Friday 2 March 2012

Budak Technician

Budak Technician


Gambar Majlis Perkahwinan Imam Muda Hassan

Posted: 29 Feb 2012 06:20 PM PST

Dalam majlis perkahwinan Imam Muda Hassan ni, sekali tengok, selain dari perkahwinan seorang peserta Imam Muda, tiada apa yang istimewa pada majlis perkahwinan ini. TETAPI, bila dilihat cara perkahwinan ini dijalankan, penulis terasa ingin memuji. Selain dari aurat yang terjaga, korang perasan tak, pengantin perempuan mengenakan pakaian pengantin bertudung labuh. Corak dan rekaan baju pengantin tu pun tampak cantik. Tiba-tiba nak tanya, kat mana eh nak tempah pakaian pengantin macam tu? Adik ipar nak kahwin tak lama lagi, boleh la nak suggest pakaian yang macam tu. Ramai orang kutuk sana sini tentang cara perkahwinan Melayu di Malaysia dijalankan tetapi tidak pula mendatangkan alternatif. Dan majlis perkahwinan Imam Muda Hassan dan isterinya Ulfah ni telah memberikan jawapan kepada kita semua. Berikut merupakan gambar-gambar dalam majlis perkahwinan Imam Muda Hassan dan pasangannya.








sumber : melayukini.net

Kisah Seram Ustaz Dan Isteri Derhaka

Posted: 29 Feb 2012 06:12 PM PST



Gambar hiasan: Rupa isteri derhaka yang sudah berubah menjadi hodoh.


Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

"Eh, makin kurus nampak. Diet ke?" kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

"Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang," balas Arifin.

"Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar," Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

"Orang rumah saya sakitlah, ustaz", kata Arifin.

"Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

"Entahlah." katanya perlahan,

" Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,"kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

"Sakit apa, doktor pun tak tau,"tambahnya.

"Dah pergi berubat kampung?"saya bertanya.

"Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh," jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

"Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru," tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

"Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok," kata Arifin. Wajahnya sayu

"Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

"Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,"tambah Arifin.

"InsyaAllah." Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

"Apa yang dia cakap masa meracau tu?"

"Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,"kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

"Datang ya, ustaz . Saya tunggu,"katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

"Jemput masuk ustaz,"Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

"Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

"Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,"kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;"Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung".

"Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin.

"Err,. dari mana datangnya bau yang." soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

"Ooo. mmm, dari alat sulit dia,"kata Arifin perlahan.

"Keluar lendir bercampur nanah."

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

"Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah."

"Kalau macam tu, baguslah,"kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

"Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

"Ustaz,"katanya,

"Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu ustaz"

"Kenapa?"pantas saya bertanya…

"Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya". Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya "Kenapa?"

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

"Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam."

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

"Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan."Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan." Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

"Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,"kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu."

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa."

"Ampunkan dia?" Arifin bertanya balik.

"Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?"tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

"Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

"Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

"Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

"Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

"Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa. Wallahualam.

Sumber: Facebook via Ustaz Love | Layari Kisah Tauladan Informasi Malaysia Kini

Keluarga Anne Ngasri Terima Aliff Aziz

Posted: 29 Feb 2012 06:06 PM PST

Selepas status hubungan penyanyi, Aliff Aziz dan pelakon seksi, Zarina Anjoulie mencetuskan kontroversi, penyanyi kelahiran Singapura itu telah bijak mengalihkan tumpuan ramai berkenaan hubungannya bersama pelakon Anne Ngasri.

Semuanya selepas Aliff Aziz mengaku kepada portal murai.com.my bahawa Anne Ngasri merupakan teman yang kini rapat dengannya sejak dia menetap di Malaysia.

Namun, bagaimana pula pandangan Anne Ngasri mengenai hubungannya dengan Aliff Aziz?

Anne yang dihubungi portal murai.com.my memberitahu, hubungannya dengan Alif hanyalah sekadar kawan rapat.

"Kalau nak ikutkan saya memang tak selesa hendak mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana takut disalah anggap. Namun saya cuba untuk perjelaskan apa yang perlu.

"Saya dan Aliff memang berkawan rapat dan saya anggap dia sama seperti rakan artis yang lain.

"Cuma saya akui, kami saling berhubung untuk bertanya khabar.

"Lagipun saya faham, dia tiada keluarga terdekat di sini. Jadi dia suka cara saya yang kerap bertanyakan mengenai perkembangannya," jelas Anne.

Menurut Anne lagi, sebagai seorang yang mengutamakan keluarga, dia juga sudah membawa Aliff berjumpa dengan keluarganya.

"Saya juga akui, kami agak rapat sehinggakan keluarga kami pun tahu akan hubungan ini.

"Kami telah berjumpa dengan keluarga masing-masing untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

"Bukan dia sahaja kawan yang pernah jumpa keluarga saya, malah ramai lagi kawan lain termasuk kawan perempuan yang saya bawa berjumpa dengan keluarga.

"Saya bertindak demikian kerana hendak keluarga tahu dengan siapa saya berkawan.

"Alhamdulilah, keluarga saya menerimanya dengan sangat baik," luahnya lagi.

Menyambung perbualannya lagi, Anne akui dia sangat selesa berkawan dengan Aliff kerana penyanyi lagu Sayang Sayang itu adalah teman yang senang untuk dia bercerita.

"Aliff seorang yang cepat faham dalam segala situasi kerana apa sahaja yang saya cakap dia akan dapat tangkap.

"Malah, dia seorang teman yang boleh saya jadikan tempat untuk bercakap dan berbual ," tambahnya lagi.

Anne yang bakal menjalani pengambaran untuk sebuah telemovie untuk siaran stesen TV Astro, baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah Umrah pada 25 Februari lalu.

Anne sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Wafi dan telah dikurniakan dengan tiga orang anak. -murai-

Liyana Jasmay Tunang Ahli Perniagaan 28 Mac Ini

Posted: 29 Feb 2012 06:03 PM PST

Keputusan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay,23, untuk mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan, 28, pada Mac ini benar-benar telah mengejutkan industri hiburan tanah air.

Malah Liayana Jasmay yang pernah digosipkan bercinta dengan pengarah muda, Shamsul Yusof dan penyanyi Aizat Amdan, nampaknya begitu bijak menyimpan kisah cintanya bersama ahli pernigaan tersebut daripada dihidu oleh media dan umum.

Sungguh pun begitu, Liayana Jasmay yang mengaku hanya menjalinkan hubungan percintaan yang agak singkat berkata, keputusan untuk bertunang dan seterusnya mengahwini jejaka yang juga kebetulan jirannya, datang secara semula jadi terus dari hatinya yang tulus.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini, kerana ianya benar-benar bercampur-baur.

"Cuma keputusan untuk berkahwin itu datang secara semula jadi, selepas kami masing-masing mengetahui bahawa hubungan kami harus pergi jauh dengan ikatan perkahwinan.

"Lagipun, saya tidak percaya kepada hubungan cinta bertahun-tahun tapi akhirnya tidak dapat membawa ke mana-mana atau tidak sampai ke tahap perkahwinanan.

"Bagi saya percintaan sebenar adalah bila masing-masing membuat keputusan untuk meneruskaan hubungan itu dalam ikatan yang sah," luahnya ketika dihubungi oleh portal murai.com.my

Penyanyi lagu Aku Tidak Percaya Cinta yang sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya itu, dijangka akan melangsungkan perkahwinannya pada awal tahun hadapan.

Bercerita mengenai keistimewaan Fathuddin iaitu jejaka yang bejaya meyakinkan dirinya untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, Liyana berkata Fathuddin seorang lelaki yang budiman.

"Sebenarnya banyak perkara yang membuatkan saya yakin untuk menerima dia sebagai ketua keluarga saya.

"Dia seorang lelaki yang sweet dan gentlemen. Malah sentiasa boleh buat saya gembira dan bahagia apabila bersama.

"Bahkan, hubungan kami berjalan dengan lancar kerana keluarga masing-masing merestui dan gembira dnegan hubungan kami," katanya lagi.

Liyana yang akan meneruskan kerjayanya dalam bidang hiburan biarpun sudah berkahwin kelak, kini sedang menjalani penggambaran drama Tiga Janji untuk slot Akasia TV3. -murai-

Taman Tema Upin & Ipin RM700 Juta

Posted: 29 Feb 2012 05:44 PM PST


Kejayaan siri animasi Upin & Ipin yang mendapat sambutan hangat di rantau ini telah mendorong penerbitnya, Les' Copaque Production untuk membina sebuah taman tema berdasarkan karektor siri ini.

Menurut Pengarah Urusan Les' Copaque Production, Burhanuddin Md. Radzi, pihaknya kini sedang merancang menubuhkan sebuah taman tema yang akan dibina di kawasan Sepang, Selangor itu dijangka menelan kos RM700 juta.

Dengan sokongan pihak kerajaan dan badan berkaitan, dijangkakan Taman Tema Upin & Ipin boleh disiapkan dalam masa tiga tahun. -MH-

Penyanyi utama Monkees Davy Jones meninggal dunia

Posted: 29 Feb 2012 05:37 PM PST




FLORIDA - Davy Jones, penyanyi utama kelahiran Manchester, yang popular menerusi kumpulan 1960-an, The Monkees, meninggal dunia semalam.

Mendiang berusia 66 tahun. Jurucakapnya, Deborah Robicheau mengesahkan Jones meninggal dunia di rumahnya di Florida selepas mengalami serangan jantung yang serius. Jones pernah berkahwin tiga kali dan mempunyai empat anak perempuan.

Antara hit kumpulan itu, yang terdiri daripada Jones, Micky Dolenz, Michael Nesmith dan Peter Tork, ialah Daydream Believer dan I'm a Believer.

Jones menyertai The Monkees pada 1965.

Persembahan TV The Monkees popular di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Kumpulan itu terkenal kerana penampilan yang kemas dan seringkali ditonjolkan sebagai setanding dengan The Beatles. -sinarharian-

Rumah Nabil Dipecah Masuk Pencuri

Posted: 29 Feb 2012 05:30 PM PST

Kediaman pelawak terkenal, Nabil dipecah masuk sekumpulan penjenayah di Kampung Masjid, Mambau, Negeri Sembilan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.55 pagi apabila penjenayah memecah masuk rumah yang kini dihuni oleh bapa saudaranya melalui bahagian belakang rumah itu.

Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff, 55, kejadian itu disedari sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas pulang menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat membeli-belah berhampiran.

Selain bilik tidur diselongkar, keluarga Rahmat juga mengalami kerugian apabila sebuah komputer riba jenis Lenovo milik anaknya yang berharga RM3,000 lesap.


Difahamkan, Nabil bersama ahli keluarganya kini menetap di Kuala Lumpur dan jarang pulang ke rumah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. -MH-

Heroin ‘Ketika Cinta Bertasbih’ Tawan Kelantan

Posted: 29 Feb 2012 05:24 PM PST


Heroin filem Indonesia 'Ketika Cinta Bertasbih', Oki Setiana Dewi dijangka akan memeriahkan Hari Hiburan Islam (HAI) di Kelantan pada 9 Mac depan.

Selain pelakon seberang ini, selebriti lain yang akan turut membuat penampilan pada program tersebut adalah Daphne Iking dan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah.

Kesemua selebriti terbabit dijadualkan akan menjadi panel untuk salah satu slot dalam program HAI iaitu `Bicara Selebriti' yang akan diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre pada 9 Mac bermula pukul 9 malam.

Selain itu, Oki Setiana Dewi turut dijadual menyertai slot `Melukis Pelangi' yang diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Kelantan pada 10 Mac bermula pukul 11 pagi. -MH-

Elly Mazlein Teruja Nak Kahwin Disember Ini

Posted: 29 Feb 2012 05:20 PM PST

Elly Mazlein. Foto SHAARI CHE MAT


PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein mengakui, sejak bergelar tunangan orang pada Mac tahun lalu, dia mula berasa teruja untuk bergelar isteri yang dirancang pada Disember ini.

Elly yang bertunang dengan pengarah Azmi Hata berkata, dia sudah bersedia bergelar isteri sejak memutuskan untuk sehidup semati dengan duda beranak dua itu, malah ingin merasai susah senang bekerluarga.

"Setakat ini persiapan perkahwinan kami sudah pun 50 peratus siap. Diakui, saya dah tak sabar dan teruja untuk bergelar isteri kepada Azmi.

"Alhamdulillah, melalui kehidupan sebagai tunangan orang tidaklah sesukar mana. Setakat merajuk sikit-sikit kerana sibuk dengan kerja masing-masing itu biasalah," katanya.

Elly dan tunangnya, Azmi.


Memilih Eila Faizshah dan Linda Rahim sebagai pereka busana perkahwinannya, dia bersyukur, pihak keluarganya turut terlibat membantu dalam urusan persiapan majlis berkenaan.

"Kalau boleh saya mahu berkahwin sekali dalam seumur hidup dan pastinya saya mahukan sesuatu yang indah di majlis perkahwinan saya nanti. Cuma biarlah ia diadakan sederhana dan ala kadar sahaja," tuturnya yang bakal menerima wang hantaran sebanyak RM11,111.11.

Sementara itu, Elly juga akan membuat kemunculan semula di bidang nyanyian menerusi single lagu terbarunya Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You. Lebih menarik lagi, ia akan menjadi lagu soundtrack bagi filem 'Awan Dania The Movie'.

"Walaupun sibuk dengan kerja lakonan, tak mungkin saya dapat melupakan bidang nyanyian. Justeru itu saya ubati kerinduan peminat-peminat menerusi lagu Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You, ciptaan Julfekar.

"Insya-Allah jika kedua-dua lagu ini mendapat respons yang baik, saya akan muncul pula dengan sebuah album dan setakat ini ia masih lagi di tahap perbincangan. -mstar-

Raja Azura Tidak Akan Jadi Pelakon

Posted: 29 Feb 2012 05:19 PM PST


Raja Azura.

SUBANG JAYA: Penyampai radio Sinar FM, Raja Azura menjelaskan dia tidak berhasrat untuk kembali menjadi pelakon sebaliknya lebih selesa dengan kerjayanya di stesen radio tersebut.

Raja Azura yang lebih mesra dengan sapaan Kak Engku berkata, keputusan itu dibuat selepas memikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada tiga cahaya mata yang sedang membesar dan memerlukan perhatian daripadanya.

"Berlakon mengambil masa lama untuk berada di lokasi atas sebab itu saya tidak lagi mahu berlakon dan ingin menumpukan kepada kerjaya saya di Sinar FM.

"Jadual bekerja di radio dengan masa yang tetap lebih memudahkan saya untuk bersama anak-anak dan menguruskan keperluan mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya dia juga sekali-sekala mengendalikan majlis makan malam serta acara korporat jika mempunyai masa lapang.

Kak Engku bagaimanapun berkata, dia ada menerima pelbagai tawaran berlakon daripada penerbit drama tetapi terpaksa menolak secara baik.

Dalam pada itu, katanya, dia akan kembali mengacarakan program Kilauan Sinaran Emas yang akan menemui penonton selain bakal bergandingan dengan Didie Alias, Sharifah Shahira dan Zizan Raja Lawak sebagai pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) pada 8 April depan.

Dirinya turut dicalonkan dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular pada ABPBH2011.

"Tumpuan saya adalah kepada kelancaran majlis itu nanti dan tidak terlalu mengharap kepada kemenangan," ujarnya.

Sebelum ini, Kak Engku menolak dakwaan kononnya dia sudah kembali ke pangkuan bekas suaminya iaitu Adzmin Osman, 38.

Katanya, dia selesa dengan kehidupannya selepas "kembali solo" dan tidak mahu merosakkan kebahagiaan yang dikecapnya sekarang.

Hasil perkahwinan mereka selama 10 tahun, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 10, Megat Luqman Hakim, 9, dan Puteri Mia Maizurah, yang berusia enam tahun. -mstar-

MAS Catat Rugi Lagi RM2.52 bilion

Posted: 29 Feb 2012 05:16 PM PST



 AHMAD JAUHARI mengumumkan keputusan kewangan MAS di Petaling Jaya semalam.



PETALING JAYA - Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) mencatat kerugian bersih RM2.52 bilion hasil daripada RM13.9 bilion perolehan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, bagi tempoh suku keempat, syarikat penerbangan negara itu merekodkan RM1.28 bilion kerugian bersih, hasil pusing ganti sebanyak RM3.68 bilion.

Menurutnya, kerugian kumpulan bagi tahun 2011 menunjukkan pentingnya syarikat penerbangan itu segera melaksanakan usaha untuk mengekang kerugian itu.

"Ini termasuk penempatan semula petugas, meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kawalan kos serta membuat kajian selanjutnya.

"Kami juga harus melaksanakan strategi pemasaran dan jualan agresif," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ahmad Jauhari menjelaskan, prestasi setahun penuh kumpulan itu terjejas teruk akibat peningkatan 21 peratus perbelanjaan berjumlah RM16.2 bilion berbanding RM13.41 bilion pada 2010.

Beliau berkata, perbelanjaan tinggi itu disebabkan oleh peningkatan 33 peratus kos bahan api sebanyak RM5.85 bilion dan peningkatan 15 peratus perbelanjaan bukan minyak sebanyak RM10.43 bilion. -kosmo-

Treler angkut batu gergasi

Posted: 29 Feb 2012 05:04 PM PST


SEBUAH bongkah batu gergasi (dalam bulatan) seberat 340 tan berada di atas sebuah treler di Lembah Jurupa, California kelmarin.



LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Selepas persediaan selama beberapa bulan, sebuah bongkah batu gergasi memulakan perjalanan sejauh 169 kilometer menuju ke Muzium Seni Daerah Los Angeles di sini.

Batu granit seberat 340 tan itu yang dipilih oleh pengukir terkenal AS, Michael Heizer sebagai bahan pamerannya, meninggalkan sebuah kuari di Riverside dekat sini lewat kelmarin.

Batu berkenaan yang setinggi bangunan dua tingkat dan berbentuk seperti titisan air mata, diangkut di atas sebuah treler sepanjang sebuah padang bola sepak.

Kenderaan itu dibina khas bagi membawa beban sekurang-kurangnya 450,000 kilogram.

Ia dijana enjin berkapasiti sehingga 650 kuasa kuda.

Sekitar 60 orang diperlukan untuk memastikan perjalanan treler berkenaan lancar terutamanya ketika kenderaan tersebut melalui selekoh sebelum ia dijadualkan tiba di destinasinya pada 10 Mac ini dalam perjalanan yang mengambil masa selama 11 hari.

"Orang ramai datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bongkah batu tersebut," kata jurucakap muzium berkenaan, Miranda Carroll.

Heizer menemui bongkah batu gergasi itu enam tahun lalu dan akan menjadikan ia subjek untuk pameran terbaharunya, Levitated Mass.

Beliau merancang meletakkan bongkah batu tersebut di atas sebuah parit sepanjang 139 meter.

Para pengunjung akan dapat melihat ia kelihatan seperti terapung di udara. - Agensi

Menara komunikasi tertinggi siap dibina di Jepun

Posted: 29 Feb 2012 05:02 PM PST

 
GAMBAR yang dirakamkan kelmarin
menunjukkan menara komunikasi paling tinggi di dunia, Tokyo Sky Tree di timur Tokyo.

TOKYO - Pembinaan menara komunikasi paling tinggi di dunia, Tokyo Sky Tree dengan ketinggian 634 meter di sini siap sepenuhnya semalam.

Pembinaan itu lewat dua bulan ekoran kejadian gempa dan tsunami yang melanda Jepun pada Mac tahun lalu yang menyebabkan kekurangan bahan binaan.

Tokyo Sky Tree turut diiktiraf sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai yang setinggi 828 meter.

Ketua-ketua industri pelancongan di negara ini berharap menara setinggi 634 meter itu akan dapat menarik kehadiran ramai pelancong asing.

Bilangan pelancong asing menurun di Jepun selepas bencana tsunami dan krisis nuklear yang berlaku pada tahun lalu.

Pembinaan menara di timur Tokyo itu bermula pada Julai 2008 dan mengikut jadual asal ia sepatutnya siap dibina pada Disember tahun lalu.

Tokyo Sky Tree turut mengatasi Menara Canton di Guangzhou, China yang setinggi 600 meter dan Menara CN setinggi 553 meter di pusat bandar Toronto, Kanada.

Seramai 580,000 pekerja terlibat dalam pembinaan menara itu yang menelan belanja AS$806 juta (RM2.4 bilion). - AFP

Sabun Sulit rejim kecantikan Azza

Posted: 29 Feb 2012 04:58 PM PST


 AZZA selaku jurucakap Sabun Sulit mengajak para peminatnya menggunakan sabun tersebut yang dapat membantu menyerlahkan kecantikan wanita.



SEDIKIT masa dahulu, penyanyi dan pelakon yang juga bekas anggota kumpulan Elite, Azzarima Zawari atau Azza kurang yakin dengan produk tempatan berbanding keluaran antarabangsa.

Namun, persepsi itu berubah sama sekali apabila dia mencuba produk yang dikenali sebagai Sabun Sulit keluaran syarikat DK Kosmetik.

"Sangkaan saya bahawa produk tempatan tidak mempunyai kelebihan meleset sama sekali apabila pertama kali saya menggunakan Sabun Sulit.

"Hanya dengan seketul sabun, ia telah banyak mengubah rejim kecantikan saya. Sejak menggunakan Sabun Sulit ini, saya percaya bahawa wanita tidak perlu menjalani pembedahan plastik atau aplikasi suntikan untuk kelihatan cantik dan menarik," kata Azza yang merupakan jurucakap jenama itu.

Sabun Sulit yang dijual pada harga RM49.90 sebuku dikatakan bukan sahaja membantu menjamin kecantikan paras rupa malah sesuai untuk membantu wanita yang mengalami masalah warna kulit tidak sekata di bahagian ketiak dan celah paha.

Menjelaskan kelebihan Sabun Sulit, kata Azza, sabun itu diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu pati minyak kelapa dara.

"Pati ini akan bertindak sebagai antioksida, melindungi kulit daripada kesan sinaran ultra violet, membantu meningkatkan sel kulit, melembap dan menghaluskan kulit serta berupaya mengurangkan kesan penuaan dan kedutan," ujarnya sambil menambah produk itu mula diperkenalkan oleh rakannya pada pertengahan tahun lalu.

Antara kelebihan Sabun Sulit ialah penggunaannya tidak hanya tertumpu kepada kulit wajah tetapi boleh digunakan di seluruh anggota badan.

Pelakon yang pernah membintangi filem Jutawan Fakir, Kuliah Cinta dan Mami Jarum itu menambah, cara pemakaian Sabun Sulit juga ringkas, berkesan, selamat dan tidak memerlukan masa yang panjang.

"Atas faktor-faktor itulah, saya turut terlibat secara langsung dalam perniagaan ini bermula pada akhir tahun lalu," katanya.

Justeru, Azza menjemput seluruh peminatnya untuk menjadi pengedar Sabun Sulit di seluruh negara.

Kepada mereka yang berminat, anda boleh menghubungi Ha di talian 012-354 1607, Sabariah di Pahang (012-937 9254) atau Aliza di Kedah (013-360 2412).

Ahli silap mata bukan ahli sihir - Mahdi Moudini

Posted: 29 Feb 2012 04:55 PM PST


WALAUPUN kita kini berada di zaman moden, masih ada lagi yang beranggapan ahli silap mata yang hebat biasanya menggunakan ilmu hitam untuk membuat skil-skil yang mengagumkan mata umum.

Ini kerana kebanyakan persembahan mereka adakalanya melampaui logik akal, sehinggakan ada yang terfikir bahawa persembahan mereka menggunakan bantuan jin.

Namun pada hakikatnya, jika ingin menjadi seorang ahli silap mata tersohor seperti David Copperfield, ternyata ia memerlukan latihan selama berpuluh-puluh tahun untuk menguasai dunia dengan seni silap mata.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua Dewan Bahasa dan Pustaka, silap mata didefinasikan sebagai sejenis permainan yang mengelirukan pandangan orang lain atau untuk membuat sesuatu yang aneh.

Pada dasarnya, mata kasar kita akan melihat sesuatu itu sebagai perkara luar kebiasaan. Namun, jika diperhatikan dengan lebih teliti atau penghuraian muslihat mereka melakukannya, perkara tersebut sekadar illusi yang dibayangi gerak tangan yang pantas, alat-alatan khas serta latihan yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.

Menurut seorang ahli silap mata kelahiran Iran, Tehran, Mahdi Moudini atau nama sebenarnya Mahdi Moammer, dia mempelajari seni silap mata ini sejak berumur lima tahun lagi.

Kosmo! baru-baru ini berpeluang mengadakan sesi fotografi dengan ahli silap mata yang bakal terbabit dengan acara Magical 1Malaysia Festival yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre dari 23 hingga 25 Mac itu.

"Semasa umur saya tiga setengah tahun, saya sering melihat bapa melakukan silap mata kepada ibu saya di rumah. Justeru sejak itu, perasaan ingin tahu mula membuak dalam diri. Saya ingin tahu, bagaimana bapa melakukannya dan apa sebenarnya yang disimpan dalam koceknya.

"Semasa umur lima tahun, ketika itu saya benar-benar mempelajari ilmu silap mata secara profesional. Setelah berumur tujuh tahun, saya telah mengadakan persembahan silap mata saya sendiri yang pertama iaitu di tadika tempat saya belajar," imbas Mahdi yang berjaya membuat penonton terpegun dengan skilnya ketika itu.

Cerita Mahdi lagi, salasilah keturunan ahli silap mata dalam keluarganya bermula dari datuknya, Ibrahim Moudini dan diikuti ayahnya, Ismail Moudini serta 10 ahli keluarga yang lain seperti bapa saudaranya, kakak dan juga adik-beradik yang lain.

Silap mata jarak dekat

Mengungkap kisah mengenai Mahdi, dia mula menetap di Malaysia bermula tahun 1998 setelah dua tahun menjalani latihan ketenteraan di Iran semasa zaman remajanya dan bagi lelaki yang berusia 32 tahun ini, mengembangkan skilnya di Malaysia merupakan satu takdir bagi diri.

Ini kerana, setelah empat tahun tinggal di Malaysia, Mahdi bertemu jodoh dengan isterinya, Michelle yang kini menjadi pembantu pentas semasa dia membuat persembahan. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Marchellin, tiga tahun dan Prince Maddix berumur dua tahun.

Setelah hampir 27 tahun mempraktikkan ilmu silap mata, Mahdi bukan sahaja dikenali di Malaysia, malah dia juga merupakan seorang ahli silap mata yang diiktiraf dunia dan Mahdi juga pernah diiktiraf sebagai ahli silap mata yang membuat skil paling pantas di rantau Asia suatu ketika dahulu.


KREDIBILITI seseseorang ahli silap mata menurut Mahdi diukur berdasarkan tempoh latihan yang dijalaninya.


Bercerita lanjut mengenai jenis silap mata, ada dua jenis silap mata yang perlu diketahui ahli silap mata. Pertama, silap mata dari jarak dekat (close up magic) dan yang keduanya, illusi pentas (stage illusion).

Bagi silap mata jarak dekat, ia memerlukan skil yang yang tinggi dan perlu cekap serta pantas gerakan tangan melakukan skil-skil silap mata.

Namun, bagi melakukan skil illusi pentas pula, kebiasaannya ahli silap mata akan menggunakan bantuan peralatan di atas pentas seperti yang sering kita lihat di kaca televisyen. Kadangkala, mereka menggunakan peralatan yang canggih dan besar dari segi saiznya.

"Bagi pendapat saya, skil close up magic lebih penting untuk dipelajari kerana jika anda merupakan seorang close up magician yang cekap dan baik, maka anda akan dapat menguasai skil stage illusion dan beraksi di atas pentas dengan baik juga," bicara Mahdi yang sering membuat persembahan di majlis-majlis korporat di Malaysia.

Ingin membuang tanggapan negatif segelintir masyarakat, semasa ditemuramah, Mahdi berkali-kali menegaskan bahawa dalam dunia silap mata, tidak pernah menggunakan sebarang ilmu sihir.

Bantuan jin

Ada juga yang masih tertanya-tanya adakah ahli silap mata terkenal dunia kelahiran Rusia, David Copperfield menggunakan bantuan jin atau ilmu sihir untuk melakukan sesetengah skil yang dilihat sangat mustahil jika diikut logik akal.

Cerita Mahdi serius, ilmu sihir adalah perkara mustahil dalam dunia silap mata kerana baginya, David Copperfield sememangnya seorang ahli silap mata tegar.

"David sememangnya mempunyai latar belakang silap mata, dan jika anda hendak tahu, setiap hari David akan praktik dan membuat latihan selama 18 jam dan selama minimum 20 tahun lamanya. Barulah ketika itu, dia boleh menjadi David Copperfield yang kita kenali kini," katanya.

Tambah lelaki berambut perang ini, secara logiknya, jika sememangnya mereka menggunakan ilmu sihir, tidak perlu untuk membuang masa berlatih sehingga berpuluh-puluh tahun untuk menjadi seorang ahli silap mata yang handal.

"Namun kadangkala apa membuatkan masyarakat berfikir kami menggunakan ilmu sihir kerana kecanggihan skilnya.

"Sebenarnya kesemua itu adalah hasil dari praktis selama bertahun-tahun lamanya. Bak kata pepatah Inggeris, practice makes perfect. Itu satu perkataan yang saya boleh katakan terhadap dunia silap mata," tegas Mahdi. -kosmo-

Terjun bersama basikal dari jambatan

Posted: 29 Feb 2012 04:53 PM PST


 ADAM FLINT terjun bersama sebuah basikal dari Jambatan Garry dekat Pitlochry, Scotland kelmarin.



PITLOCHRY, Scotland - Seorang pemuda, Adam Flint terjun dengan menggunakan tali bersama sebuah basikal dari Jambatan Garry dekat sini kelmarin.

Flint, 26, membuat terjunan bagi mempromosikan aktiviti mengayuh basikal di Highland Perthshire.

Dia mengasaskan sebuah pertubuhan sukan bagi mempromosikan sukan mengayuh basikal di kawasan tersebut.

Menurut Flint, dia berasa gementar sebelum membuat terjunan dari ketinggian 40 meter. - Agensi

Berlian milik bekas Permaisuri Perancis dilelong

Posted: 29 Feb 2012 04:50 PM PST

 GAMBAR menunjukkan sebutir batu berlian yang pernah dipakai bekas Permaisuri Perancis, Marie de Medici.

GENEVA, Switzerland - Firma lelongan antarabangsa, Sotheby akan melelong sebutir batu berlian yang pernah dipakai oleh bekas Permaisuri Perancis, Marie de Medici.

Berlian itu dipakai oleh Medici semasa hari pertabalannya sebagai Permaisuri Perancis pada 13 Mei 1610.

Batu berlian seberat 35 karat yang berbentuk seperti buah pear itu dijangka dilelong pada harga antara AS$2 juta (RM5.9 juta) hingga AS$4 juta (RM11.9 juta) pada 15 Mei depan di sini.

Ia pernah dibeli oleh seorang pengumpul berlian, Nicolas Harley de Sancy.

De Sancy membeli berlian tersebut di Istanbul, Turki pada akhir kurun ke-16.

Ekoran itu, berlian itu diberi nama Beau de Sancy.

Berlian tersebut telah beralih tangan dalam kalangan kerabat diraja Perancis, England, Prussia dan Belanda. - Agensi

Zulfadli berada dalam dilema

Posted: 29 Feb 2012 04:44 PM PST


 ZULFADLI mendapat tawaran daripada BAM untuk menjalani kem latihan skuad Piala Thomas negara.



ZULKIFLI SIDEK, bapa kepada juara badminton remaja dunia, Zulfadli menyambut baik keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menawarkan anaknya itu untuk menjalani latihan di bawah badan induk tersebut.

Bagaimanapun, Zulkifli (gambar kecil) menegaskan, beliau perlu mengkaji terlebih dahulu syarat yang mungkin ditetapkan BAM sebelum membenarkan Zulfadli menyertai latihan pusat Piala Thomas di Stadium Juara, Bukit Juara bermula 5 Mac ini.

Selaku jurulatih Zulfadli, Zulkifli berkata, tindakan tersebut bertujuan bagi memastikan pemain berusia 19 tahun itu yang kini berada di bawah naungan Kuala Lumpur Racket Club (KLRC) tidak mendapat sebarang masalah khususnya melibatkan pihak penaja.

Zulkifli berkata, Zulfadli mendapat tajaan daripada pengeluar barangan sukan dari Denmark, FZ Forza iaitu pakaian dan raket selama tiga tahun sejak 1 Oktober tahun lalu.

"Saya belum mendapat surat tawaran rasmi lagi (mengenai tawaran menjalani latihan kepada Zulfadli) daripada pihak BAM.

"Sekiranya BAM menetapkan syarat bahawa setiap pemain perlu memakai peralatan sukan yang ditetapkan badan induk itu, ia mungkin akan menimbulkan masalah.

"Ini kerana Zulfadli sudah mendapat tajaan daripada FZ Forza dan jika dia memakai peralatan atau pakaian selain penaja itu, kami mungkin akan disaman," kata Zulkifli ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Zulkifli tetap berharap tiada halangan yang akan dihadapi oleh anaknya itu untuk menyertai kem latihan pasukan negara kelak.

"Tetapi sekiranya syarat itu menjadi halangan (kepada Zulfadli) saya akan cuba berbincang dengan pihak pengurusan BAM.

"Malah saya juga akan berjumpa dengan FZ Forza dan mungkin akan mengadakan pertemuan antara pihak penaja itu dengan BAM bagi membuat perbincangan selanjutnya," ujarnya.

Selain mendapat tawaran untuk mengikuti latihan pusat Piala Thomas, Zulfadli turut disenaraikan bagi menghadapi Piala Axiata yang bermula 23 Mac ini.

Zulfadli akan mengetuai Malaysia (Kumpulan B) yang dibarisi pemain Bawah 21 tahun, manakala Kumpulan A disertai barisan pemain lelaki elit negara.

"Saya mahu berterima kasih kepada BAM kerana membuka pintu mereka dengan menyenaraikan Zulfadli untuk mewakili latihan skuad negara.

"Bagi saingan Piala Axiata, Zulfadli sudah pasti tersenarai, tetapi bagi kempen Piala Thomas, tempat Zulfadli masih belum terjamin," ujar Zulkifli. Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI

No comments: