Wednesday 13 June 2012

Budak Technician

Budak Technician


Keadaan Manusia Semasa Melintas Di Titian Sirat

Posted: 12 Jun 2012 01:51 AM PDT

gambar hiasan

UMAT MUHAMMAD DISERU DI TITIAN SIRAT..

Allah Taala menyeru: "Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan."

Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: "Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada pelepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!"

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: "Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu."

Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: "Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!"

Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.

Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad SAW!" Nabi Muhammad SAW berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!

Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: "Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku." Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: "Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia."

Malaikat berkata kepada mereka: "Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka." Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: "Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka."

Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil "Tempat Teropong." Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.

Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya.

Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda: "Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?" Malaikat menjawab: "Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. "Nabi SAW bersabda: "Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah."

Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal di dalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.

*Dipetik Dari Buku: 1001 Duka Siri 1 "Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati".

WALLAHUALAM

7 Sikap Wanita Yang Paling Lelaki Tak Suka

Posted: 12 Jun 2012 01:47 AM PDT


Rata-rata lelaki mendambakan wanita yang bukan saja cantik paras rupa tetapi elok perangai dan sikapnya sebagai teman disisi.

Namun,kadangkala banyak sikap wanita yang sering membuat lelaki rasa jengkel dan meluat seperti 7 sikap-sikap yang dinyatakan dibawah..

1)Materialistik

Bukanlah lelaki tak sanggup mengeluarkan wang untuk wanita yang disayangi.Tetapi wanita yang terlalu bergantung harap dan mahu lelaki yang menyediakan segalanya dianggap sebagai wanita yang tak pandai berdikari dan menjaga diri.

2)Queen Control

Biasalah,lelaki mana yang suka bila wanita yang mahu mengawal semuanya.Tak salah jika mengawal asalkan ada kompromi dan kewajarannya.

3)Terlalu Pasif

Kadangkala lelaki juga suka kalau wanita yang bertindak memulakan sesuatu.Wanita yang terlalu pasif dan hanya menunggu sesuatu dari lelaki seolah-olah wanita tersebut seorang yang keanak-anakan dan tidak yakin meluahkan keinginannya.

4)Suka Mengeluh Dan Membebel

Lelaki mana pun sukar menahan bila sepanjang pertemuan wanita asyik membebel dan mengeluh,dari hal pekerjaan,teman-teman dan hal-hal dirumah,ada saja yang tak kena padanya.Ia kadang-kadang membuat lelaki mudah sekali naik bosan.

5)Tidak Selesa Dengan Tubuh Sendiri

Kebanyakan wanita sering tidak puas hati dengan bentuk tubuh sendiri.Secantik mana pun tubuhnya,pertanyaan seperti,''saya tambah gemuk tak?'' atau ''kulit saya nampak gelap kan?'' selalu membuat lelaki bosan dan merasa jengkel.

6)Berhias Dan Berdandan Berlebihan

Rata-rata lelaki lebih menyukai wanita yang memiliki kecantikan natural berbanding dengan wanita yang suka berhias dan berdandan berlebihan.Lelaki boleh naik jengkel jika wanita selalu lambat ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana mengambil masa terlalu lama mendandan diri.

7)Bercerita Tentang Lelaki Lain

Memang bertentangan sekali dengan sisi ego lelaki apabila mendengar wanita bercerita mengenai lelaki lain di depannya.Apalagi jika apa yang diceritakan itu berupa puji-pujian dan kekaguman.


Inilah punca pertelingkahan antara Tasha Shilla, Neelofa dan Anzalna

Posted: 12 Jun 2012 01:28 AM PDT

Waduh...kamu-kamu ni baru saja mula bertapak di dunia penuh nista dan kontroversi.

Rupa-rupanya banyak 'dark side' masing-masing yang disembunyikan yang akhirnya terkeluar juga demi mengejar populariti.

Memang agak pedas kenyataan Neelofa, kena pulak batang hidung sendiri, aduhai..

Yang Anzalna pulak nak tumpang semangkuk, tambah nasik, tambah lauk, gaul sekali..lagi teruk!

Hahaha...last sekali, Abg Zed Zaidi to the rescue!


Berikut adalah kenyataan Neelofa yang menyebabkan Tasha Shilla hangin satu badan di sebuah majalah

Kenyataan Neelofa

Sebanyak 95 peratus kawan-kawan atau orang yang Lofa jumpa semua bertanya, siapa dia (Tasha)?

Jadi, bila ada cerita yang mengatakan kononnya pemenang itu membeli suratkhabar untuk menang, Lofa pun tertanya-tanya. Pada Lofa, nak sangat menang, bagilah. Dia menang pun tak menjejaskan apa-apa.

Katakanlah Najwa Latiff menang, itu logiklah kan? Ini sebaliknya.

Tolonglah. Sebab itu Lofa cakap Lofa tak kisah kalah di tangan Najwa Latiff sebab dia memang popular. Bukan di tangan pelakon itu. Kalau labur berpuluh ribu semata-mata nak dapat award, bagi Lofa lupakanlah. Lebih baik Lofa gunakan duit it utuk bayar wang pendahuluan rumah atau benda lain.

Tak berbaloi langsung.
Well, Tasha Shilla pastinya hangin dengan kenyataan tersebut bukan? Tapi, Neelofa pandai memberi komen dengan tidak menyatakan naman individu tersebut. Pastinya ada yang sudah terasa, dan inilah kenyataan beliau yang dipetik dari blog Beautiful Nara

Kenyataan Tasha Shilla

Bagi saya, semua calon Top 5, popular dan mereka berpeluang untuk menang. Hanya Lofa seorang sahaja yang dilihat seolah-olah mempertikaikan kemenangan saya, calo lain tak cakap apa-apa pun, malah ucap tahniah lagi. Dari situ saya dah nampak, Lofa seorang sahaja yang bermasalah. Mungkin sebelum ini Lofa memandang rendah terhadap saya.

Lofa nie depan saya lain, belakang lain. Selepas membaca kenyataannya, saya rasa Lofa seorang yang bermuka-muka. Bagi saya, dia ada perasaan busuk hati, sebab tu dia boleh mengeluarkan kenyataan berkenaan. Lofa sendiri yang menunjukkan dirinya tidak berpuas hati dengan saya menerusi kenyataannya sebelum ini. Orang yang membaca kenyataannya, boleh membuat penilaian mereka.

Melalui twitter, Lofa tulis "next year kita pun kena beli paper satu lori juga". Bagi saya, sekiranya tahun depan dia tercalon sekali lagi dalam Top 5, beliau nak beli satu lori, terpulanglah. Itu usaha dia. Masing-masing ada peminat. Apa yang ditulisnya itu menunjukkan Lofa tak boleh terima kenyataan. Bagi saya, Lofa tak perlulah mengaibkan saya, cakap saya macam-macam.

Apabila saya ada kawan seperti Lofa, lebih baik saya menjauhkan diri daripadanya. Sepatutnya dalam industri, tak boleh ada perasaan busuk hati kerana kita perlu sokong kerjaya masing-masing.

Kalau kita tak menang, sewajarnya kita berusaha lebih gigih. Sekiranya nak bersaing, biarlah sihat, bukannya mengeluarkan kenyataan negatif untuk menjatuhkan pihak lain.

Bagi saya sebelum kita nak mengata perihal orang lain, cerminlah diri sendiri dulu. Kenyataan Lofa ibarat meludah ke langit, terkena mukanya sendiri.
Sudah-sudah la tu.

sumber : pilihan-anda.blogspot.com

PANAS! Hans Isaac Serang Wartawan Zubir?

Posted: 12 Jun 2012 01:22 AM PDT

Tidak tahu apa nasib wartawan Z yang didakwa oleh segelintir pihak sebagai wartawan Zubir ni. Ramai selebriti sudah muak melihat gaya yang dipamerkan oleh Z ni, yang terbaru luahan pengarah, Hans Isaac dalam laman sosialnya yang begitu lantang untuk tidak berpuas hati dengan wartawan Z mengenai hal yang berbangkit mengenai Neelofa dalam sisipan Bpop, pasal artikel apa itu, admin tak dapat pastikan pula, kalau ada siapa-siapa terbeli, mungkin boleh rujuk kemudian. Ini hanyalah keluhan Hans sahaja kerana memberani membela Neelofa, sweet gitu lor. Korang tengok sendiri lah apa serangan twitter dari Hans kepada Zubir.


Twitter Hans Isaac
 
credit to izyan.com

Osman Kering Kini Kritikal Di Hospital

Posted: 12 Jun 2012 01:12 AM PDT

Pelakon dan pelawak, Osman Kering sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) semalam. Difahamkan keadaan Osman berada dalam keadaan kritikal dengan bantuan alat pernafasan. Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, mengesahkan perkara itu dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Isnin.

Amin menjelaskan, bapanya rebah sekitar pukul 6 petang Isnin di rumah mereka di Bandar Permaisuri, Cheras selepas mengalami batuk berdarah sebanyak dua kali.

Dia memberitahu seorang jiran yang datang untuk membantu kemudiannya mengesahkan bapanya telah meninggal dunia pada pukul 6.45 petang sebelum diperiksa sekali lagi oleh adiknya iaitu Nur Ain yang kebetulan bekerja dalam bidang perubatan.
"Selepas adik periksa nadi ayah, dia memberitahu ayah masih hidup tetapi nadinya lemah dan kami bergegas membawanya ke hospital," katanya. -Via / izyan.com

Gambar Isteri Dato' Dr. Fazley Sudah Bertudung

Posted: 12 Jun 2012 01:03 AM PDT

Mungkin ada yang masih belum tahu isteri kepada Dr Fazley, Azrene telah pun bertudung semenjak dikurniakan cahaya mata. Walaupun isteri Fazley bukanlah dari golongan selebriti namun tanggungjawab Fazley kita dapat lihat disini, dapat mendidik isteri memakai/menutup aurat. Syabas Fazley, diharap boleh jadi contoh yang baik untuk selebriti diluar sana. Keluarga bahagia. -gambar Twitter Fazley



sumber : izyan.com

20 Gambar Majlis Pernikahan Nurul Bekas Isteri Ajai

Posted: 12 Jun 2012 12:42 AM PDT

Gambar majlis pernikahan Nurul bekas isteri Ajai yang dikirmkan oleh pengendali blog fadzliphotostream.blogspot.com, yang juga photographer yang telah mengirimkan beberapa keping khas perkahwinan Nurul dan juga mat salleh kelahiran France. Memang rasanya kita berasa sedikit bangga kerana perkahwinan ini membuatkan suami Nurul yang baru ini dapat mengenali Islam lebih lanjut, namun tanggungjawab Nurul besar untuk mendidik suaminya ini. :)






















sumber : izyan.com

No comments: