Friday 30 December 2011

Budak Technician

Budak Technician


(18sx) 5 Titik Pembangkit Ghairah Seks

Posted: 29 Dec 2011 05:42 AM PST


Foreplay memang sudah menjadi bahagian yang tidak dipisahkan dari aktiviti bercinta, untuk merangsang titik-titik sensitif pada tubuh untuk mencipta dan meningkatkan ghairah seksual seseorang (pasangan) atau diri sendiri.

Bentuk foreplay boleh pelbagai, bermula dari sentuhan, ciuman, belaian, rangkulan, bahkan dari lisan pun foreplay boleh menyulut ghairah.

Dan untuk mencari zon sensitif tersebut, tentu setiap individu mempunyai zon yang berbeza. Walaupun kawasan vital (zakar dan faraj) kerap menjadi zon peribadi, tetapi zon-zon yang ada pada tubuh boleh jadi merupakan titik pembangkit ghairah yang disukai oleh pasangan dan juga mampu menambah ghairah seksual anda.

1. Rambut

Rambut dan kepala disambungkan oleh saraf-saraf yang boleh mengepam ghairah pasangan. Contohnya, yakni dengan gentel rambut pasangan atau diri sendiri atau mengurut kepala pasangan, boleh memberikan sensasi ber-foreplay yang lebih variatif.

2. Telinga

Biarkanlah pasangan anda melayari telinga dan kawasan sekitarnya. Nikmatilah setiap hembusan nafasnya yang menggebu, gigitan dan ciuman mesra di telinga anda. Dan biasanya, wanita yang suka, jika pasangannya melakukan aktiviti sensual diarea telinganya, di mana tidak sedikit yang dapat merasakan orgasme kerana hal itu.

3. Perut

Tidak perlu risau dengan bentuk perut yang tidak ramping. Kerana "tarikan" belaian dan ciuman pada perut yang dilayangkan oleh pasangan boleh memberikan sensasi yang nikmat. Belum lagi, jika pasangan anda melanjutkannya ke bawah, dan terus menyelusup ke bawah hingga wajahnya berpapasan dengan Miss V anda.

4. Bokong


Bagi sebahagian orang, kawasan punggung memang tidak terlalu menjadi kegemaran, kerana beberapa di antara mereka merasa jika bokong mereka kurang menarik atau lain-lain. Namun, siapa sangka, jika zon non-kegemaran itu ternyata menyimpan sisi sensualitas yang tidak kalah "hot" dari kawasan kelamin.

Caranya iaitu dengan membiarkan pasangan anda menyentuh dan membelai punggung anda, sambil sesekali "menampar" lembut kawasan tersebut. "Tamparan" itu boleh seketika membangkitkan ghairah anda dan juga pasangan.

Dan untuk perkara yang lebih "liar", tuntunlah pasangan untuk mencari klitoris atau vagina anda dari bawah punggung anda. Dengan begitu, pasangan anda akan lebih puas bertatapan langusung dengan Miss V anda dan "bergerilya" dengan titik yang sensitif itu.

5. Kaki

Mintalah pasangan untuk mengurut kaki anda, mulai dari jari-jari kaki, telapak kaki, pergelangan kaki, betis, hingga ke arah Miss V. Cara tersebut boleh dengan cepat mengepam ghairah anda. Nikmatilah setiap urutan lembut yang diberikan oleh pasangan anda, dan jangan ragu-ragu untuk mengeluarkan suara-suara erotis untuk mengajaknya ikut menikmati apa yang sedang anda nikmati.

sumber : infospesial

Gambar Gua Kristal Terbesar Ditemui Di Mexico

Posted: 29 Dec 2011 12:12 AM PST


Sekali pandang pertama, Gua Kristal Giant kelihatan seperti kubu Superman di Kutub Utara. Tempat yang menakjubkan, yang terletak di Naica Mexico, kristal sehingga 12 meter panjang dan seberat kira-kira 55 tan. Dikebumikan dan tersembunyi jauh di bawah permukaan Bumi, Gua Kristal Giant adalah salah satu keajaiban alam terbesar di planet ini. Tetapi berhati-hati kerana gua panas ini boleh membunuh manusia selepas hanya hanya 15 minit pendedahan. Gua Kristal Giant kini telah menjadi alasan bekerja oleh semua ahli-ahli sains di seluruh dunia dengan bilangan pelbagai soalan dan hipotesis mengenai tempat yang menakjubkan ini.




















sumber : bloganakikan

Betul Ker Bahaya Makan Hati Ayam ?

Posted: 28 Dec 2011 08:21 PM PST


Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih?
 
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana  didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.
Kandungan racun dalam hati:
     * Antibiotik tylosin
     * Penisilin
     * Oxytetracycline
     * Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik
Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser.Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. 
 
 
sumber : naslive

(Gambar) Goliath Frog - Katak Terbesar Di Dunia

Posted: 28 Dec 2011 08:12 PM PST

Goliath Frog yang berasal dari Sungai Benito, Cameroon, Afrika Barat adalah katak terbesar di dunia. Berat katak ni boleh mencapai 3.3 kg dan panjangnya pula boleh mencapai 33cm. Kalau di bandingkan saiznya lebih kurang saiz Kucing. Kanak-kanak di afrika sudah biasa dengan katak ini dan mungkin juga dijadikan binatang kesayangan dan peliharaan. Gambar katak terbesar di dunia Goliath Frog ada di bawah ni.






sumber : melayukini.net

7 Tips 'Tackle' Hati Calon Mertua

Posted: 28 Dec 2011 07:58 PM PST



Hubungan anda dan pasangan sudah mantap. Kini waktunya mengambil hati calon mertua. Ini caranya. Setelah berjaya meluluhkan hati pasangan, tak ada salahnya juga untuk membuat seluruh keluarganya menyukai anda. Hal ini akan membuat jalannya hubungan semakin lancar. Ini beberapa tipsnya.

1. Sopan santun

Ini merupakan perkara yang paling penting. Kenali benar budaya keluarga pasangan. Pertama kali bertemu, jangan lupa untuk berpakaian sopan. Tak perlu kelihatan kuno, asal rapi dan elegan. Tak ada salahnya untuk mencium tangan orang tuanya jika memang itu budaya yang berlaku dalam keluarga pasangan. Ucapkan 'Tolong', dan 'Terima kasih' di saat yang tepat. Bersikaplah ramah. Jangan terlalu tegang kerana anda justeru akan tampak aneh

2. Memuji

Pujian tulus akan menghangatkan suasana. Makanan yang disajikan, penampilan ibunya, atau bakat muzik sang adik boleh jadi pujian. Namun ingat, lakukan dengan tulus, dan jangan berlebihan.

3. Bertanya

Bertanya merupakan tanda perhatian. Bertanya juga merupakan tanda bahawa anda peduli dan ingin mengenal lebih jauh mengenai keluarga pasangan. Tak ada salahnya untuk mengemukakan soalan ringan seputar kegiatan pasangan anda semasa di rumah. Namun jangan terlalu mendalam, salah bertanya justru akan membuat anda kelihatan tidak sopan.

4. Tersenyumlah

Jangan lupa untuk tersenyum. Hal ini akan semakin memancarkan keramahan anda. Tersenyumlah dengan tulus. Tunjukkan bahawa anda menikmati kebersamaan bersama keluarga pasangan.

5. Membantu

Tunjukkan bahawa anda adalah seseorang yang suka membantu. Ikut membereskan meja makan, menyajikan camilan dan minum, akan membuat calon ibu mertua anda terkesan.

6. Follow-up

Pertemuan pertama sudah dilakukan. Namun bukan bermakna anda menjadi tak peduli lagi dengan keluarga pasangan. Sesekali menelefon calon ibu mertua, atau mengajak adik perempuan pasangan untuk ke salon atau membeli-belah bersama akan semakin mendekatkan diri anda kepada mereka. Anda juga mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dikenali dan mengenal.

7. Ulangi lagi

Jangan bosan untuk mengulang-ulang langkah-langkah di atas. Keluarga juga pasangan akan terkesan serta semakin menyanyangi anda.

credit to infospesial

6 Tanda Sperma Tidak Normal

Posted: 28 Dec 2011 07:28 PM PST


Betapa pentingnya fungsi sperma dalam proses kehamilan. Sehingga, kelainan pada sperma boleh mengakibatkan terganggunya fungsi pembiakan lelaki. Kes-kes yang banyak terjadi pada lelaki adalah:

1. Jumlah Sperma.
Cecair yang dikeluarkan lelaki pada saat ejakulasi semasa senggama disebut cecair semen. Volume normal cecair semen sekitar 2-5 ml. "Cecair simen ini berwarna putih mutiara dan berbau khas langu dengan pH 7-8," papar dr. Bowo. Nah, volume cairan simen dianggap rendah secara abnormal jika kurang daripada 1.5 ml. Volume simen melebihi 5 ml juga dianggap abnormal.
sperm-countDalam cecair semen inilah jumlah spermatozoa merupakan penentu kejayaan memperoleh keturunan. Yang normal, jumlah spermatozoanya sekitar 20 juta / ml. Pada lelaki ditemui kes spermatozoa yang kurang (oligozoospermia) atau bahkan tak ditemui sel-sel sperma sama sekali (Azoospermia).
Kecuali sel-sel spermatozoa, dalam cecair semen ini terdapat bahan-bahan lain yang berasal dari kelenjar-kelenjar sekitar pembiakan lelaki. Zat-zat itu berfungsi membekalkan makanan dan mengekalkan kualiti spermatozoa sehingga boleh hidup sampai masuk ke dalam saluran pembiakan wanita.

2. Kelainan Bentuk (Morfologi)
Sperma yang normal berbentuk seperti berudu. Terdiri dari kepala, badan, dan ekor. Kelainan seperti kepala kecil atau tak mempunyai ekor akan mempengaruhi pergerakan sperma. Ini tentu saja akan menyulitkan sel-sel sperma mencapai sel telur.

3. Pergerakan Lemah.
Untuk mencapai sel telur, sel sperma harus mampu melakukan perjalanan panjang. Ini pun menjadi penentu terjadinya persenyawaan. Jumlah sel-sel sperma yang cukup, jika tak disertai pergerakan yang normal, menyebabkan sel-sel sperma tak akan mencapai sel telur. Sebaliknya, walaupun jumlahnya sedikit tetapi pergerakannya cepat, boleh mencapai sel telur.
Kes lemahnya pergerakan sperma (asthenozoospermia) kerap dijumpai. Adakalanya malah spermatozoa mati (necrozoospermia). Gerakan spermatozoa dibahagikan kepada 4 kategori:a. Bergerak pantas dan maju lurusb. Bergerak lambat dan sukar maju lurusc. Tak bergerak maju (bergerak di tempat tersebut)d. Tak bergerak.
Sperma dikatakan normal bila mempunyai gerakan normal dengan kategori a lebih besar atau sama dengan 25% atau kategori b lebih besar atau sama dengan 50%.
Spermatozoa yang normal antara satu sama lain berasingan dan bergerak mengikut arahnya masing-masing. Dalam keadaan tertentu, spermatozoa abnormal berkumpul, terikat satu sama lain, dan tak bergerak. "Keadaan tersebut dikatakan berlaku aglutinasi," jelas Tri Bowo. Aglutinasi boleh berlaku kerana berlaku kelainan imunologis di mana sel telur menolak sel-sel sperma.

4. Cecair Semen Terlalu Kental.
Cecair semen yang terlalu kental mengakibatkan sel-sel sperma sukar bergerak. Persenyawaan pun jadi sukar kerana sel sperma tak berjaya mencapai sel telur. Dalam kes normal, apabila diejakulasikan, cecair semen dalam bentuk yang kental akan mencair (liquifaksi) antara 15-60 minit.

5. Saluran Tersumbat.
Saat ejakulasi, sperma keluar dari testis menuju zakar melalui saluran yang sangat halus. Jika saluran-saluran itu tersumbat, maka sperma tak boleh keluar. Umumnya hal ini disebabkan trauma pada pertembungan. Boleh juga kerana kurang menjaga kebersihan alat kelamin sehingga menyuburkan kehidupan virus atau bakteria.

6. Kerosakan Testis.
Testis boleh rosak kerana virus dan pelbagai jangkitan, seperti gondongan, gonorrhea, sifilis, dan sebagainya. Untuk diketahui, testis merupakan kilang sperma. Dengan demikian kesihatannya perlu dijaga. Soalnya, testis yang sihat akan menghasilkan sperma yang baik secara kualiti dan kuantiti.
Testis ini sangat sensitif. Mudah sekali dipengaruhi oleh faktor-faktor luar. Jika testis terganggu, pengeluaran sperma boleh terganggu. Mungkin saat berkaitan, lelaki tetap mengeluarkan sperma. Hanya saja tanpa sel-sel sperma (Azoospermia)

sumber : http://www.tipscintaku.com/

(Gambar) Amazing Coffee Art - Seni Lukisan Bancuhan Kopi

Posted: 28 Dec 2011 07:13 PM PST

Sejak 1980-an, bentuk seni yang dicipta oleh mencurah susu kukus ke dalam shot espresso, atau lebih dikenali sebagai seni latte, telah secara meluas dialu-alukan dalam masyarakat moden. Proses ini memerlukan kemahiran dan kreativiti. Terdapat malah di seluruh dunia pertandingan seni latte. Untuk menunjukkan beberapa contoh seni kopi, kami mengambil keputusan untuk melakukan ROUNDUP. Dalam koleksi ini, anda akan menemui beberapa reka bentuk yang paling kreatif. Kami ingin mendengar komen anda, jadi jika anda pencinta kopi, beri komen sikit :)







































































































Source: cruzine

Unik! Suasana Taman Di Atas Meja

Posted: 28 Dec 2011 06:38 PM PST

Sebuah meja yang dipenuhi rumput yang cuba untuk memindahkan panduan ke lokasi luar tanpa perlu untuk keluar. Rumput dilindungi meja membawa unsur yang hidup untuk makan dan, sebagai pereka mata, membuat tertumpah air satu keperluan dan bukannya menjadi beban (menjimatkan wang pada coaster).







 
Source: doobybrain

Kawan Baik Akan Uruskan Majlis Perkahwinan - Lisa Surihani

Posted: 28 Dec 2011 06:18 PM PST


Sebenarnya, bukan mudah bagi pasangan Yusri KRU – Lisa Surihani merancang urusan perkahwinan mereka di dalam tempoh lebih kurang dua bulan dari sekarang memandangkan masing-masing sebok dengan jadual kerjaya seni yang padat.

Justeru itu, Lisa Surihani menjelaskan bahawa dia dan Yusri sepakat untuk melantik kawan baiknya untuk menguruskan hal ehwal persiapan perkahwinan mereka yang dijadualkan pada Februari tahun depan itu nanti.

"Saya dan Yusry telah mengambil keputusan untuk membuat persiapan dengan lebih tenang, jadi kami telah melantik kawan baik saya untuk menguruskan persiapan majlis kami.

"Harap semuanya berjalan dengan lancar dan saya harap orang akan mendoakan yang terbaik untuk majlis perkahwinan kami nanti," kata Lisa yang dipetik dari laman blog hiburan popular, Gua.com.my, di sini hari ini.

Menurut pemilik Gua.com.my yang menemui pelakon jelita itu di majlis tayangan media filem terbarunya, 'Papa, I Love You', semalam, Lisa Surihani mengaku ditawarkan tajaan untuk perkahwinannya kelak.

Bagaimanapun, tiada kata putus dari pasangan itu mengenai tawaran tersebut.

"Ada juga pihak yang menawarkan tajaan tapi kami masih belum beri kata putus," katanya lagi.

Lisa berkata, kedua-dua pihak keluarga saling bekerjasama menguruskan soal perkahwinan mereka berdua dan pasangan itu hanya mengharapkan sebuah majlis yang berjalan lancar serta sederhana.

"Lagipun, kami tidak terlalu inginkan itu dan ini. Bagi kami, asalkan majlis berjalan dengan lancar, itu sudah mencukupi. Setakat ini, kedua-dua pihak bekerjasama untuk melaksanakan majlis tersebut," jelasnya lagi.

Yusri dan Lisa Surihani baru-baru ini mengumumkan tarikh pernikahan mereka yang dijadualkan pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, manakala majlis resepsinya pula bakal diadakan pada 26 Februari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Sambut Tahun Baru Di Bukit Bendera

Posted: 28 Dec 2011 06:11 PM PST



GEORGE TOWN – Orang ramai dipelawa untuk menyambut malam tahun baru dengan kelainan di atas Bukit Bendera pada 31 Disember ini.

Pengurus Pemasaran dan Promosi Perbadanan Bukit Bendera, Anne Goh berkata antara program yang dirancang ialah persembahan pentas, orkestra dan persembahan hiburan.

Katanya, acara yang bermula pada pukul 8 malam itu dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api pada pukul 12 tengah malam.

Beliau berkata, sempena sambutan tahun baru itu, perkhidmatan kereta api Bukit Bendera juga dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi 1 Jan.

"Selain itu, kita juga akan membuat kejutan kepada pengunjung yang menyambut hari lahir pada 31 Dis," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Orang ramai yang ingin meraikan tahun baru di atas bukit peranginan itu cuma perlu membeli tiket kereta api berharga RM8 bagi perjalanan dua hala. – BERNAMA

Kontroversi Dan Kemeriahan Industri Perfileman Malaysia 2011

Posted: 28 Dec 2011 06:03 PM PST


Penayangan pelbagai judul dan genre filem tempatan di pawagam terus merancakkan arena hiburan tanah air sepanjang 2011.

Tahun menyaksikan peningkatan pada jumlah filem yang ditayangkan iaitu 42 buah berbanding 39 pada tahun lalu.

Apa yang lebih menarik, industri perfileman turut diwarnai dengan rekod kutipan pecah panggung yang baru, selain rantaian kontroversi yang silih berganti.

Jika diselak pada sisi kecemerlangan, kita boleh tumpang gembira dengan kejayaan memberangsangkan oleh tiga filem yang mencatat kutipan tertinggi bagi 2011 iaitu KL Gangster dengan RM11.74juta, Ombak Rindu (RM11.05j) dan Hantu Bonceng (RM8.53j).

Namun, kalender perfileman kita turut tidak terkecuali daripada isu-isu panas dan sensasi termasuklah lambakan filem yang tertangguh menanti slot tayangan, trend filem seram yang mendapat teguran, pertikaian keputusan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) dan kontroversi berkaitan dengan beberapa buah filem.

Menerusi Sorotan 2011 ini, mari kita imbas 10 filem tempatan paling sensasi yang telah mencetuskan impak tersendiri sama ada positif atau sebaliknya.

 

Ombak Rindu
Arahan: Osman Ali
Tayangan: 1 Disember 2011
Kutipan: RM11.05 juta dan masih ditayangkan

Filem cinta dan air mata ini mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mencatat jumlah kutipan luar biasa dan sekaligus mengungguli carta kutipan tertinggi filem Melayu setakat ini.

Menariknya, filem yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fauziah Ashari ini turut mengundang kontroversi apabila penulis tersebut mendakwa tidak mendapat royalti yang setimpal.

Kejayaan filem ini di pawagam membuktikan bahawa selera penonton kita tidak hanya terbatas pada filem seram seperti yang sering didakwa oleh segelintir penerbit sebelum ini.

 

... Dalam Botol
Arahan: Khir Rahman
Tayangan: 24 Mac 2011
Kutipan: RM570,000

Asal namanya Raja Azmi, memang tidak sah jika tiada kontroversi dikaitkan dengan penerbit dan penulis popular ini.

Walaupun ... Dalam Botol tidak menyerlah di pawagam, setidak-tidaknya filem ini berjaya memberikan impak ketika ia ditayangkan pada Mac lalu.

Filem ini dilihat membuka dimensi baru pada penghasilan filem tempatan apabila Raja Azmi dengan beraninya mengetengahkan tema lelaki transeksual yang julung kali buat filem Melayu sehingga mengundang pelbagai reaksi.

Antara isu panas yang timbul termasuklah jumlah kutipan sebenar filem ini yang ditimbulkan oleh Raja Azmi apabila pelakon utamanya Arja Lee yang berbogel berdepan tindakan tatatertib kerana masih menuntut di Universiti Sains Malaysia.

Filem itu turut mendapat respons meluas daripada media di seluruh dunia termasuk New York Times Online, penyertaan di pelbagai anugerah termasuk festival filem gay iaitu Festival Filem Q di Jakarta, Indonesia dan peminggiran filem itu di FFM24 kerana temanya walaupun ia memaparkan lakonan dan mesej yang baik.

 

Hikayat Merong Mahawangsa (HMM)
Arahan: Yusry Abdul Halim
Tayangan: 10 Mac 2011
Kutipan: RM6.5 juta

Filem ini meninggalkan impak tersendiri pada kalender perfileman 2011. Ia boleh dianggap sebagai karya epik yang membanggakan kerana bukan sahaja pembikinannya digarap seakan sebuah filem epik antarabangsa, malah turut dinobatkan sebagai filem terbaik di FFM24.

Dengan terhasilnya HMM, penerbitnya KRU Studios telah membuktikan bahawa dengan kesungguhan dan kreativiti yang tinggi, keterbatasan modal dan teknologi mampu diatasi untuk menghasilkan sebuah filem yang berkualiti.

Ia juga membawa anjakan pada perfileman Melayu apabila mendapat pengedaran terbanyak di luar negara dan beberapa festival penting.

Walaupun kutipannya mencecah RM6.5 juta tetapi ia masih tidak cukup untuk mengatasi kos penerbitan yang mencecah RM8 juta itu.



Kongsi
Arahan: Farid Kamil
Tayangan: 12 Mei 2011
Kutipan: RM8.09 juta

Filem terbitan Metrowealth (MIG) ini memberikan kesan tersendiri pada dunia filem kita. Pertama,sebelum tayangan umumnya, ia sudah dicanang-canang sebagai sebuah filem aksi komedi yang luar biasa namun ramai yang kecewa selepas menonton kerana ia disifatkan tidak segah mana.

Bahkan, penerbitnya David Teo juga meletakkan sasaran kutipan yang tinggi iaitu RM12 juta tetapi ia gagal dicapai ekoran persaingan sengit filem-filem tempatan dan antarabangsa yang silih berganti.

Malah, filem ini juga dikecam oleh Pekida kerana seakan mempersendakan perkara sulit berkenaan pertubuhan berkenaan.

Pun begitu, Kongsi boleh berbangga kerana aktor utamanya Shaheizy Sam diangkat sebagai pelakon lelaki terbaik di FFM24 menerusi watak Tumulak itu.

 

Hantu Bonceng
Arahan: Ahmad Idham
Tayangan: 31 Ogos 2011
Kutipan: RM8.53 juta

Filem yang ditayangkan pada musim perayaan Aidilfitri lalu ini turut tidak terkecuali daripada tempias kontroversi.

Ia menjadi semakin panas apabila dialog dalam salah sebuah babak yang melibatkan pelakon utamanya Zizan Razak telah dikecam oleh banyak pihak kerana dilihat seakan mempersendakan Nabi Muhammad.

Kronologi kes tersebut bermula apabila dialog yang dilontarkan oleh Zizan seolah-olah menyamakan Rasulullah dengan syaitan sehingga mengundang campur tangan pihak berkuasa, jabatan agama dan paling panas apabila ia melibatkan parti politik PAS.

Kontroversi filem itu bagaimanapun berjaya diselesaikan dengan cara yang baik akhirnya.

 

KL Gangster
Arahan: Syamsul Yusof
Tayangan: 9 Jun 2011
Kutipan: RM11.74 juta

Filem kelima arahan pengarah muda Syamsul Yusof ini mencipta dua impak pada industri. Pertama, apabila rekod kutipannya sebanyak RM11.74 juta telah melonjakkan KL Gangster menjadi filem Melayu yang mendapat kutipan tertinggi setakat ini.

Pencapaian itu bukan sahaja mencipta fenomena dan penanda aras baru pada kutipan filem Melayu, malah kejayaan filem Syamsul itu turut mengatasi fenomena sama yang pernah dilakukan oleh bapanya juga penerbit filem Datuk Yusof Haslam menerusi Sembilu 2 dengan kutipan RM6.1j (1995).

Kejayaan membanggakan itu bukan sahaja baik untuk pemangkin kerancakan filem termpatan, malah ia membuktikan keutuhan legasi anak beranak ini dalam menghasilkan filem-filem yang digemari oleh masyarakat.

Namun, filem yang dibintangi oleh Syamsul, Aaron Aziz dan Adi Putra ini turut terkena tempias 'panas' apabila berdepan kecaman daripada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) yang mendakwa filem itu mempersenda dan mendedahkan beberapa perkara sulit berkenaan pertubuhan berkenaan.

Kontroversi itu akhirnya memaksa Yusof Haslam mengadakan pertemuan dengan pertubuhan itu bagi menyelesaikan perselisihan faham yang timbul.

 

Nur Kasih The Movie (NKTM)
Arahan: Kabir Bhatia
Tayangan: 19 Mei 2011
Kutipan: RM4.93 juta

Kemunculan NKTM sememangnya memberikan impak kepada para peminat filem Melayu.

Selepas kejayaan rating luar biasa yang dicatatkan oleh drama bersirinya di TV3 sebelum ini, tayangan filem yang dibintangi Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Tiz Zaqyah ini cukup dinantikan oleh peminat siri itu.

Sayangnya, penantian itu tidak diterjemahkan dengan jayanya seperti ramalan banyak pihak apabila NKTM sekadar mengutip RM4.93 juta walaupun ia hangat diperkatakan sebelum itu.

Mungkin kerana plot filemnya yang terhad dan rumit atau persaingan dengan filem-filem tempatan lain ketika ia ditayangkan telah membantutkan peluang filem ini meraih kutipan yang lebih besar.

 

Ratu The Movie
Arahan: Prof Madya A Razak Mohaideen
Tayangan: 17 Mac 2011
Kutipan: RM200,000

Sambutan dingin daripada penonton terhadap filem yang berkisar tentang misteri pertandingan ratu cantik ini seakan membuktikan bahawa filem-filem arahan A Razak Mohaideen boleh ditolak oleh penonton jika tidak kena dengan formulanya.

Filem ini tidak terkecuali daripada tempias kontroversi salah seorang pelakonnya Nur Eina Azman didakwa telah mengeluarkan kenyataan dan membuat fitnah terhadap penerbit filem Abdul Latiff Mohaideen kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan seorang pelakon iaitu Bkay Nair.

Susulan itu, pihak produksi Line Clear Motion Pictures telah menghantar notis peguam yang menuntut agar Eina membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya itu dan dia digugurkan daripada senarai pelakon.


Haq
Arahan: C.L. Hor & Jumaatun Azmi
Tayangan: 27 Januari 2011
Kutipan: RM800,000

Filem aksi ini menyaksikan percubaan sulung aktres Nanu Baharudin sebagai penerbit bersama.

Walaupun diterbitkan dengan kos produksi yang tinggi iaitu RM2.5j kerana aplikasi imej janaan berkomputer (CGI), ia gagal membawa pulangan apabila sekadar mengutip tidak sampai RM1 juta.

Barisan pelakon yang mantap iaitu Adi Putra dan Zulhuzaimy selain trailer filem yang memikat tidak mampu yang akhirnya kecundang di pawagam.

Malah, kontroversi yang melanda iaitu apabila Nanu didakwa melakonkan babak cium dan tampil seksi yang keterlaluan dalam filem itu juga gagal melonjakkan keterujaan penonton untuk memberikan peluang kepada filem ini.


Nasi Lemak 2.0
Arahan: Namewee
Tayangan: 8 September 2011
Kutipan: RM7 juta

Dengan kos penerbitan kurang daripada RM1 juta, produksi filem ini boleh berbangga apabila Nasi Lemak 2.0 berjaya memikat penonton segenap kaum untuk bertandang ke pawagam.

Walaupun ia terlebih dahulu disensasikan oleh isu hangat yang melibatkan pengarah dan pelakonnya Namewee yang mempersendakan lagu kebangsaan, Negaraku, isu tersebut dilihat membantu dalam menarik perhatian masyarakat untuk menonton filem ini.

Tanpa publisiti yang meluas, filem yang membariskan Adibah Noor dan Datuk David Arumugam ini turut berdepan kecaman umum yang meminta ia diharamkan.

Namun, kontroversi itu sedikit pun tidak menjejaskan filem ini apabila meraih kutipan RM7 juta.

Malah, perkhabaran terbaru tentang Namewee dan produksi ini adalah mereka sedang menjalani penggambaran filem kedua Hantu Gangster yang menampilkan Diana Danielle dan Noh (Hujan).

Apa yang diharapkan adalah kalender filem tempatan 2012 akan menjadi lebih rancak dan hebat dengan barisan filem yang bervariasi dan bertaraf tinggi, seiring dengan visi kerajaan untuk melonjakkan filem kita ke pasaran serantau.

* Jumlah kutipan filem adalah berdasarkan statistik daripada laman web Finas.

Akui Terkejut, Faizal Tahir Tidak Bersedia Sertai 'Mentor'

Posted: 28 Dec 2011 05:49 PM PST

Faizal Tahir

PETALING JAYA: Penyanyi Faizal Tahir terkejut apabila namanya diumumkan sebagai salah seorang daripada enam mentor terpilih bagi program Mentor musim keenam yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

Pengumuman tersebut dilakukan pada sidang media khas pelantikan enam mentor bagi musim tersebut termasuklah Ramlah Ram, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Ella, Adam dan Ferhad di Sri Pentas TV3, di sini, Rabu.

Faizal berkata, dia sebenarnya masih lagi berfikir dengan tawaran untuk menggalas tanggungjawab sebagai mentor kepada bakat-bakat baru dan tidak memberi apa-apa kata putus kepada pihak TV3 tetapi tidak sangka namanya terus dipanggil pada pengumuman tersebut.

"Sebenarnya saya berada di Sri Pentas pada hari ini (Rabu) untuk membincangkan mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) dan tidak sangka pula selepas itu saya menyertai sidang media ini kerana saya belum membuat apa-apa lagi keputusan (mengenai Mentor).

"Bagaimanapun, saya terima pemilihan ini. Memang pada mulanya saya enggan sertai Mentor 6, tetapi penerimaan tawaran ini juga bukan kerana terpaksa. Saya akan buat sedaya yang mungkin," katanya.

Beritahu penyanyi yang popular dengan lagu "Karma" ini, keengganannya melibatkan diri dalam program popular tersebut adalah kerana tahap keyakinan diri untuk mengajar protege baru agak kurang.

Barisan mentor yang bakal beraksi bersama protege masing-masing pada tahun depan.

Malah, Faizal tahu, mengasah bakat seseorang bukannya mudah, malah memerlukan strategi dan kesabaran yang sangat tinggi.

"Bukan mudah untuk mendapatkan seseorang protege seperti yang diinginkan. Malah, tahap keyakinan saya untuk mendidik seseorang juga agak kurang kerana saya sendiri masih lagi bertatih dalam bidang muzik ini.

"Saya selalu meletakkan satu tahap yang tinggi untuk diri sendiri setiap kali beraksi, inikan pula seorang bakat baru yang akan berada di bawah saya. Lebih menakutkan ialah, saya risau jika tidak dapat mencari protege seperti yang diinginkan. Saya mahu cari seseorang yang lebih daripada seorang juara," tegasnya.

Uji bakat Mentor 6 akan berlangsung bermula di negeri Sabah dan Sarawak iaitu pada tarikh 13 Januari depan di Hotel Promenade, Tawau, dan 15 Januari (Hotel Promenade, Kota Kinabalu), 20 Januari (Hotel Imperial, Miri) serta 22 Januari di Hotel merdeka Palace , Kuching.

Pada bulan Februari pula, uji bakat bersama setiap mentor akan diadakan di Sri Pentas TV3 melibatkan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy (4 Februari), Faizal Tahir (5 Februari), Ramlah Ram (11 Februari), Ferhad (12 Februari), Ella (18 Februari) dan Adam AF (19 Februari).

Sementara itu, Ogy pula sudah bersedia untuk menerima segala kritikan pedas yang mampu membakar semangatnya untuk terus mendidik protege yang bakal dipilihnya nanti.

"Memang ketika bekerja saya seorang yang sangat tegas dan protege yang dipilih perlu mengikut kriteria-kriteria seperti yang diinginkan seperti boleh bermain alatan muzik dan paling penting, membaca nota muzik.

"Apabila mereka tahu dua perkara ini, ia lebih memudahkan saya mengasah bakat mereka menjadi yang terbaik. Dan ya, kritikan pedas yang diberi oleh juri juga saya sudah bersedia untuk menerimanya," seloroh Ogy. -mstar-

'Saya Tiada Hak Paksa Lisa Surihani' - David Teo

Posted: 28 Dec 2011 05:42 PM PST


David Teoh.
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG), David Teo tidak akan menghalang artis di bawah naungannya, Lisa Surihani untuk meninggalkan syarikat tersebut selepas wanita itu berkahwin kelak.

David berkata, dia tidak berhak memaksa Lisa untuk terus bersamanya walaupun pelakon itu masih mempunyai baki kontrak bersama syarikatnya.

"Jika selepas berkahwin nanti dia ingin menyertai KRU Studios atau syarikat lain tidak menjadi masalah kepada saya kerana keputusan berada di tangan dia," ujarnya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini.

Dalam pada itu, David memberitahu dia berasa sebak dengan berita perkahwinan Lisa dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim yang di jadual pada 23 Februari depan.

David berkata, dia sudah menganggap Lisa seperti anaknya dan telah melihat perkembangan pelakon filem I'm Not Single itu sejak hari pertama dia terlibat dalam dunia hiburan.

"Saya bukan sahaja sebagai seorang rakan perniagaan malah lebih kepada bapa kerana telah mengambil tanggungjawab untuk menjaga Lisa daripada arwah bapanya.

"Jadi sebagai seorang bapa sudah tentu sedih 'anak' saya akan berkahwin. Bagaimanapun saya merestui perkahwinan ini dan gembira untuk Lisa," ujarnya.

Sementara itu, Lisa ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, dia masih belum membuat keputusan mengenai isu itu dan ingin memberi fokus kepada kerjaya dan perkahwinannya yang akan berlangsung dalam masa dua bulan lagi.

Lisa bagaimanapun memberitahu selesa berada di bawah naungan David dan berterima kasih kepadanya kerana telah memberi peluang dalam dunia lakonan.

"David adalah seperti bapa yang banyak menjaga dan menasihati saya dan sukar untuk saya membuat sebarang keputusan tanpa mengambil pandangannya terlebih dahulu.

"Bagaimanapun saya masih belum berfikir mengenai kebarangkalian untuk meninggalkan Metrowealth kerana itu bukan tumpuan saya," ujarnya.

Yusry dan Lisa Surihani.
Bakal suami Lisa, Yusry pula berkata, dia tidak akan mempengaruhi Lisa mengenai perkara tersebut dan membiarkannya membuat keputusan sendiri.

"Itu adalah kerjaya seninya dan dia berhak untuk membuat keputusan sendiri sama ada untuk terus bersama Metrowealth atau pun menyertai KRU Studios," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, dia percaya Lisa sudah boleh menguruskan kerjaya lakonannya sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana pihak pengurusan. -mstar-

Ayu Raudhah Sukar Lakonkan Aksi Intim

Posted: 28 Dec 2011 05:37 PM PST



PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah mengakui sukar untuk melakon adegan intim dan romantik dengan pelakon Aqasha menerusi drama Gemersik Kalbu.

Disebabkan itu dia terpaksa membuat latihan beberapa kali untuk memastikan adegan itu berjaya dilakonkan mengikut kehendak pengarah, Heykal Hanafiah.

"Saya mengalami cabaran ketika babak intim seperti berlakon di atas katil disebabkan status saya sebagai isteri orang.

"Jadi, untuk mengatasi masalah itu, saya kena rehearsal beberapa kali," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama "Gemersik Kalbu" baru-baru ini.

Drama ini bakal disiarkan di TV3 mulai 2 Januari depan menerusi slot Akasia pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.

Kata Ayu, dia sudah meminta kebenaran daripada suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha untuk melakonkan adegan berkenaan dan mendapat "lampu hijau" daripada suaminya itu.

"Suami saya profesional dan membenarkan saya melakonkan babak itu. Kadangkala, dia ada mengikut saya ke set penggambaran jika berkesempatan," katanya.

Beralih kepada kehidupannya selepas hampir setahun bergelar isteri, Ayu masih menunggu rezeki cahaya mata selepas mengalami keguguran pada 26 Oktober lalu.

"Selepas berakhir penggambaran drama ini, saya akan berehat sementara menerima tawaran lakonan yang lain," katanya yang memegang watak Raihana.

Drama ini merupakan hasil adaptasi dari novel "Gemersik Kalbu" yang ditulis oleh Anis Ayuni.

Sebelum berlakon drama ini, Ayu sempat menghabiskan bacaan novel tersebut selepas mendapat skrip daripada pengarah. -mstar-

Aaron Aziz Teruja Mahu Bertarung Dengan Rosyam

Posted: 28 Dec 2011 05:33 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon popular filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, 35, (gambar) yang sedang menjalani penggambaran filem KL Gangster 2 teruja menunggu babak pertarungan dengan pelakon Rosyam Noor dalam filem tersebut.

Menurut Aaron, ini merupakan kali pertama dia berlakon dengan Rosyam dan adegan pergaduhan tersebut dijangka mengambil masa selama tiga hari berturut-turut untuk disiapkan.

"Saya dan Rosyam akan bertarung dalam satu adegan pergaduhan yang agak besar selama tiga hari bermula 8 Januari depan di lokasi yang belum diketahui.

"Dalam filem ini, saya dan Rosyam bermusuh. Pengarahnya Syamsul mengambil keputusan untuk melakukan penggambaran aksi pertarungan besar ini pada akhir penggambaran," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Aaron lagi, untuk adegan aksi ngeri, dia melakonkan sendiri watak berkenaan seperti yang diminta oleh Syamsul.

"Alhamdulillah, setakat ini saya tidak mengalami apa-apa kecederaan sewaktu melakon aksi bertarung walaupun waktu itu saya perlu bertarung dengan ramai orang.

"Cuma masalah kepenatan akan mengganggu konsentrasi persembahan lakonan saya," ujarnya.

Menyentuh tentang babak pertarungan, Aaron perlu belajar teknik-teknik tertentu untuk menjadikan lakonannya dalam filem tersebut lebih menarik.

"Biasanya, setiap koreografi dilakukan semasa hari penggambaran tanpa ada latihan. Alhamdulillah, saya dapat melakukan koreografi aksi itu. Bagaimanapun, apa yang saya persembahkan tidak mungkin dapat menandingi gaya lakonan pelakon Ong Bak, Tony Jaa," ujarnya.

Selepas mendapat perhatian peminat menerusi drama Nora Elena, Stanza Cinta, KL Gangster dan Ombak Rindu, Aaron tidak menafikan tawaran lakonan untuknya semakin bertambah sehingga menyebabkan dia perlu bersikap memilih.

"Selepas ini saya akan memasuki penggambaran filem psiko seram berjudul Kerat 14 arahan S Baldev di samping Siti Saleha.

"Pada penghujung Februari pula saya akan berlakon dalam drama adaptasi novel Adam dan Hawa terbitan Astro," kata Aaron.

Selain itu, dia akan terbang ke Tokyo, Jepun pada 11 Januari depan untuk menjayakan program sukan perlumbaan kereta anjuran M7 setelah dilantik sebagai Duta minuman Drive M7 pada 17 September lalu.

"Saya akan mengambil peluang ke Jepun pada awal Januari ini untuk bercuti dengan isteri saya, Diyana Halik.

"Selepas itu, mungkin saya akan membawa anak-anak dan isteri saya ke Australia untuk menjalani penggambaran Adam dan Hawa pada hujung Februari depan," katanya.

Adam dan Hawa dijangka akan menjalani penggambaran di tiga lokasi uar negara iaitu Australia, Mekah dan India. -mstar-

Tarian Tiang Unsur Seks

Posted: 28 Dec 2011 05:25 PM PST

KOMBINASI gambar rakaman menunjukkan beberapa aksi menjolok mata yang dilakukan gadis-gadis tempatan dan Siam di sebuah kelab malam di Pandan Perdana, Ampang Jaya awal pagi semalam. Seorang lelaki dilihat membawa bunga untuk dikalungkan pada leher penari tiang.



AMPANG JAYA - Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.

Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota.

Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.

Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut.

Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band.

Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan dan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnya. -kosmo-

Harga rumah jatuh di Amerika Syarikat

Posted: 28 Dec 2011 05:15 PM PST

SEBUAH rumah yang sedang dibina kelmarin di Westport, Connecticut, Amerika Syarikat.



WASHINGTON - Harga rumah di Amerika Syarikat (AS) jatuh di kebanyakan bandar raya bagi tempoh dua bulan berturut-turut.

Indeks The Standard & Poor's/Case-Siller yang disiarkan kelmarin menunjukkan harga rumah menurun pada Oktober selepas September di 19 daripada 20 buah bandar.

Harga rumah di kebanyakan bandar menurun bagi tempoh dua bulan berturut-turut.

Sebelum itu, harga rumah meningkat selama lima bulan di sekurang-kurangnya separuh daripada bandar yang dapat dikesan kenaikan harga.

Bandar Atlanta, Detroit dan Minneapolis menunjukkan kemerosotan harga yang ketara.

Harga di bandar raya Atlanta dan Las Vegas menurun ke peringkat yang paling rendah sejak krisis harga rumah bermula.

Namun, harga rumah di bandar Phoenix meningkat selepas menurun bagi tempoh tiga bulan berturut-turut.

Pengerusi Jawatankuasa Indeks The Standard & Poor's, David M. Blitzer menyatakan, harga jatuh di bandar raya-bandar raya seperti Atlanta, Chicago, Cleveland, Detroit dan Minneapolis mencetuskan kebimbangan kerana sebelum ini harganya amat kukuh.

Penduduk AS enggan membeli sebuah rumah sejak lebih dua tahun lalu selepas kemelesetan ekonomi berakhir secara rasmi di negara ini.

Kadar pengangguran tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang lemah telah menghalang bakal pembeli.

Sebahagian penduduk tidak layak untuk mendapatkan pinjaman atau memenuhi kriteria untuk membuat bayaran pendahuluan yang tinggi.

Ramai penduduk yang memiliki pekerjaan yang stabil enggan membeli rumah kerana bimbang harganya akan jatuh. - Agensi

Rel keretapi di tengah-tengah desa

Posted: 28 Dec 2011 04:23 PM PST


SEORANG wanita menyembur air di kawasan rumahnya dekat landasan kereta api di Desa Kham Thien, Hanoi kelmarin.

HANOI - Sebuah desa di sini dianggap antara yang paling berbahaya buat para penghuninya kerana ia terletak amat dekat dengan landasan kereta api.

Ia dikenali sebagai Kham Thien.

Bangunan kediaman terletak di kiri dan kanan landasan kereta api sepanjang 200 meter.

Penduduk enggan meninggalkan bangunan yang terletak di tepi landasan itu walaupun terdapat banyak nahas dan kematian pada setiap tahun.

Mereka masih tinggal di desa itu walaupun pihak berkuasa telah memberikan amaran mengenai kematian dan nahas kereta api. - Agensi

No comments: