Monday 26 March 2012

Budak Technician

Budak Technician


Gambar Majlis Pertunangan Irma Hasmie

Posted: 24 Mar 2012 10:25 PM PDT

Irma Hasmie bakal melangsungkan pernikahannya dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 1 Julai ini di Keramat Hall, Kuala Lumpur.

Irma berkata, dia dan Reza yang merupakan seorang ahli perniagaan itu bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu dan dirisik oleh pihak keluarga lelaki pada 12 Mac.

Dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh, semalam, Irma menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh ibu Reza, Azizah Osman, serta tujuh buah dulang hantaran daripada pihak lelaki yang beruba set mandian, sepersalian pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan.

Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak sembilan dulang iaitu sireh junjung, buku-buku ilmiah, pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian. -Via


gambar Utusan | Syokkahwin.com | izyan.com

Famili Aliff Aziz berjumpa keluarga Anne Ngasri

Posted: 24 Mar 2012 10:23 PM PDT

Memang kepoh dan bakal mengejutkan dunia hiburan tempatan, apatah lagi melibatkan hubungan diantara Anne Ngasri dan Aliff Aziz. Walaupun terdapat perbezaan umur dan usia, mungkin kita tak menyangka ini semua, kuasa Allah yang menemukan mereka berdua. Pada post yang lepas, Anne telah memberikan jawapan yang mereka berdua baru mengenal hati budi masing-masing, namun kali ini, memetik sumber GUA, yang keluarga Aliff sudah pun berjumpa dengan keluarga Anne, bukan untuk merisik namun hanya mengikat silaturahim semata-mata. :)
"Ya, memang ada keluarga dia datang berjumpa dengan keluarga saya pertengahan bulan lalu. Tapi tujuan mereka datang hanya untuk mengenali lebih rapat dengan keluarga saya. Kiranya pertemuan mereka adalah untuk berkenalan sesama keluarga. Kebetulan masa itu mereka datang Kuala Lumpur sebab nak melawat Aliff yang tengah menjalani penggambaran di sini. Waktu itu saya tak ada di Malaysia sebab pergi mengerjakan umrah," ujar Anne. -Via

sumber : izyan.com

Gambar Dato' Siti Lunch Dengan Khairul Fahmi Apex

Posted: 24 Mar 2012 10:19 PM PDT

Dipetik melalui laman sosial Twiiter KFC sendiri, yang menyebut penyanyi nombor satu Negara, Dato' Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid sempat meluangkan masa untuk 'lunch' bersama-sama penjaga gol gawang Malaysia ini. Baguslah untuk diri KFC dapat bersua muka dengan Siti.



sumber : izyan.com

Bila Nenek Bercinta Dengan Pengkid

Posted: 24 Mar 2012 10:14 PM PDT

pix_middle

KUALA LUMPUR – Sebagai wanita bergelar nenek, dia sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada anak dan cucu, namun apa dilakukan Latifa, 46, sangat mendukacitakan anak perempuannya.

Wanita mempunyai empat cucu itu dikatakan bernafsu untuk menjalin hubungan songsang dan belaian manja dengan seorang wanita berperawakan lelaki atau lebih dikenali sebagai pengkid berusia 32 tahun.

Demi menjaga maruah dan mengelak ibunya terus bergelumang dosa, seorang daripada tujuh anak wanita berkenaan dikenali sebagai Lily, 23, mengambil keputusan mendedahkan insiden yang mengaibkan keluarganya kepada Metro Ahad dan berharap ada pihak membantu menyelesaikan kebuntuan itu.

"Memang saya pernah melakukan dosa kerana melahirkan anak luar nikah, tapi anak mana sanggup melihat ibunya terus bergelumang dosa dan melakukan maksiat depan mata.
"Jika hanya mendengar cerita mungkin tak mengapa, tapi saya tak tahan lagi melihat perbuatannya di depan mata saya. Dia ibu saya dan saya akan terus menyayanginya.
. "Jika dia berkasih dengan lelaki tulen, saya mungkin tak kisah kerana selepas lima tahun ditinggalkan bapa, kami anak beranak hilang kasih sayang seorang ayah, namun yang dikesalkan, ibu menjalin hubungan songsang dengan pengkid," kata Lily – (berita lanjut di Harian Metro)

VIDEO Warga Vietnam Serang Penumpang Singapura Dalam Pesawat

Posted: 24 Mar 2012 10:13 PM PDT

VIDEO: Awek Vietnam Serang Penumpang Singapura Dalam Pesawat, Kecoh Habis!

Pertengkaran mulut antara seorang awek Vietnam dengan dua orang lelaki warga Singapura dalam sebuah pesawat baru-baru ini bertukar kecoh bila dia memukul salah seorang daripada mereka sebaik sahaja hendak keluar daripada kapal terbang itu.

Segalanya bermula apabila wanita itu mendakwa lelaki itu menendang kerusinya daripada belakang.

Ketika itu kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke Singapura daripada Vietnam menggunakan pesawat Tiger Airways.

Lelaki itu yang menafikan berbuat demikian kemudiannya memberitahu wanita itu supaya bertenang dan melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa jika tidak berpuas hati dengannya.

Berang dengan kata-kata itu, wanita berkenaan menghayunkan begnya ke arah lelaki tersebut sewaktu mereka sedang beratur untuk keluar daripada pesawat.

Berdarah jugalah dahi mamat tu!

Difahamkan wanita Vietnam tersebut merupakan salah seorang penuntut universiti di republik tersebut. Menariknya, sebahagian daripada insiden ini berjaya dirakamkan isteri mangsa menggunakan telefon bimbitnya…haiiyyyyaaaaaa!!! - Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)



Tiga Mak Nyah Di Langkawi Diarah Solat Berjemaah Selepas Ditahan

Posted: 24 Mar 2012 10:09 PM PDT


Tiga Mak Nyah Di Langkawai Diarah Solat Berjemaah Selepas Ditahan

LANGKAWI – Tiga lelaki berperwatakan wanita menerima pengajaran awal apabila diarah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama jemaah lain di Masjid Al-Hana, Kuah di sini, petang kelmarin.

Sebelum itu, mereka yang berusia 20-an ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) dalam pemeriksaan di sebuah pusat karaoke, kira-kira jam 6.30 petang.

Ketiga-tiga mak nyah berkenaan turut diberi kemeja- T dan kain pelikat untuk menunaikan solat supaya mereka insaf dan kembali menjadi lelaki sejati.

Pegawai Penguat Kuasa Padal, Rosyadah Ramli berkata, semua lelaki itu ditahan ketika leka menyanyi dalam sebuah bilik di pusat karaoke terbabit.

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka memakai kosmetik, beg tangan dan berpakaian wanita tetapi ketika soal siasat mengaku lelaki.

"Selepas ditahan, kami memberi kaunseling sebelum mengajak mereka menunaikan solat berjemaah agar dapat memberi keinsafan.

"Kami kemudian mengeluarkan saman supaya mereka hadir untuk diambil keterangan di pejabat agama daerah," katanya.

Katanya, ketiga-tiga lelaki terbabit adalah penduduk tempatan dan belum pernah ditahan sebelum ini.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. – myMetro Online

Piala Axiata: Malaysia Tigers Ke Separuh Akhir

Posted: 24 Mar 2012 10:07 PM PDT

Piala Axiata: Malaysia Tigers Ke Separuh Akhir

KUALA LUMPUR — Malaysia Tigers melayakkan diri ke separuh akhir setelah menewaskan Thailand 3-0 pada perlawanan peringkat kumpulan kejohanan Piala Axiata di Stadium Badminton Cheras semalam.

Mata pertama negara diraih perseorangan Muhammad Hafiz Hashim, yang menundukkan jaguh badminton Thailand Boonsak Ponsana 21-19, 21-16.

Beregu negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong pula terpaksa berdepan tentangan sengit gandingan Maneepong Jongjit/Patiphat Chalardchalaem sebelum mengalahkan mereka 25-27, 21-9, 21-16.

Aksi cemerlang skuad negara diteruskan perseorangan kedua Liew Daren yang menewaskan Suppanyu Avihingsanon 21-14, 21-18.

Jurulatih negara, Rashid Sidek berkata, pemain negara secara keseluruhannya menunjukkan prestasi yang baik meskipun beregu negara Kien Keat dan Boon Heong terpaksa bermain dalam set penentuan.

"Kita dapat ke separuh akhir, jadi ini satu pencapaian yang baik (bagi) pemain negara," katanya.

Mengulas pertemuan Malaysia Tigers dengan Indonesia Rajawali esok, Rashid berkata, skuad pelapis Indonesia itu tidak menunjukkan persembahan konsisten.

"Malaysia mempunyai peluang untuk menang. Kita akan buat yang terbaik. Kita memang nak kalahkan mereka kerana sasaran kita adalah juara kumpulan," katanya. — BERNAMA

Kamal Adli, Mikha Tambayong bermain cinta?

Posted: 24 Mar 2012 10:02 PM PDT



LIRIK syahdu Gerimis Mengundang nyanyian Zamani Slam satu ketika dahulu sudah menjadi lagu malar segar kepada peminat muzik hari ini. Meminjam aura Gerimis Mengundang yang diterbitkan lebih 10 tahun lalu itu, Kamal Adli dan pasangan pentasnya, Mikha Tambayong bakal mengadun kemanisan cinta mereka buat julung-julung kalinya secara langsung.

Dua jiwa berbeza budaya itu dipertemukan dalam sebuah teater bertajuk Gerimis Mengundang. Ia sekali gus menjadi sebuah idea pementasan yang diadaptasikan semula sebagai prekuel kepada sebuah filem dengan judul yang sama arahan Ahmad Idham. Dalam versi filem, bezanya Kamal bermain cinta dengan seorang lagi gadis seberang bernama Olivia Jensen Lubis.

"Ketika diberitahu bahawa saya akan berpasangan dengan Mikha, saya jadi takut. Saya takut kerana terbayangkan jangka waktu latihan yang pendek, kira-kira 19 hari sahaja. Kalau dengan Olivia, kami tentu tidak memerlukan lebih masa untuk memperoleh keserasian sebab kami sudah bersama-sama dalam filem dahulu. Saya juga takut, kalau-kalau nanti penonton akan nampak kejanggalan kami," katanya mengurai kusut wajah.

Semakin matang

Sedikit berjambang dan menampakkan kesibukan rutin latihan berlakon, menari dan menyanyi yang dilalui, Kamal sebenarnya tampak matang. Dia seperti meninggalkan sisi keremajaan yang banyak terserlah dalam kemunculan sebelum ini.

"Berlakon teater memang macam pergi sekolah. Sebelum ini saya pernah terlibat dengan pementasan teater Impak Maksima The Musical, tetapi teater kali ini fokusnya lebih kepada saya dan Mikha kerana kami jadi hero serta heroin.

"Kali ini, kepuasannya mungkin lebih sedikit. Mungkin penonton akan dapat melihat Kamal yang berbeza berbanding apa yang pernah dilihat sebelum ini. Saya sendiri dapat rasakan perbezaan itu sebab sebelum ini tak pernah melakonkan watak pemuda kaki perempuan," ujar pemain watak Zamani, seorang juruterbang yang jatuh hati terhadap Cinta, seorang pelajar universiti lakonan Mikha.

Pementasan Gerimis Mengundang di Istana Budaya selama 13 hari bermula 27 Mac ini diterbitkan oleh Excellent Pictures, Erama Creative dan Global Network.

Harapan seorang pelakon dan kru produksi adalah mahu karya dilihat seramai mungkin penonton. Sama juga dengan Kamal. Dia tidak mahu konsep kepiluan dan lirik sedih dalam Gerimis Mengundang itu akan membunuh kemahuan ramai untuk menyaksikan teater berkenaan.

"Lagu dan tajuk Gerimis Mengundang seolah-olah teater yang sedih, drama air mata yang mendayu-dayu sahaja. Sebenarnya tidak begitu.

"Saya boleh jamin bahawa Gerimis Mengundang akan jadi sebuah teater muzikal yang menyeronokkan. Ada tarian, nyanyian serta adegan romantik yang manis. Saya sendiri akan menyanyi dan menari dalam sembilan hingga 10 buah lagu.





"Cuma pada akhir-akhir cerita sahaja barulah penonton dihadapkan dengan emosi dan tragedi. Lagu Gerimis Mengundang itu sendiri akan beri kuasa aksi saya dan Mikha nanti. Awak kena tengok, kalau tak datang tengok, kita putus kawan," ujarnya berseloroh memecah keseriusan.

Mikha tebus kebosanan

Melihatkan usianya yang bakal genap 18 tahun pada 15 September nanti, pelakon sinetron remaja popular Indonesia, Mikha Tambayong ternyata masih terlalu mentah untuk bergelar ratu panggung di Malaysia.

Memandangkan tuntutan wataknya sebagai pelajar universiti dari Indonesia, maka tertulislah watak Cinta menjadi milik Mikha. Lebih daripada itu, pihak penerbit awal-awal lagi sudah membayangkan pentas seterusnya buat Gerimis Mengundang iaitu bakal ke Espalanade di Singapura pada masa hadapan.

Di bahu pelakon yang popular dengan sinetron Nada Cinta itu tersandang satu tugasan penting untuk langkah sulungnya di Kuala Lumpur.

"Saya ingin keluar dari Jakarta, sudah terlalu bosan dengan sinetron. Setiap judul harus diselesaikan sehingga lebih 300 episod. Saya ingin cuba sesuatu yang baharu," katanya jujur.

Komitmen Gerimis Mengundang menuntut Mikha berada di ibu negara sejak 8 Mac lalu sehingga pementasan tamat pada 8 April nanti. Menjadi percubaan pertamanya ke pentas teater apatah lagi di daerah asing, Mikha mendakwa dia berdepan sedikit masalah.

"Paling besar tentunya masalah komunikasi, saya tidak begitu faham bahasa Melayu, tapi kalau bicaranya dalam bahasa Indonesia atau Inggeris, saya cepat faham. Nasib baik, watak Cinta itu orang Indonesia, maka bicaranya juga dalam bahasa Indonesia, saya beruntung. Saya sukakan babak romantis dalam teater itu," getusnya.

Kali pertama bersemuka, Mikha bukan pelakon seberang yang lokek bercerita. Jauh sekali bersikap dingin, gadis Virgo itu ternyata lebih bijak daripada yang disangka. Biarpun ada kisah liarnya yang digembar-gemburkan, dia bijak memberikan jawapan.

"Saya langsung tidak ambil pusing dengan cerita liar begitu. Hakikatnya saya tidak gemar berfoya-foya dan lebih gemar belajar jika punya waktu santai. Saya tidak faham bagaimana cerita merokok atau bersosial di kelab malam boleh timbul," katanya tenang.

Berbalik semula kepada lakonan, jika dalam sinetron dia tidak serius memikirkan terlalu banyak penilaian penonton, berlakon teater beri sedikit gambaran berbeza.

"Kalau dalam sinetron, pelakon dan penonton tidak perlu terlalu berfikir untuk memahaminya. Tapi saya gemarkan sesuatu yang lebih bermakna. Kalau tidak banyak, biarlah lakonan saya dalam teater itu beri nilai yang baik.

KALI pertama digandingkan dalam teater muzikal Gerimis Mengundang, Kamal dan Mikha berdebar menanti reaksi penonton.




"Kalau dalam soal lakonan, saya jenis yang kurang cerewet, ikut sahaja apa kata pengarah kecuali dalam nyanyian. Dalam nyanyian, saya jadi sangat idealistik," katanya yang lebih cenderung menyanyi berbanding berlakon.

Bermain piano sejak berusia empat tahun dan mula berlakon pada usia 15 tahun, dia banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaran. Lantaran jadual lakonan bertindih waktu persekolahan, Mikha menghabiskan persekolahan di rumah. Dia bagaimanapun masih lulus cemerlang setahun lebih awal dan bercita-cita untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang.

Saat ditanya tokoh yang banyak memberi inspirasi buatnya, pantas nama Harvey Malaiholo berbutir daripada bibir pelakon yang pernah punya debut album berjudul Bekas Pacar itu.

"Harvey Malaiholo, dialah orangnya. saya mahu jadi sepertinya. Pencapaiannya buat saya kagum, dia juga dikenali peminat di Malaysia dan saya bangga menjadi keponakan (anak saudara) Harvey," kata Mikha yang mahu fokus menyambung pelajaran ke kolej pada tahun depan. -kosmo-

Ahmad Idham kecewa dengan Astro

Posted: 24 Mar 2012 10:00 PM PDT




TIDAK lama dahulu, aktiviti jualan CD dan DVD cetak rompak dibanteras dengan serbuan berkala ke atas penjualan terbuka namun mutakhir ini barah lama dunia seni tempatan itu kembali menular terhadap filem tempatan.

Pengarah popular yang juga Pengarah Urusan Excellent Pictures Sdn. Bhd., Ahmad Idham Ahmad Nadzri secara berani dan lantang menuding kepada saluran berbayar Astro First sebagai medium paling 'berjaya' menyumbang kepada berleluasanya kegiatan cetak rompak terhadap filem tempatan.

"Industri filem tempatan akan hancur kerana masyarakat tidak akan berminat untuk menonton wayang. Bayangkan, selepas dua minggu tayangannya di panggung, ia dengan mudah boleh didapati menerusi Astro First.

"Bukan itu sahaja, industri cetak rompak juga semakin ligat merakam filem-filem yang disiarkan itu. Sebab itu kita dapati karya-karya tempatan dengan cepat berada di laman YouTube," tegas Idham selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures di Bandar Utama, Khamis lepas.

Idham juga melabelkan Astro First sebagai satu medium yang beri kelebihan jangka masa singkat kepada penonton yang tidak gemar ke pawagam tetapi ia akan menjadi virus secara perlahan melumpuhkan industri filem Malaysia.

"Saya risau bila produk saya berada di Astro First. Dulu cetak rompak diperangi habis-habisan, sekarang isu itu kembali membiak.

"Tambahan, dengan adanya banyak media baharu, orang akan mudah muat turun filem dan menontonnya di mana-mana saja. Melalui pemantauan, saya berpendapat pihak berkenaan (Astro) tak mengawal cetak rompak.

"Contohnya filem Hantu Bonceng, satu malam saja sudah boleh mencapai 500,000 tontonan di YouTube. Bayangkan jika keadaan ini berlarutan, orang kita sudah tak mahu ke panggung untuk menonton wayang sebab mereka dah boleh menonton selepas dua minggu filem tersebut ditayangkan di pawagam. Ia kemudian dimuat turun dan dimuat naik pula ke YouTube," ujarnya kesal.

Bercerita lanjut tentang konsep Astro First yang konon-kononnya menguntungkan penerbit filem serta peminat selepas habis tempoh sesebuah filem tayangan di pawagam, Idham kecewa kerana pihak berkenaan tidak menunjukkan inisiatif untuk mengawal hak eksklusif sesuatu produk.

"Saya sendiri pernah berulang kali mengajukan perkara ini kepada mereka (pihak pengurusan Astro), namun mereka cakap ini bukan tugas mereka. Saya sangat kecewa, mereka tiada inisiatif untuk mengawal perkara itu," katanya yakin kolaborasi dengan Media Prima sedikit sebanyak membantu menaikkan kembali industri perfileman negara.

Ekoran perjanjian yang dibina, Excellent Pictures akan bertindak sebagai pembekal eksklusif kesemua filem terbitannya kepada saluran televisyen Media Prima selama dua tahun. Media Prima diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, Ahmad Izham Omar. -kosmo-

Keteguhan Almy Nadia

Posted: 24 Mar 2012 09:57 PM PDT



AGAK lama menyepikan diri, barangkali merajuk atau sengaja lolos daripada publisiti, Almy Nadia bagaimanapun diam-diam berisi. Memang dia kelihatan sedikit berisi namun status masih tidak berubah. Dramatis berusia 26 tahun itu masih Almy Nadia yang dikenali beberapa tahun lalu, masih solo dan setia dengan kekasihnya, Fizz Fairuz.

Sudah lima tahun cinta mereka terjalin, terhambat pula dengan pelbagai kontroversi, namun Almy tidak jemu atau melatah saat kisah itu juga yang disuakan ke mukanya.

"Setakat ini, saya belum lagi jemu dengan gosip yang sering menimpa diri kerana gosip ialah sebahagian daripada kerjaya artis.

"Sebelum datang bertemu pihak media, awal-awal lagi saya sudah persiapkan mental. Kalau tidak kuat, saya pun tidak tahu apa yang akan terjadi," Almy berterus terang saat diusik tentang percintaannya yang sering ditimpa badai, paling hebat sekitar tahun lepas.

Kata pelakon filem Dunia Baru The Movie itu, hubungannya dengan Fizz masih utuh.

"Saya juga tidak perlu mengalah akibat cerita yang tidak berasas. Lagipun susah untuk kami memuaskan hati semua orang. Paling penting, saya, Fizz serta keluarga tahu apa yang berlaku. Biarlah orang buat spekulasi, bila sampai masanya tentu kami akan beritahu perkara sebenar. Sampai sekarang saya dan Fizz tiada masalah," tegasnya yang sudah tiga tahun mengenal nikmat bergelar ibu kepada seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisya.

Tambah Almy: "Setahun jarang bertemu media, saya sibuk menguruskan anak angkat yang kini dijaga oleh ibu di Pulau Pinang. Saya sudah mula sayangkannya dan dialah pemberi semangat dalam hidup ini. Sekarang saya masih dalam proses mendaftarkannya sebagai anak angkat di Jabatan Pendaftaran Negara."

Bercerita tentang perkembangan terbaharunya, Almy bakal muncul dalam drama Cinta Buat Emelda yang akan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 mulai 26 Mac ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam.

Drama 24 episod itu mengisahkan pengorbanan Emelda dalam membesarkan anak luar nikah, Dania, seorang diri. Tujuh tahun kemudian, Emelda bertemu kembali dengan bekas kekasihnya, Aril Fatah lakonan Fizo Omar. Mereka berkahwin tanpa Aril mengetahui bahawa Dania itu merupakan anak kandungnya sendiri. -kosmo-

Ariel sudah menyesal

Posted: 24 Mar 2012 09:54 PM PDT

ARIEL (empat dari kiri) ketika ditemubual oleh sekumpulan wartawan di Bandung, Indonesia semalam.


BANDUNG – Bermula dengan hidup sebagai anak seni yang dijulang kemasyhuran sebelum beralih kepada kehidupan sebagai banduan nyata bukan sesuatu yang dibanggakan oleh Ariel Peterpan.

Kalau dahulu dia sibuk menghiburkan peminat dan dikawal pengawal peribadi, kini gaya hidup vokalis utama kumpulan Peterpan itu sejak hampir dua tahun lalu jauh berubah.

Kini dia sentiasa dikawal pihak berkuasa selepas didapati bersalah oleh mahkamah gara-gara pengedaran rakaman video dan gambar lucahnya dengan dua artis wanita popular, Luna Maya dan Cut Tari pada tahun 2010.

Akibatnya, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham, 31, terpaksa menjalani hukuman penjara selama tiga tahun di Rumah Tahanan Negara Bandung.

Dalam satu temu bual dengan wartawan semalam, Ariel mengaku dia terlalu mengikut nafsu dan pemikirannya yang dangkal.

"Hanya orang yang melakukan kesilapan seperti saya sahaja yang tahu apa itu maksud menyesal," kata Ariel.

Selama dalam tahanan, penyanyi itu menganggap pengalaman yang dilaluinya memberikan rahmat yang bukan sedikit. -kosmo-

Suspek bakar 18 kenderaan ditangkap

Posted: 24 Mar 2012 09:50 PM PDT



SEBUAH kereta Porsche marak dijilat api selepas dibakar di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu.



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai hobi memancitkan tayar sebelum membakar kenderaan orang ramai secara rambang di sekitar kawasan Sentul, di sini sejak 10 Mac lalu akhirnya ditangkap semalam.

Sebelum ditangkap, lelaki berusia 42 tahun itu disyaki telah memancitkan tayar dan membakar 18 buah kenderaan.

Dia bagaimanapun ditangkap di persimpangan Kampung Puah, Sentul kira-kira 10.30 pagi semalam ketika menunggang sebuah motosikal yang disyaki dicuri di Jinjang pada bulan lalu.

Tangkapan itu dilakukan selepas suspek membakar empat buah kereta sekitar Titiwangsa, Segambut dan Jalan Genting Klang antara pukul 1 hingga 3 petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK), Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek dikenal pasti selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di salah satu lokasi kejadian. -kosmo-

12 kereta disimbah cat coklat, hitam

Posted: 24 Mar 2012 09:49 PM PDT


Sebuah kereta Proton Perdana V6 yang disimbah cat di Subang Jaya semalam.

SUBANG JAYA - Penduduk di Taman Perindustrian UEP di sini gempar apabila 12 buah kenderaan milik penghuni di kawasan perumahan itu disimbah dengan cat berwarna coklat dan hitam semalam.

Mereka hanya menyedari kejadian itu antara pukul 5.30 pagi dan 6 pagi ketika mahu menggunakan kenderaan masing-masing.

Antara kenderaan yang menjadi sasaran ialah dua buah kereta Proton Gen.2, Proton Perdana V6, Proton Wira, Perodua Myvi, Perodua Kancil, Honda CRV, Hyundai, Chevrolet dan Mercedes Benz.

Hasil pemeriksaan di tempat kejadian membawa kepada penemuan bungkusan plastik lutsinar mengandungi cat.

Suspek dipercayai melempar bungkusan tersebut ke arah kereta mangsa secara rambang.

Dua daripada kenderaan terlibat diletak dalam kawasan berpagar manakala selebihnya di hadapan rumah.

Salah seorang mangsa, K. Rina, 39, berkata, dia menyedari kereta Proton Perdana berwarna perak miliknya disimbah cat ketika mahu menggunakan kenderaan itu untuk pulang ke kampung di Kedah pada kira-kira pukul 5.30 pagi.

"Saya terpaksa membatalkan rancangan kami sekeluarga untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di Kedah selepas kereta saya sudah bertukar warna cat seperti warna coklat pula. -kosmo-

Pilihan raya umum ke-13 semakin dekat

Posted: 24 Mar 2012 09:46 PM PDT


NAJIB bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Penyerahan Rumah Mampu Milik Berkualiti Tinggi di Port Dickson semalam.

PORT DIKCSON – Keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah memberi tanda bahawa pilihan raya umum sudah dekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi pilihan raya umum akan datang dan mengekalkan pemerintahan.

"Saya rasa-rasalah dan bila sudah ada rasa, bunyinya sudah dekatlah tu (pilihan raya umum)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Rumah Mampu Milik Berkualiti Tinggi di Taman Intan Duyung dekat sini semalam.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Penyelaras BN Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta beberapa menteri kabinet dan pemimpin parti komponen BN.

Najib memberitahu, bagi memastikan BN memenangi semua kerusi, calon yang diletakkan hendaklah yang boleh memenangkan parti seperti dibuktikan pada pilihan raya kecil Bagan Pinang dan Hulu Selangor lalu.-kosmo-

Harimau Biru maskot PDRM

Posted: 24 Mar 2012 09:40 PM PDT


HARIMAU BIRU yang menjadi maskot PDRM.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat julung-julng kalinya memperkenalkan Harimau Biru sebagai maskot rasmi pasukan itu sempena sambutan Hari Polis ke-205 di Dataran Merdeka di sini malam tadi.

Pelancaran maskot tersebut disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bersama lebih 10,000 pegawai, anggota polis serta orang awam.

Pemilihan maskot itu melambangkan integriti pasukan tersebut yang berani dalam menjalankan tugas serta amanah untuk menjaga keamanan negara.

Sempena hari bersejarah dengan tema 'Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami' itu, PDRM telah membuka sebanyak 18 buah ruang pameran di Dataran Merdeka yang mewakili setiap jabatan dalam pasukan itu sebagai pendedahan kepada orang ramai berkaitan tugas-tugas polis.

Selain itu, pelbagai acara lain turut berlangsung termasuk pertunjukan khas dan persembahan hiburan.

No comments: