Monday 19 December 2011

Budak Technician

Budak Technician


Ogos 2012 Ariel Peterpan Dibebaskan Dari Penjara!

Posted: 18 Dec 2011 05:39 AM PST

Video Part II Ariel bersama Luna Maya


Pengurus Peterpan, Budi Soeratman ternyata telah mengambil kira bebasnya Nazriel Irham atau akrab dipanggil Ariel Peterpan, sekitar antara bulan Ogos hingga September tahun 2012, Ariel boleh menghirup udara kebebasan.

"Kalau tidak Ogos atau September tahun depan bebasnya. Kan dikira dari awal masuk tahanan," jelas Budi Soeratman, saat dihubungi melalui telefon, Jumaat (16/12/2011) awal hari tadi.

Nazriel Irham, vokalis yang dikenali dengan nama Ariel 'Peterpan', menjadi suspek dalam kes penyebaran video seks dan dihukum penjara tiga tahun enam bulan dalam sidang di Mahkamah Negeri (PN) Bandung, Isnin (31/1/2011) kerana telah melanggar pasal 29 juncto pasal 4 Undang-undang 44 tahun 2008 tentang pornografi. Kekasih artis Luna Maya itu juga dikenakan denda RM 250 juta subsider kurungan selama tiga bulan.(infospesial)


Britney Spears Pamer Cincin Pertunangan

Posted: 18 Dec 2011 05:23 AM PST

 
Britney Spears sebelumnya sempat mengungkapkan rasa bahagianya melalui akaun Twitter milik peribadinya untuk bertujuan memberitahu para penggemarnya jika dia sangat bahagia setelah kekasihnya Jason Trawick melamarnya dan memintanya untuk berkahwin dengannya.

Dan Britney Spears kelihatan lebih bersinar pada malam saat ia mempamerkan cincin pertunangannya ketika mengadakan pesta ulang tahun Jason sekaligus merayakan pertunangan mereka.


Penyanyi 30 tahun itu nampak memakai cicin pertunangannya yang bermata berlian berkilauan tiga karat saat ia berpose dengan tunangan barunya di Planet Hollywood Resort dan Casino di Las Vegas. Dalam pesta tersebut pasangan ini nampak sangat bahagia kerana berulang kali terlihat berciuman dan berpelukan. (Dailymail/infospesial)

Khusyuk Dalam Solat

Posted: 17 Dec 2011 08:01 PM PST


IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.

Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam solatnya. Justeru itu apabila ia membaca Fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap.

Misalnya apabila mereka membaca ayat keempat dari Surah Al-Fatihah yang bermaksud: "Tuhan yang memiliki hari Akhirat." Maka tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta bersesak di padang Masyhar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah disisi Allah SWT.

Apabila membaca ayat kelima dari surah Al-Fatihah yang bermaksud : "Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon." Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya. Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-mata.

Selepas itu mengamati lain-lain bacaan dalam sembahyang dengan khusyuk, yang mengandungi berbagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan kebesaran Tuhan. Jika difahami sungguh-sungguh cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap-sikap hodoh yang ada pada diri manusia itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."
Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyang itu.
Firman Allah yang bermaksud :
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah al-Ma'un : ayat 4-5]
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :
"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang dia ingat."
Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah SWT. Malah solatnya itu akan sekadar menjadi kayu pengukur, jika seseorang ingin tahu sekadar mana pahala yang di perolehi dan sebanyak mana pula yang kosong, maka selepas solat cubalah adakan muhasabah, sebanyak manakah masa yang dia berada dalam keadaan khusyuk, iaitu ingat segala perbuatan dan ucapan mereka dalam sembahyang itu, atau sebanyak mana pula yang lalai. Kalau banyak masa lalai maka setakat baki yang sedikit itu tidak payahlah untuk menunggu akhirat bagi melihat pahala solat itu, sebaliknya didunia ini pun kita sudah boleh mengagak apa yang kita perolehi dari solat yang tidak khusyuk itu.

Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain. Jika dibandingkan dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak ada khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi segala syarat akan kelihatan kesannya dari puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga bukan sahaja mereka akan kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi juga mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya, senantiasa menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga pahala puasa seperti menjaga lidahnya dari mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.

Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak disertai dengan khusyuk namun maksud kepada penunaian zakat itu kelihatan juga. Menunaikan zakat dapat menghakis sifat bakhil seseorang. Orang-orang yang dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin mampu menunaikan zakat.

Demikian juga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan ibadah haji seseorang itu dalam keadaan lalai kerana ibadah haji melibatkan dua perkara iaitu tubuh badan dan harta benda. Sama ada menunaikan haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya, namun kesannya dari ibadah haji itu jelas ketara, kerana ia terpaksa membelanjakan wang beribu-ribu ringgit. Tubuh badan terasa letih dan wang ringgit habis.

Sebaliknya ibadah solat ini amat berbeza sekali dengan semua ibadah yang dinyatakan itu. Menurut Imam al-Ghazali bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh kesedaran di samping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah SWT.

Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah SWT, seperti bertasbih mensucikan Allah, bertahmid memuji Allah namun semua itu tidak termasuk langsung dalam pengertian munajat kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau. Sesungguhnya orang mengigau itu adalah orang yang bertutur di luar kesedaran.

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang itu akan diterima oleh Allah SWT. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah.

Segala puji-pujian yang ditujukan kepada Allah SWT bukan saja melalui ucapan lisan, tetapi juga dengan bahasa hati. Apabila hati lalai ia akan menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk menghampiri Allah, meskipun Allah SWT menyatakan bahawa ia lebih hampir daripada saraf dan urat seseorang.
Firman Allah Taala yang berbunyi:
"Ketahuilah dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati." [Surah Ar-Ra'adu : ayat 28]
Dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.

Wallahu ta'ala a'lam. Wassalamu.

Penulis: Al-Falir Ilallah – Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Murah Rezeki Apabila Berkahwin

Posted: 17 Dec 2011 07:53 PM PST


Islam sebagai satu jalan dan cara hidup komprehensif memberi penekanan penting meletakkan garis panduan serta piawaian tinggi yang terperinci bagi membimbing manusia ke arah keredaanNya. Dalam Islam, perkahwinan dan hubungan suami isteri serta seisi keluarga adalah perkara mulia dipandang penting.

gambar hiasan
Allah SWT yang mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri. Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia, contohnya keperluan ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup serta keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang.

Oleh itu, semua orang yang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin dan membina keluarga. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Rum, ayat 21)
Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga. Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu. Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:
"Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)
Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya. Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:
"Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Islam sebenarnya tidak menggalakkan umatnya mengambil sikap berkecuali dengan tidak mementingkan urusan perkahwinan. Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil daripada perkahwinan berlangsung di kalangan umatnya. Sabda Baginda SAW bermaksud: "Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda:
"Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak." (Riwayat Ahmad)
Namun begitu, kita perlu melihat dengan lebih terperinci bahawa apa yang menjadi impian Rasulullah SAW adalah umatnya ramai, berkualiti, mempunyai jati diri Muslim sebenar. Apakah yang dikatakan perkahwinan itu? Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy meletakkan definisi perkahwinan atau al-nikah sebagai 'satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.' Menerusi definisi ini, beberapa perkara penting dapat dikeluarkan:

# Pertama, perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksankan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.

# Kedua, adalah jelas bahawa perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dengan itu, Islam tidak membenarkan hubungan sesama muhrim walaupun mereka saling mencintai seperti anak dan bapa, adik beradik, anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya. Termasuklah hubungan muhrim yang terbina dari pertalian darah, susuan dan persemendaan.

# Ketiga, hanya selepas wujudnya akad perkahwinan, barulah wujud hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk tunaikan dan hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk tunaikan. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk tunaikan. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas, jika gagal maka ada pertanggungjawaban di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian dan kegagalan itu. Itulah elemen keagamaan dan ketundukan kepada Allah di dalam perkahwinan.

# Keempat, definisi itu juga menjelaskan bahawa pasangan yang belum berkahwin, sama ada yang sedang bercinta atau bertunang, belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah. Inilah yang paling ketara antara perkahwinan di sisi pandangan barat dan Islam. Bagi golongan barat, apabila pasangan saling cinta mencintai, maka hubungan kelamin adalah suatu yang lumrah. Agama tidak mempunyai peranan dalam pembawaan dan keputusan dibuat. Kerana itu, melakukan hubungan kelamin, mempunyai anak sebelum berkahwin adalah perkara bukan mengaibkan atau pelik dalam masyarakat mereka. Islam tidak membenarkan kita menyerupai dan mengambil langkah seperti mereka.

# Kelima, akad perkahwinan adalah ikatan murni antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Nilai keagamaan sangat jelas dizahirkan di mana tertolaklah perkahwinan sama jantina, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Barat menerima perkembangan yang berlaku di mana lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita. Ia kerana perkahwinan bagi mereka adalah titik akhir penzahiran kecintaan antara dua insan. Tidak ada hubung kait dengan elemen keagamaan. Sedangkan Islam sama sekali tidak mengiktiraf hubungan gay atau lesbian. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.
# Keenam, perkahwinan adalah ikatan suci yang bukan saja menggabungkan dua insan, tetapi dua keluarga dan keturunan. Maka silaturahim antara manusia akan berkembang dan kehidupan lebih berseri.

Sumber: iluvislam

Insurans Buah Dada RM3.1 Juta

Posted: 17 Dec 2011 07:25 PM PST



Bintang realiti televisyen dan model Holly Madison membeli insurans untuk payu daranya bernilai AS$1 juta (RM3.1 juta) dengan syarikat Lloyd, di London, katanya kepada majalah People, semalam.

Holly, 31, berkata, dia membeli polisi itu bagi melindungi dirinya dan orang lain dalam produksi 'Peepshow' di Las Vegas. "Sekiranya berlaku perkara tidak diingini ke atas payu dara saya, maka saya tidak boleh bekerja untuk beberapa bulan dan saya mungkin kehilangan berjuta-juta dolar.

"Saya fikir saya perlu melindungi aset saya," katanya kepada People.

Holly berkata, dia melakukan pembedahan plastik pada 2001 yang mengubah saiz payu daranya daripada saiz A kepada saiz D yang lebih besar. Holly yang meraih populariti sebagai salah seorang teman wanita pengasas Playboy, Hugh Hefner dan melalui siri TV 'The Girl Next Door' tidak sendirian dalam pembelian polisi insurans untuk anggota tubuh.

Bintang filem Betty Grable dan Angie Dickinson, begitu juga dengan bintang TV, Angie Everhart dan Mary Hart, masing-masing membeli insurans untuk kaki mereka dengan nilai $1 juta dolar (RM3.1 juta)




sumber : jiwang

Wanita Dari Rusuk Lelaki

Posted: 17 Dec 2011 06:45 PM PST


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan  kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

sumber : my ibrah

Lima Syarat Untuk Melakukan Maksiat

Posted: 17 Dec 2011 06:37 PM PST


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.

Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim

"kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Sumber: cahayamukmin

Berebut Abu Al-Quran Untuk Tujuan Perubatan

Posted: 17 Dec 2011 06:28 PM PST

DIBURU...Rahmat menunjukkan abu al-Quran yang dipercayai sesetengah pihak mempunyai khasiat tersendiri.

IPOH: Abu pembakaran al-Quran oleh sebuah syarikat yang diberi tanggungjawab melupuskan kitab suci yang rosak kini diburu orang ramai untuk pelbagai tujuan, termasuk mengubati penyakit dan ada yang mencampurkannya ke dalam air untuk diminum anak supaya terang hati.

Itu antara perbuatan pelik segelintir orang yang percaya abu al-Quran mempunyai keistimewaan seperti diceritakan pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang menguruskan pembakaran naskah al-Quran untuk tujuan pelupusan.

Katanya, dia menyedari perkara itu selepas orang yang datang mengambil abu berkenaan bertambah sejak berita pembuangan abu puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan ke dalam laut berhampiran Pulau Sembilan di Lumut, Perak, disiarkan media Oktober lalu.

"Kebanyakannya memberi pelbagai alasan. Seorang lelaki mahu mencampurkan abu itu ke dalam air untuk diminum anaknya supaya pandai membaca al-Quran.

"Saya membenarkannya mengambil sedikit abu tetapi memaklumkan hanya untuk sekali. Saya mengingatkan ia tidak boleh dijadikan kepercayaan sebaliknya ikhtiar semata-mata, selebihnya berserah kepada Allah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, katanya, tidak semua yang datang dibenarkan mengambil abu berkenaan.naskah al-Quran itu.

Katanya, pertambahan mendadak pengunjung menyebabkannya mengambil langkah keselamatan tambahan bagi mengelak kecurian abu Al-Quran.

"Saya tengok orangnya juga dan hanya memberinya kepada orang yang ikhlas mahu menggunakannya sebagai ikhtiar. "Saya bimbang ada pihak yang mahu menggunakan abu ini untuk tujuan tidak elok. Berikutan semakin ramai yang datang semata-mata untuk mengambil abu, saya memberi peringatan lebih awal mengenai larangan pengambilan abu," katanya.

Perkara ini mungkin disebabkan kejadian luar biasa ketika proses pembuangan abu pembakaran naskhah al-Quran di Pulau Sembilan apabila abu yang dibuang ke laut, berwarna kelabu yang dianggap pelik berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Ia disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di laut dalam.
Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Katanya, pelupusan sisa ayat Al-Quran dalam apa juga bentuk perlu dilakukan mengikut tertib demi menjaga kesucian wahyu Allah.

yang menjadi mukjizat Nabi Muhammad dan panduan hidup umat Islam hingga kiamat.

Menurutnya, al-Quran yang buruk, tidak berkulit dan koyak atau risalah serta buku teks yang mempunyai ayat al-Quran perlu dilupuskan dengan cara tertib.

Katanya, bahan terkumpul dilupus menggunakan mesin pembakar khas (insinerator) dibangunkan syarikatnya di Pusat Pengumpulan dan Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harrusani Zakaria menegur sinis pihak yang berpegang kepada kepercayaan berkenaan.

"Bukan khasiat yang kita dapat, sakit perut mungkin. Saya minta mereka berhenti melakukannya kerana tidak memberi kesan.

"Mereka sepatutnya melakukan cara yang paling mudah iaitu bersembahyang, berdoa dan bertawakal," katanya.

Harian Metro

Iklan Jawatan Kosong 2011 - Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)

Posted: 18 Dec 2011 05:12 AM PST

http://2.bp.blogspot.com/-J5rXTVrpk5Y/Tul1yKseMJI/AAAAAAAAC8o/ukv_DPLmOtQ/s1600/Jawatan%2BKosong%2BStandards%2Band%2BIndustrial%2BResearch%2BInstitute%2Bof%2BMalaysia%2B%2528SIRIM%2529.jpg
SIRIM Berhad merupakan sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan yang terlibat di dalam pembangunan teknologi dan penyelidikan serta perkhidmatan kualiti. Kami sedang mencari individu yang bermotivasi tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. JURUTEKNIK (LANDSKAP) GRED 15
2. JURUTEKNIK / PEMBANTU PEREKA GRED 14

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN SECARA ON-LINE

Cara Memohon:-
Calon-calon yang berminat bolehlah membuat permohonan dengan melayari laman web www.sirim.my pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.

*HANYA BIODATA YANG LENGKAP SAHAJA AKAN DIPROSES.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 16 Dec - 26 Dec 2011

Iklan Jawatan Kosong 2011 - Bank Simpanan Nasional (BSN)

Posted: 18 Dec 2011 05:13 AM PST

http://4.bp.blogspot.com/-TsmIr30Dlh8/TuhdVc7c_QI/AAAAAAAAC8M/IO_POA7uwFk/s1600/Jawatan%2BKosong%2BBank%2BSimpanan%2BNasional%2B%2528BSN%2529.jpg

BSN has progressed significantly since as a statutory body under the Ministry of Finance in 1974. To date, BSN's customer base of more than 7.5 million is serviced by over 5,500 employees in over 389 branches nationwide. In view of our strategic transformation plans to strengthen and propel BSN to greater heights, we seek committed and talented individuals to fill the following positions:-

1. Manager, Credit Collection & Recovery (Credit Control Department)

Main Responsibilities:
- To plan & strategize collection & recovery initiatives for Delinquent & NPL Accounts
- To ensure collection & recovery activities are aligned with the target set and within the stipulated timeframe
- To ensure reclassification & rescheduling activities (especially for accounts that requires special attention for Rescheduling & Workout Proposal) are executed accordingly
- To manage and monitor NPL accounts, Call Center activities and Debt Collection Agencies performance
- To analyze loan payment trends and come up with effective action plans to increase cash collection
- To ensure collection activities are executed according to procedures and in line with the Bank's Credit Policies & Guidelines
- To prepare performance report for Management
- To undertake ad-hoc assignment as and when required

Requirements:
- Candidate must possess at least a Bachelor's Degree in Business Administration / Banking / Finance / Economy
- At least 8 years working experience in related field
- Preferably Manager specializing in Credit Control area in Banking Services
- Good interpersonal, communication and written skills & able to work with minimum supervision
- Integrity, good managerial skills and able to work under pressure while meeting targets and deadlines
- Added advantage for Certified Credit Professional (CCP) holders

Interested candidates, please write to:

Senior Vice President / Head, Human Resource Management
17th Floor, Wisma Bank Simpanan Nasional
No. 117, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Or you may e-mail to rekrut@bsn.com.my

Closing Date: 7 Januari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2011 - Telekom Malaysia Berhad (TM)

Posted: 18 Dec 2011 05:13 AM PST

http://4.bp.blogspot.com/-32xiz0o9oFs/TuhdWEbtWPI/AAAAAAAAC8c/599EbcDRQJs/s1600/Jawatan%2BKosong%2BTelekom%2BMalaysia%2BBerhad%2B%2528TM%2529.jpg

As Malaysia's No.1 provider of information communication technologies, our strength not only lies in our products and services but also in various aspects of the industry including research and development as well as value added innovations. We believe connections make everything possible. Therefore, as Malaysia's leading provider in information communications technologies, we strive to provide the right connections to help you bring your close ones closer. From the way we operate to what we intend to accomplish both on the local and international front, we apply and hold close a vision of excellence created towards making your life better.

1. AGM Corporate Compliance Management Assistant General Manager
2. AGM Insurance Management
3. Mgr External Compliance
4. Senior Technical Officer, Project Management & Provisioning
5. Senior Technical Officer, Operation Centre
6. Engineer, System Application & Support
7. Meeter Greeter
8. Kiosk Angel

And Many More Vancancies (Up to 50 Vacancies)

CLICK HERE FOR JOBS REQUIREMENTS AND ONLINE APPLICATION

Closing Date: 31 Disember 2011

Iklan Jawatan Kosong 2011 - Lembaga Tabung Haji (TH)

Posted: 18 Dec 2011 05:14 AM PST

http://3.bp.blogspot.com/-AU2bbJAHSNw/TuhdVDAIZ_I/AAAAAAAAC8A/vUJiYbzBIuA/s1600/Jawatan%2BKosong%2BLembaga%2BTabung%2BHaji%2BMalaysia%2B%2528TH%2529.jpg

Seiring dengan visi dan misi Lembaga Tabung Haji (TH), permohonan adalah dibuka kepada Warganegara Malaysia (Islam) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut:-

1. Eksekutif Kewangan
2. Eksekutif Pentadbiran
3. Eksekutif Pemasaran
4. Eksekutif Juruukur Bahan
5. Eksekutif Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
1. Pemohon-pemohon yang berminat boleh menghantar 'resume' yang lengkap beserta dokumen-dokumen seperti berikut:

a. Satu resume untuk satu jawatan yang dipohon
b. Salinan sijil-sijil akademik dan sijil-sijil lain yang berkaitan
c. Sekeping gambar terkini berukuran passport
d. Menulis nama jawatan yang dipohon pada resume dan sampul surat selewat-lewatnya sebelum atau pada hari Jumaat, 23 Disember 2011, jam 5.00 petang ke:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Lantai 27, Lembaga Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
Peti Surat 11025,
50400 Kuala Lumpur


Tarikh Tutup Permohonan Pada 23 Dec 2011

Iklan Jawatan Kosong 2011 - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Posted: 18 Dec 2011 05:14 AM PST

http://4.bp.blogspot.com/-pKJ8ftVVMP0/Tuqig7dcdWI/AAAAAAAAC9k/u_JK-uFpCR0/s1600/Jawatan%2BKosong%2BKeretapi%2BTanah%2BMelayu%2BBerhad%2B%2528KTMB%2529.gif

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PEMBANTU TRAFIK GRED N09G10
2. PEMANDU LOKOMOTIF RENDAH (GRED A09G12)
*Klik Nama Jawatan Untuk Dapatkan Syarat Kelayakan

Cara Memohon:-
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume lengkap mengandungi pengalaman, butiran peribadi, salinan sijil-sijil persekolahan yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot dan sampul surat beralamat sendiri. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 3 Januari 2012 ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur


Tarikh Tutup Permohonan Pada 3 Januari 2012

Iklan Jawatan Kosong 2011 - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)

Posted: 18 Dec 2011 05:15 AM PST

http://2.bp.blogspot.com/-FMranzb2a-c/TuqUdFkh_AI/AAAAAAAAC9M/LOMJ193IFqk/s1600/Jawatan%2BKosong%2BPusat%2BPemeriksaan%2BKenderaan%2BBerkomputer%2B%2528PUSPAKOM%2529.gif

We expect you to deliver an exceptional level of service and quality to our customers. We will provide training and opportunities to develop your expertise. As part of our expansion plan, we invite suitable candidates to apply for the following positions :

1. Senior Training Executive
2. Manpower Planning & Recruitment Executive
3. Contracts & Procurement Executive
4. Analyst Programmer
5. Legal Executive
6. HMS Executive
7. Trainee
8. Branch Manager
9. Maintenance Technician
10. Customer Relations Executive
11. Investigation & Surveillance Executive
12. Clerk
13. Traffic Warden
14. Vehicle Examiner

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS

How to Apply:-
Please submit your application to us, clearly indicating the position that you are applying for at the top left corner of the envelope.

By mail to :

Human Resource Division,
PUSPAKOM Sdn. Bhd.,
Level 3, Wisma DRB-HICOM,
No. 2, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1,
40150 Shah Alam, Selangor.

Tel : 603 - 2052 7474
Faks : 603 - 2052 7427

Or by email to : recruitment@puspakom.com.my

Closing Date: 31 Dec 2011

Iklan Jawatan Kosong 2011 - Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

Posted: 18 Dec 2011 05:15 AM PST

http://2.bp.blogspot.com/-tXEawejoahQ/TuqUczYS1QI/AAAAAAAAC88/y3WFZ7clmTA/s1600/Jawatan%2BKosong%2BSyarikat%2BAir%2BNegeri%2BSembilan%2BSdn.%2BBhd.%2B%2528SAINS%2529.png 


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat serta berdedikasi untuk mengulas tanggungjawab untuk jawatan seperti berikut:

1.PEMBANTU TADBIR, BAHAGIAN KHIDMAT PELANGGAN & HAL EHWAL AWAM (TETAP)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
Berminat sila email/hubungi kami dan lampirkan butir-butir peribadi anda dengan gambar berukuran pasport sebelum tarikh 23 Disember 2011 ke :

Bahagian Sumber Manusia Dan Pentadbiran
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Email : hr@sainswater.com

Tarikh Tutup Permohonan Pada 23 Disember 2011

Adlin Dan Bawal Power Tersingkir Minggu Ketujuh Di Maharaja Lawak Mega

Posted: 17 Dec 2011 06:05 PM PST

Adlin dan Bawal Power tersingkir pada minggu ke tujuh Maharaja Lawak Mega.

SHAH ALAM: Minggu ketujuh program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang berlangsung pada malam Jumaat di sini menyaksikan dua lagi penyingkiran dilakukan secara serentak iaitu kumpulan Bawal Power (BP) peserta solo tunggal, Adlin Aman Ramli tersingkir.

Penyingkiran kedua-dua peserta yang mendapat markah terendah sebanyak 55 peratus itu diumumkan oleh juri tetap, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Selain Adlin dan BP, kumpulan Pi Mai yang dianggotai oleh Imuda, Sulaiman Yassin (Mat Over) dan Sathiya turut berada dalam kedudukan tiga peserta yang mendapat markah terendah minggu ini.

Dalam pada itu, persembahan minggu ketujuh Osbon (72 peratus) diikuti rapat oleh Boboi (71 peratus) dan Saehu (61 peratus).

Manakala peserta lain iaitu Syok (58 peratus), Pi Mai, Adlin dan BP masing-masing 55 peratus.
Sementara itu, juri tetap MLM, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) tidak berpuas hati dengan persembahan para peserta pada malam itu yang dikatakan seperti pelawak amatur.

Chef Wan berkata, prestasi kebanyakan peserta adalah menurun dan ia membimbangkan kerana minggu hadapan adalah peringkat separuh akhir.

"Kebanyakan mereka gagal untuk mempamerkan lawak yang mudah difahami dan mengikut kehendak masyarakat. Mereka sepatutnya kena berusaha lebih keras untuk peringkat separuh akhir nanti," ujarnya.
Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, persembahan yang diadakan di Royale Theater Selangor, Shah Alam itu memerlukan para peserta membuat dua persembahan.

Dengan penyingkiran terbaru itu bermakna, kini tinggal lima peserta sahaja lagi dalam siri Maharaja Lawak iaitu kumpulan Boboi, Pimai, Osbon, Syok dan Saehu yang akan berentap pada peringkat separuh akhir yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Selain Chef Wan, dua lagi juri tetap yang memberi komen setiap minggu ialah bekas pemain bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan dan Datuk Siti Nurhaliza serta juri jemputan, penyanyi Alif Aziz dari Singapura.

Markah keseluruhan dikira berdasarkan undian penonton yang membawa kepada 30% markah serta baki 70% lagi adalah hasil permarkahan juri tetap dan juri jemputan.

Program MLM disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (saluran 132). -mstar-

Pakaian Halloween Pelik Heidi Klum

Posted: 17 Dec 2011 05:54 PM PST









Pernah tampil sebagai Tuhan Kali, kucing dan juga Transformers pada halloween sebelum ini, kini Supermodel Heidi Klum tampil pula dengan kostum yang paling pelik dan agak menyeramkan iaitu menjadi mayat hidup yang menampakkan daging merah dan tulang.



Gambar semasa proses penukaran Heidi klum menjadi mayat.



Gambar diatas ini adalah gambar Heidi klum semasa Halloween sebelum ini.

Baju Sun Feifei, Actress Terkenal China Tertanggal Di Pertunjukkan Fesyen

Posted: 17 Dec 2011 05:44 PM PST


Beberapa hari lalu, pertunjukkan fesyen telah di adakan di Beijing, dan ramai selebriti terkenal China telah di jemput menghadiri acara itu. Salah seorang daripadanya adalah Sun Feifei yang telah dinobatkan sebagai 'No.1 Classic Beauty' di China. Tetapi setelah beliau mengambil gambar bersama pengacara Fang Ling di atas karpet merah, Sun Feifei beredar tanpa menyedari dress nya telah tertanggal di pijak oleh Fang Ling. Dress itu menampakkan sebahagian payudara nya dan beliau hampir telanjang di hadapan jurukamera. Akhirnya, petugas fesyen terus membawa Sun Feifei keluar dari karpet merah tersebut.



















Padah Jadi Penjamin - Fizo

Posted: 17 Dec 2011 05:34 PM PST


FIZO bersama peguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat dalam sidang media, Selalu lalu.



MENIPU atau menjadi mangsa penipuan melibatkan jumlah berjuta-juta ringgit bukan perkara pelik malah itulah risiko dunia pelaburan atau perniagaan.

Apa yang terjadi kepada pelakon muda, Fizo Omar juga bukan sesuatu yang luar biasa kepada pemerhati industri hiburan.

Sebelum ini, nama seperti Amy Search, Hattan dan Eddrie Hashim telah melalui fasa teraniaya, cuma dalam situasi berbeza.

Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 26, menjadi contoh terbaharu betapa mudahnya nama atau profil seseorang itu dipergunakan untuk kepentingan pihak lain.

Tiga tahun lalu, Fizo mengizinkan namanya digunakan sebagai Pengarah Urusan dan ahli lembaga pengarah sebuah syarikat percetakan.

Walaupun aktif sekadar beberapa bulan sebelum mengundur diri untuk fokus kepada lakonan, langkahnya dulu itu memberi impak yang cukup besar.

Pertengahan minggu ini semuanya dibongkarkan. Fizo membuka masalahnya yang kemas disimpan sejak setahun lalu. Terbeban oleh hutang lebih RM2 juta bukan satu pukulan yang kecil buat artis yang sedang membina nama seperti Fizo.

Biarpun dilihat berada di kandang mangsa yang teraniaya, jawatan Pengarah Urusan serta ahli lembaga pengarah yang menggunakan nama itu mengheret Fizo ke dalam belenggu hutang yang besar.

Silap hari bulan, dia yang bertindak sebagai penjamin bagi kesemua hutang syarikat yang sudah tidak wujud itu boleh diisytiharkan muflis.

"Saya tidak pernah menerima sebarang dokumen berkaitan pinjaman itu.

"Saya terkejut apabila tiba-tiba dihubungi pihak bank yang memaklumkan perkara itu," cerita pelakon berasal dari Pasir Putih, Kelantan itu berhubung masalah yang memerangkapnya sekarang.

Pujian juga buat Fizo kerana bertindak dan mengadu kepada pihak yang tepat. Ketika ini Sukarelawan Peguam (SukaGuam) sedang mengendalikan 100 kes serupa seperti mana dihadapi oleh Fizo dalam tempoh enam bulan lalu.

Manakala Fizo menjadi kes pertama membabitkan selebriti yang diterima pihak SukaGuam.

Dakwa Fizo, tanpa pengetahuan namanya dipergunakan oleh syarikat berkenaan sebagai penjamin untuk membuat pinjaman berjumlah RM8 juta tetapi pihak bank hanya meluluskan sebanyak RM2 juta.

"Dalam tempoh dua minggu ini, saya sudah berbincang dengan peguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat, untuk berjumpa dengan pihak bank dan cuba meminta segala dokumen berkaitan permohonan pinjaman tersebut," kata Fizo dalam sidang media bersama Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Selasa lalu.

Untuk bebas daripada cengkaman hutang yang tidak dilakukan sendiri, Fizo harus mendapatkan bukti serta dokumen yang sah untuk perbicaraan di mahkamah.

Apa yang terjadi kepada Fizo ini mungkin boleh dijadikan teladan. Pelakon itu sendiri menyesal kerana terjebak dalam situasi yang padahnya memakan diri sendiri.

"Ini satu pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati.

"Buat rakan-rakan artis, kita jangan mudah menerima tawaran menjadi rakan kongsi dalam sesebuah syarikat," ujarnya yang mendiamkan diri daripada sebarang temu bual selepas sidang media Selasa lalu. -kosmo-

Najwa Berhenti Mac 2012

Posted: 17 Dec 2011 05:31 PM PST


 NAJWA memiliki enam buah gitar yang digunakan secara bergilir-gilir ketika membuat persembahan.


KETIKA nama pencipta laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg menjadi sebutan ramai, gadis genit dari Batu Pahat, Johor ini mengambil peluang. Fenomena Facebook yang dicetuskan oleh Zuckerberg dijadikan modal oleh Najwa Latif untuk menghasilkan sebuah lagu berjudul Cinta Muka Buku.

Bermula sekadar lagu suka-suka ciptaannya bersama kakak, Ika Latif, lagu itu turut menjadi fenomena selepas dimuat naik ke laman YouTube.

Perjalanan dunia seni Najwa, 16, jika dihitung hampir sama dengan kerjaya penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber, 17. Kedua-dua mereka popular kerana YouTube.

Selepas single pertamanya itu berjaya, Najwa kini tampil dengan single kedua, Carta Hati.

Setelah Cinta Muka Buku layak ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL 26), dia semakin yakin dengan kemampuannya.

Gadis dengan nama penuh Imratul Najwa Abdul Latif ini mengorak langkah untuk muncul dengan sebuah album pada tahun hadapan.

"Material untuk album dengan lima buah lagu itu sudah ada.

"Sekarang hanya menunggu masa untuk melakukan proses rakaman. Saya akan menampilkan penyanyi luar dalam dua buah lagu tetapi siapakah penyanyi itu belum dapat diberitahu lagi," kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Jelas Najwa, seorang penyanyi Malaysia yang kini merantau di Indonesia akan berduet bersamanya dalam sebuah lagu. - SYALMIZI HAMID

Rasukan Yana Samsudin

Posted: 17 Dec 2011 05:25 PM PST


TIDAK mendadak popular atau dibadai angin sensasi, kerjaya aktres berlesung pipit, Norliana Samsudin bermula di belakang tabir sebelum naik ke pentas nyanyian. Bagaimanapun, deras arus seni membawa imejnya lebih dikenali sebagai pelakon.

Senang dibahasakan Yana, paling teruk dia pernah dituduh perosak industri dek kegagalan impak filem arahan sulungnya, Selamat Pagi Cinta. Bagaimanapun, dia tidak berkubur di situ. Pengajian seni filem di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dihabiskan, kemudian arusnya bertukar.

Diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-23 menerusi filem Adnan Sempit menjadi pencapaian terbaiknya.

"Saya lihat graf karier saya sedang meningkat. Saya akui saya tiada cerita panas, mungkin sebab itu ada segelintir pihak kurang pedulikan saya.

"Tapi saya terharu bila ada peminat yang sanggup tunggu untuk bergambar dengan saya," bisiknya berharap peminat terasuk oleh buah lakon terbarunya, Santau Merasuk yang bermula 15 Disember lalu.

Ke udara menerusi slot Seram setiap Khamis, pukul 9.30 malam di TV3, itu drama pertama yang meletakkan Yana sebagai heroin dalam slot drama seram di kaca televisyen.

Katanya: "Sebelum ini saya jadi kawan kepada heroin yang kena rasuk. Kira inilah kali pertama saya muncul sepenuhnya dalam cerita seram. Sebelum ini saya pernah melakonkan watak kena rasuk dalam filem Minyak Dagu, tapi filem itu belum ditayangkan."

Melakonkan watak Nina dalam Santau Merasuk, Yana berdepan sedikit kesukaran untuk larut dalam emosi yang berat. Dia perlu menghayati watak isteri serta ibu yang kehilangan anak.

"Ada babak air mata serta kena rasuk. Saya juga berdepan santau daripada orang yang mencemburui kebahagiaan kami sekeluarga," cerita Yana yang bergandingan dengan Fezrol Khan sebagai pasangan berkelamin dalam siri berkenaan.

Masih di lokasi bawah arahan Ismail Bob Hashim sehingga Januari depan, Yana ditebak perihal kritikan umum bahawa cerita seram itu tahyul dan merosakkan minda penonton khususnya kanak-kanak.

"Memang klise tapi cerita sebegini dekat dengan penonton. Saya juga pernah jumpa kanak-kanak yang tidak takut cerita hantu. Lagi satu, ada unsur moral yang cuba diterapkan. Jadi tak wajar semua cerita seram dilabelkan teruk," katanya yang turut berdepan peristiwa aneh di lokasi.

Ceritanya tergelak: "Lepas penggambaran berhampiran sebatang pokok jejawi, tiga hari badan saya bisa-bisa dan bengkak. Hari keempat, kaki saya kebas dan emosi tak tenteram, rasa nak mengamuk.
"Esok paginya apabila saya bangun tidur kawan saya kata, saya meracau-racau sikit, tapi lepas dibacakan ayat al-Quran, barulah saya tenang." -kosmo-

CUEPACS Mahu Jumpa PM Untuk Bincang Isu SBPA

Posted: 17 Dec 2011 05:19 PM PST



SHAH ALAM - Kakitangan awam yang belum menandatangani surat opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dinasihat supaya tidak menandatanganinya sehingga Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, pertemuan bagi membincangkan skim itu secara lebih terperinci dijadual diadakan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 22 Disember nanti.

"Kami mahu membangkitkan beberapa kelemahan dalam pengenalan skim itu. Kami yakin Perdana Menteri akan memahami masalah kami," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Kali Ke-11, Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal di sini semalam.

Mengulas lanjut, Omar memberitahu, pihaknya turut kesal dengan sikap beberapa pegawai kerajaan yang dilaporkan mendesak kakitangan bawahan mereka supaya menandatangani surat opsyen itu.

Menurut Omar, pihaknya difahamkan kakitangan awam yang mendapat kurang daripada 70 markah selama tiga tahun berturut-turut selepas dibuat penilaian oleh pegawai menerusi skim SBPA akan dinasihat supaya bersara lebih awal.

"Ia hanya akan mewujudkan budaya bodek pegawai dalam kalangan kakitangan bawahan supaya mereka dinilai dengan markah yang baik," katanya.

SBPA diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan antara RM80 hingga RM300. -kosmo-

Dua juta rakyat mohon BR1M

Posted: 17 Dec 2011 05:13 PM PST


IPOH – Sebanyak dua juta orang sudah mengemukakan permohonan masing-masing untuk mendapatkan wang sekali bayar RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dalam tempoh enam hari sejak ia dibuka pada 10 Disember lalu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kesemua permohonan itu sedang diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menentukan kelayakan mereka.
Katanya, jumlah pemohon seramai dua juta orang itu membentuk 61.5 peratus daripada 5.2 juta isi rumah yang layak menerima manfaat BR1M.

"Saya yakin proses melibatkan 5.2 juta permohonan itu dapat disempurnakan dalam tempoh sebulan sehingga 10 Januari depan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pada pembentangan Bajet 2012, Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali bayar RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringan beban rakyat berpendapatan rendah.

Bayaran akan dibuat mulai 16 Januari depan manakala tempoh pendaftaran akan bermula 10 Disember lalu hingga 10 Januari depan.

Ahmad Husni berkata, pemohon juga boleh menggunakan borang BR1M yang difotostat daripada borang asal selagi formatnya tidak diubah.

Beliau berkata, pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Ahmad Husni berkata, bagi memudahkan lagi proses permohonan, borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama esok selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.
Katanya, mereka yang berdaftar dengan program e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.

Bagaimanapun, Ahmad Husni menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati agar tidak terperdaya dengan pengedaran borang permohonan palsu yang telah ditokok tambah seperti meminta nombor akaun bank. -kosmo-

440 Maut, 500 Hilang Dalam Ribut Tropika Washi di Filipina

Posted: 17 Dec 2011 05:11 PM PST

ANGGOTA polis dan penyelamat mengumpul mayat dari kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur selepas ribut Washi melanda bandar Cagayan de Oro, Filipina semalam.

MANILA, Filipina - Angka kematian akibat ribut tropika Washi melonjak kepada 440 orang semalam dengan hampir 500 orang hilang dalam banjir kilat yang memusnahkan selatan Filipina, kata beberapa pegawai.


SEORANG wanita mendakap mayat anaknya yang mati dalam bencana banjir yang melanda sebuah kampung di bandar Iligan, selatan Mindanao semalam.


Jurucakap tentera wilayah, Kolonel Leopoldo Galon memberitahu pemberita sebanyak 97 mayat ditemui di sebuah pelabuhan utama di Pulau Mindanao, Cagayan de Oro manakala 75 lagi ditemui di pelabuhan selatan berdekatan bandar Iligan yang merupakan antara kawasan berlakunya banyak kematian.

Katanya, seramai 375 orang dilaporkan hilang di dua kawasan tersebut.

Galon berkata, tentera menggunakan trak, bot dan helikopter untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya 2,000 penduduk Cagayan de Oro.

Dalam perkembangan lain, seorang lagi pegawai tentera, Leftenan Kolonel Randolph Cabangbang berkata, seramai 15 orang yang dihanyutkan ke laut di Iligan berjaya diselamatkan.

Ribut Washi yang melanda pantai timur Mindanao kelmarin turut menyebabkan tanah runtuh yang mengorbankan lima orang manakala tiga lagi lemas di bandar Polanco, selatan Filipina.

Jabatan kaji cuaca negeri melaporkan, ribut tersebut diramalkan bergerak ke Pulau Palawan, barat Filipina selepas ia menyeberangi Laut Sulu dengan tipuan angin selaju 75 kilometer sejam. -kosmo-

Obama larang anak guna Facebook

Posted: 17 Dec 2011 05:08 PM PST



WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama melarang dua anak perempuannya daripada menggunakan Facebook kerana tidak mahu hal peribadi keluarga mereka diketahui orang luar, lapor akhbar MailOnline semalam.

Anak sulung Obama, Malia kini berusia 13 tahun dan dianggap cukup matang untuk menggunakan laman sosial tersebut manakala adiknya Sasha berusia 10 tahun.

Namun, kata Obama, beliau akan hanya membenarkan kedua-dua anak perempuannya membuka akaun Facebook selepas empat tahun lagi.

"Kenapa kami (beliau dan isterinya) mahu orang luar mengambil tahu mengenai apa yang keluarga kami lakukan. Ia tidak munasabah," kata Obama

"Kita akan lihat reaksi mereka (Malia dan Sasha) dalam tempoh empat tahun lagi," tambahnya.

Kenyataan tersebut dianggap satu ironi kerana Obama sendiri banyak bergantung pada laman perkongsian sosial seperti Facebook semasa berkempen untuk pilihan raya Presiden AS pada 2008.

Malah, Obama sendiri memiliki berjuta-juta kenalan di Facebook.
- Agensi

No comments: