Monday 26 December 2011

Budak Technician

Budak Technician


Panas! Video Adegan Ciuman Jaejoong dan Wang Ji Hye diambil 50 kali

Posted: 24 Dec 2011 08:20 PM PST


 Jaejoong salah satu anggota boyband JYJ menceritakan harus berkali-kali melakukan adegan ciuman dengan Wang Ji Hye unruk mendapatkan hasil yang terbaik.

Hal ini dia ungkapkan ketika menjadi tetamu dalam acara KBS Radio, Night Flight. Selain Jaejoong, sang DJ iaitu Choi Kang Hee juga mengundang dua pemain lain dari siri PROTECT THE BOSS, di mana mereka menceritakan hal-hal yang belum pernah di share sebelumnya semasa syuting.

"Aku berusaha sangat keras dalam adegan ciuman dengan Wang Ji Hye. Ciuman tersebut harus diulang sebanyak 50 kali. Jika ada anugerah NG, tentu anugerah tersebut bakal jatuh kepada kami berdua," tutur Jaejoong seperti dilansir Allkpop.

Sementara itu Jaejoong dan Ji Sung (salah seorang pelakon lain) yang menjadi pemain penyokong menunjukkan selera fashion yang sama. "Ji Sung dan aku mempunyai selera yang sama. Aku harap kami mendapat anugerah pasangan sebagai pasangan cha cha di salah satu penghargaan akhir tahun," katanya. -
infospesial-




Jue Aziz terkena sihir?

Posted: 24 Dec 2011 08:05 PM PST


JUE AZIZ





Jom dengar cerita Diva Kosmo pasal Jue Aziz terkena sihir!


KASIHAN juga Diva dengar cerita tentang aktres berambut panjang dan seksi ini. Jue Aziz dengarnya selalu kurang sihat sejak kebelakangan ini.

Dengarnya dia dilanda demam, batuk-batuk dan badannya lemah untuk menghadiri latihan teater di Istana Budaya.

Menurut sumber yang terdekat, sakit Jue ini bukan sakit biasa. Tetapi dia didakwa terkena buatan orang yang dengki terhadap dirinya.

Di zaman yang dijalankan dengan teknologi tinggi, ada juga orang yang masih berhati busuk dan menggunakan cara hitam untuk mengenakan orang. Takut betul Diva dengar.

Diva harap kalau betul Jue kena buatan orang, cepat-cepatlah berubat dan semoga dia kembali pulih untuk menjalan tugas sebagai aktres.

Takut lama-lama memakan diri dan nanti mengganggu kerjaya. Nanti orang kata tidak berdisiplin pula bila tidak dapat hadir ke lokasi.

Memang rambut manusia sama hitam, tetapi hati lain-lain. Kita tidak akan pernah tahu apa yang ada dalam hati orang. Takut Diva dengar.

Diva rasa macam nak berkata baik sahaja selepas ini. Nak gosipkan tentang artis tidak berdisiplin dan suka banyak beralasan pun takut. -diva kosmo-

Aaron Aziz Lelaki Pelaris

Posted: 24 Dec 2011 08:04 PM PST


ALISNYA berkerut seraya bibirnya bersimpul mengorak senyum tatkala gelaran 'wajah pelaris' disuakan ke mukanya. Lelaki dari Kota Singa itu termenung sejenak memikirkan signifikan jolokan yang diberikan ke atas dirinya. Semakin galak umum mengucapkan gelaran itu, sebenarnya semakin ada gusar berpusar di dadanya.

Semua itu gara-gara impak filem Ombak Rindu yang sedang menghampiri angka RM11 juta. Sehingga 22 Disember lalu, laman web rasmi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mencatatkan kutipan Ombak Rindu sudah mencecah RM10.01 juta, satu jumlah yang cukup besar untuk sebuah naskhah drama romantik. Jumlah itu hampir menyaingi prestasi KL Gengster, juga lakonannya yang ditayangkan pada Jun lalu.

Mempesona jiwa sekelian pengikutnya, baik peminat adegan aksi atau romantik, ramai yang mendakwa, sang aktor dengan nama pentas Aaron Aziz ini sedang berada di puncak karier. Dalam tahun ini sahaja, dua filem lakonannya menjadi filem blockbuster yang ditonton lebih sejuta penonton di pawagam. Tahun 2011 juga tahun penuh kemeriahan buat Aaron yang dipuja dengan nama Seth dalam siri Nora Elena.

Hal yang sama juga terlihat sepanjang pementasan Badai Semalam yang membadai penonton di Istana Budaya.

"Orang kata ini tahun meriah buat saya, tapi saya anggap itu rezeki. Tuhan itu Maha Adil. Saya pernah bercakap dengan aktor, Sofi Jikan tentang banyak ketidakpuasan hati yang berlaku dalam industri. Saya katakan kepadanya, saya tak dapat capai apa yang dia dapat, dia dapat pengiktirafan Pelakon Lelaki Terbaik dalam festival filem, tapi saya sendiri tidak mampu untuk sampai ke situ, bahkan langsung tidak layak untuk masuk pencalonan. Jadi, saya terima sahaja bahagian yang ini," ujar pemain watak Hariz itu dari sudut pandangan yang lain.

Masih berputar topik pelaris, bapa tiga cahaya mata itu kurang selesa digelar begitu. Diusik konon-kononnya dia berada dalam senarai teratas dalam kelompok pelakon gred A di Malaysia juga membuatkan Aaron kebimbangan. Bukan goyah takut jatuh di kemudian hari, tapi khuatir kedudukan itu membuka banyak lubang, kesilapan kecil mudah sahaja diangkat dan diperbesar-besarkan.

"Tak semestinya letak muka saya sahaja, filem atau drama akan laris. Ia sangat bergantung kepada keseluruhan jalan cerita, pelakon lain yang terlibat. Macam Ombak Rindu, rasanya kalau seorang penonton hanya tengok sekali sahaja, jumlahnya payah untuk cecah RM10 atau RM11 juta.

"Ada juga filem lakonan saya yang gagal dan tak boleh jual, macam filem Datin Ghairah. Saya tak boleh komen buruk tentang filem itu, tapi senang cakap, mungkin penonton tidak gemar dengan jalan cerita filem itu sendiri, mungkin masa tarikh tayangan juga tidak tepat sebab Ombak Rindu lebih kuat tarikan memandang separuh strategi pemasaran menyasarkan penggemar novel Ombak Rindu sendiri," bicaranya meluncur beserta pemerhatian terhadap suasana industri.

Sapu kontrak
Secara sedar, Aaron mengenal resam dunia hiburan. Budaya pop yang meletakkan populariti sebagai antara faktor untuk sukses sangat berkait rapat dengan perjalanan kariernya.

"Saya lihat penghijrahan saya dari Singapura ke Kuala Lumpur juga sangat signifikan. Bukan kejar populariti tetapi menjadi seseorang yang dikenali menjadikan rezeki kita lebih murah.

"Tanpa populariti mungkin tawaran yang saya terima tidak semeriah hari ini. Tapi kalau diberi pilihan, antara popular dan terbaik, saya lebih rela pilih yang terbaik. Saya juga tiada formula untuk menjadi popular. Kata kunci saya hanyalah kerja kuat untuk buktikan kepada orang bahawa saya mampu 'memberi.' Bila penonton nampak dan suka kerja kita, dari situ kita akan mula popular," katanya yang sudah dua kali menangi kategori Artis Paling Popular di Singapura pada 2003 dan 2005.

SETAKAT ini, Aaron masih tidak dilihat stereotaip atau terperangkap dalam sisi gengster ataupun lelaki romantik.


Mencuri waktu emasnya, ketika ditemui Aaron sedang berada di lokasi penggambaran filem terbaharu terbitan Skop Production, KL Gengster 2 arahan Syamsul Yusof. Sehari sebelum pertemuan, dia berada di Rembau, Negeri Sembilan untuk penggambaran filem Tyickoon di bawah arahan pengarah dan rumah produksi baharu.

Jumlah bayaran mungkin sesuatu yang peribadi untuk dikongsikan, jadi faktor penerimaan dan penolakan sesebuah tawaran yang datang menjadi butiran perbualan.

"Setakat ini saya masih terima semua tawaran, saya jenis yang tidak memilih watak. Tapi tidaklah bermakna watak itu tidak penting. Saya selalu mencari dan mencari, cuba sedaya upaya melakonkan watak. Tapi, untuk survival, saya kena ikut keadaan semasa, macam watak undangan pun saya buat.

"Soal tidak terlalu berkira soal bayaran, jika ganjaran yang ditawarkan tidak begitu menarik, mungkin hari bekerja yang saya kurangkan," katanya yang ada memikirkan soal jangkaan khalayak terhadap impak lakonan mendatang.

Bukan kemampuan seseorang pelakon untuk memastikan setiap naskhah itu memberi impak. Menjadi Aaron di kedudukannya ketika ini, harapan banyak pihak termasukkah peminat sebenarnya membuahkan tekanan. Harapan penerbit untuk mendapat hasil jualan yang lebih juga mungkin masuk ke kotak fikiran.

"Orang akan mengharapkan yang lebih, macam dalam KL Gengster 2 ini, mungkin ada yang mahukan perwatakan Malik lebih ganas. Tapi akan ada sesuatu yang di luar jangkaan, takut juga sebenarnya," luah Aaron sambil menyenaraikan beberapa komitmen tahun 2012 yang sudah tercatat dalam diari kerjanya.

Selain penggambaran Tyickoon yang akan terheret sehingga Januari depan, jurucakap Loreal for Men Expert ini juga akan masuk ke lokasi penggambaran filem Kerat 14 bersama Siti Saleha menjelang Februari nanti.
Drama bersiri mega, Adam dan Hawa sebanyak 80 episod yang dijangka memulakan penggambaran tahun depan barangkali cukup untuk memastikan Aaron sentiasa panas di mata peminat sepanjang 2012. -kosmo-

Pemuda Punk Banda Aceh

Posted: 24 Dec 2011 08:01 PM PST



DENGAN mengenakan pakaian seragam polis, 65 pemuda punk itu berjalan dalam tiga barisan lurus. Mereka bergerak menuju ke dataran Kompleks Sekolah Polisi Negara (SPN) Seulawah di Aceh Besar, Sumatera, Indonesia.

Melangkah penuh disiplin, mereka kemudian duduk bagi mengikuti sesi kaunseling membina jati diri yang dikelolakan oleh Majlis Permusyawaratan Ulama (MPU).

Di situ, mereka tidak dilayan sebagai pesalah sebaliknya digelar pelatih memandangkan mereka dikehendaki mengikuti sebuah modul pemulihan akhlak dan jati diri dalam tempoh tertentu.

Pada sesi itu, beberapa remaja kelihatan menundukkan kepala sambil mengesat air mata. Selama 10 hari mengikuti kem motivasi diri itu, mereka diajar menguruskan kehidupan dengan lebih baik yang semestinya berteraskan agama Islam.

Sama ada terpaksa atau atas kerelaan sendiri, rata-rata komuniti punk Aceh itu mengaku menyesal atas kealpaan mereka selama ini.

Pada 10 Disember lalu, 65 remaja dan belia punk itu ditahan ketika mereka menghadiri konsert punk di Banda Aceh.

Golongan punk umumnya tidak diterima oleh masyarakat Aceh.

Malah, lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang di wilayah yang melaksanakan undang-undang syariah itu apatah lagi membuat rambut tercacak.

Rantai anjing

Semasa ditahan, kesemua mereka didapati memiliki elemen budaya liar punk. Kebanyakan mereka mempunyai tatu di badan, bertindik, memakai gelang anjing, berbaju compang-camping, berseluar ketat dan berambut trojan.

Budaya sebegitu sememangnya tiada toleransi di Banda Aceh. Sejurus ditahan, mereka dikurung di dalam sebuah lokap. Pakaian, subang tindik dan rantai anjing mereka dibuang.

Selepas itu, kepala lelaki punk itu dicukur sehingga botak, manakala rambut perempuan dipotong pendek seperti polis wanita.

Pelatih lelaki juga diarahkan mandi beramai-ramai di dalam sungai.

Daripada 65 orang yang ditahan, 30 daripadanya berasal dari Aceh manakala selebihnya datang dari wilayah lain di Indonesia seperti Lampung, Palembang, Jambi, Batam, Riau, Sumatera Barat, Jakarta, Bali dan Jawa Barat.

Seorang remaja punk yang dikenali sebagai Riyan berkata, latihan membina jiwa yang dijalaninya di SPN sangat berguna.

"Banyak perkara yang diajar kepada kami terutamanya mengenai disiplin dan peranan kami sebagai anggota masyarakat.


PEMUDA punk yang telah dibotakkan kepala direndam di sebatang sungai di Banda Aceh bagi membersihkan diri mereka.


"Secara peribadi, kini saya merasakan saya mampu untuk mengatur hidup dengan lebih baik.

"Lebih penting lagi, kami dididik untuk mendirikan solat lima waktu," katanya kepada portal berita tempatan.

Pendapat Riyan itu disokong rakannya, M. Fauzi.

"Selain disiplin, kami didedahkan dengan latihan fizikal untuk menjaga kecergasan tubuh.

"Saya juga menghargai usaha kumpulan ulama yang datang ke sini untuk memberi kefahaman akidah kepada kami," katanya.

Selain suapan rohani dan jasmani, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap hari.

Hasil pemeriksaan mendapati tiga pelatih mempunyai gejala hepatitis dan seorang disahkan positif penyakit itu.

"Jika ada pelatih yang tidak sihat, dia akan dikecualikan daripada mengikuti aktiviti fizikal," kata Fauzi lagi.

Syariah

Seorang pelatih perempuan, dikenali sebagai Sarah, 18, memberitahu, sepanjang berada di kem tersebut, dia menjadi lebih berdisiplin dan mendapat banyak pengetahuan agama.

Dia yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah berkata, pengaruh kawan telah mengheretnya kepada budaya punk.

"Saya sedar saya silap. Selepas keluar dari sini, saya mahu ke sekolah dan berazam menjadi anak yang baik," ujarnya.

Walaupun SPN bertujuan mendidik kumpulan yang telah rosak akhlak, masih ada pihak di Indonesia yang menganggap penahanan itu sebagai satu pencabulan hak asasi manusia.

Bagaimanapun, Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf mempertahankan tindakan tersebut.

"Mereka terbabit dalam gaya hidup yang bertentangan dengan undang-undang syariah yang dilaksanakan di Aceh.

"Didikan disiplin, akidah dan moral ini merupakan keprihatinan kerajaan tempatan dan bukannya pencabulan hak asasi manusia," jelas Irwandi.

Menurut beliau, lebih 700 pengikut punk tinggal di Aceh. Mereka biasanya makan dan tidur di tepi jalan atau di tempat letak kenderaan.


RIAK sedih remaja punk apabila rambutnya dipotong pendek oleh pihak berkuasa.


Mereka tidak mempunyai pekerjaan bahkan tidak mendapat pendidikan di sekolah agama mahupun sekolah biasa.

"Walaupun itu hak mereka, kerajaan perlu memikirkan masa depan mereka.

"Bolehkah mereka sekadar menjadi punk ketika muda? Bagaimana jika mereka gagal mendapat pekerjaan? Apa akan jadi pada mereka pada masa akan datang?" tanya Irwandi.

Selepas tempoh latihan di SPN tamat, pihak berkuasa akan membantu pelatih terbabit mencari pekerjaan yang sesuai. Mereka juga diberi biasiswa bagi meneruskan persekolahan.
Wajar

"Kami menahan mereka bukan disebabkan cara mereka berpakaian. Islam tidak melarang umatnya berpakaian seperti kumpulan punk.

"Ramai juga yang mengaitkan penahanan ini dengan undang-undang syariah di Aceh tetapi ia sebenarnya tiada kaitan langsung," kata Irwandi.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah. Malah, mahkamah syariah Aceh mempunyai bidang kuasa yang berbeza berbanding mahkamah syariah yang terdapat di wilayah lain.

"Perundangan syariah memang wajar dilaksanakan bukan sahaja di Aceh tetapi di seluruh Indonesia kerana 95 peratus penduduknya beragama Islam.

"Bahkan, Indonesia adalah negara yang mempunyai umat Islam terbesar di dunia," kata Ketua Komuniti Masyarakat Aceh Malaysia, Mansur Usman.

Mansur yang sudah 28 tahun berhijrah ke Malaysia menyifatkan penahanan komuniti punk baru-baru ini sebagai wajar.

"Punk adalah budaya liar yang mengancam sosiobudaya masyarakat Aceh. Sebelum pengaruhnya terus menular, ia perlu disekat.

"Sekurang-kurangnya kehidupan mereka masih boleh dibetulkan dan menjadi pengajaran kepada orang lain," ujarnya ketika ditemui di Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PEMUDA bertatu dididik supaya mendirikan solat secara teratur.


Bukan untuk menzalimi, katanya lagi, undang-undang syariah dianggap pelengkap ke arah kesempurnaan Islam.

Menurut peniaga makanan, Fida, 38, masyarakat Aceh menerima baik pelaksanaan undang-undang tersebut.
"Sebelum ini, gadis bebas memakai pakaian ketat dan tidak bertudung, begitu juga pergaulan lelaki dan perempuan. Namun, sekarang keadaan berubah.

"Mereka patuh kepada undang-undang kerana enggan dimalukan di khalayak umum," katanya yang pulang ke Aceh setahun sekali.

BELUM HARAM LAGI

Posted: 24 Dec 2011 07:47 PM PST


NAIB Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan Liga Super Indonesia (ISL) belum lagi menerima status haram.

Hamidin mengesahkan, beliau telah menghubungi sumber dari negara jiran itu dan sudah menerima maklum balas berhubung kemelut yang melanda Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kelmarin.

Katanya, pihak PSSI akan mengadakan mesyuarat kongres pada minggu depan bagi menyelesaikan kekeliruan tersebut.

"Perkara ini sebenarnya belum lagi terjadi (haram).

"Semalam (kelmarin) saya telah menghubungi pihak Pelita Jaya dan beberapa sumber dari Indonesia berhubung masalah dalaman ISL yang difahamkan bakal diharamkan.

"Difahamkan, sumber dari Indonesia itu berkata, Ketua Umum PSSI, Djohar Ariffin Husin akan mengadakan mesyuarat kongres berhubung kemelut ISL dan Liga Perdana Indonesia (IPL) pada minggu depan.

"ISL masih merupakan liga sah PSSI dan FIFA telah meminta PSSI supaya selesaikan kekeliruan ini.

Mungkin ada beberapa masalah telah berlaku tetapi mereka sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

"Sekiranya PSSI tidak mencapai kata sepakat pada mesyuarat kongres itu, Djohar akan membuat rombakan sistem pengurusan PSSI baharu yang mengikuti undang-undang badan induk bola sepak dunia (FIFA) pada bulan hadapan," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya lagi, beliau turut bersetuju dengan pendapat Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang memberitahu supaya penyokong-penyokong tempatan tidak mudah terpedaya dengan khabar angin mengenai status haram ISL itu.

Hamidin yang juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berkata, sekiranya PSSI tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, beliau akan berusaha untuk membawa keluar penyerang kebanggaan negara, Safee Sali dari Indonesia.

"Kita tidak perlu mudah percaya dengan berita yang tidak benar selagi tiada bukti atau kesahihan. Saya yakin mereka (PSSI) dapat menyelesaikan kekeliruan ini.

"Namun sekiranya benar ISL menerima status haram dari FIFA, pihak kami akan menggunakan semua saluran untuk membawa Safee kembali sama ada beraksi di Malaysia atau sebaliknya," katanya.


Semalam, sumber dari portal berita akhbar Republika Indonesia melaporkan, surat pengharaman ISL oleh FIFA itu ditujukan kepada Djohar yang menyatakan ISL adalah liga yang tidak diakui oleh badan dunia itu.

Menurut kandungan surat tersebut, FIFA menerusi surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Jarome Valcke dan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay menetapkan status haram kepada semua pemain, pegawai dan pengadil yang terlibat dengan ISL.

Perkara itu meletakkan Safee dalam bahaya kerana kemungkinan Safee tidak boleh bermain untuk Harimau Malaya lagi.

Namun bagi pengurus Safee, Zakaria Rahim yang dipetik dari akhbar tempatan semalam berkata, ISL tidak haram dan karier Safee masih selamat namun dia kesal laporan itu telah disalah faham.

"ISL masih belum diharamkan lagi dan ISL bukan liga haram dan Safee bukan pemain liga haram. ISL adalah liga yang diputuskan untuk dijalankan oleh PSSI di Kongres Bali 2011 dan tiada keputusan dari mana-mana kongres atau mesyuarat PSSI hingga hari ini yang mengatakan ISL tidak boleh dilaksanakan," katanya. -kosmo-

Dewi nikah kali ketiga

Posted: 24 Dec 2011 07:39 PM PST



UMUR Dewi Sandra baru 31 tahun namun penyanyi dengan wajah Latin itu sudah tiga kali berkahwin dalam tempoh 11 tahun.

Dewi berkahwin dengan aktor, Surya Saputra pada 2004 sebelum mengahwini penyanyi Glenn Fredly pada 2006.

Sungguhpun bergelar janda pada usia muda, kegagalan perkahwinan terdahulu tidak membuatkan Dewi fobia untuk melangkah ke gerbang perkahwinan untuk kali ketiga.

Baru-baru ini, penyanyi lagu Kapan Lagi Kau Bilang I Love You itu selamat mendirikan rumah tangga dengan Agus Rahman. Dia berharap pernikahan terakhirnya itu akan kekal hingga ke akhir hayat.

"Saya tidak mahu mengungkit masa lalu dan ingin memandang ke depan. Saya belajar daripada pengalaman dahulu. Saya berharap saya dan suami boleh menjadi pasangan yang sakinah dan berdoa hanya maut memisahkan kami berdua," ungkap Dewi didampingi sang suami, Agus.

Acara ijab kabul pada 11 Disember itu dijalankan dalam satu majlis tertutup di Plataran, Jagakarsa, Jakarta Selatan.

Menceritakan detik mengenali Dewi, Agus menyatakan, hubungan mereka bermula sebagai sahabat di Star Management, syarikat yang menguruskan Dewi.

"Secara fizikal dan keperibadian, dia merupakan wanita menarik dan saya berharap dia menjadi pasangan saya yang ideal," ungkap Agus.

"Perkenalan dan saling mendekati itu tentunya melewati banyak fasa, sampai akhirnya saya melihat Agus serius dan bertanggungjawab. Apa yang penting, kami pasangan muslim dan dia boleh menjadi imam serta membimbing saya dengan baik," ungkap Dewi. -kosmo-

Gadis tomboy jadi puteri

Posted: 24 Dec 2011 07:35 PM PST




LULUSAN ijazah sejarah dari Trinity College Dublin, Ireland ini tidak menyangka hidupnya menyimpang jauh daripada cita-cita asalnya. Sebaik tamat pengajian, Katie McGrath memilih untuk memulakan impiannya sebagai penulis fesyen di majalah Image tetapi atas bantuan rakan ibunya, dia diambil bekerja sebagai pembantu koordinator kostum untuk siri televisyen The Tudors.

Ketika dalam produksi itulah, anak pembantu kepada pereka fesyen Irish, Lainey Keogh itu dinasihatkan untuk mencuba nasib dalam lakonan. Tidak lama selepas menghantar biodata kepada agensi lakonan, anak bongsu daripada tiga beradik itu menerima peranan kecil untuk siri The Tudors sendiri. Sebelum drama siri Merlin, dia sempat berlakon untuk siri Damage serta sebuah teater La Marea sempena Dublin Theatre Festival 2007.

Setelah tiga musim disiarkan, The Adventure of Merlin muncul sebagai siri hit dunia, disiarkan di lebih 52 stesen penyiaran, Merlin ditonton di 180 buah negara, termasuk China dan Amerika Syarikat (AS). Ketika memasuki musim keempat, aktres berdarah Ireland yang membawa watak Morgana Pendragon itu sedang mengecapi saat-saat paling menggembirakan.

Secara peribadinya, Katie, 28, mengakui dia bersungguh-sungguh mahu meneruskan watak itu sejahat-jahatnya. Dalam siri itu, Morgana memiliki hati hitam yang mahu menguasai Camelot, menghancurkan hidup Merlin, Arthur, Gwen dan sesiapa sahaja yang berada di laluannya. Itu misi Morgana dalam musim keempat The Darkest Hour.

"Terdapat masa-masanya, Morgana percaya bahawa suatu hari nanti, ada satu mahkota akan berada di atas kepalanya. Untuk setiap wanita, itulah momen yang paling berharga.

"Kali ini, watak Morgana semakin kuat pengaruhnya sebab dia sendiri memiliki keyakinan terhadap kekuatan yang dimiliki. Semuanya tentang kuasa, perjuangan, takhta dan semua itu menyebabkan watak Morgana semakin seronok dilakonkan," ujar pelakon yang sememangnya tidak menyukai karakter Colin Morgan, musuh utama Merlin dalam siri berkenaan.

"Saya langsung tidak menyukainya. Saya selalu simpan tomato dalam bilik persalinan, setiap kali Colin melintasi, saya akan baling tomato itu tepat ke wajahnya.

"Untuk siri ini, saya ada banyak babak bersama Colin. Secara jujurnya, Colin sangat membantu saya menjadi pelakon yang baik. Dia pelakon yang sangat bagus. Kami seperti tak boleh melakukan apa-apa jika Colin tidak datang ke lokasi," katanya secara tidak langsung mengagumi kerja pereka fesyen yang berjaya menghidupkan lagi sisi jahat Morgana dalam siri ini.

"Dia (Morgana) nampak sungguh mengagumkan sebab kami ada pereka kostum yang fantastik. Setiap kali saya berjalan dalam kostum berkenaan, saya bersyukur kerana saya perlu menghabiskan masa selama lapan bulan dalam kostum berkenaan. Sisi jahatnya ketara menyerlah, dia seperti iblis tetapi masih ada tarikan seksual sebagaimana yang saya harapkan," ujarnya yang berperwatakan sedikit maskulin di luar set lakonan.

Di luar set Merlin, Katie sinonim dengan watak puteri. Dia melakonkan watak permaisuri kepada Henry VIII menerusi The Tudors, Princess Margaret (The Queen), Lady Thelma Furness (Madonna's W.E.) dan pada musim cuti Krismas ini, dia akan muncul dalam siri A Princess for Christmas.

"Saya sedikit tomboy, selalu dengan jaket dan but cuma kerap diberikan peranan sedemikian. Ia sedikit janggal tapi tidak mendatangkan sebarang kesan, dan saya selalu menjadi bahan jenaka oleh abang-abang dan ibu bapa saya. Saya tidak akan merungut sebab ia memberi kepuasan dan saya selesa dengan watak sebegitu," kata Katie, yang merupakan satu-satunya anak perempuan daripada tiga adik-beradik. -kosmo-

Mati selepas jemput isteri muda

Posted: 24 Dec 2011 07:19 PM PST

MAHERAN MOKHTAR (dua dari kiri) yang merupakan isteri pertama Abd. Rahman ditenangkan oleh anak-anak di Hospital Melaka semalam.


MELAKA - Seorang lelaki warga emas ditemui mati di dalam sebuah kereta dengan keadaannya berbogel di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil di sini selepas menjemput isteri muda pulang dari tempat kerjanya awal pagi semalam.

Abd. Rahman Adam(gambar kecil), 56, ditemui mati di tempat duduk penumpang hadapan kereta jenis Perodua Viva dengan pakaiannya berlonggok di atas lantai tempat duduk pemandu.

Menurut sumber, sebelum dijumpai pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa menjemput isteri keduanya yang dikenali sebagai Norliza Saidon, 47, dari tempat dia bekerja di Taman Melaka Raya. -kosmo-

Lisa, Yusry nikah 23 Februari 2012

Posted: 24 Dec 2011 07:13 PM PST


YUSRY mengumumkan rancangan pernikahannya dengan Lisa Surihani pada sidang akhbar di Hotel Marriott Putrajaya semalam. Turut serta Siti Amira (kiri), Zarina (kanan) dan Abdul Halim.



PUTRAJAYA – Pasangan artis Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani Mohamed mengumumkan mereka akan bernikah pada 23 Februari depan.

Pengumuman tersebut dibuat pada satu sidang akhbar khas di sebuah hotel di sini semalam sehari selepas rombongan keluarga Yusry mengunjungi rumah ibu saudara Lisa Surihani di Taman Melawati, Hulu Klang untuk merisik.

"Semalam (Jumaat) keluarga saya telah bertandang ke rumah Lisa menghantar tanda tetapi kami tidak akan adakan majlis pertunangan sebaliknya akan terus bernikah," kata Yusry yang merupakan pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah ibu dan bapa Yusry, Zarina Abdul Wahab Fenner dan Abdul Halim Kamal; ibu Lisa Surihani, Siti Amira Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim dan penerbit filem, David Teo. -kosmo-

Ais krim bertaburan di atas lebuh raya

Posted: 24 Dec 2011 06:59 PM PST



SEBUAH treler membawa 18,000 kilogram ais krim terbalik di sebuah lebuh raya di negeri Indiana kelmarin.
KANAN: Seorang pegawai Kementerian Kesihatan memeriksa keadaan karton-karton ais krim yang bertaburan di sebuah lebuh raya di negeri Indiana kelmarin.



INDIANAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) - Polis menyatakan sejumlah 18,000 kilogram ais krim daripada sebuah treler bertaburan di negeri Indiana dengan menyebabkan dua laluan sebuah lebuh raya rentas negeri di sini terpaksa ditutup kelmarin.

Media tempatan melaporkan tumpahan tersebut berlaku sekitar pukul 4 petang (waktu AS) dan mengambil masa selama enam jam untuk dibersihkan.

Polis memberitahu, trak terbabit cuba memasuki lebuh raya berkenaan apabila ia tiba-tiba senget dan terbalik sekali gus menumpahkan berkarton-karton ais krim vanila dan beberapa perisa lain di atas jalan.

Menurut polis, pemandu trak itu mengalami cedera ringan dan dibawa ke sebuah hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut. - Agensi

Bergaduh untuk dapatkan kasut Nike

Posted: 24 Dec 2011 06:52 PM PST


KASUT Air Jordan yang baru dibeli dipamer di depan orang ramai di luar sebuah kedai kasut Nike di bandar raya San Francisco kelmarin.



SEATTLE, Amerika Syarikat(AS) - Kekecohan berlaku di banyak kedai di seluruh AS kelmarin ketika orang ramai berebut untuk mendapatkan kasut bola keranjang Air Jordan terbaharu keluaran Nike.

Di beberapa buah tempat di AS, polis terpaksa dipanggil untuk meleraikan pergaduhan yang hampir membawa kepada kekacauan.

Orang ramai beratur panjang sejak semalam untuk mendapatkan kasut Air Jordan retro yang merupakan versi Air Jordan paling popular pernah dikeluarkan oleh Nike.

Di pinggir bandar raya ini, polis menggunakan semburan lada untuk meleraikan 20 pelanggan yang bergaduh di pusat beli-belah di Westfield Southcenter.

Orang ramai mula berkumpul di empat kedai di pasar raya berkenaan sekitar tengah malam dengan jumlah mereka mencecah 1,000 orang menjelang pukul pukul 4 pagi (waktu AS), apabila kedai-kedai mula dibuka.

"Pada pukul 3 pagi, terdapat insiden pergaduhan dan tolak menolak antara mereka," kata seorang pegawai polis, Mike Murphy.

Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam insiden tersebut.

Kekecohan untuk mendapatkan kasut Air Jordan yang dijual pada harga sekitar $180 (RM567.90) untuk sepasang kerap mencetuskan situasi merbahaya sebelum ini.

Beberapa orang pernah disamun malah, dibunuh kerana versi awal kasut itu yang mula dicipta oleh syarikat Nike Inc. pada tahun 1984. - Agensi

Tatu di Bali didakwa punca jangkitan AIDS

Posted: 24 Dec 2011 06:46 PM PST


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan seorang pelancong asing mendapatkan tatu di Bali, Indonesia.



BALI, Indonesia - Pelancong asing diberi amaran agar mengelak daripada mencacah tatu di pulau ini selepas seorang penduduk Australia Barat (WA) dijangkiti virus sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS), lapor sebuah akhbar semalam.

Jabatan Kesihatan Australia Barat menyatakan di laman webnya bahawa semua bukti menunjukkan tatu yang diperoleh di sini baru-baru ini menjadi punca jangkitan tersebut.

Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit, Dr. Paul Armstrong berkata, mencacah tatu dan bertindik di luar negara terutamanya di negara-negara membangun adalah berisiko dan merbahaya.

"Kes ini membuktikan bahawa seseorang berdepan risiko kesihatan apabila menjalani prosedur seperti ini di luar negara," katanya.

Menurutnya, tidak seperti di beberapa buah tempat di seberang laut, pelukis tatu di WA perlu mematuhi peraturan dan kod amalan yang ketat.

Justeru, beliau menasihati warga Australia yang pernah mendapatkan tatu di sini baru-baru ini agar menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV. - Agensi

No comments: