Thursday 15 March 2012

Budak Technician

Budak Technician


(Movie 18sx) House of Tolerance (2011) DVDRip Mediafire

Posted: 14 Mar 2012 07:13 AM PDT

House of Tolerance (2011) DVDRip 500MB

http://www.imdb.com/title/tt1660379/

[FORMAT]:…………………..[ Matroska
[iMDB RATING ]………………[ 7.3/10
[DIRECTOR ]………………[ Bertrand Bonello
[STARS ]………………[ Hafsia Herzi, CĂ©line Sallette and Jasmine Trinca
[GENRE]:……………………[ Drama
[FILE SIZE]:………………..[ 500MB
[VIDEO]:……………….[ 720x384
[AUDIO]:……………….[ acc 24khz
[LANGUAGE ]:………………..[ French
[RUNTIME]:………………..[ 2h05Min

Mission 4 Impossible Ghost Protocol (2011) Mediafire

Posted: 14 Mar 2012 06:57 AM PDT


Mission 4 Impossible Ghost Protocol (2011) R6 500MB

http://www.imdb.com/title/tt1229238/

The IMF is shut down when it's implicated in the bombing of the Kremlin, causing Ethan Hunt and his new team to go rogue to clear their organization's name.

Akibat Isu Video Panas, Melia dan ibubapa putus hubungan!

Posted: 13 Mar 2012 11:20 PM PDT

Melia Aimiellia (Melia) berkata pendedahan cerita mengenainya itu di muka hadapan sebuah tabloid pada Isnin lalu telah menyebabkan hubungan keluarganya kini berpecah-belah. Melia tidak menduga kontroversi tersebut bukan sahaja menjejaskan periuk nasinya sebagai pelakon, malah turut memutuskan hubungan silaturahim di antara ibu bapanya dan sanak saudara yang lain.


"Saya akui kontroversi ini bukan sahaja mengaibkan, malah turut memporak-perandakan kehidupan saya sekeluarga. Bayangkanlah, apabila isu dibesarkan sehingga terpampang di muka hadapan akhbar semalam (Isnin), ibu bapa saya mula dihujani pelbagai panggilan dan kecaman daripada sanak saudara dan kenalan.

Apa yang saya kesalkan, apabila saudara mara lebih mempercayai laporan-laporan tersebut berbanding penjelasan darah daging mereka sendiri,

"Ia mengakibatkan hubungan keluarga ibu bapa menjadi tegang dan terputus. Ibu bapa saya kecewa apabila keluarga mereka sendiri bukan sahaja tidak memberikan sokongan moral malah mengecam mereka dengan kata-kata kesat.

"Biarlah, apa pun yang terjadi, kami anak beranak akan hadapi perkara ini bersendirian," katanya dengan nada sebak. baca lagi...



sumber : izyan.com

Gambar Resepsi Majlis Perkahwinan Datuk Malek Noor

Posted: 13 Mar 2012 11:15 PM PDT

Baru beberapa ketika yang lalu terpampang gambar pernikahan Datuk Malek Noor dan juga isterinya, Dr Wan Asma, kini korang boleh melihat majlis resepsi mereka yang diadakan pada hari yang sama namun disebalah malam diadakan di hotel Renaisance Kota Bahru Kelantan, dikhabarkan Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz juga berkesempatan menghadiri majlis berkenaan. Gambar ini ekslusif dikirimkan oleh jurufoto, HAFIZ SEVEN, JIHAN MEGHAA ISMAIL, AYIE NAZRI DAN FAKHRUL HAQIM melalui laman web mereka di thehuruhara.com | hafiz7.com


sumber : izyan.com

Gambar Majlis Akad Nikah Datuk Malek Noor

Posted: 13 Mar 2012 11:12 PM PDT

Hanya dengan sekali lafaz, Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail. Mereka dinikahkan di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pagi semalam.

Pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.

Dr Wan Asma memberitahu beliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki.

Apa yang penting beliau berharap perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, pada malam Isnin. -Via/izyan.com

Mati Muda di Pelukan Janda (2011) DVDRip

Posted: 13 Mar 2012 10:35 PM PDT




Rahmat, lulusan SMA namuntak mampu melanjutkan studinya ke kuliah karena tidak punya biaya. Sejak umur 7 tahun ia yatim piatu dan diangkat oleh Mba Bunga aliuas Mas Bambang pemilik salon "Mawar". Meski hidup bersama banci namun Rahmat tumbuh menjadi lelaki tulen yang pintar, baik, soleh dan berbakti.

Salon Mawar berhadapan dengan rumah Ratih, janda muda yang sudah 2 tahun ditinggal mati suaminya. DIam-diam Rahmat menaruuh hati pada Ratih. Namun janda lain yang tinggal di daerah itu, Mpok Sari, naksir berat sama Rahmat. Ia bahkan selalu mengirim makanan ke salon Mawar dan secara sepihak gembar gembor Rahmat adalah calon suaminya, namun Rahmat dengan sopan selalu menolak dan menghindar.

Saking cemburunya, Mpok Sari pun tega melakukan fitnah agar warga memusuhi Ratih. Ratih berusaha menyangkal setiap berita miring tentang dirinya namun Ratih tak punya kekuatan untuk mempertahankan kebenaran.

Meski harus berjuang mati-matian, semangat Rahmat untuk membela Ratih tak pernah surut. Apakah Rahmat berhasil mendapatkan cinta Ratih?

Download File

Uploaded.To Download
Depositfile Download

Akma AF3 Dirisik Eksekutif Petronas

Posted: 13 Mar 2012 10:08 PM PDT


KUALA LUMPUR – Bintang rancangan realiti Akademi Fantasia 3 (AF 3), Asiahtunakma Abdullah atau lebih dikenali sebagai Akma menafikan yang dia sudah bertunang sebaliknya dia baru sahaja dirisik baru-baru ini.

Khabar angin yang mengatakan dia sudah bertunang apabila tersebarnya gambar Akma cantik berbaju kurung moden duduk di atas mini pelamin putih dengan terlihat beberapa dulang hantaran disisinya.

Gembira apabila majlis merisik pada 3 Mac lalu berjalan dengan lancar, Akma tidak menafikan yang dia bakal bertunang dengan seorang eksekutif Petronas, Farih Hamshi, 28 pada tanggal 6 Mei depan.

"Saya masih belum menjadi tunangan orang lagi. Gambar yang tersebar itu pun merupakan foto sewaktu saya dirisik pada 3 Mac lepas. Majlis merisik itu telah diadakah di rumah saya di Jalan Klang Lama.

"Insya-Allah, mengikut perancangan, saya akan bertunang dengan Farih pada 6 Mei depan. Saya mula mengenali dia, selepas saya habis program AF3. Kawan saya yang memperkenalkan saya dengannya," kata Akma seperti dalam portal Ohbulan.com.

Akma turut berkongsi cerita perkenalan dengan bakal tunangnya itu bermula selepas berakhirnya penglibatannya dalam pertandingan AF3.

Namun, hubungan perkenalan mereka terputus hampir lima tahun lalu disebabkan komitmen masing-masing dalam kerjaya yang sedang dibina.

Bagaimanapun, Akma terkejut apabila dipertemukan semula dengan Farih hasil usaha aturan dari teman-temannya sendiri selepas dia pernah gagal dalam pertungan yang lepas.

"Sebenarnya saya juga tidak menyangka akan bertemu jodoh dengannya. Dalam masa lima tahun, kami tidak berjumpa sehinggalah awal tahun 2011 kami berjumpa semula. Setelah bertemu semula, alhamdulillah kami mengambil keputusan untuk bertunang," katanya.

Selain itu, Akma juga gembira dan berkongsi kebahagiannya apabila peminat-peminat mendoakan kebahagian dirinya bersama dengan bakal pasangan di laman sosial Twitternya.

Tahun ini, ramai di kalangan artis-artis yang mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman solo masing-masing apabila ada dikalangan mereka mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan seterusnya berkahwin.

Terbaru, artis yang manis bertudung, Irma Hasmi juga dikhabarkan bakal bertunang pada 27 Mac 2012 yang akan berlangsung di kediaman keluarganya di Sungai Buloh sementara dia masih lagi berahsia tentang jejaka yang berjaya membuka pintu hatinya untuk bercinta semula.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Banduan Lelaki Curi Masuk Ke Sel Wanita Untuk Lakukan Hubungan Seks

Posted: 13 Mar 2012 10:07 PM PDT



'Kegersangan' melampau seorang banduan di sebuah penjara antara paling ketat kawalan keselamatannya di Maine, Amerika Syarikat memaksa dia mencuba pelbagai cara untuk memuaskan nafsu seksnya.

Ternyata ia membuahkan hasil apabila banduan berusia 23 tahun dari Biddeford itu ditangkap selepas menyusup ke sayap lain penjara itu untuk mengadakan hubungan seks bersama seorang tahanan wanita.

Pejabat sherif berkata, Arien L'Italien merangkak antara sel pada malam Sabtu lalu ketika kembali ke selnya di Penjara Daerah Cumberland.

Pihak berkuasa berkata, rakaman video menunjukkan dia memasuki sel wanita melalui empat pintu untuk menemui tahanan wanita berusia 25 tahun yang dikenalinya itu.

Kedua-duanya berkomunikasi melalui sistem pengalihan udara dan memalsukan kunci di sel mereka.

L'Italien mempunyai rekod memiliki senjata api manakala banduan wanita tersebut, Karla Wilson memiliki rekod melakukan serangan seksual.

Ketika ditanya pemberita sama ada mereka berdua sempat mengadakan hubungan seks sebelum dikesan, ini jawapan pihak penjara: YA!

- Oleh SYAHRIL A. KADIR

Sherie Merlis Teruja Hamil Lagi

Posted: 13 Mar 2012 09:55 PM PDT


Dramatis terkenal, Sherie Merlis yang baru menamatkan status jandanya pada 1 Januari lalu selepas berkahwin dengan Ash kini telah disahkan mengandung.

Sherie nyata bersyukur kerana dia mengandung lagi selepas hampir 20 tahun menjadi ibu tunggal setelah dikurniakan dua orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu.

Dengan kandungannya yang kini berusia sebulan lebih, Sherie begitu mengambil berat kandungan dan kesihatannya apatah lagi dengan usianya yang telah mencecah 40an.

Sementara itu, Ash yang mendapat tahu perkhabaran itu terkejut apabila doktor memberitahu Sherie mengandung walaupun mereka baru dua bulan berkahwin di mana secara tidak langsung doanya untuk bergelar bapa telah dimakbulkan oleh Allah. -MH-

Irma Hasmie Sah Tunang Hujung Mac

Posted: 13 Mar 2012 09:46 PM PDT


MH online sebelum ini telah menyiarkan cerita mengenai Irma Hasmie yang dikhabarkan akan bertunang pada tarikh 27 Mac ini.

Namun sumber  terbaharu yang diterima dan boleh dipercayai memberitahu bahawa memang benar pelakon dan pengacara cantik itu akan bertunang pada hujung bulan Mac ini namun tarikhnya bukan pada 27 Mac.

MH telah diberitahu mengenai tarikh sebenar majlis tersebut namun atas permintaan, tarikh tersebut terpaksa dirahsiakan terlebih dahulu.  Majlis pertunangan akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga Irma di Sungai Buloh.

Irma juga dikhabarkan akan bernikah dalam tahun ini juga.

(25 Gambar) Neelofa Bercuti Di London, Paris, Scotland

Posted: 13 Mar 2012 09:40 PM PDT


Jangan tenung lama-lama.


Kami nak jugak?



Bandar Edinburgh,Scotland


Ok dah nak mula rakam.




Siap ambil gambar dengan budak genius lagi.


Chomel-chomel.






Gambar-gambar ini diambil sebelum Neelofa berangkat ke Eropah selama 2 minggu, mengikuti rombongan Nona ke sana.




























 
 
Sumber : www.xlupa.com

Fasha, Jejai Nikah 28 April, Sanding 28 Mei 2012

Posted: 13 Mar 2012 09:22 PM PDT


Ketika ini hangat diperkatakan adalah mengenai majlis perkahwinan pelakon hebat Fasha Sandha.  Ramai yang berteka-teki mengenai tarikh majlis pernikahannya itu.

MH juga mendapat sumber maklumat yang memberitahu bahawa pelakon ini khabarnya akan bernikah pada 28 April di rumah barunya di sekitar kawasan Ampang dan akan bersanding sebulan selepas itu iaitu pada tarikh 28 Mei.

Menariknya majlis persandingan tersebut akan diadakan di Perlis di tepi tasik dengan kos semuanya ditanggung oleh Fasha sendiri tanpa mengharapkan tajaan.

"Ramai yang mahu menaja majlis Fasha ini tapi Fasha enggan.  Katanya, dia tidak mahu terikat dengan sesiapa.  Malah ada juga stesen TV yang mahukan hak eksklusif, namun Fasha menolaknya dengan cara baik," jelas sumber tersebut lagi.-MH-

Ibu bapa Melia Dikecam Saudara Mara

Posted: 13 Mar 2012 09:00 PM PDT


Berikutan tersebarnya video bogel yang dikatakan milik seorang pelakon muda dalam filem Karipap-karipap Cinta, Melia Aimelia, 19, dalam beberapa blog hiburan tempatan, Melia bukan sahaja kehilangan mata pencarian sebagai pelakon malah turut menjejaskan hubungan dengan ahli keluarga terdekat.

Menurut sebuah portal berita, penyebaran video bogel yang dikatakan menyerupai dirinya menyebabkan silaturrahim keluarganya dengan saudara mara terdekat terputus akibat tidak mempercayai penerangan daripada mulutnya sendiri.

Lebih mengejutkan, apabila isu ini dipaparkan di muka hadapan akhbar, ibu bapa Melia dihujani pelbagai panggilan dan kecaman daripada sanak saudara dan kenalan.

Difahamkan, Melia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan video tersebut hingga menjatuhkan maruah dan imejnya. -MH-

Deanna Yusoff Pilih Untuk Terus Membujang

Posted: 13 Mar 2012 07:52 PM PDT

Deanna selesa hidup membujang.


KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Deanna Yusoff memilih untuk hidup membujang walaupun sudah berusia 45 tahun kerana merasakan keputusan tersebut adalah satu tindakan terbaik untuk dirinya.

Deanna berkata, dia tidak pernah berasa takut untuk mendirikan rumah tangga sebaliknya masih belum bertemu dengan individu yang benar-benar sesuai untuk diangkat menjadi seorang suami.

"Saya seronok dengan kehidupan sekarang. Kerana itulah perkahwinan tidak menjadi keutamaan kepada saya.

"Pilihan ini adalah keputusan sendiri dan bukan kerana kecewa akibat gagal dalam percintaan sebelum ini," ujarnya kepada mStar Online.

Deanna ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran filem Bola Kampung - The Movie di sini pada Selasa.

Bagaimanapun kata Deanna, dia tidak menolak jika suatu hari nanti jodohnya akan tiba dan berharap ia akan kekal selama-lamanya.

"Jika ada jodoh, saya berharap lelaki itu adalah seorang yang menjadi dirinya sendiri, tidak sombong, baik hati dan pemurah bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi sikap serta tanggungjawabnya.

"Buat masa ini hidup saya tidak sunyi kerana dikelilingi oleh rakan-rakan dan keluarga yang banyak mengisi ruang dalam hidup saya," katanya.


Dalam perkembangan lain, Deanna berkata, dia tidak pernah menghilangkan diri daripada industri hiburan tanah air cuma kelibatnya jarang muncul di media massa menyebabkan ramai tidak menyedari kehadirannya.

Deanna memberitahu, sehingga kini dia masih sibuk dengan pelbagai undangan lakonan, nyanyian, menjadi pengacara namun mengakui lebih selektif terhadap tawaran yang diterima terutamanya dalam bidang lakonan.

"Tawaran berlakon memang banyak tetapi kebanyakannya adalah watak yang pernah saya terima sebelum ini sebab itu saya jarang muncul di kaca televisyen," ujarnya.

Kali terakhir muncul dalam filem Chermin pada tahun 2006, Deanna bagaimanapun berkata, peminat boleh menyaksikan lakonannya dalam drama bersiri Cendana di Astro Prima pada bulan depan.

Selain Chermin, antara filem lakonan Deanna sebelum ini adalah Selubung (1992), Abang 92 (1992) dan Ringgit Kasorrga (1995).

Sementara itu, Deanna berkata, selain aktiviti seni, dia juga sibuk menguruskan syarikatnya iaitu Artisanal Asia Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan yang diberi nama Grandjean iaitu coklat premium daripada Switzerland.

Buat masa ini dia hanya menerima tempahan untuk pembelian coklat tersebut secara dalam talian dan membuat penghantaran terus kepada pelanggan.

"Coklat premium dari Switzerland ini adalah antara terbaik dan ia perlu dibawa menaiki kapal terbang jika ada tempahan dibuat oleh pelanggan.

"Setakat ini perniagaan berjalan lancar dan sering mendapat tempahan untuk majlis-majlis korporat atau perkahwinan.

"Saya juga merancang untuk memperluaskan lagi perniagaan ini dengan membawa masuk lebih banyak coklat terbaik daripada sana," ujarnya.

Mamat (Sepah) Tidak Lagi Bermusuh Dengan Fida

Posted: 13 Mar 2012 07:41 PM PDT

Mamat menjelaskan hubungannya dengan Fida sudah kembali baik.


KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Sepah, Mamat memberitahu hubungannya dengan bekas kekasih iaitu pelakon Fida Ibrahim yang sebelum ini tegang sudah kembali pulih.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad berkata, kedua-dua mereka telah melupakan semua kisah yang pernah berlaku sebelum ini dan saling bermaaf-maafan atas satu insiden yang melanda mereka.

"Alhamdulillahlah semua persengketaan sebelum ini telah kembali jernih seperti sedia kala dan hubungan kami berada di tahap baik ketika ini," ujarnya kepada mStar Online.

Mamat ditemui ketika pelancaran filem animasi terbaru Bola Kampung The Movie di sini pada Selasa.

Bagaimanapun kata Mamat, hubungan yang kembali jernih itu tidak bererti mereka telah bercinta semula tetapi menyifatkan hubungan berkenaan hanyalah sekadar rakan baik.

Mamat menjelaskan, selepas peristiwa tersebut, dia merasakan dirinya lebih selesa berkawan dengan Fida dan berharap masyarakat tidak akan tersalah anggap jika terserempak dengan mereka pada masa akan datang.

"Dia berhak berasa marah dengan apa juga yang berlaku sebelum ini tetapi kini semuanya telah tinggal sejarah dan kami masing-masing telah bercakap dari hati ke hati mengenai kejadian tersebut dan menyelesaikannya dengan baik.

"Kini hubungan kami lebih baik daripada sebelum ini dan biarlah hanya saya dan dia yang mengetahui apa yang berlaku," katanya.

Sebelum ini, kecoh apabila gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambutnya dengan memakai topi tersebar di laman-laman blog hiburan tempatan dan Mamat mengakui telah memuat naik gambar itu dalam laman Facebook miliknya tanpa kebenaran kekasihnya itu.

Kejadian itu telah menyebabkan hubungan kedua-dua mereka retak sehingga menyebabkan Fida mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka berdua.

Mamat dan Fida pernah bercinta pada tahun lalu.

Dalam pada itu, menjawab mengenai pengganti Fida dalam hidupnya, Mamat berkata, buat masa ini dia selesa hidup bersendiri dan ingin memberi tumpuan kepada kerjaya seninya.

Tambah Mamat, selepas beberapa kontroversi yang dilalui sehingga hampir memusnahkan kerjaya seninya, Mamat tidak lagi boleh mengambil sikap sambil lewa terhadap perkara yang boleh menyebabkan perkara itu berlaku.

"Sebelum ini saya banyak main-main sehingga orang kecam saya dengan pelbagai perkara dan terlalu terbuka dengan orang- di sekeliling saya.

"Jadi sudah sampai masanya saya perlu menumpukan perhatian kepada satu perkara buat masa ini iaitu kerjaya kerana ia lebih penting daripada perkara lain," ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah dia dan Fida akan kembali bercinta memandangkan hubungan baik mereka ketika ini, Mamat berkata jika jodoh di antara mereka masih kuat dia tidak menolak kemungkinan itu.

"Sebelum kejadian gambar tu hati kami memang saling terpikat antara satu sama lain, dan bagi saya sendiri sehingga sekarang rasa terpikat itu masih ada cuma keadaan kini telah berbeza.

"Namun kalau memang jodoh saya dengan dia siapa saya untuk menolak," ujarnya.

Ezlynn Ingin Anak Segera Selepas Empat Bulan Kahwin

Posted: 13 Mar 2012 06:56 PM PDT

Ezlynn ingin menimang cahaya mata secepat mungkin.


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye memberitahu ingin menimang cahaya mata secepat mungkin jika diberi rezeki oleh Allah.

Ezlynn, 31, berkata, dia telah bersedia untuk bergelar sebagai seorang ibu dan tidak mahu menunggu lama untuk berbuat demikian.

"Saya harap dah ada 'isi' tapi masih belum rezeki kami berdua lagi tetapi saya sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat," ujarnya kepada mStar Online.

Ezlynn ditemui ketika pelancaran filem animasi terbaru Bola Kampung The Movie di sini pada Selasa.

Tambah Ezlynn, jika diizinkan, dia dan suaminya, Adam Fahmi ingin memiliki keluarga yang besar tambahan pula kedua-dua mereka sukakan kepada kanak-kanak.

"Adik-beradik saya yang lain semua sudah berkahwin dan mempunyai anak. Selalunya saya menumpang kasih dengan mereka. Sebab itu juga saya ingin cepat dapatkan anak kerana seronok melihat keletah anak-anak saudara," katanya.

Ezylnn dan Adam, 35, yang juga pengurusnya bernikah pada 21 November tahun lalu yang diadakan di Sime Darby Convention Centre di sini.

Dalam pada itu, Ezlynn memberitahu dia dan Adam masih belum sempat berbulan madu kerana sibuk dengan pelbagai undangan nyanyian yang ada di antaranya telah pun dipersetujui sebelum mereka berkahwin lagi.

Ezlynn dan Adam ketika majlis resepsi perkahwinan mereka.


Bagaimanapun kata Ezlynn, dia dan suaminya akan berkunjung ke Pulau Pangkor, Perak sebagai pra bulan madu sebelum terbang ke Eropah untuk bercuti.

"Masih belum tahu bila nak pergi kerana terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan dan suami pun tak boleh nak marah kerana semua tugasan itu dia yang tempah untuk saya," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam filem animasi Bola Kampung The Movie, Ezylnn memberitahu dia teruja dapat meminjamkan suaranya untuk watak utama filem itu yang bakal ditayangkan pada akhir tahun ini.

Katanya, walaupun gementar untuk memulakan proses rakaman suara tetapi dia yakin dapat melakukan terbaik untuk filem itu.

"Paling menarik watak yang diberikan kepada saya adalah seorang budak lelaki bernama Iwan dan itu telah membuatkan saya sedikit gemuruh kerana perlu menukar gaya suara.

"Nasib baik pihak produksi ada menyediakan seorang jurulatih untuk memberikan panduan dalam membina watak untuk Bola Kampung The Movie," ujarnya.

Selain Ezylnn, filem itu turut menampilkan 13 pelakon popular yang turut meminjamkan suara mereka seperti Deanna Yusoff, Harun Salim Bachik, Mamat (Sepah), Douglas Lim, dan Afdlin Shauki. -kosmo-

Julia Roberts Larang Anak Tonton Filem Lakonannya

Posted: 13 Mar 2012 06:51 PM PDT

Julia Roberts.


MENGETAHUI filem lakonannya ditonton oleh jutaan peminat di seluruh dunia ia adalah satu perkara yang begitu membanggakan buat seorang pelakon.

Namun bagi pelakon terkenal iaitu, Julia Roberts, 44, dia telah melarang anak-anaknya menonton apa juga filem yang dibintanginya sebelum ini.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini memberitahu dia telah meletakkan peraturan ketat dalam soal pemilihan filem yang sesuai untuk tontonan anak-anaknya.

Malah, dia bimbang jika anak-anaknya terkejut apabila melihat aksinya sebagai wanita jahat dalam filem Mirror Mirror.

"Rasanya mereka terlalu muda untuk menonton semua peranan yang pernah saya bawa sebelum ini," ujarnya.

Julia berkata, dia lebih senang apabila melihat anak-anaknya membaca buku dan mengakui sering menghabiskan masa bersama mereka untuk membaca.

Dapur bergerak Lee Kum Kee

Posted: 13 Mar 2012 06:39 PM PDT

DAPUR bergerak Lee Kum Kee menjelajah seluruh negara untuk membuat demonstrasi masakan kepada orang ramai mulai bulan ini.


DARI jauh kelihatan orang ramai mengerumuni sebuah van berwarna merah di kaki lima pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara, Selangor akhir bulan lalu.

Bunyi orang sedang menumis dan kuali berlaga dengan sudip kedengaran dari van tersebut. Sebaik juadah siap dimasak, orang yang mengelilingi van merah tersebut dihidang bagi merasa makanan yang dimasak chef menggunakan produk Lee Kum Kee.

Van yang dilengkapi peralatan dapur atau lebih mudah dipanggil dapur bergerak adalah cara terbaharu pihak Lee Kum Kee mempromosi produk-produk mereka kepada orang ramai di seluruh Malaysia.

Dapur bergerak Lee Kum Kee akan bergerak ke 70 buah lokasi di seluruh negara antaranya Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan sekitar Lembah Klang.

Di setiap lokasi, kakitangan Lee Kum Kee akan mengadakan demonstrasi masakan selama 60 minit yang menyediakan sebanyak enam jenis hidangan.

Sepanjang demonstrasi, chef-chef yang bertugas akan berkongsi bersama-sama orang ramai mengenai tip-tip memasak selain mengedar makanan untuk dirasa. Jualan murah produk keluaran jenama Lee Kum Kee turut dijalankan.

Makanan adalah asas kasih sayang. Dengan makanan, seorang ibu akan memastikan anak-anak dapat membesar dengan sihat, manakala seorang bapa akan bekerja keras mencari rezeki supaya anak-anak tidak mengalami kekurangan zat makanan.

CHEF WAN menunjukkan cara mudah menyediakan masakan ayam masak kicap.




Atas kepercayaan itu, Lee Kum Kee mengadakan kempen dapur bergerak itu semata-mata bagi meraikan kasih sayang dengan membawa lambang cinta itu kepada seluruh penduduk Malaysia.

"Dengan idea ini, kami mahu mendekati setiap orang bagi menyebarkan konsep kasih sayang," kata Pengarah Jualan Lee Kum Kee bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Leong Chee Kang di Mutiara Damansara, Selangor.

Datuk Chef Wan yang hadir dalam majlis perasmian itu turut berkongsi cerita mengenai makanan dalam keluarga. Chef Wan yang lahir dalam sebuah keluarga besar yang memiliki tujuh orang adik-beradik sering menggantikan posisi ibunya untuk memasak.

"Jadi, saya sering menyediakan bahan-bahan mentah seperti udang kering dikisar dan bawang terlebih dahulu supaya senang ketika memasak," ujarnya yang berpendapat produk Lee Kum Kee sangat menyenangkan.

Dalam acara tersebut, Chef Wan turut mengadakan demonstrasi hidangan ayam masak kicap yang disifatkannya sebagai masakan yang mudah dan boleh dimakan semua orang termasuk kanak-kanak.

LEE KUM KEE menawarkan pelbagai produk makanan seperti sos, kicap dan perasa makanan.




Antara lokasi terawal dapur bergerak Lee Kum Kee adalah sekitar Cheras, Jalan Klang Lama dan Petaling Jaya sekitar bulan Mac sebelum menjelajah ke bahagian lain Semenanjung Malaysia.

Lee Kum Kee adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk makanan seperti sos, kicap dan bahan perasa masakan dalam bentuk yang mudah digunakan.

Bagi yang ingin mendapatkan informasi mengenai kedudukan terkini dapur bergerak Lee Kum Kee anda boleh melayari laman web www.lkk.com.

Nurul Nadirah dibunuh pada hari dia hilang

Posted: 13 Mar 2012 06:36 PM PDT


Milnah (baju putih) bersama ahli keluarga sedih melihat lubang tempat mayat Dirang (gambar kecil) dibakar di Nusa Damai, Masai, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.

Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

"Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac," kata sumber itu. -kosmo-

Taylor Swift peroleh pendapatan tertinggi 2011

Posted: 13 Mar 2012 06:21 PM PDT



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi terkenal, Taylor Swift memperoleh pendapatan paling tinggi dalam industri muzik AS pada tahun 2011.

Menurut majalah Billboard, pemenang anugerah Grammy yang berusia 22 tahun itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$35.7 juta (RM108.44 juta) termasuk menerusi konsert jelajah dan penjualan album.

Band rock dari Ireland, U2 yang dianggotai penyanyi Bono, berada di tempat kedua selepas memperoleh pendapatan sebanyak AS$32.1 juta (RM97.51 juta) menerusi konsert jelajah selama dua tahun yang berakhir pada Julai tahun lalu.

Penyanyi yang gemar berpakaian pelik, Lady Gaga, 25, pula memperoleh pendapatan sebanyak AS$25.4 juta (RM77.15 juta) berada di tempat keempat.

Band rock, Bon Jovi berada di tempat ketujuh dengan pendapatan sebanyak AS$15.8 juta (RM48 juta).

Sementara itu, penyanyi yang menggondol enam anugerah Grammy pada Februari lalu, Adele, 23, tersenarai dalam kelompok 10 teratas apabila albumnya yang berjudul 21 mencatat kejayaan besar.

Penyanyi Elton John, 64, berada di tempat ke-13, Katy Perry, 27, menduduki tempat ke-14 dan band legenda, The Beatles di tangga ke-24.

Kedudukan penyanyi remaja, Justin Bieber, 18, jatuh di tempat ke-35 dengan memperoleh pendapatan sebanyak AS$5.5 juta (RM16.71 juta). - AFP

Bilik pameran unik Volkswagen

Posted: 13 Mar 2012 06:03 PM PDT



SEBUAH kereta Volkswagen dimasukkan ke dalam ruang penyimpanan di menara unik itu. - Reuters



WOLFSBURG, Jerman - Bilik pameran futuristik di kilang Volkswagen di sini memiliki menara setinggi 60.96 meter bagi menyimpan kenderaan baharu yang disusun secara bertingkat.

Dua menara kaca bersebelahan bilik pameran berkenaan boleh menyimpan sebanyak 800 kenderaan menjadikan ia pusat penghantaran kereta terbesar di dunia.

Pada setiap hari, sebanyak 600 kereta baharu dikeluarkan dari menara berkenaan untuk diserahkan kepada pembeli. - Agensi

Saintis cuba klonkan gajah purba

Posted: 13 Mar 2012 06:01 PM PDT


LAKARAN artis menunjukkan beberapa ekor gajah purba. - Reuters

SEOUL - Pasukan saintis Rusia dan Korea Selatan memeterai perjanjian bersama semalam untuk mewujudkan semula gajah purba yang dikenali sebagai mammoth.

Gajah itu hidup sekitar 10,000 tahun dahulu.

Perjanjian bersama itu ditandatangani Timbalan Rektor Universiti Persekutuan Timur Laut Republik Sakha, Vasily Vasiliev dan pelopor teknologi pengklonan Korea Selatan, , Hwang Woo-Suk daripada Yayasan Penyelidikan Bioteknologi Sooam.

Saintis-saintis sel stem kini berminat untuk menghidupkan semula gajah tersebut selepas beberapa bangkai mamalia berkenaan ditemui di Siberia.

Mengulas mengenai projek tersebut, pihak yayasan itu menyatakan, ia akan bermula pada tahun ini jika Universiti Rusia itu dapat menghantar bangkai gajah tersebut.

Institut Genom Beijing turut terlibat dalam projek itu.

"Misi pertama dan paling sukar adalah untuk memulihkan sel-sel gajah itu," kata seorang penyelidik yayasan tersebut, Hwang In-Sung.

Rakan-rakan sekerjanya akan menyertai beberapa saintis Rusia untuk cuba menemui tisu gajah itu dengan gen yang masih baik.

Para saintis itu akan menggantikan nukleus sel telur gajah biasa dengan sel gajah purba tersebut.

Kaedah itu akan dapat menghasilkan embrio gajah purba.

Embrio itu kemudian dimasukkan ke dalam rahim gajah betina sebelum dilahirkan sebagai anak gajah tersebut. - AFP

Serpihan tahi bintang jatuh dari langit

Posted: 13 Mar 2012 05:44 PM PDT



SERPIHAN tahi bintang yang terjatuh ke dalam sebuah pondok kebun milik Anne Margrethe Thomassen dipamerkan di Oslo kelmarin. - Reuters



OSLO - Sebuah keluarga di Norway terkejut apabila mereka menemui serpihan tahi bintang yang terjatuh dan menembusi pondok kebun mereka di tengah bandar raya ini, lapor media kelmarin.

Batu itu jatuh ke dalam sebuah pondok kosong milik keluarga Anne Margrethe Thomassen di sini.

Ahli astrofizik, Knut Joergen Roed Oedegaard dan isterinya, Anne Mette Sannes mengesahkan ia merupakan batu breccia yang terbentuk daripada mineral.

"Ini ialah penemuan sensasi dalam dua aspek. Aspek pertama yang menjadikan ia sensasi adalah kerana serpihan tahi bintang itu menembusi bumbung dan ia jarang berlaku. Satu lagi aspek disebabkan ia daripada batu breccia yang sukar ditemui," kata Sannes.

Katanya, keluarga berkenaan mahu menyimpan objek itu di Norway.

Batu tahi bintang itu seberat 585 gram dan ia terbelah dua.

Mengulas mengenai penemuan tersebut, penyelidik Institut Astrofizik Paris, Serge Koutchmy memberitahu, batu berkenaan jatuh dari angkasa lepas dan terbelah apabila ia memasuki atmosfera Bumi.

Namun katanya, serpihan batu tersebut jarang terhempas di kawasan penempatan penduduk.

"Keluarga itu amat bertuah," kata Koutchmy.

"Serpihan tersebut berharga dan ia juga jatuh tanpa menyebabkan kerosakan besar," tambahnya. - AFP

No comments: