Saturday 31 December 2011

Budak Technician

Budak Technician


Gambar Aksi Andrew Garfield di Dalam ' The Amazing Spider-Man '

Posted: 30 Dec 2011 07:12 AM PST


Sebelumnya sudah banyak bocoran video mahupun gambar tentang aksi Spidey yang baru. Namun, kelmarin para peminat buku komik dihidangkan beberapa bocoran rasmi dari filem Spider-Man yang baru, memberi mereka rasa lain dari filem yang bakal tayang musim panas akan datang.

Dan mereka boleh melihat Andrew Garfield sebagai superhero mesra alam dengan kostum penuh - dan sebagai culun Peter Parker saat cuba kebolehannya untuk pertama kalinya di The Amazing Spider-Man.




Peter Parker membalas Flash Thompson









sumber : infospesial

Wow! Buffered Earnings !!! - Thank's Nuffnang

Posted: 30 Dec 2011 05:16 AM PST


Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba juga.
Aku bersyukur sangat sebab Nuffnang telah sudi terima blog aku sebagai salah satu blog yang patut diberi Buffered Earnings (BE).
Aku tak menyangka langsung akan dapat BE dari Nuffnang.
Iyer lah kan, aku ni blog biasa jer, tak macam blog-blog lain yang memang dah terkenal dikalangan blogger-blogger terhebat.
Lagi pula, aku baru first time dapat BE dari Nuffnang.
So, tak salah lah kan aku nak happy dan tunjuk rasa berterima kasih aku pada Nuffnang :).
Orang lain dah berlambak-lambak dah dapat BE ni dan aku rasa diaorang pun happy cam aku juga bila first time dapat BE ni.
Itu baru satu, belum lagi dapat banyak-banyak.
Harap-harap lepas ni ada lagi lah yer :)
Korang doa-doa lah untuk aku yer...
Aku pun doakan semoga korang juga akan dapat BE banyak-banyak dari Nuffnang... :)

Thank's Nuffnang...Harap-harap, kasi lah lagi Buffered Earnings lepas ni yer... :)

Inilah BE Pertama Aku!!!



NASA Nafi 2012 Akan Hari Kemusnahan Bumi

Posted: 29 Dec 2011 09:11 PM PST



Nasa nafi tarikh 12 Dis 2012 Hari Kehancuran Bumi..
Bumi tidak akan musnah serta kelendar Mayan yang
meramalkan tarikh tersebut tidak bermaksud sebaliknya..
Kata Don Yeomans - Ahli Astronomi

Secara rasional adakah 3 perkara ini akan berlaku
dalam 1 tarikh pada 12 Dis 2012..
1. Plenet Nibiru

 
UFO Afisionado yang mendakwa berkomunikasi dengan
makhluk asing berkata sebuah plenet misteri akan
memusnahkan bumi tahun hadapan. Walaubagaimanapun
tiada bukti serta tanda2 plenet itu wujud dan tiada pergerakan
orbit planet yang akan melanggar bumi dikesan.

Ramai juga yang mengaitkan dengan teori big bang,
tetapi planet tersebut tidak boleh bersembunyi di sebalik matahari
dan ianya dipantau untuk di buktikan kebenarannya - Yeomans

2. Warp Graviti

 
Ada yang berkata sesunan planet yang beratur akan medatangkan
mudarat pada bumi.. Tapi kata Yeomans tiada penjajaran
planet akan berlaku pada tahun hadapan..

3. Kalendar Mayan


Kajian masih dijalankan, kerana terdapat banyak maksud yang
boleh dikaitkan pada kalendar ini. Kalendar tersebut tidak langsung
menyatakan tarikh hari kehancuran sebaliknya tarikh berakhirnya
abad tahun, erti kata terdekat ianya menandakan tamatnya tahun
tersebut dan bermulanya tahun yang baru.. 
 
credit to syncronizeq
 
p/s : Tapi walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam, haruslah bepegang teguh kepada apa yang digambarkan di dalam Al-Quran berkenaan hari kiamat ni. Kita wajib percaya wujudnya Kiamat, tapi kita jangan terus percaya dengan khabaran tarikh kiamat yang dikaji, kerana tiada seorang manusia pun yang mengetahui bilakah kiamat itu akan terjadi.

Cara Bypass Atau Test Celcom Broadband Limit / Throttle Speed

Posted: 29 Dec 2011 08:52 PM PST


Bypass Broadband Limit / Throttle Speed? Benarkah ini akan terjadi selepas penggunaan broadband anda mencapai atau melebihi had yang telah ditetapkan?

Jawapannya YA. Saya sudah menggunakan teknik ini selepas penggunaan broadband saya melebihi had bandwith 6GB yang ditetapkan oleh celcom.

Baiklah, pertama sekali cuba anda ukur kelajuan Celcom Broadband anda sekarang ini. Anda boleh menggunakan servis SpeedTest.net untuk mengukur kelajuan Broadband. Dibawah ini saya tunjukkan kelajuan celcom broadband saya sebelum menggunakan teknik ini.

Sebelum Bypass

Untuk pengetahuan anda, kelajuan diatas adalah kelajuan yang saya terima selepas penggunaan broadband saya melebihi had yang ditetapkan. Terlalu lambat kan?

Sekarang cuba anda lihat gambar dibawah pula. SpeedTest ini saya lakukan selepas saya menggunakan teknik ini dan bypass celcom broadband limit throttling speed.

Selepas Bypass

Bagaimana? Laju kan?

Rahsianya disini Tutorial Dan Tips Melajukan Celcom Broadband

Teknik yang saya gunakan adalah PING atau ada yang memanggilnya PING Of Death. Cara ini sangat berkesan dan saya rasa ramai pengguna yang tahu dan ada juga segelintir yang tidak tahu.

Semasa saya membuat tutorial Cara Melajukan Connection Broadband tersebut, penggunaan celcom broadband saya belum melebihi had 6GB. Jadi saya tidak yakin bahawa cara tersebut boleh melajukan speed celcom broadband yang sudah di throttle oleh celcom. Anda cubalah teknik PING tersebut. Jika masih sama, anda cabut modem daripada laptop, kemudian masukkan semula dan ulang teknik ping.


sumber : rtikel

Tutorial Dan Tips Melajukan Connection Broadband

Posted: 29 Dec 2011 08:03 PM PST


Ramai yang mencari cara untuk melajukan celcom broadband ini termasuklah saya sendiri. Selepas beberapa minggu saya membuat kajian dengan cara ini, saya dapati cara melajukan connection Celcom Broadband ini ternyata akan melajukan broadband anda.

Baiklah, jika sebelum ini anda mengalami masalah seperti 'Hang', connection time out, Lost connection dan sebagainya, saya sarankan anda untuk mengikuti tutorial ini. Selepas mengikuti tutorial tips dan trick melajukan celcom broadband ini, saya pasti anda akan dapat atasi masalah dengan connection celcom broadband anda. Caranya tidaklah begitu merumitkan, anda hanya perlu mengikuti langkah ini.
  1. Buka Comand Promt anda. (pergi ke RUN -> CMD.exe dan tekan "enter")CMD.exe
  2. Taip ipconfig dan tekan "enter".
    IP Config
    IP Config IPv4 Celcom
  3. Kemudian anda copy IPv4 Address anda.
  4. Seterusnya taipkan ping (tukar kepada IPv4 Address) -t dan tekan "enter".
    Ping IP
    Ping IP Broadband
  5. Selesai. (biarkan sahaja Comand Promt menjalankan proses PING tersebut)
Ini akan membolehkan anda terhindar daripada masalah connection timeout, hang dan sebagainya. Dengan cara ini juga, anda boleh melayari internet dengan lebih laju dan lancar. Selamat mencuba ya.

ps: Saya tidak pasti cara ini boleh bypass celcom throttle speed kerana semasa saya membuat tutorial ini, bandwidth saya masih belum melebihi had yang ditetapkan.. Jika penggunaan anda sudah melebihi daripada pakej yang anda langgan, kelajuan anda hanya 128kbps sahaja.


Sumber :  BroZool / rtikel

Bapa Hati Binatang, Kurung Dan Rantai Anak Di Tandas

Posted: 29 Dec 2011 06:04 PM PST


DUA kanak-kanak ditinggalkan oleh bapa mereka dalam tandas sebuah rumah kedai di Butterworth semalam.


BUTTERWORTH – Seorang bapa tergamak memperlakukan dua orang anaknya yang berusia dua dan enam tahun seperti anjing apabila bertindak mengikat kaki kiri mereka dengan rantai besi di dalam tandas rumahnya.

Pasangan adik-beradik itu ditinggal seharian oleh bapa mereka ketika dia keluar bekerja dengan alasan anaknya itu nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia tiada di rumah.

Perbuatan lelaki berusia 40-an yang tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila kedua-dua beradik tersebut menjerit dan menangis kelaparan pada pukul 6 petang kelmarin kerana mereka tidak diberikan makanan oleh bapa mereka.

Jeritan kedua-dua beradik itu membongkar perbuatan kejam bapa mereka selepas jiran-jiran yang tinggal di kawasan rumah kedai dua tingkat itu memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu rumah tersebut di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini dan menemui seorang budak perempuan berusia enam tahun bersama adik lelakinya berumur dua tahun dalam keadaan menyayat hati.

Ketika ditemui pada pukul 8.45 malam, kedua-dua beradik itu yang diikat dengan rantai dan dikunci dengan mangga besi hanya memakai baju-T serta seluar dalam di dalam tandas.

Ketika diselamatkan, bapa kanak-kanak tersebut yang bekerja sebagai buruh tiada di rumah kerana keluar bekerja sejak pukul 3 petang kelmarin, manakala ibu mereka yang merupakan warga Thailand pula dikatakan telah meninggalkan tiga beranak itu sejak sebulan lalu.

Difahamkan, kedua-dua beradik itu diperlakukan sedemikian oleh bapanya sejak sebulan lalu setiap kali dia keluar bekerja selepas ibu mereka menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, seorang penduduk yang mendengar jeritan dan tangisan kanak-kanak itu cuba membantu mangsa tetapi malangnya pintu rumah tersebut dikunci dari luar. -kosmo-

Kepala Pecah Dalam Lif

Posted: 29 Dec 2011 05:31 PM PST


Mohd. Abdillah maut dihempap penyangkut besi yang terjatuh dari lif di Jalan Raja Chulan, Kuala Kangsar semalam.



KUALA KANGSAR – Seorang pekerja sebuah kedai perabot maut selepas kepalanya pecah dihempap penyangkut besi lif di sebuah kedai perabot tiga tingkat di Jalan Raja Chulan di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 10 pagi itu, Mohd. Abdillah Khairudin, 27, sedang melakukan kerja-kerja membawa perabot yang belum dipasang naik ke tingkat tiga dari aras bawah kedai perabot berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Gaffar Muhammad berkata, semasa mangsa berada di dalam lif berkenaan bersama perabot tersebut, lif itu secara tiba-tiba terjatuh ke bawah.

"Penyangkut besi lif seberat 10 kilogram tersebut juga terjatuh lalu menghempap kepala Mohd. Abdillah hingga menyebabkan kepalanya pecah dan dia mati di tempat kejadian," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut beliau, kejadian itu disedari oleh majikan mangsa sebelum ia kemudian melaporkan kepada polis. -kosmo-

Video Lamaran Pemuda Malaysia Sentuh Perasaan Selebriti AS

Posted: 29 Dec 2011 05:03 PM PST


KUALA LUMPUR, Malaysia - Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.

Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.

"Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.

Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.

Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.

"Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin.

Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.

Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.

Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.

Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.

Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin."

Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Boots dengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya."

Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.
Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.

Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.

Pemilik-pemilik laman blog mula menyiarkan klip video berkenaan selepas Seacrest menghebahkannya di Facebook dan Twitter pada 23 Disember lalu. - Agensi





Hotel ais jadi tumpuan di Romania

Posted: 29 Dec 2011 04:54 PM PST


SEBUAH bilik tidur yang terdapat di dalam Hotel Balea Lac di Romania kelmarin.



BUCHAREST, Romania - Sebuah hotel yang diperbuat daripada ais di kawasan pergunungan Fagaras menjadi tumpuan orang ramai dan para pengunjung.

Hotel Balea Lac itu cuba menawarkan 10 bilik yang mempunyai katil besar dengan suhu di antara -2 dan + 2 darjah Celsius pada harga AS$45.73 (RM145.19) setiap orang.

Para pelancong juga boleh makan di restoran dalam hotel itu.

Hotel itu dibina pada setiap tahun supaya ruang dalaman tidak kelihatan sama setiap kali musim sejuk.

Pekerja-pekerja tempatan memotong lapisan ais di kawasan pergunungan itu untuk digunakan bagi membina dinding hotel ais tersebut. - Agensi

Beruang Panda Gergasi Makan Haiwan Antelop

Posted: 29 Dec 2011 04:18 PM PST

 
SEBUAH kamera infra merah merakamkan kelibat seekor panda gergasi makan daging antelop di sebuah hutan di Pinywu pada 9 November lalu.

PINGWU, China - Sebuah kamera infra merah berjaya merakamkan gambar seekor haiwan panda gergasi makan seekor antelop yang mati di sebuah hutan di sini.

Menurut laporan media, kamera itu dipasang di dalam hutan tersebut sebagai usaha untuk mengira bilangan panda. - AFP

No comments: