlis pesta tradisional gaya selatan Amerika untuk perkahwinan itu nanti.

"Dia begitu inginkan sebuah perkahwinan yang berinspirasi suasana selatan Amerika yang mementingkan kehadiran ahli keluarga, tarian dan makanan yang jauh berbeza dengan impian perkahwinan selebriti Hollywood.

Bagaimanapun pasangan itu masih belum memutuskan bilakah akan melangsungkan hari bahagia itu.

Terdahulu, tunangnya, Jason Trawick telah mengejutkan penyanyi Baby One More Time itu dengan seutas cincin dan melamarnya di Las Vegas. Mereka berpacaran selama dua tahun. -mstar-

Intim - Ayu Raudah Dan Aqasha

Posted: 02 Jan 2012 05:10 PM PST




PERNAH digandingkan bersama namun bukan sebagai pasangan kekasih atau suami isteri yang mungkin ada antara babak perlukan mereka memadu cinta.

Namun, kali ini menerusi drama bersiri Gemersik Kalbu, Aqasha, 28, dan Ayu Raudhah, 27, terpaksa bercinta dan menelan bulat-bulat setiap aksi intim yang akui mereka sedikit kekok pada mulanya.

Gemersik Kalbu mengisahkan Raihana (lakonan Ayu Raudhah) yang terjerat dengan rancangan Sufian (Aqasha) untuk satu ikatan perkahwinan.

Tanpa sudi dan kerana paksaan, Raihana membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra akibat telah berjanji untuk setia sehidup semati untuk cinta Wan Ariffin (Fazreen Rafi), iaitu bekas kekasihnya yang terbunuh ketika diragut. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Gugur sebab penat

Pemilik nama penuh Ayu Raudhah Che Wan itu mengakui dia agak lambat untuk 'masuk' ke dalam babak-babak romantis bersama Aqasha yang baru menimang cahaya mata bersama isteri, Noor Baizura Mohd. Sabri itu.

"Ada beberapa babak intim antara saya dan Aqasha, saya akui susah sikit untuk melakonkan watak itu tapi mujur Aqasha yang banyak membantu membuatkan kami selesa," katanya yang mengakui perkara itu disebabkan statusnya sebagai seorang isteri.

Malah tambahnya sebelum memulakan penggambaran, dia harus berlatih dengan pasangannya agar tidak terlalu kaku. Isteri pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Razak itu menegaskan suaminya lebih bertoleransi terutama perkara yang membabitkan kariernya.

"Dia seorang yang profesional, ini kerja saya dan dia tidak akan marah saya. Kalau dia tak mahu tengok adegan sedemikian maka dia sendiri yang akan tutup televisyen, tambahan intim yang dilakonkan bukan keterlaluan," ujar Ayu yang akan berehat sebulan selepas tamat penggambaran drama itu.

Dalam pada itu, Ayu menafikan beberapa dakwaan bahawa rumah tangga yang dibina bersama Zaquan berantakan. Kata Ayu mereka masih bahagia dan sentiasa memahami tugas masing-masing.

"Perkahwinan kami masih bahagia dan tiada sebarang masalah yang berlaku, mengenai keguguran sebelum ini saya serah pada takdir. Apa yang terjadi ada hikmah dan mungkin kami belum dikurniakan rezeki buat masa sekarang," getus Ayu yang mengalami keguguran ketika awal penggambaran drama Gemersik Kalbu akibat terlalu penat.

Ujarnya lagi: "Saya sudah bersedia kalau dikurniakan cahaya mata, lagi cepat lagi bagus."

Sementara itu, Ayu mengakui dia belum pernah bertemu dengan birasnya, Rita Rudaini apatah lagi untuk digandingkan bersama dalam drama.

"Saya tidak punyai sebarang masalah jika kami berdua digandingkan bersama, pernah juga saya dapat tawaran untuk berlakon dengan dia tapi mungkin pihak dia yang tidak bersetuju akhirnya ia senyap begitu saja," tutur adik kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan.

Kurus jaga anak

Firdee Aqasha Rosli atau nama komersialnya Aqasha menilai Ayu Raudhah seorang pelakon yang berbakat dan punyai rupa paras yang cantik.

"Saya selesa berlakon dengan Ayu, dia seorang aktres yang bagus dan berbakat besar. Kalau ingin membina hubungan kimia dengan dia tidak menjadi hal besar sebab dia pun seorang yang profesional," ucapnya yang ditemui bersama Ayu ketika sesi ramah mesra pelakon Gemersik Kalbu di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tambah Aqasha, bukan masalah besar untuk melakonkan babak romantik bersama Ayu kerana watak Sufian yang lebih romantik dan sentiasa punyai helah untuk memujuk Raihana.

Agak berbeza pegangan Aqasha, kalau Ayu pernah membaca novel Gemersik Kalbu sebelum ini namun Aqasha enggan membaca novel itu kerana mahu mencipta stail lakonannya sendiri.

"Novel itu ada dalam simpanan saya tapi saya yang tak mahu baca. Syariat seorang pelakon adalah skrip, jadi saya tak ingin dipengaruhi oleh watak dalam novel dan membawakan dengan cara saya sendiri," ujarnya yang mendedikasikan sebuah lagu berjudul Obsesiku untuk lagu tema drama itu.


Seronok menjadi bapa kepada Alehandra Ahmad, tiga bulan, Aqasha mengakui dia dapat melihat dirinya sendiri menerusi anak sulungnya itu.

"Ada anak macam mengenali diri sendiri, setiap hari adalah pengalaman baharu bagi kami sekeluarga," katanya yang ingin berdampingan dengan anaknya itu sehingga ke usia enam bulan.

Lebih fokus menjaga anak berbanding diri sendiri, Aqasha tidak menolak faktor itu menyebabkan berat badannya semakin susut.

"Kadangkala saya bangun tengah-tengah malam untuk buat susu, tukar lampin anak dan saya lebih gemar ambil bahagian berbanding menyerahkan segala tugas kepada isteri saya," tuturnya. -kosmo-

Shahid Kapoor tolak filem cinta

Posted: 02 Jan 2012 04:43 PM PST




SETELAH cemerlang membintangi filem cinta iaitu Mausam yang mendapat sambutan hangat serta mencatat kutipan pecah panggung, kini aktor Shahid Kapoor telah ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah filem yang mengisahkan tentang cinta tiga segi berjudul Chitthiyan.


Namun begitu, aktor yang berusia 30 tahun itu menafikan akan membintangi filem yang diarahkan oleh Vidhu Vinod Chopra, sebaliknya dia memberitahu sehingga kini dia belum mendapat sebarang tawaran berlakon kecuali daripada pengarah Maneesh Sharma.

"Secara terus terang tiada sebarang tawaran yang diberikan kepada saya untuk membintangi Chitthiyan dan tidak mahu mengulas mengenainya. Malah, untuk tahun ini seboleh-bolehnya saya akan tolak sebarang tawaran untuk berlakon filem berunsur cinta," jelasnya.

Biarpun menyatakan kesediaannya untuk berlakon dalam filem yang diarahkan oleh Vidhu, tetapi bukan filem yang bertemakan cinta sepenuhnya. Buat masa ini, dia lebih tertarik untuk berlakon dalam filem aksi. -kosmo-

No comments: