Friday 15 June 2012

Budak Technician

Budak Technician


Remy dan Tiz Zaqyah sedang bergaduh teruk?

Posted: 14 Jun 2012 12:03 AM PDT


Umum mengetahui yang dua orang pelakon hebat tanah air, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah mempunyai hubungan cinta.

Sebelum ini, ada juga timbul cerita kurang enak yang mengatakan hubungan mereka sudah pun berhenti tetapi dinafikan oleh kedua-duanya kerana tidak mahu cerita peribadi lebih terserlah dari cerita kerjaya mereka masing-masing.

Namun, cerita cinta mereka kembali dilanda kontroversi! Benarkah Remy dan Tiz Zaqyah sedang bergaduh?

Kalau dilihat gelombangnya, seperti besar sahaja cerita gaduh mereka.

Menerusi blog gosip hiburan Beautifulnara.com, Remy dikatakan 'angin' dengan sikap Tiz Zaqyah.

Semuanya kerana dia yang dimasukkan ke hospital kerana demam panas, Tiz Zaqyah langsung tidak mengambil tahu akan perkembangan diri Remy yang ditahan di wad hospital.

Semua orang tahu, Remy adalah lelaki yang tidak gemar menceritakan perihal peribadinya kepada umum lebih-lebih lagi menggunakan laman sosial untuk bercerita.

Tetapi, entah kenapa Remy secara tiba-tiba 'berani' meluahkan sesuatu di laman Twitternya.



Ayat-ayat yang digunakan pula terang ditulis untuk kekasihnya sendiri.

Dengan jelas, Remy ternyata sedih dirinya tidak dipedulikan oleh Tiz Zaqyah dan mengibaratkan dirinya dilayan seperti sampah.

Lebih mengejutkan, Tiz Zaqyah yang tidak mempunyai akaun Twitter telah memuat naik status di Facebook FanPagenya dengan kata-kata sebagai balasan terhadap kenyataan Remy.



Namun, 'status' Tiz Zaqyah itu telah dipadam tidak lama selepas itu.

Persoalannya, benarkah mereka bergaduh? Apa-apa pun, semoga hubungan cinta mereka kekal sehingga dapat mendirikan masjid satu hari nanti. InsyaAllah, amin!

Oleh: NAIMAH SHAARI

Irma Hasmie Nikah 29 Jun Ini

Posted: 13 Jun 2012 11:58 PM PDT


Pelakon popular Irma Hasmie yang kini sudah lebih setahun tampil dengan imej berhijab bakal menamatkan zaman solonya tidak lama lagi bersama jejaka pilihan Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 29 Jun ini.

Pertemuan pertama di hadapan Kaabah itu telah membawa kepada keputusan mereka untuk mengikat tali pertunangan pada 29 Mac lalu di kediaman Irma..

Kad undangan ke majlis persandingan sudah pun diedarkan dan portal hiburan terkenal Murai.com.my sempat menghubungi Irma untuk bertanyakan persiapan terakhirnya itu sebelum bergelar isteri.

Kebetulan pula Irma kini berada di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah dan ketika dia menjawab soalan daripada portal Murai, Irma dalam perjalanan daripada Madinah ke Mekah.

"Saya sampai di Madinah pada 8 Jun lepas. Sekarang saya dalam perjalanan ke Mekah dan dijadualkan pulang ke tanahair pada 20 Jun ini. Buat masa ini segala aktiviti seni saya hentikan sebentar bagi memberi laluan untuk saya mengerjakan umrah dan membuat persiapan akhir.

"Alhamdulillah, persiapan akhir dari segi fizikal semuanya sudah saya usahakan mana yang terdaya sebelum berangkat ke Madinah. Manakala yang lain kedua-dua belah pihak dan tunang saya akan bantu.

"Kahwin adalah satu fitrah manusia dan sebagai khalifah juga hamba Allah kita kena memahami apa itu perkahwinan. Biar niat kita kerana Allah dan yang penting bukan persiapan perkahwinan semata tetapi kehidupan apabila berumahtangga adalah untuk mencari kebahagiaan dan keberkatan daripadaNya.

"Saya juga bersyukur kerana ada satu team yang dikumpulkan dan rakan-rakan produksi bagi membantu melancarkan persiapan terakhir, Alhamdulillah," jawab Irma mengenai persiapannya itu.

Kad Perkahwinan

Menjawab pertanyaan mengenai bakal suami, Irma menjawab segala jodoh dan ketentuan ini adalah daripada Allah SWT dan dia menerima dengan hati yang terbuka.

"Saya bukan memilih Reza tetapi Allah yang mempertemukan kami di Mekah. Subhanallah, saya sangat bersyukur kerana anugerah yang diberikanNya ini dan keluarga Reza juga dapat menerima saya seadanya lalu merisik saya,"ujar Irma mengenai bakal suaminya itu.

Rancangan untuk berbulan madu masih belum dipastikan lagi dan mengenai anak pula Irma hanya berserah kepada Allah.

"Anak itu adalah rezeki Allah, lebih ramai anak bererti lebih luas rezeki kita, Amin," katanya lagi.

Irma menganggap pemergiannya ke Tanah Suci kali ini adalah secara kebetulan dan rezeki dari Allah SWT yang menjemputnya menjadi tetamu diwaktu dia bakal bergelar isteri. Dia sudah menempahnya sebelum menetapkan tarikh perkahwinannya bersama Reza.

Majlis pernikahan Irma Hasmie bersama Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan akan diadakan pada 29 Jun di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3 petang. Manakala persandingan akan berlangsung di MAEPS, Serdang hari yang sama jam 8 malam.

Pada hari pernikahan nanti, Irma akan mengenakan busana daripada pereka fesyen Hatta Dolmat dan majlis persandingan pula dia akan menyarungkan ilham rekaan Ezuwan Ismail. -murai-

Neelofa Hargai Sokongan Hans Isaac

Posted: 13 Jun 2012 10:21 PM PDT


"Buat masa sekarang ini, saya hargai sokongan daripada sesiapa sahaja yang berada di sisi saya. Tetapi, saya tidak boleh komen sama ada cadangan Hans untuk buat debat bersama wartawan itu boleh bawa kebaikan atau tidak kepada saya. Saya tidak dapat sebarang gambaran buat masa ini. Lagipun saya percaya bukan mudah untuk lakukan debat itu kerana ia membabitkan beberapa pihak. Wartawan itu pun daripada organisasi media yang besar," ulas Neelofa apabila diminta mengulas tentang kenyataan peribadi Hans di akaun Twitter miliknya.

Bagaimanapun, Neelofa percaya penerbit filem itu punya sebab tersendiri untuk anjurkan debat itu memandangkan Hans sudah lama terlibat dalam industri hiburan tempatan.

"Hans sudah lama berada di dalam industri hiburan ini. Jadi, mesti dia punya sebab tersendiri untuk buat debat itu. Mungkin dia ada isu-isu lain yang hendak diperdebatkan dengan wartawan itu," ulas Neelofa lagi.

Menyingkap tentang permulaan sengketanya dengan Anzalna, heroin filem Azura ini mengakui salah faham dan rasa tidak puas hati di antara mereka berdua telah lama berlaku iaitu ketika mereka sama-sama terlibat dengan pertandingan Dewi Remaja 2010. Namun, bagi Neelofa segala sengketa yang berlaku ketika itu adalah perkara biasa kerana masing-masing ingin menang.

"Memang hubungan kami bermasalah sejak pertandingan Dewi Remaja lagi. Kalau ada yang mengikuti program ini di saluran Astro dahulu, pasti maklum dengan situasi yang kami alami. Namun, saya rasa itu perkara biasa dalam sesebuah program realiti kerana masing-masing hendak menang. Saya ingatkan lepas pertandingan berakhir, ia habis di situ. Tetapi Anzalna tidak puas hati dengan kemenangan saya dan luahkan perasaannya itu di laman Facebook miliknya.

Macam-macam yang dia kata tentang saya sehinggakan penyokong kami bergaduh sesama sendiri di laman Facebook. Persoalannya, mengapa baru sekarang dia hendak bangkitkan perkara ini? Kononnya hendak tunjukkan siapa diri saya yang sebenar. Saya tidak rasa perbuatannya itu satu tindakan bijak. Sejujurnya saya tidak suka apa yang berlaku kerana ia seolah-olah menjatuhkan imej sendiri dan nampak tidak berpelajaran. Atas sebab itu juga saya ambil pendekatan menggunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan perkara ini. Anzalna tidak perlu bersemuka dengan saya. Cukup sekadar berikan penjelasan dan bukti yang diminta!" tegas Neelofa.

Sementara itu, Neelofa juga mengakui Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi, ada menghubunginya melalui telefon untuk bertanyakan kedudukan sebenar. Namun, enggan mengulas lanjut tentang tindakan yang mahu diambil oleh persatuan itu.

Zed Zaidi maklumkan pihaknya hanya akan masuk campur jika masalah ini tidak boleh diselesaikan oleh kami sendiri. Setakat ini dia memberikan kami masa untuk selesaikan perkara ini dengan cara sendiri. Tentang tindakan disiplin itu, saya tak mahu komen lanjut," ujar Neelofa. -gua.com.my-

Remy Ishak mengadu Tiz tak ambil berat dan layan dia macam sampah?

Posted: 13 Jun 2012 09:56 PM PDT


Baru-baru ni Remy Ishak dimasukkan dalam hospital kerana demam panas disebabkan ntah apa-apa. Namun kesemptana di hospital itu digunakan Remy untuk ber-twitter dengan peminatnya apatahlagi dengan GF yang dimaksudkan dalam twitter miliknya. Seperti sedia maklum GF ni adalah kekasih, cuma ringkasan perkataan yang menjadi satu trend, tapi mungkin yang dimaksudkan dengan GF oleh Remy ni adalah Tiz Zaqyah, siapa lagi kan.

Kalau mengikutkan Twitt Remy ni, sepertinya hubungan mereka diambang keretakan, sudah tiada sehaluan jika melihat gaya penulisan Remy yang sentiasa serius. Apa-apa pun harap hubungan korang lebih bahagia, jangan gaduh2 tak molek.


gambar Rotikaya

PANAS! Neelofa VS Anzalna - Neelofa Guna Peguam Tuntut Penjelasan & Bukti

Posted: 13 Jun 2012 09:46 PM PDT


Selepas mengambil pendekatan mendiamkan diri daripada membuat sebarang kenyataan berhubung penyiaran artikel berjudul 'Anzalna Bidas Neelofa' di akbar B*Pop pada Ahad lalu, hari ini Neelofa tampil bertemu pihak media dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Perniagaan, Hotel One World, Petaling Jaya petang tadi.

Dalam sidang media itu, Neelofa telah membuat satu kenyataan rasmi bahawa dia telah melantik firma guaman Ahmad Hidayat Md Nor & Co untuk membuat tuntutan terhadap Anzalna Nasir berhubung kenyataannya  di dalam artikel yang ditulis oleh wartawan Zubir Yunos.

          

"Saya buat sidang media ini berhubung dengan penyiaran artikel  yang ditulis oleh wartawan, Zubir Yunos bertajuk 'Anzalna Bidas Neelofa' yang disiarkan di akhbar B*Pop, mukasurat 10, pada 10 Jun lalu. Semua kenyataan Anzalna itu tidak benar dan Lofa telah melantik dua orang Peguambela dan Penguamcara iaitu Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ahmad Hidayat Md Nor untuk mengendalikan kes ini. Satu notis tuntutan telah pun dihantar kepada pihak terbabit bertarikh hari ini (13 Jun 2012).

"Pihak kami membuat dua tuntutan kepada Anzalna iaitu penjelasan terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan berserta bukti yang boleh menyokong kenyataan tersebut. Tindakan ini terpaksa diambil kerana semua kenyataan Anzalna itu 100 peratus tidak benar dan berunsur fitnah. Kalau tidak masakan saya berani buat sidang media ini dan dapatkan nasihat peguam.

"Sebelum saya mengambil langkah seterusnya, saya beri peluang kepada Anzalna untuk bagi penjelasan beserta bukti. Jika dia gagal berbuat demikian, langkah seterusnya akan diambil," ujar Neelofa tegas.

           

Menurut peguamnya, Mohd Irwan Mohd Mubarak, notis tuntutan terhadap Anzalna dibuat setelah meneliti segala fakta yang ada. Jelasnya penelitian yang dibuat, terdapat beberapa perkara berbaur fitnah dan tidak benar. Oleh itu, pihaknya menuntut dua perkara daripada Anzalna iaitu penjelasan dan bukti.

"Sebelum kami mengambil langkah selanjutnya, kami mahu Anzalna beri penjelasan dan kemukakan bukti untuk menyokong segala kenyataan yang dikeluarkan. Dia kena jawab dalam masa tujuh hari. Jadi, buat sementara waktu ini kita kena tunggu maklumbalas daripada dia. Jika dia gagal, barulah langkah seterusnya akan diambil," ulas Mohd Irwan.

          

Sementara itu, Neelofa mengakui dia berasa terpukul dengan kenyataan Anzalna itu kerana segala perkara diceritakan oleh Anzalna itu tidak benar sama sekali dan boleh menjejaskan imejnya sebagai seorang artis.

"Memang ini bukan kali pertama saya dikaitkan dengan perkara sebegini. Tetapi kenyataan yang dibuat oleh Anzalna ini sangat berat serta membabitkan nama baik keluarga saya. Sebab itu saya tidak boleh bertolak-ansur atau melupakannya begitu sahaja. Ia menjejaskan reputasi saya sekarang ini dan juga di masa akan datang. Demi menjaga nama baik saya dan keluarga, saya perlu ambil tindakan sebegini. Seandainya saya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, mungkin Lofa akan maafkan dia," ujar Neeofa lagi. -gua.com.my-

OSIM uSqueez Warm Foot Massager - Terbukti Berkesan!

Posted: 13 Jun 2012 09:37 PM PDT


uSqueez Warm
warmth • rollers • massage

Love the squeez, now feel the warmth. With inspirations from the most pampering warm-spa experience, the new OSIM uSqueez Warm takes leg massage and rejuvenation to the highest level. With innovative Warm Air Technology to soothe tired muscles and improve blood circulation, Foot Rollers to target various health-reflexology points and Squeezing Massagers that totally relax your calves, ankles and feet, all at the same time.

The new OSIM uSqueez Warm - simply the most advanced and complete massage you'll ever experience, to bring warmth, energy and well-being back to your tired feet and legs.


 Click Picture For Enlarge






For more information please visit OSIM Website

HOW TO USE















NORMAL PRICE : RM2088

PROMOTION PRICE : RM1588
(FREE DELIVERY)

How To Order

Please Call Me First : 016-5554591 (Mr. Sham) 

 This is a NEW item... (OSIM Warranty : 1 Year)

Cara Semak Keputusan Rayuan UPU bagi IPTA dan Politeknik 2012

Posted: 13 Jun 2012 09:31 PM PDT

 
Semakan Rayuan UPU IPTA/Politeknik bagi lepasan SPM 2011 atau setaraf boleh mula disemak mulai 12 tengahari, 14 Jun 2012. Rayuan UPU ini hanya untuk lepasan SPM atau setaraf yang telah memohon UPU ke IPTA/Polikteknik Premier 2012 tetapi tidak berjaya. Boleh menyemak status keputusan rayuan dengan 2 cara, online (e-Rayuan) atau SMS.

Semakan Rayuan UPU online :
Semakan keputusan Rayuan UPU boleh dibuat di laman web UPU : upu.gov.my.

Semakan status Rayuan dengan SMS :
Tapi UPURESULTNO IC dan hantar ke 15888. Contoh : UPU RESULT 910111105111

Kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi :
Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier sehingga 30 Jun ini, maka rayuan dianggap gagal.
Kementerian itu juga memaklumkan ia tidak pernah melantik sebarang ejen atau wakil dalam pengurusan pemilihan kes rayuan calon yang gagal mendapat tempat ke IPTA/Politeknik Premier.
Semua pengurusan pengambilan pelajar adalah diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dengan mengguna pakai dasar, prosedur serta kriteria pemilihan yang ditetapkan kementerian.
Calon-calon yang ingin membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi boleh berbuat demikian melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik mulai 15 Jun.
Permasalahan atau pertanyaan :
Hubungi Pihak UPU melalui talian hotline 03-88706767, helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my.

No comments: