Wednesday 4 April 2012

Budak Technician

Budak Technician


Iklan Jawatan Kosong 2012 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu

Posted: 02 Apr 2012 06:06 PM PDT


Permohonan adalah dipelawa dari warganegara Malaysia khasnya rakyat negeri Terengganu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut :-

1. PEGAWAI TADBIR (KONTRAK)
2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
4. PENGHULU
5. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN DAN PERMOHONAN SECARA ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan Pada 17 April 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Daerah Kubang Pasu

Posted: 02 Apr 2012 06:03 PM PDT



Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat KDYMM Sultan Kedah dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan berikut:-

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKP Am 1 (dikenakan bayaran RM 5.00 sekeping) yang boleh didapati dengan mengemukakan sampul surat berukuran 11cm x 22cm yang beralamat sendiri dan bersetem atau datang sendiri di bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Kubang Pasu, Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

2. Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
(a) Gambar berukuran passport
(b) Salinan Sijil Kelahiran
(c) Salinan Kad Pengenalan
(d) Salinan Sijil Peperiksaan
(e) Lain-lain Sijil yang berkenaan

3. Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan kumpulan A.

Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut:

Yang DiPertua
Majlis Daerah Kubang Pasu
Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu
06000 Jitra
Kedah Darul Aman.


Tarikh tutup permohonan pada 30 April 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), JPM

Posted: 02 Apr 2012 05:57 PM PDT




Kekosongan Jawatan di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri adalah seperti berikut :-

1. Pekerja Singkat Harian (PSH) – Pembangunan Sistem Aplikasi (3 kekosongan) - Setara Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
Calon berminat boleh hantarkan resume kepada zulfikri.omar@bheuu.gov.my

Pegawai Untuk Dihubungi:
1. Pn. Azeleen Mohd Razali (HP: 013-398 6229)
2. En. Mohammad Zulfikri Bin Omar (HP: 019-664 9040)

Tarikh Tutup Permohonan Pada 17 April 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Koko Malaysia (LKM)

Posted: 02 Apr 2012 05:48 PM PDT



Lembaga Koko Malaysia mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap dan Sementara di Lembaga Koko Malaysia. Maklumat jawatan dan syarat kelayakan adalah seperti berikut:-

1. PEGAWAI PENYELIDIK
2. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
3. PENOLONG AKAUNTAN

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Ijazah, Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM/, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat pada Isnin, 16 April 2012 ke Ibupejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:-

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 5, 6 & 7 WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.


Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 16 April 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)

Posted: 02 Apr 2012 05:44 PM PDT



Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan TETAP di semua perkhidmatan perpustakaan seluruh negeri Selangor seperti di bawah.

1. Pustakawan S48
2. Pembantu Tadbir (Kewangan) W22
3. Pembantu Perpustakaan S22
4. Penolong Pegawai Perpustakaan S27
5. Pembantu Perpustakaan S17
6. Pekerja Awam R1

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
1. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-
Badan Berkanun mestilah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan
dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini dan LNPT terkini.

2. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil-sijil akademik, transkrip lengkap dan dokumen

SILA KEMUKAKN PERMOHONAN KEPADA :

SETIAUSAHA
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
D/A Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Tarikh Tutup Permohonan Pada 16 April 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu

Posted: 02 Apr 2012 05:41 PM PDT



Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan Jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Hotel UiTM Dungun, Universiti Teknologi MARA (Terengganu), 23000 DUNGUN. Permohonan akan dibuka pada 1hb April 2012.

1. Penyambut Tetamu
2. Tukang Masak
3. Chambermaid

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
a. Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.

b. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM (Terengganu) di http://terengganu.uitm.edu.my/ dan borang juga boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Aras 2, Bangunan Integriti, Universiti Teknologi MARA (Terengganu), Dungun.

c. Sila kemukakan permohonan kepada :-

BAHAGIAN PENTADBIRAN
ARAS 2, BANGUNAN INTEGRITI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (TERENGANU)
23000 DUNGUN
TERENGGANU DARUL IMAN

Tarikh tutup permohonan pada 12 April 2012 (Khamis)

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Posted: 02 Apr 2012 05:38 PM PDT



Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia:-

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N32
2. PENOLONG JURUTERA GRED J29
3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
4. PELUKIS PELAN GRED J17
5. PEMANDU KENDERAAN GRED R3

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
PERMOHONAN SECARA ONLINE

Cara Memohon:-
Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia di alamat http://ejawatan.llm.gov.my mulai 28 Mac 2012 (Rabu) hingga 10 April 2012 (Selasa).

Tarikh Tutup Permohonan Pada 11 April 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Putra Malaysia (UPM)

Posted: 02 Apr 2012 05:36 PM PDT



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi serta berdaya saing untuk jawatan kosong seperti berikut:

1. Pembantu Tadbir (P/O) N17
2. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17/N27

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN
MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Sokongan seperti yang dilampirkan atau dimuat turun daripada laman web Pejabat Pendaftar UPM di alamat http://reg.upm.edu.my/reg/index.php. Sila hantarkan borang yang telah lengkap serta sijil/dokumen yang berkaitan kepada:

Pejabat Dekan
Fakulti Sains
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR


Tarikh Tutup Permohonan Pada 6 April 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Polis Di Raja Malaysia (PDRM) 2012

Posted: 02 Apr 2012 05:32 PM PDT



Permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mulai 20 Mac 2012.

MAKLUMAT LANJUT
MUAT TURUN SKIM PERKHIDMATAN PDRM
PERMOHONAN SECARA ONLINE

Cara Memohon:-
Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (PMR / SPM / STPM / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (PhD) pada tarikh pendaftaran.Sila rujuk Skim Perkhidmatan PDRM.

Permohonan adalah menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh diperolehi melalui pautan ini :
http://putra3.spa.gov.my/online/BORANGSPA8I.

Tarikh Tutup Permohonan: TBA

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Posted: 02 Apr 2012 05:29 PM PDT



Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. JURUTEKNIK

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Cara Memohon:-
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi berserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4" x 9") yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar tidak lewat daripada 10 April 2012 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 K.Lumpur.


Tarikh Tutup Permohonan Pada 10 April 2012

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Posted: 02 Apr 2012 05:20 PM PDT



Di UTM, disebalik falsafah "Menjana Minda Yang Kreatif Dan Inovatif" merupakan tunjang dari segala perkhidmatan yang kami lakukan untuk masyarakat. Inilah yang membuat kita berbeza.

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM.

1. JURUTEKNIK (JA17)
2. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (JA17)
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (NA27)
4. PEGAWAI PENERBITAN (NA41)
5. PEGAWAI TADBIR (NA41)
6. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (SA27)
7. PEGAWAI AGAMA (SA41)
8. PEGAWAI PSIKOLOGI (SA41)
9. PEGAWAI PERUBATAN (UD41)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan 10 April 2012

No comments: