Wednesday 21 December 2011

Budak Technician

Budak Technician


5 Gambar Abby Abadi Bertudung

Posted: 20 Dec 2011 08:11 AM PST

Wah, bukan main sweety dan preety lagi melihat kelibat Abby Abadi bertudung pada satu majlis yang

turut dihadiri oleh penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini.

Memang kita tak nafikan, ini sememangnya majlis ilmu, sudah tentu sesiapa yang hadir pasti menutup aurat.

Adakah Zul akan bertaut kembali setelah melihat gambar ini? hehe... Apa-apa pun kita enjoy dulu dengan gambar di bawah ini.









sumber : jiwang

Gempar! Gambar Proses Pembuatan Perodua Kancil Terbaru Tersebar

Posted: 20 Dec 2011 05:57 AM PST

Gambar hiasan

Kancil Baru Keluaran Perodua Akan Dilancarkan.
Pilih jer mana korang nak...Untuk tempahan, sila isi borang ok. :)

Model : Kembara Kancil Lagi Best

Model : Van Kancil Lagi Best

Gambar Proses Pembuatan 'Machine Gun'

Posted: 20 Dec 2011 02:07 AM PST


Wow...macam ni ker rupanya cara machine gun dibuat.

machine gun factory 1
machine gun factory 2
machine gun factory 3
machine gun factory 4
machine gun factory 5
machine gun factory 6
machine gun factory 7

machine gun factory 9
machine gun factory 10
machine gun factory 11
machine gun factory 12
machine gun factory 13
machine gun factory 14

machine gun factory 16


credit to aidawahablovefun

PANAS! Video Klip Terbaru Julia Perez 'Jupe Paling Suka'

Posted: 20 Dec 2011 01:22 AM PST


Terlibat masalah undang-undang, terkena ban di beberapa bandar tak membuat Julia Perez berhenti berkarya. Terbaru dirinya mengeluarkan video klip terbarunya Jupe Paling Suka.

Jupe mendedahkan bahawa idea cerita video klip yang dibuat kira-kira dua bulan yang lalu tersebut berasal dari dirinya sendiri. Dengan bantuan Nayato Fio Nuala, sebagai pembuat video klip, idea Jupe yang terinspirasi oleh Jennifer Lopez tersebut berjaya dikemas apik.

"Terinspirasi sama Jennifer Lopez, tapi aku combine dengan gaya aku sendiri. Judulnya adalah Jupe Paling Suka. Sebelumnya aku kasih judul 69, tapi kerana kan sekarang mahu zaman kempen, takutnya ada orang yang menyalahgunakan untuk kepentingan politik, jadi ya sudahlah aku ganti. Kan isinya juga sebenernya biasa aja, tapi takutnya kerana tajuk, terus ntar aku dijadikan mangsa seperti biasa, "ungkap Jupe dilansir dari KapanLagi.com.


Dalam video klip ini, Jupe juga bakal memaparkan banyak kostum yang berbeza. Hal itu menurutnya memang sengaja kerana Jupe ingin kostum-kostum yang dikenakannya boleh jadi acuan fashion bagi ramai wanita. Selain itu, banyak baju yang dikenakanJupe boleh menambah seru video klipnya.

"Memang sengaja sih ya, kerana kalau kita lihat perempuan itu rata-rata sukanya dari segi fashion, mereka selalu ingin melihat sejauh mana selera fashion, dan sekaligus boleh jadi acuan juga buat wanita-wanita lain. Jadi fikir dengan banyak baju jadinya akan lebih seru . Malah tadinya mau lebih banyak lagi bajunya, tapi kerana memang waktunya juga tidak keburu, jadinya tidak kepake baju lain.

Hal menarik lain dari video klip Jupe ini adalah penglibatan sang kekasih, Gaston Castano. Jupe memang sengaja meminta kekasihnya tersebut untuk tampil di video klip tersebut. Selain Gaston, Lia Ladysta, personil 3 Macan, juga akan mengambil bahagian.

Selain melibatkan sang kekasih, video klip Jupe Paling Suka ini juga mengandungi nombor '69 'dalam lirik lagunya. Ternyata Jupe punya alasan tersendiri memasukkan nombor tersebut. Kalau selama ini angka itu dinilai hanya sebagai simbol sex, kini wanita bernama lengkap Yuli Rachmawati hanya ingin meluruskan pandangan tersebut.

"Ya, tapi buat aku bagaimana orang menginterpretasikannya aja. Kalau aku selalu berfikir, angka 69 itu adalah angka keberuntungan aku, aku adalah cewek cancer yang punya simbol 69. Simbolnya kan seperti Yin dan Yang, yang menggambarkan keseimbangan dalam kehidupan. Kenapa symbol sex mesti angka 69? Kenapa tidak 66 atau 67? Itulah pandangan yang pengen aku ubah terhadap angka 69. 69 itu tidak selalu menggambarkan sex, "katanya.

Dirinya mendedahkan bahawa video klip ini tujuannya adalah untuk menghibur masyarakat. Kerana, dia berharap video ini benar-benar dapat diterima dengan baik, tanpa ada pro kontra yang mengikuti.

"Kalau aku yang pasti, semua entertainer pasti ingin menghibur masyarakat, termasuk aku yang bertujuan untuk menghibur. Jadi saya berharap single saya ini boleh diterima dengan baik di dalam masyarakat, dan mudah-mudahan boleh memberikan hiburan yang baik untuk masyarakat," katanya. (infospesial)

PETRONAS Tamat Taja Pengajian Ariff Alfian Kahwin Gay

Posted: 20 Dec 2011 01:08 AM PST


KUALA LUMPUR – PETRONAS menamatkan penajaan Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar yang didakwa berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland, berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Hal-Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS, syarikat itu memutuskan sedemikian pada Januari 2009.

PETRONAS sekali gus mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.

"Setelah menamatkan kursus A-Level, Ariff Alfian memohon dan diterima memasuki University College Dublin. Sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar PETRONAS dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.

"PETRONAS sudah mengadakan beberapa perbincangan berkaitan perkembangan akademik dan penajaan beliau dengan bapa beliau, Rosli Haron. Salah satu perbincangan ini bertempat di Dublin dan dihadiri sendiri oleh Ariff Alfian dan bapanya," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, Pegawai Penasihat Pelajar PETRONAS sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Dublin apabila menyedari Ariff Alfian tidak pulang ke Malaysia selepas penajaannya ditamatkan, kerana bimbang terhadap keselamatan dan status beliau di Ireland.

Pada Mei 2009, PETRONAS mengeluarkan notis tuntutan bayaran balik pinjaman berkenaan kepada Ariff Alfian dan penjaminnya mengikut peraturan serta syarat perjanjian yang sudah ditetapkan dan juga dipersetujui oleh kesemua pihak.

"Sehubungan itu, perbincangan juga sudah diadakan dengan penjamin pada pertengahan tahun ini mengenai pembayaran balik pinjaman berkenaan. Sehingga kini, PETRONAS masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu, walaupun surat peringatan sudah dihantar pada 6 Disember lalu.

"Adalah penting bagi PETRONAS menerima pembayaran balik pinjaman ini untuk dimasukkan semula ke dalam dana penajaan pengajian tinggi bagi keperluan bakal pelajar tajaan PETRONAS pada masa hadapan," menurut kenyataan itu. - bHarianOnline

Dari Janda Seksi, Azizah Mahzan Mula Bertudung

Posted: 20 Dec 2011 01:03 AM PST


KUALA LUMPUR – Siapa yang tak kenal kepada pelakon popular drama tanahair, Azizah Mahzan, yang begitu 'daring' pakaiannya mengalahkan orang muda ketika membintangi drama Spa-Q beberapa tahun yang lalu.

 

Paling kontroversi, Azizah Mahzan yang sudah lebih dari separuh abad ini menggegarkan dunia industri hiburan tanahair apabila gambar-gambarnya yang seksinya ketika bersosial di sesi penggambaran drama tersebut tersebar meluas di internet.

Bayangkan, beliau yang sudah menjangkau umur 54 tahun, berbikini seksi dan mendedahkan hampir separuh dari buah dadanya sehingga menampaknya 'lurah dendam'!

Namun itu beberapa tahun dahulu.

Kini, Azizah Mahzan tidak begitu lagi.

Terbaru, Azizah Mahzan tampil dengan imej yang boleh dibanggakan apabila mengenakan tudung kepala ketika menghadiri jemputan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) semalam di TV3.

Meskipun masih tidak boleh dikatakan menutup aurat sepenuhnya, penampilan Azizah yang mengumumkan persaraannya dalam dunia lakonan pada Anugerah Seri Angkasa baru-baru ini jelas menunjukkan perkembangan positif memandangkan beliau beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Blog hiburan terkenal, Izyan.com yang menulis mengenai imej terbaru Azizah Mahzan itu berharap agar pelakon drama Spa-Q ini akan menjadikan perubahan tersebut sebagai pemangkin kepada transformasi yang lebih baik.

"Walaupun pemakaian tudungnya masih suam-suam, tapi diharapkan itulah titik permulaan baginya untuk bertudung. Yang kita harap-harapkan juga melihat perubahan penuh dari sudut penampilan," kata pemilik blog tersebut hari ini.

Azizah Mahzan pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi drama Mata Hati pada Anugerah Skrin 2001 dan merupakan finalis bagi kategori Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2008 menerusi filem Anak.

Beliau dikatakan pernah berkahwin dengan pelakon terkenal, Nasir Bilal Khan, namun ia masih dikategotikan sebagai gosip memandangkan tiada bukti yang mengesahkan dakwaan tersebut dan Azizah pernah mengaku tidak pernah punyai kekasih sejak bercerai lebih 21 tahun yang lalu.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Suhaila, Isteri Jimmy Shanley Dedahkan Rahsia Keretakan Rumah Tangga

Posted: 20 Dec 2011 01:00 AM PST

Akhirnya setelah lama berdiam diri, isteri Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy tampil ke hadapan untuk mendedahkan punca sebenar keretakan rumah tangga mereka berdua. Mengikut Suhaila, Jimmy Shanley terlalu mengongkong dan pernah memukulnya beberapa kali. Berikut ialah pendedahan Suhaila kepada Mstar.


"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang… itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.
"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.
Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.
"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.
suhaila dedah rahsia
"Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.
"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan…saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.
Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.
"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab… semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.
"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.
Apabila dihubungi untuk memberikan komen mengenai pendedahan daripada isterinya, Jimmy Shanley tidak menafikan pernah memukul isterinya. Berikut ialah kata-kata Jimmy:-
"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya," ujar Jimmy.
Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.
Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.
Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.
"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.
Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.
Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.
Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.
Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Jimnmy Shanley, isteri dan anak mereka berdua.


credit to beautifulnara

Ada Laporan Polis Terhadap Man Kidal ?

Posted: 20 Dec 2011 12:53 AM PST

Kalau sebut nama Abdul Rahman Mahmood mungkin orang tak kenal….tapi kalau sebut nama Man Kidal boleh dikatakan seluruh pecinta muzik tanah air akan mengenalinya.

Man Kidal diiktiraf sebagai antara pemain gitar terbaik yang pernah dilahirkan negara tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini mungkin boleh mencemarkan nama baiknya dalam industri hiburan tanah air.

Dia dituduh 'mencuri' karya lagu ciptaan seorang lelaki lewat 30-an dan enggan memulangkannya.

Difahamkan, pencipta karya terbabit membuat laporan polis kelmarin selepas hampir tiga bulan karya diserahkan kepada Man Kidal tidak dipulangkan.

Malah, pencipta lagu itu bersedia mengambil tindakan undang-undang kepada Man Kidal sekiranya menyalahguna lagu ciptaannya itu.

Karya berkenaan diserahkan pencipta lagu terbabit melalui seorang kenalannya yang juga penggiat seni untuk diberikan kepada Man Kidal bagi dinilai sebelum dikomersialkan awal September lalu.

Namun pemain gitar berkenaan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.

"Sepanjang lebih 30 tahun terbabit dalam dunia seni saya tidak pernah menciplak karya orang lain," katanya pada Harian Metro.

Sebenarnya isu mencuri karya orang ini bukan baru namun tidak banyak yang diperkatakan mengenainya.
Namun ia juga tidak boleh dijadikan isu untuk mana-mana pihak sesuka hati 'memetik' nama-nama komposer yang mereka syak.

Setiap tuduhan harus disertakan bukti dan tidak boleh berdasarkan 'hearsay' atau dengar cakap semata-mata apalagi bila ia melibatkan tokoh yang disegani seperti Man Kidal sendiri.

Man Kidal sudah mempunyai reputasi yang cukup hebat justeru sebarang tuduhan tanpa bukti boleh merosakkan nama baik beliau dalam dunia seni ini.

Lagipun mengenali Man Kidal, tak mungkin boleh melakukan perkara sedemikian, Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR

BAM Gelisah Cari Pengganti Chong Wei

Posted: 20 Dec 2011 12:29 AM PST


ZULFADHLI antara pemian muda yang dilihat mampu menggantikan Chong Wei.



JAGUH China, Lin Dan belum sampai ke penghujung kariernya tetapi dia kini sudah mempunyai pelapis yang tidak kurang hebatnya.

Chen Long baru berusia 22 tahun dan masa depannya dalam sukan badminton sangat cerah.

Lin Dan pula sudah tidak perlu bimbang kerana kecemerlangan China dalam sukan tersebut pasti berterusan dengan kehadiran beberapa pemain pelapis sehebat Chen Long.

Tetapi senario di Malaysia berbeza.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak senang duduk berbanding China.

Setiap hari BAM dalam kegelisahan memikirkan siapa yang bakal menggantikan pemain perseorangan No. 1 negara, Datuk Lee Chong Wei.

Sehingga kini masih belum ada tanda siapa yang layak bergelar pelapis berwibawa, yang sehebat Chen Long.

Kalau ada pun, mereka masih belum layak bergelar pengganti kerana kurang memperlihatkan konsistensi di pentas antarabangsa.

Sebelum ini, ada beberapa nama yang difikirkan layak menjadi pelapis kepada Chong Wei seperti Mohd. Arif Latif, Zulfadhli Zulkifli tetapi 'disiplin' mereka di pentas antarabangsa masih belum meyakinkan.

Pencapaian juga kurang meyakinkan berbanding pemain pelapis China yang sudah mampu menawan dunia pada usia awal 20-an.

Menyedari kelemahan itu, BAM tiada pilihan lain kecuali terus 'melanyak' Chong Wei dalam semua kejohanan sehingga kadangkala menyaksikan pemain No. 1 dunia itu sudah tidak berdaya untuk mencipta kemenangan. Sepanjang tahun 'didera' untuk menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa.

Bila sudah terlalu kerap beraksi, maka gaya permainannya mudah dibaca pemain lawan, khususnya musuh utama, China.

Mungkin atas alasan tersebut, Chong Wei mudah dijinakkan pemain muda China, Chen Long pada Kejohanan Siri Super Dunia Akhir baru-baru ini.

Bukan Chong Wei tidak hebat tetapi dia sudah terlalu letih 'didera' sepanjang tahun.

Sudah tiba masanya bagi BAM untuk lebih berani memberi kepercayaan kepada barisan pemain muda negara beraksi di pentas antarabangsa. Jika tidak, kumpulan pelapis ini tidak akan mencapai tahap permainan matang sehingga mereka bersara.

Banyak yang boleh dijadikan contoh seperti Muhd. Hafiz Hashim yang terus gagal mempamerkan aksi konsisten di pentas antarabangsa.

BAM juga harus sedar bahawa Chong Wei sudah semakin berada di penghujung karier.

Dia tidak boleh lagi dikerah sepanjang tahun. Chong Wei perlukan rehat dan kalau boleh, beri kelonggaran kepadanya untuk hanya beraksi pada kejohanan tertentu sahaja.

Pemain muda seharusnya diberi lebih banyak peluang beraksi. Tak perlu fikirkan kemenangan terlebih dahulu, yang penting mereka ini perlu kerap diberi pendedahan di pentas antarabangsa.

Begitu juga dengan barisan pemain wanita.

Selepas Wong Mew Choo, Malaysia nampaknya terus ketandusan pemain yang hebat.

Setakat ini, saya belum nampak lagi pengganti yang mampu menggegar dunia selepas persaraan Mew Choo.

Kalau di China, pemain perseorangan wanita boleh diibaratkan sebagai 'tumbuh macam cendawan'. Selepas persaraan Zhang Ning, lahir pemain seperti Wang Shixian, Wang Yihan mahupun Wang Xin dan mereka ini bila-bila masa sahaja mampu menawan dunia.

Tetapi pemain wanita kita tetap kekal sebagai 'jaguh kampung'. Hanya satu sahaja cara yang dilihat mungkin boleh membantu mematangkan mereka iaitu mendedahkan pemain di pentas antarabangsa seawal usia 17 tahun. Jika Chong Wei gugur, maka berakhirlah penguasaan Malaysia.-kosmo-

Pagunsan pemain golf terbaik Asia tahun 2011

Posted: 20 Dec 2011 12:03 AM PST


PAGUNSAN dipilih sebagai pemain golf terbaik Asia tahun ini selepas mengungguli sirkit Order of Merit.



BANGKOK - Kejayaan menjadi pemain Filipina pertama mengungguli sirkit Order of Merit membolehkan Juvic Pagunsan dipilih sebagai pemain golf terbaik Asia tahun ini.

Pagunsan, 33, mendapat undi tertinggi daripada pemain-pemain lain dalam satu majlis anugerah yang di adakan kelmarin.

Pencapaian terbaik Pagunsan yang mempengaruhi pemilihannya ialah apabila menduduki tempat kedua pada Terbuka Singapura yang menyaksikan dia membawa pulang hadiah wang tunai AS$666,660 (RM2 juta) bulan lalu.

Ini membolehkannya mengumpul keseluruhan hadiah wang tunai sebanyak AS$788,298 (RM2.4 juta) sepanjang tahun ini termasuk hasil kejayaannya berada dalam kelompok 10 terbaik dalam tiga kejohanan lain.

"Ia suatu penghormatan buat saya kerana terpilih sebagai pemain terbaik Asia. Malah, saya amat berbangga kerana pemain-pemain Asia lain juga mengiktiraf kemampuan saya," katanya.

Sementara itu, pemain Korea Selatan, K.J. Choi pula diumumkan sebagai penerima anugerah khas selepas kejayaannya menjuarai Kejohanan Pemain-Pemain PGA Amerika Syarikat.

Pemain Afrika Selatan, Tjaart van der Walt pula dipilih sebagai pendatang baharu terbaik Asia. - AFP

Salman 'halau' Shah Rukh

Posted: 19 Dec 2011 11:57 PM PST

SALMAN dan Shah Rukh tidak boleh bertemu muka.



KEJADIAN lucu telah berlaku antara Salman Khan dan Shah Rukh Khan yang dikatakan secara tidak sengaja telah menaiki kapal terbang yang sama untuk ke New Delhi baru-baru ini.

Umum mengetahui hubungan antara kedua-dua aktor tersohor Bollywood itu tidak baik tetapi takdir telah menemukan kedua-duanya dalam kapal terbang yang sama.

Ujar sumber: "Shah Rukh yang baru memasuki perut kapal terbang penerbangan ke New Delhi di bahagian kelas bisnes terkejut apabila mendapati Salman telah duduk di salah satu kerusi di situ.

"Sedangkan ketika itu Salman serta krew filem terbaharu lakonannya, Ek Kha Tiger juga berada dalam kapal terbang itu. Apabila Shah Rukh melihat Salman dalam kapal terbang itu, dia kelihatan panik sambil menelefon seseorang dan serta-merta turun dari kapal terbang itu."

Namun jurucakap Shah Rukh pula telah memberi alasan yang tersendiri yang boleh dipersoal kebenarannya.
Katanya: "Shah Rukh pada awalnya mahu menaiki jet peribadi. Namun, disebabkan sesuatu perkara dia terpaksa menukar rancangan pada saat-saat akhir dengan menaiki kapal terbang komersial. Namun, apabila dia sudah duduk di kerusi kapal terbang tersebut, dia tiba-tiba mendapat panggilan telefon bahawa jet peribadi untuknya telah disediakan." -kosmo-

Senarai 13 barang kawalan Krismas

Posted: 19 Dec 2011 11:30 PM PST



TELUR ayam merupakan antara barangan kawalan sempena musim
perayaan Krismas pada 25 Disember nanti. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penetapan harga maksimum runcit bagi 13 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penetapan harga itu akan dikuatkuasakan selama lima hari bermula 23 hingga 27 Disember di 146 kawasan dan daerah di seluruh negara.

"Peniaga diwajibkan menjual barangan tidak melebihi harga maksimum serta meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain," katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Menurut beliau, senarai barang tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam belanda import, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, tomato dan cili benggala hijau.

Katanya, harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ialah ayam hidup RM5.90 sekilogram, ayam standard (RM7), ayam super (RM7.80), ayam belanda import (RM25), daging kambing tempatan bertulang (RM33) dan daging kambing biri-biri import bertulang (RM20).

Selain itu, ia turut melibatkan daging biri-biri import tanpa tulang (RM24), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM26), telur ayam gred A (RM0.36 sebiji), gred B (RM0.35), gred C (RM0.34), tomato (RM4.50 sekilogram) dan cili benggala hijau (RM8.50).

Ismail Sabri memberitahu, peniaga individu yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim itu dengan menjual melebihi harga kawalan yang ditetapkan kementerian boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau dikompaun sehingga RM50,000 mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Bagi syarikat, mereka boleh didenda maksimum RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000," katanya. -kosmo-

Guna dakwat kekal di PRU-13

Posted: 19 Dec 2011 11:27 PM PST


SEORANG pengundi menunjukkan dakwat kekal pada jarinya selepas mengundi dalam pilihan raya Parlimen di Kaherah, Mesir baru-baru ini.



PUTRAJAYA - Dakwat kekal silver nitrate akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 kelak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Beliau berkata, dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, tetapi tidak digunakan ketika itu selepas keberkesanan kaedah itu dipersoalkan pelbagai pihak.

Menurut beliau, dakwat kekal yang mengandungi silver nitrate itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Disember untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan oleh orang Islam.

Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum, katanya.

"Oleh kerana ia berlainan sumber (daripada yang sepatutnya digunakan pada 2008), maka ia perlu melalui proses semula seperti dulu. Ia bukan dakwat yang sama.

"Dakwat ini mengandungi logam silver nitrate yang apabila dicalit di jari (di kuku) ia akan diserap dalam kuku kulit. Lagi tinggi peratus silver nitrate, lagi lama ia kekal di jari," kataya pada sidang media di sini semalam.

Abdul Aziz berkata, penggunaan dakwat kekal adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. -kosmo-

Tengkorak, tulang manusia bersepah

Posted: 19 Dec 2011 10:52 PM PST

Anggota polis menyiasat kawasan tengkorak dan tulang manusia dijumpai di Bukit Tinjau, Ampang Jaya semalam.



AMPANG JAYA – Seorang kontraktor terkejut apabila menemui tengkorak dan tulang beberapa bahagian badan manusia ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di cerun berhampiran Bukit Tinjau di sini semalam.

Tengkorak dan rangka manusia itu ditemui pada pukul 11 pagi ketika kontraktor bersama seorang rakannya turun ke kawasan cerun yang mempunyai kecuraman kira-kira 15 meter.

Kontraktor yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 40-an berkata, tengkorak itu ditemui di satu kawasan di bawah cerun bersama beberapa tulang yang berselerakan.

"Biasanya kawasan cerun ini ditakungi air apabila hujan namun hari ini (semalam) air telah surut menyebabkan rangka itu dapat dilihat dengan jelas.

"Sebaik menemui tengkorak dan tulang manusia itu saya segera memaklumkan kepada polis," kata Mohamad.

Mohamad memberitahu, berdasarkan keadaan tengkorak tersebut, rangka itu dipercayai milik seorang wanita. -kosmo-

Agihan pendapatan ASB 7.65 sen

Posted: 19 Dec 2011 10:48 PM PST


AHMAD SARJI (kiri) dan Hamad Kama Piah menunjukkan replika pengagihan pendapatan ASB di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima pengagihan pendapatan sebanyak 7.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 berbanding 7.50 sen tahun lepas.

Sebanyak 7.3 juta pemegang saham, yang kini memegang lebih 95.9 bilion unit ASB akan juga menerima bonus sebanyak 1.15 sen.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan ini melibatkan pembayaran sejumlah RM7.04 bilion dan bonus sebanyak RM628.29 juta.

Menurutnya, hingga Khamis lalu, skim itu mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM7.19 bilion.

"Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion atau 56.9 peratus daripada pendapatan kasar manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3 peratus," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Ahmad Sarji menjelaskan, baki sebanyak 11.8 peratus atau RM0.85 bilion diraih daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan-pelaburan lain.-kosmo-

Twitter terima pelaburan Putera Alwaleed RM954.3 juta

Posted: 19 Dec 2011 06:08 PM PST


GAMBAR fail menunjukkan Twitter dan seorang pengguna laman itu menerusi telefon bimbit. Gambar kecil Putera alwaleed.



DUBAI, Emiriah Arab Bersatu (UAE) - Bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal dan syarikat pelaburannya menyatakan semalam bahawa mereka akan melabur sebanyak AS$300 juta (RM954.3 juta) ke atas laman web perkongsian sosial Twitter.

Pelaburan bersama dengan Syarikat Kingdom Holding (KHC) milik Putera Alwaleed dibuat selepas rundingan selama beberapa bulan dengan ia mewakili kepentingan strategik dalam Twitter.

Putera Alwaleed yang telah lama membuat pelaburan dalam sektor media dan tekonologi berkata, urus niaga berkenaan mencerminkan minat pelaburan dalam perniagaan yang berdaya maju dan memberikan impak global.

Twitter membenarkan penggunanya menghantar mesej pendek hingga 140 huruf.

Ia menjadi alat penting yang menghubungkan penunjuk perasaan dan untuk menyampaikan maklumat semasa kebangkitan rakyat di rantau Arab pada awal tahun ini.

"Kami percaya bahawa media sosial akan membawa perubahan besar dalam lanskap industri media dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

"Twitter akan menguasai dan menjana keuntungan daripada trend positif ini," kata Pengarah Eksekutif KHC,
Ahmed Halawani dalam satu kenyataan.

Putera Alwaleed merupakan anak saudara pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah.

Twitter memiliki lebih 100 juta pengguna aktif yang menghantar sekitar 250 juta mesej yang dikenali sebagai tweets pada setiap hari.

Putera Alwaleed disenarai sebagai orang ke-26 terkaya di dunia oleh majalah Forbes.

Pada September lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Dick Costolo menyatakan pelaburan tunai akan membolehkan syarikat itu menentukan hala tuju laman itu. - AGENSI

Coklat buatan warga Belgium laris

Posted: 19 Dec 2011 06:04 PM PST



Bungkusan coklat Monggo di kilang yang diusahakan Thierry Detournay di Yogyakarta semalam.





YOGYAKARTA - Seorang warga Belgium, Thierry Detournay menjual coklat buatan sendiri dengan menjadikan sebuah vespa berwarna merah jambu sebagai sebuah kedai hampir sepuluh tahun lalu.

Namun, kini, kurang tujuh tahun selepas pelancaran coklatnya yang dikenali sebagai Monggo, banyak pusat beli-belah di pinggir Jakarta menjual coklat tersebut.

"Semasa saya mula untuk membuat coklat di Indonesia, saya menyedari tidak ada coklat yang terbaik," kata Detournay.

Kini, syarikatnya itu yang beribu pejabat di sini menggaji 50 pekerja di bahagian pengeluaran dengan sumber koko dari Pulau Jawa, Sumatera dan Celebes.

Syarikatnya itu mengeluarkan 75,000 batang coklat setiap bulan.

"Semasa saya melakukan perniagaan ini, saya melihat cita rasa penduduk Indonesia berubah.

"Kini, lebih ramai golongan muda dan pertengahan mencari coklat gelap dan kualiti (coklat)," katanya. - REUTERS

18sx - Gambar Bogel Lindsay Lohan Dalam Majalah Playboy !

Posted: 19 Dec 2011 10:08 PM PST



LOS ANGELES – Beberapa laporan menyatakan majalah bogel Playboy edisi Januari/Februari yang menampilkan gambar aktres Lindsay Lohan berbogel laris dijual.

Menurut laman hiburan TMZ, vendor-vendor majalah yang menyiarkan gambar Lohan itu telah membuat tempahan naskhah tambahan.

Satu sumber laman berkenaan menyatakan, beberapa bandar raya besar seperti New York dan Los Angeles yang pada kebiasaannya tidak membuat tambahan naskhah telah meminta bilangan majalah tersebut ditambah.

Menurut sumber dalaman, terdapat banyak peningkatan langganan dalam iPlayboy.com.

Semasa majalah itu dijual pada Jumaat lalu, ia dikatakan gagal untuk menarik minat pembeli.

Lohan beraksi seperti aktres terkenal yang telah meninggal dunia, Marilyn Monroe dalam majalah tersebut. – AGENSI

Ini lah gambar-gambar bogel lindsay lohan dalam majalah playboy.










No comments: