Tuesday 20 December 2011

Budak Technician

Budak Technician


Tips Untuk Lebih Macho Atau Seksi Di Mata Wanita

Posted: 19 Dec 2011 01:47 AM PST


Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan.

Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.
Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu – diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion – menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita.

Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.

Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman.

"Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks," katanya.



Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.

Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum.

"Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira.

18sx - Keluar Rumah Dalam Keadaan Berbogel Setelah Badan Di Cat

Posted: 19 Dec 2011 01:45 AM PST


Keluar Rumah Dengan Keadaan Berbogel Hanya Badan Di Cat.
Nampak macam diaorang ni pakai baju jer kan...hehehe
Tak caya, cuba tengok :)





sumber : suarapeople

18sx - Gambar Wanita Berbogel Promosi Gel Mandian

Posted: 19 Dec 2011 01:39 AM PST



Sebuah syarikat di China baru-baru ini mengupah tiga wanita muda untuk berbogel bagi mempromosikan produk gel mandian berbentuk semburan.

Dengan tuala hanya dibalut di sekeliling kepala mereka, wanita-wanita itu kelihatan tidak malu sama sekali dan melayan pengunjung dengan mesra tanpa merasa janggal.
Mereka juga mempelawa penonton yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum lelaki untuk membantu mengenakan produk itu pada badan mereka.

Teknik pegawai pemasaran yang hanya mempelawa pekerja sementara itu datang bekerja dan berbogel hanya berlaku sekali selepas pihak syarikat itu menyedari bahawa ia agak melampau, tidak patut dan tidak sesuai untuk tujuan promosi pada orang ramai.-suarapeople-

Universiti Benarkan Pelajarnya Mandi Bersama Pasangan Di Bilik Air

Posted: 19 Dec 2011 01:35 AM PST


China Bussiness News melaporkan, terdapat "Bathhouse" di sebuah universiti di wilayah barat laut China Shaanxi yang telah mewujudkan kontroversi apabila berani membenarkan peraturan yang membolehkan pelajar yang sedang bercinta mandi bersama-sama di dalam bilik mandi persendirian yang diswastakan.

"Bathouse" tiga tingkat itu sangat terkenal di Northwestern Polytechnical University di bandar Xi'an di mana ia menyediakan tujuh bilik mandi peribadi untuk pasangan pelajar pada kos 15 yuan (RM7.50) untuk kamar mandi dan 18 yuan (RM9) untuk menyewa tab mandi.

Pelajar yang tidak membawa pasangan juga boleh mandi di dalam bilik itu dengan bayaran setengah harga.
Tingkat pertama dan kedua digunakan sebagai ruangan mandi awam bagi kebanyakan pelajar.

"Bathhouse itu merupakan projek yang dikendalikan oleh kontraktor swasta, dan terbuka kepada pelajar, fakulti dan keluarga mereka," kata seorang pekerja "bathhouse" itu kepada akhbar yang menjalankan liputan tertutup selepas dibongkar oleh seorang pelajar dari universiti tersebut.

Pendapat pelajar berbeza-beza dalam peraturan yang diwujudkan Universiti ini. "Saya tidak boleh menerima peraturan seperti ini," kata sorang graduan bernama Xu. "Walaupun pelajar kolej sudah dewasa, tetapi mandi bersama-sama dengan pasangan mereka adalah sesuatu perkara yang sangat peribadi dan ia akan mempunyai kesan yang buruk jika ia dibenarkan dilakukan di dalam "bathhouse" kolej." tambahnya lagi. -suarapeople-

Kondom Tersesat Dalam Nasi

Posted: 19 Dec 2011 01:29 AM PST

Macam-macam lah dunia skrg ni...sampaikan kondom pun boleh ada dalam nasi..Tapi korang jgn risaulah, benda ni jadi kat luar negara, bukan negara kita pun...Kat negara kita kondom org tak makan, cuma main buat belon jer...hehehe :)

Wanita Dibakar Hidup-hidup Dalam Lif

Posted: 19 Dec 2011 01:26 AM PST


New York – Polis menahan seorang lelaki berusia 47 tahun kerana membakar seorang wanita warga tua hidup-hidup di dalam lif di sebuah apartmen di Brooklyn, semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Deloris Gillespie, 73 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di tingkat lima apartmen di Prospect Heights.

Secara tiba-tiba apabila pintu lif di tingkat lima dibuka, suspek telah menyembur mangsa dengan sejenis cecair sebelum mencucuh api ke atasnya.

Gillespie, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut penduduk di apartmen berkenaan, mereka mendengar bunyi jeritan dan melihat asap di dalam lif.
Hanya ketika itu baru mereka menyedari bahawa seorang wanita tua sedang terbakar dalam lif berkenaan.

"Saya dan seorang lagi jiran dari tingkat enam telah turut ke bawah sambil mengetuk pintu untuk memaklumkan berlaku kebakaran," kata seorang saksi yang hanya dikenali sebagai John.

Seorang lagi jiran, Carmen Martinez memaklumkan mangsa telah menetap di situ sejak 1980-an lagi.
"Dia sering memberikan hadiah dan barang mainan kepada kanak-kanak," katanya.

Serangan tersebut berjaya dirakamkan kamera cctv dan dalam kejadian itu, penyerang memakai baju berwarna biru gelap, bersarung tangan dan memakai topeng muka.

Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian dan sama ada suspek serta mangsa mengenali antara satu sama lain. -suarapeople-

4 Pelajar Maut Jatuh Gaung Pulang Dari Karnival Pendidikan

Posted: 19 Dec 2011 01:23 AM PST



Mereka baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bersama-sama meninjau peluang melanjutkan pengajian di pameran pendidikan dan kerjaya di Johor Bahru.

Bagaimanapun, semua harapan itu terkubur apabila empat daripada enam remaja yang menaiki Toyota Innova terbunuh selepas kenderaan pelbagai guna itu melanggar bucu penghadang jalan serta papan tanda lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 90 meter.

Lebih mengerikan, bumbung kenderaan itu terkopak menyebabkan seorang mangsa tercampak keluar dalam kejadian jam 5.30 petang di Kilometer 33.7 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, kelmarin.

Empat yang maut ialah Ng Sin Yun, 17, dari Jalan Kelu Ramu, Kota Kecil; Winnie Ng, 18, dari Jalan Moi Hiang, Kota Kecil; Tey Jia Xin, 17, dari Kampung Lukut Cina serta Ching Hui Sean, 18.

Ng yang duduk di tempat duduk penumpang belakang tercampak keluar dari kenderaan itu dan mati di tempat kejadian.

Pemandu, Victor Ng Wee Tai, 17, cedera dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT) sebelum dirujuk ke hospital swasta di Johor Bahru atas permintaan keluarga.

Rakan mangsa, Tee Heng Chong, 17, berkata keenam-enam rakannya itu baru selesai menduduki SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar di sini.

"Kami mengunjungi pameran pendidikan dan kerjaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor Bahru dan ketika kejadian, dalam perjalanan pulang.

"Kami pergi dengan menaiki Innova berkenaan manakala yang lain menaiki bas," katanya ketika ditemui di Unit Forensik HKT.

Menurut Tee, dia baru tiba di rumah apabila dimaklumkan kejadian itu dan amat sedih kerana apabila kehilangan empat rakan baik sekali gus.

"Keempat-empatnya bercita-cita tinggi dan semuanya mahu berjaya dalam pelajaran serta kerjaya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Cik Mahazan Cik Aik, berkata seorang daripada mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala tiga lagi mati ketika dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

"Semua mangsa mati akibat kecederaan pada badan dan kepala. Dua lagi mangsa masih dirawat dan keadaan mereka stabil.

"Kejadian berlaku ketika cuaca baik dan setakat ini siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan," katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga masih menunggu untuk merekodkan kenyataan daripada mangsa terselamat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Asmidar, Mafa Ke Final 'Vokal Bukan Sekadar Rupa'

Posted: 19 Dec 2011 01:17 AM PST

Asmidar.


SHAH ALAM: Dua peserta wanita iaitu Norhasmidar Ahmad (Asmidar) dan Mafarikha Md Akhir (Mafa) berjaya ke peringkat akhir program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama yang bakal berlangsung pada Ahad depan.

Asmidar, 25, peserta pertama pilihan juri telah mendapat markah purata sebanyak 58 peratus manakala Mafa, 19, dengan 48 peratus.

Peserta tunggal lelaki, Azmarul Azuan Harun (Azmarul), 27, bagaimanapun tersingkir pada konsert minggu kesembilan itu dengan purata markah sebanyak 43 peratus.

Sebelum diumumkan sebagai finalis akhir, Azmarul dan Mafa terpaksa mengharungi cabaran Battle Song bagi menentukan kedudukan mereka pada peringkat akhir.

Mafa.
 
Bagaimanapun, lagu nyanyian asal Hafiz, Awan Nano telah memberi tuah kepada Mafa.

"Sejujurnya saya terkejut dipilih ke peringkat akhir namun rezeki menyebelahi saya malam ini," ujar Mafa ketika ditemui selepas berlangsungnya konsert di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam Ahad.

Dua lagu lain yang dibawa oleh Mafa pada malam itu adalah Earth Song dendangan Michael Jackson dan Asmara duet bersama Atilia.

Keputusan diumumkan oleh juri tetap program tersebut, Erra Fazira dan Azmeer.

Dalam pada itu, Asmidar membawa lagu Can't Take My Eyes of You dan Bagaikan Sakti duet bersama Bob (AF2).

Asmidar pelajar Ijazah Sarjana Muda (Persembahan Muzik Vokal) di Akademi Seni Kebangsaan Malaysia (Aswara) berkata, dia pada awalnya tidak meletakkan harapan untuk masuk ke peringkat akhir.

"Tujuan asal saya menyertai pertandingan ini adalah untuk mendapatkan pendedahan mengenai teknik nyanyian dan berhadapan dengan penonton.

"Tetapi rezeki saya untuk mara ke peringkat akhir dan berjanji akan melakukan terbaik pada malam itu nanti," ujarnya.

Sementara itu, Azmeer berpuas hati dengan prestasi peserta pada malam itu yang menunjukkan peningkatan selepas memberikan persembahan hambar pada minggu lalu.

Ujarnya, pemilihan Asmidar dan Mafa adalah berdasrkan kelainan vokal dan kredibiliti mereka ketika berada di pentas.

"Bagaimanapun mereka tidak boleh cepat selesa dan perlu membuktikan kebolehan vokal mereka pada peringkat akhir nanti," ujarnya.

Sistem penjurian adalah berdasarkan undian penonton sebanyak 50 peratus dan selebihnya daripada pihak juri.

Peringkat akhir Vokal Sekadar Rupa bakal menyaksikan Asmidar dan Mafa perlu membuat tiga persembahan iaitu menerusi pilihan lagu sendiri, lagu baru dan Battle Song.

Menurut penerbit program tersebut, Suffian Che Isa, dua peserta peringkat akhir itu perlu memilih satu lagu untuk pesaing mereka di pusingan Battle Song sebagai cabaran buat pihak lawan.

"Itu adalah kelainan pada peringkat akhir nanti selain lagu baru untuk mereka akan dicipta oleh komposer terkenal, Ajai dan Audi Mok," katanya.

Suffian juga memberitahu juri jemputan akan mengadili peserta selain kehadiran penyanyi, Adibah Noor sebagai artis jemputan.

Peringkat akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa akan berlangsung pada 25 Disember ini pukul 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. -mstar-

Hubungan Intan Ladyana, Kamal Tiada Masalah

Posted: 19 Dec 2011 01:13 AM PST

Intan Ladyana.

AKTRES jelita Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 29, atau Intan Ladyana menyifatkan khabar angin yang mendakwa hubungan cintanya dengan aktor Kamal Adli berantakan gara-gara aktor itu menjalin hubungan sulit dengan aktres Indonesia, Olivia Jensen sebagai tidak berasas.

Malah, ada juga yang melemparkan tuduhan bahawa perubahan fizikalnya yang semakin kurus dewasa ini adalah berpunca daripada kekecewaan dengan kecurangan kekasihnya itu.

Hakikatnya, pelakon filem Flat 3A ini dengan tenang mengakui hubungannya dengan Intan yang berusia dua tahun itu masih terjalin dengan baik tanpa sebarang masalah.

"Saya tidak faham kenapa orang mendakwa hubungan saya dan Kamal sedang berhadapan masalah walhal saya sangat bahagia dan ceria dengan kehidupan sekarang.

"Hanya kerana orang nampak saya semakin kurus, orang mula menuduh saya makan hati dengan kecurangan Kamal.

"Padahal, saya memang mengamalkan diet untuk mengekalkan bentuk fizikal kerana sebagai aktres saya perlu sentiasa cantik dengan fizikal yang konsisten," katanya kepada OopStarz!, baru-baru ini.

Tambah Intan, sebagai kekasih, dia mengetahui pergerakan aktor itu sepanjang penggambaran filem Gerimis Mengundang di Indonesia. Malah, rakan-rakannya dan pengarah filem itu sendiri, Ahmad Idham turut memaklumkan cerita yang sebenar, sekali gus menangkis desas-desus yang tersebar.

"Sebenarnya, memang tiada isu pun yang timbul antara kami. Saya tahu dia tidak buat begitu kerana dia sentiasa berkongsi setiap pergerakannya apabila kami berjauhan.

"Lagipun, beberapa rakan saya yang terlibat dalam filem itu dan pengarahnya Ahmad Idham juga sempat memberitahu saya bahawa cerita-cerita yang timbul itu adalah tidak benar.

"Jadi mengapa saya perlu risau tidak tentu pasal kerana tiada apa yang berlaku dalam hubungan kami," ulasnya sambil mengakui gosip tersebut tidak menjejaskan dirinya secara peribadi.

Sempat diusik adakah dia cuba menyembunyikan masalah yang sebenar, Intan berkata jika hubungan mereka berantakan seperti diperkatakan, dia tidak akan keberatan untuk berkongsi cerita.

"Saya akan cakap apa yang saya tahu saja. Tidak tahulah pula kalau benar Kamal berlaku curang seperti yang didakwa itu.

"Mungkin lebih baik bertanya pada dia sendiri kerana dalam kes ini, saya adalah pihak ketiga dan saya hanya boleh ulas apa yang wajar bagi pihak saya saja.

"Lagi pun saya jenis yang akan mengaku dan berterus-terang saja jika benar hubungan kami bermasalah. Tidak perlu saya terlalu berahsia kerana lambat-laun orang akan tahu juga," katanya. -mstar-

Senyuman Ikhlas Petua Awet Muda Cristina

Posted: 19 Dec 2011 01:11 AM PST

Cristina.

NAMA Cristina Suzanne Stockstill seindah pemiliknya. Dan memiliki raut wajah persis gadis Eropah pasti mengundang tanda tanya siapakah gerangan wanita asing ini?

Anak kacukan Melayu-Jerman ini merupakan pendatang baru dalam industri seni tempatan. Bagi yang masih ingat drama Cermin Pada Bulan tujuh tahun lalu, Cristina turut terlibat dengan drama arahan Erma Fatima itu dan ia merupakan kerjaya lakonannya yang pertama.

Sukar membahagi masa dengan kerja tetapnya sebagai pramugari, Cristina terpaksa meninggalkan kerjaya seni untuk memberi perhatian sebagai krew kabin.

Bagaimanapun dek kerana minat menjadi pelakon itu sangat menebal, dia membuat keputusan untuk meletakkan titik noktah perkhidmatannya pada April 2010.

Beberapa bulan selepas itu, pelakon kelahiran Johor Bahru ini menyertai program realiti Pilih Kasih 2 atas permintaan ibunya. Tapi sayang dia hanya dapat bertahan sehingga minggu ke lapan sahaja.

Pun begitu, bakat pelakon bersia 26 tahun ini mula meniti di bibir peminat selepas membintangi drama Dia Bukan Maryam dan Kasih Najihah, arahan Erma Fatima lebih-lebih lagi memegang peranan utama dalam telefilem Sentuhan Isabella.

Maka bermulalah kerjaya baru Cristina menerima tawaran berterusan dan terbaru, dia digandingkn dengan Sharnaaz Ahmad menerusi drama adaptasi novel, Bicara Hati, arahan Osman Ali, yang akan disiarkan di saluran Astro Prima tahun depan.

Tidak sukar mendekati pelakon ini, sifat peramah dan ceria Cristina membuatkan dia mudah didampingi, malah dia juga tidak membatasi pergaulannya dengan orang yang tertentu.

Tidak putus-putus memberikan senyuman setiap kali orang menyapanya, Cristina berseloroh tentang karakternya dengan berkata; "Memberi senyuman yang ikhlas buat wajah kita tampak awet muda tau."

Ujarnya senyuman atau ketawa merupakan tips kecantikan yang paling mudah dipraktikkan tetapi andai kata ia tidak ikhlas, wajah akan meninggalkan kesan kedutan dengan lebih mudah dan teruk.

"Ramai yang tidak sedar senyuman atau ketawa yang dibuat-buat akan mengedutkan lagi wajah kerana urat dalam muka dipaksa melakukan sesuatu yang tidak diingini.

"Justeru itu, hati kita perlulah bersih daripada segala prasangka buruk dan berfikiran positif, barulah keikhlasan itu timbul dengan sendiri," ujarnya.

Menggali lagi ilmu kecantikan yang dipraktikkan pelakon ini, dia lebih senang jika penjagaan diri dilakukan secara sederhana.

Cukup saja dengan amalan meminum air suam atau mineral yang banyak serta mengambil makanan tambahan, Cristina memastikan tubuh badannya tidak lemah atau mudah jatuh sakit.

"Sebenarnya dua perkara ini baru saja diamalkan sejak bergelar pelakon. Maklumlah, dengan masa kerja yang tidak menentu, tubuh kita akan mudah terkena penyakit dan seboleh-bolehnya saya akan cuba mendapatkan tidur yang cukup.

"Paling penting air mineral botol besar akan dibawa ke mana-mana sahaja terutamanya ke lokasi penggambaran. Selain itu, amalan meminum segelas air suam setiap pagi sebelum menggosok gigi amat bagus kerana dapat membantu kelancaran organ sekali gus mampu mengelak diri daripada demam panas," kata anak kedua daripada tiga beradik ini.

Dek kerana mempunyai selera makan yang tinggi apabila melihat makanan di depan mata, justeru dia mengamalkan senaman setiap hari.

"Sudahlah selera makan saya kuat, tambah pula saya tak suka sayur-sayuran. Jadi selain pengambilan makanan tambahan, senaman ringan amat diperlukan. Tidak perlu terlalu ekstrem, cukup jika kita dapat mengeluarkan peluh seperti menaiki tangga, berjalan kaki atau skipping," jelasnya.

Dalam pada itu, penjagaan rambut juga diambil berat oleh pelakon ini.

Memandangkan rambutnya agak nipis, dia perlu menggunakan pengering rambut setiap hari agar ia tidak kelihatan leper.

"Berambut pendek adalah gaya yang paling sesuai untuk saya. Bukannya apa, ia mudah diuruskan. Pastikan rambut anda diletakkan serum supaya tidak kering," katanya. -mstar-

Gambar Pelajar Unisel Bunuh Diri Dalam Asrama

Posted: 18 Dec 2011 04:25 PM PST


Unisel Kampus Bestari Jaya, Selangor tempat seorang pelajar ditemui mati dalam asramanya kelmarin.



KUALA SELANGOR - Sangkaan seorang pelajar bahawa bau busuk berpunca dari tandas rosak meleset apabila bau itu rupa-rupanya bau mayat seorang pelajar lelaki yang ditemui tergantung dari dalam sebuah asrama di Universiti Selangor (Unisel) di sini.

Mayat, V. Rammath Naidu, 19, yang hanya memakai tuala mandi ditemui tergantung menggunakan selimut di kipas siling asrama lelaki universiti itu pada pukul 11.20 malam kelmarin.

Mangsa dikatakan baru melaporkan diri di Unisel Kampus Bestari Jaya di sini pada Rabu lalu.

Dia sepatutnya mengikuti pengajian di Fakulti Pendidikan namun belum sempat Rammath mengikuti kuliah, pelajar yang tinggal bersendirian di bilik itu ditemui meninggal dunia. -kosmo-

Pemandangan kokpit kapal angkasa Shuttle Atlantis

Posted: 18 Dec 2011 04:15 PM PST


DEK penerbangan kapal angkasa Shuttle Atlantis dipenuhi butang dan skrin.



WASHINGTON, Amerika Syarikat - Koleksi gambar kokpit kapal angkasa Shuttle Atlantis milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) didedahkan buat pertama kali kepada umum, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Ia menunjukkan suasana kompleks di dalam kokpit tersebut yang dipenuhi susunan butang, tombol dan skrin.

Program kapal angkasa Shuttle NASA berakhir pada Julai lalu dengan Atlantis akan dipamerkan di Pusat Angkasa Kennedy, negeri Florida, bermula penghujung 2012.

Namun, para pengunjung tidak akan dibenarkan untuk masuk ke dalam kokpit tersebut. - Agensi

Barangan Rumah Jackson Dilelong

Posted: 18 Dec 2011 04:11 PM PST



 GAMBAR fail pada 12 Disember lalu menunjukkan barangan di bilik tidur Michael Jackson yang akan dilelong oleh firma Julien's.


BEVERLY HILLS, Amerika Syarikat (AS) - Kandungan sebuah kediaman yang pernah menjadi tempat tinggal Raja Pop, Michael Jackson (gambar kecil) bersama tiga anaknya menjana hampir AS$1 juta (RM3.1 juta) dalam satu lelongan di sini.

Dikendalikan oleh firma Lelongan Julien's kelmarin, perolehan tersebut jauh lebih besar berbanding anggaran prajualan cuma AS$400,000 (RM1.2 juta).

Antara barangan menarik termasuk sekeping papan hitam yang pernah digunakan oleh anak-anak Jackson untuk menulis ungkapan "Saya sayang ayah," yang dijual pada harga AS$5,000 (RM15,885) dalam lelongan tersebut.

Sebuah meja tulis yang digunakan oleh Jackson turut mencatat harga jualan tinggi iaitu AS$25,750 (RM81,807).

Lelongan tersebut menampilkan pelbagai barangan termasuk perabot, hasil seni dan kelengkapan rumah yang terdapat di sebuah rumah agam beralamat 100 North Carolwood Drive di sini.

Jackson menyewa kediaman itu semasa melakukan persediaan untuk siri konsert kemunculan semulanya di London sebelum dia meninggal dunia pada Jun, 2009. - Agensi

No comments: