Wednesday 25 April 2012

Budak Technician

Budak Technician


Gambar Zizan dan Siti Saleha Berduaan Di Jalan

Posted: 24 Apr 2012 07:59 AM PDT

Gambar di bawah bukan lah gambar suka ria Zizan Raja Lawak dan Siti Saleha bergambar di tengah jalan raya di hujung minggu, tapi gambar ketika mereka dalam set lakonan untuk filem KL Zombie yang akan dalam proses pembuatan. Dan dijangkan filem ini akan ditayangkan pada tahun 2013, adakah filem ini bakal menandingi filem Zombie Kampung Pisang? kita nantikan bersama-sama selepas ini.

gambar RotiKaya / izyan

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Posted: 24 Apr 2012 02:42 AM PDT



Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru disamping merealisasikan perubahan KUIS melalui Transformation of KUIS. Selaras dengan hasrat tersebut calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memenuhi jawatan berikut :

1. PEGAWAI TADBIR - N41
2. PEGAWAI PSIKOLOGI - S41
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR - N27
4. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM - S27
5. JURUTEKNIK (AUDIO VISUAL) - J17
6. PEMBANTU AM RENDAH/PEMBANTU AM PEJABAT - N1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN 
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN 

Cara Memohon:-
i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang boleh diperolehi di Pejabat Bahagian Pengurusan Insan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Borang permohonan juga boleh didapati dengan mencetaknya dari laman web rasmi KUIS iaitu www.kuis.edu.my 

ii. Sila catatkan nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

iii. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan sijil berikut:-
a. Sijil Kelahiran yang telah disahkan;
b. Kad Pengenalan yang telah disahkan;
c. Ijazah Sarjana Muda/Diploma yang telah disahkan;
d. Transkrip Akademik yang telah disahkan;
e. Sijil SPM, PMR atau setaraf yang telah disahkan;
f. Sijil Berhenti Sekolah Menengah;
g. Sijil Kokurikulum;
h. Profil Peribadi/Resume.

iv. Bagi Pegawai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang berminat untuk memohon, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing. Sebarang permohonan yang tidak melalui Ketua Pusat Tanggungjawab tidak akan dipertimbangkan.

v. Permohonan hendaklah sampai kepada:

KETUA 
BAHAGIAN PENGURUSAN INSAN, 
PEJABAT PENDAFTAR, 
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS), 
BANDAR SERI PUTRA, 43000 KAJANG, 
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tarikh Tutup Permohonan Pada 27 April 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Perbandaran Klang

Posted: 24 Apr 2012 02:35 AM PDT



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan kosong seperti berikut. (Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan)

1. Pegawai Penilaian Gred W41
2. Juruukur Bangunan Gred J41
3. Penolong Jurutera Gred J29

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN 
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN 

Cara Memohon:-
a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MPK(BP) Perjawatan Pindaan 6/2010 yang boleh dibeli dengan harga RM2.00 dari Bahagian Sumber Manusia atau dimuat turun dengan melayari laman web MPK di www.mpklang.gov.my.

b) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran passport, salinan-salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan dan kelulusan akademik yang berkaitan yang telah disahkan daripada salinan asal;

 c) Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing masing mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 para 17 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan prestasi.

d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada:  

YANG DIPERTUA 
MAJLIS PERBANDARAN KLANG 
BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH 
JALAN PERBANDARAN 
41675 KLANG 
SELANGOR DARUL EHSAN
(U/P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

Tarikh Tutup Permohonan Pada : 27hb. April, 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kelantan & Negeri Sembilan

Posted: 24 Apr 2012 02:28 AM PDT



Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan & Kelantan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53)
2. PENSYARAH UiTM GRED DM41 / DM45 / DM51 / DM53 / GRED KHAS C (PROFESSOR)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN --> Cawangan Kelantan 
MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN --> Cawangan N.Sembilan 
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN --> Cawangan Kelantan 
MUAT TURUN SYARAT PERMOHONAN --> Cawangan N.Sembilan 
Tarikh Tutup Permohonan Pada 30 April - 6 Mei 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH)

Posted: 24 Apr 2012 02:25 AM PDT


Applications are invited from citizen Malaysians over the age of 18 years on the closing date to apply for vacant positions as follows.

1. EXECUTIVE, East Cost Regional (NIOSH Kemaman, Terengganu)
2. EXECUTIVE, Southern Regional Office (NIOSH Melaka)
3. TEMPORARY CLERK, Southern Regional Office (NIOSH Johor)

CLICK HERE TO JOBS REQUIREMENTS 

How to Apply:-
Interested candidates are invited to submit resume with expected salary to :  
Human Resource Division 
NIOSH 
Lot 1, Jalan 15/1, Section 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel : 03-8769 2149
Email: hrd@niosh.com.my

Closing Date: 30 April 2012

No comments: