Sunday 18 December 2011

Budak Technician

Budak Technician


Sejarah Lambang Bulan Bintang Dalam Islam

Posted: 17 Dec 2011 02:08 AM PST

Beberapa versi ahli sejarah mengatakan bahawa sebenarnya asal usul lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khilafah Turki Utsmaniah.

Khilafah ini adalah warisan terakhir kejayaan umat Islam. Memiliki luas wilayah yang membentang dari hujung barat sampai hujung timur dunia. 



Wilayahnya mencakupi tiga benua besar dunia, Afrika, Eropah dan Asia. Ibukotanya adalah kota yang sejak 1400 tahun yang lalu telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW sebagai kota yang akan jatuh ke tangan umat Islam.

Rasulullah bersabda, "Qonstantinopel akan kalian bebaskan. Pasukan yang mampu membebaskannya adalah pasukan yang sangat kuat. Dan panglima yang membebaskannya adalah panglima yang sangat kuat.."

Berabad-abad lamanya umat Islam memimpikan realisasi khabar gembira Rasulullah itu. Namun sejak zaman Khilafah Rasyidah, Khilafah Bani Umayah hingga Khilafah Bani Abbasiyah, khabar gembira itu tidak pernah juga terlaksana. 

Memang sebahagian Eropah sudah jatuh ke tangan Islam, iaitu wilayah Sepanyol dengan kota-kotanya antara lain: Cordova, Seville, Granada dan seterusnya. Namun jantung Eropah belum pernah jatuh secara penuh ke tangan Islam.

Sehinggalah ketika Sultan Muhammad II yang lebih dikenali dengan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi panglima, jatuhlah kota yang pernah menjadi ibu kota Eropah itu. 

Semasa pertempuran yang sangat dahsyat dengan menggunakan senjata paling moden di masa itu, iaitu CANON, atau meriam yang sangat besar, Muhammad Al-Fatih berjaya menjatuhkan kota konstantininopel itu dan menjadikannya sebagai ibu kota Khilafah Turki Utsmaniah serta menjadikannya pusat peradaban Islam.

Wilayahnya adalah tiga benua dengan semua peradaban yang ada di dalamnya. Pada masa itu bulan sabit digunakan untuk melambangkan posisi tiga benua itu: 

- hujung yang satu menunjukkan benua Asia yang ada di Timur,
- hujung lainnya mewakili Afrika yang ada di bahagian lain dan
- di tengahnya adalah Benua Eropah.

Sedangkan lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istanbul yang bermakna: Kota Islam.

Bendera bulan sabit ini adalah bendera rasmi umat Islam pada masa itu, kerana seluruh wilayah dunia Islam berada di bahawa satu naungan khilafah Islamiyah. 

Tidak seperti sekarang ini yang terpecah-pecah menjadi sekian ratus negara yang berdiri sendiri hasil dari penjajahan barat.

Wajar kalau lambang itu begitu melekat di hati umat dari hujung barat Marocco sehingga hujung Timur Marauke. 

Inilah lambang yang pernah dimiliki oleh umat Islam secara bersama, bulan dan bintang. 

Dan lambang ini kemudian seolah menjadi lambang rasmi umat Islam dan selalu muncul di kubah-kubah masjid.SLL

Fakta Menarik Tentang STARBUCK

Posted: 16 Dec 2011 08:50 PM PST

Fakta Menarik Mengenai STARBUCK




Wasp Woman In Tokyo - 2011 (Download Movie)

Posted: 16 Dec 2011 08:39 PM PST


Wasp Woman In Tokyo (2011) DVDRip 375MB

Directed: Takao Nakano
Genre: Action | Pinku
Language: Japanese
Title: Wasp Woman In Tokyo 2011 DVDRIP MKV
Size: 375MB
Encoder: Team21
Source: Wasp Woman in Tokyo.2011.DVDRip.XviD.AC3

Kuntilanak Kesurupan - 2011 (Download Movie)

Posted: 16 Dec 2011 08:34 PM PST


Kuntilanak Kesurupan (2011) DVDRip 300MB

Genre : Horror/comedy
Produser : Gope T. Samtani
Cast: Guntur Triyoga, Fero Walandouw, Irish Bella, Reymond Knuliq, Yessa Lona
Title: Kuntilanak Kesurupan 2011 DVDRIP MKV
Size: 300MB
Encoder: Team21


..::Part 1::..
..::Part 2::..

Password

21.com

Misteri Jalan Lama - 2011 (Download Movie)

Posted: 16 Dec 2011 08:31 PM PST


Misteri Jalan Lama (2011) DVDRip 380MB
Genre: Adventure | Drama | Mystery
Runtime: 102 min
User Rating: N/A
Country: Malaysia
Language: Malay
Subtitle: English

SBPA Skim Terbaik Berbanding Negara Lain

Posted: 16 Dec 2011 08:16 PM PST


KUALA LUMPUR – Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang berkuat kuasa Januari depan adalah skim terbaik yang disediakan kerajaan untuk penjawat awam berbanding sektor awam negara lain.

Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Yeow Chin Kiong berkata antara kebaikan yang terdapat dalam skim berkenaan ialah penjawat awam bertaraf pencen tidak perlu membuat caruman sepanjang perkhidmatan selain diberi kemudahan perubatan di hospital kerajaan seumur hidup termasuk tanggungan mereka.

"Di negara lain, penjawat awam perlu mencarum kepada dana sepanjang perkhidmatan…kos perubatan pun mereka bayar sendiri atau beli insurans sendiri berbanding di Malaysia," katanya pada program Ala Carte Pagi Bernama Radio24 Jumaat.

Beliau menjelaskan kerajaan menyediakan skim persaraan dan memperuntukkan sejumlah besar wang untuk pembayaran pencen kerana tidak mahu penjawat awam bimbang keadaan kewangan selepas bersara.
"Kita mahu (penjawat awam) tumpukan perhatian 100 peratus kepada kerja dan tugas semasa bekerja," katanya.

Yeow turut menasihatkan penjawat awam agar tidak melakukan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti dibuang kerja kerana ia akan menjejaskan faedah persaraan.

Menjawab soalan mengenai penjawat awam yang menyuarakan tidak puas hati dengan skim saraan pencen di negara ini, beliau berkata mereka tidak wajar berbuat demikian kerana kerajaan telah merancang masa depan lebih terjamin buat mereka.

"Buat masa ini apa yang kita berikan lumayan sekiranya kita (penjawat awam) tidak ada apa-apa tanggungan semasa persaraan. Dengan menggunakan nilai gaji akhir yang paling rendah pun, kita dibekalkan dengan bekalan hidup RM1,000 sebulan.

"Isunya sekarang di mana kita bermastautin dan sama ada kita ada tanggungan-tanggungan kewangan yang berat. Ini semua hal ehwal rancangan untuk masa depan kita," katanya. – BERNAMA

Remaja Dipaksa Melacur Seminggu Oleh Teman Lelaki

Posted: 16 Dec 2011 08:10 PM PST


Seorang gadis 19 tahun melalui pengalaman ngeri apabila dipaksa menjadi pelacur selama tujuh hari bulan lalu selepas diperdayakan sepasang suami isteri dan teman lelakinya sendiri. Mangsa dipaksa melacurkan diri di hotel bajet sekitar bandar Seremban tetapi berjaya melarikan diri pada 27 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata mangsa yang berasal dari keluarga miskin dan tamat sekolah rendah, bukan saja dikurung dan tidak diberi wang, malah turut didera.

Katanya, teman lelaki mangsa bersama pasangan suami isteri itu berjanji membantu mendapatkannya kerja sebagai pembantu rumah.

"Mangsa bukan saja tidak mendapat pekerjaan, sebaliknya dipaksa menjadi pelacur," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Hamdan berkata, mangsa berjaya melarikan diri dari hotel bajet di Bahau dan kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Berikutan itu, katanya, polis menahan teman lelakinya dan sepasang suami isteri berusia antara 24 hingga 28 tahun yang akan didakwa mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini. -suarapeople-

Kerajaan Tiada Kuasa Larang Penjualan Air Zam-Zam

Posted: 16 Dec 2011 08:08 PM PST


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk melarang penjualan air zam-zam di negara ini.

Beliau berkata sekatan itu tidak dapat dilakukan kerana tidak ada sebarang peruntukan undang-undang untuk menyekat mana-mana pihak berbuat demikian di Malaysia.

"Memang air zam-zam percuma di Arab Saudi. Biasanya apabila kita bertanyakan penjual-penjual, itu (harga jualan) adalah atas caj perkhidmatan sebab air itu diangkut balik. Mereka bukan jual air itu tetapi caj membawa air itu dari Arab Saudi.

"Ini bukan kuasa hendak sekat dan sekarang tiada peraturan hendak sekat air itu dijual," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Jabatan Perdana Menteri di sini Khamis.

Beliau berkata air zam-zam adalah sumbangan syarikat penerbangan kepada jemaah haji dan ia tidak boleh dihantar lebih awal kerana tidak dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi.
"Jika hendak dihantar ke pejabat Tabung Haji (TH) negeri atau daerah, ini akan menjadi tambahan kos dan masa. Oleh itu, majoriti jemaah memilih untuk mengambil air zam-zam sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kerana mereka mahu tiba di kampung halaman bersama air zam-zam.

"Apa yang pasti, bekalan air zam-zam dari Arab Saudi akan dikeluarkan dari satu sumber atau dari satu syarikat sahaja. Ini kerana kerajaan Arab Saudi mengesan adalah penipuan-penipuan air zam-zam telah dicampur (dengan air lain)," katanya.

Sementara itu, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Belanjawan 2012, skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pendaftaran haji akan dilaksanakan mulai 1 Januari depan.

Pada ketika ini, persiapan akhir antara TH dan KWSP giat dijalankan.

Mulai 1 Januari, pencarum KWSP yang mempunyai simpanan minumum RM1,300 boleh mendaftar haji di mana-mana kaunter TH," katanya.

Beliau berkata untuk tujuan pendaftaran itu, pencarum KWSP hanya perlu hadir ke mana-mana kaunter TH dan membawa bersama penyata KWSP semasa urusan pendaftaran haji berkenaan. – BERNAMA

Lisa Surihani Bantu Mangsa Banjir

Posted: 16 Dec 2011 08:01 PM PST


Mengharapkan lebih ramai yang tampil ke hadapan memberi sumbangan buat mangsa banjir tanah air, pelakon jelita, Lisa Surihani tidak ketinggalan menghulurkan bantuan.

Katanya, sewajarnya aktiviti amal berkenaan dilakukan bersama-sama bagi meringankan beban mereka yang sangat mermerlukan.

Jelas Lisa Surihani, mangsa bencana alam, merupakan satu perkara yang berlaku di luar kehendak masyarakat dan sebagai warga negara yang bertanggungjawab saling membantu adalah perkara yang perlu dilakukan.

"Saya rasa masyarakat di luar sana perlu sama-sama mengambil bahagian untuk membantu mangsa banjir. Walaupun kadang kala mereka menerima bantuan daripada pihak kerajaan, namun sebagai masyarakat yang prihatin kita tidak boleh membiarkan saja mereka.

"Apa yang kita mampu, sewajarnya kita sama-sama membantu untuk meringankan bebanan mereka. Kita belum pasti di masa depan kita. Mungkin kita akan berdepan dengan perkara yang lain,"katanya ketika menghadiri majlis penyampaian sumbangan Flood Relief Ops kepada askar Wataniah di Mydin Subang, di sini pagi tadi.

Hadir sama pada majlis berkenaan iaitu produser filem popular, David Teo yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group.

Tambahnya sebagai artis dan juga merupakan platun seni askar Wataniah, dia turut terpanggil untuk sama-sama membantu mangsa banjir menerusi beberapa siri bantuan kemanusian yang dilakukan mereka.
"Sejak menyertai askar Wataniah, saya rasa terpanggil untuk turut sama menyertai mereka dalam siri bantuan kemanusiaan. Meskipun saya sibuk, saya akan tetap memberikan sokongan dan bantuan daripada segi kewangan. Kalau berkesempatan saya akan menyertai mereka kelak," katanya lagi.

Ucap Lisa Surihani lagi, dia amat berharap, bantuan misi kemanusian itu akan berterusan dan mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak.-suarapeople-

Jentera Bomba Rempuh Rumah, 4 Anggota Cedera

Posted: 16 Dec 2011 07:57 PM PST


Empat anggota bomba cedera manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan apabila kereta bomba yang mereka naiki terbabas dan merempuh sebuah rumah di Penaga, Pulau Pinang Rabu lalu.

Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan untuk memadamkan kebakaran apabila penunggang motosikal tiba-tiba muncul dari arah yang bertentangan, menyebabkan kereta bomba itu terbabas lalu merempuh sebuah rumah di Jalan Pasir Gebu, Penaga.

Nordin Hassan, 55, anggota bomba yanng memandu bersama empat rakan dari Balai Bomba Kuala Muda, mengalami kecederaan di kepala dalam kemalangan pada jam 9.25 malam rabu lalu.

Seorang lagi anggota bomba Syawal Dahaman, 50 tahun, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan tidak boleh membuka pintu kerana ia telah terhalang oleh dinding rumah. Kakinya tersepit didalam kereta bomba dan anggota bomba yang datang kemudiaanya terpaksa mengambil masa kira-kira dua jam untuk menyelamatkan Syawal.

Anggota-anggota bomba lain, Shamsudin Mat, 50 tahun, cedera di hidung, manakala Ridzwan Hamid, dalam 40-an, mengalami kecederaan pada buku lalinya dan seorang lagi rakan sekerja yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Azmi Tamat berkata, ia agak sukar dan mengambil masa untuk menyelamatkan Syawal yang telah tersepit di dalam kereta bomba kerana kenderaan itu terperangkap di antara pokok dan dinding rumah.

Beliau berkata keempat-empat yang cedera telah dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk menerima rawatan.
Penghuni rumah, Noriah Wahab, 66, dan anaknya Norizwan Abd Razak, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Noriah berkata: "ketika kejadian, saya sedang berehat manakala Norizwan sedang makan didapur. Saya terkejut apabila saya mendengar bunyi kuat dan menyangka ada pokok yang tumbang dan menghempap atas rumah,"

"Norizwan berlari kearah saya untuk menyelamatkan saya ketika itu," tambahnya lagi -suara people-

Fakta! Merokok Boleh Merosakan Puting Payudara

Posted: 16 Dec 2011 07:53 PM PST


Selama ini, kebanyakan orang hanya mengetahui buruk merokok hanya pada penyakit paru-paru atau kanker saja. Tetapi tahukah Anda bahwa merokok juga boleh membuat puting payudara perempuan menjadi rosak dan kendur?

Ahli bedah plastik dari Metro Detroit Amerika Serikat Dr Anthony Youn dalam blog CNN mengatakan bahwa kebiasaan merokok sebelum atau setelah operasi pengencangan payudara dapat menyebabkan puting payudara perempuan berubah menjadi hitam dan rosak.

"Ya. Perokok yang menjalani operasi payudara berisiko besar kehilangan puting payudara mereka. Saya pernah melihat hal ini sebelumnya," ungkap Youn dalam blognya.

Youn menjelaskan, fenomena ini disebabkan kerana kandungan nikotin dan karbon monoksida yang terdapat dalam asap rokok berkontribusi menghambat aliran darah ke berbagai bahagian tubuh.

Ia menambahkan, jika ada bagian tubuh yang menerima darah terlalu sedikit atau bahkan tidak sama sekali, maka bagian tubuh tersebut akan mati. Inilah yang sering terjadi pada pembuluh darah terkecil, seperti pada puting payudara.

Sebagai buktinya, Youn menceritakan pengalamannya ketika menangani seorang pasien perempuan perokok di mana ketika itu puting payudaranya berubah menjadi ungu ketika menjalani operasi pengangkatan payudara. Warna ungu merupakan prekursor atau pendahuluan dari warna hitam, sedangkan warna hitam prekursor dari kejatuhan atau kematian.

Fenomena ini lanjut Youn, terjadi kerana aliran darah pada tubuh yang tidak memadai sehingga membuatnya berubah menjadi ungu. Untuk menolong pesakit ini dan payudaranya, Youn menggunakan cara yang tidak biasa.

Ia memanfaatkan haiwan lintah untuk mengeluarkan darah kotor dari tubuh si pesakit. Lintah ini akan membantu mengalirkan darah lama yang tertahan akibat penyumbatan. Dengan bantuan lintah ini, puting berubah perlahan dari warna ungu menjadi pink atau merah muda.

"Kami menggunakan lintah-lintah ini secara berkala, hingga tubuh menciptakan pembuluh darah baru untuk melukukan apa yang dilakukan lintah . Hal ini boleh berlangsung selama berhari-hari," papar penulis buku "In Stitches" itu.

Atas dasar itulah, Yuon memperingatkan kepada semua orang untuk berhenti merokok, karena efek dari nikotin dapat menimbulkan kerusakan pada tubuh. Ia juga menganjurkan kepada seluruh dokter bedah plastik untuk memberikan peringatan kepada pesakit nya yang merokok. Inilah pesan penting yang perlu disampaikan itu:

"Jika Anda akan melakukan operasi pengencangan payudara atau bedah reduksi dan Anda merokok, puting payudara Anda boleh berubah menjadi hitam dan kendur. Jika Anda akan melakukan operasitummy tuck dan Anda merokok , Anda mungkin akan mengalami infeksi yang berujung pada timbulnya luka terbuka yang butuh waktu hingga tiga bulan untuk sembuh. Jika Anda akan melakukan operasifacelift dan Anda merokok, kulit pipi Anda akan berubah menjadi hitam dan terkelupas meninggalkan timbunan lemak." -suarapeople-

Gambar Panas Nurul Ain dikecam!

Posted: 16 Dec 2011 07:50 PM PST


NAMA Nurul Ain Nordin, 23, sebelum ini tiada siapa yang peduli apatah lagi ingin mencungkil siapakah gerangannya.

Namun, apabila gambar mirip aksi separuh bogelnya itu tersebar di internet ramai pula pihak yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang siapakah gerangannya Nurul Ain dan tidak kurang juga yang mengeji dan menyifatkan penampilan pelakon yang baru setahun jagung itu sebagai melampau.


sumber : suarapeople

Terdapat lebih 30 000 gay Melayu di Malaysia?

Posted: 16 Dec 2011 07:48 PM PST


"Kalau ada yang mendakwa bilangan golongan homoseksual Melayu terlalu kecil, mereka mungkin tersilap perkiraan," kata bekas pengamal homoseksual yang hanya mahu dikenali sebagai, Dani, 25. Menurutnya, bilangan gay Melayu semakin membiak apatah lagi dengan adanya teknologi Internet dan jaringan sosial seperti facebook, twitter dan blog.

"Saya yakin mereka (gay Melayu) mencapai puluhan ribu orang atau mungkin menghampiri 30,000 orang. Itu bukan pelik atau mengarut.

"Saya terbabit dengan gejala ini sejak berusia belasan tahun dan ramai yang menjadi 'pengikut' amalan songsang ini terutama di kalangan remaja lepasan sekolah," katanya yang berjaya dipujuk mendedahkan kegiatan itu hasil bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Menurutnya, komuniti homoseksual Melayu ini meningkat pantas dan bergerak persis aktiviti tentera gerila yang sukar dihidu.

sumber : suara people

Semakan Keputusan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Ambilan Disember 2011

Posted: 16 Dec 2011 07:46 PM PST




Maklumat ini kami perolehi dari Facebook rasmi KPM sendiri. Sukacita dimaklumkan keputusan permohonan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ambilan Disember 2011 akan diketahui pada19 Disember 2011. Kepada yang memohon, boleh menyemak keputusan anda di laman web rasmi KPM di bawah.


Untuk semak keputusan GSST, anda boleh rujuk pada link di bawah pada 19 Disember nanti:

KEPUTUSAN GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) AMBILAN DISEMBER 2011

Khairul Fahmi, Apex Jadi Model Iklan

Posted: 16 Dec 2011 07:41 PM PST


Penjaga gol sensasi Malaysia abad ini Khairul Fahmi Che Mat sentiasa bertuah dan murah rezekinya. Kejayaannya bersama rakan sepasukan 'Harimau Muda' dan' Harimau Malaya' dalam membawa pulang kejuaraan menjadi adegan yang membanggakan dan kebanggaan buat semua peminat dan pencinta bola sepak tanah air.



Walaubagaimanapun, kejayaan yang dimilikinya seiring dengan gosip luar padang apabila beberapa foto yang boleh diangap kontroversi bersama bekas teman wanitanya tersebar meluas di media jaringan sosial. Inilah yang menimpa dirinya sehinggakan ada ura-ura yang mengatakan dia akan meninggalkan skuad kebangsaan 'Harimau Malaya' dalam mengejar cita-cita sendiri dengan menyertai pasukan negeri sahaja jika sekiranya dihentam dengan gosip-gosip panas yang tidak benar sama sekali.

Berita yang ketika ini hangat diperkatakan apabila Fahmi atau nama manjanya Apex akan bertukar kerjaya?? jadi model tidak lama lagi?? betul ker?? tidak sama sekali. Sebenarnya dia akan menjadi wajah untuk kempen produk jenama popular yang ada kaitan dengan gaya.Walaubagaimanapun pendedahan jenama tersebut tidak akan disebut disini oleh kerana tidak mahu mengganggu urusan tersebut.

Maklumlah pihak jenama itu belum lagi membuat pengumuman bersama media. Apex juga tidak membuka mulut makluman selanjutnya mengenai hal ini. Malah penggambaran iklan yang bakal menghiasi kaca TV belum dilaksanakan lagi.

Apek yang kini menggalas tugas sebagai ketua pasukan 'Harimau Malaya' kini sibuk dalam beberapa siri perlawanan persahabatan bersama beberapa kelab luar negara.

Sumber memberitahu bahawa pihak yang dipertanggungjawabkan menghasilkan iklannya itu sedang giat mengujibakat model-model lelaki dan wanita yang bakal beraksi bersama Apex.

Kepada peminat Apex dan pastinya para gadis tunggulah hero anda menjadi jurucakap produk pula ya. Nantikan.




sumber : suarapeople

(Gambar) Gay Melayu, Ariff Alfian Rosli Berkahwin Di Dublin

Posted: 16 Dec 2011 07:38 PM PST



Ariff Alfian Rosli, pelajar tajaan PETRONAS mengahwini pasangan gay Jonathan di Dublin, Ireland. Ariff Alfian Rosli sebelum ini telah dikhabarkan hilang oleh ahli keluarga tapi nampaknya sebab kehilangannya kini sudah terjawab.

Tapi yang tambah peliknya, Ariff Alfian Rosli masih mengenakan pakai tradisional Baju Melayu bersongket dan memakai tengkolok seperti perkahwinan Melayu yang biasa. Walaupun perkahwinan yang terlarang tapi adat pemakaian Melayu masih belum dilupakan.

Berikut adalah gambar perkahwinan gay si Ariff Alfian yang tersebar di internet.



sumber : suara people

Zul Ariffin Akui Masih Sayangkan Abby Abadi

Posted: 16 Dec 2011 07:33 PM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon Zulkifli Ariffin, 25, mengakui masih sayangkan bekas kekasihnya, pelakon Abby Abadi walaupun tidak lagi mempunyai sebarang hubungan cinta.

Zul berkata, adalah tidak mungkin dia dapat melupakan hubungannya bersama Abby yang telah berlangsung selama tiga tahun begitu sahaja dan masih menghormatinya sebagai seorang kawan.

"Hubungan saya dengan Abby masih baik dan ada kalanya kami bertanya khabar melalui panggilan telefon atau pun berbalas SMS. Sudah tentu perasaan sayang kepadanya masih ada kerana percintaan kami bukan berlangsung selama tiga hari tetapi tiga tahun lamanya.

"Sudah tentu ia masih berbekas di hati saya," ujarnya kepada media ketika ditemui pada majlis sidang media filem Penanggal di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, ditanya adakah dia akan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan bekas penyanyi kumpulan Elite itu, Zul menjawab ringkas. "mungkin...!

Zul juga mendedahkan dia masih mengambil tahu mengenai perkembangan diri Abby dan tiga anaknya menerusi laman Facebook milik bekas kekasihnya itu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai punca keretakan hubungan mereka, Zul enggan mengulas lanjut dan menyifatkan ia adalah perkara bersifat peribadi untuk dikongsi kepada umum.

"Saya tidak pernah menyesal mengenali Abby malah dia adalah antara insan yang paling baik pernah saya temui selain daripada keluarga saya.

"Cuma saya sesalkan mengenai kesalahan dan kesilapan yang pernah berlaku sepanjang kami bersama," ujarnya.

Bercakap mengenai perkembangan terbaru mengenai dirinya, Zul berkata dia bersyukur dapat berlakon di dalam filem Penanggal arahan sulung pelakon berbakat Elly Suriati.

Ujarnya, peluang berlakon di bawah arahan pelakon berkaliber itu adalah peluang keemasan buatnya untuk membuktikan diri sebagai seorang pelakon yang baik.

"Elly Suriati sangat berbakat dan begitu profesional ketika berada di lokasi penggambaran dan sentiasa memastikan apa yang dilakukan adalah terbaik.

"Walaupun ada mengatakan bahawa beliau adalah seorang yang garang tetapi bagi saya jika kita sebagai pelakon mempersiapkan diri sebelum ke lokasi tiada sebarang alasan untuk dimarahi.

"Jika ada pun itu sudah tentu untuk kebaikan bersama bagi menjayakan filem berkenaan," ujarnya.

Zul berkata, cabaran berlakon dalam filem yang turut menggandingkannya bersama Azri Iskandar dan Fasha Sandha itu adalah dia perlu bercakap dalam dua bahasa iaitu bahasa Arab dan Bahasa Malaysia.

Bagaimanapun katanya, atas bimbingan pengarah yang mengadakan kelas bahasa dan persediaan berlakon telah memberikannya semangat dan keyakinan diri untuk melakukannya. -mstar-

Suami 'Risau', Elly Suriati Mengandung Empat Bulan

Posted: 16 Dec 2011 07:31 PM PST

Azri Iskandar risau dengan keadaan isterinya yang sedang mengandung.

KUALA LUMPUR: Pelakon berbakat, Azri Iskandar memberitahu risaukan keadaan isterinya, pelakon dan pengarah, Elly Suriati yang sedang mengandung empat bulan.

Azri berkata, kerisauannya itu disebabkan Elly kini sedang sibuk dalam kerja-kerja pengarahan filem sulungya, Penanggal yang baru memulakan penggambaran pada 10 Disember lalu.

"Saya bimbang dia akan tertekan dan akan memberi kesan kepada kandungan dengan sikapnya yang tidak mahu mendengar kata ketika mengandung.

"Tetapi dia adalah seorang yang bersemangat dan teliti apabila melakukan sesuatu," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem tersebut di sini, Jumaat.

Azri berkata, isterinya tidak mengetahui sudah berbadan dua sehinggalah dia dan beberapa krew produksi filem Penanggal membuat lawatan ke lokasi penggambaran.

Ujarnya, keadaan isterinya yang kurang sihat selepas membuat lawatan lokasi telah memaksanya untuk melakukan rawatan dan doktor memberitahu bahawa Elly sedang mengandung.

"Masa Elly dapat tawaran mengarahkan filem ini dia masih tidak tahu keadaan dirinya sedang mengandung dan hanya mengetahui selepas itu.

"Walaupun sedikit risau tetapi saya yakin dia dapat menjaga dirinya dengan baik tambahan pula saya turut berlakon di dalam filem sama. Jadi dapatlah memerhatikan dirinya," ujarnya.

Elly Suriati tegah bersemangat untuk menyiapkan filem arahan pertamanya walaupun sedang mengandung empat bulan.
 
Dalam pada itu, Azri menolak dakwaan bahawa dia diambil berlakon sebagai watak utama dalam filem tersebut hanya kerana hubungan suami isteri antara mereka.

Ujarnya dia perlu menghadiri uji bakat yang diadakan oleh pihak produksi sebelum diterima berlakon.
"Benar filem berkenaan adalah idea, hasil tulisan dan arahannya tetapi saya sendiri tidak mendapat jalan mudah kerana perlu menghadiri uji bakat bersama-sama pelakon lain.

Sementara itu, Elly ketika ditemui berkata, dia tetap mahu meneruskan penggambaran filem tersebut walaupun sedang mengandung dan memberitahu tidak mempunyai sebarang alahan di peringkat awal kandungannya itu.

Elly berkata, kesibukan di lokasi kadang kala menyebabkan dirinya terlupa bahawa dia sedang berbadan dua kerana teruja dengan buah tangan pertamanya itu.

"Ada kalanya saya terlupa tetapi itu tidak bermakna saya tidak menjaga kesihatan diri dan tahu batas saya sebagai seorang ibu mengandung.

"Insya-Allah semuanya dalam keadaan terkawal dan doakan agar semuanya selamat buat saya," katanya.
Filem usaha sama antara Astro Shaw dan Grand Brilliance itu adalah filem pertama menggunakan khidmat pengarah wanita dan menelan belanja sebanyak RM2.1 juta.

Selain Azri, Penanggal turut dilakonkan oleh Ummi Nazeera, Zulkifli Ariffin, Normah Damanhuri, Fauziah Nawi, Rozie Othman dan sebagainya.

Ia masih dalam proses penggambaran dan dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan. -mstar-

Celine Dion Miliki 3,000 Pasang Kasut

Posted: 16 Dec 2011 07:29 PM PST

Celine Dion.

PENYANYI yang terkenal dengan lagu My Heart Will Go On, Celine Dion dilaporkan mempunyai koleksi kasut sebanyak 3,000 pasang dalam simpanannya.


Showbiz melaporkan Celine mengakui obses dengan kasut dan memberitahu akan membeli lagi kasut apabila keluar membeli-belah.

"Saya sangat obses dengan kasut dan ia seperti satu ketagihan untuk membeli kasut," ujarnya.

Celine memberitahu dia gemarkan kasut daripada jenama Chanel, Louis Vuitton dan Jimmy Choo sebagai koleksinya.

"Pada dasarnya saya tidak kisah apa jenama kasut itu kerana jika ia kelihatan cantik dan selesa saya akan membelinya," katanya. -mstar-

Pelakon sinetron termahal

Posted: 16 Dec 2011 07:23 PM PST


USIA pelakon Nikita Willy ketika ini baru sahaja menjangkau 17 tahun, tetapi kehidupannya sebagai seorang gadis remaja boleh dikatakan agak berbeza dengan rakan-rakan seusianya yang lain.

Jika kehidupan gadis-gadis yang sebaya dengannya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik, ternyata pelakon berkenaan lebih banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaran. Bagaimanapun, pengorbanan tersebut tidak sia-sia apabila kini Nikita sering menjadi rebutan penerbit. Sehingga kini, dia sudah membintangi lebih daripada 20 buah sinetron.

Malah, ada sinetron lakonannya yang turut disiarkan di kaca televisyen di Malaysia seperti Safa Dan Marwah dan Putri Yang Ditukar turut diminati oleh penonton di negara ini. Selain dikenali sebagai seorang pelakon yang cukup popular di negaranya, Nikita juga dikatakan sebagai artis sinetron yang menerima bayaran termahal sehingga mengalahkan pelakon yang lebih senior seperti Luna Maya.

Mengulas mengenai perkara tersebut, pelakon yang dilahirkan pada 29 Jun 1994 itu menganggap ia satu pencapaian yang tertinggi buat dirinya sepanjang bergelar pelakon selama sembilan tahun.

"Sudah tentu saya melihat ia sebagai satu pengorbanan yang cukup berbaloi. Lagipun saya sudah berkecimpung dalam bidang lakonan sejak usia lapan tahun dan bidang ini sudah menjadi sebahagian dalam diri saya. Namun, segala pencapaian yang diperoleh itu langsung tidak pernah membuat saya menjadi leka. Kalau saya mahu terus maju sudah tentu saya perlu terus fokus berusaha dengan lebih keras lagi," ujarnyaketika ditemu bual di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Nikita, biarpun dirinya dikenali sebagai pelakon remaja yang popular di negaranya ketika ini, dia turut gembira apabila melihat lebih ramai gadis seusianya yang muncul sebagai pelakon.


WALAU sibuk sebagai artis, Nikita masih mahu melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dia mahu menjadi seorang doktor.


Jelasnya, dia tidak merasakan kehadiran pelakon-pelakon baharu sebagai pesaing yang mampu membuatkan namanya semakin tenggelam. Sebaliknya, dia menganggap mereka adalah seperti sebuah keluarga.

"Sebenarnya saya lebih senang melihatlebih ramai pelakon baharu yang muncul sekarang. Sekurang-kurangnya ia menunjukkan dunia sinetron semakin berkembang dan akan memeriahkan lagi industri hiburan di Indonesia," ujarnya.

Kini selain bergelar seorang pelakon, anak kepada pasangan Henry Willy dan Yora Febrine itu melangkah setapak lagi apabila mula berjinak-jinak pula dengan bidang nyanyian.

Menurutnya, percubaannya untuk menjadi penyanyi bermula sejak setahun yang lalu apabila dicadangkan oleh seorang pengarah sinetron dan kini dia sudah menghasilkan empat buah single seperti Kutetap Menanti, Lebih Dari Itu, Tafakur dan Pantas Untukku.

"Rasanya tidak salah kalau saya mahu mencuba sesuatu bidang yang baharu. Biarpun saya sudah mula menyanyi, tetapi lakonan masih lagi menjadi keutamaan dan ketika ini saya masih lagi dalam proses pembelajaran untuk menjadi seorang penyanyi.

"Kalau ada masa terluang saya akan turut menghadiri kelas vokal bagi memantapkan lagi cara nyanyian saya.
Buat masa ini, saya lebih sesuai untuk membawakan lagu yang berentak balada," jelasnya.

Ujarnya lagi, sehingga kini dia masih lagi belum mempunyai sebarang album dan lebih banyak menghasilkan single. Mengikut perancangan, album sulungnya masih lagi dalam proses dan dijangka akan menemui peminat pada awal tahun hadapan.

Putus cinta
Seperti kebanyakan pelakon-pelakon lain, Nikita juga tidak terlepas daripada dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa orang jejaka yang turut menjadi tumpuan peminatnya.

Malah, dia dikatakan telah menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang pelakon iaitu Bara Tampubolon sehingga gambarnya bersama jejaka tersebut ketika menghadiri sebuah parti tersebar di Internet.

Ditanya tentang status dirinya ketika ini, pelakon berkenaan tidak mahu mengulas lebih panjang dan menyatakan dirinya kini tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki.

"Saya mengaku yang sebelum ini Bara dan saya adalah merupakan pasangan kekasih dan kami bercinta selama lapan bulan. Namun, hubungan kami sudah pun berakhir kira-kira dua minggu yang lalu. Sejujurnya saya tidak mahu komen kerana agak sedih dengan perpisahan ini. Cuma apa yang boleh saya katakan antara punca utama kami tidak lagi bersama kerana tiada lagi persefahaman dan perbezaan agama," jelas anak sulung dari dua orang beradik itu.


NIKITA menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak Indonesia, Diego Michiels.


Namun begitu, Nikita turut menolak dakwaan yang mengatakan hubungannya dengan Bara putus disebabkan dia menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak terkenal Indonesia iaitu Diego Michiels.

Tegasnya, dia langsung tidak mengenali pemain bola sepak tersebut yang beraksi semasa Sukan SEA yang lalu, walaupun gambar mereka berdua dikatakan telah tersebar di internet.

"Mustahil untuk saya dan Diego bercinta kerana kami berdua langsung tidak saling mengenali. Tentang gambar yang tersebar itu, ada peminat yang meminta untuk kami bergambar berdua ketika bertemu secara kebetulan di sebuah tempat dan saya tidak sangka ia akan beredar di Internet," ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon itu turut mengakui sangat meminati sukan bola sepak dan turut menjadi salah seorang penyokong yang hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan dalam menentukan pingat emas Sukan SEA yang membabitkan perlawanan antara Indonesia menentang Malaysia.

Jadi doktor
Walaupun Nikita menjadikan lakonan sebagai bidang kerjaya utama dan namanya memuncak ketika masih lagi bersekolah, tetapi dia masih lagi mampu meneruskan persekolahannya seperti biasa.

Ujarnya, kesibukan sebagai seorang pelakon tidak boleh dijadikan alasan untuk dia melupakan pelajaran. Dia hanya akan menjalani penggambaran selepas tamat sesi persekolahan dan pada hujung minggu.


NIKITA yang kini sibuk mempromosikan kerjayanya sebagai penyanyi tetap memilih dunia lakonan di tangga pertama.


"Pelajaran masih lagi tetap menjadi keutamaan dan tidak sukar untuk saya membahagikan masa antara berlakon dan belajar. Saya beruntung kerana ibu sendiri yang bertanggungjawab untuk menguruskan diri saya termasuk jadual lakonan.

"Lagipun dalam tempoh seminggu saya cuma hadir ke sekolah selama tiga hari sahaja iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kini saya baharu sahaja tamat sekolah menengah dan dapat menumpukan sepenuhnya dalam lakonan," ujarnya.

Pada masa yang sama, pelakon yang menggondol dua anugerah pada acara Panasonic Gobel Awards 2011 menerusi kategori Aktres Paling Diminati dan Sinetron Pilihan itu tidak pernah melupakan cita-citanya ketika kecil dahulu.

"Sebenarnya sudah lama saya menanam impian untuk menjadi seorang doktor. Malah, saya sudah merancang untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Indonesia dalam bidang kedoktoran tidak lama lagi," ujarnya. -kosmo-

Chong Wei ke Separuh Akhir Kejohanan Badminton Siri Super Akhir Dunia

Posted: 16 Dec 2011 07:18 PM PST

CHONG WEI perlu menyelesaikan tugas dengan Chen Long hari ini sebelum mengesahkan tempat ke final.



JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei bakal membuat perhitungan dengan bintang muda China, Chen Long pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Akhir di Luizhou, China hari ini.
Terdahulu, Chong Wei mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir selepas muncul juara Kumpulan A.

Selepas berjaya membenam cabaran perseorangan Jepun, Sho Sasaki pada aksi pembukaan Rabu lalu dan menundukkan Simon Santoso dari Indonesia sehari kemudian, rentak kecemerlangan tersebut diteruskan Chong Wei semalam.

Tampil selaku pemain pilihan pertama kejohanan, Chong Wei menepati ramalan awal apabila mencatatkan kemenangan ke atas perseorangan Denmark, Peter Gade 24-22, 21-14 pada aksi terakhir Kumpulan A.

Ia sekali gus membolehkan pemain No. 1 dunia itu muncul juara Kumpulan A dan bakal berdepan dengan Chen Long yang sekadar muncul naib juara Kumpulan B.

Atas kertas, Chong Wei, 29 tidak berdepan masalah sukar untuk menundukkan Chen Long berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain sebelum ini.

Ini kerana, ia lebih memihak kepada jaguh negara itu apabila mencatatkan lima kemenangan daripada lapan perlawanan ke atas Chen Long.

Namun, peningkatan prestasi yang dipamerkan Chen Long dalam beberapa kejohanan sebelum ini dilihat mampu memberikan sedikit kesukaran untuk menumbangkan pemain negara Tembok Besar itu.

Andai berjaya menundukkan Chen Long, Chong Wei dijangka berdepan satu lagi tugas getir pada aksi final.

Ini kerana, dia dijangka berdepan seteru utama yang juga merupakan rakan senegara Chen Long, Lin Dan yang akan menentang Peter Gade dalam satu lagi pertemuan separuh akhir hari ini.

Selaku juara Kumpulan B, Lin Dan diramal tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Peter Gade, sekali gus mara ke final.

Sebagai rekod, Chong Wei kini memburu gelaran juara keempat berturut-turut bagi Siri Super Akhir kali ini selepas memenanginya pada 2008, 2009 dan 2010. -kosmo-

Wheldon maut akibat besi tembusi keretanya

Posted: 16 Dec 2011 07:12 PM PST

KEADAAN kemalangan ngeri yang berlaku di Litar Lumba Motor Las Vegas pada 16 Oktober lalu di mana seorang pelumba, Dan Wheldon (tiada dalam gambar) maut selepas satu tiang pagar keselamatan menembusi keretanya.



INDIANAPOLIS - Kematian pemandu kereta lumba Britain, Dan Wheldon yang juga juara dua kali perlumbaan Indianapolis 500, Oktober lalu dikenalpasti berpunca daripada satu tiang pagar yang menembusi jenteranya, sekali gus mengakibatkan kecederaan serius di kepala.

Mengikut siasatan yang diumumkan semalam, Wheldon, 33, terbunuh di Litar Lumba Motor Las Vegas dalam satu kemalangan buruk melibatkan 15 kereta lumba lain yang menyaksikan keretanya terpelanting ke udara dan melanggar pagar penghadang pada saingan akhir musim IndyCar itu.

"Keretanya telah berpusing dan melanggar satu palang pada pagar tepi kanan yang menyebabkan impak kerosakan teruk bermula dari pedal, menem busi bahagian kokpit pemandu dan menembusi bumbung," kata presiden operasi IndyCar, Brian Barnhart.

"Ketika tiang itu menembusi kokpit, impaknya terhadap topi keselamatan pemandu tersebut amat kuat menyebabkan hentakan yang membawa kepada kematiannya."

Wheldon yang bermula dari petak belakang dalam saingan 34 kereta itu, berada di posisi ke-24 pada pusingan ke-11 ketika kemalangan itu berlaku.

"Apabila berlaku tragedi seperti ini, sudah pasti ia sesuatu yang amat menye dihkan.

"Satu-satunya perkara positif yang boleh diambil ialah meningkatkan lagi langkah berjaga-jaga pada masa hadapan.

"Apa yang boleh kita buat ialah menerima situasi ini, belajar daripadanya dan pandang ke depan. Langkah keselamatan ialah suatu proses pengajaran," kata Barnhart. - AFP

Kereta BMW 325i Fasha Sandha hilang

Posted: 16 Dec 2011 07:09 PM PST



MODEL kereta BMW 325i milik Fasha yang dilaporkan hilang di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengalami kerugian kira-kira RM300,000 apabila kereta jenis BMW 325i miliknya lesap, dipercayai dicuri di kawasan letak kereta Jalan Wangsa Delima berhampiran pusat beli-belah Wangsa Walk, di Wangsa Maju di sini semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, Fasha, 27, yang ditemani ibunya dikatakan meninggalkan kereta itu untuk ke salun Chinta miliknya yang terletak berhampiran premis tersebut.

"Fasha yang keluar semula menuju ke arah keretanya 10 minit kemudian terkejut apabila mendapati kereta BMW 325i berwarna putih miliknya telah hilang," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Jelas sumber itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Fasha di Balai Polis Wangsa Maju berhubung kehilangan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sementara itu, Fasha yang ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya, Penanggal mengesahkan kehilangan kereta tersebut. -kosmo-

Harga ikan kini melambung

Posted: 16 Dec 2011 07:06 PM PST


HARGA ikan di seluruh negara kini meningkat ekoran musim tengkujuh. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Harga ikan di seluruh negara dijangka melambung tinggi sehingga Februari tahun hadapan setelah mengalami kenaikan mendadak sejak sebulan lalu ekoran musim tengkujuh yang dihadapi ketika ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Mohamed Dolmat (gambar) berkata, peningkatan harga ikan tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan musim hujan membuatkan sebahagian besar para nelayan tidak boleh turun ke laut seperti biasa.

Jelasnya, keadaan itu telah menyebabkan jumlah tangkapan ikan menurun dan menjadi punca ikan dijual pada harga yang tinggi di pasaran.

"Masalah ini akan membelenggu pengguna sehingga bulan Februari tahun hadapan kerana musim tengkujuh yang dihadapi sejak Oktober lalu hanya akan berakhir pada bulan berkenaan.

"Jadi, orang ramai yang bergantung harap kepada ikan disarankan menggantikan ia dengan bahan lain seperti ayam jika tidak sanggup membeli ikan dengan harga yang mahal," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengenai rungutan orang ramai mengenai kenaikan mendadak harga ikan di pasaran ketika ini.

Dalam satu tinjauan di Alor Setar mendapati, harga ikan kembung naik mendadak apabila ia dijual pada harga RM10 sekilogram berbanding hanya RM3 sebelum ini malah ia turut dijual setinggi RM12 di sesetengah kawasan.

Seorang peniaga, Ali Harun, 43, berkata, cuaca yang tidak menentu menyebabkan nelayan tidak dapat ke laut dan terpaksa dia mendapatkan bekalan ikan dari Kuala Kedah namun dengan jumlah yang kecil iaitu hanya 60 kilogram sehari berbanding 500 kilogram sebelum ini. -kosmo-

Fenomena Shah Rukh Khan di India

Posted: 16 Dec 2011 07:03 PM PST




AHMEDABAD, India - Sejumlah peminat berhimpun
untuk merakamkan gambar pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan dengan menggunakan telefon bimbit di bandar ini kelmarin.

Shah Rukh tiba di bandar Ahmedabad untuk mempromosikan filem Don 2 lakonannya yang diarahkan oleh Farhan Akhtar.

"Majlis di Ahmedabad amat istimewa," kata Farhan.
Sejumlah besar penonton itu menunggu di sebuah pawagam di bandar ini untuk merakamkan gambar Shah Rukh.

Filem itu akan menemui penonton pada 23 Disember depan.

Malaysia, Jerman, India dan Switzerland menjadi lokasi penggambaran filem tersebut.

Filem itu mengisahkan Shah Rukh yang memegang watak Don yang mahu menguasai gerakan penjahat bawah tanah di Eropah. - Agensi

No comments: