Saturday 24 December 2011

Budak Technician

Budak Technician


Video Rakaman Wawancara Bersama Pelajar Yang Menurunkan Bendera Wajah Najib

Posted: 22 Dec 2011 09:17 PM PST


Ikuti temubual eksklusif Adam Adli di SinarTv bersama Wartawan Sinar Harian bagi mengupas pemikiran dan motif tindakannya dengan lanjut.
Tindakan seorang pelajar tahun tiga Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim,22, menurunkan bendera berwajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu menyebabkan dirinya menerima pelbagai ugutan dan liputan meluas media. Ikuti wawancara eksklusif bersama wartawan Sinar Harian, Mohammad Fairuz Jumain yang mengupas pemikiran dan motif tindakannya…

"Saya sedia hadapi hukuman"- Adam Adli

Saya sedia hadapi hukuman – Adam Adli (Part2)

Sila layari http://www.sinarharian.com.my/sinar-tv untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

60 Artis Jana Pendapatan Menerusi 'Mface'

Posted: 22 Dec 2011 09:12 PM PST

 AC Mizal

KUALA LUMPUR: Pengerusi jaringan sosial Malaysia, mface iaitu Datuk AC Mizal yakin bahawa penyertaan 60 artis tanah air menerusi laman itu akan turut menjana pendapatan kepada mereka.

AC Mizal berkata pengaruh dan aura yang dimiliki golongan artis mampu menarik perhatian masyarakat untuk sama-sama menyertai laman berkenaan yang menyasarkan jumlah pengguna seramai 1 juta orang dalam tempoh enam bulan.

Katanya, jika sebelum ini golongan artis kerap mengemas kini status dan perkembangan mereka di laman sosial seperti Facebook dan Twitter secara percuma tanpa mendapat sebarang pulangan, penyertaan dalam mface ini sebaliknya akan memberikan pendapatan apabila syer mereka dilaburkan ke dalam pasaran saham kelak.

"Laman mface ini tidak memerlukan sebarang modal atau bayaran. Fungsinya adalah sama seperti Facebook di mana pengguna boleh mengemas kini dan berkongsi perkembangan dan maklumat mereka dengan orang ramai.

"Saya memilih 60 artis untuk menyertai mface kerana mereka adalah golongan berpengaruh yang mempunyai pengikut dan peminat. Setiap artis ini akan diberikan 100,000 unit syer dalam akaun masing-masing.

"Kami menyasarkan untuk mencapai 1 juta pengguna bagi melayakkan laman ini disenaraikan dalam bursa saham. Apabila ia disenaraikan dalam bursa saham kelak, insya-Allah semua artis akan menerima pendapatan daripada syer mereka," katanya.

AC Mizal berkata sebagai bentuk promosi dalam tempoh enam bulan, setiap pemilik akaun mface yang mengumpul mata tertinggi menerusi kemas kini status mereka pada setiap minggu berpeluang untuk memenangi hadiah iPad 2.

"Pada setiap minggu, pemilik akaun mface tidak kira golongan artis atau orang awam akan berpeluang untuk memenangi hadiah iPad 2 menerusi mata terkumpul tertinggi yang diperoleh daripada kemas kini status mereka.

"Untuk berlaku adil, pemenang mingguan tidak akan berulang walaupun kita sedar artis-artis tertentu mungkin akan memiliki mata yang tinggi secara berterusan pada setiap minggu ekoran populariti dan pengikut mereka yang ramai," katanya.

Menjawab tentang pemilihan jenama mface yang kedengaran seakan Facebook, AC Mizal berkata jenama itu dipilih bukan bertujuan untuk meniru populariti Facebook.

Sebaliknya, ia dipilih kerana ingin menumpang sebahagian kecil populariti laman Facebook yang sememangnya sudah terkenal di seluruh dunia.

"Nama mface bukan tiru Facebook, cuma saya akui kami memilih nama yang seakan sama ini untuk menumpang sedikit bahagian atau syer populariti Facebook yang sedia terkenal itu bagi melonjakkan laman mface.

"Saya yakin mface akan diterima ramai dan mampu untuk mencapai sasaran 1 juta pengguna dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang," katanya yang merancang untuk meluaskan jaringan mface ke negara-negara serantau dalam masa terdekat.

Untuk menyertai laman ini, pengguna boleh layari www.mface.me.

mface dicetuskan hasil perkongsian idea AC Mizal bersama rakan kongsi juga pengasas laman itu, Tedy Teow.

Antara barisan artis yang hadir pada malam pelancaran itu adalah Afdlin Shauki, Zizan Razak, Aril AF7, Linda dan Diana Rafar, Sathiya dan ramai lagi. -mstar-

Ramli MS Berpindah Selepas 10 Tahun Tinggal Di Hotel

Posted: 22 Dec 2011 09:08 PM PST



PETALING JAYA: Akhirnya, konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS, membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang baru dibelinya awal tahun depan selepas 10 tahun menetap di sebuah hotel.

Ramli berkata, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan masa depan dengan memiliki sebuah rumah yang selesa agar dapat tinggal bersama ibunya yang masih lagi menetap di Singapura.

"Antara sebab saya tinggal di hotel selama ini kerana kemudahan yang disediakan memudahkan saya yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya seni dan tidak perlu nak fikir tentang masalah rumah bersepah, keselamatan dan sebagainya.

"Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang masa depan. Insya-Allah saya akan membawa ibu bersama-sama untuk berpindah sekitar bulan Januari atau Februari akan datang," katanya ketika ditemui di hotel penginapan di sini.

Tambah Ramli, dia juga akan mengubahsuai salah satu bilik di rumah itu untuk dijadikan sebuah studio mini bagi memudahkan dirinya untuk menghabiskan kerja-kerja seninya itu.

Dalam pada itu, Ramli menafikan sekeras-kerasnya bahawa perpindahan tersebut dibuat kerana bakal menamatkan zaman dudanya.

"Sikap saya lain, banyak perkara yang perlu diuruskan dulu seperti anak-anak, kerjaya dan urusan pembelian rumah baru. Jadi saya tak terfikir pun untuk berkahwin buat masa ini.

"Tapi semestinya saya mahu kahwin satu hari nanti," katanya berseloroh.

Bercerita tentang hidupnya sepanjang 10 tahun menetap di hotel, Ramli berkata tiada memori yang indah untuk diingati dek kerana terlalu fokus dengan kerjayanya, tetapi gembira, pekerja hotel sentiasa melayannya dengan baik.

"Memandangkan sudah lama saya tinggal di sini, mereka telah memberi kebebasan untuk saya.

"Bayangkan, mereka turut membenarkan saya memasak di dapur hotel. Alhamdulillah, saya dilayan dengan baik. Mungkin selepas berpindah nanti saya akan rasa perbezaannya.

"Lebih-lebih lagi dari segi penjagaan dan sekuriti rumah. Harap-harap saya dapat menguruskannya dengan baik," kata Ramli. -mstar-

Didie Alias Bangga Anak Dapat 8A Dalam PMR

Posted: 22 Dec 2011 09:04 PM PST

Didie bersama dua orang anaknya termasuklah Dinie (kanan). (Foto diambil daripada Facebook Didie)

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Didie Alias menganggap kejayaan anak ketiganya, Nur Dinie Ridzuan, 15, merangkul 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai satu hadiah paling istimewa buat dirinya.

Didie Alias berkata kejayaan anaknya dalam PMR yang diumumkan Khamis itu bagaikan pengubat kepada semua hasil penat lelahnya selama ini.

"Ketika nama Nur Dinie diumumkan di dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang, saya sendiri terkejut dan tidak percaya kerana hanya tiga orang sahaja yang diumumkan mendapat 8A.

"Sebagai seorang ibu sudah tentu ada perasaan bangga dan ini merupakan hadiah paling istimewa buat saya. Biar apa juga orang ingin kata tentang saya namun kejayaan ini membuktikan saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Ditanya tentang kunci kejayaan anaknya, Didie berkata dia sentiasa memantau pembelajaran setiap anaknya biarpun sibuk dengan kerjaya.

"Saya tidak nampak dia belajar 24 jam tetapi saya yakin dia menumpukan perhatian sewaktu di sekolah selain mengikuti kelas tambahan di luar waktu sekolah.

"Sebagai ibu sudah tentu saya pantau setiap perkembangan persekolahan dan prestasi akademiknya dari semasa ke semasa," ujarnya.

Sementara itu, jelas Didie dia masih belum merancang sebarang hadiah sebagai ganjaran atas kejayaan tersebut.

"Saya tidak janjikan apa-apa pada dia dan dia juga hanya minta doa dari saya untuk berjaya cemerlang PMR ini," katanya.

Selain Nur Dinie, Didie juga mempunyai empat lagi cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nur Dania, Muhammad Daniel dan Nur Diyana dan Nur Dayini. -mstar-

Jamal Abdillah Diarah Keluar Dari Pengasih

Posted: 22 Dec 2011 09:00 PM PST


INILAH bangunan rumah Pengasih di Bukit Tunku, Kuala Lumpur tempat Jamal Abdillah(gambar kecil) berlindung sejak hampir lima tahun lalu.



KUALA LUMPUR - Selepas hampir lima tahun penyanyi Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali (gambar kecil) menjadi penghuni rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di Bukit Tunku di sini, penyanyi tersohor itu dikatakan telah diarah keluar oleh pihak pengurusan pusat berkenaan pada awal November lalu.

Penyanyi itu dikatakan meninggalkan rumah tersebut pada awal November lalu setelah dia menerima surat arahan supaya keluar dari rumah perlindungan dan pemulihan akhlak itu yang disediakan untuk golongan penagih dadah.

Jamal, 52, yang ditemui selepas sidang akhbar Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah dan Pelancaran Album Raja Pop 2 di pejabat Warner Music Malaysia di sini semalam bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara tersebut tetapi mengaku lebih tenang duduk di luar berbanding di Pengasih.

"Saya lebih tenang berada di luar (Pengasih) daripada duduk di dalam. Kalau boleh saya tak mahu tumpang orang dan nak duduk di rumah sendiri.

"Saya minta maaf kerana tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini. Tunggulah nanti saya adakan sidang akhbar bagi menjelaskan isu ini," katanya yang kini menyewa sementara menunggu rumah baharunya yang dijangka siap pada bulan Februari tahun hadapan. -kosmo-

Budak Lelaki Terima Ganti Rugi Dibuli RM474.7 bilion

Posted: 22 Dec 2011 08:55 PM PST

GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan muka dan badan Robbie Middleton yang melecur teruk.



CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) - Juri di sebuah mahkamah di daerah Fayatte, negeri Texas pada Selasa lalu memutuskan ganti rugi sebanyak AS$150 bilion (RM474.7 bilion) diberikan kepada keluarga seorang budak lelaki yang terbakar pada ulang tahun kelahirannya yang kelapan akibat dibuli oleh seorang jirannya, kata seorang peguamnya kelmarin.

Budak lelaki itu, Robbie Middleton diserang oleh seorang jiran, Don Wilburn Collins yang berusia 13 tahun pada 28 Jun 1998.

Collins mengikat Middleton di sebuah hutan dan mencurahkan badan mangsa dengan minyak tanah sebelum membakarnya.

Middleton berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan.

Selama lima bulan, Middleton sengsara kerana terpaksa berulang kali menjalani pembedahan untuk menggantikan kulitnya.

Dia meninggal dunia akibat kanser kulit pada 29 April lalu.

Seluruh badannya terbakar kecuali tapak kakinya.

Middleton yang pernah memberikan keterangan menerusi rakaman video menyatakan Collins melakukan serangan seksual ke atasnya dua minggu sebelum serangan tersebut berlaku.

Middleton turut merayu kepada juri supaya memberikan keadilan kepadanya.

"Juri memberitahu kami selepas perbicaraan berakhir bahawa keputusan memberikan pampasan terbesar dalam sejarah AS itu bagi memastikan mesej mereka didengari (sebagai pengajaran supaya perkara yang sama tidak berulang lagi,)" kata peguam keluarga Middleton, Craig Sico.

Walaupun ganti rugi itu sudah diputuskan, keluarga Middleton memang mengetahui mereka tidak akan dapat memperoleh RM474.4 bilion itu daripada Collins yang telah merosakkan kehidupan anak mereka, kata Sico.

Tujuan sebenar tuntutan sivil berkenaan difailkan adalah untuk memberi tekanan kepada pihak pendakwa raya Daerah Montgomery, Texas supaya mendakwa Collins kerana membunuh.

Collins yang kini berusia 26 tahun masih berada di dalam penjara kerana kesalahan lain.

Dia tidak hadir dalam perbicaraan Middleton.

Collins dihukum penjara semasa dia berusia 16 tahun kerana didapati bersalah mencabul seorang budak lelaki lain yang berusia lapan tahun.

Dia menghabiskan masa empat tahun di sebuah penjara juvenil sebelum dibebaskan.

Namun, dia dipenjarakan semula tidak lama kemudian kerana mencuri dan enggan mendaftarkan diri sebagai pesalah seks.

Dia akan dibebaskan pada tahun depan.

Rekod ganti rugi terbesar sebelum ini di AS adalah berjumlah AS$145 bilion (RM458.9 bilion) ke atas sebuah syarikat tembakau oleh juri di negeri Florida pada 2000 tetapi keputusan tersebut kemudian diubah. - Agensi

Guru Yoga Tertua Di Dunia

Posted: 22 Dec 2011 08:52 PM PST


 
BERNICE BATES mengajar yoga di Pusat Komuniti Pesara, Pinellas Park, Florida Rabu lalu.


PINELLAS PARK, Florida - Seorang wanita berusia 92 tahun, Bernice Bates menjadi guru yoga paling tua di dunia.

Dia mengajar yoga di Pusat Komuniti Pesara di sini, Amerika Syarikat pada setiap minggu.

Bates telah diiktiraf sebagai guru yoga paling tua di dunia oleh Guinness Book of World Records. - Agensi

Misteri bola metalik jatuh dari langit

Posted: 22 Dec 2011 08:51 PM PST


SEBIJI bola gergasi metalik yang jatuh dari langit di wilayah Omusati, utara Namibia pada bulan lalu.



WINDHOEK, Namibia – Sebiji bola metalik gergasi yang berdiameter 1.1 meter dan berat enam kilogram jatuh dari langit di sebuah kampung di utara Namibia, 750 kilometer dari sini pada November lalu.

Pihak berkuasa Namibia kini menghubungi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan dan Agensi Angkasa Eropah bagi mendapatkan maklumat mengenai bola tersebut.

Institut Sains Forensik Kebangsaan Namibia bingung tentang bola tersebut dan tidak mengetahui dari mana asalnya.

Bola metalik itu ditemui oleh seorang petani di wilayah Omusati.

Menurut beberapa saksi, bunyi kuat kedengaran sebelum ia ditemui seorang petani yang kemudian menberitahu polis.

Bola itu kini dalam simpanan pihak polis. – Agensi

No comments: