Sunday 5 August 2012

Budak Technician

Budak Technician


Aamir Khan Daddy Yang Sangat Cool!

Posted: 04 Aug 2012 07:04 AM PDT



Kesibukannya dengan kerja-kerja pengarahan dan lakonan membuatkan aktor Aamir Khan jarang sekali berada di rumah. Namun, isterinya Kiran Rao langsung tidak kisah kerana Aarmin Khan akan tetap cuba mencuri masa untuk menumpukan perhatian terhadap anak mereka, Azad Rao Khan.

"Apabila Aamir pulang ke rumah pada waktu malam, dia akan tukarkan lampin Azad. Kalau Azad bangun atau terjaga, dia akan bagi susu. Pendek kata, dia betul-betul berusaha menjadi seorang bapa yang baik," kata Kiran Rao yang ditemui sewaktu melancarkan filemnya yang berjudul Dhobi Ghat.

Kiran juga memberitahu, mereka kini dalam perancangan unuk bercuti ke Amerika Syarikat semalam 3 bulan bermula pada 3 Ogos 2012 nanti.

"Kebetulan Aamitr terlibat dengan syuting filem Dhoom 3. Jadi, terlanjur sudah berada di sana, kami akhirnya membuat keputusan untuk terus bercuti. Bagus juga untuk kami kerana kalau hendak diikutkan sudah lama kami tidak berpeluang untuk bercuti ke mana-mana," katanya.


Ditanya apakah dia berasa tertekan menjadi isteri kepada seorang bintang terkemuka dunia, Kiran Rao berkata, dia sama sekali tidak berasakannya.

"Tengoklah saya. Simple sajakan...," katanya sambil tertawa. -murai-

Gaya Turban Rozita Che Wan Jadi Tumpuan

Posted: 04 Aug 2012 06:58 AM PDT

rozita che wan

Selepas Natasha Hudson yang berjaya mencuri perhatian dengan kemunculan pertama kalinya dengan fesyen turban ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 April lalu, pelakon jelita Rozita Che Wan turut memberi impak serupa.

Dengan menggayakan kurung sendat rekaan Qudyn, Rozita Che Wan tampil berseri dengan hiasan turban di kepala yang menggunakan warna sedondon tetapi miliki sentuhan jingga sekali gus membuatkan ramai mata memandang.

rozita che wan

Malah persalinan yang sarat dengan perincian itu turut memilih hiasan manik daripada warna serupa dan juga jingga sebagai sentuhan tersendiri daripada pereka fesyen yang menjadi pilihannya sejak sekian lama.

Ditemui ketika majlis berbuka puasa dan tayangan rancangan Aidilfitri Astro di Hotel Royale Bintang Damansara, baru-baru ini, Rozita Che Wan berkata dia akan sentiasa menutup aurat kepalanya sepanjang Ramadhan ini sebagai menghormati bulan keberkatan itu.

rozita che wan

Malah, dia turut tampi bergaya dengan tas tangan Prada bersaiz sederhana yang turut hadir dengan warna serupa dengan persalinan dan turban dikepala.

"Alhamdulillah, seperti tahun sebelumnya, inilah gaya saya sepanjang bulan Ramadhan. InsyaAllah, manalah tahu saya akan kekal dengan gaya seperti ini walaupun selepas Hari Raya nanti," katanya merendah diri.

rozita che wan

Tidak sendirian, Rozita Che Wan telah ditemani pelakon kacak berwajah Mat Salleh, Zain Saidin yang tidak ketinggalan menggayakan baju Melayu bewarna jingga sekali gus menjadikan kehadirannya pada majlis berkenaan lengkap. -murai-

Ella Kekok Uruskan Suami

Posted: 04 Aug 2012 06:45 AM PDT


Tidak sampai sebulan bergelar isteri, penyanyi rock, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin akui gembira apabila dapat menguruskan suami tercinta, Azhar Ghazali dengan tugas-tugas sebagai seorang isteri.

Meskipun agak kekok dan sukar baginya, namun Ella berkata dia sudah semakin seronok memikul tanggunggjawab sebagai seorang isteri pada usia 46 tahun ini.

"Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar walaupun saya akui agak susah juga untuk membiasakan diri dengan kehidupan sebagai seorang isteri. Namun saya cuba menyesuaikan diri perlahan-lahan untuk belajar sedikit demi sedikit mengenai perihal menguruskan suami supaya dia dijaga rapi oleh saya.

"Tanggungjawab saya setiap hari bermula dari lepas solat Subuh bersama suami kerana saya tidak akan tidur dan terus menguruskan keperluan suami untuk dia keluar bekerja seperti pakaiannya dan sarapan pagi (sebelum berpuasa).

"Tetapi apa perkara paling ketara adalah saya kini perlu meminta izin suami untuk keluar dari rumah dan dalam apa jua perkara saya terpaksa memikirkan untuk dua orang iaitu suami dan saya ," katanya selepas rakaman Mentor 6 Raya di Studio 2, Plaza Alam Sentral, kelmarin.

Pertama kali menjalani ibadah puasa bersama suami tercinta, Ella memberitahu dia amat bersyukur dan sangat teruja apabila berpeluang bersolat terawih bersama suami.

"Saya gembira sangat kerana berpeluang bersolat terawih bersama suami kerana bukan mudah untuk kami bersama di bulan puasa ini disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja.

"Namun masa yang kami ada dimanfaatkan dengan baik. Selepas bersolat terawih bersama kami sempat ke kedai Mamak untuk menikmati teh tarik bersama,"beritahu Ella yang kini dalam proses pembikinan album kompilasi bersama penyanyi-penyanyi lain.

Sementara itu, Ella turut memberitahu dia sempat menyediakan juadah sahur untuk suaminya selain menyifatkan Azhar tidak banyak kerenah dalam soal memilih makanan.

Ella dan Azhar yang juga seorang juruterbang bernikah pada 7 Julai lalu di rumah keluarga pihak wanita di Klang, Selangor. -murai-

Scha Al-Yahya Geletek Awal Ashaari Bangun Sahur

Posted: 04 Aug 2012 06:32 AM PDT


Pertama kali menjalani ibadah puasa bersama sebagai pasangan suami isteri, Awal Ashaari dan Scha Al- Yahya akui mereka melalui pengalaman dan detik manis bersama yang sangat menyeronokkan ramadan ini.

Malah Awal Ashaari berkata dia dapat merasakan banyak perubahan ramadan kali ini bersama Scha Al-Yahya, apatah lagi waktu sahurnya kali ini tidak lagi dikejutkan ibunya, sebaliknya ia dilakukan isteri tersayang dengan cara yang sangat berbeza dan manja.

"Saya akui memang susah untuk bangun sahur. Jika saya bangun sahur pun saya hanya akan minum air atau mengambil apa jua makanan yang ringan.Tetapi waktu dulu ibu saya sangat memberatkan kepada kami untuk bangun waktu sahur kerana dia akan masak dengan banyak untuk kami sekeluarga makan. Jadi macam mana pun dia akan paksa anak-anaknya bangun sahur.

"Namun, cara ibu saya kejut sahur adalah dengan cara memercikkan air ke muka dan cubit-cubit supaya saya tetap akan bangun bersahur. Berbeza dengan Scha yang tidak terlalu memaksa tetapi tetap mahu saya bangun untuk minum paling tidak segelas air.

"Cara Scha kejut sahur tidak terasa kerana dia akan menggeletek saya sehingga saya bangun. Jika tidak dia akan begurau dengan mempercepatkan waktu di jam bagi menakut-nakutkan saya bahawa waktu bersahur hampir tamat. Walau bagaimana pun dia berjaya buat saya tertipu dan akhirnya bangun," katanya   pada majlis berbuka Astro Shaw, di Hotel One World.

Sementara itu, Scha Al-Yahya pula memberitahu dia gembira kerana sudah berpeluang memasak untuk suami tercinta dengan menyediakan juadah kegemaran Awal.

"Walaupun sedih kerana kami tidak dapat berbuka bersama pada 1 Ramadan disebabkan tuntutan kerja masing-masing tetapi saya bersyukur kerana berpeluang dapat memasak juadah berbuka untuk kami bersama.

"Saya masak lauk yang ringkas sahaja iaitu sambal goreng ikan bilis dan juga sotong goreng kunyit, tetapi Awal sangat suka masakan sotong goreng kunyit saya. Kami masak bersama di dapur. Saya masak dan Awal tolong kritik. Dia suka mengkritik dan apa yang saya sediakan itu banyak mengikut citarasanya berbanding saya.

"Namun saya gembira kerana kami banyak habiskan masa bersama dalam menjalani ibadah puasa termasuk dapat melakukan terawih bersama-bersama," jelasnya Scha.

Awal dan Scha yang hingga kini masih menunggu rezeki untuk menimang cahaya mata telah berkahwin pada 4 Mei lalu. -murai-

Dituduh Melahirkan Anak Luar Nikah, Norish Karman Tak Peduli Apa Orang Nak Kata

Posted: 04 Aug 2012 06:20 AM PDT

Gambar Norish Karman bersalin tersebar

Biarpun dituduh melahirkan anak luar nikah yang diberi nama Alexander bin Abdullah pada tahun lalu, namun kontroversi berkenaan sedikit pun tidak memberikan kesan buat Norish Karman.

Malah, acapkali dia dilihat muncul di hadapan media dan khalayak ramai. Namun, apabila ditanya mengenai isu berkenaan, Norish Karman lebih senang untuk membiarkan persoalan itu berlalu pergi begitu saja.

Sewaku ditemui di majlis tayangan program Aidilfitri anjuran Astro di Royale Bintang Damansara, semalam, aktres berusia 38 tahun ini masih tetap berpegang pada prinsipnya untuk tidak menjawab apa-apa yang berkaitan dengan persoalan tersebut.

"Terpulanglah kepada masyarakat dan umum untuk menilai serta melihat diri saya bagaimana kerana pada saya jika mereka orang yang baik-baik, pasti mereka tiada prasangka atau niat yang buruk untuk menuduh saya sedemikian.

"Biarlah apa pun mereka nak kata saya rileks sahaja, ini semua saya anggap dugaan daripada Allah Maha Esa. Alhamdulillah, rezeki saya masih lagi ada dalam industri ini dan perkara ini tidak pun menjejaskan karier saya.

"Benda dah buruk pun, jadi tidak perlu nak dibesarkan. Saya ada keluarga yang maruah mereka harus saya jaga. Buat masa ini mereka minta untuk saya tidak mengulas apa-apa mengenai hal ini, itu permintaan mereka.

"Kalaulah saya nak lari daripada isu ini buat apa saya datang ke sini bertemu media dan orang industri, cuma buat masa ini tiada apa yang perlu dijelaskan, baik saya teruskan kerja cari rezeki," komen aktres ini panjang lebar.

Dilanda kisah kurang elok seperti ini seakan tidak menjejaskan periuk nasi aktres ini kerana menurutnya, dia sentiasa sibuk dengan syuting dan dalam masa yang sama memberi motivasi kepada pelajar universiti dan kolej serta badan korporat.

"Kebelakangan ini saya banyak berlakon, penat jangan cakaplah kalau shooting. Tetapi, saya bersyukur rezeki tidak putus dan dalam masa yang sama saya kini melebarkan karier menjadi ahli motivasi.

"Saya ada menerima undangan memberi talk berunsur motivasi mengenai pelbagai aspek antaranya imej dan persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan dan juga parenting.

"Yang menariknya dalam masa saya menyampaikan talk tersebut saya akan mencari ruang untuk menghiburkan para hadirin dengan lagu nyanyian saya sendiri dan ianya nyata mendapat sambutan,"ujar Norish yang gemar menyanyi dan pernah melahirkan album.

Terdahulu Norish dikatakan melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras pada September tahun lalu pada jam 6.13 petang dan telah diberi nama Alexander bin Abdullah. Namun status kesahihan berita itu belum disahkan Norish, walaupun pelbagai bukti telah tersebar di media massa. -murai-

5000 Cetakan Pertama Album Mawi Habis Dijual

Posted: 04 Aug 2012 06:02 AM PDT


Namanya pernah mencipta fenomena dalam industri hiburan tanah air. Namun akhir-akhir ini, nama Mawi seakan suram dan dia seolah-olah dilupakan.

Mungkin ramai tidak tahu, ibarat diam-diam ubi berisi, Mawi baru sahaja mengeluarkan album yang berunsur kerohanian. Album yang diterbitkan oleh syarikat produksinya sendiri, MW Entertainment, berjudul Asmaulhusna Asmawi.

"Album ini sudah berada di pasaran dan akan dilancarkan tak lama lagi," kata Mawi ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Astro di Hotel Royale Bintang Damansara, baru-baru ini.

Tambah Mawi, album ini hanya mengandungi 99 nama Allah yang diulang-ulang.

"Terdapat 11 track dalam album ini dan setiap track telah dipecahkan kepada beberapa nama-nama Allah," katanya yang turut menerima khabar gembira apabila 5000 cetakan pertama album tersebut telah pun habis dijual.

Pada masa yang sama, Mawi juga sibuk di belakang tabir apabila dia baru selesai mengarahkan telemovie raya 'Siapa Dapat Lisa' terbitan MW Entertainment.

Telemovie yang akan ditayangkan pada raya kedua ini dilakonkan oleh kumpulan Sepahtu dan Yasmin Hani.

Mawi menyatakan dia berhasrat untuk mengarah sebuah filem yang berunsur komedi.
"Saya teringin untuk mengarah filem berunsur komedi seperti aksi komedi, komedi seram dan sebagainya," kata Mawi.

Menyentuh soal persiapan Aidilfitri, kata Mawi, dia dan isteri, Ekin lebih menumpukan kepada persiapan untuk cahaya mata pertama mereka, Cahaya Malaika yang kini sudah berusia 5 bulan. -gua.com.my-

Aznil Hj. Nawawi Kena Rompak, Kerugian RM30,000

Posted: 04 Aug 2012 05:52 AM PDT


Kediaman yang didiami Aznil Hj Nawawi di Taman Yarl telah dimasuki perompak sekitar 10.00 malam Rabu lalu.

Ketika kejadian berlaku, ibu Aznil Hj Nawawi dan dua orang amah mereka berada di rumah tersebut namun pengacara popular tersebut tidak berada di tempat kejadian.

Menurut laporan, penjenayah melarikan sejumlah barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting anting & rantai kaki selain komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Kejadian rompakan tersebut tidak disedari sesiapa dan dilaporkan Aznil Hj Nawawi sekeluarga menanggung kerugian sebanyak RM30,000.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut. -gua.com.my-

Memey Jawab Isu Sudah Berbaik Dengan Abby

Posted: 04 Aug 2012 05:44 AM PDT


"Alhamdulillah, kami bersyukur sangat-sangat kerana ini yang kami impikan selama ini. Berkat bulan yang mulia ini, akhirnya mimpi kami menjadi kenyataan," ujar pelakon Memey mengulas mengenai status terkini hubungannya dengan Abby Abadi yang dikatakan sudah kembali jernih.

Tiga hari lepas, Abby menerusi Twitter miliknya berkongsi dua keping gambar di mana menunjukkan mereka seolah-olah sudah berbaik. Bagi mendapatkan pengesahan berita baik ini, GUA telah menghubungi Memey dan isteri kepada Norman Hakim ini mengesahkan sendiri mengenai perkara tersebut.

"Kami tak pernah putus-putus mendoakan agar Tuhan menyatukan kami dan Alhamdulillah, ini semua berkat doa dari semua. Yang paling gembira mengenai perkara ini tentulah anak-anak dan bagi saya, inilah yang terbaik demi masa depan mereka. Kegembiraan juga jelas terpancar di wajah mereka apabila melihat mama dan mummy mereka berbaik."


Menceritakan lebih lanjut mengenai bagaimana hubungan baik mereka terjalin, Memey memberitahu, "Semuanya berlaku ketika bulan Ramadhan. Kami betul-betul dapat petunjuk baik ini ketika minggu lepas masa Memey nak ambil anak-anak di rumah kak Abby di Shah Alam. Masa itu kak Abby terus peluk Memey selepas kami bersalam.

"Selepas itu, masing-masing faham itu satu petunjuk yang positif. Mengenai dua gambar itu, semua ini tak dirancang. Abang Norman jemput Kak Abby untuk berbuka puasa bersama kami kelmarin. Ini kali pertama kami buka puasa bersama dan waktu itu, ibu Kak Abby pun ada bersama. Selepas berbuka, kami mengerjakan solat Maghrib bersama di mana abang Norman yang mengimamkan solat tersebut."


Menyentuh mengenai persiapan bulan Ramadhan serta Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Memey yang kini hamil 3 bulan memberitahu, "Sekarang ini saya telah alami alahan yang teruk, jadi Ramadhan kali ini saya tidak dapat berpuasa sepenuhnya dalam keadaan macam ini.

Sebelum ini saya gila makan ayam, tapi kali ini, hanya ayam Nando's saja yang boleh saya makan kerana yang lain saya dah tak boleh masuk. Saya juga suka makan makanan Barat sekarang.

"Mengenai Aidilfitri pula, kami akan pulang beraya ke rumah keluarga mertua di Kuantan terlebih dahulu. Selepas itu kami akan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk sambut raya bersama-sama dengan kak Abby sebelum kami berangkat ke Johor untuk beraya selama dua hari di sana." -gua.com.my-

1 comment:

Anonymous said...


Our updates Recent articles: