Thursday, 21 June 2012

Budak Technician

Budak Technician


Petua Hancurkan Biji Cili Untuk Masakan

Posted: 20 Jun 2012 08:56 AM PDT




Kita ingin memasak masakan yang menggunakan cili dalam kadar yang banyak, seeloknya biji cili dibuang atau dihancurkan terlebih dahulu. Ini kerana biji cili yang tidak hancur mudah menyebabkan si pemakan cirit birit dll.

Untuk menghancurkan biji-biji cili ini, masukkan cili dan bahan-bahan masakan lain ke dalam balang pengisar. Tuangkan sedikit minyak masak ke dalam balang pengisar tadi[ sesudu kecil]. Kemudian kisar sehingga semuanya hancur. Selesai...

sumber : petuanenek

Shahrizal Jaszle bakal berkahwin?

Posted: 20 Jun 2012 12:17 AM PDT

Shahrizal Jaszle dan Redzwani Puteri
Shahrizal Jaszle dan Redzwani Puteri 
 
Shahrizal Jaszle
Shahrizal Jaszle


Biarpun beberapa kali melalui episod kecundang dalam percintaan, ia tidak sedikit pun menjadi noktah buat aktor, Shahrizal Jaszle, 24, mencari teman hidupnya.

Kini, pencarian itu bagai telah tiba ke penghujungnya, setelah seorang gadis istimewa, yang juga kenalan lamanya telah berjaya menawan, bukan sahaja hatinya, bahkan hati seluruh keluarganya.

Tidak menunggu lama, Shahrizal secara bersahaja memaklumkan akan merisik buah hatinya, Redzwani Puteri pada 15 Julai ini menerusi laman Instagram miliknya.

"Insya-Allah, 15 Julai ini, keluarga saya akan berjumpa keluarganya untuk merisik. Setakat ini, itu sahaja perancangan yang telah kami buat.

"Saya sudah mengenalinya sejak setahun lalu dan hubungan kami hanya sekadar teman biasa. Namun, ketika saya sedang kecewa selepas putus cinta baru-baru ini, hubungan kami menjadi semakin rapat.

"Istimewanya, dia bukan sahaja berjaya menambat hati saya, malah keluarga saya juga sangat menyukai dia. Keluarga kami merestui hubungan ini dan mereka juga yang cadangkan supaya hubungan kami ini diikatkan," katanya.

Bagaimanapun, Shahrizal berkata, perancangan selanjutnya masih belum dilakukan memandangkan Redzwani masih lagi belajar.

"Saya mahu kumpul duit terlebih dahulu. Lagi pun, dia akan tamat pengajian dua tahun lagi. Apa yang pasti, kami tidak ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahrizal baru sahaja tamat dengan sesi penggambaran drama berjudul Fenomena Cinta arahan Liza Ismail. -MH-

Penyanyi Pakistan Ditembak Mati

Posted: 20 Jun 2012 12:12 AM PDT


Penyanyi popular Pakistan, Ghazala Javed ditembak mati bersama ayahnya di wilayah Peshawar, kelmarin.

Bagaimanapun, maklumat-maklumat yang diperolehi memberikan cerita yang berbeza-beza mengenai kes itu. Menurut polis kes pembunuhan ini kemungkinan disebabkan pertikaian keluarga.

Namun, laporan-laporan dari Pakistan menyebut golongan artis telah menjadi sasaran kumpulan pemberontak sejak mereka menguasai kawasan itu sejak tahun 2007.

Kakak Ghazala mendakwa beberapa lelaki bersenjata memasuki rumah Ghazala lalu menembak dia dan bapanya. Bagaimanapun keterangan lain menunjukkan mereka terbunuh apabila terkena tembakan yang dilepaskan di jalan.

Ghazala yang berusia pertengahan 20-an ini telah berkahwin dengan ahli perniagaan tetapi telah bercerai. -MH-

Pelakon Korea, Jung Ah-yul Bunuh Diri

Posted: 20 Jun 2012 12:10 AM PDT



Pelakon Korea yang terkenal dengan drama bersiri KBS, 'Love, My Love', Jung Ah-yul dilaporkan telah membunuh diri di kediamannya pada 14 Jun lalu.

Menurut sumber-sumber terdekat dengan pelakon ini, Jung Ah-yul dikatakan mengalami tekanan perasaan yang mungkin telah mendorong dia bertindak sedemikian.

Perubahan terhadap aktres berusia 25 tahun ini mula disedari apabila pada 11 Jun lalu dia telah mengeluarkan status di Facebook yang menyatakan 'Tiada apa pun yang boleh memujukku' sehingga mencetuskan kebimbangan di kalangan peminatnya.

Dalam perkembangan lain, kontraknya bersama agensi Myname Entertainment tamat tujuh bulan yang lalu dan dia mula berlatih untuk menjadi penyanyi.

Walaupun kematiannya dilihat sebagai kes bunuh diri, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan terhadap punca kematiannya. -MH-

Tatu Di Lengan, Awi Rafael Sudah Bertaubat

Posted: 19 Jun 2012 10:34 PM PDT



Baru-baru ini tersebar foto-foto milik penyanyi Awi Rafael di blog-blog hiburan yang memaparkan aksi penyanyi itu bersama teman-teman wanitanya dan juga foto yang menyerlahkan tatu yang terdapat di lengan penyanyi itu.

Tampil membuat pengakuan di laman facebook miliknya, Awi Rafael mengakui foto tersebut miliknya dan mengaku sudah bertaubat dan insaf di atas perbuatannya di masa lampau. Ikuti luahan hati Awi Rafael.

Assalamualaikum semua,

Terharu hati awi membace kata2 positif sahabat semua, kata2 nasihat..awi bersyukur diberi dariNya teman2 yg ikhlas dgn diri awi, menerima awi seadanya dan tidak menghakimi awi atas kesilapan2 yg pernah awi buat pada suatu masa tahun2 dahulu; masa muda dan masih mentah fikiran awi masa itu. Awi rasa ia adil utk semua yg sokong Awi utk tahu yg sebenarnya, dari Awi sendiri, Inshallah.

Gambar2 yg diambil dan dimuatnaik ke dalam laman2 portal adalah diambil oleh seseorang sebelum Awi bergelar artis DAN hakikatnya Awi adalah seorang insan biasa yg tidak terlepas dari membuat kesilapan. Awi minta maaf, Awi tidak sempurna. :( Ketika masih muda dan naif bertahun-tahun dahulu, berbagai perkara telah dicuba oleh seorang remaja muda seperti Awi biler umur Awi masih muda, skrng Awi sudah 26 tahun, lebih dewasa dan jauh lebih matang, alhamdulilah.

Sejak Awi taubat dan meninggalkan Australia, Awi benar2 menginsafi dan menyesali di atas segala perbuatan yg menyalahi hukum dan batasan agama. Kerana itu Awi pulang ke Malaysia, negara Islam dan bnyk teman2 Islam yg bole mengajar Awi sendiri, sambil mencari rezki halal. Awi berhajat untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan mulia di masa hadapan dan dicontohi oleh masyarakat terutamanya kepada peminat2 Awi. Awi bukan hendak menyorok atau hipokrit, tetapi dinasihati oleh ibu utk buat yg terbaik utk semua lapisan masyarakat, agar peminat2 MUDA semua tidak akan menyontohi kesilapan besar Awi dahulu. Awi pegang pd nasihat ibu, IAITU utk utamakan kawan2 yg sedia menyokong awi.

Dugaan itu akan sentiasa ada apabila seorang insan ingin coba kembali kpd jalan yg benar. Taubat awi sebelum awi dtg ke M"sia antara awi dgn Allah, dan kemaafan pertama adalah dari Ibu, dan syukur..Ibu, keluarga, sahabat rapat & kekasih hati Awi sudah lama maafkan Awi. Alhamdulilah.

Hikmah ada disemua yg terjadi, dan semua yg terjadi dtg dariNya. Maka itu, MAAFKANLAH insan2 yg pernah mengutuk,mencaci dan mempertikaikan semua tindakan awi. Maafkan mrk yg dengki dgn rezki awi, rezki yg dtg dari titik peluh kerja keras awi, hasil rezeki yg halal awi mencari melalui lagu2 awi. Dan maafkan mrk yg tegur dgn kasar, kerana itu baik sebenarnya, awi tahu hasrat hati mrk hanya utk ingin mempertahankan ajaran Islam..
Awi faham, it's okay. =)

Tapi... inshallah tidak dilupa juga bahwa Islam itu juga mengajarkan kemaafan dan bukan dgn tawa atau dengki pd seseorang yg sedang alami kesusahan.
Inshallah terbuka hati semua. Letakkan diri kamu di dlm situasi awi, harap itu akan lembutkan hati teman2.

Akhirnya,

Awi seru kpd adik2 kiter yg masih muda disini..biarlah ini menjadi satu pengajaran untuk semua ya.. jauhkan diri dari yg haram, dekatkan diri kpd Islam dan terutamanya Ibu.

Jadi,marilah kita terus maju kehadapan dlm hidup dan dengarkanlah lagu2 dalam album terbaru awi yg akan kluar tak lama lagi, dgrkanlah luahan hati awi dan inshallah dari situ dapat memahami perjalanan hidup Awi yg tak pernah Awi sesali. Semuanya ada hikmah sendiri,Awi percaya pada itu. :)

Dari segi karier Awi, alhamdulilah semakin bnyk show masih diterima, dan bnyk tawaran lagi diberi utk awi bernyanyi dan berlakon juga,(!) dan juga peluang utk menyebarkan lagu2 ciptaan Awi di Indonesia.

Utk #awiDDicteds semua, awi syg korg.Korg semualah jantungku, Kuatkan semangat dan positif selalu;) Akan awi update show2 yg akan dtg iyaa..=)

Wasalam semua, salam jumaat

Awi Rafael.

sumber : gua.com.my

Limelight, Buku Biografi Faizal Hussein Dilancarkan Sabtu Ini

Posted: 19 Jun 2012 10:31 PM PDT


Limelight, Buku Biografi Faizal Hussein Dilancarkan Sabtu Ini

LIMELIGHT, buku autobiografi Faizal Hussein bakal dilancarkan di KL Alternative Bookfest pada Sabtu ini. Majlis pelancaran buku tersebut bakal berlangsung di Annexe, Central Market, Kuala Lumpur pada pukul 12 tengahari.

Faizal Hussein, nama yang tidak asing lagi bagi peminat filem tanahair. Beliau juga pewaris kepada legasi Allahyarham Seniman Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Seniwati Mahyoun Ismail. Seawal usia lima tahun lagi, Faizal sudah pun beraksi di depan lensa kamera. Pengalaman beliau berada dalam industri lakonan selama 40 tahun ini dihuraikan di dalam buku yang bertajuk LIMELIGHT.


LIMELIGHT mendedahkan profesionalisme kedua ibubapanya mendidik anak-anak, yang tidak pernah dikongsi selama hayat hidup Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail. Faizal juga pernah berhadapan dengan tindakan gantung tidak bertali oleh syarikat penerbit drama untuk beberapa tahun atas kedegilan dan prinsip yang dipegang. Pernah dipilih sebagai ahli jawatankuasa SENIMAN, Faizal terpaksa melepaskan tanggungjawab tersebut kerana tidak sanggup melihat politik kotor dan kepentingan tertentu yang diperjuangkan. Faizal pernah memenangi beberapa anugerah dalam beberapa festival filem tanahair.

LIMELIGHT menceritakan bagaimana pelakon itu mengekalkan tahap profesionalisme beliau sehingga sekarang untuk dikongsi dengan sesiapa yang ingin menceburi dalam karier yang sama atau mahukan gambaran awal mengenai amalan industry perfileman tanahair.

Faizal turut menceritakan bibit-bibit manis berlakon dalam enam filem terpenting di dalam hidupnya; Antara filem-filem yang membawanya melonjak naik ialah Gila-gila Remaja (1985), Kanta Serigala (1992), XX Ray (1993), Fantasia (1994), Leftenan Adnan (2000) dan Bunohan (2012).

Selain buku Faizal, turut akan dilancarkan adalah buku Memoir Bukan Memoir tulisan pelakon Pekin Ibrahim. Semua dijemput hadir ke majlis tersebut yang akan turut dihadiri Dilla Hussein, Zahiril Adzim dan ramai lagi.

Foto oleh : Iskandar Ibrahim

Aeril Zafrel Enggan Buka Baju, Pegang Tangan OK

Posted: 19 Jun 2012 10:27 PM PDT


Hero filem 'Hanya Aku Cinta Kau Seorang' (HACKS), Aeril Zafrel pada Isnin lalu mengumumkan dia kini tidak mahu lagi berlakon tanpa mengenakan baju. Bukan kerana dihentam peminat atau dimarahi teman wanita tetapi kerana sebab yang lebih kukuh.

"Selepas filem HACKS, saya tidak mahu lagi melakonkan adegan-adegan yang memerlukan saya membuka baju. HACKS adalah yang terakhir. Saya harap pengarah dan pihak penerbit boleh faham dengan pendirian saya ini. Jika ada yang tidak senang, saya tidak akan terima tawaran berlakon daripada mereka. Saya nekad tidak mahu melakukannya lagi," ujar Aeril mengulas tentang penampilannya yang sering kali tidak berbaju di dalam filem HACKS.

Jelas Aeril lagi, keputusan itu dibuat bukan kerana desakan sesiapa, tetapi atas kesedaran diri sendiri. Namun, jejaka ini menyatakan dia tidak kisah jika perlu memegang tangan pelakon wanita yang digandingkan bersamanya. Pelik juga pendirian Aeril ini bukan? Untuk pengetahuan semua, pendirian Aeril itu tercetus setelah dia mula mendalami ilmu agama sejak beberapa bulan yang lalu.

''Filem ' 7 Petala Cinta' memberi impak yang cukup besar kepada saya. Ia membuatkan saya nekad untuk berubah dan memperbaiki diri. Sekarang sudah masuk tiga bulan saya mempelajari ilmu agama atau mengenal diri sendiri. Dalam tempoh itu juga, saya tidak terlibat dengan sebarang penggambaran kerana mahu berehat seketika.

Dalam masa yang sama, saya ambil kesempatan melawat beberapa buah masjid mahupun pusat-pusat pembelajaran agama di beberapa buah negara untuk mendapatkan ilmu. Mungkin ramai yang terkejut atau hairan dengan perubahan saya ini, tetapi saya benar-benar mahu berubah. Saya tidak mahu terus leka dan hanyut. Malah, saya juga tidak kisah kalau perubahan ini membuatkan saya kurang menerima tawaran berlakon. Saya percaya dalam usaha melakukan kebaikan, pasti pengorbanan perlu dilakukan, " ujar Aeril berkeyakinan.

Mengulas lanjut tentang pengecualian memegang tangan pelakon wanita , Aeril memberitahu dia mengambil pendekatan itu kerana tidak mahu membuat perubahan secara drastik. Jelasnya biarlah perubahannya berlaku secara perlahan-lahan. Selain itu, dia juga menganggap perbuatan itu sebagai tuntutan kerja.

Buat peminat Aeril Zafrel, jangan lupa saksikan filem HACKS di pawagam bermula 21 Jun ini. Lihat dan buat penilaian sendiri terhadap lakonan Aeril. Adakah melebihi batas atau biasa-biasa sahaja?

sumber : gua.com.my

Demi Agama, Nuremy Rela Tinggalkan Lakonan

Posted: 19 Jun 2012 10:24 PM PDT


Nuremy Ramli, empunya nama ini mungkin tidak begitu dikenali oleh penggemar filem Melayu. Tetapi jika anda mengikuti filem-filem atau drama terbitan MIG, pasti kelibat gadis berusia 26 tahun ini pernah dilihat. Terbaru, Nuremy akan muncul dengan filem terbaru berjudul 'Hanya Aku Cinta Kau Seorang' (HACKS). Kali ini Nuremy diberi kepercayaan menjadi heroin untuk filem arahan Ahmad Rusli Khadri atau Ollynn ini.

Jangan terkejut melihat penampilan Nuremy dalam filem ini nanti. Dia tampil seksi dan kelihatan tergedik-gedik di samping hero, Aeril Zafrel. Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana perasaan Nuremy setelah menyaksikan lakonannya bukan? Maklumlah, Nuremy kini bukan lagi Nuremy yang dulu. Sebaliknya sudah berhijab dan berpakaian menutup aurat.

Ketika ditemui di majlis pratonton HACKS di TGV, Sunway Pryamid semalam, Nuremy mengakui dia sebenarnya berasa agak malu dengan penampilannya itu. Bagaimanapun, dia mahu peminat faham bahawa penggambaran filem itu dilakukan sebelum dia mengambil keputusan untuk bertudung.

"Ketika menonton filem itu tadi (Isnin), memanglah saya berasa agak malu kerana penampilan saya sekarang ini tidak sama seperti dahulu. Terus-terang saya katakan, saya sebenarnya kurang selesa dengan pakaian yang disediakan oleh pihak produksi ketika itu. Ini kerana ketika penggambaran HACKS bermula, saya sudah memasang niat untuk memakai tudung.

Bagaimanapun, ketidakselesaan itu tidak diluahkan kerana saya tidak mahu menyusahkan pihak lain. Sebaliknya, saya akur dengan kehendak pengarah dan cuba lakukan yang terbaik. Sebagai pelakon, saya tidak mahu mengecewakan pengarah dan penerbit yang percaya dengan kemampuan lakonan saya," ujar Nuremy berterus-terang.

Dalam masa yang sama, pelakon ini mengumumkan bahawa dia kini sudah bersedia untuk mengundurkan diri dari dunia lakonan. Jelas Nuremy, sepanjang tiga bulan dia bertudung, dia langsung tidak menerima sebarang tawaran berlakon daripada mana-mana produksi.

"Selepas bertudung, saya memang tidak menerima sebarang tawaran berlakon. Andai kata peluang saya dalam bidang ini sudah tertutup, saya menerimanya dengan hati terbuka. Saya sanggup tinggalkan dunia lakonan, demi agama dan kebaikan diri sendiri. Paling penting, perubahan ini memberikan ketenangan jiwa dan minda kepada saya. Ia sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau tidak berlakon lagi nanti, mungkin saya akan bantu uruskan perniagaan keluarga. Doakan yang terbaik," ujar Nuremy lagi.

Mengimbas permulaan langkahnya untuk menutup aurat, Nuremy memberitahu semuanya bermula apabila dia sering termimpikan arwah ayahnya.

"Dalam mimpi-mimpu itu, arwah ayah hanya memandang kepada saya tanpa melemparkan senyuman. Sedangkan hubungan kami sangat rapat. Ini membuatkan saya tertanya-tanya apa maksud mimpi tersebut. Akhirnya saya buat kesimpulan bahawa ayah mahu saya lakukan sesuatu. Setelah beberapa lama berasa tidak sedap hati dan berkira-kira hendak menutup aurat, saya akhirkan nekad untuk berubah. Syukur keputusan ini membuatkan saya berasa lebih tenang dan selesa," ujar Nuremy mengakhiri perbualan.

Selepas HACKS, Nuremy mempunyai dua buah filem lagi yang belum ditayangkan iaitu 'Ajiboy' dan 'Halim Munan'.

sumber : gua.com.my

Remy Ishak Masih Bernafas

Posted: 19 Jun 2012 10:21 PM PDT


Sekali lagi rakyat tempatan digemparkan dengan berita kematian palsu artis tempatan yang telah disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab di laman sosial. Kali ini yang menjadi mangsa ialah pelakon Remy Ishak. Pelakon itu dikatakan telah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru sekitar petang semalam.

Pelakon veteran Azean Irdawaty dan Osman Kering antara yang pernah menjadi mangsa khabar angin sebelum ini.

Remy yang terkejut dengan khabar angin tersebut pantas mengemaskinikan akaun Twitter miliknya di @remy_ishak dengan mengatakan yang dia masih sihat dan sedang sibuk membasuh baju yang banyak. Pelakon itu berada di Johor Bahru untuk acara Sorak Goool bersama peminat bola menonton perlawanan bola sepak EURO 2012.

Portal gua.com.my turut menyiarkan artikel Remy Enggan Ulas, Mahu Komen Pasal Karier dua hari lepas bagi menjawab isu yang timbul mengenai teman wanitanya, Tiz Zaqyah. Wawancara tersebut dilakukan menerusi telefon sewaktu Remy dalam perjalanan ke Johor Bahru.

Filem terbaru lakonan Remy Ishak iaitu Jiwa Taiko kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sebelum menyusul filem Aku, Kau Dan Dia.

sumber : gua.com.my

Zizan Gembira Dapat Jumpa Juliana Evans

Posted: 19 Jun 2012 10:11 PM PDT

"Saya gembira dapat jumpa dia," ujar pelakon serta pelawak Zizan Razak saat diajukan mengenai kepulangan pelakon Juliana Evans ke tanah air selepas lima bulan gadis kacukan itu berada di Amerika Syarikat bagi melanjutkan pelajarannya di sana.

Jue yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Perfileman, Video dan Media di Universiti Western Michigan tiba di tanah air, tiga minggu lepas bagi mempromosikan filem 'Mael Lambong' dan juga menjalani penggambaran filem 'Dampak'.

"Sudah tentulah saya suka sangat dapat bertemu dengan dia sebab dah lama kami tak berjumpa. Lagipun dia merupakan kawan wanita saya yang paling rapat setakat ini. Ini kali kedua kami berjumpa sejak kepulangannya di mana kali pertama kami berjumpa di Terengganu. Saya tak sempat nak jumpa dia lama-lama sebab jadual saya padat sangat sekarang dengan waktu penggambaran," ujar Zizan sejurus selesai majlis tayangan media filem 'Mael Lambong', malam tadi.

Menyentuh mengenai filem terbarunya itu, Zizan memberitahu, "Saya tak pernah jangka watak yang saya cipta bersama Johan dan Sabri Yunus di pentas Raja Lawak sebelum ini telah berada di layar perak. Bila filem ini dah keluar, lain macam saja semangat saya.

"Namun, saya agak sedikit terkilan kerana Johan tidak berada sekali dalam filem ini. Ini kerana waktu itu jadual dia tidak mengizinkan untuk dia berlakon bersama. Apapun, saya rasa ada baiknya Mael Lambong pergi dulu dan selepas ini baru watak Ah Chai. Kemudian, baru kita buat kedua-duanya sekali," ujar Zizan teruja.

"Tidak dinafikan agak sukar juga untuk membawa watak Mael Lambong kerana saya tak nak lawak slaptik itu wujud. Bagi menampakkan kelainan, saya gunakan komedi gelap dalam filem ini. Saya rasa sejuk hati bila orang tonton filem ini dan mereka gelak.

"Bagi saya, ini cara saya untuk buat peminat rasa puas. Saya buat sesuatu perkara bukan sebab duit tapi saya buat untuk orang gembira. Saya harap orang akan sokong filem ini. Saya sayangkan Mael Lambong kerana ia memang sangat eksklusif buat saya."

Bagi mereka yang ingin menyaksikan aksi menarik Zizan dan Jue dalam filem 'Mael Lambong', jangan lupa menonton filem terbaru arahan Ahmad Idham itu di pawagam berhampiran anda bermula hari ini (20 Jun 2012).

sumber : gua.com.my

No comments: