Sunday 25 December 2011

Budak Technician

Budak Technician


Siti Nurhaliza Buka Bertudung Untuk Jadi “Madonna”?

Posted: 23 Dec 2011 11:31 PM PST


KUALA LUMPUR – Sekilas pandang, gambar-gambar kulit majalah GLAM yang menampilkan penyanyi diva tanahair, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, ini mampu membuat ramai peminat melatah dan melenting kerana ia seakan-akan mempamerkan beliau tidak lagi bertudung.

Gambar-gambar kulit majalah tersebut yang menampilkan Siti Nurhaliza seolah-olah mewarnakan rambut dan beraksi tidak memakai tudung kepala di depan lensa kamera sedangkan beliau sudah bertukar kepada imej bertudung sejak beberapa tahun sebelum ini.

Namun hakikat sebenarnya, isteri kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K itu memakai serkup di kepala untuk menutup rambut dan hanya memakai rambut palsu bagi sesi pergambaran eksklusif majalah tersebut.

"Untuk cover Glam, Datuk Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala.
"Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak melitupi langsung rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya untuk penggambaran ini," kata editor majalah berkenaan yang dipetik dari blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com.

Gambar-gambar tersebut berkonsepkan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi seksi barat, Madonna, dan bakal diterbitkan untuk majalah itu untuk edisi Januari tahun depan.

Bagaimanapun, imej tersebut dijangka tetap tidak akan memuaskan hati sesetengah peminatnya memandangkan beliau masih lagi tidak menutup auratnya sebagai wanita muslimah sepenuhnya apabila mendedahkan bahagian leher dan atas dadanya.

Ramai di kalangan artis wanita tanahair yang sebelum ini berimej seksi dan tidak mengenakan tudung telah 'berhijrah' menampilkan imej bertudung yang lebih Islamik, namun perubahan positif tersebut masih mengundang sindiran sinis dari segelintir peminat yang mahu mereka menutup aurat sepenuhnya.

Berikut adalah beberapa keping gambar kulit majalah yang dimaksudkan;

Siti Nurhaliza Tidak Bertudung Untuk Jadi "Madonna"?Siti Nurhaliza Tidak Bertudung Untuk Jadi "Madonna"?
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Hangatnya Aksi Liena Hangat Sekarang!

Posted: 23 Dec 2011 11:28 PM PST


Tanyalah mana-mana artis, termasuk artis nasyid, 'showmanship' adalah penting dalam setiap persembahan yang mereka buat.

Apatah lagi bila melibatkan show di mana mereka dibayar beribu-ribu ringgit untuk menghiburkan khalayak yang datang…kalau setakat berdiri macam tiang mau dibaling dengan telur busuk oleh penganjur.

Dan bila bercakap pasal showmanship ni, ada artis terutama yang wanita, menggunakan daya tarikan seksual yang ada pada mereka untuk menarik perhatian penonton.

Selalunya artis macam ini taklah hebat sangat suaranya, album pun payah nak jual. Jadi untuk memastikan 'survival'  mereka dalam industri ini, mahu tak mahu terpaksalah pakai baju seksi meksi masa buat show, menari dengan gaya yang menggiurkan, peluk penonton sana, peluk penonton sini, terkangkang sana dan terkangkang sini.

Tak percaya? Cuba kita tengok penyanyi yang hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ella, Datuk Shiela Majid (sekadar menyebut beberapa nama), takde pulak kita tengok mereka 'over' sewaktu melakukan persembahan.

Dan sekarang tengah kecoh di blog-blog kisah penyanyi wanita seorang ni. Penulis malas nak tulis namanya, anda tengok gambar, tekalah sendiri.

Ini emel yang diterima portal hiburan Beautifulnara.com dari salah seorang penonton yang menyaksikan gelagat artis berkenaan ketika itu;
———————————————————-
Assalamualaikum abang Nara. Seperti mana tajuk email ini, begitulah isi kandungannya. Saya tak mahu mengulas panjang tapi, abang nara lihatlah kebenaran pada gambar gambar ini. Saya faham dia penghibur, tapi persoalannya apa perlu berkelakuan ghairah sebegitu? Kawan kawan yg bukan muslim yang hadir ke majlis ini majoritinya mempersendakan kami dek kerana perlakuan si penyanyi ini. Sungguh memalukan. Sudahlah pakaiannya sebegitu rupa ditambah pulak dengan adegan menggesel bontot pada kemaluan lelaki lain berpelukan rapat tak kira siapa melagakan buah dada dibadan lelaki aksi split di atas pentas dgn skirt yg amat mini
sampai ke tahap itu kesanggupannya atas lesen menghibur? Keji! Memualkan! Tujuan saya menghantar kepada abang nara bukan hendak memalukan si artis, tapi peringatan kepada semua.

———————————————————————————————————————————–
Errmmm…apa kata anda? – Oleh SYAHRIL A. KADIR


sumber : mynewshub/beautifulnara

Seu Bock Tidak Kecil Hati Jika Misbun Sidek Kembali

Posted: 23 Dec 2011 05:49 PM PST

CHONG WEI (kiri) mengharapkan sentuhan Misbun bagi membantunya meningkatkan prestasi sebelum turun beraksi dalam Sukan Olimpik 2012 London tahun depan.



TEY Seu Bock tidak akan berkecil hati sekiranya Datuk Misbun Sidek kembali membimbing jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Jurulatih perseorangan negara itu berkata, apa yang dia mahukan adalah yang terbaik buat Chong Wei dalam misi memburu pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

"Saya langsung tidak kecil hati dengan perkara ini. Jika Chong Wei merasakan yang dia mahu Misbun kembali mengambil alih tugas selaku jurulatihnya ataupun bekerjasama dengan saya, saya tidak kisah.

"Selama ini pun saya hanya melaksanakan tugas saya bagi membimbing Chong Wei dalam usaha mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa," kata Seu Bock ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan Chong Wei di Stadium Bukit Kiara semalam.

Sebelum ini, Chong Wei tanpa berselindung mengakui yang dia masih mengharapkan sentuhan bekas 'sifunya', Misbun dalam mempersiapkan diri tatkala tinggal kurang lapan bulan sahaja lagi sebelum Sukan Olimpik 2012 bermula.

Misbun menamatkan kontraknya selama tiga tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 31 Disember tahun lalu apabila menyerahkan surat peletakkan jawatan kepada badan induk badminton negara itu.

Keputusan bekas jaguh perseorangan negara itu dibuat selepas berselisihan faham dengan BAM.

Meskipun BAM telah menawarkan kontraknya baharu buatnya untuk melatih barisan pemain skuad pelapis negara namun Misbun telah menolak tawaran tersebut.

Ketiadaan Misbun, sesi latihan Chong Wei yang merupakan pemain No. 1 dunia kini dikendalikan Seu Bock dan turut dibantu oleh Rashid Sidek dan Hendrwan.

Selain mahu kembali dibimbing Misbun, Chong Wei, 29, juga menyuarakan keinginannya untuk mendapatkan semula khidmat pakar mental, Frederick Tan yang turut bersama-sama Misbun membimbing pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Tambah Seu Bock, dia sentiasa mengalu-alukan kehadiran mana-mana pihak bagi membantunya untuk membimbing Chong Wei termasuk Misbun dan Fred Tan bagi merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan jaguh negara itu membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik.

"Memang saya memerlukan beberapa orang lagi jurulatih untuk membantu saya. Namun, bukan mengendalikan program latihan tetapi lebih kepada analisis perlawanan.

"Ketika ini, Rashid dan Hendrawan yang membantu saya menganalisis perlawanan Chong Wei. Saya akan beri mereka rakan video perlawanan dan mereka akan melakukan analisis selepas itu, memberikan saya maklum balas," tambah Seu Bock.

Dalam pada itu, Seu Bock menjelaskan yang dia mempunyai perancangan tersendiri untuk meningkatkan prestasi Chong Wei menjelang Sukan Olimpik tahun depan di samping menyasarkan tiga bulan untuk Chong Wei kembali ke prestasi terbaiknya.

"Bagitupun, buat masa ini latihan mungkin saya akan buat benda yang sama kerana tiada masa, mungkin selepas Terbuka Malaysia ada sedikit perubahan dari segi program latihan semua," jelasnya. -kosmo-

Pejabat NFC digeledah

Posted: 23 Dec 2011 05:47 PM PST

PEGAWAI SPRM masuk ke pejabat NFC di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Kemelut Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa mempunyai elemen penyelewengan membabitkan dana kerajaan berjumlah RM250 juta mencapai kemuncaknya apabila pejabat NFC di Solaris Mont Kiara di sini digeledah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Lapan pegawai SPRM memasuki pejabat NFC pada pukul 2 petang dan meninggalkan pejabat itu pukul 5 petang.

Pegawai Operasi SPRM Putrajaya, Wan Abdul Rahman Wan Mohd. Saleh mengesahkan SPRM membuat pemeriksaan dan merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dalam NFC.

"Sepanjang berada di pejabat NFC, kakitangan di pejabat itu memberi kerjasama yang baik," kata beliau.

Bagaimanapun, Wan Abdul Rahman enggan memberi komen lanjut berhubung siasatan kes itu.

NFC merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pusat ternakan lembu yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan. -kosmo-

Pelajar Tunggu SPM Jadi GRO

Posted: 23 Dec 2011 05:44 PM PST


 
SEBAHAGIAN wanita dipercayai GRO ditahan dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan diDamansara Perdana, Petaling Jayakelmarin.


PETALING JAYA - Keseronokan tiga gadis yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengisi masa lapang menunggu keputusan peperiksaan dengan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) berakhir apabila mereka bersama 30 GRO lain ditahan di sebuah pusat hiburan di Damansara Perdana di sini tengah malam semalam.

Serbuan mengejut pada pukul 12.30 malam oleh anggota Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman itu dilakukan selepas polis menerima maklumat berhubung kewujudan pusat hiburan itu yang menyajikan tarian tiang berunsur seks dan GRO bawah umur.

Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Supritendan Amir Rasid Derani berkata, kesemua GRO yang ditahan berusia antara 17 tahun hingga 30-an dan tiga daripada mereka baru tamat peperiksaan SPM.

"Semasa serbuan, sebahagian daripada GRO sedang rancak melayan pelanggan manakala yang lain sedang menunggu untuk dipilih pelanggan yang masuk ke pusat hiburan berkenaan," kata beliau ketika dihubungi semalam. -kosmo-

Melanie Amaro, Pemenang The X Factor pertama di AS

Posted: 23 Dec 2011 05:36 PM PST

AFP MELANIE AMARO memenangi trofi kemenangan program The X Factor di Los Angeles kelmarin.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang remaja berusia 19 tahun, Melanie Amaro menjadi warga AS pertama memenangi pertandingan nyanyian The X Factor kelmarin.

Kemenangan itu melayakkan Amaro memperoleh kontrak rakaman lumayan bernilai AS$5 juta (RM15.7 juta) dan kontrak iklan Pepsi.

Tempat kedua dimenangi Josh Krajcik manakala Chris Rene pula mendapat tempat ketiga.

Kemenangan mereka diumumkan dalam program akhir musim pertama X Factor di AS yang berlangsung selama dua jam kelmarin.

Rancangan itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan barisan penyanyi popular seperti Justin Bieber, Stevie Wonder, Leona Lewis dan 50 Cent.

Amaro menyanyikan lagu popular Beyonce, Listen manakala Krajcik, 30, memetik gitar sambil mendendangkan lagu nyanyian Etta James, At Last.

Pemenang tempat ketiga, Rene, 28, pula menyanyikan lagu ciptaannya sendiri, Young Homies pada program penutup musim tersebut.

"Saingan kali ini akan menjadi benar-benar sengit," kata juri dan penerbit X Factor, Simon Cowell pada Rabu lalu.

Selepas Amaro membuat persembahan penutup pada program bahagian pertama Rabu lalu, Cowell memberitahu dia memang layak memenangi X Factor.

"Berdasarkan persembahan anda malam ini, anda memang layak untuk bergelar pemenang X Factor," kata Cowell.

Namun, ketika itu, pemenang belum diputuskan kerana undian penonton belum dikira.

Program X Factor AS itu diadaptasi daripada pertandingan nyanyian terbitan Cowell di Britain, X Factor yang mula disiarkan pada 2004.

Rancangan tersebut turut melahirkan beberapa penyanyi popular termasuk Matt Cardle dan Leona Lewis.
Di AS, pertandingan nyanyian versi AS itu ditonton oleh sekitar 12 juta penonton. - Agensi

Jumpa ibu selepas 7 tahun hilang

Posted: 23 Dec 2011 05:34 PM PST

MARU YURANDA baring di atas katil manakala ibunya duduk di kanannya di rumah mereka di Meulaboh kelmarin.



BANDA ACEH - Seorang remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun dan menjadi mangsa tsunami pada 2004 di Aceh, Mary Yuranda bertemu semula dengan keluarganya selepas tujuh tahun menjadi pengemis jalanan, kata ibu bapanya semalam.

Mary muncul di sebuah kafe di bandar Meulaboh, Aceh bagi mencari ibu bapanya.

Menurut bapanya, Tarmius, Mary memberitahu, dia dibebaskan oleh seorang wanita yang mengambilnya dan memaksanya bekerja sebagai pengemis jalanan.

Seorang pemandu teksi kemudian membantu gadis itu pulang ke rumah ibu bapanya pada Rabu lalu selepas dia memberitahu nama kampung dan datuknya yang merupakan seorang pemimpin agama yang dikenali ramai, kata Tarmius.

"Tanda lahir di perutnya dan parut pada muka gadis tersebut membuktikan bahawa dia adalah anak saya," kata ibunya, Yusnidar menerusi telefon dari kampungnya.

"Saya tidak dapat menyatakan kepada awak betapa bersyukurnya saya," kata ibunya yang berusia 35 tahun.

Mary terpisah dengan dua daripada saudaranya apabila tsunami melanda Aceh pada 2004.

Tiga suku daripada 220,000 orang yang mati di pesisiran Lautan Hindi adalah melibatkan penduduk Aceh.
Kakak sulung Mary masih lagi hilang, kata ibunya. - AFP

Khir Toyo Hanya Dihukum Penjara 12 Bulan Atas Kesalahan Seleweng Hartanah RM3 Juta

Posted: 23 Dec 2011 05:30 PM PST

KHIR TOYO



SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri hartanah bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes tertuduh. Beliau turut melucutkan hak ke atas hartanah itu untuk dikembalikan kepada kerajaan mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Sebaik keputusan dibacakan, Mohamad Khir, 46, dilihat sugul sebelum berbincang dengan tiga peguam belanya. Zahrah Kechik pula mengusap lengan kiri tertuduh sambil berkata sesuatu.

Penyokong Mohamad Khir yang memenuhi mahkamah turut terdiam hingga ada yang menggelengkan kepala ketika keputusan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan Zahrah, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini pada harga RM3.5 juta melalui pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Datuk Shamsuddin Hayroni pada 29 Mei 2007.

Sedangkan syarikat itu membeli hartanah tersebut dengan harga RM6.5 juta pada 23 Disember 2004.
Rasuah didakwa berlaku dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.

Beliau yang memegang jawatan berkenaan dari Ogos 2000 hingga Februari 2008 didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini. -kosmo-

No comments: