Tuesday 3 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


Datuk Siti Nurhaliza Nafi Mengandung

Posted: 02 Jan 2012 07:12 AM PST

Baru-baru ni, gosip hangat yang berlegar di Internet ialah Dato' Siti Nurhaliza dikatakan memberitahu pada penonton-penonton televisyen Singapura selepas persembahan tahun baru di negara itu yang dia telah mengandung. Ramai yang mengucapkan tahniah dan ramai juga yang berspekulasi yang ianya hanya khabar angin. Tetapi perkara yang tidak dapat disangkal tentang kemudahan masa kini, laman sosial membolehkan peminat berkomunikasi secara langsung dengan selebriti kegemaran mereka dan bertanya sendiri tetang kesahihan sesuatu berita itu. Dato' Siti Nurhaliza telah menafikan yang dia telah mengandung melalui Twitternya beberapa jam lepas:-



Kami kira ini hanya salah faham sesetengah pihak berkenaan kenyataan Dato' Siti. Dia khabarnya hanya berkata dia berharap untuk menjadi seorang ibu pada tahun 2012. Tapi tak kisahlah, kami berharap hajat Dato' Siti yang melangsungkan perkahwinan dengan suami, Datuk Seri Khalid pada tahun 2006 untuk menjadi seorang ibu pada tahun 2012 akan menjadi kenyataan. Doakan yang terbaik saja.

sumber : beautifulnara

Isteri Risau Aaron Aziz Semakin Popular Dan Digilai Ramai

Posted: 02 Jan 2012 04:51 AM PST

Perempuan mana yang tidak mahu gilakan lelaki sekacak Aaron Aziz. Lebih-lebih lagi jika mengetahui yang Aaron Aziz adalah seorang family man.

Isteri aktor kacak yang semakin meningkat naik ini, Diyana Halik mula meluahkan rasa risau beliau terhadap situasi ini.

Diyana bukan setakat risaukan populariti Aaron Aziz tetapi juga risaukan ketampanan suami tersayang.

Mungkin kerisauan Diyana mula terbit selepas Aaron Aziz menjadi duta kecantikan untuk L'Oreal & imej melalui iklan menunjukkan yang Aaron Aziz memang layak di'gelar lelaki terkacak Malaysia.

Ramai yang kurang kenal akan wajah isteri Aaron Aziz mahu pun keluarga beliau. Gambar selepas ini. Enjoice!










sumber : rotikaya

Katy Perry - Russel Brand Bercerai

Posted: 02 Jan 2012 04:42 AM PST

 
Selepas hanya 14 bulan bergelar suami isteri, Katy Perry dan pasangannya Russel Brand mengumumkan berita perceraian mereka kepada dunia. Russel Brand di dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada media mengesahkan perkara ini.
 
 
Pun begitu pasangan ini tidak mendedahkan perkara sebenar perceraian mereka. Namun ramai menjangkakan Russel Brand sebagai penyebab peceraian kerana dia sememangnya dikenali seorang kasanova. 
 
Bibit-bibit perpisahan mereka sudah dapat dihidu oleh media apabila kedua-duanya menghabiskan perayaan Krismas baru-baru ini di lokasi berbeza dan mereka juga dilihat sudah tidak mengenakan cincin perkahwinan lagi.

sumber : mediahiburan

Tunang Izreen Azminda Lelaki Bermasalah, Pernah Gugur Bayi?

Posted: 02 Jan 2012 04:34 AM PST

Kisah yang kami terima melalui e-mail dari seorang individu dengan gelaran MJ ini boleh kita anggap sebagai gossip semata.

Kebenaran hanya tuan badan dan mereka yang benar benar rapat sahaja yang tahu. Panjang lebar MJ terangkan perihal Mohammad Riza Baharuddin (Riza).

Kepada anda yang tidak tahu lagi, Riza merupakan tunang kepada bintang drama Juvana dan Tentang Dhia, Izreen Azminda yang mencetuskan beberapa isu tidak sedap di'dengar.

Antaranya adalah satu dakwaan dari seorang pengurus produksi bernama Rafeda yang mengatakan Riza merupakan tunangan beliau & Izreen Azminda merupakan perampas lelaki itu dari hidup beliau sebelum ini.

Izreen Azminda lantas menafikan tetapi mungkin perkhabaran melalui e-mail MJ ini boleh membuatkan aktress muda ini berfikir dua kali.

Riza di'katakan sebelum ini pernah berkahwin dengan Julia Daud yang juga merupakan bekas isteri Badrul Muhayat tetapi wanita itu di'tinggalkan sendiri ketika sedang sarat mengandung anak pertama mereka.

Tinggal untuk siapa? Ya, Rafeda yang mendakwa kekasih dan tunang kepada Riza dan e-mail ini turut mendakwa yang Riza pernah bercuti keluar negara bersama Rafeda — dan masih menyimpan segala gambar & video.

Rafeda turut di'dakwa pernah mengandung anak luar nikah bersama Riza dan lelaki ini mengambil keputusan untuk gugurkan kandungan Rafeda kerana ketika itu Riza masih bergelar suami kepada Julia Daud. MJ menerusi e-mail yang sama juga merayu Izreen Azminda untuk bersemuka dengan Rafeda & juga Julia Daud untuk mendapatkan kepastian kisah yang beliau sampaikan ini.(sumber : rotikaya.com)

Hubungan Erra Fazira & Engku Emran Tidak Stabil, Sering Bergaduh - Teman Rapat Era

Posted: 02 Jan 2012 06:03 AM PST


Minggu ini boleh di'katakan yang beberapa saluran media berjaya membawa kembali gossip yang melibatkan rumahtangga Erra Fazira & Engku Emran.

Mengambil faktor ketidakhadiran Engku Emran menemani aktiviti Erra Fazira sepanjang 2011, si isteri sekali lagi berhadapan dengan soalan panas wartawan.

Erra Fazira bagaimanapun sekali lagi menafikan yang rumahtangga beliau kini sedang mengalami masalah seperti yang di'dakwa.

Seorang teman rapat Erra Fazira yang juga orang kuat industri seni ada menghubungi kami petang semalam membawa sedikit gambaran tentang keadaan sebenar hubungan Erra Fazira dan Engku Emran.

Menurut individu ini, hubungan mereka berdua ketika ini memang tidak stabil tetapi tidak dapat mengesahkan dakwaan yang Engku Emran kini tinggal berasingan daripada Erra Fazira dan anak.

Dakwaan ini turut datang dari beberapa orang penggiat forum hiburan yang berkata mereka beberapa kali terserempak dengan kereta milik Engku Emran di'rumah ibu bapa beliau berhari hari lama'nya.

Engku Emran kini sedang mencari pekerjaan baru selepas kontrak bersama Bernama TV tamat Oktober 2011 yang lalu dan ini juga mungkin salah satu punca Engku Emran enggan kelihatan di'mata umum.

Teman rapat Erra Fazira juga ada menyebut yang beliau pernah menjadi tempat meluah perasaan aktress popular itu sejak kebelakangan ini apabila pertengkaran terjadi antara mereka berdua. Bohong apa yang di'katakan sumber kami ini, maka bohong juga'lah seluruh entri ini. Tetapi jika benar, apa sebenarnya yang mahu Erra Fazira sorok dari pandangan peminat?


sumber : rotikaya.com

Seefood - Filem Animasi Tempatan Terbaru, Di Pawagam 8 Mac 2012

Posted: 01 Jan 2012 09:53 PM PST


 

Seronok sebenarnya kami menanti tahun 2012 kerana dunia filem Malaysia bakal meriah.

Ini termasuklah filem animasi tempatan yang sudah merantau ke seluruh dunia dan kini pulang ke kampung halaman — Seefood.

Kalau melihatkan poster promosi untuk filem Seefood ini, pasti ada yang terbayangkan Shark Tale atau tidak pun Finding Nemo.

Namun membaca sinopsis filem ini yang kami terima, kisah dalam Seefood memang berbeza dengan mana mana filem Hollywood.

Filem terbitan Silver Ant dan bakal di'edarkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd ini telah menjalani tayangan perdana di Cannes Marche du Film pada bulan May 2011 yang lalu.

Semenjak itu, Seefood telah di'tayangkan di lebih 90 negara sekeliling Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia. Dan kini bersedia untuk di'tayangkan di 80 pawagam seluruh Malaysia.






SINOPSIS: Filem Seefood berlatar-belakangkan eko-sistem sekitar kita dimana karakter utamanya, Pup dan Julius akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak berpenghujung, ditemani watak lain yang penuh warna.

Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut.

Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, atau dunia Man, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.

Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya.

Dengan sut istimewa mereka, keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda! -rotikaya.com-

Gambar Erykah Badu Lukis Tattoo Nama ALLAH Di Badan Dan Akan Buat Konsert Di Malaysia

Posted: 01 Jan 2012 08:42 PM PST


Pertama sekali, kami percaya'kan sangat yang motif di'badan si Erykah Badu ini bukan kekal sifatnya tetapi tiada perkataan lain yang timbul di'kepala kami pagi pagi buta sebegini.

Seorang peminat hiburan yang prihatin menghantarkan gambar di'sebelah untuk mendapatkan penjelasan selayaknya untuk isu tattoo Erykah Badu ini.

Maklumlah, penyanyi R&B, soul & hip hop ini bakal mengadakan konsert sulung beliau di Malaysia pada 28 Februari 2012.

Peminat ini berminat bertanyakan siapa sebenarnya yang layak memberikan kebenaran untuk Erykah Badu mengadakan persembahan di Malaysia jika beliau pernah menggunakan ALLAH sebagai tattoo?

Hollywood sendiri sebenarnya keliru dengan pegangan agama Erykah Badu namun beberapa sumber mengatakan yang penyanyi ini sebenarnya mengakui diri beliau sebagai seorang Muslim — tetapi bukan dari sudut agama.

Kepercayaan dan amalan Erykah Badu merupakan satu serpihan dunia Islam yang di'panggil sebagai Five Percenters dan umat Islam secara sepakat tidak mengakui pengamal ajaran serpihan ini sebagai Muslim sejati.

Erykah Badu pada hemat kami hanya menggunakan nama Islam sebagai satu kepercayaan bermotifkan politk dan bukan kepercayaan mutlak sebagai satu pegangan agama.

Kalau anda tanyakan kepada kami, adakah Erykah Badu berniat menghina Islam dengan mengenakan tattoo atau motif sebegitu, kami tidak mampu menjawab kerana kami sendiri masih perlukan panduan.

Harap'nya ada orang yang pandai selok belok agama Islam dapat memberikan jawapan yang semolek'nya untuk persoalan ini. Tinggalkan di'ruangan komen. -rotikaya.com-

Gambar Majlis Akad Nikah Ash dan Sherry Merlis

Posted: 01 Jan 2012 08:27 PM PST

Ash dan Sherry kini sah bergelar suami isteri. Foto ihsan daripada ROTIKAYA.COM

PETALING JAYA: Selepas enam bulan bercinta, akhirnya vokalis kumpulan Gabba Gabba iaitu Ash atau nama sebenarnya, Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, akhirnya sah bergelar suami kepada pelakon Sherry Merlis, pada pagi Ahad.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan tiada sebarang majlis persandingan dilakukan untuk kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Sherry iaitu Wan Zainal Abidin kira-kira pukul 10 pagi dengan disaksikan oleh 100 orang tetamu.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan dan mas kahwin berjumlah RM200 beserta tiga dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, cincin dan manisan.

Ia dibalas lima dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sebuah kitab Al-Quran, manisan, cincin dan kek.

Menurut Ash, 29, dia bersyukur kerana akhirnya pernikahan mereka berjalan dengan lancar dan berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat.

"Saya berdoa hubungan kami kekal selamanya. memandangkan ini merupakan perkahwinan kedua saya dan Sherry, kami memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang resepsi, sebaliknya hanya majlis nikah diikuti dengan jamuan kecil-kecilan.

"Walaupun jarak usia kami agak jauh, Alhamdulillah, masing-masing boleh memahami sesama sendiri. Apa yang membuatkan saya tertarik dengan Sherry ialah keperibadiannya dan paling penting, matanya," kata Ash yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Tambah Ash, selain mengusahakan syarikat rakamannya sendiri, Babugusto Records, dia dan Sherry turut merancang untuk membuka sebuah perniagaan produksi.

Pada majlis nikah itu, pasangan merpati sejoli itu mengenakan busana rekaan Lagenda Dan Rizal inspiration manakal wajah Sherry disolek oleh Asmara Andaman.

Pasangan ini mula berkenalan apabila sama-sama terlibat dalam produksi drama Cita dan Cinta, arahan Azma Aizal Yusoof yang diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd.

Sebelum ini Ash pernah mendirikan rumahtangga dengan pengacara Melodi, Khaidirah Abu Zahar atau Dira, 28, dan telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tengku Anggun Deandra, 3.

Begitu juga dengan Sherry, 40, yang pernah berumah tangga sebelum ini dan memiliki dua orang anak iaitu Habib Daniel, 18, dan Harith Daniel, 17, hasil perkahwinannya dengan Esma Daniel. -mstar-

Azlan (The Typewritter) Seronok Bergelar Ayah

Posted: 01 Jan 2012 08:21 PM PST


Anak perempuan Lan diberi nama Laurra Lutfea.

PETALING JAYA: Penyanyi Azlan (The Typewritter) kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Normala Hassan,selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 9.03 malam, 28 Disember 2011.

Bayi sulung yang diberikan nama Laurra Lutfea itu dilahirkan secara normal di Hospital Lourdes, Sentul, dengan berat 2.8 kilogram.

Menurut Azlan, 29, atau Lan, sejak melihat 'keseksaan' isterinya melahirkan Lutfea, barulah dia sedar pengorbanan seorang ibu begitu besar nilainya.

"Saya bersyukur kerana isteri boleh bergerak dengan selesa selepas sembilan bulan mengandungkan anak perempuan kami. Cuma selepas sehari bersalin, dia sakit demam panas pula.

"Sepanjang empat hari bergelar bapa, perasaan seronok untuk menjaga Lutfea membuak-buak. Ini pun dah berapa malam saya tak cukup tidur," selorohnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.


Bagaimapun, tambah Lan, dia enggan Lutfea mengikut jejak langkahnya menjadi seorang penyanyi mahupun pelakon apabila dewasa kelak.

Ujar Lan lagi, dia ingin anaknya itu dididik supaya meminati profesion lain tetapi terpaksa akur jika kerjaya muzik nanti menjadi pilihannya.

"Saya harap, dengan latar belakang keluarga saya yang kuat agama, mereka dapat membantu saya dan isteri mendidik Lutfea.

"Saya percaya, personaliti, karakter dan minat seseorang itu datang daripada asuhan ibu bapa mereka sejak kecil. Semoga kami dapat membimbingnya ke arah yang betul, Insya-Allah," tegasnya.

Lan atau nama sebenarnya Norazlan Rosle dan Normala, 29, telah diijabkabulkan pada 2 Januari 2011 di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat. -mstar-

Neelofa Terima Tawaran Berbaloi Jadi Duta Avon

Posted: 01 Jan 2012 08:16 PM PST

Neelofa

PETALING JAYA: Pelakon jelita dan berbakat besar, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, mengakui telah menerima tawaran yang agak berbaloi untuk menjadi duta produk barangan kosmetik dan perhiasan wanita Avon dengan mengikat kontrak selama setahun.

Neelofa, 23, yang enggan mendedahkan jumlah kontraknya itu berkata, dia bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk mempromosikan produk tersebut dan gembira kerana meletakkan namanya sebaris dengan selebriti ternama lain yang pernah menjadi duta Avon sebelum ini seperti Wardina, Rozita Che Wan dan Fazura.

"Alhamdulillah, saya telah menandatangani kontrak pada bulan Disember lalu dan ia akan dilancarkan pada 18 Januari ini.

"Mereka juga menawarkan harga yang boleh dikira berbaloi, mengikut kesesuaian pencapaian saya sepanjang setahun bergelar selebriti. Ada juga saya tanya kenapa saya yang dipilih? Kata pihak Avon, mereka mahu saya membawa jenama Avon dengan cara yang tersendiri di samping melihat daripada aspek wajah komersial," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Tambah Neelofa, menerusi tanggungjawabnya sebagai duta barangan kosmetik Avon, pelakon itu ingin mengubah persepsi golongan remaja yang menganggap produk tersebut hanya digunakan untuk golongan dewasa sahaja.

"Saya enggan menjadi duta sesebuah produk tanpa sebarang hasil. Justeru, perkara pertama yang akan dilakukan ialah, menarik minat pembeli di kalangan remaja seperti saya.

"Mereka selalu menganggap Avon hanya untuk wanita matang tetapi sebenarnya tidak. Ia amat sesuai dengan wajah muda mereka.

"Dalam pada itu, saya juga mahu menggalakkan remaja mengenakan solekan setiap kali keluar rumah agar wajah mereka tidak kelihatan comot. Solekan nipis seperti mengenakan maskara dan pemerah pipi pun sudah memadai," ujarnya.

Pelakon ini juga menegaskan bahawa golongan muda tidak perlu memakai solekan yang tebal seperti yang dilihatnya pada masa kini kerana bimbang wajah mereka akan terjejas.

Sementara itu, Neelofa bersyukur, tahun 2012 bakal menemukan para penonton dengan hasil kerja lakonannya menerusi filem "Azura 2012"; "Lemak Kampung Santan"; "Taiko" dan "SAM".

Malah, kemunculan pertama Neelofa sebagai pengacara Nona yang disiarkan di TV3 pada Ahad menggembirakannya selepas menerima renspons positif daripada peminat-peminat program wanita tersebut.

"Saya gembira sangat apabila sebanyak 80 peratus orang memberikan respons yang baik. Diakui, banyak penambahbaikan yang perlu saya lakukan terutamanya tentang cara percakapan saya yang dikatakan agak laju.

"Kini, saya perlu menunggu reaksi peminat bagi filem "Azura 2012" pula. InsyaAllah, mereka akan menerima lakonan saya itu dengan baik," katanya yang bakal memulakan penggambaran drama arahan Erma Fatima, Dejavu Di Kinabalu tidak lama lagi. -mstar-

OSBON Kalis kritikan Chef Wan

Posted: 01 Jan 2012 08:05 PM PST


BERKAT tidak ambil kisah atau diibaratkan sebagai kalis dengan komen-komen pedas juri tetap terutamanya Chef Wan sebaliknya kumpulan Osbon terus tegar memberikan persembahan yang terbaik dalam setiap minggu berlangsungnya Maharaja Lawak Mega sehingga akhirnya bergelar juara!.

Osbon yang dianggotai oleh dua pelawak 'otai' atau veteran, Mohd. Yusof Abdul Hamid atau Os, 50, dan Sharizan Ahmad atau Abon, 51, menjuarai pertandingan sengit yang berlangsung pada malam Sabtu lalu di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Dengan undian sebanyak 31.1 peratus, Osbon berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000 berserta trofi sumbangan Astro sekali gus mengetepikan peserta kegemaran ramai iaitu kumpulan Boboi yang meraih undi sebanyak 29.3 peratus.

Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki Aksan dan Harun Salim Bachik hanya berjaya menduduki tempat kedua dan membawa pulang RM250,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Ternyata kemenangan Osbon sudah diramal ramai pihak apabila meraih pujian juri Datuk Siti Nurhaliza melalui persembahan pertama mereka manakala legenda bola sepak Malaysia, Zainal Abidin Hassan turut memberi komen yang positif melalui persembahan kedua Osbon.

Komen Siti terhadap Osbon: "Bukan komen negatif yang Siti mahu berikan sebab sorakan dan tepukan yang diberikan penonton di stadium tak putus-putus. Siti mahu ucap tahniah dan ini menunjukkan kebangkitan pelawak senior."

Zainal pula mengulas: "Harap Osbon terus membuat lawak untuk menghiburkan rakyat Malaysia selepas ini. Walaupun kedua-duanya otai tetapi memang terbaik. Penonton menerima anda bukan kerana rupa atau usia tetapi kerana lawak berkesan yang anda berikan".

Tapak 27 tahun
Selama 27 tahun bertapak dalam bidang lawak, buat pertama kali Os meluahkan dirinya berasa diiktiraf.

"Kami sentiasa cuba tampilkan yang terbaik dan Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami. Sudah 27 tahun saya berada dalam bidang lawak dan inilah kali pertama rasa diiktiraf berada di tapak ini," tuturnya optimis.

OS dan Abon terharu meraih pengiktirafan yang cukup bermakna ini.


Ditanya mengenai hala tuju kedua-duanya selepas menjuarai Maharaja Lawak Mega, ungkap Os, dia akan kembali memandu teksi seperti biasa kecuali jika ada tawaran yang datang.

Di pihak Abon pula, dia memberitahu, memang kerjanya melawak di majlis-majlis makan malam mahupun hari keluarga. Jadi, dia akan meneruskan kerjanya dan tidak menolak jika menerima tawaran untuk digandingkan bersama Os.

Bercerita tentang duit kemenangan sebanyak RM350,000 yang bakal dikongsi berdua. Os sememangnya menyimpan hajat ingin mencantikkan lagi teksinya untuk keselesaan para penumpangnya manakala Abon belum lagi memikirkan mengenainya.

Osbon turut ditanya adakah karakter wanita yang ditampilkan dalam setiap persembahan lawak peserta-peserta Maharaja Lawak Mega menjadi faktor bagi meraih undian yang tinggi daripada penonton.

"Untuk persembahan memang kita perlu pelbagaikan lawak. Tak kiralah kita tukar watak jadi wanita atau apapun. Jika tidak penonton akan bosan. Apa yang Osbon buat, kami akan pelbagaikan watak namun masih mengekalkan originaliti Os dan Abon sendiri," ujar Os.

Menurut Abon pula, untuk 10 minggu dalam Maharaja Lawak Mega dia dan Os sudah mempunyai perancangan rapi mengenai setiap persembahan mereka.

Lawak gigi
"Kami cuba sesuaikan watak melalui setiap persembahan. Persembahan mana yang perlu dipakai perempuan dan persembahan mana yang boleh menggunakan Jawa sebagai lawak.

"Begitu juga lawak gigi Os. Kami bukan gunakan isu gigi Os untuk meraih simpati penonton dan juri sebaliknya menjadikannya rencah rasa dalam lawak kami," tutur Abon pula.

KUMPULAN Syok dan Saehu bergambar kenangan bersama kumpulan Boboi dan Osbon.


Sementara itu, ditanya mengenai kekalahan Boboi, ujar Afdlin, dia cukup berbangga kerana tewas di tangan Osbon.

"Saya memang kagumi mereka sebagai seorang pelakon dan pelawak. Saya tengok mereka melawak sejak dari kecil lagi. Mereka memang layak menang," luah Afdlin jujur.

Selain Osbon dan Boboi yang menduduki tempat pertama dan kedua, kumpulan Saehu dari Indonesia pula berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM150,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Kumpulan Syok yang dianggotai Saripah Raziah Mustapha atau Ifa Raziah, 36, dan dua orang peserta daripada Singapura pula berjaya menduduki tempat keempat.

Biarpun menduduki tempat keempat, kumpulan Syok dikejutkan dengan hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 sedangkan pada mulanya tempat keempat diumumkan tidak mendapat sebarang hadiah berupa wang tunai.

"Pihak Astro buat kejutan di saat-saat akhir tempat keempat juga mendapat wang tunai. Saya ucap terima kasih banyak-banyak. Saya tidak pernah bermimpi untuk berada di pentas bersama dengan otai-otai. Bagaimanapun saya tetap bersyukur berada di tempat keempat," kata Ifa teruja.

Para peserta diadili dengan konsep 70 peratus markah juri awam daripada Datuk Chef Wan, Datuk Siti Nurhaliza dan Zainal Abidin serta seorang juri jemputan pelakon Aaron Aziz manakala 30 peratus pula adalah undian daripada penonton. -kosmo-

Erra kagumi Lisa

Posted: 01 Jan 2012 07:47 PM PST


 
ERRA mengakui suaminya bukan jenis lelaki yang sering mengikuti isteri walau ke mana sahaja.


TAHUN 2011 bagai sinonim dengan figura jelita Erra Fazira, 38. Usai memenangi program Mentor bersama protegenya Salma, permintaan untuk melihat sosok Erra Fazira bagai mencurah-curah.

Selesai dengan pelbagai drama bersiri selaku wajah eksklusif Astro antaranya Kelasss Kau Maria, mengalun peminat dengan teater Badai Semalam, terpilih sebagai juri tetap Pilih Kasih musim ketiga, dan menutup tahun 2011, diari Erra tertutup rapat sebagai pengkritik tetap program Vokal Bukan Sekadar Rupa yang juga baru sahaja melabuhkan tirainya.

Mungkin juga tahun 2012 menjadi tahun kegemilangan buat bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu memandangkan demand untuk penonton melihat wajahnya masih tinggi.

Namun begitu, Erra turut tidak lari daripada terbias dengan sedikit desas-desus yang mengatakan mahligainya yang dibina bersama suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin sedikit goyah akibat orang ketiga.

Erra yang ditemui selepas konsert final Vokal Bukan Sekadar Rupa di Plaza Alam Sentral Shah Alam baru-baru ini menjawab dakwaan itu.

Kosmo!: Benarkah rumah tangga Erra dan suami sedikit retak memandangkan kelibat kalian berdua jarang kelihatan bersama dalam sesebuah majlis?

Erra: Dia bukan jenis suka ikut ke sana sini dan saya pula bukan jenis yang suka memaksa. Ada orang sedap di mata angkut pasangan pergi sana sini. Manusia ada macam-macam dan ada macam-macam interpretasi boleh dibuat daripada pemerhatian mereka. Tidak semestinya saya tidak membawa suami bersama, hubungan kami bermasalah.

Maknanya, tiada sebarang masalah antara Erra dan suami sehingga kini?

Alhamdulillah, rumah tangga kami masih sempurna dan tiada apa yang perlu dirisaukan.

Engku Aleesya sudah menjangkau usia tiga tahun, bagaimana perancangan keluarga Erra selepas ini?

Saya tidak ada rancangan. Prinsip saya tekad, reda, tabah. Kalau ada, adalah. Tak ada tak apa. Lagipun tahun 2012 saya nak tumpukan pada kerjaya dan apa yang sudah ada di depan mata. Dalam masa yang sama cuba ketepikan masalah peribadi.

MEMORI manis. Adakah majlis perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani pada 23 Februari nanti bakal berlangsung semeriah majlis persandingan terbuka Yusry dan Erra Fazira di Taman Tasik Puteri, Bandar Tun Razak Kuala Lumpur pada 21 Jun 2003 ini?


Memandangkan permintaan terhadap Erra masih banyak pada tahun 2012, mungkinkah tahun ini menjadi tahun kegemilangan Erra sekali lagi?

Azam saya selepas berumah tangga mahu kurangkan sedikit aktiviti seni dan lebih fokuskan pada keluarga tapi rezeki datang mencurah-curah, dan sebelum ini sudah banyak alasan saya berikan untuk tidak terlibat dalam beberapa program selepas ini. Pilihan memang nak kurangkan tapi kalau ada permintaan mesti ada hikmah di sebaliknya.

Lama Erra meninggalkan bidang seni suara dan membuat persembahan nyanyian. Tidakkah Erra rindukan untuk kembali beraksi di pentas.

Rasanya sudah setahun saya mengelak untuk mengadakan persembahan, tapi tahun ini saya akan kembali ke seni suara dan menyanyi balik memandangkan saya sudah bebas daripada mana-mana syarikat rakaman. Saya boleh buat apa yang saya mahukan.

Bagaimana pula dengan berlakon filem?
Ada tawaran yang datang tapi selagi tidak ada hitam putih saya tidak berani terima. Ada watak yang betul-betul bagus tapi tak ada tawaran yang menarik, selalunya watak menarik ada tapi tawaran pula tergendala.

Memandangkan Erra sudah lama dalam industri seni, apakah yang dapat diperhatikan mengenai senario artis-artis masa kini?

Saya terkilan melihat sebilangan artis yang menjadikan ruang siber sebagai tempat untuk berperang. Jangan malukan industri kita dengan isu-isu peribadi yang negatif sebab itu akan jadi tumpuan semua orang. Sebab itu orang ramai sukar menghormati kita. Sebenarnya ada cara lain untuk berlawan sesama sendiri.

Nasihat Erra untuk artis kita yang gemar mencetuskan kontroversi?

Untuk menjadi anak seni perlu tahan kebal. Kejutan budaya terutama artis baharu pasti akan berlaku cuma persoalannya bagaimana untuk kita mengawal perkara itu. Kontroversi itu kadangkala perlu tapi biarlah populariti itu datang secara semula jadi bukan kerana kontroversi yang kita cetuskan.

Ucapan Erra kepada Yusri yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan Lisa Surihani tidak lama lagi?

Alhamdulillah, saya sangat gembira mendengar berita itu. Saya doakan mereka berkekalan dan tahniah saya ucapkan. Semoga cepat-cepat timang anak. Apapun, saya kagumi Lisa yang sanggup ambil keputusan untuk berkahwin ketika namanya sedang berada di puncak. Harap masing-masing boleh hargai masing-masing. -kosmo-

Mayat hancur dirempuh treler

Posted: 01 Jan 2012 07:28 PM PST

SALAH seorang mayat remaja yang terpelanting selepas MPV jenis Honda Stream yang dinaiki bersama sembilan lagi rakan mereka dirempuh treler.

SITIAWAN – Tujuh remaja maut termasuk dua beradik menemui ajal dalam keadaan mengerikan selepas mayat mereka ditemui dalam keadaan beberapa anggota badan hancur apabila kenderaan pelbagai guna (MPV), Honda Stream yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan tong gas di Batu 6, Jalan Lekir-Sitiawan dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 10.30 malam itu menyebabkan Badrul Isa Sulaiman, 19; adiknya, Mohamad Hadi, 17, serta sepupu mereka, Mohamad Shadan Mohd. Arshad, 15, maut. Turut maut ialah tiga rakan sekampung mereka, Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd. Termizi, 15, dan Muhamad Shafik Redzuan Yusuf, 16.

Kesemua mereka mati dengan beberapa anggota badan mereka hancur di tempat kejadian.

Pemandu MPV terbabit, Mohd. Hisam Mat Zaki, 22, yang mengalami kecederaan parah di kepala pula meninggal dunia pada pukul 8.35 pagi semalam di Unit Rawatan Rapi, Hospital Seri Manjung dekat sini.




Tiga lagi penumpang Honda Stream itu, Khairul Faiz Mohd. Noor, 17, dan dua rakan perempuan mereka pula cedera ringan.

Pemandu treler membawa muatan tong gas, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, cedera parah di kepala dan sedang dirawat di hospital sama.

Ketua Trafik Daerah Manjung, Asisten Komisioner Ismail Munajat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku setelah Mohd. Hisam cuba memotong sebuah kereta Honda Civic yang berada di hadapannya dari arah kiri. -kosmo-

Izreen, Pelakon drama Tentang Dhia Bertunang

Posted: 01 Jan 2012 07:18 PM PST


 
Izreen bersama tunangnya, Muhamad Riza di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Pelakon drama Tentang Dhia yang memegang watak Melly, Izreen Azminda Aznam memulakan tahun baru 2012 semalam dengan mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya seorang jurukamera bebas, Muhamad Riza Baharudin.

Majlis pertunangan yang diadakan di Pusat Aktiviti Pejabat Daerah Kota Setar di sini itu, berlangsung dalam suasana sederhana tetapi penuh bermakna bagi Izreen, 27, yang mahu menutup kontroversi yang melandanya sepanjang tahun lalu.

Pada majlis itu, Izreen anak kedua daripada tiga beradik kelihatan anggun dengan persalinan berwarna merah jambu rekaan Shanelle Harun.

Majlis bermula dengan perbincangan wakil kedua-dua belah pihak serta persetujuan mengenai jumlah wang hantaran sebanyak RM19,001 dan mas kahwin RM999.

Ibu Muhamad Riza, Zainon Baba, 55, kemudian menyarungkan cincin emas putih bertatah berlian ke jari Izreen sebagai tanda pertunangan pasangan itu. -kosmo-

500 cedera letupan mercun di Manila

Posted: 01 Jan 2012 07:06 PM PST


SEORANG lelaki yang cedera akibat tembakan rambang sempena tahun baru di Manila semalam.



MANILA, Filipina - Hampir 500 orang cedera akibat letupan mercun dan tembakan rambang di negara ini sempena sambutan tahun baru.

Menurut beberapa pegawai, kira-kira 12 buah penerbangan, termasuk dua dari Amerika Syarikat terpaksa dibatalkan dan dilencongkan semalam kerana letupan mercun mengehadkan penglihatan di Manila.

Sejumlah orang yang cedera akibat letupan mercun termasuk kanak-kanak memenuhi bilik-bilik kecemasan di hospital di sini selepas tengah malam.

Dua kumpulan bertempur di depan sebuah hospital di sini menyebabkan seorang mati akibat tembakan.

Setiausaha Kesihatan, Enrique Ona menyatakan bilangan mangsa yang cedera akibat letupan mercun ialah 454 orang dan 18 lagi terkena peluru sesat.

"Sekali lagi, rayuan supaya ibu-ibu menjauhkan anak-anak mereka dari mercun tidak berkesan," kata Ona pada satu sidang akhbar.

Menurutnya, dia bersedia untuk menimbangkan satu cadangan bagi mengharamkan mercun sepenuhnya tetapi ia perlu dikaji terlebih dahulu.

Setiausaha Dalam Negeri, Jesse Robredo berkata, seramai 65 orang ditangkap kerana menggunakan mercun haram.

Sebahagian besar rakyat Filipina terpengaruh dengan tradisi masyarakat China yang percaya bunyi bising mercun dan bunga api mampu mengusir kejahatan dan nasib malang pada sambutan tahun baru.

Bagaimanapun, mereka mengamalkan kepercayaan itu dengan keterlaluan sehingga menyebabkan banyak kecederaan berlaku pada setiap tahun sempena sambutan tahun baru. - Agensi

Berhimpun untuk lihat matahari 2012

Posted: 01 Jan 2012 06:54 PM PST


 
SEJUMLAH orang melihat matahari terbit pada hari pertama 2012 di bandar Natori semalam.


BANDAR NATORI - Sejumlah orang berhimpun untuk menyaksikan matahari terbit pada hari pertama 2012 di sini semalam.

Bandar Natori terletak di wilayah Yuriage yang turut terjejas akibat bencana tsunami ekoran gempa bumi dasar laut yang berlaku pada 11 Mac tahun lalu di timur laut Jepun.

Syarikat All Nippon Airways turut menyediakan satu penerbangan yang dinaiki seramai 137 orang untuk melihat matahari terbit pada 1 Januari 2012. - AFP

No comments: