Sunday 1 January 2012

Budak Technician

Budak Technician


40 buah kenderaan berlanggar

Posted: 30 Dec 2011 09:43 PM PST

SEJUMLAH kenderaan yang terlibat dalam nahas di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans kelmarin.



NEW ORLEANS, Amerika Syarikat - Dua lelaki mati dan 61 lagi cedera kelmarin menjelang subuh dalam nahas yang melibatkan 40 buah kenderaan, kata polis.

Nahas yang turut melibatkan kereta dan van itu berlaku ketika pemandu memandu dalam keadaan kabus tebal yang membataskan penglihatan di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans.

Menurut beberapa orang yang melalui tempat kejadian, mereka mendengar mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut meminta pertolongan.

"Anda baru mendengar semua bentuk panggilan dan orang ramai menjerit meminta pertolongan," kata seorang pemandu trak tunda, Wesley Ratcliff kepada stesen televisyen tempatan WWL-TV.

Menurutnya, dalam tempoh 13 tahun kerjayanya bertindak balas dengan nahas, kemalangan tersebut adalah yang paling buruk pernah dilihatnya.

Seorang jurucakap polis, Garry Flot tidak bercakap mengenai kemungkinan punca nahas.

Menurutnya, seorang mangsa yang mati itu merupakan pemandu sebuah trak pikap.

Dia berkata, seorang lagi mangsa yang mati ialah seorang penumpang sebuah trak pikap lain yang berusia 54 tahun.

Beberapa pemandu yang melalui lebuh raya itu ketika nahas menyatakan, mereka tiba-tiba berada dalam kegelapan dan tidak dapat melihat cahaya lampu kereta.

"Saya berpendapat ia kabus tetapi suami saya menganggap ia merupakan asap," kata seorang saksi, Stacie Williams kepada stesen televisyen WWL-TV. - Agensi

Anak gajah enggan ditimbang

Posted: 30 Dec 2011 09:40 PM PST

SEORANG pekerja menarik belalai anak gajah itu supaya haiwan itu berdiri di atas alat penimbang di Zoo Wuppertal, Jerman kelmarin.



WUPPERTAL, Jerman - Dua keping gambar menunjukkan seorang pekerja menarik belalai seekor anak gajah untuk memujuk haiwan itu menaiki sebuah alat penimbang di Zoo Wuppertal, di sini kelmarin.

Pekerja berkenaan menarik belalai anak gajah bernama Uli itu untuk merekodkan berat haiwan tersebut dalam prosedur rutin di zoo berkenaan.

Namun, Uli yang ketakutan enggan memberi kerjasama apabila haiwan tersebut meundukkan kepalanya bagi mengelak ia ditarik ke atas penimbang tersebut.

Anak gajah itu kemudian akhirnya berdiri di atas penimbang tersebut dengan seorang kakitangan membelai kepala haiwan tersebut. - Agensi

VIDEO Wanita Curi 24 Tin Arak Dan Sembunyikannya Celah Kelangkang!

Posted: 30 Dec 2011 08:38 PM PST


Kagum… penulis kagum dengan pencuri wanita ini.

Tapi jangan salah anggap, penulis bukan kagum dengan perbuatannya tetapi teruja dengan CARA atau MODUS OPERANDI yang dia lakukan.

Anda boleh lihat aksinya dalam petikan video di bawah cerita ini.

Kisahnya begini.

Wanita berketurunan India ini pada mulanya menghampiri kotak yang mengandungi 24 tin arak.

Turut bersamanya adalah seorang lelaki dan seorang kanak-kanak wanita.

Selepas itu wanita itu meludah tapak tangannya sebelum menyapukannya ke alat sulitnya.

Kemudian wanita tersebut mengangkat kainnya sebelum meletakkan kotak yang mengandungi 24 tin arak itu dicelah kelangkang dan berjalan seolah-olah tiada apa yang berlaku…WOW!

Perbuatan wanita itu malangnya berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Sehingga kini belum diketahui bila dan dimana kejadian itu berlaku…entah-entah kat tempat kita tak? - Oleh SYAHRIL A. KADIR




sumber : mynewshub.my

Nampak Pakaian Dalam…Takdelah Seksi Mana Pun – Iqa Mento

Posted: 30 Dec 2011 08:30 PM PST


"Saya tidak sedar pakaian yang saya pakai menampakkan pakaian dalam.
Mujur tak nampak 'benda' yang tak sepatutnya. Lagipun ia tak adalah seksi manapun kerana pakaian yang saya pakai sesuai dengan tempat dan tema parti ini berlangsung.
"Nama pun parti basah, memanglah sepatutnya basah. Kalau ada yang beranggapan saya seksi atau melampau saya minta maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini," jelas penyanyi, Iqa Mentor.

Itu adalah penjelasan Iqa dalam majalah Media Hiburan.

Kekecohan terjadi apabila gambarnya yang sedang posing dalam keadaan basah tersiar dalam portal hiburan Rotikaya.com.

Ketika itu berlangsungnya majlis selebriti bersama peminat yang dianjurkan oleh Media Hiburan bertempat di Taman Botani.

Agaknya apakah tafsiran seksi di mata Iqa yer?

Ramai rakan artis kata seksi itu subjektif sifatnya…" Adakalanya I pakai baju kurung pun orang kata seksi,". Ini adalah antara yang sering dilontarkan.

Bagi penulis pula, SEKSI adalah keadaan di mana mata kita SEKSA melihatnya, hahahaha, OK tak? Anda pula macam mana?- Oleh SYAHRIL A. KADIR / Rotikaya / Mynewshub

OSBON Juara Maharaja Lawak Mega 2011

Posted: 30 Dec 2011 08:27 PM PST


Kumpulan Osbon yang dianggotai Abon dan Os malam tadi dinobatkan juara pertandingan Maharaja Lawak Mega, sekali gus merebut hadiah wang tunai sebanyak RM350,000.

Dengan tema bebas dan muzikal, Osbon berjaya mengetepikan saingan terdekatnya iaitu kumpulan Boboi yang dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.

Boboi jatuh ditempat kedua manakala kumpulan dari Indonesia, Saehu ditempat ketiga dan kumpulan gabungan dari Malaysia serta Singapura, Syok ditempat keempat.

Pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna itu diadili oleh Datuk Chef Wan, Zainal Abidin Hassan, Datuk Siti Nurhaliza manakala Aaron Aziz sebagai juri jemputan.

Untuk rekod, Maharaja Lawak Mega memfokuskan kepada pelawak profesional.

Menampilkan barisan pelawak terkenal dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, ia disertai 41 pelawak terkenal dengan 17 kumpulan dan solo.

Diadakan bertujuan untuk mencari pelawak 'terbaik di antara yang terbaik' di Asia Tenggara.

Hanya 30 peratus undian berdasarkan SMS manakala selebihnya bergantung kepada pemarkahan juri tetap.

Pemilihan peserta dari luar negara dibuat berdasarkan personaliti mereka dan mempunyai nama di negara sendiri.

Bahkan setiap peserta diberi kebebasan dalam memilih anggota kumpulan sendiri bagi menempuh ujian yang bakal ditempuhi selama 10 minggu itu. – Oleh SYAHRIL A. KADIR



sumber : mynewshub.my

No comments: