Monday 2 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


MyKad Baru Mula Dikeluarkan JPN Mulai 3 Januari

Posted: 31 Dec 2011 11:06 PM PST


PERBEZAAN imej sinar ultra lembayung atau UV yang timbul dari kad pengenalan yang baru (kanan) dengan kad pengenalan lama ketika dipancarkan dengan cahaya UV. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan kad baru itu mulai 3 Januari 2012 secara berperingkat dan akan dimulakan di ibu pejabat JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor.
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd Said.
Beliau berkata pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari ini.
Katanya orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.
"MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.
"Selain itu, MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Jariah berkata JPN yakin pengeluaran MyKad baru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.
Beliau berkata MyKad baru sudah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang ditambahbaik.
Jariah berkata cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Januari, Johor Bahru (14 Januari), Kuantan (15 Januari), Melaka (17 Januari), Kuching dan Kota Bharu (20 Januari), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Januari).
Selain itu, beliau berkata pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Februari, Miri (6 Februari), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain pada 7 Februari serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Februari.
"JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan.
"Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak," katanya. – BERNAMA

Nafsu Seks Wanita Pertengahan Usia Lebih Kuat

Posted: 31 Dec 2011 06:45 PM PST

 
Satu kajian terbaru di Amerika Syarikat (AS) mendapati wanita suka menikmati seks semasa usia mereka menghampiri 40 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli akademik Universiti Texas itu menyatakan nafsu seks wanita lebih tinggi pada peringkat usia 30-an dan awal 40-an disebabkan faktor psikologi.

Pada usia tersebut, wanita menyedari mereka semakin menghampiri menopaus yang mengurangkan tahap kesuburan dan peluang mendapatkan anak sekali gus menyebabkan keinginan seks mereka meningkat.

Kajian berbentuk kaji selidik itu melibatkan hampir 900 wanita yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu responden dengan kesuburan tertinggi (berusia 19 tahun hingga 26 tahun), mereka yang tahap kesuburannya menurun (berusia di antara 27 tahun hingga 45 tahun) dan golongan yang menghampiri atau telah mengalami menopaus.

"Hasil kajian menunjukkan wanita dengan tahap kesuburan menurun sebenarnya memiliki keinginan seks yang lebih tinggi dan lebih aktif melakukan hubungans eks berbanding wanita subur," kata seorang penyelidik berkenaan, Profesor David Buss.
Menurutnya, wanita pertengahan usia juga lebih kerap berfantasi mengenai seks berbanding wanita muda di samping lebih cenderung menjalin hubungan sulit terutamanya dengan lelaki lebih muda.

"Saya kerap mendapati wanita berusia lewat 30-an lebih gemar 'berseronok' (terbabit dalam aktiviti seks). Mungkin keadaan ini berlaku tanpa disedari mereka atau mereka sedar mengenainya," kata seorang pakar seks, Dr. Pam Spurr. – Agensi

Tiz Zaqyah Ditipu Peminat Sendiri

Posted: 31 Dec 2011 06:41 PM PST


"Kejadian ini langsung tidak saya duga. Saya tolak tawaran berlakon semata-mata mahu bercuti bersama peminat," kata Tiz Zaqyah selepas rombongan dia bersama 35 peminat untuk ke Perth, Australia, dijadualkan kelmarin terbantut angkara kegagalan perunding yang juga ahli kelab peminatnya menunaikan janji.

Program bercuti dinamakan Percutian Cik Qyah yang dirancang sejak Mac lalu sepatutnya bermula kelmarin sehingga Ahad ini, bagaimanapun ia menjadi igauan buat semua peserta rombongan apabila mereka terkandas di lapangan terbang dan menyedari ditipu pada saat akhir.
Tiz berkata, program itu diuruskan seorang daripada ahli kelab Tiz Zaqyah Razak Fan Club (TZRFC) membabitkan pembayaran keseluruhan lebih RM60,000 selepas setiap peserta dikehendaki membayar RM1,700 dan RM1,900.

"Saya hampa, kesal serta bersimpati dengan ahli kelab peminat dari Brunei dan Singapura semata-mata turut serta percutian ke Perth. Namun, kami ditipu perunding percutian yang juga ahli TZR FC sendiri.

"Ia bukan isu kecil kerana membabitkan wang dalam jumlah banyak sehingga kami buat laporan polis.

Saya tidak boleh komen apa-apa ketika ini dan menyerahkan kepada polis," katanya ketika dihubungi, semalam. -suarapeople-

Siti Nurhaliza Disahkan Hamil

Posted: 31 Dec 2011 06:34 PM PST


Berita mengembirakan yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh semua peminat Datuk Siti Nurhaliza... menurut sebuah blog, http://www.illustrasiaku.com Siti, telah membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilannya di Singapura, sempena persembahan ambang tahun baru 2012..

Tahniah Datuk Siti..
Semoga impian beliau untuk menimang cahaya mata akan termakbul....
Rezeki tahun baru ;)


sumber : lulupages

Mangsa Lemas Ditemui Dalam Keadaan Berpelukan

Posted: 31 Dec 2011 06:31 PM PST


Mayat tiga kanak-kanak termasuk dua beradik yang hanyut selepas sampan mereka terbalik di Sungai Perak berhampiran Kuala Kenderong dekat sini pada Khamis lalu dijumpai awal pagi semalam.

Mayat Muhammad Amir Fadlillah Ruzai, 11, dan adiknya, Muhammad Adham Hamiz, 8, ditemui terapung kira-kira 30 kilometer (km) dari lokasi kejadian pada kira-kira pukul 3 pagi.

Agak mengharukan apabila mayat mereka ditemui dalam keadaan berpelukan oleh seorang penduduk kampung yang sedang memeriksa pukatnya di tebing Sungai Perak berhampiran Titi Air Ganda dekat sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Supritendan Wan Jamil Wan Chik berkata, mayat Mohd. Saiful Haikal Dahari, 7, pula ditemui oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 9 pagi.

"Mayat tersebut dijumpai di kawasan Tasik Chenderoh iaitu kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa pertama dan kedua ditemui," katanya di sini semalam.

Jenazah tiga kanak-kanak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Padang di sini selepas solat Zuhur.


Ketahui Tanda-tanda Awal Kanser

Posted: 31 Dec 2011 06:26 PM PST


TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.

5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.

6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

8) Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil

p/s : Untuk hindari makanan berlemak dan bergoreng sgt sukar, tp no 2,3,4 ok jek. Yang no 5 memang sedang diamalkan…(mynewshub)

Os Terus Bawa Teksi Selepas Osbon Juara MLM

Posted: 31 Dec 2011 06:17 PM PST


KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan duo Osbon, Mr. Os akan terus menjadi pemandu teksi biarpun muncul juara Maharaja Lawak Mega (MLM) dengan memenangi hadiah wang tunai RM350,000 pada final pertandingan itu di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.

Menurut pelawak dan pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Santan Berlada pada awal tahun 1980-an itu, dia akan menggunakan wang kemenangan yang akan dikongsinya bersama pasangannya, Abon selepas menjuarai pertandingan anjuran Astro Warna tersebut.

"Macam biasa saya akan terus membawa teksi saya. Cuma dengan duit kemenangan itu, saya bercadang mahu menambahbaik teksi saya itu supaya ia lebih solid demi memberi keselesaan kepada para penumpang saya kelak. Pemandu teksi adalah kerjaya saya sekarang ini.
"Malah, saya akan terus menggunakan teksi saya itu kerana keadaannya masih elok. Apatah lagi, permit teksi saya itu pula hanya akan mati pada tahun 2015. Selain itu, saya akan menggunakan duit kemenangan ini bagi menyara anak-anak saya yang ramai dan masih kecil," katanya.

Os berkata demikian pada sidang akhbar selepas berakhirnya final MLM yang menyaksikan kumpulan Boboi muncul naib juara dengan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM250,000, tempat ketiga Saehu (RM150,000) dan pemenang keempat Syok (RM50,000).

Pada pertandingan yang menggunakan sistem pemarkahan 70 peratus daripada para pengkritik dan 30 peratus lagi berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada para penonton itu, Osbon mendapat 31.1 peratus markah, Boboi (29.3), Saehu (22) dan Syok (17.5).

Sementara itu, Abon pula berkata dia dan Mr. Os tidak berasa kecil hati biarpun sepanjang menyertai MLM mereka pernah dikritik teruk oleh pengkritik pertandingan itu terutamanya Datuk Chef Wan tetapi berkat kesabarannya ia membuahkan hasil.

"Dalam tiga minggu pertama menyertai MLM kami memang dikutuk teruk menyebabkan kami terpinga-pinga. Saya mulanya seperti tidak boleh terima bagaimana seorang tukang masak seperti Chef Wan mengkritik lawak kami sedangkan dia bukannya pelawak.
"Begitu juga misalnya dengan Zainal Abidin Hassan seorang pemain bola sepak. Apa yang dia (Zainal) tahu tentang lawak jenaka? Tetapi kami terima kritikan mereka dengan hati terbuka dan menyahut cabaran serta kritikan itu bagi menunjukkan bakat sebenar kami," jelasnya.


sumber : mynewshub

Ombak Rindu: Lebih 20 Kesilapan Filem Tidak Disedari Penonton

Posted: 31 Dec 2011 06:15 PM PST


Walaupun dipuji melambung oleh peminat-peminat industri hiburan tanahair dan mendapat sambutan hangat dengan jumlah kutipan jualan tiket mencecah RM10.01 juta sehingga 30 Disember lalu, Ombak Rindu tidak terlepas melakukan kesilapan.

Sebuah blog pengkritik filem, Goofspotonfilm.blogspot.com (Goof Spot), menyenaraikan lebih 20 kesilapan filem Ombak Rindu yang mungkin tidak disedari oleh ramai penonton filem tersebut setelah diteliti dari sudut 'shot', audio dan visualnya.

Antara kesilapan-kesilapan yang dikenal pasti oleh pemilik blog itu ialah mengenai arah laluan keretapi yang dinaiki Izzah untuk ke Kuala Lumpur adalah bertentangan dengan arah sebenar dan menunjukkan ia menuju ke arah Arau atau Thailand.

"Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur.


 
"Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam," dakwa pemilik blog tersebut.

Menggelikan hati, Goof Spot turut mendedahkan mengenai sikap ambil mudah produksi Ombak Rindu mengenai pakaian yang dipakai hero filem, Haris, yang sekejap basah dan kering begitu cepat sekali.

"Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah.


 
"Peliknya, bajunya kering dan tidak menunjukkan tanda tanda basah sedikit pun (walaupun ada adegan Haris lap mukanya dengan tisu). Sempat plak Haris betulkan rambutnya yang basah tu ek.


 
"Malah, semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet. O mai goodness, singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun.


 
"Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya. Nampaknya Haris memang suka pakai baju, seluar dan kasut basah. Ha3," katanya menyindir tentang logik filem tersebut.


 
Selain itu, Goof Spot turut mempertikaikan tentang sekeping gambar di dinding bilik yang muncul tiba-tiba di dalam bilik Izzah.

"Sekeping gambar muncul di lajur tengah bawah secara tiba lepas tukar syot," katanya lagi.


 
Blog itu turut mempersoalkan mengenai sebuah bakul sampah di dalam bilik air yang ditendang Haris yang gagal dikesan hilang entah ke mana.

"Bakul sampah yang disepak Haris hilang entah kemana walaupun tak ada siapa pun ubah semasa Haris angkat Izzah," katanya kecewa kerana gagal mengesan bakul sampah itu.


 
Begitu juga dengan tali yang sepatutnya berada di depan hujung sampan di dalam adegan jam Izzah terjatuh ke dalam sungai, tali itu juga hilang tiba-tiba sebagaimana bakul sampah tersebut.


 
Pemilik blog itu juga mempertikaikan mengenai pergerakan bibir pada beberapa dialog filem yang tidak sama dengan audio filem yang mungkin disebabkan oleh kelemahan rakaman suara filem Ombak Rindu itu.

"AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa Afiah cakap 'I dan Haris tak ada apa2 hubungan', ucapannya tak sama dengan bibirnya.


 
"AUDIO PROBLEM / Synchronization: Mulut Izzah masih bergerak walaupun dia dah selesai sebut '… sementara Pak Dollah dan Mak Jah balik' dalam syot selepas itu," kritiknya lagi.


Goof Spot turut mendedahkan 'auta' filem itu pada adegan Haris menghubungi Izzah menggunakan telefon rumah dan nombor yang tertera di telefon bimbit Izzah menunjukkan nombor telefon Haris bermula dengan nombor 010 atau 016.

"FAKTA ATAU AUTA: Haris telefon Izzah guna telefon rumah. Tetapi, di handphone Izzah, korang akan nampak nombor 010 ataupun 016 (which means that panggilan ini dari nombor telefon bimbit).


"Malah, nama pemanggil, 'Abang Haris' tertera di skrin walhal Haris tidak menggunakan telefonnya untuk call Izzah," kata pemilik blog itu mendedahkan kelemahan filem itu.

Untuk melihat dan membaca lagi kelemahan-kelemahan filem 'air mata' itu, para pembaca boleh melayari blog tersebut di "http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/12/ombak-rindu-2011.html".
Bagaimanapun, syabas kepada Ombak Rindu dengan penghasilan karya yang indah menyayat hati serta mampu menyentuh perasaan ramai peminat industri filem tanahair pada penghujung tahun 2011 ini dan kesilapan-kesilapan kecil ini mungkin dapat diperbaiki pada masa akan datang.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Adam Adli Ditahan, Safwan Anang Patah Tulang Rusuk – UPSI Kecoh!

Posted: 31 Dec 2011 06:04 PM PST

Safwan Anang Patah Tulang Rusuk Dipukul FRU

KUALA LUMPUR – Seramai 17 mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditahan pihak polis tengah malam tadi apabila mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.

Kekecohan yang berlaku antara pihak berkuasa dan kumpulan mahasiswa menyebabkan Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) yang juga Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Safwan Anang Talib cedera dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Slim River.

Ada laporan awal menyebut beliau patah tulang rusuk dalam kejadian itu namun versi berkenaan masih belum dapat disahkan sepenuhnya.

Antara yang ditahan pula adalah Adam Adli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menurunkan gambar bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di perkarangan Ibupejabat UMNO.


(GAMBAR: Adam Adli di lokap IPD Tanjung Malim)

Kesemua mereka telah dibawa dan ditahan di lokap Ibupejabat Polis Daerah Tanjung Malim.

Kejadian malam tadi dipercayai berpunca apabila kumpulan mahasiswa yang berhimpun itu merempuh barisan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang mengawal kawasan perhimpunan berkenaan.



Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dalam reaksi segeranya yang disiarkan di Facebook membantah dan mengutuk keras kejadian yang berlaku itu.

Beliau memberikan masa lima jam atau sehinggah 12 tengah hari ini untuk polis membebaskan kesemua 17 mahasiswa yang ditahan itu.

"Jika tidak satu perhimpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas," katanya.

Beliau juga mendesak  pihak polis bertanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa-mahasiswa berkenaan terutama Safwan Anang.




(SUMBER GAMBAR: Blog Politikus)

Artis Dan Azam 2012

Posted: 31 Dec 2011 05:58 PM PST


Setiap orang pasti mendoakan kehidupan yang lebih baik pada tahun 2012 selepas tahun 2011 melabuhkan tirainya.


2012 yang menjelang memberi erti kepada sebahagian besar artis-artis kita. Ada yang ingin mendirikan rumah tangga, ada juga yang ingin mengukuhkan kerjaya agar memperoleh pendapatan yang lebih sebagai tuntutan nafkah kehidupan.

Malah ada juga yang ingin menjalankan hidup kearah kebaikan dan membuang keburukan diri pada diri masing-masing.

Begitu juga dengan selebriti-selebriti tempatan, mereka juga sudah merancang perkara yang terbaik dalam hidup dan yang mana tidak sempat dilaksanakan pada tahun 2011. Perancangan itu akan dibawa ke 2012.

Oleh itu, mStar Online berkongsi pendapat dengan beberapa artis tempatan mengenai azam dan ucapan mereka sempena sambutan Tahun Baru 2012.

Nasha Aziz: Pelakon jelita ini berazam untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini (diri dan agama), lebih tegas membuat keputusan, lebih berhati-hati dari terus dibuli oleh kaum lelaki (majikan atau teman lelaki) dan jelaskan hutang tertunggak.

Didie Alias: Pelakon dan pelawak, Didie Alias memberitahu azamnya pada 2012 adalah untuk menerbitkan sebuah program bual bicara khusus untuk para wanita. Selain itu juga, Didie berkata, dia juga ingin menerbitkan program berbentuk hiburan, santai dan fesyen.
"Tahun 2012 adalah tahun untuk saya mengembangkan lagi sayap kerjaya ke tahap lebih tinggi," ujarnya.

Elfira Loy: Pelakon telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ini ingin mencuba lebih banyak watak mencabar pada tahun 2012. Baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Elfira berkata dia kini boleh menumpukan sepenuhnya perhatian kepada dunia lakonan sebelum kembali menyambung pelajaran.

Zul Ariffin: Bekas kekasih pelakon Abby Abadi ini memberitahu masih belum puas dengan hasil lakonannya.Oleh itu, 2012 adalah tahun untuknya memperbaiki diri dan mutu lakonan dan seterusnya menjadi seorang pelakon berkaliber.

Fasha Sandha: Azamnya pada tahun 2012 adalah untuk mengembangkan perniagaan salun miliknya dengan membuka beberapa lagi cawangan. Ujarnya, dia juga akan bertemu jodoh dan mengharapkan peminat mendoakan kebaikan untuknya.

Dynas Mokhtar: "Saya mahu menambah bilangan anak kerana Kyhra pun sudah besar dan saya nak mengembangkan perniagaan butik Dynas Nursing Attire (DNA serta membuat lebih banyak promosi. Diharap Tahun Naga akan menjadi tahun yang baik untuk kita. Insya Allah."

Linda Onn: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn pula berazam untuk menaikkan lagi jumlah pendengar stesen radio itu supaya ia menjadi radio pilihan pendengar.

Zed Zaidi: "Saya nak jadi penerbit filem yang berjaya seperti Datuk Yusof Haslam, Rosyam Nor, Norman KRU dan David Teo."

Nanu Baharudin: "Sebenarnya saya tiada azam baru. Tiap-tiap tahun mempunyai azam yang sama. Saya akan memastikan untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik dan bekerja lebih kuat."

Aaron Aziz: "Saya tak pernah ada azam sebab tak tahu apa yang akan dilakukan pada masa hadapan. Apa pun, saya akan buat yang terbaik dan berharap dapat melakukan ibadah umrah pada tahun 2012."

Dj Lin Suria FM: "Ingin lebih berjaya sebagai penyampai radio Suria FM dan memperkenalkan Suria di serata Malaysia dan luar negara."

Anang-Ashanty Makan Bersuap-Suap Saat Didakwa Putus Cinta

Posted: 31 Dec 2011 05:54 PM PST


TIBA-TIBA sahaja hubungan pasangan popular Anang-Ashanty (gambar) dikhabarkan putus di tengah jalan kerana lamaran yang dirancang oleh Anang pada September lalu gagal.

Namun, mereka masih dilihat mesra dan saling makan bersuap-suap ketika membikin klip video terbaru mereka.

Kemesraan sejoli itu seolah-olah menunjukkan hubungan mereka berada dalam keadaan baik.

Menurut Ashanty, khabar angin itu tersebar kerana lamaran tersebut terpaksa dibatalkan akibat kesibukan masing-masing.

"Kami tidak mengambil pusing tentang khabar angin itu. Kami belum menentukan bulan berapa akan berkahwin, mungkin sebab itu keluar dakwaan seperti itu," ujar Ashanty seperti dilaporkan dalam portal detikhot.

Ketika pembikinan video klip itu, Anang dan Ashanty juga kelihatan masih 'intim'.

Kedua-duanya memang merancang untuk berkahwin pada tahun 2012. Bahkan Anang dan Ashanty sudah menempah pakaian pengantin walaupun belum menetapkan tarikh perkahwinan itu. -mstar

Maharaja Lawak banyak kudis emosi

Posted: 31 Dec 2011 05:52 PM PST


SOAL apa cerita Maharaja Lawak Mega (MLM) bukan lagi perkara utama kerana kumpulan Osbon kelmarin diumumkan sebagai juara program realiti tersebut. Semoga keputusan itu akan menutup segala sengketa yang berlaku sepanjang MLM bersiaran. Namun, barangkali ia tidak semudah itu kerana setiap kutukan, herdikan serta perang mulut sepanjang lebih dua bulan dalam MLM sudah tertanam dalam hati semua yang terlibat.

Selama 10 minggu, MLM bukan sahaja satu penjenamaan baharu kepada program lawak di Astro. Selama itu juga, daya kelakar dan komedi dalam MLM jarang diangkat atau diperkatakan sehingga ramai yang mendakwa auranya tidak setanding Maharaja Lawak yang mengangkat Sepah sebagai juara.

Dari satu perspektif lain, MLM banyak membongkar corak pemikiran serta etika juri dan peserta MLM. Pemerhati dari luar juga mampu menilai kualiti peserta atau juri program yang diuar-uarkan sebagai raja kepada segala raja lawak itu.

Mahukan yang terbaik, peserta sanggup melakukan apa sahaja sehingga ada idea lawak mereka disalah erti dan dikatakan menghina orang lain. Itu yang berlaku terhadap Bawal Power (hina Zaiton Sameon) dan Adlin Aman Ramli (hina keluarga sendiri). Semua orang mahukan yang terbaik dan tidak mustahil ada kalangan juri sendiri yang ingin dilihat sebagai pengkritik yang hebat. Itulah yang berlaku kepada tukang masak terkemuka, Chef Wan.

Saban minggu ada sahaja komen juri serta idea lawak peserta yang dirasakan tidak sepatutnya diluahkan. Paling ketara ialah pada minggu kelapan iaitu selepas Adlin tersingkir daripada persaingan.
Perang siber dilancarkan. Adlin dan Chef Wan berbalas-balas hamburan menuding jari sesama sendiri dan ia dapat disaksikan ribuan pengikut masing-masing di laman Facebook.

Sehari sebelum final, Afdlin Shauki daripada kumpulan Boboi pula meluahkan tidak puas hati kepada juri paling 'jujur', Chef Wan.

Afdlin dalam satu tulisan melalui Facebook mempersoalkan motif Chef Wan yang berubah daripada seorang yang positif dan ceria sebelum ini kepada seorang yang sinis dan kritikal terhadap MLM.

Dalam kenyataan yang sama, Afdlin menekankan yang MLM sangat berbeza daripada rancangan realiti lain kerana peserta dijemput khas dan bukan melalui uji bakat.

Walaupun Boboi masih terselamat daripada menjadi mangsa 'kejujuran' Chef Wan, Afdlin mendakwa luahan perasaannya di Facebook merupakan suara 'mereka' yang sudah pun tersingkir daripada persaingan yang menjanjikan habuan utama RM350,000 itu.


KUMPULAN Boboi diwakili oleh Afdlin Shauki (kiri) dan Harun Salim Bachik antara yang terselamat daripada komen Chef Wan yang mengguris hati.


"Menjadi juri tidak semestinya menjadi seseorang lebih bagus daripada orang lain. Dia meminta kami supaya jangan kurang ajar dalam berlawak, tapi ada ketikanya dia terlalu emosi. Jadi, adakah dia mempraktikkan apa yang diucapkannya," selar Afdlin terhadap Chef Wan.

Chef Wan tanpa berlengah melepaskan pelurunya, juga dalam Facebook.

"Afdlin tu, kalau nak sangat bercerita banyak, pergi dapatkan penjelasan daripada pihak Astro, kan senang. Sebagai juri, saya telah melakukan tugas saya sejujur-jujurnya.

"Lagipun itu pandangan saya, tak semestinya ia harus dipersetujui semua orang. Ada aku kisah? Ada tiga orang juri lain lagi dan penonton yang undi peserta, apa nak susah," tempelak Chef Wan.

Perang status dalam Facebook itu tidak mudah berakhir selagi individu terlibat masih dikuasai emosi berbanding rasional. Apa yang berlaku kepada Adlin, Afdlin dan Chef Wan bukan sesuatu yang privasi tetapi terbuka kepada umum.

Bergantung kepada pemilihan cara ia diungkapkan, peminat yang bijak pasti boleh menilai artis mana yang betul dan mana yang salah.

Luna Maya Kini Dengan Imej Rambut Pendek

Posted: 31 Dec 2011 05:50 PM PST


 
LUNA MAYA berasa dirinya terlihat gemuk dengan rambut pendek.


TAHUN baharu selalu memberi perangsang buat segelintir individu untuk muncul dengan gaya baharu. Tidak terkecuali dengan aktres cantik, Luna Maya yang tampil dengan gaya potongan rambut pendek. Bekas kekasih Ariel Peterpan itu mengaku bosan dengan rambut panjang yang disimpannya sejak bertahun-tahun.

"Bosan berambut panjang. Sudah sepuluh tahun saya berambut panjang. Kali terakhir saya potong rambut adalah sewaktu di sekolah menengah. Tanpa berfikir panjang, saya terus ke salun. Ketika ditanya mahu potongan yang bagaimana, saya beritahu 'pendek.' Jadi hasilnya begini," ujar Luna yang dahulu terkenal dengan gaya rambut panjang mengurai.

Luna yang tampil dengan potongan rambut baharu tersebut pada sidang akhbar filem My BlackBerry Girlfriend itu mengaku bahawa wajahnya kelihatan lebih bulat.

Luna mendakwa dia tidak kisah walaupun kelihatan sedikit gemuk kerana nafsu makannya sejak kebelakangan ini tinggi.

"Kerana rambut pendek jadi terlihat gemuk tetapi tidak apa-apa kerana hobi saya memang makan. Saya tidak fikir masalah berat badan," ujarnya positif.-kosmo-

Eyka takut kamera

Posted: 31 Dec 2011 05:47 PM PST

DI SEBALIK pesona lakonannya dalam siri popular Juvana, tidak ramai penonton drama bersiri tersebut menyangka bahawa dia hanyalah remaja berusia 16 tahun.

Melalui siri itu jugalah, Eyka Farhana berjaya meletakkan dirinya dalam ruang tersendiri. Tanpa banyak publisiti, lakonan spontannya kini berjaya mencuri perhatian pengarah-pengarah besar. Bagi pelakon remaja yang belum mencapai usia dewasa, Eyka pasti berbangga. Dia sudah tiga kali berturut-turut disunting Bade Azmi untuk membintangi tiga buah produk dalam tempoh kurang setahun. Drama tersebut termasuklah Sejadah Kaabah yang ditayangkan Mei lalu manakala, Puteri Pulau Tuba serta Miang Buluh Keladi Birah masih belum disiarkan.

"Saya pun tak menyangka akan kerap bekerja dengan Uncle Bade, sampai tiga kali dalam tahun ini. Mula-mula memang saya diberi tunjuk ajar sepenuhnya dari aspek lakonan. Dia pengarah yang mengagumkan. Dalam Puteri Pulau Tuba, saya masih kekok-kekok juga tapi bila buat Miang Buluh Keladi Birah, saya nampak pengarah sudah mula puas hati dengan kerja saya. Sebelum ini, saya sukar untuk buat babak menangis, tapi baru-baru ini saya dapat menangis dengan mudah," laju anak kedua daripada empat beradik itu mengatur bicara.

Mengimpikan peluang melakonkan watak jahat, Eyka sebenarnya belum meletakkan harapan besar untuk terus membina nama dalam bidang seni.

"Saya masih terlalu baharu, nak terima undangan sesi fotografi pun masih takut-takut. Lagipun saya muda lagi untuk terlalu serius dalam pekerjaan. Saya anggap lakonan sebagai aktiviti sampingan selain belajar, dapat cari duit untuk tampung keperluan sendiri dan bantu keluarga sikit-sikit.

"Saya memulakan lakonan pada awal usia, tempoh untuk saya naik atau jatuh juga cepat. Jadi saya tak mahu beri sepenuh perhatian dalam lakonan, kalau ada rezeki, saya teruskan," katanya yang akan memulakan sesi persekolahan 2012 di tingkatan lima pada Rabu ini.

Bakal bergelar si manis 17 tahun menjelang 3 Februari nanti, tahun 2012 menjadi tahun kemuncak buat seorang remaja sebelum memasuki fasa yang lebih matang.

"Saya akan ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun nanti, jadi fokus kepada akademik kena lebih sikit, tak boleh ambil projek besar-besar, setakat telemovie bolehlah," katanya.

Sedang di lokasi penggambaran drama bersiri Mencari Athirah sehingga hujung bulan nanti, malam ini Eyka bakal bergandingan dengan Fahrin Ahmad dan pelakon baru Eina Azman dalam sebuah telemovie menarik bertajuk Jatuh Cinta.

Drama Jatuh Cinta mengisahkan perkahwinan gadis kampung, Manisah dengan Badrul (Fahrin) yang mempunyai seorang anak bernama Tasha. Kehadiran Manisah mulanya dipandang negatif oleh Tasha lakonan Eyka.

"Saya bawa watak anak manja dan terlalu sayangkan bapa saya, bila dia berkahwin dengan gadis seusia saya, sesiapapun boleh ada perasaan negatif tapi bila lama-lama hidup bersama, barulah kami saya nilai sebuah ikatan," tutup bersulam tawa. -kosmo-

Cerita suka duka badminton negara 2011

Posted: 31 Dec 2011 05:43 PM PST


 
TINGGAL KENANGAN... Misbun (kiri) tidak lagi membimbing Chonbg Wei selepas meletakkan jawatan pada 31 Disember 2010.


KALENDAR arena sukan badminton tanah air sepanjang tahun ini dihiasi dengan 1,001 cerita suka dan duka.

Namun, yang paling mencuri tumpuan sudah pastilah prestasi jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu utama lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Apa tidaknya, mereka merupakan sandaran utama buat kontinjen Malaysia bagi menyumbangkan pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Jika dibuat penilaian prestasi mereka sepanjang tahun 2011, ternyata prestasi Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong bolehlah dianggap membimbangkan dalam misi merealisasikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik.

Meskipun masih mengekalkan kedudukan selaku pemain No. 1 dunia yang disandang sejak 2008, namun kelibat Chong Wei sering kali dibayangi kehebatan seteru utamanya, Lin Dan dari China.

Buktinya, cukup jelas apabila Chong Wei terlepas untuk merangkul gelaran juara pada Kejohanan Dunia buat kali pertama apabila tewas di tangan Lin Dan pada aksi final.

Malah, peningkatan yang dipamerkan bintang muda China, Chen Long juga kini mampu menjadi ancaman buat Chong Wei pada Sukan Olimpik kelak.

Sebagai rekod, Chen Long mengejutkan Chong Wei pada final Terbuka Jepun pada September dan Terbuka Denmark (Oktober).

Terbaru, Chong Wei terpaksa akur dengan ketangkasan bintang muda China itu apabila tewas pada peringkat separuh akhir Siri Super Akhir di Liuzhou, China, 17 Disember lalu.

Bagaimanapun, Chong Wei masih boleh mendabik dada apabila berjaya merangkul lima kejuaraan sepanjang tahun ini - Terbuka Malaysia pada Januari lalu, Seluruh England (Mac), Terbuka India (April), Terbuka Indonesia (Jun) dan Terbuka Perancis (Oktober).

Bagi Kien Keat-Boon Heong pula, prestasi mereka dilihat berada pada tahap kritikal.

Bukan mahu memperkecilkan beregu emas negara itu, namun hakikatnya mereka gagal meraih sebarang kejuaraan pada kejohanan-kejohanan yang disertai sepanjang tahun ini.

Pencapaian terbaik yang dilakar mereka adalah muncul naib juara pada Seluruh England Mac lalu.
Lagak 'ala bintang' yang ditunjukkan kedua-dua pemain itu baik dalam mahupun luar gelanggang, ternyata telah mengundang padah buat mereka.

Entah apa silapnya, meskipun pelbagai cara telah dibuat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi meningkatkan kembali prestasi Kien Keat-Boon Heong, namun semuanya menemui jalan buntu.

Malah, permintaan pasangan tersebut untuk menukar jurulatih daripada dibimbing ketua jurulatih beregu, Rexy Mainaky kepada Pang Cheh Chang turut diluluskan oleh BAM.

Bukan sahaja berlatih di bawah kendalian Cheh Chang, tetapi BAM turut melantik bekas jaguh beregu Korea Selatan, Yoo Yong-sung bagi mengembalikan sentuhan emas pasangan tersebut.

Bagaimanapun, prestasi Kien Keat-Boon Heong tetap sama - tidak ada peningkatan, malah dilihat semakin merudum. -kosmo-

Chef Wan tutup akaun Facebook sebab tidak tahan dicemuh

Posted: 31 Dec 2011 05:39 PM PST


 Laman Facebook milik Chef Wan yang akan ditutup hari ini.


SHAH ALAM - Selebriti masakan terkenal, Datuk Redzuawan Ismail, 53, atau lebih popular dengan panggilan Chef Wan menutup akaun Facebook miliknya iaitu Chef Wan Fan Club mulai hari ini kerana ia dijadikan tempat oleh segelintir pihak untuk mencemuhnya.

Menurut Chef Wan, dia berbuat demikian kerana sudah tidak tahan lagi dengan maki hamun orang ramai berikutan komennya sebagai juri dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang disiarkan Astro.

"Tujuan saya mewujudkan fan page Chef Wan Fan Club di laman sosial Facebook kira-kira empat bulan lalu adalah untuk berkongsi pengalaman dan pandangan bersama peminat sehingga ia berjaya mengumpulkan lebih 80,000 peminat.

"Namun, apa yang saya lihat ia sudah menjadi punca kepada wujudnya sifat hasad dengki, tikam belakang dan kutuk-mengutuk terutamanya terhadap diri saya. Oleh itu, lebih baik saya tutup terus akaun Facebook tersebut," ujarnya ketika ditemui selepas berakhir saingan program MLM di sini kelmarin.

Antara komen yang dilemparkan di akaun Facebook tersebut ialah Jangan bersikap prejudis wahai DCW berhati mulia. Harus terbuka dengan pemikiran yang bijak dan saksama dan Jangan jatuhkan maruah orang lain.. hati busuk!!!. -kosmo-

Jamal yakin tidak ketagih dadah lagi

Posted: 31 Dec 2011 05:37 PM PST

JAMAL percaya dia dapat mengawal diri daripada kembali terjerumus dengan ketagihan dadah selepas meninggalkan rumah Pengasih baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU - Selepas hampir dua bulan meninggalkan Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), penyanyi terkenal, Jamal Abdillah, 53, yakin mampu mengawal dirinya daripada terlibat semula dengan dadah.

Raja pop itu berkata, Pengasih banyak membantunya selama ini sehingga berjaya 'mengubatinya' dan kembali menjalani kehidupan normal sekarang.

"Apa pun saya memang kena berterima kasih dan bersyukur. Saya akui tanpa Pengasih saya tidak akan sihat seperti sekarang.

"Tetapi walaupun saya sudah tinggal di luar (rumah Pengasih) saya percaya saya boleh kawal diri," katanya selepas majlis Makan Malam dan Konsert Jamal Abdillah di Hotel Permai di sini kelmarin.

Penyanyi itu mendendangkan 12 buah lagu pada majlis yang dihadiri oleh kira-kira 500 peminatnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Jamal diarah keluar oleh pihak pengurusan rumah Pengasih di Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada awal November lalu selepas lima tahun menjadi penghuni pusat itu.

Jamal turut melahirkan rasa terkilan dan tertekan dengan tuduhan bahawa dia tidak menyumbang apa-apa kepada pusat tersebut. -kosmo-

Samoa paling awal sambut tahun baharu

Posted: 31 Dec 2011 05:33 PM PST



APIA, Samoa - Samoa menjadi negara pertama di dunia meraikan sambutan tahun baharu 2012 kerana garis masa antarabangsa meletakkan negara yang terletak di kepulauan Pasifik itu 24 jam lebih awal berbanding masa di negara-negara lain.

Samoa dan negara jirannya, Takelau terletak hampir dengan Garisan Tarikh Antarabangsa yang merentasi Lautan Pasifik secara menegak.

Kedua-dua set gugusan pulau itu mengambil keputusan untuk menjajar semula diri mereka dari bahagian Amerika ke arah bahagian Asia pada tahun ini.

Langkah itu sekali gus membuatkan Samoa menjadi negara pertama yang menyambut tahun baharu. Rakyat Samoa mengadakan sambutan tahun baharu pada tengah malam Khamis, 29 Disember 2011.

Samoa juga melepasi hari Jumaat dan terus berada dalam zon waktu 12:01 tengah malam pada malam tahun baharu. Maka tidak hairanlah jika pantai-pantai di negara tersebut dipenuhi oleh pengunjung dan rakyat tempatan yang ingin berpesta. - Agensi

Jong-un pemimpin tertinggi Korea Utara

Posted: 31 Dec 2011 05:29 PM PST



PYONGYANG - Korea Utara semalam secara rasminya mengumumkan Kim Jong-un (gambar) sebagai Komander Tertinggi negara komunis itu selepas kematian bapanya, Kim Jong-il.

Pengumuman itu sekali gus mengukuhkan lagi autoriti Jong-un ke atas negara nuklear yang memiliki lebih 1.2 juta anggota tentera.

Jawatan tersebut diberikan dalam mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea Utara pada Jumaat lalu, lapor agensi berita Korea Tengah dalam satu kenyataan.

Pelantikan Jong-un sebagai komander tentera Korea Utara dikatakan dibuat berikutan wasiat daripada Jong-il pada 8 Oktober lalu. Jong-un turut menerima pelbagai gelaran lain daripada parti pimpinannya itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Korea Utara memberi amaran bahawa ia tidak akan berlembut terhadap Korea Selatan biarpun setelah kematian Jong-il. Suruhanjaya Keselamatan Kebangsaan Korea Utara menegaskan bahawa ia tidak akan berunding dengan Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak. Mesej keras itu juga menyatakan rakyat Korea Utara bersatu di bawah kepimpinan Jong-un.

Namun, berdasarkan kepada kekurangan pengalaman dan usia Jong-un yang muda, timbul persoalan berkaitan kemampuannya untuk menangani rundingan program nuklear, masalah ekonomi dan kekurangan makanan kronik yang melanda Korea Utara sejak sekian lama. - Agensi

No comments: