Tuesday 27 December 2011

Budak Technician

Budak Technician


SOROTAN Perkahwinan Artis 2011

Posted: 26 Dec 2011 02:58 AM PST

PETALING JAYA: Tahun 2011 yang akan melabuhkan tirainya dalam masa beberapa hari lagi akan memberi kenangan yang terindah buat artis dan selebriti tempatan apabila mereka melangkah ke alam perkahwinan.

Tentunya kehadiran 2012 akan memberi sinar baru buat mereka agar apa yang diazamkan dalam hidup akan terlaksana.

Kenangan indah sepanjang tahun ini bermula seperti berikut:



1) Ayu Raudhah-Zaquan Adha
Ayu Raudhah,26, sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di Alor Setar pada 21 Januari tahun ini.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.




2) Sabrina Ali-Syed Amirul Syed Ahmad

Tiada angin tiada ribut, pelakon Sabrina Ali, 31, mengesahkan sudah berumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya pada awal tahun ini.

Bagaimanapun Sabrina yang dikhabarkan bernikah dengan Syed Amirul Syed Ahmad berusia 29 tahun itu enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan tidak diketahui mengapa dia enggan menghebahkan pernikahan berkenaan.




3) Siti Sarah-Shuib (Sepahtu)

Penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepahtu, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, pada 26 Februari lalu.

Pasangan ini menerima kelahiran anak sulung lelaki, Uwais Alqarni pada 4 Disember lalu.







4) Farish Aziz-Zahrah

Pelakon drama Kau dan Aku, Farish Aziz, 27, yang bernikah dengan isterinya, Zahrah Fowzi, 27, pada 18 Februari lalu di Hotel Shang Ri La Tanjung Aru Beach, Kota Kinabalu, Sabah memulakan alam perkahwinannya tidak seperti pasangan lain apabila terpaksa berpisah buat sementara waktu.

Ini kerana isterinya masih baru berkerja sebagai peguam di sebuah syarikat guaman di Sabah manakala Farish terikat dengan kariernya sebagai pelakon dan pengacara di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Farish dan isteri yang sama-sama berasal dari Kota Kinabalu berkemungkinan akan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu atau sebaliknya untuk menghabiskan masa bersama-sama.


 
5) Noh (Hujan)-Mizz Nina

Selepas bertunang selama lapan bulan, penyanyi dari kumpulan Hujan iaitu Noh atau nama sebenarnya Mohammed Noh Salleh, 26, sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 31, pada 1 Julai lalu.

Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang, Kuala Lumpur.



6) Tomok-Ayu

Penyanyi yang pernah popular dengan kumpulan Newboyz, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, turut berkongsi tarikh pernikahannya dengan Noh dan Nina apabila sah menjadi suami kepada pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, pada 1 Julai lalu.

Menurut Tomok, dia gembira selama lapan tahun bercinta, akhirnya dia menjadi suami kepada Rahayu atau nama panggilannya, Ayu, dan berharap agar cinta mereka akan mekar sehingga akhir hayat.

Pasangan ini sedang menunggu kelahiran cahaya mata sulung.




7) Nabil (Raja Lawak)-Nazirah

Selepas dilanda pelbagai kontroversi termasuk perpisahannya dengan pelakon Irma Hasmie, pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23, pada 30 September lalu.
 
Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya, di mana Nabil menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000 kepada pengantin perempuan.



8) Zed Zaidi-Natalia Mustafa Kamal

Bermula daripada perkenalan di laman social Facebook, pelakon Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Pasangan ini juga sedang menunggu kelahiran anak pertama selepas isteri Zed disahkan hamil.



9) Fazren Rafi-Syarifah Marlina
Melangsungkan pernikahan pada 1 Mei di kediaman isterinya di Perak, pelakon Spa Q, Mohd Fazren Rafi atau Fazren begitu teruja mengimamkan isteri, Sharifah Marlina Ashikin Syed Hasan selepas bernikah.



10) Faezah Elai-Heykal Hanafiah
Pelakon Faezah Elai, 29 ,sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanafiah, 38, yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Gelugor, Pulau Pinang, pada 9 September lalu.

Pasangan ini berharap pernikahan tersebut menutup segala kontroversi tentang hubungan mereka.




11) Fedtri Yahya-Nurul Anati Ismail

Pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya, 30, bernikah dengan Nurul Anati Ismail, 26, pada 28 Mei lalu di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.

Bagaimanapun Fedtri dan isteri dikejutkan dengan berita sedih apabila isterinya mengalami keguguran bayi pertama pada 26 Julai lalu.


 
12) Eira Syazira-Azad Jasmin

Pelakon Syazira Shuhaimi atau Eira Syazira, 27, sah bergelar isteri kepada pelakon Azad Jazmin John Louis Jeffri yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Putrajaya pada 16 September lalu.




13) Nurul Syuhada Nurul Ain - Raja Amir Shah

Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin,27, selamat diijabkabulkan dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa,29, di Binjai On The Park, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), pada 16 Julai lalu.



 
14) Ana Dahlia-Chef Riz

Pelakon Ana Dahlia, 28, sah bergelar isteri kepada chef selebriti, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Riz, 29 , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak pada 11 Disember lalu.




15) Memey Suhaiza-Norman Hakim

Pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, pada 24 September lalu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Sebelum berkahwin, pasangan ini dilanda dengan pelbagai kontroversi termasuk Memey dikatakan merampas Norman daripada bekas isteri Norman, pelakon Abby Abadi dan kes khalwat mereka.




16) Dira Abu Zahar-Helmi Yusof

Pelakon Khaidhirah Abu Zahar atau Dira, 27, sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi di kampung halaman pengantin perempuan di Merlimau, Melaka, pada 11 November lalu.




17) Zahiril Adzim-Shera Aiyob
Pelakon Zahiril Adzim, 27, sah bergelar suami kepada pengacara Shera Aiyob, 25, di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak pada 20 November lalu.





18) Ashraf Muslim-Noor Dayana

Pelakon Ashraf Muslim, 30, bernikah dengan Noor Dayana, 24, pada 30 Ogos lalu di Mekah.




19) Nurul (AF2)- Mohd Munzil Muhamad

Pernikahan Nurul (AF2) menjadi kontroversi apabila dia dan suami, Mohd Munzil Muhamad bernikah di Thailand pada 23 April lalu.

Bagaimanapun pasangan itu tidak pernah membelakangi keluarga sehingga mengambil keputusan bernikah di Narathiwat.(mstar)

Asmidar Juara Pertama Vokal 'Bukan Sekadar Rupa'

Posted: 26 Dec 2011 02:28 AM PST

Asmidar berjaya mengalahkan Mafa di pusingan Akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa.

SHAH ALAM: Dengan memperoleh markah penuh sebanyak 70 peratus, peserta Asmidar atau nama penuhnya, Norhasmidar Ahmad, 25, berjaya meraih gelaran juara musim pertama program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (Vokal) malam Ahad yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, disini.

Kemenangan Asmidar yang dikatakan mempunyai cara nyanyian yang versatil oleh juri, Azmeer, Erra fazira dan Ziana Zain sekaligus melayakkan wanita kelahiran Kuala Lumpur itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 beserta sebuah trofi.

"Saya bersyukur, kemenangan ini membuka peluang saya menyertai industri muzik tempatan yang sudah lama saya idam-idamkan.

"Menerusi wang tunai yang dihadiahkan, saya akan gunakannya untuk pelaburan kerja muzik saya, Insya-Allah," katanya selepas pertandingan tersebut.

Asmidar
 
Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Mafa atau nama sebenarnya Mafarikha Akhir, 19 selepas memperoleh markah sebanyak 53 peratus. Pelajar Universiti Multimedia Cyberjaya ini menerima hadiah kemenangan sebanyak wang tunai sebanyak RM30,000 beserta sebuah trofi.

Pada pertandingan tersebut, kedua-dua peserta perlu melalui tiga cabaran dimana yang pertama, Asmidar dan Mafa perlu membawakan persembahan solo dan masing-masing membawakan lagu My Way dan Jangan Tinggal Daku.

Seterusnya, tugasan kedua pula mereka membawakan lagu baru ciptaan khas oleh komposer Audi Mok iaitu Tiba (Mafa) dan Ajai pula menghasilkan lagu buat Asmidar berjudul Biar Sampai Ke Bintang.

Cabaran terakhir pula, Mafa dan Asmidar terpaksa mengharungi segmen battle dimana kedua-dua mereka akan membawakan lagu pilihan sendiri.

Mafa
 
Secara keseluruhannya, Mafa hanya memikat hati juri pada segmen pertama sagahaja manakala persembahan Asmidar dianggap lebih menyerlah menjadi pilihan juri bagi segmen kedua dan ketiga.

Sepanjang 13 minggu pertandingan berlangsung, format permakahan Vokal dibahagikan kepada dua iaitu 50 pertaus daripada juri manakala 50 peratus lagi menerusi SMS.

Konsert tersebut bersiaran menerusi saluran TV3, setiap Ahad, pukul 9 malam. (mstar)

Scarlett Johansson Obses Lipstik Merah

Posted: 26 Dec 2011 02:25 AM PST

 
TERNYATA bukan Lady Gaga sahaja yang gemar memakai solekan setiap hari. Aktres Scarlett Johanson juga turut mengakui, kehidupan sehariannya tidak tenang jika wajahnya tidak disolek.

Bintang filem We Bought A Zoo ini berkata, sekurang-kurangnya, dia akan memakai solekan yang tipis dan memastikan dirinya kekal cantik.

"Setiap hari saya akan bersolek walaupun cuma sedikit saja. Saya bukan seorang yang boleh keluar rumah dengan wajah seperti 'tidak siap' kerana perlu diingat kita tidak tahu dengan siapa yang akan kita temui di luar sana," kata Scarlett kepada portal Dailymail.

Tambahnya, dia juga memastikan menyimpan sebatang lipstik rona merah dalam tas tangannya.

"Saya sangat obses dengan lipstik merah dan menyimpannya dalam tas tangan merupakan perkara yang wajib. Lipstik merah juga merupakan penyelamat keadaan dimana ia boleh dipakai tanpa memerlukan solekan lain," selorohnya. (mstar)

Petua Kecantikan Luar Dan Dalam Untuk Wanita (18sx)

Posted: 26 Dec 2011 12:42 AM PST


Payudara kekal cantik  Setiap wanita yang telah melahirkan anak, tentu mengalami masalah payudara yang kendur dan jatuh. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba petua untuk mendapatkan payudara yang segar, halus dan kulitnya anjal dengan  memanaskan satu sudu minyak sapi. Setelah menjadi minyak, sapukan minyak ini ke payudara dan urut selama 15 minit. Selepas itu, lap dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Jika rajin mengamalkannya anda akan dapat merasai perubahannya.  Menghilangkan Keputihan  Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan disarankan agar mencuba petua ini. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya dan cuci bersih. Kemudian direbus di dalam periuk. Setelah mendidih campurkan sedikit garam dan biarkan suam. Kemudian ambil air rebusan yang suam tersebut dan cuci kemaluan. Lakukan 3 kali seminggu. Elak Pakai Coli Lebih 12 Jam  Ada sebab mengapa saranan ini dibuat. Ia kerana memakai coli lebih daripada tempoh 12 jam sehari mampu meningkatkan risiko kanser payu dara. Sebabnya coli akan memberikan tekanan kepada payu dara terutama kepada sistem limfa. Sistem ini mengandungi sejenis saraf yang sangat kecil dan berfugsi untuk mengeluarkan toksin, sel debris, sel kanser, virus, bakteria dan sebagainya untuk keluar dari sistem payu dara. Namun begitu, coli juga penting kerana ia menyokong dan mengekalkan bentuk payu dara. Ramai wanita mengakui mereka tidak selesa jika tidak memakai coli. Sebagai penyelesaian, elakkan memakai coli semasa tidur. Ini adalah antara cara untuk membantu mengelakkan risiko kanser payu dara.  Mengurangkan Risiko Kanser Payudara  Salah satu cara untuk mengurangkan kanser payudara adalah dengan meminum air kacang soya. Selain mengatur fungsi reproduksi kandungan isoflavon dalam kacang soya dapat meningkatkan antioksida vitamin C dan E sehingga melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti kanser paayudara. Meningkatkan Kesuburan  Untuk meningkatkan kesuburan seseorang, minumlah kacang soya setiap hari. Kalau boleh soya yang diperah secara asli (bukan dalam kotak). Ini disebabkan kacang soya membantu mengatasi penurunan hormon estrogen pada wanita kerana kacang soya mempunyai khasiat isoflavon iaitu khasiat yang mempunyai kesan yang sama seperti estrogen. Cubalah!!  Penawar Sakit Haid  Ketika hadi, bahagian perut dan pinggang akan berasa tidak selesa. Cara menghilangkan kesakitan ini, ambil sebiji telur ayam, 1 sudu kecil madu lebah dan sedikit lada putih. Gaul sebati dan minum sehari sekali sebelum sarapan. Minum selama tiga kali, insya-Allah sakit akan hilang. Ibu yang baru bersalin juga boleh minum selama tiga kali untuk mengembalikan tenaga yang hilang.
Petua-Petua Tradisional Khas Untuk Perawan  Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
1. Bangkit Bersambut Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.
4. Taman Semerbak Mewangi Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
5. Lubang Jarum Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6. Suara Perindu Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.
8. Payudara Montok Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.  Petua Kembali Gadis  Petua 1 : Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air. Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.  Merapatkan Peranakan  Untuk wanita yang ingin merapatkan semula peranakan (rahim) mereka selepas bersalin amalkan memakan ulam lengkuas ataupun campurkan lengkuas dalam setiap hidangan makanan. InsyaAllah.  Menghilangkan Kegatalan Pada Faraj  Petua 1 : Bagi kaum hawa yang mengalami masalah rembesan cecair kemaluan yang menyebabkan kegatalan yang tidak serius, ambil beberapa keping daun sirih, beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan bahan-bahan tersebut di atas dapur dengan air secukupnya. Jerangkan ia dengan api yang perlahan selama 20 minit. Gunakan air tersebut untuk membasuh kemaluan anda setiap kali membuang air kecil. Kegatalan tersebut nescaya akan hilang di samping menghindarkan bau kemaluan yang tidak enak.  Petua 2 : Rebus beberapa helai daun sireh dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam. Gunakan air ini untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau berasa tidak selesa.
 
credit to sahabatinteraktif 

Artis-artis Malaysia Yang Berubah dan Tampil Dengan Imej Islamik

Posted: 25 Dec 2011 11:02 PM PST

Alhamdulillah, sehingga kini telah ramai artis Malaysia yang telah mendapat hidayah dan berubah ke arah yang lebih Islamik dan memberi ketenangan kepada siapa yang melihatnya. Hidayah adalah milik Allah jua, dan bila-bila masa saja Dia boleh kurniakan kepada hamba-hambaNya.

Berikut saya kumpulkan setakat yang saya dapat artis-artis yang berkenaan. Semoga akan ramai lagi artis yang akan menurut jejak langkah mereka nanti, agar kita semua mendapat kebaikan dan manfaat darinya. Lagi pun artis sangat berpengaruh kepada masyarakat.  Jika artis tidak mengambil peluang untuk berdakwah ke jalan yang benar, maka sayang seribu kali sayang lah kerana peluangnya amat terbuka luas.

1 - Ustaz Akhil Hayy

Akhil Hayy Rawa atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy adalah seorang pendakwah bebas dan penyanyi di Malaysia. Beliau berketurunan Rawa dan dilahirkan di Gopeng, Negeri Perak. Sebagai seorang pendakwah, beliau lebih dikenali sebagai Ustaz Akhil. Semasa zaman remaja, Ustaz Akhil merupakan salah seorang anggota kumpulan rock di Malaysia iaitu D'Riyadh

Namun begitu, takdir Ilahi menentukan Ustaz Akhil akhirnya meninggalkan kehidupan sebagai seorang pemuzik rock. Kini, beliau lebih dikenali dengan lagu-lagu nasyid dan ceramah agama yang disampaikan di seluruh negara. Ustaz Akhil turut diberi gelaran 'Ustaz Rock' kerana penglibatan beliau dalam arena muzik rock suatu ketika dahulu.




2 - Azmil Mustafa


Azmil Mustafa adalah seorang pelakon Melayu lelaki yang menjadi fenomena pada lewat tahun 80-an. Antara filem-filem yang yang melonjakkan nama beliau seperti Ali Setan (1985) dan Ali Setan 2. Filem-filem lain beliau seperti Mekanik (1983), Iman Alone (1998), Fifty/Fifty (1991).

Namun kini beliau telah bersara dari dunia lakonan dan lebih menumpukan hidup beliau dengan memberi ceramah-ceramah agama.

"Semuanya kerana Allah. Ia jadi sekelip mata. Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni, 90 minit. Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi. Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam itu, dalam sekelip mata berubah.

Saya bermula dengan memuji Allah. Saya puji dengan ikhlas walaupun waktu itu saya jahil. Saya masih ingat, tahun 1979. Kebetulan masa itu saya masih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa). Wow! Allah is 'great'! Macam-macam la keluar dari mulut saya.

Akhirnya, ia menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok siaran tu. Kalau keluar malam pun, saya akan bergegas balik sebab nak kejar siaran itu."


3 - Noorkumalasari

Noor Kumalasari lahir pada tahun 1956 di Singapura. Beliau merupakan salah seorang pelakon dan penyanyi Malaysia yang terkenal pada 1970-an dan 1980-an.

Noorkumalasari merupakan anak kepada S. Roomai Noor dan Datin Hajjah Umi Kalthum. Beliau juga merupakan adik seayah Anita Sarawak.

Selain berlakon dan menyanyi, Noor juga turut mengacara, antaranya Anugerah Juara Lagu 1987.

"Sebenarnya saya tidak meletakkan sebarang target untuk berubah. Bila saya bercerai dan tiga tahun menjanda, sembahyang pun bukan semua waktu... Noor berdoa, kalau ada jodoh lagi Noor nak seorang suami yang dapat membantu Noor dekatkan diri dengan Allah.

"Alhamdulillah lepas 3 tahun jumpa suami sekarang... dia dulu moden juga... apa yang (saya) minta Allah makbul..." cerita NoorKumalasari kepada Damaitv.


4 - Aishah

Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang berasal dari Negeri Sembilan dan menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand.

Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa.  Kumpulan itu popular dengan lagu-lagu seperti 'Call me' , 'Sensation' , 'Paradise' dan beberapa lagi.

Aishah telah berpecah dengan kumpulan Fan Club pada tahun 1992 dan seterusnya menjadi penyanyi solo.

Aishah telah berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 30hb April 2010. Pasangan ini telah bernikah di Narathiwat, Thailand.


5 - Mel (Wings)

Bekas vokalis kumpulan Wings, Mel atau nama sebenarnya Ismail Zainuddin, 45, mengakui selesa menjalani kehidupan sebagai pendakwah bebas selepas berundur sebagai penyanyi kira-kira sepuluh tahun lalu.

Selepas meninggalkan dunia nyanyian, Mel selesa dengan kehidupan hari ini iaitu berdakwah dan mengadakan ceramah di merata tempat. Selain itu, Mel juga aktif menyanyikan lagu-lagu berbentuk ketuhanan tetapi tidak lagi di pentas komersial.

Baru-baru ini Mel muncul dalam konsert Wings Opera Hidup Rockestra di Istana Budaya. Kata Mel, dia menyanyi di konsert tersebut semata-mata untuk memeriahkan konsert itu. Ia adalah tanda sokongan dan penghargaan kerana dia pernah bersama Wings satu waktu dulu. Namun kata Mel ia bukan bermakna saya ingin aktif kembali dalam bidang nyanyian. Dia selesa dengan kehidupan sekarang.

Bersama Wings, Mel sempat menghasilkan sebuah album iaitu Orang Asing (1995) yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat. Selepas itu, Mel bergerak sebagai penyanyi solo dengan dua album Mencari Enigma Lagu (1996) dan Sukma'98 (1998), sebelum berundur diri untuk menumpukan perhatian pada bidang keagamaan. [mStar - 7 Mei 2011]


6 - Wardina

Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot lahir 5 Jun 1979 di Kuala Lumpur, ialah seorang pengacara TV, model dan pelakon. Beliau merupakan antara pelakon wanita bertudung litup pertama di Malaysia yang muncul dalam watak utama filem iaitu menerusi Lagi-Lagi Senario pada tahun 2001. Beliau memulakan kerjaya pengacaraan dan lakonan setelah aktif sebagai model dan bertanding dalam pertandingan akhir Dewi Remaja 1997/98 anjuran majalah Remaja.

Wardina mempunyai darah campuran Australia oleh bapanya dan Melayu Aceh di sebelah ibunya. Berketinggian 5 kaki 6 inci, beliau telah pun mendirikan rumahtangga bersama seorang arkitek Ikhwan Johari pada September 2002 dalam sebuah majlis yang mendapat liputan meluas media. Kini bahagia sebagai ibu kepada Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.


7 - Ashraf Muslim

Ashraf Muslim lahir pada 19 September 1981,  di Teluk Emas, Melaka. Beliau merupakan anak pertama dari 7 orang adik beradik.

Ashraf merupakan seorang pelakon yang pernah membintangi filem 'Aku Masih Dara', dan drama-drama tempatan seperti Impian Illyana, Manjalara, Impak Maksima, Puaka Niang Rapik, Ustaz Amirul dan beberapa lagi.

Beliau membuka satu klinik pengamal perubatan tradisional bersama Ustaz Lokman Abdul Hamid, iaitu Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Kampung Sungai Pusu, Gombak , Selangor. Ia adalah perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran. Penawarnya melalui ayat-ayat suci yang dilafazkan kepada pesakit. Selama ini buat secara sambilan. Sekarang sudah ramai pesakit. Dia menjadi merupakan hos untuk rancangan perubatan, Syifa al Hidayah di Astro Oasis.

Selain itu Ashraf menternak 600 ekor kambing, ikan keli, ketam bercangkerang lembut atau keras dan lain-lain.


8 - Bob Lokman

Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman berasal dari Kubang Krian, Kelantan. Lahir pada tahun 1964 dan kemudian bersekolah dan menetap di Selangor.

Beliau merupakan seorang penulis lirik, pencipta lagu, pengurus artis dan kumpulan muzik, pelawak dan juga pelakon. Pernah menjadi Penulis Lirik Terbaik di Anugerah Juara Lagu TV3 tahun 1989 bagi lagu Isabella yang dinyanyikan oleh kumpulan Search.

Beliau kini telah menyertai parti PAS dan bergiat aktif dalam kerja-kerja dakwah dan juga politik.  Beliau juga masih tidak menolak jika ada tawaran berlakon, tetapi akan memilih watak yang sesuai dengan dirinya sekarang.

Bob merupakan cicit kepada ulama terkenal di Kelantan, Tok Kenali (1870 - 1933). Menurut beliau, kematian rakan seni secara mengejut membuatkan dirinya semakin mahu mendekati dan mentaati Allah.

"Sebelum ini saya kaya, pendapatan 30 ribu hingga 50 ribu sebulan hasil perniagaan tetapi kekayaan itu tidak memberi ketenangan dan ketenteraman kepada saya. Kemudian saya jatuh, kejatuhan pertama menjadikan saya lupa dunia," akuinya jujur.

Kemudian beliau kembali dilimpahi kekayaan yang berganda namun kekayaan itu membuatkan isterinya lari dan dirinya mengalami masalah tulang belakang hingga lumpuh selama lapan bulan.

"Kekayaan waktu itu tidak menjamin kebahagiaan kepada saya hingga isteri lari dan saya mengalami lumpuh. Kejatuhan kali kedua ini membuatkan semangat saya bertambah kuat dan saya lebih mendekati Allah walaupun ketika itu pendapatan saya tidak ada langsung.

"Saya tahu semua itu adalah atas kehendak Allah, ada masanya dia beri dan ada masanya dia tarik, saya redha atas apa yang berlaku. Bagaimana pun saya tetap akan berusaha mencari rezeki yang bersesuaian dengan diri saya," katanya.

"Saya tidak tahu bila akan mati tetapi dapat rasai umur tidak panjang kerana sudah dua kali sepatutnya mati akibat serangan jantung tetapi Allah masih memberi peluang, panjangkan umurkan saya.

"Saya mahu mati dalam Islam, tidak mahu mati dalam keadaan leka mencari wang", ujarnya yang banyak membaca buku agama, mendengar ceramah dan mendekati golongan agama dan seterusnya menyertai jemaah kerana melalui cara itu beliau akan memperolehi apa yang dikehendaki selama ini.



9 - Iwan

Iwan dangdut sudah menjadi Iwan nasyid
Bagi peminat irama dangdut sekitar 90-an, nama Wan Syahman Wan Yunus, 50, atau lebih dikenali dengan panggilan Iwan Dangdut pastinya menjadi sebutan.

Ingat dangdut, ingat Iwan kerana anak seni kelahiran Aceh, Indonesia ini dikatakan pencetus kebangkitan irama dangdut di Malaysia.

Kejayaannya bersama Amalina membuka laluan kepada irama berkenaan seterusnya kepada kemunculan beberapa penyanyi dangdut seperti Sheeda, Mas Idayu dan Haiza.

Lagu-lagu yang dinyanyikan Iwan seperti Memori Daun Pisang dan Wulan masih diminati sehingga kini.

Namun, semua itu sudah lama ditinggalkan apabila Iwan sudah berhijrah dengan melakukan perubahan dari segi penampilan dan mendalami ilmu agama sejak dua tahun lalu.

Dia mula dengan menyertai tabligh sekitar 2009 diikuti mendalami ilmu agama bersama beberapa ustaz, tetapi cintanya kepada dunia nyanyian tidak pernah padam. [Harian Metro]


10 - Erma Fatima

Fatimah bt Rahmad atau lebih dikenali sebagai Erma Fatima adalah seorang pelakon, pengarah, penerbit filem, penerbit TV dan penulis di Malaysia.

Memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi "Hati Bukan Kristal" tahun 1990 dan "Femina" tahun 1994.Mula diperkenalkan menerusi filem "Rozana 87" yang diterbitkan pada tahun 1987.

Merupakan pelakon yang berkaliber dan konsisten terhadap setiap lakonan beliau. Filem pertama yang beliau arahkan ialah 'Perempuan Melayu Terakhir' lakonan Pelakon Wanita Terbaik FFM 20 Vanida Imran. Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan.

Sekarang ini beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama serta filem. Arahan terakhir beliau setakat ini adalah filem 'Diva Popular' yang menggandingkan adiknya Umie Aida dan Penyanyi terkenal Ezlynn.



11 - Sham Kamikaze

Sham Kamikaze dapat hidayah
Shamril Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze adalah bekas pemain gitar utama kumpulan rock Kamikaze. 

"Hati saya mula terbuka apabila Allah menemukan saya dengan Imam Satu Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais ketika saya merayau-rayau di utara.

"Orang kata, memang susah untuk orang biasa berjumpa imam besar itu. Sejak itulah, saya percaya ada hikmah tersembunyi yang ingin Allah berikan.

"Syukur saya akhirnya mendapat petunjuk daripada Allah. Sekurang-kurangnya, saya tidak lagi hanyut dengan pelbagai perkara yang melalaikan," katanya.

"Saya akui, dulu saya jahil. Dengan penampilan memakai subang dan pakaian tidak sopan serta melakukan pelbagai perkara yang menyalahi agama.


12 - Catriona Ross

Catriona Noorhayati Bahrin Ross atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross @ Cat, adalah seorang pelakon yang berkacukan Melayu dan Scottish. 

Tentang pemakaian tudung, Cat berkata, semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai 2010.

Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.  [Harian Metro]



13 - Sheila Rusly

Sheila Rusly merupakan pelakon komedi Malaysia yang popular dan pernah merangkul pelbagai anugerah. Sheila dilahirkan di Selayang pada 1970,  memiliki darah campuran Melayu dan Cina. Dia mula bergiat aktif di persada seni sejak tahun 1986 ketika berusia 16 tahun.

Ketika awal kemunculan beliau, Sheila banyak berlakon di bawah arahan pelawak terkenal AR Badul. Bakat komedinya dicungkil AR Badul hingga menjadi pelawak wanita paling popular di Malaysia.

Di layar perak, Sheila diingati menerusi watak komedinya dalam filem MX3 yang menggandingkan beliau dengan pelawak Saiful Apek. Gandingan Sheila dan Saiful meledakkan panggung dan dikenang sebagai pasangan pelawak paling hebat dalam filem Melayu. Sheila juga mencuri tumpuan apabila bergandingan bersama Afdlin Shauki dalam filem Diva Popular.

Sheila kini aktif sebagai penerbit dan banyak menerbitkan drama-drama bermutu untuk siaran televisyen tempatan. Menerusi drama Sebuah Ijtihad, produksi Sheila berjaya merangkul anugerah Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2007.


14 - Seniwati Datuk Sarimah

Datuk Sarimah Ahmad lahir pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan, Pahang, lebih dikenali sebagai Sarimah dan merupakan artis Malaysia yang terkenal dalam filem hitam putih Melayu era 1960-an dan 1970-an yang dicungkil bakatnya oleh Allahyarham P. Ramlee

Beliau diberi pengenalan umum melalui filem Ali Baba Bujang Lapok. Seorang yang cepat bersinar bintangnya. Diantara filem lain yang digandingkan bersama P.Ramlee ialah Ibu Mertuaku, Madu Tiga, Tiga Abdul, Kanchan Tirana dan Dr Rushdi.

Filem-filem lain lakonannya ialah Si Tanggang, Indera Bangsawan, Lubalang Daik, Neracha, Raja Bersiong, Ranjau Sepanjang Jalan, Warna-warna hati, Sepi itu indah, Momok the movie dan sebagainya lagi.

Merupakan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Dia Ibuku pada Festival Filem Malaysia ke-2, 1981.


15 - Kumpulan Al Mawlid


Seterusnya manusia yang tersimbah hidayah Allah adalah sekumpulan anak muda yang dulunya membawa muzik Pop R&B kini berubah angin dan membentuk Kumpulan Al Mawlid. 
 Dianggotai oleh Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge), Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge), Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo) dan Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge) telah dipertemukan ketika menghadiri kuliah agama di Surau Al Hidayah di AU3 Keramat lantas membentuk kumpulan berbentuk dakwah ini.







16 - Irma Hasmie

 
Seterusnya bekas kekasih Nabil si Raja Lawak cik Irma Hasmie. Artis yang sedang membintangi cerita Kasih Alia yang aku turut tonton di TV3 ini tampak begitu ayu setelah memilih bertudung sebagai langkah penghijrahan pertama.













Semoga makin ramai lagi dan kalau boleh semua artis akan mengikut jejak-jejak yang sangat bagus ini, untuk kebaikan bersama. Biar Malaysia menjadi contoh kepada dunia, mempunyai artis-artis yang islamik dan pandai menutup auratnya, agar masyarakat tidak punah ranah dan bergelumang dengan dosa dengan mendedah tubuh sana-sini, na'uzubillah.

credit to unikversiti.blogspot.com

3000 Gundik Untuk Melayani Maharaja China

Posted: 25 Dec 2011 10:15 PM PST

Sudah banyak yang tahulah bila raja atau maharaja mempunyai banyak gundik. Maklum, gundik menjadi sebahagian dari kehidupan lingkungan istana raja. Di China, di masa lalu, jumlah gundik maharaja sangat banyak. Bahkan ada maharaja yang punya gundik hingga 3,000 orang. Maharaja yang paling banyak mempunyai gundik sebanyak itu adalah Maharaja Kanxi (1654-1722) dari Dinasti Qing.


 

Perempuan cina yang mulus-mulus seperti ini jika dijadikan gundik, alangkah indahnya hidup seorang maharaja yang di dampingi gundik "secantik ini

"Maharaja kan hobinya beza-beza, ada yang suka berkuda, ada yang punya hobi yang lain," kata Wang, yang memandu ketika melawat Forbidden City di pusat bandar Beijing. Lalu bolehkah maharaja bertemu atau berkaitan dengan semua gundik? "Sepertinya juga tidak. Maharaja pilih mana yang dia suka," katanya. Andaikan saja, setiap hari maharaja bertemu satu orang gundik saja, maka butuh sekitar lapan tahun tiga bulan baru boleh bertemu kembali selir yang sama. Tetapi maharaja ini termasuk pemimpin yang memajukan China. Di bawah kepemimpinannnya, diperolehi kemajuan di pelbagai bidang, termasuk kesejahteraan dan keselamatan.



Di bahagian belakang Forbidden City, betul-betul di belakang tempat tinggal raja, terdapat taman yang dipenuhi pokok-pokok pinus dan batu yang terpahat secara semulajadi. Di taman itulah, maharaja bersama keluarganya berehat, tentu juga tempat permainan kanak-kanak maharaja. Forbidden City mempunyai luas sekitar 72 hektar, dengan bangunan yang berlapis-lapis sehingga membentengi kediaman maharaja yang berada di bahagian belakang.

Kompleks istana itu dibina pada tahun 1406 di zaman Dinasti Ming selama 15 tahun, yang juga dilanjutkan oleh Dinasti Qing. Setiap hari dikunjungi 40.000 pelancong dari pelbagai belahan bumi. Pada masa puncak bercuti jumlah pelancong boleh mencapai 90.000 orang per hari. Tiket masuknya 60 Yuan atau kira-kira RM 84.000 per orang.

credit to akakdisebalikpintu

Fida Sudah Temui Pengganti Mamat (Sepah) ?

Posted: 25 Dec 2011 07:30 PM PST



KUALA LUMPUR – Selepas putus cinta dengan pelawak Mamat (Sepah), pelakon Rafidah Ibrahim, 25, (Fida) mengakui sudah menemui pengganti dan kini sedang menjalin hubungan dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai 'S'.

Fida berkata walaupun dia sudah mengenali lelaki berusia 30-an itu kira-kira satu tahun setengah yang lalu, mereka hanya mula rapat selepas dia berpisah dengan Mamat pada awal Oktober lepas.

"Kalau diikutkan saya sudah mengenali 'S' sebelum berkawan dengan Mamat lagi. Namun, hubungan kami sebelum ini terjalin atas dasar rakan niaga sahaja.

'S' muncul dan kami menjadi rapat selepas hubungan saya berakhir dengan Mamat," katanya yang ditemui baru-baru ini.

Fida berkata dia tertarik kepada 'S' kerana kematangan dan cara pemikirannya yang banyak memberikan dorongan tentang dunia perniagaan dan kehidupan pada masa hadapan.

"Apa yang menarik tentang 'S' adalah kematangannya dalam membuat keputusan dan dia banyak mengajar saya untuk memikirkan tentang perancangan masa depan dan dunia perniagaan.

"Namun hubungan kami masih terlalu baru, tidak sampai enam bulan pun, jadi berilah ruang dan masa untuk kami lebih saling mengenali," katanya.

Diusik tentang harapan yang pernah disuarakannya sebelum ini untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan, Fida berkata perkara itu memang menjadi impiannya namun dia hanya mampu berserah kepada Tuhan bagi menentukan jodoh yang terbaik.

"Memang saya pernah bercakap mengenai harapan untuk melangkah ke alam perkahwinan jika bertemu dengan jodoh yang terbaik.

"Pada tahun depan, usia saya pun akan mencecah 26 tahun tapi soal jodoh adalah ketentuan Allah, saya hanya mampu berserah," katanya.

Ditanya adakah dia masih berkawan dengan Mamat, Fida berkata dia tidak mahu lagi menoleh ke belakang atau mengenangkan semula insiden yang mencalarkan nama baik dan maruahnya.

"Bagi saya perkara yang lepas, biarlah berlalu. Kami tidak lagi berhubung, lagi pun ketika kami berdepan konflik tersebut, saya tidak melihat kesungguhannya untuk meleraikan kekusutan yang berlaku.

"Biarlah saya jalani hidup hari ini dengan pengalaman baru. Saya doakan yang terbaik untuk apa sahaja perkara yang dilakukannya," katanya.

Hubungan Mamat dan Fida berakhir selepas pelawak tersebut dengan secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambutnya ke akaun Facebook miliknya, sekali gus mengakibatkan gambar tersebut tersebar luas di Internet.

Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapan itu kerana telah mencemar nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak. – mStarOnline

Awal Ashaari, Scha Akui Kahwin Mac - Jun 2012

Posted: 25 Dec 2011 07:26 PM PST


KUALA LUMPUR – Selepas pasangan Yusri KRU – Lisa Surihani mengumumkan tarikh pernikahan mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Februari tahun depan, satu lagi pasangan selebriti terkenal, Scha Al-Yahya – Awal Ashaari, mengumumkan akan menamatkan zaman solo mereka.

Dalam kenyataannya kepada media baru-baru ini, Scha memberitahu bahawa perkahwinannya dengan Awal yang berkonsepkan Melayu kontemporari  akan dilangsungkan seawal-awalnya pada Mac dan selewat-lewatnya Jun tahun depan.

"Time frame yang kami berikan kepada PICC adalah sepanjang Mac hingga Jun depan.

"Justeru, saya tak berani mengesahkan tarikh sebenar bila kami nak kahwin, kena tunggu tarikh yang betul-betul sesuai, terutama musim cuti persekolahan atau cuti umum sepanjang Mac hingga Jun ini," katanya yang dipetik dari akhbar sisipan Berita Minggu, Bpop, di sini hari ini.

Menurut Scha lagi, pada mulanya pasangan itu memang merancang untuk memilih Februari tahun depan untuk melangsungkan perkahwinan.

Namun ia terpaksa ditunda akibat jadual dan komitmen penggambaran dua filem, Darah Daging dan KL Meroyan, ditambah pula dengan drama bersiri Mimi Mencari Cinta 2, mereka terpaksa menunda hasrat mendirikan 'masjid' pada Februari ini.

Selain itu, Scha juga dimaklumkan oleh PICC bahawa mereka tidak dapat menyediakan tempat sepanjang Februari memandangkan dewan penuh dengan tempahan lebih awal.

Scha juga menjelaskan bahawa pihak Astro ada 'melamar' untuk hak penyiaran eksklusif majlis Raja Sehari mereka, namun beliau belum lagi membuat keputusan mengenai tawaran tersebut.

"Saya tak pernah tanda tangan sebarang kontrak akan beri hak penyiaran eksklusif perkahwinan kami kepada Astro. Memang mereka (Astro) ada beri idea, tapi perancangan itu tidak dapat direalisasikan sebab belum ada hitam dan putih

"Desas-desus yang mengatakan Astro akan mendapat hak penyiaran eksklusif perkahwinan kami menjelang Februari depan, itu tidak benar.

"Mungkin akan ada pasangan artis lain yang berkahwin Februari depan dan Astro bakal menyiarkan majlis persandingan mereka, itu saya tidak tahu. Tapi saya dan Awal tak mungkin, PICC belum beri tarikh, katering tak ada lagi, kursus kahwin pun tak pergi dan baju kahwin pin tak tempah lagi," ujarnya panjang lebar.

Scha turut menafikan gosip sebelum ini yang mengatakan seorang pereka fesyen telah 'pecah lubang' kononnya pasangan itu benar-benar akan melansungkan perkahwinan mereka pada Februari depan dan menegaskan mereka belum menempas sebarang busana untuk majlis gemilang mereka itu.

"Kononnya ada sumber daripada pereka fesyen pakaian pengantin dah pecah lubang memaklumkan saya dan Awal memang bercadang memilih Februari untuk bernikah, tolonglah panggil pereka fesyen itu, siapa yang beritahu!

"Saya hanya akan buat baju sekiranya dah dapat tarikh yang sesuai dari PICC," jelasnya.

Scha Al-Yahya pernah dikaitkan bercinta dengan rakan pengacaranya dalam rancangan Sehati Berdansa, Fahrin Ahmad, manakala Awal Ashaari mengaku pernah hidup solo selama tiga tahun selepas putus cinta pada tahun 2006.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Miera Liyana, Shah Jazle Difitnah Zubir Berita Harian?

Posted: 25 Dec 2011 07:20 PM PST



KUALA LUMPUR – Pelakon baru yang terkenal dengan imej seksi, Miera Liyana, mendakwa penulis gosip hiburan akhbar Berita Harian kontroversi, Zubir, telah memfitnah diri dan pasangannya, Shah Jaszle, kononnya mereka sudah putus cinta.

Di dalam artikel Berita Minggu hari ini, Zubir menulis bahawa hubungan cinta antara Miera Liyana dan Shah Jaszle telah berakhir.

Selanjutnya pemilik blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, telah menghubungi Miera Liyana sendiri untuk memastikan kebenaran sebagaimana yang didakwa oleh penulis ruangan berita hiburan yang sering mencetus kekeliruan itu.

"Ini bukan kali pertama dia (Zubir) tulis fitnah tentang hubungan kami dan saya sendiri tidak tahu apa masalah dia tidak mahu bertanya kepada saya terlebih dahulu sebelum menulis," kata Miera Liyana yang dipetik dari blog hiburan tersebut.

Menyifatkan penulisan Zubir itu sebagai fitnah, Miera menjelaskan bahawa hubungan cintanya dengan Shah Jaszle tidak punya sebarang masalah dan pasangan itu baru saja bertemu semalam untuk menikmati sesi  romantik "candle light dinner".

Menurut Miera lagi, Shah Jaszle juga tidak menunjukkan sebarang reaksi luar biasa ketika bersamanya semalam.

Mengulas mengenai keretanya yang dipandu Shah Jaszle, Miera Liyana menyifatkan ia adalah perkara biasa bagi pasangan yang bercinta dan tidak perlu dijadikan isu.

"Beb, biasalah pasangan bercinta pinjamkan kereta buat buah hati masing masing dan Shahz juga ada kereta sendiri, apa salahnya pandu kereta sendiri kan?," katanya lagi.

Zubir sebelum ini diherdik oleh penyanyi, Hattan, yang menggelarnya sebagai 'pendek' dan 'gemuk' setelah wartawan Berita Harian itu menulis rasa terkilannya mengenai  seorang artis popular yang tidak menjemputnya ke majlis perkahwinan beliau.

Hattan mendakwa tulisan Zubir itu ditujukan kepadanya memandangkan beliau menjemput semua wartawan dan media hiburan lain kecuali Zubir.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Isteri Curang Dengan Teman Suami Merayu Kepada Pencegah Maksiat

Posted: 25 Dec 2011 07:07 PM PST


IBU kepada tiga orang anak telah ditangkap berkalwat dengan teman suaminya di sebuah motel di Pulau Pinang. Ketika ditangkap, dia merayu kepada pegawai pencegah maksiat supaya tidak menghubungi suaminya.

Dia memberitahu seorang pegawai agama bahawa dia lebih rela dikurung dalam penjara daripada suaminya mengetahui tentang kejadian itu.

"Saya tidak mahu suami saya mengetahui perkara ini. Dia akan sangat kecewa dengan saya, "kata wanita yang namanya tidak disiarkan.

Wanita itu telah telah berkahwin selama 29 tahun.

Sinar Harian melaporkan bahawa wanita dan kekasihnya berusia 45 tahun telah ditangkap oleh Pegawai Pencegah Maksiat Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dalam satu serbuan di sebuah motel pada hari Khamis lalu.

Wanita itu menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah rumahtangga dengan suaminya dan mendakwa bahawa ini merupakan kali pertama dia dan lelaki itu bertemu.

Kekasihnya, yang juga sudah berkahwin, mengakui bahawa dia kenal suami wanita itu, yang merupakan teman sekerjanya.

"Saya kenal dengan suaminya sebelum saya bertemu dengan dia semenjak tahun lalu, tetapi ini adalah kali pertama saya mengajaknya tidur bersama saya di motel ini," akui lelaki itu kepada pegawai ketua operasi jabatan dan penguatkuasaan, Khairul Azman Azizan.

Lelaki itu juga memberitahu pegawai itu bahawa isterinya berusia 25 tahun itu kini sedang mengandung lapan bulan.

Tujuh yang lain juga ditangkap ketika serbuan itu dilakukan di motel murah yang menawarkan sewa bilik Rm40 semalam dalam keadaan mencurigakan.

Sumber: The Star

Donald Trump Kuat Merajuk

Posted: 25 Dec 2011 07:03 PM PST


WASHINGTON – Ahli perniagaan terkemuka dan personaliti realiti televisyen, Donald Trump, keluar daripada Parti Republikan, menukar pendaftaran undiannya kepada calon bebas di New York, dalam langkah yang dilihat memudahkan persaingan tiga penjuru pemilihan Presiden Amerika Syarikat tahun depan.


Tindakan Trump itu diumumkan 10 hari selepas hartawan hartanah itu mengumumkan membatalkan rancangan untuk menjadi pengacara perbahasan antara calon Presiden Parti Republikan dalam usaha melindungi kemungkinan bertanding sebagai calon bebas.

Hanya dua calon bersetuju mengambil bahagian dalam forum yang dirancang Trump pada Selasa depan di Iowa.

"Trump sudah berkata sejak hampir setahun lalu jika dia tidak berminat dengan siapa yang menjadi calon Republikan, dia mungkin bertanding sebagai calon bebas.

"Tindakannya keluar parti bertujuan melindungi haknya untuk memutuskan hala tuju seterusnya selepas rancangan akhir program The Apprentice, Mei depan," kata jurucakapnya, Michael Cohen, lapor akhbar Los Angeles Times.

The Apprentice ialah rancangan pertandingan realiti televisyen yang dihoskan Trump. Pemilihan presiden Amerika Syarikat akan diadakan pada November 2012.

Trump dianggap ada niat bertanding merebut pencalonan Parti Republikan sebagai presiden. Dia juga dicemuh kerana menuduh Presiden Barack Obama, dari Parti Demokrat, mungkin tidak dilahirkan di Amerika.

Pada masa sama, Trump tidak pernah mengadakan kempen sebenar dan pengkritik menyifatkan usahanya dalam perkara itu hanya usaha mempromosi diri sendiri.

Calon yang enggan menyertai debat yang dikendalikan Trump termasuk bekas Gabenor Massachusetts, Mitt Romney; bekas Gabenor Utah, Jon Huntsman; Gabenor Texas, Rick Perry serta ahli Kongres, Ron Paul dan Michele Bachmann.

Hanya bekas Speaker Kongres, Newt Gingrich dan bekas Senator, Rick Santorum bersetuju mengambil bahagian.

Apapun, Trump dianggap bukan penyokong setia Republikan kerana hanya menyertai parti itu pada 2009. Beliau lebih lama menjadi anggota Demokrat apabila mendaftar sebagai ahli pada 2001 sebelum mengubah angin.

Cohen juga berkata: "Suatu perkara yang pasti ialah Trump memang berazam supaya Obama tewas dalam persaingan 2012." – Reuters

Prof Sahol Hamid Dilantik Semula Naib Canselor UiTM

Posted: 25 Dec 2011 07:01 PM PST

SHAH ALAM – Datuk Prof Sahol Hamid Abu Bakar dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Pelantikan semula Prof Sahol yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 21(1) Akta Universiti Teknologi MARA, demikian menurut kenyataan UiTM yang dikeluarkan Sabtu.

Beliau pertama kalinya dilantik ke jawatan itu pada 1 Januari 2010 sehingga 31 Disember 2011. – BERNAMA

Inilah Pekerjaan Pertama Brad Pitt

Posted: 25 Dec 2011 06:54 PM PST



Pelakon top Hollywood Brad Pitt mungkin sekarang punya banyak peminat. Namun, tahukah anda pekerjaan pertama suami Angelina Jolie itu?

Brad Pitt memang dari kecil bercita-cita ingin menjadi seorang pelakon terkenal. William Bradley Pitt mengambil kelas lakonan di Los Angeles di bawah asuhan Roy London. Dan untuk membiayai sekolah lakonan, pelakon kelahiran 18 Disember 1963 itu sempat bekerja serabutan. Pitt pernah menjadi maskot sebuah restoran bernama El Pollo Loco yang terletak di Sunset Boulevard.


Pekerjaannya di restoran tersebut adalah menari dengan memakai kostum ayam untuk menarik pelanggan. Pitt juga pernah bekerja sebagai pemandu.

Dirinya mulai membintangi filem pada 1987 seperti 'No Way Out,' No Man 's Land' dan 'Less Than Zero'. Filmnya yang paling berjaya secara komersil adalah 'Troy' (2004) dan 'Mr. & Mrs. Smith '(2005). (infospecial)

Emma Watson Sudah Punya Kekasih?

Posted: 25 Dec 2011 06:51 PM PST


Bintang cantik Pelakon HARRY POTTER, Emma Watson dikhabarkan sudah punya kekasih. Dirinya dikhabarkan menjalin hubungan yang istimewa dengan Johnny SIMMON, yang tidak lain adalah lawan mainnya dalam film the perks OF BEING WallFlower.


Emma dan Johnny bertemu di lokasi syuting film drama ini, yang dijalankan di Pittsburgh, Pennsylvania. "Emma dan Johnny bertemu ketika pengambaran dan menjalani hubungan serius yang sangat cepat. Emma suka betapa rendah hati dan biasanya Johnny, juga menganggap Johnny adalah lelaki termanis. Johnny juga merasakan hal yang sama dengannya. Mereka tak perlu bersikap seolah-olah Emma adalah bintang besar dunia, "ungkap seorang sumber kepada HollywoodLife.com.

Meski baru berkaitan, khabarnya pasangan ini sudah tak terpisahkan. "Mereka saling jatuh cinta dan kedua-duanya tak bercinta dengan orang lain. Emma pernah berkata dia takkan pernah pindah ke LA, tapi saya rasa dia sedang mempertimbangkannya lagi, terutama kerana Johnny tinggal di LA," ungkap salah satu sahabat keduanya.

Namun, Emma Watson membantah hal ini. "Ini adalah gosip," kata wakilnya kepada Mail Online. Pelakon Inggeris berkeras bahawa mereka hanya teman dan rakan kerja.


  Emma Watson kiss Johnny Simmons

Watson dan SIMMON tertangkap kamera ketika melakukan joging pagi bersama dipedesaan Pennsylvania. Tetapi Watson telah memberikan kriteria untuk kekasihnya dalam sebuah wawancara baru dengan surat khabar Daily Record. "Saya ingin seseorang yang baik, sopan santun, cerdas, percaya diri ... dan seseorang yang boleh membuat saya tertawa. Sopan santun adalah penting .. Cara saya dibesarkan, ayah saya sangat ketat dan sangat fokus pada itu, jadi jika saya melihat ada orang yang kasar pada orang lain, ini merupakan kebalikan .. "

Watson juga melihat masa depan sebagai seorang ibu. "Saya mempunyai nilai-nilai keluarga yang sangat kuat dan saya ingin perkahwinan dan anak-anak di masa depan saya. Saya tidak sabar untuk menjadi seorang ibu," katanya.

10 Foto Hot Artis Popular Indonesia Yang Bikin Heboh

Posted: 25 Dec 2011 06:32 PM PST

Mungkin, para selebriti tidak sedar jika mereka mengabadikan foto dengan berpose yang cukup menggoda boleh mempengaruhi populariti mereka. Bisa semakin terkenal atau semakin jatuh. Dengan teknologi internet apapun boleh tersebar dengan cepat.

Ini 10 gambar 'nakal' artis yang bikin heboh.

1. Cynthiara Alona 


Artis seksi ini paling heboh, gambar bugilnya beredar di dunia maya. Gambar ini merupakan salah satu model majalah playboy Singapura dan Jepun, mengakui gambar-gambar bugilnya telah tersebar luas di internet. Aloana yang merupakan model dan bintang filem tersebut tidak menafikan bahawa gambar bogel tersebut adalah gambar dirinya. 
2. Sarah Azhari dan Rahma Azhari mandi 


Beredar gambar Sarah Azhari dengan adiknya Rahma Azhari bugil ketika mereka mandi. Sarah merasa terhina. Terlepas dari kesalahan yang pernah dilakukannya, ia pun mempersoalkan mengapa ada orang sanggup menyebarkan foto-fotonya tersebut. Bahkan gara-gara gambar tersebut, Sarah perlu melaporkan pakar telematika, Roy Suryo ke polisi. Roy dilaporkan kerana dianggap berbicara soal gambar-gambar itu tanpa mempunyai kuasa undang-undang yang jelas. 

3. Rahma Azhari 


Keluarga Azhari memang heboh dengan gambar hot. Rahma Azhari heboh kerana gambar-gambar nakalnya di internet tersebar. Pada 2007 lalu, foto Rahma tampil tanpa sehelai benang pun di dadanya. Bahkan teteknya jelas kelihatan. 
4. Bunga Citra Lestari 


Pada 2007, foto bugil mirip Bunga Citra Lestari (BCL) sedang di bilik mandi beredar di internet. Dirinya berpose tanpa menggunakan sehelai benang pun di tubuhnya. Namun gambar tersebut diakuinya hanya editan saja, alias palsu. Pose lain memaparkan dirinya berada di Bali bersama pacar yang kini menjadi suaminya, Ashraf Sinclair. Dalam foto tersebut BCL tampak hanya mengenakan bikini berwarna hijau. BCL dan Ashraf tampak berciuman di pantai. Tidak hanya itu terdapat juga gambar dirinya tanpa menggunakan bra, dan sedang berjemur. Gambar tersebut diakuinya sebagai gambar-gambar milik peribadinya. Namun gambar tersebut disimpan di handphone berkamera miliknya yang hilang.
5. Ratu Felisha


Bernasib sama dengan Rahma Azhari. Beredar gambar dirinya sedang dugem. Salah satu temannya tampak menjulurkan lidah di depan teteknya, juga di pantatnya. Ia mengakui gambar tersebut adalah koleksi peribadinya yang di-upload di situs jejaring Friendster. Gambar-gambar itu diambil sekitar 2006 di kelab Dragon Fly, Jakarta Selatan. Pada 2008 empat pose hot Felli bersama teman perempuannya juga beredar di internet. Felli terlihat mengenakan tank top berwarna kuning dengan rok biru. Memperlihatkan pose Felli tengah berciuman bibir dengan rakan-rakan perempuannya yang bertato. Di foto yang lain kedua-duanya berpose menjulurkan lidah masing-masing dalam jarak dekat. Satu gambar lain memperihatkan Felli tengah bermain sedotan dengan rakan-rakan perempuannya yang berbikini.
 
6. Tika Putri


Gambar seksi mirip pelakon muda Tika Putri beredar di internet pada 2010 lalu. Tika mengaku, perempuan yang mengenakan bikini berwarna oren dan hitam di pose yang tersebar itu bukan dirinya. Menurutnya, gambar-gambar tersebut hanya hasil kejuruteraan. Ia pun yakin orang yang merekayasa fotonya itu juga telah membuat akaun palsu Facebook dengan menggunakan namanya. Meski Tika membantah bahawa itu dirinya, namun gambar-gambar tersebut sempat membuat heboh.
7. Julia Perez


Julia Perez yang heboh kerana dikemukakan sebagai bakal calon wakil bupati Pacitan pada 2010, gambar seksinya muncul di Twitter. Dalam foto itu, Jupe tengah beraksi layaknya seorang DJ. Dia mengenakan busana cukup minimum berwarna perak, lekuk tubuhnya pun terlihat jelas. Bahkan beredar gambar Jupe versi kempen untuk Pilkada Pacitan. Dalam foto itu, Jupe telanjang dada dengan latar belakang persawahan.

8. Dewi Persik


Pada akhir 2010, gambar-gambar nakal Dewi Persik beredar luas di internet. Dewi pun mengakui gambar tersebut adalah miliknya. Dalam foto-foto tersebut, dirinya kelihatan tidak mengenakan baju. Dewi terlihat hanya menutupi bahagian dadanya dengan rambut. Dirinya mengaku kalau gambar tersebut diambil saat dirinya berada di ruang make-up di pejabat Republik Cinta Management milik Ahmad Dhani. Saat itu, ia sedang menggarap video klip.

9. Sheila Marcia


Gambar nakal Sheila kembali tersebar. Sebelum pernikahannya dengan Kiki Mirano pada 29 April 2011 lalu, Sheila diterpa isu gambar nakal. Sheila berpose bersama seorang lelaki. Sang lelaki memegang pinggul perempuan itu dari belakang seperti sedang melakukan adegan seks. Namun, kedua-duanya berpakaian lengkap. Sementara, di gambar lain, perempuan mirip Sheila itu bergambar dengan dua rakan perempuannya. 
10. Syahrini 


Baru-baru ini tersebar gambar-gambar nakal Syahrini dan adiknya, Aisyahrani di internet. Dalam salah satu foto Syahrini tampak sedang mandi dengan buih-buih menutupi tubuhnya. Syahrini juga tampak sedang berpose bersama tiga laki-laki yang salah satunya Vj Daniel. Daniel tampak memegang payudara Syahrini. Syahrini juga terlihat berpose di atas katil dengan mengenakan lingerie biru.

sumber : infospecial  

Foto Hot Artis Indonesia Syahrini Dan Aisyahrani 2011

Posted: 25 Dec 2011 05:25 PM PST


Dunia maya dihebohkan kembali dengan beredarnya foto hot Syahrini yang tengah dugem bersama adiknya, Aisyahrani.

Syahrini berpose cukup menggoda bahkan erotis dengan beberapa artis tanah air, sebut saja DJ Daniel atau Daniel Mananta dan penyanyi Glenn Fredly. Serta sejumlah lelaki dan perempuan yang lain.


Gambar tersebut disebarkan dengan title 'Heboh Gambar Hot Skandal Syahrini Dugem Bersama Beberapa Lelaki' juga memaparkan pose Daniel tampak memegang payudara sebelah kanan Syahrini.


Gambar lain menunjukkan adik Syahrini sedang mencium bibir dengan seorang lelaki. Juga terdapat Syahrini yang mengenakan tuala, seolah habis keramas dari bilik mandi. Sementara di foto lain, Syahrini yang berpose di atas katil, dengan pakaian serba biru.


Menurut Rani, dirinya dan sang kakak (Syahrini) tak terlalu mempedulikan kewujudan gambar-gambar itu, kerana saat ini mereka tengah fokus pada penyembuhan sang bonda yang tengah menderita penyakit jantung. Rani menjelaskan, keadaan sang bunda saat ini sangat lemah.


Rani meminta pihak pemuat untuk menarik gambar-gambar tersebut dari dunia maya. "Jangan di-blow up lagi dong. Bisa gak ya fotonya ditarik dari peredaran di internet," ujar Rani yang sekaligus Pengurus Syahrini saat ditelepon wartawan, Sabtu (14 / 5).


Bagaimana tanggapan Anang? "Ya memang aku masih belum lihat secara langsung seperti apa dan aku tidak mungkin komentar lebih jauh yah, tapi menurut aku mending dipersoalkan ke beliaunya aja lebih pantas kerana kan kalau ngomong beredar di internet foto-foto itu banyak sekali yah bagi temen-temen artis kita dan kerana perlu dibuktikan kebenarannya dulu kalau aku bilang sangat ideal adalah di cek kebenarannya dulu, "ujar Anang dilansir dari KapanLagi, (14 / 5) malam.


Anang mengakui, Syahrini memang cukup suka bergambar. Ketika ditanya mengenai kemungkinan kejuruteraan yang dilakukan pada gambar Syahrini, Anang menjawab bahawa lebih baik kebenarannya diperiksa terlebih dahulu pada pakar telematika. "Kalau itu kejuruteraan yah ngapain takut. Kerana masyarakat kita masyarakat yang dewasa dan pintar untuk melihat ini kejuruteraan ini yang betul jadi memang harus di kembalikan kepada masyarakat, mungkin temen-temen (wartawan) media juga sangat boleh melihat keaslian foto itu sendiri jadi menurut aku idealnya mendingan di cek kepakar telematika yah, pantesnya yah untuk beliau yang memberikan pendapat mengenani gambar-gambar yang beredar, "kata Anang.


Sebelumnya, bekas isteri Anang, Krisdayanti, juga pernah mengalami skandal gambar vulgar yang sama. 
"Gambar-gambar seperti ini kan zaman dulu banyak beredarkan, zaman dulu ya kalau aku inget, Yanti (Krisdayanti) pun dulu pernah diisukan di internet fotonya, ternyata kan kejuruteraan jadi aku tidak boleh kasih pendapat lebih jauh," pungkas Anang. (infospesial)

http://www.infospesial.com/img/c/syahrini_hot_dugem2.jpg
http://www.infospesial.com/img/c/syahrini_hot_dugem3.jpghttp://www.infospesial.com/img/c/syahrini_hot_dugem4.jpghttp://www.infospesial.com/img/c/syahrini_hot_dugem5.jpghttp://www.infospesial.com/img/c/syahrini_hot_dugem6.jpghttp://www.infospesial.com/img/c/syahrini_hot_dugem7.jpghttp://www.infospesial.com/img/c/syahrini_hot_dugem8.jpg

Yusry Kenali Hati Budi Lisa Melalui BlackBerry Messenger (BBM)

Posted: 25 Dec 2011 05:14 PM PST

Yusry dan Lisa bakal menamatkan zaman solo pada 23 Februari depan.
 
PUTRAJAYA: Penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim memberitahu menggunakan medium teknologi sebagai salah satu cara mendalami hati budi bakal isterinya, pelakon Lisa Surihani.

Yusry berkata, hampir setahun dia dan Lisa banyak berbual-bual mengenai pelbagai perkara menerusi BlackBerry Messenger (BBM) sebelum benar-benar serius dalam hubungan mereka.

"Sebelum ini kami hanya terserempak di majlis-majlis hiburan sahaja dan benar-benar berbual antara satu sama lain apabila Lisa datang ke pejabat saya untuk berbincang mengenai kerja.

"Dari sejak itu kami mula rapat sehinggalah ke tahap ini," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman tarikh perkahwinan pasangan itu di Putrajaya, Sabtu.

Yusry berkata, dia berasa selesa berkawan dengan Lisa kerana dia seorang yang lemah lembut, peramah dan begitu mengambil berat mengenai dirinya.

Ujarnya, dia bertambah selesa berkawan dengan bakal isterinya itu apabila tujuan dan objektif mereka dalam perhubungan adalah sama.

"Saya tidak mahu main-main apabila menjalinkan hubungan kerana matlamat saya adalah untuk berkahwin dan mempunyai seseorang yang mengambil berat dan akan menjaga saya sehingga akhir hayat.

"Lisa juga begitu dan faktor itu membuatkan saya lebih selesa dan ingin memperisterikannya," ujarnya.

Dalam pada itu, Yusry berkata, sejak awal bertemu dengan Lisa dia sudah terpaut hati dan faktor itu telah menggerakkan dirinya untuk lebih mengenali lisa.

Katanya, dia bukan sahaja terpaut dengan Lisa tetapi juga dengan ahli keluarganya.


"Perkahwinan bukan sahaja melibatkan dua pasangan tetapi seluruh keluarga. Tidak sampai setahun kami bercinta saya sudah berjumpa dengan keluarganya dan begitu juga dia.

"Nyata keserasian kami terhadap keluarga kedua-dua belah pihak cukup baik dan cukup menyenangkan saya," katanya.

Sementara itu, walaupun sedikit fobia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan rakan artis, Lisa berkata, kualiti bakal suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang baik dan merendah diri telah membuatkan hatinya terpaut pada lelaki berusia 38 tahun itu.

Malah katanya, Yusry pada awal perkenalan mereka bukanlah seorang terburu-buru atau pun 'gatal' yang membuatkan dirinya selesa.

"Pada awal perkenalan dulu abang (Yusry) tidak pernah menggatal dengan saya atau sesuatu perbualan itu menjurus ke arah itu.

"Kami lebih banyak BBM mengenai kerjaya, filem dan sebagainya dan dia sangat menghormati saya sebagai wanita," ujarnya.

Terdahulu, pasangan itu mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Februari depan selepas keluarga Yusry menghantar rombongan merisik kepada Lisa pada Jumaat malam.

Majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat Asar manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). -mstar-

Maharaja Lawak Mega - Pi Mai Tersingkir, Empat Peserta Mara Peringkat Akhir

Posted: 25 Dec 2011 05:09 PM PST

Kumpulan Pi Mai tersingkir pada persembahan minggu kelapan.

PETALING JAYA: Peringkat separuh akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang berlangsung pada malam Jumaat di Stadium Tertutup Majlis Bandaran Johor Bahru menyaksikan penyingkiran kumpulan Pi Mai pada persembahan minggu kelapan itu.

Penyingkiran Pi Mai yang dianggotai oleh Imuda, Sulaiman Yassin (Mat Over) dan Sathiya itu dibuat selepas mendapat markah terendah sebanyak 15.8 peratus.

Selain Pi Mai, kumpulan Syok turut berada dalam kedudukan dua peserta mendapat markah terendah iaitu sebanyak 18.6 peratus.

Bagaimanapun hanya satu penyingkiran dilakukan.

Dalam pada itu, persembahan pada minggu kelapan itu diungguli oleh kumpulan Osbon (23.2 peratus), Boboi (23.2 peratus) dan kumpulan tunggal daripada Indonesia, Saehu (19.2 peratus).

Pada peringkat separuh akhir itu, para peserta diberi dua tugasan iaitu tema adaptasi daripada filem klasik dan konsep bebas.

Keempat-empat peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir bakal bertanding pada persembahan terakhir yang akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada Jumaat depan.

Sementara itu, kumpulan Pi Mai beterima kasih kepada semua pengundi dan peminat yang sentiasa menyokong mereka di pentas MLM sehingga minggu kelapan.

Dalam perkembangan lain, juri tetap MLM, Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan berpuas hati dengan persembahan para peserta pada minggu ini dan berharap mereka akan melakukan yang terbaik untuk peringkat akhir.

Selain Chef Wan, dua lagi juri tetap yang memberi komen setiap minggu ialah bekas pemain bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan dan Datuk Siti Nurhaliza serta juri jemputan, penyanyi Ferhad.

Markah keseluruhan dikira berdasarkan undian penonton yang membawa kepada 30 peratus markah serta baki 70 perauts lagi adalah hasil permarkahan juri tetap dan juri jemputan.

Program MLM disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (saluran 132). -mstar-

Robert De Niro Timang Anak Pada Usia 68 Tahun

Posted: 25 Dec 2011 05:05 PM PST

Robert De Niro.

AKTOR Robert De Niro telah menimang seorang cahaya mata perempuan pada Jumaat pada usianya 68 tahun.

Aceshowbiz melaporkan, Robert dan isterinya, Grace Hightower memberitahu bayi yang diberi nama Helen Grace itu selamat dilahirkan dengan berat lebih kurang empat kilogram.

Bagaimanapun, Robert enggan memberi maklumat lanjut mengenai bayinya itu.

Helen Grace adalah anak kedua pasangan itu selain mempunyai seorang lagi anak iaitu Elliot, 13 tahun. Robert dan Grace telah berkahwin selama 14tahun.

Selain Helen dan Elliot, Robert mempunyai empat anak lain hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Hubungan aktor itu dengan isterinya pernah bergolak pada tahun 1999 tetapi penceraian mereka dibatalkan dan memutuskan untuk bersama semula pada tahun 2005. -mstar-

Lady Gaga Muncul Dalam Komik Batman

Posted: 25 Dec 2011 05:02 PM PST

Lady Gaga dalam komik Batman.

WAJAH dan penampilan penyanyi yang berimej pelik, Lady Gaga bakal muncul dalam siri terbaru komik popular, Batman Incorporated: Leviathan Strikes.

Watak Gaga itu adalah bagi menyokong plot cerita berkenaan menerusi karakter stephanie Brown (Batgirl) yang sering bertemu dengan orang yang mempunyai mirip selebriti popular.

Billboard.com menyatakan selain Gaga, beberapa nama lain seperti Madonna, Rihanna, Katy Perry juga akan muncul dalam komik berkenaan yang ditulis oleh Grant Morrison itu.

Sebelum ini Gaga juga pernah muncul dalam komik Fame: Lady Gaga selain komik Lady Gaga: Take 2 sementara Madonna pernah muncul dalam komik Bluewater. -mstar-

Sebab Liga Super Indonesia (ISL) Diharamkan FIFA

Posted: 25 Dec 2011 04:51 PM PST


FIFA telah mengharamkan kejohanan Liga Super Indonesia(ISL) melalui surat 21 Disember 2011. Ia diakui oleh Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia(PSSI) dengan menyatakan ISL tidak diakui oleh badan dunia bola sepak itu. Pemain tersohor Safee Sali bermain dengan kelab Pelita Jaya dalam ISL.

Sebagai pengetahuan terdapat dua liga bola sepak Indonesia iaitu Liga Primer Indonesia(IPL) yang merupakan liga rasmi yang berada di bawah naungan PSSI dan diakui FIFA serta AFC.

Satu lagi liga ialah Liga Super Indonesia(ISL), liga serpihan dimana kelab yang tidak mahu menyertai IPL. ISL tidak berada di bawah naungan PSSI, liga haram gitulah!! Di antara kelab ISL ialah Sriwijaya FC, Persela Lamongan, Persiba Balikpapan, Pelita Jaya, Deltras Sidoarjo, Persisam Samarinda, PSPS Pekanbaru, Persidafon Dafonsoro, Persiwa Wamena, Persib Bandung, dan Mitra Kukar.

FIFA mengarahkan PSSI menyelesaikan kemelut sehingga 20 Mac 2012 berkaitan dua liga bola sepak di Indonesia. Kalau tidak PSSI juga akan dikenakan sekatan oleh FIFA.

Timbul persoalan kenapa Safee Sali boleh menyertai ISL yang tidak diiktiraf PSSI dan FIFA. Dengan pengharaman ISL, Safee Sali juga mungkin haram.

"Pemain yang bermain di ISL juga akan dikenakan pembekuan status perpindahan. Ini bermakna pemain tidak boleh bermain di liga atau kejohanan di negara yang merupakan anggota FIFA.

"Pemain seperti Safee juga terancam, tidak boleh bermain di luar ISL," menurut berita Indonesia.

Safee sebelum ini berkata sekiranya kelab Pelita Jaya yang diwakilinya terlibat dengan penggantungan FIFA, beliau akan cuba mencari peluang bermain di negara lain dan dalam masa yang sama mahu bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia.

Mudah-mudahan Safee Sali terkeluar dari kemelut ini, kalau tak Malaysia bakal beraksi tanpanya. -Sumber -Kompas, Republika, Tempo (tranung)

6 Skandal Paling Sensasi Hollywood 2011

Posted: 25 Dec 2011 04:37 PM PST



JENNIFER LOPEZ dan Marc Anthony bercerai selepas tujuh tahun bersama.



DUNIA hiburan Hollywood sepanjang tahun 2011 tidak pernah kering dengan kisah-kisah mengejut terutamanya berkaitan peribadi selebriti mereka. Berikut adalah enam kisah skandal paling sensasi tahun ini yang masih belum habis menjadi buruan media dan tatapan umum. Duduk di tangga pertama adalah kisah skandal pasangan Ashton Kutcher dengan Demi Moore diikuti Jennifer Lopez dan Marc Anthony.

1 Ashton Kutcher, 

Demi Moore, Sara Leal

Kutcher, 33, curang terhadap isterinya, Moore yang berusia 49 dengan seorang gadis berusia 22 tahun. Gadis tersebut dikenali sebagai Sara Leal, menjadi teman sosial Kutcher selain mendakwa pernah tidur dengan aktor tersebut. Lebih memedihkan, Kutcher curang pada hari ulang tahun keenam perkahwinannya yang jatuh pada 24 September lalu.

2 Jennifer Lopez

dan Marc Anthony

Pasangan ini membuat kejutan dengan mendedahkan mereka sudah tidak lagi mahu menjadi pasangan suami isteri pada bulan Julai lalu selepas tujuh tahun berkahwin. Bagaimanapun satu sumber memberitahu, Lopez, 42, sudah mahu menuntut cerai daripada Anthony, 43 sejak dua tahun lalu namun membatalkan hasratnya kerana Anthony merayu agar tidak ditinggalkan. Lopez kemudian dilihat menjalin hubungan dengan penari bernama Casper.

3 Will Smith, Jada

Pinkett Smith, Marc Anthony

Mengejutkan apabila Will dan isterinya, Jada Pinkett Smith yang sudah berkahwin selama 14 tahun akhirnya memilih untuk bercerai pada Ogos tahun ini. Perceraian mereka didakwa kerana Pinkett kononnya mempunyai hubungan sulit dengan Marc Anthony.

4 Justin Theroux,

Heidi Bivens, Jen Aniston

Jennifer Aniston memang selalu ditinggalkan. Selepas ditinggalkan Brad Pitt, namun ada satu 'kemenangan' yang akhirnya diperoleh oleh aktres tersebut. Aktor Justin Theroux didakwa sanggup meninggalkan kekasih selama 14 tahunnya, Heidi Bivens untuk meraih cinta Aniston.

5 Kelly Osbourne,

Luke Worrall, Elle Schneider

Skandal cinta Kelly Osbourne dengan Luke Worrall yang kemudian beralih arah kepada Elle Schneider adalah skandal cinta paling tragis. Kelly membatalkan niat untuk berkahwin dengan Worrall selepas mendapati Worrall bercinta dengan kaum sejenisnya! Ya, Elle adalah seorang lelaki yang sedang menanti keputusan pertukaran jantina sebagai seorang perempuan.

6 Arnold Schwarzenegger,

Maria Shriver, Mildred Baena

Pada bulan Mei tahun ini, pelakon dan gabenor Arnold Schwarzenegger mengumumkan dia berpisah dengan isteri selama 25 tahunnya, Maria Shriver. Semuanya berpunca daripada skandal yang dibuat oleh Schwarzenegger dengan pembantu rumahnya, Mildred Baena yang telah berkhidmat bersama keluarganya sejak 20 tahun lalu. Mereka mempunyai anak lelaki bernama Joseph yang kini sudah mencecah usia 13 tahun.

Ekonomi Eropah diramal goyah pada 2012

Posted: 25 Dec 2011 04:27 PM PST


GAMBAR tidak bertarikh yang disediakan oleh pejabat pencetakan Jerman menunjukkan wang kertas 50 euro sedia untuk diagihkan di Berlin.



LONDON, Britain - Saham Eropah dan mata wang euro diramal berdepan pergolakan baharu pada 2012 selepas mata wang tunggal Kesatuan Eropah (EU) berkenaan merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan krisis hutang negara-negara Eropah.

Bursa-bursa utama Eropah menjunam antara 6.5 dan 25 peratus sejak permulaan tahun ini manakala mata wang euro merosot 2.5 peratus berbanding dolar dalam dagangan turun naik sepanjang bulan ini.

"Siapa yang dapat menyangka bahawa menjelang November, kita bercakap tentang bukan sahaja keruntuhan negara-negara mata wang euro tetapi tentang kemungkinan pembubaran EU," kata pakar strategi kanan firma BGC Partners, Howard Wheeldon.

"Siapa yang menyangka dalam tempoh sesingkat itu ekonomi EU berhenti daripada berkembang manakala pertumbuhan kembali ekonomi rantau berkenaan dilihat terlalu sukar," tambahnya.

Mata wang euro menamatkan dagangan tahun ini dengan menjunam di bawah AS$1.30 untuk satu euro sekali gus tahap terendah sejak permulaan tahun 2011.

Mata wang tunggal EU itu turut menjunam pada takat terendah berbanding yen sejak 10 tahun lalu dalam dagangan pada September lepas.

Keadaan tersebut berikutan kebimbangan pelabur berhubung ketidaktentuan ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti di Eropah dan AS.

"Krisis mata wang euro dijangka semakin meruncing. Ekonomi global (pada 2012) diramal sama ada menyusut ke dalam kemelesetan atau mengalami pengurangan dalam pertumbuhan," kata penganalisis Commerzbank, Ulrich Leuchtmann.

"Pelaburan dalam mata wang dolar mungkin menguntungkan selain mata wang yen dan emas," tambahnya. - AFP

Protes Separuh Bogel Aktivis Haiwan

Posted: 25 Dec 2011 04:26 PM PST


AKSI empat aktivis PETA semasa melakukan demonstrasi di Hollywood, California kelmarin.



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Empat aktivis hak haiwan antarabangsa PETA mengadakan demonstrasi separuh bogel dengan mewarnakan badan mereka.

Keempat-empat aktivis wanita itu menutup menutup payudara mereka dengan memegang sepanduk semasa berarak di sebuah lebuh pejalan kaki utama di pusat bandar Hollywood di sini Jumaat lalu.

Ia dilakukan bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap kerana melakukan kelucahan melampau di tempat awam.

Namun, polis tetap menahan seketika empat wanita berkenaan yang masing-masing mewarnakan badan sebagai seekor lembu, harimau bintang, ular dan harimau.

Kumpulan aktivis berkenaan dibebaskan tidak lama kemudian selepas keterangan mereka diambil.

Demonstrasi seksi itu diadakan bagi menggesa orang ramai supaya memberi 'kelegaan' kepada haiwan dengan tidak memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang pada musim cuti Krismas tahun ini. - AFP

560 penari Odissi catat rekod dunia

Posted: 25 Dec 2011 04:24 PM PST



 PARA penari India mempamerkan tarian klasik India, Odissi dalam percubaan mencatat rekod dunia Guiness. - AFP



BHUBANESWAR, India - Seramai 560 penari beraksi serentak sempena Festival Odissi Antarabangsa yang bermula di Stadium Kalinga di sini pada Jumaat lalu.

Persembahan selama 30 minit tersebut merupakan usaha penganjur untuk mencatat rekod dunia persembahan tarian Odissi terbesar di dunia.

Acara selama lapan hari tersebut disertai oleh penari dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), Rusia, Jepun, Jerman dan Brazil.

Tarian Odissi merupakan antara tarian klasik India.

Pada tahun lalu, rekod tarian klasik Kuchipudi terbesar di dunia dicatat di bandar Hyderabad, India oleh seramai 2,800 penari. - Agensi

No comments: