Thursday 22 March 2012

Budak Technician

Budak Technician


Stacy ambil anak angkat

Posted: 21 Mar 2012 07:10 AM PDT

Dalam tak disangka-sangka, Stacy juga meminati kanak-kanak apatah lagi baby. Difahamkan Stacy kini telah mengambil anak angkat dimana anak angkatnya itu masih lagi seorang bayi yang berusia sekitar satu-dua bulan. Nama bayi berkenaan adalah Bella Valentina. Mungkin Stacy mahu belajar dahulu cara penjagaa anak sebelum mendirikan rumahtangga kot, tak pun dia terasa sunyi tanpa ada yang harus dibelai-belai. hihi. :)


gambar gosip Cari
 
sumber : izyan.com

Liyana Jasmay tunang Mac ini, Nikah Januari tahun depan!

Posted: 21 Mar 2012 07:04 AM PDT

Mengikut informasi yang dipetik melalui laman GUA, pelakon, Liyana Jasmay bakal bertunang dengan Fathuddin pada 28 Mac ini dan bakal mendirikan rumahtangga pada Januari 2013. Suatu masa yang lama untuk bertunang, kemungkinan ini bakal mengundang dugaan begitu besar bakal melanda. Semoga berjaya dan bersabar selama setahun ni yer Liyana, kami doakan agar tiada apa-apa yang terjadi selama proses bertunang ini. :)


gambar malaysiandigest.com
"Buat apa nak berpacaran, baik terus kahwin saja. Berpacaran ini remeh, jika dah tunang, ada juga ikatan yang betul. Bagi saya, kalau 'couple-couple' ini, zaman sekolah bolehlah," ujar Liyana. -izyan.com-

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Posted: 20 Mar 2012 11:14 PM PDT




Kompleks Darul Hidayah (Pusat Bimbingan Saudara Kita), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon jawatan sebagai Guru Kelas Bimbingan Saudara Kita.

1. Guru Kelas Bimbingan Saudara Kita

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN/MAKLUMAT LANJUT

Cara Memohon:-
1. Permohonan hanya boleh dibuat dengan mengisi borang yang hanya boleh didapati di
alamat dan mengemukakan kembali ke alamat:

Kompleks Darul Hidayah
(Pusat Bimbingan Saudara Kita)
Jalan Sultan Omar
20300 Kuala Terengganu, Terengganu.

No. Tel. : 09-622 1300

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 1 April 2012 (Ahad)

Temuduga Terbuka Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Posted: 20 Mar 2012 11:12 PM PDT


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Keretapi Tanah Melayu Berhad.

1. KERANI KAUNTER

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN/MAKLUMAT LANJUT

Pemohon yang berminat, sila datang ke tempat dan waktu seperti berikut:
Tarikh
21 hingga 22 Mac 2012
Lokasi
1st Class Lounge , Aras 3, KL Sentral,
Masa pendaftaran
9.00 pagi – 2.00 petang

Sila bawa bersama:

- Kad pengenalan
- Sijil-sijil asal persekolahan
- 1 salinan fotostat kad pengenalan dan sijil persekolahan
- Resume berserta 1 keping gambar berukuran passport yang terkini

Iklan Jawatan Kosong 2012 - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

Posted: 20 Mar 2012 11:09 PM PDT



PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARI WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN DAN BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18 TAHUN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN.

1. PENOLONG JURUTERA (KEJURUTERAAN ELEKTRIKAL)
2. JURUTEKNIK (KEJURUTERAAN ELEKTRIKAL)
3. TUKANG K3 (TUKANG PENDAWAIAN ELEKTRIK)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN & PERMOHONAN ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan Pada 23 Mac 2012

Skim Latihan 1 Malaysia Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)

Posted: 20 Mar 2012 11:06 PM PDT




Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) (dahulunya dikenali sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia diperbadankan dan diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

ITBM mempelawa individu yang dinamik untuk menyertai program Penterjemah Pelatih di bawah Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

ITBM sedang mencari calon baharu yang dinamik untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami dalam usaha menerajui bidang penterjemahan di Malaysia. Calon akan menjalani program latihan dalam bidang penterjemahan dan penyuntingan. Program latihan ini adalah sebahagian daripada inisiatif ITBM dalam usaha melahirkan penterjemah berbakat bagi melaksanakan projek terjemahan kami pada masa hadapan. Calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengikuti program latihan ini.

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN/MAKLUMAT LANJUT

Cara Memohon:-
Surat permohonan beserta resume dan salinan yang berkenaan hendaklah dihantar ke:-
INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA
Wisma ITNM, No. 2 Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.
(u.p: Bahagian Pengurusan & Sumber Manusia)
atau
E-mel : sl1m@itnm.com.my

Tarikh Tutup Permohonan Pada 30 Mac 2012

No comments: