Thursday 22 December 2011

Budak Technician

Budak Technician


Gambar Keunikan Tapak Sulaiman Yang Berbisa

Posted: 21 Dec 2011 06:23 AM PST


Tapak sulaiman dipanggil "mahkota duri" menanggung lebih daripada seribu duri-duri beracun dan memakan polip karang. Ia mendiami terumbu karang di Laut Merah dan India tropika dan Lautan Pasifik


The only venomous starfish - Starfish called "crown of thorns" bears more than a thousand poisonous spines and feed on coral polyps. It inhabits the coral reefs of the Red Sea and the tropical Indian and Pacific Ocean.

































credit to reedmagazine.com

PELIK ! Gambar Sukan Air Di China Yang Hanya Menggunakan Sebatang Buluh Sebagai Rakit

Posted: 21 Dec 2011 05:42 AM PST

Satu sukan yang sangat menakjubkan dan hanya terdapat di China. Sukan ini adalah sukan air yang hanya menggunakan buluh untuk dimainkan. Setiap peserta perlu menggunakan sebatang buluh untuk dijadikan rakit dan sebatang buluh lagi dijadikan pendayung. 

Weird Sport in China - One sports a very impressive and is only available in China. Sports is the only water sport using bamboo to play. Each participant will need to use a reed to make a bamboo raft and became a rower.

p/s: kalau aku yang naik confirm aku dah lemas awal-awal lagi :)

credit to caxbee.com

5 Sebab Berlakunya Penipuan Dalam Perhubungan

Posted: 21 Dec 2011 01:29 AM PST



Semua orang tahu bahawa kejujuran sangat penting dalam sesebuah perhubungan. Namun sehebat mana pun kita merancang, kita pasti didatangi masalah. Ada je yang berlaku, salah faham, cemburu.. Tapi yang menyebabkan keretakan hingga membawa kepada perpisahan selalunya adalah PENIPUAN.

Antara sebab pasangan kita menipu adalah..



Bosan / Jemu : 
Kadang-kadang sesetengah pasangan jemu dan mudah bosan dengan perhubungan mereka, apatah lagi apabila tidak diberi perhatian dan mereka rasa tidak dihargai..


Balas dendam :
Mungkin seringkali ditipu oleh pasangan, dia bertindak untuk membalas dendam kepada pasangan barunya.. kononnya dia benar-benar sayang sedangkan niatnya hanya untuk memuaskan hati.


Hidup terkongkong :
Biasanya pasangan suka mengawal apa yang kita lakukan. Ruang kebebasan menjadi terhad.. Lama kelamaan dia menjadi dia menjadi benci. Nak pergi hang out dengan kawan-kawan.. Kata pergi library..


Power of money :
Bercinta disebabkan kemewahan dan kekayaan pasti penuh dengan penipuan..Si dia cuma cintakan wang kamu.. Selagi kamu berduit.. selagi itulah dia setia.


Orang ketiga:
Bila sesuatu hubungan di cemari oleh orang ketiga, mereka mula mencipta penipuan dengan pelbagai alasan supaya tidak di ketahui pasangan.. Orang ketiga,, sebenarnya bukan salah dia. Tapi salah kita jika tak pandai jaga hati dan perhubungan.. Kalau tak layan.. tak jadi..


Seeloknya jika sudah tidak sefahaman.. tak perlulah menjadikan penipuan sebagai adunan. Berbincang dengan baik. Selesaikan dengan cara yang baik.. Jika ada yang bersikap seperti di atas " sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua" Lambat laun semuanya akan terbongkar.. dan mengundang masalah yang lebih besar.

sumber : nora auliyya

Latif Ibrahim Kritikal Di IJN

Posted: 21 Dec 2011 12:52 AM PST



Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim atau Latif Ibrahim, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad lalu akibat serangan sakit jantung.

Penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

"Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal.

"Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Khatijah, ini merupakan kali kedua penyanyi tersebut dimasukkan ke IJN akibat penyakit yang sama.

"Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung," katanya.

Dalam pada itu, Khatijah berkata buat masa ini pelawat yang ingin menziarah tidak dibenarkan masuk atas arahan pihak IJN.


p/s : sama-samalah kita mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan kembali stabil



credit to jiwang user

Wang Kertas Dan Syiling Baru Akan Dikeluarkan 2012

Posted: 21 Dec 2011 02:40 AM PST



Dengar tentang duit pasti ramai yang teruja. Ramai yang bekerja siang malam demi duit. Kata orang duit bukan kebahagian, bagi saya untuk mencari kebahagian pasti kena ada duit. Kata orang lagi, duit bukan segala-galanya. Tapi, segala-galanya adalah duit kan? Dah melarut pula. Jom terjah di bawah.
Bank Negara Malaysia menerusi kenyataan rasminya menyatakan akan mengeluarkan siri baru bagi wang kertas dan wang syiling bagi negara Malaysia. Siri baru tersebut akan dimulakan menjelang awal 2012 dengan membawakan ciri keselamatan yang lebih tinggi dan teknologi yang diperbaharu.
5 sen
10 sen
20 sen
50 sen
Syiling lama dan syiling baru
Duit Euro (disamakan)
Gunung kinabalu yang ada pada rm1.00 sebelum ini telah di tukar kepada bunga raya.
 
Di atas ini merupakan duit syiling baru yang akan di keluarkan oleh bank negara malaysia januari tahun depan
 


sumber : adlishinichi.blogspot.com / josrevalution

Gempar! Gambar Bayi Masih Hidup Walaupun Lahir Dari Dalam Tanah

Posted: 20 Dec 2011 11:31 PM PST

Kejadian sungguh luar biasa.. ini adalah gambar kelahiran bayi dalam tanah..







Cerita ringkas: Kejadian ini berlaku ketika banjir besar yang melanda India.. Seorang ibu tua yang tengah sarat mengandung telah dihanyutkan oleh air banjir yang deras.. setelah air surut bayi itu telah ditemui dalam keadaan yang mengayat hati tetapi masih hidup.. ibu bayi tersebut tidak di temui..

ps: betapa besar kekuasaan Allah.. 


sumber / yangterhot

Tips Berkesan Mengekalkan Hubungan Baik Dengan Kawan

Posted: 20 Dec 2011 10:29 PM PST



Islam menyuruh kita untuk berkenal-kenalan dengan seberapa ramai orang yang boleh. Ada banyak kelebihan kalau kita ada ramai kenalan atau kawan.
Antaranya kawan kita boleh menjadi :
  • tempat kita meluah perasaan
  • teman untuk kita berborak dan bertukar-tukar fikiran
  • boleh juga jadi pelanggan (kalau kita berniaga)
  • boleh menjadi teman dikala kita kesunyian @ boring
  • boleh juga jadi penasihat kita kalau kita dalam kebuntuan
  • dan banyak lagi laaa…
Pepatah Melayu pun ada mengatakan ;
Berkawan biar beribu, berkasih biar satu!
Bermaksud, kita digalakkan untuk berkawan dengan seberapa ramai orang yang boleh.
Cuma persoalannya sekarang ialah ;
Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan baik dengan kawan kita yang sedia ada? Apakah caranya untuk kita kekalkan hubungan dengan kawan-kawan kita?
Berikut ini saya kongsikan 6 tips berkesan bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan kita.

  • 1. Sebarkanlah salam
Kalau anda jumpa kawan, pastikan anda beri salam dulu. Dan bila nak berpisah pun, ucap juga salam kepadanya. Fahami maksud kalimah salam itu. Dan ucapkanlah dengan penuh keikhlasan dan dengan niat kita berdoa kepada Allah supaya Allah sejahterakan sahabat kita tu.
Mengenai salam ni, nabi SAW ada berpesan dalam sabdanya "
"Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam." (Hadith riwayat Abu Daud)
  • 2. Kenali perangai kawan anda
Bak kata pepatah Melayu ;
"Tak kenal, maka tak cinta".
Bermakna anda kena betul-betul mengenali siapa kawan anda. Adakah anda tahu faham perangai kawan-kawan anda? Apa kelemahan mereka? Apa kelebihan mereka? Dengan mengenali mereka sebenar-benarnya, anda dengan mudah dapat bertolak ansur dan memaafkan sekiranya berlaku perselisihan pendapat. Jadi, kenali mereka dan layan mereka mengikut personaliti mereka.
  • 3. Menjadi pembela kepada kawan anda
Kalau kawan anda kena aniaya, kena kutuk atau kena umpat ker, anda kena la menjadi pembela kepada mereka. Kalau ada orang lain cerita keburukan mereka, jangan la anda mengiakan pula. Anda kena menafikannya dan cover mereka sebaik mungkin. Cerita tentang kebaikan mereka. Anda kena jadi penyokong, pemberi semangat dan menyebelahi kawan anda.
  • 4. Saling memaafkan
Kadang-kadang berlaku pergeseran atau perbalahan @ perselisihan faham antar anda dengan kawan anda. Itu perkara biasa. Kita kan manusia biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit maa. Yang penting, anda jangan mudah ambil hati. Saling bermaafanlah dengan kawan anda. Kalau dia sakitkan hati anda, maafkanlah dia. Kalau anda pula yang telah melukakan hati dia (samada secara sengaja atau tidak), anda jangan segan untuk minta maaf. Minta maaf dan kira kosong-kosong balik.
  • 5. Setia dalam persahabatan
Jangan khianati persahabatan anda. Contohnya, kalau kawan anda ada kongsi pengalamannya dan minta dirahsiakan. Jangan pula anda jaja cerita tu pada orang lain. Anda kena jaga amanah, jaga rahsia dan tidak mendedahkan keburukan kawan-kawan anda kepada orang lain. Jangan sekali-kali TIKAM BELAKANG kawan anda.
  • 6. Saling mendoakan
Jangan lupa untuk doakan kebaikan untuk kawan-kawan anda. Sebutlah nama mereka dalam doa anda. Doa adalah senjata yang paling ampuh dalam mengekalkan hubungan. Doakan apa saja kebaikan untuk kawan anda. Berdoalah pada Allah supaya hubungan anda dengan kawan-kawan sentiasa baik, mesra dan berkasih sayang antara sesama anda.



sumber : pakarhowto.com

Gabrielle Joseph - Model Remaja Yang Membunuh Diri Selepas Temujanji Dibatalkan

Posted: 20 Dec 2011 10:10 PM PST


Seorang model rangkaian jenama Hollister membunuh diri di bawah keretapi 75mph Milford Haven ke Cardiff 75 minit selepas mendapat pesanan SMS dari seorang lelaki yang membatalkan temu janji mereka. Gabrielle Joseph, 16, memberitahu rakan-rakan di Facebook: ''Saya akan membunuh diri malam ini''. Ini kerana gadis yang dikenali sebagai Gabby ini berasa sedih apabila lelaki itu membatalkan 'date' mereka untuk ke panggung wayang pada malam berikutnya.






Semasa hidupnya, gadis ini seorang yang sangat sibuk dengan A-levels di samping dua
kerja sambilan termasuk menjadi model.Seminggu sebelum kematiannya,
gambarnya telah dipilih sebagai 'image of the week' oleh Digital Photographer magazine.Dia telah menulis sebanyak tiga muka pesanan di Facebook kepada rakan-rakannya sebelum
dia meninggal dunia pada bulan April lalu.







Keluarganya ketika ditemui selepas peristiwa itu berkata mereka telah mendapat banyak sokongan dari pelbagai pihak.''Kami juga cuba untuk bergerak ke hadapan secara positif dengan berusaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang isu-isu bunuh diri di kalangan belia dan kesan pada keluarga yang ditinggalkan.Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menggesa orang muda untuk berkongsi masalah mereka dengan bercakap dengan seseorang yang mereka percayai.Tiada masalah yang tidak dapat diatasi dan pasti akan ada seseorang yang akan membantu''.

Sumber / jennykaleyn

Iklan Jawatan Kosong 2011 - AmBank Group

Posted: 20 Dec 2011 08:23 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-4KeqyZMBfyw/Tu314JQ2rpI/AAAAAAAAC-I/vJWJQBuO6kY/s1600/Jawatan%2BKosong%2BAmBank%2BGroup.gif


At AmBank Group, we continuously seek outstanding individuals with a strong interest in financial markets and services. Energetic individuals with a broad mix of skills and performance-driven mindset to join some of the finest minds in the financial services industry.

Together with our strategic partner, the Australia and New Zealand Banking Group (ANZ), we are looking at a brighter future. You can be a part of our drive to achieve even greater heights of excellence.

Come join us on our journey! Be part of a dynamic financial services group and raise the bar to achieve your highest career aspirations. Be part of AmBank Group

1. Assistant Manager Country Risk Operations
2. Wealth Specialist
3. Branch Manager
4. Business Relationship Manager
And many more vacancies

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENT & APPLY ONLINE

Closing Date: 16 Jan 2011

Iklan Jawatan Kosong 2011 - AgroBank

Posted: 20 Dec 2011 08:19 PM PST

http://4.bp.blogspot.com/--LgtrXQCrzM/Tu3135cJu0I/AAAAAAAAC94/-MDNSTeVWsc/s1600/Jawatan%2BKosong%2BBank%2BPertanian%2BMalaysia%2BBerhad.gif 

Agrobank is an institution which provides holistic financial services and banking facilities. We give our utmost priority to the needs of our customers by providing attractive products and services such as savings activities, banking services, loan facilities, insurance coverage and advisory services. Agrobank is a Government-linked-Company (GLC) under the Minister of Finance Incorporated (MFI). The bank's financing of the agricultural sector is driven by a policy set forth by the Ministry of Agriculture and Agro-based Industries. Agrobank is a continuity of the former Bank Pertanian Malaysia which has 40 years of experience in agricultural banking and an excellent track record in shaping and developing successful entrepreneurs.With a wide network of branches throughout Malaysia, we are confident of providing the best services to all.

1. Executive Industrial Relations
2. Executive Recruitment
3. Manager/Executive, Talent Management
4. Programmer
5. System Analyst
6. Business Analyst
7. Analyst Programmer
8. Mgr/Exec, Management Information System
9. Database Admin
10. Manager/Executive Application Support
And many more Vacancies

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS

How to Apply:-
Please submit your resume, copy of IC, certificates, recent passport-sized photograph, 3 months latest payslip to Agrobank, Manpower Planning, Recruitment & Placement, Level 12, Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur, or alternatively you can send your resume to recruitment@agrobank.com.my.

Contact Person :

Khadijah Zulkifli = 03-2731 1600 ext 1231
Putri Azraini = 03-2731 1600 ext 1237
Norashikin Ariffin = 03-2731 1600 ext 1233

Closing Date : 08 January 2012

Astro Lancar Satelit TV Percuma Pertama Malaysia

Posted: 20 Dec 2011 07:49 PM PST


KUALA LUMPUR – Astro melancarkan televisyen satelit percuma pertama Malaysia, NJOI, sebagai sebahagian daripada aspirasi untuk menyediakan pembelajaran sepanjang hayat, maklumat, hiburan, termasuk sukan, secara percuma untuk rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rohana Rozhan berkata Astro akan memperkenal NJOI menerusi tiga fasa.

Beliau berkata menerusi fasa pertama, Astro akan mengagihkan 50,000 dekoder dan piring satelit NJOI kepada peserta program eKasih.

"Fasa kedua pula membabitkan usaha menjadikan perkhidmatan NJOI disediakan kepada semua, menjelang suku pertama 2012, dengan pelanggan boleh membeli dekoder dan piring, memasangnya dan mula menikmati perkhidmatan berkenaan.

"Menerusi fasa ketiga pula, pelanggan NJOI boleh memilih sama ada membeli kandungan tambahan mereka sendiri, daripada menu produk dan perkhidmatan menerusi mekanisma prabayar, yang akan disediakan menjelang pertengahan 2012," katanya pada pelancaran NJOI di sini hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut hadir ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum dan Pengerusi Astro Datuk Badri Masri.

Rohana berkata pelanggan NJOI boleh menonton 37 perkhidmatan TV dan radio seperti Astro Tutor, Astro Vanavil, Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Bernama TV, Astro AEC, Jia Yu, Makkal TV, iView, iMus, TVi, TV1 dan TV2.

Beliau juga berkata Astro merancang menawarkan perkhidmatan atau pilihan perkhidmatannya menerusi peranti pintar dalam kalangan pelanggan sedia adanya.

"Perkhidmatan ini akan disediakan pada suku kedua tahun depan," katanya. – BERNAMA

Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian (Gay Melayu)

Posted: 20 Dec 2011 05:30 PM PST


KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.

Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.

"Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya," katanya kepada media tersebut hari ini.

Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.

"Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain," katanya lagi.

Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan 'hilang' setelah pencariannya menemui jalan buntu.

Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.

Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya 'hilang' dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.

"Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini," katanya lagi.

Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN


*memang mamat ni dah bengong ker apa...muslim apanya dah kalau dok beromen dengan jantan sama jantan...!!! Itu dah lari dari akhidah seorang muslim dah...!!!

Bekas Ratu Cantik Venezuela Meninggal Dunia

Posted: 20 Dec 2011 05:24 PM PST



CARACAS, Venezuela — Bekas ratu cantik Venezuela, Eva Ekvall, meninggal dunia akibat barah payudara pada usia 28 tahun Sabtu lalu di sebuah hospital di Houston.


Ekvall, dimahkotakan sebagai Ratu Venezuela pada usia 17 tahun pada tahun 2000, dan dipilih sebagai pemenang ketiga pertandingan Miss Universe di Puerto Rico.

Selepas kejayaan tersebut, dia kemudiannya meneruskan karier sebagai model, aktress dan penyampai di televisyen.

Dia pernah menulis sebuah buku, "Out of Focus" yang menceritakan mengenai perjuangannya melawan barah dan buku itu ditulisnya dengan matlamat menyedarkan orang ramai mengenai keperluan mencegah daripada penyakit tersebut.

Gambar pada muka depan buku itu memaparkan wajahnya dengan solekan dan kepala botak selain imej dalam buku yang turut menunjukkan dia menjalani proses kimoterapi.

"Saya benci melihat foto tersebut yang hodoh. Namun tahukah andam bahawa tiada siapa pun yang menyatakan kepada saya bahawa barah itu indah dan saya perlu kelihatan seperti Miss Venezuela apabila dihidapi barah," katanya dalam temubual dengan sebuah majalah sebelum ini.

Ketika itu, Ekvall yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia dua tahun yakin bahawa dia mampu mengatasi penyakit tersebut dan berazam untuk menulis lebih banyak buku.

Dalam ada itu, bapanya, Eric Ekvall, berkata, ibunya yang juga dinama sebagai Eva, meninggal dunia pada usia 39 tahun juga akibat penyakit yang sama.

"Sesiapa yang mengenali Eva pasti tahu dia tidak pernah mengalah dan berjuang untuk mendapat apa yang dihajatinya," katanya.

Sementara suaminya, John Fabio Bermudez telah memuat naik gambar terakhirnya bersama Ekvall di dalam twitter.

Dalam gambar tersebut, Fabio memegang tangan isterinya yang sedang terbaring lesu di atas katil.
Pada gambar itu tertulis, "Sentiasa bersama….Saya sayang awak, isteriku". -mynewshub-

Hasan Ali Kritik Pas, Cabar Mustapa

Posted: 20 Dec 2011 05:21 PM PST



KUALA LUMPUR – Mungkin sudah tidak tahan dengan komitmen ber'tahaluf siyasi', Exco Kerajaan Negeri  Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali hari ini bertindak meluahkan perasaannya kepada media berhubung kepimpinan Pas dan hala tuju parti itu.

Dalam kenyataannya kepada media hari ini, Hasan menyifatkan serangan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali, terhadapnya sebagai satu perbuatan yang bongkak dan sombong yang berniat jahat dipercayai untuk menjatuhkannya.

"Setiausaha Agung PAS menggunakan kuasanya melatah dan seperti hilang arah hingga sanggup bermain dengan api fitnah," katanya yang dipetik dari Berita Harian Online di Petaling Jaya hari ini.

Mustapa sebelum ini menyerang bekas Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor itu dengan menyatakan bahawa beliau telah terperangkap di dalam permainan UMNO bagi melemahkan Pas.

Beliau yang mengadakan sidang akhbar di kediamannya turut mencabar Mustapa untuk mengemukakan jawapan yang berfakta berhubung kenyataan tersebut dalam tempoh terdekat.

Selain itu, Hasan juga turut mengkritik keras hala tuju Pas yang mengubah dasar perjuangan parti dari menubuhkan sebuah kerajaan Islam kepada penubuhan sebuah kerajaan berkonsepkan negara kebajikan seperti yang diumumkan pada Muktamar Tahunan PAS 2011 yang lalu.

Justeru itu, beliau tanpa teragak-agak menggesa kepimpinan partinya supaya kembali kepada perjuangan asal Pas untuk menubuhkan kerajaan Islam di negara ini.

Menurutnya lagi, Pas boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak sekali pun asalkan pucuk pimpinannya tidak berkompromi mengenai perjuangan asal menubuhkan negara Islam sebagaimana yang diperjuangkan pada awal penubuhan parti itu dahulu.

Pas yang merupakan sebuah parti Islam yang ditubuhkan pada tahun 1951 dan memperjuangkan penubuhan negara Islam secara total sehingga mengubah perjuangan tersebut kepada negara kebajikan tahun ini.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Dua Warga Brunei Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya

Posted: 20 Dec 2011 05:16 PM PST

Anggota bomba membantu warga emas Brunei yang terlibat dalam kemalangan bas ekspres warga Brunei, yang berlaku di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan dekat sini patang Selasa. Setekat ini enam orang terkorban dalam nahas ini termasuk dua yang terkorban di tempat kejadian.

TUARAN: Dua penumpang bas ekspres warga Brunei, seorang lelaki dan seorang wanita, maut dalam kemalangan jalan raya dekat sini petang ini, menurut Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Zaharuddin Rasip.

Beliau berkata mangsa lelaki itu berusia 50 tahun dan seorang wanita itu berumur dalam lingkungan 50-an, maut akibat terhimpit dalam kemalangan itu yang berlaku pada kira-kira pukul 3.05 petang.

Kemalangan itu berlaku apabila pemandu bas yang dinaiki itu, dipercayai hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam lalu melanggari sebatang pokok besar di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan.

Bas ekspres itu yang membawa 40 warga Brunei yang kini sedang melancong Ke Sabah sejak Jumaat lepas sehingga esok, dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Setakat ini seramai 11 orang cedera akibat kemalangan itu dan mereka dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk menerima rawatan.

Nama mangsa yang maut belum diketahui dan 21 orang penumpang lain termasuk pemandu bas itu tidak mendapat sebarang kecederaan. - BERNAMA

Olehan pasir terjemahan emosi

Posted: 20 Dec 2011 05:01 PM PST


JARI-JEMARI seorang lelaki cermat menaburkan pasir di atas kanvas kaca yang dibentang di atas sebuah meja. Ia berfungsi sebagai kotak cahaya (light box) untuknya membuat persembahan.

Diiringi skor muzik asal filem Titanic, pergerakan jari Bee Ghee Leng, 36, ibarat bersatu dengan muzik tersebut. Perlahan-lahan butiran-butiran pasir pantai itu dioles bagi membentuk tekstur dan imej sebuah kapal mewah sedang belayar di lautan luas dengan megah.

Belum puas penonton menikmati keindahan imej yang terbentuk itu, Ghee Leng yang mesra disapa Loong Bee mengajak orang ramai kembali berteka-teki apakah imej yang bakal dihasilkan selepas itu.

Durasi tujuh minit membawa penonton menyorot pandangan ke alam ilusi tentang kisah romantik klasik antara watak Jack dan Rose yang terpisah di Lautan Atlantik selepas karamnya Titanic.

Rata-Rata penonton khayal laksana dibuai mimpi kerana begitu menjiwai mesej olesan pasir karya Loong Bee. Tidak kurang juga ada yang menitiskan air mata menyaksikan lakaran emosi yang dimainkan Loong Bee.

Tidak mempunyai sebarang latar belakang seni, anak jati Klang, Selangor itu merupakan seorang pereka gaya rambut. Beliau juga merupakan pemilik kepada dua buah salon, March Hair Studio yang terletak di Klang Parade dan Pusat Komersial, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

"Dua tahun lalu, saya menonton televisyen dan melihat aksi seorang pelukis pasir dari China, Su Dabao. Saya tidak menyangka pasir boleh digunakan sebagai medium 'melukis'.

"Bermula daripada situ, saya banyak melakukan kajian di Internet untuk melihat video-video penganimasi pasir di laman YouTube dan mencari maklumat tentang peralatan yang diperlukan bagi menghasilkan lukisan pasir.


MUZIK menjadi pelengkap penting dalam sebuah persembahan daripada pakar animasi pasir.


"Saya cuba mencari tempat yang menjual light box di Malaysia namun gagal. Bagi merealisasikan hasrat itu, saya menempah khas kotak tersebut mengikut idea saya," singkapnya yang kini telah menghasilkan lebih daripada 80 karya animasi pasir.

Kisah cinta pengantin
Disebabkan lapangan animasi pasir masih mentah di Malaysia, Loong Bee tiada pilihan lain selain menggali sendiri lowong seni baharu itu. Tiada seniman tempatan lain boleh dijadikan teman bagi berkongsi kemahiran khusus itu.

Hampir setiap hari, bapa kepada dua cahaya mata itu melatih diri menghasilkan karya-karya 'lukisan' pasir agar dia tidak ketandusan idea apabila dipanggil menjayakan sebarang persembahan.

Tempoh setahun telah diabdikan untuk memahirkan dirinya dalam seni tersebut sehingga Loong Bee berasa betul-betul bersedia berkongsi kebolehan itu dengan orang ramai.

"Karya pertama saya ialah kisah Titanic dan adik lelaki saya menggalakkan saya memuat naik video tersebut ke dalam YouTube.

"Selepas beberapa ketika, ramai orang menunjukkan minat terhadap karya saya dan saya mula menerima jemputan bagi mengadakan persembahan lukisan pasir secara langsung," jelasnya yang mendedahkan bahawa animasi pasir pada asalnya adalah hobi sahaja.


ANTARA lorekan pasir Loong Bee yang menceritakan semula kisah cinta Titanic.


Turut menerima tempahan bagi mengadakan persembahan di majlis perkahwinan, Loong Bee menceritakan bahawa kebanyakan pengantin yang ditemuinya suka kisah cinta mereka dilakarkan di atas kanvas kaca dengan gugusan pasir pantai.

Loong Bee akan menterjemahkan kisah cinta pasangan pengantin tersebut dan akan dipersembahkan kepada mereka terlebih dahulu bagi tujuan penambahbaikan.

Walaupun karya yang dihasilkan tidak boleh disimpan sebagai kenangan buat pasangan pengantin, namun perasaan yang terbit cerita bahagia mereka yang dilayarkan untuk tatapan tetamu pasti diingati seumur hidup.

Tidak boleh silap
Tambah Loong Bee: "Kelebihan animasi pasir ialah ia boleh berubah-ubah dari satu babak membentuk babak yang lain. Ia seperti menonton filem pendek dan lebih menyeronokkan apabila ia diiringi muzik yang bertepatan dengan tema karya yang dipersembahkan."

Jika seorang pelukis boleh memadam kesilapan pada lukisan, pengoles pasir pula tidak boleh melakukan sebarang kesilapan lantaran karya tersebut bersifat tontonan langsung.

Kesilapan kecil seperti salah amaun taburan pasir pasti mencacatkan imej yang bakal terbentuk di skrin sekali gus menjejaskan keseluruhan persembahan.

"Dalam seni ini, kita tidak boleh mengangkat kembali pasir-pasir yang salah ditabur kerana ia akan mencacatkan bahagian lain.

"Pelukis pasir juga tidak boleh berhenti membetulkan kesilapan yang timbul kerana aspek masa amat dititikberatkan. Jika tercepat atau terlambat, sudah tentu penceritaan tidak akan selari dengan muzik yang dimainkan," kata Loong Bee yang memberitahu setiap persembahan lukisan pasir tidak boleh melebihi 15 minit.

Untuk bergelar seorang penganimasi pasir, seseorang itu perlu mempunyai asas melukis terlebih dahulu kerana mengoles imej menggunakan pasir adalah lebih sukar berbanding berkarya di atas kertas lukisan.

Mengawal jatuhan butiran pasir untuk setiap bahagian lukisan merupakan tugas paling sukar. Mereka perlu menguasai teknik tersebut sebelum boleh melakukan persembahan di hadapan orang ramai.


LOONG BEE berbangga apabila ketekunannya melatih skil animasi pasir kini semakin mendapat perhatian khalayak ramai.


"Membentuk bahagian kening dan mata pada imej wajah seseorang sangat susah dan saya sentiasa berhati-hati ketika membuatnya," jelasnya yang kini turut melatih anak perempuannya, Bee Xiang Zi, 6, menghasilkan animasi pasir.

Kepentingan emosi
Sementara itu, pelukis pasir kelahiran Ukraine, Daria Pushankina, 26, pula menyatakan ideanya hadir berdasarkan emosi dan perasaan yang dialami sepanjang pengalamannya berkarya.

Adakalanya, ujar Daria, muzik juga memainkan peranan penting baginya menjiwai hasil seni yang bakal dipertontonkan kepada orang ramai.

Daria turut menjalinkan teknik penceritaan yang unik dan tersendiri untuk memberikan hasil pertunjukan yang berbeza-beza setiap kali beraksi di pentas.

Pelajaran dalam seni animasi pasir diperoleh daripada eksplorasi bersama pelajarnya di dalam kelas lukisan selain didorong oleh kehebatan karya artis lukisan pasir lain seperi Ilana Yahav, Ferenc Cako dan David Myriam.

"Bukan mudah untuk berkarya secara terus kepada khalayak kerana kegagalan menterjemahkan mesej itu kepada penonton amat tinggi.

"Maka, kaedah terbaik untuk menawan hati peminat adalah dengan menggabungkan elemen utama kehidupan iaitu muzik, pergerakan dan emosi," katanya yang pernah menjayakan persembahan GLITZ di The Pavilion, First World Plaza, Genting Highlands pada November tahun lalu hingga April lepas. -kosmo-

Mayat Kim Jong-il dipamer

Posted: 20 Dec 2011 04:58 PM PST


MAYAT Kim Jong-il dipamerkan di Istana Memorial Kumsusan di Pyongyang semalam.



SEOUL, Korea Selatan - Mayat pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il yang meninggal dunia kerana serangan jantung dipamerkan dalam sebuah keranda berkaca di Istana Memorial Kumsusan di Pyongyang semalam.

Stesen televisyen di Korea Utara menunjukkan seorang anak lelaki bongsu Jong-il, Kim Jong-Uun yang berusia lewat 20-an dan pengganti bapanya di negara komunis itu melihat jenazah tersebut bersama dengan beberapa pegawai tinggi.

Mayat Jong-il memakai pakaian kegemarannya yang berwarna hijau dan dengan sehelai bendera berwarna merah menutup sebahagian pakaian itu.

Dekri berkabung selama 13 hari dikeluarkan di seluruh negara ekoran kematian Jong-il.

Rejim komunis di Korea Utara merahsiakan kematian Jong-il selama dua hari sebelum seorang pembaca berita mengumumkan kematiannya di televisyen pada Isnin lalu.

Menurut media Korea Utara, Jong-il meninggal dunia pada Sabtu lalu kerana satu serangan jantung yang disebabkan tekanan dan kerja terlalu kuat.

Jong-il berusia 69 tahun semasa dia meninggal dunia.

Majlis pengebumian akan diadakan pada 28 Disember di Istana Memorial Kumsusan di Pyongyang.

Jong-il berkuasa selama 17 tahun selepas kematian bapanya, Kim ll-sung.

Korea Utara dan Korea Selatan secara teknikalnya masih berperang sejak peperangan tiga tahun di antara kedua-dua buah negara berakhir menerusi gencatan senjata pada 1953.

Amerika Syarikat menempatkan 28,500 askar di selatan Korea Selatan dan 50,000 anggota tentera di Jepun.

Korea Utara dipercayai mempunyai simpanan plutonium dalam jumlah yang besar mencukupi untuk menghasilkan lapan senjata nuklear. - Agensi

Dua pemuda punk cuba lari

Posted: 20 Dec 2011 04:55 PM PST


SEORANG peminat muzik punk turun dari sebuah trak untuk bersolat di sebuah pusat latihan polis di Seulawah, Aceh Besar, Aceh pada Sabtu lalu.



SEULAWAH, Indonesia - Dua daripada 65 peminat muzik punk termasuk lima wanita yang sedang menjalani proses pemulihan akhlak di sebuah pusat tahanan polis di sini, Aceh hampir berjaya melepaskan diri sebelum mereka dibebaskan pada Jumaat ini.

Dua pemuda terbabit berpura-pura mahu ke bilik air sebelum mereka melarikan diri ke bandar Banda Aceh yang terletak 50 kilometer dari lokasi mereka ditahan.

Kedua-duanya dipercayai berbuat demikian kerana benci berada di pusat berkenaan.

Polis menemui mereka merayau-rayau di jalanan sembilan jam selepas melarikan diri dan membawa mereka pulang sejurus selepas tengah malam.

"Mereka menyatakan rindu pada ibu bapa mereka tetapi jelas, mereka menipu," kata ketua polis tempatan, Kolonel Armensyah Thay.

"Mereka tidak pulang ke rumah. Mereka selama ini hidup di jalanan," tambahnya.

Semua 65 belia punk itu akan dibebaskan pada Jumaat ini selepas menjalani proses pemulihan selama 10 hari.

Sepanjang tempoh tersebut, mereka diajar ilmu agama dan akhlak selain melakukan kawat tentera bertujuan untuk menjadikan mereka lebih berdisiplin.

Bagaimanapun, seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Yudi, 19, menyatakan, kem akhlak tersebut tidak berjaya.

Dia meronta dengan kuat apabila beberapa anggota polis cuba mencukur rambutnya.

Apabila kepalanya dibotakkan, Yudi mula menitiskan air mata.

"Ia merupakan satu seksaan buat saya. Saya tidak sabar untuk keluar" katanya.

"Mereka tidak boleh mengubah diri saya. Saya sayang punk. Saya tidak merasa bersalah tentang gaya hidup saya. Kenapa saya perlu rasa bersalah? Tiada apa yang salah tentangnya." tambah remaja berkenaan.

Teman wanitanya, Intan Natalia, 20 turut bersetuju dengan pendapat tersebut.

Rambut perang Intan dipotong pendek dan diwarnakan hitam dengan dia dipaksa memakai tudung.

"Mereka boleh berkata apa saja yang mereka mahu tetapi saya suka dengan cara hidup punk. Ia sesuai dengan diri saya," katanya.

Semua 65 belia punk itu dibawa ke pusat tahanan polis berkenaan pada minggu lalu selepas polis menyerbu satu konsert di Aceh.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam.

Belia itu ditangkap pada konsert muzik punk pada 10 Disember lalu dan dipaksa memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.

Mereka dibawa ke pusat latihan polis pada 13 Disember lalu bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis. - Agensi

Lady Gaga tiba di Tokyo

Posted: 20 Dec 2011 04:42 PM PST


Lady Gaga



TOKYO - Penyanyi yang terkenal dengan imej pelik, Lady Gaga tiba di sini semalam beberapa jam selepas akaun Twitternya dilaporkan digodam.

Penggodam itu menyiarkan satu pertandingan palsu dengan hadiah komputer iPad di laman tersebut sebelum ia ditarik balik.

Lady Gaga turut menjelaskan mengenai penggodaman itu di laman Twitter.

Menurut Lady Gaga, penggodaman itu sudah berakhir.

Dalam satu lagi mesej, Lady Gaga menyatakan dia suka berada dalam penerbangan kerana dapat tidur dan talian telefon bimbit tidak berfungsi.

Sejumlah peminat menyambut ketibaan Lady Gaga di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di pinggir Tokyo.

Dia tiba di Jepun untuk menghadiri satu majlis muzik. - Agensi

Berenang dalam tasik berais di Beijing

Posted: 20 Dec 2011 04:33 PM PST

SEORANG lelaki berenang di dalam Tasik Houhai yang berais di Beijing kelmarin.



BEIJING - Berenang semasa musim sejuk di tasik berais merupakan amalan popular dalam kalangan golongan dewasa dan pesara di sini.

Amalan itu dipercayai akan memperbaiki peredaran darah dan memberikan manfaat kesihatan.

Berenang dalam tasik berais itu juga dikatakan mampu untuk meningkatkan tahap kesedaran mental, mengurangkan tekanan dan menghilangkan kesakitan.

Amalan itu juga boleh menjadikan kulit kekal kelihatan muda selain meningkatkan daya ketahanan diri. - AFP

Kilat kasut dapat RM476.52 sehari di Washington

Posted: 20 Dec 2011 04:29 PM PST


GUSTAVO CARPIO mengilat kasut di Washington D.C pada 13 Disember lalu.



WASHINGTON, Amerika Syarikat - Seorang imigran dari Peru, Gustavo Carpio memperoleh pendapatan sebanyak AS$150 (RM476.52) sehari dalam musim panas kerana mengilat kasut di depan kafe Starbuck di Washington D.C.

Dia juga boleh memperoleh pendapatan sebanyak AS$100 (RM317.68) sehari sepanjang musim sejuk.

Carpio mengilat kasut di depan kedai Starbuck yang terletak beberapa blok bangunan dari White House.

Menurutnya, dalam tempoh dua tahun, pelanggannya meningkat dua kali ganda.

Seorang ahli perbankan, Bruce Neal kerap duduk di bangku Carpio yang mengenakan bayaran AS$7 (RM22.23) untuk mengilat sepasang kasut dan AS$10 (RM31.76) bagi but.

"Gus (Carpio) adalah yang terbaik (mengilat kasut)," kata Neal. - AFP

No comments: